"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Memaparkan catatan dengan label Luar Negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Luar Negara. Papar semua catatan

Pengemis ‘kaya’ ditangkap beserta wang (RM12,500) hasil mengemis pada hari itu (Gambar)

Pengemis
Arab Saudi: Polis yang menahan seorang pengemis Arab di depan sebuah hospital kerajaan di sini terkejut apabila mendapati dia meraih pendapatan lebih SR11,000 (RM12,500) sehari.

Polis menahan lelaki berkenaan yang duduk di pintu masuk hospital itu ketika kempen menangkap pengemis, perbuatan yang diharamkan di Arab Saudi dan negara pengeluar minyak Teluk lain.

“Polis menemui wang tunai SR11,000 pada pengemis berkenaan. Dia mengaku wang itu diperoleh dengan mengemis pada hari itu. Polis juga menemui mata wang asing daripadanya,” lapor portal berita ‘Sada.’

Kebanyakan pengemis yang ditangkap di Arab Saudi dan negara Teluk lain adalah asing.

Mereka biasanya akan diusir dari negara itu.
-kualalumpurpost-

Menteri tak guna, abaikan seorang lelaki yang terbaring hampir mati di luar hospital (Gambar)

Hyderabad: Baru hari pertama bertugas sebagai menteri kesihatan, Laxma Reddy sudah menunjukkan ‘belang’ dengan mengabaikan seorang lelaki yang terbaring hampir mati di luar hospital.

Menurut media, dalam lawatan pertamanya, Reddy sepatutnya menjalankan pemeriksaan mengenai cara pegawai perubatan menangani penularan virus influenza.

Dalam lawatan itu, dia dan beberapa pegawai dilihat langsung tidak mengendahkan seorang lelaki yang terbaring nazak di luar pintu masuk hospital.

Reddy kemudian meneruskan lawatan di Hospital Besar Osmania di Hyderabad dengan memeriksa unit kawalan pesakit, memberi cadangan mengenai kaedah kawalan penyakit dan cara menanganinya.

Akibat sikap tidak prihatin itu, Reddy kini teruk dikutuk pelbagai pihak kerana mengabaikan orang yang benar-benar sakit.
REDDY langsung tidak menghiraukan seorang lelaki yang nazak di luar Hospital Besar Osmania ketika dia melawat ke situ.
-hmetro-

8 warga emas dirogol: Polis buru lelaki misteri terlebih berahi wanita tua

Bangkok: Polis menggiatkan buruan seorang lelaki yang didakwa merogol lapan wanita veteran atau pertengahan umur serta membunuh dua daripadanya dalam kejadian yang berlaku di daerah Nakhon Pathom dan Samut Songkhram antara 2010 hingga 2014.

Ketua Biro Siasatan Pusat, Thitirat Nonghanpitak berkata, polis terus memburu suspek terutama selepas dia mengganas lagi pada 25 Disember tahun lalu.

Kata Thitirat, suspek seorang lelaki dengan ketinggian 170 sentimeter dan berbadan sasa memecah masuk ke rumah wanita berusia 70 tahun untuk merogolnya.

Suspek menyerang anak perempuan wanita warga emas itu yang berusia 39 tahun.

Laporan doktor menunjukkan tiada kesan rogol selain luka akibat serangan fizikal.

Namun polis menjumpai kesan air mani di tempat kejadian yang sepadan dengan lapan kes rogol lain.

Kes pertama berlaku pada 26 September 2010 membabitkan seorang wanita berusia 70 tahun yang dirogol di rumahnya di Nakhon Pathom.

Pada 10 November pula, seorang wanita berusia 71 tahun dari wilayah sama menjadi mangsa kedua lelaki terbabit.

Kes ketiga - pada 8 Januari 2012 - membabitkan serangan seksual dan bunuh ke atas seorang wanita berusia 61 tahun.

Dua mangsa lain lelaki penggemar wanita warga emas itu berusia 59 dan 70 tahun.

Semua kejadian berlaku di Samut Songkhram pada 2012.

