"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Seorang Lagi Bekas Jeneral Akan Sertai PR

Mohd Sayuti Omar
PKR dan PAS masing-masing akan menerima seorang anggota baru dari pasukan keselamatan apabila seorang lagi bekas jeneral dan seorang bekas pegawai tinggi polis akan menyertai parti berkenaan. Perundingan untuk mereka menyertai kedua-dua parti itu sudah dijalankan dan hampir beres.

PAS dijangka akan membuat pengumuman kemasukan bekas pegawai tinggi polis berkenaan dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa Agungnya sehari dua lagi. Manakala PKR pula sedang mengadakan rundingan di peringkat akhir dengan bekas jeneral berkenaan.

Menurut maklumat ibu pejabat PKR, rundingan akhir mengenai penyerataan bekas jeneral itu akan diadakan lewat petang ini manakala pengumuman kemasukan itu akan menyusul.

Sebelum ini sekurang-kurang dua pegawai tinggi tentera berpangkat panglima dan seorang pegawai tinggi polis telah menyertai Pakatan Rakyat, seorang melalui PKR dan seorang menerusi PAS. Penyertaan anggota pasukan keselamatan ini memberi suntikan semangat baru untuk PR.

Penyertaan bekas-bekas pegawai tinggi pasukan keselamatan ini juga menggambarkan perubahan besar dalam minda mereka terhadap pembangkang yang mana sebelum ini mereka dipaksa menyokong parti pemerintah tanpa boleh menyatakan apa-apa bantahan.

Penyertaan pegawai tinggi itu juga menyerlahkan bahawa pembangkang kini cukup berwibawa dan menjadi pilihan umum untuk menjadi kerajaan menggantikan Umno dan BN.

Bomoh kena bakar dituduh menyebabkan kematian seorang budak

Bomoh kena bakar
Orang ramai hanya melihat mayat Kepari dibakar dalam timbunan sampah sejurus diserang sekumpulan lelaki. Foto: AP
PORT MORESBY: Seorang wanita dipercayai mengamalkan ilmu sihir di bogel, dipukul dan dibakar hidup-hidup di khalayak ramai oleh sekumpulan penduduk kampung di bandar Wastern Hignlands, Papua New Guinea, kelmarin.

Timbalan Pesuruhjaya Polis, Simon Kauba berkata, orang ramai termasuk kanak-kanak tidak menghiraukan rayuan wanita itu selepas didakwa menyebabkan kematian.

"Penduduk berang terhadap wanita itu kerana menyebabkan kematian terhadap seorang budak ketika upacara sihir dilakukan," katanya.

Kepari Leniata, 20, dibakar bersama timbunan sampah di kawasan pembuangan sampah berdekatan kawasan rumahnya.

Hukuman yang mendahului pihak berkuasa itu bagaimanapun mendapat kritikan daripada pemimpin negara termasuk anggota polis.

"Setakat ini, penduduk di situ enggan bekerjasama dengan polis. Mereka masih percaya kepada pengamal bomoh," kata Simon.

Katanya, polis mengesyaki serangan itu dilakukan oleh lebih 50 lelaki. - AP

Nasharudin diminta jangan cemar nama Allahyarham Datuk Fadzil

SINAR HARIAN
Khalid Samad
Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor, Khalid Samad
SHAH ALAM: Pas Selangor mengingatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa supaya tidak mencemarkan nama baik bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor dengan segala tindakan dan kenyataan beliau.

Timbalan Pesuruhjaya Pas III, Khalid Samad berkata, Nasharudin sepatutnya berterima kasih kepada Ustaz Fadzil kerana membawa beliau yang langsung tidak dikenali terus ke pimpinan Pusat dan dilantik sebagai Setiausaha Agung Pas.

“Beliau bukan siapa-siapa sebelum Ustaz Fadzil ambil dan letak di pentas utama politik Pas. Saya minta dia jangan cemar nama Ustaz Fadzil iaitu mengaitkan dengan tindakan dilakukannya,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Khalid berkata, ucapan Nasharudin di sebuah stesen televisyen swasta baru-baru dilihat seolah-olah menjual nama bekas itu Presiden Pas sedangkan itu kenyataannya sendiri.

“Soal tahaluf siasi ini dimulakan pada zaman kepimpinan Ustaz Fadzil. Ianya merupakan keputusan hasil perbincangan melibatkan bukan sahaja pemimpin Pas, tetapi pemimpin gerakan Islam seluruh dunia.

“Mereka berbahas berdasarkan fahaman, suasana dan prinsip politik mengikut syariat Islam. Ia diputuskan bahawa Pas menjadi parti relevan bagi seluruh Malaysia dan rakyatnya, maka persoalan tahaluf siasi ini kerjasama dengan DAP dan PKR tidak menjadi masalah,” katanya.

Beliau berkata, Pas Selangor kesal dengan tindakan Nasharudin yang tidak mahu membetulkan diri sendiri dengan menerima keputusan jemaah atau parti tetapi terus ingin melanggarnya walaupun ia salah dari sudut disiplin.

“Tindakan itu membuktikan beliau tidak layak menjadi ahli Majlis Syura Ulamak maka keputusan Majlis Syura Ulamak menggugurkannya terbukti tepat dan betul.

“Tindakannya membuktikan beliau tidak layak menjadi Timbalan Presiden Pas, maka ianya mengesahkan keputusan Muktamar 2011 yang tidak memilihnya sebagai Timbalan Presiden," katanya.

Dalam pada itu, Khalid turut mengulas mengenai gesaan Nasharudin yang mahu Pas keluar dari Pakatan Rakyat (PR).

“Ia bercanggah dengan apa diwariskan oleh Ustaz Fadzil dan kata-kata beliau sendiri bahawa ini satu ijtihad hebat untuk menjadikan Pas itu relevan bagi semua di seluruh negara Malaysia. Kalau keluar dari PR, maka Pas akan bersendirian dan hanya dapat memainkan peranan untuk sektor masyarakat tertentu sahaja,” katanya.

Johor bakal milik Pakatan Rakyat selepas PRU13

Muhammad Faizal

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yakin Johor akan menjadi milik Pakatan Rakyat selepas Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Jelas beliau, ini akan menjadi kenyataan apabila melihat tsunami politik dan sokongan yang diberikan rakyat terhadap Pakatan yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Menurut beliau lagi, 12 kerusi parlimen akan turut menjadi milik Pakatan Rakyat apabila rakyat di beberapa kawasan khasnya luar banda dan kawasan pinggir bandar mahukan suatu perubahan.

