"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Arab Saudi, AS bertelagah?

Saudi, AS bertelagah?
Saudi, AS bertelagah? Putera Bandar pernah didakwa sebagai dalang pembekal senjata kimia yang menyebabkan serangan gas beracun di pinggir Damsyik, Ogos lalu.
RIYADH - ARAB SAUDI. Ketua perisikan Arab Saudi kelmarin memaklumkan akan berlaku perubahan besar dalam hubungan negara itu dengan sekutu utamanya, Amerika Syarikat (AS).

Putera Bandar bin Sultan berkata, keputusan itu dibuat sebagai bantahan terhadap kegagalan AS sebagai orang tengah untuk menyelesaikan krisis di Timur Tengah, termasuk proses rundingan damai Israel-Palestin serta konflik di Syria.

Inisiatif Putera Bandar itu dikatakan ada kaitan dengan tindakan Saudi menolak kerusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas negara tersebut mendakwa badan antarabangsa itu tidak mampu menamatkan konflik di Syria kerana bersikap berat sebelah, minggu lalu.

Sementara itu, sumber kerajaan memberitahu mereka akan turut mengkaji semula hubungan dengan AS dan Saudi juga sudah tidak mahu lagi bergantung kepada negara barat tersebut.

Difahamkan daripada laporan Al-Jazeera, hubungan antara kedua-dua negara itu mula terjejas selepas AS mula berbaik-baik dengan Iran selepas hubungan antara kedua-dua negara terbabit dilaporkan dingin sejak 30 tahun lalu.

Gula Murah Di DUN Pelangai Selepas Ini?

Blog wfauzdin.blogspot.com
SAHIH atau tidak, Wallahu Aklam. Ada aku baca berita bahawa MB Pahang, Tok Nan kita kini sedang uzur. Itulah yang aku dengar, dan tentunya atas dasar kemanusiaan kita mesti doakan Tok Nan sihat. Doa kita agar dia sihat bukan untuk dia menyambung hayat bersama rejim yang zalim cuma kita doakan dia sihat agar sempat bersama golongan yang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan bukannya bersekongkol dengan mereka.
Apa yang aku mahu sebut di sini, jika kerajaan rasa perlu mahu jual gula murah sehingga RM1 sekilo seperti di PRK Dun Sg Limau baru-baru ini, kerajaan boleh lakukan sekarang. Kita tidak mahu jika berlaku PRK di mana-mana tempat walaupun di Dun Pelangai kawasan Tok Nan sekalipun, rakyat terus dipermainkan dengan harga gula ini. Sekarang boleh mula jual di Dun Pelangai, jangan tunggu PRK.

Alasan utama kerajaan naikkan harga gula adalah demi kesihatan rakyat kononnya walaupun alasan itu menjadi bahan ketawa pakar-pakar kesihatan malahan menjadi bahan lawak pelajar-pelajar perubatan. Apabila harga gula tiba-tiba turun harga ke paras RM1 sekilo, lebih pelik lagi hanya turun harga di Dun Sg Limau sewaktu kempen PRK berlangsung, maka apa hujahnya pula? Adakah kerajaan mahu rakyat di Dun Sg Limau mengalami kencing manis kesemuanya? Atau, adakah gula yang dijual di situ gula keluaran terbaru yang kurang manis dan tidak menjejaskan kesihatan? Jika begitu, kenapa tiada gula jenis itu dijual di tempat lain?

Apabila ditanya kepada Jamil Khir, menteri agama Umno yang sepatutnya tahu bahawa kuat berbohong itu sifat-sifat orang Munafik, beliau dengan selamba menjawab itu adalah kebetulan tiada kaitan dengan pilihanraya di Dun Sg Limau. Ertinya, kebetulan harga gula murah di Sg Limau sahaja tiada di tempat lain. Maka, itu bukan rasuah lah kononnya. SPR pun angguk bagitahu kita bahawa bukan rasuah jual harga gula murah walaupun hanya di Sg Limau. Siapa tidak kenal SPR?

Jamil Khir kata lagi, bukan pelik harga gula dijual murah kerana sudah kebiasaan ada pasaraya yang kadangkala tawarkan harga barang murah. Lagi buat kita terkentut mendengar hujah Jamil Khir. Kita semua tahu bahawa gula adalah salah satu barangan terkawal yang sudah tentunya harga tidak boleh ditetapkan sesuka hati. Dan, jika benar itu adalah promosi atau tawaran murah dari pasaraya, mengapa tidak dijual di pasaraya agar orang lain boleh membelinya? Mengapa dibawa ke Sg Limau? Selalunya kita yang akan pergi ke pasaraya untuk membeli harga murah yang ditawarkan. Tetapi pelik di Sg Limau, rakyat tidak perlu keluar membeli tetapi gula datang mencurah ke situ.  Bukan rasuah, kata SPR!!

Pelik lagi, tidak pula disebut pasaraya mana yang menawarkan harga gula serendah itu. Cuba masa sekarang kita pergi ke Sg Limau ada tak lagi tawaran harga gula murah? Kirim salam ok. Jelas pada kita Jamil Khir bukan saja sanggup tipu rakyat bahkan secara langsung dia juga turut menipu bapa dan keluarganya sendiri di sana. Kalau sudah bapa sendiri pun sanggup dia tipu sedemikian, siapa kita pada Jamil Khir? Tidak peliklah orang seperti ini sanggup guna duit zakat untuk membayar peguam bagi menghalang kes Qazaf.

Sehubungan itu, sekali lagi kita harapkan agar jualan gula murah seperti di Sg Limau itu dibuat sekarang. Tidak perlu tunggu PRK di Dun Pelangai kerana kita harap Tok Nan sihat.

Macai umno Keliru di Antara Bendera syiah dan Panji Rasullulah

http://pakat-pakatkalih.blogspot.com
Edisi kantoi macai BN yg kosong otaknya..bersangka baik barangkali waktu belajar lari ponteng dalam tandas...bersangka baik barangkali neuro otak tak bersambung..

Aku tak harapkan yg macai umno bn baca ni sebab panjang sgt sbb depa mana baca tapi takpala~ cek tulis jugak utk org yg dahaga ilmu~

1) Bendera (Liwa’) adalah berwarna putih dan tertera di atasnya kalimah ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’ dengan warna hitam. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan, “Bahawa bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam berwarna hitam, sedangkan panji beliau warnanya putih.” Riwayat Ibnu Abbas yang lain menurut Abi Syeikh denganlafadz, “Bahawa pada bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. tertulis kalimat ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’. Semasa perang (jihad), bendera ini akan dipegang oleh amir (panglima/ketua) perang. Ia akan dibawa dan menjadi tanda serta diletakkan di lokasi amir tadi. Dalil yang menunjukkan perkara ini adalah perbuatan (af ’al) Nabi Sallallahu‘alaihi wa Sallam sendiri, di mana baginda (sebagai amir), semasa pembukaan kota Makkah telah membawa dan mengibarkan bendera putih bersamanya. Diriwayatkan dari Jabir, “Bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam memasuki Makkah dengan membawa bendera (liwa’) berwarna putih.” . An-Nasa’i juga meriwayatkan Hadis melalui Anas bahawasemasa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengangkat Usama ibn Zaid sebagai amir (panglima) pasukan ke Rom,baginda menyerahkan bendera (liwa’) kepada Usama ibn Zaid dengan mengikatnya sendiri.

