Wong Choon Mei, Nawawi Mohamad
Apabila BN kehilangan dua pertiga majoriti yang setelah sekian lama dipegangya di Parlimen, ramai menyalahkan Khairy Jamaluddin dan Abdullah Badawi bapa mertuanya, yang pada ketika itu merupakan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, parti yang dominan dalam parti pemerintah.
Tiada seorang pun pemimpin UMNO-BN dan penyokongnya akan mengakui bahawa prestasi mereka hambar dan telah menjadi semakin teruk akibat rasuah, dan perbalahan dalaman. Tidak, ahli-ahli UMNO sudah biasa mejadi ‘raja penyamun’ sudah terpaksa mencari seorang untuk dijadikan kambing hitam. Tiada seorang pun yang bermuhasabah diri dalam mencari jawapan. Ketua UMNO dari cawangan ke bahagian kepada pusat, berteriakan mahu membalas dendam - ia bukan salah mereka dan seseorang akan menjadi mangsa dipersalahkan.
Orang semestinya Badawi, yang telah melakukan sedikit kerja, tidur di mesyuarat manakala menantunya menguruskan pentadbiran dan didakwa telah mampu meraih banyak keuntungan pada masa itu. Tetapi yang pentingnya disini adalah permainan siapa yang patut dipersalahkan – inilah caraUMNO membersihkan dirinya. Ia hanya tahu bagaimana untuk menyapu kotoran ke bawah karpet dan itulah sebabnya ia terus kekal kotor dan semakin parah. Jadi, apabila krisis seterusnya datang, rakyat Malaysia tidak perlu terkejut jika UMNO mengheret si 'kambing hitam' yang lain, tidak kira setinggi mana status orang itu pada masa ini.
‘Budak suruhan’ Deepak jadi berpaling tadah: Apa dah jadi?
Malangnya, selepas Datuk Seri Najib Tun Razak menggantikan Badawi, harapan ahli UMNO untuk memulakan lembaran baru bagaikan jatuh ditimpa tangga. Bukan sahaja Najib dibelenggu skandal, dia juga memikul iaitu isterinya, yang terbukti telah mengeruhkan lagi keadaan.
Pada usia 61, Wanita Pertama Malaysia ini sering menjadi ejekan yang berbisa. Nama jolokan FLOM yang diberi kepadanya dikatakan singkatan untuk Fat Lady of Malaysia (Wanita tergemuk di Malaysia). Ya, Rosmah yang sukakan muzik dan tarian tidak menunjukkan bentuk tubuh yang sepadan dengan minatnya itu. Walaupun dia nampak sedekad lebih muda daripada umur sebenarnya, namanya sudah cukup menggerunkan hati pembantu rumahnya, teman-temannya dan juga suaminya serta rakan sekerja suaminya dalam pentadbiran kerajaan dan juga di arena politik.
Tiada siapa yang berani menganggap Rosmah bodoh walaupun dia gemar menunjuk-nunjuk, berbelanja di gedung-gedung mewah. Dia merupakan autoriti di sebalik takhta Najib dan pembuat keputusan dalam situasi yang sukar atau rumit yang menimpa mereka. Baru-baru ini telah didedahkan oleh bekas budak suruhannya Jaikishan Deepak, seorang peniaga permaidani yang memberitahu bahawa dia telah ‘meminta bantuan’ darinya untuk mendapatkan bantuan selepas akuan berkanun yang kontroversi telah disebarkan yang membabitkan dirinya serta Najib dalam kes pembunuhan seorang warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu .
Dari kawan rapat, Deepak tiba-tiba bertukar menjadi penyangak 'wisel-blower' selepas dikatakan berpatah arang dengannya. Mereka yang rapat dengan Rosmah tahu ini adalah sesuatu yang amat mencurigakan. Walau bagaimanapun, Deepak kini sedang mengambil peluang untuk menjaja cerita-cerita yang kurang enak mengenai Rosmah, yang juga dituduhnya mempengaruhi rakan-rakan yang lain untuk membekukan pinjaman perniagaannya dan juga akaun-akaun monetary yang lain.
Begitu angkuh
Tanpa mengira sama ada Deepak bersandiwara untuk Rosmah atau musuhnya, Perkara pertama yang perlu dilakukannya adalah menjadi isteri yang membantu menaikkan imej suaminya. Perkara itulah yang paling penting dan bukan menyeretnya lagi ke dalam longkang. Dimata mereka yang alim, dia tidak menunjukkan imej solehah manakala bagi mereka yang liberal, dia tidak memainkan peranan yang sepatutnya tetapi telah terlibat dalam perkara-perkara yang tidak sepatutnya sebagai isteri seorang perdana menteri. Ramai pengkritik telah membandingkannya dengan isteri perdana menteri sebelumnya dan sedih sekali, kesimpulan mereka adalah dia tidak mencapai 'standard' itu.
