"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hamzah baru nak berangan jadi Presiden, Mahiaddin dah buat ‘pusingan U’

HarapanDaily.com

Rata-rata warganet berseloroh dengan tindakan Tan Sri Mahiaddin Yassin membuat ‘pusingan U’ berhubung pengumumannya akan menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan Presiden Bersatu bagi satu penggal lagi.

Ada yang mengaitkan dengan kemungkinan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin sedang berangan untuk menjadi Presiden parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu.

Mahiaddin semasa Ucapan Penggulungan Presiden Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023 hari ini berkata, keputusan itu dibuat bukan sahaja kerana sokongan ahli parti tetapi juga atas sokongan dan restu isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

“Dia kata, stay another term, jangan kecewakan mereka, they need you…mereka ikhlas, carry on, saya restu kerana Bersatu masih belum kuat..

“Saya jawab okey, I will stay for the last term. This is for the nation, abah must stay on.

“Saya nak nyatakan hasrat (hasil sokongan) pimpinan di atas juga, saya buat keputusan menawarkan diri bertanding (jawatan presiden),” kata presiden parti Melayu itu dalam bahasa rojak.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Pagoh itu menganggap ahli Bersatu bersemangat luar biasa dan kekuatan bertambah.

“Ini memberi gambaran baik kepada orang Melayu bahawa Bersatu komited untuk berjuang bagi menghadapai masalah negara.

“Kegagalan Kerajaan Perpaduan hari ini membuatkan ramai merasa hidup tidak bertambah baik, kerajaan gagal tangani isu-isu besar seperti kos hidup yang tinggi.

“Itu disuarakan dengan jelas dan lantang.

“Saya sudah buat keputusan untuk tidak bertanding, itu memang tegas kerana saya rasa sudah sampai masanya diberi peluang kepada kepimpinan yang ada.

“Tetapi suara yang datang dari dalam dan luar sangat kuat sampai saya rasa saya kena fikir semasak-masaknya.

“Macam saya katakan tadi, bukan kuasa pimpinan parti atau majlis tertinggi tetapi sokongan dan restu isteri yang membuatkan saya berfikir semula dan akhirnya membuat keputusan (bertanding) untuk penggal akhir,” ujarnya.

Semalam, Mahiaddin mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Bersatu pada pemilihan parti itu yang dijadual berlangsung tahun depan.

PMX ‘tidak perlu bimbang’ selagi mana Muhyiddin Yassin menjadi pencabarnya

Rating penerimaan Anwar masih baik berbanding Muhyiddin, dakwa bekas menteri
Salleh Said Keruak berkata perdana menteri ‘tidak perlu bimbang’ selagi mana Muhyiddin Yassin menjadi pencabarnya.

FMT Reporters

Rakyat akan terus memilih Perdana Menteri Anwar Ibrahim berbanding seterunya, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin (kanan) jika mereka bertembung, kata bekas menteri.
PETALING JAYA: Bekas menteri, Salleh Syed Keruak mendakwa rating Perdana Menteri Anwar Ibrahim lebih memihak berbanding pencabarnya, Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin.

Salleh berkata demikian mengulas kaji selidik menunjukkan penerimaan rakyat terhadap Anwar berkurang.

Kaji selidik Merdeka Center memaparkan rating penerimaan Anwar menurun 18 poin sejak Disember, dan kini berada pada tahap 50%.

Dalam catatan Facebook, Salleh, yang juga bekas ketua menteri Sabah, berkata “tidak tepat untuk bercakap tentang rating penerimaan (Anwar) secara bersendirian” dan mendakwa rakyat masih memihaknya, berbanding Muhyiddin jika dua tokoh itu bertembung satu sama lain.

“Kebanyakan rakyat akan bersetuju sekiranya kita mahu menilai rating penerimaan serentak, Anwar akan 10 kali ganda lebih baik berbanding Muhyiddin,” katanya walaupun tiada data tersedia bagi menyokong dakwaan itu.

Ketika menjadi perdana menteri, rating penerimaan Muhyiddin mencapai kemuncak pada 67% pada April 2021. Bagaimanapun, selepas tanggapan orang ramai berubah pada bulan-bulan berikutnya selain anggota kerajaan menarik sokongan terhadapnya, Muhyiddin meletak jawatan pada Ogos dan memberi laluan kepada Ismail Sabri Yaakob dari Barisan Nasional.

“Ujian sebenar kepimpinan adalah ketika krisis,” kata Salleh.

Katanya, ketika pandemik, pimpinan Muhyiddin mengakibatkan ramai rakyat menderita kerana perintah penutupan.

“(Anwar) tidak perlu bimbang selagi mana Muhyiddin menjadi pencabarnya.”

Sebelum ini, Anwar mempertikaikan dapatan kaji selidik berkenaan, sambil menegaskan saiz sampel kira-kira 1,200 responden disifatkan terlalu kecil.

Najib nafi dakwaan pengaruhi Sirul

FMT Reporters

PETALING JAYA: Najib Razak menafikan dakwaan beliau cuba mempengaruhi atau menutup mulut bekas pengawal keselamatan, Sirul Azhar Umar, yang disabit kesalahan atas pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Bekas perdana menteri itu sebaliknya menggesa Sirul menamakan dalang di sebalik pembunuhan tersebut, susulan temubual Sirul dengan Al Jazeera.

Najib dalam kenyataan menerusi firma peguamnya, Shafee & Co, menggesa Sirul supaya menunjukkan keberanian dan mendedahkan sebarang maklumat yang diketahuinya, agar keadilan dapat ditegakkan.

Sirul dalam temubual itu secara tidak langsung bercakap tentang seorang ahli politik, namun enggan menamakan individu yang dia dakwa mengarahkan pembunuhan itu.

Menurut firma peguam Najib, temubual itu “membayangkan suatu kenyataan kabur bahawa anak guam kami berusaha campur tangan atau mempengaruhi Sirul, yang dikatakan untuk melindungi anak guam kami.”

Sirul, yang berdepan hukuman mati di Malaysia atas pembunuhan tersebut, mendakwa dia dibayar sejumlah wang oleh bekas peguamnya, Hasnal Rezua Merican, untuk tidak mengaitkan Najib dengan pembunuhan pada 2006 itu.

Hasnal menafikan dakwaan itu.

Shafee & Co menekankan bahawa Najib telah dilepaskan daripada sebarang penglibatan dalam kes itu, dan beliau tidak pernah dibabitkan dengan prosiding mahkamah.

Temubual Sirul itu dirakam selepas beliau dibebaskan daripada tahanan imigresen Australia, susulan mahkamah negara itu mengisytiharkan penahanan seseorang bukan warganegara tanpa visa tanpa tempoh menyalahi undang-undang.

Sirul ditahan sejak 2015 selepas dia keluar Malaysia sebelum keputusan akhir kesnya dibacakan oleh Mahkamah Persekutuan. Australia menolak permohonan suaka politiknya pada 2019.

Untuk membersihkan namanya, Najib menggesa kerajaan mengadakan libat urus dengan pihak berkuasa Australia untuk membawa pulang Sirul, agar dakwaannya boleh disiasat secara menyeluruh.

Najib juga berkata kerajaan harus memberi jaminan bahawa Sirul tidak akan berdepan hukuman mati sekiranya dia pulang, bagi memudahkan ekstradisi kerana Australia tertakluk kepada kewajipan tiada penghantaran pulang paksa yang ketat.

Budak 2 tahun dipercayai hilang ketika teman ibu menjaja

FMT Reporters
Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit, berkata usaha mencari dan menyelamat digerakkan selepas menerima aduan daripada bapa mangsa. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Kanak-kanak lelaki dua tahun dipercayai hilang selepas terjatuh dalam longkang ketika menemani ibunya menjaja, dalam kejadian di Taman Goodwood, Bukit Palah, Melaka.

Dalam kejadian hujan lebat lebih kurang 3.25 petang tadi, kehilangan mangsa disedari ibu, Nor Amiza Che Kar, 28, ketika sedang berniaga berdekatan kawasan itu.

Menurutnya, sebelum itu mangsa dilihat bermain di kawasan berhampiran bersama abangnya berusia berusia empat tahun.

“Ketika sedang berniaga dengan keadaan hujan lebat tiba-tiba Danish hilang.

“Sebelum itu, saya lihat dia sedang bermain dan tidak lama kemudian dia tidak kelihatan,” katanya menurut Sinar Harian.

Nor Amiza kemudian bertanya kepada anak ketiganya itu di mana adik bongsunya, namun anaknya itu menjawab tidak tahu.

Dia kemudiannya menemui selipar dipakai mangsa berada di kawasan rumput tepi longkang, sebelum mencari mangsa bersama suaminya, Mohd Faizal Maarop, 38, di sekitar kawasan terbabit.

“Selepas gagal menemui mangsa, suami segera membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Baru.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit, berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 3.45 petang daripada bapa mangsa.

Menurutnya, sehingga kini usaha mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan dalam keadaan hujan.

“Seramai 10 anggota dan pegawai bomba serta 10 anggota dan pegawai polis terlibat dalam operasi SAR itu,” katanya.

PAS dakwa Ahmad Said fitnah Abdul Hadi mandi bogel

N Faizal Ghazali

PAS Terengganu mendakwa Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said menjalankan kempen jahat dan jijik dengan memfitnah Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS II negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, Ahmad dalam satu kempen dalam PRK Kemaman memfitnah Abdul Hadi mandi berbogel dalam kolam di Masjid Rusila, Marang.

“Ini satu tuduhan melampau dan cara kempen yang kotor dan jijik yang tidak sewajarnya dilakukan oleh Ahmad Said yang juga pencadang atau penyokong kepada calon BN.

“Saya rasa ini satu kenyataan di luar kewarasan akal, saya harap mungkin pihak polis boleh uji air kencing dia kot,” katanya dalam sidang media di Kemaman, hari ini.

Sehubungan itu, katanya, PAS akan membuat laporan polis berhubung perkara itu dan beberapa perkara lain berkait kesalahan dilakukan BN sepanjang kempen PRK berkenaan.

Dalam sebuah klip video yang beredar di media sosial, Ahmad Said berkongsi kejadian yang menurutnya berlaku tiga tahun lepas.

"Tiga tahun lepas, orang ke laut, balik naik bas hari Khamis jam 5, tidur (masjid) Haji Hadi nak dengar ceramah. Dan satu ketika orang jumpa Haji Hadi mandi telanjang dalam kolah,” katanya.

Tidak dapat dipastikan tarikh dan lokasi klip video itu dirakam.

Ahmad Said dalam video itu turut membangkitkan isu perpecahan di Terengganu satu ketika dulu yang berlaku susulan perselisihan antara orang Umno dan PAS.

Satiful berkata, kempen jijik seperti itu bukan sahaja provokatif dan membuatkan orang PAS benci, malah orang BN sendiri jadi tidak selesa dan orang atas pagar juga akan turut menjauhi.

“PAS Terengganu menyarankan Ahmad Said untuk hentikan kempen-kempen yang jijik dan jahat sedemikian rupa.

“Bawalah politik matang dan sejahtera, bukannya politik fitnah, politik tuduh dan politik rekaan cerita semata-mata,” katanya.

Sementara itu, tambah Satiful, pihaknya juga mendapati kempen BN dijalankan dengan menyalahi peraturan pilihan raya membabitkan penggunaan jentera dan agensi kerajaan.

