"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gelek M.Daud Kilau Dan Dangdut Melalaikan Orang Felda Di Kerdau

wfauzdin_ns
PUNYALAH haprak puak tu. Ajak berdebat secara ilmiah tentang ekonomi negara takut, kecut. Bila kita berceramah, puak tu cari jalan jangan kasi rakyat mendengar ceramah kita agar rakyat akan menjadi bangang macam mereka. Maka, di kawasan felda kat Kerdau, dibawanya artis M.Daud Kilau dan konsert dangdut. Ya Allah.

Gambar Hiasan

Maka bergolek punggung lah si Daud Kilau bersubahat dengan puak tu. Ada ke Daud kilau Justify Fullbercakap macam artis Bob Lokman yang baru masuk PAS itu? Jika Bob Lokman bercerita tentang keinsafannya dan keindahan Islam, apa pula M.Daud Kilau buat di Kerdau? Golek punggung je lah dan si tua lelaki perempuan yang masih tak sedar diri di kawasan tu pun tersengeh dan terangguk-angguk menonton. Kesihan Melayu....

Kalau tak ada Wakil Rakyat yang meninggal dunia kat situ, gamaknya sampai mati orang situ tak dapat tengok M.Daud Kilau atau menonton dangdut. Terasa rugi besar mereka, agaknya. Di sebelah kita bercerita pasal harga barang naik, pasal pemimpin rasuah, pasal tanah kita dan hak kita telah dirampas, pasal moral remaja semakin teruk, tetapi puak tu pasang speaker kuat untuk hanyutkan orang-orang Melayu dengan alunan gelek M.Daud kilau dan nyanyian dangdut. Berbaloi M.Daud kilau dapat Datuk kerana `berjihad' untuk orang-orang Melayu. Patut lah Bob lokman tak dapat Datuk. Kalau Bob Lokman buat macam M.Daud kilau tu, tak lama lagi dapatlah Datuk. Shah Rukh Khan yang nyanyi guna `miming' suara pun dapat Datuk kat Melaka. Itulah hebatnya ketuanan Melayu.

Kesihan Melayu...Melayu semakin `Me-Layu'.

Merlimau : Serangan Peribadi Bn makan Tuan

Sofi Wahab
Serangan BN kepada calon PAS Dun Merlimau, Haji Yuhaizad Abdullah makan tuan. Beberapa orang penduduk Merlimau yang ditemui berpendapat risalah keterlaluan BN yang menghentam calon, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan PAS menyebabkan pengundi BN mula tawar hati untuk mengundi BN. Sesetengahnya mula mungkin tidak mahu keluar mengundi esok.

Penduduk Merlimau Pasir yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Mail, 62 berkata, beliau malu dengan corak kempen BN yang ternyata keluar dari batas-batas tata susila Melayu dan Islam.

"Kalau dah sampai fitnah, buat gambar lucah, tipu dan bohong, ini sudah melampau, sepatutnya kita kempen secara professional, matang dan telus".

"Ramai kawan-kawan saya mula tawar hati untuk mengundi dan mungkin akan cuba rosakkan undi" tegas Pak Mail.

Seorang penduduk Kilang Berapi yang mahu dikenali sebagai Apai, 29 pula rasa malu dengan gelagat ahli politik di Merlimau yang berkempen secara keterlaluan menghentam peribadi orang lain.

"Kita tidak sepatutnya mengorek dan membongkar peribadi calon, walaupun ia mungkin benar tetapi biarlah hal peribadi mereka kita tutup keburukan mereka, ini ceriat rumah mereka, kelulusan mereka dan hubungan peribadi ibu dan anak pun dan didedahkan kepada umum" ujar Apai pemuda yang dikatakan mempunyai pengaruh di kampungnya.

Bagi Mak Cik Leha, 55 dari Ayer Merbau pula merasakan kempen pilihanraya kecil Merlimau ini sudah melampaui batas tata susila dan Islam.

"Kita sepatutnya menilai seseorang calon bukan kepada fitnah dan pembohongan, tetapi kita nikai dari segi latarbelakang, akhlaq, keluarga dan hubungan dengan orang ramai".

"Kita juga seharusnya menilai calon itu dari parti mana dia datang. Kalau pemimpinnya kita tahu rasuah dan kaya raya maka kita kena periksa dan berhati-hati, jangan pangkah sesuka hati" kata Mak Cik Leha yang merupakan seorang suri rumah.

Teruknya Melaka! Ali Rustam Makan Ketam, Rakyat makan biawak?

Saiful Bahri
Semasa berita TV meninjau pilihanraya Merlimau, bagaimana Datuk Shaziman menyebut tentang kemajuan dan pembangunan negeri Melaka jauh macam langit dengan bumi berbanding negeri Kelantan. Kalau nak mengampu janganlah Nampak bodoh sangat. Macamlah dia sorang aje pergi Melaka dan Kelantan. Apa yang pasti taklah sampai rakyat Kelantan kelaparan tak makan sehingga terpaksa makan biawak.

