"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar Akan Saman Dato' Anifah Aman

 Mohd Khalil Abdullah 
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) -
 Menteri Luar, Dato' Anifah Aman akan menghadapi tindakan saman oleh Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim jika beliau tidak memohon maaf secara terbuka atas tuduhan Anwar menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri apabila beliau berjaya mengambil alih kuasa Kerajaan Malaysia.

Peguam Sangkara Nair dan rakan-rakan yang bertindak bagi pihak Anwar akan mengfailkan saman terhadap keyataan Anifah jika beliau tidak memohon maaf dalam masa 24 jam dari sekarang.

"Klien kami, Anwar menafikan bahawa beliau pernah menawarkan jawatan tersebut kepada Anifah dan menafikan sekeras-kerasnya pertuduhan sedemikian oleh Anifah.

"Pertuduhan demikian langsung tidak berasas, berbaur fitnah dan mahu menjatuhkan imej Anwar di mata dunia,"jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Anifah yang dipetik The Star hari ini berkata, "Dia (Anwar) cuba memujuk ahli-ahli Parlimen dan saya sendiri ditawarkan untuk melompat kepada pembangkang dengan jawatan amat lumayan dan dia juga beritahu seperti (jawatan) Timbalan Perdana Menteri."

Sementara,tajuk berita The Star hari ini berbunyi: "Anwar offered me the DPM�s post, says Anifah."

Dalam pada itu, tajuk berita Mstar Online pula berbunyi, "Anifah: Anwar pernah tawar jawatan TPM bentuk Kerajaan Persekutuan."

Anifah berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan kepada beliau dalam satu sidang akhbar bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, di Washington, Amerika Syarikat semalam.

Menteri Luar itu juga berkata bahawa Anwar tidak menceritakan keadaan sebenar mengenai Malaysia.

"Anda tahu, kami mempunyai kepercayaan teguh terhadap sistem kehakiman kami. Mengenai Anwar Ibrahim, kita amat mengenalinya. Lebih atau kurang, apa yang dia (Anwar) telah nyatakan khususnya di luar negara, banyak perkara yang diperkatakan adalah tidak benar.

"Dia telah berulang kali menyatakan sebelum pilihan raya bahawa dia akan memberikan bukti dan namum sehingga hari ini, dia tidak memberikan apa-apa," katanya ketika menjawab soalan seorang wartawan pada sidang akhbar itu. 

Calon Yang Layak Bertanding Di Muktamar PAS

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Berikut adalah senarai nama-nama calon yang layak bertanding dalam Muktamar PAS akan datang.


PENGERUSI TETAP
1. Abu Kassim Abdullah
2. Hussain Ismail

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1. Hussain Ismail
2. Ishak Surin
3. Misbahul Munir Masduki
4. Nasuruddin Daud
5. Tengku Puji Tengku Abd Hamid
6. Wan Abdul Rahim Abdullah

PRESIDEN
1. Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN
1. Azizan Abdul Razak
2. Haron Din
3. Husam Musa
4. Mohamad Sabu
5. Nasharuddin Mat Isa

NAIB PRESIDEN
1. Ahmad Awang
2. Azizan Abd Razak
3. Mohamad Sabu
4. Harun Taib
5. Hassan Mohd Ali
6. Husam Musa
7. Idris Ahmad
8. Kamaruddin Jaffar
9. Mahfuz Omar
10. Mohd Amar Abdullah
11. Mujahid Yusuf Rawa
12. Nasharuddin Mat Isa
13. Nizar Jamaluddin
14. Salahuddin Ayob
15. Taib Azamuddin Md Taib
16. Tuan Ibrahim Tuan Man

AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Abdul Aziz Yaakob
2. Abdul Ghani Abdul Rahman
3. Abdul Ghani Shamsuddin
4. Abdul Halim Abdul Rahman
5. Abdul Wahab Ismail
6. Abdul Wahid Endut
7. Abdul Rani Osman
8. Abu Bakar Chik
9. Adly Zahari
10. Ahmad Awang
11. Ahmad Rosli Ibrahim
12. Ahmad Yaakob
13. Ahmad Yunus Khairi
14. Aiman Athirah al-Jundi
15. Aminolhuda Hassan
16. Amiruddin Hamzah
17. Anuar Tan Abdullah
18. Asmuni Awi
19. Azizah Khatib Mat
20. Azizan Abdul Razak
21. Azman Shapawi
22. Che Rosli Che Mat
23. Dzulkifli Ahmad
24. Halimah Ali
25. Hamzah Abdullah
26. Hamzah Jaffar
27. Harun Taib
28. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak
29. Hassan Mohd Ali
30. Hashim Jasin
31. Hayati Othman
32. Husam Musa
33. Idris ahmad
34. Iskandar Abdul Samad
35. Kamaruddin Jaffar
36. Khairuddin Abdul Malik
37. Khalid Samad
38. Khalil Idham Lim
39. Lo'Lo' Mohd Ghazali
40. Mahfodz Mohamed
41. Mahfuz Omar
42. Mazlan Aliman
43. Mariam Abdul Rashid
44. Misbahul Munir Masduki
45. Mohamad Sabu
46. Mohamad Noor Mohamad
47. Mohamed Hanipa Maidin
48. Mohd Amar Abdullah
49. Mohd Anuar Tahir
50. Mohd Apandi Mohamed
51. Mohd Hatta Ramli
52. Mohd Nasir Mustapha
53. Mohd Taufek Abdul Ghani
54. Mohd Yusof Husin
55. Mujahid Yusuf Rawa
56. Mumtaz Md Nawi
57. Nasharuddin Mat Isa
58. Nasrudin Hassan Thantawi
59. Nasuruddin Daud
60. Nik Abduh Nik Aziz
61. Nik Mazian Nik Mohamad
62. Nik Mohd Zawawi Salleh
63. Nizar Jamaluddin
64. Norazli Musa
65. Nuridah Mohd Salleh
66. Omar Mohamad
67. Othman Sabran
68. Phahrolrazi Mohd Zawawi
69. Rosli Yaakob
70. Sabki Yusof
71. Salahuddin Ayob
72. Sallehen Mukhyi
73. Shaari Sungib
74. Shafie Abu Bakar
75. Siti Mariah Mahmud
76. Siti Zailah Yusuf
77. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
78. Taib Azamuddin Md Taib
79. Takiyuddin Hassan
80. Tuan Ibrahim Tuan Man
81. Wan Abdul Mutalib Embong
82. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
83. Wan Hasrina Wan Hassan
84. Yusof Embong
85. Zulkefly Mohamad Omar
86. Zulkifli Ahmad

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Ali Maidin
2. Ishak Surin
3. Khalid Samad
4. Khalil Idham Lim
5. Mohd Rashidi Hassan
6. Mohd Taulan Rasul
7. Musanif Abd Rahman
8. Muzammil Hafizd
9. Syed Mohamed Syed Hassan

PENGALAMAN 6 JAM DI PEJABAT MB


YAB Dato'Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sempat duduk dimejanya yang kosong dengan dokumen sambil menulis satu memo. Inilah tempat MB halal yang kembali dirampas oleh MB haram.