Katanya, ia melibatkan program Pengerusi Felda Ahmad Shabery Cheek bersama warga Felda yang berlangsung dalam tempoh kempen.

“Selain itu juga, terdapat juga Jualan Rahmah di Kemaman bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dalam tempoh PRK Kemaman.

“Ini juga mengulangi Jualan Rahmah di DUN Pelangai yang berhadapan PRK pada bulan September lepas.

“Kali ini ia berlangsung di empat dewan undangan negeri (DUN) dalam Parlimen Kemaman,” jelasnya yang berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan sewajarnya.

Pemandu bas ekspress berang penumpang warga asing berak atas kerusi

KIM SYAZIE

Seorang penumpang lelaki dipercayai warga asing mengundang kemarahan orang ramai apabila didapati membuang air besar di tempat duduk sebuah bas persiaran.

Menerusi video berdurasi 23 saat yang dikongsi di media sosial, kejadian tersebut disedari selepas pemandu terbabit sedang membuat pemeriksaan di dalam bas persiaran berkenaan.

Video itu sempat merakam perbualan pemandu yang mengarahkan lelaki terbabit untuk membersihkan tempat duduknya yang dipenuhi najis.

“Aku bawa mu (kamu) jauh-jauh, mu berak dalam bas. Mana tahi mu buang. Habis seluar mu kena. Basuh kerusi itu,” katanya kepada penumpang itu.

Bagaimanapun apa yang membuatkan orang ramai marah apabila lelaki tersebut menunjukkan muka tidak bersalah selepas meninggalkan najisnya dalam bas tersebut.

Begitu pun rata-rata orang ramai meminta pihak berkuasa mengambil tindakan kepada individu terbabit selain mewajibkan pemandu bas untuk berhenti lebih kerap bagi keselesaan penumpang.

“Tolonglah pihak berkuasa ambil tindakan ke atas individu yang buang air kecil atau besar bersepah (di merata-rata tempat),” ujar Arif.

“Ini yang aku tidak suka naik bas. Tiada tandas. Kali terakhir naik bas pergi Johor Bahru dari Terminal Bas Selatan dulu. Lebih 20 kali pergi tandas sebelum bas bertolak,” kata Azhar.

“Pernah sekali aku tak tahan kencing minta dia berhenti, pemandu tak nak sebab dah nak sampai. Dua jam lagi baru sampai kot,” kata Hasif pula 

Dipujuk isteri, Muhyiddin buat pusingan U tak berundur

Nora Mahpar dan Faiz Zainuddin

SHAH ALAM: Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin membuat pusingan U dengan mengumumkan akan terus mempertahankan jawatannya untuk satu penggal lagi.

Keputusan itu menyusul sehari selepas beliau mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan parti tahun depan.

Katanya dalam ucapan kepada perwakilan, beliau diyakinkan oleh isterinya untuk tidak mengecewakan sokongan yang ditunjukkan oleh para ahli.

“Saya mengumumkan akan bertanding pada pemilihan akan datang,” katanya di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu.

Terdahulu, Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu hari ini sebulat suara menolak keputusan Muhyiddin tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti tahun depan, selepas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu berbuat demikian semalam.

Setiausaha Agung, Hamzah Zainudin dilaporkan berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat tergempar yang dipengerusikan Timbalan Presiden, Ahmad Faizal Azumu.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata, tiba masa untuk memberi ruang kepada pemimpin pelapis Bersatu mengambil alih kepimpinan parti menurut proses demokrasi.

Beliau meminta pemimpin kanan Bersatu berbincang terlebih dahulu bagi memastikan tokoh berpengalaman luas dalam parti mempunyai tempat dan peranan dalam barisan kepimpinan baharu nanti.

Dana Aman Palestin diguna untuk beli aset syarikat proksi

Skuad Khas Harian Metro
am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Siasatan awal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati penyaluran dana awam kepada Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) ada yang digunakan untuk membeli aset atas nama syarikat proksi.

Menurut sumber, perincian penyaluran dana membabitkan pembelian aset atas nama syarikat proksi itu masih dalam siasatan.

Penyaluran dana pelaburan dipercayai kepada syarikat proksi, dan pembelian aset atas nama proksi.

"Syarikat proksi yang ditubuhkan untuk pelaburan itu juga mendapat dana dari Aman Palestin," katanya kepada Harian Metro.

Sumber turut mengesahkan SPRM ada menyita emas, telefon bimbit dan komputer riba selain dokumen.

Harian Metro semalam melaporkan SPRM dalam proses mengenal pasti aset pertubuhan Aman Palestin dipercayai diperolehi hasil penyelewengan RM70 juta dana orang awam.

Sumber berkata, kesemua aset berkenaan dalam tindakan untuk sitaan.

Menurutnya, keterangan Ketua Pegawai Eksekutif pertubuhan berkenaan juga masih belum diambil oleh SPRM.

"Setakat ini, sebanyak 11 saksi sudah dirakam keterangan oleh SPRM," katanya.

Terdahulu, SPRM mengesahkan membeku sebanyak 41 akaun bank syarikat pertubuhan Aman Palestin bernilai RM15,868,762.

Pembekuan itu dilakukan selepas SPRM menjalankan siasatan terhadap dakwaan Aman Palestin menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

18 terperangkap dalam lif hotel, seorang pengsan

Meor Riduwan Meor Ahmad
am@hmetro.com.my
KAKITANGAN perubatan dan anggota bomba menyelamatkan seorang wanita yang pengsan akibat terperangkap dalam lif hotel kira-kira 20 minit. FOTO ihsan JBPM Melaka
KAKITANGAN perubatan dan anggota bomba menyelamatkan seorang wanita yang pengsan akibat terperangkap dalam lif hotel kira-kira 20 minit. FOTO ihsan JBPM Melaka
Melaka: Seramai 18 individu termasuk dua wanita diselamatkan anggota bomba selepas terperangkap di dalam lif di sebuah hotel empat bintang di Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, di sini, hari ini.

Seorang daripadanya wanita berkenaan pengsan selepas terperangkap kira-kira 20 minit.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Omar Husein@Mohsin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian daripada pihak hotel pada 10.12 pagi.

Katanya, sepasukan tujuh anggota termasuk dari Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

"Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi didapati lif tersangkut antara tingkat 21 dan 22 dengan 18 individu iaitu 16 lelaki dan dua wanita berada di dalam lif.

"Sebaik pintu lif berjaya dibuka seorang daripada mangsa wanita yang mengalami sesak nafas sudah pengsan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut, manakala semua mangsa lelaki selamat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Omar berkata, operasi menyelamat mangsa bermula jam 10.30 dan selesai jam 11.05 pagi.

Palestin: SEORANG bapa merakam swafoto terakhir bersama bayinya yang sudah meninggal dunia

'Ke mana kamu hendak pergi nak?'

Mahaizura Abd Malik
mahaizura@mediaprima.com.my
SEORANG lelaki mencium dan memeluk jasad anaknya yang sudah tidak bernyawa. FOTO Yosef Basam
SEORANG lelaki mencium dan memeluk jasad anaknya yang sudah tidak bernyawa. FOTO Yosef Basam
Kuala Lumpur: Betapa tingginya iman dan tahap kesabaran bapa di Gaza, Palestin ini apabila masih mampu tersenyum saat merelakan kepulangan anaknya ke negeri abadi.

Dalam satu video tular, gelagat seorang bapa memeluk dan 'berborak' dengan jasad anaknya yang meninggal dunia akibat serangan Israel, pagi semalam, amat menyentuh hati.

Si bapa dilihat mendukung anak perempuannya dalam lingkungan dua tahun itu sambil bergurau senda seolah-olah anaknya masih bernyawa.

Dengan senyuman, bapa itu mengucup wajah anaknya selain turut cuba membukakan mata anak itu sebelum memeluk jasad kaku dan pucat itu berkali-kali.

"Pemberi semangat jiwaku, ke mana kamu hendak pergi nak? Alhamdulillah, semoga Allah bersamamu," katanya saat menunggu giliran untuk anaknya dikafankan.

Lelaki itu kemudiannya meletakkan anaknya perlahan-lahan di tempat proses kafan mangsa meninggal dunia akibat konflik perang itu.

Dalam satu video berasingan, bapa sama turut dilihat membersihkan wajah anaknya itu yang penuh dengan kesan cedera sambil membetulkan ikatan rambutnya ketika menunggu giliran jasad itu dikebumikan.

Seorang lagi bapa di utara Gaza, menyentuh hati ramai selepas merakamkan swafoto terakhir bersama anaknya yang terbunuh dalam serangan Israel, pagi semalam.

Tanpa mempedulikan keadaan hiruk-pikuk dengan jasad bergelimpangan di sekelilingnya, si bapa melutut sambil memangku dan memeluk kaku bayi perempuannya sambil sebelah tangannya memegang telefon bimbit.

Bapa itu dilihat merakam swafoto bersama anaknya itu bagi mengabadikan kenangan terakhir mereka.

"Innalillahiwainnailaihirojiun," katanya sambil tersenyum merakam detik terakhir bersama anaknya.
SEORANG bapa merakam swafoto terakhir bersama bayinya yang sudah meninggal dunia. FOTO Anas Al Syarif
SEORANG bapa merakam swafoto terakhir bersama bayinya yang sudah meninggal dunia. FOTO Anas Al Syarif
Secara rasminya, gencatan senjata empat hari bermula 1 tengah hari tadi (waktu Malaysia) sehingga ribuan penduduk mengambil peluang itu untuk pulang ke rumah masing-masing.

Trak bantuan kemanusiaan termasuk bahan api serta ambulans juga mula masuk melalui sempadan Rafah untuk mengambil mangsa cedera bagi mendapatkan rawatan di luar Gaza.

Setakat ini, angka korban dikeluarkan Pejabat Media Kerajaan di Gaza mencecah 14,854 orang, 7,000 mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan serta lebih 36,000 cedera.

Haaretz, akhbar Israel dedah Helikopter Israel tembak rakyat sendiri

Helikopter Israel tembak rakyat sendiri?

Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my

Baru-baru ini, akhbar Israel, Haaretz, membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa helikopter Tentera Pertahanan Israel (IDF) turut membunuh orang awam ketika menentang pejuang Hamas yang tiba di tapak festival muzik Nova, berhampiran dengan sempadan Gaza, pada 7 Oktober lalu. Ia adalah tarikh pejuang Hamas menyusup keluar dari Gaza dan melancarkan serangan mengejut di Israel.

Menurut akhbar itu, sumber memberitahu pihaknya bahawa siasatan ke atas insiden berkenaan menunjukkan sebuah helikopter tempur Israel yang tiba dari pangkalan Ramat David, menembak ke arah pejuang Hamas, tetapi turut menembak mati ramai orang awam yang menghadiri festival muzik itu. Kira-kira 364 orang terbunuh di sana, menurut polis Israel.

Sebelum ini, tentera Israel mendakwa Hamas melakukan serangan di festival muzik itu dan membunuh 260 warga Israel. Bagaimanapun, pendedahan Haaretz adalah dakwaan pertama bahawa tentera Israel membunuh rakyat mereka sendiri.

Artikel berkenaan, bagaimanapun, tidak menyatakan keadaan pengunjung yang terkena tembakan dilepaskan dari helikopter itu.

