"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr M ramal Najib kalah namun debat tetap diperlukan

Maclean Patrick, Wong Choon Mei


Hak untuk memilih. Pilihanraya semakin hampir dan Malaysia sedang besedia untuk menyaksikan pilihanraya paling panas abad ini. Nombor 13 mungkin membawa musibah pada pentadbiran BN selama 50 tahun dan akan membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Untuk mempertimbangkannya, adil jika rakyat Malaysia boleh menguji keupayaan dua orang pemimpin ini di pentas awam untuk membicarakan tentang polisi awam. Sudah tiba masanya untuk kita menyaksikan Najib Razak dan Anwar Ibrahim untuk berdebat.

Sebagai contoh, calon Presiden Republikan di Amerika Syarikat sudah mengadakan 20 debat yang telah melayakkan 4 orang daripadanya sahaja. Debat adalah cara untuk mendapatkan penjelasan tentang apakah pendirian calon terhadap isu-isu tertentu contohnya undang-undang immigrasi, Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Amerika dan bagaiman caranya untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi penganggur di Amerika.
Jadi, mengapa Malaysia tidak boleh mengadakan debat dianatara Najib dan Anwar?

Mahathir juga risau akan kekalahan Najib


Mantan perdana menteri Mahathir Mohamad sendiri cuba menasihati Najib untuk tidak berdebat dengan Anwar. Ia cepat meniupkan khabar angin yang Mahathir sebenarnya takut Najib yang kurang bijak itu akan memalukannya di dalam debat itu nanti


Selepas itu, Mahathir pula cuba menyatakan sesuatu yang tidak masuk akal apabila mendesak akan debat hanya boleh diterima pakai jika Anwar menyokong BN.

“Apalah gunanya berdebat jika semua tahu akan pendiriannya, dan berdebat tidak akan mengubah ini. Lainlah jika Anwar mempunyai pandangan yang sama dengan kerajaan tentang isu berbangkit,” lapor media yang dikawal kerajaan.

Punca masalah BN adalah Najib Razak yang merupakan perdana menteri boneka yang dilantik ke jawatan itu oleh partinya selepas perebutan kuasa dalaman yang menyebabkan mantan perdana menteri Abdullah Badawi dijatuhkan. Sepatutnya Najib mengadakan pilihanraya untuk mendapatkan mandat dari rakyat tetapi dia penakut kerana dia sudah tahu bahawa dia lebih teruk dari Badawi. Hanya satu tahun sahaja lagi tinggal untuk mandat 5 tahun BN, dengan Parlimen yang dijangka akan dibubarkan pada bulan April 2013 tanpa menghiraukan sama ada Najib bersedia atau tidak.

Dalam pada itu, Anwar sudah lama menunggu peluang untuk menjafi perdana menteri. Anwar Ibrahim sekarang merupakan ketua pembangkang parti Pakatan Rakyat, dan jika mereka menang lebih dari 222 buah kerusi di Parlimen berbanding BN, Anwar akan menjadi PM. Pada tahun 90-an, Anwar sudahpun menjadi pemimpin paling popular. Kemudian, menjadi timbalan presiden UMNO yang turut digeruni oleh Mahathir sehinggakan dakwaan liwat diada-adakan untuk menjatuhkan dan memenjarakan Anwar.

Pada masa itu, Najib langsung tidak popular, tidak berupaya memimpin diri sendiri. Malah, dia mendakwa dirinya sebagai penyokong kuat Anwar. Turut serta adalah beberapa orang menteri seperti Timbalan Perdana Menteri sekarang, Muhyiddin Yassin dan menteri pertahanan, Zahid Hamidi. Dengan Anwar yang hanya dibebaskan dari penjara pada tahun 2004, tidak hairanlah lelaki-lelaki ini bertukar menjadi orang Mahathir. Dan sekarang, mereka sendiri mengimpikan jawatan Perdana Menteri itu. Bagi Mahathir pula, jika rakyat masih sudi mengundi untuknya, peluang untuk menjadi PM semula sememangnya diidamkan, namun, fokusnya sekarang lebih kepada anaknya Mukhriz untuk mengambil alih UMNO dan jawatan tertinggi kerajaan selepas PRU ke 13.

Paranoia hanya mengesahkan kesahihan Anwar untuk menjadi PM



Ini adalah mengapa sejak 1998, kerajaan BN telah bersusah-payah mematahkan peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Lebih-lebih lagi, perubahan pada senario politik Malaysia jika diteliti dari penahanannya dibawah undang-undang digeruni ISA pada tahun 1999. Ini merupakan titik permulaan bagi pergerakan pembangkang di Malaysia. Dan setiap keputusan politik yang dibuat oleh UMNO dibawah pimpinan BN telah dibuat untuk memastikan Anwar tidak boleh bertanding untuk jawatan PM.

Kobodohan ini telah menyebabkan pemerhati politik percaya bahawa akibat takutkan Anwar, mereka telah menjerat diri sendiri. Sentiasa bingung memikirkan keadilan akan terlaksana dan mereka akan terpaksa menjawab segala perbuatan mereka termasuk menyalahgunakan dana Negara dan penyaluran wang secara haram sebanyak RM888 bilion ke akaun luar. Mereka juga tidak melaksanakan tanggungjawab dan ekonomi dan tadbir urus yang lemah telah menyebabkan ramai pelabur luar lari. Pada masa yang sama, perbuatan mereka yang sentiasa menjadikan Anwar dan rakan Pakatannya sebagai target menguatkan lagi pendapat bahawa Anwar adalah pencabar kuat bagi calon PM Malaysia.

Jadi, tanpa menghiraukan calon lain yang difikirkan boleh menjadi pencabar kepada Perdana Menteri, dua lelaki ini adalah peserta yang tepat untuk perlawanan ini. Jika ada calon lain, mereka sepatutnya dibenarkan untuk berdebat supaya rakyat Malaysia boleh mendapatkan peluang untuk menilai dan memilih siapa yang mereka rasakan layak untuk menjalankan tanggungjawab itu nanti.