Enam jam berada di Pejabat MB semalam sangat-sangat dirasai kehadiran kami oleh beberapa pegawai dan staf pejabat di bangunan SUK yang sempat ditemui, lebih-lebih lagi staf di pejabat MB. Kerinduan kepada MB, EXCO dan pegawai-pegawai MB jelas terbayang.

Pegawai-pegawai MB yang lain, Hj Anuar Hashim (Setiausaha Akhbar), Amran Harun, K.Y. Tiang, Ust. Zulkifli Ibrahim dan Nadarajan hadir sama di pejabat. Hj Wan Junaidi (Bekas Setiausaha Sulit Dato' Seri) juga turut hadir. Jelas terbayang keceriaan mereka.

Setelah berada kira-kira 15 minit di pejabat MB, Dato' Seri terpaksa meninggalkan majlis untuk ke Istana Iskandariyyah bagi menghadiri Majlis Anugerah Pingat dan Bintang bersama Tuanku Raja Muda Perak.

Sepeninggalan beliau, semua EXCO dan pegawai-pegawai MB berada di pejabat MB. pejabat EXCO masih berkunci tak boleh dikunjungi. Beberapa pegawai kanan kerajaan turut berada di pejabat MB, antaranya En. Shamsuzaman Sulaiamn (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, En. Asri Saad (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Sumber Manusia), En. Abdullah Antong (yang digantung sebagai Setiausaha DUN oleh Speaker) juga hadir sama.

Tidak ada kerja-kerja pentadbiran yang kami buat, kami sekadar melihat-lihat dan bertanya khabar. Ramai juga yang datang mengucapkan tahniah, mereka terharu sehingga ada yang menitis air mata menyambut ketibaan kami. Mereka sangat merindui Dato' Seri untuk mengimami Solat Zohor berjamaah dan tazkirah. Saya juga diberitahu, kehadiran solat berjamaah di surau SUK sangat berkurangan berbanding dulu.

Saya juga sempat berbual dengan beberapa orang, mereka bercerita ketika berita di TV3 mengumumkan kemenangan Hj Nizar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, ramai pelanggan yang sedang makan tengahari sambil menonton berita di kantin pejabat bersorak menyambut gembira.

Saya sempat berbincang dengan beberapa pegawai dari pejabat SUK untuk melaksanakan beberapa arahan dari YAB MB. Jelas mereka tidak keberatan melaksanakannya malahan memberi kerjasama yang cukup baik.

Menjelang Zohor, kami mendapat mesej dan maklumat dari Kuala Lumpur oleh peguam Hj Nizar bahawa permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi diterima oleh Mahkamah Rayuan. Mendengar keputusan tersebut, pejabat MB menjadi sunyi dan hening buat seketika. Ketika itulah Dato' Seri tiba dari Istana.

Kami Solat Zohor berjamaah di surau dengan diimami oleh Dato' Seri Hj Nizar. Selepas solat, kami kembali ke pejabat untuk berbincang mengenai keputusan Mahkamah Rayuan tadi. Setelah berbincang, semuanya sepakat bersetuju untuk keluar pejabat sebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan.

Lebih kurang jam 2.30 petang, MB, EXCO dan seluruh pegawai-pegawainya meninggalkan pejabat dengan penuh hormat dan tenang. Kami bersalam-salaman semula dengan staf dan pegawai keselamatan. Polis masih ramai di sekitar Banguanan SUK. Kami mimum petang di Kedai Kopi berhampiran pejabat SUK, MB dikerumuni oleh para wartawan dan sidang akhbar terus diadakan di pejabat DAP yang berada di atas kedai kopi tersebut.

http://misabah.blogspot.com

"TAKDO KOJO CARI KOJO, ADO KOJO TERCONGANG-CONGANG'

"Tak do kojo cari kojo, ado kojo tercongang-congang", itulah kiasan bahasa popular orang-orang tua di NS, negeri Rais Yatim. Sudah tentu Rais Yatim faham maksud kiasan bahasa tersebut kerana Rais bukan calang-calang orang dari segi bahasa dan adat Melayu di NS ini. Kiasan tersebut memberi maksud lebih kurang begini, "Tak ada kerja cari kerja, ada kerja tercengang-cengang" maknanya bila tak ada kerja kita sibuk nak cari kerja, bila dah dapat kerja tak tau pula nak buat apa-apa.


Kiasan tersebut amat sesuai buat Najib dan Umno di Perak. Negeri Perak semasa di bawah YAB Ir Nizar berada dalam keadaan stabil dan harmoni, tiba-tiba Najib dan Umno/Bn Perak merancang sesuatu `pekerjaan' yang pada mereka mungkin dapat lebih meng`aman' dan menstabilkan negeri tersebut daripada apa yang ada ketika itu. Maka, terciptalah spesis-spesis katak yang boleh membantu kerja-kerja `mulia' mereka ini. Ditakdirkan maka mereka berjaya dalam usaha mereka yang `terpuji' ini. Setelah mereka mendapat hasil dari `kerja' yang mereka lakukan, kini rakyat di Perak dapat melihat apakah kesannya. Bertambah baik atau bertambah buruk keadaan di Perak, biarlah rakyat Perak menilai sendiri.

`Ado kojo tercongang-congang'. Itulah kiasannya keadaan di Perak waktu ini. Mereka kini sudah hilang punca dan tidak tahu hendak berbuat apa-apa lagi. Kerajaan negeri terumbang ambing sehinggakan di dalam berita di NT7 semalam Pembaca Berita menyebut MB Perak sebagai MB Pakatan dan MB Bn apabila merujuk kepada nama YAB Ir Nizar dan Zambry. Amat melucukan apabila Zambry mengatakan krisis di Perak sekarang tidak akan menjejaskan ekonomi dan pelaburan asing di Perak. Beliau juga menjemput pelabur datang ke Perak ketika saat kerusi yang beliau duduki sekarang `bergoyang-goyang' dan senget sebelah. Jika kita suami isteri sedang bergaduh besar atau bermasam muka di rumah, apakah ketika itu kita tergamak menjemput tetamu atau kawan-kawan datang ke rumah kita? Jika kita tidak jemput sekalipun, tetamu yang hendak berkunjung ke rumah kita apabila mendengar suara kita bergaduh sampai pecah pinggan mangkuk, apakah tetamu sanggup memberi salam untuk masuk ke rumah kita? Kalau saya tetamu itu, pasti saya akan lari kecuali tetamu itu kurang waras atau gila sahaja.

