"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahli Dewan tertangkap Menonton Video Lucah dituntut letak jawatan

Ustaz Saiful Bahri

Seorang ahli Parlimen ditangkap kamera seorang ahli media ketika sedang melayari video lucah menggunakan Tablet PC ketika Speaker, Marzuki Ali sedang mengumumkan keputusan perbahasan dikala menghadiri persidangan dewan di bangunan DPR (Dewan Perwakilan Rakyat) di Jakarta Jumaat kelmaren.


Tingkahlaku Ahli DPR itu iaitu Arifinto dari Parti PKS telah menimbulkan polemik sehingga Anggota Front Pembela Islam (FPI), Munarman, menyatakan anggota DPR yang terbukti dengan sengaja menyaksikan video porno agar meletak jawatannya. Pengunduran diri merupakan langkah yang merupakan satu tanggung jawab moral

Di Amerika Syarikat, kes seperti ini (anggota dewan yang membuka video porno) pernah terjadi dan akhirnya anggota tersebut meletak jawatan. Inilah sepatutnya dilakukan oleh anggota DPR,” ujar Munarman ketika dihubungi pihak media.
Munarman memandang apa yang dilakukan anggota DPR dari Fraksi PKS, Arifinto, itu mungkin kes disengajakan. Belum dipastikan apakah Arifinto sengaja atau tidak ketika mengakses laman porno tersebut. “Kalau dari pengakuannya, beliau tidak sengaja saat membuka email yang tidak jelas,” katanya.

Sementara, Arifinto berharap kesnya tidak berpanjangan. Dia menegaskan bahwa film porno yang ia buka di gadgetnya itu tidak sengaja. Film itu berasal dari link di dalam email yang ia terima.

Ketika ia mengklik link tersebut, ternyata diarahkan ke laman yang menayangkan film porno. Sebab itu, cepat-cepat ia mematikan gadgetnya dan menghapus film tersebut. "Saya harap ini jangan jadi fitnah berkelanjutan," kata Arifinto. "Saya bukan orang yang menikmati nonton film itu.''

Hah! Itu di Indonesia. Bagaimana dengan negara kita yang kaya dengan tamaddun dan budi bahasa ini? Ahli parlimen menuntut supaya ditayangkan di Parlimen supaya ditonton ahli semua ahli perlimen video lucah yang dikatakan pimpinan PR sebagai pelakonnya. Nasib baik speaker tidak mengizinkan.

Inilah gambaran politik longkang yang disebut oleh Ku li (Umno Gua Musang) yang telah melanda dunia politik kita. Bagaimana anak-anak remaja rakyat bawahan? Kalau beginilan mentaliti para bapak rakyat… nescaya anak-anak akan kencing berlarilah jawabnya!!! 

“Dalam video seks orang kenal siapa Tan Sri Rahim (Thamby Chik),” kata Azalina.

FMT
SHAH ALAM: Umno sedang menghadapi masalah dengan orang Melayu menyebabkan mereka tidak menyokong parti itu,, kata bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Umno menghadapi masalah dalaman hingga orang benci kepada Umno.

“Banyak sabotaj dalam Umno, ” katanya di majlis dengfan Puteri Umno Selangor hari ini.

Beliau berkata, pegawai kerajan dari kementerian pengajian tinggi, jabatan pelajaran pejabat tanah tidak sokong kerajaan.

“Kita ada masalah imej Melayu. Kes SPRM, kes video seks Anwar (Datuk Seri  Anwar Ibrahim).

“Telah dimanipulasi hingga orang kata Umno yang buat.

“Dalam video seks orang kenal siapa Tan Sri Rahim (Thamby Chik),” tambahnya.

Azalina  berkata, Umno juga menghadapi masalah dengan pengundi  Melayu di bandar.

Katanya, profesional Melayu bandar tidak pedulikan Umno, sebaliknya mementingkan soal gaji dan keluarga mereka.

“Ada wakil rakyat kita (Melayu) yang orang menyampah, ada berjabat tangan tidak tengok muka,” katanya.

