Bina Kilang Anggota Palsu di Gaza, Selangor Tekad Bantu Warga Palestin
SHAH ALAM 4 SEPT: Kerajaan Selangor komited untuk membantu rakyat Palestin di bumi Gaza yang terus-terusan dizalimi regim Israel Zionis.
Ini termasuk mengadakan kerjasama termasuk membina kilang anggota tubuh palsu, selain membantu hospital, jalan raya dan sekolah, malah turut mengambil beberapa institusi lain sebagai anak angkat.
Demikian kata Pengarah Penerangan Selangor, Badrul Amin Bahron yang masih menyaksikan sendiri penderitaan rakyat Palestin di bumi Gaza.
Badrul Amin berkata demikian ketika berucap dalam majlis Sahur Perdana Selangor di Kompleks Belia, Seksyen 7, Shah Alam yang dihadiri sekitar 6,000 orang.
Beliau juga sempat menceritakan pengalamannya sepanjang berada di bumi Gaza.
"Kita ada komitmen untuk membantu hospital, jalan raya, sekolah. Kita ada mengambil sekolah angkat dan masjid angkat di Gaza bagi memulihkan semangat mereka di sana.
"Kita juga komited untuk membina kilang kaki palsu dan anggota palsu kerana banyak tidak berkaki, banyak tidak bertangan. Mereka minta bawa ke Malaysia tetapi kita kata elok kita buat kilang di Gaza," katanya.
Menurut Badrul, penganjuran program rakyat Palestin ini akan diteruskan pada masa depan dengan kerjasama sukarelawan.
Malah, satu konvoi anjuran pihak Turki dijangka disertai mereka Oktober ini yang turut disertai ulama tersohor dunia, Syeikh Yusof Qardawi, bagi menyampaikan bantuan kepada rakyat Palestin.
"Bulan depan konvoi kapal akan diadakan sekali lagi daripada Turki. Kali ini bukan 10 kapal tetapi beratus-ratus kapal. Saya difahamkan, salah satu kapal itu akan dinaiki Syeikh Yusof al-Qardawi," katanya.
Enggan Berundur, Helah Samy Vellu Lengahkan Penentangan
SHAH ALAM 4: Pengumuman Datuk Seri S Samy Vellu untuk tidak mengundurkan diri dari jawatan Presiden MIC Disember ini, memang sudah lantaran ia hanya helah politik semata-mata bagi mengendurkan tekanan dari Gerakan Anti Samy Vellu atau GAS, sebelum ini.
Bekas Naib Presiden MIC, Datuk SS. Subramaniam percaya Presiden MIC selama 31 tahun itu hanya akan membuat keputusan mengundur diri hanya selepas memastikan kepentingannya dalam MIC terus terpelihara.
Mengikut Malaysia Insiders, Samy Vellu menyatakan beliau tidak akan meletak jawatan sebelum tempoh penggalnya berakhir 21 Mei tahun depan.
Samy Vellu adalah Presiden MIC paling lama dalam sejarah dan memegang jawatan ini sejak 1979 bersamaan 11 penggal.
Beliau juga adalah anggota Kabinet paling lama sebelum tidak terpilih dalam Kabinet baru berikutan tewas pada pilihan raya umum 2008.
"Dia (Samy Vellu) memang bercakap begini. Sekejap mau Disember, satu hari september. Ucapan dia tidak boleh dipercayai," kata Subramaniam kepada TV Selangor.
Samy Vellu sebelum ini mengumum peletakan jawatan ketika banyak penentangan terhadapnya termasuk dari GAS, tetapi menukar nada apabila penentangan itu tidak sekeras peringkat awal.
"Memang tujuan samy Vellu supaya GAS jangan bergiat kuat sangat. Dia buat ini supaya GAS berdiam diri. GAS sudah ada dan terus jalan dan sampai satu masa dia undur dirilah," katanya.
Samy Vellu juga dijangka meletakkan orangnya sendiri untuk menggantikan beliau bagi melindungi kepentingannya tetapi beliau sedia untuk melakukan tindakan demikian.
"Dia (Samy Vellu) akan tentukan siapa akan jadi Presiden selepas dia. Dia mau orang dia sendiri. Sampai ke satu tahap, MIC akan jadi sama macam dulu, tidak memberi apa-apa kesan. Tidak efektif, tidak boleh melakukan apa-apa kerja," katanya.
Bagi Subramaniam, MIC adalah parti komponen BN paling lemah dan tidak lagi berpeluang untuk bangkit dari kekalahan teruk pada pilihan raya umum lalu.
"Selepas pilihan raya 2008, MIC sudah tidak membawa kesan lagi. Cuma Perdana Menteri mahu memberi sedikit kuasa, sedikit pertolongan untuk memuaskan hati kaum india tapi ini tidak berkesan lagi.
Saya ingat MIC sudah sampai ke tahap turun dan jatuh dan tidak boleh naik lagi," katanya lagi.
Nasib berbeza pengetua 'rasis'...
Ketika pengetua wanita Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, Johor, Siti Aishah Mansor berdepan 'hukuman' jika didapati bersalah hasil kertas siasatan Jabatan Perkhdimatan Awam (JPA), rakan sejawatannya, Pengetua SMK Bukit Selambau (SMKBS), Sungai Petani, Kedah, Ungku Aznan Ungku Ismail pula yang diura-urakan akan bertukar masih kekal di sekolah berkenaan.
Nasib yang berbeza ini menimbulkan tanda tanya kerana masa depan Siti Aishah bergantung kepada kertas siasatan yang akan dibentangkan JPA kepada lembaga disiplin Jabatan Perdana Menteri (JPM) selepas Aidilfitri.
Manakala Ungku Aznan dilaporkan telah "dibekukan sementara" di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Muda/Yan, Sungai Petani, selama seminggu baru-baru ini setelah pelbagai pihak termasuk jemaah nazir, Jabatan Pelajaran Negeri dan polis menjalankan siasatan ke atasnya.
"Sepanjang tempoh itu, beliau (Ungku Aznan) tidak dibenarkan berada di sekolahnya, sebaliknya diberikan bilik khas di PPD Kuala Muda/Yan," kata sumber Jabatan Pelajaran negeri semalam.
Menurut sumber itu, pihaknya tidak dapat memastikan sama ada tempoh seminggu itu sebagai "hukuman muktamad" atau hanya tindakan sementara.
Katanya, pihaknya masih menunggu siasatan lengkap mengenai pengetua lelaki berkenaan.
Bagaimanapun, pengetua lelaki sekolah menengah luar bandar itu dibenarkan kembali ke sekolahnya pada 1 September.