Bagaimana pula dengan Perlembagaan


Perkara 43 (2) menyatakan- Kabinet perlu dilantik seperti yang berikut, dimana: (a) Yang dipertuan Agong akan melantik Perdana Menteri untuk mengetuai Kabinet dan ahli Dewan Rakyat yang difikirkan boleh meyakinkan majoriti ahli dewan itu;


Kunci untuk menjadi perdana menteri di Malaysia mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat. Rakyat Malaysia pula mengundi bagi melantik ahli dewan rakyat dan memberikan mereka mandat untuk memilih Perdana Menteri. Kepercayaan ini diberi kepada wakil untuk membuat pilihan yang bijak untuk kepentingan bersama. Sama ada wakil-wakil ini mengkhianati rakyat dan mengundi berdasarkan arahan ‘orang atasan’ di dalam parti atau melibakan rasuah akan menentukan sama ada mereka akan diundi semula pada masa yang akan datang.

Jadi, rakyat harus berpendirian dan tidak mengambil mudah jika wakil menipu mereka. Tapi, bagaimanakah caranya rakyat dapat menilai siapa yang layak untuk jawatan Perdana Menteri? Sebuah debat awan boleh membantu.

Rakyat Malaysia anggap MP sebagai tuan

Perdebatan awam adalah satu medium dimana orang ramai dapat melihat dan mengukur sendiri sejauh mana kebolehan calon yang mempunyai cita-cita untuk memimpin negara. Apa sahaja yang boleh disuarakan kepada Ahli Parlimen masing-masing mesti diambil kira apabila memilih orang yang akan mendapat kepercayaan Dewan Rakyat untuk menjadi PM. Ini adalah satu proses dimana rakyat Malaysia boleh mengambil bahagian dalam proses ini. Ini bukanlah sesuatu yang sukar. Inilah tandanya demokrasi yang progresif dan matang.

Sedih sekali di kebanyakkan tempat di negara kita, rakyat masih rasa terikat pada wakil. Mereka beranggapan ahli parlimen adalah ketua dan bukan sebaliknya. Tetapi peruntukan yang diberikan kepada MP untuk diedarkan kepada orang-orang miskin sebenarnya wang kepunyaan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Wakil yang dipilih hanyalah menjalankan tugas dan dia dipilih kerana rakyat percaya dia akan menjalankan amanah tersebut.

MP dipiilih beliau kerana kepercayaan rakyat terhadapnya. Jadi dia perlu berterima kasih kepada rakyat. Ini adalah masalah rakyat Malaysia dan hanya kerajaan yang tidak mengambil kesempatan keatas penduduk-penduduk luar bandar dan sebaliknya mendidik mereka tentang hak-hak patut dipilih pada PRU ke-13 nanti.

Sekarang sudah 2012 dan Malaysia sudah terlambat dalam memberi kesedaran kepada dalam memperkasakan diri mereka.

Tidak mampu berfungsi tanpa skrip

Namun, sudah tradisi dalam BN, Najib Razak tidak akan mengambil bahagian dalam perdebatan awam. Mahathir menyokong ini sepenuhnya, walaupun sebabnya bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan Najib sendiri.

Tetapi kenapa Najib takut akan Anwar? Pada umur 58 tahun, Najib sepatutnya lebih keberanian yg berbanding Anwar yang berusia 64-tahun.

Mungkin, ini kerana dalam perdebatan awam, kekurangan Najib Razak adalah ketara. Dia adalah lelaki yang menggunakan 'skrip' dan dalam persekitaran yang tidak menentu seperti perdebatan awam tanpa skrip ditulis dengan serta-merta - dia hanya akan ternganga. Sudah terbongakar bahawa tanpa penulis skrip, Najib tidak mempunyai apa-apa untuk dikata. Tanpa bantuan, Najib akan kalah menghadapi Anwar Ibrahim, seorang lelaki yang telah diuji dan menempuhi pelbagai situatsi selain forum-forum termasuk perbicaraan kes liwat.

Ingat, Anwar telah mempertahankan dirinya sejak tahun 1999. Beliau bukan sahaja menteri Kewangan popular menteri dirantau Asia Tenggara, tetapi dia telah menanggung pelbagai serangan termasuk seksualiti, moral, watak dan personaliti. Kedua-duanya dimata rakyat dan undang-undang.

Pemenangnya jelas dan bakal ada yang akan ketawa

Pemenangnya memang jelas. Tetapi Najib tidak harus menolak debat kerana dia tahu, seperti ramai yang lain bahawa dia pasti akan kalah. Dia mesti mengamalkan sikap yang lebih berani dan bukan hanya menyerah kalah sahaja. Gaya tidak penting, tidak juga kepetahan berbicara. Apa ynag penting adalah fakta dan dasar.

Ini adalah pengajaran buat Najib. Dia bukan lagi berumur 18 tahun dan cuba untuk menunjuk-nunjuk dihadapan teman wanitanya. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia dan rakyat Malaysia ingin mendengar apa yang dia mahu sampaikan. Bagaimana mungkin dia hanya buat tidak tahu sahaja. Bukan sahaja pengkritik dalam Pakatan akan memanggilnya pengecut, malah orang Umno juga akan meraguinya juga. Adakah Najib tidak berfikir yang Mahathir dalam diam akan memberitahu rakan-rakan yang lain bahawa Najib begitu bodoh sehinggakan memerlukan dia untuk menyelamatkannya!' Bukankah inilah yang bakal difikirkan oleh semua dan jika bukan dari Mahathir, yang lain dalam Umno pasti akan berkata demikian.

Lebih-lebih lagi, Najib berhutang budi dengan yang lain. Mereka sudah tahu masak dengan Najib dan tahu sama ada dia telah menunjukkan keupayaannya yang sebenar setakat ini. Najib juga sedar akan ini. Jika tidak, dia hanya boleh bercakap tentang ayahnya sahaja, Abdul Razak yang merupakan Perdana Menteri kedua, seolah-olah sebagai anak Tun Razak bermakna dia tidak akan melakukan sesuatu yang buruk kepada Malaysia. Tetapi tidak membiarkan Malaysia ketinggalan dan membenarkan opportunis kejam seperti Mahathir untuk menghina ayahnya. Benarkah jika Razak ,merestui Mahathir atau mungkinkah dia sebenarnya lebih teruk daripada Mahathir jika memerintah Malaysia dengan lebih lama.