Hanya dalam kes keenam mangsa lelaki itu agak muda, iaitu berusia 47 tahun.
Pada 23 Mac 2012 suspek kembali menyerang wanita lebih tua, kali ini mangsa berusia 75 tahun.

Mangsa seterusnya wanita berusia 78 tahun mati pada 11 Jun 2013. 
-Agensi/hmetro

Mati selepas minum air jampi

Nairobi: Seorang pemandu bas mati selepas minum air yang dijampi seorang dukun untuk membuktikan dia tidak mencuri buku.

Kejadian itu mencetuskan kemarahan penduduk kampung di daerah Kisii, barat daya Kenya.

Lembaga pengarah sekolah kampung berkenaan sebelum itu meminta khidmat seorang dukun menjejaki lelaki yang mencuri buku sekolah.

Pemandu bas itu menawar diri untuk meminum air yang dijampi dukun berkenaan untuk membuktikan bukan dia yang mencuri.

“Dia dicabar dan dia menyahut cabaran itu untuk minum air jampi berkenaan,” kata ketua polis tempatan Simon Kiragu kepada akhbar Daily Nation.

Pemandu berusia 33 tahun itu tidak sedarkan diri dan disahkan mati sebaik minum air itu.

Penduduk kampung yang marah kemudian bertindak balas terhadap lembaga sekolah dengan membakar bas sekolah dan rumah timbalan pengetua.
-Agensi/hmetro-


Seorang bapa guna kereta perisai bawa anak ke sekolah (Gambar)

MEAD (depan) memandu sebuah kereta perisai ketika menghantar dua anaknya ke sekolah di bandar Northamptonshire di Britain.
NORTHAMPTONSHIRE, Britain: Seorang bapa menghantar anak-anaknya ke sekolah dengan menaiki sebuah kereta perisai bagi memastikan mereka tidak lewat dan berasa seronok setiap kali mahu ke sekolah.

Bapa tersebut, Nick Mead, 53, berkata, dia memandu sebuah kereta perisai seberat 17 tan untuk menghantar dua anaknya, Danny, 16, dan Ashley, 13, ke sekolah hampir setiap hari.

“Anak-anak saya sangat teruja setiap kali menaiki kereta perisai model FV432 ini dan mereka berasa seronok untuk ke sekolah.

“Setiap kali tiba di sekolah kereta perisai ini akan menjadi perhatian pelajar-pelajar lain dan saya berasa seronok melihat mereka bergambar serta menyentuh kenderaan ini,” katanya.

Ujarnya, dia mempunyai sejumlah 130 kenderaan tentera yang menjadi koleksi peribadinya dan sebahagian kenderaan berkenaan telah mendapat kebenaran untuk digunakan di jalan raya.

Menurutnya, semua kenderaan tentera berkenaan turut dilengkapi dengan senjata tetapi ia sudah dinyahaktifkan supaya boleh digunakan di jalan raya. 
-Agensi/kosmo-

Jutawan Ditemui Mati Terpacak Pada Pagar Besi Apartmen

Jutawan Britain mendiang Scot Young dan kekasihnya Noelle Reno.
LONDON: Jutawan Britain, Scot Young ditemui mati terpacak pada pagar besi apartmennya di kawasan mewah Marylebone di tengah-tengah bandar ini selepas dipercayai terjatuh dari ketinggian 60 kaki.

Jutawan berusia 52 tahun itu meninggal dunia dalam keadaan yang sangat ngeri sehingga memaksa pihak polis menutup tempat kejadian dengan kain pemidang bagi mengelak mayatnya dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang di kawasan mewah tersebut.

Pihak bomba dan penyelamat kemudiannya terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk memotong pagar besi tersebut bagi mengeluarkan mayat mangsa.

Mangsa menjadi popular tidak sampai setahun yang lalu apabila kes perceraiannya disifatkan sebagai yang paling mahal pernah dibicarakan di mahkamah tinggi Britain apabila bekas isterinya, Michelle Young, 49, memenangi kes tersebut dengan pampasan berjumlah £20 juta.
Wajah dari luar apartment Young.
Perbicaraan kes itu berlangsung selama enam tahun.

