"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Memaparkan catatan dengan label Menteri perogol. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menteri perogol. Papar semua catatan

Rais Yatim di Fitnah?....atau Sangkal Tuduhan Rogol Amah?

mohdnoorawang
Sebagai respon TV3 DAN SELURUH MEDIA PRO UMNO mengenai "kes liwat DS Anwar Ibrahim" dalam Wikileeaks. Diajukan kembali kepada media pro kerajaan UMNO, pemimpin UMNO dan Perdana Menteri DS Najib Razak pendedahan secara terbuka salah seorang menteri dituduh merogol amah.

Untuk tatapan dan tindakkan kerjaan UMNO/BN jika pertuduhan menteri rogol amah tidak benar sila buat penafian terutama menteri yang berkenaan. Dibawah ini diambil sedutan dari Sabahkini.net bertarikh 30/12/2010:- PKR Sabah Desak Rais Yatim Letak Jawatan. oleh Suriati.....


"PKR Sabah Mendesak Menteri Komunikasi  Multimedia dan Warisan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim Meletak Jawatan Serta Merta dan Mencabar Peguam Negara Tan Sri Gani Patail  menjalankan siasatan.......(SILA BACA SECARA DETAIL DALAM SABAHKINI.NET)  

Sekali lagi kami meninta kerajaan BN/UMNO Perdana Menteri Malaysia Datuk Najib Razak dan menteri bekenaan membuat penafian secara tegas dan berkesan. JIKA pertuduhan itu satu fitnah menteri berkenaan mengambil tindakkan dan membuat penafian secara terbuka dan dipancar terus menerus semua saluran TV dan radio yang ada di bumi Malaysia.

Sebagai rakyat biasa kita tidak mahu pemimpin menteri dan kerajaan serta individu termasuk pembangkang dan pakatan rakyat difitnah dan diadu domba oleh musuh negara.

Siapa "terkencing dalam seluar" baca berita ini?

Tok Pepijat
Bekas Presiden Zionis Moshe Katsav didapati bersalah oleh Mahkamah Agung Zionis atas tuduhan merogol keatas 3 orang pembantu wanitanya. Atas kesalahan itu boleh di hukum maksimum 16 tahun.

Katsav juga dituduh memberi keterangan penuh penipuan oleh Panel Hakim Mahkamah Agung itu.Bekas Presiden Zionis itu yang menjadi menjawat jawatan Presiden Zionis selama 7 tahun (2000-2007).

Katsav didakwa merogol oleh 3 pembantunya ketika masih menjawat jawatan Presiden tahun 2006.

Barangkali ada Menteri Kabinet kita "terkencing dalam seluar" membaca laporan ini.

Dalam celakanya Kerajaan Zionis ianya masih mengamalkan ketelusan. Tiada orang "kebal" dari undang-undang walaupun Presiden!

Berbeza dengan kita. Bunuh dengan C4, Rasuah berbilion-bilion, rogol amah, raba meraba. Semuanya bebas.

Sebab apa? Ada imuniti. Ada kekebalan.

Alangkah berbezanya kita dengan Kerajaan Zionis walaupun kita guna APCO dan 1Malaysia ciptaan Zionis!

Laman web dedah gambar mangsa rogol menteri

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 31 Dis: Kisah tentang menteri yang didakwa merogol pembantu rumahnya tidak boleh disembunyikan lagi apabila sebuah laman web menyiarkan gambar mangsa rogol tersebut semalam.

Laman web itu, Sabahkini.net, juga turut menyiarkan kenyataan seorang pemimpin PKR Sabah agar menteri berkenaan meletakkan jawatan.

Laman itu juga menyiarkan nama menteri berkenaan serta laporan bertulis yang dibuat oleh sebuah NGO yang menjaga kepentingan pekerja Indonesia, Migrant Care yang menyiasat kes ini sejak Julai 2007 lalu.

Blogger Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahiruddin Atan pula membandingkan negara Yahudi Israel pernah memenjarakan menterinya yang didapati bersalah merogol pembantunya.

Namun, tulis Rocky, laporan yang dibuat pada tahun 2007 itu dipercayai diperap sahaja oleh Perdana Menteri ketika itu.

"Tak boleh biar orang tuduh pemimpin kita melakukan jenayah terkutuk tanpa siasatan. Tapi pasal kita dah tak siasat dan kes tu dah terpendam, sekarang ni tampak macam kita telah cuba mengabui mata rakyat," tulis Ahiruddin dalam blognya.

Sebelum ini, Ahirudin pernah disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SCMM) ekoran tindakannya mendedahkan dalam blognya anak seorang menteri mendapat projek dari kementerian yang dijaga oleh menteri berkenaan.

Sementara itu, Ketua Unit Media Baru Pemuda Umno, Tun Faisal mahu menteri yang merogol pembantu rumahnya itu diambil tindakan.

Tun Faisal yang menjawab pertanyaan seorang rakan twitter berkata, "ambik tindakan, apa masalah." apabila ditanya "@tunfaisal mcm mana dgn menteri rogol.apa cer?"

Harakahdaily sebelum ini sudah empat kali menyiarkan cerita ini termasuk tiga pendedahan mengenainya.