Tindakan menempatkan sementara pengetua berkenaan di Pejabat PPD itu dipercayai bagi mengelakkan beliau dikunjungi wartawan dan partai politik sementara siasatan lanjut ke atasnya dijalankan lebih terperinci.
Ungku Aznan didakwa mengeluarkan perkataan berbaur perkauman kepada pelajar bukan Islam semasa majlis perhimpunan pagi SMKBS sebelum ini dijangka akan ditukarkan ke sekolah baru mulai 1 September hasil desakan masyarakat Cina setempat, MCA dan Gerakan negeri.
Sumber itu berkata, pertukaran itu adalah sebagai tindakan alternatif awal yang diambil bagi meredakan suasana hubungan antara komuniti setempat dengan pengetua berkenaan.
Katanya, pengetua berkenaan juga telah meminta maaf kepada sekumpulan pelajar terbabit dalam pertemuan khas di sekolah berkenaan beberapa hari selepas kejadian itu.
Bagaimanapun, menurut sumber itu, pihaknya tidak dapat memastikan sama ada tempoh seminggu itu yang dijalani Ungku Aznan itu sebagai "hukuman muktamad" atau hanya tindakan sementara.
Ibu tunggal ikat perut di kota Kuala Lumpur
Beliau berkata, dia dan anak-anaknya tidak mampu membeli pakaian raya kerana tiada wang malah kehidupannya kini hanya mengharapkan sumbangan orang ramai selain menerima bantuan beras daripada pihak masjid.
“Saya sebelum ini menolong kakak berniaga nasi lemak di Masjid India dengan pendapatan RM19 sehari tetapi terpaksa berhenti berniaga buat sementara berikutan kedatangan Ramadan.
Ada kalanya saya anak beranak terpaksa mengikat perut kerana tiada wang untuk membeli makanan sebagai juadah berbuka puasa,” katanya ketika ditemui. Zawiyah yang berasal dari Pahang terpaksa memberikan perhatian kepada anak OKUnya yang tidak dapat menguruskan diri sendiri menyebabkan masanya terbatas untuk mencari pekerjaan.
Dia yang tinggal di rumah setinggan di Gombak berharap ada pihak sudi membantunya untuk membelikan baju raya buat anak-anaknya.
Individu atau syarikat yang ingin membantu Zawiyah bolehlah menghubunginya di talian 019-2182516 atau ke alamat No 847, Batu 4 3/4, Jalan Gombak, 53100, Selayang.
-hmetro-
756 ahli PAS masuk Umno, bohong! lawak metalic
KUALA LUMPUR, 4 Sept: Laporan behubung 756 ahli PAS di Parlimen Larut menyertai Umno adalah bohong dan sengaja direka Umno.
Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain ketika menafikan perkara itu berkata, tidak ada sejumlah tersebut keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.
"Kita menafikan dan percaya ianya sengaja diada-adakan.
"Yang sebetulnya, 26 pemuda Umno termasuk ketua cawangan menyertai PAS dua bulan lalu," katanya kepada Harakahdaily.
Media hari ini melaporkan seramai 756 ahli PAS dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut menyertai Umno.
Ianya didakwa diketuai bekas timbalan ketua PAS cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Larut, Nazri Din berkata hanya Mat Arop dan isteri sahaja masuk Umno dua bulan lalu.
"Mat Arop ni sebenarnya kecewa sebab zaman Pakatan Rakyat memerintah dia tidak dilantik menjadi Ahli Majlis dan Ketua Kampung.
"Saya nak cabar Umno, kalau betul ada 756 itu, tolong namakan mereka dan saya janji akan bagi RM100 seorang kepada mereka semua," katanya.
Mat Arop menurut Nazri adalah bekas pemuda tahan lasak Umno yang kemudian menyertai PAS.
Beliau kini memegang jawatan pengerusi masjid dan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Tambah Nazri, beliau yakin isu yang dibangkitkan ini hanya mahu mengalihkan isu sebenar berhubung penyelewengan tanah Felcra oleh Ketua Umno Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.
"Beliau cuba alih pandangan rakyat Kubu Gajah tentang penyelewengan tanah Felcra di Sungai Malau.
"Dia beri satu lot enam ekar kepada ibu dia sendiri Mardiah Binti Lah, menyebabkan orang lain marah," katanya yang mendakwa ada dokumen sebagai bukti.
Semua ahli PAS itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempena majlis rahmat Ramadan bersama menteri besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di Selama, semalam.
Mat Arop berkata beliau menjadi ahli PAS selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal.
Anak MP lagi Merdeka!
Salam, sudah 53 tahun kita merdeka bebas dari penjajah tetapi belum bebas dari penjajahan minda sebenarnya. Rakyat cuba tonjolkan apa yang mereka mahu tetapi kemerdekaan umpama hanya pada nama kerana rakyat tetap dikongkong oleh kerajaan.
Bukan salah cara itu cuma kini masanya rakyat perlu tahu yang sebenar.Malam merdeka banyak cerita yang keluar.Di Danga Bay penuh sesak dengan orang ramai terutamanya anak muda dan semestinya kelihatan beberapa orang-orang dan anak-anak VIP Johor yang berkelakuan seperti biasa sungguh liar tak perlu diceritakan semua orang tahu.
Di BoraOmbak KL juga kelihatan anak kepada Nazri Aziz iaitu Jai yang berhibur disitu dengan keadaan yang memalukan sebagai anak pemimpin bersama ramai gadis disampingnya.Di Laundry Bar kelihatan Aizat Fikri anak kepada MP Kuala Nerus bersama dengan kekasih setianya Tiz Zaqyah yang juga berkelakuan tidak beradap dan menari di dance floor dengan cara yang menghairahkan di bulan puasa pula.
Yang menyedihkan mereka pada tepat jam 12 juga melaungkan Merdeka,Merdeka dan Merdeka tetapi adakah mereka faham erti kemerdekaan dan adakah minda mereka sudah merdeka atau masih terpangaruh oleh pengaruh barat?
-tko-
Setia & Patuh, Ismail Omar Pilihan Tepat Buat Umno BN
SHAH ALAM 4 SEPT: Tan Sri Ismail Omar dilihat sebagai calon yang terbaik untuk meneruskan agenda Tan Sri Musa Hassan yang kini disifatkan sebagai liabiliti kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana terpalit dengan pelbagai skandal dan tuduhan salah laku.
Perwatakan yang setia dan patuh, secara cekap melaksanakan perintah dikatakan kriteria utama mengapa Tan Sri Ismail dipilih untuk menggantikan Musa yang dijadual bersara, 13 September ini.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata Ismail Omar hanya dikenali sebagai orang nombor dua Musa Hassan, dan bukan sebagai anggota polis yang mempunyai rekod prestasi cemerlang.
