"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bongkar!!! Empat Tanda Hidup Tak Berkat [mesti Baca...]

matuse68
Empat Tanda Hidup Tak Berkat [MESTI BACA...]

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah:

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Pos Malaysia Curi Barang Saya? - Sila Baca Luahan Ini.

Pos Malaysia pencuri? Mencuri barang pelanggan yang bernilai 20 ribu? Wow.. harap kakitangan POS Malaysia boleh memberikan maklum balas secepat yang mungkin. Ini ada aduan yang tersebar secara meluas melalui internet.

Baca lah ;

Baru hantar surat cinta kepada Pos Malaysia. Harap dapat balas sebelum hari jumaat ni.

Pecah kaca pecah gelas
Lepas baca harap balas

===============
Selamat sejahtera

Tempoh 3 bulan sudah diberi tapi saya masih tidak mendapat jawapan yang memuaskan hati saya.
Puan Shamsila di talian 03-2267-2267 sambungan 6841 yang tidak menjawab soalan saya, seolah-olah ingin menutup kesalahan dalaman pihak Pos Malaysia.

Saya dimaklumkan oleh Puan/CIk Aqma sewaktu ketiadaan Pn Shamsila bahawa item saya sudah sampai ke Malaysia. Tetapi bila ditanya SIAPAKAH kali terakhir menguruskan item saya, TIADA jawapan diberi kerana alasan itu bukan hak pelanggan untuk tahu.

Saya boleh menerima kehilangan barangan saya yang bernilai 20 ribu dengan hati terbuka jika barangan itu hilang atas sebab tertentu seperti kapal terbakar, jatuh atau musnah sekalipun, tetapi malangnya tiada alasan kukuh diberi. Hilang dimana? SIapa yang hilangkan? Segala info itu tidak diberikan kepada saya.

Saya juga diberitahu bahawa barang yg hilang adalah bukan tanggungjawab Pos Malaysia, tetapi apabila saya ditanya agensi mana yang terlibat dalam menguruskan item saya, tiada jawapan diberi. Bila ditanya ada, jawapannya BANYAK. Bila diminta senaraikan jawapannya tidak boleh kerana itu bukan hak pelanggan untuk bertanya. Untuk makluman cik, barangan saya dibayar oleh saya, kos pos juga dibayar oleh saya, dan saya berhak untuk menuntut barang saya. Tetapi jawapan pos malaysia senang sahaja, SURUH penghantar buat laporan di pos jepun, tapi jika logiknya barang sudah sampai ke tangan pos malaysia. Itu adalah tanggungjawab pos malaysia. Jika laporan dibuat di Jepun sekalipun pokok pangkalnya akan kembali ke pos malaysia. Sudah nama kerjasama, susah senang bersama la.

Oleh sebab tidak mendapat kerjasama yang baik dari pihak pos malaysia, maka sudah sampai saya sendiri membuat tindakan selanjutnya. Oleh kerana item saya hilang tanpa sebab maka bolehlah saya kategorikan pihak pos malaysia atau agensi yang berkaitan pecah amanah dalam menjalankan tugas atau bahasa lembutnya barangan saya dicuri oleh pihak yang mengendalikan barang saya. Walaupun secara umumnya tidak diketahui pihak manakah yang perlu dipersalahkan tetapi asasnya pos malaysia wajar dipersalahkan kerana tidak memberi kerjasama yang baik, seolah-olah melindungi atau ingin menjaga nama baik pos malaysia sendiri sehinggakan maklumat-maklumat yang saya perlukan itu 'dirahsiakan'.

Selama tempoh 3 bulan diberi, jawapan TIDAK TAHU masih digunapakai. Apa yang pos malaysia buat? Bila ditanya TAK TAHU. Bila ditanya lagi PELANGGAN TIDAK BERHAK TAHU. Jika hilang katakan HILANG. Jika dicuri katakan DICURI. Tetapi SIAPA?DIMANA? perlu pelanggan tahu. Jangan beri jawapan TAK TAHU. Mustahil bagi syarikat besar seperti pos malaysia tidak mempunyai rekod sendiri. Siapa yang mengendalikan kali terakhir barangan saya? Tapi jawapan TAK TAHU. Sungguh tak logik.

Sebelum saya mengambil tindakan seterusnya, saya beri masa sebelum 30hb ogos ini kepada pos malaysia untuk memberi jawapan secara bertulis dan lisan terhadap soalan saya.

1. Di mana barang saya?
2. Adakah hilang?
3. Jika hilang bila kali terakhir ia dkemaskini dalam data?
4. Siapa yang kemaskini, dan siapa ketua semasa kemaskini barangan saya?
5. Syarkat mana kali terakhir memegang barangan saya?
6. Laporan penuh kehilangan barangan saya dari A sampai Z

Jika pihak pos malaysia masih gagal memberi kerjasama, terpaksalah saya adukan perkara ini kepada tribunal berkaitan, polis di bahagian Jab. Siasatan Jenayah Komersil,Bukit Aman,KL, pihak CMCF, CFM, SKMM dan sebagainya. Saya tidak akan berputus asa sehingga kes ini selesai dengan terungkai misteri 'orang dalam' yang terlbat atau saya mendapat pulangan wang 20k sebagai gantirugi.

Oh ya, jangan lupa media sosial sekarang juga memainkan peranan, facebook contohnya boleh memburukkan lagi nama pos malaysia jika layanan birokrasi ini masih ada. Fanpage dan friend saya di facebook sendiri berjumlah lebih 30ribu, cukuplah jika saya besarkan perkara ini rugi 1 ringgit setiap sorang. Sudah menjadi 30ribu. Belum masuk lagi hebahan ke page-page yang lebih besar yang mempunyai lebih 1 juta fanpage. 10% sudah cukup menjadi 100ribu.

