"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pesara guru maut ditikam anak, suspek lari sebelum ditemukan meninggal dunia

Ahmad Hasbi
am@hmetro.com.my
Warga emas meninggal dunia selepas ditikam anak kandungnya dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban. FOTO IHSAN PEMBACA.
Warga emas meninggal dunia selepas ditikam anak kandungnya dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban. FOTO IHSAN PEMBACA.
Kuala Pilah: Warga emas meninggal dunia selepas dipercayai ditikam anak kandungnya dalam kejadian di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini kira-kira jam 4.40 petang tadi.

Difahamkan, sejurus kejadian, suspek dikatakan meninggalkan lokasi kejadian menggunakan sebuah kereta sebelum ditemui terbaring di tepi jalan dekat Pekan Senaling dan disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dikatakan cuba memujuk anak lelakinya yang cuba membunuh diri.

"Kira-kira jam 4.40 petang kami menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian seorang lelaki meninggal dunia akibat ditikam menggunakan senjata tajam oleh suspek yang juga anak kandungnya.

"Hasil siasatan mendapati mangsa berumur 65 tahun dan seorang pesara guru. Ketika kejadian isterinya turut berada di dalam rumah berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, semakan juga mendapati suspek yang berusia 32 tahun seorang pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental.

"Hasil pemeriksaan pada badan si mati mendapati terdapat kesan tikaman pada bahagian belakang badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

"Senjata tajam dipercayai digunakan dalam kejadian ini turut ditemui di rumah itu manakala suspek melarikan diri menggunakan sebuah kereta," katanya.

Sambung beliau, suspek kemudiannya dikesan dan ditemui di tepi jalan dalam keadaan terbaring dengan mulut berbuih dan hasil pemeriksaan mendapati sudah meninggal dunia.

"Motif kejadian dipercayai suspek mengalami halusinasi dan cuba bunuh diri. Ketika dipujuk bapanya, suspek secara tiba-tiba bertindak agresif dan menikam mangsa.

"Mayat mangsa dan anaknya dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban untuk tujuan bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Haji Hadi fitnah lagi? Dakwa kerajaan “menuju ke arah” hapuskan Islam

Presiden Pas dakwa kerajaan “menuju ke arah” hapuskan Islam
Harapandaily

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang selamba memfitnah kerajaan Madani kononnya sedang “menuju ke arah” penghapusan Islam.

Fitnah itu dilemparkannya semasa berucap dalam Ceramah Perdana Karnival Sambutan Satu Tahun Pemerintahan Pas Terengganu di Kemaman semalam.

“… kita lawan DAP kerana perjuangan dia Malaysian Malaysia, nak menghapuskan kebangsaan dalam kerakyatan…

“… nak menghapuskan Islam adalah agama negara, nak samakan semua agama sama belaka.

“Ini kerajaan PH yang ada pada hari ini, menuju ke arah itu,” kata Abdul Hadi.

Sehubungan itu, dia yang juga Ahli Parlimen Marang menyeru masyarakat Islam untuk melawan kerajaan.

Malah, Abdul Hadi mendakwa kerajaan berurusniaga dengan BlackRock untuk menyerahkan lapangan terbang di negara ini.

“Sebab itu, kita orang Islam kena lawan… apa lagi yang lebih membahayakan?

“Ketika orang Yahudi mengganas di Palestin dan Lubnan, tiba-tiba kerajaan nak berniaga dengan BlackRock.

“BlackRock adalah satu perniagaan orang Yahudi, kerajaan kita nak serah lapangan terbang kita.

“Lapangan terbang ini untung besar. Nak untung besar pakat dengan Yahudi untuk berniaga.

“Ini sangat membahayakan. Ini rakyat biasa tak tahu ni,” dakwa Abdul Hadi lagi.

Kecoh lelaki umur 188 tahun diselamatkan dalam gua

KOSMO!
SEORANG lelaki tua, Siyaram Baba didakwa berumur 188 tahun. - Foto TikTok/@jenniferhudsonshow
NEW DELHI – Satu rakaman video memaparkan seorang lelaki tua dikatakan berusia 188 tahun diselamatkan dalam keadaan lemah dari sebuah gua di India menjadi tular di media sosial, lapor portal berita metro.co.uk semalam.

Seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Concerned Citizen berkongsi video mengenainya di platform X.

Rakaman video tersebut merekodkan lebih  30 juta tontonan.

“Lelaki India ini baru  ditemui di dalam sebuah gua. Dia dikatakan berumur 188 tahun. Gila!,” demikian menurut keterangan video tersebut.

Bagaimanapun, umur yang ditulis netizen itu menjadi pertikaian banyak pihak.

Seorang netizen X menyiarkan penafian dengan berkata: ‘Maklumat salah! Lelaki tua ini ialah seorang pengamal kuat agama Hindu.”

“Dia bernama Siyaram Baba dan  tinggal di negeri Madhya Pradesh, India.”

“Menurut laporan dia berumur kira-kira 110 tahun,” tambahnya.

Penafian itu memetik artikel akhbar Navbharat Times, 2 Julai tahun ini sebagai salah satu sumbernya. – AGENSI

Tentera maut ditembak pemburu haram: Anggota polis disahkan terbabit dalam kejadian

M Hifzuddin Ikhsan
am@hmetro.com.my
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Bandar Baharu: Anggota polis disahkan terbabit dalam kejadian seorang anggota tentera maut terkena tembakan ketika latihan di kawasan hutan berdekatan Song, Sarawak, pada 23 September lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau dimaklumkan pihak polis mengenai kejadian itu ketika berkunjung ke Sarawak baru-baru ini.

Beliau berkata, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata dalam taklimatnya, memaklumkan anggota polis terbabit disahkan melepaskan tembakan yang kemudian terkena anggota tentera dalam latihan.

"Insiden itu berlaku dalam kawasan latihan tentera dan ketika insiden itu dilaporkan berlaku, laporan polis dibuat dan polis segera membuat siasatan awal untuk mengesan yang terbabit.

"Daripada taklimat Pesuruhjaya Polis Sarawak, disahkan terbabitnya seorang anggota polis dan kertas siasatan dibuka membabitkan kes itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Sua Mesra dan Sambutan Hari Pendaftaran Negara ke-76 di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pasir di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Polis Sarawak berjaya menahan dua suspek tempatan berusia 31 tahun bagi membantu siasatan kes kejadian anggota tentera maut ditembak di Song pada 23 September lalu.

Mancha dilaporkan berkata, hasil maklumat awam, suspek ditahan jam 6 petang, 24 September oleh pasukan khas yang ditubuhkan untuk menyiasat kes ini.

Polis turut merampas selaras senapang patah dan peluru jenis penabur dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ha ha ha lawak: Penduduk kejar pocong sambil menjerit histeria

KOSMO!
KELIBAT dipercayai pocong (dalam bulatan) muncul di Desa Segaran. - Foto TikTok.com/wadisupriatna277
JAKARTA – Penduduk setempat yang mendakwa melihat kelibat pocong bertindak mengejar hantu tersebut dalam kejadian di Desa Segaran, daerah Karawang dalam wilayah Jawa Barat, lapor portal berita Tribun Jateng.com semalam.

Mereka berlari ke arah pocong sambil menghalakan  lampu suluh cahaya ke arah sebatang pokok kelapa, tempat penampakan hantu tersebut.

Dalam satu rakaman video kejadian itu yang tular di media sosial, sebilangan  penduduk menjerit bagaikan histeria ketika mengejar pocong.

“Lihat itu di atas pokok kelapa. Allahu Akbar, pocong,”  jerit seorang wanita yang merakam video kejadian.

Dalam video itu, pocong itu dilihat  berada di atas pokok.

“Ya benar itu pocongnya,” kata seorang lagi penduduk  yang turut merakam kejadian sama. –  AGENSI

Warga emas simbah air kencing di pintu flat jiran

KOSMO!

SINGAPURA  –  Seorang lelaki yang menyimbah air kecil pada pintu flat jirannya dan menyerang seorang daripada mereka, daripada dijatuhi hukuman penjara 12 hari oleh sebuah mahkamah Singapura, lapor portal berita MS News semalam.

Menurut akhbar Shin Min Daily News, tertuduh bernama  Zhang Gui, 67, dan tinggal di Blok 536 Choa Chu Kang Street 51 ketika kejadian berlaku.

Dia berdepan enam pertuduhan di bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan, melibatkan tiga jirannya.

Pada malam Oktober 2022, seorang jiran melihat Zhang menyembur bahan berbau busuk itu  dari tingkapnya.

