Di Selangor, nak ajar muqadam kat anak kena ada tauliah / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ
Teman petik berita di bawah ni dari akhbar Metro semalam.
Macam mana lah jemaah tabligh ya? Nak berta'alim...berbayan tu kena ada ceramah juga ke?
PETALING JAYA: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, bahawa seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah kepada bakal saudara baru atau mengajar Muqadam jika tidak mempunyai tauliah.
Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Ahmad Tarnuzi Nokin berkata demikian ketika memberi keterangan di dalam kes seorang penceramah agama, Dr Abdullah Yasin, 63, yang didakwa mengajar tafsir al-Quran, Surah al-Baqarah, ayat 14 hingga 20 yang berhubung agama Islam tanpa tauliah yang diberikan mengikut Seksyen 118(3), Enakmen Pentadbiran Agama Islam.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah Pusat Rukun Tetangga, Seksyen 14/26 Petaling Jaya, pada jam 4.30 petang, 24 April 2006.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengajar tanpa tauliah mengikut Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Abdullah diwakili peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman manakala pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Syarie Mohamad Nazri Basrawi di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad.
Kopitiam Bang Nan
Mustafa sambut baik cadangan Nik Aziz jadi ketua Pakatan Rakyat / Nizar / PKFZ / Altantuya
KUALA LUMPUR, 13 Nov: Cadangan Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim agar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi ketua atau pengerusi Pakatan Rakyat pertama mendapat sokongan dari Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Mustafa mengakui bahawa Nik Aziz adalah antara ikon penting yang mengikat parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan jika cadangan Zaid itu boleh diterima oleh lain-lain pimpinan Pakatan, beliau menyokong cadangan itu.
"Bagaimanapun ia hendaklah mendapat sokongan dari semua pimpinan Pakatan terlebih dahulu," kata Mustafa kepada Harakahdaily.
Datuk Zaid dalam blognya mencadangkan agar Nik Abdul Aziz menjadi ketua atau pengerusi Pakatan Rakyat.
Dalam poll yang dibuat oleh NTV7 malam ini, siapa yang sepatutnya memimpin Pakatan, Nik Aziz mendapat 44%, Datuk Seri Anwar 43%, Lim Kit Siang 17% dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi 6%.
(Gambar: Datuk Zaid calonkan Nik Aziz sebagai ketua Pakatan Rakyat)
"Untuk menjayakan usaha ini, ia memerlukan “pengorbanan” dari (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. (Datuk Seri Tuan Guru) Abdul Hadi Awang juga boleh membuat sumbangan besar dengan meminta Tok Guru Nik Aziz untuk menjadi Ketua atau Pengurusi kepada Pakatan Rakyat; sama seperti Mahatma Gandhi yang menjadi “spiritual leader” kepada parti Kongres India.
"Lim Kit Siang pula boleh membuktikan semangat “statesmanship” dengan bersetuju dengan cadangan ini serta menjadi penasihat dalam hal-hal demokrasi dan hak asasi. Sekali gus tindakan ini akan melenyapkan sebarang agenda “unity government” dengan UMNO," tulis Zaid dalam blognya.
Sebelum ini, Zaid bersama lima lagi pemimpin Pakatan iaitu dua dari setiap parti mendaftarkan secara rasmi Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Zaid telah dinamakan sebagai pengerusi protem itu.
"Satu wadah politik yang bernama Pakatan Rakyat Malaysia telah pun dikemukakan permohonan untuk kelulusan Pendaftar Pertubuhan 10 hari yang lalu.
"Saya amat gembira dengan perkembangan ini; maklumlah ini adalah julung kali tiga parti pembangkang terbesar di tanah air kita bersetuju untuk bersatu di bawah satu kerangka yang sah serta mempunyai lambang dan matlamat perjuangan politik yang satu," tulis Zaid dalam blognya.
Dalam tulisannya itu, Zaid juga mencadangkan agar Tengku Razaleigh Hamzah dilibatkan dengan Pakatan Rakyat.
Para pemimpin Pakatan sepatutnya berusaha lebih gigih dan bersungguh-sungguh supaya pemimpin politik seperti Tengku Razaleigh Hamzah masuk gelanggang bersama-sama dengan mereka, tulis Zaid.
Pasukan Pakatan tentu masih memerlukan beberapa orang ’striker’ lain dari yang ada sekarang untok memperkuatkan pasukan. Ku Li memang orang lama; tetapi ada integriti dan pandangan politik nya kontemporari, tulisnya.
Menurut Zaid, beliau tidak semestinya melompat parti kerana perjuangan untuk matlamat yang sama boleh diwujudkan melalui kerjasama yang lebih rapat.
Ini boleh dilakukan dengan mengadakan ceramah dan kempen bersama, katanya.
"Saya sedar Ku Li masih mempunyai impian untuk memulihkan UMNO, iaitu menghidupkan semula UMNO asal yang telah mati (dan kemudiannya menjadi alat untuk kroni-kroni parti dengan masalah politik wang dan rasuah). Bagi saya tidak ada salahnya kerjasama seperti itu kerana hasrat bersama kita ialah membuat pembaharuan ke arah sistem pemerintah yang bersih, cekap dan tidak rasuah," tulisnya lagi.
Dalam tulisannya, Zaid mempunyai pandangannya tersendiri dalam usaha Pakatan Rakyat untuk mengembangkan sayapnya di Sabah dan Sarawak.
"Realiti politik menunjukkan ia adalah usaha yang amat berat. Kesan buruknya sudah pun kelihatan sekarang apabila berlaku perebutan kerusi, sama seperti dalam pilihan raya umum 2008.
"Hakikat politik juga menunjukan bahawa adalah lebih baik jika Pakatan memainkan peranan dengan memberi sokongan padu kepada parti-parti tempatan yang sehaluan dengan Pakatan di Sabah dan Sarawak.
"Ini bukan sahaja langkah yang dilihat sebagai menghormati maruah dan kekuatan orang tempatan tetapi juga membawa kepada kesan yang lebih besar, iaitu membawa mereka bersama menjadi rakan kongsi dalam Pakatan. Bukankah ini lebih realistik?" tulis Zaid.
Yang penting, bagi beliau adalah untuk menjadi ikatan kuat dalam Pakatan ialah kesanggupan semua pihak untuk bersetuju tanpa berdolak-dalik untuk memastikan wujudnya dasar-dasar negara yang baik dan dipersetujui bersama melalui perbincangan sebagai landasan perjuangan.