Ini kerana, selepas didedahkan oleh WikiLeaks dan laporan oleh Ahiruddin Atan melalui blog Rocky Bru nya, Harakahdaily menebual sendiri Country Coordinator Migrant Care, Alex Ong mengenai penyiasatan Migrant Care.

Alex mengesahkan laporan itu dan mengesahkan Migrant Care telah membuat siasatan terperinci mengenainya pada bulan Julai 2007.

Pada 1 Ogos 2007, Alex bersama dua lagi pemimpin Migrant Care telah menandatangani satu kenyataan media mengenai kes mangsa rogol yang bernama Robengah ini.

Kenyataan ini kemudiannya didedahkan semula oleh NGO Tenaganita pada 27 Disember lepas apabila kes ini timbul semula ekoran pendedahan WikiLeaks.

Raja diminta bersih kabinet dari menteri perogol

Abdul Aziz Mustafa
TASEK GELUGOR, 31 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memohon Raja-Raja Melayu bertindak membersihkan nama negara apabila dua orang pemimpin negara ini dikaitkan dengan kezaliman terhadap rakyat asing.
"Perdana Menteri sampai hari ini tidak pernah dilihat bersih ekoran pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu dan ketika Perdana Menteri dilihat begitu gagal membersihkan namanya, tiba-tiba sejak beberapa hari lalu berulang lagi kehebohan tentang seorang menteri kabinet dituduh merogol warga Indonesia yang menjadi orang gajinya.

"Pelbagai peristiwa selepas pembunuhan Altantuya menyebabkan Perdana Menteri semakin dilihat tidak bersih ekoran pembunuhan wanita Mongolia itu manakala dokumen yang mengaitkan menteri berkenaan dengan perbuatan merogol orang gajinya semakin tersebar.

"Kesemua itu membusukkan nama negara dan menyebabkan negara ini dipandang hina," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ceramahnya di Karnival Jubli Perak PAS Tasek Gelugor.

Sebelum ini, Harakahdaily dan lain-lain media telah menyiarkan laporan WikiLeaks serta temubual dengan pihak-pihak terbabit tentang menteri kebinet yang dipercayai terlibat memperkosa pembantu rumah warga Indonesianya tiga tahun lalu.

Mahfuz yakin Raja-Raja Melayu tidak sanggup membiarkan nama baik negara terus buruk dan warga negara ini dipandang hina akibat perkara tersebut.

"Sokongan Raja-Raja Melayu amat diperlukan untuk membolehkan rakyat menuntut supaya diadakan suruhanjaya siasatan terhadap perkara itu bagi membersihkan nama baik negara ini," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Ketika para pelabur telah pun diingatkan oleh Bank 0f America Merrill Lynch supaya mengurangkan pelaburan ke negara ini, beliau bimbang keadaan ekonomi negara akan bertambah buruk jika Raja-Raja Melayu tidak bertindak tegas dengan segera untuk membersihkan nama baik negara ini.

Sebelum itu, dalam ucapannya di karnival itu, Mahfuz mengecam keras tindakan Umno yang semakin jelas memperalatkan Raja-Raja Melayu bagi memastikan ia terus berkuasa.

Beliau menyeru Raja-Raja Melayu supaya tidak membiarkan diri mereka diperalat dan menjadi "balang oksigen" yang menyambung nafas Umno yang penuh dengan sejarah kerakusan mengkhianati orang-orang Melayu.

Sebelum ini, Mahfuz mengingatkan bahawa pihaknya akan berkempen secara ofensif dan habis-habisan ke seluruh negara untuk mendedahkan pengkhianatan Umno terhadap orang-orang Melayu.

Inikah gambar amah warga Indonesia yang pernah dirogol menteri Malaysia??

Pria Malaya
Selepas rakyat berteka teki siapakah menteri berkenaan yang dikaitkan dengan kes rogol amah warga Indonesia (teka-teki itu telah pun terjawab..klik)..kini rakyat mula tercari-cari siapakah gerangan pembantu rumah warga Indonesia tersebut? bagaimanakah rupa amah yang berjaya 'menarik' perasaan nafsu berahi sang menteri..

Sila lihat gambar di bawah..apakah ini Robengah, mangsa kerakusan menteri 'ketuanan Melayu'??



Gambar ini diperoleh dari Sabahkini.net..mungkin ya, mungkin tidak..

Diam tanda setuju?


Apa yg penting di sini ialah, selagi Najib dan kerajaan Malaysia mengambil langkah membisu, selagi itu rakyat akan terus memperkatakan tentang hal ini..bahkan blogger2 pro-Umno yang mulanya mendedahkan isu ini turut mendesak kerajaan dan menteri terbabit supaya membersihkan nama andai dakwaan ini tidak benar..

Kini, isu ini sudah masuk hampir seminggu..mustahil menteri yang menjaga bahagian penerangan dan komukasi ini tidak mengetahui langsung...penulis yakin 100%, isu yang sedang hangat diperkatakan ini telah sedia dimaklumi oleh beliau...namun sehingga kini beliau tidak berani menampilkan menjawab dan membersihkan diri..



Ingat, isu ini mulanya didedahkan oleh blogger pro-Umno sendiri..jika hendak mengatakan pembangkang sengaja membuat isu, atau fitnah semata2, anda tersilap besar...klik di SINI, di SINI, dan ramai lagi..