Tuntutla hak anda

Rakyat Malaysia seharusnya menuntut hak-hak mereka dalam negara. Perdebatan awam adalah asas demokrasi. Ia bukan merupakan seni pidato atau pertandingan ratu cantik tetapi satu forum di mana idea-idea dan polisi-polisi yang berbeza boleh dinilai orang awam, dengan ini rakyat boleh membuat keputusan mereka. Jawatan Perdana Menteri adalah tugas eksekutif tertinggi di sesebuah negara. Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengukur potensi setiap calon untuk diri mereka sendiri dan tidak boleh tertakluk pada pilihan Umno-BN kerana ini merugikan mereka.

Perdana Menteri juga boleh dipilih dari mana-mana ahli Dewan Rakyat dan tidak terhad kepada presiden Umno sahaja. Ini tidak membuka ruang pemilihan Perdana Menteri, semua calon mesti membentangkan pelan dan idea-idea masing-masing dan aspirasi bagi rakyat Malaysia untuk menilainya dan akhir sekali meluluskannya ; sama ada di peti undi sendiri atau melalui wakil-wakil mereka di Parlimen.

Ini barulah adil, kerana ia mengikut peraturan demokrasi. Inilah tandanya sebuah negara yang demokratik dan matang. Jika Najib atau mana-mana calon yang lain pada masa akan datang sama ada dari BN atau Pakatan enggan untuk berdebat menjelang pilihanraya utama, dia tidak berhak dicalonkan untuk bertanding.
-Malaysia Chronicle-

Khir Toyo: Program Najib, Muhyiddin gagal rampas Selangor

Muda Mohd. Noor
SHAH ALAM: Dr Mohd Khir Toyo meramalkan peluang BN untuk merampas Selangor dalam pilihan raya umum ke 13 adalah 50-50.
Bekas menteri besar Selangor itu mendakwa pegundi bukan Melayu belum kembali kepada BN ekoran komponen penting gabungan itu- Umno lebih cenderung untuk mendapatkan pengundi Melayu sahaja.

“Program turun padang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya untuk mendapatkan semula pengundi Melayu.

“Di Selangor yang buat program ialah Umno tetapi MCA dan MIC tidak buat. Akibatnya, pengundi bukan Melayu belum kembali menyokong BN.

“Saya juga nampak perkauman masih berlaku kerana ketiga-tiga parti itu membuat program berdasarkan kaum. Kalau program Umno, orang Umno berucap, orang Umno hadir. Kalau MCA buat untuk MCA, begitu juga MIC,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Shah Alam.

52 peratus pengundi bukan Melayu

Beliau berkata, BN tidak boleh menang jika mengharapkan pengundi Melayu sahaja kerana 52 peratus jumlah pengundi Selangor adalah bukan Melayu.

Dr Khir berkata, beliau telah membuat perkara yang sama seperti dalam pilihan raya umum 2008 dan keputusannya pengundi bukan Melayu menolak BN.

“Ini kesilapan pada 2008. Umno membuat program tetapi komponen BN tidak melakukan seperti yang kita (Umno) buat. Hasilnya orang Melayu mengundi kita tetapi orang Cina dan India mengundi Pakatan Rakyat,” katanya.

Dr Khir merujuk kepada pelbagai program turun padang yang dibuat oleh Najib dan Muhyiddin untuk merampas semula Selangor setiap bulan di negeri itu.

Adun Sungai Panjang itu berkata, program Najib dan Muhyiddin itu itu hanya menarik sokongan pengundi veteran iaitu yang berumur 50 tahun dan ke atas.

Pusingan akhir

Katanya, ini tidak memberi faedah kerana pengundi berusia sudah membuat pilihan parti mana yang mahu dipilihnya.

“Kena buat untuk kumpulan umur 21 hingga 30 tahun kerana golongan ini tidak ada apa-apa keputusan tentang politik. Mereka mungkin telah mendaftar tetapi belum tentu keluar mengundi atau tidak daftar.

“Kena buat program dengan cepat dari sekarang kerana sudah berada di pusingan akhir sebelum pilihan raya,” tambahnya.

Mengenai kekalahan BN Selangor pada pilihan raya umum 2008, Dr Khir berkata, ia berpunca dari banyak faktor.

Bagaimanapun, bekas menteri besar Selangor itu menolak dakwaan tindakan beliau memberi penyapu kepada kaki tangan kerajaan sebagai faktor utama kekalahan BN.

Penyapu bukan sial

“Saya tidak percaya penyapu membawa sial. Pegawai sudah setuju, saya hanya jalankan tugas,” kata beliau.

Dr Khir berkata, antara isu nasional yang membawa kekalahan BN di Selangor ialah kelemahan kepimpinan negara, kenaikan harga minyak, tidak membayar bonus pekerja awam, isu ekonomi dan faktor Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Manakala isu tempatan ialah perobohan kuil Hindu di Kampung Rimba Jaya, Shah Alam yang mendapat bantahan masyarakat India.

Tetapi Dr Khir menjelaskan mahkamah mengeluarkan perintah membenarkan kampung itu dirobohkan.

“Pegawai MBSA yang merobohkan kampung itu hanya menjalankan arahan mahkamah,” katanya.

Kita nak Hasan Ali jadi presiden tapi dia tak sudi, dengan PAS pun tak mahu rayu

Hasan Ali
PUTRAJAYA: Beberapa perwakilan negeri Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) sebulat suara mendesak Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim meletak jawatan secara terhormat setelah gagal menerajui parti.


Pada masa sama, mereka berhajat ‘merisik’ bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mengisi jawatan itu.

Ketua Kita Kedah, Zamil Ibrahim berkata, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, perlu keluar parti untuk memberi laluan kepada pemimpin yang lebih berkaliber menerajui parti yang baru setahun ditubuhkan itu.

Beliau berkata, perwakilan dari Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak tidak teragak-agak menyingkirnya jika itu cara yang terbaik menyelamatkan parti.

