"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Takut Tulis Tentang 1MDB, Tun M Buat Pusingan 'U': Sekarang ini sebarang perbincangan tentang 1MDB adalah satu jenayah

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seolah-olah membuat pusingan 'U' apabila beliau kini tidak pasti sama ada mahu terus menulis tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di blognya pada masa akan datang.

Beliau berkata, pada masa ini membincangkan tentang isu 1MDB telah dianggap sebagai satu jenayah dan tidak mustahil beliau akan dipanggil oleh polis jika terus menulis mengenai 1MDB.

"Saya tak tahu…saya kena fikir tentangnya kerana ia sangat serius.

"Saya mungkin akan dipanggil oleh polis untuk beri keterangan…saya tak rasa mereka akan masukkan saya dalam penjara lagi, tapi ada kemungkinan akan ditanya kenapa saya berkata begitu (tentang 1MDB)," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku ‘Mahathir Bukan Kawan saya’ di sini, Sabtu.

Dr Mahathir berkata sebagai rakyat Malaysia beliau akan akur kepada pendapat bahawa sebarang perbincangan tentang 1MDB adalah satu jenayah.

"Saya tak suka lakukan jenayah," katanya.

Pada 24 Julai lalu, Dr Mahathir berkata bahawa beliau akan terus menulis tentang 1MDB di blognya walaupun menyedari terdapat sekatan terhadap media, khususnya yang melaporkan tentang isu 1MDB.

Beliau berkata demikian selepas laman Sarawak Report disekat aksesnya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan akhbar The Edge digantung permitnya selama tiga bulan kerana berterusan memainkan isu 1MDB dalam laporan-laporannya.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai perbezaan kebebasan media ketika zaman pentadbirannya dengan zaman pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, beliau mengamalkan kebebasan media pada zamannya tetapi terdapat media yang dilihat seolah-olah menyekat diri mereka sendiri daripada menulis secara bebas.

"Seolah-olah mereka tak nak menyakitkan hati pemimpin, ini tabiat (media) yang kita dapati di Malaysia.

"Media arus perdana selalu berhati-hati, berfikir tentang apakah pemerintah suka atau tidak tulisan mereka," katanya.

Jelasnya, sama ada media itu menyokong kerajaan atau sebaliknya, pembaca boleh membuat satu penilaian antara pemikiran pemberita dan rakyat terhadap kerajaan.
-mstar-

#TangkapNajib: Perhimpunan Berhampiran Sogo Cetus Huru-Hara (Video)

 
KUALA LUMPUR: Perhimpunan bagi menggesa Perdana Menteri meletakkan jawatan berhampiran Kompleks Sogo yang diadakan pada Sabtu menjadi huru-hara selepas dua wakil rakyat yang menyertai protes itu ditahan polis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang dan Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing ditahan pada pukul 2.20 petang.

Dua wakil rakyat itu sebelum ini terlibat dalam perbincangan dengan pihak polis namun ditahan selepas mengarahkan orang ramai supaya bersurai.

Wakil rakyat berkenaan kemudiannya diiringi masuk trak polis beberapa minit selepas itu.

Tidak lama selepas tangkapan itu, kedengaran dua letupan yang kemudiannya mencetuskan beberapa siri tahanan penunjuk perasaan yang lain.

Letupan itu dipercayai adalah mercun.

Beberapa kedai di Jalan Tuanku Abdul Rahman termasuk Sogo bertindak menutup pintu premis mereka susulan kekecohan berkenaan.
-mstar-

Yang ini hanya ada di Malaysia

Ini antara sebab kenapa Haji Hadi naik angin dengan #Harapan Baru

YDP Pas letak jawatan
YDP Pas letak jawatan Status Facebook mendedahkan mengenai peletakan jawatan YDP Pas Beruas.
IPOH: Yang Dipertua Pas Kawasan Beruas, Zainol Haron mengesahkan bahawa beliau telah meletak jawatan yang disandang dan menyertai Harapan Baru.

Zainol berkata, peletakan jawatan tersebut telah diumumkan dalam mesyuarat Pas kawasan berkenaan, semalam.

“Memang benar saya telah meletakkan jawatan YDP Pas Kawasan Beruas.

“Saya meletak jawatan atas kerelaan diri tanpa ada sebarang pelawaan atau pujukan dari mana-mana pihak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, tindakan beliau menyertai Harapan Baru adalah disebabkan selesa dengan idea dan perjuangan yang dibawa oleh pimpinan pertubuhan itu.

“Idealisme dan perjuangan yang dibawa membuatkan saya cenderung memilih Harapan Baru sebagai wadah perjuangan,” katanya.

Zainol berkata, beliau juga menafikan bahawa tindakannya keluar daripada parti itu disebabkan kecewa dengan kepimpinan Pas yang ada pada ketika ini.

“Tidak kecewa kerana bagi saya bila kita berbeza pandangan adalah lebih baik kita keluar dan pada masa sama ia juga boleh melancarkan segala gerak kerja yang ingin dilakukan Pas di peringkat kawasan,” katanya.

Selain itu, katanya, seramai tiga ahli jawatankuasa Pas di kawasan berkenaan juga telah mengisytiharkan keluar daripada Pas.

“Siapa mereka saya rasa tak perlu didedahkan cuma ianya melibatkan individu yang mempunyai jawatan dalam jawatankuasa penuh parti di peringkat kawasan,” katanya.
-sinarharian-

Selipar selamatkan warga emas ini daripada mati lemas

FMT Reporters
swak-womanPETALING JAYA: Seorang wanita warga emas diselamatkan selepas tiga jam terjatuh dari jeti di kuala sungai di Kuching dalam kejadian pada Khamis.
Warga emas itu yang dipercayai berusia lingkungan 50an itu ditemui oleh anggota berbasikal Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

Anggota polis tersebut yang ketika itu sedang membuat rondaan curiga selepas terlihat selipar wanita berkenaan di jeti dan kemudian membuat pemeriksaan lanjut.

Wanita itu ditemui berpaut pada ponton di bawah jeti dalam keadaan lemah.