Jangan kata video, DNA juga bukan bukti dalam Islam – Shura


KUALA LUMPUR: Kekeliruan dan ketidakpastian dalam tuduhan zina tidak diterima sebagai bukti dalam ajaran Islam sekalipun melibatkan video mahupun asid deoksiribonukleik (DNA), kata Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Samsudin.
“Yang dituntut syariat bukan seperti kain mengelembung untuk mensabitkan seseorang dalam tuduhan berzina tetapi empat saksi yang melihat situasi yang berlaku seperti timba masuk ke perigi.
“Islam menuntut apa yang jelas. Yang tidak pasti, tidak boleh dijadikan bukti kerana boleh menimbulkan kekeliruan, contohnya sampel DNA. Ia juga tidak boleh dijadikan bukti kerana al-Quran tidak menyatakan hal itu.
“Walaupun DNA itu benar tetapi tidak boleh dipastikan sama ada dilakukan atau tidak perbuatan tersebut. Contohnya, dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tuduhan Saiful,” katanya kepada Keadilan Daily sambil menegaskan ia bukan bermakna Islam menolak perkembangan kemajuan.
Ghani menegaskan, pensabitan jenayah mengikut ajaran Islam adalah melalui qazaf, bukan mengguna pakai pelbagai kaedah lain yang sama sekali tidak pernah dianjur agama itu.

“Islam sangat berhati-hati dan tidak menganjurkan cara menjadikan video lucah sebagai bukti. Kalau menggunakan rakaman, itu mesti dikaji siapa yang rakam, pengakuan polis tetapi semua itu boleh dipalsukan,” katanya.
Ditanya status Malaysia sebuah negara Islam, beliau menganggapnya penganugerahan itu hanya semata-mata nama sedangkan pentadbiran negara tidak mengikut syariat sebenar.
“Kalau ikut Islam, mesti hargai kedudukan agama yang disanjung dan diangkat tetapi  yang berlaku sekarang semuanya tidak betul kerana salah guna kuasa dan pelbagai penindasan berlaku.
“Jika betul negara Islam, keadilan perlu ditegakkan. Tetapi pemimpin Umno ikut dasar Melayu, bukan Islam,” katanya.

Skandal Seks dan Rasuah Najib Berakhir Dengan Pembunuhan

setisab
Skandal fitnah yang dicipta olih Datuk T (Trio Tamak Tipu Temberang) dengan niat jahat disebarkan untuk menjahanamkan bukan hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi juga merosakkan generasi akan datang. Skandal seks dan rasuah yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah Mansur berakhir dengan pembunuhan zalim dan pihak berwajib masih gagal menjalankan siasatan telus serta menyeluruh. Di manakah kewibawaan Umno/BN sebagai pemerintah?

Dari Arkib Kerajaan Rakyat: Thursday, July 3, 2008

Malaysia hari berada dalam keadaan yang amat memalukan apabila Timbalan Perdana Menterinya, Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansur telah mencemarkan nama negara dengan berbagai pelakuan sumbang dan jijik yang diperakukan secara bersumpah oleh rakyat. 

Penyiasat persendirian, Balasubramaniam Perumal hari ini mendedahkan Timbalan PM telah melakukan hubungan seks dengan Altantuya.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat KeADILan pagi ini, Balasubramaniam telah memberikan beberapa butiran yang menunjukan hubungan Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak bersama dengan Altantuya.

Beliau turut mendedahkan Najib Razak telah memperkenalkan Altantuya kepada Penganalisa Politik, Razak Baginda di satu pameran berlian di Singapura.

Namun apa yang menggemparkan adalah: Najib pernah menyetubuhi mangsa. Menurut Balasubramaniam, siasatan beliau mengesahkan berlakunya hubungan seksual diantara Timbalan Perdana Menteri itu dan mangsa.

Tambah Balasubramaniam lagi, mangsa tiada masalah untuk diliwat oleh Timbalan Presiden Umno (Najib Razak) itu.

Dalam akuan berkanunnya, Balasubramaniam berkata beliau pernah berbual dengan Altantuya - yang dikenali juga sebagai "Aminah" - di luar pagar rumah Abdul Razak pada 19 Oktober tahun itu semasa bertugas mengawal rumah majikannya.

Dalam perbualan mereka, penyiasat itu mendakwa wanita itu memberitahunya:

* Altantuya bertemu dengan Abdul Razak dan Najib di Singapura.

* Mereka bertiga pernah makan malam bersama di Paris.

* Wanita itu pernah dijanjikan wang komisyen US$500,000 berhubung urusan pembelian kapal selam.

* Altantunya memerlukan wang untuk menebus kembali rumah yang dibelikan untuknya oleh Abdul Razak tetapi telah dibiayai semula oleh saudara lelakinya.

Selain maklumat tersebut, dakwa Balasubramaniam lagi, penganalisis politik yang dekat dengan pemimpin negara itu juga memberitahunya:

* Najib memaklumkan kepadanya (Razak Baginda) bahawa mereka berdua (Najib dan Altantuya) pernah melakukan hubungan seks.

* Oleh sebab beliau sekarang timbalan perdana menteri, Najib meminta Abdul Razak menjaga Altantuya agar wanita berkenaan tidak mengacaunya.