“Zaid gagal terajui parti dan jangan cuba menconteng arang ke muka kami, kononnya pemimpin Kita tidak memberi kerjasama. Itu semua pendapat peribadinya dan tiada kena-mengena dengan parti.

“Saya minta 10,000 ahli Kita bertenang. Presiden tidak boleh bubar parti ini sesuka hati kerana ia bukan syarikat persendirian, sebaliknya melalui mesyuarat luar biasa (EGM) dan perlu sokongan tiga perempat ahli,” katanya.

Ditanya mengapa Kita berminat dengan Hasan, Zamil berkata, buat permulaan pihaknya akan bekerjasama dengan Hasan kerana berpendapat beliau pemimpin yang mempunyai pendirian jelas dan perjuangannya hampir selari dengan parti berkenaan.

“Hasan mempunyai pengaruh kuat dan saya percaya, sekiranya beliau menerajui parti ini, tidak mustahil Kita akan kukuh. Lagipun Kita akan menjadi kuasa ketiga, sesuai dengan konsep dibawa Hasan untuk diterjemahkan dengan perjuangan parti ini.

“Sekarang Kita akan berhadapan dengan peperangan besar iaitu pilihan raya umum. Di Kedah, 18 calon digembar-gemburkan menawarkan diri, jadi di mana maruah kami apabila pemimpin yang akan dicalonkan, tiba-tiba partinya pula dibubarkan,” katanya.

Hasan Ali  pada  sidang media di rumahnya di sini, hari ini menolak untuk menerajui Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) kerana perjuangan parti itu tidak selari dengan apa yang diperjuangkan beliau iaitu demi Islam, Melayu dan Institusi Raja (IMR).

Katanya, lagipun adalah tidak manis jika beliau pula hadir menerajui parti yang dipelopori oleh orang lain terlebih dahulu.

"Biarlah Kita dengan Kita, saya dengan perjuangan saya," katanya.

Pada sidang media itu juga beliau memberitahu beliau tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan pemecatannya sebagai ahli PAS.

Beliau menyifatkan pemecatan itu diambil secara arbitari dan mengikut selera 'parasit' yang mahu beliau keluar Pas.
 -sinarharian-

Rahsia Sebelum Membeli Handphone, Anda Wajib….

laniismaa

RAHSIA YG ANDA X TERFIKIR !BERHATI2 SEMASA BELI HP…

Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda

► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]

► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8

… Contoh : 358671017470473
… Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01

02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH

08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA
IMEI
Cuba semak IMEI handphone anda sekarang!! Info dari kawan :AwangLilin


Lenyek kereta isteri dengan lori kerana lepas geram

REMUK..kereta mangsa yang remuk dirempuh dengan lori tiga tan.
REMUK..kereta mangsa yang remuk dirempuh dengan lori tiga tan.
SUNGAI BULOH: Seorang suami yang cemburu kerana mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain bertindak ‘gila’ apabila memandu lori tiga tan lalu merempuh dan melenyek kereta isterinya yang diletakkan di luar pagar rumah sehingga remuk, malam kelmarin.

Bagaimanapun, isterinya yang berusia 30-an tiada di dalam kereta berkenaan sebaliknya berada di rumah ketika suaminya melepaskan geram.

Dalam kejadian jam 11.30 malam di rumah pasangan itu di Taman Suria berhampiran Kampung Desa Aman, di sini, suami terbabit yang juga pemandu lori naik angin dan melepaskan kemarahan itu dengan merempuh Myvi SE hitam milik isterinya beberapa kali sehingga remuk.

Menurut jiran pasangan itu yang mahu dikenali sebagai Wong, 40, dia melihat suspek pulang ke rumah sejam sebelum kejadian, namun tidak mendengar pergaduhan di antara pasangan itu.

“Saya nampak lelaki itu masuk ke dalam rumah dan tidak lama selepas itu terdengar dentuman kuat sebelum paip di depan rumah saya pecah dan memancutkan air.

Sultan pecat Hasan Ali sebagai timbalan pengerusi Mais?

Mohd Sayuti Omar
Baru sekejap saya menerima panggilan yang bertanyakan apakah saya sudah tahu berita terkini mengenai Hassan Ali (Hassan Akidah). Saya memberitahu tidak tahu menahu sebab saya baru bercadang hendak mengulas mengenai Ngo bernama Jati yang beliau hendak umumkan 21 Februari nanti.

Hari ini dan semalam saya sepanjang hari di Kota Bharu, jadi berita-berita sulit dan maklumat terbaru tidak diketahui.

"Apa dia?" tanya saya penuh suspen.

"Sultan telah pecat Hasan Ali sebagai timbalan pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais?" jelasnya. Ha... saya terkejut dan diam seketika.

"Apakah telah diumum?" soal saya meragui.

"Belum lagi, tetapi orang dalam Mais sudah memberi tahu... harap enta siasat sikit.." katanya menyebabkan saya jadi sedikit konfius.

Siasat?

Saya rasa kalau maklumat ini benar lewat malam ini juga berita mengenai pemecatan itu akan memenuhi Fb dan juga blog. Kita tunggu sahajalah... izinkan saya untuk mandi dan menjamah nasi. Soalnya baru tiba dari Kota Bharu. [wm.kl.10:05 pm 03/02/12]

Malang Seorang Suami Bernama Najib...

Shahbudin Husin
http://www.malaysiandigest.com/images/RosmahMansor.jpgUntuk kesekian kalinya Najib terpaksa bersuara lagi mempertahankan karenah isterinya, Rosmah Mansor yang gemar berbelanja mewah. Rasanya sudah beberapa kali Najib melantunkan suaranya mempetahan dan melakukan penjelasan berhubung perbelanjaan dan gaya mewah yang membabitkan isterinya itu.

Di dalam Parlimen juga isu perbelanjaan Rosmah kerapkal dibangkitkan dan pihak kerajaan tidak ada pilihan melainkan terpaksa juga menjelaskannya beserta angka-angka perbelanjaan yang dihabiskan oleh isteri Perdana Menteri itu seperti lawatan ke luar negara, kos percutian, kos mengadakan Sidang Puncak Wanita Pertama dan sebagainya lagi.