Bau hancing menyebabkan jiran itu mengetuk pintu flat Zhang untuk menangani isu itu tetapi dengan cepat menjadi pertengkaran sengit.

Semasa pertengkaran berlaku, Zhang cuba menendang jirannya dengan membuka pintu pagar besi.

Pagar itu terkena muka dan badan jirannya menyebabkan mangsa mengalami kecederaan. 

Zhang juga menyimbah air kecil di luar sebuah unit flat jiran yang lain. – AGENSI

PMX cerita apa yang dibimbanginya semasa awal jadi PM

Harapandaily

Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kebimbangan utama beliau dalam tempoh awal memegang jawatan Perdana Menteri ialah memulihkan reputasi negara.

Perdana Menteri dalam satu temu bual dengan CNBC berkata, ia terutamanya berikutan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Dalam tempoh awal, semuanya mengenai perkara itu. Bagaimana untuk menangani isu? Bagaimana pula dengan tadbir urus?

“Bagaimana dengan apa yang mereka anggap rasuah yang menjadi endemik berdasarkan pengalaman 1MDB dan pelbagai skandal lain?

“Misalnya, pemimpin terdahulu, apabila menjadi Menteri Kewangan atau Perdana Menteri, menjadi bilionair.

“Ini perlu dihentikan,” katanya kepada CNBC dalam temubual khas yang diterbitkan selama 23 minit itu.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pelabur domestik dan asing mengiktiraf komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah, walaupun terdapat pengkritik yang menganggapnya terlalu berlebihan.

“Tanpa kepercayaan dan keyakinan, orang tidak akan melabur dalam jumlah yang besar. Ini melainkan mereka mempunyai pengaturan rasuah dengan anda, mereka akan meneruskannya.

“Bagaimanapun, ini perlu dihentikan. Amalan itu telah dihentikan walaupun kami masih meneruskan misi ini (kerana) perjuangan menentang rasuah perlu dilaksanakan sepenuhnya,” kata Ahli Parlimen Tambun itu.

Dalam masa sama, Anwar juga menekankan kepentingan menarik pelaburan berimpak tinggi, terutamanya dalam kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor.

Beliau mengakui Malaysia mencatatkan peningkatan pelaburan dalam pusat data disebabkan bekalan tenaga dan air yang mudah diakses.

Namun, Anwar menyatakan tentang keperluan untuk beralih tumpuan kepada teknologi yang lebih maju untuk meningkatkan status ekonomi negara.

Anak kambing berwajah manusia

KOSMO
Anak kambing itu dilahirkan tanpa ekor dan bulu seperti kambing biasa. - X
NEW DELHI – Seorang penternak haiwan di India terkejut apabila seekor kambing betina peliharaannya melahirkan anak kambing menyerupai wajah manusia, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Anak kambing cacat itu dilahirkan di Desa Seltipada dalam negeri Gujarat. 

Pemilik kambing tersebut, Ajaybhai Vasana berkata, ia merupakan satu-satunya anak kambing yang mempunyai kelainan genetik. 

“Dahi, mata, mulit, dan janggut anak kambing itu kelihatan seperti manusia. Bukan itu sahaja, kulitnya juga gelap,” kata Ajaybhai. 

Meskipun berkaki empat, anak kambing itu lahir tanpa ekor dan bulu seperti kambing biasa. 

Rakaman yang dimuat naik di platform X oleh akaun @kegoblongan.unfaedah menunjukkan orang ramai memuja haiwan tersebut kerana dipercayai membawa tuah.

Anak kambing itu dilaporkan hanya hidup selama 10 minit selepas dilahirkan. – AGENSI

Sikap berpuak dalam parti Bersatu, parah

Puak adalah barah dalam penyatuan parti, kata sekutu Azmin

B Nantha Kumar

Calon ketua pemuda Pemuda Bersatu Muhammad Hilman Idham berkata bahawa dia tidak mewakili mana-mana puak dalam pemilihan parti itu.

Hilman yang dikenali sebagai sekutu naib presiden Mohamed Azmin Ali - termasuk ketika masih bersama PKR - menegaskan bahawa kewujudan ‘puak’ dalam sesebuah parti akan menyukarkan penyatuan.

"Sebagaimana yang saya tegaskan, kita merasakan bahawa puak dan factionalism ini adalah barah yang tak akan membantu usaha penyatuan parti.

"Kita mahu mengukuhkan parti ini selaras dengan idealisme perjuangan Bersatu yang telah pun kita tegaskan mesti menjadi sebuah parti inklusif, progresif dan prihatin," katanya kepada pemberita.

Hilman berkata demikian di majlis pengenalan sebahagian calon-calon bertanding pada pemilihan Bersatu di Petaling Jaya, malam tadi.

Dia berkata demikian ketika ditanya adakah pengumuman calon-calon semalam itu diketuai oleh Hilman mewakili pasukan Mohamed Azmin.

"Saya ingat Datuk Seri Azmin tidak hadir. Saya penyokong (Azmin). Tapi, jangan salahkan kawan-kawan yang lain datang hari ini. Ada yang datang dari Pagoh (kawasan parlimen Muhyiddin Yassin). Ada yang penyokong Wan Saiful (Wan Jan) datang.

"Azmin tak tanding. Macam saya tegaskan mengapa kita harus berpuak-puak dalam parti.

"Kita harus menggariskan nilai bersatu sebagaimana namanya dan hari ini pemuda melalui Armada kami tuntas berpegang teguh kepada prinsip-prinsip parti," katanya.

Terdahulu, dalam majlis malam tadi, Hilman mengesahkan dia akan bertanding bagi jawatan ketua Pemuda dalam saingan satu lawan satu menentang Akmal Zahin Zainal Zahir.

Selain, Hilman majlis itu turut memperkenalkan calon-calon bagi jawatan lain bagi sayap Pemuda, Wanita, Bersekutu dan majlis pimpinan tertinggi.

Senarai yang dikeluarkan Bersatu semalam mengesahkan Muhyiddin Yassin mempertahankan jawatan presiden tanpa bertanding.

Hamzah Zainudin yang juga Ahli Parlimen Larut pula menjadi satu-satunya calon untuk menggantikan Ahmad Faizal Azumu sebagai timbalan Muhyiddin.

Sementara Ahmad Faizal 'turun pangkat' sedikit pada pemilihan kali ini dengan mencuba nasib untuk mengisi tiga jawatan naib presiden parti terbabit.

Dua lagi nama yang bertanding untuk jawatan naib presiden ialah penyandang, Radzi Jidin Dan Ronald Kiandee. Selain Ahmad Faizal, Radzi dan Ronald, turut menyertai persaingan sebagai pemimpin pelapis untuk Bersatu ialah Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris, Mohd Rafiq Mohd Abdullah (Adun Kuang di Selangor) serta A'ziss Zainal Abidin (Bersatu Batu Kawan).

Seorang lagi naib presiden, Azmin Ali tidak menyertai pemilihan kali ini, dipercayai bakal dilantik sebagai setiausaha agung menggantikan Hamzah.

Ajaran sesat Cahaya ajar pengikut boleh berpelukan antara lelaki, wanita

NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN – Sebuah fahaman bertentangan hukum syarak dikenali sebagai ajaran Cahaya dikesan di Kuala Pilah sejak setahun lalu.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Ahmad Zaki Hamzah berkata, ajaran didalangi oleh seorang lelaki berusia 60 tahun warganegara Singapura itu juga cuba mempengaruhi pengikutnya dengan ideologi penyatuan cahaya.

“Dia (pengajar) sebarkan penyatuan cahaya tu, dia rasa kalau kita ikut ajaran dia ni sampai satu tahap kita ni dah jadi macam cahaya. Bahkan perbuatan berpeluk-pelukan antara lelaki dan perempuan dalam kalangan ahli-ahli tiada masalah… sebab cahaya tiada nafsu.

“Kita siasat dan dapati ajaran ini bertentangan dengan hukum syarak antaranya dia mempercayai dia sebagai roh kudus bersatu dengan roh nabi-nabi, dari Nabi Adam hingga Nabi Muhammad SAW ada di dalam jiwa dan roh dia.

“Malah, dia juga menyatakan semua urat, darah, dia dah mula berzikir dan sampai satu tahap dia tak perlu lagi berzikir dan dia rasa tak perlu lagi bersolat sebab dah sampai satu tahap darjat tertinggi ikut fahaman dia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini, semalam.

Ujar Ahmad Zaki lagi, lelaki berkenaan juga mengakui kali terakhir dia menunaikan solat fardhu adalah pada tahun 2021 dan hasil siasatan juga mendapati terdapat pengikut yang sudah menyertai ajaran tersebut sejak empat tahun lalu. – KOSMO! ONLINE.

