SHAH ALAM 13 Mac: Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor menggesa Ketua Setiausaha Negeri (KSN) memberi penjelasan mengapa pegawai kerajaan dibenarkan bersubahat dengan Kerajaan Pusat untuk cuba menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat. -TVAntara.com.my- |
Khalid mahu KSN jelaskan Isu pegawai kerajaan dibenar subahat jatuhkan kerajaan negeri
Dr M: Najib 'jerat leher' jika lantik anggota kabinet rasuah
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Najib Tun Razak "akan menjerat lehernya sendiri" jika beliau melantik pemimpin yang rasuah menganggotai kabinet barunya nanti. Perdana menteri keempat itu menegaskan demikian dalam wacana mengenai Demokrasi dan Kepimpinan Masa Depan Malaysia anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Wilayah Persekutuan hari ini. -malaysiakini- |
J/kuasa pengurusan tentukan nasib Norza
Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan parti untuk menentukan sama ada Datuk Mohamad Norza Zakaria boleh bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) atau sebaliknya dalam pemilihan parti hujung bulan ini. Perdana Menteri berkata soal kelayakan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan itu untuk bertanding dalam pemilihan parti perlu diputuskan jawatankuasa itu berikutan pemimpin itu telahpun dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini. "Kelayakan bertanding kena diputuskan nanti oleh Jawatankuasa Pengurusan pada kes-kes yang berkaitan dengan perkara ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin Liga Muslim Pulau Pinang dan Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia hari ini, lapor Bernama. Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Mohamad Norza layak untuk bertanding setelah beliau dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh kelmarin atas dua tuduhan menyogok perwakilan bagi memenangi jawatan MT pada Perhimpunan Agung Umno pada 24 hingga 28 Mac ini. Mohamad Norza dituduh memberi suapan wang tunai RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi Halimi Kamaruzzaman sebagai dorongan untuk diagihkan kepada perwakilan bagi membantu mengundinya memenangi jawatan MT itu. Dia juga dituduh memberi suapan wang tunai RM1,900 kepada Mohamad Anuar Yunus menerusi Halimi bagi tujuan sama dan kedua-dua tuduhan itu didakwa dilakukan di No 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh pada 20 Januari lalu. ohamad Norza dituduh menurut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dipenjara maksimum 20 tahun serta denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau mana yang lebih tinggi mengikut Seksyen 24 akta yang sama jika sabit kesalahan. Abdullah berkata, tindakan menghadapkan pemimpin parti ke muka pengadilan juga membuktikan bahawa tiada sesiapapun yang dikecualikan daripada perjalanan undang-undang negara. Dalam keadaan itu, Perdana Menteri berkata terpulang kepada mereka untuk membuktikan bahawa mereka tidak bersalah di mahkamah. Mengenai pertemuannya dengan pemimpin Liga Muslim Pulau Pinang dan Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia, Abdulah berkata, beberapa perkara dibincangkan antaranya mengenai peluang pekerjaan dalam bidang yang telah dikenal pasti bagi pekerja yang telah dibuang kerja, latihan pekerjaan dan peluang perniagaan serta pendidikan. -malaysiakini- |
Raja Perlis tidak campur urusan MB
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini bertitah, baginda tidak berhasrat untuk campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri yang baginda sifatkan semakin bertambah baik. Bagaimanapun, jika terdapat perkara (dalam pentadbiran negeri) yang memerlukan nasihat, baginda akan tetap mengeluarkan teguran dan nasihat itu. Bertitah di majlis angkat sumpah ahli exco kerajaan Perlis di Istana Arau hari ini, Raja Perlis mahu mereka melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan berkesan, lapor Bernama. Titah baginda tahap menyimpan rahsia kerajaan didapati semakin baik dan tiada rahsia dibocorkan sebelum mesyuarat exco bermula. Suatu ketika dahulu pernah berlaku kes apabila perkara yang patut dibincangkan dalam mesyuarat exco, telah diperkatakan di kedai-kedai kopi, malah lebih keterlaluan ada orang luar yang tahu keputusan mesyuarat exco, titah Tuanku Syed Sirajuddin. "Ingatlah, jangan bocorkan rahsia kerajaan kepada orang luar sebelum ia diluluskan," titah baginda. Baginda turut menasihati semua wakil rakyat termasuk ahli exco kerajaan negeri supaya sentiasa menilai pencapaian perkhidmatan mereka sama ada benar-benar berkesan kepada negeri dan rakyat. "Sebagai wakil rakyat, perlu tunjuk contoh teladan yang baik termasuk kepada pegawai kerajaan. Jangan terlibat budaya tak elok," titah baginda lagi. Ingatan pada exco Tuanku Syed Sirajuddin bersyukur kerana kerajaan negeri tidak lagi menghulurkan "ikan" kepada rakyat, sebaliknya telah mula memberikan "pancing" untuk mereka berdikari. "Perkara