Sebenarnya tidak rugi kalau beri kerjasama yang baik. Walaupun sebelum ini ada pegawai pos yang berkata 'kalau tak percaya pos malaysia jangan gunakan perkhidmatan kami' diketahui siapa namanya oleh pihak pos, dan dirahsiakan dari saya siapakah gerangannya. Tapi jangan ingat saya tak tahu siapa . Buat lah kerja dengan ikhlas.


Dalam pada itu sesiapa yang ada pengalaman buruk dengan Pos Malaysia boleh tulis di ruangan komen. Kita harap wakil Pos Malaysia akan menjawab perkara di atas dan juga perkara2 yang berbangkit.

Terima Kasih.

sumber : Soz Cyili

30 Ogos 2013

Awas tipu muslihat Amerika!

Syed Abdullah Syed Osman
Jangan terlalu awal kita bertepuk tangan apabila ratusan peluru barpandu Amerika Syarikat dan barat akan dilancarkan ke arah askar Presiden al-Assad. Hal ini kerana kita tidak tahu apa muslihat yang tersirat di sebalik 'Superman' hendak menyelamatkan rakyat Syria daripada kekejaman Presidennya itu.

Di atas kertas memang nampak cantik dan membantu tetapi sedarkah kita setiap kali Amerika Syarikat yang didalangi oleh rejim Yahudi itu melakukan sesuatu pasti akan menimpakan mala petaka kepada negara yang hendak diselamatkan itu.

Afghanistan, Iraq dan begitu juga Libya - pada mulanya rakyat negara-negara berkenaan begitu teruja dan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Amerika Syarikat yang kononnya telah 'memerdekakan' mereka tetapi setelah beberapa tahun sahaja barulah rakyat negara berkenaan sedar bahawa mereka telah masuk kedalam perangkap permainan yang cukup licik dan terancang untuk memeras ugut dan menjajah secara tidak langsung negara tersebut. Pada masa yang sama negara yang telah dijajahkan itu akan dihuruharakan dengan masalah dalaman saperti perang saudara yang tidak berkesudahan itu.

Lihat semula sejarah bagaimana Amerika Syarikat memperalatkan Presiden Saddam Hussein. Iraq telah dibekalkan dengan senjata canggih termasuk senjata kimia untuk menyerang Iran dalam peperangan dari tahun 1980 hingga 1988 yang telah mengorbankan puluhan ribu nyawa kedua-dua belah pihak yang akhirnya peperangan itu dihentikan begitu sahaja apabila tentera Iraq gagal dalam misinya menawan Iran dibawah pimpinan Ayotollah Khomeni. Akhirnya Saddam Hussein itu sendiri menjadi mangsa percaturan dan perancangan jahat Amerika Syarikat.

Begitu juga huru-hara yang berlaku di Mesir ketika ini yang dipercayai bahawa dalang di belakang rampasan kuasa oleh pihak tentera Mesir itu sendiri adalah Amerika Syarikat dan Israel.

Soalannya adakah benar askar Syria menggunakan senjata gas kimia keatas penduduk Syria ataupun sebaliknya tentera rejim Yahudi yang melakukannya tetapi menuduh tentera Syria pula. Walauapapun sepatutnya diserahkan kepada pihak Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat sebelum mengambil tindakan sewajarnya dan bukannya tentera Amerika yang cuba memandai-mandai menceroboh negara lain.

Inilah logo 49 kumpulan kongsi gelap

NONE
NONE
NONE
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiarkan logo 49 kumpulan kongsi gelap yang diwarta haram.

Penolong Pengarah Kongsi Gelap/Judi/ Maksiat (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata logo berkenaan dipapar dalam laman sosial Facebook PDRM agar orang ramai memahami maksud sesebuah logo itu sekali gus menghindari mereka daripada terlibat dengan sebarang kumpulan kongsi gelap.

NONE"Pada peringkat awal ini, kita melalui program kepolisan dan pemeriksaan, akan menasihati orang ramai, yang memiliki atau menampal sebarang logo seperti di kereta dan rumah, supaya menanggalkannya dengan apa cara sekalipun.


"Ini juga bagi menghindarkan mereka ditahan pihak polis. Mungkin mereka tidak tahu apa maksud logo berkenaan dan tidak terlibatpun dalam mana-mana kongsi gelap. Namun jika mereka masih berdegil atau dikenal pasti memang terlibat dalam kegiatan itu, tindakan tegas akan diambil," katanya dalam sidang akhbar hari ini.


Sidang akhbar itu turut memapar kesemua 49 logo kumpulan kongsi gelap berkenaan dan tatu logo yang dilukis pada badan melalui skrin selain penerangan berkaitan bangsa sesebuah kumpulan.

Antara kumpulan kongsi gelap itu ialah Geng 04 yang aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur; Geng 08 aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka serta Double 7 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.

NONEAbdul Jalil berkata polis juga akan memantau penggunaan logo terbabit pada kenderaan yang diguna ketika perarakan atau upacara pengebumian.

"Kita akan 'turun padang'. Kalau kita lihat ada logo itu diletak pada kenderaan yang membawa mayat, kita akan minta mereka tanggalkannya," katanya sambil meminta ibu bapa memantau pergerakan anak mereka agar tidak terjebak atau menyertai mana-mana kumpulan kongsi gelap.

"Melalui risikan dan siasatan kita, setakat ini belum ada laporan pelajar sekolah di seluruh negara mengetuai mana-mana kumpulan kongsi gelap. Namun ada maklumat mengatakan kumpulan ini cuba mempengaruhi pelajar terutama di sekolah yang bermasalah.

