"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno ‘tempah maut’ buat PRU15 tanpa persediaan rapi - Ku Li

FMT Reporters

PETALING JAYA: Ketetapan Majlis Kerja Tertinggi Umno yang mahu pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan pada tahun ini diibaratkan seperti “menempah maut” jika jentera parti itu tiada persediaan rapi, kata Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Lebih dikenali dengan panggilan Ku Li, veteran Umno itu, berkata Umno sebagai parti harapan orang Melayu tidak boleh hilang pengaruh dan kedudukannya sekiranya kalah pada PRU kali ini.

“Baguslah nak adakan PRU, tetapi kalau kita tak bersedia… kita seolah-olah nak cari maut.

“Jadi, kita tak mahu menghadapi pilihan raya dan kalah… jika kalah kali ini, teruk kita,” katanya menurut Astro Awani.

Beliau turut menegur cadangan mengadakan pilihan raya pada tahun ini memandangkan musim tengkujuh yang bakal melanda pada hujung tahun.

“Keputusan nak adakan PRU15 seumpama ini… saya rasa kita kena bertindak dengan logik dan dengan asas yang kuat, tak boleh kita ikut nafsu semata-mata.

“Kita sendiri nak lari… nak selamatkan diri (daripada banjir) macam mana nak adakan pilihan raya. Kita pun minta rakyat selamatkan diri, jadi masa mana mereka nak berfikir soal undi kalau mereka terpaksa cari tempat tinggi, tempat selamat dan sebagainya,” katanya.

Semalam, mesyuarat MKT Umno membuat ketetapan supaya PRU15 diadakan pada tahun ini.

'Jika PM gagal bubar parlimen, dia akan digantung keahlian Umno seperti saya'

Malaysiakini 

Ketua Umno Alor Setar, Mohd Yusof Ismail berkata dia belum menerima sebarang makluman rasmi berhubung penggantungan keahlinya daripada parti itu.

Namun, Mohd Yusof percaya tindakan terhadap dirinya itu merupakan isyarat kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob jika gagal membubarkan parlimen dalam masa terdekat.

"Saya percaya ini juga adalah isyarat kepada perdana menteri, jika Dewan Rakyat tidak dibubarkan segera, maka dia juga akan digantung seperti saya.

"Saya agak kesal kerana hukuman ke atasnya dilihat lebih berat berbanding hukuman ke atas bekas ahli MKT Umno, Lokman Noor Adam yang lebih banyak memburukkan perdana menteri," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Jelasnya dia ada mengkritik presiden, tetapi hanya dalam kumpulan WhatsApp ketua bahagian Umno.

Semalam, MKT Umno dilaporkan membuat keputusan menggantung keahlian Mohd Yusof dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman.

Kedua-dua mereka digantung keahlian selama enam tahun ataupun dua penggal.

Sementara itu, Mohd Yusof berkata dia hanya mengetahui perkara itu melalui rakan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno selepas mesyuarat malam tadi.

‘Kritikan tertutup pada Zahid’

"Sehingga kini tiada makluman rasmi mengenainya dibuat ibu pejabat Umno kepada saya dan belum memikirkan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.

"Saya percaya keputusan penggantungan yang diumumkan pada mesyuarat MKT Umno itu adalah kesan tindakan saya yang kerap mengkritik Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi namun dilakukan secara tertutup.

"Setakat ini, saya belum dimaklumkan secara rasmi mengenai hukuman penggantungan enam tahun ini. Hanya dimaklumkan beberapa rakan MKT melalui panggilan telefon malam tadi," katanya lagi.

Parlimen bubar 12 October?

Shahbudin Husin

Mesyuarat MT UMNO malam tadi membuat ketetapan bahawa PRU15 mesti diadakan pada tahun ini juga, meskipun berdepan kemungkinan berlaku musim tengkujuh dan banjir di beberapa negeri.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan mengadap Yang Dipertuan Agong untuk mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Keputusan mesyuarat ini adalah berasaskan pendirian konsisten UMNO sejak dari awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat pandemik Covid19 setelah runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan kerana persengketan dalaman politik sesama mereka,” kata Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan dalam sidang medianya malam tadi.

Berikutan dengannya, berlegar di dalam UMNO bahawa 12 Oktober ini adalah tarikh yang dijangka Parlimen akan dibubarkan.

Isnin 3 Oktober, akan bermula sidang Parlimen dan 7 Oktober iaitu Jumaat adalah tarikh pembentangan Belanjawan 2023.

Sebagaimana diakui sendiri oleh Ismail Sabri sebelum ini dan jika tiada rintangan yang menghalang, Perdana Menteri selaku “poster boy” BN akan membentangkan belanjawan kali ini.

Adalah dipercayai Ismail Sabri akan mengadap Yang Dipertuan Agong untuk mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen pada Isnin, 10 Oktober sebelum baginda dilaporkan berangkat ke luar negara.

Isnin 10 Oktober ialah cuti umum sempena Maulidur Rasul iaitu kelahiran Nabi Muhamad SAW.

Sekiranya pembubaran Parlimen itu diperkenankan oleh Agong, Ismail Sabri akan memaklumkan perkara tersebut kepada mesyuarat kabinet pada Rabu, 12 Oktober.

Ia kemudian akan disusuli dengan pengumuman atau sidang akhbar oleh Perdana Menteri pada tengahari Rabu 12 Oktober itu untuk mengumumkan Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan PRU15 diadakan.

Difaham selepas mesyuarat kabinet 12 Oktober itu juga akan berlangsung sesi bergambar sebagai detik terakhir mesyuarat kabinet kerajaan Keluarga Malaysia diadakan.

Ini bermakna, perbahasan Belanjawan 2023 ini hanya akan berlaku selama dua hari iaitu pada 11 dan dan 12 Oktober sebelum Parlimen diumumkan dibubarkan pada tengahari atau petang 12 Oktober itu.

Proses seterusnya terserah kepada SPR menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian, tetapi ramai menjangkakan hari mengundi akan ditetapkan sama ada 12 atau 19 November.

Adakah ketika kempen dan pengundian nanti, banjir belum berlaku atau ia sedang melanda? – ShahbudinHusin 01/10/2022.

PAS arah jentera parti sedia hadapi PRU15

Malaysiakini

PAS mengarahkan seluruh Jentera Pilihan Raya Parti di semua peringkat bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi, kata Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan.

"Sehubungan dengan itu juga semua pemimpin dan Ahli PAS dikehendaki menjaga serta mematuhi tanzim dan disiplin Parti dengan menerima segala ketetapan dan keputusan yang dibuat terutama oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atas dasar wala’ dan taat yang tidak berbelah bahagi.

"Sebarang kenyataan media tidak boleh dibuat melainkan dengan kebenaran Presiden PAS (Abdul hadi Aswang) bagi mengelakkan timbulnya suasana yang boleh merugikan perancangan dan perjuangan parti khususnya dalam menghadapi PRU15," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Semalam, MKT Umno memutuskan "pembubaran parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan pada tahun ini juga.

"Berdasarkan keputusan (Umno) ini, Perdana Menteri (Ismail Sabri Yaakob) akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan," umum Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.

Bagaimanapun, DAP hari ini membidas kenyataan MKT Umno itu, mendakwa ia membelakangkan kuasa budi bicara Yang Di-Pertuan Agong dalam soal pembubaran parlimen.

"Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara bahawa kenyataan terbuka berkenaan pembubaran parlimen dikeluarkan sebelum pun perdana menteri menghadap untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Bukankah ini satu tindakan derhaka terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong," soal Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Zaharin Mohd Yasin gembira setelah dipecat dari Umno

Zaharin jawab selepas dipecat, tiada kesan apa sebab Umno akan berkubur lepas PRU15

NASUHA RAHMAN

Selepas dipecat sebagai ahli parti, Ketua Cawangan Umno Projek Perumahan Awam (PPA) Sri Labuan, Zaharin Mohd Yasin berkata Umno akan berkubur selepas PRU15 nanti.l

Pemecatan beliau katanya tidak akan memberi kesan kepadanya sebaliknya ia sebagai platform untuknya terus berjuang menyedarkan rakyat.

“PRU15 ini akan terus membenamkan dan menguburkan umno untuk selama-lamanya kerana rakyat tidak akan menerima pemimpin yang rasuah berjuta-juta ringgit untuk kepentingan diri dan ahli keluarganya

“Pada saya ini membolehkan saya menyedarkan rakyat,” katanya menerusi siaran langsung di Facebooknya malam tadi.

Zaharin yang dipecat dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno kerana didakwa lantang menentang pemimpin partinya sendiri.

“Saya terima pemecatan ini dengan hati terbuka. Pemecatan ini sebenarnya umpama pucuk dicita ulam mendatang,”

Zaharin turut menjelaskan, beberapa pemimpin dan rakan dalam PKR memaklumkan pada Anwar Ibrahim untuk mencadangkan namanya bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak.

“Jika Anwar tidak bertanding, mereka memberitahu orang yang boleh menggantikannya di Bandar Tun Razak ialah saya.

“Saya tidak berminat tetapi jika ada desakan daripada pimpinan pembangkang, saya cuba pertimbangkan.

“Jika saya bertanding atas tiket PH (Pakatan Harapan), melalui PKR, saya boleh menang kerana saya mempunyai ramai pengikut di Bandar Tun Razak,” katanya.

Saya bebas ‘serang’ pemimpin Umno rasuah, kata Zaharin selepas dipecat parti

FMT Reporters

Zaharin Mohd Yasin dipecat sebagai ahli Umno kerana melanggar etika ahli di bawah Fasal 20.9 perlembagaan parti. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ketua Cawangan Umno Projek Perumahan Awam (PPA) Sri Labuan, Zaharin Mohd Yasin yang dipecat sebagai ahli parti malam ini berkata, beliau telah “bebas” untuk berjuang menumbang bekas pemimpinnya yang rasuah.

Zaharin yang dipecat dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno kerana didakwa lantang menentang pemimpin partinya sendiri.

MKT Umno juga menggantung Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman dan Ketua Umno Alor Setar Mohd Yusof Ismail selama dua penggal (enam tahun).

“Saya tak sedih pun bila kena pecat, saya sudah berjuang. Buat sementara waktu, saya tak menyertai mana-mana parti.

“Saya terima pemecatan ini dengan hati terbuka. Pemecatan ini sebenarnya umpama pucuk dicita ulam mendatang,” katanya menerusi siaran langsung di Facebooknya malam ini.

Zaharin turut menjelaskan, beberapa pemimpin dan rakan dalam PKR memaklumkan pada Anwar Ibrahim untuk mencadangkan namanya bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak.

“Jika Anwar tidak bertanding, mereka memberitahu orang yang boleh menggantikannya di Bandar Tun Razak ialah saya.

“Saya tidak berminat tetapi jika ada desakan daripada pimpinan pembangkang, saya cuba pertimbangkan.

“Jika saya bertanding atas tiket PH (Pakatan Harapan), melalui PKR, saya boleh menang kerana saya mempunyai ramai pengikut di Bandar Tun Razak,” katanya.

Ahmad Maslan: Ismail akan cadangkan pembubaran Parlimen tahun ini

Anne Muhammad dan Danial Azhar

KUALA LUMPUR: Umno mencapai konsensus supaya pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan pada tahun ini, kata Setiausaha agungnya Ahmad Maslan.

Ahmad berkata, Perdana Menteri Ismail Sabri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selaras Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, ketetapan itu dibuat padai Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sebentar tadi.

“Keputusan mesyuarat MKT malam ini adalah berasaskan pendirian konsisten Umno sejak dari awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat pandemik Covid-19 setelah runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana persengketan dalaman politik sesama mereka.

“Sehubungan itu, semua jentera parti di setiap peringkat adalah diarahkan untuk memuktamadkan segala persiapan yang telah dibuat sebelum ini bagi memasuki fasa pembubaran sehinggalah kepada tarikh PRU15,” katanya pada sidang media di Menara Dato’ Onn.

