"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adenovirus, perhatian kepada polis, SB, Ketua Polis dan Menteri KDN

rozmal
Negara kita diancam satu lagi bala, iaitu Adenovirus yang setakat ini telah menyebabkan kematian 2 orang pelatih Pulapol. Saya tahu Blog saya juga dipantau oleh polis dan SB. Jadi saya minta sangatlah kepada pihak polis dan SB yang memantau Blog saya supaya menyampaikan mesej kepada pihak atasan mengenai kaedah untuk membunuh segala jenis virus yang terdapat di persekitaran dengan kaedah yang selamat, 

iaitu dengan menggunakan air sahaja yang melalui proses elektrolisis menggunakan mesin canggih untuk menghasilkan air elektrolisis yang boleh membunuh semua virus , insyaAllah.

Jadi tak perlulah nak pikul tilam-tilam untuk dibuang atau dijemur untuk membunuh virus tersebut.
 
Saya cakap ini ialah kerana saya amat bersimpati dengan para pelatih Pulapol kita dan wabak ini boleh berlaku dimana-mana.
 
Dan saya serius dengan apa yang saya perkatakan ini , bukan kerana saya pakar dalam perkara ini, tapi kerana saya telah berjumpa orang yang pakar dalam perkara ini, yang professional, yang ada ijazah yang diiktiraf,  yang penting dia anak tempatan.
 
Kalau tak percaya cakap saya, boleh search sendiri di Internet dengan kata kunci Neutral Electrolyzed Water atau baca di pautan berikuthttp://aquaox.blogspot.com/2010/05/electrolyzed-water-applications-in.html

Neutral Electrolyzed Water (NEW) is produced near neutral 6.5 pH where the predominant antimicrobial agent is Hypochlorous Acid, the most efficient and efficacious specie of chlorine. Hypochlorous Acid kills microorganisms (bacteria, fungi, algae, spores, staff infections/MRSA and viruses). 
Apa-apa pun kita manusia hanya berusaha, yang menyembuhkan dan yang membunuh Adenovirus ini hanyalah Allah yang Maha Esa.
 
Hidup di dunia hanya sementera, hidup di akhirat kekal sampai bila-bila
 
Salam dari saya
 
Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com


Foto: Mak cik main SPORT TOTO !

ohmacamitu
nombor ekor.
nombor ekor.

Alahai mak cik, nak kaya cepat ye? Mana ada kesenangan hidup di dunia ini datang dengan bergolek. Haha.

korang cari di google ?

nombor ekor.

http://fid.ohmacamitu.com/search/sport-toto/ 

Foto : Apa khabar Datok Ismail Kamus.....?

TAF4
Assalammualaikum! Sahabat , malam Khamis (3/3/2011) saya berpeluang menziarah ustaz di rumahnya. Ustaz menceritakan tentang rawatan laser yang dia buat ke atas matanya. Dia kelihatan ceria namum agak kurus. Keadaan buah pinggangnya juga beransur baik.
Syukur alhamdulillah, ustaz beransur pulih. Akan tetapi ustaz belum boleh berkuliah ataupun ceramah. Saya fikir untuk sebulan dua ini, tidak ada sebarang program bersama ustaz. Kita doakan supaya ustaz sembuh seperti sediakala. Bersama ini saya sertakan gambar terbaru ustaz untuk tatapan semua.
Malam Rabu (17/3/2011) saya sempat menziarah ustaz di rumahnya. Ustaz kelihatan ceria dan melayan kami seperti biasa. Namum begitu beliau masih lagi dalam proses rawatan. Alhamdulillah rawatan mata dan buah pinggangnya juga sudah menampakkan kesan positif. Rawatannya memerlukan ustaz berpantang makan. Senarai makanan yang perlu ustaz elakkan sangatlah banyak. Kita doakan ustaz kembali sihat.

Tunai haji kontroversi, Ghani Patail masih belum jelaskan


KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail ditegur kerana masih belum membuat penjelasan umum seperti dijanjikannya berhubung pemergian haji beliau diselubungi kontroversi.