"Mereka (kumpulan) akan berada di luar kawasan sekolah untuk memujuk pelajar agar menyertai mereka. Ada juga maklumat yang mengatakan kumpulan ini cuba merekrut pelajar di dalam kawasan sekolah, namun hasil tindakan pantas Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta polis yang ditempatkan di dalam sekolah, perkara ini dapat dihindarkan," katanya.

Mengulas penglibatan golongan atasan seperti ahli politik dan selebriti dalam kegiatan itu, Abdul Jalil berkata setakat ini, polis tidak mendapat maklumat mereka terlibat, namun siasatan lanjut akan dijalankan.

NONEBeliau berkata mereka yang terbabit dalam kumpulan kongsi gelap boleh dihukum mengikut Seksyen 52 (3) Akta Pendaftaran Pertubuhan 1956 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun, atau denda RM15,000, jika sabit kesalahan.

Katanya, seramai 28,926 orang dari kaum India dikesan menganggotai kongsi gelap, Cina (8,214) dan Melayu (1,923) manakala tiada penglibatan warga asing dalam kumpulan itu di negara ini.

"Ada antara mereka pernah ditahan di bawah undang-undang Akta Darurat," katanya sambil menafikan tumpuan lebih diberikan kepada kaum India kerana mereka paling ramai dikesan terlibat dalam aktiviti itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, yang mengumumkan nama kongsi gelap terbabit semalam, berkata kumpulan itu dikategori haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.

Beliau berkata kumpulan itu dikesan menjalankan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.
-Bernama-

Kongsi Gelap Melayu pecahan dari Pekida

amkns
29 Ogos 2013 PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan dua kumpulan kongsi gelap yang didalangi kaum Melayu adalah pecahan daripada persatuan Pekida Malaysia iaitu Double 7 ditubuhkan sejak November 2005 yang aktif di 28 kawasan seluruh Semenanjung dan mempunyai 1,053 ahli.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan Geng 04 dan Geng 08 yang didalangi kaum India merupakan kumpulan kongsi gelap paling aktif dan bahaya daripada 49 kumpulan kongsi gelap di negara i

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, Geng 04 yang mempunyai 5,440 ahli di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur aktif dalam aktiviti pengedaran dadah, tarik kereta, jaga tempat meletak kereta, bouncer (penjaga kelab malam), pungut wang perlindungan dan melakukan jenayah menggunakan senjata api serta senjata tajam.

"Manakala Geng 08 ditubuhkan sejak tahun 1970-an mempunyai ahli seramai 4,423 aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan serta Melaka dan melakukan aktiviti yang sama," katanya dalam sidang akhbar semasa mengumumkan senarai nama 49 kumpulan kongsi gelap di negara ini di pejabatnya di sini.

Beliau berkata, kongsi gelap tersebut juga melakukan aktiviti yang mudah untuk memperolehi dana seperti perjudian, maksiat dan pelacuran.
- Bernama

Gempar! Proton Saga Aeroback dalam filem Tanda Putera

http://omakkau.blogspot.com
GEMPAR!!!...MENGIKUT PENGARAH FILEM TANDA PUTERA ..PROTON SAGA AEROBACK MULA BERADA DI PASARAN PADA TAHUN 1969 LAGI!!!
Dalam satu sedutan dalam filem Tanda Putera arahan Shuaimi Baba, terdapat adanya perarakan dengan membawa sepanduk oleh sekumpulan orang di mana sebuah kereta proton saga aeroback turut dirakamkan bersama.

Pergh!! setahu Omak Kau filem Tanda Putera adalah hasil adaptasi tragedi berdarah 13 Mei... Apakah pada tahun itu sudah ada kereta proton saga aeroback ke?

Kereta Proton Saga yang pertama di pasaran ialah pada tahun 1985...Jadi bagaimanakah pengarah Tanda Putera sudah boleh membuat andaian pada tahun 1969 akan berada di pasaran negara sebuah kereta jenama Proton Saga Aeroback?

Kalau seasas yang jelas dan mudah ini pun pengarah filem Tanda Putera sanggup menipu dan memperdayakan para penonton dan rakyat ... cuba bayangkan perkara yang samar-samar yang terdapat dalam filem tersebut.

Ular Tedung Pagut (Patuk) Anu.

Blog mummyrokiah.blogspot.com

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P.Waytha Moorthy mempersoalkan penjelasan polis bagaimana lima penjenayah yang ditembak mati di Pulau Pinang baru-baru ini. Kelima-lima penjenayah tersebut terbunuh dalam insiden tembak menembak dengan polis.


Waytha Moorthy pula tidak percaya berlaku tembak menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mengesyaki mereka ditembak pada jarak dekat.

Kini sudah terang lagi bersuluh dan nyatalah pelantikan Waytha Moorthy di dalam kerajaan oleh Najib ibarat memelihara ular tedung senduk di dalam kain sarung yang dipakai nya.

Maaf posting MR kali ini agak pendek kerana letih dengan berita keselamatan negara. Malah rumah MR juga telah dimasuki pencuri dan dua laptop telah hilang.

