"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Luahan Sukarelawan Banjir, Jangan Main Arah Saja

Raja Shamri
Hari ni ada orang kuat PAS Kelantan datang nak ambik barang dalam kuantiti yg banyak lepas tu arah sukarelawan suruh angkat barang sesuka hati... semalam team pakai baju 1 malaysia juga ada datang dengan cara yg sama...

Lepas tu arahkan sukarelawan itu dan ini... seolah2 seperti kami semua ni kena patuh pada arahan mereka... Waittt!! at least pikirlah sikit... tanyalah sikit... siapa yang incharge... merendah diri... bukan satu tempat je teruk bnyk tempat yang teruk...

At first kami tak bagi mereka ambil barang2 tu... ini amanah orang ramai untuk saya uruskan... saya x nak barang2 ni x sampai pada sasaran dan hanya golongan tertentu yang dapat... lepas bagi explanation baru masing2 nampak faham...

Saya tak kira siapa... PAS ke UMNO ke DAP ke PKR ke... kalau tak betul saya tegur... supaya perbaiki dan jadi lebih baik... macam tu baru parti boleh jadi hebat... negara akan jadi maju... baru boleh kekal berkuasa... tengok jepun dan korea... bila orang tegur terus mintak maaf... bukan macam orang kita... bila orang tegur dia kata kita fitnah...

Letak tepi soal politik... kita tolong ramai yang kebulur disana... ada nyawa yang perlu di selamatkan...

Contohnya, bila orang sebut, marah atau tegur keburukan seorang dari lapan anak kita... itu tidak bermakna kesemua satu keluarga itu teruk. Itu tak bermakna mak bapak tu jahat dan gagal. Mak bapak yang hebat bila seorang anak dia di tegur, atau di marahi atau buat silap maka mak bapak ini akan cuba perbaiki anak dia tu... dengan cara ini keluarga ini akan jadi hebat... mak bapak ini akan jadi parents yang sangat hebat!

Macam zaman saya kecik dulu, bila orang tegur anak jahat atau nakal maka mak bapak akan pukul anak tu... bukan backup... bila backup anak tu maka anak tu akan membesar jadi jahat dan tak terkawal.

Saya bukan penentang kerajaan... saya bawak minyak diesel drive 4 jam dgn kaki palsu ke agensi kerajaan untuk hidupkan generator... saya juga bukan ahli parti pembangkang sebab tu saya buat misi ni kat masjid walaupun pejabat parti pembangkang hanya beberapa depa je dari masjid ni...

Kami rakyat malaysia yang sayangkan negara ini dan sangat sedih dengan tragedi banjir ini...

Accept critics... appologize... then change... we will be better and stronger!


kredit: sp4n4r

Teka teki masih lagi belum terjawab - Husam

HARAKAHDAILY 

KUALA LUMPUR: "Banjir pergi dengan sebahagian penduduk kehilangan rumah sepenuhnya. Tentunya pula mereka kehilangan pakaian dan lainnya," tulis Datuk Husam Musa.


Menurut Naib Presiden PAS itu, sebahagian besar mereka dari Kuala Krai.

Beliau difahamkan sebahagian kuarters anggota polis yang baru siap di Bandar Kuala Krai masih lagi kosong.

Justeru, katanya Kementerian Dalam Negeri wajar mengizinkan mereka menginap di situ sementara rumah mereka dibina semula.

Menurut beliau lagi, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli sudah membangkitkan cadangan itu.

"Teka teki masih lagi belum terjawab. Adakah TNB penyumbang terbesar banjir terpelik ini?" tanya Husam menerusi facebooknya pagi tadi.

Kalau sebelum ini beliau memanjangkan sebutan orang kampung mengenai Empangan Jajar, ada pihak yang membetulkan.

Baginya, orang kampung mungkin tersalah dalam menamakan tetapi syak mereka adalah pada empangan dalam pembinaan.

Beliau menambah, ada satu lagi empangan dalam pembinaan yang hampir siap iaitu Kenyir Dua.

Menurutnya, info mula muncul limpahan dari situ menjadi punca.

Justeru, beliau yang juga Adun Salor memohon TNB memberikan penjelasan segera.

Kerajaan negeri juga, ujar beliau patut menubuhkan jawatankuasa menyiasat.

"Insya Allah selepas ini saya cuba dapatkan imej satelit dari sebuah stesen satelit di China. TNB mesti berani untuk telus," tulis beliau selanjutnya.

Jelitawan Murcyleen Peerzada(Gambar): Dari Bollywood Kepada Islam

peerzada480
She used to spend her days getting dolled up with the best of branded, glamorous outfits and makeup. Shopping in the expensive malls was her biggest passion. For this shopaholic (as she would call herself), Dubai was the most preferred shopping destination. But that was till 2012.

Born and brought up in Mumbai, house to India’s film industry, Murcyleen Peerzada, 23, worked as an assistant director for ‘Ek Tha Tiger’ while still in the last year of her college. Her father, Feroz Peerzada, a wealthy Kashmiri businessman who had known Yash Chopra for three decades, introduced her to the famous film director.
And her aim was to make it big at the silver screen.

But her life is a complete reverse to what it used to be.

Murcyleen, still based in Mumbai, has donated all her expensive outfits, branded accessories, and makeup to the orphanages to lead a simple and modest life. The dramatic turn over came with the death of the film director who was known for making romantic movies.

“I was very close to Yash Ji (Yash Chopra). His death shook me entirely, and I started thinking about life and the higher power that controls everything. I went into depression for three or four months. I used to do nothing,” Murcyleen told Kashmir Reader on phone from Mumbai.