Teguran itu dibuat Tan Sri Robert Phang, bekas ahli Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada satu ‘sesi teh tarik’ anjuran gerbang berita Malaysian Digest kelmarin.
Ghani pada 4 Januari lalu dalam satu sesi penerangan bersama lima ahli panel Lembaga Penasihat SPRM berjanji akan memaklumkan media berhubung pemergian haji beliau bersama seorang individu yang dipercayai kenalan rapat bekas Pengerusi Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Tajuddin Ramli.
Tajuddin masih disiasat SPRM dan seandainya wujud kes terhadap beliau, dakwaan akan dilakukan Peguam Negara.
Menurut Robert, apabila siasatan selesai kelak, ia akan diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut dan dipanjangkan kepada Peguam Negara yang  akan memutuskan untuk membuat pendakwaan ataupun tidak.
Dalam hal ini, hubungan baik di antara Ghani Patail dan individu kenalan rapat Tajuddin menimbulkan konflik kepentingan samada pendakwaan dilakukan, atau pun tidak.
“Namun kini setelah dua bulan berlalu, Ghani masih belum tampil memberikan penerangan beliau berkenaan perkara itu,” kata Robert Phang.
“Jangan jadikan masalah peribadinya masalah kerajaan. Dia perlu tampil dan memberikan penjelasan memandangkan dia memegang jawatan kanan yang berpengaruh dalam kerajaan,” kata Robert.
Phang sebelum ini secara terbuka menggesa Peguam Negara memberi penjelasan berhubung dakwaan mengaitkannya  dengan tokoh korporat berprofil tinggi.
Siasatan itu menjurus kepada gambar-gambar percutian Abdul Gani Patail bersama Shahidan Shafie – yang dikenali sebagai proksi kepada Tajudin Ramli yang disifatkan telah mencalarkan imej Jabatan Peguam Negara.
Phang, yang juga Pengerusi Yayasan Sosial Penyayang berkata, cakap-cakap mengenai hubungan rapat Abdul Gani dengan tokoh tersebut telah mencalar kedudukan beliau selaku penasihat perundangan tertinggi negara.

AMK cabar Pemuda Umno nafi gambar bersama ‘kekasih gelap’


GOMBAK: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini mencabar Pemuda Umno memberi penjelasan atau penafian berhubung penyebaran gambar Ketua Pemuda Umno sebuah bahagian di Selangor bersama ‘kekasih gelap’ di beberapa blog dan laman sosial.

Naib Ketua AMK Pusat, Azmizam Zaman Huri berkata, individu yang tertera gambarnya itu harus tampil membersihkan nama dengan membuat penafian segera.
“Kalau benar ini gambar beliau, sebagai ahli dan pemimpin Umno peringkat bahagian yang kononnya memperjuang Melayu dan Islam, harap beliau meletak jawatan.
“Tolong jawab segera, rakyat perlukan penjelasan,” kata Azmizam dalam facebook beliau.
Gambar itu memaparkan seorang lelaki tanpa baju berpelukan mesra dengan seorang wanita muda dan seksi yang tangan kirinya memegang manja pipi lelaki berkenaan.
Beberapa blog menamakan lelaki itu sebagai Ketua Pemuda Umno sebuah bahagian di Selangor tetapi tidak pula menamakan identiti wanita berkenaan yang hanya dirujuk sebagai kekasih gelap.