Ahmad berkata, Umno percaya hanya dengan mengembalikan hak rakyat bagi membolehkan mandat sebenar diperolehi.

“Maka sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk bagi memulihkan negara khususnya dalam aspek ekonomi yang berkait rapat dengan soal kesejahteraan hidup mereka, di samping beberapa usaha pembaharuan institusi ke arah mewujudkan tadbir urus yang lebih baik buat negara,” katanya.

Sementara itu katanya, Umno juga membuat ketetapan untuk memecat blogger Zaharin Mohd Yasin daripada menjadi ahli berkuat kuasa serta merta.

Keputusan itu dibuat mengikut Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 kerana melanggar Etika Ahli Umno di bawah Fasal 20.9 perlembagaan parti itu.

Zaharin sebelum ini mendakwa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai perompak, pencuri dan penyangak sama seperti Najib Razak, ia berhubung sumbangan yang diterima parti itu.

Umno juga menerima perletakan jawatan Pengerusi Lembaga Disiplin parti itu Zulhasnan Rafique dan merakamkan ucapan terima kasih atas khidmat yang telah beliau berikan.

“Sebagai penggantinya, mesyuarat bersetuju untuk melantik Mohd Hafarizam Harun sebagai pengerusi Lembaga Disiplin Umno yang baharu,” katanya.

Kes Ebit Lew: Firdaus Wong terima gambar, tangkap layar berunsur lucah

Yun Mikail

am@metro.com.my

Tenom: Pendakwah, Firdaus Wong memberitahu Mahkamah Majistret di sini, hari ini bahawa dirinya ada menerima gambar serta tangkap layar video berunsur lucah yang dikaitkan dengan seorang pengadu wanita (identiti tidak boleh didedahkan).

Firdaus Wong atau nama sebenarnya Firdaus Wong Wai Hung, 39, berkata, semua gambar dan tangkap layar berkenaan diberikan kepadanya menerusi aplikasi Whatsapp oleh saksi pendakwaan pertama, Mohd Fairuz Abu atau Akhi Fairuz Al-Jengkawi.

Menurutnya, Mohd Fairuz berkongsi semua gambar serta berapa tangkap layar mesej lucah diterima daripada pengadu kepadanya.

Ataranya adalah satu gambar kemaluan lelaki dan tangkap layar mesej lucah.

"Saya kemudiannya memuat turun gambar serta tangkap layar berkenaan selepas diberikan Akhi dan secara automatik semuanya berada di dalam telefon bimbit milik saya," katanya ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew di Mahkamah Majistret Tenom, hari ini.

Firdaus yang juga pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslim (MRM) berkata demikian ketika menjawab soalan yang diutarakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria.

Dalam pada itu, Zahida turut mengemukakan soalan mengenai peranan Firdaus dalam penulisan hantaran dimuatnaik

laman sosial Facebook dimuatnaik atas akaun Akhi Fairuz Al-Jengkawi pada 21 Julai 2021 yang mencadangkan wanita lain menjadi mangsa supaya menghubungi dirinya (Akhi Fairuz) bagi kaunseling serta bantuan membuat laporan.

Firdaus memberitahu mahkamah bahawa hantaran berkenaan dimuatnaik Akhi selepas berbincang dengannya dan mendapati terdapat wanita lain yang mengadu kepada mereka tentang gangguan seksual yang dilakukan oleh Ebit Lew.

"Oleh itu, kami menawarkan sekiranya ada wanita lain di luar sana yang menjadi mangsa gangguan seksual untuk tampil ke hadapan tanpa perlu risau," katanya.

Sementara itu, Majistret Nur Asyraf Zolhani menangguhkan prosiding hari ini dan perbicaraan bersambung semula pada 20 sehingga 22 Disember depan.

Pada 18 Februari lalu, Ebit didakwa atas 11 pertuduhan membabitkan hantaran gambar serta perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi Whatsapp.

Semua kesalahan itu didakwa berlaku ke atas seorang wanita Melayu di daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021.

Wanita mangsa culik ditemui mati dalam gaung

BERNAMA

Seremban: Mayat wanita dipercayai menjadi mangsa culik pada Ahad ditemukan dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, Selangor pada 27 September lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, mangsa berusia 27 tahun yang disyaki dibunuh itu ditemukan orang awam kira-kira 3.30 petang.

"Pemeriksaan lanjut ke atas mayat berkenaan mendapati mangsa merupakan kes culik sedang disiasat berdasarkan kad pengenalan dan dokumen yang ditemukan bersamanya serta pengecaman ahli keluarga," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, terdahulu, pihaknya menerima laporan daripada sepupu mangsa sehari selepas wanita itu dilarikan di kawasan rumahnya di Broga, Lenggeng di sini selain mendakwa turut menerima WhatsApp meminta sejumlah wang tebusan.

Beliau berkata, susulan penemuan mayat wanita itu, seorang lelaki yang juga pekerja swasta berusia lingkungan 20-an ditahan di Ampang, Selangor pada Selasa lalu bagi membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dan lelaki itu dipercayai pasangan kekasih yang berkenalan melalui laman sosial sejak awal tahun ini dan motif pembunuhan disyaki ada kaitan dengan hutang.

Ahmad Dzaffir berkata, lelaki yang negatif dadah hasil ujian saringan air kencing itu ditahan reman selama 15 hari bermula 28 September lalu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12 Akta Penculikan 1961.

Bapa didakwa rogol, seks luar tabii, cabul anak dalam lori

Bernama

KUALA LUMPUR: Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol, melakukan persetubuhan luar tabii dan mencabul anak perempuannya, dua minggu lalu.

Pemandu lori berusia 55 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamed Khalid.

Tertuduh didakwa merogol anak kandungnya berusia 23 tahun 10 bulan di tempat duduk belakang sebuah lori di Jalan Sungai Besi, antara 2.30 petang hingga 3.30 petang pada 18 Sept.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan kedua dan ketiga pula, dia didakwa melakukan persetubuhan aturan tabii serta mencabul kehormatan mangsa pada tempat, masa dan tarikh sama.

Bagi kesalahan persetubuhan aturan tabii, dia dituduh mengikut Seksyen 377C KK yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, manakala untuk kesalahan mencabul, pendakwaan mengikut Seksyen 354 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika disabitkan bersalah.

Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub tidak menawarkan jaminan atas alasan mangsa dikatakan tinggal bersama isteri kedua tertuduh (bukan ibu mangsa), namun jika jaminan diberikan ada risiko tertuduh akan mendekati anaknya kerana mereka tinggal di Kuala Lumpur.

“Dalam pertuduhan hari ini, ada kesalahan merogol anak kandung dan untuk keselamatan mangsa, jaminan tidak ditawarkan,” katanya.

Peguam Mona Anak Leonard Lubon yang mewakili tertuduh memohon jaminan diberikan kepada anak guamnya kerana tertuduh tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri, selain memberi kerjasama dengan pihak polis sejak ditahan Sabtu lalu.

“Anak guam saya berjanji tidak akan mengganggu anak kandungnya itu dan dia juga setuju jika ada syarat lain dikenakan seperti melaporkan diri di balai polis setiap bulan,” kata peguam.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 21 Okt ini untuk sebutan kes.

Ku Li: ‘Tanding solo? Nak masuk kedai kopi pun kita takut diejek orang’

FMT Reporters

PETALING JAYA: Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata Umno tidak lagi kuat seperti dulu sehingga “orang-orang kita nak masuk kedai kopi pun takut” diejek orang.

Justeru, katanya BN yang diterajui Umno wajar mengkaji semula pendirian bertanding “solo” pada PRU15.

“Kita pun berdepan dengan banyak isu Umno sendiri. Para pemimpin ada masalah dengan mahkamah, ada yang kena tindakan. Jadi mana kekuatan kita. Orang kita nak masuk kedai kopi pun takut. Masuk kedai kopi diejek orang dan sebagainya,” kata Ahli Parlimen Gua Musang dan bekas naib presiden Umno itu.

“Kita kena bekerjasama dengan orang lain kerana kita tiada lagi kekuatan seperti dulu. Dulu kita mempunyai (ramai) rakan dalam parti (BN). Tetapi sekarang banyak… sudah tarik diri. Jadi kekuatan (Umno) dah hilang dan parti-parti yang masih kekal dengan kita sudah tidak ada kekuatan,” beliau dipetik berkata oleh Utusan Malaysia.

Pimpinan tertinggi Umno bermesyuarat hari ini dengan spekulasi bertebaran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi serta pemimpin lain akan memberi fokus kepada penetapan tarikh membubarkan Parlimen untuk PRU15 diadakan.

Zahid sebelum ini mengumumkan BN yang diterajui Umno akan bertanding “solo” pada PRU15. Namun, kini timbul kembali desas-desus parti itu mungkin menjalin kerjasama politik dengan PAS sekiranya parti pimpinan Abdul Hadi Awang memilih tidak lagi bersekutu dengan Bersatu yang menjadi musuh politik Umno.

Tengku Razaleigh membayangkan BN tidak boleh bersaing secara “solo” pada PRU15, kerana ia bukan lagi gabungan yang mempunyai kekuatan mencukupi untuk berdepan dengan rakyat.

“Kita nak solo? Baguslah kita jadi solo kalau kita kuat. Jika nak berkempen mengenai parti, kita perlu bersedia dan menjawab banyak soalan yang ditimbulkan oleh rakyat, jadi mana kekuatan kita,” tambahnya.

Tengku Razaleigh juga mengingatkan parti itu mengenai risiko menampilkan pemimpin yang terpalit kes rasuah sebagai calon PRU15.

“Kita mungkin menjejaskan imej parti itu sendiri dan jadi bahan ketawa serta percakapan orang. Saya rasa kita ada ramai orang lain lagi yang boleh dikemukakan.” katanya.

Tommy Thomas disiasat atas dakwaan menghasut

FMT Reporters

PETALING JAYA: Bekas peguam negara Tommy Thomas akan disiasat atas dakwaan menghasut serta beberapa lagi termasuk pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata Thomas disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 124(1) & Seksyen 203A Kanun Keseksaan.

Ismail berkata, pasukan petugas khas yang menjalankan siasatan ke atas Thomas merumuskan terdapat empat isu utama dalam buku “My Story: Justice in the Wilderness” yang ditulisnya.

“Empat isu utama ialah dakwaan ke atas badan kehakiman, pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan, tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian profesional serta kenyataan berbaur hasutan,” katanya dalam kenyataan.

Ramainya ‘anak’ Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi

FAZLI RADZI

Ramainya ‘anak’ Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi telah lama diakui tokoh ulama Almarhum Shaykh ‘Abd al-Fattāh Abū Ghuddah (1917 – 1997).

Menerusi tulisan yang diterbitkan sempena ulang tahun kelahiran Syeikh Yusuf yang ke-70, Shaykh ‘Abd al-Fattāh memberitahu terdapat lebih 70 karya penulisan pemimpin Ikhwanul Muslimin itu.

“Demikian itu merupakan kemuliaan Allāh yang dikurniakan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

“Imam Ibn al-Jawzī rahimahullāh berkata, “Kitab seorang alim itu ialah anaknya yang kekal selamanya.”

“Betapa ramainya ‘anak-anak’ shaykh ini, orang-orang yang mengasihinya, yang mengambil manfaat daripada (ilmu)nya!” tulis Shaykh ‘Abd al-Fattāh.

Rekod terbaharu menunjukkan jumlah ‘anak’ atau buku dikarang Syeikh Yusuf sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir pada 26 September bersamaan 29 Safar lalu sudah mencecah lebih 120 buah.

Karya tokoh yang mempunyai rancangan bual bicara popular di rangkaian Al-Jazeera Qatar dengan antara 40 hingga 60 juta penonton di seluruh dunia itu merangkumi bidang keilmuan Islam terutama sosial, dakwah dan pengajian Islam.

Mengulas lanjut karya-karya Syeikh Yusuf yang diulang cetak berpuluh kali dan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa itu, Shaykh ‘Abd al-Fattāh menyifatkan pencapaian tersebut sebagai ganjaran kebaikan.