Haaretz turut melaporkan bahawa terdapat penilaian yang semakin meningkat dalam pertubuhan keselamatan bahawa pejuang yang melakukan pembunuhan beramai-ramai pada 7 Oktober tidak mengetahui terlebih dahulu mengenai (festival muzik) Nova yang diadakan berhampiran Kibbutz Re'im'.

Mereka kemudian memutuskan untuk datang ke tempat itu selepas mendapati bahawa satu acara besar-besaran sedang berlangsung di sana.

Menurut akhbar itu lagi, pejuang Hamas pada mulanya hanya berniat untuk menyerang penempatan Israel di sekitar sempadan Gaza.

Menariknya, Agensi Anadolu, agensi berita rasmi Turkiye ada melaporkan dengan memetik laporan satu lagi akhbar Israel, Yedioth Ahronoth, yang menyebut cabaran dihadapi tentera Israel ketika menentang pejuang Hamas di festival itu. Akhbar itu mendakwa tentera Israel 'mendapati sukar untuk mengenal pasti pejuang Hamas', sambil menambah bahawa juruterbang 'menggunakan artileri' terhadap orang awam pada festival itu'.

Laporan itu juga mengatakan bahawa pejuang Hamas diarahkan untuk bercampur dengan orang ramai untuk memperdayakan tentera udara supaya menganggap mereka sebagai penduduk Israel.

Susulan pendedahan Haaretz, polis Israel mengeluarkan kenyataan balas yang menceritakan sebaliknya. Dalam satu kenyataan menerusi The Times of Israel, polis berkata: "Tindakan IDF berada di luar bidang penyiasatan yang dibicarakan sumber itu". Ia juga mengarahkan saluran media lain untuk mengumpul maklumat daripada pegawai kerajaan sahaja.

Namun sebenarnya terdapat juga laporan media Israel sebelum ini pernah menuduh tentera Israel membunuh rakyat mereka sendiri. Penyiar Israel, KAN, melaporkan tiga warga Israel dibunuh oleh tentera Israel di Be'eri, termasuk dua kanak-kanak.

Menurut laporan itu, pejuang Hamas menahan warga Israel di rumah mereka. Apabila tentera Israel tiba, mereka tidak menyelamatkan sesiapa pun dan melepaskan tembakan kereta kebal, membunuh kedua-dua tawanan Israel dan pejuang Hamas.

Dalam satu lagi insiden serupa, pejuang Hamas dikatakan mengambil alih balai polis tempatan di Sderot (lokasi berhampiran Gaza) dan menahan polis Israel di situ. Tentera Israel dilaporkan memusnahkan balai itu dan membunuh kedua-dua pejuang Hamas dan polis Israel.

Sesuatu yang menarik juga adalah Israel pada mulanya menyatakan 1,400 orang terkorban di pihaknya.

Ia termasuk tentera, polis dan orang awam, yang dikatakan dibunuh pejuang Hamas susulan serangan pada 7 Oktober itu.

Namun, angka itu kemudian disemak semula dan ditetapkan pada 1,200 orang.

Menurut jurucakap Israel, Mark Regev, 200 mayat lagi sebenarnya adalah pejuang Hamas atau rakyat Palestin yang terbakar dengan teruk sehinggakan pihak berkuasa Israel tidak dapat mengenal pasti mereka. Oleh itu, mereka pada mulanya dianggap sebagai orang Israel.

Bercakap dengan MSNBC, penyiar yang berpangkalan di AS, Regev menyatakan:

"Kami pada asalnya berkata, dalam serangan Hamas yang kejam terhadap rakyat kami pada 7 Oktober, kami mempunyai 1,400 mangsa dan kini kami menyemaknya kepada 1,200 (orang) kerana kami faham yang kami melebih-lebihkan.

"Kami membuat kesilapan. Sebenarnya ada mayat yang terbakar teruk kami sangka mereka milik kami, akhirnya nampaknya mereka pejuang Hamas."

Ketika ini, tiada sumber rasmi kerajaan Israel yang mengakui dakwaan Haareetz ini.

Namun, semakan penulis setakat Khamis lalu mendapati, artikel asal mengenai dakwaan ini masih tersedia untuk dibaca di portal Haaretz.

PDRM sedia siasat dakwaan Sirul terima RM1 juta untuk 'tutup mulut'

Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menjalankan siasatan berhubung dakwaan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang mendakwa menerima RM1 juta ketika berada di Australia.

Wang berkenaan dikatakan daripada seseorang bagi menutup mulut berkaitan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Ketua Polis Negara Tan sri Razarudin Husain berkata, Sirul melalui peguamnya boleh tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan itu dilakukan.

Katanya, kenyataan dikeluarkan Sirul itu sama sekali tidak adil kepada pihak Malaysia memandangkan dia sudah melalui proses perbicaraan menerusi tiga peringkat iaitu di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

"Menerusi peluang itu, beliau melalui peguamnya sama sekali tidak menyatakan mengenai apa-apa keterangan yang dibangkitkan mengenai isu pemberian wang itu.

"Suspek kedua iaitu bekas anggota polis, Azilah Hadri juga tidak menyatakan perkara begitu di mana-mana mahkamah. Jika ini berlaku, dia perlu buat laporan bagi kita (polis) menjalankan siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Sirul yang disabitkan kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006 dilaporkan merayu untuk meneruskan hidup di Australia kerana merasa tidak selamat untuk kembali ke Malaysia.

Menerusi satu wawancara eksklusif bersama Al Jazeera English 101 East disiarkan semalam, dia turut memohon maaf kepada keluarga mendiang Altantuya, malah mendakwa tidak bertanggungjawab ke atas pembunuhan itu walaupun sudah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Persekutuan.

Beliau mendakwa dijadikan 'kambing hitam' dan terperangkap dalam permainan politik serta mengakui menerima RM1 juta ketika berada di Australia daripada seseorang bagi menutup mulut.

Malapetaka duduk dalam penjara Israhell, Tahanan Palestin dedah dibiar kelaparan

HarapanDaily.com
Penjara Israel seperti malapetaka, tahanan Palestin dedah dibiar kelaparan 
SITI NUR ZAWANI 

Tahanan Palestin yang ditangkap Israel, dibiarkan kelaparan tanpa makanan dan tidak dibenarkan meninggalkan sel mereka.

Itu pendedahan dibuat seorang tahanan berusia 17 tahun yang baru sahaja dibebaskan oleh puak zionis selepas perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.

Laith Othman turut menyifatkan keadaan di penjara Israel sebagai “malapetaka”.

“Keadaan di dalam (penjara Israel) sangat sukar, saya tidak dapat menyatakan betapa sukarnya ia.

“Kami tidak dibenarkan keluar dari sel kami, tidak ada makanan yang enak, tidak ada makanan, tidak ada apa-apa, kami kelaparan.

“Tiada apa-apa yang baik di dalam penjara, keadaannya seperti malapetaka,” katanya memetik Awani.

Sejumlah 63 tebusan dalam konflik perang antara kumpulan pejuang Hamas dan Israel dibebaskan semalam.

Hamas membebaskan 24 tebusan, manakala Israel membebaskan 39 tahanan Palestin selepas gencatan senjata Israel-Hamas yang dirunding oleh Qatar berkuat kuasa.

39 wanita dan kanak-kanak Palestin yang ditahan di penjara Israel juga sudah dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian itu.

Sultan Perak tegur pemimpin suka mencela, menghina walaupun di tempat ibadah

HarapanDaily.com

SITI NUR ZAWANI 

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menzahirkan kebimbangan terhadap segelintir pemimpin yang berperangai suka mencela dan menghina yang disuarakan tanpa segan silu termasuk di tempat ibadah.

Baginda bertitah, apa yang lebih mendukacitakan, ada pemimpin yang merasa megah dan berbangga dengan perbuatan sedemikian.

“Ia berlaku bukannya di tepi-tepi jalan atau di pasar, tetapi berlaku di pentas, tempat dan dewan yang memiliki status kemuliaan, malah ada kalanya berlaku di tempat-tempat ibadah.

“Bahasa kesat, lucah, fitnah, cerca, caci, memaki hamun dan menghina, semakin kedengaran, disuarakan tanpa segan silu, malah dilakukan oleh pihak tertentu dengan kemegahan dan kebanggaan,” titah baginda ketika Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) Ke-63 di Universiti Malaya hari ini.

Baginda bertitah, ada kumpulan berpelajaran tinggi, berjawatan dan bergelaran telah mengetepikan aspek budi bahasa dan sopan santun.

Menurut baginda, rakyat dan negara tidak boleh dibiarkan menjadi mangsa kepada tindak tanduk dan perbuatan tidak bertanggungjawab sedemikian termasuk oleh pemimpin samaran yang terbentuk dalam acuan ‘guru sihir’ yang pintar.

Sultan Nazrin bertitah amatlah berbahaya kepada negara untuk membiarkan sesiapa sahaja apatah lagi dalam kalangan yang diangkat sebagai pemimpin, berperangai saling mencela dan menghina kerana ia berpotensi mencetuskan kebencian dan bakal menyalakan api permusuhan.

“Jadikan pengajaran daripada peristiwa pahit pada tahun 1969 untuk segera dilakukan langkah-langkah preventif, menghentikan suara-suara provokatif yang memilih meniupkan bara pertelingkahan berasaskan kaum dan agama,” titah Baginda

Rafizi: Populariti Anwar tengah penggal lebih baik berbanding 3 PM terdahulu

Anne Muhammad

PUTRAJAYA: Kemerosotan populariti sesebuah kerajaan pada pertengahan penggal ialah perkara biasa, malah turut dihadapi tiga perdana menteri terdahulu, kata Rafizi Ramli.

Bagaimanapun, timbalan presiden PKR itu berkata, berdasarkan kaji selidik dalaman parti, populariti Anwar Ibrahim lebih baik selepas setahun menjawat jawatan tertinggi negara itu, berbanding Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.

“Pada bacaan saya, melihat dapatan daripada kaji selidik Merdeka Center, sebenarnya penilaian kelulusan (Anwar) lebih baik daripada perdana-perdana menteri sebelum ini, selepas setahun (memegang jawatan).

“Untuk menilai suasana sebenar, kita kena bandingkan pola sokongan itu dengan perdana menteri lain sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas perasmian Kongres PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Menurutnya, kerajaan pimpinan Anwar ketika ini berada dalam keadaan baik, berdasarkan kestabilan politik dan sokongan rakyat secara status quo.

Justeru, katanya, Perikatan Nasional (PN) tidak dapat mengekalkan momentum seperti sebelum PRN, yang berdasarkan anggapan kerajaan perpaduan akan jatuh.

“Penyokong (PN) sendiri lihat kerajaan ini tidak akan jatuh dan akan kekal sampai lima tahun,” katanya.

Rabu lepas, Merdeka Center mengeluarkan dapatan kaji selidik yang menunjukkan rating penerimaan terhadap Anwar merosot selepas setahun pentadbirannya.

Firma itu berkata, hanya separuh daripada responden kaji selidik yang dijalankan pada penghujung bulan lepas itu memberikan maklum balas positif, berbanding 68% dalam kaji selidik yang dijalankan pada Disember tahun lepas, iaitu hanya sebulan selepas Anwar mula menerajui Putrajaya.