ini mustahak kerana ekonomi pun rumit. Kalau beri ikan sahaja kepada rakyat, maka rakyat akan hadapi masalah di masa depan," titah baginda. Baginda kecewa kerana ada wakil rakyat tidak menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan dan mesyuarat tertentu menyebabkan tanggungjawab mereka menjadi tidak berkesan. "Budaya menangguh kerja juga perkara yang tak elok. Ada yang nak tunggu esok. Lepas esok ada esok lagi. Kerja dok tunda, tunda dan tunda," titah baginda. Selain itu, baginda bertitah setiap kerja yang dilakukan perlu memberi kepuasan kepada kerajaan dan rakyat selain diri sendiri. "Tak guna buat kerja separuh jalan.. tak dapat kepuasan. Kita puas hati orang pun seronok," titah baginda. Raja Perlis turut mengingatkan ahli exco kerajaan negeri bahawa tugas mereka perlu dilakukan dalam satu pasukan yang kuat untuk membangunkan negeri Perlis. "Jangan jadi macam jam. Jika satu spring putus, maka jam pun rosak," titah baginda pada majlis yang dihadiri oleh kesemua wakil rakyat kecuali ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Adun kawasan Sanglang, Hashim Jasin yang juga pesuruhjaya PAS Perlis. Di majlis itu, lapan orang mengangkat sumpah sebagai ahl exco kerajaan negeri termasuk seorang muka baru iaitu Adun kawasan Chuping, Mansor Jusoh. Sebelum ini, Perlis hanya mempunyai tujuh ahli Exco yang kesemuanya dilantik semula iaitu Datuk Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail (Adun kawasan Pauh), Sabry Ahmad (Santan), Ahmad Bakri Datuk Ali (Kayang), Abdul Jamil Saad (Sena), Mat Rawi Kassim (Beseri), Jafperi Osman (Guar Sanji) dan Yip Sin Onn (Titi Tinggi). Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu turut menghadiri majlis tersebut. -malaysiakini- |
Dr Khir: Pakatan serang saya untuk alih isu sebenar
Bekas menteri besar Selangor menyifatkan serangan terhadap pentadbiran beliau dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak tiga hari berturut-turut sebagai usaha mengalih isu sebenar yang sedang berlaku di negeri itu. "Selepas setahun dewan bersidang, (wakil rakyat Pakatan Rakyat) masih serang saya," kata Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, kini sebagai ketua pembangkang, kepada pemberita ketika sidang DUN berhenti rehat tengah hari ini. "Tidak ada keputusan konkrit dibuat selepas dua hari (DUN) bersidang." Wakil rakyat Sungai Panjang itu turut menafikan wujud penyalahgunaan kuasa melibatkan 21 perjalanan udaranya ke luar negara yang berjumlah RM349,134. "Itu (perjalanan) untuk (tempoh) lapan tahun. Itu lawatan pelaburan. Hasilnya, saya berjaya dapatkan pelaburan sebanyak RM48 bilion," katanya. Dr Mohamad Khir menjelaskan, beliau bahkan sedaya mungkin menjimatkan wang kerajaan sehingga hadir lima majlis satu hari supaya tidak perlu membuat kunjungan balas lagi selepas itu. Beliau juga menafikan dakwaan Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang) bahawa isterinya Zaharah Kechik menggunakan aset sebuah anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Kumpulan Darul Ehsan Sdn Bhd (KDEB) untuk tujuan peribadi sewaktu memimpin negeri itu. Diminta mengulas tindakan beliau mengecam wakil rakyat PAS itu di lobi DUN semalam, beliau berkata: "Saya tidak ada masalah dengan beliau (Saari). Tetapi tindakan menuduh orang yang tidak terlibat dalam dewan perlu dielakkan. "Kena semak fakta, bukan memfitnah." Dalam persidangan DUN semalam, Saari mendedahkan sebuah anak syarikat KDEB, Syarikat Cekal Tulen telah membeli kereta Range Rover bernilai RM500,000 untuk kegunaan kerja, tetapi ia digunakan oleh Zaharah. Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) mendakwa sebuah syarikat agen pelancongan yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Dr Mohamad Khir memonopoli khidmat perjalanan menteri besar, barisan exco kerajaan dan KDEB. Pemimpin PKR itu kelmarin membangkitkan beberapa isu, antaranya, pemberian jam mahal RM150,000 sewaktu Dr Mohamad Khir menjawat pengerusi anak syarikat kerajaan negeri PNSB, perbelanjaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) ke Disneyland di Tokyo dan Hong Kong, dan juga pembelian hartanah di Arab Saudi. Sementara itu, mengulas populariti anak bekas perdana menteri, Datuk Mukhriz Mahathir mendahului beliau sebagai calon ketua Pemuda Umno, Dr Mohamad Khir berkata beliau juga mempunyai peluang yang sama adil. "Kalau media promosi, sudah tentu dia dapat lebih. Kalau media promosi Tun Dr Mahathir, ya, itu cara dia (Mukhriz) dapat populariti," katanya lagi. Tinjauan Merdeka Center yang diumumkan semalam mendapati, Mukhriz mendapat 52 peratus pilihan responden bagi jawatan tersebut, berbanding Khairy Jamaluddin dan Dr Mohamad Khir - masing-masing 11%. Tanpa membuat penjelasan terperinci, Dr Mohamad Khir turut mendakwa terdapat ahli Umno sendiri yang berpakat dengan PKR bagi menjatuhkan dalam pemilihan Umno, hujung bulan ini. -malaysiakini- |
Dividen KWSP bagi 2008 hanya 4.5 peratus?