Yang ketara adalah, Ismail di kalangan pegawai terkanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampaknya gagal untuk bertindak menangani isu profesionalisme polis, rasuah, keganasan anggota serta campur tangan politik dalam urus tadbir PDRM.
Justeru, bagi menyahkan persepsi negatif, Ismail dicabar supaya menjalankan siasatan terperinci atas tuduhan yang dihadapi Musa, seperti dakwaan yang mengaitkan beliau kepada sindiket kongsi gelap di selatan tanahair.
"Ia dilantik semata-mata untuk meneruskan ketenangan poltik dalam PDRM. Siapa KPN baru, sebaliknya dilantik kerana dilihat mampu meneruskan kerja buat Musa Hasan selama ini."
"Jika kita tidak membuat sebarang tindakan drastik, khususnya membersihkan nama yang terpalit pada Bukit Aman mengenai kongsi gelap, ia hanya dilihat sebagai penyambung tugas dan hubungan PDRM dengan kongsi gelap.
"Selama ini pun, tidak ada apa pun yang membanggakan dalam pencapaian dia (Ismail). Dia hanya orang nombor dua yang setia pada Musa Hassan," katanya kepada TV Selangor.
Ismail diminta mempertimbang saranan Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia, yang mencadangkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis, ditubuh bagi mengatasi gejala rasuah dan kehakisan profesionalisme di kalangan anggota.
Beliau perlu memperkuatkan tulang belakang polis bagi menghakis campur tangan politik dalam urus tadbir PDRM, termasuk menyokong agenda membebaskan polis dari cengkaman Eksekutif.
"Elemen dalam negara ini harus dilantik oleh kuasa rakyat dan sewajarnya diangkat dengan kuasa parlimen. Itulah kuasa tertinggi rakyat dalam negara demokrasi.
"Kalau Kabinet rasuah, kalau menteri dalam negeri terlibat dalam jenayah, sudah tentu KPN dan Peguam Negara tidak mampu berbuat apa-apa," katanya.
Pilihanraya Umum Dekat Sangat Dah!
Angkasanuri
Saya dapat merasakan PRU semakin hampir. Tak mustahil parlimen bakal dibubarkan selepas raya ni. Tanda-tandanya semakin nyata dan ketara.
Seperti biasa umpan dan gula-gula pilihanraya mula ditaburkan. Kerajaan yang sebelum ini nampak 'sesak' tiba-tiba menjadi pemurah dan dermawan. Dalam suasana harga barang dinaikkan, pelaburan semakin susut manakala yang sedia ada cabut lari mengalih operasi ke negara lain kerajaan menunjukkan 'prihatin'nya kepada rakyat.
Isu perkauman yang cuba dihangatkan sebelum ini kembali reda kerana majoriti rakyat cukup bijak dengan tipu helah dan provokasi yang dilakukan. Sementara itu semangat patriotik kepada negara (sebenarnya pemimpin Umno-BN) sempena Hari Kemerdekaan mendapat respon hambar dari rakyat.
Begitu juga dengan demontrasi rakyat Indonesia terhadap keduataan negara di sana, rakyat cukup bijak memahami situasinya. Pastinya ada di dalang di sebaliknya. Bagi saya ia tidak lebih satu lakonan oleh pihak yang tertentu yang boleh dibaca tujuan dan motifnya. Kita sudah 53 tahun merdeka bukan 53 hari!
Walau apa juga situasinya PRU tetap perlu diadakan dalam tempoh terdekat. Hanya itu pilihan yang Umno-BN ada. Sokongan rakyat khasnya bukan Melayu semakin merudum. Lagi lama PRU maka lebih banyak masalaah yang berlaku. Kegawatan ekonomi dan politik menyebabkan Umn0 BN perlu tonik dengan mendapatkan mandat baru dari rakyat. Bukan untuk menguji pengaruh dan populariti tetapi langkah perlu yang segera untuk menyelamatkan Umno-BN agar terus dapat bertahan dan berkuasa.
Maka pelbagai kaedah dan helah terpaksa direka dan dicipta. Seperti biasa isu ahli Pas,PKR dan DAP keluar parti beramai-ramai merupakan antara petunjuk yang paling kuat menjelang PRU umum. Itulah yang digambarkan semalam apabila 756 ahli Pas Larut di Perak dari 46 cawangan masuk Umno! Kenapa sikit sangat? Biasanya sebelum pilihanraya umum berita ahli Pas yang keluar masuk Umno lagi ramai kalau dijumlahkan semua biasanya ahli Pas yang tinggal ialah Mursyidul Am dan Presiden Pas sahaja!
Usah terpengaruh Aidilfitri Khamis ini
Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata ia sekadar khabar angin dan tidak semestinya betul.
“Saya mendengar khabar angin itu sejak minggu lalu. Orang ramai tidak perlu keliru sebaliknya menunggu pengumuman pada malam 8 September ini,” katanya ketika dihubungi tetapi enggan memberi komen lanjut sebaliknya meminta merujuk ke laman web Jakim.
Laman web Jakim menyatakan tarikh Aidilfitri pada tahun ini ialah 10 September 2010 iaitu pada hari Jumaat.
Katanya, pemerintah mempunyai kuasa membuat pengumuman mengenai tarikh sambutan Aidilfitri dan orang ramai tidak perlu keliru dengan khabar angin itu.
“Bagi saya, khabar angin ini disebarkan oleh orang yang keberatan melakukan dua solat iaitu solat sunat Aidilfitri dan solat Jumaat. Jarak waktu kedua-dua solat ini membuatkan mereka berasa seolah-olah tidak ada masa untuk berhari raya,” katanya ketika dihubungi.
Beliau juga menyatakan Malaysia tidak perlu mengikut ketetapan Arab Saudi kerana negara mempunyai kaedah tersendiri menentukan tarikh hari raya iaitu rukyah dan hisab yang sudah diakui ulama.
“Keadaan itu menyebabkan kita kembali kepada kaedah pengiraan ahli falak,” katanya.
Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr Kassim Bahali, berkata khabar angin seumpama itu selalu muncul pada tahun Malaysia berpuasa genap 30 hari.
“Tahun ini kita berpuasa genap 30 hari yang bermakna Aidilfitri akan disambut pada hari Jumaat, 10 September 2010. Selalunya itu yang terjadi. Bila puasa genap 30 hari, akan muncul khabar angin menyatakan puasa cuma 29 hari. Saya tak percaya dengan khabar angin itu dan meminta orang ramai tidak menghiraukannya.