"Hanya gabungan besar atau “grand coalition” seperti ini mampu mengatasi gergasi BN," katanya.
"Sebaliknya jika para pemimpin besar ketiga-tiga parti ini masih lagi merasakan mereka sudah cukup kuat dan hebat, dan memadai dengan meneruskan cara lama, iaitu melalui pakatan pilihan raya atau “electoral pact” semata-mata, saya yakin impian ke Putrajaya hanya akan kekal sebagai mimpi di siang hari," tulisnya lagi.
Anwar digaji RM1 sebulan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ
SHAH ALAM, Nov 13: Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilantik sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor dan untuk tugasnya itu beliau akan dibayar gaji RM1 sebulan.
Demikian umum Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika menggulung perbahasan belanjawan Selangor 2010 doi Dewan Negeri Selangor hari ini.
Katanya, perlantikan Anwar akan merangsang dan menjana pertumbuhan ekonomi negeri.
Anwar merupakan Menteri Kewangan sehingga beliau dipecat pada tahun 1998.
Semasa negara dilanda Krisis Kewangan Asia 1997, Anwar dalam kapasitinya sebagai Menteri Kewangan merumuskan pakej mendisplinkan kewangan negara dengan memotong perbelanjaan kerajaan sebanyak 18 peratus, memotong gaji para menteri dan menghentikan pembinaan projek mega.
Anwar menyerang terus gejala rasuah yang berleluasa dalam struktur kerajaan dengan melaksanakan audit telus terhadap konglomerat dan empayar perniagaan yang beliau dapati mengelak dari membayar cukai dan mengenakan bayaran tinggi untuk projek-projek kerajaan.
Majalah Times menobatkan Anwar antara 10 manusia paling berpengaruh di dunia ini, dan sejak Mac 2006, Anwar adalah Presiden Kehormat di Institut Account Ability Sosial dan Etika yang berpangkalan di London.
Perlantikan ini penting bagi membantu kerajaan negeri meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan dan juga mempromosikan Selangor sebagai pusat perbankan Islam di rantau ini.
“Oleh sebab itu kita telah bersetuju, Pakatan Rakyat sendiri telah bersetuju supaya kerajaan negeri selain daripada melantik penasihat-penasihat tersebut, melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi maksud menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pelaburan,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim.
Anwar Ibrahim merupakan calon yang sesuai kerana beliau berpengalaman dalam bidang ekonomi dan pelaburan antarabangsa.
Selain itu, Anwar juga merupakan penasihat kepada bank-bank Islam yang terbesar di dunia.
“Saudara Anwar telah bersetuju dan menerima perlantikan ini dengan elaun tetap sebanyak RM1.00 sebulan kalau lebih dari itu dia tak akan kerja kita dah bersetuju dan berterima kasih kerana ada orang nak datang sokong kerajaan negeri Selangor dalam usaha ini, jadi kalau ada trip promosi pelaburan, kita akan bawa dia untuk dapat memperkukuhkan hubungan kita,” kata Khalid.
Perang tiga penjuru di gelanggang internet / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ
Detikdaily
Malaysiakini akan menyambut ulang tahun ke-10 pada 28 November tahun ini. 10 tahun yang lalu, Malaysiakinimemasuki gelanggang media pada hari penamaan calon PRU ke-10, dalam suasana laungan "reformasi" bergema di udara.Media internet ini bukan sahaja tidak tertumbang, malah mendapat nafas baru dalam tempoh satu dekad ini, menjadi salah satu daripada tujuh keajaiban di Malaysia.
Sepanjang 10 tahun ini, pemerintah menyerang Malaysiakini, pada masa yang sama melabel gelanggang media internet sebagai "pro-pembangkang" atau "anti-kerajaan".Malah, sebelum PRU ke-12, label sedemikian telah menjadi lumrah sehingga pihak pembangkang sendiri menganggap Malaysiakinisebagai “gelanggang pembangkang”.
Selepas PRU ke-12, bekas Pengerusi BN Abdullah Ahmad Badawi mengakui bahawa "perang-siber" (cyberwar) mengakibatkan kekalahan BN di lima negeri. Ramai antara Pakatan Rakyat turut menganggap cyberwar ini salah satu punca kemenangan PR.
Namun, selepas PRU ke-12, terdapatnya kesan-kesan yang menunjukkan bahawa gelanggang internet juga bagaikan air laut yang dapat mengapungkan perahu, malah bisa mengaramkan perahu.
20 bulan selepas PRU ke-12, gelanggang internet, terutamanya media dan blog, seandai dilihat dari segi kuantiti dan kandungannya, mungkin menyanggah sendiri label yang dilontarkan terhadap media internet. Jikalau kita meneliti tulisan dalam gelanggang internet dari segi kandungannya, "pro-pembangkang" sebenarnya tidak bersamaan dengan "anti kerajaan".
Sebaliknya, wacana yang mendominasi gelanggang internet ini, kini cenderung menuju ke arah "mengkritik kedua-dua pihak pemerintah dan pembangkang".
Kuasa tiga penjuru
Mungkin kita boleh mengandaikan wujudnya tiga kuasa yang saling menyaingi di gelanggang internet, dan bakal menjadi salah satu ciri-ciri keistimewaan pada PRU yang akan datang. Kuasa pertama yang dimaksudkan adalah "mengkritik kedua-dua pihak pemerintah dan pembangkang". Kuasa ini memperlihatkan peralihan gelanggang internet kepada "kuasa baru sosial" setelah melalui 10 tahun, dan juga merupakan usaha masyarakat sivil untuk membebaskan diri dari kongkongan lama.
Kuasa kedua adalah "gelanggang BN", terutamanyacyber-trooper yang terdiri daripada orang UMNO, sama ada dalam bentuk media mahupunblogger. Bos di sebalik tabir semuanya kaya dan berkuasa. Dalam "gelanggang BN" ini, elit UMNO bukan sahaja menguasai maklumat dalaman, malah telah mengambil iktibar daripada PRU ke-12, bahawa pengabaian terhadap cyberwar bakal mengundang malapetaka. Dalam PRU yang akan datang, "gelanggang BN" ini bakal menunjuk kekuasaan politiknya di medan internet buat kali pertama dalam cyberwar.