Tahan blogger tanpa waran, tindakan umpama negara polis


KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) menangkap penulis blog tanpa mengeluarkan waran dan alasan kukuh, menunjukkan sifat kuku besi sebuah negara polis, kata Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Khairul Anuar Zainuddin.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan polis menahan blogger Muhammad Nur Hanief Abdul Jalil, atau lebih dikenali sebagai Hanief di Balai Polis  Sentul malam tadi.
“Kerajaan tak perlu sorok tindakan ini, biar jelaskan secara terbuka. Dia (Hanief) bukan penjenayah. Tindakan mereka ini dah seperti karektor negara polis, bukan lagi demokrasi,” katanya kepada Keadilan Daily.
Khairul berkata, tindakan serupa juga dilakukan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak yang mengongkong internet dan menangkap sesuka hati mereka yang didapati mengkritik kerajaan.
Di Malaysia katanya, lebih teruk  lagi apabila blogger yang terkenal dengan kreativiti mengolah isu politik Umno BN di youtube pula ditangkap.
“Kerajaan boleh teruskan tindakan sebegini. Tetapi, satu hari nanti, mereka (kerajaan) akan tahulah akibat sama ada tekanan dari masyarakat antarabangsa, anak-anak muda dan rakyat, yang setiap hari mengharapkan kekuatan media internet sebagai sumber informasi.
“Mereka (kerajaan) boleh teruskan tindakan suppressif, dan ketinggalan zaman ini. Buat saja, tapi tunggulah, rakyat sendiri akan buat penilaian nanti,”  tambahnya.
Tian Chua dalam twitternya jam 2.30 pagi tadi menmpersoal hak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menahan Hanief tanpa waran tangkap.
Hanief ditahan polis tengah malam tadi. Komputer ribanya turut dirampas, selain modem dan beberapa komputer milik bapanya turut diambil bersama.
Malah, menurut Tian, SKMM turut mengambil password Hanief.  Beliau kini dilaporkan dipaksa memberi keterangan di SKMM Cyberjaya.
Ini bukan kali pertama tekanan terhadap blogger pro-Pakatan Rakyat dilakukan. Pada 2 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan injunksi  kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim bagi menghalang blogger, Amizudin Ahmat dari menerbitkan paparan berkaitan pendedahan yang menteri itu merogol seorang amah dari Indonesia.
Amizudin atau Din Binjai yang terkenal dengan blog sharpshooterblogger.blogspot.com hanya memapar semula pendedahan Wikileaks mengenai dakwaan berkenaan,  dengan mengutip paparan Rockybru di blog pengamal media itu. Ironinya, tindakan keras itu tidak pula dikenakan terhadap Rockybru yang kini dilihat cenderung mesra Umno Barisan Nasional (BN).

Ketua UMNO Gombak sudah mengaku gambar panasnya

Milo Suam
Semalam Blog MiLo SuaM telah mendedahkan sekeping gambar panas Ketua UMNO Gombak bermesra dengan kekasih gelapnya di dalam sebuah hotel, rujuk link ini [Gambar Panas]. Hari ini daripada maklumat yang diterima dari blog Tawan Malaysia, tuan punya diri dikatakan sudah mengaku bahawa gambar itu sememangnya adalah gambar dirinya [Tawan Malaysia].
ReJaM© tiada niat nak aibkan beliau, tapi pemimpin begini memang sewajarnya didedahkan agar tidak terus memperbodohkan rakyat dengan lagak pejuang Islam kononnya. Memandangkan beliau sudah mengaku, maka cukup sampai di sini pendedahan ini, tiada lagi gambar untuk mengaibkan beliau akan didedahkan.

Beliau dikatakan akan menghadap Ketua Perhubungan UMNO Selangor Dato Noh Omar dalam sehari dua ini secara gentlement memandangkan ini merupakan "skandal terbesar UMNO Selangor".

ReJaM© "Pemimpin-pemimpin dan semua ahli politik tak kiralah parti apa, INGAT! Anda sentiasa diperhatikan..."

Sebelum nuklear, cermin Proton dulu


Hishamuddin Rais
Wira kami meluncur meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Merlimau. Cuaca petang agak nyaman. Lalu saya meminta si pemandu memadamkan alat hawa dingin kerana saya ingin membuka cermin kereta.

Saya ingin menghidu udara petang. Berkali-kali saya tekan punat tetapi sang cermin amat degil tidak mahu turun ke bawah. Si Pemandu menoleh sambil ketawa dan bersuara: "Ini Proton, bro... Takkan tak tahu... Ini pun belum sampai setahun."

Kami terbarai ketawa.(Dari ingatan berkempen ke Merlimau)

Saya sedang memberi kuliah di Akademi Seni Kebangsaan. Bangunan ini belum sampai lima tahun. Hujan yang awalnya renyai-renyai menjadi lebat. Tiba-tiba, di luar air mencurah masuk. Atap bangunan ini telah terbarai.
(Dari ingatan mengajar di ASWARA)

Apabila kita membaca dan melihat apa yang sedang terjadi kepada lima buah loji nuklear di Jepun, maka kita akan sedar bahawa ini adalah satu pelajaran yang amat mahal. Mata pelajaran ini sedang dibayar dengan harga darah dan nyawa oleh warga Jepun. Pelajaran di hadapan mata kita ini sedang membuktikan bahawa radioaktif ini amat merbahaya untuk umat manusia.

Ini adalah kali kedua warga Jepun membayar dengan nyawa mereka untuk membuktikan kepada dunia tentang malapetaka yang akan dibawa oleh radioaktif. Kali pertama dahulu pada pada 6 dan 9 Ogos 1945. Pelajaran itu telah dipaksakan ke atas warga Jepun apabila dua butir bom atom telah diledakkan di kota Nagasaki dan Hiroshima.