Selepas kes itu selesai, Michelle menyifatkan yang apa yang dia terima adalah sesuatu yang memalukan kerana dia mendakwa yang bekas suaminya itu mempunyai aset dan wang tunai bernilai berbilion pound sterling.

Sepanjang perbicaraan, Young berhujah yang dia telah jatuh bankrap kerana krisis kewangan yang melanda dunia tetapi mahkamah kemudiannya mendapati yang dia telah menyembunyikan fakta bahawa dia sekurang-kurangnya masih memiliki £45 juta yang disembunyikan dalam pelbagai akaun.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan Young supaya membayar pampasan kepada bekas isterinya sebanyak £20 juta itu dalam tempoh 28 hari selepas tarikh perbicaraan selesai.

Sementara itu, portal berita Britain, Mail Online melaporkan yang para jiran berkata mendiang telah berpindah ke apartmen mewah bernilai £3 juta itu beberapa bulan yang lalu bersama kekasihnya, seorang warganegara Amerika bernama Noelle Reno, 30.

Seorang saksi, Gary Sutton 57, memberitahu: "Ia adalah satu pemandangan yang sangat tragis dan ngeri. Malah saya dapat melihat yang pihak polis turut merasa terkejut dengan keadaan mayat mangsa."

Seorang lagi saksi dipetik sebagai berkata; "Pihak polis cuba menutup kawasan kejadian tetapi orang ramai masih dapat melihat keadaan mayat mangsa yang tercucuk pada pagar besi di hadapan apartmen tersebut."

"Ia adalah satu pemandangan yang amat ngeri...saya terpaksa memandang ke arah lain sebaik sahaja terpandang mayat mangsa," ujarnya lagi.

Young dikatakan jatuh daripada salah satu tingkap apartmennya di tingkat paling atas sekali.

Harga pasaran apartmen di kawasan mewah itu ialah sekitar £3 juta seunit dan nilai sewaannya adalah sekitar £8,000 sebulan.

Selain apartmen tersebut, Young juga dikatakan memiliki sebuah rumah agam bernilai £21 juta di Oxfordshire dan juga di serata dunia.

Suatu ketika, dia dikatakan mempunyai harta dan aset bernilai £400 juta dan mengembara ke serata dunia menggunakan jet peribadi.
Polis terpaksa menutup kawasan mayat Young daripada dilihat orang sekeliling.
Bagaimanapun dia menerima tamparan yang kuat selepas perkahwinannya selama 17 tahun dengan Michelle berakhir pada 2006. Mereka mempunyai dua orang anak perempuan.

Ia kemudiannya diikuti dengan kes perbicaraan yang panjang.

Namun sebelum itu berlaku, mendiang telah menawarkan wang pampasan berjumlah £300 juta kepada bekas isterinya itu pada 2009 sebagai penyelesaian di luar mahkamah tetapi ditolak.

Setahun selepas itu dia membuat pengakuan di mahkamah yang dia telah bankrap sehinggakan dia tidak mampu membayar wang nafkah sebanyak £27,500 sebulan untuk kedua-dua orang anaknya itu yang kini berusia 21 dan 19 tahun.

Kemuncak kepada bala yang dihadapinya itu ialah apabila mahkamah mengeluarkan perintah penjara ke atasnya selama enam bulan Januari tahun lalu kerana enggan mendedahkan butiran terperinci mengenai harta-hartanya sebagaimana yang diperintahkan.

Kekasih mendiang, Noelle Reno, yang juga seorang model berdiri teguh di sampingnya ketika saat-saat dia mengharungi hukuman penjara itu.

"Dia (Young) masih tidak dapat melupakan krisis kewangan yang melanda dirinya. Ia adalah sesuatu yang sangat traumatik untuknya," kata kekasihnya itu sebagaimana yang dipetik oleh Mail Online.

Pihak polis masih lagi menyiasat punca kejadian sama ada ia disebabkan kemalangan atau akibat daripada tekanan yang ditanggung oleh mendiang selepas kes perceraiannya itu.
-mstar-

Bayi ini yang baru dilahirkan cuba dimakan oleh ibunya

Guangdong: Seorang bayi yang baru dilahirkan dilapor cuba dimakan oleh ibunya di sebuah hospital di sini, kelmarin.