Sementara Rosmah pula, setiap kali isu berkaitan dirinya muncul, beliau hanya menjawab ringkas dengan menyatakan semuanya fitnah yang bertujuan memburuk-burukkan dirinya. Jika kemudiannya ditampilkan pelbagai bukti atau tuduhan lain, beliau tidak akan bersuara lagi. Selalunya ia akan diambil alih pula menteri-menteri tertentu sepeti Nazri Aziz, Rais Yatim dan lain-lain untuk memperjelaskannya pula. Jika isu itu timbul berlarutan, Najib sendiri akhirnya akan bersuara mempertahankan apa yang telah dilakukan olah Rosmah itu.

Di medan politik politik, oleh kerana isu Rosmah kerap menjadi bahan ceramah, petugas dan jentera penerangan UMNO juga terpaksa bersuara mempertahankan isteri Perdana Menteri itu.

Begitulah hebatnya Rosmah. Disebabkan kegemarannya berbelanja dan membeli barang perhiasan, hampir seluruh kabinet dan jentera UMNO terpaksa mempertahankannya.

Terbaru isu Rosmah berbelanja sakan sebanyak lebih RM300 ribu untuk membeli pakaian di Sydney, Australia menjadi heboh bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di hampir sebahagian dunia bilamana pendedahan yang disiarkan oleh akhbar Sydney Mornig Herald itu telah dipetik dan disiarkan oleh akhbar beberapa negara termasuk Indonesia, Brunei dan lain-lainnya.

Meskipun Najib tampil mempertahankan isteriya dan mengatakan ia cerita yang sengaja direka, penulis Patty Huntington juga mempetahankan tulisan dan pendedahannya mengenai perbelanjaan mewah Rosmah beserta bukti dalam bentuk email dan sumber yang diperolehinya.

Patty juga mempertahankan dakwaannya bahawa pereka fesyen yang dikunjungi Rosmah itu, Carl Kapp telah diterbangkan ke Kuala Lumpur dengan membawa pakaian yang ditempah itu untuk dicuba oleh Rosmah.

Sebelum itu, Shah Rezza, seorang rakan karib Rosmah juga tampil dengan mengatakan kononnya pakaian yang dibeli Rosmah itu adalah stok untuk kedainya di London. Hakikat ini tidak lebih untuk melindungi dan bodek Rosmah semata-mata kerana agak mustahil Rosmah membeli sebegitu banyak untuk keperluan Shah Rezza. Yang biasa berlaku ialah Shah Rezza membelanja Rosmah, bukannya Rosmah membelanja Shah Rezza. Dan logiknya Rosmah dengan kedudukannya sekarang, tidak perlu membelanja orang.

Selain isu ini, sebelum ini Rosmah juga dikaitkan dengan pembelian mewah yang melibatkan cincin, gelang, koleksi beg tangan, perhiasan, pakaian dan seumpamanya.

Sebenarnya isu Rosmah ini adalah berkaitan karenah seorang yang bernama isteri. Ia menjadi besar kerana suaminya adalah Perdana Menteri. Jalan penyelesaian dalam perkara ini ialah dengan Najib menasihati isterinya supaya berhenti berbelanja mewah dan sentasa tampil sederhana. Itu saja. Soal kiranya teguran itu menimbulkan pergaduhan, perang besar, bermasam muka atau sebagaiya adalah soal lain tetapi oleh kerana ia sudah menjadi percakapan rakyat di mana-mana dan mungkin menjejaskan peluang untuk menang piihanraya, mahu tidak mahu, teguran mesti dilakukan dan bukannya mempertahankan setiap kali isu timbul.

Teguran dan nasihat itu pula sewajarnya dilakukan pada awal-awal lagi, sama ada sebelum ia berbangkit atau selepas kali pertama ia menjadi keriuhan dalam masyarakat. Tindakan Najib mempertahankan dan mengatakan ia cerita yang sengaja direka setiap kali isu berkaitan Rosmah ditimbulkan dan kebetulan isu ini sudah beberapa kali muncul di media, seperti menunjukkan bahawa Najib tidak pernah menasihati isterinya itu.

Biasanya kerja menegur dan menasihat adalah amalan biasa seorang lelaki dan suami sementara amalan biasa seorang wanita atau isteri pula ialah mempertahankan dan menjaga maruah pasangannya dengan tidak melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan hukum serta amalan masyarakat.

Dalam hal ini jika Najib sudah menegur dan menasihati isterinya itu, sudah pastinya beliau tdak perlu bersuara banyak kali mempertahankan perlakuan isterinya itu. Dan tentunya tidak perlu juga menteri-menteri serta jentera UMNO turut bercakap mengenainya, sekurang-kurangnya bolehlah mereka ini menumpukan pada tugas-tugas lain yang lebih mustahak.

Mungkin juga dalam hal ini Najib sudah memberi teguran tapi kurang didengari oleh Rosmah. Atau mungkinkah teguran dan nasihat tidak diberi kerana Najib terlalu sayangkan Rosmah!

Kepala artis ini dihentak ke dinding oleh suami

ANI...pengajaran buat suamiKUALA LUMPUR: Penyanyi dangdut dan pelakon, Ani Mayuni membuat laporan polis mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, di sini, semalam.
Dalam laporannya, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher.

Sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan.

Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya.

Bagaimanapun, artis yang popular dengan lagu Sedap itu bernasib baik apabila abang kandungnya yang kebetulan datang ke rumah menyelamatkan dia daripada terus dipukul.

Dr Hassan Ali.... kembalilah ke pangkal jalan....

Jawa_Lireks



Betul mlm tadi saya ikuti ceramah DHA hingga akhir. Sapa org2 yg atas pagar pergi dgr, pasti akan terkesima dan bersetuju hatta menyokong apa yg dikatakannya oleh penceramah mlm td (Dr Hasan Ali, Ust Hasan Basri dan Norman Toha selaku moderator).

Ketibaan DHA disambut dgn iringan hampir 100 buah motorsikal yg rata2nya anak muda dan ada beberapa wajah yg mmg saya kenal dgn kerajinanya join majlis UMNO asal dpt duit minyak, t-shirt free dan ade geng blh rempit. Begitu jg ketua mereka yg sentiasa menagih projek2 besar (dia org kontraktor, pham2 la.....). Dari raut wajah mereka tidak menampakkan jiwa merdeka dan matang, hanya terikut kawan2 dan keseronokan berkonvoi, janji masyuk.....