Kali ini agak berbeza, bukan dengan paksaan dari sesiapa tetapi hasil dari kerja lobi para saudagar penjual loji tenaga nuklear.

Lihat dan perhatikan, ketika loji nuklear di *****ushima terbakar, para saudagar tenaga nuklear, para pelobi tenaga nuklear, para kangkung pakar nuklear dan para politikus rasuah, sedang meminta kita semua bertenang. Suara paling terbanyak meminta kita bertenang datangnya dari sosok yang mengaku arif dan berilmu dalam hal nuklear.

Ilmuan 'kangkung'

Justeru, para profesor dan ilmuan yang arif tentang hal radioaktif kini sedang sibuk membincangkan pandangan mereka. Ilmuan "kangkung" dan pakar nuklear ini sedang bersilat lidah di kaca TV untuk mententeramkan keadaan. Para pakar ini dilihat gah dan hebat dengan ijazah berjela-jela tetapi bila kita selidik dengan rapi, maka akan kita temui bahawa mereka ini ada pertalian kepentingan dengan saudagar penjual loji tenaga nuklear.

Di Malaysia para kangkung ini tidak perlu menyorokkan diri untuk berselindung. Mereka secara terbuka menyokong rancangan kerajaan untuk mendirikan loji nuklear pada tahun 2021. Suara sokongan mereka sedang dijadikan alat untuk bercanang ke hulu ke hilir oleh para saudagar loji nuklear.

Para kangkung ini bersuara menyokong tenaga nuklear bukan kerana mereka berilmu tetapi kerana dengan cara ini sahajalah suara mereka akan dilaporkan oleh media arus perdana. Dengan menyokong tenaga nuklear maka muka mereka akan muncul di kaca TV. Dan jika mereka rajin sadikit mereka akan dapat menulis di ruangan akhbar 
Utusanatau Berita Harian.

Orang awam jangan terperanjat apabila diberitahu bahawa menulis di 
Utusan atau diBerita Harian ini juga akan diambil kira sebagai pencapaian keilmuan. Ini juga akan dihitung untuk kenaikkan pangkat dan gaji. Nampaknya menulis di akhbar arus perdana di Malaysia ini telah disamakan tarafnya seperti menulis di majalah Foreign AffairsNew ScientistNature atau Oxford Journals.

Maaf. Jangan silap faham. Tulisan saya ini bukan bercita-cita atau berniat untuk memperlekehkan para ilmuan tempatan ini. Tidak. Saya tidak perlu meperlekehkan mereka kerana mereka sendiri memang telah lama lekeh. Majoriti ilmuan kangkung ini lekeh kerana tidak pernah melahirkan buku atau menulis secara ilmiah. Kebijaksanan mereka ialah membodek dan mengampu untuk naik pangkat.

Kalau kurang yakin tentang apa yang saya nyatakan di sini, sila rujuk laporan akhbar minggu lalu bagaimana Najib Razak telah mengingatkan kangkung-kangkung ini agar tidak berebut-rebut untuk menjadi naib cancelor.

Biasanya para akademik yang tegar dengan ilmu pengetahun dan kajian akan menolak pangkat naib cancelor. Sosok yang berilmu akan menolak pangkat ini kerana ia akan membuang masa ekoran terlibat dengan kerja mentabir universiti. Cita-cita sosok yang berilmu ialah membaca, mentelaah, mengkaji, menduga, mencuba di bilik makmal dan akhirnya menerbitkan bahan kajian untuk untuk dibincangkan oleh rakan-rakan dalam dunia akademia.

Seorang akademia yang bukan jenis kangkung tidak akan membuang masa untuk hadir di majlis-majlis 'hampeh' seperti menghantar menteri ke lapangan terbang atau membuang masa dan tenaga untuk memastikkan mahasiswa kumpulan Aspirasi menang dalam pilihan raya kampus.

Pandangan juling tentang *****ushima

Saya telah dan akan terus menimbul dan mempersoalkan tentang keupayaan ilmu profesor kangkung. Saya lakukan ini kerana saya yakin dalam minggu ini akan banyak suara-suara kangkung ini kedengaran. Mereka akan dijemput untuk memberi pandangan-pandangan juling tentang letupan loji nukelar di *****ushima.