Bagi penulis sendiri, penulis tidak menghukum yg tertuduh selagi mana ianya belum diadili ATAU terbukti bersalah..kerana itulah dituntut supaya hal ini segera dijawab..harap rakan2 faham, jgn ditiru cara (sebahagian) penyokong Umno memainkan isu2 seperti ini, siap dgn lakaran gambar dan ayat lucah, seolah2 yg tertuduh telah terbukti bersalah..

Isu besar bakal meletus..

Satu yg terakhir yg penulis ingin perkatakan di sini ialah, jangan tekejut rentetan daripada isu ini, bakal meledak satu persatu isu besar, yang pastinya akan menggegarkan tanah air, yang mana melibatkan pemimpin atasan, bahkan turut mengaitkan dengan hal kedaulatan kedua buah negara...sama-sama kita tunggu dan saksikan...wallahua'lam...

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/

Nampaknya ada VCD baru

Ustaz Saiful Bahri
Selepas isu VCD Datuk Chua Soi Lek bergema ditanah-air, beliau mengambil pendekatan berundur dari arena politik buat sementara dan kini beliau kembali sebagai orang no 1 MCA. Nampaknya skandal seks mungkin satu kebiasaan bagi masyarakat cina. Tak salah dan bukan permasalahan moral.

Seperti iklan produk susu carnation.. ingat bunga, ingat carnation. Sebab itu kalau ingatkan VCD (isu & cerita skandal seks) ni, pasti kita ingat Rahim Tambi Chik (1985). Pernah heboh isu bekas Ketua menteri Melaka ni. Meskipun beliau berundur dari jawatan Ketua Menteri, tapi Ianya tidak menjejaskan maruah dan politik beliau. Hingga kini beliau masih lagi aktif dan memegang jawatan. Ye lah.. anak didik kesayangan Dr Mahathir. Beliau bebas, yang masuk penjara adalah Lim Guan Eng.

Tan Sri Muhammad Taib, bekas Menteri Besar Selangor selaku bekas naib presiden UMNO penuh dengan kisah VCD. Paling sensasi melibatkan kahwin lari pada tahun 1987, bercerai dan bayar wang mut’ah RM16 juta 1993. Akhirnya berundur dan tutup cerita.
Apabila Dr Mahathir menobatkan orang yang dikatakan paling bersih dan suci sebagai Menteri Besar Selangor ke 12 menggantikan Mike Tyson iaitu Datuk Seri Abu Hassan Omar. Malang!, akhirnya timbul isu VCD jugak. Tak bersih mana jugak dan terpaksa berundur dari kerusi MB Selangor pada tahun 2000 atas alasan kesihatan dan keluarga.

Kalau nak sebut cerita, filem dan VCD ni banyak le dalam UMNO. Cuma bagi mereka pandai makan, pandai simpan. Akhirat belakang kira. Tanggung masing-masing. Pandai buat, pandailah tanggung. Itulah sifir mereka. Sehingga ada pemimpin UMNO yang rapat-rapat dan baik-baik memesan… jangan biarkan isteri dan anak perempuan saudara masuk wanita dan puteri UMNO. Habisle nanti.. nak-nak yang dahi licin ciket. Kena kenduri le jawabnya!

Bukan setakat lelaki aje. Wanita pun tumpang semulut. Isu Senator Norhayati Onn Selangor, Naib Ketua Wanita UMNO Selangor dulu… macam nak rak. Tapi habis macam tu aje. Sebab itu dalam UMNO ni, mereka cukup gerun kalau bercakap tentang keadilan kehakiman, hukum Hudud dan sebagainya. Kerana mereka tahu yang ramai akan kena nanti adalah pimpinan UMNO. Jangan bercakap isu moral dalam Umno-BN

Kini bising isu Bapak Menteri di rogol pula?. Sorry! Menteri Merogol Amah. Nanti habis macam tu aje. Sebab… bapak punya kepala bapak menteri pun pelbagai isu VCD ang terdedah dan terlondeh. Tapi buat bodoo je. Banyaknya tugas Ulama Muda UMNO dalam kerja mencuci satu tong tahi. Jangan lupa pakai baju keselamatan dan spek gogle tu.. kang terpercik kena mata kang!

Rogol amah: Najib, Pak Lah diminta jawab

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 30 Dis: Pendedahan WikiLeaks berhubung seorang menteri yang terlibat merogol seorang pembantu rumah Indonesianya terus mengundang perdebatan hangat di dunia maya khusunya di kalangan penulis blog politik.

Sejak tiga siri laporan berhubung isu itu disiarkan Harakahdaily, beberapa bloger dilihat cuba menjadi 'WikiLeaks Malaysia' apabila tampil dengan beberapa perincian lanjut terhadap pendedahan awal itu.

Tersebarnya dokumen salinan bertajuk 'Laporan Investigasi Robengah (BMI) yang mengalami perkosaan oleh majikannya' telah menjadi rujukan utama para bloger dalam mencari nama menteri tersebut.
Dengan klu yang dilemparkan, beberapa nama menteri sebelum ini kini tertumpu hanya kepada satu nama sahaja.