Saya melihat kenyataan TPM YAB Muhyiddin Yasin lebih bijak dan cerdik dari kenyataan PM sendiri. TPM meletakkan formula bahawa rakyat yang perlu diutamakan di dalam menangani krisis politik di Perak sekarang. Apabila ianya merujuk kepada rakyat, apakah bukan bermaksud rakyat diberi pilihan untuk memilih pemimpin mereka? Oleh yang demikian, wajarlah pandangan YAB Muhyiddin Yasin ini diterima apatah lagi Parti Gerakan di P.Pinang juga dikatakan bersetuju untuk dibubarkan Dun di Perak. Suhakam sendiri yang diketuai oleh bekas Peguam Negara juga mencadangkan agar Dun Perak dibubarkan. Sukar sangatkah untuk membubarkan Dun Perak? Memang kuasa pembubaran Dun di bawah DYMM Tuanku Sultan Perak, tetapi mengapa tiada pemimpin yang mengaku beliau seperti `Gandhi' ini berani mencadangkan ke Bawah DYMM Sultan?

Krisis memalukan di Perak ini mahu tidak mahu terpaksa Umno/Bn selesaikan sebelum PRK Dun Penanti nanti. Jika tidak, rakyat di P.Pinang khususnya di Dun Penanti akan mengajar Umno/Bn bagaimana caranya untuk memilih pemimpin. Samada rakyat di Perak masih mahukan PR sebagai kerajaan mereka atau pun mahukan Umno/Bn sebagai pilihan baru mereka, kita serahkan kepada rakyat di negeri tersebut. Jika merasakan kerajaan sudah tidak mempunyai ongkos lagi untuk menampung pilihanraya negeri ini, alternatif lain boleh dibuat iaitu dengan 3 orang Adun yang melompat itu meletakkan jawatan mereka. Masalahnya, mahukah 3 orang Adun tersebut meletakkan jawatan masing-masing kerana undang-undang melarang Adun yang meletakkan jawatan bertanding semula sertamerta. Itulah dia, "
Takdo kojo cari kojo'.


WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

PESANAN MUFTI PERAK ? BETUL KE?


Mereka tidak merampas kuasa, cuma mereka ( UMNO ) bagi tahu kepada Tuanku Sultan sekarang BN telah mendapat majoriti ahli dewan kerana 3 adun dari PKR dan DAP telah keluar parti dan menjadi adun bebas dan seorang adun kembali kepada UMNO ! 

Terimalah hakikat itu, tetapi PAS dan DAP tidak boleh terima hakikat, sekarang BN ada 31 ahli dewan. 

Kalau kita mengasihi orang kafir itu adalah itu haram, kita boleh berbaik dengan orang kafir tapi tidak boleh berkasih sayang dengan orang kafir ! 

Kenapa PAS lebih menyayangi orang kafir daripada sayang orang Islam sendiri ? 

Orang Islam PAS sanggup maki hamun, orang kafir kita berpeluk-peluk pula, macam kes Elizabeth Wong memang jelas dia buat maksiat, kenapa ada muslimat PAS dan PKR peluk sampai menangis dan macamana NIk Aziz boleh sokong Elizabeth dalam isu ini sedangkan kita dan Nik Aziz tahu yang DAP tidak akan sokong ISLAM ! 

Tengok Karpal Singh kata apa, langkah mayat saya dulu kalau PAS nak tubuh negara ISLAM ! 

Ketahui lebih lanjut wawancara Dato Seri Harussani Zakaria, Mufti Besar negeri Perak dalam majalah Milenia Muslim keluaran bulan Mei.

SUMBER : http://dr1221.blogspot.com/2009/05/peringatan-dari-mufti-besar-perak_15.html
Dipetik dari Blog Pemuda Umno Pasir Puteh.

Komen Saya-

Betulkah di dalam menentukan siapa yang mendapat majoriti kepercayaan di dalam Dun Perak memadai dengan memberitahu DYMM Sultan Perak sahaja? Apa guna adanya Dun? Mengapa jika benar ikhlas, usul undi tidak percaya kepada YAB Ir Nizar selaku MB Perak tidak dibawa ke Dun? Mengapa diselesaikan di dalam Istana sahaja? Seharusnya MB Perak ketika itu dan seluruh ahli dewan ketika itu dapat melihat dengan nyata sekali bahawa MB Perak ketika itu sememangnya telah hilang kepercayaan. Kemudian barulah keputusan Dun dibawa ke Istana. Sebab itulah Tun Mahathir kata, tindakan Umno/Bn di Perak amat gopoh sehingga kini memakan diri.

Saya tidak jelas dan keliru dengan maksud," kita haram berkasih sayang dengan orang kafir tetapi boleh berbaik-baik sahaja". Benarkah itu pendapat Mufti Perak atau pun pendapat yang empunya blog sahaja?

Kes Elizbebeth Wong amat jelas. Beliau bukan Islam dan tidak terikat dengan hukum Islam. Maksiat? Saya tidak tahu adakah seseorang yang tidor `berbogel atau separuh bogel' di rumahnya sendiri dikira satu perbuatan maksiat apatah lagi bagi bukan Islam. Atau adakah bukti dan saksi bahawa terdapatnya perbuatan yang sumbang di antara YB Eli dengan sesiapa ? Sehingga kini Polis sendiri tidak selesai dalam siasatan mereka. Bahkan, jika seseorang Islam sendiri pun tidak boleh kita tuduh mereka berzina melainkan cukup saksi-saksinya. Jika ditakrif `maksiat' dari segi syariat Islam, orang perempuan yang membuka aurat mereka juga dikira melakukan maksiat juga. Tentu Rosmah Mansor dan Shahrizat Jalil bersetuju dengan pendapat saya ini. Kes YB Eli ini di mana letaknya `maksiat' itu dan takrif apa yang mereka gunakan? 

Mengapa Tuan Guru Nik Aziz berbaik dengan DAP ? Ini adalah DAP tidak pernah menentang PAS secara fizikal atau menghina Islam. Umno bagaimana ? Siapakah orangnya yang sering menghina hukum hudud? Ustaz dan ustazah Umno ada yang pernah menyindir hukum hudud sedangkan mereka Islam. Apa yang PAS boleh harapkan daripada DAP yang boleh dikatakan diterajui oleh mereka yang bukan Islam? Tetapi sekurang-kurangnya ahli DAP sekarang menyokong PAS walaupun mereka ketahui PAS berhasrat untuk melaksanakan Islam. Ahli Umno sokong PAS ke? Jika Karpal Singh berkata, langkah mayat dia dulu jika PAS mahu laksanakan Islam, apakah pemimpin dan ahli PAS terasa? Sudah tentu tidak kerana Karpal Singh bukan Islam dan kita anggap beliau jahil tentang hukum Islam. PAS amat terasa bila ustazah Umno berkata, seorang ibu boleh melacur jika `dharurat' untuk mencari duit bagi menanggung keluarga. Ustazah ini juga pernah mempermainkan hukum hudud apabila berkata jika pencuri asyik dipotong tangan dan kaki atas kesalahan mencuri, akhirnya mulut dan hidung juga akan dipotong jika masih mencuri. Ustazah ini mencadangkan agar sipencuri diberi kerja bukan dihukum secara sedemikian. Seorang pemimpin agung Umno pernah berkata, negara akan mundur jika rakyat mereka kudung tangan akibat hukuman hudud.