Video Mujahidin menangkap sniper Assad

BERANI: Mujahidin menangkap sniper Assad
Video ini dirakam oleh Mujahidin FSA.
Mereka telah menangkap penembak tepat rejim basyar

Senarai kongsi gelap dan pertubuhan haram

Senarai penuh pertubuhan kongsi gelap haram adalah seperti berikut:
1) Geng 04
2) Geng 08
3) Double 7
4) Tiga Line
5) Geng 30
6) Geng 38
7) Geng 24
8) Geng 18
9) Geng 36
10) Geng 21
11) Ang Soon Thong
12) Wah Kee
13) Sio Sam Ong
14) PNEH
15) Hong Hong San
16) Hai San
17) Sin Ang Bin
18) New Cell 20
19) Jit It Hai
20) Sio Koon Tong
21) Gee Lam Kor
22) Gee Ah Eng
23) Loh Kuan
24) Tiang Yee Tong
25) Geng Leng Hor
26) Geng 35
27) Geng 303
28) Geng Satu Hati
29) ATAP
30) Hung Ann
31) Sui Yup
32) Otai
33) Borneo Red EMP
34) Ah Ngau
35) Batu Tiga
36) Ah Feng
37) Batu 10
38) Sibu Ti
39) Ah Seng
40) Ah Chin
41) Lee Lung
42) Lo Han
43) Sg Merah
44) Sg Badut
45) Ting Ching Lee
46) Tua Cak Lee
47) Teksi Station
48) Pintu Merah
49) Krokop

Bangla Bayar Janda 30 Ringgit Sekali Projek

Blog kadikluang.blogspot.com
Hari ini, akhbar memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri untuk menjalankan operasi besar-besaran kepada warga asing. Baguslah tu. Yang saya faham, sesiapa orang asing yang tak ada pasport atau tinggal lebih masa dari sepatutnya atau lain-lain kes imigresen, kena cekuplah. Kes-kes lain termasuk penglibatan warga asing dalam jenayah saya tak mahu ceritalah sebab saya tak berapa pakar nak cerita.
Tapi kes maksiat, banyak episod saya boleh cerita, pengalamanlah katakan. Bukan saya nak mengata sesiapa tetapi hakikatnya, peningkatan maksiat antaranya kerana orang asing.

Bangla Goda Wanita Tempatan

Suatu hari tu, penguatkuasa Jabatan Agama dapat aduan dari pengadu yang dah tentu dirahsiakan. Kalau tak dirahsiakan, bimbang kena sumbat kari dalam mulut dengan Bangla ler pengadu ni. Pengadu tu kata, di sebuah rumah kedai yang dijadikan hostel pekerja Bangla ada 9 orang lelaki Bangla. Katanya waktu itu datang seorang wanita ke hostel berkenaan. Pengadu minta dibuat pemeriksaan kalau-kalau berlaku kes maksiat di situ.

Maka tak lama lepas tu, penguatkuasa bertindaklah berdasarkan maklumat yang diterima tu. Sampai saja di lokasi, nampaknya pintu bawah rumah kedai itu tidak berkunci dan penguatkuasa dapat naik ke tingkat atas. Pintu rumah kedai itu pun tak kunci dan penguatkuasa dapat masuk ke dalam. Di ruang tamu itu ada banyak katil dan tilam serta barang lain kepunyaan Banglalah. Ada dua bilik yang berkunci dan penguatkuasa ketuk bilik pertama. Terus dibuka dari dalam dan didapati ada dua orang lelaki Bangla dalam bilik tu. Keadaannya macam baru bangun tido.

Penguatkuasa ketuk pula bilik satu lagi dan lambat dibuka sampai bergegar pintu itu diketuk dan hampir nak roboh. Maklumlah, pintu tu bukanlah kukuh sangat. Pintu kemudiannya dibuka dari dalam oleh lelaki Bangla 30-an dan didapati juga seorang perempuan umur 30-an. Terpinga-pinga Bangla ni macam cicak mabuk kapur bila dia tahu pihak berkuasa datang nak tangkap dia.

Bayar RM 30 Sekali Projek

Hasil soal siasat, lelaki Bangla ini kerja di sebuah kilang kayu, patutlah badan dia berketul macam batang ubi. Katanya dia bujang, tapi malah kita tahu kalau dia ada Minaci kat Bangla sana. Perempuan ini pula katanya dia janda anak dua dan tidak bekerja. Dia mengaku sudah beberapa kali datang ke bilik Bangla ini dengan mengenakan bayaran RM 30 sekali game. Bila ditanya, kenapa murah sangat 30 ringgit tu, dia kata, mula-mula dulu kenakan bayaran RM 50 tapi sekarang Bangla tu mintak diskaun, jadi bersetujulah dia dengan bayaran RM 30 tu.

Layan Ramai Ker? Nak Kawin Ker? Banyak Kali Ker?

Bila ditanya, ramai ke lelaki Bangla yang dia layan? Katanya, seorang saja iaitu 'Abang Sayang' dia tulah. Bila ditanya, nak kawin ker dengan Abang Laa tu, dia kata taknak kawin pun. Bila ditanya, dah banyak kali ker datang tempat Bangla tu, dia kata, taklah banyak kali, cuma 18 kali saja. Wahhhh...ingat dia yer 18 kali, entah-entah ada buku Tiga Lima kot yang dia catat setiap kali datang.

Kasi Hantar Balik Sama Ini Orang

Harap pihak berkuasa bertegas kepada orang asing yang terlibat dalam maksiat macam Bangla ini. Ini satu contoh cerita saja, banyak lagi cerita lain. Biar heboh ini cerita sampai itu Dhaka dan biar dia orang tahu tujuan datang sini mari Malaysia mahu kerja juga, bukan mahu kacau itu perempuan. Lama-lama kacau sini perempuan, ingat orang kita boleh sabar juga ker? Jangan sampai nanti jadi gaduh orang asing sama orang sini pasal perempuan. Sebab itu pihak berkuasa kena tegas dan jangan sampai orang kita ambil tindakan sendiri.

Kibar Bendera PAS Bila Kecemasan

Hikmah Berada Dalam Jemaah PAS
Petang tadi dalam jam 4.30 kereta Wira sahabat yang baru dikenali telah rosak berhampiran R&R Bukit Gantang arah utara. Beliau bersama isteri dan 4 orang anak. Lorong kecemasan kawasan itu terlalu sempit dan amat bahaya, hampir 30 minit tak sebuah kereta pun berhenti menolongnya.