“Ini merupakan daripada kebaikan-kebaikannya yang kekal berpahala – inshāAllāh Ta‘ālā. Betapa banyaknya kebaikan beliau dan betapa luasnya jenis amal kebajikannya?!

“Semoga Allāh menerima amal baiknya, dan mengurniakannya keluasan ilmu dan memberi manfaat kepada umat Islam, sesungguhnya Dialah sebaik-baik pengurnia,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut menyifatkan Syeikh Yusuf sebagai berhikmah dalam urusan amar makruf nahi mungkar dengan dikurniakan oleh Allah “pena yang mengalir laju, minda yang hadir dan pintar, ilmu yang ‘hidup’ dan banyak, keikhlasan yang mampu disaksikan kesannya”.

Tulisan lengkap Shaykh ‘Abd al-Fattāh dalam bukunya berjudul, ‘Faqīhunā wa Murshidunā al-‘Allāmah Yūsuf al-Qaradāwī’ itu diterjemahkan oleh Mohammad Syafiq Ismail dengan tajuk, ‘Faqīh dan Murshid Kami: al-‘Allāmah Yūsuf al-Qaradāwī.’

Terjemahan yang diterbitkan pihak Abim Press ini, menurut Syafiq, boleh disebarkan secara percuma di atas talian.

“Tiada hakcipta yang kita tuntut di balik terbitan ini, ia bebas diulangcetak dan disebarkan oleh sesiapa saja, dan digunakan dalam kajian-kajian,” katanya lagi.

Ejen kosmetik mangsa culik diselamatkan di Thailand

Safeek Affendy Razali

safeek@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Ejen jualan produk kosmetik wanita Rosnazirah Mohd Naim, yang diculik sekumpulan lelaki dari kediamannya di Tumpat, Kelantan pada 13 September lalu berjaya diselamatkan.

Lokasi kedudukan mangsa berusia 36 tahun itu berjaya dikesan hasil bantuan dan kerjasama erat antara pihak berkuasa Thailand dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata melalui kerjasama erat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand serta perkongsian maklumat dan perisikan berjaya mengenalpasti lokasi keberadaan wanita itu di Thailand.

"Mangsa kemudiannya berjaya ditemui dan diselamatkan sebelum dibawa pulang ke tanah air hari ini.

"Dalam kes ini juga seramai tujuh lelaki tempatan ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Acryl Sani berkata, pihaknya juga turut merampas sebuah kenderaan yang digunakan untuk melarikan mangsa dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini.

"PDRM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Polis Diraja Thailand dan Kedutaan Besar Malaysia di sana atas kerjasama dan bantuan dalam usaha yang dilaksanakan bagi membantu menyelamatkan mangsa.

"PDRM juga meminta kepada masyarakat supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian yang menyalahi undang-undang dalam usaha membanteras kegiatan jenayah dan memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara," katanya.

BH sebelum ini melaporkan mangsa dilarikan pada jam 5.10 petang, 13 September lalu dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios dan terdapat penduduk mendakwa melihat mangsa menaiki bot ke Thailand.

Kereta sama kemudiannya ditemui jam 10 malam hari yang sama di Kampung Kuala Jambu, Pengkalan Kubor.

Penculikan mangsa dipercayai ada kaitan dengan sindiket dadah dan susulan itu polis menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan seorang wanita berusia antara 35 hingga 47 tahun bagi membantu siasatan.

Pelajar wanita 20 tahun ditemui mati selepas terjun dari tingkat 6 hanya kerana putus cinta

AYHAN FERHAT

Pelajar wanita 20 tahun ditemui mati selepas terjun dari tingkat 6 hanya kerana putus cinta

Pelajar kolej wanita berusia 20 tahun ditemui mati selepas terjun dari tingkat 6 hanya kerana putus cinta.

Mangsa tinggal bersama ibu dan tiga beradiknya yang lain di tingkat tiga di Blok F Pangsapuri Seri Nilam, Jalan Wawasan Bandar Baru Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata mangsa disyaki telah naik ke tingkat 6 pangsapuri yang sama lalu terjun ke bawah melalui balkoni.

Menurutnya, mangsa merupakan seorang pelajar kolej berusia 20 tahun dan kejadian dipercayai berpunca daripada masalah putus hubungan percintaan.

Pelajar wanita 20 tahun ditemui mati selepas terjun dari tingkat 6 hanya kerana putus cinta

Jelas Mohamad Farouk, wanita tersebut dijumpai dalam keadaan terlantar dengan lengkap berpakaian.

“Bagaimanapun, mangsa mengalami kecederaan parah iaitu pecah di bahagian kepala, manakala kaki dan tangannya patah.

“Susulan itu, mayat mangsa telah dibawa ke Forensik Hospital Ampang bagi tujuan bedah siasat.

Tambahnya, kes disiasat di bawah laporan mati mengejut (SDR), dipetik Kosmo.

HANIPA MAIDIN: PAS pendamai atau perosak?

MOHAMED HANIPA MAIDIN

Media rasmi Pas melaporkan pemimpin kanan parti itu habaq parti itu tak mahu perbalahan antara parti Umno dan Bersatu diteruskan kerana ia merugikan sokongan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Justeru itu, parti yang mendakwa sorang-sorang (self proclaim)

yang ia adalah parti Islam, bercadang untuk rangka pelan perdamaian antara kedua parti tersebut- Bersatu dan Umno.

Pemimpin itu juga dilapor habaq “Pas dan Umno dalam kerajaan sekarang kerana jasa Bersatu, kalau Bersatu tak keluar (dari PH) kita masih kekal sebagai pembangkang”.

La ni mari kita menilai kenyataan pemimpin itu dari perspektif Islam sebab parti depa dakwa depa adalah partai Islam sedangkan ada pemimpin tertinggi depa juga yang dakwa ramai dari pemimpin PH yang tidak beriman (tidak beraqidah) dan tidak bermoral.

Tak tahu Islam versi mana yang bagi depa cap mohor senang-senang menghukum pihak lain secara ex-parte- sebelah pihak!

Baguslah nak damaikan dua parti Melayu dan Islam, tapi untuk tujuan apa?

Tujuan perpaduan ummah atau tujuan undi dan kuasa semata-mata?

Untuk nak jaga Melayu dan Islam? Apa yang depa bising sebelum dapat kuasa dan apa yang depa buat selepas dapat kuasa?

Opps lupa depa berjaya “menaikkkan” cabutan nombor ekor- judi- dari 8 kali ke 22 kali. Mungkin itu jasa besar depa!

Nak jaga Melayu Islam tu depa nak guna kayu ukur apa ya? Tentulah guna kayu ukur Islam kan sebab depa parti Islam?

Jadi, siapa yang rosakkan tabung haji (orang buat lawak haji kekal tapi tabung habis hilang), dan siapa pula yang pulihkan kerosakan tabung haji?

Dan siapa pula yang kaki fitnah kononnya tabung haji dikuasai oleh non-muslim?

Jika berpegang pada Islam dah tentu kena bersandar pada nas naqli dan aqli yang sumber nas yang utama adalah Al-Quran dan Al-Hadith/Al-Sunnah kan!

Nak tanya ayat mana dalam Al-Quran atau hadith mana yang membenarkan depa boleh suka-suka pi tolong-menolong dengan pihak yang terbabit mengkhianati rakyat dan pihak yang tersohor dengan rasuah dan salah guna kuasa?

Kerana Bersatu yang khianat rakyat itulah Pas boleh dengan tanpa rasa malu seronok jadi gomen sekarang bersama dengan Umno la ini.

Parti Islam kat ceruk mana pun patutnya berduka dan tak akan sesekali boleh bersama dengan parti yang khianat dan parti yang berselirat dengan kezaliman, rasuah dan salah guna kuasa!

Yang peliknya, parti Islam akhir zaman, depa seronok boleh berkerjasama dengan parti pengkhianat dan parti yang zalim, rasuah dan salah guna kuasa!

Kes berkaitan NGO penceramah popular diklasifikasi 'rujuk ke majistret'

Malaysiakini

Polis mengklasifikasikan kes pemecatan seorang ahli pertubuhan bukan kerajaan yang diasaskan oleh penceramah popular sebagai 'rujuk ke majistret' (RTM).

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata ini kerana tiada unsur jenayah dalam kes terbabit sebaliknya hanya kes sivil.

"Status laporan ini RTM atau rujuk ke majistret disebabkan tiada unsur jenayah.

"Sebaliknya, hanya kes sivil," katanya kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas kes berkenaan.

Awal Julai lalu, satu laporan polis dibuat oleh bekas ahli NGO yang diterajui penceramah itu.

Selain tidak berpuas hati atas pemecatannya, pengadu juga berkata laporan polis tersebut dibuat atas dakwaan berlaku keraguan dalam berhubung status kewangan NGO terbabit.

Menurut laporan polis terbabit, isu pemecatan tersebut dibuat tanpa sebarang mesyuarat dan memohon siasatan di bawah Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) kerana tindakan itu dakwa telah menghalang pihak terlibat untuk mendengar laporan audit tahunan NGO tersebut sejak 2014 hingga 2021 sebagaimana laporan yang dibuat kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Malaysiakini sudah menghubungi penceramah terbabit untuk maklumat lanjut dan sedang menunggu maklum balasnya.

Pensyarah didakwa terlibat soal selidik lucah dipecat serta-merta

Shakira Buang

Universiti Teknologi Mara (UiTM) menamatkan perkhidmatan seorang pensyarahnya yang dikaitkan dengan soalan kaji selidik berunsur lucah kepada pelajar perempuan baru-baru ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, UiTM berkata, pemecatan itu berkuat kuasa serta merta.

Institusi pengajian tinggi awam itu juga menegaskan mereka sentiasa mengambil serius sebarang dakwaan mengenai gangguan seksual terhadap bekas siswazahnya.

Sehubungan itu, kata UiTM, mereka melakukan siasatan mengikut garis panduan serta proses perundangan yang termaktub dalam Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].

Mengikut peruntukan tersebut, katanya, tindakan tatatertib boleh diambil ke atas kakitangan yang melanggar peraturan, tatakelakuan serta larangan-larangan yang terdapat dalam Akta 605 dan Peraturan UiTM.

Mengulas lanjut, UiTM memberitahu mereka menjalankan siasatan yang teliti sejak 2021 bagi mengumpul semua bukti sebelum kesalahan dapat dibuktikan dan hukuman ditentukan.

"Setelah prosedur soal siasat dan siasatan dalaman selesai serta dimesyuaratkan Jawatakuasa Tatatertib Peringkat Tertinggi, UiTM menamatkan perkhidmatan pensyarah terbabit berkuat kuasa serta-merta selepas didakwa melakukan gangguan seksual pada bekas siswazah tersebut," kata UiTM.

Kecewa tiada maklum balas

Naib Canselor UiTM, Prof Roziah Mohd Janor, katanya, juga sentiasa memberi peringatan secara berkala kepada warga pusat pendidikan terbabit berhubung Akta 605.

"Sekiranya ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah, UiTM tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan keras sekiranya disabit kesalahan," tegasnya.

Terdahulu, menerusi ciapan Twitter, wanita yang dipercayai pelajar berkenaan mendakwa kejadian membabitkan pensyarahnya itu berlaku sejak tahun lalu.

Dia turut berkongsi laporan polis yang dibuatnya serta tangkap layar perbualan dia bersama pensyarah terbabit menerusi aplikasi WhatsApp.

Antara lain pensyarah berkenaan meminta wanita terbabit menjadi responden kajian ‘Soal Selidik Kesedaran Seks Di Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi’.

Bagaimanapun, pelajar terbabit sekali lagi menarik perhatian warganet apabila berkongsi kekecewaanya kerana sehingga kini belum menerima maklum balas daripada pihak berkuasa mahupun UiTM.

Carian juga mendapati pensyarah terbabit masih disenaraikan sebagai tenaga pengajar di salah sebuah kampus cawangan UiTM.