Rokok dan vape: Penyakit pneumothorax setiap minggu ada satu kes

Doktor dedah setiap minggu ada satu kes, ini puncanya lelaki 20-an sesak nafas

Harapandaily

Seorang doktor mendedahkan setiap minggu sekurang-kurangnya terdapat satu kes penyakit pneumothorax yang dirawatnya.

Beliau memberitahu penyakit yang berlaku apabila udara atau gas terkumpul di bahagian rongga di antara paru-paru dan dinding dada itu turut dihidapi golongan muda.

Penyakit yang berlaku kerana terdapatnya kebocoran di pleura iaitu ruang antara rangka dada dan paru-paru atau paru-paru itu sendiri menyebabkan organ tersebut menjadi kecut.

“Lelaki 20-an, sakit dada, sesak nafas.

“Berhentilah hisap rokok. Berhentilah hisap vape. Langsung tak ada manfaat,” tulis pengguna X, @azmanrocks.


Beliau dalam masa sama berkongsikan sedutan video ringkas yang memaparkan cecair yang terperangkap dalam paru-paru sedang dikeluarkan.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), aktiviti merokok merupakan antara penyumbang risiko pneumothorax.

“Perokok lelaki – risiko meningkat 22 kali ganda. Perokok Wanita – risiko meningkat 8 kali ganda.

“Risiko juga bertambah mengikut banyaknya bilangan rokok – perokok tegar berisiko tinggi,” menurut portal MyHealth.

Ditulis oleh Dr. Wan Fadhilah Wan Ismail, beliau menjelaskan bahawa pneumothorax yang kecil boleh sembuh dengan sendirinya dalam tempoh dua minggu.

“Pneumothorax yang besar memerlukan tiub dada (chest tube) dimasukkan di antara paru-paru dan dinding dada (ruang pleura) untuk mengeluarkan udara yang terperangkap serta memastikan paru-paru tidak terus mengecut,” katanya.

Polis buru bekas petinju terkenal pecah masuk rumah

KOSMO!
SANTI diburu polis kerana disyaki melakukan jenayah pecah rumah. - Foto Polis Thailand
BANGKOK –  Polis masih memburu seorang bekas petinju terkenal selepas dia memecah masuk sebuah rumah dalam kejadian di  Pyaya Thai, Bangkok semalam, lapor laman  berita The Pattaya News.

Suspek dikenali sebagai Santi, 38, dan memiliki ketinggian kira-kira 180 sentimeter. Dia  dikehendaki di bawah waran Mahkamah Jenayah kerana melakukan pecah rumah, pencerobohan bersenjata dan kerosakan harta benda.

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia memanjat pagar sebelum menceroboh masuk ke dalam rumah milik seorang doktor.

Cool Gadgets  videoCool Gadgets  video
Terdapat seorang wanita dan dua anak lelakinya di dalam rumah tersebut semasa kejadian. 

Namun, wanita itu berjaya melarikan diri, meninggalkan dua anak lelaki tersebut.

Ketika pasukan polis tiba, Santi dilaporkan melepaskan satu das tembakan dan mencederakan seorang anggota polis.

Bekas pemilik sebuah kem latihan tinju dikenali sebagai Sorasak Saetang tiba untuk memujuk suspek supaya  menyerah diri.

Sorasak berkata, suspek pernah menjadi peninju terkenal dan memperoleh bayaran  lumayan lebih 100,000 baht (RM12,771) untuk setiap perlawanan.

Bagaimanapun, suspek terlibat dalam gejala penagihan dadah yang membawa kepada pembabitan dalam jenayah kecil, menyebabkan dia diusir dari kem latihan itu lima tahun lalu, kata Sorasak.

Siasatan lanjut mendapati  dua anak lelaki doktor itu bersembunyi di dalam rumah tersebut namun  tanpa disedari, Santi berjaya melarikan diri. – AGENSI

Dua wanita Palestin buat kecoh di Wisma Transit akan dihantar pulang segera - Duta

Kalbana Perimbanayagam
bhnews@bh.com.my
TANGKAP layar video tular membabitkan kejadian dua wanita warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit.
TANGKAP layar video tular membabitkan kejadian dua wanita warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit.
KUALA LUMPUR: Dua wanita Palestin yang membuat kekecohan dan merosakkan harta benda awam di Wisma Transit seperti yang tular dalam media sosial akan dihantar pulang ke Gaza dalam masa terdekat.

Mereka berdua adalah sebahagian daripada 127 orang awam Palestin yang di bawa ke negara ini pada 16 Ogos untuk menerima rawatan perubatan berikutan serangan Israel ke atas Gaza.

Wanita itu dikesan berkelakuan tidak terkawal di Wisma Transit, lokasi penduduk Palestin yang cedera dan keluarga mereka ditempatkan ketika tempoh rawatan perubatan diberikan.

Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali mengesahkan kepada New Straits Times wanita dalam video itu akan dihantar pulang ke Gaza.

Katanya, ia diputuskan selepas pertemuannya dengan Kementerian Pertahanan dan wakil Ops Ihsan hari ini bagi membincangkan insiden itu.

"Kami bersetuju bahawa ini adalah insiden terpencil. Ia tidak mewakili rakyat Palestin tetapi tindakan itu sangat memalukan dan tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Walid turut memberi amaran kepada rakyat Palestin di Malaysia yang lain supaya menjaga kelakuan mereka.

"Bagi mereka di sini, jika mereka tidak berpuas hati, mereka boleh kembali ke tempat asal mereka. Menghantar wanita ini pulang harus menjadi pengajaran kepada yang lain," katanya.

Katanya, kerajaan Palestin sangat menghargai bantuan yang dihulurkan kepada mereka oleh Malaysia dan rakyatnya.

"Rakyat Palestin yang cedera dan saudara mereka di sini harus menghargai apa yang kerajaan Malaysia lakukan untuk membantu mereka.

" Semasa mereka berada di sini, mereka mesti menghormati undang-undang tuan rumah. Mereka juga harus menghargai peluang yang diberikan kepada mereka, berbanding ribuan lain yang masih menderita di tanah air di Gaza. Mereka di sana tidak mempunyai bantuan seperti ini," katanya.

Walid turut mengecam kejadian itu malah memohon maaf bagi pihak masyarakat Palestin.

Katanya, kejadian itu juga diperbesar-besarkan oleh sesetengah pihak di media sosial namun berjaya diselesaikan serta ditangani pada hari yang sama.

Duta itu juga meminta rakyat Malaysia memahami perjuangan emosi dan tekanan yang dialami oleh rakyat Palestin.

"Kami meminta rakyat Malaysia memahami bahawa mereka ini melalui kesukaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini, mengakibatkan tekanan dari segi emosi dan fizikal akibat tindakan pembunuhan beramai-ramai oleh Israel.

"Saya tidak akan membenarkan sesiapa menjejaskan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Palestin. Kami akan sentiasa menghargai apa juga usaha yang dilakukan Malaysia untuk rakyat Palestin," katanya.

Pada 4 Ogos, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu Perhimpunan Solidariti Palestin di Bukit Jalil, mengumumkan Malaysia memutuskan untuk membawa orang awam Palestin yang cedera mendapatkan rawatan di Malaysia.

Pada 16 Ogos lalu, dua pesawat Airbus A-400M Tentera Udara Diraja Malaysia menerbangkan 127 orang awam Palestin yang cedera dari Mesir ke Pangkalan Udara TUDM Subang.

Rakyat Palestin yang dibawa itu termasuklah 41 lelaki, wanita dan kanak-kanak yang cedera, termasuklah bayi seawal usia lapan bulan, serta saudara-mara mereka.

TANGKAP layar video tular membabitkan kejadian dua wanita warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit.

Pencuri telur menangis minta maaf di depan pemilik kedai

KOSMO!
CHANATHIP (kiri) duduk tunduk di hadapan Veerasak. - Foto The Pattaya News
BANGKOK – Seorang pemilik sebuah kedai di Pattaya memasang perangkap untuk menangkap seorang pencuri yang mencuri telur dari kedainya, lapor portal berita The Pattaya News semalam.

Namun, pemilik kedai kemudian mendapati pencuri itu menangis untuk meminta maaf.

Pencuri itu berkata, dia mencuri hanya untuk memberi makan kepada neneknya yang sedang sakit.

Polis dari Balai Polis Nongprue telah dimaklumkan oleh seorang pemilik kedai bahawa seorang lelaki telah ditahan kerana mencuri di kedainya. 

Sebaik menerima laporan, anggota-anggota polis tiba di tempat kejadian di mana mereka mendapati pemilik kedai itu yang dikenali sebagai Veerasak, 35, sedang mengawal suspek.