Spt yg saya jangka DHA mmg bijak. 30 min pertama ucapannya tidak pun menyentuh soal politik, terasa seolah berada dalam 1 majlis ilmu/motivasi keagamaan. Beliau mengupas tentang institusi keluarga yg semakin goyah. Anak muda yg semakin lupa akan agama dan jati diri. Peranan institusi masjid dan ustaz2 yg makin terpinggir. Dan peranan jemaah yg semakin hilang dlam kehidupan umat Melayu Islam. Saya setuju dgn segmen awal yg disampaikan beliau....

Apabila masuk pada peringkat berikutnya barulah dia memulakan hujah dgn 'hentaman' yg cukup berlapik terhadap DAP khususnya dan PKR dan PAS amnya. Spt yg saya katakan DHA mmg bijak, dia tidak memainkan peranan dalam menyerang secara keras terhadap lawannya terutama parti lamanya PAS. Dgn ayat dan nada yg tegas tapi berhemah, dia menerangkan tentang apa yg disifatkannya halangan dlm beliau melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor ketika beliau memegang portfolio Exco Agama Selangor. Halangan itulah yg dinukilkan datangnya dari DAP, PKR dan PAS sendiri....

Tapi ternyata kata2 beliau penuh dgn hidden agenda. Beliau kini ibarat bom jangka yg mampu mengganggu gugat perpaduan PR. Setelah sekian lama peranan yg diberikan kepada ulama2 UMNO, dari bekas imam masjid negara Datuk Pirdaus Ismail membawa kepada Ummu Hadari Ustzh Masitah Ibrahim dan kini anak muda berjiwa besar Ust Fathul Bari, namun belum ada yg mampu menggugat perpaduan dan prinsip perjuangan yg ditunjangi PAS terutamanya dan PR umumnya.....

Beliau menegaskan yg kini dalam PR membawa fahaman liberal dan pluralisma. PAS yg dulu dilihat memperjuangkan Islam kini menikus apabila bersatu dgn DAP dan PKR. Peranan PAS sudah tiada fungsi dalam menegakkan Islam di negara ini. Bahkan PAS dikatakan memiliki banyak parasit yg menggagalkan hasrat murni PAS suatu ketika dulu.

Apabila disebut parasit, teringat pula saya pada seorg sahabat DHA yg suatu ketika dulu selepas terkeluar dari landasan PKR popular dgn ayat 'firaun kecil' nya. Kini fahamlah saya bahawa mereka ini sekufu dan sehati sejiwa dalam perjuangan..... Hinggakan sahabat mereka yg satu lagi boleh tersilap bagi angpow putih sempena Tahun Baru Cina baru2 ini. Ini mungkin lahir akibat dari kebencian dan hati yg terlalu rasis sehingga terbawa2 tanpa sedar akan kesilapan yg dikatakan tidak tahu itu.

Seterusnya dibawa pula kepada semangat kemelayuan. Maka wujudlah pelbagai NGO seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Nama spt PERKASA, Pekida, Waris Malaya dan tak lama lagi JATI (sekadar menyebut beberapa nama) kini dicanang sebagai kuasa politik ketiga negara. Waima pertubuhan silat pun kini dan lantang bersuara untuk menyokong pihak kepartian. Sedarkah anda bahawa ini semua mula wujud dan aktifnya setelah peranan UMNO sendiri yg mempunyai ahli seramai 3 juta orang itu tidak mampu bertahan dan hampir gagal.....? Maka diwujudkan kuasa ketiga ini demi survival mereka yg semakin goyah.

Hari demi hari, suara 'Melayu tulen' yg lantang bersuara depan wartawan (tapi takut/kalah dgn bini dan ubat batuk) muncul dgn pelbagai kupasan isu dan pendesak kepada peranan dan survival Melayu. Tapi Hari demi hari juga lah suara itu semakin jelak, bosan dan tidak releven didengari rakyat. Kini muncul pula wira. Dengan Kelayakan akademiknya yg tinggi, kebolehannya dalam bidang agama dan pengalamannya dalam motivasi. Beliau (Dr Hasan Ali) diangkat dan dijulang sebagai wira Melayu mutahir ini.

Saya yakin DHA tidak akan menyertai UMNO walaupun dahulu beliaulah org yg paling kuat berjuang dalam PAS utk kerajaan perpaduan. Mungkin ketika itu beliau lupa dan tak perasan luka lama PAS yg berkali diperkotak katikkan oleh UMNO dalam idea perpaduan itu. Dan saya juga kuat menyatakan yg beliau akan bertanding secara bebas pd pilihanraya akan datang. Sama2 kita saksikan....

Besar harapan sy pada DHA, kembalilah kepangkuan asal tuan. Kembalilah berjuang di medan motivasi dan agama seperti yg beliau perjuangkan dulu. Saya juga adalah salah seorang pelajar beliau yg menyertai Summer Camp ketika kanak2 dahulu. Bila mendengar 30 min pertama ceramah beliau mlm tadi, teringat akan kenangan di Kem Sg Lui suatu ketika dahulu. Forum Perdana Ehwal ISlam Tv1 ketika ini sgt hambar. Org2 tua yg dahulu fanatik dgnnya, kini mula menjauhinya. Pernah saya borak dgn ibu rakan saya. Beliau katakan Forum Perdana kini tiada roh. Tidak seperti zaman DHA dan rakan2......

Wallahu'alam.......

Rumah umpama selepas perang akibat puting beliung

Harakahdaily
(Nizar naik di atas bumbung sebuah rumah yang terkena puting beliong petang semalam bagi melihat secara menyeluruh kawasan yang menjadi mangsa.)

SRI MANJUNG, 3 Feb: Berpuluh-puluh buah rumah di Taman Sri Manjung, Fasa 3 hilang bumbung masing-masing apabila diserang ribut puting beliong lewat petang semalam.

Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin yang sempat menziarahinya pagi ini melihat sendiri bagaimana bumbung rumah terangkat jauh akibat ribut tersebut.