Kassim yang turut menjadi sasaran pertanyaan orang ramai mengenai perkara itu, berkata beliau akan muncul dalam satu program dengan radio Melaka untuk bercakap mengenai khabar angin berkenaan dan dirakamkan dalam bentuk video yang boleh ditonton menerusi laman web www.khawarizmiobs.com selewat-lewatnya petang semalam atau pagi ini.
Polis Marin M'sia nafi bogelkan pegawai Indonesia
Beliau berkata pasukan itu juga hanya akan menggari individu yang terlibat dalam jenayah seperti pembunuhan atau rompakan, bukannya terhadap mereka yang mencerobohi perairan.
Dalam insiden itu, PGM menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia kerana memasuki perairan negara serta menahan tujuh nelayan Malaysia.
Polis Malaysia telah didakwa melepaskan beberapa das tembakan ke arah pegawai penguatkuasa Indonesia ketika kejadian dan selepas ditangkap, mereka digari serta dibogelkan.
Isa yang menafikan dakwaan itu, menjelaskan bahawa pihaknya hanya melepaskan dua das tembakan menggunakan "flare-gun" yang hanya mengeluarkan percikan seperti bunga api dan bukannya peluru, sebagai tanda amaran.
Pistol signal
"Pistol ringan atau pistol signal biasanya digunakan untuk menerangi kawasan, dan bagi mengeluarkan cahaya untuk memberi amaran kepada bot-bot di perairan, ia bukan seperti pistol biasa yang mempunyai peluru.
Beliau berkata PGM juga tidak menggari mereka sejurus tangkapan itu, tetapi terpaksa mengikat tangan seorang daripada pegawai penguatkuasa republik berkenaan dengan tali setelah dia bertindak agresif.
"Kebiasaannya kami yang mengawal perairan tidak membawa gari. Gari hanya akan dibawa dalam operasi, terutama dalam memerangi aktiviti keganasan dan jenayah.
"Tetapi kita terpaksa mengikat tangan salah seorang daripada mereka kerana kita tidak mahu dia bertindak lebih agresif...kita ambil langkah terbaik dengan tidak melakukan sebarang kekerasan terhadap mereka," katanya.
Seluar dalam
Mengenai dakwaan kononnya pegawai Indonesia itu dibogelkan, Isa berkata seorang daripada mereka menyorok di bilik enjin ketika ditahan dan keadaannya ketika itu memang sudah hampir bogel dengan hanya berseluar dalam.
Berdasarkan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS), beliau berkata nelayan Malaysia masih berada di perairan negara ketika kejadian.
"Sebelum itu, PGM mendapat maklumat bahawa nelayan kita ditahan (oleh polis Indonesia) dan apabila kita periksa melalui GPS, kita dapati mereka berada di dalam kawasan kita, lapan batu dari Tanjung Punggal, dalam wilayah Malaysia," katanya.
Beliau berkata pada kebiasannya, jika ada nelayan asing mencerobohi perairan negara, PGM akan mendekati mereka dan memberi arahan supaya keluar secara baik.
"Selalunya kita mendekati mereka dan bertanya kepada mereka... mungkin mereka masuk tanpa disengajakan," katanya.
"Kebanyakan bot-bot nelayan, termasuk pukat tunda, kini menggunakan GPS, kita hanya dapat menjejak mereka jika berlaku kecemasan sekiranya mereka mempunyai GPS.
"Kebanyakan mereka arif mengenai kawasan perairan, meskipun begitu, sebagai langkah berjaga-jaga, kita galakkan mereka menggunakan GPS dalam memastikan bahawa mereka tidak akan melepasi sempadan negara lain," katanya.
-Bernama-
Gambar fitnah: Polis digesa ambil tindakan segera
GEORGETOWN, 4 Sept: Pihak polis digesa supaya segera mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melalui penyebaran gambar teknik pertindihan (super impose) menyembelih lembu korban.
Ketua Pemuda Dapsy Pulau Pinang, Ng Wei Aik berkata, polis sepatutnya menjalankan siasatan secara menyeluruh dan segera mengambil tindakan terhadap mereka yang sengaja cuba bermain dengan isu sensitif.
Beliau yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri berkata, dakwaan tersebut adalah tidak berasas sama sekali.
"Tindakan penyebaran gambar 'super impose' ini adalah melampau. Ia adalah isu yang sangat sensitif dan merbahaya kerana ia boleh memecahbelahkan masyarakat.
"Ketua Menteri tahu membezakan apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak patut dilakukan. Ini termasuklah dalam isu yang membabitkan hal agama," katanya.
Manakala Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mansor Othman mengulas isu itu berkata apa yang telah dilakukan adalah suatu tindakan jahat dan keji.
Kata beliau, kumpulan yang kecewa itu akan membuat apa saja sama ada melalui media ataupun internet bagi mengelirukan masyarakat.
"Sejajar dengan ini, maka kerajaan negeri amat berharap rakyat tidak akan terpedaya dengan tindakan terdesak yang telah dilakukan oleh mereka yang semakin kecewa.
"Sehubungan dengan itu risalah penjelasan mengenai isu ini dan beberapa isu seperti dakwaan doa dalam khutbah Jumaat turut diperjelaskan melalui pengedaran 150,000 risalah untuk seluruh rakyat negeri ini," ujarnya
Rumah polis pun kena rompak di Malaysia
Penjenayah semakin bermaharajalela di Malaysia. Terkini rumah polis dirompak di Rawang, kerugian dianggarkan RM80,000.00. Perompak telah bertindak kejam ke atas anak perempuan anggota polis apabila dibelasah kerana cuba melarikan diri. Hanya membiarkan sekejap pintu pagar dan pintu depan terbuka , perompak tadi telah masuk. Nampaknya kita kena duduk dalam penjara rumah sendiri di Malaysia ni.
****************************
Friday September 3, 2010
Armed robbers ransack cop’s house
KUALA LUMPUR: Three masked men armed with machetes robbed a police corporal’s family of cash and valuables totalling more than RM80,000 at their home in Green Park, Rawang. The corporal was out on duty at the time of the incident. The robbers were believed to have entered the house when the family left the gate and front door open.
The policeman’s daughter R. Kalaivani, 22, was assaulted by the robbers when she tried to escape from the house to seek help. She was dragged back into the house and beaten up. Kalaivani said the robbers entered the house at about 10pm and held up her mother, sister and herself when they were about to have dinner.
“The robbers held their machetes to our necks before forcing us into a room where they tied us up. “They ransacked the house and escaped with RM5,000, handphones and jewellery,” she added. The corporal, who refused to be identified, lodged a report at the Selayang police station. Gombak OCPD Asst Comm Abdul Rahim Abdullah confirmed the incident.