Berita kurang baik untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) - kadar dividen bagi tahun 2008 dijangka serendah 4.5 peratus. Berita itulah yang dimaklumkan oleh kesatuan sekerja kepada ahli-ahli mereka, dakwa sumber-sumber yang boleh dipercayai. Menurut mereka, kadar itu terlalu rendah walaupun prestasi KWSP adalah baik dalam tempoh sembilan bulan pertama 2008 sepertimana dalam pengumuman keputusan prestasinya bagi suku ketiga tahun lalu. Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE), J Solomon berkata, pencarum mengharapkan kadar dividen yang lebih baik kerana KWSP mendakwa pihaknya telah melabur dengan bijaksana dalam sekuriti jangka panjang. "KWSP patut berkongsi keuntungannya dengan membayar kadar dividen yang lebih tinggi kerana kemelesetan ekonomi telah mengakibatkan ribuan orang hilang pekerjaan," tambahnya. Anggota Majlis Eksekutif Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), A Sivananthan juga berkata, beliau mendapat tahu bahawa dividen KWSP bagi 2008 adalah 4.5 peratus. Ekoran itu, beliau berkata KWSP sepatutnya menukar para penasihat pelaburannya kerana kadar dividen tersebut, hanyalah separuh daripada dividen yang dibayar oleh Permodanan Nasional Berhad (PNB)> -malaysiakini- |
MBI keluar notis supaya plak "Pokok Demokrasi" dirobohkan
IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengeluarkan notis supaya pemilik plak peringatan yang dibina di kawasan di bawah "Pokok Demokrasi" di Lebuh Istana di sini supaya merobohkan plak tersebut dalam tempoh 24 jam.
Notis itu dipercayai ditampal semalam pada pokok yang berlangsung kononnya sidang tergempar Dewan Undangan Negeri yang diadakan oleh pihak pembangkang pada 3 Mac lalu.
Ia yang ditandatangani Pegawai Undang-Undang MBI bagi pihak Datuk Bandar Ipoh, menyebut pembinaan plak itu menyalahi Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana menyebabkan halangan di tempat awam.
Plak peringatan itu didapati dipecahkan semalam oleh pihak yang tidak diketahui sementara pagi ini ia didapati turut disimbah dengan tar.
Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming pada satu sidang akhbar di sini, menunjukkan rakaman kamera litar tertutup yang memaparkan imej seorang lelaki bertukul besi sedang memecahkan plak berkenaan.
"Pemuda Sosialis DAP akan menyerahkan rakaman ini dan membuat laporan polis Isnin ini supaya tindakan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab," katanya. -BERNAMA-
Pendapatan bulanan MB Selangor RM47,222
Semalam pengisytiharan harta dan aset beliau tidak dapat diakses sedangkan senarai harta dan aset Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) negeri telah pun disiarkan.
Ketika ditemui pemberita pagi tadi, Abdul Khalid memberi jaminan bahawa pengisytiharan harta dan asetnya boleh diakses melalui laman web kerajaan negeri selewat-lewatnya Selasa depan.
Namun, tinjauan ke laman web itu petang ini mendapati maklumat berhubung harta dan aset Menteri Besar itu telah pun dipaparkan.
Berdasarkan borang pengisytiharan yang dimuat turun dari laman web itu, pendapatan bulanan Abdul Khalid berjumlah RM11,715 dan semua imbuhan tetap atau elaun beliau berjumlah RM35,507.
Bagaimanapun, maklumat seperti pinjaman perumahan dan kenderaan hanya diisi dengan perkataan "TIADA".
Berdasarkan borang perisytiharan syarikat/perniagaan persendirian Abdul Khalid, ia memaparkan nama syarikat Sekun Asset Management Group (Malaysia) Sdn Bhd, beralamat di Level 18, The Gardens, North Tower, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, Kuala Lumpur dan jenis perniagaan berkaitan pelaburan.
Bagaimanapun, pulangan perniagaan tahunan syarikat itu diisi sebagai "tidak beroperasi" dan punca kewangan syarikat/perniagaan diisi sebagai "sendiri".
Maklumat pengisytiharan aset membabitkan hartanah, saham, wang yang diperoleh sejak mengangkat sumpah sebagai Exco itu disiarkan menerusi laman web rasmi kerajaan negeri di alamat www.selangor.gov.my bermula lewat petang semalam.
Teresa Kok adalah antara Exco yang mempunyai pendapatan paling tinggi di kalangan sembilan Exco lain dengan jumlah pendapatan RM32,830.67 sebulan di samping mempunyai dua pinjaman perumahan berjumlah RM320,000.
Semasa merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor barubaru ini, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu Menteri Besar dan semua anggota Exco kerajaan negeri mengisytiharkan harta masing-masing. - BERNAMA-
MAHATHIR SELAR NAJIB KERANA RAMPAS KUASA KERAJAAN NIZAR
Beliau menyatakan kesilapan-kesilapan, strateji buruk dan kecuaian yang berlaku pada 5 Feb lalu di dalam rampasan kuasa tersebut, yang didalangi oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, telah mengakibatkan krisis politik berlaku di Perak.
"Anda tidak boleh menurunkan seorang menteri besar atau perdana menteri tanpa adanya undi tidak percaya di dalam dewan. Tiada peruntukan lain," tegasnya di dalam satu majlis anjuran MUBARAK, pertubuhan bekas-bekas wakil rakyat.
"Umno-BN terlalu cuai dan dan tidak menunggu persidangan dewan tetapi sebaliknya meminta Sultan melucutkan jawatan menteri besar," tambahnya, merujuk kepada keputusan Sultan Azlan Shah menitahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin untuk meletakkan jawatannya.
"Sepanjang pengetahuan saya, tidak ada peruntukan sedemikian di Perak atau Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Dr Mahathir menyatakan sepatutnya BN melakukannya dengan betul dan "tidak menyalahi undang-undang" kerana mahkamah nanti boleh membuat keputusan yang Sultan tiada kuasa untuk memecat seorang menteri besar.
Beliau menambah seseorang Sultan hanya boleh menolak seseorang calon (menteri besar) untuk membuat pilihannya selepas berlakunya sesuatu pilihanraya, itupun calon tersebut boleh dikalahkan di dalam dewan melalui undi (tidak percaya).