Suspek pula dikenali sebagai Chanathip Sukpheng dan berumur  25 tahun.

Chanathip menangis dan duduk tunduk di hadapan Veerasak sambil memohon belas kasihan dan memintanya tidak mengenakan pertuduhan undang-undang terhadap suspek.

Veerasak bagaimanapun enggan memaafkan suspek dan berkeras membuat laporan polis. 

Polis Nongprue menahan suspek dan meneruskan tindakan undang-undang terhadapnya. – AGENSI

Lelaki S'pura mengaku tak salah dakwa diri rasul

Malaysiakini

Seorang lelaki warga Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di Seremban hari ini atas dua pertuduhan mengajar ajaran salah yang mendakwa dirinya rasul dan ada roh kudus.

Idris Ami, 60, yang tidak diwakili peguam membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulfikri Yasoa'.

Mengikut pertuduhan, dia yang merupakan pemandu forklift didakwa mengajar ajaran salah kepada dua lelaki berusia 42 dan 46 tahun dengan mendakwa dirinya utusan iaitu rasul bagi zaman ini di sebuah rumah di Kuala Pilah kira-kira 11 malam antara 6 hingga 8 Okt 2023.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengajar ajaran salah kepada individu sama iaitu dengan mendakwa di dalam dirinya ada roh kudus yang merujuk kepada roh rasul-rasul terdahulu iaitu Nabi Adam hingga Nabi Muhammad pada masa, tarikh dan lokasi sama.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 pindaan 2019 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendakwa Syarie Abdul Wafi Ramli memohon supaya mahkamah tidak melepaskan atau menawarkan sebarang jaminan serta dihantar ke penjara berikutan tertuduh ialah warga asing dan bon jaminan akan menyebabkan dia pulang ke negara asal sekali gus mengganggu proses pendakwaan.

Hakim Zulfikri kemudian menetapkan bon jaminan berjumlah RM8,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan empat penjamin warga tempatan bermastautin di Negeri Sembilan, tidak dibenarkan keluar Malaysia sehingga perintah lain dikeluarkan serta melapor diri kepada Ketua Penguasa Agama negeri bagi memastikan kehadiran di mahkamah setiap bulan.

Kes ditetapkan semula untuk perbicaraan pada 19 Nov ini.

Dalam pada itu, Hakim Zulfikri membebaskan seorang wanita warga tempatan berumur 42 tahun yang dipercayai merupakan orang kanan tertuduh dengan bon jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin yang bermastautin di negeri ini.

Sementara itu, Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Ahmad Zaki Hamzah ketika ditemui berkata kedua-dua individu itu ditahan di Muadzam Shah, Pahang ketika dalam perjalanan ke Terengganu pagi tadi.

"Kita telah siasat maklumat berkaitan ajaran baru yang dikenali sebagai ajaran Cahaya yang dilakukan di sebuah rumah di Kuala Pilah.

"Kita dapati ajaran ini bertentangan dengan hukum syarak termasuk mempercayai tertuduh sebagai roh kudus atau bersatu dengan roh Nabi Adam dan Nabi Muhammad. Selain itu, dia mendakwa tidak perlu berzikir dan solat, selain bersentuhan dalam kalangan bukan muhrim itu dianggap tidak," Katanya.

Ahmad Zaki berkata selain menyebarkan ajaran secara berkumpulan, mereka turut menggunakan media sosial untuk mempengaruhi pengikut supaya percaya dengan fahaman yang bertentangan dengan hukum, dan siasatan mendapati ajaran itu hanya tersebar di daerah berkenaan.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan ada tangkapan lain akan dilakukan berhubung perkara itu dalam waktu terdekat.

- Bernama

Gadis 17 tahun kahwin lebih 15 kali

KOSMO

JAKARTA – Seorang gadis berusia 17 tahun mengundang perhatian orang ramai kerana sanggup menjadi isteri sementara lebih 15 kali demi menjana pendapatan, lapor saluran berita South China Morning Post semalam. 

Gadis bernama Cahaya itu berkata, dia telah berkahwin lebih 15 kali dan kesemua suaminya merupakan pelancong dari Asia Barat. 

“Suami pertama saya adalah seorang pelancong berusia dalam lingkungan 50-an dari Arab Saudi. Dia membayar harga pengantin sebanyak AS$850 (RM3,601). 

“Namun, saya hanya menerima separuh jumlah itu kerana bakinya akan dibahagi kepada ejen dan pegawai,” kata Cahaya. 

Lima hari selepas mereka berkahwin, lelaki itu menceraikannya dan berlepas pulang ke negara asal. 

Tambah Cahaya, dia boleh memperoleh pendapatan antara AS$300 (RM1,271) hingga AS$500 (RM2,118) bagi setiap perkahwinan. 

“Wang ini digunakan untuk membayar sewa rumah selain menyara datuk dan nenek saya yang sedang sakit,” tambahnya. 

Amalan tersebut berleluasa di Puncak, wilayah Jawa Barat yang menarik ramai pelancong dari Asia Barat. 

Sebilangan pelancong lelaki akan diperkenalkan kepada wanita tempatsan melalui agensi untuk melangsungkan ‘perkahwinan sementara’. – AGENSI

Wanita terkejut jumpa ‘Jari Syaitan’

KOSMO
Spesies unik ini dikenali sebagai Devil’s Finger kerana mempunyai sesungut berwarna merah jambu terang seperti darah. - BNPS
LONDON – Seorang jurugambar terkejut apabila menemui sejenis kulat aneh menyerupai makhluk asing di sebuah hutan di New Forest, Hampshire, England, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Tumbuhan itu ditemui oleh Julia Rosser, 67, baru-baru ini. Dia pada mulanya,  menyangka menemui ‘tentakel merah’  di tengah  hutan. 

Bagaimanapun, tumbuhan pelik itu rupanya sejenis kulat unik yang dikenali sebagai Devil’s Fingers atau ‘Jari Syaitan’ kerana memiliki sesungut berwarna merah terang seperti darah manusia.

Panjang sesungut itu memberi gambaran menyeramkan seperti jari zombi  terkeluar dari kubur. 

“Sesungut ini terkeluar dari tanah, seolah-olah mayat menghulurkan tangannya dari dalam kubur. 

“Ia sangat menyeramkan,” kata Rosser. 

Devils’ Fingers dikenali kerana mengeluarkan bau busuk untuk menarik mangsa seperti lalat dan serangga lain. 

Kulat ini biasanya ditemui pada akhir Oktober tetapi muncul lebih awal atas faktor cuaca. – AGENSI

3 sekeluarga mengalami detik cemas, rumah dimasuki hampir 12 orang penyamun berparang

Norzamira Che Noh
am@hmetro.com.my
TANGKAP layar video tular kejadian rompak di sebuah rumah di Pandamaran, Klang. FOTO Video Tular
TANGKAP layar video tular kejadian rompak di sebuah rumah di Pandamaran, Klang. FOTO Video Tular
Shah Alam: Sebuah keluarga kerugian RM600,000 selepas rumah mereka di Pandamaran, Klang dekat sini dimasuki kumpulan penjenayah bersenjatakan parang dalam kejadian pada awal pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata dalam kejadian itu, seorang daripada tiga penghuni rumah iaitu lelaki berusia 37 tahun cedera di bahu akibat ditetak oleh penyamun.

Katanya, mangsa membuat laporan berhubung rumahnya dipecah masuk beberapa lelaki itu pada jam 6.16 pagi.

"Hasil siasatan dalam kejadian pada jam 5 pagi itu, seramai 10 hingga 12 orang suspek dipercayai warga tempatan menaiki dua kenderaan memanjat tembok pagar rumah banglo tiga tingkat itu sebelum masuk ke dalam rumah.

"Kesemua suspek yang memakai pelitup muka, bersarung tangan dan bersenjatakan parang kemudian memasuki sebuah bilik dan mengikat tiga penghuni rumah itu sebelum menggeledah barangan.

"Semasa kejadian, seorang penghuni berjaya menelefon polis. Sebaik sahaja kereta peronda tiba di lokasi, kesemua suspek terus melarikan diri bersama dua kenderaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil semakan suspek berjaya melarikan wang tunai, patung sembahyang dan barang kemas bernilai RM600,000.

"Dalam kejadian ini, seorang penghuni berusia 37 tahun ditetak di bahu dan menerima jahitan di sebuah hospital swasta di Klang," katanya.

Katanya, susulan kejadian itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebat.

"Kini pihak polis sedang menggiatkan usaha mengesan serta menangkap suspek kes ini," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh hadir ke balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan," katanya.