Beliau yang amat bersimpati dengan keadaan itu berjanji akan mengumumkan pelancaran kutipan derma kilat bagi membantu mangsa di dua buah masjid di Manjung menjelang solat Jumaat hari ini.

"Saya menyeru orang ramai mengambil peluang ini untuk memberikan sumbangan derma kepada mangsa," kata beliau melalui Twitternya.
(Gambar: Nizar melihat dari dekat kemusnahan kira-kira 200 buah rumah akibat ribut.)
Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat memberikan bantuan segera kepada mangsa.

"Terima kasih tertinggi kepada semua petugas PDRM, bomba, Majlis Keselematan Negara daerah Manjung, pejabat Daerah, OBJ, MPM, JKKP dan lain-lain yang memberi khidmat terbaik membantu mangsa ribut," kata Nizar.

Wahai pemimpin Pakatan: Cukup, hentikanlah kenyataan kontroversi!

ZULKIFLI YAHAYA
Semua petunjuk membayangkan bahawa pilihan raya umum ke-13 hampir pasti diadakan, selewat-lewatnya sebelum bulan Ramadan tahun ini. Presiden Umno dengan memakai baju Perdana Menteri turun bertemu rakyat dari pelbagai kelompok, satu demi satu, untuk berkempen meminta mandat dari rakyat supaya BN terus berkuasa.

Pelbagai jenis bantuan yang muncul 54 tahun sekali diperkenalkan oleh Dato' Seri Najib Razak, sehingga rakyat terasa lemas dengan sumbangan yang dihulurkan itu. Melayu mudah lupa, justeru jarak antara masa pemberian politik dengan PRU13 mestilah tidak terlalu jauh supaya rakyat tidak melupainya. Maka bagi BN, minda orang Melayu mesti dikepung dalam jarak waktu tersebut.

Semua sedia maklum bahawa dalam sistem pilihan raya di Malaysia, demokrasi hanya berlaku sewaktu mengundi dan menunggu keputusan. Itupun tidak termasuk undi pos.

Jadi dalam keadaan demokrasi yang pincang ini, kekuatan bagi pihak pembangkang ataupun Pakatan Rakyat ialah mengurangkan diri dari melakukan kesilapan kerana BN mempunyai kekuatan logistik untuk menyerang pembangkang secara besar-besaran.

Jika sekali pemimpin Pakatan tersasul dalam percakapan maka ia akan dijadikan modal untuk membelasah seseorang dan partinya berhari-hari malah berminggu-minggu lamanya. Sebahagian rakyat akan termakan juga dakyah mereka.

Yang menjadikan hati nurani ahli dan penyokong PR remuk redam ialah kerana yang mengeluarkan kenyataan kontroversi itu ialah pemimpin peringkat atasan. Jentera penerangan PAS di semua peringkat yang sepatutnya berperanan menerang dan menyerang, terpaksa pula membuang masa menjelaskan isu kontroversi yang dibangkitkan. Akhirnya Pakatan sentiasa defensif setiap kali menjelang pilihan raya.

Biarlah dalam waktu yang sangat kritikal ini semua tenaga dalam Pakatan di semua peringkat menumpukan perhatian untuk mengajak majoriti rakyat menyokong Pakatan Rakyat dan menolak BN. Tumpukan perhatian dalam negara.

Rakyat Amerika atau rakyat Israel tidak menyumbang walau satu undi pun untuk kita, maka apa perlunya kenyataan "menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel" dibuat. Entiti haram Israel terbangun atas tanah milik rakyat palestin yang dirampas. Jadi tiada seinci pun bumi Israel yang layak dipanggil negara. Sepatah kenyataan itu menyebabkan BN berjaya menimbus isu perunding APCO yang telah dimenangi oleh Pakatan dua tahun lalu.

Kadangkala ayat terbuka yang diucapkan yang mempunyai pelbagai makna pun dimanipulasi, walhal maksudnya tidak begitu. Seperti isu kononnya pemimpin utama Pakatan menyokong sodomi. Tetapi kalau media antarabangsa ini terus tidak dilayan sekurang-kurangnya untuk sementara waktu, maka ia akan lebih memudahkan kerja Pakatan menghadapi pilihan raya.

Biarlah masyarakat dunia tidak "dipengaruhi" terhadap apa-apa isu pun sebab mereka bukan boleh mengundi di Malaysia. Pedulikan mereka. Jangan ghairah sangat dengan mikrofon media antarabangsa.

Selepas kecewa dengan undi bukan Melayu, selama empat tahun BN berusaha mengembleng sokongan orang Melayu. Ia membuahkan hasil. Semua penganalisis politik bersepakat bahawa sokongan pengundi Melayu terhadap Pakatran terjejas. Momokan Umno cukup mudah; Pakatan Rakyat mengancam Melayu dan Islam.

Satu demi satu 'bukti' dipaparkan. Malang jika pemimpin Pakatan pula yang menambah 'bukti-bukti' tersebut.

Dalam sistem demokrasi seorang rakyat Malaysia yang cukup syaratnya hanya memiliki kuasa satu undi, tidak kira seorang profesor atau seorang gila. Golongan intelek boleh menghakim sesuatu isu dengan analisis tetapi golongan biasa dan berpendidikan rendah biasanya tidak mempunyai keupayaan tersebut. Bagi golongan yang malas berfikir pula hanya menelan bulat-bulat apa yang terhidang.

Kenyataan seringkas "masuk perangkap Umno", "DAP boleh tanding kawasan Melayu", "bersedia tidak jadi calon", "memimpin sampai mati", "menyokong Auku", "ambil tindakan disiplin" -- yang diucapkan secara terbuka, semuanya menjadi hidangan yang sangat enak kepada musuh untuk dieksploit. Tidak bercakap perkara tersebut adalah lebih baik bagi parti.

Di tengah-tengah Pakatan Rakyat perlu mengembleng seluruh kekuatan untuk menumbangkan BN dalam peluang sangat baik ini, datang pula satu lagi cabaran terhadap PAS dengan kemunculan bekas pemimpin parti dengan teori kuasa ketiganya. Pentas yang diguna untuk mempertahankan kemurnian aqidah kononnya, sebaliknya menjadi medan menghentam PAS serta memecahbelahkan masyarakat.