Kuasa ketiga adalah gelanggang PR yang nampaknya kukuh tetapi rapuh ketika diserang -- rapuh kerana andaikan "kritikan terhadap pemerintah bersamaan dengan sokongan kepada pembangkang"; rapuh kerana usaha kurang memuaskan dalam membina "gelanggang PR" yang mampu memberi cabaran kuat kepada "gelanggang BN".
Dengan kata lain, antara tumpuan PRU yang akan datang, cyberwarbukan lagi berada dalam senario "sekadar mengkritik kerajaan", tetapi bakal wujudnya situasi saling mengimbangi antara ketiga-tiga kuasa di atas.
Namun, antara ketiga-tiga kuasa tersebut, "gelanggang kritikan" (terhadap kedua-dua pemerintah dan pembangkang) sudah memiliki kekuatannya tersendiri, malah "gelanggang BN" pula disokong dengan wang dan kuasa. Sebaliknya, "gelanggang PR" pula jelas dilihat lebih lemah dalam senario sedemikian.
UMNO bangkit, PR termusnah?
Sejarah selalunya sinis terhadap dirinya. Reformasi sosial mengorak langkah ke depan, tetapi penggerak reformasi kadang kala pula jahil, malah gagal mengenalpasti masalah dalam proses perubahan ini.
Maka, penggerak reformasi sosial perlu mengatur semula langkah, mempercepatkan langkahnya, ketika berdepan dengan batas untuk melaksanakan perubahan. Kalau tidak, medium reformasi bakal menjadi saksi untuk melihat bagaimana penggerak reformasi itu tertumbang sendiri.
PR tidak boleh membuaikan dirinya dalam "gelanggang kritikan" yang lalu. PR perlu menunjukkan kekreatifan dan berpijak ke tanah untuk bertindak, mempersiapkan diri untuk menghadapi PRU yang bakal menjelang dalam masa 20 bulan atau lebih awal. Kalau tidak, PRU yang akan datang mungkin menyaksikan kebangkitan UMNO dan kemusnahan PR dalam perang siber yang akan datang.
*Sedutan daripada artikel berjudul "Malaysiakini, Pakatan Rakyat, Pancung!" dalam Merdekareview, edisi bahasa Cina. Ooi Heng ialah penganalisa politik. Tulisan itu diterjemahkan dan disunting Lim Hong Siang.
Cadangan Larian Obor Royalti: Kota Bharu-Putrajaya / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ
NAMPAK gayanya Najib Tun Razak sudah terperangkap dah masuk perangkap sendiri , ekoran ‘cadangan’ penukaran wang ehsan bagi menggantikan royalti. Di mana silap percaturan pemikir-pemikir Najib dalam mengetengahkan isu ini, sekarang ini ?
Nampaknya, tidak ramai penyokong–penyokong Najib mempertahankan isu ini. Barangkali takut kena getahnya juga. Biar Najib saja yang tanggung. Padan muka.
Tindakan Najib ini sudah dan sedang mendapat tentangan secara bersepadu rakyat Kelantan kini, samada yang berada di Kelantan mahupun di luar. Kesilapan Najib ini seolah–olah memberikan peluru percuma kepada PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya, seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin oleh semua.
Kita berharap Najib akan membuat ‘U Turn’ dengan membatalkan cadangan ini, sepertimana Najib membatalkan Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan hasil tekanan berterusan semua pihak.
Elok juga difikirkan oleh sekelompok pemimpin PAS atau Pakatan Rakyat untuk menganjurkan satu rally atau larian obor royalti dari Kota Bharu ke Putrajaya bagi mendesak Najib memberikan apa yang sepatutnya kerajaan PAS Kelantan terima, iaitu royalty dan bukannya wang ehsan.
Larian ini boleh menggunakan laluan Kota Bharu – Gua Musang – KL atau Kota Bharu – Kuala Terengganu – LPT – KL. Mungkin boleh dibuat larian berperingkat–peringkat sejauh 10 km bagi setiap larian.
Rasanya tidak lah sukar untuk mendapatkan pelari–pelari yang berbakat di setiap lokasi dalam laluan tadi. Cuba gerakan dari sekarang ini.
Ini adalah lebih untuk melibatkan seluruh peringkat rakyat Kelantan khsusnya, iaitu golongan dari bawah sekali, petani, nelayan dan buruh dan lain–lain.
Sementara lain–lain peringkat, seperti kerajaan negeri sendiri telah mengambil langkah perlu, ahli–ahli parlimen PAS dari Kelantan dan luar sedang berjuang di parlimen.
Ini boleh menjadi satu cara untuk menyatupadukan dan meningkatkan sokongan rakyat dari peringkat bawah ke atas kerajaan PAS Kelantan.
http://www.detikdaily.net
Imej PAS dirosakkan oleh rakan Pakatan? / Nizar / PKFZ / Altantuya
ZULKIFLI YAHAYA
Pendedahan bahawa majoriti generasi muda menolak PAS oleh Pensyarah Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullahdi Seminar Memperkasakan PAS baru-baru ini tidaklah mengejutkan walaupun majoriti golongan tersebut juga adalah penyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu.
Ia berbeza dengan sebahagian besar generasi lama yang menelan bulat-bulat segala maklumat yang datangnya dari kerajaan dan mempercayainya seolah-olah satu kepercayaan agama.
Saya menduga seorang tua di kampung, "Pak Cik undi apa pilihan raya baru ni?"
Dia menjawab ikhlas, "Dari dulu aku dok pangkah 'kapal layar' tulah ... memang tak ubah dah." Dia mewakili golongan lama yang memugar kekuatan BN tetapi semakin hari semakin berkurangan kerana ditelan bumi.
Golongan muda lain caranya. Jika persepsi golongan muda terhadap PAS boleh berubah dengan mendadak, maka tiada jaminan bahawa persepsi mereka terhadap BN akan kekal sampai bila-bila. Tidak pelik juga jika dalam masa setahun selepas ini majoriti generasi muda akan kembali menolak BN. Ia boleh berlaku dengan cepat kerana itulah sifat golongan muda di zaman IT ini.
Cuma apa yang perlu disedari oleh semua ialah penolakan mereka terhadap PAS tentulah bersebab. Kajian dibuat oleh Dr Abu Hassan hanya terhadap PAS, tidak bermakna persepsi golongan muda terhadap KeADILan atau DAP berbeza. Saya mengagak bahawa persepsi mereka terhadap semua parti Pakatan Rakyat, hampir sama.