“While looking for an answer on internet, I came across the videos of world renowned Islamic speakers like Nouman Ali Khan and Yasmin Mogahed,” she said.

“When I heard Khan for the first time, I was like ‘Oh My God! He is talking to me only’. I was a Muslim just by name, not by practice. But the knowledge I attained from Khan and Mogahed was awakening. That was the point of life where I started praying twice a day. And I used to ask Allah to guide me and show me the right path,” she said.

Murcyleen is now an Islamic orator with Zakir Naik’s Islamic Research Foundation (IRF) in Mumbai. Recently, she conducted a first-of-its-kind all-women Islamic Peace Conference here.

“I was 19 when I started working for Yash Raj Films (YRF) as an assistant director for ‘Ek Tha Tiger’. I took it as a stepping stone as my goal was to become an actor,” she said about her journey from Bollywood to Islam.

In her next film for YRF, ‘Shudh Desi Romance’, Murcyleen was offered a screen-test.

“The director of the movie is known to launch new faces, so he offered me a screen test. When I faced the camera, I don’t know what happened to me and I suddenly felt very exposed and vulnerable. I felt like an object with all eyes on me. I couldn’t take it, and I walked out saying ‘I don’t want to do this ever’,” she said.

“Yash Chopra was like a grandfather to me. When I told him about my decision, we talked about it for more than an hour. Then I decided that I will do costume, and Yash Ji recommended me to Manish Malhotra,” she said.

Murcyleen hadn’t joined Malhotra when the turning point in her life (Chopra’s death) came in her life October 2012.

While browsing internet for Islamic knowledge, she, while cleaning her house, found a pile of files with Allah written on the topmost one.

“It was transcript of a video of Zakir Naik on the topic ‘Women in Islam’. It instantly gripped me as if I found the purpose of my life. It was so enlightening that I read the whole bunch by the evening,” she said.
That very evening, she decided the future course of her life and got herself enrolled in IRF to learn about Islam under the guidance of Farah Naik, wife of Zakir Naik.

“People find Islam very strict, but I found it more liberal. During my initial months at IRF, I did not cover my head, and nobody would force me to do it. In fact, my colleagues would think that I was a revert to Islam.

“It was only after I myself understood the importance of hijab for a woman that I started covering my head. I am glad about my transformation and I want more and more people to turn towards Allah because that is the only truth,” she said.

Murcyleen is currently doing an advanced course in order to become an IRF orator. Besides, she is doing her Masters in Islamic Studies from the Islamic Online University in Qatar through correspondence. She intends to organize more Islamic conferences for women in Kashmir in near future.

“I found that Kashmiri women are more attracted to Westernisation. They are where I was some years ago. I know how exactly they feel. My generation cannot be inspired with angry speeches. Therefore, I want to connect with youth through more peace conferences where scholars talk at length about various things in a subtle way,” she added.

Tips Kepada Mangsa Banjir Berkaitan Barangan Elektrik Dan Elektronik Yang Terendam Banjir

Tranungkite 

Saiful Nang
Ini juga adalah dari pengalaman saya menjadi mangsa banjir besar di Jitra Kedah pada tahun 2005.

Bila banjir surut, anda masuk rumah dan anda dapati TV, peti ais, mesin basuh, table fan, peralatan letrik dapor dan lain-lain perkakas letrik termasuk PC atau laptop berselerak lintang pukang macam sampah... jangan ingat itu semua dah jadi sampah yang perlu dikutip buang.

Ingatlah komponen barangan letrik itu bukanlah diperbuat daripada garam atau gula yang melarut bila kena air... ia sebenarnya diperbuat dari plastik dan logam yang tidak terjejas sikit pun bila kena air jika tiada arus letrik mengalir pada saat ia tenggelam dlm air. So berkemungkinan besar tak ada apa yang rosak pada peralatan2 itu. Cuma ia nampak kotor kerana diselaputi lumpor.

Apa harus anda buat ......

1. JANGAN SEKALI2 CUBA MENGHIDUPKAN UNTUK TEST IA MASIH OK ATAU TIDAK.

2. Kumpul semua peralatan letrik, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur disetiap bahagian.

3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakan komponen dlm peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur.

JANGAN MEMBERUS, JIKA PERLU GUNA BERUS CAT UNTUK MENYENTAL LUMPOR YG DEGIL

3. Bila dah rasa cukup bersih, jemur tengah panas 2-3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen dalamnya.

4. Jika ada hair dryer tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul2 kering.

5. Pasangkan balik back cover atau penutup.

6. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.

Percaya atau tidak sehingga hari ini saya masih menggunakan TV, peti sejuk, mesin basuh, kipas meja dan beberapa peralatan letrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. Kira2 90% barangan letrik yang tenggelam banjir dapat digunakan semula oleh saya dan keluarga.

YANG PENTING SABAR & TABAH MENGENDALI KERJA BAIK PULIH PERALATAN LETRIK YANG SEBENARNYA TIDAK ROSAK PUN KERANA BANJIR.

Untuk membantu mangsa2 banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru... TOLONG C&P POSTING INI DAN FORWARD KEPADA RAKAN/KENALAN YANG JADI MANGSA BANJIR.

Mudah2an kita membantu ......

(Dikongsikan dari pembaca FB ini melalui PM saya - PM tu private msg bukan Perdana Menteri)

P/s saya sendiri pernah kamera dan handphone masuk sungai dan selepas 2 hari dia berfungsi seperti biasa.

Facebook

Rakyat marhean menangis tetapi YB tetap bersenyum manis

Aiman Haziq Johari
Baru sekejap tadi saya melihat seorang ibu yang tiba-tiba menjadi sebak menceritakan kisah keperitan hidup anak perempuannya yang kelaparan kerana tiada bekalan makanan di Kuala Krai (antara tempat yang paling teruk dilanda banjir).