2) Panji (Rayah) adalah berwarna hitam, yang tertulis di atasnya kalimah ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’ dengan warna putih. Hadis riwayat Ibnu Abbas di atas menjelaskan hal ini kepada kita. Semasa jihad, ia dibawa oleh ketua setiap unit (sama ada Division, Batalion, Detachment ataupun lain-lain unit). Dalilnya adalah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi waSallam, semasa menjadi panglima perang di Khaibar, bersabda, “Aku benar-benar akan memberikan panji (rayah) ini kepada orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, serta dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, lalu Rasulullah memberikan panji itu kepada Ali.” Saidina Ali karramallahu wajhah pada masa itu boleh dikatakan bertindak sebagai ketua division ataupun regimen.

Berhati-hati, pesanan TNB taktik penyamun

http://www.queachmad.com
Untuk Ingatan Dan Pengetahuan Semua Agar Berhati-Hati | PESANAN DARIPADA TNB Tentang TAKTIK PENYAMUN TERKINI
by Que Achmad
Untuk Ingatan Dan Pengetahuan Semua Agar Berhati-Hati | PESANAN DARIPADA TNB Tentang TAKTIK PENYAMUN TERKINI | Baru ni di Taman Desa Mewah telah terjadi kes samun di tengah malam iaitu dalam jam 2 pagi ke atas...

PENYAMUN MEMANJAT PAGAR RUMAH MANGSA DAN MENCABUT FIUS TNB BERSEBELAHAN METER TNB... TUJUANNYA UNTUK MEMATIKAN BEKALAN ELEKTRIK DAN MENGUMPAN MANGSA MEMBUKA PINTU RUMAH...

SUDAH PASTI MANGSA AKAN KEKOTAK FIUS UNTUK MEMERIKSA... BUKAN FIUS YG DIDALAM RUMAH TAPI FIUS YG DI TEPI METER TNB....

APABILA MANGSA BUKA PINTU PENYAMUN TERUS MENYERBU... MOHON JIKA ADA TERPUTUS ELEKTRIK MALAM HARI HENDAKLAH BERHATI HATI....

SHARE....

Kalu begitu, kalu rumah tiba2 bergelap mlm2 esp lewat mlm, sila call atau sms/whatsapp jiran2 seblah utk pastikan samada bekalan lektrik kawasan yang terputus atau rumah kita SAHAJA. Kalu masih was2 atau jiran tak dengar fon, terus dail TNB 24 jam kat nmbor 15454.

Begitu juga kalu lampu jalan terpadam, sila catit nombor tiang lampu tersebut & cepat2 call 15454.

Saman isteri kerana lahirkan anak hodoh (ganbar)

Saman isteri kerana lahirkan anak hodoh
Saman isteri kerana lahirkan anak hodoh Ketiga-tiga anak Feng dikatakan mewarisi genetik bekas isterinya.
BEIJING - CHINA . Seorang lelaki di China sanggup menceraikan dan memfailkan saman ke atas isterinya hanya kerana wanita itu melahirkan anak hodoh.

Akhbar tempatan melaporkan, Jian Feng turut mendakwa dia tertipu dengan kecantikan palsu isterinya selepas wanita itu mengaku pernah melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin.

Sebelum rahsia itu terbongkar, Feng telah menuduh wanita yang dikahwini atas dasar cinta itu mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain berikutan wajah anak mereka langsung tidak seirasnya atau isterinya.

Bagaimanapun, bekas isteri Feng menafikan dakwaan tersebut kerana dia percaya anak mereka mewarisi genetiknya.

Susulan daripada itu, mahkamah mengarahkan bekas isterinya membayar ganti rugi sebanyak AS$120,000 (RM370,000) kepada Feng, dipetik dari laporan TVOR.

Subhanallah: Kuasa Allah

Pemindahan kubur untuk Expressway Segamat Tangkak mendapati 3 mayat masih sempurna walaupun sudah berusia 7-11 tahun.... Subhanallah. Allahu Akbar.

Kerja-kerja alih kubur untuk buat hiway di segamat, jenazah Hj Md Raof dan isterinya dah 11 tahun dikebumikan, tapi kain kapan+ jenazah mereka seperti baru je dikebumikan, berbau harum: rupa2nya dia mengajar al-quran.

Subhanallah. Mulianya pasangan ini. Depa gali semalam di Kg Bt Badak, Gemereh, nak buat expressway Segamat Tangkak.

Allahu Akbar. - Berita OMG
Perkuburan yg tlibat dgn expressway Segamat-Tangkak yg telah d gali semula utk pemindahn. Didapati ada 3 jenazah yg masih elok & utuh meskipun tlh berusia 7-11tahun & kain kafan tu berbau wangi. AllahuAkbar
Perkuburan yg tlibat dgn expressway Segamat-Tangkak yg telah d gali semula utk pemindahn. Didapati ada 3 jenazah yg masih elok & utuh meskipun tlh berusia 7-11tahun & kain kafan tu berbau wangi. AllahuAkbar
Perkuburan yg tlibat dgn expressway Segamat-Tangkak yg telah d gali semula utk pemindahn. Didapati ada 3 jenazah yg masih elok & utuh meskipun tlh berusia 7-11tahun & kain kafan tu berbau wangi. AllahuAkbar
-tranungkite-

Hmetro

Segamat: “Ketika hayatnya, arwah bapa saudara tidak pernah meninggalkan solat dan sentiasa berjemaah di surau atau masjid walaupun dalam keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

“Pernah sekali dia diusung ke masjid untuk solat berjemaah walaupun dinasihatkan supaya hanya untuk bersolat di rumah,” kata Azli Lisot, 49.

Azli waris kepada Allahyarham Rahmat Raub, 65, yang jasadnya antara 16 jasad didapati masih berkeadaan sempurna ketika kerja menggali dan memindahkan 150 kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini, dilakukan.

Azli yang berada di tanah perkuburan sejak 6 November lalu untuk melihat proses penggalian dan pengebumian semula dilakukan berkata arwah bapa saudaranya itu meninggal dunia pada 2006 akibat sakit tua.
Foto
PENGGALI kubur menjalankan proses menggali.

“Saya terkejut apabila mendapati jasad arwah masih dalam keadaan baik. Arwah adalah imam surau di kampung ini dan sentiasa berjemaah di surau atau masjid.

Berita ceria kepada pengundi BN PRU13

http://omakkau.blogspot.com/
BERITA YANG MEMBAWA KEGEMBIRAAN DAN KECERIAAN KEPADA PENGUNDI UMNO/BN PRU 13 LALU ... TARIF ELEKTRIK BAKAL NAIK TAHUN DEPAN!!!!
Berita ini sudah pasti yang ditunggu-tunggu oleh semua para pengundi UMNO/BN pada PRU13 lalu.

Akhirnya yang ditunggu-tunggu dan dinanti-nantikan sudah datang dan menjadi kenyataan jua.