Warga emas itu dipercayai telah terjatuh dari jeti tersebut lebih tiga jam sebelum ditemui oleh anggota polis kira-kira jam 11 pagi.

Gambar wanita tersebut yang memakai baju-T warna merah dan berseluar panjang hitam dikongsi di media sosial tetapi tidak dinyatakan tempat kejadian.

Dia kemudiannya diberikan rawatan oleh pasukan perubatan Jabatan Pertahanan Awam sebelum mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital.

PANAS!!!Pemberontakan Umno bermula di Johor, tiga pemimpin sayap letak jawatan

Pemberontakan akar umbi Umno bermula di Selatan tanah air pada ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang ke Pagoh hari ini selepas tiga pemimpin sayap bahagian di Johor mengumumkan peletakan jawatan mereka.

Dua ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Bahagian Tenggara hari ini meletakkan jawatan mereka susulan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Presiden Datuk Seri Najib Razak selepas tindakan drastiknya memecat Muhyiddin daripada Kabinet pada Selasa lalu.

"Peletakan jawatan ini kerana saya melihat perjuangan kepimpinan tertinggi pada hari ini terpesong jauh daripada perjuangan asal pemimpin-pemimpin terdahulu.

"Kes pemecatan Muhyiddin daripada Kabinet juga menyaksikan yang bercakap benar itu dicantas, yang membela rakyat akan dipecat," kata AJK Pemuda Umno Bahagian Tenggara Asrul Esreen Mohd Salleh dalam satu kenyataan menerusi Whatsapp hari ini.

Dalam kenyataan bersama itu, seorang lagi AJK daripada bahagian sama, Saiful Zakry Ripin juga mengumumkan peletakan jawatan daripada sayap parti tersebut.

Asrul membidas tindakan ke atas Muhyiddin sebagai pengkhianatan kepada perjuangan Umno yang sepatutnya mendengar keluhan rakyat.

"Perkara yang berlaku ini sangat ketara untuk rakyat seperti saya berasa pengkhianatan kepada bangsa saya, agama dan parti saya.

"Ini tidak sehaluan dengan perjuangan saya dan perjuangan pemimpin terdahulu, kepimpinan sekarang tidak banyak mendengar keluhan rakyat," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pemimpin sayap, Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Tebrau Suriyani Subar juga sudah meletakan jawatan pada 13 Julai lalu.

Surat peletakan tersebut sudah dihantar kepada Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Sementara itu, sumber memberitahu bakal terdapat lagi pemimpin akar umbi dari Johor khususnya daripada sayap parti yang bakal mengikut jejak sama.

Difahamkan, mereka tidak berpuas hati dengan cara layanan presiden terhadap Muhyiddin, pemimpin nombor 2 parti yang berasal dari Johor itu.

"Ini maruah orang Johor, bagaimana boleh seorang pemimpin nombor dua diberikan layanan begitu.

"Ramai lagi yang akan meletak jawatan, terutamanya daripada Johor," kata sumber Umno Johor itu.

Terdahulu sebelum kontroversi pemecatan Muhyiddin daripada Kabinet, penganjur kontroversi Nothing 2 Hide Datuk Khairul Anuar Rahmat juga sudah meletak jawatan selaku naib ketua Pemuda Umno Johor dan ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang.

Selasa lalu, Najib mengumumkan barisan Kabinet baharunya tanpa Muhyiddin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang disingkirkan kerana tidak selari pandangan dalam isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin itu masih belum dipecat daripada Umno dan masih mengekalkan jawatan masing-masing.

Kedua-dua pemimpin difahamkan juga tidak berpuas hati dengan keputusan penyingkiran itu.

Muhyiddin ketika ini sedang berada di kawasan parlimennya, Pagoh, lawatan pertama selepas disingkir
-malaysianinsider-

The Asia Sentinel dakwa Rosmah berusaha untuk menyingkirkan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dari jawatan gabenor Bank Negara

Rosmah nafi dakwaan 'berusaha singkir Zeti'
Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menafikan dakwaan dalam portal The Asia Sentinel bahawa beliau berusaha untuk menyingkirkan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dari jawatan gabenor Bank Negara.
“Sindiran dan tuduhan itu dibuat dengan niat untuk menjejaskan reputasi Datin Seri Rosmah Mansor dalam kapasiti beliau sebagai isteri perdana menteri.

“Kata-kata yang digunakan oleh En (John) Bethelesen (penulis artikel tersebut) bersifat berseteru dan 'fakta' yang tidak bermaklumat itu diolah untuk menggambarkan dan mencipta persepsi negatif ke atas Datin Seri Rosmah Mansor memandangkan tulisan itu berada di ruang awam,” kenyataan Rosmah dipetik.

Kenyataan itu dihantar melalui firma guamannya, Tetuan Noorhajran Mohd Noor.

Tulisan di portal The Asia Sentiel itu diterbitkan hari ini dengan tajuk 'Malaysian PM's wife seeks Central Bank governor's ouster'.
-malaysiakini-

PKR dakwa Anwar tahu lebih awal Muhyiddin akan dipecat

FMT Reporters 
muhyiddin-yassinPETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan telah tahu lebih awal Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, Anwar telah memberitahunya “sesuatu yang besar akan berlaku dalam masa terdekat ini”.

Menteri Besar Selangor itu berkata, Anwar memaklumkan perkara itu kepadanya ketika melawat Ketua Umum PKR di Penjara Sungai Buloh pada 24 Julai lalu.

Media rasmi kerajaan Selangor, Selangor Kini melaporkan, Azmin dan Naib Presiden PKR, Tian Chua, juga telah mengulangi ‘sesuatu perkara besar akan berlaku dalam masa terdekat’ ketika berucap dalam program Jelajah Amanat Presiden di Kuala Selangor pada 24 Julai lalu.

Tian Chua mengaku perkara besar yang dimaksudkan olehnya dan Azmin dalam program itu melibatkan pemecatan Muhyiddin.

“Ya, memang ini yang kami maksudkan masa itu (Jelajah Amanat Presiden). perpecahan dalam UMNO akan menyebabkan sama ada Muhyiddin dilucutkan atau Najib sendiri disingkir.

