"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perogol bersiri kejam ditembak mati

Jakarta: Polis Indonesia menembak mati seorang perogol bersiri yang didapati bersalah merogol sebelum menikam kemaluan 23 wanita dengan menyebabkan seorang mangsa maut.

Ikbal didapati bersalah dan dijatuhi hukum mati pada tahun lalu oleh sebuah mahkamah Luwu Timur, 564 kilometer dari Makassar, ibu kota wilayah Sulawesi Selatan.

Lelaki itu diburu selepas melarikan diri bersama beberapa banduan lain dari sebuah penjara di Makassar kira-kira dua minggu lalu.

Jurucakap polis berkata, lelaki itu ditembak mati ketika cuba ditangkap dalam satu serbuan di Poso, Sulawesi Tengah kelmarin.

Kematian Ikbal, 32, menghilangkan ketakutan penduduk terutama wanita yang masih trauma dengan jenayah kejam lelaki itu.

Ikbal mencetuskan ketakutan pada 2015 selepas dia menceroboh rumah penduduk sebelum merogol wanita.

Tidak cukup dengan itu, Ikbal turut menikam kemaluan mangsanya dengan pisau.

Sepanjang jenayah berkenaan, seramai 23 wanita menjadi mangsa dengan seorang maut akibat kehilangan darah yang banyak.

Ikbal juga mendapat jolokan ‘Kolor Ijau’ (seluar dalam hijau) dalam kalangan penduduk yang merujuk makhluk mitos yang terkenal kerana merogol wanita pada zaman dahulu.

Ketika perbicaraan, Ikbal memberitahu mahkamah, dia melakukan tindakan itu kerana dendam terhadap golongan wanita.
-kualalumpurpost

'Kalau PAS anak jantan, letak jawatan di Selangor'

Seorang perwakilan Pemuda PKR (AMK) mencabar exco PAS dan semua lantikan politik di Selangor untuk meletakkan jawatan sekiranya mereka 'anak jantan'.

"AMK Johor cabar PAS Selangor letak jawatan sebagai exco dan jawatan dalam kerajaan negeri. Mereka kalau anak jantan letak jawatan sekarang," kata wakil AMK Johor, Naim Jusri pada kongres sayap parti itu di Shah Alam hari ini.

Cabaran Naim itu dibuat lebih seminggu selepas PAS memutuskan hubungan secara rasmi dengan PKR.

PAS bagaimanapun berkata tiga  exco Selangor itu tidak akan meletakkan jawatan selagi mendapat perkenan sultan Selangor.

Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu.

Sebagai tindak balas, PKR sebelum ini mengarahkan semua lantikan politik dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan melepaskan jawatan mereka.

Terdahulu, perwakilan AMK Wilayah Persekutuan, Ahmad Azri Zainal Nor mencabar PAS meneruskan rancanganNYA untuk bertanding di kerusi Parlimen Batu.

"Kerusi kita pun dia nak. (Kerusi) Batu pun dia nak. Saya nak kata pada mereka ini, kalau Batu mereka nak, just bring it on," kata Ahmad Azri.

PAS menyasarkan untuk bertanding 100 kerusi pada pilihan raya umum akan datang termasuk yang pernah ditandingi PKR. Kerusi parlimen Batu kini disandang Naib Presiden PKR, Tian Chua.
-malaysiakini

Arab Saudi tawar kerakyatan kepada Zakir Naik

Indian preacher granted Saudi citizenship

Indian Islamic preacher, Dr Zakir Naik, who is wanted by authorities in Delhi for alleged terrorist offences, has been granted citizenship by Saudi Arabia.

Arab sources reported that King Salman had intervened to grant Naik Saudi citizenship to protect him from arrest by the International Police Organisation, Interpol.

Last month, Indian courts issued a second arrest warrant for Dr Naik in connection with his alleged role in a terror-related case and over money laundering allegations. Naik, who was on tour at the time, decided not to return to India and remained in Malaysia where permanent residency status was granted to him five years ago by the Malaysian government.

The 51-year-old preacher left India last year, allegedly to evade arrest after some perpetrators of the Dhaka terror attack claimed they were inspired by him.

Indian press reported that the country’s enforcement officials were moving to revoke his passport and request Interpol issue an arrest warrant for him.

It was believed that Naik, who had by then moved to Saudi Arabia, would be forced to return to India if his passport was revoked. The Mumbai passport office, which appears not to have anticipated Saudi Arabia granting citizenship to Naik, moved to revoke his passport while a special court sent out an arrest warrant for him.

PRU14: PH tak perlukan Pas untuk menang

DR ROSLI YAAKOP
Pakatan Harapan mampu buat kejutan pada PRU akan datang.Pakatan Harapan mampu buat kejutan pada PRU akan datang.

DALAM pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Umno memenangi 88 kerusi parlimen (termasuk 8 kerusi dimenangi UMNO Sabah), tidak cukup 24 kerusi untuk mendapat majoriti mudah. Bila dicampur dengan kerusi yang dimenangi rakan gabungannya di Semenanjung – MCA (7 kerusi), MIC (4) dan Gerakan (1) - gabungan Umno-MCA-MIC masih kekurangan 12 kerusi untuk membentuk kerajaan.

Simpanan Tetap

Hanya bila dicampur dengan kerusi yang dimenangi rakan parti gabungannya di Sabah (22/25 termasuk 8 dimenangi Umno Sabah) dan Sarawak (25/31), barulah gabungan pelbagai parti Umno-BN dapat membentuk kerajaan. Itulah sebabnya kerusi di Sabah dan Sarawak itu dipanggil “simpanan tetap” buat Umno yang tanpanya, Umno-BN sudah pun menjadi parti pembangkang pasca PRU13.

Sekaligus ini menunjukkan bahawa politik yang berdaya maju di Malaysia ialah politik bergabung. Hakikatnya, mustahil bagi mana-mana parti secara bersendirian boleh memerintah Malaysia. Inilah hakikat politik dalam negara Malaysia pelbagai etnik ini. Kalau parti gergasi seperti Umno tidak boleh memerintah Malaysia tanpa bergabung dengan parti-parti lain, apatah lagi parti-parti lain.

Menang Tipis

Di Semenanjung Tanah Melayu (jumlah kerusi parlimen 165), Umno-BN menang tipis - 85 kerusi berbanding PR 80 kerusi.