Dan di dalam perbualan group whatssup setiap minit ada sahaja cerita-cerita yang sangat menyayat hati.

Bagi yang tidak berada di situasi sebenar saya cadangkan tutup sahaja saluran berita kerana kalau tidak mengampu ia hanya pandai mereka-reka cerita.

Sentiman emosi dan ketidakpuasan hati menjadi topik hangat bagi rakyat marhean ketika mana menghadapi situasi banjir yang maha dashyat pada tahun ini.
Jika dulu Malaysia yang sangat bertuah kerana merupakan negara yang tidak berada dalam lingkaran gunung berapi ataupun terkecuali daripada gempa bumi berskala besar akan tetapi zon selesa itu rupanya sudah tidak relevan lagi apabila tercetusnya pelbagai kisah duka rakyat marhean.

Dan saya fikir tiada lagi ucapan bacul pemimpin-pemimpin kita yang selalu mengatakan kita harus bersyukur sambil membandingkan kondisi negara yang lebih teruk daripada Malaysia. Bertaubatlah daripada berkata sedemikian rupa.

Dan lebih membuatkan saya geram ialah sentimen politik populis masih menjadi keperluan wajib bagi setiap ahli-ahli yang berhormat.

Yang mewakili pihak kerajaan mereka selalu sahaja bernafian akan ketidakcekapan mereka mengurus bencana manakala pihak yang satu lagi mereka lebih suka mengambil gambar menghulur beras 5kg kepada mangsa banjir.

Kali pertama cukup syarat, kali kedua, ketiga, dan keempat dah melebih-lebih pulak. Semua benda nak jadi hero rakyat. Mereka lebih ceria menjadi wira Malaysia dalam sukan menyelam sambil meronda-ronda dengan bot.

Saya bukan menafikan peranan Yang Berhormat ataupun memaksa mereka menghirup air banjr sehingga kering demi rakyat akan tetapi bolehkan beras 5kg itu digunakan saat kami bergelap-gelita ketiadaaan bekalan eletrik dan jalan perhubungan sudah terputus?

Jangan marah, sekejap lagi saya akan cuba mengutarakan sebuah negara yang pernah menjajah kita dahulu kala sudah mempunyai satu sistem yang komprehensif mengatasi banjir.

Ketika mana saya melihat gelagat Yang Berhormat barulah saya faham akan maksud Eleanor Roosevalt, “Great minds discuss ideas, average minds discuss events, small minds discuss people”. Jadi saya tak tahulah rata-rata ahli Yang Berhormat berada pada tahap yang mana.

Sudah 20 tahun saya hidup dan memang setiap tahun banjir akan melanda. Dan masih belum kedengaran mana-mana ahli yang berhormat menyediakan satu plan yang lengkap untuk mengatasi masalah ini. Mereka lebih berminat memberi beras 5kg mereka lagi sambil mendayung sampan.

Cakaplah apa-apa pun. Mangsanya ialah tetap rakyat marhean.

Bicaralah dengan bersebab

Menjadi topik siulan juga siapa yang harus dipersalahkan. Menteri tidak membuat dasar sempurna? Ahli berhormat punyai konsesi balak?

Ini sebagai ujian dan teguran Allah SWT terhadap hambanya yang suka membuat maksiat? Penduduk ingkar arahan untuk berpindah?

Saya juga ketika ini sangat mual denga siulan perbualan dalam kalangan kita. Ada yang mengaitkan banjir ini sebagaimana amaran Tuhan kepada hambanya dan lebih tragis ini sebagai elemen pembersihan dosa.

Manakala yang suka berpolitik kedai kopi meramalkan bahawa ini merupakan suatu bentuk tarbiah khusus diturunkan bersempena dengan kesediaan kita mengamalkan hukum-hukum Tuhan.

Dan bertebaranlah kisah umat Nabi Nuh yang tetap bersabar dalam menghadapi musibah banjir sebagai ubat bius sementara daripada menjalani keperitan hidup menjadi mangsa banjir.

Dan mereka-mereka ini juga tidak pula, mengambil iktibar daripada kenapa Allah perintahkan Nabi Nuh AS untuk menyediakan sebuah Kapal untuk menghadapi banjir?

Mereka lebih suka mengambil posisi “Redha” “Redha” “Redha” sebagai meratapi nasib mereka. Memang betul, saya tidak berniat menafikan soal kuasa Tuhan menjadikan semua perkara atas kehendak dia tetapi saya cuba mengutarakan bahawa kita seharusnya “Solve the problem” bukan meratapi sambil menyedut secara berjemaah air banjir sehingga ia kering.

Jika kita katakan kenapa teh tarik menjadi terlalu manis? Puncanya datang daripada jumlah susu yang banyak.

Janganlah pula kamu memandai-mandai ia berpunca daripada gula kerana teh tarik tidak menggunakan gula. Dan janganlah pula berkata tiada guna juga ada susu bertin-tin seandainya dicampur air sebaldi teh tarik juga tidak akan menjadi manis.

Setelah kamu sudah selamat daripada pemikiran dibawah pengaruh alkohol tersebut barulah kita boleh membincangkan solusi yang terbaik bagi memberi maksud supaya kita sudah matang menghadapi perkara ini.

Biarlah cara kita melontarkan pandangan itu bersandarkan “Cause Effect” dan “Problem Solving”. Baru tenang dan harmoni cara kita berbicara.