* Ketiga-tiga mereka – Najib, Abdul Razak dan Altantuya - didakwa pernah makan malam bersama di Paris.

* Altantuya menuntut wang komisyen sebanyak US$500,000 daripadanya berhubung pembelian kapal selam Malaysia di negara itu.
................

Dalam satu perkembangan lain Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku bahawa Saiful Bukhari Azlan datang menemuinya beberapa hari sebelum dia membuat laporan mendakwa diliwat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menanti anak sulung kembar PAS di Beting Maro, Sebuyau

WAN NORDIN WAN YAACOB
Lima hari berada di Kuching, Batang Lupar, Saratok dan sekitar Kota Samarahan, menyaksikan gelagat siasah dan permainan politik masyarakat di Sarawak amat mengujakan.

Lambang bukan ukuran seseorang untuk dicap sebagai penyokong sesebuah parti, sebaliknya mereka mampu melakukan  apa yang disebut sebagai 'U Turn' yang besar.

Lambang dacing dibaju yang dipakai pengundi bukanlah satu jaminan mereka akan memangkah calon BN yang majoritinya  mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Sebaliknya, lambang dacing kini hanya sekadar hiasan untuk masyarakat di sini mendapatkan wang ketika berarak menuruti calon.

Harakah sempat membuat tinjauan dalam empat kawasan Dun daripada lima  kerusi yang ditandingi PAS, iaitu Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya dan Muara Tuang bermula 5 hingga 9 April.

Hari penamaan calon pada 6 April lalu sudah menceritakan segalanya. Bagaimana di Beting Maro, calon PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus diarak bagai artis oleh penduduk setempat yang dahagakan perubahan.

Rumah-rumah panjang yang dulunya sukar ditembusi kini menjadi ladang kempen PAs. Malah beberapa Tuai Rumah (Ketua Rumah Panjang) memberikan sokongan terus dan jaminan untuk membaw anak-anak buahnya memangkah Abang Ahmad Kerdee, pada 16 April ini.

Di Muara Tuang, keadaan berbeza sedikit dengan politik masyarakatnya masih belum mampu menerima perubahan yang dibawa PAS dan Pakatan Rakyat. Pengundinya rata-rata kelihatan  masih takut dan tidak mahu untuk membuka ruang kepada PAS untuk menerangkan tentang perjuangan dan dasar keadilan Islam yang dibawa PAS selama ini.

Tetapi, paling menarik perhatian, corak politik yang ditonjolkan masyarakat Melayu dan Iban di Sebuyau, sebuah kawasan yang dahulunya cukup kuat berpegang kepada 'khurafat' bahawa yang boleh memerintah hanyalah BN-PBB.
Kali ini, rata-rata pengundi seakan tidak menghiraukan apa sahaja yang diperkatakan BN mengenai pembangkang (Pakatan Rakyat) khususnya PAS yang bertanding di Sebuyau.

Calon PAS, Adam Ahid yang juga Pesuruhjaya PAS Sarawak mendapat sambutan hangat di Sebuyau, malah kehadiran beliau di kawasan Iban serta penempatan Melayu sekitar Kampung Lebaru dan beberapa kampung lain, juga  di pekan Sebuyau nyata disenangi.

Beberapa penduduk tempatan yang ditemui di surau Pekan Sebuyau berkata, masyarakat di sini akan melakukan 'U Turn' untuk tidak lagi menyokong BN, sebaliknya mereka mahukan pembaharuan.

Pembaharuan yang dimaksudkan adalah dengan menyokong calon PAS agar kerajaan yang ada hari ini sedar bahawa kuasa rakyat besar untuk mengajar erti menghormati hak dan tanggungjawab kerajaan kepada rakyat. Demikian kata seorang pengundi yang tidak mahu namanya disiarkan.

Sebuyau bukanlah sebuah kawasan yang membangun seperti di tempat lain di seberang Kuching, Muara Tuang, Samarahan, ataupun Bandaraya Kuching, jauh sekali mendapat kemudahan asas yang sebaiknya. sejak sekian lama masyarakat Sebuyau terpaksa menyeberangi sungai dengan menggunakan Feri di dua jeti, pertamanya Jeti First Point dan keduanya di Muara Tuang.

Kesusahan mereka ini tidak pernah dirasai pemimpin ataupun wakil rakyat kerana apa sahaja yang disuarakan rakyat langsung tidak  mendapat perhatian wakil rakyat, ataupun kerajaan Sarawak pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Hanya untuk menyeberangi jalan ke Kota Samarahan terpaksa menggunakan jeti dan ini menyukarkan. Sedangkan kerajaan mampu untuk menyediakan jambatan membuatkan pengundi di sini mula muak  dengan BN-PBB.