Ahli politik veteran tersebut menyatakan BN sepatutnya "mematuhi undang negara ini, terutama perlembagaan."
"Kerana ini boleh menimbulkan konflik dengan undang-undang, kita akan dapati rakyat tidak akan mematuhinya. Kerana kita memulakan dengan langkah yang silap, rakyat kini menentang kita," kata Dr Mahathir, yang telah bertindak keluar dari Umno tahun lepas setelah persengketaan yang panjang dengan penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Rampasan kuasa di Perak sekarang ini diasak dengan dengan siri saman menyaman, oleh kedua-dua belah pihak yang mendakwa mereka sebagai kerajaan yang sah.
Enam orang juga telah didakwa kerana menghina Sultan Perak selepas baginda menyebelahi BN untuk memerintah Perak. Seorang telah mengaku bersalah dan didenda RM10,000 semalam sementara yang lain meminta dibicarakan.
Umno menuduh bahawa mereka yang menentang keputusan Sultan sebagai menderhaka.
Berita: Malaysian Insider
Video: 7 Edition
Altantuya Najib: Si Bebal Nak Gantung Gobind
Ahli Parlimen BN dilaporkan bercadang menggantung tugas ahli parlimen DAP Gobind Singh Deo selama setahun kerana dianggap menghina dewan berhubung tuduhannya terhadap timbalan perdana menteri kelmarin.
Wakil rakyat Puchong kelmarin telah digantung sehari dari Dewan Rakyat selepas mendakwa Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Usul mengambil tindakan disiplin itu dimuatkan dalam aturan urusan mesyuarat dan usul-usul Parlimen untuk dibahaskan pada Isnin depan.
Jika dikenakan tindakan tersebut, Gobind "tidak akan dibayar kesemua bayaran elaun dan kemudahan sebagai seorang ahli parlimen" sepanjang tempoh tersebut.
Sebelum dikenakan tindakan itu, beliau bangun untuk bertanya soalan kepada Najib, yang juga menteri kewangan sebaik sahaja pemimpin Umno itu selesai menyampaikan penggulungannya.
Selain isu Altantuya, Gobind juga mempersoalkan tindakan berhubung kematian mengejut A Kugan dalam tahanan polis, Januari lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz awal malam ini dilaporkan berkata usul itu akan dibentangkan jam 11.30 pagi menurut peraturan tetap dewan 27 (1).
"Dewan akan mengundi untuk memutuskannya selepas perbahasan itu," beliau dipetik berkata.
Persoalan kini, bijaksanakah tindakan Barisan Nasional itu?
Rakyat melihat episod tersebut sebagai satu usaha para wakil rakyat BN untuk mempertahankan Najib Tun Razak yang bakal menjadi Presiden UMNO/BN dan juga bakal Perdana Menteri dan separtinya ia untuk mengurangkan wakil Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat.
Kes Altantuya menarik semula perhatian rakyat ekoran pendedahan akhbar Liberation yang mengaitkan hubungan Najib yang dikatakan ada melakukan pertemuaan dengan Altantuya yang telah dibunuh dengan kejam itu.
Suara-suara lantang kedengaran setiap masa agar Najib disiasat, namun pemimpin-pemimpin UMNO-BN memekakkan telinga mereka terhadap suara-suara tersebut lantaran ia bukan sahaja akan menjejaskan masa depan Najib malah menjejaskan parti UMNO-BN keseluruhannya. (Ia juga menjejaskan peluang mereka yang bercita-cita dan berharap untuk dilantik sebagai menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen di dalam rombakan kabinet yang akan dilakukan Najib setelah menjadi PM nanti).
Yang ketara UMNO-BN masih lagi di dalam keadaan menafikan (state of denials) yang populariti mereka di kalangan rakyat negara ini semakin hari semakin menurun.
Kekalahan mereka untuk mempertahankan majoriti 2/3 di dalam PRU12 lansung tidak memberi apa-apa pengajaran kepada mereka supaya mereka melakukan bedah-siasat untuk melihat faktor-faktor penolakan rakyat terhadap parti mereka di dalam pilihanraya yang lalu serta di dua pilihanraya kecil selepasnya iaitu di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.
Malah kekalahan calon mereka ke atas pemimpin Hindraf yang sedang ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang meringkuk di penjara di dewan undangan negeri Kota Alam Shah, M Manoharan adalah bukti nyata maruah, kredibiliti dan integriti BN sebenarnya sudah ditolak dengan jelas oleh rakyat.
Kemenangan M Manoharan disamping kekalahan pemimpin-pemimpin utama MCA/MIC/Gerakan samada di Dewan Rakyat atau dewan undangan negeri menjelaskan fakta bahawa wakil rakyat BN hanyalah gendang kosong yang telah ditolak oleh rakyat.
Melihat kepada keputusan pilihanraya umum 2008 masyarakat Puchong telah memberikan kemenangan besar kepada Gobind dengan majoriti 12,593. Satu angka yang agak besar jika dibandingkan dengan majoriti yang diperolehi oleh tukang-tukang sorak BN di Dewan Rakyat seperti Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak (maj - 2,688), Dato Seri Mohamed Nazri Abd Aziz - Padang Rengas (maj - 1,749), Bung Mokhtar Raden - Kinabatangan (maj - 6,326).