Itupun kena tipu lagi oleh India. Yelah… bapak borek,anak rintik. Klu PM Paklah Badawi ditipu cina MCA iaitu Ling Liong Sik dan Chang Kong Choi dalam kes PKFZ maka munasabahlah Ali Rustam MB Melaka ditipu MIC Melaka. Daging biawak dikatakan daging ayam… :)
Merlimau: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali ketika kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau. bersama pengerusi MIC Melaka, R Perumal, melawat Kampung Paya Buloh yang sebahagian besar penduduknya adalah kaum India, untuk mencari satu keluarga yang didakwa oleh DAP sering tidur dalam kelaparan. "Saya buka periuk mereka dan mendapati satu per empat daripadanya berisi nasi. Saya tanya mereka, 'Apa lauk hari ini?' "Perumal buka periuk lain dan mendapati ia berisi kari ayam! "Ada tiga paha ayam, dan DAP mendakwa mereka miskin," kata Mohd Ali mengenai isu tersebut yang dilaporkan oleh akhbar Malaysia Nanban, yang disiarkan beberapa hari sebelum hari pencalonan.

Dalam laporannya, akhbar harian berbahasa Tamil itu bercakap dengan seorang budak lelaki berusia 13 tahun dari sebuah keluarga seramai lima orang, yang mendakwa dia sedang menimbang berhenti sekolah untuk bekerja sepenuh masa sebagai penjaga lembu bagi menambah pendapatan keluarganya kerana ibu bapanya sakit. Jadi sasaran Sebaik sahaja disiarkan, wartawan berkenaan menjadi sasaran gangguan "orang ramai" yang marah dengan laporannya itu.
Malaysiakini kemudiannya malaysiakini berkunjung ke Kampung Paya Buloh bagi mendapatkan kesahihan berhubung aporan Nanban itu. Lebih menarik lagi, bapa budak lelaki itu - yang hanya mahu dikenali sebagai Periamalai - berkata kari ayam kari yang didakwa oleh Mohd Ali dalam periuk mereka, sebenarnya adalah biawak yang ditangkap anjing peliharaan mereka. "Kami tangkap biawak beberapa kali dalam seminggu," katanya. Manakala nasi yang Mohd Ali nampak, tambahnya, adalah pemberian seseorang. Dan sekali dua dalam seminggu, keluarganya tidur dalam keadaan perut kosong selepas makan sedikit bubur, dan adakalanya hanya minum air sahaja.

Pemimpin bukan main.. rembat makan sedap-sedap. Rakyat terpaksa baham biawak aje. Macam tu boleh sokong BN lagi pe??? Hihihi… taknak cakap banyaklah… sebab Melaka dah diistihar sebagai Melaka maju 2010.

Teruskan bersahabat dengan Muzammil

Harakahdaily
TEMERLOH, 5 Mac: PAS meminta ahli-ahlinya di Felda Jengka 25 terus bersahabat dengan Muzammil Alif yang dilaporkan kembali menyertai Umno setelah tiga hari meninggalkan parti itu.

Sebelum ini Muzammil yang merupakan bekas Ketua Cawangan Umno Jengka 25 telah mengumumkan menyertai PAS pada 2 Mac lalu.

"Teruskan menjaga hubungan peribadi dengan beliau, malah hubungan dengan semua ahli Umno di Jengka 25 harus dipelihara kerana perjuangan kita tidak habis di dunia, bahkan akan dinilai Allah di akhirat," kata Pengarah Pilihan Raya PAS PRK Kerdau, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang akhbar lewat petang tadi (gambar).

Mengulas berita kemasukan semula Muzammil dalam Umno hari ini, Tuan Ibrahim berkata apa yang berlaku itu di luar kawalan parti yang sememangnya bergantung kepada keikhlasan setiap ahli.

Katanya, sewaktu Muzammil menyatakan hasratnya untuk menyertai PAS baru-baru ini, PAS telah berbesar hati sehingga Presiden PAS sendiri telah ke rumahnya untuk menerima borang kemasukan beliau.

Tetapi katanya, beliau tidak menyangka keberanian beliau (menyertai PAS) hanya bertahan selama tiga hari sahaja.

"Perjuangan sebagai pembangkang di negara ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana pasti akan melului kesusahan dan keperitan dan tidak semua yang mampu menghadapi tekanan sebegitu demi rakyat dan agama," kata beliau.

Sehubungan itu kata Tuan Ibrahim perjuangan PAS khususnya di Kerdau akan tetap diteruskan tanpa Muzammil.

"Perjuangan membela rakyat tertindas dan kegagalan pengurusan dalam Dun Kerdau merupakan agenda besar yang tidak akan terpadam dengan hanya seorang yang keluar semula menyertai PAS," kata beliau.

Dalam pada itu Tuan Ibrahim turut menafikan laporan media khususnya melalui blog kononnya Muzammil tidak pernah menyertai PAS tetapi cerita itu direka-reka untuk tujuan tertentu.

Justeru dalam sidang akhbar itu beliau menunjukkan borang keahlian PAS yang diisi oleh Muzammil sewaktu menyertai PAS sebelum ini.

Malahan kata Tuan Ibrahim, penyertaan itu turut disertai oleh 11 lagi ahli Umno Jengka 25, bukannya Muzammil seorang seperti digambarkan oleh penulis blog.

"Saya tidak berhasrat mendedahkan nama mereka, tetapi ini borang penyertaannya, ada di antara mereka merupakan veteran Umno," kata beliau sambil menunjukkan borang-borang keahlian PAS itu kepada media.

Umno dan medianya menipu - pembeli tanah

Harakahdaily 

TEMERLOH, 5 Mac: Para pemimpin dan media Umno terbukti berbohong ketika mereka memfitnah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membeli tanah peneroka Felda kerana ianya sebenarnya dibeli oleh pihak lain.
(Gambar: Ibrahim menunjukkan bukti tanah itu adalah milik syarikatnya. Ia dicagarkan beliau untuk pinjaman MARA)

Ia sebenarnya dibeli oleh Ibrahim bin Osman, seorang guru yang hanya meminjam duit dari Tuan Ibrahim dan kini tanah itu dicagarkan oleh Ibrahim kepada MARA untuk satu pinjaman lain.

"Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Beliau juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya.

"Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya  bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya
menjelaskan kesemua pinjaman itu.

"Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan  menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak MARA atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd (gambar)," kata Ibrahim dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang ini.


Ibrahim menjelaskan fitnah yang dibuat Umno dan medianya terhadap Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau Datuk Tuan Ibrahim dengan mendakwa beliau membeli tanah peneroka Felda yang dalam kesempitan bukannya membantu beliau.
(Gambar: Bukti yang menunjukkan tanah itu adalah milik syarikat Cikgu Ibrahim, Pintar Kesuma sdn bhd. Ini adalah borang permohonan cagaran tanah kepada MARA)
Blog Umno juga ada mendakwa Tuan Ibrahim sebagai lintah darat ekoran laporan itu.

"Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau.

"Hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan 15 ekar ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi dhaif sebagaimana didakwa," kata Ibrahim Osman.

Oleh itu, katanya, soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar.
Tuan Ibrahim dalam sidang media itu berkata, beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini dan hanya membantu meminjamkan wang kepada Ibrahim sahaja.
"Media dan Umno hanya cuba mengalih isu sebenar di Kerdau iaitu masalah hutang kerajaan negeri dengan membangkitkan perkara yang tidak benar ini," kata Tuan Ibrahim.
LAPORAN SEBELUM INI

PAS tetap yakin, Ilham ramal sebaliknya di Merlimau

Aziz Muda

JASIN, 5 Mac: Walaupun diramalkan kalah oleh firma penyelidikan Ilham Centre, PAS masih menaruh harapan untuk mencipta sejarah gemilang dalam PRK Dun Merlimau esok, berdasarkan sambutan yang diberikan oleh oramg ramai di kawasan itu terhadap PAS hari ini.



Calon PAS bagi Dun Merlimau,Yuhaizad Abdullah berkata,sambutan orang ramai terhadap kempennya antara lain boleh dilihat dari sandaran penduduk di kawasan itu kepada beliau untuk membela isu-isu rakyat dalam persidangan Dun Melaka.

Menurut beliau, namun dalam masa yang sama, para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong PAS jangan sekali-kali lupa berdoa memohon bantuan kepada Allah untuk mendapat kejayaan.

"Dalam sebarang keadaan pun, berdoa kepada Allah itulah yang amat penting dan itulah yang saya harapkan dari kita semua," katanya ketika ditemui ketika melawat Markaz UPU PAS Melimau Pasir, di sini, hari ini.

Ilham Centre dalam kenyataan mereka hari ini meramalkan BN akan menang lebih besar di Dun Merlimau ekoran gerakan kempennya yang sangat agresif dengan menggunakan seluruh jentera kerajaan negeri dan pusat serta media.

Menyentuh tentang kempen PRK Dun Merlimau sehingga kini, beliau amat kesal kerana kempen dari Umno BN terus berunsur keganasan.
(Gambar: Petugas PAS bersemangat menjalankan kerja kempen di saat-saat akhir)

Antaranya, beberapa buah kereta ahli-ahli dan penyokong PAS telah dipecahkan cermin dan dibocorkan tayarnya.

"Apa yang dilakukan oleh mereka itu sebenarnya adalah untuk menakut-nakutkan ahli-ahli dan para penyokongh PAS," katanya.

Namun, katanya, para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS tetap mempunyai cara dan strategi tersendiri dalam menghadapi sebarang keadaan.

Sehingga kini, beliau tetap yakin dengan kecekapan pihak polis dalam menjaga ketenteraman awam.

"Pada kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada seluruh petugas PAS dari seluruh negara yang datang untuk membantu kempen kita dari segenap segi," ujar beliau.

Umno habis isu, serang pengarah pilihan raya

Harakahdaily
TEMERLOH, 5 Mac: Tidak sampai 24 jam menjelang pilihan raya, jentera Umno dianggap ketandusan isu apabila menyerang peribadi Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dengan menggunakan akhbarnya, Utusan Malaysia, Umno menyerang Tuan Ibrahim dengan menuduhnya membeli tanah seorang peneroka Felda sehingga menyebabkan pemilik asalnya merempat.

Utusan melaporkan, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob akan menyiasat tentang dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahin Tuan Man dikatakan membeli tanah milik peneroka Felda, di sini, walaupun dia sebenarnya tidak layak untuk berbuat demikian.
Katanya, beliau ada mendengar mengenai pembelian itu namun belum menerima dokumentasi mengenai urusan jual beli tanah tersebut.

“Setiap urusan pembelian tanah peneroka perlu melalui pejabat Menteri Besar dan sekiranya penjualan itu ada, maka saya akan mengetahui mengenainya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, malam tadi.

Adnan berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus Tuan Ibrahim yang juga Pengarah Pilihan Raya (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau Pas yang dikatakan membeli tanah peneroka Felda.
"Saya tidak bertanding," kata Tuan Ibrahim mengulas isu itu, "Kenapa serang saya...BN cuba mengalih isu sebenarnya," kata beliau.

Isu besar di Kerdau kini adalah kegagalan kepimpinan BN negeri menguruskan Pahang sehingga diambang bangkrap berdasarkan hutang dan jumlah perbelanjaan yang jauh lebih besar dari hasil negeri.