Kali ini, 'U Turn' yang dinyatakan mungkin sekali akan membawa masalah besar kepada BN di  Sebuyau, lantas politik baru akan segar dan malar di Sarawak jika PAS mampu membawa sinarnya seterang bulan.

Ia tidak termasuk soal kemiskinan, jalan raya yang 'bergelombang' dan kemudahan air yang kadang-kadang banyak masalahnya.

Analisis awal Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali mungkin menepati senario yang mahu digambarkan penulis, di mana BN sendiri meletakkan 'kesukaran' di beberapa Dun yang dahulunya dimenangi oleh PBB dengan majoriti tinggi.

Beting Maro dan Sebuyau, bak kata Mustafa, boleh menjadi 'anak sulung kembar' buat PAS di Sarawak melihatkan perkembangan setakat hari ini. Namun yang penting, kerja kuat jentera perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa menuju 16 April 2011.

Kali Ini Siapa Yang Akan Halang Kes Qazaf?

wfauzdin_ns
SEKALI lagi kes Qazaf telah dipohon untuk dibicarakan dan kes ini telah dibawa oleh AMK terhadap trio `three strooges' @ Datuk T. Kes tersebut telah dimohon melalui Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) beberapa hari lalu.

Ini adalah berlanjutan daripada fitnah video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar bersama seorang pelacur. Kita akan lihat selepas ini adakah kes Qazaf boleh dilaksanakan atau sama juga seperti sebelum ini di mana kes tersebut telah dihalang untuk dibicarakan sewaktu DS Anwar memohon agar kes Qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan. Semua tahu siapa yang memfailkan bantahan atau halangan agar kes Qazaf tidak dibicarakan walaupun menteri berkenaan berkokok ke hulu ke hilir kununnya bercakap atas dasar Islam.

Mungkinkah Qazaf tidak laku di negara ini sebaliknya cukup dengan menayangkan video pelakun berperut boroi? Benarkah puak mereka serius dengan Islam dan perundangannya? Tidak menghairankan jika beberapa kejadian pelik dan aneh berlaku di negara ini yang tidak masuk akal kerana kita sering menolak Islam di dalam beberapa perkara. Kita merasakan kita lebih adil dari undang-undang yang ditetapkan oleh Allah, sedangkan hakikatnya kita zalim dan jahil./

Riwayat Hidup Almarhum Sarbani, Pegawai Kanan Kastam

amkns
Dari Blog Singalautmetro. TENTANG ALLAHYARHAM AHMAD SARBANI MOHAMED. DICERITAKAN mereka yang mendakwa sebagai sahabat, rakan sekerja dan yang mengenali allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed. Latar kehidupan allahyarham amat berwarna-warni dan jika benar dakwaan rakan-rakan allahyarham, tidak hairanlah kenapa ramai menangisi dan meratap pemergiannya.
Kita ketepikan soal yang sedang disiasat pihak berkuasa. Kita jurus kepada latar kehidupan masa lampaunya. Allahyaraham dikatakan pernah mengambil LCE sebanyak tiga kali tetapi tidak pernah putus asa sehingga akhirnya berjaya sehingga memasuki universiti.

Allahyarham pernah bekerja di Pejabat Pos Ipoh dan Hospital Kuala Lumpur, dilaporkan seorang yang peramah dan amat suka membantu mereka yang dalam kesusahan. Hubungan dengan teman sekampung juga erat, manakala ketika tinggal di Kuarters Kelana Jaya, allahyarham dikatakan seorang yang amat rajin bersolat Subuh, Magrib dan Isyak di masjid Kelana Jaya.

Allahyarham diceritakan juga sering ke kuliah Subuh setiap hujung minggu di surau sama dan dilaporkan juga allahyarham dijangka menunaikan haji tahun ini. Allahyarham mengikut cerita telah menghadiri 5 minggu kursus asas haji.

Diceritakan lagi anak sulung allahyarham telah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan. Namun kini Ahmad Sarbani telah tiada. Yang tinggal tentulah kenangan yang tak mungkin pudar dari ingatan mereka yang mengenalinya.

(Ini adalah sebahagian daripada pandangan mereka yang mendakwa mengenali allahyarham di dalam blog ini)

KEADILAN UNTUK SARBANI!

Jerat Anwar Mengena, Kabinet `Tarik Handbreak'

wfauzdin_ns
JERAT yang dipasang oleh DS Anwar mengena dan berkesan. Saya telah menulis bagaimana mereka terjerat apabila terus mendesak agar ditubuhkan Suruhanjaya Bebas menyiasat kes video seks kununnya yang melibatkan Anwar dengan seorang pelacur.