Mengambil maklum rating kerajaan persekutuan ketika ini yang berada pada 41%, berbanding 54% pada Disember tahun lepas, kaji selidik kali ini menunjukkan tahap tidak puas hati terutama berkaitan ekonomi, meningkat kepada 43% daripada 19%.

Kaji selidik yang dilaksanakan dengan dana sendiri itu membabitkan 1,200 responden merangkumi 52% Melayu, 29% Cina, 7% India, 6% Bumiputera Islam, dan 6% Bumiputera bukan Islam dari Sabah dan Sarawak, mencerminkan profil pengundi negara.

'Hasrat Muhyiddin konflik dalaman buat Bersatu, ruang untuk PAS'

Haspaizi Zain & Alyaa Alhadjri

Pengumuman mengejutkan oleh Muhyiddin Yassin untuk tidak pertahankan jawatan sebagai presiden Bersatu akan membuka ruang kepada PAS untuk menerajui gabungan Perikatan Nasional (PN).

Pemerhati politik berpendapat perkembangan itu bukan saja akan menyebabkan konflik dalaman Bersatu, tapi menyerlahkan kelemahan Bersatu untuk terus menerajui gabungan pembangkang.

Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Azmi Hassan berpendapat pengumuman Muhyiddin itu tepat pada masa ketika dia dilihat gagal menentukan hala tuju partinya.

Katanya, ia jelas dilihat apabila empat ahli parlimen parti itu baru-baru ini bertindak menyokong kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

"Ia keputusan terbaik yang dibuat Muhyiddin pada ketika ini. Bukan saja ada kem-kem, ada kem Hamzah (Zainudin), ada kem Radzi (Jidin), ada kem Ahmad Faizal Azumu atau ada kem Ronald Kiandee, itu perkara biasa.

"Tapi masalahnya ialah presidennya telah hilang arah tuju, dikatakan tak ada matlamat, tak ada objektif sejak beberapa bulan yang lepas. Terutama sekali bila Muhyiddin dikaitkan dengan isu rasuah di mahkamah.

"Ini yang dikatakan masalahnya serta empat ahli parlimen Bersatu yang beralih angin menyatakan sokongan kepada perdana menteri itu, bukan kerana peruntukan kawasan, tidak...alasan sebenar kepimpinan Bersatu yang dah hilang hala tuju," katanya kepada Malaysiakini.

Sebab itu kata Azmi ada perebutan untuk menggantikan Muhyiddin dan tindakan ahli Parlimen Pagoh itu mengumumkan hasratnya itu dari awal baik untuk Bersatu.

Tiada pemimpin lain

Sekutu kanan di firma perundingan politik Vriens & Partners, Shazwan Mustafa Kamal berkata perancangan Muhyiddin untuk berundur daripada menerajui Bersatu memberikan cabaran dalaman kepada parti itu.

Katanya, ini kerana, tiada pemimpin lain yang boleh mendapat sokongan majoriti dalam Bersatu dan seterusnya gabungan pembangkang.

“(Setiausaha Agung Bersatu) Hamzah Zainudin adalah tokoh yang terlalu bersifat 'divisive' (menyebabkan perpecahan) untuk diterima sebagai calon perdana menteri, dan penyingkiran Muhyiddin daripada kepimpinan juga boleh mengakibatkan perbalahan dalaman apabila puak-puak dalam Bersatu bergelut untuk mengukuhkan kuasa.

“Sekiranya terdapat kekosongan kepimpinan, ini juga boleh memberi kesan kepada peranan Bersatu dalam PN. Di situ terdapat peluang untuk PAS merampas kuasa,” katanya kepada Malaysiakini.

PAS lebih layak

Sentimen hampir sama dikongsi ahli akademik Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya yang turut berpendapat PAS sewajarnya memimpin PN sekiranya Muhyiddin tidak lagi memimpin Bersatu.

Katanya, berdasarkan kerusi Parlimen yang dimenangi pada pilihan raya lalu PAS secara dasarnya perlu memimpin PN.

"Berdasarkan kerusi, PAS layak pimpin PN, itu dari segi rasionalnya PAS menang banyak kerusi.

"Seharusnya PAS memimpin PN jika gabungan itu mahu dilihat kuat dan ampuh. Setakat ini tiada wakil rakyat PAS yang mengumumkan sokongan pada perdana menteri.

"PAS juga ada pangkal kuasa, mereka menguasai empat negeri berbanding Bersatu," katanya.

Jelas Awang Azman kegagalan PN untuk mengambil alih Putrajaya seperti diwar-warkan sebelum ini juga antara faktor yang tidak mewajarkan untuk Muhyiddin memimpin Bersatu.

Selain itu, tambahnya, Muhyiddin juga mungkin sedar peluang mereka untuk kembali ke Putrajaya sudah tertutup rapat ketika ini.

MPT tolak hasrat Muhyiddin

Semalam, pada akhir ucapan presidennya sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu, Muhyiddin mengumumkan hasrat untuk tidak mempertahankan jawatan presiden pada pemilihan parti akan datang.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga mengulangi pendiriannya pada sidang media bersama Hamzah, Ahmad Faizal dan pemimpin Bersatu yang lain.

Pada sidang media itu, Hamzah berkata Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu (MPT) Bersatu telah menerima cadangan Muhyiddin untuk tidak mempertahankan jawatan dalam pemilihan parti tahun depan.

Bagaimanapun, Hamzah berkata, mereka tidak dapat menerima jika Muhyiddin mahu berundur lebih awal.

Namun, MPT Bersatu pada sebelah petang semalam mengadakan mesyuarat tergempar dengan disusuli kenyataan Hamzah bahawa MPT bersatu sebulat suara menolak keputusan Muhyiddin untuk tidak bertanding.

Rafizi duduk di kementerian yang salah, rating Anwar jatuh - Penganalisis

Hasimi Muhamad

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli didakwa gagal menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya untuk memperkukuhkan ekonomi negara sehingga mengakibatkan rating penerimaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jatuh selepas setahun pentadbiran beliau.

Penganalisis politik, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berpandangan, berdasarkan tinjauan Merdeka Center, kajian tersebut boleh menterjemahkan kegagalan menteri yang bertanggungjawab dalam ekonomi apabila rakyat tidak berpuas hati dengan langkah kerajaan dalam pemulihan ekonomi.

"Selaku Menteri Ekonomi, Rafizi yang terkenal dengan pelbagai formula untuk menyelesaikan ekonomi negara sebelum ini telah meletakkan harapan dan tanggapan kepada rakyat bahawa beliau boleh melakukan magik untuk memulihkan ekonomi negara.

"Bagi saya Rafizi dari awal telah duduk di kementerian yang salah.

"Malah keputusan kerajaan memecahkan kementerian kepada tiga yang berkaitan dengan hal ehwal ekonomi juga terburu-buru iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya (UM) itu berkata, keputusan memecahkan kementerian juga menyebabkan tiada penyelarasan yang baik apabila dasar

polisi berkaitan ekonomi dikemudi tiga kementerian berbeza tetapi teras yang sama.

Justeru, Dr. Mohammad Tawfik menambah, rombakan Kabinet perlu disegerakan bagi menyusun semula Kabinet dan melantik menteri yang sesuai, berwibawa serta memahami denyut nadi rakyat.

Media sebelum ini melaporkan dapatan Merdeka Center mendedahkan bahawa hanya 31 peratus pengundi berpandangan negara pada hala tuju betul, manakala 60 peratus berpandangan hala tuju negara ke arah salah.

Badan pemikir itu menambah isu ekonomi menjadi kebimbangan utama pengundi, dengan 78 peratus menyatakan isu ekonomi menjadi perkara paling utama didepani rakyat hari ini.

Dalam tinjauan itu juga, rating Kerajaan Persekutuan ketika ini berada pada tahap 41 peratus, berbanding 54 peratus pada Disember lalu.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Perdana Menteri hari ini dilapor berkata laporan kaji selidik oleh Merdeka Center tidak mewakili suara keseluruhan 32 juta rakyat Malaysia.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menambah keputusan diperoleh hanya dibuat berdasarkan pandangan daripada 1,200 responden.

Harimau baham buruh di taman negara

KOSMO!

NEW DELHI – Seorang buruh maut akibat dibaham seekor harimau ketika bekerja di Taman Negara Corbett di Uttarakhand, India, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Seorang Pegawai Hutan, Rajendra Chakravat berkata, mangsa yang merupakan seorang warga Nepal bernama Ramprasad, 55, diseret ke dalam semak ketika menjalankan kerja-kerja pada pagar solar.

Beberapa pegawai hutan kemudian melepaskan sembilan das tembakan ke udara untuk menakutkan harimau itu namun ketika Ramprasad ditemui sudah meninggal dunia selepas diselamatkan.

Menurut Chakravat, pihaknya kini berusaha menangkap harimau itu dengan menembak peluru ubat pelali. – Agensi

Juruterbang cuai, penerjun 'hilang kepala'

Agensi

Paris: Kecuaian seorang juruterbang Perancis membawa padah apabila dia diharamkan untuk menyertai mana-mana penerbangan selepas mengakibatkan kepala seorang penerjun udara terpotong kerana terkena sayap pesawat.

Portal BBC melaporkan, mangsa, Nicolas Galy, 40, terbabit nahas itu beberapa saat selepas terjun dari sebuah pesawat pada Julai 2018.

Juruterbang yang tidak dinamakan itu didapati bersalah pada Selasa lalu, atas kesalahan pembunuhan tanpa niat.

Berikutan itu, juruterbang berkenaan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah di Montauban.

Penerbangan penuh ujian - Penumpang
Persatuan Sekolah Skydiving Midi-Pyrénées, yang juga majikan kepada juruterbang itu didenda 20,000 euro (kira-kira RM102,222) atas kesalahan berkenaan.

Menurut akhbar Le Parisien, selepas mangsa membuat terjunan, pesawat itu mula terbang rendah ke arah landasan.

Sebelum penerjun udara itu melompat keluar dari pesawat, tiada perbincangan mengenai trajektori yang akan dilalui pesawat.

Memetik fakta perbicaraan pada 19 September lalu, peguam bela mangsa, Emmanuelle Franck, kesal apabila mendapati banyak kelalaian atau kecuaian.

Semua dakwaan Sirul tak benar, kata bekas peguamnya

K. Parkaran

PETALING JAYA: Seorang peguam menafikan semua dakwaan yang dibuat oleh bekas anak guamnya Sirul Azhar Umar di Australia dalam satu temuramah dengan sebuah stesen televisyen antarabangsa.

Hasnal Rezua Merican berkata ini termasuk tuduhan beliau membayar Sirul RM1 juta.

“Semua tuduhan yang dibuat Sirul adalah tidak benar. Sebagai peguamnya saya melawat Sirul tujuh atau enam kali ketika dia ditahan di Australia. Saya tidak ingat bila kali terakhir saya berjumpa dengannya, mungkin pada 2017 atau 2018.

“Masih terlalu awal mengambil sebarang tindakan kerana tuduhan itu dibuat dan tersebar di Australia,” kata Hasnal Rezua Merican menerusi WhatsApp kepada FMT.

Dalam wawancara eksklusif bersama Aljazeera English 101 East, yang disiarkan pada pagi tadi, Sirul merayu untuk meneruskan hidup di Australia dan turut memohon kemaafan kepada keluarga warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Katanya, dia mendakwa tidak bertanggungjawab ke atas pembunuhan wanita itu walaupun telah disabit oleh mahkamah tertinggi di Malaysia.