“Kita dah pantau keadaan ini agak lama dan dalam isu 1MDB terdapat suara berbeza dikeluarkan pemimpin UMNO.

“Kita juga lihat tingkah laku Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ‘mengambil’ orang tertentu ketika siasatan yang menyulitkan lagi situasi Najib,” kata Tian Chua yang dipetik Selangor Kini.

Alkisah Terkuburnya impian 4 timbalan perdana menteri

Mohd Tawfik Yaakub
Secara rasminya semalam nama Tan Sri Muhyiddin Yassin tersenarai bersama-sama dengan Tun Ghafar Baba, Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tokoh nombor dua dalam Umno yang kecundang sebelum berjaya menjawat jawatan perdana menteri.

Penyingkiran Muhyiddin daripada jawatan nombor dua dalam kerajaan bukanlah perkara yang mengejutkan, namun penyingkiran tersebut berlaku ketika negara dilanda pelbagai kemelut ekonomi dan politik sehingga mendapat perhatian meluas seluruh rakyat Malaysia.

Penyingkiran Ghafar dan Musa sebelum ini tidak membangkitkan kemarahan rakyat dan ahli Umno kerana pengaruh kedua-dua tokoh Umno ini kecil berbanding pengaruh Anwar.

Namun sehingga saat ini, pengaruh Muhyiddin masih sukar dinilai sama ada menyamai kekuatan Anwar ataupun lebih lemah berbanding Ghafar dan Musa. Kesukaran menilai pengaruh Muhyiddin sehingga hari ini berlaku kerana beliau masih tidak menjelaskan hala tuju politiknya sama ada kekal bersama Umno ataupun menentang bekas ketuanya.

Berkemungkinan Muhyiddin dan sebahagian rakyat Malaysia terkeliru dengan penjenamaan rombakan kabinet sama ada "dipecat", "disingkir", ataupun "direhatkan" sehingga menjadikan mereka terpinga-terpinga untuk merancang tindakan politik seterusnya.

Malah [ada sidang media yang diadakan Muhyiddin hari ini, beliau dilihat masih berada di persimpangan untuk memutuskan sama ada memperjuangkan nasibnya ataupun berehat sepenuhnya seperti Ghafar dan Musa.

Berdasarkan kepada perkembangan politik semasa, nasib sebenar Muhyiddin dalam politik akan ditentukan pada 31 Julai, 2015 dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan diyakini akan timbul cadangan oleh salah seorang ahli Majlis Tertinggi untuk memecat beliau sebagai timbalan presiden.

Secara tradisinya penyandang jawatan timbalan perdana menteri merupakan timbalan presiden Umno, maka timbul persoalan sama ada Najib, Zahid dan pemimpin kanan Umno lain akan mengekalkan Muhyiddin untuk memegang jawatan berkenaan?

Sudah pasti jawapannya tidak, kerana Ghafar, Musa dan Anwar sebelum ini juga terpaksa mengosongkan pejabat timbalan presiden Umno setelah tidak lagi memegang posisi itu.

Oleh itu, tarikh 31 Julai, 2015 merupakan tarikh keramat yang berupaya menentukan masa depan politik Muhyiddin sama ada mengikut jejak langkah Anwar ataupun tenggelam dalam lipatan sejarah seperti Musa dan Ghafar.

Yang pasti, nama Muhyiddin kini tersenarai bersama nama Ghafar, Musa dan Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri yang kecundang di pertengahan jalan. Satu lagi sejarah duka terpahat dalam pergelutan politik Malaysia.

Penjenayah terkepung di jalan mati (Gambar)

FMT Reporters
pecah-rumah_polis_600
PETALING JAYA: Dua sahabat yang dipercayai ingin melakukan pecah rumah tersilap langkah apabila mereka terperangkap dalam kepungan polis ketika cuba melarikan diri.

Kejadian berlaku pagi Jumaat di Butterworth, Pulau Pinang.

Berdasarkan maklumat, salah seorang daripada mereka berjaya dicekup polis manakala rakannya sempat meloloskan diri.

Sebelum itu, berlaku adegan kejar mengejar antara polis dengan dua rakan penjenayah itu.
Suspek yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna hitam telah diekori oleh anggota unit peronda yang curiga selepas melihat pergerakan mereka.

Dua sahabat itu yang menyedari kehadiran polis cuba memecut kenderaan yang dinaiki namun, tidak bernasib baik kerana jalan melalui jalan mati.

Berdasarkan pemeriksaan ke atas kereta yang dinaiki, polis menemui barang-barang yang dipercayai hendak digunakan untuk melakukan kegiatan pecah rumah.

Menurut seorang saksi yang merupakan pekerja Majlis Perbandaran Seberang Perai, suspek hampir melanggarnya ketika cuba melarikan diri.

Gambar penahanan suspek itu menjadi viral di media sosial dan telah dikongsi di laman Facebook Traffic Daily Report.

MESTI BACA!!! Apa yang terjadi dengan PAS sebenarnya? – Arifin Zakaria

1. Dua soalan popular ketika hari raya tentang PAS. Pertama kenapa habis sepasukan pimpinan lama dibuang? Sedangkan dengan merekalah kami kenal PAS. Era 80-an dan 90-an nama popularnya Mat Sabu, Mahfuz Omar, Husam Musa, Solehudin Ayub dll. Pasca reformasi popular dengan Dr Dzul, Dr Mujahid, Mazlan Aliman, Ustaz Ghani Samsudin, Nizar Jamaludin dll. Tetapi kenapa mereka dibuang kesemuanya?

2. Soalan kedua popular. Benarkah bekas pimpinan yang tewas ini hendak tubuh parti? Kenapa perlu tubuh parti? Tidak bolehkah bersabar dan tunggu perubahan seterusnya dalam parti? Tidakkah nanti dituduh tidak boleh terima kalah lalu tubuh parti? Tidakkah UMNO sebenarnya yang mengupah mereka ini agar tubuh parti? Tidakkah mereka ini berada dalam percaturan JIM/IRC/IKRAM/HIS untuk ranapkan PAS? Inilah dua jenis soalan yang kerap ditanya. Saya cuba menjawab dengan pengetahuan dan maklumat yang ada pada saya.