Pengkaji pilihan raya membahagikan parlimen di Semenanjung kepada 81 kerusi luar bandar, 44 separa bandar dan 40 bandar (jumlah 165). Umno-BN memenangi 66 daripada 81 kerusi luar bandar atau 81.5%, 14 kerusi separa bandar (31.8%) dan 5 kerusi bandar (12.5%). Oleh itu, sangatlah ketara bahawa Umno-BN memang jaguh kampung. Kalau ia kalah di kampung maka kalahlah ia di Semenanjung.

Kerusi FELDA

Dalam kategori parlimen luar bandar, 54 kerusi berada dalam kawasan FELDA, mewakil 67% daripada keseluruhan kerusi luar bandar.

Dalam PRU13, daripada 54 kerusi FELDA ini, 6 telah ditawan oleh Pakatan Rakyat iaitu Kuala Nerus, Dungun dan Temerloh (Pas), Raub dan Kulai (DAP) dan Sungai Siput (PSM). Ini bermakna dari 85 kerusi parliamen yang dimenangi Umno-BN di Semenanjung, 48 datangnya dari kawasan FELDA. Ini mewakili 56.5% dari keseluruhan kerusi yang dimenangi Umno-BN di Semenanjung. Jelas, FELDA adalah simpanan tetap Umno-BN yang membolehkan ia terus bernafas.

Melihat kepada keputusan PRU13, Umno-BN memiliki 110 kerusi simpanan tetap – 54 FELDA, 31 Sarawak dan 25 Sabah. Daripada 110 kerusi ini, 95 kerusi kekal di tangan Umno-BN sementara 15 kerusi lagi telah disambar pembangkang. Umno-BN hilang 6 kerusi FELDA, 6 kerusi Sarawak dan 3 kerusi Sabah.

Memandang ke hadapan, ini bermakna selama mana kerusi simpanan tetap ini dapat dipertahankan maka selama itulah Umno-BN akan memerintah. Oleh itu, tidak sukar untuk menjangkakan bahawa kubu simpanan tetap inilah yang dengan cara apa sekalipun akan dipertahankan oleh Umno-BN sehingga titisan darah terakhir. Ini adalah medan jihad bagi Umno-BN.

Bila ini hakikatnya, maka tidak juga sukar untuk menjangkakan bahawa dua musuh Umno-BN dalam PRU14 nanti – gabungan pelbagai parti Pakatan Harapan (PH) dan Gagasan Sejahtera (khabarnya terdiri daripada Pas, Ikatan, Parti Cinta Malaysia dan Berjasa) - akan melancarkan serangan tubi ke atas kubu simpanan tetap ini. Sebabnya, di saat kubu ini dapat ditawan, di saat itulah Umno-BN akan kecundang.

Persoalannya, mampukah kedua-dua musuh Umno-BN ini, dengan melancarkan serangan secara berasingan, menembusi kubu ini? Sukar untuk dijawab tetapi yang jelas ialah jika PH dan GS melancarkan serangan sebagai satu pasukan, kebarangkalian untuk menang memang cukup tinggi.

Kafir Harbi

Apabila kawasan pilihan raya di Semenanjung dilapah mengikut etnik, maka dari 165 kerusi parlimen, 114 kerusi adalah majoriti Melayu (lebih 50% pengundinya Melayu), 22 kerusi majoriti Cina (lebih 50% pengundinya Cina) dan 29 kerusi campuran (tiada mana-mana etnik yang membentuk pengundi majoriti). Ini bermakna di Semenanjung, kerusi majoriti Melayu menguasai (69%). Kerusi majoriti Cina hanya mewakili 13% dari keseluruhan kerusi parlimen di Semenanjung dan yang selebihnya iaitu 18% adalah kerusi campuran.

Dalam PRU13, daripada 114 kerusi majoriti Melayu, 110 dimenangi oleh parti dominan Melayu – Umno (73), Pas (20) dan PKR (17). Empat (4) kerusi lagi dimenangi oleh MCA, parti komponen dalam Umno-BN. Umno yang menjadi tonggak BN, telah bermurah hati memberikan beberapa kerusi majoriti Melayu kepada MCA untuk bertanding.

Kesemua kerusi majoriti Cina di Semenanjung dimenangi DAP (22 kerusi). Kebarangkaliannya cukup tinggi untuk DAP mengekalkan kemenangan total ini dalam PRU14 nanti memandangkan parti-parti Cina yang lain masih lemah. Juga, sentimen anti-Cina yang kini menjadi mantera harian Umno dan Pas mendorong orang Cina membina kekuatan menyebabkan Cina semakin bersatu padu di bawah DAP bukan MCA atau Gerakan.

Oleh itu dalam PRU14 ini, majoriti pengundi Cina bukan sahaja tidak akan mengundi calon Umno dan Pas bahkan calon MCA dan Gerakan. Laungan "Cina kafir harbi" dan "Hey, Cina balik Tongsanlah" terus menjarakkan orang Cina dari Umno dan Pas dan sebagai padahnya, MCA dan Gerakan terpalit sekali.

PH juga ada Simpanan Tetap

Daripada 29 kerusi campuran, 10 dimenangi PKR, diikuti DAP (9), MCA (3), MIC (4), Gerakan (1), PSM (1) dan Pas (1). Ternyata, PR mendapat sokongan kuat di parlimen campuran ini, memenangi 21 daripada 29 kerusi atau 72%. Kebarangkaliannya cukup tinggi bahawa dalam PRU14 nanti kesemua kerusi ini boleh ditawan oleh PH terutamanya jika trend pengundi bukan Melayu menyokong PH berterusan seperti mana yang berlaku dalam PRU13 dahulu. Malahan jika sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru di kerusi ini peluang calon PH menang lebih cerah berbanding calon Umno-BN apatah lagi calon Pas.

Jadi hakikatnya, PH pun ada “simpanan tetap” – kerusi majoriti Cina dan kerusi campuran berjumlah 51 kerusi (22 + 29) – hampir sama bilangannya dengan simpanan tetap Umno di kawasan FELDA.

Dalam PRU13, Sabah dan Sarawak penyelamat Umno. Merekalah sesungguhnya 'king maker'. Manfaatnya, cukup banyak pos-pos kabinet yang ahli-ahli parlimen Sabah dan Sarawak perolehi.