"Saya yakin jika adanya lonjakan undi Melayu pada tahap 35 hingga 45 peratus termasuk sokongan undi bukan Melayu pada PRU13 nanti Johor menjadi milik Pakatan Rakyat.

"Walaupun ada beberapa tempat yang masih menjadi kubu Umno tapi itu dalam dalam lingkungan yang kecil kerana di tempat-tempat lain sokongan dari kaum Melayu sudah melebihi 30 peratus," jelas beliau lagi.

Salahuddin turut memberitahu khususnya di kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) kaum Melayu terus terpinggir dan mahukan perubahan, apabila kehidupan mereka terkesan akibat dari tindakan kerajaan negeri yang membangunkan WPI tanpa memikirkan nasib mereka.

"Kini masyarakat Melayu di WPI bukan lagi Melayu kelahiran Johor, sebaliknya ramai yang datang memiliki rumah di WPI adalah dari negara jiran.

"Boleh dikatakan Umno membela Melayu di Johor sebenarnya hanya indah khabar dari rupa, kaum Melayu di sini hidup tidak menentu malah tanah rumah yang mereka diami bukannya milik mereka sendiri," sambung beliau lagi.

Jelas beliau lagi, perubahan di Johor pasti menjadi kenyataan jika kelompok Melayu bandar dan kawasan pinggir tekad melakukan perubahan.

Di samping, katanya sokongan yang diberikan pengundi Cina yang secara terang menolak kerajaan Umno Barisan Nasional di Johor.

Rakaman sebut polis beri arahan huru hara di Felda Sungai Tengi

Felda Sungai TengiSELANGOR, 9 Feb: Satu rakaman video mesyuarat untuk membincangkan huru-hara ketika ceramah Anak di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor pada 4 Februari lalu tersebar di internet.
Rakaman 15 minit itu dimuat naik ke Youtube dengan tajuk “Perancangan jahat ‘Umno Untuk Serang Ceramah ANAK di Felda Sungai Tengi Terbongkar’.

Ia memaparkan penerangan pengerusi mesyuarat yang dipercayai Pengurus Felda Sungai Tengi, berhubung tindakan menghalang ceramah Presiden Anak, Mazlan Aliman.

Antara lain, pengerusi mesyuarat tersebut berkata tindakan itu direstui pegawai polis.

“Gerak kerja kita, kalau dia (Mazlan) terlepas juga masuk sepertimana pegawai polis cakap tadi, kita buat seolah-olah macam membantah lah, kita buat huru hara,”

“Tapi jangan bergaduh, saya minta sangat lah jangan bergaduh..”

Kenyataan itu segera disampuk salah seorang daripada mereka yang berkata “Kalau dah huru hara bergaduh jugak..” dan disambut ketawa mereka yang berada di situ.

Pengerusi Felda berkenaan kemudian menyebut arahan itu datang dari pegawai Polis Daerah Kuala Kubu Baru.

“Kalau dia buat ceramah tu kita buat bising lah, Itu yang pegawai polis daerah Kuala Kubu Baru, pesan kat saya tadi,” katanya dipetik dalam rakaman itu sambil menambah ia dilakukan dengan tujuan membatalkan program tersebut.
Dalam pada itu maklumat di Facebook menyatakan mesyuarat itu dihadiri pengurusan Felda Sungai Tengi, Perkasa, Umno, Seranta dan Majlis Belia Felda.

Pada 4 Februari lalu, Mazlan Aliman dilapor diserang kumpulan didalangi Umno ketika hendak memulakan ucapan di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor.

Mazlan berkata kira-kira 100 samseng membaling botol, kerusi, kun dan pelbagai objek lain. Malah mereka juga menumbuk dan menendang Unit amal Pas.

Oleh kerana samseng-samseng berkenaan enggan beredar dan bimbang keselamatan hadirin, ceramah itu kemudian di batalkan.

Tanda-tanda BN nak meninggal pada PRU13?

http://mutaligat.blogspot.com 
Ini tanda-tanda awal BN hendak meninggal pada PRU 13.

Tak tau mana atas mana bawah............

Tampar petugas, suspek diberi dua pilihan

Blog Ibn75.wordpress.com
PONTIAN – Suspek yang menyebabkan kecederaan di bahagian pipi seorang petugas PAS akibat ditampar diberi dua pilihan.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Pontian, Raden Sarobo Pono, permohonan maaf secara terbuka diberikan kepada suspek yang dikenali sebagai Johari pada dua tempat ceramah yang akan diadakan di lokasi yang berlainan.

“Sekiranya gagal, dia berdepan dengan tindakan undang-undang. Proses perundangan diuruskan oleh peguam Hassan Karim.

“Tempat pertama, dia kena minta maaf pada 6 Februari ini di Tampok sempena ceramah Dr Abd Aziz Bari. Manakala yang kedua di Lubok Sifat sempena ceramah Mazlan Aliman,” katanya lagi ketika dihubungi.

Raden Sarobo berkata demikian sebagai mengulas kenyataannya di Sinar Harian yang menyebut, pihaknya telah menghantar surat peguam bagi meminta pihak yang menampar petugas Pas, Mohd Hanif Masuri, 34, meminta maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku 23 Januari lalu, Mohd Hanif bersama empat rakannya yang sedang memacak bendera parti pembangkang di kawasan persimpangan lampu isyarat Parit Madirono kira-kira 12.30 tengah malam, ditampar seorang lelaki yang datang secara tiba-tiba.

Ceramah Dr Abd Aziz Bari pecah tembok penghalang

Blog Ibn75.wordpress.com
PONTIAN – Jika dahulu amat sukar PAS mendapat kepercayaan daripada masyarakat untuk memperjuangkan nasib mereka.

Bagaimanapun, akhir-akhir ini tembok penghalang bagi masyarakat mendekati parti Islam itu berjaya dipecahkan.

Hal ini dapat dibuktikan, kata Ustaz Mohd Faizul Hakim Ahmad, Ketua Pemuda PAS Pontian, ketika menganjurkan ceramah Aziz Bari terdapat tiga isu tempatan berjaya diketengahkan.