4. Menjawab soalan pertama. Mereka ini dibuang setelah melalui kempen yang panjang. Ada yang mengatakan 18 bulan pasca muktamar 2013 hingga 2015 kempen non stop dilancarkan untuk membuang mereka. Sebenarnya tidak. Sebelum itu lagi. Sejak pemilihan tahun 2009 lagi.

Mereka ini dilihat menentang UG atau Kerajaan Perpaduan dengan PAS - Umno. Sebenarnya UG ini tidaklah sama maksud dengan apa yang Presiden lontarkan pada tahun 2009. Presiden TGHA lontarkan UG yang menggabungkan kesemua parti politik termasuk PKR dan DAP untuk buat perubahan dalam kerajaan.

Walaupun lontaran yang tidak masak, tetapi bukan UG itu yang ditentang. Tetapi jauh daripada itu sememangnya wujud usaha hendak menggabungkan PAS dengan Umno hasil kerja kuat bekas Timbalan Presiden Ustaz Nasharudin Mat Isa (UN) dan bekas Naib Presiden Dato Dr Hasan Ali (DHA) dan bekas Timbalan Mursyidul Am yang kini menjadi Mursyidul Am Dato Dr Harun Din (DHD).

Pasca PRU 2008, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri bersama Khir Toyo berunding dengan pimpinan PAS untuk membentuk kerajaan PAS Umno di Selangor dan di Perak. Rundingan ini pada awalnya dinafikan Pengarah Pilihanraya PAS ketika itu Dato Mustafa Ali. Tetapi bocor apabila Pak Lah sendiri membocorkannya. Ada pertemuan di sebuah lokasi tidak jauh bangunan parlimen. Berakhir dengan PAS menolak pelawaan tersebut.

Tetapi Ustaz Nasha dan Hasan Ali meneruskan agenda ini. Kerap mereka berdua bertemu Pak Lah, Datuk Seri Najib Tun Razak dan tokoh tokoh Umno baik di bangunan parlimen atau di Hotel Meridien. Watak kedua orang ini dilihat pelik dalam tempoh 2008-2011. Dilihat mesra UMNO dan menjadi pengacau kepada Pakatan Rakyat dan kerajaan PR di Selangor. Kerap Hasan Ali mengambil tindakan berseberangan dengan kerajaan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Diantaranya pengakuan bekas Pengerusi ngo GERAK Nazree Yunus, beliau didatangi Hasan Ali dan orang orangnya termasuk Roslan SMS dan SETPOL Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri untuk membuat pendedahan tentang salahguna kuasa Tan Sri Khalid. Beliau membuat report SPRM, TS Khalid Ibrahim sudah menguna peruntukan kerajaan untuk menghadiahkan lembu korban ke parlimen Bandar Tun Razak kawasannya sendiri. Kemudian tuduhan kedua menggunakan peruntukan kerajaan untuk servis kereta peribadi. Tujuannya adalah untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid dan menaikkan Hasan Ali sebagai MB. Tetapi setelah disaman Tan Sri Khalid, Nazree berubah dan menyertai PKR serta mendedahkan perancangan jelik ini.

Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasha dilihat meneruskan usaha ini sehinggalah sebelum PRU 2013 pertemuan diantara Hasan Ali, Ustaz Nasha dengan PM Najib di Hotel Meridien. Pertemuan ini didedahkan Hasan Ali kepada rakan-rakannya sendiri. Kata beliau PM Najib sedia memberi kerjasama membantu beliau dan Ustaz Nasha membuat satu gerakan politik Melayu Islam atas nama ngo ala ala PERKASA. Najib sedia bantu wang ringgit dan segala kepakaran.

Targetnya mereka sedia bertanding calon bebas di kerusi PAS. Ngo ini akhirnya ditubuhkan selepas Hasan Ali dipecat iaitu ngo JATI. Pertemuan untuk membuat kerjasama dengan Najib dan menubuhkan platform baru itu bocor ke pengetahuan Presiden dan SUA Dato Mustafa Ali. SUA menjalankan siasatan. Di tengah siasatan berjalan, Ketua Penerangan PAS Selangor YB Shaari Sungip mengeluarkan kenyataan nama Dr Hasan Ali tiada dalam senarai calon PAS Selangor.

Kemudian melentinglah Hasan Ali dan pengikutnya dan berlakulah perang media yang berleluasa sehinggalah membawa pertemuan beliau dengan TGNA di Kelantan. Berakhir dengan beliau dipecat daripada PAS yang kesemua pihak melihat kononnya hasil serangan awal Shaari Sungip itu. Walhal kisah sebenarnya memang dia sedang disiasat SUA dan Presiden atas isu pertemuan beliau dan Ustaz Nasha dengan Najib di Hotel Meridien.

Pokoknya selepas dipecat belangnya dengan Umno semakin jelas. Ucapan beliau menyeru penyatuan Umno PAS sangat jelas. Begitu juga Ustaz Nasha. Kelibatnya kerap bersama Najib jika Najib ke negara negara Arab dalam keadaan dia masih ahli PAS. Tetapi beliau tidak dipecat. Itu yang pelik.

Dalam kes Perak pula. Seawal kemenangan 2008 UMNO berusaha memujuk PAS membentuk kerajaan bersama di Perak dengan janji PAS sebagai MB. Kisah Zahid Hamidi bekejar ke rumah Ustaz Ahmad Awang PJ Perak ketika itu untuk memujuk membentuk kerajaan sudah menjadi rahsia umum.

Ustaz Ahmad Awang mendedahkan ketika muktamar 2011 ketika ucapan penggulungannya memang wujud usaha menggabungkan PAS Umno. Jangan ada sesiapa nafikan. Saya ada maklumat. Kata Ustaz Ahmad Awang.

Beliau mendedahkan 3 pihak menghubungi beliau memohon dibentuk kerajaan PAS Umno di Perak. Iaitu Zahid Hamidi, Mufti Harusani dan Dato Dr Harun Din. Inilah 3 pihak yang berusaha mewujudkan kerajaan PAS Umno di Perak.