Sewaktu dia buka bonet belakang untuk cari sesuatu, beliau terpandang payung PAS dalam bonet, lalu beliau kembangkan tepi keretanya untuk lindungi anak kecilnya dari kena panas, tanpa disedarinya selepas itu beberapa kereta jemaah telah berhenti untuk menolong dan kami berhenti untuk membantunya

Selepas itu kebetulan sebuah kereta 4 angota Unit Amal Kedah baru balik dari program diKuala Lumpur turut berhenti tolong mengawal traffic.

Sebuah Toyota Vellfire yang dipandu oleh seorang Ustaz bersama isterinya menghulurkan bantuan menumpangkan isteri dan anak-anaknya ke Nibong Tebal. Plus Ronda menunda keretanya ke R&R Bukit Gantang dan beberapa pemuda PAS Bukit Gantang telah membantu beli barang ganti (V Belt) di Bandar Taiping.

Akhirnya pada jam 8.30pm tadi beliau yang dikenali sebagai Sidek selamat sampai kerumah. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan bantuan tenaga dan alat ganti pecuma dari Pemuda-pemuda PAS Bukit Gantang

Dengan satu lambang kami telah berkenalan tanpa diduga. Lambang parti menyatukan kami semua.

PENGAJARAN DARI KISAH INI:
Orang PAS jangan lupa bawa bendera dalam kereta anda untuk waktu kecemasan

Pakatan USA dijangka menyerang Syria hari ini

HARI INI KHAMIS JANGKAAN SERANGAN PAKATAN USA KE ATAS SYRIA. ADAKAH USAHA UNTUK ALIH PANDANGAN APA YANG BERLAKU DI MESIR?

Al jazeera melaporkan persiapan terakhir telah dibuat oleh USA dan gabungan 10 negara untuk memulakan serangan ke atas Syria.

Mengikut sumber, 35 sasaran telah di senaraikan untuk serangan tersebut. Semua ini bagi melemahkan kekuatan tentera Bashar Asad.

Menteri luar Syria semalam berkata Syria akan mempertahankan diri setakat kemampuan yg ada.
Rusia Penyokong kuat Syria membuat kenyataan longgar bahawa Rusia tidak akan berperang dengan sesiapa.

Berbeza dengan Rusia, Iran memberi amaran keras kepada USA kesan buruk kepada keamanan serantau jika Syria di serang.

Beberapa pemerhati berpendapat serangan ke atas Syria bertujuan untuk mengalih pandangan rampasan kuasa yg berlaku di Mesir disamping utk menjaga kepentingan israel.

Sumber : AL JAZEERA.

Facebook : Prihatin Mesir

Kecoh di pejabat SUK Selangor

Jamilah Kamarudin 
SHAH ALAM: Suasana di lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor kecoh seketika apabila wakil pembeli Blok E Petaling Utama, Petaling Jaya Selatan (PJS) 1 bertegang urat dengan wakil Menteri Besar Selangor mengenai status pemilikan rumah kos rendah mereka.

Kira-kira 10 wakil pembeli yang pada mulanya berhasrat untuk berjumpa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunggu sejak awal pagi tadi naik angin apabila Abdul Khalid tidak muncul, sebaliknya hanya Ketua Setiausaha Sulitnya Mohamad Yasid Bidin turun ke tingkat bawah dan menunjukkan sikap dingin.

“Tak payah (jumpa Menteri Besar)! Mahkamah dah putuskan kerajaan negeri kalah kepada pemaju.

“Apa-apa masalah pergi jumpa dengan pemaju,” katanya.

Apabila ditanya tentang status terkini hal pengambil alihan projek tersebut, Mohamad Yasid hilang kawalan emosi dan berkata;

“Kamu jangan masuk campur! Ini hal kerajaan negeri. Jangan halang kerja kami,” katanya dan terus berlalu pergi menuju ke bahagian lif.

Wakil Jawatankuasa Bertindak Pembeli Blok E PJS1, Sugumaran membalas; “Saya ada hak untuk bertanya sebab ini masalah kita, rumah itu hak kami.”

Respon yang ditunjukkan Mohamad Yasid itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan wakil pembeli terbabit.

“Kamu angkuh! Jika beginilah sikap yang ditunjukkan maka tidak ada bezanya kamu dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu,” teriak salah seorang pembeli sehingga menyebabkan kakitangan dan orang ramai yang berlegar di ruang lobi tergamam.

M Sugumaran ketika ditemui berkata, tujuan kedatangan pihaknya datang ke SUK hari ini untuk meminta ketetapan tarikh temujanji yang baru daripada pihak pejabat Menteri Besar.

Katanya, berdasarkan notis terakhir daripada Menteri Besar bertarikh 3 Julai menyatakan jaminan untuk berjumpa dengan mereka selepas selesai persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Pertama.

Namun sehingga sekarang tiada tarikh ditetapkan selepas kali terakhir pertemuan empat mata antara pembeli, Abdul Khalid, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) diadakan pada 24 November tahun lalu.

Penantian mereka sedikit terubat apabila ada wakil PAS daripada Taman Medan hadir dan membawa mereka ke pejabat Menteri Besar di Tingkat 21, namun masih gagal berjumpa dengan mana-mana pihak.

Sebaliknya, seorang wakil muncul keluar membawa surat respon tentang permohonan tarikh baru temu janji.
“Kami melalui MBPJ sedang berusaha mencari jalan lain bagi menyelesaikan masalah penduduk yang terlibat dikawasan tersebut.

“Berhubung dengan tarikh temu janji yang dipohon, Menteri Besar telah maklum mengenai perkara ini dan beliau atau wakil akan mengumumkan tarikh untuk menemui jawatankuasa yang tuan wakili setelah jalan penyelesaian diperoleh,” surat yang ditandatangani Muhamad Yasid itu dipetik.