Sokongan bukan Melayu dan golongan muda Melayu terhadap semua parti pembangkang pada pilihan raya umum 2008 lebih disebabkan oleh penolakan terhadap BN. Mereka tidak mengundi Pakatan Rakyat kerana gabungan itu belum wujud. Yang ada cuma permuafakatan antara parti-parti pembangkang.
Tetapi apabila BN kalah di lima negeri dan menafikan majoriti dua pertiga di Pusat, permuafakatan PAS-KeADILan-DAP mula dianggap satu gabungan, macam BN. Mereka lalu membandingkan antara Pakatan Rakyat dan BN.
Analisis perbandingan inilah sebenarnya yang telah banyak meruntuhkan kepercayaan mereka terhadap Pakatan Rakyat. Sementelahan, walaupun wujud media baru namun media-meda talibarut BN masih mendominasi penyaluran maklumat dan masih berkuasa di negara ini.
Episod perbezaan dan pertelingkahan antara parti dan antara individu dalam Pakatan telah dilaporkan satu demi satu sejak 9 November 2008 hingga ke hari ini. Sama ada antara sesama pemimpin dalam satu parti atau atau antara parti; semua itu merupakan 'sumbangan besar' terhadap pemusnahan imej Pakatan.
Tidak dinafikan parti-parti komponen BN pun berentap juga sesama sendiri dan di dalam satu parti, sehingga ada yang berpecah dua dan tiga. Tetapi kebejatan BN adalah lumrah, macam sinonimnya imej rasuah pada mereka.
Rakyat sudah tak peduli BN rasuah tetapi jika Pakatan yang rasuah ia menjadi dosa besar sebab mereka masih belum berkuasa di Pusat. Lagipun BN sebagai pemerintah yang berkuasa dan berduit mempunyai banyak hadiah untuk rakyat yang boleh ditukar dengan kebejatan mereka.
Rakan saya seorang Ketua Cabang KeADILan di Kedah berkecil hati membaca tulisan saya yang lalu: "KeADILan pula adalah parti yang tiada akar umbi. Ahli-ahli KeADILan untuk satu cabang (kawasan) kadangkala tidak melebihi satu cawangan PAS pun." Mujur dia menganggapnya sebagai satu cabaran bukan penghinaan.
Realiti dalam politik negara juga begitu. Kerenah banyak datang dari KeADILan. Bermula dari Ahli Parlimen Kapar, Adun Changkat Jering, Adun Behrang, Adun Bukit Lanjan, Adun Bukit Selambau, Adun Lunas dan Adun Pelabuhan Kelang; semua itu adalah pencetus kontroversi yang menyumbang palitan lumpur rakan dalam Pakatan.
Keyakinan rakyat yang mengundi pembangkang dalam pilihanraya lalu kini terhakis. Ketidakyakinan golongan muda terhadap BN boleh jadi masih kekal, namun keyakinan terhadap Pakatan pula yang luntur. Itu menjadi faktor ramai blogger propembangkang dalam pilihanraya lalu kini menjadi 'bebas' macam Ibrahim Ali. Melibas kiri dan kanan.
Apa yang berlaku dalam KeADILan banyak disumbangkan oleh kemunculan YB yang asalnya adalah calon bidan terjun, tidak berkualiti dan tidak berjati diri. Tiba-tiba menang dan lupa diri. Mudah bagi BN menjadikan mereka lembu tunggangan dengan umpan keduniaan yang lumayan.
Pasti untuk pilihan raya umum akan datang, parti-parti dalam Pakatan akan lebih teliti memilih calon. Bukan setakat bermoral tetapi juga tahu disiplin dan adab berpolitik sesama rakan politik.
Orang macam Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin tidak perlu ada dalam Pakatan. Hairan juga melihat dia membelasah PAS dalam isu (kononnya) PAS mengadakan baiah menceraikan isteri jika keluar parti. Hujah-hujahnya lebih Umno daripada Umno beserta andaian yang sangat jahat terhadap PAS.
Presiden PAS berjanji akan menyiasat laporan kononnya wujud baiah seperti itu, sebab ia bukan arahan yang datang dari Pusat. Namun jika benar ia berlaku, berapa ratus orang isteri wakil rakyat PAS yang tertalak kerana lompat parti? Tiada seorang pun! Walhal beribu-ribu wanita yang diceraikan di tanahair bukan atas sebab politik, tidak dipedulikan oleh Zul Nordin, Sharizat Jalil dan Jamil Khir Baharom.
Wajar kiranya Zulkifli Nordin menyertai kem Ibrahim Ali, boleh melibas parang tumpulnya ke kiri kanan kerana kewujudan orang seperti beliau dalam Pakatanlah menjadi penyumbang kepada ketempangan imej PAS.
Yakinlah, golongan muda boleh kembali menyokong PAS tetapi pembetulan perlu dilakukan bukan sahaja terhadap PAS tetapi parti-parti dalam Pakatan.
Semboyan Sudah Berbunyi.../ UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ
"Raja Petra sudah memberi bayangan bahawa "2 mayat akan bangun dari kubur"..dimana mayat-mayat ini bakal menjadikan siang menjadi malam dan malam menjadi siang..mengalahkan fenomena bencana alam yang diramal bakal berlaku di tahun 2012..
Raja Petra memberikan bayangan dimana beliaulah yang akan memulakan serangan kepada Perdana Menteri seperti mana yang disuarakan oleh Ketua Pembangkang Malaysia yang juga De Facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyeru semua ahli PKR melancarkan "perang!!!!" keatas Najib..
Agaknya mereka ini soldadu kelas ketiga ingin menjadi baju perisai Najib untuk menangkis serangan dari RajaPetra,Anwar dan Ahli PKR..mereka ini memperjudikan nasi periuk politik mereka ditangan Najib..jika Najib menang mereka senang..jika kalah mereka pula akan menjadi pepatah seperti "sokong membawa rebah"..tunggulah tengok nanti..
BN dah lama Menang, KEDAH tak Senang-Senang pun / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ
BN DAH LAMA MENANG, KEDAH TAK SENANG-SENANG PUN. Sepatutnya itulah slogan yang Umno Kedah kena lancar pada 12 November ni.
Admin : nak tanya sikit.. TPM mai rasmi slogan tu kat SMK Agama YAN... Tak salah ka guna kawasan sekolah Untuk Lancar Slogan POLITIK... pie la sewa Padang Awam Guar Chempedak tu kaa.. Pantai Murni kaa..