Pada 9 Sept lalu, Bukit Aman dilaporkan berkata, kertas siasatan kes terbabit telah dihantar balik ke Balai Polis Tangkak untuk “siasatan lanjut”.

Difahamkan siasatan lanjut sudah dilakukan dan kertas siasatan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Johor.

Warga asing tular culik budak dihadapkan ke mahkamah

Hafidzul Hilmi Mohd Noor

hafidzul@hmetro.com.my

LAPORAN Harian Metro sebelum ini.

LAPORAN Harian Metro sebelum ini.

Raub: Wanita warga Pakistan yang tular kerana dikatakan cuba menculik seorang kanak-kanak di Genting Highlands, baru-baru ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Pertuduhan ke atas Bibi Nasihat, 42, tidak dibacakan berikutan dia tidak memahami bahasa Melayu dan Inggeris, serta tiada jurubahasa yang fasih dialek Pashto.

Hakim Ahmad Faizadh Yahaya kemudian menetapkan 1 November depan untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Tertuduh membayar jaminan itu.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Punitha, manakala tertuduh diwakili peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

Sebelum ini tular di media sosial seorang kanak-kanak dikatakan hampir menjadi mangsa culik wanita warga asing di pusat peranginan Genting Highlands.

Semalam, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar dilapor berkata, wanita warga asing itu akan didakwa mengikut Seksyen 350 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih tiga bulan dan denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Bunuh kekasih kerana ‘pertahan’ maruah, remaja perempuan berdepan hukuman mati

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini kerana didakwa membunuh teman lelakinya di sebuah hotel minggu lalu.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan tertuduh, Sim Hui Ying, 19, anya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret R Salini.

Utusan Malaysia melaporkan, mengikut kertas pertuduhan, remaja itu didakwa dengan niat membunuh Yap Kelly, 29, di sebuah hotel di Taman Mount Austin, Johor Bahru pada jam 8 malam, 20 Sept lalu.

Difahamkan, tertuduh bertindak sedemikian ketika menentang kemahuan mangsa yang mahu melakukan hubungan seks tanpa kerelaannya.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aina Syakira Mohammad Syafiq Sim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah turut menetapkan 6 Dis depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan bedah siasat dan kimia.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabit kesalahan.

'Sanggupkah ahli Umno T'ganu bersekedudukan dengan PAS?'

Malaysiakini 

Amanah Terengganu mempersoalkan apakah ahli Umno di negeri itu bersedia menerima PAS pada pilihan raya Umum akan datang.

Pengerusi Amanah Terengganu, Raja Bahrin Shah berkata, ini berikutan usaha PAS untuk kembali bekerjasama dengan Umno, walaupun pada masa sama menjalinkan hubungan dengan Bersatu.

Menurutnya, ahli Umno juga masih terluka dengan tindakan PAS mengkafirkan parti itu menerusi Amanat Hadi Awang pada 1981.

“Tidak hairanlah Umno Terengganu telah memutuskan untuk bergerak solo untuk menjatuhkan PAS di Terengganu.

"Sanggupkah ahli ahli Umno khususnya di Terengganu yang menjadi sasaran utama hebat takfiri dari PAS kembali bersekedudukan bersama PAS yang kini berlaku curang dengan Bersatu," soalnya dalam kenyataan media.

Kenyataan itu sebagai merujuk kepada khabar angin yang mengatakan kemungkinan PAS akan bersama Umno pada PRU ke-15 akan datang.

Ia selepas Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa PAS akan membuat keputusan dan pilihan sama ada akan bekerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) atau Muafakat Nasional (MN).

Sementara itu Raja Bahrin berkata, ramai menyatakan hairan apabila amanat Haji Hadi yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai sesat telah dipadamkan daripada portal Jakim.

Kin katanya, keluar pula tuduhan baru bahawa ahli Pakatan Harapan (PH) tidak beriman, walaupun ramai daripada mereka beragama Islam.

“Ahli Umno yang amat terluka atas kecurangan PAS menduakannya, menyoal apakah PAS kebal daripada dosa bermain cinta dua kolam dan dahulu meniup kebencian dengan menjatuhkan hukum kafir kepada ahli Umno pada tahun 1981.

“Adakah begitu mudah berlaku curang sekali lagi pada "suami" Umno sekarang dengan bersekedudukan dengan Bersatu tanpa meminta maaf dosa lama amanat Haji Hadi dalam isu kafir ke atas Umno dahulu,” soalnya.

Pensyarah ‘lucah’ tawar RM20,000 tutup kes, kata bekas pelajar UiTM

Zeanaaima Mohd Yusof 

Tangkap layar catatan Farah Azuin Abdul Razak di Twitter mengenai dakwaan diganggu secara seksual oleh pensyarahnya. (Gambar Twitter)

PETALING JAYA: Seorang bekas siswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM) kecewa belum ada tindakan undang-undang diambil terhadap pensyarah yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadapnya, termasuk bertanyakan pelbagai soalan lucah atas alasan menjalankan kaji selidik.

Farah Azuin Razak, 23, membuat laporan di Balai Polis Tangkak lebih setahun lalu, di mana beliau turut menyerahkan bukti rakaman perbualan telefon dengan pensyarah itu. Bagaimanapun, Farah masih belum menerima maklum balas daripada pihak berkuasa mahupun pentadbiran UiTM di kampus induknya di Shah Alam.

Carian FMT mendapati pensyarah berkenaan masih disenaraikan sebagai tenaga pengajar di salah sebuah kampus cawangan UiTM.

Farah berkata, susulan tiada tindakan diambil pihak berkuasa sekian lama, pensyarah berkenaan menghantar notis mahu mengambil tindakan saman malu terhadapnya pada 6 Sept lalu.

Farah menganggap tindakan itu diambil untuk “menakutkan” beliau setelah menolak tawaran RM20,000 daripada pensyarah itu kepada beliau sekeluarga bagi “menutup” kes itu.

“Dia saman saya atas tuduhan saya dedahkan tempat kerja dia, kehidupan peribadi dia. Itu semua bukan saya yang buat. Itu dari pihak ketiga, ‘netizen’ yang cari nama dia, gambar dia, tempat kerja dia. Saya tak mengiya dan tak menidakkan,” kata lulusan diploma pengurusan dan perniagaan itu.

Tangkap layar soalan-soalan ‘kaji selidik’ lucah yang didakwa diterima Farah Azuin Abdul Razak daripada pensyarahnya.

Dalam wawancara dengan FMT, Farah mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual semasa menuntut di UiTM Segamat, Johor, ketika mengambil kelas dalam talian yang dikendalikan pensyarah itu.

Menceritakan pengalamannya, Farah mendakwa pensyarah itu memintanya menjawab pelbagai soalan kaji selidik berunsur lucah, diselang seli dengan percakapan yang tidak senonoh.

“Dia juga tanya saya, tahu tak alat mainan seks?” katanya.

Farah berkongsi pengalamannya dengan beberapa rakan sekelas dan mereka sepakat merakam perbualan telefon antara Farah dan pensyarah berkenaan.

“Rasa nak muntah sebab masa dia buat (tanya soalan kaji selidik). Saya bertahan sebab nak bukti. Kalau saya seorang-seorang, saya tak buat benda (layan panggilan) itu.

“Esoknya (saya) terus pergi membuat laporan polis dengan abang saya. Rakan sekelas dan ada ‘senior’ pun pergi balai sebagai saksi. Ada empat orang jadi saksi,” katanya.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Tangkak pada 2 Jun 2021, namun Farah masih menunggu keadilan.

“Kenapa (ambil masa) lama saya pun tak tahu. Nak kata tak cukup bukti, semua bukti kita dah bagi, malah polis pun ambil keterangan pensyarah saya, tapi masih juga (makan masa) satu tahun,” katanya yang melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan baru-baru ini.

“UiTM Segamat pun sudah bagi kerjasama, (dan) terus memberhentikan pensyarah itu dari mengajar (dalam talian) di UiTM Segamat. Sekarang tunggu arahan selanjutnya dari Unit Integriti UiTM Shah Alam. Tetapi, UiTM Shah Alam senyap sahaja, tak ada keluarkan apa-apa kenyataan,” kata Farah.

Selepas pengalaman Farah tular di media sosial, beberapa pelajar lain turut menghubungi beliau, mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual pensyarah sama.

Farah berkata, beberapa hari selepas membuat laporan polis, pensyarah itu menghubunginya untuk meminta maaf dan mahu laporan itu ditarik balik, namun beliau enggan berbuat demikian.

Pensyarah terbabit kemudian menjejakinya di tempat kerja lamanya, sebelum pergi ke kampungnya di Tangkak.

“Dia datang rumah saya, minta maaf dekat ibu bapa saya, sampai melulut depan mak saya. Kami suruh balik, tapi dia tak nak. Sampai saya panggil polis. Polis datang, baru dia balik.”

Farah berkata seterusnya, pensyarah itu menghubungi ketua kampungnya untuk menawarkan RM20,000 kepada beliau sekeluarga supaya menarik balik laporan polis berkenaan, namun tawaran itu ditolak.

Pada 9 Sept lalu, polis Bukit Aman memberitahu FMT, kertas siasatan kes pensyarah itu dihantar balik ke Balai Polis Tangkak untuk “siasatan lanjut”.

FMT difahamkan siasatan lanjut sudah dilakukan dan kertas siasatan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Johor.

FMT sudah menghubungi UiTM untuk mengulas.

Anwar mahu tanding di kerusi ‘pengkhianat’, mungkin di Gombak

Anne Muhammad

PETALING JAYA: Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan bertanding di Parlimen Gombak, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), yang disandang bekas timbalannya, Azmin Ali.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau sedang mempertimbangkan beberapa kerusi lain, bagaimanapun keputusan muktamad belum lagi diputuskan.

“Sejujurnya, saya belum buat keputusan lagi kawasan mana, cuma (lihat) kawasan yang boleh bagi kelebihan.

“Gombak tak semestinya, tapi tidak tolak kemungkinan,” katanya dalam sesi sembang kencang anjuran Kelab Wartawan KLS di Hotel Hilton.

Anwar berkata demikian ketika ditanya kerusi yang akan ditandinginya pada PRU15.

Tambahnya, beliau juga memilih untuk bertanding kerusi “pengkhianat”.

Menurutnya, kerusi Port Dickson disandangnya kini lebih solid (kukuh), berbanding 2018.

“Saya perlu memilih kawasan pengkhianat saya perlu beri mesej bahawa pengkhianatan tidak boleh dimaafkan,” katanya.

‘Bila video tak senonoh tersebar, deepfake jadi jalan lepas diri dari dituduh buat gangguan seksual’

DANIAL HAKIM

Imej deepfake hasil foto, video atau klip audio yang diubah secara digital menggunakan kecerdasan buatan (AI) nampaknya jadi jalan pihak tertentu untuk melepaskan diri daripada dituduh melakukan gangguan seksual.

Walhal, meniru wajah dan suara seseorang pada video yang dipaparkan bukan semudah menggunakan aplikasi yang boleh dimuat turun melalui Appstore dan Playstore.

Ikuti kupasan KAMARUL AFIQ AS-SUBANJI mengenai teknologi deepfake yang nampaknya menjadi ‘mangsa’ pihak tertentu untuk mensucikan diri daripada kecaman orang ramai:

“Tahun lepas, apabila ada seorang selebriti dituduh melakukan gangguan seksual dengan buat video call dan hantar gambar ‘cendawan’ dia, muncul ‘pakar teknologi’ kata itu video deepfake.

Saya pun buat kajian dengan banyak membaca dan tengok video tutorial buat deepfake ni. Bapak susah beb kalau nak buat yang real deepfake ni. Bukannya kau guna AI (kecerdasan buatan) software macam yang boleh download di App Store atau Play Store tu.

Nak buat video deepfake, kita perlukan:

PC berprestasi tinggi. PC setara ini pun makan masa yang sangat lama (mungkin beberapa hari kalau tak silap saya) untuk render video deepfake.