Saravanan berkata pihaknya meragui status rampasan tanah itu kerana dakwanya kerajaan negeri bersikap tidak telus menujukkan bukti dokumen hitam putih tentangnya.

“Jika benar kes ini dibawa kemahkamah dan mahkamah dah tolak permohonan, mana dokumen kes itu? Tunjukkan pada kami,” katanya.

Beliau berkata jika kerajaan negeri masih terus membisu, pihaknya akan merancang untuk berkhemah depan pintu pagar utama SUK sehinga tuntutan mereka diselesaikan.

Akibat suka buat fitnah Zainuddin Maidin terpaksa minta maaf selama enam bulan dari kumpulan AirAsia

Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin diminta untuk mengemukakan permohonan maaf selama enam bulan oleh kumpulan AirAsia berhubung dengan dakwaan mengatakan babi dihidangkan dalam penerbangan pesawat syarikat itu untuk menggelakkan disaman sebanyak RM5 juta.

Beliau yang mengemukakan permohonan maaf kepada AirAsia pada bulan lalu di blognya Zamkata, berkata beliau tidak mampu membayar saman dan sara hidupnya hanya berdasarkan wang persaraan.

“AirAsia meminta saya menyiarkan permohonan maaf ini selama enam bulan tetapi saya akan siarkan untuk bertahun-tahun akan datang dengan tujuan penyebarannya lebih meluas dan bagi pengetahuan dari generasi ke generasi.
“Saya berterima kasih kepada Rocky's Bru yang menyatakan setiakawan bagi pihak penulis blog dan jaminan membela saya dalam menghadapi sebarang tindakan dari AirAsia,” katanya merujuk kepada penulis blog yang juga bekas Ketua Pengarang Malay Mail, Datuk Ahirudin Attan.

Dalam permohonan maafnya kepada AirAsia, beliau tidak menyangka artikel yang bertajuk, “Hidangan babi dalam penerbangan AirAsia, orang Islam patut tangguhkan dulu terbang dengan pesawat ini" di dalam blognya memberikan implikasi buruk kepada nama baik AirAsia dan AirAsiaX.

Katanya, selepas menerima surat tuntutan dari peguambela dam peguamcara AirAsia Berhad kira-kira sebulan dari tarikh penyiaran artikel tersebut, maka barulah beliau menyedari bahawa artikel itu memberikan implikasi atau gambaran,seolah-olah babi dihidangkan dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X yang mana dakwaan itu tidak benar sama sekali.

“Saya mohon maaf kepada AirAsia Berhad diatas sebarang kecederaan yang menimpa mereka kerana artikel tersebut dan saya berharap orang ramai tidak mempunyai sebarang prasangka bahawa babi ada dihidangkan di dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X.

“Saya yakin dan percaya bahawa AirAsia dan AirAsia X sangat prihatin terhadap sensitiviti agama kesemua penumpang mereka,” jelasnya menerusi blog Zamkata.

Hal ini dipanjangkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Datuk Kamaruddin Meranum semasa majlis sambutan Aidilfitri Utusan Melayu namun beliau enggan mengulas lanjut tentang tindakan saman yang diambil oleh AirAsia dan AirAsia X terhadap Zainuddin.

Kamaruddin berkata, AirAsia bukanlah anti Utusan meskipun syarikat penerbangan tambang rendah itu menarik balik iklan dalam akhbar milik Umno tersebut.

“Saya tahu sejarah Utusan dan Utusan adalah darah daging saya. Tuduhan seperti ini saya tidak dapat menerimanya,” jelas Zainuddin menerusi blognya.
-malaysianinsider-

Gambar: 'Sultan Melaka' Hadir Di Majlis Hari Raya


Baru-baru ini ‘Sultan Melaka’, Raja Noor Jan Shah Raja Tuan Shah hadir dalam jamuan Hari Raya Aidil Fitri bersama-sama anak yatim di Kelab Cinta Sayang, Kedah.

Lama tak dengar cerita beliau…tetapi nampaknya ‘gah’ sebagai seorang ‘Sultan’ terus dibawanya hingga ke hari ini.

Dilihat berpakaian Diraja berwarna kuning, sedondong dengan ‘permaisurinya’, Raja Noor Jan menjadi tumpuan ramai di majlis tersebut.

Raja Noor Jan mula mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka yang ke-44 pada 2005.

“Jika saya bukan Sultan sebenar, saya tidak akan buat dakwaan ini,” kata Raja Noor Jan yang mengaku dirinya keturunan Sultan Abdullah Muhammad Shah yang memerintah Perak dari 1851 hingga 1857 tidak lama dulu.

“Kami sentiasa berbangga dengan sejarah kami, era kegemilangan Melaka. Tetapi ia tidak diendahkan,” tambahnya.

Kesultanan Perak diwujudkan pada abad ke-16 selepas kejatuhan Melaka, oleh anak Sultan Mahmud Shah, sultan Melaka yang terakhir.

Sejak penjajahan Portugis pada 1511, Melaka menjadi sebuah kota pelabuhan yang tidak diperintah oleh sultan tetapi negeri lain yang diketuai wakil Yang di-Pertuan Agong atau dikenali sebagai Gabenor.

Bekas menteri besar Pahang Tun Khalil Yaakob kini adalah Yang Dipertua Negeri Melaka.

“Saya telah menjadi Sultan tetapi tidak dibayar gaji, mungkin mereka membisu kerana enggan membayar saya,” kata Raja Noor Jan.

“Jadi saya tidak mahu tampil. Bila saya ada wang baru saya akan membuat beberapa perancangan. Saya telah menggunakan wang sendiri,” kata belia dalam satu sidang akhbar beberapa tahun lalu.