Mengikut laporan ... Tarif elektrik bakal dinaikkan tahun depan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan restu dan kebenaran dari Kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak.

Omak Kau pasti agak para penyokong UMNO/BN pasti gembira .. terbayang akan wajah senyuman lebar sampai ke telinga setiap penyokong, pendokong dan ahli UMNO yang memberikan undi kepada UMNO/BN pada PRU13 lalu.

Inilah masanya para pengundi UMNO menerima balasan hasil kerja penat berpeluh-peluh nak memenangkan UMNO/BN tempoh hari.

Masa UMNO/BN membalas budi. ... Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada kesemua pengundi UMNO/BN .. Kerana kamulah rakyat menerima hadiah lumayan ini dari UMNO/BN.

Kalau Pakatan Rakyat menang tempoh hari janji dan manifesto PR ialah mengurangkan tarif elektrik. .. Tapi para pengundi UMNO tidak mau itu semua sebab mungkin tidak ada class bayar elektrik murah .. Lagi mahal lagi bergaya dan menunjukkan negara kita maju.

Fitnah 'mengundi PAS masuk syurga': Pencacai Umno/BN kantoi

SMS 'undi PAS masuk syurga' dari BN?
Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), mendedahkan bahawa sistem pesanan ringkas kononnya 'mengundi PAS masuk syurga' yang disebar menjelang PRU13 pada Mei lalu didakwa dari jentera Umno BN.

Penyelarasnya, Badrul Hisham Shaharin berkata, perkara itu disedari apabila satu lagi mesej sempena sambutan Maal Hijrah baru-baru ini dihantar melalui nombor yang sama yang menyebut ianya dari BN.

Mesej pertama yang diterima Mei lalu, berbunyi, “Ingatlah syurga neraka apabila mengundi. Undi PAS ke syurga, undi Umno ke neraka. PAS parti Allah (hizbullah), Umno parti syaitan”.

Mesej kedua yang diterima sebelum Maal Hijrah pula berbunyi “Salam. Selamat menyambut Maal Hijrah 1435H daripada Barisan Nasional “Bersatu Bersama Bergerak Ke Hadapan”.

“Mesej pertama diterima ketika kempen PRU13 lalu dan saya percaya mereka terlupa atau menyangka tidak ada yang perasan penghantaran mesej kedua sebelum Maal Hijrah, baru-baru ini.

“Bagi telefon bimbit yang menggunakan sistem Android, setiap sms yang diterima akan menyebabkan mesej lama turut dipaparkan jika belum dipadam. Inilah yang dikatakan sepandai-pandai tupai melompat,” kata Badrul Hisham dipetik Selangor Kini.

Taktik menggunakan SMS sebagai senjata perang psikologi menjadi trend sejak akhir-akhir ini khususnya menjelang pilihan raya umum dan juga pilihan raya kecil.

Terbaru, taktik serupa malah lebih licik berlaku pada Pilihan Raya Kecil Sungai Limau baru-baru ini apabila nombor telefon beberapa pemimpin PAS dipintas untuk digunakan menyebar SMS palsu yang bersifat fitnah dan provokasi.

Antara yang menjadi mangsa termasuklah Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar, Adun Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah, Adun Pangkalan Kundur Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan bekas Ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar.

Suami menerima sepuluh jahitan di kepala akibat dibelasah oleh isterinya menggunakan kayu dan batu

Kajang: Sepuluh jahitan di kepala dan lebam di beberapa bahagian badan. Itu akibat terpaksa ditanggung seorang pengawal keselamatan apabila dihentak dengan batu dan dipukul menggunakan kayu oleh isterinya sendiri.

Puncanya, hanya disebabkan lelaki terbabit yang berusia 29 tahun terlupa membeli makanan untuk juadah sarapan sebagaimana disuruh isterinya itu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi Selasa lalu di lokasi mangsa bertugas iaitu di pondok kawalan sebuah taman perumahan di Bandar Baru Bangi, di sini.

Sumber polis berkata, sebelum itu, ketika mangsa mahu keluar rumah untuk bekerja, isterinya yang berusia 25 tahun berpesan supaya dibelikan makanan untuk sarapan.

“Bagaimanapun, mangsa terlupa pesanan isterinya itu dan terus ke tempat kerja yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah mereka,” katanya.

Menurutnya, tidak lama selepas itu wanita berkenaan datang ke pondok kawalan tempat suaminya bertugas dengan menaiki motosikal.

“Sebaik saja wanita itu turun dari motosikal, mangsa menghampirinya untuk bertanya tujuan kedatangan ke situ, namun belum sempat lelaki itu bertanya, suspek menumbuk mukanya beberapa kali.

“Mangsa tidak membalas pukulan isterinya dan hanya berulang-kali meminta penjelasan. Dengan marah suspek memberitahu dia tidak puas hati kerana mangsa tidak membelikan sarapan sebagaimana diminta,” katanya.

Sumber itu berkata, di sebalik usaha mangsa untuk menenangkan dan meminta suspek bersabar, wanita itu bertindak lebih agresif dengan menendang pula badan suaminya.

Menurutnya, amukan wanita terbabit tidak berakhir di situ kerana dia kemudian mengambil kayu di kawasan berhampiran dan memukul badan mangsa.

“Selepas dipukul beberapa kali, mangsa merampas kayu daripada isterinya, namun tindakan itu menambahkan kemarahan suspek yang kemudian mengambil batu dan menghentak kepala mangsa.

“Akibat hentakan itu, mangsa pengsan, manakala suspek yang panik terus melarikan diri daripada lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Kajang, di sini, untuk mendapatkan rawatan oleh rakan sekerjanya dan menerima 10 jahitan di kepala, selain ditahan di wad.

Sumber itu berkata, sebaik saja dibenarkan keluar dari hospital petang, kelmarin mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini.

“Dalam laporan dibuatnya, lelaki itu mendakwa dia memang sering dibelasah isterinya itu biarpun hanya melakukan kesalahan kecil sejak lebih setahun lalu.

“Mangsa berkata, dia memutuskan untuk membuat laporan polis ke atas isterinya kerana sudah tidak tahan dikasari selain bimbang kejadian lebih buruk berlaku pada masa depan,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK) dan setakat ini belum ada tangkapan dilakukan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi Harian Metro, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
-hmetro-

Najib dan Ghani Patail Bakal Kepanasan Tak Lama Lagi?

Shahbudin Husin
Berikutan pendedahan sebuah portal berita mengenai bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang dilaporan sedang memberi tekanan kepada Peguam Negara, Ghani Patail dengan memanggil bekas pegawai kanan polis, Mat Zain Ibrahim dan peguam kanan, Shafie Abdullah ke rumahnya untuk berbincang isu itu beberapa bulan lalu, penjelasan lanjut daripada bekas Perdana Menteri itu pastinya sedang ditunggu-tunggu sekarang ini.

Selain agen CIA yang didakwa berada di pejabat peguam negara, isu salah laku Ghani dan kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura dilaporkan turut menjadi topik perbincangan.