Melihat kepada keadaan di Kerdau, ramai percaya bahawa Pahang sememang diambang bangkrap jika usaha menyelamatkan ekonominya tidak dibuat segera.

Namun Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Pahang tidak bangkrap (gambar) dan berkata bukan Pahang sahaja yang berhutang, negeri lain juga banyak hutang.

Jawapan ini disifatkan Tuan Ibrahim sebagai jawapan Pak Pandir dari Adnan sebagaimana jawapan Pak Pandir apabila diberitahu anaknya mati dengan berkata, "Anak orang lain pun mati juga."

Adnan dalam laporan akhbar Umno itu berkata, beliau juga mendengar cerita Tuan Ibrahim membeli tanah itu tetapi dia tidak dapat mengesahkannya kerana kebenaran perlu didapatkan dari beliau jika tanah Felda hendak dijual.
"Saya sedang menimbangkan untuk saman atau tidak akhbar yang melaporkan berita ini dan juga orang yang membuat kenyataannya," kata Tuan Ibrahim.

"Sepatutnya pihak yang membuat tuduhan kena siasat benarkan namanya Tuan Ibrahim atau Ibrahim sahaja," kata Tuan Ibrahim.

Beliau juga mencabar Menteri Besar Pahang itu mendedahkan berapakah jumlah tanah Felda yang telah diluluskan oleh beliau untuk dijualbeli.

Nantikan Debat Mahathir VS Husam Musa

wfauzdin_ns
TUN MAHATHIR nampaknya semakin galak bercerita pasal untung nasib orang-orang Melayu di negara ini. Sebelum ini beliau menyindir Tuan Guru Nik Aziz dengan mendakwa kununnya Tuan Guru Nik Aziz menyesal menjadi Melayu. Benda yang mudah seperti itu pun Mahathir mahu putar belitkan.

Tuan Guru Nik Aziz tidak menyebut beliau menyesal menjadi Melayu. Beliau cuma sebut, beliau tidak kisah sekiranya beliau dijadikan sebagai kaum Melayu, Cina, India hatta orang asli sekali pun asalkan berugama Islam. Tuan Guru bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam. Susah sangatkah Mahathir mahu faham? Atau, Mahathir punya pandangan berbeza? Mungkin beliau lebih bersyukur dijadikan sebagai orang Melayu walaupun bukan Islam?

Oleh kerana gatal sangat mulut Mahathir mahu bercerita pasal untung nasib orang Melayu di negara ini, maka Exco Negeri Kelantan Datuk Husam Musa bersedia untuk berdebat dengan mantan PM ini berkaitan isu orang-orang Melayu. Di beritakan, Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang menawarkan diri sebagai tuan rumah untuk program debat terbuka tersebut pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sebelum ini, Husam Musa telah memberikan beberapa bukti bahawa Mahathir lah pemimpin Melayu yang suatu ketika menjadi Presiden parti Melayu iaitu Umno dan PM yang telah mengkhianati orang-orang Melayu di negara ini. Itu belum dikira tentang penghinaan dan tentangan beliau terhadap Islam. Husam mencabar Mahathir untuk berdebat kerana sebelum ini Mahathir mendakwa PAS yang mengkhianati orang-orang Melayu.

Husam Musa merasakan melayani Mahathir melalui blog dan penulisan banyak membuang masa kerana Mahathir boleh menggunakan media seperti akhbar, TV dan radio untuk bercakap menuduh PAS. Manakala PAS tidak diberi ruang untuk menjawab tuduhan Mahathir. Justeru itu, Husam Musa mencabar `kejantanan' Mahathir untuk berdebat walaupun ramai ahli-ahli Umno mengkagumi kehebatan Mahathir berhujah. Mahu tahu hebat atau tidak bekas PM dan Presiden Umno ini, ahli-ahli Umno patut mendesak agar Mahathir menjadi `jantan' untuk beredepan dengan Husam Musa. Tidak perlu berdepan dengan DS Anwar mahu pun Tuan Guru Nik Aziz kerana dikhuatiri Mahathir akan dikejarkan ke IJN pula nanti.

Mengapa P.Pinang tempat yang dipilih? Ini adalah kerana di sana teramat ramainya `Melayu' yang berhidung tinggi serta bersongkok tinggi. `Melayu' di P.Pinang terlebih Melayu dari Melayu. Maka, debat tentang isu Melayu ini sesuai diadakan di negeri tersebut.

Apa pun, saya tetap yakin bahawa mustahil Mahathir berani berdebat. Jika ditakdirkan bahawa Mahathir sanggup untuk berdepan dengan Husam Musa anak murid Tuan Guru Nik Aziz, ini bererti Mahathir sememangnya masih waras lagi walaupun sudah berusia. Tetapi mungkinkah ? Rasanya tidak, kerana sudah keturunan dari spesis keris telanjang tanpa sarung mana ada yang berani berdepan?

Awasi!! Pasukan cantas khas

 PRK N.28 Kerdau
AWAS!!! Jentera PAS di semua peringkat di minta supaya berwaspada dengan Pasukan Cantas Khas Bukit Aman yang sedang berlegar-legas di kawasan pilihanraya DUN Kerdau.

Pagi tadi, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Hj Abd Wahid bin Endut telah menjumpai sebuah kereta jenis Proton PErdana warna putih nombor pendaftaran, WEU 3632 yang menggunakan logo Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di cermin hadapan kereta tersebut.