Janganlah nak kata, semua yang berlaku itu tidak memberi kesan terhadap parti. Semuanya mampu memudaratkan, justeru jangan menambah lagi kemudaratan dengan kenyataan sia-sia yang memberi peluru kepada musuh untuk menyerang.

Sabarlah sekejap wahai para pemimpinku, sementara keputusan PRU13 belum diumumkan; berhentilah membuat kenyataan yang boleh mengundang kontroversi!

Kereta, rumah timbalan p'jaya PAS Johor dibakar

tenang pas pc 290111 dzulkefly ahmad
Dua kereta milik timbalan pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, di Johor Baharu hangus terbakar dalam satu kejadian awal pagi ini.


Menurut laporan Harakahdaily, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sewaktu beliau dengan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas

"Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah.

"Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," kata Dzulkefly yang dihubungi akhbar rasmi PAS itu.

Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak.

"BMW keseluruhannya hangus, sebuah lagi kereta Camry yang diletak di sebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih boleh dibaiki.

"Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya lagi dipetik oleh Harakadaily sambil memaklumkan laporan polis telah dibuat.
Sementara itu, ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman dalam SMS kepada Malaysiakini berkata beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu ada kaitan dengan pihak yang tidak berpuas hati dengan Dzulkefly.

Ini kerana, timbalan pesuruhjaya PAS itu banyak mendedahkan isu-isu panas di Johor.

“Dahsyat! Kereta dalam garaj dipercayai disimbah minyak meletup. Api marak ke ruang tamu. Beliau dan ahli keluarga sempat keluar ikut pintu belakang.

“Kejadian jam 3.40 pagi ini di Tmn Universiti, Gelang Patah. Botol minyak tanah lima liter ditemui,” tulisnya.

Menurut laporan Harkahdaily, Mazlan yang turut bergegas ke tempat kejadian awal pagi tadi mendesak pihak polis menjalankan siasatan terperinci agar pihak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan.

"Kita yakin dengan kepakaran pihak polis, dan kita harap polis menjalankan siasatan terperinci," katanya.

Remaja dipenjara kerana bercium

ABU DHABI: Seorang remaja lelaki berumur 15 tahun dimasukkan ke pusat juvana selama tiga tahun di Emriah Arab Bersatu (AUE), selepas ditangkap bercium bersama dua remaja perempuan yang juga adik beradik.

Bapa mereka bertindak menghubungi polis, apabila menemui mereka melakukan perbuatan itu di rumahnya di Abu Dhabi.

Dia dituduh melakukan serangan seksual, memecah masuk ke dalam rumah mangsa, memberitahu hakim bahawa dua remaja perempuan berumur 13 tahun itu membenarkannya masuk dan kejadian itu bukan kali pertama, berikutan mangsa menjemputnya masuk ke dalam rumah serta rela berkucup.

Dalam perbicaraan Ahad lalu, dua remaja perempuan itu enggan menjawab soalan, mahu pun menafikan dan mengaku terhadap dakwaan terbabit.

Hakim menetapkan remaja lelaki itu boleh ditahan sehingga berumur 18 tahun, tetapi boleh dibebaskan jika dia menunjukkan keinginan untuk berdisiplin.
-sinarharian-

Semacam ada yang tak kena dengan kenyataan Ahmad said

anaabdullah

Utusan Malaysia melaporkan bahawa RM 50 juta peralatan milik Stadium Sultan Mizan Gong Badak Kuala Terengganu dicuri. Kebanyakan rakyat Terengganu terkejut dengan kes yang tak di sangka sangka boleh berlaku dengan mudah, sedangkan ada pengawal keselamatan khusus. Besar kemungkinan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said juga terkejut lantas dalam mesyuarat EXCO Rabu 1 January 2012 memutuskan laporan yang dibuat utusan Malaysia itu suatu kesilapan.


Dalam satu kenyataan akhbar pada hari tersebut Ahmad Said menyatakan RM 50 juta itu adalah kos baiki struktur Stadium yang runtuh termasuk memasang atap baru.
Sehubungan dengan itu Ahmad tidak nafi berlaku kecurian peralatan di stadium Sultan Mizan itu, tetapi bukan sepertimana laporan Utusan Malaysia tersebut.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah turut membuat kenyataan Akhbar bahawa kerajaan sudah setuju untuk membaiki stadium Sultan yang runtuh tempoh hari.

Mazlan Ngah menyatakan Kerajaan akan mengeluar tender untuk memilihkontraktor bagi membaiki struktur dan atap yang runtuh itu.

Penulis dapat maklumat bahawa mahkamah telah membuat keputusan tanggungjawab dan tugas membaiki kesseluruhan Stadium itu terletak pada kontraktor asal,kerana berlaku kesilapan, termasuk Kosnya ditanggung kontraktor terbabit.

Ini,mesti ada yang tak kena antara kenyataan Ahmad Said dan Mazlan Ngah setia Usaha Kerajaan negeri.Kalau tidak mengapa Datuk Setiausaha bercakap lain dan Ahmad Said sebaliknya.

Yang pelik lagi masa siap pembaikian Stadium Sultan Mizan yang runtuh itu dijangka siap pada tahun 2014.Mengapa memakan masa yang begitu lama.

Penulis ada dengar cakap cakap dari mulut salah seorang bekas kakitangan awan kerajaan negeri bahawa kecurian itu dilakukan secara terancang dengan kerjasama pihak tertentu yang ada kaitan orang besar, sepertimana hilangnya Enjin kapal terbang TUDM suatu masa dulu.

Semacam betul juga cakap cakap itu. Kalau tidak mana mungkin Ahmad Said campurtangan dan buat kenyataan akhbar bahawa utusan Malaysia silap.

Tidak dinafikan mana mana akhbar di Malaysia ini pernah melakukan kesilapan.Tapi yang peliknya mengapa Ahmad Said tampil menyatakan, memang ada berlaku kecurian peralatan di Stadium Sultan Mizan yang disebut sebanyak RM 50 juta, tetapi bukan sepertimana yang dilaporkan itu.