Selangor Rugi RM800 Juta Kerana Khir Toyo / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ
Kegagalan projek bawah syarikat kerajaan negeri Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu pendedahan kedua Menteri Besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim melalui dokumen yang dikeluarkan oleh pejabatnya hari ini.
Khalid berkata, seperti juga risalah yang diedarkan pada Selasa, pendedahan maklumat mengenai projek penghutanan semula ini dibuat bawah bidang kuasanya seperti diperuntukkan dalam Seksyen 2(C) Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Jelasnya, keempat-empat projek yang dipajakkan secara konsesi oleh PKPS kepada 12 syarikat itu terletak di empat kawasan hutan simpan di daerah Hulu Langat.
Bercakap dalam sidang media selepas sidang DUN Selangor hari ini, Khalid berkata menteri besar terdahulu Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo telah menjanjikan pulangan sebanyak RM800 juta daripada projek tersebut.
"Sekarang ini perkataan juta pun tidak ada," katanya, sambil menjelaskan pendapatan itu sepatutnya diperolehi melalui kutipan royalti daripada hasil balak yang ditebang serta hasil pajakan.
"Saya harap dengan pendedahan ini rakyat Selangor akan dapati negeri kita akan bertambah baik tanpa projek-projek ini," katanya.
Tambahnya, projek-projek berkenaan telah diluluskan semasa pentadbiran BN tanpa melalui proses tender.
"Apa yang menarik, tanah-tanah di Selangor ini bukan diberi kepada orang sini tetapi orang Melaka," kata Khalid lagi.
Perbelanjaan Setahun Ketua Menteri Melaka!!!! / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ
Ini faktanya...bayangkan kalau in i fakta di Selangor umno selenga pasti meronta - ronta macam orang meroyan....tapi ini kat Melaka....
PAS, KEADILAN dan DAP Melaka apa lagi buat risalah, banner sebar takkan itu pun nak tunggu ?
Pertanyaan YB Khoo Poay Tiong, ADUN Ayer Keroh kepada Ketua Menteri Melaka mengenai kos sewa dan kos penyengaraan rumah rasmi Ketua Menteri:
Soalan 1:
Nyatakan jumlah perbelanjaan sewa kos serta kos penyengaraan (maintenance) bulanan bagi rumah rasmi Ketua Menteri sejak Jan 2008 sehingga Jun 2009.
Soalan 2:
Nyatakan jumlah bil elektrik, bil air serta bil telekom rumah rasmi Ketua Menteri sejak Jan 2008 sehingga Jun 2009.
Soalan 3:
Nyatakan bilangan pembantu rumah yang terdapat di rumah rasmi Ketua Menteri dan tugas masing-masing.
Setelah ditanya dan inilah jawapan Ali Rustam kepada Yang Berhormat Datuk Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat
Jawapan 1:
Kos penyengaraan RM595 098.40.
Jawapan 2:
Jumlah bil elektrik, bil air serta bil telekom sejak Januari 2008 sehingga Jun 2009 adalah:
Bil elektrik – RM301 025.00
Bil telefon – RM27 585.00
Bil air – RM39 099.00
Jawapan 3:
Bilangan pembantu rumah yang terdapat di rumah ini dan tugas masing-masing:
2 orang – Tukang Masak
2 orang – Tukang Kemas
3 orang – Pelayan
3 orang – Tukang Kebun
Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan sejak Jan 2008 sehingga Jun 2009 adalah RM 962 807.40. Adakah pembaca rasakan ini relevan sehingga mencecah RM1 juta dalam masa setahun setengah sahaja kos penyengaraan mencecah angka yang begitu besar? Renung-renunglah kepada rakyat Melaka yang mengundi Ali Rustam dan pada masa sama menindas rakyat.
Pendedahan amalan bai’ah berniat jahat / PKFZ / Zambry / Altantuya
Selepas itu setiap kali berlaku perlantikan khalifah selepas wafat nabi Muhammad, rakyat terutama pemimpin tempatan keluar memberi bai’ah. Akujanji taat setia itu memberi pengiktirafan kepada pemimpin yang dipilih itu. Dengan ini mereka boleh menjalankan amanah dengan sebaiknya.
Tiba-tiba timbul pula pada akhir-akhir ini bai’ah ADUN PAS yang mereka bersedia menceraikan isteri masing-masing jika mereka melompat parti. Walaupun dengar seperti janggal, tetapi bai’ah seperti sah. Kedudukannya adalah takliq yang boleh menjaga kelangsungan rumah tangga. Logiknya, kalau suami itu sayang kepada isteri dia tidak akan keluar parti atau apabila dia berkira-kira untuk lompat parti akan difikirkan berkali-kali, mana lebih penting; isteri atau parti baru. Kalau lompat parti, bolehkah dapat isteri lain sebaik bekas isterinya? Jadi, dia akan pilih mempertahankan isteri dan partinya.
Kalau berdasarkan itu, mengapa ada mufti yang kata bai’ah itu haram? Mengapa ada orang yang kata bai’ah itu zalim? Jawapan mereka kepada masyarakat itu bukan berdasarkan ilmu tetapi kerana kepentingan orang tertentu atau jahil.
Takliq dalam Islam boleh datang dalam pelbagai keadaan bagi tujuan menyelamatkan rumah tangga daripada bercerai berai , bukan sebaliknya, mempurak purandakan rumah tangga yang sedia ada. Sebagai bukti, bukankah selepas majlis akad nikah ada takliq yang dibacakan suami walaupun sesetengahnya tidak diketahui isteri?
Selain isteri juga boleh buat takliq dengan syarat dipersetujui suami. Ini bermakna setelah isteri membuat draf takliq dan suami bersetuju dengan takliq itu, mereka takliq itu sah. Maka dengan itu mereka akan saling berusaha mengekalkan rumah tangga mereka.
Takliq ini boleh diamalkan oleh sesiapa, individu ataupun ahli mana-mana persatuan. Sama ada orang politik atau tidak, parti pemerintah atau pembangkang. Boleh juga secara paksa atau sukarela. Yang penting tujuannya untuk kebaikan rumah tangga mereka.
Walau bagaimanapun rencana ini bukan menyokong apa yang dilakukan oleh ADUN PAS kerana apa yang didakwa itu masih tidak jelas pada saya. Sekali pandang seperti fitnah yang sengaja dibesar-besarkan oleh musuh politik. Hal ini kerana Menteri Besar dan sebahagian besar ahli PAS terkejut dengan berita itu.