” Ia hasil daripada orang ramai yang datang mengadu kepada kami berhubung beberapa masalah. Mereka telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Dr Abdul Aziz selaku wakil Pusat Aduan Rakyat (PAR) Benut dengan harapan isu yang diketengahkan ini mampu membuka mata banyak pihak terutama UMNO Pontian,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Ceramah ‘Saat Melakar Perubahan’ anjuran PAS Cawangan Sungai Besar bersama Dewan Pemuda PAS Pontian, di pekarangan PASTI al-Hirak, Pekan Tampok, dekat sini, semalam.

Turut hadir, Ustaz Abdullah Hussin, Ketua Dewan Ulamak PAS Johor, Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Dr Ungku Mohd Noor Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang dan Mohd Hanif Hosman, Ketua AMK Keadilan cabang Pontian.

Terdahulu, majlis diserikan dengan penyerahan memorandum bantahan daripada Mohd. Ameruddin, wakil penduduk Tampok Darat dalam isu jalan, Mohamad Tahir, wakil penduduk Kampung Sungai Besar laut dalam isu jalan dan Mohd Syafie, wakil belia dalam isu bantahan bayaran menggunakan gelanggang Futsal 1Malaysia Kompleks Penghulu Mukim Benut.

TUJUH treler halang DSAI di Kuantan

Gendang Perang

Seorang facebooker melaporkan bahawa Jelajah Merdeka Rakyat di Kuantan telah dihalang oleh manusia-manusia yang berlainan pandangan politik.

Beliau melaporkan tujuh buah treller digunakan untuk mengepung jalan di Bukit Kuantan menyebabkan DSAI membuat keputusan membatalkan program di sana.

Beliau turut melaporkan bahawa enam buah kereta team A telah dikepung oleh seteru politik.

Anwar dijangka meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Surau Haji Ali, Kampong Tengah, Kuantan sebelum ke Taman Berjaya Permai, Kempadang, Kuantan berdasarkan jadual program HKR hari ini.
8 Februari 2013 (Jumaat)

1) 5.00 ptg – Anwar Ibrahim Bersama Masyarkat Felda
Lokasi: FELDA Bukit Kuantan

2) 6.00 ptg – Ramah Mesra Dan Minum Petang
Lokasi: Rmh Hj Kassim, Perkampongan Cenderawasih, Kuantan

3) 7.15 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib
Lokasi: Surau Haji Ali, Kampong Tengah, Kuantan

4) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana Demi Rakyat
Lokasi: Taman Berjaya Permai, Kempadang, Kuantan
Datuk seri Anwar Ibrahim bersama Ustaz Tuan Ibrahim di Kampung Kempadang Kuantan

Updated at 10..16 pm, 8.2.2013
5) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat
Lokasi: Taman Impian, Jalan Sungai Lembing, Kuantan

6) Barisan Penceramah:
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Fauziah Salleh
iii. YBhg Dato’ Fauzi Abdul Rahman
iv. Sdr Lee Chean Chung
v. YBhg Ustaz Rosli Abdul Jabar

Semakin hari semakin terserlah siapa sebenarnya mereka

Sumber: wasukalu.com

Musa Hassan Telah Berjumpa Anwar: Untuk Apa?

Mohd Sayuti Omar
Ada maklumat bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan telah menemui Anwar Ibrahim beberapa hari lepas. Musa sebelum ini telah menarik samannya terhadap Anwar berhubung satu laporan polis dibuat Anwar kononnya Musa telah melindungi fakta dalam siasatan ke atas satu kes membabitkan Ketua Umum PKR itu.
Penarikan balik saman oleh Musa tanpa atas kehendak bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebaliknya atas kerelaan Musa menimbulkan pelbagai tanda tanya. Ada yang berpendapat Musa menyesal dengan perbuatannya terhadap Anwar semasa menjadi seorang pegawai polis yang penuh berkuasa dulu.

Tidak kurang juga ada yang beranggapan Musa telah menemui petunjuk baru dan ada juga yang menghitungkan penarikan balik saman itu kerana ada udang di sebalik batu.

Musa cuba telah menjelaskan ia adalah atas kerelaan dan bukan bermotif politik. Tetapi para pemerhati dan penganalisa berpolitik tetap beranggapan kerelaaan Musa untuk berbaik dengan Anwar itu tetap ada motifnya. Justeru Anwar diharap agar berwaspada dan tidak mudah tidur dalam perut Musa.

Berhubung pertemuan Musa dengan Anwar itu, saya difahamkan Musa dikatakan telah berbincang sesuatu yang agak menarik dengan Anwar dan dalam pertemuan itu Musa juga telah membuat pengakuan berhubung kes liwat yang didakwa ke atas Anwar sebagai satu daripada strategi politik.

Khabarnya, Anwar telah meminta Musa membuat kenyataan akhbar tentang pengakuan itu tetapi Musa enggan. Kenapa enggan? Sekiranya Musa ikhlas untuk berbaik dengan Anwar dan insaf atas apa-apa kezaliman yang dilakukan ke atas Anwar sebelum ini Musa tidak perlu malu-malu untuk membuat penjelasan kepada umum.

Disebabkan pertemuan dan perbincangan itu sudah berlaku, sudah pasti Anwar ada 'rancangan' ke atas pertemuan itu dan suatu hari beliau akan jelaskan juga melainkan keduanya ada persefahaman (kontrek) untuk tidak saling menjelaskan isi pertemuan itu.

Dalam perkembangan lain satu maklumat dari seorang bergelar Datuk yang ada pertalian dengan seorang Menteri Besar menyebut, ada usaha dipihak Umno untuk mempertemukan Anwar dengan Mahathir Mohamad. Pertemuan itu akan berlaku di luar negara. Apakah sikap 'tasamuh' yang ditunjukkan Musa anak Hassan itu ada kena mengena dengan rancangan ini?

Nota: sekali lagi diingatkan kepada Anwar agar jangan leka dan terlalu mempercayai kepada sesiapa yang pernah beliau anggap musuh dan menyusahkan hidupnya sebelum ini.

Gambar Abby Abadi ziarah, timang bayi Memey Suhaiza

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Kalau hendak dicari bekas isteri mana yang paling ‘cool’, Abby Abadi satu-satunya insan yang kami boleh lihat sekarang.

“Apa tidaknya, selepas pelbagai kontroversi dilaluinya selama ini, tiba-tiba saja hubungannya bersama Memey dan Norman menjadi jernih,” tulis blogger Omak Kau!.

Kini, menerusi laman Instagram Abby, pelakon ini telah memuatnaik sekeping foto dirinya sedang mendukung anak pertama Memey Suhaiza.