Raja Noor Jan mendakwa menjadi ahli perniagaan tetapi menolak untuk memberitahu secara terperinci mengenai kerjanya.

Polis sebelum ini pernah menyita kereta Rolls Royce miliknya yang mempunyai lambang Sultan Melaka pada satu program perniagaan di Serdang.

Polis berkata kereta tersebut telah disewa dan lambang Sultan Melaka digunakan untuk meyakinkan pelabur asing.

“Kereta itu digunakan untuk ke program tersebut. Mereka mahu satu sambutan meriah kepada Sultan Melaka, apa salahnya? katanya ketika ditanya mengenai keretanya.
 1238880_231935410292446_1265783968_n (1)
1238214_231935323625788_1436798187_n
1239614_231934670292520_840454781_n
1184761_231936313625689_1684796130_n

Video kekejaman As-Sisi meruntuhkan khemah dan membakar mayat syuhada' di Medan Rabaah

bulatdusun.blogspot
Inilah video yang menunjukkan bagaimana kejamnya As-Sisi sehingga mengarahkan jentolak untuk meruntuhkan khemah yang di dalamnya masih ada jenazah-jenazah para syuhada' pada tragedi 14 Ogos yang mengorbankan ribuan nyawa. Lihatlah video ini, anda pasti merasa sebak dan sedih. Inilah gambaran sebenar apa yang berlaku di Mesir.


Video Pembakaran mayat syuhada' di Medan Rabaah
Video ini disiarkan oleh Dr Torok Suweidan, pendakwah dan pemikir Islam terkenal. Tentera dan polis menyuraikan demo Rabaah dengan ganas. Setelah khemah diruntuhkan lalu mereka membakarnya termasuk dengan mayat-mayat para syuhada'.

Jangan lupa sebarkan pada rakan-rakan anda. Menyebarkan video ini bukan bermakna anda bersetuju dengan apa yang berlaku, tapi demi membuka mata penduduk dunia tentang apa yang berlaku di Mesir.

Bantu kami dalam membongkar kezaliman dan kejahatan firaun era baru, As-Sisi.
Moga Allah memberikan balasan yang setimpal pada mereka.
Ibu dan anak
Seorang ibu dan anaknya yang hangus dibakar. Bayangkan apa perasaan ibu ini, dan apa pula perasaan orang yang menyokong tindakan ganas polis dan tentera Mesir.
لا حول ولا قوة إلا بالله.

"Dan janganlah engkau mengira bahawa Allah lengah dari apa yang diperbuat oleh orang zalim. Sesungguhnya Allah menangguhkan mereka sehingga hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak.

Mereka datang tergesa-gesa (memenuhi panggilan) dengan mengangkat kepalanya, sedang mata mereka tidak berkedip-kedip dan hati mereka kosong."

- Surah Ibrahim (14:42-43)

Najib sanggup mohon maaf pada keluarga Altantuya?

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak perlu memohon maaf kepada keluarga mendiang Altantuya Shaariibu dan Kerajaan Mongolia ekoran kegagalan institusi kehakiman Malaysia menyelesaikan kes pembunuhan model kelahiran negara itu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Azan Ismail berkata, Perdana Menteri kena bertanggungjawab kerana kes pembunuhan itu melibatkan rakyat negara luar.

“Sebagai Perdana Menteri, Najib perlu bertanggungjawab. Jika gagal, sudah pasti imej Malaysia akan tercalar sekaligus mengundang persepsi negatif terhadap jaminan keselamatan dan kelemahan penghakiman di negara ini,” tegasnya menyarankan Kerajaan Malaysia mencontohi penanggungjawaban seperti Kerajaan Britain.

Beliau merujuk tindakan Perdana Menteri Britain, David Cameron yang memohon maaf secara terbuka kepada Ashraf Rossli, 20, pelajar Malaysia yang dipukul dan dirompak di London pada 2011.

“Jika Najib takut, biar sahaja (Tan Sri) Muhyiddin Yasin menggalas tanggungjawab itu,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar itu ketika dihubungi.

Tegas Azan, keperluan tersebut penting bagi menjamin hubungan antara kedua-dua negara.

“Beranikah beliau berdepan dengan keluarga mendiang dan memohon maaf kerana kejadian itu berlaku di Malaysia?” soalnya.

Beliau menambah, berjiwa besarlah Najib jika sanggup mengaku salah atas apa yang berlaku terhadap warga Mongolia itu.
-keadilandaily-

20 tahun diperkosa bapa tiri, lahir 10 anak

Buenos Aires: Seorang lelaki dituduh mengurung dan merogol anak tirinya sepanjang 20 tahun lalu hingga mangsa melahirkan 10 anak.

Mangsa yang kini berusia 35 tahun memberitahu mahkamah di Santiago Del Estero, dia mula diperkosa bapa tirinya ketika berusia 14 tahun.

“Dia mula merogol saya ketika saya berusia 14 tahun. Saya membantunya di bengkelnya tetapi dia merogol saya. Saya melahirkan anak pertama pada usia itu juga,” kata mangsa.

Wanita itu juga memberitahu, dia sering dipukul sebelum dirogol. “Dia merogol saya tidak kira tempat. Di ladang, di bengkel, dalam semak,” katanya Lelaki berkenaan yang dinamakan mahkamah sebagai ‘Orang Tua’ ditangkap baru-baru ini.

Hakim Maria Rosa Falco mengarah kes itu disiasat, termasuk menjalankan ujian DNA bagi mengesahkan bapa kanak-kanak berkenaan.

Dalam keterangannya kepada mahkamah, mangsa turut memberitahu bahawa ibunya tahu segala-galanya mengenai kejadian itu.