Itu dalam PRU13. Memandang ke hadapan dalam PRU14 nanti, Sabah dan Sarawak – khasnya Sabah – sudah tidak boleh lagi dianggap sebagai simpanan tetap BN. Penyingkiran Shafie Afdhal dari Umno dan pembentukan parti Warisan yang beliau ketuanya dan semakin meningginya sentimen anti-Semenanjung di Sabah dan laungan “Sabah untuk Orang Sabah” menyebabkan status Sabah sebagai simpanan tetap BN sudah pecah berderai. Ketidakmahuan orang Sabah terhadap kehadiran parti dari Semenanjung di negeri mereka menyebabkan kelahiran parti Warisan amat dialu-alukan.

Kesimpulannya, dengan menguasai kerusi campuran dan kerusi majoriti Cina dan dengan memecahkan monopoli Umno di kawasan FELDA, kebarangkalian PH merampas Semenanjung Tanah Melayu dari Umno-BN dalam PRU14 cukup tinggi.

Untuk mencapai hasrat ini, PH mesti menyerang kubu FELDA dengan penuh berstrategi dan aset peperangan yang lengkap. Dengan harapan kememenangan besar parti Warisan di Sabah, PH bakal berarak ke Putrajaya. Sarawak akan ikut serta.

Dalam senario ini, PH sebenarnya tidak memerlukan Pas untuk bersama pakatan pembangkang. Bahkan lebih molek seandainya Pas dan Umno-BN cepat-cepat bersatu.

Bayangkanlah jika CPC jumpa Mat Sabu, kata Hanipa

MALAYSIA DATELINE
Keratan berita yang pernah dilaporkan Utusan pertemuan Najib dengan wakil CPC di salah sebuah hotel di ibunegara pada April 2016 lalu.
Hanipa MaidinHanipa MaidinHubungan erat yang ditunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ke atas Parti Komunis China (CPC) disindir Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin yang berpandangan kerajaan Umno-BN bersikap berat sebelah terhadap parti pembangkang.

Hanipa memuat naik laporan yang disiarkan Utusanonline mengingatkan semula kepada tindakan mahkamah yang pernah dikenakan ke atas Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Mat Sabu didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Feb 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

Mat Sabu didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah PAS Padang Menora, Tasek Gelugor dekat Butterworth pada 21 Ogos 2011 ketika masih di dalam Pas.

Bagaimanapun Mahkamah Sesyen Butterworth memutuskan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu tidak bersalah atas dakwaan membuat kenyataan fitnah berkaitan serangan komunis di balai polis Bukit Kepong pada 1950.

"Bila Hj Mat Sabu difitnah kononnya sokong Komunis gegak gempita satu Malaysia khususnya akhbar proksi Umno ,Utusan Malaysia serang Mat Sabu hinggakan seribu lebih laporan polis dibuat ke atas Mat Sabu dan macam-macam lagi lah yangg di buat.

"Kini akhbar Utusan sendiri lapor lawatan rasmi CPC jumpa MO1, rileks je macam tak ada apa apa...

"Tidak apalah kita sama-sama tunggu parti suci akan kata apa pula?,"soalnya yang dipercayaai merujuk kepada Pas sebagai parti yang memihak Umno hari ini.

Pada 12 April tahun lalu, Utusan online pernah menyiarkan berita mengenai kunungan Diplomat Politik China Song Tao yang mengadakan perjumpaan dengan Najib sebagai tanda sokongan CPC kepada Perdana Menteri yang juga selaku Presiden Umno.

Dalam pertemuan itu, Najib menyampaikan penghargaan dan terima kasih atas sokongan daripada Presiden China dan juga parti CPC atas sokongan terhadap kepimpinannya.

Keratan berita yang pernah dilaporkan Utusan pertemuan Najib dengan wakil CPC di salah sebuah hotel di ibunegara pada April 2016 lalu.Keratan berita yang pernah dilaporkan Utusan pertemuan Najib dengan wakil CPC di salah sebuah hotel di ibunegara pada April 2016 lalu.

Pas Selangor langgar prinsip konvensyen politik dan raja berpelembagaan

DALIA ISMAIL
Penganalisis politik Dr Mazlan Ali berpandangan keputusan Pas untuk menunggu tindakan Menteri Besar dan perkenan Sultan Selangor bagi menentukan kedudukan tiga exco parti itu dakwanya bertentangan dari segi prinsip, konvensyen politik berperwakilan dan raja berperlembagaan.

Pensyarah Kanan dari Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata, Pas sudahpun memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR, bermaksud Pas bukan lagi rakan dalam gabungan majoriti Pakatan Harapan (PKR,DAP, Amanah) dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor.

"Dari segi konsep kebertanggungjawaban Exco Pas kini menjadi sukar dipraktikkan.

"Bagaimana mungkin exco Pas mahu mempertahankan atau dipertahankan oleh rakan-rakan Exconya dari PKR, DAP dan Amanah sekiranya berlaku 'celaan' di Dun, sedangkan Pas bukan lagi sebahagian dari komponen majoriti yang membentuk kerajaan dan penyokong di Dun Selangor.

"Tindakan Pas memutuskan tahaluf siyasi bermaksud Pas tiada lagi kepercayaan terhadap rakan tahalufnya, justeru segala bentuk kerjasama termasuk lantikan-lantikan politik harus dihentikan," terangnya kepada Malaysia Dateline.

Semalam Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiga Exco Pas dalam Kerajaan Selangor akan terus kekal dalam pentadbiran selagi Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiada sebarang cadangan dan diperkenan Sultan Selangor.

Tiga Exco Pas di Selangor ialah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar; Datuk Dr Ahmad Yunus (Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi) dan; Zaidy Abdul Talib (Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani).

Isu Pas - PKR di Kelantan

Mengulas kedudukan PKR di Kelantan pula, Dr Mazlan juga berkata, tindakan PKR adalah wajar apabila membuat keputusan bagi semua lantikan politik membabitkan 39 ahli PKR dilantik sebagai ahli Majlis Daerah, 14 Penghulu Tanpa Mukim, Penyelia Parlimen dan Dun 6 orang, Pegawai Pejabat Tanah dan Galian 6 orang dan 10 lagi berada dalam syarikat milik kerajaan melepaskan jawatan berkuatkuasa serta merta.

"Tindakan pucuk pimpinan PKR di Kelantan menunjukkan pemahaman ahli-ahli politik PKR terhadap konvensyen (tahaluf siasi) politik, setelah Pas memutuskan hubungan politik dengan partinya," ujarnya.