Kelantan: Bimbang ditahan tunggang motosikal curi, lelaki guna spanar cederakan polis

FMT Reporters

Ketua Polis Bachok, Mohamad Ismail Jamaluddin berkata suspek juga gagal mengemukakan kad pengenalan ketika ditahan.
Honda EX5 ditunggang suspek ialah motosikal curi yang dilaporkan hilang di Besut, Terengganu. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA: Seorang lelaki yang bimbang ditahan menunggang motosikal curi, bertindak mencederakan anggota polis menggunakan spanar di Simpang Empat Repek, Bachok.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam tadi, suspek 24 tahun yang menunggang Honda EX5 membuat pusingan U untuk melarikan diri daripada sekatan jalan raya.

Ketua Polis Bachok, Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata dua anggota unit bermotosikal IPD Bachok mengejar suspek sejauh 2km sebelum terbabas dalam semak di Kampung Hujung Repek.

“Ketika cuba ditahan, berlaku sedikit pergelutan apabila suspek menendang dan mencederakan salah seorang anggota menggunakan spanar.

Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan dan spanar turut dirampas, katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, semakan lanjut mendapati suspek menunggang motosikal curi berdasarkan nombor casis motosikal yang dilaporkan hilang di Besut, Terengganu.

Menurutnya, suspek juga gagal mengemukakan kad pengenalan ketika ditahan.

Semakan rekod mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau dan ujian air kencing juga negatif dadah, katanya sambil menambah lelaki itu direman empat hari hingga 7 Okt ini untuk disiasat mengikut Seksyen 186, 353, 379A Kanun Keseksaan serta Seksyen 25(1)(n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Cinta tak kesampaian, wanita mohon keluar Islam

Malaysiakini 

Seorang wanita Sarawak merayu untuk meninggalkan Islam dan kembali ke agama Kristian selepas berpisah dengan lelaki Melayu yang berjanji untuk mengahwininya.

Iqbal Harith Liang memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa anak guamnya mahukan peluang untuk berhujah kesnya di mahkamah sivil berbanding mahkamah syariah.

Katanya, wanita itu tidak boleh dijangka akan mendapatkan penyelesaian di mahkamah syariah memandangkan sentimen terhadap orang yang mahu menukar agama.

“Dia adalah mangsa keadaan, yang bukan kerana tindakannya sendiri.

“Dia jenis yang mengejar cinta sampai ke hujung. Tetapi malangnya percintaan itu terhalang oleh garis agama di negara ini.

“Sekarang dia terperangkap untuk bebas dan kembali ke identiti Kristian,” katanya terhadap tiga panel hakim yang diketuai oleh Supang Lian.

Wanita 26 tahun itu memohon kebenaran untuk membuat semakan kehakiman bagi mengeluarkan namanya daripada daftar mualaf. 

Panel hakim–yang turut dianggotai oleh  Lim Chong Fong dan Ahmad Fairuz Zainol Abidin–tidak membuat sebarang keputusan hari ini.

Pengurusan kes akan berlangsung pada 11 Oktober depan bagi menetapkan tarikh penyampaian keputusan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Sept lepas menolak permohonan wanita itu dan memutuskan ia berada bawah bidang kuasa mahkamah syariah.

Wanita itu memeluk Islam pada 18 Ogos 2017 untuk berkahwin dengan seorang lelaki beragama Islam.

Lans Koperal mengaku tidak bersalah peras ugut wanita

NOR SHAFAWATI YUP
Ahmad Muaz didakwa di Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan memeras ugut seorang wanita tahun lalu. - Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP/ KOSMO!
SEREMBAN – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memeras ugut seorang wanita tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Muaz Md Subri, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada seorang wanita berusia 31 tahun bahawa satu bencana iaitu ditangkap polis akan berlaku kepadanya.

Oleh itu, dengan jalan demikian dengan curang mendorongnya menyerahkan harta iaitu wang berjumlah RM500 kepada tertuduh.

Kesalahan itu dilakukan pada lebih kurang pukul 9.30 malam di tempat letak kereta di sebuah rumah flat di Nilai pada 17 Oktober 2023.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norshafatihah Nor Azmi mencadangkan wang jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Noor Azizi Abdull Aziz yang mewakili tertudub kemudian memohon mahkamah menetapkan jaminan paling rendah kerana tertuduh menanggung isteri dan enam anak.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM3,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 22 Oktober depan. – KOSMO! ONLINE

Lelaki tembak jiran kaki skodeng, ditahan selepas diserahkan keluarga

Agensi

Jakarta: Seorang nelayan dari Kampung Dente Teladas, Lampung, Indonesia menembak jirannya kerana sering mengintainya ketika bersama isteri di bilik tidur.

Tribunnews melaporkan, kejadian itu berlaku pada 22 September lalu dan nelayan berkenaan melepaskan dua tembakan kepada jirannya.

Susulan kejadian itu, suspek ditahan di Balai Polis Tulang Bawang untuk siasatan.

"Suspek sudah ditahan dan diserahkan oleh keluarganya kira-kira seminggu selepas kejadian," kata Ketua Siasatan Jenayah, Indik Rusmono.

Suspek dipercayai mendapatkan senjata api daripada seorang individu di daerah Mesuji dengan harga IDR500,000 (RM136.42).

Cool Gadgets  videoCool Gadgets  video
Difahamkan, lelaki itu menembak jirannya sebanyak dua kali dengan yang pertama hanya terkena kepala mangsa.

Mangsa cuba melarikan diri namun suspek terus mengejar kemudian melepaskan tembakan kali kedua hingga terkena bahu kanan sasarannya itu.

Biarpun cedera, mangsa sempat melompat ke sungai seterusnya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi sungai yang berlawanan arus.

"Mangsa melompat dari botnya untuk menyelamatkan diri.

"Dia kemudian membuat laporan polis hingga suspek ditahan," katanya.
-hmetro 

Lelaki diberkas rakam wanita bujang mandi waktu malam

DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
SUSPEK diiringi anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka untuk mendapatkan perintah reman. - foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/KOSMO!
MELAKA – Seorang lelaki berusia 54 tahun diberkas selepas dipercayai merakam jirannya yang juga gadis sedang mandi di Taman Seri Duyong di sini minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian disedari mangsa berusia 27 tahun selepas ternampak tangan suspek di tingkap bilik air rumahnya kira-kira pukul 9 malam, 26 September lalu.

“Mangsa yang terkejut segera menjerit dan memaklumkan kejadian tersebut kepada adik lelakinya yang kemudian keluar untuk memeriksa, namun suspek sudah melarikan diri.

“Pemeriksaan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di rumah itu mendapati suspek adalah penduduk yang dikenalinya di taman perumahan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Christopher, menerusi rakaman CCTV tersebut, suspek juga dilihat menceroboh kediaman mangsa dengan memanjat pagar di bahagian belakang rumah.

“Lelaki itu kemudian datang menyerah diri di balai polis sebelum ditahan pada pukul 8.30 malam tadi. Suspek direman selama tiga hari bermula hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Jemaah wanita menari ketika majlis selawat

KOSMO
Tangkap layar menunjukkan beberapa jemaah wanita yang menggelek badan mereka mengikut rentak selawat. - TikTok
JAKARTA – Perbuatan sekumpulan jemaah wanita yang selamba berjoget di sebuah acara keagamaan di Indonesia mengundang kecaman ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @pinkyboy198, wanita-wanita yang mengenakan tudung berwarna kelabu itu duduk di barisan hadapan. 

Mereka dilihat melakukan tarian pelik seperti menggerakkan kedua-dua tangan dan menggerakkan badan dengan lemah-gemalai.

Bahkan, tarian itu dilakukan sambil mengikut rentak selawat yang dimainkan. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 265,100 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. 

“Lebih baik tidur, dapat pahala,” sindir seorang netizen. 

“Niat mereka untuk berselawat tetapi timbul syahwat,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

'Saya nak jumpa anak sendiri pun tak boleh' - bekas pengikut GISBH

Aizat Sharif
am@hmetro.com.my

Kangar: "Sudahlah saya dipisahkan dengan anak saya dan hendak bertemu pun, saya mesti mendapat kebenaran penjaga pusat jagaan terlebih dahulu, malah ada ketikanya saya tidak dibenarkan untuk berjumpa, walhal saya ada hak.

Itulah luahan seorang peniaga yang pernah menyertai jemaah GISB Holdings (GISBH), Ahmad (bukan nama sebenar), 33 dari Johor yang membuat keputusan untuk meninggalkan organisasi itu selepas mendapati setiap tindakan mereka menyeleweng daripada landasan ajaran Islam sebenar.