Komen dan pandangan profesor kangkung ini akan digunakan untuk mengolah persetujuan orang ramai agar menerima hakikat bahawa negara kita tidak ada pilihan melainkan menggunakan nuklear sebagai punca tenaga elektrik dalam masa 10 tahun yang akan datang. Kangkung ini juga akan memberi pandangan kontot mereka bahawa loji tenaga nuklear ini selamat untuk digunapakai.

Para kangkung ini tidak akan menyebut berapa banyak kecelakan kecil dan besar yang telah terjadi di loji nuklear. Dengan sempoi para kangkung akan melupakan data dan sejarah.

Jika ada disebut satu kecelakaan kecil maka si kangkung ini akan menyatakan yang ini terjadi pada satu ketika yang lama dahulu. Di zaman teknologi secanggih hari ini, tidak mungkin kecelakan akan berlaku lagi.

Hakikatnya, kecelakan yang berpunca dari loji tenaga nuklear berlaku terus menerus. Pada tahun 1979, sebuah loji nuklear Three Mile Island di Pennsylvania, Amerika Syarikat telah hampir meledak. Ini kerana kesilapan teknikal. Selama tiga hari Amerika Syarikat dalam keadaan mengigil menunggu apakah akan terjadi satu letupan.

Pada tahun 1986, satu lagi ledakan loji nuklear telah berlaku di Chernobyl, Ukraine. Ini telah membawa malapetaka yang amat dahsyat. Hingga ke hari ini wilayah sekitar Chernobyl telah ditinggalkan kosong kerana bahaya radioaktif yang masih berkeliaran. Untuk berapa tahun lagi wilayah ini akan ditinggalkan? Berapa lama kesan radioaktif ini akan berkeliaran?

Umur radioaktif ini ditakrifkan sebagai 
half lifeHalf life ini mungkin 300 tahun dan mungkin 3,000 tahun. Half life hanyalah konsep. Kerana itu hingga ke hari ini, masih ada bekas warga Chernobyl yang melahirkan bayi cacat dan tidak cukup sifat akibat serangan radioaktif.

Lalu timbul persoalan, jika tenaga nuklear ini amat bahaya kenapa ia masih digunakan. Jawapan untuk soalan ini ialah keuntungan. Para saudagar penjual loji nuklear akan mendapat keuntungan berbilion ringgit apabila ada negara yang ingin membeli loji ini. Loji tenaga nuklear bukan dijual macam kereta.

Teknologi tenaga nuklear ini amat tinggi dan canggih. Tidak semua negara dalam dunia ini memiliki keupayaan untuk mendirikan loji nuklear ini. Negara-negara yang memiliki teknoloji untuk membuat dan menjual loji nuklear ini juga terhad. Ini menjadikan harga loji ini mahal.

Dalam masa yang sana kefahaman dan kesedaran orang ramai terhadap bahaya radioaktif dari loji ini telah ditumpulkan. Seperti di Malaysia, banyak perkara dilakukan oleh politikus tanpa banyak perbincangan.

Malah ada pekara dilakukan secara senyap-senyap tanpa diketahui umum. Contoh terbaik ialah kilang nadir bumi di Gebeng yang juga akan membawa malapetaka radioaktif secara tiba-tiba.

Bangunan, atap, stadium runtuh

Oleh kerana tidak ada perbincangan, maka orang ramai tidak mendapat maklumat yang penuh sama ada perlu menerima atau menolak pengunaan tenaga nuklear sebagai punca tenaga leterik.

Ini ditambah pula oleh lebun para kangkung yang kerap muncul di media arus perdana untuk menjadi juru heboh tenaga nuklear. Pandangan kedua atau cadangan alternatif akan dinafikan untuk untuk memastikan orang ramai dapat terus ditipu.

Malah si pembawa pandangan kedua atau alternatif mungkin akan ditangkap untuk dikenakan ISA. Ini pernah berlaku di Bukit Merah, Perak pada tahun 1987.

Warga di Bukit Merah telah bangun menentang rancangan untuk mendirikan kilang nadir bumi yang kini telah dipindahkan ke Gebeng. Beberapa orang aktivis Bukit Merah telah ditahan dalam Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987.

Para menteri pula akan berhujah mengatakan bahawa kita perlu tenaga nuklear kalau tidak kita akan bergelap. Cakap-cakap seperti ini menakutkan orang ramai seolah-olah kita tidak ada pilihan. Di belakang cakap-cakap menteri ini ialah saudagar penjual loji nuklear. Ini samalah seperti kita membeli kapal selam dari Perancis.