Sirul mendakwa dia dijadikan kambing hitam dan diperangkap dalam permainan politik yang mana dia mengakui menerima RM1 juta ketika berada di Australia daripada sumber tidak dinamakan bertujuan “menutup mulut”. Dia juga ada membuat beberapa dakwaan yang tidak dapat disahkan terhadap beberapa personaliti individu ternama di negara ini.

Sirul antara sekumpulan tahanan imigresen yang dibebaskan selepas Mahkamah Tinggi Australia memerintahkan menahan tahanan tanpa tempoh merupakan pelanggaran undang-undang.

Arahan itu membatalkan keputusan 2004 yang menyatakan individu bukan warganegara tanpa visa boleh dikenakan tahanan tanpa tempoh tertentu dengan syarat kerajaan berhasrat mengeluarkan mereka sesegera mungkin.

Australia tidak mengusir Sirul ke Malaysia memandangkan undang-undang negara itu tidak membenarkan mereka berdepan hukuman mati dikembalikan ke negara asal.

Altantuya ditembak di kepala pada 2006 di hutan di Puncak Alam, Selangor. Mayatnya kemudian diledakkan menggunakan bahan letupan.

Sirul dan rakannya yang juga bekas pegawai polis, Azilah Hadri disabit pada 2009 oleh Mahkamah Tinggi kerana membunuh Altantuya, yang digambarkan sebagai seorang penterjemah. Azilah ketika ini sedang menunggu hukuman mati di Penjara Kajang.

Kedua-duanya berjaya membatalkan sabitan di Mahkamah Rayuan pada 2013, namun Mahkamah Persekutuan pada 2015 mengembalikan sabitan dan menjatuhi mereka hukuman mati.

Sirul melarikan diri ke Australia sebelum keputusan terakhir.

Dia ditahan di pusat tahanan sejak 2015 selepas ditangkap polis Australia. Sirul memohon suaka politik di Australia, namun ditolak pada 2019.

11 penipuan PN-Pas dalam kempen ‘Pertahan Syariah’

HarapanDaily.com
11 penipuan PN-Pas dalam kempen ‘Pertahan Syariah’
AHMAD MURSI

𝟭. 𝗣as 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗝𝗶𝗸𝗮 𝗡𝗶𝗸 𝗘𝗹𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴, 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿 𝟮𝟬 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗱𝗶𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺

Kesalahan-kesalahan itu ada dalam undang-undang sivil dan bertindih. Sebahagian hukumannya jauh lebih berat berganda-ganda. Tapi hukuman khas berkait orang Islam seperti minum arak dalam undang-undang syariah masih berjalan.

𝟮. 𝗣as 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗞𝗲𝘀 𝗡𝗶𝗸 𝗘𝗹𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵

Kes ini bukan cabar Mahkamah Syariah tapi cabar bidang kuasa DUN buat undang-undang melebihi kuasa yang diperuntukkan Perlembagaan senarai negeri.

𝟯. 𝗣as 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗝𝗶𝗸𝗮 𝗡𝗶𝗸 𝗘𝗹𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴, 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗯𝘂𝗿

Kewujudan Mahkamah Syariah dijamin oleh Perlembagaan bahkan tidak boleh diganggu Mahkamah Sivil mengikut artikel 121(1A) Perlembagaan.

𝟰. 𝗣as 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗨𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-undang 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗰𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗯𝗶𝗹𝗮 k𝘂𝗮𝘀𝗮 p𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗹𝗲𝗺𝗮𝗵

Kes Iki Putra dan Nik Elin dicabar waktu PN-Pas berkuasa 33 bulan.

𝟱. 𝗣as 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗞𝗲𝘀 𝗶𝗻𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝘁 𝗽𝗮𝗱𝗮𝗵𝗮𝗹 𝗶𝘁𝘂 𝗶𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶. 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯 j𝗶𝗵𝗮𝗱 𝗺𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻

Enekmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1 (EKJSK1) ini TAKZIR bukannya Hudud dan Qisas (EKJSK2) yang nasnya qat’iey.

Hukuman takzir ditentukan oleh pemerintah mengikut maslahah tidak seperti hudud dan qisas. Bahkan 20 kesalahan itu juga dikira jenayah di bawah undang-undang sivil.

𝟲. 𝗣as 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗡𝗶𝗸 𝗘𝗹𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴, 𝗶𝗻𝗶𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗨𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-Undang 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶

Kuasa Negeri kekal sebagaimana biasa. Malah, selepas kes ini, kerajaan melalui jawatankuasa yang sudah dibentuk oleh PMX akan mengesyorkan penambahbaikan pada Perlembagaan dan undang-undang.

Proses ini sudah pernah dibuat termasuk dulu pindaan 121(1A) juga atas usaha PMX.

𝟳. 𝗣as 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝗹𝗮𝗺𝗯𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸 𝘁𝘂𝗯𝘂𝗵 𝗝𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮

Jawatankuasa yang dibentuk perlu perkenaan Majlis Raja-Raja yang baru bersidang Oktober 2023. Kes ini berlaku zaman PN-Pas (Iki Putra 2021) tetapi Pas tidak tubuhkan jawatankuasa pun.

𝟴. 𝗣as 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗞𝗲𝘀 𝗡𝗶𝗸 𝗘𝗹𝗶𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝗳𝗮𝗶𝗹 𝗽𝗲𝘁𝗶𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗱𝗮𝗵 𝗯𝘂𝗯𝗮𝗿. 𝗣𝗡-𝗣as 𝘁id𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗮𝗽𝗮. 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗣as ‘𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝘂’ 𝗽𝘂𝗻 𝗸𝗲𝘀 𝗜𝗸𝗶 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟭

Padahal, kes ini dah mula lama. 25/05/22 – Nik Elin failkan notis usul. 30/09/22 – Mahkamah Persekutuan benarkan. 13/10/22 – Nik Elin failkan petisyen.

Kes Iki Putra 2021 berlaku lebih awal semasa Takiyuddin Menteri Undang-Undang tetapi tiada tindakan juga. Kenapa kes penting begitu dibiarkan?

𝟵. 𝗣as 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝘁id𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸 𝗽𝘂𝗻 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗡𝗶𝗸 𝗘𝗹𝗶𝗻

Dulu Pas pun tidak bertindak halang Iki Putra dan halang Nik Elin sebab kerajaan tidak boleh campur tangan hal mahkamah doktrin pengasingan kuasa.

Tapi kerajaan Madani melalui MAIWP terlibat sebagai Amicus Curiae turut berhujah membantu Mahkamah.

𝟭𝟬. 𝗣as 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗣as 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗷𝗮𝗴𝘂𝗵 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵

Semasa Undang-Undang Syariah dan Mahkamah Syariah dibangunkan, Pas masih anggap ‘Perlembagaan penjajah, dan peraturan jahilliyyah dan kafir’.

Namun, PMX sudah terlibat jauh lebih awal bantu memperkasa Mahkamah Syariah sejak 1988 pinda 121(1A) Perlembagaan.

𝟭𝟭. 𝗣as 𝗧𝗶𝗽𝘂: 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗽𝘂𝘀

Satu kesalahan yang sama oleh orang Islam, dua hukuman berlainan. Satu ringan (syariah) dan satu berat (sivil).

Non Muslim hanya dihukum di Mahkamah Sivil dengan hukuman lebih berat. Sebab itu, proses harmonikan syariah dan sivil perlu dibuat berterusan untuk penambahbaikan dan mencapai keadilan.

Peguam nafi arah Sirul bersihkan nama Najib

Hidir Reduan Abdul Rashid

Peguam Hasnal Rezua Merican menafikan dakwaan dia mengarahkan Sirul Azhar Umar membuat video yang membersihkan bekas perdana menteri Najib Abdul Razak daripada penglibatan dalam pembunuhan model dan jurubahasa dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Penafian itu dibuat selepas Sirul mendakwa telah ditawarkan bayaran yang besar untuk peranannya dalam video yang diterbitkan pada 2016 itu.

“Saya tidak membaca kenyataannya dan saya belum memutuskan langkah seterusnya. Apa yang boleh saya katakan pada masa ini ialah tidak ada kebenaran sama sekali dalam dakwaan itu,” kata Hasnal kepada Malaysiakini ketika dihubungi untuk mengulas tentang dakwaan Sirul.

Dalam temu bual yang disiarkan oleh program '101 East' Al-Jazeera pagi ini, Sirul mendakwa Hasnal telah menawarkannya "sekitar RM1 juta" untuk video itu dan diberitahu apa yang perlu dikatakan.

Hasnal adalah peguam Sirul pada masa itu dan kini merupakan pesuruhjaya Suhakam. Peguam berkaitan Umno itu juga pernah bertanding di kerusi Kuang di bawah tiket BN semasa pilihan raya negeri Selangor pada Ogos tahun ini.

Dalam siri video yang dikeluarkan pada Januari 2016, Sirul mendakwa dia digunakan untuk "menjatuhkan dan memfitnah" seseorang, yang tidak dinamakannya tetapi difahamkan merujuk kepada Najib. Dia juga berkata Najib tidak terlibat dalam "kes itu", yang difahamkan merujuk kepada pembunuhan Altantuya.

Video-video itu muncul ketika Najib sedang menghadapi cabaran politik akibat skandal 1MDB. Peguam negara ketika itu Mohamad Apandi Ali baru sahaja membebaskan Najib daripada kesalahan untuk "derma" RM2.6 bilion yang didakwa diterimanya, tetapi ini gagal menutup mulut pengkritiknya.

Derma yang dikatakan itu kini menjadi subjek pertuduhan rasuah terhadap Najib yang masih belum selesai di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur. Untuk rekod, Najib juga telah menafikan penglibatan dalam pembunuhan Altantuya.

Dibayar untuk tutup mulut

Sementara itu, dalam program Al-Jazeera itu, tidak jelas sama ada tawaran RM1 juta itu benar-benar berlangsung tetapi Sirul mengaku dibayar untuk tutup mulut.

Dia juga mendakwa tidak pernah membayar peguamnya sama ada di Malaysia atau di Australia, dan tidak tahu dari mana wang itu datang. Wang itu dikatakan disalurkan kepadanya melalui peguamnya.

Sirul dan pegawai atasannya Azilah Hadri adalah bekas pengawal peribadi Najib yang telah disabitkan dengan pembunuhan Altantuya.

Bagaimanapun, Sirul berjaya melarikan diri ke Australia, di mana dia tidak dapat diekstradisi kerana dasar negara itu yang tidak menghantar pulang individu ke negara di mana mereka mungkin menghadapi hukuman mati.

Dia telah dibebaskan daripada tahanan imigresen selepas mahkamah tinggi di Australia memutuskan bahawa kerajaannya tidak boleh menahan tahanan imigresen selama-lamanya.

Semua aset Aman Palestin hasil seleweng RM70 juta bakal disita

HarapanDaily.com

Semua aset Aman Palestin Berhad (Aman Palestin), dipercayai diperolehi hasil penyelewengan RM70 juta dana orang awam bakal disita.

Lapor BH memetik sumber, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam proses mengenal pasti aset terbabit.

Menurut sumber itu lagi, SPRM buat masa ini belum lagi mengambil keterangan ketua pegawai eksekutif pertubuhan berkenaan.

“Setakat ini, sebanyak 11 saksi sudah dirakam keterangan oleh SPRM,” katanya.