Kebiasaannya, nak buat deepfake ni guna software Deepface Lab. Dalam software ni macam-macam proses kena buat.

Dalam software ni juga kita perlu dapatkan puluhan gambar pelbagai sudut untuk samakan source video (video asal) dengan destination (video yang dijadikan deepfake). Puluhan gambar ni kita kena ada proses training supaya destination video nampak lebih real.

Proses-proses yang amat susah ini pun, kita boleh nampak kesan macam kartun, kaku, macam robot pada video yang dihasilkan. Tak mungkin nampak sempurna.

Tengok saja filem Fast & Furious 7. Paul Walker mati, dan wajahnya terpaksa digantikan dengan abang dan adiknya Caleb dan Cody Walker sebab muka hampir sama dengan Paul Walker.

Teknologi bernilai jutaan dollar yang guna 8 kamera, face-mapping, CGI ni pun hasilkan video yang hampir real, namun nampak sedikit pelik.

Jadi, macam mana pula dengan video yang real, bibir “muah muah muah” pun real? Orang kita guna jutaan ringgit punya teknologi?

Sudahnya, bila video tak senonoh tersebar di internet, deepfake jadi jalan untuk lepaskan diri daripada dituduh buat gangguan seksual.”

Wanita berjubah, niqab diselamatkan orang ramai

Siti Rohana Idris

am@hmetro.com.my

Seorang wanita berjubah dan berniqab cuba terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini, tapi berjaya diselamatkan orang ramai. FOTO IHSAN PEMBACA

Seorang wanita berjubah dan berniqab cuba terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini, tapi berjaya diselamatkan orang ramai. FOTO IHSAN PEMBACA

Kota Bharu: "Wanita itu sudah hampir jatuh dari jambatan tetapi kakinya tersekat dengan jubah yang dipakai sebelum segera dipegang orang ramai," kata Suhaila Zakaria.

Suhaila, 28, yang juga saksi insiden wanita berpurdah hampir terjatuh dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini, pada 1.40 tengah hari ini berkata, ketika itu dia dalam perjalanan dari bandar ini untuk pulang ke rumahnya di Kampung Dalam Rhu, Tumpat.

Menurutnya, dia yang menunggang motosikal kemudiannya ternampak kumpulan orang ramai di tepi jalan atas jambatan terbabit sebelum ditahan agar menghentikan kenderaannya.

"Saya diminta untuk memegang wanita itu kerana yang lainnya adalah lelaki dan mangsa ketika itu dalam keadaan menangis teresak-esak.

"Kami tak pasti wanita itu dari arah mana, cuma dia memakai jubah dan berniqab dan dia juga sudah jatuh dari jambatan, nasib baik orang ramai sempat memegangnya.

"Dia (mangsa) kelihatan celaru dan asyik menyalahkan diri sendiri sambil berkata 'saya jahat' tanpa menerangkan perkara sebenar," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Suhaila berkata, sebaik ditenangkan, wanita berusia lingkungan 30-an itu dibawa ke balai polis berhampiran oleh sebuah kereta peronda yang kebetulan lalu di jalan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Darul Naim Ahmad Fakaruddin Berahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.45 tengah hari.

"Tujuh anggota dikejarkan ke lokasi dan sebaik tiba, kami dimaklumkan bahawa mangsa sudah dibawa oleh polis dan misi menyelamat dianggap selesai," katanya.

Pakar motivasi nafi subahat dengan pengasas NGO, rosakkan reputasi Ebit Lew

Bernama

TENOM: Seorang saksi dalam perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah terkenal Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, menafikan di Mahkamah Majistret di sini hari ini, bahawa beliau dan pengasas sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bersubahat untuk merosakkan reputasi pendakwah itu.

Pakar motivasi Mohd Fairuz Abu, 37, berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ram Singh yang mewakili Ebit Lew.

Kepada cadangan peguam itu bahawa beliau dan Pengasas Multiracial Reverted Muslim (MRM) Firdaus Wong masih menghebahkan isu itu di media sosial, saksi pendakwaan pertama itu berkata, dia tidak berbuat demikian tetapi Wong yang melakukannya.

Ram: Saya nyatakan kepada anda sebagai fakta bahawa melalui isu di media sosial (kes Tenom) dan mengaturkan wanita itu (mangsa) ke Bukit Aman untuk membuat laporan polis mengenai tertuduh, kamu dan Firdaus Wong berkomplot untuk merosakkan reputasi tertuduh.

Fairuz: Saya tidak setuju.

Ram: Saya nyatakan kepada anda hakikatnya, wanita itu tidak berniat untuk membuat laporan polis terhadap tertuduh.

Fairuz: Saya tidak setuju.

Ram: Saya nyatakan kepada anda, wanita itu hanya memutuskan untuk membuat laporan polis selepas perbualannya dengan kamu pada 26 Julai 2021.

Firuz: Saya tidak pasti.

Semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, Fairuz berkata, beliau mengiringi wanita itu dan suaminya untuk membuat laporan polis di Bukit Aman sebagai tanda sokongan dan juga memberi keterangan kepada polis pada 7 Ogos 2021.

Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lepas.

Pendakwah selebriti itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bersambung esok.

Kisah pasangan Dedi Mulyadi dan Anne Ratna Mustika yang bikin kejutan

Desi Kris

Anne Ratna Mustika Istri Kedua, Ternyata Dedi Mulyadi Ungkap Punya Istri Pertama, Ini Sosoknya

Anne Ratna Mustika Istri Kedua, Ternyata Dedi Mulyadi Ungkap Punya Istri Pertama, Ini Sosoknya

AYOJAKARTA.COM - Rumah tangga anggota DPR RI Dedi Mulyadi dan istrinya Anne Ratna Mustika yang diketahui menjabat sebagai Bupati Purwakarta kini menjadi sorotan publik.

Sebab Anne Ratna Mustika diketahui telah menggugat cerai Dedi Mulyadi.

Kabar Anne Ratna Mustika yang menggugat cerai Dedi Mulyadi ini tentu saja membuat publik terkejut.

Pasalnya, rumah tangga Anne Ratna Mustika dan Dedi Mulyadi selama ini terlihat baik-baik saja.

Namun siapa sangka, ternyata Dedi Mulyadi pernah membuat pengakuan mengejutkan soal pasangannya.

Dimana Dedi mengaku memiliki istri pertama dan Anne Ratna Mustika adalah istri keduanya.

Pengakuan itu pernah disampaikan Dedi dalam acara pelantikan pengurus Partai Golkar Jawa Barat pada 1 Juni 2016 silam di Sentul International Convention Center.

Kes pengkid pakai ihram selesai - JAIPk

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

am@hmetro.com.my

FOTO tular membabitkan seorang pengkid memakai ihram ketika berada di Makkah. FOTO tular

FOTO tular membabitkan seorang pengkid memakai ihram ketika berada di Makkah. FOTO tular

Ipoh: Kes wanita yang tular di media sosial kerana berpakaian ihram seperti lelaki di Makkah, sudah selesai secara baik melalui penyelesaian luar mahkamah sejak hampir sebulan lalu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin, berkata wanita berperwatakan lelaki atau 'pengkid' berkenaan tampil bersama ibu bapanya di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Perak Tengah, Seri Iskandar dan melalui sesi kaunseling.

"Kes sudah selesai hampir sebulan lalu selepas pihak kita mengambil keterangan serta semua maklumat berkaitan dengan kehadiran bersama ibu serta bapanya. Alhamdulillah mereka berikan kerjasama amat baik.

"Wanita itu sudah selesai berikan kenyataannya kepada kita. Insya-Allah kita ada cara tersendiri bagaimana hendak menangani kes seumpama ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Karnival Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Negeri Perak (K-PISH) di Dewan Institut Tadbiran Islam Negeri Perak (INTIM), di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Norhayati Zakaria.

Ditanya mengenai tindakan susulan terhadap wanita berkenaan, Mohd Yusop berkata, JAIPk menggunakan pendekatan tersendiri antaranya membabitkan sesi kaunseling.

"Tidak semestinya dalam kita mencegah sesuatu, ia perlu bersifat suatu hukuman, tangkap, apatah lagi mendera kerana ada kaedah lain yang boleh kita buat tambahan pula dia dan keluarganya berikan kerjasama sangat baik dengan datang sendiri kepada kita.

"Mudah-mudahan dia sedar kesilapan yang dilakukannya serta insaf. Pada saya jika dia tidak insaf dan rasa bersalah, dia takkan datang pun kepada kita sebaliknya mereka datang dengan sukarela," katanya.

Mengenai kemungkinan kes seumpamanya berulang, beliau berkata ia bergantung kepada keseriusan kesalahan berkenaan selain bilangan kesalahan sama yang dilakukan secara berulang.

"Kadangkala mungkin kesalahan itu buat tanpa sedar dan tanpa niat serta tiada maksud tertentu. Dan mungkin ada kesalahan yang memang sengaja dilakukan di samping dilakukan secara berulang.

"Umpamanya jika didapati kesalahan itu berulang dan sengaja dilakukan, maka sudah tentu tindakan tegas akan diambil," katanya..

Kes berkenaan menjadi tular Ogos lalu apabila wanita berkenaan yang berada di Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki dan didakwa menggunakan visa pelancong dan bukan menerusi khidmat agensi bagi mengerjakan umrah.

Pesta seks kot?

Remaja tingkatan dua dirogol 8 lelaki dikenali selepas dibawa rakan ke sebuah rumah 12.30 malam

AYHAN FERHAT

Seorang remaja 14 tahun yang juga pelajar tingkatan dua dirogol lapan lelaki selepas dibawa rakannya ke sebuah rumah pada jam 12.30 tengah malam hingga jam 5 pagi.

Susulan itu, polis menerima laporan dibuat seorang wanita mendakwa anak perempuannya berusia 14 tahun dirogol oleh lapan lelaki yang dikenali.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kemelah Segamat.

Polis berjaya menahan lapan lelaki dan seorang wanita Ahad lalu susulan laporan polis dibuat oleh ibu mangsa pada 24 September, lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata siasatan awal mendapati, pada 17 September lalu di antara jam 12.30 tengah malam hingga jam 5 pagi mangsa dibawa oleh rakan perempuan pergi ke sebuah rumah di sekitar Kemelah sebelum mangsa dirogol oleh lapan lelaki.

“Bertindak daripada maklumat itu, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat berjaya membuat tangkapan pada 25 September di sekitar Segamat dan Felda Kemelah terhadap lapan suspek termasuk wanita itu, ” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Zamry berkata, mangsa dibawa menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Daerah Segamat (HDS).

“Suspek sebahagiannya pelajar berusia 14 sehingga 26 tahun direman tujuh hari bermula 26 September sehingga 2 Oktober bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya.

- Remaja dan anak muda jadi mangsa akibat pesta dan pergaulan bebas yang ditaja dan digalakan secara sedar atau tidak

Dari kolam lepas ke parit terus ke pantai – Mudahnya hidup penternak babi di Tanjung Sepat!

DANIAL HAKIM

Kumbahan najis ternakan babi di Tanjung Sepat disalirkan dari kolam lepas ke perparitan di luar premis dan akhirnya ke perairan pantai.

Kaedah penternakan babi secara konvensional iaitu bukan secara kandang tertutup dikesan menyebabkan masalah pencemaran sumber air di daerah Kuala Langat di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan dan Alam Sekitar, Hee Loy Sian, berkata, pengurusan kumbahan najis ternakan hanya melalui pengumpulan di kolam-kolam takungan di dalam premis ternakan sebelum efluen itu akhirnya ke perairan pantai.

Beliau hari ini mengadakan lawatan bersepadu ke atas beberapa premis ladang ternakan babi di Tanjung Sepat bersama agensi berkaitan.

Antaranya Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor (JAS), Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat (PDTKL) dan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

Hee Loy Sian (berpelitup muka) ketika meninjau premis ladang ternakan babi di Tanjung Sepat bersama agensi berkaitan hari ini.