Nazri Aziz orang yang paling bersemangat untuk mendesak agar Suruhanjaya Bebas ini ditubuhkan, begitu juga dengan beberapa pencacai yang lain termasuk raja katak dari Pasir Mas. Apabila Najib bersuara semalam yang seolah-olah bersetuju dengan Nazri, maka inilah yang ditungu-tunggu oleh Anwar.

Satu `ledakan peluru' tepat ke muka Najib apabila Anwar menyebut beliau tidak hairan sedikit pun tentang hajat mereka untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas berkenaan. Tetapi menurut Anwar, ada kes yang lebih besar dari itu iaitu kes wanita Monggolia yang dibom dengan menggunakan C4, kes moral tokoh penting negara di sebuah hotel Port Dickson dan terbaru kes kematian Pegawai Kastam di bangunan SPRM. Kesemuanya itu hendaklah ditubuhkan juga Suruhanjaya Bebas sebelum mahu bercerita pasal video seks lelaki berperut boroi itu.

Sekarang kita menanti apa jawapan Najib. Ternyata, serang balas Anwar mengejutkan Najib dan terbaru kabinet hari ini memutuskan kes video lucah itu akan dibawa ke Suruhanjaya Bebas SEKIRANYA pelakunnya telah dikenalpasti. Dilaporkan kenyataan Nazri, "Kerajaan akan hanya menubuhkan sebuah Suruhajaya Diraja (RCI) bagi menyiasat video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki yang dikatakan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas polis mengenalpasti pelaku dalam rakaman pita berkenaan" (Malaysiakini).

Jika sudah dikenalpasti pelakunnya, perlu apa lagi Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat? Mahu siasat apa lagi? Adakah jika pelakun yang berperut boroi itu dikenalpasti bukan Anwar, maka tiada Suruhanjaya Bebas? Jika mereka anggap sememangnya Anwar, baru tubuh Suruhanjaya Bebas? Kita hairan, Suruhanjaya Bebas ini untuk apa sebenarnya? Perlukah wujud Suruhanjaya Bebas semata-mata mahu selamatkan air muka mereka yang sudah semakin jelek itu?

Apa pun, jelas cabaran Anwar agar ditubuhkan juga Suruhanjaya Bebas di dalam kes Altantuya khususnya berkenaan `siapa yang mengarahkan' wanita Monggolia itu dibunuh amat memberi kesan sehingga ada `tarikan handbreak' pada keputusan kabinet hari ini. Syabas Anwar.

Wanita Aceh pengsan disebat kerana mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain meskipun sudah berkahwin


IRDAYANTI terpaksa diusung setelah dia pengsan selepas selesai menjalani hukuman sebat di Aceh Besar, Banda Aceh semalam.
BANDA ACEH: Dua pasangan Islam dihukum rotan selepas mereka didapati bersalah kerana melakukan perbuatan tidak bermoral, kata seorang pendakwa raya semalam.
Pasangan itu, Sudirman Bintang, 43, dan Irdayanti Mukhtar, 34, dirotan sebanyak sembilan kali kerana mereka masing-masing telah berkahwin tetapi menjalin hubungan sulit.
Mereka dirotan di halaman Masjid Al-Munawarrah, Jantho, Aceh Besar semalam dan disaksikan oleh ratusan orang selepas solat Jumaat.
"Punca mereka dihukum keras adalah kerana kedua-dua mereka sudah berkahwin dengan orang lain," kata pendakwa raya itu, Bendry Almy.
-Agensi-

Wanita Vietnam ditemui mati di hotel

LUMUT: Seorang wanita warganegara Vietnam ditemui mati, dipercayai dibunuh, di sebuah bilik hotel di Sitiawan dekat sini semalam, kata Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd Jamil Osman.
Katanya, mayat wanita berumur 23 tahun itu ditemui terbaring dalam sebuah bilik oleh pekerja hotel berkenaan pada 1.30 tengah hari.
"Salah seorang petugas hotel memaklumkan terdapat seorang wanita terbaring di atas katil yang dipenuhi kesan darah pada katil, tilam dan bantal sebelum pihak hotel melaporkan kejadian itu kepada polis,” katanya di sini hari ini.
Mohd Jamil berkata, mayat berkenaan berselimut manakala muka ditutup dengan sehelai jaket jeans dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan luka pada bahagian kepala dan muka mangsa.
Menurutnya, polis turut menemui tiga botol arak, dompet dan pasport milik mangsa di tempat kejadian.
- Bernama-

Orang yang lari dari medan peperangan 2008 sekarang bercita-cita nak jadi YDP

abu_farhan
Apakah ada nilai seseorang yang sebelumnya menjawat jawatan kedua tertinggi dalam hiraki parti di peringkat kawasan keluar meninggalkan parti dan jemaah disaat-saat menjelangnya pilihanraya umum 2008 yang lalu dengan seribu satu alasan tiba-tiba menjelang pemilihan parti 2011 lalu dan kini tiba-tiba muncul dengan tekad untuk merebut jawatan YDP PAS Kawasan Puchong....