He said the suspects were seen escaping in a black Proton Iswara, believed to have been driven by an accomplice stationed outside the house./thestar
Umno sedang ghairah ‘menghodohkan’ wajah Islam
ZULKIFLI YAHAYA
Seorang rakan Cina bukan Islam bertanya, “Betulkah Islam menganggap orang bukan Islam sebagai najis dan tidak layak memasuki masjid atau surau?”. Terkedu juga untuk menjawabnya.
Saya lalu bertanya, di mana dia mendapat ‘tanggapan’ itu? “Dari media masa,” katanya. Memang benar, sejak berhari-hari semua media talibarut BN menyemarakkan sentimen perkauman dengan mensensasikan berita kononnya Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching bertazkiroh di dalam surau. (Kerana jahil, media BN menganggap tazkiroh bermaksud ucapan).
“Bagaimana bukan Islam nak dapat gambaran yang jelas mengenai Islam jika memasuki masjid pun tak dibenarkan,” ujarnya yang membuatkan saya hampir ketawa kerana kata-kata seperti itu sepatutnya lahir dari mulut orang Islam.
“Secara berterus terang saya nak beritahu bahawa sebagai seorang Muslim saya wajib menganggap agama selain Islam adalah tidak betul atau sesat, tetapi kalau kamu hendak mendapat gambaran sebenar Islam dari media-media BN maka kamu akan dua kali sesat,” jelas saya.
Rakan saya rupanya tidak tersinggung saya menggunakan perkataan ‘sesat’, tetapi memberitahu bahawa bukan Islam amat marah apabila Umno menganggap mereka macam ‘najis’.
Dari segi keuntungan politik, nampaknya bagi PAS yang bersama dalam Pakatan Rakyat seharusnya gembira kerana kemarahan bukan Melayu terhadap Umno akan menggelapkan masa depan BN. Namun sebagai pendokong perjuangan Islam tentulah kita merasa dukacita kerana angkara sikap Umno itu, wajah Islam menjadi ‘buruk’.
Sebagai wakil rakyat mungkin Teo Nie Ching ada sekelumit agenda politik di sebalik sumbangannya untuk membina pagar surau. Sekurang-kurangnya supaya dia terus dipilih sebagai wakil rakyat untuk penggal akan datang. Bagaimana pun yang pasti ialah kehadirannya ke dalam surau bukan kerana agenda jahatnya untuk menghina institusi keIslaman seperti yang digambarkan oleh media talibarut BN. Beliau benar-benar tidak tahu, termasuklah keperluan untuk menutup aurat dengan sempurna mungkin kerana yakin bahawa ‘penutupan aurat’ isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor itu sudah mencukupi.
Teo Nie Ching telah meminta kepastian sebanyak dua kali sama ada dia boleh memasuki surau. Beliau yakin bahawa tiada tegahan apabila pihak jawatankuasa membenarkan. Jawatankuasa pun bukan jahil kerana Majlis Fatwa Kebangsaan membenarkan. Majlis fatwa pun bukan jahil kerana Rasulullah SAW pernah membenarkan bukan Islam memasuki masjid.
Jika ada pendapat yang sebaliknya, ia tertaktuk kepada ijtihad yang luas di dalam Islam. Macam amalan talqin, tahlil arwah, perarakan Maulid dan lain-lain; ada yang menggalakkan dan ada yang mengharamkan.
Malangnya perkara khilaf itu yang dipegang dengan kukuh oleh Umno untuk membelasah bukan Islam yang tidak tahu apa-apa. Beginikah sewajarnya akhlak orang Islam yang hendak dipamerkan kepada non Muslim – kasar, perungus, dendam kesumat, tiada toleransi dan menghukum sijahil sewenang-wenangnya?
Perkasa sebagai ‘anak syarikat’ Umno bertindak lebih bebal dengan mendesak jawatankuasa surau memulangkan wang sumbangan kepada Teo Nie Ching dan pihak Perkasa akan menggantikan sumbangan tersebut. Lihatlah buruknya perilaku mereka. Masyarakat bukat Islam yang belum memahami Islam pasti akan lebih menjauhkan diri kalau inilah gambaran ‘Islam’ yang mereka terima.
Semua itu berlaku apabila Umno meletakkan matlamat politik mereka lebih tinggi dari kepentingan Islam. Upacara (kononnya) pembelaan terhadap Islam yang mereka lakukan langsung tidak ikhlas. Zaman era maklumat bergerak dengan pantas, setiap isu yang dilontarkan dijawab dengan pantas juga. Apabila terdapat dakwaan khatib berdoa untuk Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat, maklumat dalam talian menyiarkan program Umno mengadakan bacaan Yasin dan Solat Hajat untuk Kamalanathan di Hulu Selangor.
Selepas media talibarut BN menyiarkan isu Teo Nie Ching memasuki surau dengan tidak menutup aurat, media-media di talian menyiarkan gambar Rosmah Mansor berucap dalam surau tanpa menutup aurat di hadapan ramai wanita yang turut tidak menutup aurat. Begitu juga penyiaran klip video program maksiat yang dianjurkan oleh Umno dalam sebuah surau disebarkan secara meluas melalui internet. Bila terkena batang hidung, Umno membisu seribu bahasa.
Paling menyampah ialah sikap ulamak-ulamak pro Umno yang terkinja-kinja menyalak apabila kesalahan semacam berpihak kepada lawan BN tetapi menyepi apabila pemimpin Umno melakukan kesalahan yang sama. Mereka nampaknya membuang watak sebagai pendakwah sebaliknya lebih memegang watak pencela terhadap golongan yang belum Islam.
Jika Umno sedang ghairah ‘menghodohkan’ wajah Islam di bumi satu Malaysia ini, maka ulamak pro Umno pula kelihatan menyempurnakan kerja tersebut. Pandai-pandailah mereka mejawab di hadapan Allah di akhirat kelak.
Hudud Bukan Hak Pas Seorang
Mohd Sayuti Omar
PARA algojo politik cuba mempertikai dan mengaitkan langsung isu hukum hudud dengan Pas. Mereka mempersoalkan kenapa kini Pas tidak lagi memperjuangkan untuk menegakkan hudud. Kalau algojo itu memahami Pas sebagai badan siasah, mereka tidak akan mempersoalkannya. Mempersoalkan perkara itu samalah mendedahkan kebodohan diri sendiri.
Pas bukan gerakan Islam seperti Tabligh atau jamaah bersistem khalifah dan ahlinya kaum sufi. Pas adalah badan politik yang ahlinya mengamal dan menerima berbagai aliran mazhab. Bila disebut politik perjungan Pas untuk menegakkan syariah Islam termasuk hukum hudud secara politik
Mungkin Pas menidakkan tanggapan ini tetapi dari tindak tanduk dan perbuatan Pas ia membuktikan kenyataan itu.