Susulan itu katanya, beberapa tindakan dan usaha lanjut akan dilakukan segera antara JPV akan mengarahkan semua pengusaha terbabit melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan ke atas ladang ternakan dan sistem kumbahan dengan segera.

“Najis ternakan perlu dilupuskan di luar kawasan ladang ternakan dan dihantar ke tapak pelupusan yang dibenarkan.

“LUAS akan mengarahkan pemilik tanah berkaitan untuk melaksanakan segera tindakan pemulihan saliran parit di dalam tapak sehingga air yang dilepaskan keluar daripada lot tanah tidak mencemarkan.

“Pensampelan kualiti air juga akan dilaksanakan dan tindakan perundangan akan diambil sekiranya terdapat elemen pencemaran berlaku,” jelasnya dipetik BH.

Muhyiddin serang PM petanda PRU15 makin hampir?

SK Devi

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik melihat kritikan terbuka Perikatan Nasional (PN) terhadap Jemaah Menteri pimpinan Ismail Sabri Yaakob sebagai tanda pilihan raya umum ke-15 (PRU15) semakin hampir.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, serangan terbuka itu, terutama terhadap dasar ekonomi adalah luar biasa.

Beliau memberitahu FMT, isu sedemikian biasanya akan dibiarkan saja, tidak seperti perbalahan antara Barisan Nasional (BN)dan PN.

Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, katanya, secara terbuka mengkritik Ismail dan menyindir pentadbiran ketika ini tidak cekap.

“Muhyiddin cuba menarik lebih ramai pengundi ke pihaknya dan mendesak pilihan raya diawalkan. Ini bermakna PRU15 semakin hampir,” katanya.

Azmi juga melihat kritikan Muhyiddin itu sebagai serangan terhadap Umno memandangkan Ismail adalah naib presiden parti itu.

Katanya, Muhyiddin meletakkan Ismail dan Umno di kedudukan sukar, apabila beliau mendakwa banyak cadangan Majlis Pemulihan Negara (MPN), yang dipengerusikannya, tidak dipertimbangkan kerajaan.

“Sukar untuk Ismail dan Umno mempertahankan diri mereka kerana ekonomi tidak berada dalam keadaan baik.”

Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata, hanya 16 daripada 69 cadangan kepada Jemaah Menteri dilaksanakan sepenuhnya, manakala 30 lagi masih dalam proses, 14 belum dilaksanakan dan sembilan menunggu keputusan Jemaah Menteri.

Serangan terbaharu Muhyiddin terhadap Ismail menyusul lebih seminggu selepas beliau menyarankan Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU15, jika Ismail gagal menguruskan ekonomi dan negara dengan baik.

Ismail membalas kritikan Muhyiddin dengan berkata, jika kerajaan dikatakan gagal menguruskan ekonomi dan negara, ia bermakna MPN juga gagal apabila ditugaskan menjadi penasihat kepada kerajaan.

Seorang lagi penganalisis dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun berkata, Muhyiddin bersikap “optimis dari segi politik” dengan menyerang Ismail secara terbuka.

“Bagaimanapun, memang ada kekecewaan dalam kalangan komuniti perniagaan.”

Rafizi lancar petisyen bantah PRU musim tengkujuh

Malaysiakini

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli melancarkan petisyen membantah pilihan raya umum (PRU) diadakan pada musim tengkujuh.

Perkembangan ini hadir ketika Umno meningkatkan tekanan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk mengadakan PRU ke-15 secepat mungkin.

Rafizi berkata jika Parlimen dibubarkan sebulan dari sekarang, pilihan raya akan diadakan pada musim tengkujuh.

"PRU15 semasa banjir bermakna lebih RM1 billion akan digunakan untuk menguruskan pilihan raya sedangkan dana rakyat itu lebih baik disalurkan kepada usaha menangani bencana.

"Ia juga bermakna beratus ribu penjawat awam perlu bertugas untuk mengendalikan pilihanraya sedangkan mereka wajar bersama-sama sukarelawan membantu mangsa banjir.

"Hanya suara rakyat yang dapat menghantar isyarat yang jelas bahawa rakyat mahu ahli politik menumpukan perhatian menghadapi bencana banjir, bukannya mengejar jawatan-jawatan politik melalui pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan media.

Rafizi menyeru orang ramai menandatangani petisyen itu dan menyebarkannya ke saluran masing-masing.

Bekas ahli parlimen Pandan itu turut menyorot bahawa semua laporan ramalan cuaca meramalkan banjir akan menjadi lebih teruk tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Malah sebelum musim tengkujuh tiba, banjir kilat telah berlaku di tempat-tempat yang sebelum ini tidak mengalami banjir teruk.

"Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendabik dada bahawa Umno sanggup meredah banjir demi PRU15 yang lebih awal.

"Semua parti politik akan bersedia secukupnya apabila PRU15 dipanggil. Isunya bukanlah soal parti-parti politik gah berkempen walaupun menghadapi banjir.

"Isu pokok ialah semua pihak perlu menggembleng tenaga untuk menghadapi banjir dan semua perkara yang boleh ditangguhkan atau dielakkan, wajarlah ditangguhkan dahulu," katanya.

Kenyataan Zahid pada 17 Sept bahawa BN bersedia untuk berkempen bagi PRU15 walaupun ia diadakan pada musim tengkujuh telah dikecam oleh pembangkang.

Ahli politik dari parti kerajaan turut berkongsi pandangan bahawa adalah tidak bijak untuk mengadakan PRU semasa musim tengkujuh.

Bagaimanapun, Zahid mendakwa banjir itu adalah "naratif dan mitos" yang diputar belit oleh pembangkang bagi mengelak PRU15 diadakan tidak lama lagi.

Ha ha ha : Muhyiddin kata Hadi kata

Mohsin Abdullah

facebook sharing buttontwitter sharing buttonwhatsapp sharing buttonemail sharing button

Muhyiddin Yassin dan Abdul Hadi Awang. Kedua-duanya politikus lama. Kedua-duanya cekap dan bijak mengatur strategi. Ayuh lihat apa yang dikatakan “terhasil” daripada pertemuan Muhyiddin dengan Hadi di kediaman Muhyiddin pada malam 26 Sept lalu.

“Alhamdulillah. Perbincangan selama dua jam malam tadi yang amat bermakna. Banyak perkara dipersetujui untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi PRU15.”

Begitu bunyi hantaran Facebook yang dimuat naik Muhyiddin pada pagi keesokannya, yakni 27 Sept 2022.

Sedikit latar belakang. Pertemuan di kediaman Muhyiddin itu diadakan selang beberapa jam selepas Takiyuddin Hassan, setiausaha agung PAS, mengeluarkan kenyataan memberitahu khalayak bahawa partinya tidak boleh menerima pendirian mana-mana pihak yang melabelkan pertubuhan Melayu-Islam sebagai musuh utama.

Takiyuddin bagaimanapun tidak menamakan mana-mana pihak atau parti, tetapi kenyataan itu beliau keluarkan dua hari selepas Muhyiddin (pada majlis ulang tahun keenam Bersatu pimpinannya) atas kapasiti pengerusi PN berkata, “musuh kita tidak lain adalah BN”.

Kata beliau, musuh utama itu dipersetujui semua parti komponen PN, iaitu Bersatu (semestinya), Gerakan, Star, SAPP, dan tentunya PAS.

“Persetujuan” PAS agak pelik kerana pada 20 Sept lalu, parti pimpinan Hadi itu menegaskan Pakatan Harapan adalah musuh mereka pada PRU15, bukannya BN. Ini mereka ulang dan ulangi.

Apabila bercakap mengenai BN, yang dimaksudkan ialah Umno kerana komponen BN yang lain berada dalam keadaan lemah untuk menarik perhatian (untuk rekod BN sekarang dianggotai MCA, MIC dan PBRS, selain Umno).

Menurut Takiyuddin, PAS masih percaya hanya gabungan dengan Umno-BN atas konsep “penyatuan ummah” mampu menjadi formula berkesan menghadapi PH. Lantas, PAS meletakkan PH sebagai musuh utama, manakala BN rakan kerjasama atau “taa’wun” mereka.

Oleh itu, kenyataan Takiyuddin boleh (atau sememangnya?) dituju kepada Muhyiddin. Jelas apa yang diumum Muhyiddin bercanggah dengan apa yang PAS laung selama ini.

Maka, terjadilah pertemuan di kediaman Muhyiddin pada 26 Sept lalu yang turut dihadiri Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, Naib Presiden Radzi Jidin serta Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar.

Secara logik, tentulah Muhyiddin mahu penjelasan Hadi berhubung kenyataan setiausaha agung PAS itu kerana beliau mendakwa PAS sudah bersetuju BN musuh utama PN. Manakala Hadi pula tentu menggunakan pertemuan itu untuk mendapat butiran lanjut jika isu siapa musuh utama PN belum beres.

Ketika artikel ini saya tulis, tidak ada kenyataan daripada Hadi. Sebaliknya, Muhyiddin “memilih” untuk menceritakan apa yang berlaku dalam pertemuannya dengan presiden PAS itu. Pada hari yang sama hantarannya di Facebook dibuat, ada sidang media membabitkan Muhyiddin dan beliau diminta menghurai lanjut.

Seperti dilaporkan media, Muhyiddin memberitahu apa yang beliau “nampak dalam pertemuan itu “PAS mahu terus bersama PN dan soal PAS mahu keluar daripada gabungan itu tidak bangkit. Malah kata beliau, “dia” (Hadi) ‘reaffirm’ akan bersama-sama “meneruskan kedudukannya” dalam gabungan PN.

Tidak pasti apa maksud beliau mengenai PAS “meneruskan kedudukannya dalam gabungan PN”. Namun, Muhyiddin tampak mengetepikan kenyataan Takiyuddin dengan berkata: “Hubungan kita (Bersatu dengan PAS) ini mantap, kukuh. Kenyataan yang dikeluarkan oleh siapa-siapa itu terpulanglah kepada mereka. Kemungkinan dia dicocok ke apa waullahualam lah.”

Agak keras bunyinya. Pada hemat saya, Muhyiddin tidak mengendahkan kata-kata “siapa-siapa” kerana beliau berunding dengan presiden PAS sendiri pada peringkat teratas. Jelas Takiyuddin disifatkan hanya sebagai “individu”. Namun, individu itu selaku setiausaha agung partinya tidak mungkin buat kenyataan rasmi sebagai “individu”. Nada kenyataannya nampak mewakili parti dan direstui presidennya.

Masalah yang dipertontonkan ini sudah berlarutan dan satu kampung tahu apa masalahnya dan apa yang berlaku. Ringkas sekadar imbas kembali – Umno dan PAS duduk dalam Muafakat Nasional atau MN. PAS juga dalam PN. PAS mahu Bersatu masuk MN. Umno tak nak. Umno mahu PAS tinggalkan Bersatu dan keluar PN. PAS pula tak nak. Maka, terjadilah apa yang terjadi ini.

Diberitakan tempoh hari, Hadi bertemu Ahmad Zahid Hamidi, presiden Umno, yang menonjolkan imej Umno mahu putuskan hubungan terus dengan PAS, sekali gus menamatkan riwayat MN.

Menurut Muhyiddin, beliau ada bertanya Hadi mengenai pertemuan itu. “Dia (Hadi) jumpa, bincang setengah jam. Itu yang dilapor kepada saya. Tak ada benda yang kita sorok, tak ada hasil dari pertemuan itu,” kata bekas perdana menteri itu.

Beliau tidak pula memberitahu apa yang Hadi dengan Zahid “bincang setengah jam” semasa mereka bertemu.

Muhyiddin “memuji” langkah Hadi menunjukkan “kesatuan” ummah – “tetapi dari segi realitinya, Bersatu tak boleh bekerjasama dengan Umno. Kerana Umno sendiri telah buat keputusan dalam perhimpunan agung Umno tahun lalu untuk tidak menerima Bersatu atau mahu bekerjasama dengan Bersatu.”