Apakah individu ini ada maruah dan harga diri?...apakah individu ini layak memimpin parti dan jemaah?.... dalam sejarah perjuangan PAS sebelum ini banyak yang berkelakuan seperti orang Puchong ni...antaranya ada yang lari meninggalkan parti dan jemaah di saat pilihanraya seperti di Parlimen Titiwangsa sebelum ini dan akhirnya orang itu pun keluar meninggalkan parti dan khabarnya sekarang jadi orang kuat PKR kemudianya keluar.... yang sorang lagi kini tak tau jadi apa....

Berlainan kes di Puchong ni...keluar di saat pilihanraya 2008 dan bila PR memenangi dan memerintah Selangor...kembali terhegeh-hegeh dengan pelbagai gerakan sulit untuk merampas kuasa di Puchong...barangkali habuan dunia sudah nampak di mata mereka sekarang...hibah harta dan jawatan menjadi igauan sepanjang masa....

Tidakah orang yang lari dari medan peperangan menjadi satu kesalahan yang besar dalam islam dan tidakah wajar orang yang lari dari medan perjuangan ini layak digelar MUNAFIK HARAKI dan wajib dihukum?... kenapa orang seperti ini hendak dicalonkan sebagai YDP dalam mesyuarat Agung PAS Puchong akan datang?... Kalau pun YDP sekarang tidak berhasrat untuk mempertahankan jawatanya, tidakah ada calon yang lebih berwibawa untuk diketengahkan selain dari orang ini.....sesungguhnya orang ini tidak layak dan tidak layak untuk mengisi sebarang jawatan dalam hiraki parti kerana kesalahan lari meninggalkan parti sejurus berlangsungnya pilihanraya umum 2008 lalu.

'Berok naik nyioq’ nak alih isu UMNO songlap RM7 juta

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah baru-baru ini hanya berlangsung kira-kira satu setengah jam. Hampir keseluruhan sidang diisi dengan para Exco Kerajaan Negeri menjawab soalan dari ahli-ahli Dewan. Selesai sidang, ADUN BN merungut di hadapan media kononnya kerajaan negeri tidak memberi masa yang panjang untuk mereka mengemukakan lebih banyak soalan.

BN hanya meludah ke langit dan tertimpa batang hidung sendiri. Tempoh masa bagi sidang DUN untuk pertengahan atau penghujung penggal di Kedah memang begitu sejak separuh abad lalu.


 BN yang membuat peraturan itu dulu untuk menyekat pembangkang dari bertanya terlalu banyak soalan. Bila giliran mereka jadi pembangkang, rasailah pula peraturan yang mereka sendiri cipta dulu.

Media-media talibarut BN memfokuskan kepada isu ‘berok naik nyioq’ untuk membidas Menteri Besar kononnya menghina usaha BN membawa balik pelajar dari Mesir. Mereka cuma mahu mengalih isu.


Isu yang lebih besar dari ‘berok naik nyioq’ ialah pendedahan terperinci Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Amiruddin Hamzah berhubung penyelewengan kerajaan BN dulu menguruskan sebuah GLC iaitu Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (STDC).


Beliau mendedahkan bagaimana STDC telah membelanjakan lebih RM8 juta untuk sumbangan, walhal RM7.5 juta tidak diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk pelepasan cukai.

Akibatnya STDC terpaksa juga menjelaskan cukai sebanyak RM3.1 juta di samping denda atau penalti kira-kira RM1 juta, menjadikan jumlah keseluruhan yang terpaksa dibayar oleh STDC di bawah kerajaan PR sekarang ialah sebanyak RM4.1 juta. Semua beban yang ditinggalkan oleh BN itu terpaksa dijelaskan oleh kerajaan kini.

Pendedahan Amiruddin benar-benar menyebabkan semua ADUN BN panas punggung. Belum habis sesi soal jawab, bekas CEO STDC Dato’ Syed Sobri Syed Hashim yang juga merupakan ADUN Kuala Nerang bergegas meninggalkan Dewan.

Saya pernah menulis beberapa kali perihal penyelewengan STDC menjelang pilihanraya umum ke 12 yang membelanjakan wang GLC tersebut kira-kira RM2 juta untuk tujuan politik BN. Tapi penemuan kali ini lebih mengejutkan kerana jumlah sebenar duit STDC yang ‘disedekahkan’ kepada BN, khususnya Umno adalah jauh lebih besar.