‘Kalau Mazlan terlepas masuk, kita buat huru-hara’

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Satu rakaman video menunjukkan mesyuarat membincangkan perancangan untuk menghalang ceramah Anak di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor pada 4 Februari lalu tersebar di internet.

Rakaman sepanjang 15 minit itu dimuat naik ke Youtube sejak semalam dengan tajuk "Umno dalang Felda Sungai Tengi".

Rakaman itu antara lain memaparkan sekumpulan orang mendengar penerangan dari pengerusi mesyuarat yang dipercayai Pengerusi Felda Sungai Tengi, berhubung tindakan untuk menghalang rombongan Presiden Anak, Mazlan Aliman.

Antara lain, pengerusi mesyuarat tersebut menyebut, "Jika Mazlan terlepas masuk, kita ikut arahan polis supaya kita buat huru-hara".

Beliau turut menyebut arahan tersebut adalah dari pegawai polis daerah Kuala Kubu Baru.

Bagaimanapun kata pengerusi mesyuarat tersebut, sebolehnya jangan berlaku pergaduhan.

Dalam pada itu maklumat yang turut dinyatakan di Youtube itu mendakwa antara yang terlibat dalam sekatan tersebut termasuk pengurusan Felda Sungai Tengi, peneroka, Perkasa dan beberapa lagi NGO dari luar yang turut diminta membantu mereka.

Sementara itu, Mazlan dalam komen ringkasnya di Facebook berkata, rakaman mesyuarat tersebut akan diserahkan kepada peguam untuk tindakan lanjut.

"Motif menghalang saya dan Anak hanya semata-mata Anak kononnya pertubuhan haram.

"Terima kasih kepada indiividu yang merakam dan share dlm laman sosial spt ini," tulisnya.

9 Kerusi Parlimen Johor Bakal Jatuh Ke Tangan Pakatan Rakyat

Shahbudin Husin
Dalam pilihanraya umum akan datang ini, Johor adalah antara negeri yang menjadi tumpuan antara BN dan PR. Sementara BN mengharapkan Johor akan terus kekal sebagai kubu kuatnya, PR pula mensasarkanu untuk merampas beberapa kerusi di negeri itu.

Dalam pilihanraya 2008 lalu, Johor adalah antara negeri yang menyumbang banyak kerusi kepada BN, selain Sabah dan Sarawak. Dengan hanya kekurangan 30 kerusi berbanding BN dalam pilihanraya lalu, PR kini sedang melipatgandakan usaha merobek sebanyak mungkin kerusi di ketiga-tiga negeri itu bagi membolehkannya menawan Putrajaya.

Sabah dan Sarawak memang diketahui gelora politiknya. Masalah dalaman di kedua-dua negeri itu hampir pasti memberi harapan cerah kepada berlakunya angin perubahan.

Cuma yang agak kurang kedengaran geloranya ialah Johor. Selama ini ia terkenal dengan kubu kuat UMNO dan BN sehingga menjadi ungkapan popular bahawa songkok pun jika bertanding atas tiket BN pasti akan memperolehi kemenangan.

Tetapi selepas tsunami politik 2008, Johor pun terkena tempiasnya. Walaupun dalam pilihanraya 2008, Johor masih menyumbang banyak kerusi kepada BN, senario menjelang pilihanraya ke 13 ini seperti menampakkan suasana yang berbeza.

Selain faktor perubahan yang mula meresap dalam sanubari setiap rakyat sekarang ini, faktor pengundi Cina yang selama ini menjadi penentu kepada kekuatan BN di Johor juga tidak lagi memihak kepada BN. Sementara pengundi Melayu Johor turut kelihatan mahu berubah dengan ketara melalui beberapa program Pakatan Rakyat yang mendapat sambutan hangat, kedudukan pengundi Cina pula tetap menampakkan angin perubahan yang konsisten sebagaimana yang berlaku di negeri-negeri lain juga.

Seorang pemimpin UMNO Johor memberitahu, sambutan dengan kehadiran ribuan rakyat dalam beberapa demo seperti protes mengenai tanah dan Himpunan Hijau yang menyaksikan kehadiran ribuan orang adalah isyarat jelas bahawa benteng kekuatan UMNO Johor bakal runtuh kali ini.

Di Johor katanya, jika pembangkang dapat mengumpul dua atau tiga ribu orang pun sudah dikira kuat dan mampu menyesakkan nafas UMNO.

Faktor lain yang turut mampu menyumbang kepada kemenangan beberapa kerusi Parlimen di Johor kepada PR ialah kehadiran beberapa tokoh utama mereka yang bakal bertanding di negeri itu. Selain Salahuddin Ayub daripada PAs dan Chua Jui Meng daripada PKR yang bakal mengetuai kekuatan PR untuk menggempur Johor, tokoh veteran DAP Lim Kit Sianf juga dikhabarkan bakal bertanding di salah satu kerusi Parlimen di negeri itu.

Kehadiran tokoh-tokoh besar ini dan mungkin disertai beberapa tokoh lain yang dikenali ramai yang akan mewakili PR, tidak dapat dinafikan bahawa UMNO dan BN tidak boleh lagi berada dalam zon selesa dalam pilihanraya akan datang ini.

Seorang lagi pemimpin UMNO Johor membayangkan bahawa sekurang-kurangnya 9 kerusi Parlimen yang selama ini dikuasai oleh BN akan jatuh ke tangan PR dalam pilihanraya pilihanraya nanti berikutan arus perubahan yang melanda sekarang ini.

Sambil menyebutkan nama kerusi-kerusi yang bakal tumbang dan berada dalam keadaan kritikal itu, beliau juga menghuraikan bahawa faktor perubahan di kawasan-kawasan terbabit bukan melanda di kalangan pengundi bukan Melayi tetapi juga di kalangan pengundi Melayu sendiri.

Sementara faktor perubahan di kalangan pengundi Cina dan bukan Melayu sudah difahami asasnya, faktor perubahan di kalangan pengundi Melayu pula disebabkan beberapa faktor domestik, yang antaranya ialah kecewa dengan pimpinan UMNO negeri mentadbir negeri itu.

Apa yang berlaku di Pasir Gudang di mana beberapa Ketua UMNO Cawangan menutup bilik gerakan pilihanraya kerana kecewa dengan Menteri Besar, Ghani Othman yang gagal menunaikan janji berhubung pemilikan tanah adalah masalah yang bakal membawa beban kali ini. Asasnya kerana masalah pemilikan tanah itu bukan saja berlaku di Pasir Gudang, malah di banyak bahagian lain di negeri itu.