Bagaimanapun Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hasan semalam pula berkata,Pas Kelantan tidak akan memecat ahli PKR lantikan Politik Kelantan walaupun mendapat arahan dari pucuk pimpinan parti itu dan undang-undang tubuh negeri pula membolehkan mana-mana yang dilantik bebas meletakkan jawatan.

Dengan ketetapan Pas Kelantan itu Mazlan tidak menolak pandangan yang pernah dilontarkan oleh parti gabungan Pakatan Harapan, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin di Alor Setar pada Rabu, jika Pas-Umno bekerjasama situasi itu akan memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan.

"Di Kelantan, jika berlaku pertandingan tiga penjuru, Pas sukar mempertahankan kerajaan sedia ada kerana Pakatan Harapan akan menjadi saingan yang kuat terhadap Pas-BN.

"Tidak mustahil kerjasama Pas-Umno itu akan berlaku di Kelantan setelah putusnya tahaluf siyasi Pas dengan PKR.

"Jika Pas bekerjasama dengan Umno untuk mewujudkan pertandingan dua penjuru, kemungkinan Pas boleh pertahankan negeri Kelantan.

"Ini bagi mengelakkan undi pembangkang akan berpecah kerana BN mempunyai kelebihan untuk memenangi kerusi yang lebih banyak.

"Jika itu tidak berlaku (kerjasama Pas-Umno), Pakatan Harapan mampu menggugat dan mungkin berjaya memenangi beberapa kerusi di negeri Kelantan," ujarnya.

Dr Mazlan melihat gabungan parti dalam Pakatan Harapan akan membentuk satu barisan pembangkang yang berpotensi menjadi saingan kuat kepada Pas dan BN dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Pengapit pengantin diraba tetamu majlis kahwin


Seorang gadis mengalami pengalaman yang menakutkan apabila dia diraba oleh sekumpulan lelaki termasuk pengapit pengantin lelaki pada satu majlis perkahwinan rakannya.

Dalam kejadian itu, Zhang yang menjadi pengapit kepada pengantin perempuan di Guangzhou, telah direbahkan ke lantai secara paksa oleh sekumpulan tujuh ke lapan orang lelaki.

Zhang mendakwa telah diraba manakala tetamu lain yang menyaksikan kejadian itu bersorak seolah-olah perbuatan berkenaan adalah satu gurauan.

Susulan itu Zhang telah membuat laporan polis dan mahu lelaki terbabit ditangkap kerana melakukan perbuatan yang menjijikkan itu.

Dalam pada itu, pengapit kepada pengantin lelaki yang turut meraba Zhang, berkata, dia begitu teruja pada majlis perkahwinan tersebut dan tidak sedar melakukan perbuatan yang memalukan itu.

“Saya dan rakan-rakan telah melakukan perbuatan yang tidak wajar dan telah mengemukakan permohonan maaf kepada Zhang menerusi Wechat,’’ katanya.

Zhang bagaimanapun enggan menerima permohonan maaf tersebut dan mahu polis mengambil tindakan.
-kualalumpurpost

Lelaki ditahan penggal kepala adik


Dua kes pembunuhan kejam menimbulkan kegusaran di Taiwan. - Foto AFP
TAIPEI - TAIWAN . Seorang lelaki ditahan selepas memenggal kepala adiknya di hadapan jiran mereka dalam insiden terbaharu selepas seorang lelaki dipenjara seumur hidup selepas memenggal kepala seorang kanak-kanak tiga tahun.

Lelaki berusia 54 tahun yang dikenali dengan nama keluarga Li memenggal kepala adik perempuanya dengan pisau dapur di luar rumah mereka di bandar Kaohsiung selatan selepas bertengkar.

Li dan adiknya, 52, kedua-duanya belum berkahwin tinggal bersama-sama di bandar Kaohsiung selatan dan telah menjaga wanita yang merupakan pesakit mental selama bertahun-tahun.

"Mangsa sepatutnya pergi ke hospital pagi ini dan mereka bertengkar selepas wanita itu enggan. Li kemudian menyerang mangsa dengan pisau dapur sehingga lehernya putus," kata pegawai dipetik AFP.

Televisyen tempatan memetik saksi sebagai berkata, wanita itu melutut dan merayu kepada abangnya itu manakala jiran menjerit selepas mereka melihat kepala mangsa yang terputus di kaki lima.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun turut dipenggal kepala oleh seorang pesakit mental, Wang Ching Yu di khalayak ramai berhampiran stesen metro di Taipei tahun lalu

Lelaki itu bagaimanapun terlepas dari hukuman mati di mahkamah minggu lalu.
-sinarharian

Drama tampar, tendang dalam sesi TN50 depan Najib

Pengarah filem David Teo dikasari di depan Datuk Seri Najib Razak semasa sesi dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya malam ini.

Semasa sesi khusus untuk industri seni itu, Teo pada mulanya menyatakan tidak puas hati terhadap cara pengendalian pengarah dan pelakon Datuk Rosyam Nor sebagai pengacara majlis itu.

“Ini (pentas) Datuk Seri bulat. Datuk Rosyam Noor kena adil saksama.

“Semua dia kena bagi tengok mata dia, jangan tengok depan sahaja,” katanya.

Rosyam Nor yang bertindak sebagai pengerusi majlis kemudian meminta Teo menjaga tingkah laku dan menggunakan peluang bercakap untuk mengemukakan pandangan.

Mereka kemudian saling jawab menjawab antara satu sama lain.

Rosyam: You jangan komen bagaimana I ini.... I bagi you satu minit untuk bagi idea.

Teo: Biar kita cakap terus terang.

Rosyam: You di depan perdana menteri. Kamu kena behave (jaga kelakuan). Faham?

Teo: Tadi cakap tak payah serius.

Rosyam: Tadi Datuk Seri cakap tak payah serius kan?

Najib: Tak apa, tak apa.

Teo: OK saya mulakan Datuk Seri. Orang kata sekali itu ombak sampai ke pantai, selalu pantai itu...

Belum habis beliau bercakap, seseorang mirip pelakon komedi popular Mat Over berjalan sambil menuding jari ke arah Teo dan memarahinya.

Pelakon komedi itu kemudian kelihatan menampar Teo tetapi tidak kena kerana ditahan oleh Teo.

Teo juga kelihatan menendang kembali ke arah Mat Over tetapi turut tersasar.

Najib selepas itu memainkan peranan mendamaikan mereka dengan meminta kedua-dua pihak bersalaman.