Saya mencari-cari juga kenyataan YB Khalid Samad yang kononnya mengesahkan kejadian bai’ah itu. Tetapi yang saya dapati beliau mengesahkan wujud satu blog yang mendedahkan kejadian itu. Alhamdulillah saya berkesempatan melayari blog itu dan setelah membacanya, ternyata ia seperti satu cerita yang direka oleh penulis blog itu.
Saya tidak kenal dengan penulis blog itu, mungkinkah dia YB yang dimaksudkan. Saya tidak pasti.. Tetapi saya hairan kalau dia wakil rakyat PAS mengapa dia membuat kenyataan itu kepada umum, apakah motifnya. Pendedahan itu yang pada saya amat bodoh sebagai seorang Islam apatah lagi sebagai wakil rakyat.
Jika benar dia adalah wakil rakyat, sememangnya dia tidak layak. Hal ini kerana orang politik ada perkara yang boleh didedahkan dan ada yang tidak boleh didedahkan. Dalam perjuangan ada rahsia dan ada sterategi yang perlu dibuat dengan berhati-hati.
Walau apapun saya berharap setiap umat Islam sama ada pemimpin atau rakyat biasa, jadilah orang yang cerdik dalam melayari bahtera hidup yang berliku ini.
--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah
Imej baharu ubah persepsi terhadap PAS / Nizar / PKFZ / Altantuya
Pendedahan kajian mengenai situasi kepimpinan parti yang tidak menyenangkan dibuat oleh Dr Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya pada seminar PAS 7 November lalu menuntut parti ini melakukan sesuatu untuk mengubah situasi.
Tidak diketahui secara mendalam mengapa terjadi demikan dan terjejasnya imej parti di mata rakyat khususnya orang muda. Sungguhpun kajian Abu Hassan boleh dipersoal dari berbagai sudut, tetapi realitinya parti harus menerima hakikat bahawa mereka dalam dilema sukar dan perlu mengubah imej dan pendekatan demi menghadapi keyakinan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Ada pendapat mendedahkan hal itu mungkin boleh dikaitkan dengan kemelut dalaman parti yang tidak berkesudahan menyebabkan rakyat dan penyokong jadi keliru dan hilang kepercayaan kepada parti dan kepimpinannya.Ahli keliru kepada siapa sebenarnya sokongan dan kepercayaan harus dicurahkan setelah kecelaruan berterusan mengenai kehadiran mereka yang mendokong Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan mereka yang taat kepada Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Seorang kawan dari PAS yang berkedudukan di Johor Bahru menyarankan supaya presiden parti diberikan imej baru yang lebih kemas dan menyerlah untuk mengubah situasi.
Katanya, jika Umno boleh berbelanja RM2.4 juta untuk menaikkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan konsep 1Malaysianya, kenapa tidak PAS melakukan sesuatu bagi mengubah dan meningkatkan imej presiden supaya kelihatan menonjol dan diterima rakyat.
Jika Najib boleh menyarankan slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan," presiden mungkin boleh melaungkan tema lain yang sesuai dengan kehendak semasa dan trend pengundi muda.
Alasan lain menyebut imej dan personaliti presiden harus diberi gambaran baharu di mata rakyat dan ahli supaya nampak dinamik, penuh tenaga dan penuh idea. Ini bagi menandingi imej Najib yang sudah jauh ke hadapan - dari kaca mata persepsi umum rakyat - setelah diperkenalkan konsep 1Malaysianya.
Imej Najib melonjak mendadak dibantu publisiti semua cabang utama media kerajaan dan swasta yang agresif dan berterusan. Semua kegiatan hidup termasuk politik, pendidikan, ekonomi, sosial, budaya dan kesihatan dikaitkan dengan gagasan 1Malaysia sehingga tidak ada murid sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi dan orang muda yang tidak kenal gagasan beliau itu.
Dari sudut itu jelas imej Najib ditonjolkan sedemikan rupa sehingga semua bangsa dan keturunan sudah boleh menerima kehadiran beliau sebagai perdana menteri yang boleh menyatupadukan semua kaum. Beliau dilihat lebih berkesan dari PM sebelumnya.
Cara berpakaian dan konsep mendekati masyarakat khususnya kaum muda di bandar-bandar besar lebih sofistikated dan mencabar. Kepimpinan perlu membuat perubahan sikap dan pendekatan yang drastik bagi memikat hati pengundi muda ini kerana merekalah yang membuat keputusan negatif dalam kajian Abu Hassan itu.
Pengundi muda di bandar-bandar besar perlu didekati dengan kehendak selera mereka yang santai dan bersahaja kerana demikianlah cara hidup orang muda masa kini yang canggih.
Pada waktu sama, mereka yang berpelajaran dan berpendidikan tinggi masih menggemari dan mengkagumi pemimpin parti yang berimej Islamik dengan pakaian dan keterampilan bersahaja serta berfikiran terbuka, kritis dan boleh menerima kehadiran mereka tanpa prejudis.
Maka itu PAS harus bergerak ke arah itu kerana orang muda kini inginkan pemimpin yang berimej Islam dan pada ketika sama berpandangan jauh, berfikiran terbuka, mudah didekati dan boleh menyakinkan mereka dengan perancangan yang tinggi bagi menggerak aspirasi golongan ini yang sentiasa dahagakan perubahan dan pembaharuan.
Masih Ingat tentang Cerita Si Penjual Permaidani (Carpetman) merangkap Tukang Catut (Bagman) / Zambry / PKFZ / Altantuyay
Deepak Jaikishan ditugaskan untuk memastikan bahawa bekas pegawai polis yang juga penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam terus berdiam diri. Adakah anda masih ingat pada Bala? Dialah individu yang menandatangani Akuan Bersumpah yang mengaitkan Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu.....