Inilah perkara yang ditentang Husam, Mat Sabu, Mahfuz, Solehudin dan kumpulan mereka. Namun dengan mudah mereka disabitkan menentang Presiden. Maka bermulalah wujud kononnya kumpulan penentang Presiden. Datanglah isu apa sekalipun mereka ini akan dikaitkan. Walaupun sekarang terbukti Hasan Ali dan Ustaz Nasha jelas menjadi pembantu Umno. Jelas dan terbukti apa yang dikatakan fitnah sebelum ini. Tetapi perkara itu diabaikan. Kumpulan Husam, Mat Sabu dll ini kekal diletakkan dikandang bersalah. Sedangkan Ustaz Nasha kekal kebal sebagai ahli PAS tanpa dipecat.

Terperangkap dalam terowong sejak 24 bulan lepas

Projek MRT
Projek MRT Kerja-kerja pembinaan hub pengangkutan awam laluan bawah tanah Mass Rapid Transit (MRT) sedang giat dilakukan. - Foto Bernama
TATKALA rakan sebaya lain selesa bekerja di pejabat berhawa dingin, lain pula ceritanya bagi Izyan Syahirah Hasanuddin, 24, yang 'terperangkap' dalam terowong bawah tanah sejak 24 bulan yang lepas.

Terowong bawah tanah sedalam 30 meter itulah menjadi tempat beliau menghabiskan masa selama 12 jam setiap hari, dengan terpaksa bergelumang bau tanah yang kurang menyenangkan dan suhu yang sangat panas, hingga boleh mencabar fizikal dan mental sesiapa sahaja jika berada dalam kedudukan gadis kelahiran Besut, Terengganu ini.

Bagi Izyan Syahirah serta lebih 100 jurutera muda tempatan yang bersemangat waja, terlibat dalam projek mega terowong bawah tanah Transit Aliran Massa (MRT) adalah rutin harian kerja mereka.

Projek di bawah syarikat MMC-Gamuda Sdn Bhd, itu melibatkan pembinaan tujuh buah stesen iaitu KL Sentral, Pasar Seni, Merdeka, Bukit Bintang, Sentral, Pasar Rakyat, Cochrane dan Maluri.

Beliau sama sekali tidak menyangka akan memegang status sebagai jurutera muda seawal usia 22 tahun lebih-lebih lagi apabila diberikan kepercayaan untuk menjadi seorang daripada kumpulan yang mengendalikan projek berstatus mega ini.

"Projek yang membabitkan bahagian bawah tanah jarang dibangunkan di Malaysia dan bagi saya kenapa perlu lepaskan peluang sekali dalam seumur hidup begini?," katanya kepada Bernama ketika ditanya mengenai permulaan kariernya dalam industri pembinaan ini.

Terima tawaran

"Semasa sesi temuduga, sewaktu panel menyatakan saya akan ditawarkan bekerja dalam projek pembinaan terowong MRT, membuatkan saya tidak berfikir panjang dan terus menerima tawaran keemasan itu!," ujarnya yang bekerja di 'Pudu Launch Shaft', iaitu terowong alternatif yang dibuat khusus sekiranya berlaku kecemasan.

Sebaik sahaja berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), gadis ini banyak mencuba nasib dengan memohon banyak pekerjaan kosong yang kebanyakannya dalam prospek minyak dan gas serta pembinaan perumahan.

Walaupun menganggap sektor pembinaan terowong tidak begitu menonjol, namun beliau tetap menguatkan semangatnya untuk menerokai pengalaman baharu dalam bidang yang dimonopoli oleh kaum lelaki kebanyakannya warga asing.

Keluar dari zon selesa

"Saya akui kemahiran 'multi-tasking' amat diperlukan ketika melakukan tugas-tugas di dalam terowong. Contohnya ketika mengendalikan mesin pengorek bawah tanah 'Tunnel Boring Mchine' (TBM).

Menjadi seorang daripada segelintir jurutera wanita di situ, katanya pengalaman yang sangat menguji ketahanan fizikal dan mentalnya adalah sewaktu proses 'intervention' di mana memerlukan pihaknya untuk menghentikan sementara penggunaan mesin TBM bagi melakukan tinjauan di dalam kawasan bawah tanah yang baru diterokai.

"Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya apabila terpaksa berhadapan dengan suhu mencecah 39 darjah celcius, bau tanah yang meloyakan dan keadaan gelap yang sedikit sebanyak menghadkan pergerakan saya di dalam terowong itu," katanya sambil ketawa kecil.

Nasihat Izyan kepada anak muda khususnya bakal jurutera muda wanita di luar sana, kaum wanita kini perlu keluar dari 'zon selesa' untuk mencuba perkara baharu dan membuang tanggapan bahawa tidak semua pekerjaan mampu dibuat oleh kaum lelaki sahaja.

Peluang keemasan

Sementara itu, seorang lagi jurutera muda, Ismail Bukhari Wan Ibrahim, 25, berkata, penglibatannya dalam projek MRT ini bermula pada usia 23 tahun dan ketika itu beliau baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembinaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

"Saya nekad memilih untuk bekerja di bawah projek mega syarikat MMC-Gamuda Sdn Bhd. kerana ia satu-satunya projek di Malaysia yang menggunakan TBM untuk kerja mengorek terowong," kata jejaka yang pernah memasang impian menjadi seorang pemandu kapal terbang.

Ismail berkata agak mustahil bagi graduan lepasan universiti untuk mendapatkan jawatan ini di luar negara dan apabila syarikat MMC-Gamuda sendiri yang menawarkan peluang berharga tersebut, sudah tentu beliau tidak melepaskan peluang itu.

Beliau berkata sektor pembinaan adalah satu pentas pembelajaran yang sangat unik dan setiap hari baginya adalah pengalaman yang penuh dengan ilmu baru dan masalah yang perlu diselesaikan memerlukan dirinya berfikiran lebih kritis serta analitikal.

Ditanya mengenai pendidikan kejuruteraan, beliau berkata, institusi pendidikan perlulah mencari jalan yang terbaik dengan menyediakan struktur pembelajaran mengikut acuan tempatan. Contohnya di Amerika, struktur asas binaan mereka berdasarkan 'brick wood' dan Malaysia pula menggunakan asas batu konkrit.