Ada pemimpin UMNO Johor yang melihat masalah itu bakal menjadi isu yang melarat-larat jika gagal ditangani dengan sebaiknya.

Sehingga ini, Ghani Othman dilihat masih membisu dan tidak mahu menjawab berkenaan perkara itu. Ia sudah tentu sesuatu yang mengecewakan bagi kebanyakan rakyat Johor.

Ini kerana, selain masalah tanah itu, Ghani juga turut dibebankan dengan pelbagai masalah lain sebagai Menteri Besar terutama berkaitan hubungannya yang terlalu memberi keistimewaan kepada seorang tauke Cina yang bernama Lim Kang Ho. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Lim Kang Ho dikatakan menguasai majoriti kontrak dan perniagaan yang melibatkan kerajaan negeri itu.

Hubungan Ghani dengan Lim Kang Ho ini bukan saja mejadi percakapan di kalangan rakyat biasa, malah juga di kalangan ahli dan penyokong UMNO sendiri. Mereka kelihatan kecewa kerana Ghani terlalu memberi keistimewaan kepada seorang tauke dan seakan melupakan kepentingan rakyatnya sendiri.

Dengan pelbagai faktor yang berlaku di Johor kebelakangan ini dan pemimpin UMNO negeri itu sendiri membayangkan bahawa sekurang-kurangnya 9 kerusi Parlimen BN bakal tumbang dalam pilihanraya akan datang dan tidak banyak usaha yang dilakukan oleh BN untuk memperbaiki keadaan, kedudukan UMNO dan BN Johor sebagai kubu terkuatnya bakal berakhir tidak lama lagi.

Jika Johor gagal dipertahankan sebagai benteng kekuatan UMNO dan BN, usaha melakar perubahan ke seluruh negara bukanlah sesuatu yang mustahil lagi.

[EKSKLUSIF] Misteri Pertembungan Mahathir Anwar Terbongkar!

hijabulcrewz
Kita bongkar peperangan yang Maha Dasyat yang telah berlaku di Malaysia sejak sekian lama. Ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu punca mengapa berlaku pergeseran yang amat besar antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kebanyakan generasi muda kini muak, keliru dengan konflik ini.
Mereka tidak dapat menentukan siapa yang benar, dan siapa yang salah. Sehinggakan ramai yang bersikap berkecuali dalam politik dan pengundian dalam Pilihan Raya. Kini, segalanya terbongkar. Ayuh, ikuti fakta di bawah ini:-

Ayuh, ikuti fakta di bawah ini:-
Satu fakta yang lagi menggemparkan tanah air adalah>>> [KLIK SINI]]

Nasharudin Mat Isa semakin Menjahukan Diri Dari PAS

abuluqman

Nasharuddin B Mat Isa Di TV3 ..dalam program Puji PM (Gambar kiri)

Temubual TV3 bersama YB Ust Nasaruddin, mantan Timbalan Presiden PAS. Konklusi nya mudah je secara politik:

(1) Kalau dah sampai tahap memuji serta mengangkat Najib & Kak Mah ke tahap yg lebih hebat drp pimpinan parti sendiri....Apa maknanya tu?

(2) Kalau dah sampai tahap menyebut & memuji berkali-kali NGO yg berkaitan dgn UMNO didalam membantu Palestin tanpa menyebut walaupun sepatah apa yg PAS atau KEADILAN atau NGO disebelah PR ni lakukan... Apa lagi maknanya tu?

Justeru itu, dgn bahasa mudah...Ustaz Nasharuddin eloklah skrg masuk UMNO, mudah2an lekat jadi calon BN plak pd PRU13 nanti!!"

Kopiah pun sudah tak lekat di kepala nie. letak sebelah dah .

Masya Allah, Mereka boleh berbangga dengan kerja haram...

Manjung Mari

Walau macam mana sekali pun, aku tetap yakin dengan apa yang berlaku pada 4 tahun yang lampau adalah haram... Tak payah lah mendapat sokongan mufti atau sebagainya,,, yang haram tetap haram...

Maka biasalah,, bila dah termakan yang haram dan jadi darah daging,, maka tiada lagi rasa malu pada rakyat apatah lagi kepada Allah..

Malah mereka masih lagi boleh meraiikannya ulang tahun kerja haram itu...

‘Saya Hanya Tunai Amanah’: DS Zambry
Pandai pulak jawab,, hanya tunai amanah... Ko jawab la apa pun,,, ko akan mati,,, aku berjanji akan memohon appeal dengan kerajan Allah yang maha adil bersama-sama dengan rakyat negeri Perak yang menyokong Pakatan Rakyat, dimana kembalikan kepada yang haq,,

Di situ tiada lagi peguam Hafarizam Harun, Peguam Shafie Abdullah, tiada lagi mufti Shahibulsamaah HarusSani,, Sama-sama lah kita tunggu apa jawaban mu wahai Zambry...

Aku bukan sekadar bercakap kosong mengatakan kerajaan ko kerajaan Haram,,,
Kerajaan Umno Bn haram setelah disahkan oleh muzakarah oleh pihak-pihak yang tiada mana-mana kepentingan pada 10/10/2010,,,

Oleh Dr Khairuddin Abd Malik>

Saya ingin memberikan beberapa penjelasan tambahan berkenaan isu ADUN lompat parti khususnya kejadian 26/01/09 hinggan 03/02/09 yang berlaku di Perak. Merujuk kepada kenyataan akhbar Ketua Puteri UMNO Perak dan Setiausaha Pemuda UMNO Negeri Perak (MS PK4 Akhbar Sinar Harian 18/10/10).

Juga merujuk (MS PK5 akhbar yang sama) tentang pandangan Mufti Perak bahawa lompat parti adalah dibenarkan dalam Islam dengan syarat ADUN lompat terus berkhidmat kepada pengundi.