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
Adakah masih ingat pada cerita yang kami terbitkan pada 8 Oktober 2009, dengan judul “The Carpetman who is Rosmah’s Bagman and much more?” Nah, jika anda dah lupa, berikut adalah butirannya:
Saya bertemu dengan Carpetman lebih daripada setahun yang lalu. Dia meminta untuk bertemu melalui seorang kenalan. Ini kerana dia bimbang apabila mendapat tahu bahawa saya akan mendedahkan bahawa dia sebenarnya adalah Bagman untuk Rosmah. Tapi bukan fasal tu dia menggelabah. Sebenarnya, dia mula naik risau kerana pendedahan yang akan saya lakukan bukan hanya menyabitkannya sebagai Tukang Catut, tetapi juga J***** J***** si Rosmah. Hubungan saya dengan Rosmah hanya hubungan niaga biasa, kata Si Penjual Permaidani. Saya tak pernah tidur dengan Rosmah. Jadi, tolong jangan dedahkan kepada umum bahawa saya adalah J***** J***** Rosmah. Gambaran yang ingin Si Penjual Permaidani wujudkan adalah bahawa hubungannya dengan Rosmah hanya setakat di bilik mesyuarat dan tidak sampai ke b**** t****. Tetapi lain pula kata Mumtaz Jaafar. Eh, siapa pula Mumtaz Jaafar? Ah, kalau saya mula bercerita tentangnya, maka saya juga perlu menceritakan tentang hubungannya dengan Saiful, iaitu orang yang menuduh bahawa Anwar Ibrahim meliwatnya. Kalau saya mula cakap fasal tu, maka saya terpaksa pula menyentuh tentang pertuduhan Liwat 2 pula. Jadi, tak payahlah kita panjangkan cerita. Mari kita kembali ke kisah Si Penjual Permaidani, iaitu Tukang Catut dan juga J***** J***** Rosmah. Seluruh negara hanya menumpukan perhatian pada hubungan luar nikah Najib Tun Razak. Ni dah jadi berita basi yang semua orang dah tahu. Semua orang tahu tentang Najib yang ditangkap khalwat dengan Ziana Zain di dalam sebuah bilik hotel di Port Dickson. Bahkan, Isa Samad mempunyai foto Najib yang hanya memakai tuala, sementara si Ziana bersenang-lenang di atas katil. Isa menyerahkan foto itu kepada Perdana Menteri pada masa itu, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad (inilah sebabnya Mahathir tidak faham mengapa Najib memilih Isa sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil Bagan Pinang. Takkan dia dah lupa bahawa Isa pernah cuba menjatuhkannya dengan menggunakan foto tu?). Okey, mari kita kembali ke topik asal. Seperti yang saya katakan tadi, semua orang tahu tentang hubungan luar nikah Najib. Tetapi ramaikah yang tahu bahawa Rosmah cukup berkenan dengan pemuda ala Bollywood? Nak jadi datuk? Senang saja. Kalau mereka menurut segala kehendaknya, maka gelaran datuk memang dalam tangan. Kalau anda nak tahu, si Si Penjual Permaidani ni jauh lebih tampan daripada Shahrukh Khan (eh, tapi sekarang dah jadi Datuk Shahrukh Khan, bukan?) – malah lebih muda. Sebenarnya, dah lebih daripada setahun saya mendiamkan saja cerita ni. Tetapi masa sudah tiba untuk ia didedahkan. Tetapi selain itu, ada perkara lain yang juga perlu didedahkan. Ish… ish… Deepak Si Penjual Permaidani ni memang nakal. Tetapi dia nakal pun nakal bersebab. Semua ‘kenakalannya’ adalah atas perintah Rosmah. Peranan Carpetman dan ‘khidmatnya’ pada Rosmah akan didedahkan sedikit demi sedikit. Hari ini bukan masanya untuk kami berbuat demikian. Jadi nantikanlah episod seterusnya alkisah Si Penjual Permaidani merangkap Tukang Catut merangkap Jantan Jalang perempuan yang syok sendiri sebagai Wanita Pertama Malaysia.
(Anda boleh baca dengan lebih lanjut di sini).
Okey, dengan mukadimah di atas, maka tibalah masanya untuk kita meneruskan hikayat Deepak Jaikishan, iaitu Si Penjual Permaidani merangkap Tukang Catut merangkap J***** J***** ‘Wanita Pertama’. Kami akan mendedahkan tentang kenakalannya. Ah, cukup nakal.
Deepak Jaikishan ditugaskan untuk memastikan bahawa bekas pegawai polis yang juga penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam terus berdiam diri. Adakah anda masih ingat pada Bala? Dialah individu yang menandatangani Akuan Bersumpah yang mengaitkan Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu.
Beberapa jam selepas Bala mendedahkan Akuan Bersumpahnya semasa sidang akhbar pada 3 Julai 2008, dia terus hilang. Keesokan harinya, dia memfailkan Akuan Bersumpah kedua yang bercanggah dengan Akuan Bersumpahnya yang pertama. Kemudian, dia sekali lagi hilang… hilang tanpa meninggalkan kesan.
(Baca PI Bala missing, says nephew, dalam The Star, 5 Julai 2008).
Sebenarnya, saya juga telah pergi ke Rawang untuk bertemu dengan anak saudara Bala, iaitu R. Kumaresan, sebagaimana yang dinyatakan dalam laporan di atas.
Ramai yang tidak tahu bahawa ketika Bala sedang mengadakan sidang akhbar sejurus sebelum makan tengah hari pada 3 Julai 2008, beberapa orang anggota keselamatan sudah pun berada di depan rumahnya di Rawang. Mereka kemudiannya menculik keluarganya.
Ketika Bala sedang makan tengah hari, seorang individu yang bernama ASP Suresh menelefonnya dan ingin berjumpa dengannya. Bala juga diberitahu bahawa jika dia enggan untuk berjumpa, keselamatan keluarganya menjadi taruhan. Sebenarnya, pada masa tu, Bala sedang makan tengah hari bersama dengan saya. Jadi, saya tahu apa yang sedang berlaku, terutamanya apabila wajahnya tiba-tiba pucat dan dia mulai panik. Mereka juga memutuskan untuk menjerat saya kerana mereka tahu bahawa saya pun tahu tentang peristiwa tersebut.
Selepas Bala memfailkan Akuan Bersumpahnya yang kedua (yang bercanggah dengan Akuan Bersumpah yang pertama), mereka terus melarikannya ke luar negara dan menyembunyikannya di India. Bagi memastikan Bala tidak membocorkan rahsia, maka Deepak membayar RM50,000 sebulan kepadanya.
Bala tiiada pilihan lain. Pilihlah yang mana satu ‘idaman hati’: RM50,000 sebulan dan ‘bersara’ di India ataupun mengalami nasib yang sama seperti Altantuya? Malah dia juga perlu memikirkan tentang keluarganya – jadi, lebih baik ambil wang daripada terpaksa makan C4.
Selepas semua ‘urusan’ diselesaikan, Deepak menyangka bahawa dia dan ‘Wanita Pertama' dapat hidup bahagia buat selama-lamanya tanpa sebarang masalah.