Malah, apa yang mengejutkannya ada anaknya yang ditempatkan di pusat jagaan didapati didera dengan teruk daripada penjaga pusat jagaan kerana gagal menghafaz surah.

Ahmad berkata, dia menyertai GISBH sebaik tamat sekolah menengah di satu daerah di Johor sekitar 2009 dan ia diperkenalkan oleh abangnya yang melihat organisasi itu adalah cara hidup Islam yang ideal kerana ia turut mempraktikkan pelbagai aspek kehidupan menerusi perniagaan, media dan pelbagai lagi.

"Namun, saya diperkenalkan oleh abang saya melalui satu projek kesenian lukisan dan itu membawa saya ke pejabat GISBH pusat yang terletak di Bandar Country Homes, Rawang di mana di situlah saya begitu menjalani pelbagai aspek kehidupan dan perjuangan cara Islam yang saya gambarkan sebagai model yang harus saya ikuti.

"Jadi dari satu per satu cabang saya ikuti termasuklah bidang perniagaan makanan kemudian ke sektor perkilangan di mana saya belajar memproses cili serta mi kuning keluarga GISBH sebelum dihantar oleh ke Sarawak untuk meneroka pasaran perniagaan di negeri itu," katanya selepas Sesi Penyerahan Sumbangan Zakat Kepada Bekas Ahli GISBH di Pejabat Perlis Centre of Wisdom anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sini hari ini.

Katanya, semasa berada dalam GISBH juga, dia bertemu jodoh sebanyak dua kali dengan wanita berasal dari Perak dan Selangor yang kedua-duanya berusia 29 tahun sehingga dikurniakan lima orang anak berusia antara empat hingga 11 tahun.

"Selepas pernikahan saya inilah, penyelewengan itu mula saya kesan dan tanpa saya beritahu secara terperinci bentuk penyelewengan itu, apa yang didedahkan dan ditemui oleh polis serta Jabatan Agama Islam setiap negeri itu itu adalah benar.

"Malah, cukup saya terkilan adalah apabila saya dipisahkan daripada anak saya sendiri yang diambil dan diletakkan dalam pusat jagaan organisasi ini sehinggakan jika hendak berjumpa pun mesti mendapat kebenaran ketua pusat jagaan itu.

"Saya keluar secara bersendirian sebelum diikuti kedua-dua isteri saya tidak lama selepas itu dan sebaik kami keluar, kami dikecam dan dilabel sebagai musuh GISBH selain diugut oleh ahli GISBH ini malah apa yang menyedihkan adalah selepas saya keluar anak saya kemudian dipindahkan ke pelbagai pusat jagaan lain.

"Selama dua tahun saya berjuang dengan menjelajah dari satu negeri ke satu negeri untuk mencari anak saya namun tidak ditemui sehinggalah isu ini terbongkar dan polis menyerbu pusat jagaan milik GISBH di Selangor baharulah saya dapat temui semula keempat-empat anak saya," katanya.

Kisah GISBH: ‘Teringin nak rasa orang Penang’, wanita ini dedah kisah ‘Sheikhton’

Harapandaily

Seorang wanita muda bekas ahli GISB Holdings (GISBH) menceritakan pengalamannya tentang individu yang digelarnya ‘Sheikhton’.

Beliau yang berasal dari Pulau Pinang itu memberitahu ‘ustaz’ berkenaan merupakan ‘orang kuat GISBH’ yang mengendalikan restoran milik syarikat itu di Bintulu, Sarawak.

Menerusi perkongsian di TikTok pendakwah, Ustaz Syihabudin Ahmad secara langsung malam tadi, beliau berkata, hampir semua tukang masak warganegara Indonesia di restoran itu pernah berkahwin dengan ‘Sheikh’ tersebut.

“Dia (‘Sheikh’) juga suka kacau saya. Dia kerap ketuk pintu bilik, kacau saya ajak masuk bilik dia ketika suami keluar kerja.

“Kata dia, “teringin nak rasa orang Penang“,” dedah bekas ahli GISBH berusia 27 tahun itu.

Ujarnya, ‘Sheikh’ berkenaan yang berkopiah tinggi gaya GISBH, bercelak serta hitam di dahi itu turut melanggan wanita-wanita warga Vietnam dan Thailand yang bekerja di pub berdekatan restoran GISBH.
 
“Saya sampai sekarang trauma tengok orang berkopiah,” luahnya yang bersyukur hanya dua tahun bermula usia 13 tahun berada di asrama GISBH di Bukit Beruntung, Selangor.

Dalam masa sama, wanita yang kakaknya juga pernah berpayung di bawah GISBH ketika zaman remaja belasan tahun berkata, ramai rakannya yang ketika itu berkahwin dengan warga emas yang gigi pun sudah tiada.

“Dah tahu sangat perangai mereka (‘orang’ GISBH). Mereka tak tahu malu, kacau perempuan, otak mereka banyak kotor sebenarnya.

“Kawan-kawan saya waktu mereka umur 15, 16 tahun dah kena kahwin dengan ‘ustaz-ustaz’ yang berumur 60, 65 tahun.

“Saya tengok anak mereka terbiar berhingus, seluar longgar, pampers sampai ke kaki.

“Mereka nikah syarie (tanpa berurusan dengan jabatan agama),” ceritanya lagi.

Kedah: Sabari disamun lebih RM10k

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Hanya kerana RM11,000, pesara pegawai kewangan Felcra Sabari Baharom, 62, dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa, Derang, Kubang Pasu dalam keadaan tangan diikat, manakala mulutnya ditutup dengan pita pelekat.

Ini berikutan suspek dipercayai mahu menghapuskan bukti selepas mangsa mengenali wajah individu yang menyamunnya.

Itu motif kejadian menimpa Sabari yang hilang sejak 4 September lalu selepas soal siasat dilakukan ke atas dua lelaki yang ditahan pada Jumaat lalu.

Kedua-dua suspek berusia 26 dan 38 tahun berkenaan mendedahkan niat mereka ingin menyamun Sabari, namun wajah suspek dicam oleh mangsa ketika kejadian itu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, hasil soal siasat awal yang dijalankan ke atas dua suspek mendapati motif kejadian kerana samun membabitkan nilai kerugian RM11,000.

Menurutnya, mangsa mengenali suspek menyebabkan mereka mengikat tangan dan menutup mulutnya dengan pita pelekat sebelum mencampak ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa.

"Perbuatan itu dilakukan selepas mangsa mengecam wajah suspek menyebabkan mereka mengambil tindakan itu (membunuh)," katanya kepada Harian Metro.

Fisol berkata, hasil soal siasat dijalankan, pengakuan dibuat oleh kedua-dua suspek bahawa mangsa dicampak ke dalam Sungai Padang Terap.

"Bagaimanapun, sehingga kini mangsa masih gagal dijumpai," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kehilangan Sabari terjawab apabila polis mengesahkan mangsa dicampak ke dalam Sungai Padang Terap.

Persoalan itu terjawab selepas polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terbabit melakukan perbuatan itu.

Susulan itu, siasatan yang dilakukan berkaitan kes orang hilang kini dilanjutkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu bunuh.

GISBH: Penjaga rumah amal didakwa rotan budak 6 tahun

Malaysiakini
story-image
Seorang penjaga rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki di Bandar Country Homes, Rawang.

Mohd Syahid Hanapiah, 35, didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, menganiaya mangsa dengan cara merotan kanak-kanak terbabit dan memungkinkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah rumah amal pada waktu pagi Feb hingga Sept 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu timbalan pendakwa raya Nurilya Ellyna Nor Azmal tidak menawarkan jaminan terhadap Mohd Syahid.

Dua penjenayah pecah surau dan kedai berjaya ditangkap

Togi Marzuki
bhnews@.com.my

PONTIAN: Polis berjaya menahan dua pejenayah yang terbabit dalam kejadian pecah surau dan kedai dalam dua kejadian berasing di sini dan Kulai, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, dua lelaki tempatan berusia 32 dan 36 tahun ditangkap hasil serbuan di dua lokasi berkenaan yang bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua suspek terbabit dalam kes pecah surau di Pekan Nanas dan kedai di kawasan Kampung Kayu Ara Pasong sehingga mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

" Pelbagai barangan dirampas termasuk sebuah kereta, jam tangan, telefon bimbit, kasut, alat pemampat pendingin hawa dan beberapa beg berjenama dengan anggaran bernilai RM5,000.

"Kedua suspek kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama 14 tahun atau denda dan kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan, " katanya.

Mohammad Shofee berkata, orang ramai diseru menyalurkan maklumat mengenai apa juga aktiviti jenayah berlaku di kawasan masing-masing atau talian hotline 07-6871222.