Belanda sudah belajar kita masih selesa sedut air banjir

Buya Hamka mengambil inisiatif pintar daripada penjajah Belanda untuk menghasilkan idea kreatif sebuah novel yang sangat romantis dan memberi teguran halus akan ketidakseimbangan adat melalui “Tenggelamnya Kapal Van Der Wich”. Tetapi bagaimana Malaysia mahu belajar daripada bekas penjajah Belanda?

Untuk mereka hanya mengenal Belanda dengan Ruud Van Nistelrooy dan Arjen Robben saya sarankan kamu juga mengenal Belanda melalui tulisan artikel ini oleh Tracy Mcweigh yang bertajuk “The Dutch Solution to floods: Live with water, don’t fight it” dalam The Guardian.

Seandainya anda betul-betul faham saya fikir tidak perlu lagi anda bersikap pessimist “Kita tak mampu” atau omongan “kalau”, “kalau”, “kalau” dan perkataan seumpamanya dengannya kerana sudah ada contoh mereka yang berjaya melaksanakan.

Jadi kamu lebih faham apakah tujuan Nabi Nuh AS membuat persiapan bahtera penyelamat untuk umatnya dan tidak membuang masa merungut itu dan ini.

Dan pesanan kepada Yang Berhormat anda boleh mengambil iktibar bahawa Belanda mampu melaksanakannya. Jadi biarlah setelah pasca banjir berakhir akan ada diusulkan sebuah gagasan yang khusus untuk mengatasi masalah banjir ini secara komprehensif.

Dan tidaklah perlu kita melihat ahli-ahli berhormat menyelam paras dada sambil menyedut air banjir lagi.

Saya tidak mahu huraikan apa maksud tulisan tersebut pergilah baca sendiri, kerana saya bimbang 10 tahun akan datang akan muncul Yang Berhormat sebagaimana hari ini dek kerana masih tetap dengan pemikiran konservatif dan tidak suka mengambil oppurtunis yang sudah tiba dimata.

Bantuan masih belum kunjung tiba

Walaupun yang berhormat merata-rata

Sinisnya kamu berkata-kata

Supaya kami membuka kunci doa

Liciknya kamu menyusun manis bicara

Padahal khazanah hutan kamu kaut semuanya

Kami cadang contohilah Belanda

Kamu kata jangan mengada-ngada ini bencana

Kami meronta-ronta minta kerjasama

Tetapi kamu masih pentingkan sengketa lama

Bukan kami tidak redha dan bukannya tidak suka

Tetapi kami sudah benci dengan lakonan ini semua. – 28 Disember, 2014.

* Aiman Haziq Johari merupakan mangsa banjir.

Muhyiddin digesa dedahkan VVIP guna helikopter nafikan hak pesakit kritikal

Tindakan pihak keselamatan mengutamakan VVIP mengunakan pengangkutan udara berbanding pesakit kritikal jelas menyalahi SOP
KUALA LUMPUR: DAP hari ini menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan VVIP yang didakwa menggunakan helikopter sehingga mengenepikan keperluan dua ibu yang sarat mengandung dan memerlukan rawatan segera.

Penasihat DAP Lim Kit Siang merujuk laporan berkaitan misi pemindahan medevac (medical evacuation) dua ibu mengandung yang mengalami komplikasi serius ketika hendak bersalin, tertangguh hampir dua jam Ahad lalu di Klinik Kesihatan Badang, di Kota Bharu, Kelantan, berikutan arahan seorang individu VVIP yang mahu melawat kawasan banjir.

“Adakah ini bertepatan dengan standard operating procedure (SOP) pengurusan bencana, bahawa lawatan VVIP diberi keutamaan berbanding keadaan kritikal seseorang pesakit?” soal Kit Siang.

Katanya, difahamkan, Dr Afiq Rahim yang bertugas di klinik kesihatan Badang menceritakan kejadian tersebut di laman facebooknya yang kini menjadi profil paling popular di rangkaian sosial mengenai dugaan yang dihadapi petugas perubatan dan penjawat awam dalam situasi sukar ketika bencana.

Menurut laporan tersebut, Afiq menyatakan bahawa pesakit pertama, seorang ibu sarat mahu bersalin tiba di Klinik Kesihatan Badang pada hari Ahad jam 3.30 pagi.

Kemudian, pada jam 6 pagi doktor memutuskan beliau memerlukan penjagaan tertiari serta perlu dipindahkan.

Namun helikopter yang dipanggil hanya tiba pada jam 8 pagi, dua jam lewat kerana helikopter tersebut ‘ditahan’ kerana ada VVIP yang mahu melawat kawasan yang dilanda banjir.

Manakala pesakit kedua yang juga sarat mengandung, tiba selepas jam 8 pagi dan berdepan masalah sama sehinggakan kehilangan banyak darah, menyebabkan pesakit kerap tidak sedarkan diri.

Sementara itu, menurut Afiq, dua nyawa mungkin sahaja hilang semalam akibat sikap acuh tak acuh pihak berkuasa.

“Amat mengecewakan dan menghampakan bagi kami yang cuba memastikan keselamatan dan kesihatan mangsa,” tulis Afiq di laman Facebook beliau.

Sehubungan itu Kit Siang menjelaskan, Afiq berhak untuk berang dengan penangguhan terbabit kerana pihak berkuasa telah mengutamakan lawatan rasmi berbanding pesakit yang berada dalam keadaan kritikal.

“ Afiq sewajarnya menjadi contoh ikutan semua rakyat Malaysia, termasuklah di kalangan anggota Kabinet, bagaimana sikap yang patut diambil oleh rakyat Malaysia ketika berhadapan bencana; iaitu mengutamakan nyawa orang lain berbanding diri sendiri.