Sebenarnya, Bala hanya menunggu saat yang paling sesuai untuk pulang paku buah keras. Dia kini mula melawan tauke bagi mendedahkan tentang apa yang sebenarnya berlaku sejak saat dia menandatangani Akuan Bersumpah pertama, diikuti dengan Akuan Bersumpahnya yang kedua, 16 bulan yang lalu.
Hari ini, kami hanya akan mendedahkan sebahagian kecil dari apa yang telah didedahkan oleh Bala. Ya, sebahagian kecil sahaja. Terdapat banyak lagi perkara yang akan didedahkan dalam tempoh sebulan ini; semuanya begitu menghancurkan.
Buat masa ini, biarlah Seri Perdana berdebar-debar. Takkan kita nak biarkan dia orang tidur lena? Selepas kami selesai mendedahkan segala-galanya, maka takkan ada seorang pun rakyat Malaysia yang akan ragu-ragu tentang penglibatan Najib dengan Altantuya.
Sebagai ‘pembuka selera’, lihatlah salinan cek di bawah, yang menunjukkan bayaran yang dilakukan oleh Deepak kepada Bala. Jika Bala menandatangani Akuan Bersumpah yang palsu, seperti yang mereka dakwa, lalu mengapa Bala perlu disembunyikan di India, bahkan dibayar RM50,000 sebulan?
Mana tidaknya… sebenarnya, Akuan Bersumpah pertama Bala adalah benar. Disebabkan itulah Bala perlu ‘dihilangkan’ dari Malaysia.
Ya, tak lama lagi, Si Penjual Permaidani merangkap Tukang Catut merangkap J***** J***** akan menghadapi masalah yang cukup besar. Jadi, nantikan pendedahan yang seterusnya, yang mana kami akan terus menconteng arang ke muka petualang.
Tidurlah wahai Putrajayaku sayang, di mana jua kau berada.
Original Post: http://malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=28471:remember-the-carpetman-cum-bagman-cum-toyboy-story&catid=22:the-corridors-of-power&Itemid=100085
Translation: http://gomalaysian.blogspot.com/
PI Balasubramaniam Muncul Dalam Klip Video, Dia Telah Ditawarkan RM5 Juta / Altantuya / Zambry / PKFZ
Klip video ini disiarkan dalam Malaysia Today hari ini, dengan sarikata yang menyatakan bahawa Deepak ialah pengarah (director) Carpet Raya, sebuah syarikat yang dilaporkan berpendapatan RM122 juta. Syarikat tersebut dikatakan mendaftarkan alamatnya di Dataran Palma Ampang, Selangor, sementara pejabatnya beralamat di Mahkota Taman Maluri.
Malah, sari kata yang terpampang dalam klip video ini cuba mengaitkan Deepak dengan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri. Balasubramaniam mendakwa bahawa Deepak datang berjumpa dengannya, selepas dirinya mengumumkan akuan sumpah pertamanya pada 3 Julai 2008.
Menurut Balasubramaniam, Deepak mahu Balasubramaniam menarik balik akuan sumpahnya. Malah, Deepak suruh Balasubramaniam mengikutnya ke Putrajaya, namun tidak menyebut siapa yang mahu Balasubramaniam ke Putrajaya. Seterusnya, Deepak menawarkan RM 5 juta untuk Balasubramaniam supaya menarik balik akuan sumpahnya.
Balasubramaniam ialah penyiasat persendirian yang diupah oleh Abd Razak Baginda, tertuduh yang ketiga dalam kes pembunuhan seorang wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Balasubramaniam telah membuat akuan sumpah pada 1 Julai 2008, mendedahkannya kemudian pada 3 Julai, dengan kandungan yang menggemparkan apabila mengaitkan Timbalan PM ketika itu (PM sekarang), Najib Razak dengan Altantuya.
Walau bagaimanapun, Balasubramaniam membuat akuan bersumpahnya yang kedua pada 4 Julai 2008, secara dramatiknya menarik balik tujuh perkara dalam akuan sumpah pertama yang berhubung kait dengan Najib Razak. Apa yang lebih mengejutkan, Balasubramaniam telah hilang bersama keluarganya selepas itu.
Abdul Razak Baginda yang selama ini dilihat sebagai orang rapat Najib Razak, dituduh bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya. Walau bagaimanapun, beliau dibebaskan setelah didapati tidak bersalah oleh mahkamah pada 31 Oktober 2008.
Najib Razak, Perdana Menteri ke-6 dipertikaikan oleh pembangkang ketika membincangkan kes pembunuhan Altantuya. Walau bagaimanapun, beliau pernah bersumpah dan mendakwa dirinya tidak mengenali Altantuya. Isterinya, Rosmah Mansor, juga berkali-kali menafikan bahawa dirinya terlibat dalam kes ini, malah menganggap tuduhan tersebut berunsur fitnah.
MUDAHKAH UNTUK MENDAPATKAN HAJI YANG MABRUR?
Labbaikallah humma labbaik (aku datang untuk menyahut seruanMu) maka seruan Tuhan tersebut wajib di laksanakan, bukan setakat menyahut seruan Tuhan akan tetapi tidak mengenalnya secara benar-benar mengenali Tuhan, jika tidak mengenalNya maka dosa dan ibadat haji tidak akan di terima sekalipun kita beria-ia memohon ampun daripadaNya
Maksudnya:
(Hadis qudsi riwayat Al-Munziri dari Anas r.a)
Jika kita perhatikan benar-benar akan syarat daripada Allah s.w.t kepada Adam dan juga keturunannya maka kita dapati ada empat syarat asas yang manusia keturunan Adam wajib di fikirkan terutama 'arofani (mengenal Tuhan) Ertinya mana satu rububiyah,uluhiyah, zatNya, sifatNya, asmakNya dan juga af'alNya selain dari bersifat ikhlas kepada Tuhan dan juga rukunnya
Demikian untuk perhatian semua umat islam yang akan dan telah mengerjakan ibadat haji tersebut, cuba kita bayangkan jika kita tidak mengambil peduli dengan empat syarat tersebut dan bandingkanlah dengan maksud talbiyah yang kita laungkan yang mengakui tidak menyekutukan Allah dengan yang lain La syarikalah
Menghayati laungan maksud talbiyah adalah perkara yang paling wajib dalam mengerjakan ibadat haji tanpanya ibadat itu sia-sia dan letih sahaja selain habis perbelanjaan dan janganlah harap untuk mendapatkan mabrur !