Bom Israel terus hujani Beirut, Gaza, Tebing Barat

Harapandaily

Letupan kuat menggegarkan pinggir bandar selatan Beirut dalam beberapa serangan pengganas Israel yang paling dahsyat.

Beirut dihujani bom dengan imej dari ibu negara Lubnan itu memaparkan langit malam terang bercahaya di kawasan selatan bandar itu.

Media antarabangsa turut melaporkan kawasan di luar Lapangan Terbang Beirut turut diserang oleh pengganas Zionis.

Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan 37 terkorban manakala 151 lagi cedera akibat pengeboman Israel di seluruh negara itu dalam tempoh 24 jam lalu.

Dalam masa sama, Al-Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 18 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan jet pejuang Israel ke atas kem pelarian Tulkarem di Tebing Barat yang diduduki rejim.

Menurut Pusat Maklumat Palestin dan Rangkaian Berita Quds, tentera Israel mengebom rumah keluarga Jaber di Jalan al-Tarzi di Deir el-Balah, tengah Gaza.

Akibat serangan itu, sekurang-kurangnya tiga individu maut dan mencederakan ramai orang lagi.

12 pegawai, anggota polis ditahan di pusat hiburan digantung tugas serta-merta

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seramai 12 pegawai dan anggota yang ditahan dalam serbuan di pusat hiburan di Sungai Petani, Kedah semalam digantung tugas serta-merta.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, selain itu siasatan turut dijalankan terhadap penyelia pegawai dan anggota berkenaan.

"Saya sudah mengarahkan Ketua Polis Kedah (Datuk Fisol Salleh) untuk menggantung (tugas) pegawai dan anggota ini dengan segera.

"Tindakan mengikut Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 akan diambil.

"Penyelia juga akan dipindahkan dari jawatan semasa kerana mereka tidak layak untuk menguruskan anak buah mereka," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Razarudin turut mengingatkan anggotanya untuk menjadi contoh dan teladan kepada masyarakat.

"Kita ditugaskan untuk menegakkan undang-undang dan bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan orang awam.

"Pegawai dan anggota polis harus sentiasa bertindak mengikut undang-undang.

"Tiada kompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang didapati melakukan jenayah dan masalah disiplin," katanya.

Menurutnya, pihaknya juga tidak akan melindungi 'buah buruk' yang boleh mencemarkan nama pasukan polis dan akan mengambil tindakan tegas.

"Jadikan ini sebagai amaran keras. Pegawai dan anggota polis diberi amanah untuk menegakkan undang-undang, tetapi itu tidak bermakna anda berada di atas undang-undang.

"Kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut undang-undang terhadap anggota yang didapati melakukan sebarang kesalahan jenayah dan tidak akan berdiam diri," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, serbuan dilakukan susulan maklumat yang diterima.

"Dalam serbuan berkenaan 31 individu ditahan dan 12 daripadanya adalah pegawai dan anggota polis kerana positif dadah.

"Siasatan lanjut dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Petani, sampel kedua urin akan diambil dan dihantar ke pihak patalogi hospital bagi proses tahanan kerja," katanya.

Pelajar terjatuh di tengah laut ketika pulang dari sekolah

KOSMO
Tangkap layar menunjukkan bot itu bergegas membuat pusingan untuk menyelamatkan pelajar tersebut. - Instagram
JAKARTA – Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Muna, wilayah Sulawesi Tenggara mengejutkan orang ramai apabila terjatuh di tengah laut ketika menaiki bot untuk pulang ke rumah, lapor saluran berita Okezone semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan) pada 30 September lalu.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform @wunainfo1, beberapa pelajar dilihat duduk di atas sebuah bot sambil memakai seragam sekolah. 

Bot itu bergegas membuat pusingan U dan krunya segera menyelamatkan pelajar berkenaan yang bernama Ali Sahar. 

Lebih mengejutkan, semua  mereka tidak memakai jaket keselamatan ketika merentasi lautan biru itu. 

Difahamkan, Ali tinggal di Desa Bontu-Bontu dan  berulang-alik ke sekolah dengan menaiki bot. 

“Bot itu dihempas ombak kuat, saya terjatuh ke dalam laut,” kata Ali. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 11,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Kasihan sangat, semoga berjaya pada masa depan,” kata seorang netizen. – AGENSI

Heboh dakwaan budak disembelih jiran, ini cerita sebenar, rupanya pelaku pelajar universiti

Harapandaily

Heboh di media sosial sejak semalam kononnya wujud kes seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun disembelih oleh jirannya di Kuantan, Pahang.

Bagaimanapun, menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, kejadian hanya membabitkan kecederaan pada leher kanak-kanak itu akibat perbuatan jirannya, seorang lelaki berusia 25 tahun yang mempunyai pertalian keluarga.

Menerusi kenyataan hari ini, beliau memaklumkan mengikut laporan, pihaknya menerima maklumat awal daripada orang awam melalui Pusat Kawalan Daerah (DCC) Kuantan pada jam 7.45 malam semalam yang memaklumkan berlaku pergaduhan membabitkan senjata sehingga ada yang tercedera.

“Susulan itu, sepasukan polis dari Balai Polis Jaya Gading diarahkan ke lokasi kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian membabitkan seorang kanak-kanak dan lelaki dewasa yang mempunyai pertalian saudara.

“Mangsa dicederakan oleh individu berusia 25 tahun menggunakan garfu di bahagian leher. Akibat kecederaan itu, mangsa melarikan diri ke rumah jirannya.

“Ini menyebabkan berlaku kekecohan antara jiran dan individu yang mencederakan kanak-kanak itu,” jelasnya.

Menurutnya, mangsa dan individu terbabit kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di Kuantan, untuk menerima rawatan dan disahkan tidak mengalami kecederaan serius selain dirawat sebagai pesakit luar.

Wan Mohd Zahari berkata, berdasarkan keterangan ahli keluarga mangsa, individu berusia 25 tahun itu yang juga pelajar sebuah universiti awam itu mengalami tekanan perasaan sejak beberapa hari lalu.

“Suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan ujian air kencing juga negatif daripada salah guna dadah. Siasatan lanjut dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan.

“Dalam kes ini, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi di media sosial yang boleh mendatangkan kegusaran dan ketakutan kepada masyarakat,” tambahnya lagi.

Tiada insiden remaja disembelih di Kuantan, kata polis

FMT Reporters

Kejadian sebenar melibatkan kanak-kanak 12 tahun yang dicederakan di leher oleh suspek berusia 25 tahun menggunakan garpu.
PETALING JAYA: Polis menafikan berlaku insiden sembelih melibatkan seorang remaja di daerah ini seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian sebenar melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dicederakan suspek berusia 25 tahun menggunakan garpu di bahagian leher.

Katanya, setelah cedera, mangsa melarikan diri ke rumah jiran, mengakibatkan berlaku kekecohan antara jiran dan suspek.

Mangsa dan suspek dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk menerima rawatan, katanya, lapor Bernama.

Kedua-dua mereka tidak mengalami kecederaan serius serta dirawat sebagai pesakit luar.

Wan Mohd Zahari berkata, ahli keluarga suspek memaklumkan lelaki itu seorang penuntut universiti awam di Terengganu yang mengalami tekanan perasaan sejak beberapa hari lepas.

Tambahnya, suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan saringan air kencing menunjukkan negatif salah guna dadah.

Juruteknik jatuh kereta kabel Langkawi ditemukan maut

FMT Reporters

Polis berkata mayat mangsa Khairul Nizam Jaafar, 41, ditemukan pasukan penyelamat pada 5.11 petang tadi.
Anggota bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang juruteknik yang dilaporkan terjatuh ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kereta kabel di Matchinchang, Langkawi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA: Seorang juruteknik yang dilaporkan terjatuh dari ketinggian kira-kira 40m ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kereta kabel di Matchinchang, Langkawi ditemui meninggal dunia.

Ketua Polis Langkawi Shariman Ashari berkata mayat mangsa yang dikenali sebagai Khairul Nizam Jaafar, 41, ditemukan pasukan penyelamat pada 5.11 petang tadi, lapor Sinar Harian.

Katanya, mangsa yang baru tiga bulan bekerja dilaporkan terjatuh dari besi penahan dek kaca pada ketinggian lebih kurang 40 meter ke tebing gunung.

Mangsa kemudian dibawa naik ke stesen tengah oleh bomba dan pemeriksaan serta pengesahan kematian dibuat oleh pihak hospital, katanya.

Shariman berkata, mayat mangsa kemudian dibawa turun menggunakan kereta kabel sebelum dihantar ke unit forensik Hospital Sultanah Maliha untuk proses bedah siasat.

Menurutnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Peminat bola sepak ‘terpukau’ polis ‘cun’ ronda stadium

KOSMO!
PEMINAT bola sepak 'terpukau' dengan kecantikan Pinzon. - Foto Jam Press
BOGOTA –  Peminat bola sepak seperti ‘terpukau’ apabila seorang anggota polis wanita, Gina  Pinzon meronda di Stadium Estadio Olimpico Pascual Guerrero di Cali, Colombia, lapor portal berita Daily Star hari ini.

Pinzon, 28, berkongsi video di Instagram memaparkan dia meronda di hadapan tempat duduk penonton. 

Dalam klip video itu, sejumlah peminat berebut mendapatkan sudut pandangan lebih baik untuk  melihat kecantikan anggota polis wanita itu.

“Jika ‘sinaran’ saya sangat menyakitkan anda, tolong jangan lihat atau anda akan menjadi buta,” kata anggota polis itu.

Seorang peminat kemudian memberikan komen: “Peminat melihat anda lebih daripada permainan (bola sepak).”

Seorang peminat lain mengulas: “Adalah lebih baik melihat polis (Pinzon) berbanding perlawanan bola sepak”.

Video terbarunya dirakam ketika kelab America de Cali menentang La Equidad di stadium itu pada 25 September lalu. – AGENSI 

Syed Saddiq: 'Saya disesatkan beberapa pihak dan percaya ia disebabkan Habibul Rahman'

Suraya Roslan
surayaroslan@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Kes saman fitnah oleh bekas penasihat kepada Datuk Seri Najib Razak, Datuk Habibul Rahman Kadir Shah terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selesai apabila Ahli Parlimen Muar itu membuat permohonan maaf secara terbuka di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Syed Saddiq, 31, ketika membacakan pernyataan maaf itu berkata, dengan ikhlas hati beliau memohon maaf secara terbuka dan tanpa syarat kepada Habibul Rahman, 68, selaku plaintif kerana membuat kenyataan fitnah dalam sidang media di Hotel Seri Pacific pada 2 Oktober 2017.

"Dalam sidang media itu, saya merujuk kepada ancaman yang dibuat terhadap diri saya dan keluarga menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 dan menegaskan bahawa ancaman itu benar-benar berlaku terhadap saya dan keluarga.

"Namun begitu, saya kemudiannya menerima maklumat lanjut dan kini menyedari bahawa ketika membuat kenyataan fitnah itu, saya disesatkan oleh beberapa pihak yang menyebabkan saya percaya bahawa apa yang saya alami pada tempoh itu adalah disebabkan oleh Habibul Rahman," katanya ketika membacakan pernyataan maaf itu di hadapan Hakim Norakhmar Mohd Sani.

Syed Saddiq selaku defendan berkata, dia kesal dan memohon maaf atas kenyataan fitnahnya sehingga menyebabkan pelbagai masalah dan kesulitan kepada plaintif.

"Saya mengakui bahawa kenyataan saya mencemarkan reputasi plaintif dan merosakkan imej terhormat seorang individu yang pernah berkhidmat sebagai penasihat kepada Perdana Menteri keenam, memegang pelbagai jawatan pengarah dalam syarikat berkaitan kerajaan, pengasas HKS Consultants Sdn Bhd, seorang pakar strategi korporat dan juga pensyarah," katanya.

Akuinya, kenyataan fitnahnya mengenai Habibul Rahman timbul daripada maklumat yang mengelirukan yang disampaikan kepadanya tetapi kini beliau tahu maklumat itu adalah palsu dan tidak benar.

"Saya dengan setulus hati memohon maaf tanpa syarat kepada Habibul Rahman dengan harapan permohonan maaf ini dapat membersihkan nama baik beliau serta dapat memulihkan hubungan profesional dan hubungan peribadi di antara saya dan Habibul Rahman.

"Saya beraku janji bahawa saya tidak akan sama sekali mengulangi kenyataan fitnah dan menyinggung atau apa-apa kata kesat yang seakan-akan dengannya pada masa hadapan terhadap Habibul Rahman," katanya.

Syed Saddiq membaca pernyataan maaf di hadapan Habibul Rahman dalam kandang saksi.

Mahkamah kemudian merekodkan penghakiman persetujuan itu berdasarkan permohonan maaf defendan dan terma penyelesaian serta melapangkan tarikh perbicaraan esok.

Mahkamah sebelum ini menetapkan empat hari bermula 1 Oktober lalu untuk perbicaraan kes itu.

Terdahulu, peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Habibul Rahman memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak-pihak terbabit mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes saman secara baik dan defendan akan membuat permohonan maaf kepada plaintif di mahkamah terbuka.

Pada 16 November 2021, Habibul Rahman memfailkan saman terhadap Syed Saddiq atas dakwaan memfitnah plaintif dalam satu sidang media yang dihadiri oleh pengamal media daripada pelbagai agensi berita.

Dalam sidang media itu, Syed Saddiq mendakwa terdapat konspirasi yang disokong oleh pemimpin parti yang tidak dinamakan untuk melemahkan Bersatu dengan 'mengancam atau merasuah' pemimpinnya.

Plaintif mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau merancang, mengugut dan menyerang secara peribadi para pemimpin pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk Syed Saddiq yang ketika itu Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) kepada parti berkenaan.

Sementara itu, Habibul Rahman ketika ditemui selepas prosiding berkata, beliau berterima kasih kepada peguamnya kerana mengendalikan kes itu dengan baik dan akhirnya kebenaran dapat dibuktikan.

Polis tahan 2 lelaki Bangladesh culik, kurung wanita OKU

FMT Reporters

Polis berkata suspek dipercayai memukul kepala wanita itu dengan tukul sehingga pengsan sebelum mengikat kaki dan tangan mangsa.

PETALING JAYA: Polis menahan dua lelaki warga Bangladesh kerana disyaki menculik dan mengurung seorang orang kurang upaya (OKU) wanita yang juga jirannya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka.

Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit, berkata dalam kejadian Selasa lalu, wanita berusia 22 tahun yang juga OKU lembam dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya selepas keluar berjoging.

Katanya, keluarga wanita itu dengan bantuan jiran melakukan pencarian di kawasan pangsapuri itu sebelum menemui mangsa dalam keadaan dikurung dan diikat dalam sebuah bilik di rumah yang didiami pekerja warga asing.

“Mangsa mendakwa dia ditarik dua lelaki itu ke dalam sebuah rumah ketika berjalan seorang diri di belakang pangsapuri terbabit kira-kira 7 malam.

Dia kemudian dipukul dengan tukul di kepala hingga pengsan manakala kaki dan tangan diikat dengan wayar pengecas telefon bimbit, katanya dalam kenyataan menurut Harian Metro.

Katanya, siasatan di lokasi kejadian menemui sebatang tukul besi dan wayar pengecas telefon yang dipotong.

Beliau berkata, susulan kejadian itu polis menjalankan siasatan sebelum berjaya mengesan dan menahan dua suspek warga asing berusia 20 serta 36 tahun di Taman Batu Berendam Putra 2.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang bekerja sebagai buruh binaan itu direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 dan 342 Kanun Keseksaan.

Pekedai racun penduduk kampung kerana diejek ‘bujang tua’

KOSMO!

BEIJING – Seorang pemilik kedai di Tianjin, China ditangkap kerana meracun penduduk setempat dengan racun tikus disebabkan dendam selepas diejek masih bujang walaupun pada usia 39 tahun, lapor portal berita VnExpress semalam.

Biro Keselamatan Awam Tianjin Cawangan Jizhou kelmarin mengumumkan bahawa lelaki tempatan dengan nama keluarga Wang itu ditahan kerana didakwa menyuntik racun tikus ke dalam makanan ringan yang dijual di kedainya.

Ia mengakibatkan beberapa kes keracunan makanan.

Pada 11 September lalu, polis menerima laporan daripada seorang penduduk tempatan  yang mengalami pendarahan hidung selepas makan makanan ringan  dibeli di kedai suspek. 

Hasil siasatan, kedua-dua darah mangsa dan makanan ringan didapati mengandungi racun tikus. 

Laporan serupa daripada pengguna lain menyusul tidak lama kemudian, demikian  menurut akhbar Sina News.

Hasil soal siasat, Wang mengaku melakukan jenayah itu dan menjelaskan bahawa dia sering dihina dan diejek oleh penduduk kampung kerana status bujangnya.

Keadaan itu menyebabkan dia tidak berpuas hati dan melakukan perbuatan tersebut untuk membalas dendam, lapor portal berita QQ News. – AGENSI