Tindakan pantas jururawat, Liu Tianlun, yang melihat perbuatan wanita itu berjaya menyelamatkan bayi berkenaan.

Jururawat terbabit yang membuat pemeriksaan biasa ketika itu menjerit apabila melihat wanita berkenaan, Li Zhenghua, 24, menggigit tangan anaknya.

Dia cuba membebaskan bayi itu tetapi Li melawan dan enggan melepaskannya.

Doktor akhirnya terpaksa menyuntik wanita terbabit dengan ubat penenang untuk menyelamatkan bayi baru lahir berkenaan daripada terus digigit ibunya.
-AFP/hmetro-

‘Hentikan sebar gambar saya’

Manila: “Jika saya melakukan kesilapan, itu kerana kelemahan saya sebagai manusia. Semoga anda faham,” kata Gabenor Camarines Norte, Edgardo Tallado semalam.

Tallado bercakap demikian di depan kakitangan kerajaan tempatan dan penyokongnya selepas skandal seksnya terdedah, baru-baru ini.

Kata Tallado, dia berharap musuh politiknya berhenti menyebarkan gambar dan video aksi seksnya menerusi Facebook kerana perbuatan itu tidak senonoh.

“Saya mahu memulihkan hubungan dengan keluarga dan isteri sambil meneruskan tugas sebagai gabenor,” katanya.

Skandal pada 22 Oktober lalu membuatkan isteri Tallado, Josefina, muncul di khalayak ramai selepas ‘ghaib’ hampir seminggu.

Kata Josefina, dia bersembunyi selepas mendapat ancaman daripada Tallado yang berang kerana gambar aksi curangnya tersebar di media sosial.

Menurut Josefina, Tallado menuduhnya mendalangi penyebaran gambar itu.

Disebabkan terlalu marah, Josefina berkata, Tallado mengeluarkan pistolnya, menyebabkan dia melarikan diri dari rumah.

Tallado berkata, dia memohon maaf kepada semua pihak yang terbabit termasuk kekasih gelapnya.

“Hari ini saya di sini berdepan dan bertentang mata dengan anda semua kerana saya yakin saya tidak menyalahgunakan wang rakyat,” katanya. 
-Agensi/hmetro-

Bunuh Suami Kerana Suka Berbohong

Kelvin Ellis bersama isteri yang telah mengupah pembunuh untuk membunuhnya.
BALI: Seorang lelaki warga British ditemui mati dengan kesan kelar di leher di sebuah kawasan sawah di sini, dipercayai dibunuh oleh isterinya sendiri.

Mayat Robert Kelvin Ellis, 60, ditemui dibungkus dengan plastik dan dibuang ke kawasan sawah di Kampung Sedang pada Selasa.

Polis mendakwa isteri mangsa yang merupakan warga Indonesia, Julaikah Nor Aini bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu.

"Motif pembunuhan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa.

"Tidak berpuas hati kerana banyak sebab. Wanita itu mendakwa suaminya sering berbohong sehingga dia mengambil keputusan untuk mengupah pembunuh untuk membunuh mangsa," Kata Ketua Polis Badung, Komang Suartana.

Officials said Mr Ellis, who has been living in Australia, had a UK passport, and is believed to have moved to the seaside area of Sanur, Bali with his wife
Officials said Mr Ellis, who has been living in Australia, had a UK passport, and is believed to have moved to the seaside area of Sanur, Bali with his wife
Mangsa dan isterinya.
Polis kini telah menahan pembunuh di Padangbai di sini dan masih memburu tiga lagi.

Pasangan itu sebelum ini tinggal di Australia dan mempunyai pasport United Kingdom sebelum berhijrah ke Bali.
-mstar-

Lelaki Ini Berlakon Koma Selama Dua Tahun Untuk Mengelak Hukuman Menipu Duit Jiran

Allan Knight sanggup menipu dirinya lumpuh untuk melarikan diri daripada jenayah yang dilakukannya sebelum ini.
SEORANG lelaki sanggup menipu bahawa dirinya lumpuh seluruh badan selama dua tahun semata-mata untuk melarikan diri daripada jenayah yang dilakukannya sebelum ini.