Insiden itu disiarkan secara langsung di Facebook Najib tetapi tidak diulang siar.

Selepas ketegangan itu, Rosyam kedengaran berkata “dia itu memang kurang ajar daripada dulu” kepada Najib.

Rosyam juga meminta maaf atas apa yang berlaku.

“Relaks, ini masalahnya. Saya sebagai moderator rasa malulah. Yang amat berhormat perdana menteri jemput datang ke rumah nak dengar persoalan.

“Dan kalau saya nak layan satu dewan ini mungkin jadi masalah Datuk Seri.

“Jadi saya bagi pihak penggiat industri seni memohon maaf sangat-sangat, mungkin Datuk Seri kita boleh carry on,” katanya.

Najib yang kelihatan tenang kemudian menjawab: OK, carry on.
-malayasiakini

SPRM rampas tunai RM800,000 dari rumah anggota polis

Bernama
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai bernilai kira-kira RM800,000 dari stor rumah seorang koperal di Melaka.

Anggota polis berusia 52 tahun itu yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Melaka merupakan individu ke-10 yang ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di beberapa lokasi sekitar Melaka.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan rampasan dan tangkapan itu.

Hari ini, Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman mengeluarkan perintah reman selama 7 hari sehingga 24 Mei ini terhadap individu tersebut bagi membantu siasatan kes selepas membenarkan permohonan reman yang dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan 17 (a) Akta SPRM 2009.

Dah kena sindir macam ini takkan PAS tak faham lagi kot

Arah lantikan politik letak jawatan satu sindiran kepada Pas
MALAYSIA DATELINE
Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek
Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek Tindakan PKR mengarahkan lantikan politik parti itu di Kelantan melepaskan jawatan diibaratkan sebagai sindiran supaya Pas turut mengambil langkah sama di Selangor.

Tetapi bagi anggota Majlis Profesor Negara, ia satu yang tidak masuk akal dan lemah.

Keputusan PKR itu dilihat pemerhati politik hanya untuk memalukan dan menjatuhkan maruah Pas, selain desakan 'halus' untuk tiga Exco Pas di Selangor melepaskan jawatan selepas kerjasama politik antara dua parti berkenaan terbatal.

Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Halim Sidek, keputusan PKR itu juga boleh diibaratkan satu usaha untuk menggambarkan parti mereka lebih berkuasa berbanding Pas.

Beliau berkata, keadaan politik di dua negeri berbeza kerana arahan supaya lantikan politik melepaskan jawatan di Kelantan tidak akan mengubah struktur politik negeri berkenaan.

"Jika tindakan PKR itu bertujuan menyindir Pas ia adalah sindiran tidak masuk akal dan sangat lemah. "Kalau PKR menganggap mereka parti lebih kuat dan lebih berani dalam mencatur politik, mereka seharusnya mengadap Sultan Selangor memohon perkenan untuk memecat tiga Exco Pas di negeri itu, " katanya dalam kenyataan semalam.

Abdul Halim berkata, PKR tidak boleh mendabik dada dengan kedudukan kerusi Pakatan Harapan di Selangor yang menggabungkan parti itu dengan DAP dan Parti Amanah Negara.

Katanya, ini kerana dua kerusi Parti Amanah Negara yang juga parti serpihan Pas dimenangi atas tiket PAS yang berkemungkinan akan mudah diambil oleh calon Pas dan Barisan Nasional (BN).

"Dengan mengambil kira Parti Amanah Negara yang tidak mempunyai asas politik kukuh di Selangor selain kembalinya kekuatan BN di negeri itu, dijangkakan Pakatan Harapan Selangor berdepan saingan sengit pada Pilihan Raya Umum Ke-14," katanya.

Video David Teo ditampar oleh Mat Over ketika Live di depan Najib.


David Teo ditampar oleh Mat Over (orang Umno rupanya) ketika Live di depan Najib.

Semasa sesi khusus untuk orang dalam bidang seni tu, Teo pada mulanya menyatakan tidak puas hati terhadap cara pengendalian pengarah dan pelakon Datuk Rosyam Nor sebagai pengacara majlis itu.


Lelaki ini bawa kepala ibu pergi kedai, tikam peniaga



OREGON - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki yang berlumuran darah membawa kepala ibunya yang dipenggal sebelum menikam seorang pekerja di sebuah kedai, kelmarin.

Menurut laporan KTLA 5, pekerja lain sempat menahan lelaki berkenaan sebelum menikam lebih ramai mangsa.

Suspek, Joshua Lee Webb, 36 akan disiasat atas dakwaan membunuh dan cubaan membunuh.

Joshua didakwa membunuh ibunya, Tina Marie Webb, 59 selepas mayat mangsa ditemui oleh saudara maranya.

Anggota polis, Sarjan Nate Thomas mengesahkan kepala yang dibawa oleh Joshua adalah kepala Tina.

Kejadian masih disiasat polis.
-sinarharian

Meneka-neka apa yang dicari Pas dalam PRU14

HAYAR HASSAN
“UMNO TIDAK DAMBAKAN TAHALUF SIYASI DENGAN PAS", itulah salah satu tajuk berita akhbar Sinar Harian Ahad, tanggal 14 Mei 2017. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (DSAZ) dilaporkan berkata ahli Umno perlu menghormati setiap keputusan Pas dan mengiktiraf parti itu dalam senario politik di negara ini. Seterusnya beliau berkata pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan raya Umum (PRU) Ke-14 itu nanti adalah bakal menjadi suatu realiti. Sepertinya teka teki corak pertandingan PRU Ke-14 semacam sudah dimuktamadkan.

Sekurang-kurangnya untuk setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun), pertandingan tiga penjuru sudah pasti akan berlaku. Umno-BN sepertinya sudah memperoleh apa yang telah dirancang dan diharapkan oleh mereka. Banyak orang berpendapat strategi tiga penjuru ini sudah dirancang selepas PRU12 lagi, di mana BN telah dinafikan majoriti 2/3 di Parlimen untuk kali pertama dalam sejarah PRU Malaysia!

Umno-BN mungkin berpendapat, strategi ampuh untuk terus menguasai tampok kuasa di Putrajaya adalah dengan merobehkan kesepakatan Pakatan Rakyat (PR) yang telah menjadi saingan utama kepada Umno-BN selepas PRU12. Langkah awal strategi menghuru-harakan PR yang telah berjaya menawan 82 kerusi Parlimen dan lima Dun adalah dengan melontarkan idea Kerajaan Perpaduan @ Unity Government di Perak. Agak menghairankan juga idea Kerajaan Perpaduan ini tidak diteruskan untuk negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Kedah. Akhirnya jatuh juga Kerajaan PR di Perak setelah sempat berkuasa untuk tempoh sekitar dua tahun.