Tambahan pula isu adanya pengintip CIA bertugas di pejabat Peguam Negara ini timbul hampir bertepatan dengan tersebarnya berita bahawa Amerika Syarikat telah melakukan pengintipan di beberapa negara, termasuk Malaysia. Secara langsung ini bukan saja memberi tekanan kepada Ghani Patail, tetapi kepada Perdana Menteri, Najib Razak juga.

Sebagaimana yang dilaporkan, dalam pertemuan dengan Mahathir itu, selain isu salah laku Ghani yang bermula dengan kes mata lebam melibatkan Anwar Ibrahim yang turut menjadi perbincangan, bahkan juga berkaitan kelemahan hujah pihak Peguam Negara sehingga menyebabkan kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

Dalam hal yang berkaitan pengintip di pejabat Peguam Negara pula, dilaporkan Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi turut dipanggil oleh Mahathir dan ditanya sama ada beliau mengetahui adanya dua orang pengintip yang sedang bekerja dengan pejabat peguam negara sekarang ini. Dalam hal ini, Zahid dikatakan berjanji akan menyiasat mengenainya.

Ghani Patail sejak beberapa tahun kebelakangan ini merupakan sasaran pelbagai pihak yang mengecamnya kerana didakwa mengamalkan pendakwaaan berpilih dan mempunyai kuasa tanpa had dalam menentukan pendakwaan. Selain isu liwat dan rasuah yang melibatkan Anwar Ibrahim, beliau juga dikecam dalam pelbagai kes lainnya seperti kes pembunuhan Altantuya. Susulan daripada itu, desakan agar beliau meletakkan jawatan juga kerapkali kedengaran.

Malangnya, bukan saja beliau menolak untuk meletakkan jawatan, bahkan Najib sendiri seperti mempertahankan kedudukannya dan mahu beliau terus kekal mengetuai jabatan peguam negara itu.

Tersebarnya berita mengenai adanya pertemuan itu yang dianggap sebagai tekanan Mahathir kepada Ghani Patail, ia bukan saja bertepatan dengan hangatnya perbualan orangramai mengenai pengintipan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat kepada beberapa negara termasuk Malaysia, tetapi juga bertepatan dengan iklim politik negara yang menyaksikan anaknya, Mukhriz kecundang sebanyak dua kali dalam tempoh tidak sampai sebulan iaitu dalam percubaan merebut jawatan Naib Presiden UMNO dan dalam mengemudi pilihanraya kecil Sungai Limau.

Walaupun keprihatinan Mahathir bertindak dalam menangani isu yang melibatkan pengintipan CIA di pejabat Peguam Negara boleh dipuji meskipun beliau bukan lagi memegang jawatan Perdana Menteri, tetapi kaitannya dengan isu politik semasa yang sedang berlaku, sukar juga ditolak.

Ia seolah-olah tiada kena mengena tetapi dalam masa yang sama macam ada kaitannya pula.

Sebelum ini Mahathir telah membangkitkan tentang politik wang yang masih berlaku dalam UMNO dan kepimpinan Najib yang dianggapnya lemah kerana selalu tunduk kepada tuntutan ekstrem daripada pihak pembangkang. Meski dakwaan Mahathir ini disanggah oleh beberapa pemimpin UMNO yang cuba mempertahankan Najib tetapi ramai yang percaya bahawa dakwaan Mahathir itu banyak kebenarannya.

Dengan timbulnya pendedahan mengenai pertemuan beliau dengan bekas pegawai kanan polis dan peguam kanan ini dan kaitannya dengan tekanan terhadap Ghani Patail, penjelasan Mahathir yang seterusnya pasti sedang ditunggu-tunggu oleh semua orang. Lebih-lebih lagi mengenali cara dan gaya bekas Perdana Menteri itu, beliau tidak akan memulakan sesuatu perkara tanpa asas yang kukuh.

Penjelasan Mahathir selepas ini mungkin bukan saja berkaitan pengintip CIA di pejabat Peguam Negara tetapi barangkali juga melibatkan peranan Apco yang kini menjadi penasihat dan perunding kepada pentadbiran Najib. Apco ini pula sudah pun bertapak dalam pentadbiran kerajaan sebaik saja Najib mengambil alih kepimpinan negara sejak 2009 lagi.

Oleh itu, ditambah dengan adanya pengintip CIA yang sedang bertugas di pejabat peguam negara, adalah mudah dan berasas untuk mengaitkan pentadbiran Najib dengan pengaruh luar, khususnya Amerika Syarikat. Lebih-lebih lagi Najib juga dilihat amat suka dilihat mempunyai hubungan yang baik dan mesra dengan kuasa besar itu.

Tidak dinafikan Ghani Patail mungkin sedang dijadikan sasaran, tambahan pula beliau merupakan individu yang rapat dengan pentadbiran Najib tetapi dalam masa yang sama paling banyak isu. Ghani Patail mungkin dijadikan sasaran tetapi matlamat akhirnya ialah Najib.

Oleh itu, bukan saja Ghani yang sedang kepanasan sekarang ini, dengan desakan mulai kedengaran agar tugasnya sebagai Peguam Negara digantung kerana dakwaan adanya pengintip disisinya adalah dakwaan yang berat dan serius, bahkan bahang kepanasan itu mulai turut dirasakan oleh Perdana Menteri juga.

Kita hanya perlu bersabar sedikit dan menunggu Mahathir bersuara untuk mengetahui "siapa yang kena" dalam isu ini. (SH 06/11/2013)

Majlis Syura Ulama bakal bubar?

Majlis Syura Ulama bakal bubar?
Majlis Syura Ulama bakal bubar? Petikan yang diambil daripada laman Facebook berkaitan usaha menghapuskan Majlis Syura Ulama Pas.
SHAH ALAM: Sebuah laman sosial Facebook mendedahkan, terdapat usaha licik dilakukan pihak tertentu untuk menghapuskan Majlis Syura Ulama Pas.

Menurut laporan disiarkan dalam Facebook itu baru-baru ini, Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Pas Pusat didakwa tidak mematuhi keputusan ditetapkan majlis syura dan mereka seolah-olah mengambil langkah ‘menutup mata’.

“Contohnya dalam 'dhawabit tahaaluf' yang telah ditetapkan oleh majlis syura ulama, Pas perlu dominan dalam PR terutamanya dalam PRU13 baru-baru ini.

“Tetapi yang berlaku sebaliknya, apabila pembahagian kerusi didakwa banyak diselewengkan dan ‘dijual’ kepada PKR,” menurut laporan yang dipetik daripada laman sosial tersebut.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, pihak yang cuba berselindung menggunakan Facebook itu membuat kesimpulan tersebut berdasarkan petikan sebahagian kenyataan AJK Kerja Pas Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud.

Berdasarkan Facebook itu, Dr Siti Mariah dilaporkan berkata; “..saya melihat cadangan untuk melantik presiden dan timbalan presiden di kalangan ulama bukan satu keputusan yang bijak.

Kita dah ada majlis syura ulama yang menjadi landasan kepatuhan serta memandu kepada presiden dan jawatan kuasa Pas Pusat. Oleh yang demikian, siapa pun yang jadi pimpinan pastinya tertakluk kepada nasihat dan garis panduan majlis syura ulama. Sekiranya tidak, lebih baik bubarkan sahaja badan yang lebih besar itu (majlis syura ulama)..”.