Allan Knight, 47, dari Swansea sanggup menipu dengan mengatakan dirinya lumpuh daripada bahagian leher hingga kaki hanya untuk melarikan diri daripada dikenakan hukuman kerana menipu wang jirannya sebanyak £40,000.

Perbuatannya itu terbongkar apabila seorang doktor melihat dia boleh makan, mengelap muka malah menulis dengan sendiri daripada bilik hospital.
Aksi Knight menolak troli di Tesco turut dirakam oleh CCTV.
Aksinya menolak troli ketika membeli-belah di Tesco dan memandu kereta turut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).
Isteri Knight, Helen juga membantu penipuan suaminya itu.
Bagaimanapun, isterinya, Helen, cuba mempertahankan tindakan tersebut dengan memuatnaik gambar dia menjaga suaminya yang berada dalam keadaan koma.

Polis South Wales, Detektif Paul Harry berkata: "Sepanjang karier saya ini merupakan kes penipuan paling lama dapat disembunyikan."

Knight berhadapan dengan tindakan mahkamah atas 19 tuduhan mencuri dan memalsukan dokumen.

Dia juga berhadapan dengan hukuman penjara selama sebulan.
-mstar-

Kenapa ramai rakyat Arab Saudi sertai IS

Kepulan asap dan percikan api daripada sebuah letupan menerangi bandar Kobane malam semalam. Foto: AFP
Kepulan asap dan percikan api daripada sebuah letupan menerangi bandar Kobane malam semalam. Foto: AFP
MURSITPINAR: Rakyat Arab Saudi dilaporkan paling responsif menyertai kumpulan Negara Islam (IS) meskipun kerajaan meletakkan usaha paling tinggi untuk meningkatkan kesedaran mengenai ancaman dan memerangi kumpulan terbabit.

Berdasarkan statistik, jumlah rakyat Saudi menyertai IS mencecah 7,000 orang diikuti Tunisia 5,000 dan Jordan 2,500 orang lapor Middle East Monitor.

Statistik juga menunjukkan bilangan ahli dari negara luar menyertai kumpulan itu semakin bertambah setelah organisasi tersebut mengambil alih Mosul, Ar-Raqqah dan Deir ez-Zor.

Dalam perkembangan lain, IS melancarkan serangan terbaharu di bandar Kobane kira-kira sejam selepas pejuang Kurdish dilaporkan menerima bantuan pertama yang digugurkan Amerika Syarikat.

Pengarah Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman berkata, kumpulan terbabit menyerang setiap pelosok bandar dan dilaporkan berlaku pertempuran sengit di bandar itu pada waktu malam.
-sinarharian-

2 isteri bantu bomoh noda guru wanita

Surat, India: Seorang bomoh ditangkap polis kerana disyaki merogol pesakit dengan bantuan dua isterinya.

Polis Gujarat berkata, suspek dikenali sebagai Bhupat.

Menurut jurucakap polis, Bhupat Serta dua isterinya - Mona dan Rama - tinggal di rumah sama di Amroli.

“Mereka kini didakwa bersubahat merogol,” katanya.

Jurucakap polis berkenaan berkata, mangsa adalah seorang guru wanita yang bertemu Bhupat untuk mendapatkan bantuan mengesan bapanya yang hilang.

Apabila mengadu masalahnya, Bhupat berjanji membantu mangsa menggunakan kuasa hikmatnya tetapi dengan syarat, guru terbabit mesti mengikut setiap arahan diberi.

Menurut jurucakap polis, mangsa mengadu menjadi pemuas nafsu Bhupat selama empat hari.

“Isteri Bhupat turut bersubahat dalam kes berkenaan.

“Mereka kemudian mengugut untuk membunuh mangsa jika kejadian berkenaan dibocorkan kepada polis,” katanya, semalam.

Pihak berkuasa kemudian menangkap ketiga-tiga suspek selepas mangsa pergi menjalani pemeriksaan perubatan di hospital berdekatan.