Namun, dia merupakan seorang yang berpendidikan, tinggi dengan ijazah Sarjana dalam Sosiologi dan Pertanian dari Negeri Amerika. Dia juga pernah bekerja sebagai seorang ahli perbankan dan pengurus pembangunan perniagaan sehinggalah dia berkahwin dengan Najib pada tahun 1987. Jadi, apa yang tidak kena pada Rosmah, dan mengapa rakyat Malaysia begitu benci padanya?
Di mata rakyat, dosa pertama Rosmah adalah terlalu banggakan dirinya. Ya, dia telah menjadi begitu angkuh. Mungkin, dikaburi oleh kuasa yang diperolehinya melalui kedudukan suaminya, Rosmah telah menjadi sombong. Dia tidak memahami rakyat dan mereka tidak akan memaafkan dirinya kerana keangkuhannya itu. Ini adalah sebab kenapa apabila sesuatu berlaku, seluruh negara begitu gembira menuduhnya bersalah. Perempuan ini adalah contoh klasik bagi seorang wanita yang dibenci ramai.
Kerana menonjol dia jadi sasaran
Sebenarnya, dia layak menerima herdikan masyarakat yang tidak mempercayainya. Tidak dinafikan ada dia sering menarik perhatian awam dengan isu yang tidak kena. Oleh itu, mereka cenderung untuk mempercayai bahawa bukanlah seorang yang baik seperti yang sering digembar gemburkan. Malah saudara-maranya sendiri dan orang-orang kampungnya juga membuka pekungnya di Youtube bahkan dirinya dikatakan ibarat ahli sihir.
Dia sendiri sering menunjukkan bahawa dirinya seorang yang luhur seperti bergegas terbang ke London untuk memberi semangat kepada wira badminton negara Lee Chong Wei di sukan Olimpik baru-baru ini. Rakyat Malaysia menjadi jengkel pada apa yang mereka anggap sebagai cara untuk menampakkan dirinya ikhlas dengan cuba mengambil hati semua dengan berpura-pura memberi sokongan kepada ahli sukan, kerana itu, rakyat terus menyalahkannya sebagai pembawa malang. Ya, Chong Wei telah tewas pada permainan itu.
Tabiat membeli belahnya yang lagenda termasuk pembelian cincin berlian bernilai US $ 24 juta memalukan Imelda Marcos umpama pembelanja amatur di 'pasar-malam'. Koleksi beg tangan Birkin Rosmah yang terkenal, kontroversi anugerah kedoktoran kehormat yang diperolehinya, pangsapuri mewah di New York ditambah lagi dengan besan popularnya, Maira Nazarbayev, seorang wanita sosialit Kazakh yang dituduh sebagai penipu antarabangsa, hanya manambah kepada reputasinya yang sudah tercalar sebagai FLOM.
Perlu diingatkan bahawa lanjutan daripada itu, Najib juga akan disifatkan 'tidak sesuai sebagai PM' dan ini sedang berlaku. Semakin ramai dalam parti UMNO mahu dia mengundur diri dan khabar angin bertiup kencang mengatakan sesuatu sedang dirancang untuk menjadikan Rosmah sebagai mangsa. Dia tidak mungkin akan terlepas kerana beberapa orang musuh sinisnya sedang mendesak.
Walau bagaimanapun, kisah Rosmah Mansor masih boleh berakhir dengan sesuatu yang berbeza – mungkin juga dia akan menemui kebahagiaan yang tidak disangka-sangka. Sila baca lagi...
Mahukan jawatan presiden tanpa memburukkan UMNO
Mereka yang terdiri dari orang atasan UMNO yang mahu untuk menggantikan Najib dengan orang lain sudah pasti mahu mengetengahkan, kesilapan Najib, masalah dan sebagainya. Tetapi jika mereka mula memburukkan namanya sekarang - PM yang juga Presiden UMNO - rakyat pasti tidak akan mengundi UMNO-BN pada pilihan raya umum yang akan datang, yang mesti diadakan selewat-lewatnya menjelang pertengahan 2013.
Jadi mereka perlu mencari cara lain yang kurang nyata. Mereka mesti menggunakan muslihat. Dan di sinilah masalah mereka akan bermula. Bagi panglima UMNO yang terkenal dengan sikap tidak sabar, tangkas dan kedalaman fikiran.
Sementara itu, Najib telah cuba untuk melindungi dirinya dengan cuba memastikan bahawa UMNO-BN bergantung kepadanya. Sejak memegang jawatan itu pada tahun 2009, dia telah membelanjakan beratus-ratus juta untuk membina imejnya. Malah kini, pakar perancangnya terus cuba untuk menegakkan kenyataan bahawa walaupun UMNO-BN bukanlah jenama yang boleh menang, Najib masih pemimpin yang paling popular tanpa ada pengganti yang sesuai.