Pada kertas yang mempunyai logo PDRM itu, tertulis " PRK N28 DUN KERDAU, PAHANG PASUKAN CANTAS KHAS BUKIT AMAN (SILA BERI KELONGGARAN)."
Apa yang menjadi kemusykilan tujuan pasukan ini di tubuhkan oleh polis bukit aman dan kemungkinan ia akan digunakan oleh jentera Barisan Nasional.

Sehubungan dengan itu semua ahli dan jentera PAS dan Pakatan Rakyat diminta berhati-hati dan memerhatikan gerak-geri pasukan ini.

Sekiranya terdapat perkara yang mencurigakan sila maklumkan terus ke bilik operasi pusat piliha raya PAS.
Laman Rasmi PAS PRK N.28 Kerdau

Janda ligat: Hidup mewah kikis 80 teman lelaki tua

NORA...tidak insafKUALA TERENGGANU: Selepas diceraikan suami kerana curang, seorang wanita pertengahan umur sedikit pun tidak insaf, sebaliknya semakin ligat bertukar-tukar pasangan untuk mengikis wang mereka. Sasarannya ialah lelaki berusia 60 hingga 70 tahun.
 
Mahu dikenali sebagai Nora, wanita berusia 44 tahun itu berkata, sudah lebih lapan tahun dia mendapatkan wang dengan cara tidak bermoral itu dan sepanjang tempoh berkenaan kira-kira 80 lelaki veteran menjadi mangsanya. Dalam pengakuannya kepada Harian Metro, Nora memberitahu dia mula menjalin hubungan sulit dengan lelaki tua yang berduit ketika dia masih bergelar isteri orang.

“Kira-kira tujuh tahun saya curang di belakang suami saya. Terus terang saya lakukan itu semua kerana duit disebabkan suami saya kurang berkemampuan. Apabila tembelang saya dikesan suami, saya diceraikan awal tahun lalu. “Selepas menjanda, saya semakin ligat kerana tiada siapa yang menanggung hidup saya. Hasilnya, kini saya mampu membeli rumah, kereta, motosikal dan barangan kemas,” katanya yang mempunyai seorang anak hasil perkongsian hidup dengan bekas suami.

Nora mendakwa dia mempunyai lebih 80 teman lelaki, majoritinya berusia 60 hingga 70 tahun yang sedia memberi wang kepadanya pada bila-bila masa dan balasannya dia perlu menyerahkan tubuhnya kepada mereka. 

“Rakan rapat menggelar saya pisau cukur, tapi saya tak hiraukan gelaran itu kerana lebih penting saya dapat hidup mewah,” katanya.



Menurutnya, setiap kali membeli-belah, dia akan meminta teman lelakinya membelikan pelbagai pakaian dan barangan dengan harga mencecah ratusan ringgit.

“Walaupun paras rupa tidak berapa cantik dan usia sudah lanjut, namun dengan menggunakan sedikit ilmu kebatinan yang dipelajari, saya mampu menundukkan mana-mana lelaki yang didampingi.

“Saya menganggap hubungan saya dengan mereka sebagai adil. Mereka mahu meniduri saya dan saya pula inginkan wang serta barangan berharga,” katanya.

Katanya, dia selesa dengan apa yang dilakukannya kerana pada setiap waktu wang RM2,000 hingga RM3,000 pasti berada di dalam beg tangannya.

Menurutnya, dengan menggunakan taktik pujuk rayu sambil membelai lelaki ‘hidung belang’ dia bukan saja mendapat wang, malah rumahnya turut diubah suai oleh teman lelakinya.

“Perwatakan sopan dengan mengenakan pakaian menutup aurat membuatkan lelaki mudah terpikat pada saya dan selepas itu baru saya menjerat mereka dengan kata-kata manis dan berkesudahan di ranjang.

“Saya akui tahu perbuatan saya ini salah, namun perangai mengikis wang lelaki sukar untuk dibuang selepas lebih lapan tahun bergelumang melakukan kerja ini,” katanya.
-hmetro-

Pemberontak tawan pelabuhan minyak Libya

RAS LANOUF, Libya: Pemberontak Libya menawan bandar pelabuhan minyak Ras Lanouf daripada pasukan tentera pro-Muammar Gaddafi, kemenangan kententeraan pertama dalam kemaraan ke barat dari kawasan yang dikuasai mereka di timur menuju ke Tripoli.

Saksi berkata, Ras Lanouf yang terletak kira-kira 140 kilometer ke timur Sirte yang kubu kuat Gaddafi, jatuh ke tangan pemberontak semalam selepas pertempuran hebat dengan pasukan tentera pro-kerajaan yang kemudiannya melarikan diri.
 -AP-

Empat penunjuk perasaan Yaman mati ditembak

SANAA: Tentera Yaman membunuh empat penunjuk perasaan dan mencederakan tujuh yang lain apabila mereka melepaskan tembakan semasa demonstrasi antikerajaan di utara negara itu ketika bantahan merebak ke seluruh negara.

Insiden itu yang menyusul sehari selepas pemimpin pembangkang dan agama menawarkan Presiden Ali Abdullah Saleh berundur secara aman, berlaku di wilayah Amran, kira-kira 170 kilometer dari  Sanaa.

Seorang pegawai keselamatan Yaman hanya boleh mengesahkan berlakunya pertempuran bersenjata yang mana empat askar dan tiga lelaki bersenjata.