Kesimpulan itu mendapat maklum balas negatif daripada pengikut laman sosial berkenaan kerana didakwa melaga-lagakan orang dalam parti.

Sementara itu, Dr Siti Mariah, yang juga Ahli Parlimen Kota Raja ketika dihubungi berkata, Facebook itu sudah disenaraikan sebagai Facebook yang cuba melaga-lagakan pimpinan Pas dan juga ahli parti.

“Kita tak tahu siapa sebenarnya di belakangnya (Facebook itu). Saya tak nak respons dan beri komen lebih lanjut mengenai isu ini.

"Saya silakan dia buat fitnah lagi. Teruskan. Kalau dia berani, dia kena buat tuduhan dan perkenalkan identiti,” katanya.

Masjid bawah tanah pertama di dunia

http://detikislam.blogspot.com
Turki kini sedang membina sebuah Masjid di bawah tanah yang pertama di dunia di daerah Buyukcekmece di Istanbul. Reka bentuk seni bina ini pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Seni Bina Festival Dunia untuk kategori tempat ibadah.

"Masjid adalah tempat untuk ketenangan dan Solat," kata Mehmet Narin, Mufti Buyukcekmece mengatakan kepada World Buletin pada Isnin, 4 November.

"Masjid adalah lanjutan daripada Kaabah ," tambahnya.

Penggabungan intipati Islam dan sandaran reka bentuk dengan sentuhan moden, Masjid Sancaklar yang diilhamkan oleh Gua Hira iaitu tempat Nabi Muhammad SAW pertama kali menerima wahyu.

Dibina tujuh meter di bawah permukaan, Masjid ini dibina oleh arkitek Turki saudara Emre Arolat.

Masjid dibina dengan keluasan 1200 meter persegi di bawah tanah, diterangi oleh beberapa jalur lampu dan cahaya matahari untuk menampakkan kesan persekitaran jiwa.

Berdasarkan dari reka bentuk masjid standard, Masjid Sancaklar mempunyai ruang ibadah yang luas dengan kapasiti lebih dari 650 jamaah.

Menjadi Masjid di bawah tanah pertama di dunia jadi Masjid Sancaklar direka tanpa menara atau sabit.

Budak 3 tahun jalan sekilometer di jalan raya sibuk untuk mendapatkan bantuan

Florida: Seorang budak perempuan berusia tiga tahun berjalan lebih sekilometer di jalan raya sibuk untuk mendapatkan bantuan daripada neneknya selepas ibunya mati dibunuh.

Pejabat Syerif Lake County berkata, ayah kanak-kanak berkenaan, Johnny Lashawn Shipman, 36, disyaki membunuh Kristi Lynne Delaney, 26, dari Mascotte.

Shipman kini diburu pihak polis.

Sarjan Kristin Thompson berkata Selasa lalu, budak itu seperti wira kecil kerana sanggup berjalan sejauh itu.

“Jarak itu agak jauh bagi seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.

“Budak itu memberitahu neneknya dia tidak dapat mengejutkan ibunya dari tidur,” kata Thompson. - AFP

Sempat taubat sebelum terbakar

MOHD AZLIM ZAINURY
Sempat taubat sebelum terbakar
Sempat taubat sebelum terbakar Pihak bomba dan polis berjaya membawa mangsa keluar selepas memecahkan pintu stor sebelum menemui mangsa dengan keadaan anggota badan terbakar dan kakinya terikat dengan tali.
MARANG:“Hati arwah akhirnya terbuka untuk kembali ke pangkal jalan. Arwah sempat bertaubat, tidak meninggalkan solat dan sering berjemaah bersama bapanya sejak minggu lalu sebelum maut dalam kebakaran itu,” kata Rohani Mohamad, 59.

Rohani merupakan ibu kepada seorang penagih tegar, Rosli Omar, 41, yang maut dalam kebakaran membabitkan sebuah stor yang terletak di bahagian belakang rumah keluarga berkenaan di Lubuk Perah, Wakaf Tapai di sini, malam kelmarin.

Sebahagian tubuh anak kedua daripada enam beradik itu ditemui rentung dalam keadaan mengiring manakala kakinya juga terikat dengan tali berdekatan pintu di dalam stor yang dijadikan sebagai bilik tidurnya kira-kira jam 11.40 malam.

Berseorangan dalam stor

Rohani yang lebih mesra dipanggil Mak Long berkata, ketika kejadian anaknya berseorangan berada di dalam stor berkenaan manakala dia dan suami, Omar Husin, 67, serta ibunya, Zainab Said, 96, berada di dalam rumah.

“Mak Long hanya sedar kebakaran berlaku apabila terdengar bunyi percikan api dari arah stor tersebut. Mak Long panggil Rosli tapi dia tidak menyahut lalu terus masuk semula ke dalam rumah untuk membawa ibu yang uzur keluar,” katanya.

Dengan bantuan jiran berdekatan rumah, ibu Rohani yang berusia 96 tahun itu berjaya dibawa keluar dari rumah ke tempat lebih selamat sementara suaminya dan orang ramai cuba memadamkan kebakaran dalam stor tersebut.

“Pihak bomba yang dimaklumkan mengenai kejadian juga tiba sebelum kebakaran dapat dipadam sepenuhnya. Pasukan bomba berjaya membawa arwah keluar dari situ, namun dia disahkan meninggal dunia oleh pihak polis,” katanya.

Banyak berubah sebelum meninggal

Rohani berkata, walaupun anaknya penagih dadah namun, jauh di sudut hatinya tetap ingin kembali ke pangkal jalan. Malah, arwah sempat bertaubat dan meninggalkan tabiat buruk itu sebelum meninggal dunia dalam tragedi itu.

“Arwah bukan sahaja tidak meninggalkan solat tetapi akan menunggu Mak Long dan bapanya (Omar) untuk makan bersama sejak kebelakangan ini. Kami tak sangka perubahan sikap itu adalah sebagai tanda dia akan pergi,” katanya.

Katanya, aktiviti arwah yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah sejak berumur 18 tahun cukup menyedihkan, namun dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa selain menasihati anaknya itu dan memohon doa kepada ALLAH SWT.

“Kami sekeluarga juga tidak pernah berhenti menyokongnya untuk berubah agar kehidupan kami sekeluarga dapat kembali normal, tambahan pula arwah adalah satu-satunya anak lelaki dalam keluarga ini dan masih lagi belum berumah tangga.

“Walaupun arwah adalah seorang penagih dadah, kasih sayang kami terhadapnya tidak pernah luntur. Kami tetap mengambil berat dan jaga arwah sehinggalah kejadian kebakaran itu meragut nyawanya malam ini (kelmarin),” katanya.

Kesal tindakan abang

Turut bersedih dengan kejadian tu adalah adik perempuan mangsa, Yati Omar, 35, yang menyifatkan keadaan kematian abangnya dengan keadaan kaki terikat dengan tali adalah kehendak abangnya sendiri kerana tidak mahu keluar pada waktu malam.