Biarpun dokumen tersebut menghitamkan nama menteri yang didakwa terlibat, namun dengan pelbagai usaha mereka kini mendakwa sudah mendapat jawapan berhubung misteri siapa disebalik status jawatan menteri itu.

"Mantan PM Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kenapa terus zzzzz? Bangun la hari dah senja. Ini kes berat libatkan menteri, maruah negara bangsa dan agama.

"...tak kan nanti sampai orang kata kenapa simpan perogol dalam jamaah menteri Malaysia," ulas bloger Misaimerah dalam blognya.

Keghairahan dan kesungguhan mencari siapa menteri yang dimaksudkan itu terus mendapat perhatian mereka apatah lagi dalam keadaan negara dalam mood perang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang Januari ini.

Semua kelompok bloger ini yakin isu tersebut mampu menjadi senjata ampuh khususnya kepada Pakatan Rakyat bukan sahaja berdepan PRK Tenang, malah juga untuk Pilihan Raya Umum ke-13 yang disebut-sebut akan berlangsung Mac atau April tahun hadapan.

"Dari segi politik, memang dokumen ini amat berguna sebagai senjata oleh Pakatan Rakyat dalam PRK Dun Tenang.
"Sesiapa saja yang dituduh mesti dibawa ke muka pengadilan...apatah lagi yang didakwa ini adalah seorang pemimpin yang mendapat mandat dari rakyat," tulis bloger Anak Sungai Derhaka.

Biarpun kredibiliti WikiLeaks itu dipertikai, namun tindakan Umno BN yang mengajak rakyat mempercayai pendedahan berhubung isu liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah memakan diri apabila rakyat juga 'terpaksa' percaya bahawa benar seorang menteri BN telah merogol amahnya.

Jika sekalipun WikiLeaks tidak boleh dipercayai, namun pendedahan sokongan oleh pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan, NGO Tenaganita, Migrant Care dan bloger Tukar Tiub, sudah cukup untuk rakyat mempercayaai bahawa ianya memang wujud.

Namun yang lebih wajar dipercayai adalah pendedahan sepucuk surat aduan daripada adik mangsa yang menceritakan secara jelas apa yang berlaku yang juga didedahkan dalam laporan Harakahdaily sebelum ini.

Sehingga kini juga, belum ada mana-mana pihak khususnya dari pimpinan Umno BN yang berani mengulas isu tersebut.

Penjelasan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sangat ditunggu-tunggu semua pihak.
"Tunggu dan tunggu, kita tunggu apa yang akan berlaku.

"Siapa akan kena saman?," tulis bloger Tukar Tiub merujuk laporan Harakahdaily yang turut disiar di blognya.

Menteri perogol: Ketua AMK cabar Menteri beri penjelasan (video)

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin mencabar Menteri Kabinet Umno- Barisan Nasional yang terpalit dalam skandal merogol pembantu rumahnya supaya tampil memberi penjelasan sebenar berhubung perkara itu.

Menurut Shamsul, dakwaan rogol itu amat serius selain melibatkan hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia.

Justeru beliau meminta pihak polis serius dan peka dengan perkara ini.

"Saya ingin cabar menteri tersebut beri penjelasan samada beliau terlibat dalam perkara ini ataupun tidak," kata beliau ketika dihubungi TV Selangor.

Tambah Shamsul, kerajaan Umno-BN yang selalu menyatakan Menterinya bersih juga perlu terbuka untuk menyiasat hal sedemikian.

"Oleh itu saya mintak kerajaan ambil perkara ini dengan tegas oleh kerana ini membabitkan reputasi dan maruah seorang menteri.

"Dalam keadaan BN kata ambil menteri yang bersih saya rasa tak ada alasan seseorang menteri tidak diambil tindakan apatah lagi dalam kes yang berat seperti ini," kata beliau.


-tvsnews-

Rogol Amah : Nah!! Nama Menteri itu terpapar dalam laporan ini..

Mungkin ramai yang telah membaca dokumen ini tapi tidak menyedari dalam dokumen yang ketiga biarpun ianya cuba disembunyikan dengan dakwat hitam.. tapi masih boleh dilihat jika image dokumen itu dibesarkan..(dah aku besarkan kat bawah)

 Biarpun credibility WikiLeaks boleh dipertikaikan, jika benar dakwaan rogol ini telah berlaku sedikit sebanyak ianya akan menjejaskan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

Photobucket
namun begitu secara amnya kita tidak boleh mempraktikan undang-undang yang berbeza untuk golongan yang berbeza iaitu satu untuk pemimpin dan satu lagi untuk rakyat.

Siapa saja yang dituduh mesti dibawa kemuka pengadilan bagi menghadapi perbicaraan mengikut lunas undang-undang, apatah lagi kali ini yang didakwa melakukan jenayah itu adalah adalah seorang pemimpin yang telah mendapat mandat dari rakyat..

Dokumen ketiga yang telah dibesarkan.
 Photobucket

Menteri perogol: Senang cari.....Menteri kita tidak ramai.

tokpepijat
Menjelang tahun 2010 melabuh tirai, tiba-tiba negara dikejutkan dengan satu peristiwa yang amat memalukan iaitu satu dakwaan yang dibuat oleh Badan NGO Migrant CareIndonesia terhadap Menteri Senior Malaysia semasa zaman Islam Hadhari ciptaan Pak Lah.