“Kes-kes sebegini patut disiasat oleh RCI supaya ia tidak berulang lagi, di mana VVIP meletakkan nyawa rakyat biasa dalam bahaya hanya kerana mereka mahu melawat kawasan yang dilanda banjir,” tegasnya.
-freemalaysiatoday-

Peristewa ada ADUN di halau

Anaabdullah
Amin Idris pengacara TV Al Hijrah rancangan assalamulaikum berkata ada ADUN di Halau dari sebuah sekolah pusat pemindahan banjir. Kita tidak di mana pusat pemindahan itu. Kelantan ke Terengganu ke.Kita juga tidak mengapa boleh berlaku peristewa itu dalam musibah banjir yang teruk.

Kebetulan Amin Idris menyebut, maka penulis juga ingin berkongsi peristewa yang sama dan pernah berlaku di Terengganu musim musibah banjir besar berlaku di Dungun dan Kemaman.

Unit amal yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir dilarang member bantuan kepada mangsa banjir secara bersendirian.

Penulis masih belum lupa setiausaha agung umno Malaysia pernah melarang individu member bantuan makanan kepada gelandangan di Kuala Lumpur.

Larang ini berlaku di Terengganu yang membabit unit amal sangat sangat proaktif membantu mangsa banjir di seluruh Negara, termasuk membantu mangsa banjir di Batu pahiat suatu masa dahulu.

Kali ini unit amal dilarang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Terengganu dan tidak dilarang membantu membersih rumah yang ditengelami banjir.

Kita tidak tahu apakah muslihat pihak yang melarang membantu mangsa banjir, sedangkan mangsa banjir memerlukan bantuan, kerana segala keperluan habis hilang sehingga ada yang menyatakan dia hanya sehelai sepingang.

Prihal ada adun yang halau ini bukan sahaja berlaku pada musim banjir melanda satu satu kawasan, malah dalam peristewa ini sering berlaku lebih labih lagi sekolah sekolah di seluruh Negara ini milik kerajaan BN.

Jesteru itu, ADUn PAS sering menjadi mangsa dihalau untuk memasuki sekolah pusat pemindahan banjir, terutama sekali negeri Terengganu dan tidak mustahil ianya berlaku di Kelantan, kerana setakat hari ini menteri besarnya dilarang membaca khutabh solat jumaat.

Ini lagi celaka: Membawa VVIP mahu meninjau banjir lebih penting dari menghantar pesakit yang kritikal


Seorang pegawai kesihatan kecewa kerana perkhidmatan helikopter yang terhad terpaksa digunakan untuk membawa orang kenamaan yang meninjau banjir dan bukannya bagi membawa pesakit kritikal ke hospital.

Dr Afiq Rahim yang bertugas di klinik kesihatan Badang di Kota Bharu berkata, seorang pesakit yang mengalami pendarahan teruk akibat barah rahim tidak dapat diterbangkan dengan sebuah helikopter.

Dalam tulisannya di Facebook sejak banjir mula melanda, kejadian itu berlaku pada hari Ahad lalu.

Beliau sendiri pucat lesi kerana terpaksa merawat pesakit tersebut tanpa bius dan alat yang mencukupi.

Afiq berkata, mujurlah seorang rakan sekerjanya, seorang pakar ginekologi tiba tepat waktu dan membantu untuk menjahit luka tersebut tanpa bius.

Beliau seterusnya bergegas mendapatkan helikopter untuk membawa pesakit tersebut ke HUSM di Kubang Kerian.

Katanya, pesakit tersebut sudahpun sedia diletakkan di atas troli untuk dibawa ke Kolej Jamiah Islamiah Putra, kira-kira 10 km dari situ untuk dibawa dengan helikopter.

Dalam suasana cemas tersebut, Afiq berkata beliau kemudiannya diberitahu supaya menunggu kerana helikopter berkenaan perlu membawa orang kenamaan yang ingin meninjau banjir.

“Akhirnya sebuah helikopter agensi kerajaan dikhabarkan dalam perjalanan ke sini. Tidak lama selepas itu, saya menerima berita menyayat hati,” tulisnya di Facebook.

Katanya, individu yang dihubunginya itu memberitahu bahawa helikopter tersebut terpaksa ditahan untuk kegunaan seorang orang kenamaan.

“Bagai disambar halilintar saya mendengarnya...,” katanya yang sangat kecewa dan menjerit ke gagang telefon bahawa pesakitnya dalam keadaan genting.

“Saya kecewa kerana pihak berkuasa gagal meletakkan keutamaan antara nyawa dan individu VIP tersebut,” katanya.
-malaysiakini-

Tingalan banjir: Gambar sebuah rumah yang dihanyutkan tersangkut diatas sebuah rumah lain

Tranungkite
Kepada yg terlibat dgn banjir ini. Kita doakan kekuatan dan ketabahan serta sabar.Inilah kemusnahan yg ditakdirkan.Apakan daya kita mengelaknya. Hanya Allah swr yg mengetahui segalanya. - Azizan

Kredit: Zanzani Zani

Gambar mayat terapung




Tiga mayat, bukan 40 telah ditemui
8.50pm: Lewat petang ini ketua agensi mencari dan menyelamat Indonesia menafikan laporan media yang menyebut 40 mayat telah ditemui setakat ini.

Bercakap pada sidang media, Bambang Soelistyo berkata hanya dua mayat wanita dan satu mayat lelaki ditemui pasukan penyelamat.

Serpihan pesawat disahkan QZ8501




7.49pm: AirAsia Indonesia mengumumkan bahawa Agensi Mencari dan Menyelamat Republik Indonesia mengesahkan serpihan yang ditemui hari ini adalah daripada penerbangan QZ8501.