Gobind, sama seperti Nizar dan para exconya tidak kerugian apa-apa (walaupun dari sudut materialnya mereka kehilangan elaun dan keistimewaan-keistimewaan lain) namun dari segi sokongan dan simpati rakyat kepadanya akan terus meningkat dan ini akan pastikan memberikan Pakatan Rakyat modal yang cukup banyak untuk di bawa ke pilihanraya-pilihanraya akan datang terutama pilihanraya kecil 7 April nanti di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
Justeru itu, kita ingin bertanya kepada wakil-wakil rakyat UMNO dan BN, apakah yang mereka perolehi dengan mengusulkan tindakan dikenakan ke atas wakil rakyat Puchong itu? Apakah mereka merasakan bahawa rakyat Puchong akan beralih untuk menyokog BN selepas ini? Apakah mereka merasakan BN akan bertambah kuat dengan mengambil tindakan sekeras itu?
Yang rakyat sekalian boleh beritahu ialah mereka akan terpaksa membayar harganya yang mahal dengan menanggung kekalahan yang lebih besar di dalam pilihanraya akan datang, bukan sahaja di parlimen Puchong malah di tempat-tempat lain.
Fikir-fikirkanlah. http://greenboc.blogspot.com/
Selangor Negeri Pertama Umumkan Aset Para Exco
Tindakan tersebut disambut baik oleh masyarakat yang merupakan respons positif terhadap gesaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum ini meminta kesemua ahli Exco negeri itu mengisytiharkan aset masing-masing secepat mungkin dalam usaha memastikan kerajaan yang bersih dan telus.
Maklumat pengisytiharan aset membabitkan hartanah, saham, wang yang diperoleh sejak mengangkat sumpah sebagai Exco itu disiarkan menerusi laman web rasmi kerajaan negeri di alamatwww.selangor.gov.my bermula lewat petang semalam.
Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok, pendapatan bulanan RM32,830.67, manakala bayaran bulanan yang ditanggungnya adalah RM2,246.92.
Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Mohd Alimemperoleh pendapatan RM17,722.08 dengan jumlah tanggungan sebanyak RM12,781.
Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan, Yaakob Sapari memperoleh RM17,722.08 dengan jumlah tanggungan RM1,598.99.
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail memperoleh pendapatan RM18,122.08 dengan jumlah tanggungan RM3,830.25.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar memperoleh RM17,722.08 dengan jumlah tanggungan RM2,270.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali memperoleh RM17,722.08 dengan jumlah tanggungan RM7,238.50.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad memperoleh RM17,722.08 dengan jumlah tanggungan RM2,527.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu memperoleh RM20,722.08 dengan jumlah tanggungan RM4,657.
Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong memperoleh RM17,722.08 dengan jumlah tanggungan RM2,000.
Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong memperoleh RM23,222.08 dengan tanggungan RM2721.
Abdul Khalid berkata, statistik yang dilaporkan di dalam laman web itu hanyalah bagi pendapatan dan aset barisan Exco kerajaan negeri semenjak mereka mengangkat sumpah pada 24 Mac tahun lepas sehingga sekarang.
Bagaimanapun, aset mereka sebelum menjadi Exco tidak dilaporkan di dalam laman web itu buat masa ini, katanya kepada pemberita.
Dengan pengumuman aset ini, Abdul Khalid berkata pihaknya dapat mengesan sama ada aset anggota Exco meningkat semasa memegang jawatan itu dan jika meningkat adakah ia berikutan salah guna kuasa. http://greenboc.blogspot.com/
Taktik Kotor Kerajaan Pusat Untuk Jatuhkan Negeri-negeri Pakatan Rakyat
Usul tergempar berkenaan dibentangkan oleh Adun Kg Tunku, Lau Weng San yang mendakwa beliau mempunyai dokumen berhubung satu mesyuarat yang diadakan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (PPNS) yang memperincikan program- program membabitkan agensi kerajaan.
Menurutnya, dokumen yang bertajuk 'Pelaksanaan Program People Centric di Negeri Selangor' satu mesyuarat telah diadakan 26 februari lalu dan membabitkan Agensi Keselamatan Negara serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Lau memberitahu dewan, program berkenaan dilaksanakan bagi menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan Barisan Nasional menguasai negeri Selangor dan juga meraih kemenangan majoriti dua pertiga di Parlimen bagi pilihanraya akan datang.
Tan Sri Khalid berkata program tersebut juga menjadi tanda tanya tentang kebebasan pegawai kerajaan yang bertindak menyebelahi Kerajaan BN.
Ketua Setiausaha Negeri (KSN)diminta memberi penjelasan mengapa pegawai kerajaan dibenarkan bersubahat dengan Kerajaan Pusat untuk cuba menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat.
"Mereka sepatutnya bersikap bebas dan professional dalam menjalankan tugas... lebih teruk lagi program ini juga cuba memberi kredibiliti kepada Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) sedangkan DYMM Sultan Selangor telahpun bertitah tidak mengkitiraf JKKP di Selangor," kata Khalid lagi.
Beliau juga tertanya adakah program tersebut antara sebabnya Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor seringkali diserang dengan pelbagai tuduhan serta tohmahan.
Beliau merujuk kepada isu derma lembu korban, penggunaan kereta peribadi Menteri Besar dan juga yang terbaru dakwaan Adun Kuala Kubu Baru, Wong Koon Mun kononya saudara beliau (Khalid) terlibat dalam aktiviti mencuri pasir dan mempunyai pejabat khas di tingkat 5, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
"Ingin saya nyatakan, tuduhan isu lembu dan kereta serta tuduhan Adun Kuala Kubu Baru adalah tidak benar sama sekali... Tidak ada sebarang aktiviti di Tingkat 5, Bangunan SUK seperti yang digembar gemburkan," tambahnya lagi.