Jika ianya benar dakwaan itu yang sudah diketahui sejak 2007 oleh Jabatan Perdana Menteri, Kedubes Indonesia dan Kedubes Amerika di Jakarta sudah pasti memalukan dan mencemarkan imej Malaysia di kaca mata dunia Islam. Mengapa tidak?

Bukankah ketika itu kempen Islam Hadhari rancak dikempenkan.

Timbul persoalan mengapa Kerajaan Indonesia juga turut "menyapu " kes ini di bawah karpet? Berbeza dengan cara Kedubes Indonesia begitu cepat dan peka dengan kes amah-amah yang disiksa oleh majikan Malaysia. Adakah Kedubes juga turut takut kerana membabitkan Menteri Senior Malaysia?

Kes ini perlu disiasat setelus-telusnya. Pihak Indonesia dan Malaysia perlu bertindak segera. Ini membabitkan imej dan moral. Pendakwaan perlu disegerakan.

Keselamatan untuk si mangsa perlu dimaksimakan. Patutlah si mangsa sangat takut dengan kes ini dibongkarkan kerana baru setahun pengeboman Altahtunya berlaku.

Nampaknya Kabinet Menteri kita penuh "warna-warni".

Siapakah agaknya Menteri Senior kita yang menghiasi "warna-warni" terakhir menjelang 2010 melabuh tirai?

Yang pastinya ianya bukan Samy Vellu dan JJ !  

Cerita rogol perkara serius

Syed Imran
Seorang hamba Allah bertanya saya mengenai cerita kononnya seorang menteri merogol pembantu rumahnya. Pembantu itu dikatakan telah dihantar pulang ke Indonesia setelah dibayar ganjaran sewajarnya.
Jawapan saya ringkas. Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam bilik tidur seseorang atau di mana sekalipun. Kita harus sedar bahawa cerita berkenaan disebar luas dalam alam maya. Ia tidak semestinya betul dan kita sendiri tidak tahu akan kebenarannya melainkan kita sendiri melihatnya.

Rogol bukan perkara kecil. Ia satu kesalahan yang jika disabitkan, akan dikenakan hukuman berat di bawah Kanun Keseksaan.

Jika cerita itu tidak benar, maka sesiapa yang menyebarnya melakukan fitnah. Hukuman fitnah dari sudut Islam adalah sama beratnya seperti hukum berzina.

Oleh itu, berhati-hatilah dalam memperkatakan sesuatu yang seberat rogol kerana jika ianya tidak berlaku, kita sebenarnya menyebar fitnah.

Rogol Amah: 2 Menteri, Ketua Polis Negara Terlibat

setisab
Pendedahan oleh WikiLeaks terhadap insiden perogolan seorang pembantu rumah warga Indonesia oleh seorang menteri dalam kerajaan Barisan Nasional telah menambah cemar nama negara. Nama Malaysia sememangnya telah tercemar teruk lantaran berbagai insiden buruk terutama amalan rasuah, salahlaku para menteri, tinkahlaku dan perangai sundal beberapa isteri menteri serta pembunuhan warga Mongolia yang dipercayai presiden Umno dan isterinya terlibat sama.

Dalam kes yang dipercayai berlaku sekitar awal tahun 2007, lamanweb WikiLeaks telah membuat pendedahan yang silap dengan mengata hanya seorang menteri kabinet Abdullah Badawi yang terlibat. Berdasarkan kepada keadaan semasa, rakyat bolih saja membuat persepsi sekurang-kurangnya tiga jantan jalang yang terlibat. (lihat suspects di sini)

Persepsi ini beralaskan keadaan di mana perdana menteri pada ketika itu tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap menteri berkenaan sekalipun dia dipercayai mengetahui perogolan itu berlaku. Ketua Polis Negara pada masa kejadian rogol itu terjadi adalah Musa Hasan. Sesuatu yang amat memalukan pasukan Polis apabila kejadian seperti itu gagal ditangani dengan jujur oleh PDRM. 

Dalam keadaan dimana Abdullah Badawi yang terkenal dengan perangainya meraba tubuh wanita Cina di Monson Cup dan Musa Hasan yang amat popular dengan perangai membodek pemimpin Umno, tidaklah mustahil sekiranya kerajaan Umno/BN gagal memberi penjelasan dalam isu ini, maka rakyat akan menganggap Abdullah Badawi dan Musa Hasan turut sama dalam kes rogol berkenaan kerna itulah mereka berdua mendiamkan kes tersebut.

Demi ketelusan pentadbiran .. baca seterusnya di sini

Siasat menteri ‘perogol’, desak MP Pakatan

Patrick Lee
PETALING JAYA: Ahli Parlimen (MP) Pakatan Rakyat mendesak agar siasatan dijalankan terhadap dakwaan bahawa seorang menteri telah merogol pembantu rumahnya dari Indonesia.

Kes rogol ini dikhabarkan telah disembunyikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2007.

Menurut penulis blog terkenal Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rocky Bru, dakwaan ini dibuat melalui laman web pendedah WikiLeaks.

“Memandangkan seorang menteri terlibat, kerajaan perlu berterus terang dalam perkara ini. Mereka perlu menjelaskan perkara ini,” kata MP Klang-DAP Charles Santiago.