"Mereka mengesahkan bahawa serpihan yang ditemui awal hari ini adalah daripada QZ8501 - pesawat yang hilang hubungan dengan menara kawalan udara pada pagi 28 Disember lalu.

"Serpihan pesawat itu ditemui di Selat Karimata kira-kira 110 batu nautika barat daya Pangkalan Bun," kata AirAsia dalam satu kenyataan



Kargo utama penerbangan QZ8501 dikesan

6.39pm: Satu pesawat Tentera Udara Indonesia berjaya mengesan kargo utama penerbangan QZ8501 AirAsia, lapor detik.com

Juruterbang bersama pesawat Hercules yang meninjau kawasan serpihan pesawat berkata kargo itu sebahagian besarnya kelihatan kekal utuh.

Operasi menyelamat dalam tempoh dua hari

6.25pm: Tentera Laut Indonesia bercadang untuk mencari semua mangsa dari pesawat QZ8501 menjelang berakhirnya hari esok, lapor detik.com.

Sehingga kini, lebih daripada 40 mayat ditemui tetapi pasukan mencari dan menyelamat berhadapan kesukaran apabila kehilangan cahaya matahari menjelang malam.

Pegawai operasi sudah menyediakan beg-beg mayat di Pangkalan Bun, pengkalan tentera laut terdekat dengan kawasan nahas.

115 orang penumpang dan anak kapal menaiki pesawat tersebut.

5.46pm: Stesen televisyen Indonesia TVOne memohon maaf kerana menyiarkan visual mayat terapung yang ditemui di sekitar kawasan serpihan pesawat AirAsia QZ8501.

Penyiaran visual tersebut mengundanhg kritikan hebat terhadap stesen televisyen itu.

Time.com melaporkan anggota keluarga yang berkampung di lapangan terbang Surabaya meraung histeria apabila menonton visual tersebut.



LAPORAN LANGSUNG HARI KETIGA

Perkembangan terkini
- Serpihan kelihatan di kawasan carian

- Pesawat hilang belum dipasang teknologi pengesanan

- Tentera Laut Amerika Syarikat hantar kapal untuk membantu

- Kawasan carian diperluas dan disemak semula



5.38pm: Kapal perang Indonesia Bung Tomo yang berjaya mendapat mayat pertama hari ini, sudah mengumpul sehingga 40 mayat setakat ini.

Seorang jurucakap tentera laut berkata lebih banyak mayat sedang diperolehi dari laut, lapor Channel News Asia.

Sementara itu, detik.com berkata sebahagian mayat yang ditemui berada dalam keadaan tangan mereka berpegangan di antara satu sama lain

4.51pm: Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tony Fernandes mengumumkan yang beliau bergegas ke Surabaya, Indonesia selepas sumber rasmi mengumumkan serpihan pesawat AirAsia QZ8501 ditemui.

"Hati saya dilanda kesedihan buat semua keluarga yang terlibat dalam QZ8501.

"Bagi pihak AirAsia, takziah buat semua. Perkataan tidak dapat menggambarkan rasa bersalah saya," katanya menerusi akaun Twitter.

Mayat pertama nahas QZ8501 ditemui

4.33pm: Pihak Tentera Laut Indonesian berjaya memperolehi mayat pertama dari kawasan serpihan pesawat AirAsia QZ8501.

Kapal Indonesia KRI Bung Tomo pula berjaya memperolehi tiga daripada enam mayat di kawasan itu, lapor detik.com.

"Lebih daripada satu mayat telah ditemui..proses mencari sedang berlangsung," ketua agensi mencari dan menyelamat, Bambang Soelistyo dipetik sebagai berkata

.10pm: Seorang pembantu juruterbang Tentera Udara Indonesia beliau dia ternampak mayat-mayat terapung selepas Jakarta mengumumkan ia telah menemui serpihan pesawat AirAsia QZ8501, laporan Kompas.

"Kami sangka penumpang masih hidup dan melambai pada kami untuk bantuan. Tetapi apabila kita mendekatinya, mereka sudah meninggal," kata Tri Wibowo yang menaiki pesawat Hercules C130.

Sementara itu, Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat, Bambang Soelistyo berkata agak pasti serpihan itu dari pesawat yang hilang, lapor Reuters.

Katanya, beliau 95 peratus yakin bahawa serpihan itu disyaki dari pesawat berkenaan.

3.29pm: Beberapa laporan media Indonesia mengatakan bahawa Jakarta telah mengesahkan bahawa serpihan pesawat AirAsia QZ8501 telah ditemui.

Pemangku ketua pengarah pengangkutan udara, Kementerian Pengangkutan Indonesia, Djoko Murjatmodjo berkata proses memperolehinya kini akan dimulakan di kawasan di mana serpihan yang telah dijumpai.

"Telah disahkan bahawa ia adalah serpihan dari sebuah pesawat yang mempunyai warna merah dan putih," katanya, menurut Jakarta Post.

3.14pm: Pasukan Mencari dan Menyelamat menemui lebih banyak objek dalam zon carian.

Menurut Reuters, tentera udara Indonesia ternampak apa yang kelihatan sebagai jaket, bagasi, serpihan dan ap yang dipercayai mayat, di Laut Jawa, di luar pantai barat Kalimantan.

Bagaimanapun, CNN melaporkan bahawa pegawai bimbang dengan arus yang boleh menyebabkan objek-objek itu tersebar sebelum kapal tiba untuk pengesahan secara dekat.

2.43pm: Serpihan merah dan putih yang dilihat dekat Kalimantan di laut Jawa "mungkin" dari pesawat AirAsia QZ8501, lapor Reuters yang memetik seorang pegawai Indonesia sebagai berkata.