Terdahulu, seorang pemimpin pemberontak menyatakan "dua penunjuk perasaan terbunuh manakala sembilan lagi cedera apabila askar melepaskan tembakan terhadap kumpulan penunjuk perasaan itu".

Angka korban meningkat kepada empat apabila dua mangsa yang cedera meninggal dunia kemudian. 
-AFP-

Pemandu lori maut kejadian tanah runtuh

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori maut selepas tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh di sebuah bukit di kawasan perindustrian Taman Bukit Belimbing, Seri Kembangan, di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang, Supt Azman Ayob, berkata mangsa, B Acutsamenon, 32, sedang mengorek tanah di bukit berkenaan bersama beberapa rakannya pada 10 pagi apabila tanah tiba-tiba runtuh.

"Tiga rakan pemandu lori itu sempat menyelamatkan diri, manakala mangsa pula tidak sempat menyebabkan ia tertimbus dan meninggal di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk bedah siasat," katanya.

Azman berkata, polis kini menyiasat dakwaan beberapa penduduk bahawa kawasan bukit itu dikorek secara haram.

Sementara itu, seorang pekerja am warga Indonesia di kilang berhampiran, Ayub Jumaah, 40, berkata dia terkejut melihat kejadian tanah runtuh ketika mendaki tangga di tempat kerjanya.

"Habuk tanah berterbangan dari tempat kejadian, tidak lama kemudian saya segera bergegas ke situ bersama rakan lain yang juga sedang bekerja.

"Sampai sahaja di situ, ketiga-tiga rakan mangsa yang terselamat memberitahu kami bahawa salah seorang rakan mereka tidak sempat melarikan diri dan tertimbus di tempat kejadian," katanya.

Ayub berkata, mereka mengorek kawasan runtuhan dan menemui mayat mangsa 15 minit kemudian. 
-Bernama-

Canon EOS 1100D dengan teknologi terbaru

NURUL AIN MOHD HUSSAIN 
EOS 11000D direka khas bagi mengatasi masalah kualiti gambar yang tidak memuaskan pada kamera kompak.
DENGAN pengalaman lebih 75 tahun dalam dunia fotografi, nama Canon memang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Seiring dengan perkembangan tersebut Canon sekali lagi tampil dengan kamera lensa refleks tunggal (DSLR) terbaru iaitu Canon EOS 1100D yang dilengkapi dengan teknologi terkini dan aplikasi unggul dunia pengimejan.
Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang fotografi, gajet ini memang sesuai untuk anda. Biarpun anda merupakan pendatang baru dalam bidang fotografi, anda pasti terpesona dengan kualiti gambar serta aplikasi mesra pengguna yang terdapat pada kamera ini.
Turut dilengkapi dengan kebolehan merakam video pendek dengan format video HD penuh.
Ringan serta memiliki skrin bersaiz 2.7 inci menjadikan kamera DSLR terbaru daripada Canon ini pilihan terbaik peminat kamera bagi siri DSLR empat digit. Direka khas untuk mengatasi masalah kualiti gambar yang tidak memuaskan pada kamera kompak.
Tidak terhenti setakat itu, gajet ini juga memiliki jarak merakam yang lebih dinamik dari ISO 100-6400. Ia bagi memastikan kualiti gambar yang dirakam tetap jelas walaupun dalam keadaan cahaya malap mahupun gelap.
Kamera ini turut disempurnakan bersama sensor CMOS beresolusi 12.2 megapiksel untuk kesan imej berkualiti tinggi.
EOS 1100D ini disempurnakan bersama sensor CMOS beresolusi 12.2 mega piksel untuk kesan imej berkualiti dengan paparan warna natural dan terperinci.
Melihat dari sudut teknikal, kamera itu dilengkapi pemproses berkembar DIGIC 4 untuk operasi lebih cepat dan lancar.
Kelebihan berkenaan akan memberi kesan terbaik pada imej yang dirakam dengan kelajuan tinggi.
Bukan itu sahaja, sebagai bonus kepada peminat kamera pelbagai fungsi, EOS 1100D turut dilengkapi dengan kebolehan merakam video pendek dengan format video HD penuh (1280 x 720) resolusi.
Lari daripada kelaziman kamera DSLR yang pada kebiasaannya berwarna hitam, kali ini EOS 1100D didatangkan dengan empat pilihan warna istimewa, iaitu kelabu, coklat, merah dan hitam.
Apa yang pasti, gajet ini merupakan antara kamera DSLR yang tidak rugi untuk dimiliki kerana sifatnya yang dinamik disertakan dengan pelbagai aplikasi.
Dengan segala kelebihan tersebut, penggemar aktiviti fotografi pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan model ini di pasaran.
Sudah pun berada di pasaran kamera DSLR ini ditawarkan pada harga yang mampu dimiliki. Anda pasti terkejut kerana ia ditawarkan pada harga, RM1,999.
-mstar-

Lelaki bunuh kekasih enggan jual anak

ANGGOTA polis mengangkat mayat K. Magapugie yang ditemui mati dipercayai dipukul di Taman Sejati Indah, Sungai Petani, Kedah, semalam.

SUNGAI PETANI, 4 Mac: Pasangan ini hidup bersekedudukan lebih setahun lalu dan hasilnya dikurniakan seorang 'cahaya mata' berusia kira-kira dua bulan.

Sepanjang tempoh tersebut, wanita itu kerap mengadu kepada jiran yang dia dipukul teman lelakinya.