Sebenarnya, gagasan Kerajaan Perpaduan ini ditentang kuat oleh Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat (TGNA), Mursyidul Am Pas ketika itu yang juga Menteri Besar Pas Kelantan. Presiden Pas, Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang tidak pula begitu mempromosikannya mungkin kerana disibukkan dengan tugasnya sebagai Menteri Besar Terengganu atau pun kerana masih punya rasa hormat terhadap TGNA.

Rupanya setelah Pas gagal mempertahan Kedah dan Terengganu dalam PRU13, strategi menghuru-harakan PR terus dilaksanakan secara diam. Daripada parti-parti dalam gabungan PR, PKR dan DAP agak sukar untuk diperalatkan kerana pemimpin-pemimpinnya bijak dari sudut menyusun strategi politik. Matlamat utama mereka adalah lebih jelas, untuk mengambil alih Putrajaya dan menawarkan gaya pentadbiran baru untuk rakyat Malaysia.

Pas yang masih mampu bertahan di Kelantan, dilihat dalam keadaan yang lemah dan diterajui oleh pemimpin yang juga lemah. Melihat keadaan ini, tanpa disedari, Pas telah dijadikan sasaran oleh Umno BN dalam grand design mereka menghuru-harakan PR. Maka berlakulah apa yang telah kita ketahui bersama. PR akhirnya terkubur pada 16 Jun 2015. Umum berpendapat, keberhasilan grand design ini sebenarnya adalah hasil kerja kuat bekas orang kuat Pas juga yang telah diperalatkan oleh Umno-BN. Bekas orang kuat Pas ini dikatakan menerima banyak manfaat peribadi daripada Putrajaya.

Setelah PR terkubur, hala tuju Pas semakin bercelaru dan bersimpang siur. Ahli-ahli Pas tertanya-tanya ke manakah arah perjuangan parti akan dibawa? Semenjak tertubuhnya Pas pada tahun 1947, ahli-ahli Pas telah didoktrinkan untuk menentang Umno-Perikatan-BN habis-habisan. Tiba-tiba sekarang ini Pas agak lunak terhadap Umno-BN dan seolah-olah menghulurkan tangan persahabatan. Slogan Politik Matang Dan Sejahtera dijaja ke seluruh negara. Pas sekadar ingin menjadi penasihat kepada kerajaan yang ada sekarang di Putrajaya. Akhirnya lahirlah Parti Amanah Negara (AMANAH) dan wujudlah Pakatan Harapan (PH) menggantikan PR.

Melihat akan apa yang telah berlaku kepada Pas sekarang ini, saya teringat akan watak utama siri sinetron paling popular di Indonesia Tukang Bubur Naik Haji. Pada waktu ini di Malaysia, ia disiarkan melalui saluran 141 Astro. Sinetron terpopular ini mampu bertahan selama lima tahun dan mempunyai 2085 siri! Watak utamanya adalah Haji Mohidin, seorang tua yang tidak seberapa ilmu agamanya, sombong dan bebal. Dia mahu semua orang menghormatinya, mengikut cakapnya hanya sekadar kerana dirinya seorang tua dan sudah dua kali naik haji, bukan kerana ilmu agamanya dan kebijaksanaannya bergaul dalam masyarakat. Sesiapa yang berbeza pendapat dengannya adalah tidak betul pada pandangannya dan akan dianggap musuhnya. Apakah kini watak Haji Mohidin ini menjelma dalam diri pimpinan Pas sekarang ini?

Dalam melihat kecelaruan hala tuju Pas akhir-akhir ini, mungkin apa yang didambakan oleh Pas sekarang ini adalah sekadar meraih ucapan pujian hormat dan kurang kritikan dari pimpinan parti-parti lain, bukannya untuk memenangi pilihan raya dan menawarkan perkhidmatan cemerlang kepada rakyat. Parti-parti lain yang banyak mempertikaikan gerak kerja Pas akan dianggap musuh utama. Itulah yang terjadi kepada pimpinan PKR, DAP dan AMANAH sekarang ini!

Untuk waktu sekarang ini, mungkin bagi Pas, menyertai PRU adalah hanya sekadar untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa Pas masih wujud, relevan, mampu bergerak secara sendirian tetapi masih penuh bergaya! Sepertinya ucapan Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi itu sudah memenuhi citarasa dan kehendak pimpinan Pas waktu ini. Tidak menghairankan berita-berita berkaitan ucapan-ucapan pimpinan Pas waktu ini sering termuat di dada akhbar-akhbar dan stesen-stesen TV pro Putrajaya. Orang Perak kata, “Teman edak kisah nak jadi ape, bior pape ase bergaye Yeo".

Persoalannya adakah itu saja yang dicari oleh pimpinan Pas sekarang ini? Apakah tidak ada tawaran-tawaran istimewa lain yang boleh diketengahkan kepada pengundi-pengundi PRU14 nanti? Adakah memadai slogan Politik Matang dan Sejahtera itu boleh memukau pengundi-pengundi dalam PRU14 itu nanti dan Pas mampu memenangi 80 kerusi Parlimen dan menawan 5 buah negeri?

Sejarah demokrasi Malaysia sudah membuktikan bahawa ada parti-parti politik lama di negara ini seperti USNO, BERJAYA dan PPP berkubur kerana pimpinan parti-parti tersebut tidak bijaksana dan tidak pandai mengatur strategi-strategi menghadapi sepak terajang Umno-BN. Mungkin kah masa depan Pas akan berakhir seperti parti-parti tersebut? Sama-samalah kita tunggu akan keputusan PRU14 itu nanti.

Padah rakam aksi mandi amah

Singapura: Seorang lelaki asing berusia 52 tahun dipenjara selama 12 minggu mulai Isnin lalu kerana tergamak mencabul kehormatan amahnya yang berusia 28 tahun, lapor media tempatan.

Menurut stesen Channel NewsAsia, Paul Kwan, seorang warga Kanada yang bekerja di Singapura, memasang satu kamera video kecil di tandas dapur yang hanya digunakan oleh amah tersebut untuk urusan peribadi wanita itu.