Pencapaian

Penglibatan remaja yang dianggap perintis dalam sektor pembinaan seperti ini sememangnya menjadi satu kebanggaan buat negara yang dilihat ketandusan tenaga muda khususnya dalam kalangan rakyat tempatan.

Namun ramai yang tidak tahu akan penglibatan tenaga anak muda tempatan dalam pembinaan jajaran terowong MRT yang lahir hasil daripada sistem pendidikan negara kita sendiri.

Kerja-kerja pembinaan terowong telah siap sepenuhnya pada 21 April 2015, dan dijangka projek tersebut akan mula beroperasi sepenuhnya pada Julai 2017.

Kejayaan ini harus diraikan memandangkan kerja-kerja menggali terowong di Kuala Lumpur cukup mencabar sekali kerana mempunyai keadaan geologi tanah jenis batu kapur karstik yang mudah rapuh.

Projek MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang adalah antara sembilan Entry Point Projects (EPP) yang melibatkan pembinaan jajaran sistem rel sejauh 51 kilometer (km) dengan pembinaan terowong bawah tanah sejauh 9.5km. 
-Bernama-

Zambry Abd Kadir, MB Perak bakal disingkir?

Khairil Ashraf 
izkandar,zamryPETALING JAYA : Pas Kuala Kangsar mendakwa, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan disingkirkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak.
Ia dikatakan bersangkut paut dengan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri yang dikatakan rapat dengannya.

Dalam kenyataannya, Yang Dipertua Pas Kuala Kangsar, Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss menjelaskan tindakan itu dibuat ekoran ketidak puasan kepimpinan UMNO bahagian terhadapp Zambry.

“Difahamkan beberapa kepimpinan Ketua UMNO Bahagian ‘senior’ dari Perak yang berstatus kepimpinan Majlis Tertinggi UMNO Malaysia sudah mula ‘mencongak’ pengganti Datuk Seri Zambry pada masa kini,” katanya.

Raja Ahmad berkata, berdasarkan sumber dalaman UMNO, pelantikan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri baru turut menjadi penyumbang kepada perubahan yang bakal berlaku nanti.

Menurutnya, selepas rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini,ia turut akan disusuli dengan perubahan di peringkat kepimpinan kerajaan negeri termasuk pertukaran menteri besar.

“Kami lontarkan kepada Datuk Seri Zambry bagi ianya menafikan ‘khabar angin’ tersebut yang sudah mula ‘ditiupkan’ oleh kepimpinan UMNO Bahagian di Perak khasnya.

“Jika benar apa yang dimaklumkan, sudah tentu kedudukan Datuk Seri Zambry akan terancam di Perak khasnya kerana sudah ada usaha menggantikan pengaruh beliau di Perak berikutan isu dalaman UMNO kini,” katanya.

Beliau juga difahamkan telah ada penama untuk menggantikan Zambry sebagai menteri besar dan individu tersebut merupakan orang yang cukup rapat dengan Zahid dan pernah bekerja dengannnya satu ketika dahulu.
-fmt-

Kebakaran Bukit Aman: Kebetulan atau petanda buruk?

Mike Tan
Kebetulan apakah ini!

Sehari selepas kita menyaksikan Muhyiddin Yassin dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri, peguam negara ditukarkan dan nasib tidak menentu siasatan 1MDB berikutan pelantikan empat ahli Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) - termasuk pengerusinya Nur Jazlan Mohamed - ke dalam kabinet, rakyat Malaysia boleh menambah satu lagi ke dalam senarai insiden yang hampir mustahil berlaku - kebakaran di ibu pejabat polis Bukit Aman yang terjadi hari ini.

Kebakaran berlaku di tingkat 9 dan 10 Menara 2 yang menempatkan Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Narkotik. Kebakaran mula terkawal pada jam 7.47 malam.

Walaupun kebakaran tidak terlalu dahsyat, berita serta gambar dan komen tentangnya tersebar secara pantas dan meluas di media sosial.

Tentulah rakyat Malaysia tidak merasakan ada hal yang mencurigakan di sebalik kebakaran ini, waktu ia berlaku, serta lokasi kebakaran yang memang penting buat pihak-pihak tertentu. Mereka menjadikan kebetulan ini sebagai bahan lawak, dengan cemuhan bernada sarkastik.

Api sudah pun dipadam, dan PDRM bertindak pantas membuat ‘damage control'. Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar tidak memandang ringan hal ini, dan kelihatan bersungguh untuk menamatkannya sebelum ia bertambah buruk dengan membuat beberapa kenyataan di laman Twitter.

Twit pertamanya kira-kira jam 8 malam tadi bersifat profesional. Khalid mengesahkan kebakaran berlaku dan memberikan penjelasan ringkas - punca kebakaran akan disiasat. Ini diikuti twit kedua kurang 20 minit kemudian. Beliau memaklumkan hanya dokumen tidak penting yang musnah dalam kebakaran.

Beliau juga memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang khabar angin.

Tindakan pantas Khalid ini menunjukkan beliau turut sedar yang orang ramai tidak memerlukan satu lagi insiden yang memburukkan lagi tanggapan terhadap kerajaan - yang kini berada di tahap terendah.

Tidak dapat dinafikan, negara kini berhadapan cabaran terburuk sejak pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Walaupun tidak seburuk 1998, pihak berkuasa, dan pada satu sisi rakyat sendiri, sedar bahawa negara tidak mampu untuk menghadapi satu lagi krisis di saat-saat ini.

Adakah kebakaran ini hal terakhir dalam senarai insiden yang menimpa negara pada saat ini, atau merupakan satu petanda tentang apa yang bakal mendatang?

Kita semua menanti dengan penuh debaran.|
-antdaily-

Terkini!!! Aziz Bari Melayu terbaru sertai DAP

Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari hari ini diumum menyertai DAP hari ini.

Beliau yang sebelum ini pernah bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 di Sabak Bernam atas tiket PKR adalah tokoh Melayu terbaru menyertai parti berkenaan.

Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan pernah membuat penafian akan menganggotai pertubuhan berkenaan yang selama ini dikaitkan sebagai parti cauvinis Cina.

Bagaimanapun Abdul Aziz berkata tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Saya tidak pernah membuat apa-apa kenyataan. Wartawan itu membuat kesimpulan sendiri," katanya.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini, Abdul Aziz berkata, dia kagum dengan amalan sistem meritokrasi parti berkenaan.

Tak harap imbuhan
Pada Oktober 2014 bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu pernah disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan menyentuh institusi raja ketika Selangor menghadapi krisis menteri besar.

Beliau disiasat selepas hampir 100 laporan polis dibuat terhadap beliau.

Dalam pilihan raya umum 2013, Abdul Aziz bertanding di Sabak Bernam tetapi kalah kepada calon BN, Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh, dengan majoriti 1,644 undi.

Abdul Aziz memperoleh 14,743 undi berbanding Mohd Fasiah, 16,387.

Kata Abdul Aziz, dia tidak mengharapkan sebarang imbuhan atau kedudukan dalam DAP, sebaliknya cuma mahu memberi sumbangan.

Ditanya mengapa memilih DAP, Abdul Aziz berkata beliau mencari ruang lebih besar bagi membolehkan bakat dan kepakarannya dimanfaatkan sepenuhnya.

Abdul Aziz berkata beliau memaklumkan penyertaannya ke dalam DAP kepada Setiausaha Agung PRK, Rafizi Ramli, namun enggan mengulas lanjut apabila ditanya reaksi Ahli Parlimen Pandan itu.

Turut hadir dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP itu, Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.
-malaysiakini-

Apa Perasaan Rakyat Setelah Tersebarnya Perbualan Rahsia TS Muhyiddin Yasin?

Tranungkite
Klip video perbualan bekas Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin berkaitan duit RM2.6 bilion masuk ke akuan DS Najib Razak sudah tersebar ke pengetahuan rakyat. Apa persepsi rakyat sekarang? Apakah pihak penyiasat, polis dan SPRM akan mengabaikan perbualan itu?
Persepsi aku. Luahan TS Muhyiddin tu diyakini tulus. Dia kelihatan memberi justifikasi bahawa tegurannya kepada DS Najib berasas. Najib boleh pecat beliau. Tapi tetamunya atau kawan rapatnya kena tahu beliau tidak salah menegur Najib atas kepentingan rakyat. Beliau amat yakin dipecat kerana tegurannya itu.

Beliau tidak berniat untuk uar-uarkan kepada rakyat salah laku Najib. Beliau nak jaga juga Presiden UMNO dan UMNO itu sendiri. Jadi tak betullah dakwaan beliau bahawa beliau buat teguran berkaitan 1MDB kerana nak jaga kepentingan rakyat. Kalau sekadar berbisik kepada kawan, itu namanya memberi justifikasi membela diri. Kalau dedahkan di majlis terbuka atau kenyataan media, barulah untuk bersama kepentingan rakyat. Jadi, yang mana satu ni, TS Muhyiddin.

Apa pula persepsi rakyat? Pemimpin boleh alihkan isu dengan mengutuk pengviral klip video macam tindakan TS Kadir Sheikh Fadzir. Najib boleh diam membisu apabila didesak oleh wartawan. Pihak pensyiasat, polis dan SPRM boleh buat lembu kenyang. Tetapi apa perasaan rakyat? Apa perasaan rakyat yang ingin dibela seperti dakwaan Muhyiddin? Apa persepsi rakyat terhadap kamu semua? Persepsi aku? TERKUTUK!

Wahai rakyat, siapa sebenarnya yang ingin membela nasib dan kepentingan kita? Pemimpin UMNO-kah? Atau kuasa rakyat?

1MDB: Dari pemecatan Gani hingga kebakaran HQ polis

Badan antirasuah Transparency International Malaysia (TI-M) menyifatkan siasatan 1MDB yang sedang berlangsung ibarat hidup segan mati tak mahu, atau lebih teruk lagi sudah “mati”.

Dakwaan berkaitan 1MDB kini disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kura Wang Negara serta pasukan petugas khas melibatkan polis, Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Jabatan Peguam Negara.

Perkembangan terbaru menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkirkan sebagai timbalan perdana menteri setelah bersikap kritikal terhadap 1MDB, syarikat pelaburan negara cetusan ilham perdana menteri.

Presiden TI-M Akhbar Satar membangkitkan beberapa perkembangan yang baginya mengejutkan dan menimbulkan keraguan terhadap siasatan dijalankan, iaitu:
Pemecatan Tan Sri Gani Patail sebagai peguam negara. Gani terlibat dalam pasukan siasatan khas 1MDB.

Pelantikan pengarah polis Cawangan Khas (SB) yang baru Mohamad Fuzi Harun serta insiden kebakaran di Bukit Aman yang dikatakan hanya memusnahkan dokumen “tidak penting”.

Pelantikan empat daripada 13 anggota PAC, termasuk pengerusinya ke dalam kabinet.
-malaysiakini-

Lima persoalan penting dijawab Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Ekoran daripada pengguguran beliau dari Kabinet semalam, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjadi topik perbualan bagi setiap rakyat Malaysia yang mengikuti hal ehwal semasa.
Muhyiddin telah diminta mengulas tentang beberapa isu mendesak dalam sidang media khas di kediamannya di Bukit Damansara awal hari ini.

Antara soalan utama yang ditanyakan adalah sama ada beliau menyesal memberi kenyataan terbuka mengenai siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dipercayai menjadi punca penggugurannya dari jawatan Kabinet.

Muhyiddin juga ditanya sama ada beliau yakin isu 1MDB boleh diselesaikan, berapa banyak yang diketahui tentang skandal itu, dan jika  penamatan perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara dan pelantikan beberapa ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebagai usaha untuk mengganggu siasatan.

Ketika sidang media mula meraih momentum, Muhyiddin telah ditanya mengenai cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaikan berita pengguguran jawatan kepada beliau.

Muhyiddin juga ditanya sama ada khabar pengguguran itu telah berlaku sebelum beliau muncul membuat ucapan penggulungan mesyuarat UMNO Cheras pada malam Ahad lalu.