“Arwah berubah secara mendadak dan sempat meminta maaf daripada mak dan ayah atas dosa-dosa dilakukannya. Dia juga sanggup mengikat kaki sendiri agar dapat menahan diri daripada keluar malam dan berjumpa dengan rakan-rakan penagih,” katanya.

Bagaimanapun, Yati kesal dengan tindakan abangnya itu kerana sanggup mengikat kaki sendiri hingga menyebabkan usaha untuk menyelamatkannya dari kebakaran menjadi sukar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

7 tahun berlalu, pembunuh Altantuya masih bebas dan KITA TAHU SIAPA MEREKA!

KP Chee, Malaysia Chronicle
7 tahun berlalu, pembunuh Altantuya masih bebas dan KITA TAHU SIAPA MEREKA!Walaupun pengakuan terperinci telah diberi oleh Sirul Azhar bin Haji Umar (IC No: RF12559 ) tentang pembunuhan terancang yang dicatatkan dalam Laporan Polis No: 7380 /06 pada 9 November 2006 pada jam 1635 oleh Inspektor Nom Phot a/l Prack Dit, Mahkamah rayuan pada 23 Ogos tahun ini telah memutuskan untuk membiarkan kedua-dua Sirul Azhar dan pemberi arahan, Kapten Azilah Hadri bebas begitu sahaja.
Umum mengetahui bahawa Kapten Azilah Hadri adalah bekas polis dari unit elit UTK (Unit Operasi Khas Polis Diraja Malaysia) dan pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri yang pada masa itu merupakan Datuk Seri Najib Razak. Dia telah dipanggil oleh Setiausaha peribadi Najib dan ketua keselamatan, DSP Musa Safri, selepas Abdul Razak Baginda melaporkan kepada kawan rapat yang juga rakan bisnes terbesarnya Najib Razak, bahawa dia telah diganggu oleh wanita Mongolia yang menuntut bahagian sogokannya daripada RM540 juta wang rasuah dari transaksi jual beli rahsia kapal selam dari Perancis.

Sirul Azhar menyatakan dalam kenyataan polis bahawa dia telah diarahkan oleh Azilah untuk membantu ‘menguruskan’ wanita bernama Aminah atau Altantuya Shaariibuu yang sering mengganggu seorang tokoh penting. Dia juga menambah bahawa ganjaran wang tunai sebanyak RM50, 000 -100,000 akan diberikan. Saya tidak pasti jika Sirul tahu siapa yang telah membuat tawaran itu, dan jika tahu sekalipun, apa sahaja nama yang disebutnya sudah pasti telah dipadam dari kenyataannya oleh pegawai-pegawai polis yang setia melindungi VVIP dalam Umno Baru.

Pernah buat ‘kerja serupa’ sebanyak 6 kali
Tertuduh ketiga dalam perbicaraan kes pembunuhan kejam ialah Abdul Razak Baginda yang mengemukakan afidavit bersumpah yang ada menyebut bahawa dia telah memperincikan maklumat kepada Kapten Azilah Hadri mengenai masalah dengan si Altantuya.

Razak Baginda juga menambah bahawa Kapten Azilah memberi jaminan bahawa tugas itu akan segera diselesaikan dan dengan riaknya memberitahu bahawa sebelum ini dia pernah menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes yang serupa.

Tiada siapa yang waras akan mengaku melakukan pembunuhan kejam - lebih-lebih lagi apabila mangsa tidak dikenali olehnya dan adalah seorang wanita cantik yang ditinggalkan oleh seorang lelaki Casanova yang rapat dengan ahli politik. Altantuya jelas bukanlah seorang penjenayah tegar. Siapa yang tergamak untuk menembak perempuan itu sebanyak dua kali dengan jarak dekat di kepala walaupun dia merayu untuk tidak di apa-apakan - termasuk anak dalam kandungan? Apa sahaja jenayah yang mungkin telah dilakukan, mengugut umpamanya, dia tetap berhak untuk dibicarakan di mahkamah. Setiap anggota polis tahu bahawa - atau sepatutnya tahu akan hak itu walau dalam apa jua keadaan sekali pun.

Walau bagaimanapun, Kapten Azilah Hadri dan Sirul Azhar bukanlah calang-calang polis. Mereka komando dari UTK, dilatih sebagai penembak tepat dan bersedia untuk mengikut perintah tanpa soalan. Siapa yang memberi arahan? Sudah pasti mereka tidak akan taat kepada Abdul Razak Baginda – dia hanyalah orang awam, walaupun rapat dengan orang yang mempunyai pengaruh politik. Perintah itu sudah semestinya datang dari seorang pegawai polis yang lebih tinggi, dalam hal ini setiausaha peribadi Najib Razak, bekas DSP Musa Safri, yang telah dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke negeri lain.

Tuan politik wajib bertanggung jawab

Mengapa Musa Safri tidak pernah dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan itu, yang telah direkodkan menjangkau 159 hari? Dia merupakan ketua keselamatan dan pembantu peribadi kepada Najib Razak dan Rosmah Mansor. Apa jua tindakan yang telah diambilnya adalah di atas arahan mereka, demi kepentingan serta keselamatan diri mereka. DSP Musa Safri jelas seorang pekerja yang setia kepada tuan politiknya. Merekalah yang mesti bertanggungjawab diatas tindakan pekerja mereka - terutamanya jika tindakan ini melibatkan penculikan dan pembunuhan kejam, ditambah pula dengan penggunaan bahan letupan jenis ketenteraan untuk memusnahkan bukti badan seorang wanita yang mengandung.

Kita tidak harus lupa bahawa seseorang di Jabatan Imigresen dengan sengaja memadam dari pangkalan data komputer, semua rekod kemasukan Altantuya Shaariibuu dan rakan-rakannya. Siapa yang mempunyai kuasa untuk memerintahkan jenayah sedemikian rupa? Pada bulan Oktober 2006 apabila kisah itu mula diketahui, Kementerian Dalam Negeri (yang mengawal Jabatan Imigresen) baru-baru ini telah disusun semula dan walaupun Mohd Radzi Sheikh Ahmad sepatutnya bertanggungjawab, ia merupakan satu tempoh yang penuh kekeliruan tanpa diketahui dengan jelas dari manakah datangnya arahan.

Sudah pasti ada seseorang yang sangat berkuasa dalam hierarki jawatan yang boleh melakukan jenayah sekeji diatas (hampir) tanpa halangan. Bukti ini menunjukkan kepada siapa ya? Siapakah pelaku yang mampu melakukan tipu daya yang kompleks ini?

Benarkah Rosmah tiada di tempat kejadian?
Abdul Razak Baginda mempunyai rakan-rakan yang berpengaruh tetapi dia tetap mengekalkan profil yang rendah. Tidak banyak yang perlu dirisaukan oleh Razak kecuali reputasinya jika hubungan sulitnya dengan Altantuya diketahui umum - selain daripada menghadapi kemarahan isterinya, Mazlinda Makhzan (seorang pengarah dalam syarikat yang terlibat dengan perjanjian kapal selam). Walaupun skandal ini memaksa SPRM memulakan penyiasatan, kebiasaanya kes akan ditutup selepas keghairahan orang ramai terhadap kes mula reda.