Ogos lalu, Muhyiddin melontarkan cadangan PN bekerjasama dengan pembangkang kerana katanya “demi menyelamatkan negara agar tidak terus terjerumus ke dalam kancah kleptokrasi, rasuah dan salah guna kuasa (Disember beliau dilaporkan berkata PN tidak akan bekerjasama dengan PH).”

PH menolak cadangan terbaharu itu kerana menurut Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, pelawaan itu bukan untuk menyelamatkan rakyat seperti yang didakwa Muhyiddin, tetapi “ia untuk menyelamatkan jawatan dan kedudukan mereka yang mereka dapat hasil mengkhianati mandat rakyat pada PRU14″.

Berbalik pertemuan Muhyiddin dan Hadi pada malam 26 Sept lalu. Apa yang Muhyiddin umumkan seterusnya, sesuatu yang menggemparkan.

“Saya diberi bayangan dalam tempoh terdekat, PAS akan buat keputusan muktamad ‘to cut off, they will have nothing to do with Umno’.”

,Jika atau apabila itu berlaku, MN akan secara rasminya “berkubur”. Ertinya. PAS bersama Bersatu dalam PN akan menentang Umno-BN pada PRU15. Gempar tak?

Namun, setakat ini, apa yang kita dengar ialah apa yang Muhyiddin kata Hadi kata kepadanya. Bak kata Muhyiddin, beliau diberi “bayangan”. Ertinya, apa yang dibayangkan Hadi kepada Muhyiddin.

Jelas Muhyiddin sudah membuat lontaran, yakni membuat pengumuman terbuka mengenai “hasrat” PAS. Mendahului PAS. Seakan “commit Hadi”. Kita tunggu langkah Hadi pula. Seperti dikatakan awal tadi – Muhyiddin dan Hadi bijak atur strategi.

Logika membingungkan Zahid

MOHAMED HANIPA MAIDIN

Selepas dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah di bawah Akta SPRM dan Kanun Keseksaaan, Yb Presiden Umno dilaporkan media berkata, antara lain,

“Dari hari pertama sehingga keputusan hari ini, saya amat yakin bahawa perlaksanaan perundangan telah diteliti dan dilaksanakan oleh yang arif hakim”

Dia juga dilaporkan berkata:

“…..namun saya istiqamah dan amat yakin bahawa pertuduhan-pertuduhan itu tidak pernah saya lakukan.”

Dan akhirnya, dia juga dilaporkan berkata:

“Dan saya amat yakin sebagai pengerusi BN dan presiden Umno, ini kejayaan Umno-BN.”.

Jom kita jawab “seriatim” tok loya habaq (jawab satu persatu).

Ulasan hujah pertama

Bila dia menang, dia habaq yang dia “yakin pelaksanaan perundangan telah diteliti dan dilaksanakan oleh yang arif hakim”.

Nak tanya sikit je “Yb rasalah masa Najib diputuskan bersalah oleh 9 orang hakim (5 di mahkamah persekutuan, 3 di mahkamah rayuan dan 1 di mahkamah tinggi) ke atas kesemua 7 pertuduhan jenayah itu, ketika itu Yb yakin ke perlaksanaan perundangan telah diteliti dan dilaksanakan oleh yang arif hakim?”

Ulasan hujah kedua

Bila dia tidak dipanggil membela diri, maka dia pun habaq yang dia yakin bahawa pertuduhan-pertuduhan (40 pertuduhan je) tidak pernah dilakukakan oleh dia.

Baiklah YB. Jika kita guna logika Yb iaitu YB dikira tidak melakukan kesemua pertuduhan dalam kes di mahkamah tinggi Shah Alam kerana Yb telah tidak dipanggil membela diri di akhir kes pendakwa, jadi macam mana pula jika Yb dipanggil membela diri di akhir kes pendakwa seperti kes YB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melibatkan juga pertuduhan rasuah?”

Bukankah jika kita guna logika Yb tersebut, maka ia akan jadi begini “Di Shah Alam itu YB dikira tidak bersalah sebab Yb tak dipanggil membela diri, maka di Kuala Lumpur Yb logiknya dikira bersalahlah kot sebab Yb kan telah dipanggil membela diri di sana? Ke lagu mana?

Maaf, saya hanya guna 100% logika YB sahaja – tak tambah dan tak kurang-.

Ulasan hujah ketiga

Hujah ketiga dia adalah oleh kerana dia telah tidak dipanggil membela diri, maka ia adalah kejayaan Umno-BN!

Baiklah untuk ulas hujah itu saya sekali lagi nak guna pakai logika dia sahaja.

Ikut logika dia bila dia tidak dipanggil membela diri, ia adalah kejayaan Umno-BN!

Oleh itu, mengguna logika yang sama, apabila ada pemimpin Umno-BN -termasuk kes dia- yang mahkamah pi panggil untuk bela diri,maka logiknya ia adalah kegagalan Umno-BN kan?

Dan dalam kes Najib bukan sahaja dia dipanggil membela diri, malahan 9 orang hakim putuskan dia bersalah! Tak ada seorang hakim pun yang ragu Najib bersalah!

Jadi yang kes Najib itu kejayaan atau kegagalan Umno-BN?

Takpe lah YB, kami setuju lah ia kejayaan Umno-BN ..kejayaan bagi hujah atau logika yang amat-amat membingungkan!

Ok dont worry be happy.

Penagih mengamuk, dua anggota polis parah ditetak

MOHD HARIS FADLI MOHD FADZIL

SHAH ALAM - Perselisihan antara seorang penagih dadah dan abangnya bertukar tragedi apabila dua anggota polis cedera parah ditetak menggunakan parang ketika cuba menahan suspek di Kampung Sungai Kandis, Seksyen 36, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, ketika kejadian, mangsa, Inspektor Mohd Zulhusni Hasani dan Lans Koperal Mohammad Ridzuan ke lokasi menjalankan tindakan susulan berhubung perselisihan berkenaan.

"Inspektor Mohd Zulhusni Hasani dan Lans Koperal Mohammad Ridzuan Marsudi bersama empat anggota lain membuat tindakan susulan bersabit kes yang disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan melibatkan suspek.

"Suspek didapati mengamuk, menghempas pasu bunga dan melanggar kereta jenis Honda Accord milik abangnya menggunakan sebuah pacuan empat roda jenis Nissan Navara serta mengejar abangnya dengan sebilah parang," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Iqbal berkata, setibanya pasukan polis di lokasi kejadian, suspek lelaki tempatan berusia 47 tahun enggan memberikan kerjasama dan bertindak mengunci pintu rumah.

"Suspek tinggal seorang diri di rumah terbabit yang terletak bersebelahan dengan kediaman abangnya yang berusia 53 tahun," jelasnya.

Beliau berkata, Mohd Zulhusni bersama pasukan polis berjaya masuk ke dalam kediaman terbabit dan Mohd Ridzuwan terpaksa melepaskan satu das tembakan untuk mempertahankan diri berikutan suspek bertindak agresif dengan melibas parang ke arahnya.

"Bagaimanapun, suspek terus menyerang dan melibas parang ke arah Mohd Ridzuwan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di pergelangan tangan kiri sehingga tiga jari tidak dapat digerakkan.

"Mohd Zulhusni juga mengalami kecederaan di pergelangan tangan kanan ketika bersama pasukan polis bergelut untuk menangkap suspek," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Iqbal memberitahu, kedua-dua anggota terbabit telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan dan berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau dan ujian air kencing didapati positif dadah jenis methamphetamine dan THC.

"Suspek yang juga seorang penganggur direman tiga hari bermula Selasa untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 307 dan 326 Kanun Keseksaan," ujar beliau.

Saksi: Wanita kongsi tangkap layar gambar lucah, perbualan Ebit Lew

Bernama

Perbicaraan kes Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, bermula hari ini dengan Mahkamah Majistret Tenom di SAbah mendengar keterangan pakar motivasi yang membantu seorang mangsa gangguan seksual membabitkan pendakwah selebriti itu.

Mohd Fairuz Abu, 37, memberitahu mahkamah bahawa seorang wanita yang menggunakan nama samaran menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp selepas dia memuat naik hantaran mengenai seorang pendakwah terlibat dalam kes gangguan seksual di laman sosial Facebook pada 26 Julai tahun lepas.

"Pada awalnya, dia tidak memperkenalkan diri dan menyebut namanya. Dia bertanya siapa individu yang saya maksudkan dalam hantaran itu.

"Apabila saya sebut hantaran itu berkaitan Ebit Lew maka wanita tersebut terus berkongsi tangkap layar perbualan Ebit Lew dengannya dan juga gambar lucah yang diberi oleh Ebit melalui WhatsApp," katanya di hadapan majistret Nur Asyraf Zolhani ketika menjawab soalan timbalan pendakwa raya Zahida Zakaria.

Saksi itu berkata dia turut menghantar tangkap layar yang dikongsi mangsa kepada individu bernama Firdaus Wong yang sedang mengendalikan kes sama membabitkan tertuduh dan wanita lain.

Ketika ditanya Zahida tindakan selepas menghantar tangkap layar itu kepada Wong, Mohd Fairuz berkata pada 27 Julai tahun lepas, dia menghubungi wanita tersebut menerusi panggilan telefon untuk mendengar kronologi penuh gangguan terhadapnya.

"Pada awalnya, dia takut-takut dan berasa tidak selamat untuk berkongsi namun selepas saya menenangkannya, barulah dia kongsikan dari A-Z (daripada awal hingga akhir).

"Saya mencadangkan kepada wanita itu untuk membuat laporan polis tetapi dia takut dan berkata 'saya ni orang kecil saja. Ebit Lew orang besar. Jadi saya tak nak buat laporan," katanya.

Mohd Fairuz berkata wanita itu kemudian meminta tempoh untuk berbincang dengan suaminya sebelum membuat laporan polis pada 7 Ogos tahun lepas.

Saksi itu berkata dia pernah bertemu secara peribadi dan mampu mengecam wanita tersebut yang hadir di mahkamah dengan kawalan ketat.

Mohd Fairuz turut mengecam Lew.

Pendakwah selebriti itu berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lepas.

Lew, 37, didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

-Bernama

Penyatuan Pas-Umno bukan atas prinsip Islam tetapi atas perebutan kuasa

FAIZ FADZIL

Kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan semalam yang menyatakan parti Melayu Islam bukan musuh dilihat sebagai bibit-bibit perpecahan Perikatan Nasional (PN) dan tindakan terdesak Pas untuk bergabung semula dengan Umno di bawah Muafakat Nasional (MN).

Umum juga sedia maklum permusuhan antara Umno dan Bersatu tidak dapat dipulihkan dan oleh itu amat mustahil untuk ketiga-tiga parti ini bergabung.

Pendirian Pas yang flip flop dalam memilih sama ada suami lama atau suami baru ini menunjukkan keadaan sebenar ketiga-tiga parti ini sedang berebut kuasa dengan menunggang sentimen Melayu Islam.

Hakikatnya, gabungan tiga parti ini dalam kerajaan susulan pengkhianatan Langkah Sheraton telah membentuk kerajaan yang tidak stabil dan ketidakstabilan politik ini akan berterusan sungguhpun selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seandainya mereka peroleh majoriti.

Pas yang selama ini menjadikan Umno sebagai musuh tradisi sekarang sanggup menggadaikan perjuangan asal demi mendapatkan kuasa dengan bergabung dengan Umno.

Parti yang telah dikafirkan Pas sehingga menimbulkan perpecahan dalam kalangan masyarakat kini didambakan untuk bersama kononnya atas nama Melayu Islam hanyalah candu politik untuk mengaburi pemikiran rakyat.

Bergabung dengan parti yang korup bukanlah dituntut Islam.

Pelaksanaan hukum hudud melalui pindaan RUU355 yang menjadi jambatan kepada penggabungan Pas Umno sebelum PRU ke-14 kini tidak lagi menjadi agenda perjuangan kedua-dua parti sedangkan mereka menerajui kerajaan hari ini.