Jadi untuk apa dipertikaikan mengenai hal itu. Kerana konsep itulah maka orang tidak perlu merasa pelik dengan sikap (perubahan approach) Pas hari ini yang tidak lagi menjadikan hudud sebagai asas perjuangannya seperti berberapa dekad lalu. Hudud kini bukan lagi modal untuk meraih undi, bahkan ia menjadi liabiliti kepada Pas. Bagaimana pun sebagai parti berlandaskan Islam, berjanji dan berikrar untuk melaksanakan Islam, hudud masih menjadi agenda. Hudud ada tersimpan dalam sanubari Pas.
Pas tidak dapat membuang hukum hudud seperti mana Pakatan Rakyat hendak buang Akta Keselmatan Dalam Negeri (ISA), Akta Kolej dan Universiti (AUKU) atau seperti mana nak hapuskan saman ekor atau memindah peraturan dalam SPR dan SPRM. Hudud adalah perintah Allah yang tetap. Hudud akan dilaksanakan apabila Pas sudah mendapat kuasa. Sama ada betul atau tidak ia kena tunggu setelah Pas mendapat kuasa kelak.
Hari ini Pas sedang berkerja dan berusaha untuk mendapatkan kuasa. Kuasa dulu baru agenda, bukan agenda dulu baru kuasa. Inilah kebijaksanaan baru Pas. Jadi mana-mana perkara yang boleh menghalang daripada mendapat kuasa, Pas terpaksa kendurkan dulu. Bukan saja hudud, hendak bercakap atau menyebut Islam itu syumul pun sudah tidak lantang lagi.
Pas terpaksa memandag belakang, depan, kiri dan kanan dulu untuk menyebut Islam, bimbang menimbulkan salah faham rakan-rakannya. Hadith dan ayat-ayat Quran yang menjadi hafalan Pas dulu kini sudah termansuh. Inilah perubahan dan dinamika Pas sebagai sebuah parti politik.
Semua ulama dalam Pas sudah jadi liberal. Mereka banyak membaca kitab-kitab ekonomi, siasah, falsafah pemodenan dari Barat. Fahaman yang diterapkan dalam kitab-kitab kuning sudah dibuang. Sebab itu hari ini segala macam kejadian pelik dan ganjil berlaku. Orang Cina boleh masuk ke surau tanpa tutup aurat, ustaz dan ulama boleh masuk kilang arak atau gereja tanpa ada bantahan oleh Pas. Atas nama dakwah kononnya semuanya boleh dilakukan.
Hakikat ini terserlah daripada penjelasan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah. Cuba hayati penjelasan Mohd Amar ini betul-betul. Katanya; Pas tidak lupa kepada hudud tetapi ia akan melihat kepada kesediaan rakyat untuk menerimanya. Ertinya hudud itu akan dilaksanakan selepas rakyat memahaminya.
“Kita ada persetujuan untuk peringkat ini kita tidak bincangkan soal hudud. Misi kita yang utama ialah untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya.
“Bagi kita secara personalnya, perjuangan kita adalah untuk menegakkan syiar (Islam), tetapi kita tidak akan memaksakan hasrat ini kepada masyarakat.
“Bila masyarakat sudah bersedia dengan penjelasan, kefahaman, pada masa itu kita akan laksanakan,” kata Mohd Amar. Pendirian dan sikap Mohd Amal ini, itulah juga sikap dan pendirian Pas pada masa kini.
Apabila mendengar ini saya teringat kepada apa yang Ashaari Muhammad bekas pemimpin Arqam (Allahyarham) perkatakan dulu dalam bukunya tentang hudud. Katanya hukum hudud tidak wajib dilaksanakan selagi rakyat tidak memahaminya. Maka tegasnya rakyat perlu diberi penjelasan, didakwah agar memahami hukum itu betul-batul baru boleh dilaksanakan. Melaksanakan hukum hudud dalam keadaan rakyat tidak bersedia satu kezaliman.
Ertinya kalau rakyat tidak hendak kepada hudud (walaupun wajib) ia tidak akan dilaksanakan, walaupun sesudah ada kuasa. Saya tidak nampak Pas akan menentang arus rakyat dengan terus melaksanakan hukum berkenaan walaupun sesudah mendapat kuasa. Kerana apa, kerana yang berkuasa ialah rakyat bukannya Pas. Pas hanya mendapat kuasa dari rakyat. Apa lagi rakyat yang memberi kuasa (kemenangan undi) bukan 100 % Islam. Menentang kehendak rakyat bermakna Pas akan kehilangan kuasa.
Jadi kesimpulannya hudud tidak akan dilaksanakan kalaupun Pas mendapat kuasa selagi rakyat tidak merasakan ia perlu. Makanya untuk melaksanakan hudud ia bukan dari politik, bukan selepas parti politik Islam seperti Pas dapat kuasa, tetapi ia boleh dilaksanakan apabila rakyat sudah faham mengenai hikmah dan falsafah hukum berkenaan. Umno juga boleh melaksanakan hudud jika rakyat yang dipimpinnya mahukan hudud.
Justeru Pas sebagai parti Islam kena memberi kefahaman kepada umum mengenai hudud dari masa ke semasa. Laksana seperti mana memberi kefahaman mengenai bahaya ades, bahaya dadah, bahaya pelacuran dan sebagainya. Bahkan penerangan hudud ini lebih penting dan utama dari itu.
Kepada algojo yang cuba menyalahkan Pas mengenai hudud ini juga tidak betul. Tugas melaksanakan hudud bukan terwajib kepada Pas saja. Ia adalah hak semua. Janganlah melihat hudud itu seperti kopiah yang dikaitkan dengan Pas. Sesiapa pun boleh pakai kopiah dan begitu juga songkok.
Kopiah bukan saja hak Pas dan songkok bukan saja hak Umno. Cuma kita pandai-pandai membahagikan penutup kepala itu sebagai hak golongan itu dan hak golongan ini. Walhal kopiah dan songkok hak semua orang yang selesa memakainya. Setiap yang mengaku Islam mereka berhak memperjuangkan hudud tanpa melaung-laungkannya. Jangan pula pakai songkok atau kopiah kerana nak lindungkan kepala botak!
Sports Toto jamu orang dhaif Islam.........bermaruahkah kita?