Di samping itu, polis yakin dapat menyabitkan kesalahan tertuduh kerana sudah memperoleh bukti kukuh. 
-Agensi-

Nekad terjun dua tingkat elak dibelasah suami

Sharjah (Emiriyyah Arab bersatu): Seorang wanita bersama ibu dan anak perempuannya cedera selepas nekad terjun dari tingkat dua apartmen mereka untuk menyelamatkan diri dari dibelasah suaminya yang kejam.

Ketiga-tiganya memberitahu polis lelaki itu mengunci mereka di dalam kediaman itu dan memukul mereka selama dua hari sebelum mereka berjaya memecahkan tingkap dan melarikan diri melalui balkoni rumah itu.

Akhbar Emarat Al Youm melaporkan, tiga mangsa itu dibawa ke Hospital Al Qassimi untuk rawatan manakala polis memburu lelaki terbabit yang sudah menghilangkan diri.

"Si isteri mengadu kepada polis bahawa suaminya memukul mereka bertiga kerana pasangan berkenaan mengalami masalah rumah tangga," lapor akhbar berkenaan.

Bagaimanapun, kewarganegaraan dan usia tiga mangsa itu tidak dinyatakan. 
-Agensi/hmetro

Remaja perempuan 14 tahun membelasah lelaki 35 tahun yang cuba mencabulnya

Lokasi lelaki yang menyerang gadis tersebut di sebuah taman di Crawly.
Lokasi lelaki yang menyerang gadis tersebut di sebuah taman di Crawly.
SUSSEX - BRITAIN. Seorang lelaki dikatakan silap langkah memilih sasaran apabila cedera dibelasah dan dimalukan mangsanya sendiri apabila dia bertindak menyerang gadis tersebut di sebuah taman di Crawly.

Dalam kejadian yang berlaku kelmarin, penyerang berusia 35 tahun itu dikatakan muncul dari belakang mangsa dan menarik lengannya ketika remaja tersebut melalui taman itu seorang diri untuk pulang ke rumahnya.

Menurut laporan Metro.uk, kesilapan tersebut disedari si penyerang sebaik gadis itu dengan mudah melepaskan diri dari genggamannya dan menyerang balas dengan sepakan dan tumbukan bertubi-tubi ke tubuh lelaki tersebut.

Mangsa, 14, dikatakan pengamal seni pertahanan diri sejak kecil.

Pegawai Penyiasat Inspektor Andy Bennet berkata, pihak polis kini menahan lelaki tersebut.

Pihak berkuasa juga meminta mana-mana saksi kejadian untuk tampil untuk diambil keterangan.

“Walaupun kami telah melakukan tangkapan tersebut, kami masih perlu bercakap dan mengambil keterangan saksi atau sesiapa sahaja yang berada di Taman Tilgate.

“Kami perlu mencari mana-mana saksi yang mungkin melihat apa-apa yang mencurigakan di taman atau sekitar taman pada Sabtu lalu,” jelasnya.
-sinarharian-

Gambar pelajar maut tersepit lif

Rakaman video menunjukkan sebuah lif yang rosak turun naik hingga menyebabkan seorang pelajar mati ketika memasukinya, menjadi viral di China semalam.

Pelajar berkenaan yang terperangkap tidak dapat bertindak cepat ketika lif itu naik tiba-tiba ketika dia memasukinya.
Foto
menyebabkan separuh badannya terperangkap dalam lif dan separuh lagi terjulur keluar.

Video itu dirakam kamera pengawasan dalam lif yang rosak itu di Universiti Huaqiao di bandar Xiamen, tenggara China.

Klip video selama tiga minit itu menjadi antara paling banyak dikongsi dalam media sosial di China sepanjang semalam.

Mangsa itu yang namanya tidak disiarkan dikatakan pelajar arkitek universiti berkenaan, berdiri di depan sekumpulan pelajar lain apabila pintu lif terbuka.

Seorang lagi pelajar berkata, dia dan mangsa menunggu lif itu di tingkat tiga.

Pintu lif itu terbuka dan bergerak ketika mangsa melangkah masuk.
Foto
Dia memberitahu media tempatan, mangsa kelihatan terkejut, tetapi tidak bimbang apabila lif itu naik ke atas.