Sebenarnya pada saya, Umno terlalu susah hati apabila masyarakat bukan Islam kini mula menyokong PAS. Walaupun DAP menentang hukum hudud, mereka benci tetapi mereka juga rindu kepada keadilan Islam. Itu yang buat Umno/Bn sakit hati.

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

Gambar Najib Ada Tandok


   

Sebuah kedai buku terkenal di Kuala Lumpur di dakwa mempersendakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dengan melekatkan tanduk kertas di songkok dan memutihkan warna pada muka hadapan wajah beliau di buku "Najib Razak: Pendakian Ke Puncak Kuasa" karya Chamil Wariya. 

Walaupun perbuatan ini dianggap tidak menghormati pemimpin negara ia juga boleh ditafsirkan sebagai kemarahan rakyat terhadap beliau.

Ini berikutan krisis politik Perak yang berlanjutan sejak tiga bulan lalu dan Najib didakwa bertanggungjawab mencetuskan kemelut tersebut.

Tidak diketahui sama ada buku tersebut telah dialihkan oleh pihak pengurusan kedai buku itu atau ianya masih berada di rak buku untuk tontonan pelanggan.

Buku itu terletak di antara beberapa buah buku mengenai Najib tetapi hanya buku tersebut yang dicemarkan.

-TVAntara.com.my-

Kes Nizar Dan Zambry Pada Hari Yang Sama 21 Mei

Dalam perkembangan yang agak mengejutkan Mahkamah Rayuan membuat keputusan untuk mendengar permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan permohonan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengenepikan perintah penangguhan oleh Mahkamah Rayuan pada hari yang sama.

Mahkamah akan mendengar kedua-dua kes yang difailkan itu pada Khamis, 21 Mei.

Permohonan Datuk Seri sepatutnya di dengar oleh Mahkamah Rayuan pada hari Isnin depan.

Pertukaran tarikh dan keputusan mahkamah itu mungkin disebabkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Penanti yang akan diadakan pada hari Sabtu, 23 Mei.

Menteri Besar Perak juga telah memohon supaya kes beliau didengar oleh panel tiga hakim tetapi sehingga kini belum ada keputus
an dibuat. 
-TVAntara.com.my-

Polis Bertindak Melampaui Bidang Kuasa

Salah seorang daripada dua yang ditahan polis berhubung penayangan CD kekecohan Dewan Undangan Negeri Perak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Manjung pagi tadi untuk di dakwa.

Prem Sumarthry di bawa ke mahkamah pada pukul 9.00 pagi tetapi  dakwaan terhadap beliau tidak dapat diteruskan setelah pihak polis gagal hadir di mahkamah.

Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham yang bertindak sebagai peguam Prem berkata perbuatan polis tersebut amat dikesali dam mencerminkan ketidakcekapan polis menjalankan tugas.

"Pihak polis minta tertuduh datang ke mahkamah dan kalau tidak mereka akan keluarkan waran tangkap tetapi mereka sendiri gagal hadir ke mahkamah. Ini menunjukkan mereka seolah-olah mempermainkan hak tertuduh untuk mendapatkan keadilan," Ngeh berkata ketika dihubungi TV Antara.

Prem bersama seorang lagi berbangsa Cina ditangkap  10 Mei lalu kerana dipercayai menjadi pemilik kepada sistem pembesar suara semasa penayangan CD peristiwa sidang DUN 7 Mei lalu pada majlis makan malam anjuran DAP di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nam Hwa di Kampung Koh, Setiawan.

Kedua-dua mereka kemudiannya di bawa ke Balai Polis Setiawan.

Ngeh dalam laporan polisnya bertarikh 9 Mei berkata syarat Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd Jamil Osman yang melarang majlis makan tersebut membuat sebarang tayangan berkaitan insiden kekecohan sidang DUN 7 Mei adalah tidak munasabah malah bertentangan dengan hak kebebasan rakyat yang dijamin dalam perlembagaan.

"Polis sebenarnya telah melanggar undang-undang apabila mereka menyerbu dan merampas alat-alat audio visual kerana tidak ada dalam mana-mana undang yang menyatakan kita tidak boleh menayangkan video mengenai sidang DUN Perak.

"Polis sepatutnya menyoalsiasat saya atau DAP Lumut kerana kitalah pihak yang menganjurkan majlis tersebut bukannya pemuda India tersebut kerana beliau hanya pengendali alat tayang pada majlis iu sahaja," jelas Ngeh yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak.

Dalam laporan beliau Ngeh juga berkata berpuluh-puluh anggota polis yang diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, DSP Shaharuddin Abdullah telah menyerbu masuk ke dalam dewan majlis makan yang mengarahkan supaya majlis bersurai.

Beliau menegaskan dalam laporannya perbuatan polis menceroboh dan membuat kekecohan pada majlis jamuan makan itu merupakan satu kesalahan dan salahguna kuasa pihak polis.

Polis turut merampas 3 projektor LCD, 1 pemain cakera DVD dan 2 skrin bersama kaki skrin selepas baru 3 minit tayangan berlangsung.Ngeh berkata beliau mahu ACP Mohd Jamil dan DSP Shaharuddin di dakwa kerana melanggar undang-undang dan bertindak di luar bidang kuasa mereka.
TVAntara.com.my-

KEMPEN SUARA HATI RAKYAT PERAK DILANCARKAN

Kempen bubarkan DUN Perak diteruskan dengan lebih pro aktif lagi melalui Kempen Suara Hati Rakyat Perak. Program tersebut telahpun dilancarkan petang tadi di Pusat Khidmat DUN Hulu Kinta, Tg. Rambutan. Hujan lebat yang turun petang tadi tidak menghalang orang ramai menghadirinya.

Program tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat. Ketiga-tiga Ketua Wanita DAP, PKR dan Ketua Muslimat Pusat turun bagi melancarkan program tersebut. Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat akan jelajah seluruh negeri bagi mengutip sejuta tandatangan rakyat dalam tempoh seminggu.

Wakil-wakil Ketua-ketua Kampung Pakatan Rakyat Perak telah hadir dan menerima poskad serta borang list tandatangan rakyat, mereka akan berperanan mendapatkan tandatangan rakyat di kampung masing-masing bagi menyokong pembubaran DUN. Kesemua tandatangan rakyat akan dipersembahkan nanti kepada Tuanku Sultan Perak bagi memohon perkenan pembubaran DUN.