Sedih untuknya juga, rakyat Malaysia tidak lagi mempercayai kenyataan itu.
Tiada yang bersimpati dengannya mahupun Najib atau UMNO
Cara di mana Deepak dengan kejam telah menyerang sahabatnya yang pernah berjasa padanya tanpa memberi mempedulikan kedudukan si suami sebagai PM Malaysia, sungguh menakutkan. Ada sesuatu yang sedang berlaku. Khabar angin menyatakan UMNO dipenuhi dengan cakap-cakap termasuk kebarangkalian bahawa Najib mungkin berundur sebelum pilihan raya umum ke-13 bagi membolehkan UMNO-BN bertanding tanpa ditenggelami skandal.
Namun, masalah yang menghantui UMNO-BN lebih rumit daripada Najib dan Rosmah. Respons kepada buku Rosmah yang dilancarkan baru-baru ini bukti bahawa dakwaan skandal yang dibangkitkan terhadap dirinya adalah bukti. Walaupun buku cepat dikeluarkan, ia tidak membuat sebarang impak seperti yang diharapkan. Tiada sedikit pun rasa bersalah di kalangan rakyat Malaysia yang menunjukkan mungkin mereka telah tersalah sangka Rosmah - lambang kebobrokan UMNO. Ketiadaan perasaan bersalah pada Rosmah, Najib dan UMNO satu lagi peluang untuk memerintah negara menampakkan potensi kesudahan yang buruk bagi BN di peti undi.
Pada masa ini, sudah jelas bagi panglima UMNO yng berpecah belah bahawa mereka mesti meneruskan dengan rancangan sandaran mereka. Dengan tenggelamnya kapal lanun UMNO secara perlahan-lahan, sudah pasti, Rosmah akan dicampak ke dalam laut untuk mengurangkan beban. UMNO, malah Najib sendiri, boleh menuding jari mereka pada Rosmah. Dia dan cincin berlian AS $ 24 juta yakni ‘cincin berapi’nya akan menjadi kambing hitam mega seterusnya dalam UMNO selepas Badawi.
Rosmah, HEROIN KITA!
Tetapi Rosmah bukan 'ayam kampung' atau Bimbo (wanita bodoh), sikapnya akan memastikan dia tidak akan menerima kekalahan tanpa sebarang pertarungan ganas. Dan ini adalah berbahaya bagi UMNO dan juga Najib.
Rosmah mengetahui rahsia suaminya lebih baik daripada sesiapa pun dan jika dia pasrah pada permintaan kepimpinan jahat UMNO, termasuk bekas pemimpin Mahathir Mohamad, Rosmah tidak akan memaafkannya. Daripada menjadi orang yang jatuh dalam usaha untuk membebaskan Najib untuk membenarkan Najib terus naik di arena politik tanpa dirinya disisi, Rosmah mungkin lebih rela memusnahkannya!
Ya, Rosmah menyimpan terlalu banyak rahsia dimana broker kuasa UMNO yang kejam seperti Mahathir boleh mengambil kesempatan. Tetapi bukannya pendek akal. Jangan tersilap perhitungan, Rosmah menyimpan rahsia hitam musuhnya dalam diary sendiri 'rahsia kotor' orang UMNO terhadapnya, mungkin dia tahu dua bahkan lebih dari itu tentang mereka!
Dengan bertarung dan memperjudikan segalanya termasuk mendedahkan suaminya sendiri - Rosmah juga mungkin akan menjadi entiti
yang akan memusnahkan UMNO untuk rakyat. Apabila ini berlaku, Rosmah akan melakukan satu pencapaian yang besar kepada rakyat dan Negara. Ini akan menjadi penebusan dosa bagi semua perbuatan yang telah dilakukannya selama ini.
Bagi panglima UMNO yang gila kuasa, Rosmah akan menjadi sumpahan mereka. Kepada suaminya - sedih untuk diakui, keliru dari awal hingga akhir - ia boleh menjadi satu rahmat dan juga satu permulaan baru. Tanpa Rosmah mendesak Najib, dia mungkin lebih gembira bermain golf dan menjalani kehidupan bebas dengan wng berbilion-bilion yang didakwa telah dikumpul mereka bersama.
Bagi rakyat Malaysia, mungkin dia akhirnya diiktiraf sebagai penyelamat mereka - penghormatan dan kekaguman yang sudah lama didambakan olehnya. Akhirnya, tiada lagi Rosmah malang yang jahat atau si boros ‘Bik Mama'. Hanya Rosmah Mansor, HEROIN KITA! Akhirnya!