Di samping itu, katanya, arahan juga telah diberikan kepada semua Pihak Berkuasa tempatan (PBT), Pejabat Daerah dan semua anak syarikat Kerajaan Negeri supaya tidak melayan (jika ada) sebarang permintaan ahli keluarga atau rakan serta pihak tertentu untuk mendapatkan sesuatu keistimewaan.
Ramai pemimpin Pakatan Rakyat percaya bahawa usaha menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat bukan sahaja terhadap di negeri Selangor malah di kesemua negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.
Sebagai bukti ialah bagaimana gelagat Ketua Setiausaha Negeri Perak bertindak sewaktu kerajaan pimpinan Dato Seri Nizar Jamaluddin dipaksa keluar dari bangunan Perak Darul-Ridwan malah, KSU juga telah bertindak menghubungi polis untuk mengawal dan mengepung bangunan tersebut terutama di hari dimana sidang tergempar DUN Perak dijadual berlansung di bangunan tersebut pada bulan Februari lalu.
Tindakan KSU tersebut telah menyebabkan sidang tergempar terpaksa diadakan di bawah pokok di luar bangunan Perak Darul Ridwan. http://greenboc.blogspot.com/
Plak Kerajaan Nizar Dibawah Pokok Dipecahkan
Apatah lagi kini ia menjadi tumpuan para pelancong yang ingin mengabadikan kenangan mereka di bawah pokok itu.
Plak yang dipasang bagi mengingati 'pokok demokrasi' tiba-tiba menjadi mangsa perbuatan khianat golongan yang phobia tersebut setelah baru lima hari ianya dipasang.
Bagaimanapun bahagian utama plak tersebut yang menceritakan sidang DUN yang bersejarah tersebut tidak dirosakkan.
Edisi dalam talian China Press melaporkan bahawa tempat tersebut kini menjadi tumpuan orang ramai apabila mengetahui mengenai kejadian tersebut.
Speaker DUN V Sivakumar, yang turut ke situ pagi tadi, menyifatkan perbuatan tersebut sebagai "tidak bermoral".
Sementara itu, exco Pakatan, Ngeh Kor Ming berkata, Pakatan akan lancarkan kempen - seorang RM1 - untuk membina tugu baru yang mengandungi empat bahasa.
"Ini kerana ramai pelancong datang untuk melawat pokok demokrasi tersebut, menjadikannya tempat tarikan pelancongan terbaru.
"Pagi ini, tiga orang pelancong luar negara dari California, Australia dan Jerman, yang melawat tempat tersebut," katanya. http://greenboc.blogspot.com/
Bekas Timbalan Naib Canselor Unisel ditahan
Beliau yang berumur 55 tahun ditahan selepas memberi keterangan berhubung kes itu di pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 4.30 petang.
Pengarah Siasatannya, Datuk Syukri Abdul berkata, bekas Timbalan Naib Canselor itu menggunakan dokumen palsu tersebut tahun lepas.
"Beliau tamat kontrak sebagai Timbalan Naib Canselor di universiti terbabit pada 2007, bagaimanapun menggunakan dokumen palsu untuk menyambung perkhidmatannya dalam jawatan yang sama pada 2008.
"Sekarang beliau bertugas di sebuah universiti awam di Lembah Klang dan akan dituduh Isnin depan di Mahkamah Klang," katanya ketika dihubungi Bernama semalam. BERNAMA
Pilihan raya: BN umum calon tiga kawasan serentak
Bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, BN akan diwakili oleh bekas Ketua Penerangan Umno Bahagiannya, Ismail Saffian.
Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah Datuk S.Ganesan dipilih sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.
Bagi DUN Batang Ai, Barisan Nasional akan meletakkan Malcolm Mussen anak Lamoh dari Parti Rakyat Sarawak sebagai calon.
Bagaimanapun, pemilihan Malcolm sebagai calon telah diperakui oleh kepimpinan Barisan Nasional Sarawak.
Di Taiping, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Ismail sebagai calon BN Bukit Gantang pada majlis pemimpin bersama rakyat yang berlangsung di Taman Kota Jaya, Simpang, dekat sini hari ini.
Ismail, 49, adalah Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara dan berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang.
Najib yang juga Pengerusi BN Perak berkata calon yang dipilih adalah anak tempatan seperti yang dikehendaki oleh masyarakat setempat.
Pemilihan calon dibuat daripada perbincangan dengan pimpinan bahagian dan negeri serta tinjauan yang mengambil kira segala aspek, katanya pada sidang akhbar selepas majlis berkenaan.
"Kita pilih calon yang terbaik untuk BN... saya yakin beliau akan menjadi seorang Ahli Parlimen yang baik dan dapat bekerja sama penuh dengan semua," katanya.
Beliau berkata antara syarat penting juga ialah calon diterima oleh peringkat bahagian bagi mengelak berlaku pergeseran, termasuk prasyarat bahawa Ismail tidak akan bertanding dalam pemilihan bahagian Umno akan datang.
Pada pemilihan bahagian tahun lepas, Ismail tewas kepada Adun Trong Datuk Rosli Husin dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang.
Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandang Roslan Shahrom daripada PAS pada 9 Februari lepas.
Pada pilihan raya umum lepas, Roslan merampas kubu kuat BN itu dengan menewaskan Bendahari Umno Datuk Seri Azim Mohd Zabidi dan calon Bebas, M.Morgan, dengan majoriti 1,566 undi.