Politik Wang Tidak Wujud Dalam PAS - Mutafa Ali

Irwan Muhammad Zain  

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Mustafa Ali menafikan berlakunya politik wang dalam pemilihan pimpinan PAS Jun nanti. 

Mustafa menegaskan tidak ada sebarang aduan mengenai politik wang diterima.

Isu politik wang, tegas beliau, ditimbulkan hanya bertujuan untuk memecahbelahkan parti.

"Perkara mengenai politik wang ini tidak berbangkit menjelang pemilihan dalam Muktamar PAS Jun nanti.

"Aduan mengenai politik wang juga tidak diterima jadi ia jelas hanya mainan media untuk memecahbelahkan parti," tegas Mustafa.

Mustafa juga meminta ahli-ahli PAS agar tidak terpengaruh dengan mainan media arus perdana yang berniat jahat itu.

Justeru itu, beliau mendesak agar semua pihak berhenti membangkitkan isu politik wang dan tidak membuat kenyataan berdasarkan andaian sahaja.

Isu politik wang menjelang pemilihan pucuk pimpinan PAS menjadi perbualan bila media arus perdana cuba memberikan gambaran PAS turut dijangkiti kegiatan rendah moral itu sama seperti apa yang berlaku dalam Umno. 

Pesan Guruku," Usah Gila Pangkat, Kuasa Dan Kedudukan"

 Oleh : LanH  

Dalam tersenggok-senggok ketika khutbah Jumaat hari ini (15 Mei), terdengar juga aku apa diutarakan khatib kewajipan menimba ilmu dan sambutan Hari Guru 16 Mei ini. Kalau tidak diingatkan tok khatib, aku pun tidak teringat Sabtu ini (16 Mei) adalah Hari Guru.

Orang rumahku seorang guru, jadi aku pun menelefonnya. Sahlah Sabtu ini adalah Hari Guru. Tetapi disebabkan Hari Guru jatuh pada Sabtu, kata isteriku, sambutannya akan diadakan pada Isnin, 18 Mei. Kepada isteriku dan semua guru diucapkan 'Selamat Hari Guru'.

Sebelum isteriku meletakkan telefonnya, sempat aku bertanya, tema sambutan tahun ini. Katanya, 'Guru Pembina Negara Bangsa'.

Khas untuk semua guru dan anak murid mereka, aku sertakan sajak 'Guru Oh Guru' nukilan SN Usman Awang (kini allahyarham, semoga Allah SWT memberkatinya).

Berburu ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Sempena Hari Guru ini aku teringat pesanan salah seorang guruku yang sudah pun meninggal dunia. Katanya, dalam dunia ini janganlah tergila-gila mencari pangkat, kuasa, harta, kedudukan dan apa saja berkaitan kehebatan dunia.

Ini kerana jika kita ada 'benda-benda' ini, orang lain menunggu masa saja untuk mengambil atau merampas daripada kita. Sebagai contoh, jika kamu ada pangkat, ada orang mahukan pangkat kamu itu. Jika kamu ada kuasa, orang lain menunggu masa saja untuk mendapatkan kuasa kamu itu. Mungkin mereka akan terkata-kata, "bila dia nak pencen atau...supaya aku mengambil tempatnya."

Kemudian jika kamu berharta, orang lain pun mahukan harta kamu itu. Kamu berusaha keras (sehingga tidak memikirkan halal haram), tetapi akhirnya semuanya akan ditinggalkan. Jadi untuk apa kamu berusaha 'bagai nak gila' mendapatkan 'benda-benda' yang sentiasa dicemburui orang lain itu. Pencopet, perompak, penyamun, perasuah, pembohong; semuanya berusaha untuk mendapatkan harta kamu.

Katanya, carilah 'benda-benda' yang orang lain tidak boleh rampas daripada kamu. Carilah status 'hamba Allah' sebenar yang tidak mungkin orang lain merampasnya. Sebagai contoh siapa boleh rampas hubungan erat kamu dengan Allah yang boleh diperolehi dengan mengikut jalan ditunjukinya. Siapa boleh rampas solat kamu yang khusyuk, siapa boleh rampas zikir kamu atau ketenangan hati yang kamu miliki?

Pertingkatkanlah ilmu kerana tiada orang yang boleh merampasnya daripada kamu. Malah kalau kamu berkongsi (mengajar) ilmu, ia akan bertambah. Apabila ilmu dikeluarkan, ia akan menjadi semakin banyak, tidak seperti harta jika kamu keluarkan ia akan semakin habis.

Sayidina Ali k.w. yang disifatkan sebagai kunci ilmu kepada gedung ilmu (Rasulullah s.a.w.) mengingatkan, ilmu dapat menjaga kamu sedangkan kalau kamu ada harta, kamu yang akan menjadi hamba menjaganya.

Perkembangan semasa mengingatkan aku akan pesanan guruku itu. Hebat pesanannya kerana sekarang aku dapat saksikan perkara itu. Orang kini tanpa segan silu berebut-rebut mendapat kuasa, pangkat, kedudukan dan harta.

Mereka merebutkan kerusi Perdana Menteri, Menteri Besar, Speaker dan seterusnya. Aku menggeleng kepala melihat bagaimana seorang Speaker yang enggan meninggalkan kerusinya, diangkat bersama-sama kerusinya ke luar dewan Dun dan kemudian khabarnya dimasukkan ke dalam sebuah setor.

Benarlah pesanan guruku itu, janganlah kamu mengejar pangkat, kuasa dan harta; semua orang gila kepadanya. Sebaliknya sibukkanlah diri kamu mendapatkan pangkat di sisi-Nya dan itu tidak dapat dilakukan jika tidak berilmu. Jadi teruslah mencari ilmu. Hidup kamu akan lebih tenang kerana tiada siapa boleh merampasnya daripada kamu.

Kesimpulannya, sempena Hari Guru ini, dinasihatkan pada semua termasuk diri sendiri, carilah ilmu dan perkayakan diri dengannya kerana ia tidak boleh dicuri atau dirompak! Dengan memilikinya, insya-Allah kita akan selamat dunia akhirat.

http://Lanh14.blogspot.com/

Hakim Naungan VK Lingam Kini Di Mahkamah Rayuan

KUALA LUMPUR, 15 Mei : - Hakim Dato' Ramly Mohd Ali yang membenarkan permohonan rayuan Dato' Zambry Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung status Menteri Besar Perak, pernah disebut dalam rakaman video Hakim VK Lingam yang mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu.

Demikian pendedahan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham tentang Hakim Mahkamah Rayuan itu yang dilantik 15 April lalu iaitu 27 hari sebelum Zambry merayu kes itu di mahkamah.

Mengikut perbualan itu kata Badrul, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim. 

"Mereka adalah Dato' Heliliah Mohd Yusof, Dato' Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002," katanya dalam blog peribadi beliau.

Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini, katanya.

Beliau membangkitkan persoalan betapa mudahnya Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambry sedangkan Nizar terpaksa menunggu lima hari untuk berhadapan dengan tiga panel hakim.

"Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari tiga orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama.

"Kes ini melibatkan pemerintahan sebuah negeri yang mempunyai 1.5 juta jiwa. Ianya adalah kes yang bersangkutan dengan kepentingan awam yang amat besar.

"Malangnya, kes rayuan Zambry ini telah di dengari oleh hakim yang paling "junior" serta hakim yang sama terpalit dalam skandal VK Linggam," katanya. 
-Harakahdaily-

Meningitis: Satu maut di Seremban

Kementerian Kesihatan mengesahkan satu kematian pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jempol, Negeri Sembilan, di hospital Seremban semalam akibat meningitis.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata hasil bedah siasat didapati mangsa mengidap 
acute pericarditis dan kementerian masih menyiasat punca sebenar kejadian ini.

"Buat masa ini, terdapat dua kes yang dirawat di wad pengasingan, Hospital Jempol. Keadaan mereka adalah stabil.

"Sebanyak 29 orang pelatih berada di dalam pemerhatian," katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor 
Bernama.

Beliau berkata aktiviti pemantauan ke atas pelatih dan kakitangan di Pulapol itu terus dijalankan oleh petugas kesihatan selama 24 jam dan sesiapa yang mempunyai gejala jangkitan akan dirujuk terus ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut.

Mohd Ismail berkata, sehingga kini, sebanyak 166 orang yang berhubung dengan kes dikenal pasti dan diberi antibiotik profilaksis.

Mengenai situasi semasa wabak disyaki meningitis di Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, beliau berkata sebanyak 32 kes masih lagi dirawat di wad pengasingan Hospital Melaka.

Beliau berkata daripada 42 kes yang dirawat semalam, 10 daripada mereka telah dibenarkan pulang dan tiada kes baru dimasukkan ke hospital.

Pagi semalam, 
Bernama melaporkan, orang ramai yang berada di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban heboh apabila mendapat tahu seorang anggota polis dari negeri ini baru meninggal dunia akibat jangkitan wabak tersebut.

Kekecohan itu dilaporkan berlaku selepas mereka melihat kakitangan hospital itu menggunakan penutup muka dan sarung tangan semasa menguruskan jenazah seorang anggota polis yang berasal dari Sabah yang meninggal di hospital itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Dr Zainal Ariffin Omar  semalam berkata jenazah anggota polis terbabit dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
-malaysiakini-

Selsema Babi : Penumpang MH 091 digesa hubungi kementerian

Untuk mencegah penularan wabak influenza A(H1N1), Kementerian Kesihatan menggesa semua penumpang dan anak kapal penerbangan MH 091 dari Newark, Amerika Syarikat menghubunginya segera.

Penerbangan tersebut - membawa seorang pelajar Malaysia yang disahkan dijangkiti wabak tersebut hari ini - tiba di lapangan terbang KLIA pada 7.15 pagi kelmarin.

Semua penumpang dan anak kapal pesawat tersebut dikehendaki  menghubungi talian 
03-8881 0200 atau 03-8881 0300 untuk tindakan susulan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam satu kenyataan.

Pelajar 21 tahun itu, yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.

bn penang koh tsu koon liow tiong lai 100808 03Mengesahkan kes pertama itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kakitangan kesihatan sedang berusaha mengesan semua penumpang dalam penerbangan MH 091 dari Newark dan mereka yang berhubungan dengan pelajar itu sejak kepulangannya.

"(Tindakan) ini amat penting dan semua perlu beri kerjasama untuk mencegah penularan wabak penyakit ini di negara ini," katanya dari London, lapor 
Bernama.

Liow, dalam perjalanan ke Geneva, Switzerland untuk menghadiri Perhimpunan Agung WHO dan sedang transit di London.

Dalam kenyataan yang sama, Dr Mohd Ismail menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang dengan situasi influenza A(H1N1) - juga dikenali selesema babi - di negara ini. 

"Kementerian dengan kerjasama semua agensi terlibat sentiasa meningkatkan pemantauan situasi influenza A(H1N1) dalam memastikan tindakan proaktif diambil bagi melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pemangku Menteri Kesihatan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata kementerian mengkuarantin rumah  kesemua lima anggota keluarga pesakit itu walaupun tiada antara 
mereka yang menunjukkan sebarang simptom setakat ini, lapor
Bernama.

Tambahnya, mereka yang mempunyai hubungan langsung dengan pesakit itu termasuk kakitangan hospital yang memeriksanya turut diletakkan bawah pemerhatian.

Kementerian dengan kerjasama Penerbangan Malaysia (MAS) juga
sedang menghubungi 192 penumpang dan tujuh krew dalam penerbangan tersebut untuk diperiksa.

Tambahnya, tetapi tidak semua penumpang terbabit berada di negara ini memandangkan ia merupakan penerbangan transit.

Kong, menteri perumahan dan kerajaan tempatan, memangku
jawatan tersebut sementara Liow ke Geneva, Switzerland.

Ditanya mengapa virus itu tidak dapat dikesan ketika pemeriksaan dibuat di lapangan terbang sebaliknya hanya dapat dikesan selepas dua hari apabila pelajar itu dimasukkan ke hospital, Kong berkata virus itu tidak menyebabkan demam serta-merta.
-malaysiakini-

Hishammudin Dan Musa Hassan Perlu Letak Jawatan - Majlis Peguam

Majlis Peguam menuntut peletakan jawatan ketua polis negara dan menteri dalam negeri, ekoran penahanan lima rakan peguam mereka pada 7 Mei lalu.

bar council meeting 150509Kelima mereka ditahan kerana didakwa menyertai perhimpunan haram sewaktu mahu memberi khidmat guaman kepada sekumpulan individu yang ditahan kerana menyertai acara nyalaan lilin bagi menyokong aktivis Bersih, Woang Chin Huat, yang ditahan di bawah Akta Hasutan.

Kesemua mereka dibebaskan selepas ditahan semalaman dalam lokap polis - satu tindakan yang telah mencetus kemarahan masyarakat peguam.

Kira-kira 200 peguam mengadakan bantahan di kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada hari berikutnya terhadap "penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis".

Dan untuk menyatakan kemarahan mereka, para peguam mengadakan mesyuarat agung luar biasa (AGM) hari ini berhubung perkara tersebut.

Ia dihadiri lebih 1,400 peguam. Selain mendesak Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein meletak jawatan, para peguam tersebut juga bersetuju untuk memfailkan saman berhubung penahanan lima peguam berkenaan.

Saman tersebut akan difailkan terhadap Musa di balai polis Brickfields, pegawai penyiasat dan pihak kerajaan.