Berikut penjelasan saya :

i) Muzakarah 17/10/10 yang diadakan di sebuah Hotel di Ipoh adalah sepenuhnya inisiatif peribadi

Dato Thasleem Mohd Ibrahim, Pengerusi Majlis Tindakan India Muslim Malaysia (MTIMM). Faktor utama yang beliau rasakan ‘wajib’ mengadakan majlis tersebut adalah kerana sebagai seorang Muslim beliau merasakan ada sesuatu yang tidak kena tentang fenomena ADUN lompat dari segi perspektif Islam. Sementelahan pula pelbagai surat yang beliau hantar kepada pihak-pihak yang berkelayakan termasuk kepada majlis Fatwa Kebangsaan dan mufti-mufti Negeri tidak mendapat jawapan. Yang adapun daripada mufti Perak bukan jawapan dari Majlis Fatwa Perak tetapi pendapat peribadi yang tidak langsung disertakan hujjah-hujjah Al Quran, Al Hadis ataupun pandangan ulama muktabar. Untuk berlaku adil, penganjur telah menjemput semua pihak yang berkepentingan Islam termasuk ulama-ulama , parti politik, Kedutaan Asing dan NGO-NGO Islam.

ii) Untuk pemimpin-pemimpin UMNO mengatakan muzakarah tersebut retorik dan membuang masa adalah keterlaluan. Membedah siasat kemungkaran untuk dijadikan satu iktibar kepada generasi mendatang bukan membuang masa! Menentang kemungkaran bahkan berkait langsung dengan persoalan keimanan dan persoalan dosa serta pahala.

iii) Islam adalah agama yang syumul (sempurna). Jika persoalan sekecil masuk keluar tandas pun ada adab dan nilai pahala/dosa tidak mungkin persoalan politik yang besar seperti ADUN lompat, pecah amanah tentang janji kepada pengundi, kepada pekerja dan pemimpin parti (yang berhabis-habisan semasa kempen piliharaya) tidak ada hukumnya dalam Islam. Pecah amanah adalah sifat-sifat orang munafiq.

iv) Persoalan ADUN lompat kerana kononnya demi menyelamatkan bangsa adalah juga perkara yang sangat subjektif dan perlu di adili. Benarkah ada penggadaian bangsa oleh Kerajaan PR Perak (KPRP) (March 2008 – Februari 2009). Jika memberikan geran bantuan kepada Sekolah-Sekolah Swasta Cina oleh KPRP dianggap menggadai bangsa kenapa ADUN-ADUN yang sama tidak mengistiharkan tidak lagi menyokong Kerajaan BN Perak (KBNP) apabila Dr. Zambry mengumumkan bantuan RM 400,000 kepada setiap Sekolah Swasta Cina dan menyerah tanah seluas 1,000 Hektar kepada Sekolah-Sekolah yang sama pada awal tahun ini. Bahkan antara acara rasmi awal Dr. Zambry sebagai MB Perak pada 08/02/2009 (hari ke 3 menjadi MB) adalah lawatan dan anugerah RM 100,000 kepada sebuah kuil di Ipoh. ADUN-ADUN Behrang dan Changkat Jering tak pernah pula membantah . Tidak hairan kerana mufti pun tidak beri respon!

v) Adakah sesuatu yang wajar bagi satu parti politik yang memperjuangkan bangsa dan agama (UMNO) dan ADUN-ADUN lompat yang keluar PR dengan alasan nak selamatkan bangsa terpalit dengan pelbagai perkara yang memalukan agama dan bangsa (ingat bagi orang-orang Melayu Islam dan Melayu itu sinonim). Bagi Umno & agen-agen upahannya, mereka terpalit dengan perangkap rasuah, perangkap sex, culik dan ugut ADUN (26/01/09 – 03/02/09). Bagi ADUN-ADUN lompat pula rela untuk di culik, ugut dan diberikan pelbagai imbuhan. Ingat Islam tidak pernah mengizinkan perlakuan dosa demi sesuatu perjuangan yang kononnya benar. Falsafah “tujuan menghalalkan cara” ciptaan laknatullah Machiavelli yang dianuti secara taat oleh UMNO adalah falsafah neraka.

vi) Untuk Mufti Perak secara ‘Superficial’ memberikan hukum lompat ADUN adalah harus (atau? Sunat) tanpa kajian teliti, tanpa merujuk kepada rakan-rakan Ahli majlis Fatwa Negeri yang lain adalah satu tindakan tidak amanah kepada tugasnya. Tidakkah Mufti ingin mengambil kira faktor-faktor : latar belakang kes, perangkap-perangkap mungkar yang digunakan, imbuhan-imbuhan yang diberi dan pelbagai lagi. Menjatuhkan hukum tidak semudah memberikan ceramah “Melayu hilang kuasa jika berpecah” yang menjadi zikir dan mantera Mufti Perak kini. Yang pasti adalah Melayu akan hilang kuasa jika Islam tidak dijadikan dasar perjuangan dan pemerintahan. Kerana Melayu-Melayu yang nak diajak bersatu sudah mencapai angka jutaan adalah penghidap-penghidap HIV, penagih dadah, pelaku zina & anak-anak luar nikah, perasuah-perasuah, pembunuh dan pelaku bunuh diri (suicide).

vii) Jika pula Mufti Perak mengetahui latar belakang kes (perangkap sex, culik, rasuah dan sebagainya) tetapi akur tentang lompat parti dan rampas kuasa BN terhadap Kerajaan PR Perak itu sesuatu yang absah, tindakan mufti tersebut adalah merupakan amalan-amalan dan sikap assobiyah yang sangat klasik. Menyokong kezaliman kerana pelakunya kawan atau puak-puak yang kita suka adalah tindakan yang sama zalim dan ditolak oleh Rasulullah sebagai bukan dari golongan orang-orang yang beriman. Untuk mufti mengatakan ADUN lompat tersebut bersih dari segala noda mungkar tajaan pemimpin-pemimpin besar UMNO adalah petunjuk bahawa mufti sangat naïf dan tidak berwibawa. Jika beliau mendakwa memang naïf, penulis dapat membuktikan ianya satu pembohongan. Pada 03/02/09 jam 10.00 malam di kediaman mufti, penulis sendiri bersama 5 orang saksi memperdengarkan bukti sahih bagaimana rintihan seorang isteri ADUN lompat minta ditolong kerana suaminya diculik oleh agen-agen UMNO. Takkan mufti sudah lupa.

viii) Akhir kalam untuk UMNO menolak hadir muzakarah ilmiah dan syarie anjuran NGO bebas pada 17/10/10 sedangkan PAS hadir dengan segala amanahnya adalah bukti dan testimoni bahawa UMNO tidak berani berhadapan dengan kebenaran hujjah-hujjah agama. Setakat berani berhujjah dengan retorik bangsa Melayu dan agenda pembangunan yang entah kemana adalah terlalu rapoh. Bahkan terkini Presiden UMNO Dato Najib juga mengakui isu pembangunan sebagai agenda mendapatkan sokongan sudah tidak berkesan. Maknanya apa ? Rakyat semakin berilmu, celik, kritis dan bijak untuk menilai : Ilmu & intelek Vs retorik, moraliti Vs korupsi dan demokrasi, syura Vs anarki & Machiavelli.