Begitu juga dengan anggota beruniform yang terlibat dalam kes itu. Musa Safri mungkin telah bersubahat dalam melakukan jenayah yang serius, tetapi sebagai seorang pegawai polis Melayu yang ketaatannya kepada Tuan Besar melebihi tugasnya sebagai penjawat awam, dia hanya akan mendapat simpati setelah mengakui peranannya dan untuk memberi laluan agar keadilan dapat dijalankan. Kapten Azilah dan Sirul jelas terlibat, melalui pengakuan Sirul serta akuan berkanun terperinci yang ditandatangani oleh penyiasat persendirian Balasubramaniam a/l Perumal. Walau bagaimanapun, peranan mereka hanyalah pada dasarnya untuk melakukan kerja kotor orang lain.

Dalam akuan berkanun yang ditandatangani pada 18 Jun 2008 oleh Raja Petra Kamarudin, blogger kontroversi dan editor newsportal Malaysia Today yang lebih dikenali sebagai RPK, beberapa individu lain juga telah terlibat dalam pembunuhan sensasi itu. Malah, pengakuan RPK mendedahkan bahawa isteri Najib, Rosmah Mansor mungkin telah berada di tempat kejadian pembunuhan itu, bersama-sama dua pegawai berpangkat tinggi dari bahagian kejuruteraan Kementerian Pertahanan, Lt Kol Abdul Aziz Buyong dan isterinya Lt Kol . Norhayati Hassan, kedua-duanya merupakan pakar dalam penggunaan bahan letupan C4. RPK mendakwa dia telah diberi maklumat menggemparkan ini oleh seorang pegawai kanan Perisikan Tentera.

RPK kemudiannya menarik balik akuan bersumpahnya pada bulan April 2011 dalam satu temu bual yang disunting oleh TV3, stesen yang mesra kerajaan, dengan memberi penjelasan bahawa dia tidak pasti sama ada apa yang dia dengar adalah benar. Alasannya adalah dia merasa ia merupakan tanggungjawabnya sebagai seorang warganegara untuk memberitahu masyarakat tentang apa yang didengarinya. Ramai yang melihat ini sebagai satu petunjuk bahawa RPK mungkin telah diminta untuk memfailkan akuan itu pada Jun 2008 oleh pihak yang mahu menghancurkan aspirasi Perdana menteri Najib Razak.

Siapakah yang membocorkan maklumat?

Dalam Umno Baru terdapat ramai yang ingin melihat Najib Razak dan isterinya yang berpengaruh dikeluarkan daripada parti - skandal Altantuya akan menjadi senjata yang paling tepat bagi tujuan ini.

Tiga nama segera muncul di fikiran: Mahathir Mohamad, yang mempunyai matlamat untuk memastikan anak bongsunya, Mukhriz, menjadi Perdana Menteri, Tengku Razaleigh Hamzah, yang telah mengintai jawatan PM sejak pertengahan 1980-an, dan Muhyiddin Yassin, timbalan Najib, yang sudah pasti mengimpikan jawatan tertinggi negara itu.

Walaupun siasatan terperinci terhadap kes pembunuhan Altantuya menunujukkan bahawa skandal kapal selam Scorpene mula diketengahkan pada tahun 2002, iaitu semasa tempoh Mahathir, Najib Razak pasti akan disabitkan kerana dia pada masa itu merupakan menteri pertahanan di kabinet Mahathir.

Abdul Razak Baginda , menurut akuan berkanun menggemparkan P.I Bala pada 3 Julai 2008, telah diperkenalkan kepada Altantuya Shaariibuu oleh rakannya Najib Razak di sebuah ekspo berlian di Singapura. Tanpa menyembunyikan apa-apa, Razak Baginda telah menceritakan kepada penyiasat peribadinya bahawa Najib tidak mahu lagi terlibat dalam skandal besar selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, hanya kedudukan sahaja dari jawatan teratas. Jadi, dia mahu Razak Baginda untuk mengambil alih peranannya sebagai ‘sugar daddy’ kekasih Mongolianya yang bercita rasa tinggi itu.

Umum telah mengetahui bahawa kelemahan Najib Razak adalah wanita cantik. Kelemahan itu merupakan ‘Achilles Heel’ hampir setiap tokoh penting - terutama dalam rimba politik dimana pemangsa bersembunyi di sebalik sifat kepura-puraan dan kemunafikan.

Penipuan

Dengan jumlah wang begitu besar terlibat, Umno Baru layak digelar sarang tipu daya.

Penipuan dan pujuk rayu, rasuah dan ancaman, pergaduhan sesama sendiri – inilah yang sering berlaku dalam persekitaran politik kita sekarang. Tiada siapa yang mahu berhadapan risiko kehilangan segala-galanya, jadi perkahwinan untuk kesenangan, pragmatisme sinis, dan politik berkepentingan menjadi kebiasaan. Siapa peduli akan kebenaran? Ini semua hanyalah persepsi semata-mata, dan di sinilah pakar kaki pusing memainkan peranan mereka. Siapa peduli tentang keadilan? Ia boleh dijual beli jika kamu punya wang yang banyak.

Umno Baru telah tenggelam sehingga ke paras songkok tinggi mereka dalam kolam penipuan dan konspirasi tersembunyi.

Walaupun ada yang bakal gembira melihat Najib dan Rosmah dikeluarkan dari papan permainan, terdapat juga yang takut kehilangan kuasa sepenuhnya sekiranya perebutan kuasa bertukar ganas. Mereka lebih suka berkhidmat untuk seorang pemimpin korup yang boleh menawarkan faedah kepada mereka - daripada seorang pemimpin bersih yang pasti akan serta-merta memecat mereka di atas ketidakcekapan dan ketamakan.

Negara butakan mata terhadap kes BUNUH

Jadi, setelah tujuh tahun selepas kematian kejamnya yang sia-sia di tangan penjahat zalim yang bersembunyi disebalik nama kerajaan Malaysia, hantu Altantuya Shaariibuu masih belum dapat ditenangkan.

Kesunyian yang menyelubungi episod umpama mimpi buruk ini mendedahkan konspirasi di peringkat tertinggi - dan seluruh kerajaan persekutuan Barisan Nasional sebenarnya terlibat sama kerana bersubahat dalam pembunuhan kelas pertama.

Kerana kerajaan sepatutnya mewakili semua, setiap rakyat Malaysia akan mengalami nasib yang sama - sehingga kita menebus kembali kewarasan fikiran dan maruah kita sebagai rakyat kepada negara yang berkemungkinan sekali berhadapan dengan kehancuran.

Adakah kita patut berhadapan dengan semua ini setelah 56 tahun kita merdeka? Hanya untuk dikenali sebagai sindiket jenayah besar yang terdiri daripada penipu, orang-orang munafik, pencuri, perogol dan pembunuh?

Terjemahan oleh Huzainah A Rani, Malaysia Chronicle

Apabila ZINA lebih mudah daripada kahwin

Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegah yang makruf dan mencegah yang munkar. Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumahtangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga ‘ketidak fahaman’ tok kadi dan seterus pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-keranah yang berbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat ‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-keranah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.