Mereka juga akan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak; Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis.

bar council lawyers protest at jalan duta court detained 5 lawyer at brickfields police station 080509 03Lima peguam yang ditahan itu ialah Fadiah Nadwa Fikri, Syuhaini Safwan, Puspawati Rosman, Ravinder Singh dan Murnie Hidayah Anuar (foto).

Mereka bagaimanapun dibebaskan pada 8 Mei bersama dengan Wong dan yang lainnya di balai polis Brickfields.
-malaysiakini-

HJ NIZAR TIDAK GILA KUASA

Hj Nizar menuntut haknya di mahkamah bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk kepentingan dan kebaikan rakyat Perak. Beliau bukan kemaruk atau gila kuasa nak jadi MB. Beliau boleh berbuat demikian sewaktu UMNO menawarkan untuk tubuh kerajaan campuran dengan PAS. UMNO menawarkan Hj Nizar sebagai MB dan kesemua ADUN PAS sebagai EXCO. Tawaran ini dikemukakan oleh mereka yang diutus oleh UMNO untuk berunding dengan Pesuruhjaya PAS Perak. Tawaran tersebut ditolak mentah-mentah oleh PAS Perak termasuk Hj Nizar sendiri.

Menuntut haknya sebagai MB yang sah adalah bagi membolehkan DUN dibubarkan. Dengan kuasa sebagai MB, beliau boleh mengadap Tuanku sekali lagi bagi memohon perkenan supaya DUN dibubarkan. Beliau tidak mahu mengkhianati rakyat yang telah memberi mandat kepada PR untuk memerintah negeri Perak.
 

Seluruh rakyat Malaysia tahu sebelum ini Dato' Seri telah menghantar tiga pucuk surat kepada istana untuk mohon mengadap. Surat tersebut tidak mendapat maklum balas dari istana. Ada makluman mengatakan Tuanku hanya menerima mengadap MB yang sah sahaja ketika itu untuk mengadap. Hj Nizar dianggap MB yang tidak sah. Sebab itu, permohonan mengadap tidak diperkenan. Kita menghormati Tuanku dalam hal ini.

Sebaik Mahkamah Tinggi memutuskan Hj Nizar adalah MB yang sah, kenyataan pertama Hj Nizar ialah mohon mengadap Tuanku dan minta perkenan DUN dibubarkan. MB nizar mahu konflik dan kemelut politik segera berakhir.

Berbeza dengan Zambry, beliau memohon Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi bagi membolehkan beliau berkuasa semula sebagai MB yang haram. Sepatutnya, kalaupun Mahkamah Rayuan mahu menerima rayuannya, Zambry hanya boleh masuk pejabat tapi tidak boleh menjalankan tugas untuk membuat keputusan-keputusan kerajaan, tidak boleh memberi arahan, tidak boleh meluluskan , tidak boleh menjalankan mesyuarat EXCO dan tidak boleh mewakili kerajaan dalam program-program rasmi kerajaan. Itu baru adil namanya. Duduk je la dalam bilik untuk terima elaun haram.

Jadi yang gila kuasa dan kemaruk kuasa sebenarnya adalah Zambry dan seluruh EXCO dan ADUN-ADUN BN.

Hj Nizar dalam tuntutannya asalnya juga memohon perintah gantirugi . Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Hj Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi . Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Hj Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.

Hj Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang ( iaitu Hj Nizar ). Jika Hj Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Hj Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Hj Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.

Sekali lagi menunjukkan Hj Nizar menuntut haknya bukan kerana gila kuasa dan bukan juga kepentingan diri sendiri, tetapi kepentingan rakyat.

Bila DUN bubar, pilihanraya akan berlaku. Keputusan pilihanraya tiada siapa yang jangka, semua kemungkinan boleh berlaku. PR boleh jadi menang, boleh jadi juga tidak kalah. BN begitu juga, boleh jadi kalah, boleh jadi juga tidak menang.

Melalui pilihanraya, rakyat dan semua parti politik akan puas hati. Biasanya kempen-kempen pilihanraya, media arus perdana akan berkempen habis-habisan. UMNO BN akan dibantu oleh semua agensi kerajaan, UMNO BN tidak ada masalah dari sudut material. PR hanya menggunakan kudrat parti dan kekuatan ahli semata-mata. Jadi apa UMNO BN bimbang sangat dengan bubar DUN. Kita lawan la. Menang kalah rakyat penentu dan hakim yang paling adil.

Pertarungan Diteruskan : Kini Pusingan Kedua

Krisis politik di Perak kini beralih ke mahkamah berhubung kerusi Speaker di mana Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar memohon dua perintah mahkamah berhubung penggantiannya bagi jawatan tersebut.

Dalam kenyataan tuntutannya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh pada kira-kira jam 11.45 pagi ini, Sivakumar memohon perintah mahkamah terhadap Speaker baru yang dilantik oleh BN, Datuk R Ganesan, daripada mengganggu beliau menjalankan tugas.

sivakumar and ganesan perak state assembly 150509Sivakumar juga memohon gantirugi terhadap tindakan kekerasan terhadapnya sewaktu sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu, di mana beliau diheret keluar dari dewan secara kekerasan oleh anggota polis atas arahan Ganesan.

Sehubungan itu, Sivakumar juga memohon perintah mahkamah terhadap Ganesan untuk menghalangnya daripada terus bertindak secara kekerasan oleh (Ganesan) dan/atau ejen atau pesuruhnya.

Jika kesemua perintah mahkamah itu berjaya diperolehi, maka Pakatan akan dapat menghalang sidang khas yang dijangka dipanggil oleh BN untuk mengemukakan usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah. 

Bagaimanapun, menteri besar BN, Datuk Zambry Abd Kadir kemudiannya berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menangguhkan penghakiman mahkamah tinggi itu.
-malaysiakini-

Kes Selsema Babi Pertama Di Malaysia

Seorang pelajar 21 tahun mangsa pertama disahkan positif dijangkiti wabak influenza A(H1N1) atau selesema babi - kes pertama di Malaysia, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini.

"Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A(H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan hari ini," kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

"Ia merupakan kes yang pertama influenza A(H1N1) dikesan di Malaysia." 

Pelajar itu, yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam
dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.

ismail merican"Beliau telah diberi rawatan antivirus dan berada dalam keadaan stabil," kata Dr Mohd Ismail dalam satu kenyataan di laman web rasmi kementerian berkenaan.

Kementerian telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan perhubungan mangsa dengan orang lain, termasuk ahli keluarganya dan penumpang serta anak kapal penerbangan MH 091 dari Newark, USA yang tiba di lapangan terbang KLIA pada 7.15 pagi kelmarin.

Menurut kenyataan itu lagi, kementerian meminta semua klinik dan hospital swasta agar sentiasa merujuk segera kes-kes mereka yang baru kembali dari negara yang dilanda wabak tersebut dan mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut - batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak - ke 
hospital-hospital rujukan yang telah ditetapkan.