Tertuduh dipercayai berjaya merakamkan aksi seksi amah berkenaan ketika hendak menggunakan tandas atau mahu mandi sebanyak tiga kali pada Julai dan Ogos tahun lalu, apabila tiada orang berada di rumahnya.

Kwan bagaimanapun mengaku bersalah ketika dibicarakan di sebuah mahkamah tempatan di sini semalam terhadap dua dakwaan jenayah berkaitan pencabulan kehormatan terhadap wanita asing berkenaan.

Kelibat tubuh badan montok si pembantu rumah tersebut dipercayai dirakamkan dalam keadaan separuh bogel atau langsung telanjang sepenuhnya sebanyak tiga kali iaitu pada 28 dan 29 Julai dan juga 1 Ogos 2016 lalu.

Video-video itu masing-masing selama sekitar enam hingga lebih 17 minit. Setiap kali insiden, Kwan sering sabar menunggu amahnya masuk ke bilik tidur sebelum mengambil kamera tersebut dan memuat turun rakaman itu.

Mengikut undang-undang Singapura, Kwan sebenarnya boleh dihukum penjara sehingga maksimum 18 bulan bagi setiap dakwaan mencabul kehormatan seorang wanita dan juga didenda. – Agensi
-kualalumpurpost

Entiti hantu berjaya dirakam


Sebuah kamera papan pemuka berjaya merakamkan entiti paranormal yang kelihatan sedang duduk di tengah jalan raya yang popular dengan kejadian seram.

Ketika kereta tersebut melalui selekoh itu, entiti berkenaan dilihat dengan jelas sedang menyilangkan kaki seperti kedudukan bersila sehingga membuatkan pemandu dan penumpang kereta terbabit menjadi panik.

Memetik kenyataan pemandu kereta tersebut di laman Facebooknya, Aswan Yap berkata, dia dan rakannya kerap menonton filem seram dan mengetahui bahawa perkara seperti itu tidak boleh dibuat main.

“Ketika kami berhenti, semua lampu amaran menyala dan kamera papan pemuka mula menunjukkan masalah.
“Jika anda mengatakan yang di atas jalan itu adalah kucing atau sampah atau apa sahaja, saya benar-benar berharap anda tidak memiliki lesen kereta.

“Jika pandangan anda sungguh teruk, anda tidak layak memandu,” tulisnya pada 6 Mei lalu.

Sementara itu, portal berita popular di United Kingdom, Mirror tidak ketinggalan melaporkan mengenai kejadian menyeramkan itu.

Lapor Mirror, pemandu tersebut segera memberhentikan kereta dan berkata kejadian itu sungguh menyeramkan.

Kemudian, penumpang kereta tersebut juga kedengaran mengiyakan kata-kata pemandu itu.

Tanpa berfikir panjang, Aswan mengundurkan kereta untuk melarikan diri daripada entiti yang disangka hantu itu.

Video tersebut dirakam pada waktu malam di kawasan yang sunyi berhampiran Taman Tasik Perdana dan Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Selepas rakaman itu mula tular di laman sosial, netizen mendakwa turut mengalami kejadian sama yang mula menghantui kawasan tersebut sejak 10 tahun lalu.

Namun, terdapat netizen yang mendakwa entiti di jalan itu akan memaksa kereta agar berhenti melalui kawasan itu dan ada juga yang mendakwa ia hanyalah perbuatan penjenayah yang cuba hendak menyamun pemandu.

Katanya, penjenayah akan keluar daripada tempat persembunyian dan menyamun pemandu sekiranya mereka memperlahankan kenderaan.

Setakat pukul 4 petang tadi, rakaman tersebut yang dikongsi di laman Youtube, Oh My Media TV sudah ditonton sebanyak 363,449 kali sejak dimuat naik pada 7 Mei lalu.
-kualalumpurpost

Izara kecewa dengan sebaran video tayang payudara

Nizha Periaswamy

Sejak beberapa hari yang lalu tersebar satu rakaman video menunjukkan selebriti tanahair, Izara Aishah dalam pakaian yang cukup mengaibkan.

Video yang hanya berdurasi beberapa saat dipercayai dirakam dalam sebuah majlis fesyen pada tahun lalu, menunjukkan pakaiannya yang menayangkan bahagian payudaranya .

Izara menerusi laman Instagramnya, @izaraaishahofficial menyampaikan rasa kecewa terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan video tersebut selain meminta maaf atas kecuaiannya itu.

“Saya tidak membuat kesilapan yang sama setelah saya meminta maaf. Sebelum ini saya pernah meminta maaf kerana saya pernah memakai pakaian yang tidak sopan.

“Setelah itu, saya tidak mengulanginya lagi. Waktu majlis yang dalam video itu, adalah sebelum saya pernah memohon maaf kepada semua. Ever since then(maaf), saya terus berusaha berubah ke arah kebaikan,” katanya dalam status Instagram.

Sungguh malang, katanya video itu muncul sewaktu dia sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

“Saya sedari kesilapan saya dan saya mengambil tanggungjawab dengan sepenuhnya. Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua. Ini antara saya dan kamu. InshaAllah, satu hari anda akan memaafkan saya,” katanya.

Sememangnya video yang mengaibkan seperti itu pasti akan memberi imej dan persepsi negatif kepada mana-mana artis sekalipun.

Semoga Izara mahupun artis lain lebih berhati-hati selepas ini.

Selepas selesai muktamar, 36 ahli lari dari Pas

MOHD ALI HASHIM
Omar menyerahkan borang keahlian Amanah kepada Dr Mohd Hatta Ramli bagi mewakili orang kampungnya.
Omar menyerahkan borang keahlian Amanah kepada Dr Mohd Hatta Ramli bagi mewakili orang kampungnya.Omar menyerahkan borang keahlian Amanah kepada Dr Mohd Hatta Ramli bagi mewakili orang kampungnya.

Setelah selesai muktamar Pas di Alor Setar minggu lalu yang memutuskan parti itu dengan semua parti pembangkang, 36 ahli dan penyokong Pas dari Kampung Perik, Padang Terap, lari meninggalkan parti itu dan menyertai Amanah.

Mereka menyertai Parti Amanah Negara dalam satu majlis yang telah diadakan di kampung tersebut kelmarin.

Borang permohonan keahlian tersebut telah diserahkan oleh bekas Setiausaha Pas cawangan Kampung Perik, Omar Mohd Noor kepada Pengarah Pilihan Raya, Amanah Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.