Sumber berkenaan juga mendakwa sembilan daripada 41 akaun bernilai lebih RM15.86 juta yang dibekukan adalah yang didaftarkan di atas nama Aman Palestin Berhad.

“Dua akaun lagi milik sebuah syarikat dan selebihnya merupakan akaun membabitkan tujuh individu,” katanya.

Semalam, SPRM mengesahkan membekukan sebanyak 41 akaun bank syarikat pertubuhan Aman Palestin bernilai RM15,868,762.00 sehingga semalam.

Tindakan itu dilakukan selepas siasatan terhadap dakwaan Aman Palestin menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan penggeledahan turut dilakukan di premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.

Beberapa keterangan saksi-saksi penting bagi siasatan lanjut turut dirakam.

Siasatan awal mengenalpasti beberapa isu membabitkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan bagi tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat berkenaan.

Kes membabitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mula beroperasi pada akhir 2004 itu disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Terkini: MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahan jawatan

Nora Mahpar dan Faiz Zainuddin

SHAH ALAM: Bersatu menolak keputusan Muhyiddin Yassin tidak mempertahankan jawatan presiden pada pemilihan parti tahun depan.

Sumber berkata, keputusan itu dicapai secara konsensus selepas mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu petang ini dipengerusikan Timbalan Presiden Ahmad Faizal Azumu.
“Setiap ahli MPT ditanya sama ada mahu menawarkan diri menjadi presiden menggantikan Muhyiddin, namun tiada ahli MPT yang mahu berbuat demikian.

“Semua secara konsensus menolak keputusan presiden itu,” katanya ketika ditemui di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC).

Sumber berkata, kenyataan lanjut akan dikeluarkan Setiausaha Agung Hamzah Zainudin.

Dalam ucapan dasarnya pagi tadi, Muhyiddin mengumumkan hasrat tidak mempertahankan jawatan presiden pada pemilihan Bersatu tahun depan.

Bagaimanapun, Hamzah berkata perkara itu belum muktamad dan tidak semestinya diterima parti.

Bersatu buat mesyuarat tergempar bincang pengumuman Muhyiddin

Shamz Johan & Alyaa Alhadjri

Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu akan mengadakan mesyuarat tergempar petang ini bagi membincangkan pengumuman presidennya Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai presiden Bersatu pada pemilihan parti akan datang.

Ketika memaklumkan perkara itu, Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee berkata dia senada dengan kehendak perwakilan yang mendesak Muhyiddin mempertimbangkan semula hasratnya itu memandangkan pemilihan parti hanya akan dilakukan tahun hadapan.

"Ia satu tempoh yang masih agak jauh, tentu dalam tempoh sekarang hingga proses yang akan diadakan tahun depan itu, pelbagai kemungkinan akan berlaku.

"Tan Sri (Muhyiddin) diperlukan untuk parti dan keyakinan para perwakilan ke pimpinan parti untuk dia terus menerajui parti adalah satu keyakinan yang nyata dan harus ditimbang semula olehnya,” katanya.

Menurutnya, pengumuman Muhyiddin itu merupakan satu kenyataan yang terlalu awal dan perwakilan juga memberi reaksi tidak bersetuju dengannya.

"Seperti saya katakan tadi, ia satu kenyataan terlalu awal yang dibuat oleh Tan Sri dan reaksi menunjukkan bahawa ia (hasrat Muhyiddin) tidak diterima oleh perwakilan.

"Kebetulan petang ini, kita akan mengadakan mesyuarat tergempar MPT bagi berbincang lanjut tentang hasrat Tan Sri untuk tidak ingin memimpin parti selepas pemilihan akan datang," katanya.

Jelasnya, bagi tempoh sekarang, parti itu masih memerlukan kepimpinan Muhyiddin kerana selain berjaya melahirkan ramai pemimpin, Ahli Parlimen Pagoh itu juga adalah imej dan simbol parti tersebut.

"Kita akui Muhyiddin berjaya melahirkan ramai pemimpin seperti (Setiausaha Agung Bersatu) Hamzah Zainudin dan beberapa orang lagi yang disebut sendiri oleh Tan Sri dalam siaran akhbar sebelum ini.

"Untuk tempoh sekarang, yang agak mencabar memerlukan imej kepimpinan yang lebih jelas, dia merupakan pemimpin yang diperlukan parti," katanya.

Rebut jawatan presiden, ahli bimbang Bersatu pecah

Nora Mahpar dan Faiz Zainuddin

SHAH ALAM: Akar umbi Bersatu bimbang parti itu akan berpecah susulan perebutan jawatan presiden yang tidak akan dipertahankan Muhyiddin Yassin pada pemilihan tahun depan.

Beberapa perwakilan yang ditemui FMT juga gusar dengan nasib parti yang baru berusia tujuh tahun berkenaan tanpa dikemudi bekas perdana menteri itu.

Perwakilan dari Lipis Fareed Tarmizi berkata belum sampai masa Muhyiddin meninggalkan perjuangan parti itu dan beliau seharusnya kekal sehingga selepas PRU16.

Mengakui terkejut dengan pengumuman itu, beliau turut menggesa pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkenaan mempertimbangkan semula keputusannya berundur tahun depan.

“Kita minta bukan sebab tiada pelapis… ada ramai cuma bagi saya waktu tak sesuai untuk beliau berundur dalam keadaan Bersatu masih baharu.

“Kita bimbang akan berlaku perpecahan dalam parti kalau beliau tinggalkan sekarang, kalau boleh sekurang-kurangnya bertahan sehingga selepas PRU16,” katanya ditemui sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di IDCC, Shah Alam.

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan presiden pada pemilihan parti tahun depan untuk memberi ruang kepada pemimpin pelapis.

Sementara itu, perwakilan dari Muar Anwar Asyraf Ismail turut menyatakan kebimbangan risiko perpecahan yang bakal memudaratkan potensi parti.

“Kita juga bimbang pihak lawan akan mengambil kesempatan untuk memancing lebih ramai Ahli Parlimen Bersatu,” katanya.

Siti Romawati Mat Daud, ketua penerangan Wanita Bersatu Jeli pula berpandangan tiada sebab untuk Muhyiddin atau lebih mesra dengan panggilan “Abah” untuk berundur.

“Beliau banyak jasa, malah berhempas pulas menjaga negara ketika Covid-19 melanda tiga tahun lalu.

“Malah beliau seorang pemimpin yang tidak terlibat dengan kontroversi.”

'Cokop jomlah' tidak akan gugat lagi kerajaan PMX

HarapanDaily.com

Permainan nombor tidak akan gugat lagi kerajaan Anwar – Penganalisis

SITI NUR ZAWANI 

Seorang penganalisis politik berpendapat Kerajaan Perpaduan dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan dapat digugat dengan ‘permainan nombor’ selepas kejayaannya menyatukan 19 parti politik di bawah pentadbirannya.

Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Prof Dr Azmi Hassan berkata, sejak awal pentadbiran Kerajaan Perpaduan, percaturan nombor menjadi cabaran paling kuat apabila Perikatan Nasional mendakwa mempunyai cukup nombor dan sokongan untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan.

Ia katanya berupaya mengganggu konsentrasi pentadbiran Anwar, namun beliau berjaya menanganinya dengan baik sekaligus meyakinkan Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk duduk bersama Kerajaan Perpaduan.

Beliau turut tidak menolak bahawa kerajaan akan bertahan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16.

“Cabaran (menyatukan 19 entiti politik) telah dilalui Anwar dengan sebaiknya. Sebab itu dia masih bertahan sampai hari ini.

“Dan adakah ia (kerajaan) akan terus bertahan? Ya, paling tidak empat tahun lagi sehinggalah PRU16. Kenapa saya berkata demikian adalah kerana keserasian 19 entiti itu, Datuk Seri Anwar dapat mengendalikannya

“Paling penting, tidak akan ada lagi percaturan, permainan nombor dari Perikatan Nasional selepas ini.

“Jika dahulu PN kata ada yang nak melompat ke PN, tapi akhirnya sekarang yang berlaku adalah sebaliknya,” katanya ketika dihubungi Harapan Daily.

Pada masa sama, Azmi Hassan menyifatkan kemampuan Anwar menjaga kestabilan politik dalam negara adalah antara pencapaian paling terbaik oleh pemimpin itu.

Ini kerana katanya, ia menjadi faktor utama kepada kejayaan menarik pelaburan asing ke dalam negara.

Mengulas pengumuman Mahiaddin yang tidak akan mempertahankan jawatannya selaku Presiden Bersatu, Azmi Hassan berkata parti itu akan mengalami krisis kepimpinan yang besar.

Beliau berkata, sokongan ahli Parlimen Bersatu kepada PMX bukan disebabkan peruntukan semata-mata tetapi disebabkan Bersatu semakin hilang hala tuju mereka

“Sedang berlaku krisis kepimpinan dalam Bersatu dan hilang hala tujunya. Mereka sekarang tidak dapat menjalankan tugas sebagai pembangkang yang baik.

“Jadi itu saya nyatakan, bila tak ada serangan daripada PN ini maka kerajaan Datuk Seri Anwar dan Kabinetnya boleh menumpukan perhatian untuk mentadbir negara,” katanya lagi.

'Kantoi' beli lesen memandu palsu RM1,200

MUHAMMAD AMINNURALIFF
Suspek bersama motosikal ditunggang kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Ampang untuk siasatan lanjut. Lesen memandu palsu yang didakwa dibeli suspek menerusi iklan dalam Facebook ketika ditahan dalam Op Sekatan Bersepadu sekitar Pandan Indah dekat sini pada Khamis.
Suspek bersama motosikal ditunggang kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Ampang untuk siasatan lanjut. Lesen memandu palsu yang didakwa dibeli suspek menerusi iklan dalam Facebook ketika ditahan dalam Op Sekatan Bersepadu sekitar Pandan Indah dekat sini pada Khamis.
AMPANG - Perbuatan seorang lelaki menggunakan lesen memandu palsu yang didakwa dibeli menerusi media sosial terbongkar apabila ditahan dalam Op Sekatan Bersepadu sekitar Pandan Indah dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, operasi dijalankan kira-kira jam 10 pagi oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Suspek mulanya dilihat menunggang sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan dalam operasi berkenaan.

"Pemeriksaan lanjut mendapati suspek berumur 32 tahun itu memiliki lesen memandu palsu," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, siasatan mendapati suspek membeli lesen memandu palsu itu menerusi iklan yang dipaparkan dalam Facebook.

"Suspek menyatakan membeli lesen memandu itu dengan harga RM1,200 sekitar Julai lalu.

"Suspek bersama motosikal ditunggang kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Ampang untuk siasatan lanjut," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 108(3)(g) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bersatu akan tertinggal jauh sebelum PRU16

HarapanDaily.com

SITI NUR ZAWANI 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Bersatu tidak akan bertahan lama seperti yang dijangkakan oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa parti itu berpotensi untuk “pergi jauh”.

Puad berkata, Hamzah lupa bahawa Bersatu kini semakin ketinggalan berbanding Pas yang mempunyai negeri sandaran sendiri.

Bersatu juga tidak mempunyai akar umbi sendiri dan hanya bergantung kepada Pas.

“Hamzah lupa parti itu kini semakin tertinggal jauh. Bukan sahaja ditinggal jauh oleh Pas tetapi oleh MP Bersatu yang akan tinggalkan parti itu.