Jika dahulu Pas bersungguh-sungguh menentang maksiat seperti judi, namun sekarang Pas sanggup bersekongkol dengan Umno menaikkan cabutan judi khas nombor ekor dari 8 kepada 22.

Suara anak muda Pas yang dahulu menentang keras sebarang bentuk hiburan, kini berjinak-jinak membenarkan konsert besar-besaran di Kelantan. Cukup mudah Pas dijinakkan Umno, dan bukan sebaliknya Umno yang ditarbiyahkan Pas.

Perubahan kompas politik Pas ini hakikatnya bukanlah penggabungan berpremiskan prinsip Islam, tetapi demi berebut kuasa.

Hujah Pas untuk bergabung dengan Umno atas nama Melayu Islam jauh meleset daripada perjuangan menyelamatkan kedudukan orang Melayu.

Umno yang telah memerintah negara selama 60 tahun yang menjadi punca kepada kehilangan berbilion ringgit institusi dana awam Melayu seperti Tabung Haji, MARA dan FELDA.

Pemimpin Umno yang terpalit dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa kini dihulurkan tangan persahabatan sehingga menimbulkan persepsi negatif rasuah itu halal.

Sedangkan dalam Islam, penggabungan perlu dibuat atas prinsip menegakkan prinsip Islam dan bukan atas premis kuasa semata-mata.

Jika tidak, sudah pasti Rasulullah SAW telah bergabung dengan Quraish mentadbir Mekah, tetapi berhijrah ke Madinah menjadi pilihan.

Allah juga berfirman dalam surah Ali ‘Imran: 103 yang bermaksud; “Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan jangan berpecah belah”.

Justeru, bergabung dengan parti yang korup bukanlah dituntut Islam sedangkan Islam menuntut umatnya berjuang menentang rasuah yang merupakan satu bentuk kezaliman.

Maka, penggabungan Pas Umno demi berebut kuasa jauh tersasar dari prinsip Islam sebenar.

PAS dah kuasai seluruh negara jika benar diberi RM90j - Haji Hadi

Malaysiakini

Abdul Hadi Awang berhujah, PAS sudah pasti boleh menguasai keseluruhan Malaysia jika benar parti itu menerima dana bernilai RM90 juta seperti didakwa sesetengah pihak.

Pada masa sama presiden PAS itu juga menganggap Umno sebagai "sangat bodoh" jika menyerahkan dana sebanyak itu.

Menegaskan penafian panjang lebarnya, presiden PAS itu berkata, partinya memang tidak ada menerima dana sebanyak itu daripada Umno.

Menurutnya ramai orang kaya tidak bersedia untuk menyumbang kepada PAS kerana mereka tidak percaya parti itu boleh menang sehingga berjaya memerintah kerajaan pusat.

"Namun, PAS boleh bertanding dalam pilihan raya hasil derma ahlinya di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak, dan kebanyakannya bertanding di kawasan Umno.

"Tiba-tiba, PAS mampu menawan tiga buah negeri dan berada dalam kerajaan Pusat dengan langkah mengajak Umno, Bersatu dan pihak-pihak lain bersama menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang rapuh.

"Justeru, dengan RM90 juta jika benar adanya, sudah pasti membolehkan PAS menguasai negara sepenuhnya.

"Dan jika benar, Umno yang menyogok RM90 juta sangat bodoh kerana melakukan suatu perkara yang boleh membunuh dirinya sendiri," katanya hari ini.

Abdul Hadi berpandangan, dengan dana yang sebanyak itu, tentulah PAS bukan saja mampu menghadapi PH malah mengalahkan Umno yang sebelum ini menguasai seluruh negara.

Tambah duta khas bertaraf menteri itu lagi jika benar PAS menerima RM90 juta daripada Umno, tentu lebih mudah untuk parti terbabit "meranapkan PH" yang didakwanya banyak berbelanja untuk media sosial.

Sebaran itu, dakwa Abdul Hadi merupakan pembohongan dan "tidak berakidah serta ideologi" kerana ahli parti gabungan terbabit menganut pelbagai kepercayaan.

"PAS juga tidak mampu mengadakan media sosial bagi menjawabnya kerana terlalu mahal, apatah lagi untuk menyiarkan fitnah, menipu dan berbohong besar.

"Balanya tidak mampu dibayar dosanya dengan duit berkali ganda RM90 juta," katanya.

Percaya kepada pahala

Pada 6 Ogos 2016, portal Sarawak Report mendakwa PAS menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu bagi menyokong Umno dan BN menghadapi PRU.

PAS bukan saja menafikan dakwaan tersebut, malah Abdul Hadi kemudian mengambil tindakan mahkamah terhadap editor portak terbabit, Clare Rewcastle-Brown di London pada 21 Apr 2017.

Bagaimanapun pada 2 Feb 2019 Abdul Hadi sendiri memutuskan untuk menyelesaikan saman tersebut di luar mahkamah. Clare dilaporkan mengakui menerima bayaran berjumlah RM1.4 juta daripada Abdul Hadi bagi tujuan berkenaan.

Kata Abdul Hadi PAS mempunyai lebih sejuta ahli di 197 kawasan, selain ribuan cawangan, markas, institusi prasekolad Pusat Asihan Tunas Islam (Pasti), sekolah rendah, sebilangan sekolah menengah dan beberapa pusat pengajian tinggi.

Tambah ahli parlimen Marang itu lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sudah mengesahkan tiada wang sebanyak RM90 juta dimasukkan ke akaun rasmi parti.

PAS juga, katanya, sentiasa membuka pintu kepada SPRM untuk menyiasat jika ada sebarang keraguan kerana parti itu mahu bersih daripada sebarang unsur haram.

Mengenai tuduhan yang dilemparkan kepada PAS, Abdul Hadi berkata, parti itu percaya mereka mendapat ganjaran "pahala percuma" dengan fitnah dan kemarahan yang disasarkan terhadapnya.

"Hal ini kerana, ahli PAS percaya kepada kelebihan perjuangan Islam yang menjadi tugas PAS, serta janji Allah SWT yang diyakini dan diimani.

"Walau apa jua tuduhan yang dilemparkan, ahli dan pemimpin PAS tetap percaya kepada pahala yang dijanjikan Allah kerana akidah perjuangan yang menjadi pegangannya.

"Tidak seperti mereka yang berideologi bukan berakidah, atau mereka yang meletakan akidah menjadi hiasan luarnya sahaja tanpa peduli soal pahala dan dosa," katanya.

Abdul Hadi menambah, ahli PAS tidak akan menggadaikan perjuangan mereka dengan harga RM90 juta atau pangkat dan kedudukan.

"Terima kasih kepada perdana menteri (Ismail Sabri Yaakob) yang membuat kenyataan terbuka bahawa PAS tidak meminta jawatan dalam kerajaan seperti parti lain, tetapi menerima apa sahaja tanggungjawab mahupun jawatan yang diamanahkan" jelasnya.

Ebit Lew tiba untuk perbicaraan kes gangguan seksual

Yun Mikail

am@hmetro.com.my

EBIT Lew tiba di Mahkamah Majistret Tenom. FOTO Yun Mikail

EBIT Lew tiba di Mahkamah Majistret Tenom. FOTO Yun Mikail

Tenom: Pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, tiba di Mahkamah Majistret Tenom di sini, hari ini, untuk menghadiri perbicaraan hari pertama kes pertuduhan gangguan seksual yang dikaitkan dengan dirinya.

Ebit tiba di perkarangan mahkamah, kira-kira 9 pagi, dengan menaiki pacuan empat roda Toyota Land Cruiser warna hitam, dan diiringi beberapa kenderaan lain.

Beliau yang memakai baju kemeja serba hitam serta berkopiah putih, ditemani peguam serta sekumpulan individu, kelihatan tenang dan memberikan senyuman ketika memasuki pintu utama mahkamah.

Ebit, pada 18 Februari lalu, didakwa atas 11 pertuduhan membabitkan hantaran gambar serta perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

Semua kesalahan itu didakwa berlaku ke atas seorang wanita Melayu di daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021.

Ebit didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali, bagi setiap pertuduhan.

Dakwaan terhadap Ebit dilakukan susulan laporan polis yang dibuat pada 7 Ogos 2021.

Perbicaraan kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan Ebit Liew dijadual berlangsung dari 27 hingga 30 September.

Pengurus Bank: RM2.08 bilion masuk ke akaun peribadi Najib pada awal 2013

Malaysiakini

KES 1MDB | Seorang pengurus cawangan bank memberi keterangan bahawa Najib Razak menerima lebih RM2.08 bilion masuk ke dalam akaun banknya pada awal 2013.

R Uma Devi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini bahawa bekas perdana menteri itu menerima RM2,081,476,926.00 dalam akaunnya berakhir dengan nombir 694 di AmIslamic Bank, melalui sembilan peringkat pindahan, antara Mac dan April tahun itu.

Saksi pendakwaan ke-37 itu memberi keterangan bahawa RM2,034,350,000 kemudian dipindahkan daripada akaun bekas menteri kewangan itu melalui lima transaksi antara 2 dan 23 Ogos 2013.

Semasa membacakan keterangan saksi bertulisnya, Uma Devi (gambar, bawah) berkata wang RM2.08 bilion itu dimasukkan ke dalam akaun tertuduh antara 22 Mac dan 10 April 2013.

Dia memberi keterangan semasa perbicaraan rasuah 1MDB bernilai RM2.28 bilion terhadap Najib yang berada di kandang tertuduh mahkamah.

Najib sedang dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.28 bilion daripada syarikat pelaburan negara.

Dalam kenyataan pembukaan pendakwaan pada permulaan perbicaraan pada 28 Ogos 2019, timbalan ketua pendakwa raya Gopal Sri Ram (gambar, bawah) berhujah bahawa jenayah itu didakwa dilakukan melalui empat fasa antara 2011 hingga 2014.

Pendakwa berhujah bahawa sembilan pertuduhan pengubahan wang haram yang pertama berkaitan dengan dakwaan menerima RM2,081,476,926 yang menjadi perkara pertuduhan ketiga dan wang itu dikatakan masuk ke dalam akaun tertuduh yang berakhir dengan nombor 694 di AmIslamic Bank.

Pihak pendakwaan mendakwa antara 2 Ogos 2013 dan 23 Ogos 2013, tertuduh memindahkan sejumlah RM2,034,350,000 kepada Tanore Singapura.

Pendakwa raya juga mendakwa bahawa pada masa yang sama, tertuduh telah menggunakan baki RM22,649,000 untuk membayar empat entiti dan seorang individu, kerana kes pendakwaan mengatakan semua bayaran ini memberi manfaat kepada tertuduh.

Prosiding perbicaraan 1MDB di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah ditetapkan bersambung esok hingga Khamis minggu ini.

Berhubung empat pertuduhan salah guna kuasa, ahli parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad cawangan Jalan Raja Chulan di Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib dikatakan melakukan kesalahan itu di bank yang sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.

Pihak pendakwaan berhujah bahawa salah laku di 1MDB dilakukan oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low) dan beberapa yang lain, dengan restu Najib.

Pasukan pembelaan tertuduh bagaimanapun mendakwa bekas perdana menteri itu tidak mengetahui jenayah yang dilakukan di 1MDB dan penyelewengan itu hanya didalangi oleh Low dan ahli pengurusan syarikat yang lain.

Uma juga sebelum ini memberi keterangan bagi pihak pendakwaan dalam perbicaraan jenayah berasingan terhadap Najib membabitkan dana RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Kedua-dua 1MDB dan SRC International dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

Najib juga pernah menjadi pengerusi lembaga penasihat 1MDB dan berkhidmat sebagai penasihat emeritus kepada SRC International.

Ahli Parlimen Pekan itu sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun, selepas Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos menolak rayuannya terhadap sabitan SRC International atas tujuh pertuduhan jenayah, serta hukuman penjara dan denda RM210 juta sebagai ganti tambahan penjara lima tahun tambahan.