Tambahnya, meskipun kejadian tersebut berlaku semasa pemerintahan Abdullah, perdana menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bertanggungjawab.

“Pentadbiran Najib perlu bertanggungjawab. Adakah Najib tahu kisah di sebalik kes ini? Ini adalah persoalan yang perlu ditanya,” katanya.

MP Shah Alam – PAS Khalid Samad memberitahu FMT bahawa dia hairan perkara sebegini berlaku semasa pentadbiran Abdullah.

Jika ia benar, ia sangat tragis. Abdullah dilihat sebagai insan yang mempunyai moral tinggi,” kata beliau.

Khalid menambah bahawa dia tidak dapat bayangkan bagaimana seseorang yang dipandang mulia seperti Abdullah boleh membenarkan kes sebegini disembunyikan.

Beliau turut mempersoalkan mengapa menteri yang didakwa perogol telah dibenarkan untuk meneruskan khidmatnya.

“Saya tidak fikir Malaysia kekurangan pemimpin yang baik dan berkebolehan (supaya mereka boleh) tutup kes ini untuk membolehkannya (perogol) kekal sebagai menteri,” kata beliau.

“Ini satu dakwaan serius. Kerajaan tidak sepatutnya hanya mengetepikannya tetapi perlu mendalami perkara ini.”

Berhati-hati dengan Wikileaks

Para MP juga sangat berwaspada terhadap pendedahan sebegini. MP Balik Pulau-PKR Mohd Yusmadi Mohd Yusoff berkata penyiasatan rapi perlu dibuat atas dakwaan dibuat. Sehingga penyiasatan dibuat, sesiapa pun boleh mengatakan apa sahaja mengenai menteri tersebut,” kata beliau.

Yusmadi menambah bahawa penyiasatan memberikan peluang kepada mangsa rogol tampil ke hadapan dengan bukti.

Santiago pula menyatakan dakwaan dalam laporan tersebut juga perlu diperhalusi. “Pendedahan ialah pendedahan. Anda tidak tahu samada ia benar atau tidak,” tambah beliau.

“Anda perlu berhati-hati dengan WikiLeaks. Ia (laporan WikiLeaks) memberi kesan buruk,” kata beliau sambil menambah laporan tersebut mungkin hanya perbincangan di antara Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia dan kerajaan Malaysia.”

Mantan presiden Transparency International – Malaysia Ramon Navaratnam bersetuju dengan Santiago.

“Kesahihan laporan ini dipersoal kecuali jika kita mempunyai dokumen untuk merujuk dan mengesahkan bahawa laporan tersebut bukan tiruan,” kata beliau.

“Jika ia disahkan benarkan dan bukti sangat tepat, maka mereka yang bersalah perlu bertanggungjawab. Ini perlu demi integriti ketelusan dan ciri pemerintahan kerajaan yang baik,” tambah Navaratnam.
-freemalaysiatoday-

Menteri perogol: Waduh Pak Menteri malu tertangkap oleh isteri sendiri

Harakahdaily
 
































KUALA LUMPUR, 28 Dis: Kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa.
Surat tanpa tarikh (gambar) yang ditaip dengan mesin taip biasa itu mendakwa kakaknya yang bernama Robengah telah diperkosa oleh seorang menteri kerajaan Malaysia beberapa kali.

"Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali. Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah. Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07," cerita adik mangsa kepada badan yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia yang bekerja di luar negeri itu.

Melalui surat inilah, Migrant Care telah menyiasat laporan ini dengan menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.

Migrant Care adalah Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat (Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers' Convention) yang beralamat di Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.

Banyak kes yang berjaya diselesaikan oleh mereka dalam menjaga kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia. NGO ini juga membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari saudara mara mereka di Indonesia sebagaimana yang berlaku kepada keluarga Azreen Che Ishak, gadis dari kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa ke Lombok, Indonesia.

Perjalanan ke Banjarnegara pada 24 Julai 2007 merupakan satu perjalanan yang panjang bagi para sukarelawan ini. Ia bermula sehari sebelum itu lagi apabila mereka bertolak dari Jakarta ke Jawa Tengah pada 23 Julai. Namun, demi tugas, mereka ke sana untuk mengesahkan laporan yang mereka terima itu.

Perjalanan ke Banjarnegara

Ketika dalam perjalanan, mereka terngiang-ngiang kata-kata rayuan adik mangsa rogol ini yang meminta kasihan belas agar kehormatan wanita Indonesia ini dibersihkan.

"Tolong kami Pak. Bersihkan kehormatan wanita Indonesia yang mencari rezeki buat anak-anak yang sekolah. Apakah memperkosa pembantu rumah pekerja asing yang tak bisa baca dan tak bisa tulis, adalah satu budaya orang kenamaan di Malaysia," rayu adik mangsa dalam surat aduan itu.

Melalui alamat yang diberikan adik mangsa itu, mereka berjaya menemui Robengah yang sedang sibuk mempersiapkan makanan untuk pekerja yang sedang mempersiapkan rumah baru mereka.

Mereka ke sana untuk mendapatkan cerita sebenar dari mangsa sendiri. Ini kerana, surat aduan itu penuh keyakinan kakaknya akan ceritakan segala-galanya.