Sekian, untuk renungan terakhir, mari bersama meneliti hadis berikut:

“Tiada seorang pun pemimpin yang mengendalikan urusan orang-orang Islam, lalu dia tidak bersungguh-sungguh menguruskan mereka dan tidak memberikan nasihat (agama) kepada mereka, melainkan dia tidak akan dapat masuk syurga bersama-sama mereka”. (H.R. Muslim)

Saudaramu dalam Iman,

Dr. Hj. Khairuddin Bin Dato’ Abd. Malik
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak
Ahli Majlis Perunding MAPIM.

HOT: Najib TERMALU besar dengan Anwar

Shalehudin
SEGMEN "JANI DICAPATI"
ANWAR - kita akan turunkan harga barang/minyak, beri pendidikan percuma dan kos sara hidup lebih terjamin jika pakatan ke putrajaya.

NAJIB - jika pakatan menang dan memerintah, negara akan bankrup dengan manifesto pembangkang itu.

ANWAR - kita yakin jika tiada seleweng, rasuah, korup, kita boleh beri keselesaan kepada rakyat. Dengan mengurus tadbir dengan baik dana awam dan hasil negara.

NAJIB - pembangkang hanya pandai berjanji, pembangkang ibarat penjual ubat dijalanan. Mereka tidak pandai mengurus tadbir negara.

ANWAR - saya sudah hantar surat jemputan kepada presiden UMNO @ PERDANA MENTERI untuk berdebat isu ekonomi rakyat dan isu pertadbiran negara.

NAJIB - jangan cuba nak cabar saya, nanti ada yang demam dan mengeletar.

ANWAR - saya ulangi sekali lagi, saya ingin berdebat dengan perdana menteri secara langsung dikaca tv, supaya rakyat dapat menilai agenda ekonomi rakyat dan hala tuju negara yang lebih baik.

NAJIB - debat budaya barat. KAH KAH KAH.....

ANWAR - cakap berdegar degar, di ajak berdebat PENAKUT!

NAJIB - haramjadah..!! Relax lah bro, gua cakap dengan penyokong memang macam tu. Lu faham lah sikit der...

Kahkahkah...Pttuihhh...!!!

Pengurus Felda Kota Gelanggi 2 Rampas Mikrofon Ketika Ustaz Tuan Ibrahim Bercera

Shahrom Othman
Alhamdulillah selesai ceramah umum sebentar tadi. Tetapi kecewa dengan sikap pengurus Felda Kota Gelanggi 2 yang naik ke pentas untuk merampas microfon bg mengganggu majlis.

Adakah sebagai negara demokrasi perlu berkelakuan begini. Malaysia adalah sebuah negara demokrasi semua orang berhak bercakap.

Pengurus Felda Kota Gelanggi ini benar-benar memalukan masyarakat Felda dan ianya sungguh biadap.

Lagi menyamar jadi ahli PAS sensasikan isu kalimah Allah

MiLo SuaM 
LAGI berita bodoh di TV3 untuk mensensasikan isu kalimah Allah. Kononnya ada 20 orang ahli PAS ranting Jerantut, Pahang membuat demonstrasi membantah PAS tentang isu kalimah Allah di Pahang semalam.

Apa yang gua nak tergelak ialah, sejak bila PAS guna sebutan "ranting" bagi menamakan cawangan parti itu? Nampak sangat berita tahap sampah kah kah kah...

Rujuk prontscreen yang gua cedok daripada laporan Buletin Utama di bawah ini.
Agak-agaklah nak menipu pun, mengaku ahli PAS, tapi tak tahu bahawa PAS sudah lebih 20 tahun tidak menggunakan perkataan ranting. Nampak sangat menyamar jadi ahli PAS kah kah kah...

Buat pengetahuan pembaca, sebutan "ranting" bagi mewakili cawangan PAS pernah digunakan 20 tahun dahulu. Kini hanya KEADILAN yang menggunakan sebutan "ranting". Jadi kepada wartawan atau pemberita TV3, lain kali kalau nak buat berita tipu macam ni, ingat jangan gunakan sebutan "ranting".

ReJaM© "Mampos kena gelak dengan orang kah kah kah... "
http://milosuam.blogspot.com

Pemimpin pamer longgokan duit demi pengaruh ada ciri-ciri sifat Dajal?

Harakahdaily
(Ikmal menunjukkan longgokan duit kepada penduduk ladang Kerila, Tanah Merah)
TANAH MERAH: “Wang berkenaan adalah jaminan atau bukti kepada penduduk bahawa saya Ketua Umno Bahagian Tanah Merah mempunyai sumber kewangan bagi membantu penduduk di ladang itu.

“Saya membawa wang sebanyak itu ke majlis berkenaan bagi menyakinkan penduduk bahawa Umno Tanah Merah di bawah saya bukan menabur janji kosong,” kata Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, dipetik sebuah akhbar hari ini.

Semalam seorang penduduk dari Ladang Kerilla, Devandran a/l Vadiveloo, 34, mendakwa beliau melihat pemimpin Umno berkenaan membawa wang yang dibungkus di atas meja ketika menghadiri satu program di Kerilla baru-baru ini.

Katanya, perbuatan Ketua Umno Tanah Merah itu secara jelas cuba mengaburi mata masyarakat India dengan menjanjikan sesuatu untuk mereka.

“Saya amat terkejut seorang pemimpin Umno mempunyai wang tunai sebanyak RM1.2 juta. Dari mana seorang pemimpin mendapat wang tunai sejumlah itu.

“Sebagai mewakili masyarakat India di Ladang Kerilla sangat berharap SPRM membuat siasatan terperinci,” ujarnya.

Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa berkata, tidak pernah berlaku sebelum ini ada pemimpin Umno yang didakwa membawa begitu banyak duit untuk dipamerkan kepada orang kampung.

Katanya, pada awalnya ketika diberitahu pekerja di ladang berkenaan beliau kurang yakin, namun apabila ditunjukkan bukti bergambar keraguan hilang.

Katanya, insiden yang berlaku itu bukan perkara kecil sebaliknya ia melibatkan sesuatu berprofil tinggi, mempamerkan longgokan wang di hadapan penduduk kampung menjelang pilihan raya.