Laporan pihak Audit berhubung perbelanjaan tidak wajar dan bayaran yang dibuat tanpa sokongan dokumen sepatutnya cukup banyak. Antaranya ialah sumbangan terhadap Mesyuarat Perwakilan Umno Padang Terap - RM10 ribu (23.01.2007), lawatan Pemuda Umno ke Indonesia - RM10 ribu (14.03.07), lawatan Puteri Umno ke Indonesia – RM5 ribu (18.03.07), sumbangan kepada Umno Kedah – RM200 ribu (19.04.07), sumbangan petugas BN pilihanraya kecil Ijok – RM5 ribu (13.05.07), sumbangan T-shirt dan wang saguhati konvoi Pergerakan Pemuda Umno Padang Terap – RM4 ribu (22.05.07), sumbangan kepada Umno Cawangan Padang Kerasak Naka – RM5 ribu (30.05.07) dan membekal cenderamata untuk perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM26,150.00 (01.01.08).

Seterusnya ialah pemasangan billboard untum mesyuarat perwakilan Umno Padang Terap – RM10 ribu (01.01.08), sewa khemah dan meja bulat untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahgian Padang Terap – RM10 ribu (16.01.08), membekal kain tudung kepada ahli Puteri Umno – RM20 ribu (03.02.08) dan makan minum untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM21,700.00 (15.02.08).

Menteri Besar masa itu Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menggunakan wang STDC untuk menerbitkan kalendar peribadi beliau yang diberi percuma kepada rakyat dengan kos RM80 ribu (06.12.07 & 20.02.08). Banyak lagi pembayaran yang disifatkan oleh Audit sebagai ‘tidak berkepentingan dan tidak berkaitan dengan aktiviti dan objektif penubuhan STDC’ namun tidak mungkin disiarkan sepenuhnya dalam ruangan yang terhad ini.

STDC yang ditinggalkan kepada kerajaan PR adalah sebuah syarikat bermasalah, banyak hutang dan gawat. Namun kebijaksanaan pentadbiran baru berjaya memulihkan syarikat tersebut sekalipun terbeban dengan hutang-hutang yang ditinggalkan.
Pada 2007 STDC mengalami kerugian sebanyak RM2.56 juta, manakala pada 2008 kerugiannya ialah sebanyak RM144,467.00. Kerugian tidak boleh dibebankan sepenuhnya kepada pengurusan baru kerana mereka mengambilalih selepas tiga bulan tahun 2008. Pada tahun 2009 keuntungan STDC ialah RM333,978.00 dan tahun 2010 keuntungan sebanyak RM826,110.44.

Satu lagi perkara menarik ialah jumlah emolument untuk ahli-ahli lembaga pengarah. Di masa BN, emolument untuk ahli lembaga pengarah ialah RM125,200 (2006) dan RM251,800 (2007). Bagi tahun 2008 antara Januari hingga Mac sahaja, emolument yang diberi ialah sebanyak RM50,900. Bagi mereka untung atau rugi bukan persoalan, yang penting SDTC seolah-olah dijadikan tempat mengaut kekayaan.


Ia berbeza sama sekali dengan emolument yang diterima ahli lembaga pengarah di zaman PR. Pada tahun 2009 ahli lembaga pengarah hanya menerima keseluruhan RM53,500 manakala bagi tahun 2010 cuma RM8,000.

Semua catatan yang dibuat adalah berdasarkan fakta hitam putih (bukan video hitam putih). Ia bukan rekaan macam video seks bikinan Datuk Trio. Sebab itu apabila Dato’ Amiruddin membentangkan di Sidang DUN, semua ADUN BN tidak dapat menyanggah. Semua media talibarut BN tidak mengungkapkan walaupun sepatah perihal penyelewengan pengurusan GLC di zamam BN itu.



Sekarang terserah kepada jentera penerangan parti untuk menjadikan isu ‘Skandal RM7 juta’ itu sebagai modal dan peluru untuk terus mengasak BN Kedah hingga rapat ke di dinding. Biar mereka rasakan pula asakan kita selepas ini.

Semua Urusan Penting SPRM Di Tingkat Bawah


PUTRAJAYA, 9 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil langkah keselamatan maksimum dengan mengarahkan semua urusan melibatkan orang yang dituduh, disyaki, saksi atau pengadu dijalankan di aras bawah bangunan SPRM berkuatkuasa serta merta.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaafar berkata, bagi urusan melibatkan pejabat SPRM yang tidak mempunyai aras bawah terutamanya pejabat SPRM di negeri-negeri, mereka yang terbabit perlu diawasi sepanjang masa oleh pegawai-pegawai SPRM.