Menjawab pertanyaan tersebut, Muhyiddin bercerita tentang bagaimana Najib kelihatan agak sukar untuk memberitahu bahawa nama Muhyiddin tidak termasuk dalam senarai baharu Kabinet. Najib juga dikatakan memberitahu kepadanya dengan kata-kata yang terbatas.

Berkenaan UMNO, para wartawan sangat berminat untuk mngetahui sama ada Muhyiddin akan kekal berada dalam parti.

Ahli Parlimen Pagoh itu memberitahu, kedudukannya dalam parti sebagai Timbalas Presiden UMNO kekal, maka tugas dan tanggungjawabnya dalam membantu Presiden memacu parti ke peringkat lebih tinggi masih sama. Muhyiddin juga memberitahu bahawa beliau tidak punya alasan untuk percaya kedudukannya dalam parti terancam.

Beralih topik berkenaan para penyokongnya, Muhyiddin berkata beliau memahami sekiranya mereka berasa marah atau kecewa. Namun beliau yakin semua orang akan melihat bahawa hatinya hanya meletakkan kepentingan terhadap UMNO dan negara.

Apabila Muhyiddin kini dilihat sebagai salah seorang pengkritik Najib, bekas tokoh nombor dua negara itu ditanya sama ada beliau kini berdiri di platform sama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad – yang tidak dapat dinafi menjadi pengkritik tegar pentadbiran Najib.

Memberi reaksi tentang hal itu, Muhyiddin berkata isu sama ada benar atau tidak beliau kini dalam ‘kem’ Dr Mahathir, tidak relevan. Perkara yang lebih penting adalah setiap kritikan itu perlu dipertimbang secara berasingan dan bertepatan.
-Astro-

Najib takut jumpa MT? mesyuarat MT, perjumpaan Umno dibatalkan

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno - yang pertama sejak pengguguran beberapa menteri semalam - yang dijadual diadakan pada Jumaat ini, dibatalkan.

Pembatalan itu dimaklumkan melalui sepucuk surat dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansorpetang ini.

“Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dijadual akan diadakan pada 31 Julai (Jumaat ini) telah dibatalkan.

“Saya memohon maaf di atas kesulitan yang timbul, sekian terima kasih,” kata Tengku Adnan dalam surat berkenaan.

Mesyuarat itu sepatutnya diadakan pada Jumaat dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan akan menghadirinya.

Kedua-dua mereka digugurkan daripada kabinet Datuk Seri Najib Razak semalam.

Najib melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagaipengganti Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri.

Sementara itu dalam surat berasingan, Tengku Adnan turut mengumumkan majlis taklimat tertutup yang sepatutnya diadakan bagi membincangkan isu semasa serta sambutan hari raya - juga Jumaat ini - turut dibatalkan.

Najib turut dijadual menghadiri majlis berkenaan.

Taklimat tertutup dan perjumpaan sempena Aidilfitri itu menghimpunkan ketua bahagian serta jawatankuasanya, selain kepimpinan wanita, pemuda dan puteri parti itu.

“Ibu pejabat Umno memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul,” kata Tengku Adnan dipetik dalam surat berkenaan.

Ketua Bahagian Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee (kiri) ketika dihubungi Malaysiakinimengesahkan bahawa beliau dimaklumkan mengenai pembatalan perjumpaan tersebut melalui aplikasi Telegram.

Malaysiakini telah menghubungi Tengku Adnan berhubung alasan di sebalik pembatalan mesyuarat dan sedang menunggu maklum balas
-malaysiakini-

Serpihan pesawat dipercayai MH370 ditemui di Pulau Reunion, Madagascar (Gambar dan video)

mh370 madagascar found
Serpihan pesawat yang tidak dikenali dijumpai terdampar di Pulau Reunion, Timur Madagascar, menimbulkan spekulasi serpihan itu dari pesawat MAS MH370 yang hilang lebih setahun yang lalu.

Sebahagian daripada sayap kapal terbang telah terdampar di sebuah pulau terpencil berhampiran Madagascar, meningkatkan spekulasi bahawa ia boleh jadi pesawat Malaysia Airlines MAS MH370 yang hilang.

Serpihan itu dipercayai adalah sebahagian daripada Boeing 777 – pesawat model yang sama dengan pesawat Malaysia Airlines yang malang tersebut.

Sekeping yang ditemui di La Reunion Island pagi ini dipercayai menjadi ‘flaperon’, sebahagian daripada bahagian yang mengemudi pesawat.

Pada 8 Mac 2014 pesawat Malaysia Airlines [MAS] MH370 jenis Boeing 777-200 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama tetapi hilang dari radar dan tidak dapat dikesan pihak berkuasa Vietnam dan Malaysia. – MRM
mh370 madagascar plane mas
mh370 madagascar island
Part of a plane wing has washed up on a remote island near Madagascar, raising speculation that it could be from missing flight MH370.

The debris is believed to be part of a Boeing 777 – the same model aircraft as the ill-fated Malaysia Airlines plane.

The piece, which was found on La Reunion Island this morning, is thought to be a ‘flaperon’, the part of the wing that controls the roll and bank of an aircraft.









View image on TwitterView image on Twitter

BREAKING Is this piece found this morning could be flaps of ? http://ift.tt/1MxCODd 
It was reported that investigators are trying to identify the piece and that it had remained for some time in water. Investigators will use flight tracks to try and identify where the piece originated.

View image on Twitter
A chunk of airplane wing that may match the Malaysia Airlines flight that went missing more than a year ago was found on the island of Réunion in the Indian Ocean. Xavier Tytelman, a French former military pilot, was contacted today by a man on the island who found the piece, according to The Telegraph, and says it looks like it could be from the long disappeared Boeing 777, in part because it appears to have spent at least a year in the ocean.

“We all think it is likely that the wing is that of a Boeing 777 – the same plane as MH370,” he told the Telegraph.

Flight 370 departed from Kuala Lumpur, Malaysia for Beijing, China early on March 8, 2014, with 239 people on board. A search over tens of thousands of square miles of ocean in a number of different regions, failed to turn up a single trace of the jet. – Wired.com