“Oleh itu saya berharap pihak berkaitan menyiasat isu tersebut kerana ia membabitkan maruah penduduk kampung,” ujarnya di sini.

Semalam lebih 50 penduduk dari beberapa kampung di Dun Gual Ipoh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu Ikmal dan Naib Ketua Umno Tanah Merah, Bakri Mustapa yang didakwa tidak datang mengajar di sekolah.

Surat arah kempen

Sementara itu dalam perkembangan lain jabatan dan agensi di bawah portfolio agama Jabatan Perdana Menteri difahamkan menerima surat arahan daripada pegawai seorang menteri supaya membantu kempen di sebuah kawasan parlimen di Kedah.

Sumber sebuah jabatan berkaitan memberitahu, pihaknya menerima arahan bertulis supaya datang berkempen membantu menteri yang dijangka bertanding di Yan, Kedah.

“Bukan lagi arahan secara lisan sebaliknya dibuat secara bertulis,” dakwanya.

Hangat!! Senarai Calon BN Terengganu Dan Kerusi yang Bakal DiTandingi

Senarai Calon BN Terengganu telah keluar? Sekarang Cakar Mencakar pula selepas ini!
salehgong
Lucu juga bila saya terima sms dari seorang kawan yang menyenaraikan calon BN bagi 32 kerusi DUN dan 8 kerusi parlimen Terengganu. Bermula dari Besut, Datuk Seri Idris Jusoh akan bertanding di kerusi parlimen Besut. Tempatnya sekarang DUN Jertih akan ditandingi oleh Mustafa. Dr. Rahman (Exco Kesihatan) kekal di Kuala Besut.
Cikgu Soh menggantikan Nawi Mohamad di Hulu Besut dan Pahimi kekal di DUN Kota Putera. DI setiu, Exco Agama, Khazan Che Mat menggantikan Datuk Mat Jidin.

Tempat Khazan di DUN Batu Rakit ditandingi Nasir Mohd. Nor, Halim kekal di DUN Permaisuri. Begitu Ramlan Ali kekal di DUN Jabi. DUN Langkap mengemukakan calon baru, Baharudin. EXCO Pelajaran, Datuk Razif bertanding di parlimen Kuala Nerus.
Tempatnya diambil oleh bekas calon lama, Sufian Ali. Ramli Noh kekal di DUN Tepoh. Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Kamarul Amin bertanding di Teluk Pasu. IR Mohd Yasim bertanding di DUN BUKIT tunggal. Cikgu Zubir Embong bertanding di parlimen Kuala Terengganu,

WAN mahyuddin di DUN Wakaf Mempelam, Datuk Wan Zul di DUN Ladang, TOH kekal di DUN Bandar (MCA) dan Mat Sabri Alwi di DUN Batu Buruk. Cikgu Mohd Noor kekal di parlimen Hulu terengganu. Tengku Putra bertanding di DUN Kuala Berang,

Rozi kekal di DUN Telemong, Datuk Rosol Wahid kekal di DUN Ajil dan Yusof Awang Hitam bertanding di DUN Manir. Dr Latif Awang jadi calon BN di parlimen Marang, Tengku Zainudin bertanding semula di DUN Rhu Rendang, Ustaz sapiee di DUN Bukit Payong dan Datuk Yahya khatib kekal di DUN pengkalan Berangan. KETUA pemuda Negeri, Saiful Bahari bertanding di DUN Alor Limbat.

Datuk Muktalidi kekal di parlimen Dungun. Datuk Zaabar kekal di DUN Rantau Abang. Begitu juga Datuk Din Adma kekal di DUN Bukit Besi di DUN Sura, orang baru Badaruddin dan di DUN Paka, Haji Samiun Salleh menggantikan Zakaria yang ada kes mahkamah syariah semalam.
Datuk Shabery Cheek kekal di parlimen Kemaman. Datuk Mohamed Awang tera kekal di DUN Chukai, Wan Hakim kekal di DUN Air Putih dan mengejutkan Kamaruddin Ali bertanding di DUN Kijal. Manakala di DUN kemasik ditandingi orang baru juga, Haji Mustafa Abdul Rahman. Saya tak pasti sms ini betul atau tidak tetapi sms ini telah tersebar ke seluruh negara.

VVIP mana pulak di tahan kerana seludup USD1.5 Juta

Anak Sungai Derhaka
Seorang Peguam menulis dilaman Facebook miliknya.. VVIP Malaysia ditahan di Airport Buenos Aires kerana disyaki seludup keluar wang tunai USD 1.5 Juta . Mereka ditahan dan dilarang meninggal Negara itu untuk beberapa hari, lebih malang duit USD 1.5 Juta dirampas. Bila dapat berita ini ada 2 dua perasaan yang timbul
1)kesian dan
2)sedih. Kesian kerana kebodohan diri yang tidak menghormati undang-undang Negara Argentina...

Mungkin di Malaysia VVIP ini adalah "Penjenayah Yang Dilindungi dan Dihormati" jadi sentiasa terlepas dari siasatan dan pendakwaan segala jenayah-jenayahnya walaupun terlalu banyak aduan dan laporan Polis dibuat.

Ada sahaja "jalan penyelesaian" dan "bantuan ajaib" bagi menyelamatkannya.

Sedih pula kenapa perlu seludup duit jika "duit itu halal" ???

Sedih juga kerana yang tukang bawa beg berisi duit itu adalah "Orang Yang Patut Menangkap Penyeludup Wang".

Mana dia Integriti yang diagung-agungkan?.

Kerajaan Berusaha Gigih Membenteras Masalah Ini dan Pasukan Polis Bukit Aman Bekerja Keras Mengembalikan Kepercayaan Rakyat Kepada Pasukan NAMUN sikap segelintir "makhluk" yang beranggapan bahawa mereka ADALAH "above the Law" TELAH menggagalkan berbagai usaha-usaha yang MURNI yang cuba dilaksanakan.

Rakyat berharap Kerajaan dan Polis Sentiasa Adil Terhadap Isu-isu seperti ini. Amanah Rakyat kepada Kerajaan dan Polis adalah untuk Melindungi Rakyat .

JIKA VVIP bersalah bawa mereka ke Pengadilan WITHOUT FEAR AND FAVOUR.
Siapa VVIP yang dimaksudkannya agaknya??..

Kalau dah dianggap sebagai VVIP takkan lah pemimpin dari Pakatan Rakyat kot.....