Sehingga jam 12 tengah malam tadi, selain kes di atas, Pusat Tindakan dan Persiapan Krisis (CPRC) kementerian menerima 11 lagi notifikasi kes - enam kes dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Sungai Buloh, dua di hospital Seremban dan masing-masing satu kes di hospital Ipoh, Hospital Pulau Pinang dan hospital Kota Bharu bagi
tujuan siasatan dan pemerhatian. 

Sehingga 8 pagi tadi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan satu lagi negara baru terjejas dengan influenza A (H1N1) iaitu Belgium yang melibatkan satu kes menjadikan
jumlah keseluruhan negara terlibat menjadi 34 buah. 

Kes terkumpul di serata dunia sebanyak 7,457 kes disahkan oleh ujian makmal dengan peningkatan sebanyak 1,378 kes berbanding dengan laporan pada hari sebelumnya, kata kementerian lagi.

Peningkatan ini dilaporkan di enam buah negara iaitu di Amerika Syarikat (946 kes), Mexico (387), Kanada (31), Panama (10), Colombia (3) dan Belgium (1).

Dua lagi kematian dilaporkan di Mexico, menjadikan keseluruhan kematian kepada 65 orang.

WHO masih lagi mengekalkan tahap amaran influenza pandemik di
Fasa 5 sejak 29 April dan tidak menyarankan sebarang tindakan sekatan perjalanan, perdagangan serta penutupan sempadan bagi
perlindungan kesihatan antarabangsa.

Kementerian Kesihatan memanggil satu sidang media khas berhubung perkara ini di Putrajaya jam 3 petang tadi.

Dalam kenyataan yang sama, Dr Mohd Ismail berkata tiada risiko mendapat jangkitan influenza A(H1N1) jika daging atau produk babi disediakan dan dimasak secara betul.

"Kementerian Kesihatan ingin menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang dengan situasi influenza A(H1N1) di negara ini. 

"Kementerian dengan kerjasama semua agensi terlibat sentiasa meningkatkan pemantauan situasi influenza A(H1N1) dalam memastikan tindakan proaktif diambil bagi melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pemangku Menteri Kesihatan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata kementerian mengkuarantin rumah  kesemua lima anggota keluarga pesakit itu walaupun tiada antara 
mereka yang menunjukkan sebarang simptom setakat ini, lapor
Bernama.

Tambahnya, mereka yang mempunyai hubungan langsung dengan pesakit itu termasuk kakitangan hospital yang memeriksanya turut diletakkan bawah pemerhatian.
-malaysiakini-

Kelab Penyokong PAS Sebagai Ahli Tetap Akan Diteruskan

PAS tidak melewat-lewatkan penyertaan bukan Islam sebagai ahli seperti didakwa oleh kelab penyokong parti itu kerana satu jawatankuasa telah ditubuhkan bulan lalu. 

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Mujahid Yusof Rawa memberitahu 
Malaysiakini, jawatankuasa teknikal itu bertujuan mengkaji kemungkinan meminda perlembagaan parti bagi membolehkan kelab tersebut dijadikan satu sayap utama parti bertaraf dewan.

Tambahnya, jawatankuasa tersebut yang diketuai oleh bekas timbalan presiden PAS Hassan Shukri dijangka mengambil masa antara tiga hingga enam bulan sebelum rumusan dibawa kepada jawatankuasa pusat parti. 

nik aziz and hu pang chow 140509Mujahid, yang juga ahli parlimen Parit Buntar, diminta mengulas pengerusi Kelab Penyokong PAS (KPP) Hu Pang Chow yangmenggesa ia disegerakan demi memastikan parti itu terus mendapat sokongan pengundi bukan Melayu, khususnya dalam pilihanraya umum depan.

Jawatankuasa itu disertai kira-kira enam orang pemimpin PAS, termasuk beliau sendiri dan ahli-ahli jawatankuasa pusat parti. 

Diminta mengulas kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang
menangguhkan penyertaan anggota bukan Islam, Mujahid berkata, setakat kefahamannya, mursyidul am PAS tidak bermaksud "untuk KIV" atau diperap tetapi memberikan penjelasan kepada perwakilan-perwakilan di muktamar PAS, awal bulan depan. 

Tambahnya, Nik Aziz mungkin bermaksud penangguhan itu hanya buat seketika, sementara menunggu penjelasan dan reaksi perwakilan di muktamar ke-55 di Shah Alam. 

Mujahid berkata, penaikan taraf kelab tersebut ke peringkat sebuah dewan - seperti Dewan Pemuda atau Dewan Muslimat - memerlukan mesyuarat agung khas yang membolehkan pindaan perlembagaan.

-malaysiakini-

Siaran Langsung Muktamar PAS Ke55

PAS hari ini melancarkan laman web rasmi muktamarnya ke-55 bagi menyiarkan ucapan dasar presiden dan perbahasan perwakilan dengan telus, termasuk untuk rujukan masyarakat antarabangsa.

Laman web itu - di alamat http://muktamar55.pas.org.my/ - telah memuatkan 31 bahan berita dan lima rakaman video sejak beberapa minggu lepas.

Muktamar utama dari 5 hingga 7 Jun ini berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam. 

Sementara tiga dewan utamanya bermesyurat sehari lebih awal di beberapa lokasi, demikian menurut aturcara yang dimuatkan di laman web tersebut. 

Persidangan Dewan Ulama ke-48 diadakan di Muzium Shah Alam, Dewan Muslimat (ke-49 di Majlis Bandaraya Shah Alam) dan Dewan Pemuda (ke-50 di Markaz Tarbiyah PAS, Gombak)

Laman web khas itu dirasmikan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar pagi tadi di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur. 

Menurut media rasmi PAS 
Harakahdaily.net, Kamarudin berkata bahan-bahan yang akan dimutkan antaranya siaran langsung selama empat hari persidangan - bermula dengan muktamar tiga dewan hingga muktamar penuh. 

"Kita akan menyiarkan secara telus dan terbuka maklumat ucapan dasar, ucapan-ucapan perbahasan, maklumat keputusan pemilihan termasuk pemilihan di peringkat kawasan, negeri dan seterusnya yang sedang berlangsung sejak beberapa minggu ini," beliau dipetik berkata. 

"Saya mengharapkan dengan adanya laman ini, semua maklumat mengenai muktamar dapat kita sampaikan kepada seluruh rakyat. 

"Kita bukan macam Umno yang ada televisyen dan media tetapi menyekat maklumat termasuk maklumat perbahasan sidang mereka kepada umum."

Kamarudin berpesan kepada semua perwakilan agar berbahas dengan penuh etika dan beradab, di samping membentangkan isi ucapan dan usul secara matang dan penuh tertib.
-malaysiakini-