“Puncanya Bersatu tidak ada akar umbi sendiri. Ia berjaya kerana Pas. Bersatu gagal mengganti UMNO. Bersatu tidak ada negeri sandaran macam Pas, UMNO dan PKR,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Hamzah sebelum ini menggesa ahli bekerja lebih keras untuk parti, yang menurutnya berpotensi ‘pergi jauh’ berdasarkan prestasi pilihan raya lalu.

Dalam ucapannya kepada perwakilan parti di Pusat Konvensyen Ideal semalam, Hamzah berkata dalam tempoh sesingkat enam tahun parti itu mampu memenangi 31 kerusi Parlimen.

Katanya juga, parti lain selepas puluhan tahun tertubuh belum tentu boleh mencapai prestasi seperti Bersatu.

Sementara itu Puad berkata, Bersatu akan ditinggal jauh sebelum PRU16 dengan wakil rakyat mereka akan mula beralih kepada Pas, atau kepada PMX.

“Ini melemahkan daya juang wakil rakyat Bersatu. Mereka akan beralih jika tidak kepada Pas, akan beralih sokongan kepada PMX. Bersatu akan ditinggal jauh sebelum PRU 16,” ujarnya.

Bersatu kini diketuai Tan Sri Mahiaddin Md Yasin selepas ia dibawa keluar dari Pakatan Harapan untuk membentuk Perikatan Nasional bersama Pas.

Sirul akui terima RM1 juta untuk tutup mulut bersabit kes Altantuya

Zanariah Abd Mutalib
am@hmetro.com.my
Sirul Azhar mendakwa dijadikan ‘kambing hitam’.  FOTO Aljazeera
Sirul Azhar mendakwa dijadikan ‘kambing hitam’. FOTO Aljazeera
Kuala Lumpur: Bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006, merayu untuk meneruskan hidup di Australia, sambil menyatakan berbahaya kepadanya untuk kembali pulang ke Malaysia.

Dalam wawancara eksklusif bersama Aljazeera English 101 East yang disiarkan pagi ini, Sirul Azhar turut memohon kemaafan kepada keluarga Altantuya dan minta diampunkan.

FMT melaporkan, dalam wawancara pertama sejak dibebaskan dua minggu lalu dari Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney itu, Sirul Azhar mendakwa dia tidak bertanggungjawab ke atas pembunuhan Altantuya walaupun disabitkan bersalah oleh mahkamah di Malaysia.

Dia mendakwa dijadikan kambing hitam dan diperangkap dalam permainan politik yang mana dia mengakui menerima RM1 juta ketika berada di Australia daripada sumber tidak dinamakan bertujuan "menutup mulut."

Dia juga ada membuat beberapa dakwaan yang tidak dapat disahkan terhadap beberapa personaliti individu ternama.

"Saya merayu kepada masyarakat di sini untuk menerima saya. Saya berjanji kepada anak lelaki saya tidak sesekali akan melanggar undang-undang di sini. Saya (akan) patuh segala-galanya. Saya menyedari adalah sangat tidak selamat untuk kembali ke sana (Malaysia).

"Apa sahaja berlaku, saya mahu membina kehidupan bersama anak saya di Australia. Saya berharap masyarakat Australia menerima saya seadanya. Saya bukan orang jahat.

"Saya cintakan Australia jauh di sudut hati, dari jiwa. Berikanlah saya peluang kedua. Satu lagi…saya mahu memohon kemaafan kepada keluarga Altantuya. Tolong maafkan saya. Itu sahaja," katanya.

Akhbar Australia, The Sydney Morning Herarld, sebelum ini melaporkan, Sirul Azhar dibebaskan selepas sembilan tahun berada dalam tahanan pihak imigresen negara itu sejak 2015.

Dia ialah antara sekumpulan tahanan imigresen yang dibebaskan selepas Mahkamah Tinggi Australia memerintahkan menahan tahanan tanpa tempoh adalah pelanggaran undang-undang.

Arahan itu membatalkan keputusan 2004 yang menyatakan individu bukan warganegara tanpa visa boleh dikenakan tahanan tanpa tempoh tertentu dengan syarat kerajaan berhasrat mengeluarkan mereka sesegera mungkin.

Sirul Azhar berkata, pegawai polis Malaysia sudah bertemu dengannya sehari selepas dibebaskan dan memaklumkan menteri hal ehwal luar Australia ada menghubungi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia menanyakan sama ada dia selamat berada di Canberra.

"Mereka memberitahu beliau saya selamat. Tapi, saya kecewa, lihat sahaja berita semuanya jahat tentang saya. Jadi, masyarakat di sini sangat, sangat takut kepada saya. (Mereka fikir) Sirul berbahaya," katanya.

Australia tidak mengusir Sirul Azhar ke Malaysia berikutan undang-undang negara itu tidak membenarkan mereka berdepan hukuman mati dikembalikan ke negara asal.

Altantuya dikatakan terbabit skandal dengan bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, yang juga sekutu rapat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri.

Warga Mongolia yang dilaporkan berperanan sebagai penterjemah proses perundingan penjualan kapal selam oleh sebuah syarikat pembekal senjata dari Perancis, DNS kepada kerajaan Malaysia, dibunuh dua pengawal peribadi Najib pada 18 Oktober 2006.

Berikutan itu, dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) iaitu Sirul Azhar yang ketika itu berpangkat Koperal dan Cif Inspektor Azilah Hadri ditangkap sebelum didakwa di Mahkamah Shah Alam kerana membunuh Altantuya, pada November 2006.

Pada 9 April 2009, mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap Sirul Azhar dan Azilah atas kesalahan membunuh Altantuya, bagaimanapun kedua-duanya memfailkan rayuan atas hukuman mereka.

Pada Februari 2012, permohonan rayuan mereka berlangsung selama tiga hari dan akhirnya pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan memerintahkan Azilah dan Sirul Azhar dilepas dan dibebaskan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memfailkan rayuan atas keputusan itu di Mahkamah Persekutuan dan pendengaran rayuan berlangsung pada 23 Jun 2014.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan kemudian sebulat suara menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Azilah dan Sirul Azhar selepas membenarkan rayuan pendakwaan, pada 13 Januari 2015.

Sirul Azhar meninggalkan Malaysia pada 2014 ketika kes itu masih lagi dalam rayuan, dan tidak pulang ketika hukuman dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Sirul kemudian ditahan oleh pihak berkuasa Australia dan dasar negara itu adalah tidak menghantar pulang individu yang berdepan dengan hukuman mati di negara asal.

Polis: Identiti ‘Mr H’ masih misteri kerana Wahab belum buat laporan

Natasha Busst

KUALA LUMPUR: Polis belum dapat mengesahkan individu hadir memberi keterangan semalam berkait siasatan video perbualan mirip bekas ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Mohammad Agus Yusoff, adalah “Mr H”.

Ini kerana, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, Penolong Pegawai J-Kom, Abdul Wahab Abdul Kadir belum tampil membuat laporan.

Katanya, polis hanya dapat mengenal pasti “Mr H” secara positif selepas Wahab mengesahkannya.

“Kita cuba jejakinya (Wahab) menerusi peguam beliau dan cuba yakinkannya, kita cuba bantu dan jamin keselamatan beliau untuk selesaikan kes ini.

“Polis telah merekod keterangan individu didakwa sebagai Mr H pada Khamis, tapi kita tidak boleh kemukakannya atas faktor keselamatan, juga tidak mahu jejaskan dalam konteks siasatan hingga timbul spekulasi yang menyukarkan siasatan,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman.

Isnin lalu, Agus dan Wahab dalam sidang media khas mendakwa video perbualan mereka yang tular di media sosial sudah disunting, dengan Wahab mendakwa diarahkan individu bernama “Mr H” untuk merakam video perbualannya bersama Agus.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain mengesahkan individu dikenali sebagai “Mr H” selesai memberi keterangan semalam.

Dalam tempoh seminggu ini, Shuhaily berkata, keterangan empat individu sudah diambil, termasuk pengadu (Agus), Hisham Shaharin yang lebih dikenali Che’gu Bard serta pekerja hotel bagi mengesahkan sidang akhbar diadakan pada 17 Nov lalu.

Katanya, polis juga masih menunggu laporan pakar bagi mengesahkan kesahihan video didakwa disunting itu.

Hamzah Zainuddin: MPT Bersatu setuju Muhyiddin tak pertahan jawatan

Malaysiakini

Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu bersetuju dengan keputusan presidennya Muhyiddin Yassin untuk tidak mempertahankan jawatan dalam pemilihan parti tahun depan.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin, mereka tidak dapat menerima jika Muhyiddin mahu berundur lebih awal.

“Dan kita tidak mencadangkan sesiapa pun (sebagai penggantinya),” kata Hamzah yang juga ketua pembangkang.

Selepas membunuh guna lebih RM224 bilion, gencatan senjata bermula 1 tengah hari ini

HarapanDaily.com

Selepas negara pengganas, Israel berbelanja lebih RM224 bilion untuk membunuh rakyat di Gaza, gencatan senjata di wilayah musnah teruk itu berkuatkuasa selama empat hari bermula hari ini.

Lapor AFP memetik pengantara Qatar, pertukaran tebusan dan tahanan akan menyusul beberapa jam kemudian.

Sepatutnya berkuat kuasa semalam, perjanjian gencatan senjata yang difasilitasi oleh Qatar dengan bantuan Mesir dan Amerika Syarikat (AS) itu ditangguhkan selepas halangan saat akhir.

“Jeda akan bermula pada 7 pagi (0500 GMT) pada Jumaat (1 tengah hari waktu Malaysia)… dan kumpulan pertama tebusan awam akan diserahkan kira-kira jam 4 petang (1400 GMT) (10 malam waktu Malaysia),” kata jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al Ansari semalam.

Pada peringkat permulaan, 13 orang akan dibebaskan membabitkan wanita dan kanak-kanak daripada keluarga sama, kata Ansari pada sidang akhbar di Doha.

Banduan Palestin yang ditahan di penjara Israel juga akan dibebaskan hari ini, katanya, sambil menambah senarai nama banduan telah diluluskan, tanpa menyatakan bilangannya.

Dalam masa sama, Ansari memaklumkan “langit akan cerah” daripada dron untuk tempoh masa ditetapkan bagi membolehkan pembebasan tebusan berlaku dalam persekitaran selamat.

Israel dan Palestin berperang sejak 7 Oktober, mengumumkan perjanjian pada 22 November membenarkan sekurang-kurangnya 50 tebusan dan puluhan tahanan Palestin dibebaskan ketika gencatan senjata.

“Dalam tempoh empat hari ini, maklumat akan dikumpul mengenai tebusan yang lain untuk mempertimbangkan kemungkinan lebih banyak pembebasan dan dengan itu melanjutkan jeda,” katanya.

Mengulas mengenai jeda, Ansari berkata ia memerlukan “gencatan senjata sepenuhnya, tanpa serangan dari udara atau darat,” sambil menambah beliau berharap “tidak akan ada pelanggaran.”

Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa secara berperingkat-peringkat yang boleh dilanjutkan dan diperluaskan serta bertujuan memberikan bantuan kepada 2.4 juta penduduk Gaza.

“Perjanjian itu, ia masih berkuat kuasa dan seperti yang dipersetujui,” kata Ansari.

Sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam, pada Khamis mengesahkan gencatan senjata akan bermula pada Jumaat, disertai dengan “pemberhentian semua tindakan ketenteraan dari Briged Qassam dan penentangan Palestin” ketika gencatan senjata.

Sepanjang gencatan senjata, ia berkata 50 tebusan membabitkan wanita dan lelaki berumur 18 tahun ke bawah akan dibebaskan, dengan tiga tahanan Palestin akan dibebaskan bagi setiap seorang daripada mereka.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan angkuh berikrar untuk meneruskan serangan terhadap Hamas sebaik sahaja gencatan senjata berakhir.

Malah, beberapa jam sebelum berkuatkuasanya gencatan senjata, Israel meneruskan serangan di seluruh Gaza ketika kekejaman pengganas penjajah itu telah mengorbankan lebih 14,800 sejak 7 Oktober lalu.

Tindakan jahat tentera pengganas Zionis terus berleluasa apabila mengebom generator Hospital Indonesia.

Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza mengatakan Hospital Indonesia di bawah “pengeboman sengit” manakala pembunuhan juga dilakukan di tempat perlindungan sekolah PBB menyebabkan sekurang-kurangnya lagi 27 mangsa dibunuh.

Israel dikatakan berbelanja sebanyak AS$48 bilion (RM224.59 bilion) untuk perang di Gaza sejak 7 Oktober lalu sekaligus kerugian kepada ekonomi rejim Zionis untuk tahun kewangan semasa.

Angka daripada Leader Capital Markets itu turut menyebut kemungkinan Israel akan menanggung dua pertiga daripada jumlah kos perang, dengan bahagian selebihnya ditanggung Amerika Syarikat dalam bentuk bantuan ketenteraan.

Lapor Anadolu, anggaran AS$48 bilion adalah lebih rendah daripada penilaian sebelumnya, termasuk pengumuman baru-baru ini oleh Majlis Ekonomi Negara Israel, menganggarkan kos perang terhadap ekonomi Israel berpotensi 200 bilion shekel (AS$54 bilion) (RM252.67 bilion).

Oktober lalu, Kementerian Kewangan Israel menganggarkan kos ekonomi perang membabitkan AS$270 juta (RM1.26 bilion) sehari menekankan bahawa tamatnya perang tidak bermakna kerugian terhenti.

Ustaz mengaku cabul 17 budak bawah usia 10 tahun, raba murid ketika ajar mengaji

Malaysia Dateline

WAN SITI AMINAH

Seorang guru mengajar al-Quran ditahan polis selepas dilaporkan telah mencabul kira-kira 17 orang murid perempuannya sejak mula bertugas tiga tahun lalu.

Keterlaluan, suspek berusia 51 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan keji tersebut dengan cara meraba kemaluan mangsanya ketika mereka sedang belajar mengaji.

Jenayah dilakukan oleh guru tersebut akhirnya terbongkar apabila seorang mangsa mengadu kepada ibu bapanya yang kemudian tampil membuat laporan di balai polis.

Siasatan lanjut dijalankan oleh pihak berkuasa kemudian mendapati jumlah kanak-kanak yang telah menjadi mangsa suspek sebenarnya mencapai kira-kira 17 orang.

Mengejutkan, hampir kesemua mangsa merupakan anak perempuan kepada jiran tetangga suspek yang berusia di bawah 10 tahun ketika jenayah tersebut dilakukan.

Difahamkan, suspek dikenali sebagai Puji Raharjo itu mengajar mengaji di sebuah kampung terletak di Semarang Barat, Jawa Tengah Indonesia, lapor Jateng iNews.

Menurut pihak polis Semarang, Puji ketika disoal siasat pihaknya mengaku telah mula mencabul sejak tiga tahun lepas dan kali terakhir dilakukan pada Oktober lalu.

Suspek mendakwa terlalu kerap menonton video lucah sehingga membuatkan dirinya tidak mampu mengawal nafsu sendiri saat melihat anak-anak murid perempuannya.

Sementara itu, ketua kampung mengaku terperanjat saat menerima berita tersebut kerana suspek telah dikenali warga setempat sebagai tokoh agama yang disegani.

“Terkejut, tidak terpikir sama sekali,” katanya tidak menyangka tertuduh yang sering memberi khutbah di masjid itu tergamak melakukan perbuatan keji tersebut.

Suspek kini didakwa mengikut Perkara 76 E Undang-undang Perlindungan Kanak-Kanak dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda maksimum 15 juta rupiah (RM4,511.10).

Petaling Street dilanda banjir kilat

BERNAMA
Hujan lebat sejak petang tadi menyebabkan Jalan Petaling (Petaling Street) di sini yang menjadi tumpuan pelancong dinaiki air. FOTO Ihsan Facebook DBKL
Hujan lebat sejak petang tadi menyebabkan Jalan Petaling (Petaling Street) di sini yang menjadi tumpuan pelancong dinaiki air. FOTO Ihsan Facebook DBKL
Kuala Lumpur: Hujan lebat sejak petang tadi menyebabkan Jalan Petaling (Petaling Street) di sini yang menjadi tumpuan pelancong dinaiki air.

Perkara itu dimaklumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi perkongsian di Facebooknya, malam ini.

Menurut DBKL hujan lebat di ibu kota sejak 5.40 petang itu sehingga ke malam ini menyebabkan beberapa kawasan lain sekitar ibu negara turut dilanda banjir.

"Jalan Petaling antara kawasan yang terbabit dengan banjir kilat di mana air mula naik sekitar 5.40 petang itu dan surut lebih kurang 40 minit kemudian," menurun hantaran itu.

"Dianggarkan terdapat 40 gerai di kawasan berkenaan," katanya.

Hamzah Zainudin: Bersatu boleh ‘pergi jauh’, menang 31 Parlimen dalam 6 tahun

Faiz Zainudin

SHAH ALAM: Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin menggesa ahli bekerja lebih keras untuk parti, yang menurutnya berpotensi ‘pergi jauh’ berdasarkan prestasi pilihan raya lalu.

Dalam ucapannya kepada perwakilan parti di Pusat Konvensyen Ideal malam ini, Hamzah mengingatkan ahli bahawa dalam tempoh sesingkat enam tahun ia mampu memenangi 31 kerusi Parlimen.

Tegasnya, parti lain selepas puluhan tahun tertubuh belum tentu boleh capai prestasi seperti Bersatu.

“Percayalah kita boleh pergi jauh,” kata Hamzah ketika merasmikan konvensyen sayap bersekutu Bersatu, yang dianggotai oleh ahli bukan Bumiputera.

“Bersatu baru enam tahun. Tidak ada sejarah parti dalam negara ini hanya enam tahun sudah ada Ahli Parlimen 31 orang. Hanya kita sahaja.

“Parti lain puluhan tahun ditubuhkan belum dapat pencapaian macam ini. Jadi kalau kita boleh kerja kuat kita boleh capai reputasi lebih baik,” katanya.

Hamzah juga mahu ahli Bersatu berusaha meyakinkan masyarakat bukan Bumiputera menerima perjuangan parti dan Perikatan Nasional, serta menarik minat lebih ramai orang India dan Cina.

Beliau juga percaya sayap bersekutu Bersatu berpotensi menjadi kuat.

“Saya harap anda jadi ahli yang benar-benar setia dalam perjuangan ini. Jangan ada perasaan kerana tak dapat jawatan terus tinggalkan parti,” katanya.

Hamzah mengingatkan para perwakilan bahawa bekas-bekas pemimpin mereka kini tiada lagi pengaruh selepas keluar parti.

“Sekarang kita ada Chong Fat Full. Kalau dia tinggalkan sayap bersekutu, dia juga akan jadi ‘nobody’,” katanya.

Rakyat terseksa permainan orang politik, Hadi diberitahu

Mohamad Fadli

PETALING JAYA: Seorang pemimpin pemuda Umno menggesa Presiden PAS Abdul Hadi Awang supaya berhenti membuat kenyataan seolah-olah pentadbiran Putrajaya akan bertukar sebelum penggal tamat.

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata ini kerana tindakan seumpama itu hanya menyebabkan rakyat ‘terseksa’ dengan permainan orang politik yang membuat percaturan berkenaan.

“Rakyat nak dengar apa yang boleh pemimpin bantu rakyat dan apa ruang ekonomi yang boleh diberikan kepada rakyat.

“Bukan nak dengar cerita karut yang tidak habis-habis gilakan kuasa,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Hadi semalam yang mendakwa Perikatan Nasional (PN) masih berusaha menarik sokongan pemimpin Umno yang tidak menyokong kerjasama dalam kerajaan perpaduan untuk bergabung dengan mereka.

Hadi turut berkata pencalonan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar di PRK Kemaman, 2 Dis depan sebagai persediaan untuk gabungan itu mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

FMT sebelum ini melaporkan penganalisis politik melihat tindakan PAS mencalonkan Samsuri sebagai strateginya menampilkan calon perdana menteri dari golongan profesional.

PRK Kemaman 2 Dis ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Samsuri yang juga naib presiden PAS dengan Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mewakili Barisan Nasional (BN).

Ia diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu 26 Sept lalu membatalkan kemenangan Che Alias Hamid daripada PAS pada PRU15.

Salah ditawar RM2.81 bilion

Agensi
SALAH meraikan jaringan ketika Mesir menentang Djibouti minggu lalu.
SALAH meraikan jaringan ketika Mesir menentang Djibouti minggu lalu.
London: Spekulasi perpindahan penyerang Liverpool, Mohamed Salah dianggap paling sensasi dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tarikh akhir bidaan £150 juta (RM878 juta) daripada kelab Liga Pro Saudi, Al-Ittihad mencetuskan kegusaran di media sosial manakala penyokong dan media menunggu-nunggu reaksi Liverpool.

Namun Reds tidak menunggu masa lama untuk menolak tawaran itu. Bagaimanapun, kebimbangan berterusan selepas kelab Arab Saudi itu sedia meningkatkan tawaran sehingga mencecah £200 juta (RM1.17 bilion).

Ketika Salah berbaki 18 bulan kontrak sekarang di Anfield, semua mata tertumpu kepadanya dan Liverpool terutama mengenai reaksi mereka menjelang jendela perpindahan Januari.

Menurut wartawan Fabrizio Romano, keazaman Liverpool untuk mengekalkan Salah adalah keutamaan nombor satu dan kelab enggan menjualnya walau apa keadaan sekali pun.

"Pada Januari saya lihat dia akan kekal, sudah pasti. Saya lihat Salah sebahagian daripada projek Liverpool. Saya tidak fikir apa-apa boleh berlaku pada jendela perpindahan Januari. Salah pemain penting bagi mereka.

"Mereka masih berjuang untuk gelaran Liga Perdana Inggeris, beraksi baik di Liga Europa, jadi ia musim positif bagi Liverpool. Tak mungkin Salah dilepaskan pada Januari tapi pada musim panas, kita tunggu sahaja."

Namun penyokong Liverpool tetap bimbang susulan kuasa wang dimiliki kelab Liga Pro Saudi yang lebih daripada mampu memiliki pemain kelas dunia seperti Salah dengan laporan menyebut Salah bakal menerima antara £400 juta (RM2.34 bilion) dan £480 juta (RM2.81 bilion) untuk tempoh tiga tahun, sesuatu yang terlalu bagus untuk Reds.
-hmetro