Saudagar penjual loji nuklear ini juga bergerak sama seperti saudagar senjata. Malah kadangkala yang menjual senjata ini juga menjual loji tenaga nuklear.

Untuk saya keputusan sama ada Malaysia akan menggunakan tenaga nuklear atau tidak cukup senang untuk dibuat. Kita tidak perlu melihat ke Jepun atau ke Chernobyl. Kita hanya perlu melihat kereta keluaran Proton.

Berapa ramai pembeli kereta Proton telah menyumpah dan menyesal kerana cermin tingkap kereta Proton tidak boleh dipakai. Juga kita sering terbaca bangunan kerajaan runtuh.

Malah kita juga terbaca bagaimana atap bangunan Parlimen telah runtuh. Kali terakhir ialah berita runtuhnya stadium di Kuala Terangganu.

Untuk saya, sebelum kita mendirikan loji nuklear di bumi ini marilah kita meminta secara jujur agar para ilmuan, para saintis dan para jurutera kita dapat memperbaiki cermin tingkap kereta keluaran Proton. Ini adalah asas teknologi.

Kalau yang asas ini pun selalu kantoi, bayangkan apa yang akan terjadi apabila loji nuklear meledak.

Mari berfikir sejenak. Sebelum ke sekolah kita ke 
alif ba ta dahulu. Sebelum buat itu, buat ini dahulu.M/Kini

Blogger terus diburu menjelang pilihanraya


che'GuBard
Solidariti Anak Muda M'sia (SAMM) mendapat berita hampir tgh malam tadi kediaman adik Hanief seorang blogger yg porpular dgn pembikinan klip video informatif dan mengkritik regim telah ditahan dan rumahnya diserbu. Semua komputer termasuk milik ahli keluarga yg lain dirampas oleh pihak berkuasa tanpa memberi alasan munasabah.

SAMM melihat ini tindakan terdesak regim penguasa yg tertekan dengan gerak kerja anak muda yg bangkit dgn perbagai cara menumbangkan regim khususnya dalam meningkatkan kesedaran rakyat menggunakan media baru. Dalam mood pilihanraya yang mungkin dalam masa terdekat ini blogger dijadikan sasaran untuk ditakutkan. Baru saja blogger Din Binjai (sharpshooter) disaman Menteri propaganda Bn, kini adik Hanief dan keluarganya pula menjadi mangsa.

SAMM melihat ini perkembangan ini sebagai serius dan mengecam tindakan penguasa ini.

che'GuBard sendiri pernah berdepan dengan tangkapan gunakan alasan tulisan di blog walaupun diyakini tangkapan adalah berkaitan kerana hari tersebut baru saja pulang dari diskusi buku Misteri disebalik Pembunuhan Altantuya di Jakarta. Komputer cheGuBard dirampas termasuk cubaan memasuki Ibupejabat PKR menggunakan kes tersebut. Namun setelah disusahkan sebegitu rupa kes tersebut tidak dilanjutkan kerana ternyata atas laporan polis yang lemah sekali.

che'GuBard juga punya pengalaman membuiat laporan polis terhadap blogger pro Umno yang ternyata terlibat siar gamar lucah dan 'posting' perkauman namun seperti biasa penguasa hilang kuku bila berdepan parti regim.

SAMM berharap adik Hanief tabah bersama keluarganya. Kepada blogger lain jangan gusar teruskan usaha meningkat kesedaran rakyat. cheGuBard baru hubungi Hanief subuh ini dan difahamkan beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis jam 2.30pagi tadi dan perlu hadir di Balai Sentul,10pagi ini. 

Melihat perkembangan serius ini SAMM sedang cuba untuk 'organize' jaringan blogger 'nyamuk' untuk menjadikan mereka lebih kuat.

21 Mac,9pagi di Mahkamah Tinggi Malaya,Kompleks Mahkamah Jln Duta,Kuala Lumpur semua blogger muda ini dijemput bersama blogger Sharpshooter (Din Binjai) dalam sebutan kes saman dari Rais Yatim.
Sekian

che'GuBard

Solidariti Anak Muda Malaysia

Iran berjaya cipta piring terbang

TEHERAN: Para saintis di Iran berjaya mencipta piring terbang yang pada kebiasaannya dikaitkan dengan teknologi makhluk asing, lapor sebuah akhbar semalam.