“Saya menceritakan apa yang berlaku. Tetapi dia tidak bertindak. Dia takut dipukul oleh lelaki itu,” kata mangsa.

Ibu dan seorang adiknya turut hadir di mahkamah.

Menurut wanita itu, dua daripada anaknya mati dan dikebumikan berhampiran rumah mereka.
-Agensi-

Video: Khutbah Yang Mengoncang Dunia!

Macam-macam ada: 2 lelaki capai kata sepakat kongsi isteri

Nairobi: Dua lelaki bermusuhan menandatangani satu perjanjian bertulis baru-baru ini untuk berkongsi seorang wanita yang sama-sama mereka cinta.

Perjanjian itu dibuat selepas wanita berkenaan enggan memilih seorang daripada mereka.

Kedua-dua lelaki itu baru-baru ini menyedari wanita terbabit menjalinkan hubungan sulit dengan kedua-dua mereka selama empat tahun. Bagaimanapun, masing-masing enggan memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan kerana tidak sanggup untuk berpisah dengannya.

Seorang daripada lelaki itu, Sylvester Mwendwa, ketika ditemui wartawan mengaku bersetuju berkongsi wanita itu dengan lelaki bernama Elijah Kirmani.

Menurutnya, mereka sama-sama mencintai wanita itu dan perjanjian berkenaan bertujuan untuk menjadi garis sempadan selain memastikan mereka tidak bergaduh.

“Wanita itu seperti pengadil. Dia akan menentukan sama ada dia akan tidur dengan saya atau Kirmani,” kata Mwendwa.

Kedua-dua lelaki itu akan membiayai kehidupan wanita itu dan anak yang akan dilahirkan pada masa depan.

“Kami akan membesarkan anak dilahirkannya seperti anak kami, tidak kiralah siapa bapanya sebenar,” katanya.

Di Kenya, poligami dibenarkan. Begitu juga dengan poliandri (wanita dua suami). Tetapi ia jarang berlaku. 
-Agensi-

Peragut rupanya adalah anggota polis

amkns

Akhbar The Sun melaporkan satu kes ragut yang dilakukan oleh 2 orang anggota polis dari Balai Polis Kelana Jaya yang telah meragut rantai leher seorang wanita. Motosikal yang digunakan anggota polis berkenaan yang dilanggar oleh orang awam menjadi bukti kes ragut tersebut. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

PETALING JAYA (Aug 26, 2013): Saravanan Batumalai had the shock of his life hours after ramming his car into a motorcycle used by two snatch thieves last month: they were off-duty policemen.

The first indication that they were men in blue came when he called 999 after the incident at 12.15pm on July 3 and a police patrol car arrived, only to have the policemen confirm that the motorcycle belonged to the Kelana Jaya police station.

When Saravanan went to the police station to make a report, the investigating officer called in two policemen who turned out to be the ones who had tried to snatch the gold necklace of a woman walking along the road outside his workplace in Taman Mayang, Petaling Jaya.

Mesir: Wartawan sinar harian jadi pencacai kudeta?

Pensyarah fitnah penyokong Morsi
Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Seorang aktivis pelajar Mesir, Muhd. Abdul Malik Abdul Karim menyifatkan laporan Sinar Harian hari ini bertajuk "Dalang Konflik Mesir Didedah" sebagai boleh mencetus kekeliruan.

Menurut beliau, laporan yang memuatkan temubual dengan seorang pensyarah Universiti Kaherah, Prof.Dr.Mohammed Salem itu sarat dengan fitnah dan penipuan kepada Ikhwan Muslimin dan seluruh rakyat Mesir yang menuntut hak.

"Seriusnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh profesor yang saya tidak kenali ini suatu yang bahaya dan akan meracuni sekian ramai pembaca Sinar Harian di seluruh negara.

"Kenapa Sinar Harian tidak menemubual ribuan lagi pensyarah-pensyarah dan pakar yang tidak berpihak kepada mana-mana golongan yang cukup dikenali seperti Dr.Bakeenam Syarqawi, Dr.Jamal Gibril, Dr.Saifuddin Abdul Fattah yang sumber mereka ini boleh dipercayai tanpa memihak kepada Ikhwan atau Mursi," katanya melontar persoalan.

Dalam temubual itu, Mohammed Salem dilapor berkata, para peserta himpunan yang membantah rampasan kuasa di Mesir didapati bersenjata dan mengancam pihak keselamatan.

Penyarah itu juga mendakwa penyokong Morsi menghalang laluan jalan raya di sekitar Rabaah dan Nahdhah.

Antara petikan temubual akhbar itu menyebut:

Soalan: Adakah mereka melakukan perhimpunan secara aman?

Salem: Bagaimanapun kami dan polis dapati mereka ada senjata. Mereka mempunyai mesingan, molotov cocktail, pisau, pedang dan mereka acu kepada polis.

Mengulas lanjut, Abdul Malik mempersoal, jika himpunan yang dilakukan oleh penyokong Mursi kerana menghalang laluan dan jalanraya, adakah situasi ini tidak berlaku di dataran Tahrir dan hadapan Istana Ittihadiyah, dua lokasi himpunan anti-Morsi sebelum dan selepas 30 Jun?

"Berulang kali saya jelaskan dalam siri ceramah bahawa perancangan jahat polis memasukkan senjata api dan peluru ini dilonggokkan di dalam khemah-khemah sementara penyokong Morsi selepas mereka berjaya membunuh tuan khemah.

"Lalu dipanggil media-media tempatan bagi menunjukkan 'bukti' bahawa rakyat di Raba'ah memiliki senjata api dan ia didedahkan oleh Al-Jazeera bahawa operasi memunggah masuk senjata-senjata ini ke dalam Raba'ah menggunakan ambulans pada pagi operasi 14 Ogos lepas," katanya.