Roslan SMS
Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini dipenuhi umat Islam dengan amal ibadat yang berlipatganda kerana mahu mengejarkan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah swt. Kalau makan dan minum pun wajib dielakkan,inikan pula perkara dan kerja-kerja yang keji dan mungkar serta diharamkan oleh agama. Demikianlah ketahanan umat Islam diuji pada bulan yang besar ini.
Namun demikian dimanakah letaknya maruah kita, usah berbicarlah hal jalur gemilang yang diinjak dan dibakar di seberang, itu perkara kecil, berbanding dengan biadapnya kita sendiri membenarkan anak-anak yatim dan miskin serta ibu-ibu tunggal yang beragam Islam diraikan, diberi makan dan wang raya dari hasil judi oleh syarikat judi tempatan!
Ya Allah ampunkanlah dosa kami.
Dalam The Metro sisipan akhbar The Star hari ini dilaporkan betapa syarikat judi SPORTS TOTO menjamu dan meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal dari Persatuan Anak-Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Kg. Medan, PJ and Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat, Banting.
Kita perlu pandang serius perkara ini. Pihak pengurusan kedua-dua persatuan perlu dinasihatkan kerana mereka membenarkan orang yang miskin serta anak yatim di bawah jagaan mereka dijamu oleh sebuah syarikat yang aktivitinya jelas haram disisi Islam! Pihak Sports Toto juga perlu diberitahu bahawa hasil judi mereka yang haram itu jangan diberi makan kepada orang Islam walaupun kononnya atas alasan kebajikan.
Saya sedih melihat masih ada kesempatan diambil oleh syarikat-syarikat ini untuk menjamu orang-orang Islam yang miskin dan dhaif. Dan lebih sedih lagi apabila melihat merekayang diberi amanah menjaga orang susah sanggup menggadaikan maruah dan mengharung dosa semata-mata kerana habuan wang ringgit.
Faekah : Individu Tidak Berkenaan Telah Dikenal Pasti
Pengintip - Tiada Maaf Bagi Mu
Jika punyai bukti kukuh, Sang Pengintip durjana tersebut wajib dikenakan tindakan undang-undang tanpa mengira siapa beliau. Tidak perlu lagi MB Selangor menunjukkan sifat belas ihsan yang melampau terhadap pengkhianat kerajaan itu. Kita juga menanti pendedahan oleh Pejabat MB Selangor kerana kita ingin tahu siapakah manusia yang kepingin sangat untuk menjadi seperti ejen CIA atau SB itu.
Mengapa di zaman Anak toyo dahulu tidak terdengar cerita begini? Ini adalah kerana puak-puak mereka tiada lagi modal untuk menjatuhkan Kerajaan PR Selangor. Serangan mereka melalui politik tidak memberi kesan, begitu juga serangan propaganda melalui media di bakul sampahkan oleh rakyat. Akhirnya mereka meniru cara pengganas yang tidak beretika dan beradab.
Seandainya kes ini dibawa ke pengadilan, kita akan menanti apakah tindakan yang dikenakan kepada pengkhianat tersebut. Adakah ada tangan-tangan ghaib yang akan menyelamatkan beliau?
“Dik, Awal Beli Air Untuk Berbuka Tengahari Ni”
Ramadhan hampir ke hujung. Pengalaman peribadi, sudah 3 kali saya bertemu dengan anak muda yang tidak berpuasa atau menunjukkan tanda-tanda tak berpuasa.
Pengalaman pertama ialah apabila sedang memberi kuliah di pagi Ramadhan. Seorang pekerja anak muda lelaki masuk. Bau asap rokok ketara hinggap di hidung. Saya rasa kurang enak. Sambil berkuliah, saya menegur dan memberi nasihat secara umum: ‘Hidung saya tak sedap ni. Bau asap rokok.
Samada ada yang tak puasa, atau ada pelanggan bukan Islam hisap rokok depannya sehingga melekat bau asap pada baju.’ 2 orang pekerja lelaki spontan mencium bau baju masing-masing. Pendekkan cerita, saya dapatkan kepastian dari majikan tentang pekerjanya.
Pengalaman kedua: Saya menunggu dalam kereta bersama anak kecil sementara isteri beli satu barang di kedai jam 11 pagi. Dari dalam kereta, kelihatan seorang anak muda membawa beg kain merah masuk ke dalam kedai itu. Keluar dengan air bergas botol besar di tangan. Sambil memandang kanan dan kiri, remaja lelaki itu memasukkan air ke dalam beg kain tersebut. Dia lalu di tepi kereta saya. Saya keluar kereta. Spontan saya sebut: ‘Dik, awal beli air untuk berbuka tengahari ni,’. Remaja lelaki itu menjawab: ‘Dok, karang!’ (Tak, air ini untuk petang nanti). ‘Allah nampak dik. Kalau sungguh tak apa, tapi kalau bohong, bohong diri sendiri, bukan tipu Allah.’ Dia diam sambil berlalu. Bohong atau tak terpulang tapi saya dah nasihatkan apa yang patut.
Pengalaman ketiga: Saya singgah di sebuah kedai untuk membeli barang. Seorang anak muda pemandu lori besar sedang membayar di kaunter untuk pembelian air bergas botol besar. Dengan ayat yang hampir sama saya menegur pemuda itu. Dia diam. Saya beli barang dan ke kaunter. Anak muda itu masih di situ. Saya sebut kepada perempuan penjaga kaunter: ‘Elok kalau tampal kat belakang: ‘Kami tidak bersubahat dengan orang yang tak puasa. Allah melihat apa yang anda buat.’ Perempuan penjaga kaunter kedai itu hanya diam. Tak ada respon. Anak muda itu berlalu dengan membawa air minuman yang dibeli.
Saya yakin bahawa ramai sebenarnya anak muda dan anak tua yang tidak berpuasa, walaupun Allah sedang membuka pintu peluang untuk menjadi manusia yang taat dan patuh. Itu yang tak puasa. Yang puasa pula belum tentu mendapat taqwanya. Kalau Ramadhan yang menjadi bulan tarbiyyah untuk taat pun tak dapat taat, maka di luar Ramadhan lagi payahlah jawabnya. Dengan kata lain, apa jadi dengan masyarakat kita kalau yang fasiq lebih ramai dari yang baik? Moga saya dan anda tak termasuk di kalangan mereka yang rugi ini.
Abang buat,abang tanggung lahhh ...!!
Ini lah rupa Hassan Skodeng yang dicopy dari profile blog beliau ...