"Kakak saya akan ceritakan segala-galanya. Saya sertakan foto majikannya bersama kakak saya yang berdiri disebelahnya (bertudung biru) bersama pembantu rumah yang lain dan Datin isterinya," cerita surat aduan itu lagi.

Namun mereka bertiga juga teringat pesan adik mangsa itu. Ini kerana, beliau bimbang kes yang berlaku kepada wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu berulang kepada kakaknya.

"Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya kerana Pak Menteri itu punya banyak wang dan kenalan di Indonesia. Khuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan seperti kasus Altantuya di Malaysia," tulis adik mangsa itu lagi.

Mereka bertiga sampai di rumah Robengah kira-kira jam 11 pagi. Namun, suasana yang ada tidak membolehkan isu pemerkosaan ini ditanya terus kepadanya sehingga jam lewat petang. Ini kerana suami serta dua anaknya sentiasa berada di sisinya.

Mereka hanya berjaya mendapat sejarah kerja Robengah di rumah majikannya di Kuala Lumpur selama lapan tahun itu. Dalam pada itu, mereka juga sempat bergambar bersama.

Pengakuan Robengah

Namun, selepas pulang ke rumah salah seorang dari mereka iaitu kira-kira jam 8.30 malam, mereka menelefon Robengah melalui anaknya.

Dalam perbualan telefon itulah, Robengah mengaku diperkosa majikannya. Tetapi beliau meminta sangat-sangat isu pemerkosaan itu tidak diperbesarkan kerana dia malu dan takut.

Maklumlah, dia hanya orang kecil sedangkan Pak Menteri itu orang besar dan berpengaruh.

Suami Robengah juga menelefon mereka semua supaya isu ini tidak diperbesarkan dan menganggap ini adalah satu cobaan untuk keluarganya.

Pada 26 Julai sekali lagi para sukarelawan ini menelefon Robengah melalui ibu pejabat mereka di Jakarta.

Robengah kali ini juga meminta agar ia tidak diperbesarkan namun dia mengesahkan telah diperkosa menjelang pulang ke kampung halamannya.

Menurut adiknya, kali terakhir Robengah diperkosa pada 19 Februari 2007 dan kejadian ini telah terbongkar apabila dilihat sendiri oleh isteri menteri ini.

Robengah kemudiannya telah dihantar pulang oleh isteri menteri itu pada keesokan harinya iaitu pada 20 Februari 2007.

Kenyataan media

Selepas membuat penyiasatan dan menemubual mangsa inilah, Migrant Care telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 1 Ogos 2007. Ia telah ditandatangani oleh tiga orang iaitu Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director).

Kenyataan ini telah disiarkan kembali oleh Tenaganita, sebuah NGO hak asasi pekerja pada 26 Disember baru-baru ini selepas dokumen siasatan kes ini didedahkan oleh WikiLeaks.

Dokumen siasatan kes pemerkosaan ini dikatakan telah sampai ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, kedutaan Amerika di Jakarta dan pejabat Perdana Menteri ketika Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menterinya.

Berdasarkan dokumen dari kedutaan Amerika inilah WikiLeaks mendedahkan kembali kes ini kerana dokumen yang didedahkan oleh WikiLeaks semuanya daripada dokumen yang bocor dari Amerika.

Pendedahan ini kemudiannya diangkat oleh blogger Rocky Bru (Ahirudin Atan), pemimpin akhbar The Malay Mail, dalam blognya baru-baru ini.

Bermula dari situlah Harakahdaily menyiasat kes ini dan mendapat cerita ini. Menurut maklumat awalnya, menteri ini sudah bersara tetapi selepas disiasat rupanya menteri ini masih kekal dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak sekarang.

Siapakah menteri rogol amahnya?

Zulkifli Sulong
KUALA LUMPUR, 27 Dis: Soalan siapakah menteri yang terlibat merogol seorang pembantu rumah Indonesianya kini menjadi persoalan paling hangat diperkatakan ekoran pendedahan kembali isu ini oleh WikiLeaks.

Laporan awal Harakahdaily mengenai hal ini telah menjadi berita paling hangat dan paling ramai dibaca oleh pelayar Harakahdaily.

Dalam laporan itu, Harakahdaily melaporkan kembali tulisan pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan dalam blognya mengenai peristiwa seorang menteri merogol pembantu rumahnya pada tahun 2007 lalu.

Namun menteri berkenaan selamat walaupun laporan mengenainya sampai ke Kedutaan Indonesia, Kedutaan Amerika bahkan juga ke pejabat Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Badawi.

Semalam, NGO Tenaganita menyiarkan kembali satu kenyataan akhbar yang pernah dibuat oleh Migrant Care, sebuah badan kebajikan pekerja Indonesia yang mengesahkan kejadian yang berlaku pada tahun 2007 itu.

Kenyataan yang ditandatangani oleh Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director) dibuat pada 1 Ogos 2007.

Dalam kenyataan akhbar itu, Migrant Care berkata, pembantu rumah Indionesia itu bernama Robengah dan ketika itu dia berada di bawah penyeliaan Migrant Care.