Malah, difahamkan mangsa pernah lari ke rumah ibunya di Johor Bahru kerana tidak tahan dipukul tetapi kembali berdamai selepas dipujuk teman lelakinya.

Namun, segala-galanya berakhir hari ini apabila wanita terbabit ditemui mati dengan kesan lebam di bahagian kepala.

Mangsa dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul yang ditemui di rumah sewanya di Jalan Indah 6, Taman Sejati Indah, dekat sini hari ini.

Mangsa, K. Magapugie, 33, dikatakan bertengkar dengan teman lelakinya berusia 23 tahun selepas didakwa enggan menyerahkan bayi mereka untuk dijual kepada orang lain akibat kesempitan hidup.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad, pada mulanya lelaki itu tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani memaklumkan isterinya mati terjatuh di dalam rumah.

"Suspek membuat laporan polis kira-kira pukul 9 pagi. Bagaimanapun tingkah lakunya yang mencurigakan mendorong polis menghantar sepasukan anggota ke rumah terbabit untuk membuat pemeriksaan," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali.

Mohd. Zakaria berkata, polis yang tiba di rumah terbabit mendapati mayat mangsa ditutup rapi dengan kain dan diletakkan di ruang tamu.

"Pemeriksaan lanjut mendapati ada beberapa kesan kecederaan di bahagian badan dan kepala mangsa. Ekoran itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau memberitahu, berdasarkan keterangan saksi, pasangan tersebut dikatakan bergaduh kira-kira pukul 4 pagi ini.

"Kedua-duanya bertengkar dengan kuat sehingga boleh didengari oleh jiran-jiran pada awal pagi. Tidak lama selepas itu, suspek dikatakan keluar dari rumah dan kembali semula tetapi jiran-jiran tidak lagi mendengar suara wanita terbabit," katanya.

Tambah Mohd. Zakaria, semakan lanjut mendapati, pasangan itu tinggal tanpa ikatan perkahwinan sejak lebih setahun lalu dan hasilnya mempunyai seorang anak lelaki berusia kira-kira dua bulan.

"Suspek tidak mempunyai pekerjaan tetap sementara mangsa pula tidak bekerja. Kita percaya, pasangan ini menghadapi masalah kewangan kerana didapati gagal membayar tunggakan bil elektrik serta air sejak beberapa bulan lalu," katanya.

Kata beliau, siasatan kes tersebut dianggap selesai berikutan penahanan suspek berkenaan.

"Polis mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori," katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk dibedah siasat.
-utusan-

Lambakan ribuan akhbar harian petanda apa?

LanH
PUJIAN perlu diberi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pasukan polis kerana perancangan kemas pada hari penamaan calon Dun Merlimau pada Sabtu, 26 Februari lalu. Akibat pembahagian ketat kawasan penyokong Barisan Nasional (BN) dan kumpulan parti PAS, KeADILan dan DAP, kedua-dua pihak tidak bertemu langsung di pekarangan Politeknik Merlimau pada pagi bersejarah itu.

Saya yang hadir pada majlis itu tersepit di celah-celah penyokong BN kerana memilih laluan ke pekan Merlimau melalui jalan lama Melaka-Muar. Ini adalah laluan penyokong BN manakala penyokong PAS, KeADILan dan DAP memasuki Merlimau menggunakan Jalan Jasin-Merlimau dari Lebuh AMJ dan juga Lebuh Raya Utara-Selatan.

Jadi pada pagi itu saya tidaklah nampak kekuatan penyokong PAS yang mengemukakan calonnya, Yuhaizad Abdullah dan juga pemimpin-pemimpin mereka. Saya hanya tahu apa yang berlaku pada pihak penyokong BN.

Pada kira-kira jam 8 pagi, ketika menghampiri pekan Merlimau, kereta buruk saya dipotong oleh barisan kereta-kereta hebat orang kuat BN. Banyak kereta berkenaan berwarna putih. Kebanyakannya memasang lampu kecemasan.

Dalam hati saya berbisik, berlagak sungguh orang BN ini. Inikah puak-puak yang hendak dipilih rakyat. Di atas jalan raya pun sudah eksyen, seolah-olah mereka saja hendak segera sampai ke destinasi; mereka mesti didahulukan tidak langsung sejajar slogan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

Saya cuba bersangka baik. Alaaa, mungkin saya saja bersangka begitu, orang lain tidak. Mungkin juga mereka ini dalam kecemasan, manalah tahu ada orang nak bersalin yang mahu ditolong mereka. Atau dalam kereta mereka ada orang nak beranak. Jadi saya pun pujuk diri sendiri, ‘bersabaulah’, banyak pahalanya.

Selepas melepasi Kampung Tedong, keadaan jalan raya bertukar, permukaannya bertar tebal. Hitam, berkilat. Sahlah saya sudah memasuki kawasan pilihan raya Merlimau. Lambang dacing pun sudah banyak bergantungan. Sepanjang perjalanan dacing saja, hebat dan banyak duit betul orang dacing ini.

Jauh juga saya terpaksa berjalan selepas memakir kereta. Saya berjalan berdedai-dedai bersama-sama penyokong BN. Kebanyakan lelakinya berbaju putih dengan lambang dacing di dada. Wanita Umno dengan kain atau seluar panjang dan tudung merahnya.

Kebanyakan Puteri Umno dengan jeans ketat dan baju merah jambunya. Sebahagian berkemeja-T berlengan singkat namun di kepala ada tudung. Mungkin mereka fikir rambut perlu ditutup tetapi lengan dan bentuk tubuh seperti punggung yang disaluti jeans ketat, biarlah dipandang orang puas-puas.