Omar berkata, ramai ahli Pas dalam kawasan tersebut semakin hilang keyakinan kepada kepimpinan Pas kini setelah melihat hala taju tidak seperti dahulu lagi.

Malah katanya, ramai ahli Pas kecewa dengan keputusan yang diambil Pas untuk memutuskan hubungan dengan PKR, sebaliknya sanggup pula untuk berbaik-baik dengan Umno yang terbukti semakin menzalimi rakyat miskin.

"Kami juga khuatir hubungan yang begitu intim dengan Umno oleh pimpinan Pas hanyalah untuk meraih sokongan serta kemenangan dalam pilihan raya umum yang akan datang, namun begitu kemungkaran tidak ditentang.

"Yang peliknya kenapa Pas kini semakin menerima perjuangan Umno sehinggakan sanggup untuk menyokong dasar Umno yang ditentang sejak dari dahulu lagi.

"Atas kesedaran itulah, kami mengambil keputusan untuk menyertai Amanah hari ini, " jelasnya.

Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, ramai lagi yang akan menyertai Amanah tidak lama lagi.

"Ramai antara mereka telah sedar bahawa perjuangan yang sedang dilakari oleh Amanah adalah perjuangan peduli rakyat.

"Amanah memberi perhatian serius terhadap kebajikan dan keperitan hidup yang sedang ditanggung oleh rakyat.

"Kesukaran ini adalah hasil bikinan tangan-tangan serta dasar Umno dan BN yang menekan hidup rakyat termasuklah golongan marhaen dan miskin lagi daif," ujarnya lagi.

Tegasnya lagi, adalah tidak adil bagi mana-mana parti pembangkang yang mendakwa membela nasib rakyat, sebaliknya bersekongkol dengan parti pemerintah yang terbukti jelas dan ketara kemungkaran yang sedang mereka laksanakan.

Oleh kerana itu katanya, tindakan yang diambil oleh penduduk Kampung Perik dengan menyertai Amanah adalah tindakan bijak yang mendorong untuk membawa perubahan dalam pilihan raya umum yang akan datang, khususnya di negeri Kedah.

Pas Selangor 'kartun politik' tidak tentu hala - Mahfuz

MALAYSIA DATELINE
Datuk Mahfuz Omar Datuk Mahfuz Omar Desakan barisan Exco Pas di Selangor meletakkan jawatan semakin jelas apabila ahli parti Datuk Mahfuz Omar sendiri turut menyarankan agar menerima keputusan Majlis Syura Ulama yang memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, dari segi 'moral' politiknya Pas wajib untuk memisahkan diri daripada terlibat atau bersekongkol di dalam apa jua kapasiti dengan PKR dan DAP yang didakwa oleh Pas telah mengkhianati parti itu.

"Dalam situasi yang berlaku di Selangor sekarang, Exco-Exco Pas sepatutnya meletak jawatan serta merta sebaik sahaja Majlis Syura Ulamak mengesahkan keputusan Muktamar yang telah memutuskan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR tanpa perlu diminta atau dipaksa oleh sesiapa.

"Perletakan jawatan ini adalah untuk menunjukkan isyarat bahawa pendirian Pas Pusat dan Selangor selari dengan keputusan Muktamar dan Majlis Syura Ulamak di mana Pas tidak lagi dapat bersama PKR di atas alasan-alasan pemutusan tahaluf siyasi sebagaimana yang dinyatakan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas," ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menempelak pendirian Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ujarnya, kelihatan masih 'ragu-ragu' di dalam mendukung keputusan Muktamar dan Majlis Syura Ulamak apabila cuba untuk menyandarkan kedudukan Exco Pas di Selangor kepada proses pelantikan Exco-Exco tersebut yang dibuat oleh Tuanku Sultan Selangor.

"Amatlah tidak wajar Tuan Ibrahim dan Pas untuk mengheret institusi raja dan mencari perlindungan politik istana semata-mata untuk mempertahankan ghanimah kedudukan Exco Pas di Selangor.

"Tuan Ibrahim selaku seorang tokoh politik kanan sepatutnya arif bahawa di dalam konteks sistem Raja Berperlembagaan, pelantikan Exco Kerajaan Negeri walaupun dibuat oleh Yang Dipertuan Agong atau Raja, tetapi ianya adalah atas nasihat dan cadangan nama yang diangkat oleh Perdana Menteri atau Menteri Besar," ujarnya.

Terang Mahfuz lagi, raja-raja di dalam membuat pelantikan tersebut adalah tertakluk kepada nasihat badan Eksekutif dalam rangka melaksanakan tugas perlembagaan (constitutional duty) mereka sepertimana yang dinyatakan Artikel 40 Perlembagaan Persekutuan atau di dalam konteks Negeri Selangor, merujuk kepada Artikel 53 dan 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

Katanya lagi, pertimbangan dan pilihan untuk melantik mana-mana orang yang layak untuk menjadi menteri atau anggota Exco, adalah merupakan hak dan tanggungjawab Perdana Menteri atau Menteri Besar selaku ketua kepada kerajaan dan badan Eksekutif

"Bagi saya, Tuan Ibrahim tidak perlu mengulangi ‘skrip’ yang pernah dimainkan oleh mantan-mantan Exco Kerajaan Kelantan dari Parti Melayu Semangat 46 yang enggan meletakkan jawatan Exco pada tahun 1996, walaupun pada ketika itu Semangat 46 telah memutuskan hubungan dengan Pas dan kemudiannya dibubarkan bagi membolehkan ahli-ahli parti tersebut menyertai Umno atas alasan pelantikan mereka dibuat oleh Tuanku Sultan Kelantan, selain dari dalih kononnya untuk meneruskan mandat yang diperolehi bersama Angkatan Perpaduan Ummah di dalam Pilihanraya Umum 1995," terangnya.

Justeru Mahfuz menegaskan, tidak sewajarnya Pas meletakkan beban untuk mengosongkan kerusi Exco kerajaan negeri kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Bukannya MB Azmin dan PKR yang memutuskan hubungan tetapi sebaliknya Pas yang memutuskan hubungan kerjasama politik dengan PKR.

"Oleh itu tidak ada keperluan untuk MB Azmin nak minta Exco PAS meletakan jawatan.

Janganlah situasi di Selangor ini menjadikan *rakyat melihat Pas tidak lebih dari ‘kartun politik’ yang tidak ketentuan hala*.