Parlimen itu mempunyai 55,471 pengundi terdiri daripada 63.48 peratus pengundi Melayu, 26.77 peratus pengundi Cina, 9.71 peratus pengundi India dan lainlain pengundi 0.4 peratus.
Terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen itu iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang dan pada pilihan raya umum lepas BN menang di Trong manakala dua lagi dimenangi Parti Keadilan Rakyat.
Di Sungai Petani, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah Datuk S.Ganesan dipilih sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.
Pemilihan Ganesan, yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, diumumkan Timbalan Perdana Menteri hari ini, beberapa jam selepas beliau mengumumkan Ismail Saffian sebagai calon BN untuk pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak.
Ganesan, 49, tidak bertanding pada pilihan raya umum Mac tahun lepas.
Beliau yang dilahirkan di ladang Sungai Division di Sungai Petani merupakan lulusan Universiti Malaya dalam jurusan ekonomi sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di London.
Beliau yang kini merupakan seorang peguam mempunyai empat orang anak hasil perkongsian hidup dengan R.Vatsala, 42, yang juga merupakan seorang peguam. Ganesan menyertai MIC sejak 1983 dan pernah memegang beberapa jawatan penting dalam pergerakan itu.
"Saya berterima kasih kerana pucuk pimpinan memberi keyakinan dan saya akan bekerja kuat untuk memastikan kemenangan BN," katanya ketika ditemui pemberita selepas pengumumannya sebagai calon BN.
Sementara itu Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu dalam satu kenyataan berkata Ganesan dipilih setelah tinjauan MIC mendapati beliau adalah calon kegemaran di kawasan Bukit Selambau.
"Saya sudah berada di Bukit Selambau dua tiga minggu lepas dan saya dapat maklum balas orang ramai tentang calon, saya yakin dia diterima oleh semua kaum," katanya.
Kerusi Bukit Selambau kosong selepas peletakan jawatan oleh penyandangnya V. Arumugam dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) awal bulan lepas.
Di Kuching, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Batang Ai telah dikenal pasti dan akan diumumkan minggu depan, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
"Kami sebulat suara telah memperakui calon Parti Rakyat Sarawak (PRS) bagi kerusi itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat BN negeri di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu di sini hari ini.
Taib, yang juga pengerusi BN negeri, enggan mendedahkan nama calon itu, menyatakan ia akan diserahkan kepada perdana menteri untuk kelulusan dan dijangka diumumkan pada Isnin.
Sementara itu, Presiden PRS Datuk Seri Dr James Jemut Masing mengesahkan PRS telah mencalonkan Malcom Mussen Lamoh, 49, jurutera di Jabatan Pertanian, sebagai calon BN bagi Batang Ai.
Bapa kepada tiga cahaya mata, Mussen merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pembuatan Sistem Kejuruteraan dari Universiti Warwick dan Sarjana Muda Kejuruteraan (Pertanian) dari Univerisiti Putra Malaysia (UPM).
Kerusi Batang Ai kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Dublin Unting Ingkot pada 24 Februari lalu selepas berada dalam keadaan koma akibat serangan angin ahmar selama sembilan bulan.
Dalam pilihan raya negeri pada Mei 2006, Unting menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dengan majoriti 806 undi.
Pada pilihan raya negeri Sarawak 20 Mei, 2006, BN memenangi 62 daripada 71 kerusi.DAP menang enam kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua dan calon Bebas di satu kerusi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi ketiga-tiga kawasan pada 29 Mac dan hari pengundian pada 7 April, jika ada pertandingan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Mesti Letak Jawatan
Menurut Ahmad Said Hamdan, SPRM mempunyai kuasa menyiasat dakwaan salah laku Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar berhubung tindakannya menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN.
“Speaker merupakan seorang pegawai awam. Jika beliau didapati menyalahgunakan kedudukan dan jawatannya, beliau juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan di bawah seksyen itu,” tambahnya.
Akibat daripada pendirian Ketua Pesuruhjaya SPRM itu V.Sivakumar telah disoalsiasat oleh SPRM sekurang-kurangnya sebanyak dua kali.
Sekalipun sebelum ini kami telah menyuarakan bantahan kami terhadap pendirian SPRM tersebut, tetapi oleh kerana keghairahan mereka untuk menunjukkan kuasa serta menjadi lembu-lembu kepada kerajaan UMNO-BN yang berkuasa, mereka melakukan tekanan ke atas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak tersebut.
Kita telah menyatakan dengan tegas sebelum ini,
"SPRM tiada hak untuk mentafsir apa-apa istilah atau kalimat yang ada di dalam sebarang akta atau undang-undang. Ia hanya tugas judiciary selepas pihak legislatif membahas dan meluluskan sesuatu undang-undang."
Pencabulan SPRM terhadap bidangkuasa judiciary terlalu jelas dan terlalu besar kesannya terhadap proses keadilan yang kebenaran yang sepatutnya dijunjung tinggi oleh sebuah badan suruhanjaya yang telah dibentuk di Parlimen.
Justeru itu, kami dengan ini meminta supaya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato Seri Ahmad Said Hamdan meletakkan jawatannya serta-merta kerana telah melakukan pengkhianatan terhadap bidang tugasnya dengan melangkaui batas bidangkuasa yang telah diberikan kepadanya untuk bertindak secara terpilih, menjustifikasikan perbuatan-perbuatan mereka yang jelas menyalahi undang-undang serta membelakangkan prinsip keadilan yang sepatutnya menjadi teras di dalam mengendalikan tugasnya.
http://greenboc.blogspot.com/
Nizar Masih Ada harapan - Sivakumar Boleh Guna Peguam Sendiri
Panel tiga hakim memutuskan perkara itu selepas mendapati tiada peruntukan yang menyatakan Speaker mesti diwakili oleh penasihat undang-undang negeri kerana di bawah Akta Tatacara Kerajaan, Speaker bukan seorang pegawai kerajaan negeri.