MANGSA NAFSU SOMBONG

Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya. Apatah lagi jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat ‘nafsu seks’ hanya kerana hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya ‘ditumbangkan’ seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan. Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi s.a.w:
“Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam ertikata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mee pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya; ‘kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?”. Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya.

Sepatutnya si bapa bertanya: “kau dah ada pasangan ke?”. Itulah soalan yang betul. Lembu tidak termasuk dalam rukun nikah. Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan medan walimah sebagai pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta lalu hanya dijemput orang yang ‘berjenama’ dan ditinggalkan saudara-mara, kawan-rakan, jiran-tetangga yang tidak setaraf. Nabi s.a.w. bersabda:
“Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka, menderitakan bakal suami-isteri disebabkan keangkuhan keluarga.

KERENAH KURSUS KAHWIN

Saya bukan anti kursus kahwin. Amat baik kursus tersebut jika diuruskan dengan mantap dan betul. Dalam kursus tersebut boleh disampaikan maklumat hukum-hakam nikah yang disyariatkan Allah sehingga jenerasi muda dapat melihat betapa cantik dan indahnya Islam. Syariat Islam yang mudah dan penuh hikmat dapat diserap dalam pemikiran bakal pasangan, kursusnya mereka yang masih muda. Agar mereka dapat menyelami kehebatan ajaran Islam ini. Maka kursus itu menjadi saluran dakwah penuh professional, mantap, berkesan dalam jiwa dan penghayatan. Malangnya, ada kursus kahwin hari ini seakan projek lumayan untuk mengaut yuran peserta. Bukan sedikit saya terima laporan seluruh negara penceramah kursus kahwin yang berunsur lucah, lawak bodoh serta menggambarkan Islam begitu menakutkan dan susah untuk difahami dan dihayati. Hukum-hakam diterangkan secara berbelit-belit dan menyerabutkan peserta. Maka, kita lihat walaupun yuran kursus nampaknya makin tinggi dan peserta semuanya diwajibkan berkursus, masalah keretakan rumah tangga bagi generasi baru makin meningkat.

TOK KADI TAK FAHAM HUKUM

Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya. Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut ‘saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.

Sehinggakan sarjana fekah semasa Dr Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut:

“Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:”Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi:
(Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”).

Juga al-Imam al-Bukhari (meninggal 256H) menyebut:
(Apabila bakal suami berkata kepada wali (bakal isteri) kahwinkanlah aku dengannya, lalu wali berkenaan diam seketika, atau bertanya: “apa yang awak ada (mahar)?”, atau kedua mereka diam lalu wali itu berkata: “aku nikahkan engkau dengannya”, maka itu adalah harus (sah). Ada hadis mengenainya yang diriwayatkan oleh Sahl daripada Nabi s.a.w).

Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Tiada cerita satu nafas atau sekali lafaz dalam akad seperti yang ditokok tambah oleh jurunikah. Apa yang penting proses ijab dan qabul amatlah mudah. Syaratnya, ia lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi, ia menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah.

KHURAFAT AKAD SATU NAFAS

Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut: “Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).

Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.

KERENAH ‘MAHKAMAH’

Setelah berkahwin, rumahtangga yang dibina seperti yang diajar oleh Islam hendaklah menjadi syurga, bukan neraka. Jika perkahwinan tidak dapat membawa kebahgiaan, insan tidak disuruh memperjudikan hidup keseluruhan kerana isteri atau suaminya. Walaupun talak itu bukan perbuatan yang baik, namun ia dibenarkan jika terpaksa. Insan mempunyai matlamat hidup, bukan sekadar untuk bertungkus lumus kerana masalah seorang lelaki atau wanita. Maka Islam mengajar cara-cara yang berbagai demi menyelamatkan rumah tangga dari talak. Jika gagal, Islam juga mengajar talak untuk mengelakkan kezaliman berlaku antara salah satu pihak; suami atau isteri. Firman Allah:
(maksudnya) “Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik, dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan tujuan memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menzalimi dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat (hukum) Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan), dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan hikmat (sunnah), untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala-galanya” (Surah al-Baqarah, ayat 231).

Jika penerusan perkahwinan hanya memberi mudarat kepada pasangan, maka talak itu disuruh oleh al-Quran. Malanglah kaum wanita yang sepatutnya telah dikeluarkan oleh al-Quran dari kezaliman atau kemudaratan si suami, tiba-tiba terjatuh dalam kezaliman batin akibat proses birokrasi sesetengah mahkamah atas nama syariah. Maka, wanita hari ini ada yang terseksa batinnya kerana menunggu proses mahkamah yang kadang-kala memakan masa bertahun-tahun. Bagaimana mungkin isteri yang sudah tujuh lapan tahun suaminya tidak mengambil tahu soal nafkah zahir dan batin tetap disahkan oleh mahkamah bahawa dia masih suami sekalipun isteri berulang meminta dipisahkan.

Kata Dr Karim ‘Abd al-Karim Zaidan menyebut:
“Jika suami gagal menunaikan nafkah untuk isteri, kadi memisah antara mereka jika isteri memilih untuk berpisah…Hal ini diriwayatkan dari sejumlah para sahabat dan tabi’in” (al-Mufassal, 7/217).

Beliau juga memetik apa yang disebut oleh al-Dardir dalam al-Syarh al-Kabir:
“Bagi isteri boleh menuntut dipisahkan dari suami disebabkan mudarat yang dilakukannya; iaitu apa yang tidak diizinkan oleh syarak untuk dia buat seperti meninggalkan isteri atau memukulnya tanpa sebab yang dibenarkan syarak. Atau memaki dia atau bapanya seperti menyebut: Wahai anak anjing, atau wahai anak kafir! Atau wahai anak orang yang dilaknat”.

Dr Zaidan seterusnya memetik apa yang disebut oleh al-Imam Ibn Taimiyyah:
“Maka dianggap memberi mudarat kepada isteri yang boleh dipisah (dipasakh) apabila suami meninggalkan persetubuhan dalam apa keadaan sekalipun. Samada suami sengaja atau tidak sengaja”. (ibid 8/439).

Semua perbahasan yang begitu banyak boleh didapati dalam khazanah Islam itu menggambarkan rumahtangga untuk kebahgiaan hidup insan bukan untuk kedukaan mereka. Jika rumahtangga itu mengundang kedukaan, insan diberi peluang keluar oleh syarak untuk keluar dari daerah itu dengan segera. Malanglah, jika pintu keluar itu dihalang oleh kerenah biorokrasi mahkamah. Hakim barang kali ringan lidahnya menyebut: “kita tangguhkan perbicaraan kerana suami tidak hadir” sedangkan kesan jiwa begitu besar dan berat ditanggung oleh isteri

Sebenarnya dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagian dibuka dengan begitu luas dan mudah. Dukacita, jika atas nama agama kita menyusahkan jalan yang halal dan dalam masa yang sama ada pula pihak-pihak lain yang memudahkan jalan yang haram. Perlaksanaan agama hendaklah bukan sahaja mendakwa adil, tetapi hendaklah juga kelihatan adil.
http://drmaza.com