Pusat operasi BN terletak di sebelah Masjid Asy-Suja’ah yang terletak bertentangan dengan Politeknik Merlimau. Sebaik saja saya sampai di situ, terdengar pengumuman bahawa perarakan akan dimulakan. Berjalanlah satu demi satu kumpulan BN, kelihatanlah orang Melayu, Cina dan India; lelaki dan wanita bergerak dengan diiringi lagu BN yang bergema kuat. (SPR, sila ambil perhatian; tolong pastikan bunyi bising pusat operasi BN ini tidak menggangu jemaah Masjid Asy-Suja’ah).

Jarak perjalanan mereka tidak jauh, akhirnya mereka berhimpun di atas jalan menghadap Politeknik Merlimau. Dalam menunggu itu pelbagai gelagat dapat disaksikan termasuklah bertepuk tampar lelaki perempuan. Pemuda BN mengusik Puteri Umno, puteri tak macam gadis dulu yang pemalu sebaliknya ketawa berdekah-dekah. Ada yang mengambil kesempatan bergambar dengan pemimpin termasuk di peringkat Pusat.

Nun jauh di sana, dalam jarak 300 meter adalah penyokong PAS, KeADILan dan DAP. Selain ada pagar menghalang kemasukan penyokong, ruang kosong itu dikawal ketat sejumlah anggota polis. Jarak terlalu jauh, jadi tidak boleh penyokong kedua-dua pihak menjerit atau membaling objek ke pihak lawan.

Ketika duduk-duduk menunggu itu, ada kumpulan anak-anak muda mengedar bahan kempen dan apa yang begitu mengejutkan saya lambakan ribuan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian. Tajuk kedua-dua akhbar ini adalah mengenai harga minyak tidak naik. Utusan Malaysia dengan tajuk besar ‘RM10.3b kekalkan RON95’ manakala Berita Harian, ‘Ringan beban rakyat’.

Hairan juga saya dengan cara berfikir editor-editor akhbar ini. Sepatutnya yang jadi berita besar adalah MINYAK NAIK HARGA kalau minyak tak naik harga, itu bukan berita utama. Bukankah kita belajar anjing gigit posmen itu bukan berita tetapi posmen gigit anjing itu berita hebat.

Tidaklah saya tahu sama ada penerbit akhbar-akbar ini memilih untuk melambakkan akhbar-akhbar mereka pada hari penamaan calon atau ada kumpulan atau individu yang menajanya. Saya bertanyakan seorang pemuda mengenai hal itu, dia hanya berkata dia dapat upah RM50 membawa seterusnya mengagih-agihkan akhbar berkenaan.

Apabila ribuan akhbar arus perdana dilambakkan pada hari penamaan calon, berbagai-bagai tafsiran boleh dibuat mengenainya. Antaranya adalah Utusan Malaysia dan Berita Harian sudah menjadi cawangan Umno atau BN; adakah jualan akhbar-akhbar ini sudah terlalu teruk sehingga terpaksa diedar percuma; dan di mana letaknya maruah dan kredibiliti akhbar-akhbar ini?

Sebagai ‘kaki baca’ saya untung besar hari itu kerana membawa pulang setimbun bahan bacaan percuma termasuk empat akhbar harian, yang mengambil masa saya sehingga tengah malam untuk habis membacanya!

SES: Hutang RM13,000 tapi bayar RM156,000

Nazri Abdullah
TEMERLOH, 5 Mac: Peneroka khususnya di Kerdau dinasihatkan berhati-hati dengan jerat terbaru BN berhubung wang skim tanam semula (SES) berjumlah RM13,000.

Dengan syarat pembayaran balik RM650 selama 20 tahun yang dikenakan, bermakna peneroka sebenarnya terpaksa membayar RM156,000 iaitu 12 kali ganda dari jumlah yang dipinjam.

Ingatan itu dinyatakan Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsan (Anak), Mazlan Aliman pada sidang media di markas induk PAS di Kerdau hari ini.

"Jangan kerana nak kejar duit RM13,000, selepas pilihan raya kena tanggung hutang tidak lebih dari RM200,000, sangat tidak berbaloi dengan jumlah pinjaman RM13,000," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan janji untuk memberi pinjaman wang SES sebanyak RM13,000 seorang kepada peneroka, dengan syarat peneroka perlu membayar balik RM650 sebulan selama 20 tahun.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan ketika berkempen di Felda di Kerdau kemudiannya berjanji akan membuat bayaran RM13,000 itu pada hari Isnin, 7 Mac ini iaitu sehari selepas hari mengundi.

Ianya dilihat cubaan memancing undi peneroka yang akan mengundi esok agar memilih BN.

"Kalau RM13,000 kena bayar balik dekat RM200,000, saya nasihatkan peneroka pinjam sahaja dengan bank.

"Ini bukan lagi tolong, tapi betul-betul along yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda," ujarnya lagi.

Pada sidang media sama, beliau juga sekali mencabar Ahmad untuk berdialog dengannya walaupun cabarannya beberapa kali sebelum ini ditolak.

Berhubung hak milik tanah pula, Mazlan mahu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob adil kepada peneroka.

Menteri Besar itu sebelum ini mengumumkan pemberian hak milik hanya kepada peneroka di Jengka 23 sahaja, sedangkan kata Mazlan, Jengka 22 juga perlu mendapat perkara sama.