Panel tiga hakim berkenaan ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Ahmad Ma’arop membuat keputusannya sebulat suara.
"Kami tidak menemui sebarang peruntukan di dalam undang-undang yang speaker mesti diwakili ole Penasihat Undang-undang negeri. Di bawah Akta Tatacara Kerajaan, seorang speaker bukan merupakan seorang penjawat awam atau seorang pegawai kerajaan negeri.
“Perayu adalah bebas untuk menggunakan khidmat peguam persendiriannya,” tegas hakim Raus yang membacakan keputusan tersebut.
Kelab Greenboc sebelum ini pernah mempertikaikan penghakiman Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim di Mahkamah Tinggi Ipoh yang mengarahkan supaya Sivakumar diwakili oleh Penasihat Undang-undang Negeri Ahmad Kamal Md Shahid dan bukan oleh peguam peribadi beliau, Tommy Thomas, yang turut hadir di mahkamah. Hujjah kami menyamai dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Penal hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang membuat keputusannya hari ini yang menetapkan bahawa Sivakumar berhak menggunakan peguam Persendiriannya kerana beliau bukan seorang penjawat awam.
Sebelum ini Kelab Greenboc telah menyemak bahawa:
Artikel 132(3)(b) adalah jelas instruktif yang mengkategorikan bahawa “perkhidmatan awam tidak melibatkan” Speaker Parlimen dan juga Speaker dewan-dewan undangan negeri.
Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini memberikan sedikit harapan untuk penyelesaian kemelut politik Perak yang berpanjangan serta harapan kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk kembali berkuasa di Perak. Ini adalah kemenangan pertama kerajaan Nizar di dalam mahkamah.
Keputusan Mahkamah rayuan hari ini juga akan membolehkan Tommy Thomas mengetuai semua penal peguam yang mewakili V.Sivakumar di dalam beberapa kes saman di Mahkamah Tinggi Ipoh. Tommy Thomas ialah seorang pakar perlembagaan dan seorang peguam yang terkenal di dalam kes-kes yang melibatkan perundangan dan perlembagaan.
Jika Sivakumar memenangi mana-mana kesnya samada sebagai plaintif atau defenden, kerajaan BN yang dipimpin oleh Zambry akan tercabar dan akan membolehkan Nizar kembali untuk menjadi Menteri Besar.
UMNO Sebuah Parti Yang Mengamalkan Rasuah
Sejumlah 61 peratus dari 1,031 responden melihat "rasuah" merupakan masalah UMNO paling serius, sementara 13 peratus menyatakan "tidak memahami masalah rakyat" merupakan masalah kedua paling serius yang dihadapi oleh UMNO.
Ramai juga yang menyuarakan kebimbangan bahawa UMNO dipimpin oleh pemimpin yang lemah dan juga oleh "pengurus ekonomi yang lemah".
Penolakan pengundi Cina terhadap UMNO, kajian menunjukkan hanya 1 peratus dari responden berbangsa Cina meletakkan harapan untuk UMNO “terus memimpin negara”.
Hanya 3 peratus dari responden India menyatakan harapan yang serupa dan 19 peratus dari responden Melayu yang inginkan UMNO terus memimpin negara.
Keputusan yang serupa cuma 1 peratus respon Cina menyatakan mereka mengharapkan UMNO untuk membangunkan negara, namun tiada lansung yang mengharapkan Umno akan “mampu melaksanakan dan menemuhi janji-janjinya”.
Untuk pemilihan UMNO yang bakal berlansung, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dianggap mempunyai peluang cerah untuk memenangi jawatan ditandingi masing-masing hujung bulan ini.
Muhyiddin bertanding jawatan Timbalan Presiden manakala Mukhriz saingi kerusi Ketua Pemuda dan Shahrizat pula mencabar Tan Sri Rafidah Aziz untuk kedudukan Ketua Wanita.
Dua calon lain bagi kerusi Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam memperoleh sokongan populariti 11 peratus manakala Tan Sri Muhammad Muhammad Taib pula tujuh peratus.
Ketiga-tiga mereka - yang mempunyai pengalaman memegang kerusi Naib Presiden, bertanding kerusi itu buat kali pertama.
Di kalangan responden Melayu pula Muhyiddin memperoleh 61 peratus sokongan berbanding 14 peratus dan lapan peratus bagi Mohd. Ali dan Muhammad.
Bagi jawatan Ketua Pemuda, Mukhriz dilihat sebagai calon paling popular dengan memperoleh 52 peratus sokongan berbanding 11 peratus masing-masing untuk Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Muhd. Khir Toyo. Di kalangan respon Melayu pula, 58% melihat Mukhriz sebagai calon paling popular, Khairy 20% dan Khir Toyo 15%.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan itu, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, penemuan kajian kali ini menunjukkan masyarakat umum turut menunjukkan minat terhadap keputusan pemilihan pusat Umno.
"Mereka juga mempunyai pandangan mendalam tentang masalah yang dialami parti tetapi pada masa yang sama mengharapkan mereka yang dipilih kelak akan memenuhi kehendak ahli dan parti," katanya.
Kajian ini dikendalikan oleh Merdeka Center dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.