Abang buat, abang tanggung lahh ..., gurkah-gurkah politik di'port' pun bukanlah koman-koman punya orang, bukan tak boleh tulis lagi teruk daripada seperti yang di-postingkan oleh Hassan Skodeng "TNB To Sue WWF Over Earth Hour" di www.nose4news.wordpress.com lebih dari itu pun gurkah-gurkah politik ini boleh,
tetapi memandangkan mereka semua dah tak larat nak keluar masuk lokap, walau pun cuma untuk empat lima malam (bukan sebab tulisan,bukan juga sebab kes jenayah, tapi sebab tolong orang), maka kami ambil pendekatan tulis padan patut sudah lah, lagi pun mereka blogger jalanan yang tidak dibayar, tidak ditanggung oleh sesiapa.
Mereka juga bukan Raja Petra, yang bila polis datang kerumah, ada 40 lawyer sedang stand-by untuk next action. Jadi itu yang buat mereka tulis berpada-pada. Tak percaya? boleh tanya www.adukataruna.blogspot.com apa rasa duduk dalam lokap (Kah..Kah..Kah.. masa berak semua orang tengok kita).
Oleh itu jangan cuba persoalkan, bagaimana mahu bicara soal perjuangan?? kalau nak duduk dalam lokap pun tak mampu??
Jadi, bila Hassan Skodeng kata dia ada sekumpulan orang-orang yang bijakpandai dan baik yang sentiasa berada disebelahnya termasuk beberapa lawyer yang bagus... well, what can we say? What we can say is just ... abang buat,abang tanggung lahh ...
dari blog: http://dollahyankee.blogspot.com
dollah yankee -
Kalau Razak Baginda kes bunoh boleh dijamin keluar, kes Hassan Skodeng ni kira 'peanuts' laa ...
Musa Hassan : Perginya ditunggu dan gembirakan
Afrar Yunus
Ketua Polis Negara yang ketujuh, Musa Hassan pastinya meninggalkan PDRM pada 12 September 2010 ini.Memulakan kariernya sebagai Inspektor Pelatih pada tahun 1969.
Jangkamasa 41 tahun dalam sesuatu organisasi dikatakan ada kebaikan dan ada juga keburukannya.Bagi jawatan terakhir Musa sebagai Ketua Polis Negara yang disandangnya sejak 2006, ianya melibatkan orang ramai. Termasuklah kepimpinan negara dan komuniti atau khalayak ramai.
Baik buruknya selain dari pemimpinnya, dinilai oleh masyarakat.
Musa terpalit dalam pelbagai isu dan skandal. Samada ianya berjaya dibuktikan atau disebaliknya adalah soal lain.
Kes usung tilam Anwar Ibrahim, kes rasuah judi haram di Johor, bersekongkol dengan Gani Patail yang seringkali kelihatan menyelamatkan dia, anaknya dituduh bersubahat dengan taukeh-taukeh judi, masalah dalaman dengan Ramli Yusuff, kes liwat Anwar dikatakan sengaja diada-adakan, menipu mahkamah bahawa ia memiiki ijazah dalam undang-undang dan pelbagai lagi.
Musa juga gagal memasyarakatkan Polis. Perhimpunan awam tidak dibenarkan. Provokasi kasar dan ganas digunakan di bawah pentadbirannya.
Malah taktik ugut digunakan. Sebagai contohnya dalam kes saman ekor. Malah cuba menarik rambut dalam tepung dengan Hishamuddin Tun Hussein . Ia mengatakan ada pihak ketiga cuba mengatur Polis sedangkan ianya adalah masalah peribadi sesama mereka.
Ismail Omar akan menggantikan Musa. Ramai yang mengatakan bahawa Ismail tidak sehaluan dengan Musa dari segi gaya pentadbiran. Ia bukan lembu yang boleh dicucuk hidung oleh orang politik sepertimana Musa kelihatan.
Namun, jika sikapnya itu boleh dikekalkan dengan jawatan yang bakal dipegangnya, maka sudah pasti gelaran hero polis dan hero demokrasi diberikan kepadanya.
Masyarakat bimbang - apabila mula memanaskan kerusi nombor satu, sifat kemanusiaan yang luhur yang ada pada Ismail akan mula pupus.
UMNO seperti biasa akan menggunakannya dan menjadikannya pesuruh sepertimana Musa yang cukup jijik itu.
Perginya Musa ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat. Gembira bagai simandul akan mendapat anak.
Jawatan no 2 PKR: Azmin, Zaid mendahului
Alasan, ahli akademik yang terjun ke dunia politik itu adalah untuk meluangkan masa bersama keluarga dan faktor kesihatan.
Zaid sehingga hari ini belum mengumumkan jawatan mana yang akan beliau tandingi, meskipun beliau dilihat antara empat calon yang layak menjadi orang nombor dua PKR.
Mereka yang lain itu termasuk naib presiden Mustapha Kamil Ayub, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan seorang lagi naib presiden Azmin Ali.
Namun menurut seorang ahli biro politik yang tidak mahu dikenali, pertarungan sebenarnya adalah antara Zaid dan Azmin.
Calon yang tidak dikenali
Sokongan politik yang diperolehi oleh Khalid yang sejak akhir-akhir ini dibidas oleh ahli PKR dikatakan semakin merosot.
Mustapha, pula dilihat sebagai calon yang 'ditanam' oleh pihak tertentu bagi melunturkan semangat mereka yang lain untuk bertanding jawatan yang sama, kata sumber berkenaan.
Tambah sumber yang memegang jawatan penting dalam PKR, Mustapha dianggap sebagai calon yang 'tidak dikenali' di kalangan pertarungan gergasi itu.
Kedua-dua mereka telah berada di PKR untuk tempoh masa yang hampir sama.
Pengalaman perjuangan Azmin dalam PKR meletakkannya ke hadapan jika dibandingkan dengan Zaid, yang kesetiaannya masih diragui, kata Zuraida.
"Ahli-ahli juga ingin melihat kesinambungan, mereka akan mengundi seseorang yang memahami perjuangan parti,” katanya lagi.
Zaid, yang kini diberi tanggungjawab sebagai ketua PKR Wilayah Persekutuan menyertai parti itu dua tahun lalu.
Guris perasaan
Walaupun didakwa terbabit dengan politik wang dalam Umno, namun tindakannya meletakkan jawatannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negara - mendapat sanjungan dan penghormatan ramai.
"Orang akan berfikir sebagai ahli baru, beliau tidak sepatutnya bertanding jawatan yang begitu tinggi,” katanya sambil menambah bahawa ada pihak juga yang mendakwa Zaid mungkin bertanding jawatan yang lebih tinggi.
Sokongan di Selangor dilihat penting kerana negeri itu mempunyai 400,000 ahli yang setiap seorang daripada mereka memegang satu undi.
Bagi Zuraida, pergeseran di antara Khalid dan Azmin juga akan mempengaruhi keputusan pemilihan ahli kali ini.