AGENSI berita Fars menyiarkan ilustrasi yang menunjukkan bentuk piring terbang ciptaan saintis Iran yang kelihatan sama dengan gambar piring terbang dalam filem keluaran Hollywod pada tahun 1950-an.



Agensi berita Fars di negara itu turut menyiarkan ilustrasi sebuah piring terbang yang didakwa ciptaan para saintis negara berkenaan yang sedang berlegar-legar di sebuah kawasan hutan.
Dalam ilustrasi itu, bentuk piring terbang tersebut mirip sebuah piring terbang yang terdapat dalam satu filem keluaran Hollywood pada 1950-an.
Menurut laporan tersebut, ukuran dan saiz piring tersebut tidak dinyatakan tetapi mendakwa ia kecil dan mampu terbang.
"Antara kelebihan piring terbang itu adalah ia merupakan pengangkutan yang mudah dikendalikan ketika mula bergerak, semasa terbang dan bunyi yang tidak kuat.
"Ia dikendalikan secara automatik dengan dilengkapi penstabil imej, sistem penentuan global (GPS), perakam aerial dengan gambar kualiti HD (berdefinisi tinggi)," lapor agensi berita ISNA.
Cita-cita Iran dalam mengembangkan program angkasa lepas telah mengejutkan dunia Barat.
Pada tahun lepas, negara itu turut mengumumkan kejayaan melancarkan roket ke angkasa lepas yang membawa tikus, kura-kura dan cacing.
Iran sering kali mengemukakan kejayaan mereka yang pelik dalam bidang saintifik dengan bukti-bukti yang sukar dipercayai.
Tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Teluk Parsi masih lagi belum mengesan sebarang kehadiran piring terbang Iran itu.
-Agensi-

Mahathir Diktator Demokrasi III

Mohd Sayuti Omar
"MACAM mana Mahathir boleh terlibat dengan pemecatan Pas dari BN Tengku?" Tanya saya kepada Tengku Razaleigh. Tengku Razaleigh seorang yang kuat berpegang kepada amanah. Dia tidak akan mudah memecahkan apa-apa rahsia khususnya rahsia parti dan kerajaan yang dia tahu. Beliau juga seorang yang kuat berpegang kepada undang-undang

Sebab itu kalau kita tengok kenyataan atau kritikan beliau kepada mana-mana pihak penuh berwaspada dan berlapik. Beliau seorang yang sangat menghormati undang-undang. Dalam masa sama seorang yang naif. Sudah tiga kali beliau ditipu hidup-hidup oleh Mahathir Mohamad.

Satu kelebihan Tengku Razaleigh dia tidak akan mencampur adukkan politik dengan persahabatan. Walaupun Mahathir mengkhiantinya, tetapi persahabatan dengan Mahathir diteruskan juga. Tengku Razaleigh seorang politician yang profesional.

"Amba bersain (berkawan) dengan dia Sayuti. Sebagai sain amba akan hormati dia. Walaupun dia buat jahat ke ambo, tidak ada masalah, sebab itu soal politik. Tetapi ambo tidak akan membalas kejahatannya," begitulah kata Tengku Razaleigh.

Sebab itu apabila Mahathir menuduh bukan-bukan kepada beliau termasuk menggunakan wang RM20 juta untuk menewasnya dalam perlawanan merebut jawatan presiden Umno tahun 1987, memoir Mahathir itu boleh diragui akan kejujurannya. Di manakah Mahathir mendapat maklumat itu. Apakah daripada Ibrahim Ali?

Mulanya Tengku Razaleigh keberatan untuk mendedahkan rahsia bagaimana Dr Mahathir khianat kepada Pas. Tetapi setelah diasak dan berjanji tidak akan menulisnya dimana-mana (ketika itu), akhirnya beliau menceritakan kronologinya.

Menurut Tengku Razaleigh punca kenapa Pas ditendang dari BN ianya bermula dengan satu peristiwa di Johor, di tanah rancangan Felda. Ketika itu Datuk Mohd Asri Muda menjadi Menteri Kemajuan Tanah Dan Wilayah. Jadi semua tanah rancangan dan juga hal pembangunan tanah berada di bawah portfolionya.