Dalam kenyataan itu juga, Migrant Care menamakan RELA sebagai salah satu badan yang sangat dimarahi oleh warga Indonesia walaupun Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik.

Satu blog popular, Tukartiup juga kini memainkan sentimen siapakah perogol bertaraf menteri itu?

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan, menteri berkenaan telah bersara namun menurut maklumat terbaru, dia masih berada dalam kebinet kerajaan Malaysia sekarang.

Sementara itu, Country Director Migrant Care, Alex Ong (gambar) ketika dihubungi Harakahdaily hari ini mengesahkan kejadian itu.

"Beliau dirogol pada 19 Februari 2007 di Kuala Lumpur. Kemudiannya dihantar balik ke Indonesia pada 20 Februari 2007," kata Alex kepada Harakahdaily.

Selepas mendapat maklumat dari orang ramai, kata Alex, Migrant Care telah menjejak mangsa ini ke kampungnya yang terletak di Banjar Negara, Jawa Tengah.
"Dua kakitangan kami telah menemui dan mewawancara beliau pada 23 Julai 2007 di Banjar Negara," kata Alex lagi. Migrant Care kemudiannya telah mengeluarkan kenyataan media pada 1 Ogos 2007.

Ketika ditanya, apa berlaku selepas itu, Alex memberitahu, tindakan susulan tidak boleh diambil kerana wanita berkenaan tidak mahu diganggu kerana tidak mahu malu dan juga akibat dari ketakutan.

"Dia telah diminta bersumpah untuk tidak memecahkan rahsia itu jika tidak akan disumpah tiga keturunan," cerita Alex kepada Harakahdaily.

Menteri yang rogol amah rupanya masih menjadi menteri dalam kabinet Najib!?

Pria Malaya

Allah bayar cash...Umno yang mengagung2kan Wikileaks akhirnya terpaksa menelan pahit apabila sumber itu turut mendedahkan perihal seorang menteri di bawah kerajaan Umno/BN telah merogol seorang amah warga Indonesia 3 tahun yang lalu..(boleh baca di SINI)..

Apa yg mengejutkan kini, menteri yang dikatakan telah 'diberhentikan' itu rupanya masih kekal di dalam senarai barisan kabinet Najib...persoalan kini, siapakah menteri terbabit??..nama menteri yg disebut2 itu dlm pengetahuan penulis, namun penulis tidak mahu berkongsi di sini..

Penulis ada mengulas isu ini sebelum ini, boleh rujuk di SINI...dan berikut adalah artikel dari blog pro-Umno, theflyingkick...fikir2kan..
RUPA-RUPANYA SI PEROGOL AMAH INI MASIH LAGI BERJAWATAN MENTERI

Rupa-rupanya cerita tentang 'bekas menteri' rogol amah masih tidak berakhir. Malah beberapa sumber, termasuklah daripada beberapa orang pemberita tabloid yang telah ke Jawa Tengah hampir dua tahun lalu untuk menemuramah mangsa rogol itu, turut muncul dengan cerita yang tersendiri.

Dan sumber-sumber berkenaan serta cerita yang dirakamkan dalam bentuk video itu mengisahkan tentang seorang 'bekas menteri' yang telah memperkosa mangsa yang telah lapan tahun bekerja dengan keluarganya.


Yang paling mengejutkan sudah tentulah 'bekas menteri' tersebut sebenarnya BELUM LAGI bekas, sebaliknya masih lagi menjadi menteri dalam kabinet Najib Abdul Razak!!!!

Di sebalik seronok dengan cerita ADUN Selising, rupa-rupanya cerita 'bekas menteri yang belum lagi jadi bekas' ini rupa-rupanya tidak jauh nilai dan tarafnya. Bezanya yang seorang dituduh berzina, manakala yang seorang lagi dituduh merogol. Seorang dituduh oleh orang yang mengaku menjadi saksi dan menangkapnya, manakala yang seorang lagi oleh mangsa sendiri.... - theflyingkick.blogspot.com

Menteri rogol amah tetapi selamat - WikiLeaks

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 23 Dis: WikiLeaks bukan sahaja menyusahkan ahli politik yang masih aktif bahkan juga bakal menyusahkan mereka yang dikira telah bersara dari politik.

Pemimpin sebuah akhbar pro Umno, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan (gambar), menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengetahui salah seorang menterinya telah merogol seorang amah warga Indonesianya.

Namun, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas menteri berkenaan.

Menteri berkenaan bagaimanapun selepas itu digugurkan sebagai menteri apabila perubahan kabinet dibuat.

Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol oleh menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu tetapi ia tidak dapat disahkan sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang bocor ini.

Peristiwa itu berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Pada Julai 2007, mangsa yang ditemuramah di kampungnya dekat Jawa Tengah, Indonesia telah membuat pengakuan itu.
Laporan itu kemudiannya telah dihantar kepada kedutaan Amerika, Indonesia dan juga kepada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Amah yang mempunyai dua anak dan suami itu telah bekerja di rumah menteri berkenaan lapan tahun ketika peristiwa itu berlaku.

Menurut laporan dari sebuah NGO itu, suami amah itu tahu peristiwa ini namun tidak diketahui oleh anak-anaknya.

Namun oleh kerana malu dan takut, usaha untuk mendakwa menteri berkenaan tidak berjaya.