Dia tidak sempat berundur apabila lif itu tutup mengheretnya naik hingga terkena rangka pintu, memerangkap separuh badannya dan kaki kiri di dalam lif, sementara bahagian lain terjulur keluar.

Pekerja penyelamat cuba membantu mangsa, tetapi dia disahkan mati di tempat kejadian kerana peparunya terhimpit menyebabkan dia tidak boleh bernafas.

Pihak berkuasa universiti berkata, mereka terkejut dengan kejadian itu.

Bagaimanapun, ini bukan kejadian pertama menyaksikan lif menjadi punca kematian.

Baru-baru ini, enam kejadian serius membabitkan lif dilaporkan dalam masa sebulan dan lima daripadanya menyebabkan kematian.
-hmetro-

Kanak-kanak 2 tahun ini menjadikan ular sawa teman tidur (Gambar)

Jakarta: Kebiasaan seorang budak lelaki yang hanya mahu ditemani ular ketika tidur mengejutkan ramai orang dan menjadikan rumah mereka di Malimongan, Makassar tumpuan ramai.

Bagi Dhiaz Ahmad Zidan, 2, teman paling disenangi untuk melelapkan mata ialah ular sawa seberat 40 kilogram yang dilayannya seperti patung mainan.

Selain itu, ada 28 ular lain yang menjadi haiwan peliharaan ibu bapanya, Fatimah, 36, dan Yudhi Pramono, 38.

Pada ketika lain Dhiaz menjadikan ular berkenaan sebagai peneman untuk bermain-main.
Foto
DHIAZ (kiri) bersama adiknya dan ular peliharaan bapa mereka.
Kata Yudhi, setiap kali Dhiaz mahu tidur budak itu akan gelisah jika tiada ular menjadi peneman.

“Hanya selepas dia puas bermain dengan ular, barulah haiwan itu saya simpan di dalam sangkar,” katanya.

Jika tidak dilayan begitu, kata Yudhi, Dhiaz akan menangis.

Katanya, kebiasaan tidur ditemani ular mula terjadi sejak Dhiaz berusia 2 bulan.
“Kebiasaan itu menyebabkan jiran tetangga takut atau geli,” katanya.

Selain ular sawa Yudhi dan Fatimah turut membela beberapa ular jenis lain termasuk yang berbisa.

‘Teman’ paling akrab Dhiaz ialah ular sawa sepanjang 4.25 meter yang berusia 14 tahun.

Yudhi menjadikan ular ditemuinya di beberapa daerah di Indonesia sebagai koleksi.

Kata Yudhi hobi membela ular itu diwarisi daripada neneknya.

“Bagi kami, ular ini seperti sebahagian daripada keluarga,” katanya.- Agensi/hmetro

Upah penagih bunuh isteri

Gambar kecil Amina Bibi
Gambar kecil Amina Bibi
SEORANG lelaki yang sanggup mengupah seorang penagih dadah untuk menikam isterinya sampai mati didakwa bersalah melakukan pembunuhan.

Menurut Daily Mail, tertuduh, Mohamed Ali, 65, menawarkan bayaran 1,000 pound (RM5,200) kepada Frederick Best, 47, untuk melakukan perbuatan kejam tersebut.

Mangsa, Amina Bibi dipercayai ditikam lebih 70 kali dalam insiden menggemparkan di kediaman mereka di Forest Gate, timur London.

Mayatnya ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh anak sulung mereka yang berumur 11 tahun pada September lalu.

Hasil siasatan polis mendapati bebanan hutang dan hubungan sulit bersama adik iparnya mungkin menjadi motif utama Ali bertindak demikian.

“Amina ada menyimpan sejumlah besar wang di rumah mereka dan suaminya mungkin merancang untuk mencurinya dengan ‘bantuan’ Best,” kata jurucakap pihak berkuasa.

Difahamkan, Best diberkas di kediamannya kira-kira empat hari selepas insiden pembunuhan tersebut dan hasil siasatan lanjut turut membawa kepada penahanan Ali tidak lama selepas itu.