Sesuai dengan kedudukan itu Asri cuba membuat reformasi ke atas tanah rancangan termasuk Felda. Salah satu refomasi itu ialah dengan mengaktifkan Pas di tanah-tanah rancangan yang selama ini merupakan kubu kuat Umno. Di sinilah kebijaksanaan politik Asri. Bagaiman pun usaha Asri itu mendapat tentangan dari Umno. Kononnya semasa bersetuju untuk bergabung dengan Umno dulu, syarat lisan dibuat, bahawa Pas tidak dibenarkan menubuhkan cawangan di mana-mana tanah rancangan.
Check Spelling

Larang itu tidak dipatuhi. Maka wujudlah beberapa cawangan Pas. Keadaan ini tidak menyenangkan dan cukup membimbangkan sesetengah pemimpin Umno. Apa lagi cawangan Pas yang mulai ditubuh itu mendapat sambutan dari kalangan peneroka Felda. Mungkin ini kerana mereka dapat melihat perbezaan pendekatan dan juga pengisian aktiviti antara Pas dengan Umno.

Seperti mana cerita Tengku Razaleigh berlaku satu peristiwa di salah sebuah Felda di Johor. Ketika itu Pas mengadakan majlisnya di situ. Kebetulan pula Umno juga mengadakan majlis di tempat yang sama di mana jaraknya tidak berapa jauh.

Kerana jalanya tidak banyak, para pemimpin Umno yang hendak ke majlis mereka terpaksa melalui melewati majlis Pas. Sewaktu pemimpin Umno melintas majlis Pas inilah berlaku sorakan oleh orang Pas.

Menurut Tengku Razaleigh sorakan telah disalah sanggap oleh Umno sebagai memperli pemimpin mereka. Walhal apa yang berlaku penyokong Pas menyorak kerana bersemangat apabila majlis mereka lebih ramai dari majlis Umno. Dan sorakan itu juga bukan sesuatu yang serius pun, kata Tengku Razaleigh.

Bermula periswai itulah timbul salah anggap. Umno memandang serius. Kata Tengku Razaleig ia tidak berakhir disitu saja, tetapi kejadian itu dilaporkan kepada pihak atasan Umno di Johor. Kemudian ia terbawa pula ke peringkat pemimpin tertinggi di Kuala Lumpur.

Cerita Tengku Razaleigh lagi, akhirnya peristiwa itu sampai kepda Mahathir. Di sinilah Mahathir megambil peluang untuk menyocokkan jarum jahatnya. Dalam satu mesyuarat dengan Pemuda Umno di Kuala Lumpru, kata Tengku Razalegh Mahathir, Mahathir telah mencadangkan agar Umno mengambil tindakan kepada Pas. Beliau cadangkan agar perkara itu disampaikan kepada Hussein Onn.

Bila mesyuarat MT diadakan dan Mahathir ketika itu sebagai salah seorang naib Presiden Umno telah mendesak Hussein Onn supaya mengambil tindakan ke atas Pas. Alasan Mahathir kalau Hussein tidak mengambil tindakan kedudukan Umno akan terancam. Di sinilah puncanya.

Jadi kata Tengku Razaeigh atas cadangan Mahathir itulah akhirnya Hussein mengambil tindakan tanpa terlebih dahulu memberi warning kepada Pas. Apabila mendapat mandat dari Hussein Onn itu maka Mahathir terus menjalankan jarumnya dengan mencipta berbagai isu untuk menimbulkan kebencian Umno kepada Pas. Kemucak kepada rancangan jahat Umno- Mahathir itu kata Tengku Razaleigh, ialah dengan menghuruharakan Kelantan kemudian melatkkan Kelantan dibawah pemerintahan darurat.

Manakala sejarah bagamana berlaku ke atas kerajaan Kelantan gara-gara projek tunjuk perasaan itu sudah terbungkus dalam sejarah. Kerana itu kerajaan Kelantan yang berusia 18 tahun jatuh terguling.

Kesimpulannya orang bertanggungjawab mencampak Pas keluar atau yang memutuskan silaturahim antara Umno dengan Pas ialah Mahathir bukannya Hussein Onn.

Melihat kepada ketegangan orang Melayu hari ini seperti mana dianggapkan Umno, yang menuduh Pas sebagai punca pecah belah, ianya adalah disebabkan orang Umno sendiri bukannya Pas. Lebih merujakan lagi orang itu ialah bekas presidennya, Mahathir Mohamad. Adalah adil mungkin kalau Nik Aziz tindak hingin untuk berkawan dengan Umno kecuali parti itu menukar dasarnya