"Kami sedang memeriksa sama ada ia serpihan dari pesawat itu. Ia mungkin dari badan pesawat," kata Djoko Murjatmodjo, yang bertindak ketua pengarah pengangkutan udara Kementerian Pengangkutan Indonesia.

Menurutnya, berdasarkan saiz dan warna serpihan itu, ia mungkin sebahagian daripada jet yang hilang.

Objek 'seperti sosok manusia' dilihat

2.37pm: Pasukan SAR melaporkan satu objek "yang kelihatan seperti susuk manusia" dilihat di selat Karimata berhampiran Kalimantan Barat.

Objek dilihat dari pesawat A319 Hercules, laporan detik.com.

2.00pm: Salah seorang komander operasi SAR, Dwi Putranto, berkata terdapat 10 objek besar dan objek-objek kecil yang lain.

"Dikatakan terdapat satu objek kuning panjang, yang kelihatan seperti sebuah tangki. Terdapat objek jelas berkilat putih. Jika ia telah lama di air, warna akan pudar, tetapi ini (objek) sangat jelas," kata Dwi, yang dipetik oleh detik.com.

1.45pm: Agensi berita AFP dalam berita ringkas melaporkan objek yang menyerupai gelongsor kecemasan kapal terbang dan pintu pesawat kelihatan.

1.30pm: Satu serpihan selebar kira-kira dua meter dengan sebahagiannya berwarna merah dan kuning, serta merah dan hitam dikesan di perairan Belinyu, Bangka berhampiran kawasan pencarian.

Helikopter kini sedang menuju ke lokasi serpihan itu dilihat, lapor detik.com dan kompas.com.

12.49pm: Operasi mencari dan menyelamat menerima laporan tentang kebakaran di sebuah pulau yang terletak dalam kawasan pencarian pesawat AirAsia QZ8501.

Menurut CNN dan CBS, dua pesawat sudah dihantar untuk menyiasat jika api tersebut mempunyai hubungkait dengan pesawat yang hilang.

11.30am: AirAsia belum sempat mengubah suai pesawat yang hilang pada hari Ahad lalu walaupun ia sedang menaiktaraf rangkaian pesawat jarak dekatnya untuk menjadikan ia lebih mudah dikesan, lapor The Wall Street Journal.

Laporan sama turut menyatakan yang syarikat penerbangan murah itu adalah antara yang terawal menggunakan teknologi pengesan tersebut.
-----
Pesawat AirAsia QZ8501 yang membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal, hilang Ahad lalu.

Pesawat Airbus 320-200 itu berlepas dari Surabaya, Indonesia pada jam 5.20 pagi waktu tempatan (6.20 pagi waktu Malaysia) dan dijangka tiba di Singapura dua jam kemudian, tetapi ia terputus hubungan dengan kawalan trafik udara.

Pihak berkuasa Indonesia sedang melancarkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR).

Malaysiakini menyiarkan secara langsung maklumat kemas kini mengenainya yang masuk hari ketiga.
-malaysiakini-

Bot Membawa Adun Rantau Abang Tenggelam... (Gambar)

Tranungkite
Bot yg d naiki oleh Yb Rantau Abang, cg Alias bsama 3 lagi sukarelawan terbalik ketika perjalanan mghtr sumbangn banjir ke kg Delong, di kawasan Dun Rantau Abang. Alhamdulillah, Mrk yg mmakai life jacket dan di selamatkn oleh bot kedua yg bsama beliau. Beginilh Yb Pas yg btungkus lumuh d lapangn, bkhidmat dgn semampu kudrat meskipun peruntukn wakil rakyat d nafikan haknya oleh Kerajaan Umno Trg.

Cg Alias.. ada yang panggil Ustaz Alias seorang bekas tokoh guru tak asing lagi di Dungun yang mengalahkan calon calon UMNO pada piliharaya lalu di kubu kuat UMNO Dun Rantau Abang Dato' Zubir yang pernah dikatakan calon MB ganti Mat Said.

Cg ALias menghadapi cabarang yang segit bila PKR meletakkan calon bebas di kawasan itu iaitu Mazlan Harun. Tapi PAS berjaya menawan kubu UMNO ini. Cg ALias sangat prihatin dan jenis tok wakel turun padang.


Blogger China Ramal Pesawat AirAsia Akan Hilang 13 Hari Sebelum Kejadian

TINDAKAN seorang blogger misteri di China meramalkan sebuah pesawat AirAsia akan ghaib - 13 hari sebelum QZ8501 dilaporkan hilang pada Ahad menjadi viral dikalangan netizen.

Dalam ramalan tersebut blogger terbabit dilaporkan memberi amaran kepada syarikat penerbangan bahawa sebuah pesawat lagi sedang menjadi sasaran oleh kumpulan bayangan yang digelarnya 'Tangan Hitam' (Black Hand).

Menurut laporan DailyMail Online, blogger terbabit turut mendakwa 'Tangan Hitam' merupakan kumpulan yang bertanggungjawab terhadap dua insiden melibatkan Penerbangan Malaysia (MAS) iaitu MH370 dan MH17 sebelum ini.

Pesawat QZ8501 milik AirAsia Indonesia yang membawa 162 penumpang dilaporkan hilang dari radar ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada pagi Ahad dan kejadian itu merupakan yang ketiga melibatkan syarikat penerbangan dari Malaysia.

Sejak pesawat itu hilang, netizen kembali mempersoalkan ramalan berkenaan manakala terdapat kumpulan lain mendakwa ia telah disunting semula bagi dijadikan viral.