"Semua urusan juga hendaklah diselesaikan di bawah pengawasan pegawai SPRM sepanjang masa kerana mengenai keselamatan ini, kalau kita biar seseorang itu bersendirian di pejabat SPRM, itu namanya tidak diawasi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Zakaria, SPRM juga telah mengarahkan pengarah bahagian keselamatan membuat pemeriksaan terperinci terhadap keseluruhan pejabat SPRM sama ada yang dimiliki sendiri, disewa atau bangunan gunasama bagi memastikan ciri-ciri keselamatan dipenuhi.

"Mengenai keselamatan pejabat-pejabat SPRM ini, kita sudah ada arahan Ketua Pesuruhjaya (KP)sejak dulu lagi yang masih berkuatkuasa.

"Mengikut arahan Ketua Pesuruhjaya, semua pengarah bahagian, pengarah SPRM negeri serta pegawai SPRM bahawa tetamu atau pelawat tidak dibenarkan masuk ke pejabat pegawai. Tempat pertemuan hanya terhad di ruang menunggu atau bilik tetamu sahaja," katanya.
-tvsnews-

Lagi polis ganggu ceramah Anwar di Sarawak


Seperti tiada kerja lain, polis tak sudah-sudah menggangu program yang dihadiri Anwar
BATU NIAH: Sebaik sahaja Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak berkahir 6 April lalu, polis semakin galak mengganggu program ramah mesra yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim..
Kejadian berlaku di Medan Selera Ngu dekat pekan Batu Niah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N60 Kemena.
Gangguan polis itu  akhirnya dileraikan selepas campur tangan pimpinan KEADILAN termasuk Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.
Polis kemudian membenarkan ucapan Ketua Umum KEADILAN itu diteruskan tetapi dihadkan kepada 15 minit sahaja.
Sebelum ini, polis melakukan tindakan sama terhadap tiga program yang dihadiri Anwar di Betong, di DUN Semariang dan Satok minggu lalu.
Dalam ucapannya, Anwar mengingatkan penduduk Sarawak untuk melakukan perubahan secara aman.
Saya datang ke mari bukannya nak cari gaduh. Tak mengapa, kita dah biasa dengan perkara begini,” kata Anwar merujuk kepada gangguan polis yang menimbulkan ketegangan.

“Nanti kalau kita perintah, gaji dan elaun polis pun kita naikkan,” sindir Anwar disambut tepukan gemuruh kira-kira 1000
hadirin.

Terdahulu, Anwar singgah ke beberapa pekan kecil termasuk Batu Niah dan pekan Sepupok di sepanjang perjalanan
menuju ke Bintulu untuk bertemu pengundi.

Beliau memperkenalkan calon-calon KEADILAN mewakili DUN Kemena, Bernard Bina Bayang dan Ishak Mahwi bagi
DUN N61 Bekenu.

Turut hadir dalam program ramah mesra bersama pengundi ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai,Chan Ming Kai dan Adun Kuala Kurau, Yunus Jamhari.

10,000 penduduk Miri beri isyarat untuk ‘Ubah Sarawak’


Semangat penduduk Miri untuk merubah begitu bernyal-nyala
MIRI: Kira-kira 10,000 penduduk setempat menunjukkan semangat untuk berubah apabila mereka beramai-ramai hadir ceramah perdana yang dihadiri pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuching Waterfront, Miri, malam tadi.
Program ceramah itu adalah yang terbesar diadakan Pakatan Rakyat bagi zon Sarawak Tengah.
“Kita mahu memberi isyarat kepada Barisan Nasional bahawa rakyat Sarawak di Miri mahukan perubahan. Sarawak ini negeri kita. Kita yang akan tentukan apa yang perlu dibuat, bukan Najib atau Rosmah, kata Ketua Umum KEADILAN itu, malam tadi.
Selain Anwar, pemimpin lain yang hadir ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution dan Ketua Pemuda DAPSY, Anthony Loke.
Kehadiran pimpinan Pakatan khususnya Anwar sentiasa dinantikan rakyat Miri
Terdahulu, Anwar berucap dalam ceramah kelompok di Taman Morsjaya, Taman Tunku Abdul Rahman dan Kampung Tunku Abd Rahman di sekitar daerah ini.
Pada program itu, Anwar turut memperkenal calon-calon KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu, Ishak Mahwi dan DUN Lambir, Zolhaidah Suboh.
Beliau turut melancarkan manifesto Pakatan Rakyat di Taman Morsjaya yang dihadiri kira-kira 3,000 penduduk setempat.
Pimpinan bersemangat mempromosi manifesto PR Sarawak