Kedua-dua mereka disabit bersalah atas tuduhan melakukan pembunuhan oleh Woolwich Crown Court.
-sinarharian-

Ini seorang lagi pencuri paling bodoh (Gambar)

Jiaxing (China): Mereka boleh diiktiraf sebagai pencuri paling bodoh selepas memuatnaikkan gambar mereka bersama-sama wang berjumlah 120,000 yuan (RM62,000) yang mereka curi dari sebuah kereta di Jiaxing, bandar di wilayah Zhejiang.

Kedua-dua pencuri itu, Li, 22 dari Hubei dan Wang, 23, dari Juangsu, bercita-cita menjadi kaya dalam sekelip mata.

Mereka bersama-sama memecah masuk sebuah kereta diletakkan di luar pusat beli-belah di Jiaxing dan nasib mereka baik apabila menemui wang tunai 120,000 yuan di dalamnya.

Kedua-dua sahabat itu kemudian ke sebuah hotel. Sementara Li baring di atas katil bersama-sama duit itu, Wang merakam gambarnya.
Foto
LI dengan wang yang dicurinya.
Li memuat naik gambar berkenaan ke Internet dengan kapsyen : “Peroleh wang ini dalam masa singkat.”

Polis mengesan sumber gambar itu dan menahan mereka atas tuduhan mencuri. - Agensi/hmetro

Mahkamah arah ukur kemaluan

Leer (Jerman): Seorang lelaki yang dituduh menunjukkan kemaluannya kepada seorang gadis belasan tahun memberitahu mahkamah, kemaluannya itu terlaku kecil untuk membolehkan seseorang melihatnya.

Lelaki berusia 54 tahun yang hanya dikenali sebagai Herbert O didakwa mempamerkan kemaluannya kepada gadis itu ketika dia menghantar bungkusan kepada mangsa, Ogos tahun lalu.

Gadis itu bersama ibunya membuat laporan polis terhadap Herbert yang berasal dari Leer, Jerman.

Herbet, dalam perbicaraannya semalam memberitahu mahkamah, kemaluannya terlalu kecil untuk dilihat gadis itu, malah turut meminta isterinya memberi kenyataan di mahkamah.

“Maaf sayang, kemaluan awak terlalu pendek untuk terjuntai dari seluar,” kata isterinya kepada mahkamah di Leer.

Peguam bela, Lutz Winkler meminta hakim Ulrike Andrees mengukur organ sulit tertuduh bagi mengesahkan dakwaan itu.

Andress bagaimanapun menolak, sebaliknya me ngarahkan pejabat koroner di Oldenburg mengukurnya.

“Saya akur jika si isteri sendiri mendedahkan perkara itu,” kata Andrees.

Winkler mahu memastikan anak guamnya bebas daripada tuduhan itu dan menolak hukuman denda untuk menyelesaikan kes berkenaan, Mahkamah mungkin perlu menanti beberapa bulan untuk mencapai keputusan.

“Ini kes pertama seumpamanya di mahkamah,” kata pegawai mahkamah Norbert Bruns./hmetro

Rogol anak berulangkali untuk jadi kaya

HARARE: Seorang lelaki mengejutkan mahkamah apabila mengaku merogol anaknya sebagai satu cara untuk menjadi kaya.

Lelaki dari Gowe itu berkata, seorang bomoh menasihatinya supaya mengadakan hubungan seks dengan anak perempuannya yang berusia 16 tahun supaya ‘rezeki’ mereka menjadi lebih murah.

Ketika dihadapkan di mahkamah, tertuduh mengaku tidak berasalah kerana menganggap perbuatannya tidak salah, malah dia mengaku tidak memaksa anaknya supaya mengadakan hubungan seks.

Pegawai mahkamah berkata, tertuduh mengaku hubungan itu dilakukan secara sukarela.

Berdasarkan dokumen mahkamah, sejak Oktober 2013, lelaki terbabit membawa anak perempuannya ke kawasan semak sebelum merogol remaja terbabit.

Bagaimanapun perbuatan itu tidak berlaku hanya sekali.

Perbuatannya itu hanya terdedah selepas remaja terbabit hamil dan dia mula memberitahu saudara-mara mengenai apa yang berlaku ke atasnya.
-mstar-