Dalam satu komen pada 15 Disember yang telah diterjemahkan dipetik berkata, penulis blog berkenaan telah memberi amaran' "Tangan Hitam telah merampas dan menembak jatuh MH370 dan MH17."
The apparent predictions have gone viral on social media and discussion forums such as Reddit (above), with some users expressing astonishment at the forewarning and others claiming it could be a hoax
"Ini sudah cukup untuk membunuh syarikat penerbangan keenam terbesar: Penerbangan Malaysia (MAS).

"Kini, Tangan Hitam menyasar untuk merosakkan AirAsia, kerana ia juga milik Malaysia.

"Memandangkan bertapa kuatnya Tangan Hitam itu, saya mencadangkan semua rakyat China supaya mengelak daripada menggunakan AirAsia, supaya anda tidak hilang seperti MH370.
-mstar-

Hero tak bernama muncul dalam situasi gawat ini

1. Empangan Jajar, banyak sms memberi info Jajar tidak berkaitan dengan kecepatan kenaikan paras banjir. Saya tidak mahir dalam tajuk ini. Saya hanya menyampaikan keluhan hiba rakyat yang terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.

2. Semalam bersama saya adalah Saudara Salahudin Ayub yang juga adalah Pengerusi Bencana Negara PAS Pusat.


3. Insya-Allah jika cuaca mengizinkan kami akan ber-heli lagi sepanjang hari ini. Terawal, menghantar ubatan ke Pasir Mas. Kemudian ke Kandek, Dabong bersama bekalan hasil sumbangan yang dikutip.


3. Pagi ini, Saudara Lim Kit Siang dan 8 petugas akan tiba untuk membawa bantuan dan melawat mangsa banjir. Kami hargai solidariti pemimpin nasional.

4. Semalam, TG Presiden PAS melakukan lawatan banjir termasuk sempat mengunjungi Sek Keb Kubang Kerian. 'Turun padang' Presiden untuk meninjau sendiri sangat membanggakan kami. Teladan untuk semua. Saya mohon maaf tidak dapat mengiringi kerana mengejar cahaya siang terbang seperti dijadual.


5. Di banyak tempat saya singgah, petugas dari Selangor ditemui datang membantu. Di DUN saya sendiri, ribuan terima kasih saya ucapkan atas kegigihan mereka mengharungi suasana. Saya kagum keberanian mereka mengharungi arus deras di atas jambatan Salor untuk membawa seorang pesakit yang sudah masuk hari ketiga gagal mendapat rawatan dialasis.


Hero tak bernama muncul dalam situasi gawat seperti ini. Termasuk seorang pemandu lori yang tersangkut selama lima hari di Kuala Krai yang membantu penduduk di sana dengan pelbagai cara.

6. Saya juga menyeru anak di perantauan tanah serendah sekebun bunga; Kelantan untuk pulang menjenguk, memberi sokongan dan membantu kami di sini.

Husam Musa
8:06 am
28/12/2014

Tuan Guru meninjau petugas PAS Serdang memasak makanan untuk mengsa banjir di Pengkalan Chepa.

Bekas setiausaha politik TGNA makan mi segera yang direndam air hujan, lima hari kelaparan

Lima hari tanpa bekalan air bersih, tiada nasi dan bekalan elektrik yang terputus menyebabkan ada mangsa banjir, terpaksa bergelut untuk meneruskan hidup.

Malah, bekas setiausaha politik kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Annual Bakri Harun (bawah), antara yang merasai keperitan itu.


Menceritakan pengalamannya kepada Malaysiakini, Annual, 56, berkata, akibat terlalu lapar, beliau terpaksa menadah air hujan untuk merendam mi segera.

"Sudah lima malam saya bergelap. Saya hanya bertahan makan biskut. Ada mi segera, tetapi tiada elektrik untuk masak air, dan dapur gas pula tidak berfungsi.

"Oleh kerana saya terlalu lapar, saya terpaksa tadah air hujan dengan tangan dan letak dalam bekas untuk rendam mi itu. Bayangkan macam mana masak mi segera dengan air sejuk," katanya.


Sebelum itu, beliau beberapa kali cuba keluar ke jalan besar dengan mengharungi air deras paras pinggang, untuk mencari jika ada kedai menjual nasi, namun hampa.

Semalam genap lima hari kediamannya di kampung Wakaf Zain yang terletak di dalam Dun Salor, dinaiki air.

Kongsi dengan kucing, ayam

Menurut Annual, ketika air mula naik Rabu lalu, paras air di halaman rumahnya lebih satu meter, di dalam rumah pula kira-kira kira-kira 60 sentimeter.

Oleh kerana air naik terlalu pantas, kebanyakan barang tidak sempat dipindahkan termasuk dua buah kereta jenis Mercedes dan Perodua Viva.

Ditanya kenapa beliau tidak berpindah, Annual berkata beliau risau untuk meninggalkan rumahnya.

Bagaimanapun, anak dan isterinya telah dihantar ke rumah orang tuanya lebih awal.

"Hanya sekali saya dapat makan nasi (sepanjang banjir), itu pun hari ketiga apabila jiran menjemput saya.

"Sebelum ni saya hanya makan biskut yang sudah lemau. Itu pun dikongsi dengan tiga lagi makhluk iaitu kucing, ayam dan burung yang saya pelihara," katanya.

Sementara itu, beliau turut melahirkan kekecewaan terhadap kelambatan penyaluran bantuan dan sumbangan dari pihak bertanggungjawab kepada mangsa banjir.

Ketika kunjungan Malaysikini ke rumah beliau malam tadi, sekumpulan sukarelawan dari NGO Darul Hijrah, datang menghulurkan sumbangan berupa makanan kepada beliau.
-malaysiakini-