"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Termakan ulat dalam coklat

Termakan ulat dalam coklat
Ulat dilihat pada coklat manakala anaknya muntah sebaik minum susu yang rosak.
KOTA BHARU: Keseronokan sebuah keluarga berhujung minggu dengan menikmati coklat yang dibeli dari sebuah pasar raya, di sini bertukar pengalaman meloyakan apabila mereka termakan beberapa ekor ulat.

Lebih menjijikkan, ulat itu ditemui masih hidup di dalam coklat berjenama berkenaan.

Kakitangan sebuah pertubuhan kebajikan yang hanya mahu dikenali sebagai Su, 35, berkata, beliau dan anaknya sempat makan kepingan pertama coklat itu sebelum menyedari coklat berkenaan berulat.

“Mulanya saya ternampak garis-garis pada kepingan coklat itu, saya ingat biasa sahaja dan saya makan. Tapi apabila berasa pelik, saya koyakkan semua kertas pembungkus dan terkejut mendapati banyak ulat di dalamnya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Menurutnya, menyedari coklat yang dimakan hanya akan luput lima bulan lagi iaitu pada Ogos 2013, beliau kemudian membawa semula coklat tersebut ke pasar raya berkenaan.

“Mereka bersetuju untuk menukarkan coklat itu dengan makanan lain. Namun, saya kesal apabila mereka hanya memberi alasan bahawa coklat itu berulat sebab dari pertukaran suhu semasa proses penghantaran,” katanya.

Tidak cukup dengan coklat berulat, susu kultur yang digantikan dengan coklat itu juga rosak apabila anaknya yang berusia tiga tahun disahkan doktor mengalami keracunan makanan selepas susu itu diminum.

“Walaupun susu itu hanya akan luput pada 29 Mac 2013, anak saya muntah serta-merta menyebabkan saya membawanya ke klinik.

“Semua ini disahkan doktor dan saya begitu kesal dan kecewa dengan kecuaian pihak pasar raya berkenaan dan akan membuat laporan kepada pihak berwajib,” katanya.

Penolong Pegawai Tadbir Unit Aduan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan, Rozihan Abd Ghani berkata, sebarang masalah pengguna yang bersabit dengan masalah makanan seperti harga mahal dan luput tarikh (termasuk berulat) boleh dirujuk di Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu.

“Pengguna boleh membawa makanan terbabit ke Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu untuk siasatan dan tindakan seterusnya,” katanya.

Rekod undi pos Papagomo hilang selepas didedah?

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Selepas mendedahkan Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris mempunyai dua rekod daftar pemilih semalam, PKR hari ini mendakwa salah satu rekod tersebut 'hilang' dari Sistem Semakan Daftar Pengundi SPR.
(Gambar: Carian rekod Wan Muhammad Azri Wan Deris menggunkan no kad pengenalan polis RF142863 yang dibuat hari ini. Tertera tulisan "record not found")
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata semakan pihaknya hari ini mendapati Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan (polis) RF142863 telah dibuang dan tiada dalam rekod SPR.

"Ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah individu yang sama dan telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh sebab itulah rekodnya dibuang dari senarai undi pos," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam Rafizi mendedahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo yang terkenal sebagai bloger pemfitnah seks mempunyai dua rekod daftar pemilih.
(Gambar: Carian rekod Wan Muhammad Azri Wan Deris menggunakan kad pengenakan sama yang dibuat semalam)
Satu adalah sebagai pengundi pos menggunakan kad pengenalan polis RF142863 dan satu lagi sebagai pengundi biasa dengan memegang kad pengenalan bernombor 830121-03-5019.

Bagaimanapun hari ini katanya, rekod blogger umno itu sebagai pengundi pos telah dipadamkan.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan pihak SPR duduk semeja dengan pasukan keselamatan bagi mengenalpasti kes wujud dua rekod daftar pemilih seperti Papagomo dapat dibersihkan.

"Satu senarai lengkap bekas anggota keselamatan yang didaftarkan secara berganda hendaklah disiapkan secepat mungkin, bilangannya diumumkan kepada rakyat dan nama-nama mereka dikeluarkan serta merta dari daftar pengundi.

"Sekiranya SPR masih berdolak dalih dari melaksanakan perkara yang mudah ini, sudah tentu spekulasi dan tuduhan bahawa SPR tidak telus semakin menebal di kalangan rakyat," katanya.

Kit Siang: Saya mungkin tanding guna lambang PAS

NONE
Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, beliau mungkin bertanding menggunakan lambang PAS dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya ekoran kesilapan dalam pemilihan pada tahun lalu.


Dalam beberapa siri tulisan di Twitter, Lim berkata, walaupun tiada sebab untuk ROS mengantung pendaftaran DAP, tetapi kebimbangan terhadap "konspirasi" untuk mengelakkan partinya menggunakan lambang sendiri itu ada.

"(Jika berlaku), calon DAP akan bertanding sebagai bebas atau meminjam lambang PAS atau PKR.

"Jika BN salah guna kuasa (batalkan pendaftaran DAP), saya mungkin guna lambang PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat," tulisnya.

Lim mengulas gesaan bekas naib presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim supaya ROS bertindak terhadap DAP kerana gagal mengadakan semula pemilihan partinya selepas berlaku kesalahan dalam pengiraan undi.

NONE
ROS semalam dilaporkan menghadapi kesukaran menyelesaikan siasatan berhubung kesilapan yang berlaku dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP berikutan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi parti itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman (kanan) dilapor sebagai berkata, pihaknya telah menghantar notis memanggil seorang pemimpin tertinggi DAP baru-baru ini untuk memberi keterangan bagaimanapun beliau memberi pelbagai alasan seperti tiada masa.

Menurut beliau, berikutan berlakunya kelewatan dalam proses mengambil keterangan, maka kerja-kerja siasatan turut tergantung selain melambatkan proses siasatan secara keseluruhannya.

IGP, kami simpati dengan anda !

tokpepijat

"Saya sudah diam lama, tetapi biar saya beritahu sekarang! Saya tak layan cakap-cakap mengarut. Kita menghadapi keadaan di mana orang saya mati (di Lahad Datu).

"Sekarang mereka di barisan depan menggadai nyawa. Kamu ingat ini main-main? Katanya, membuatkan wartawan terdiam seketika.

Marah betul IGP Ismail tentang soalan wartawan tentang dakwaan mantan KM Sabah Haris Salleh tentang perbuatan polis terhadap orang Sulu di Sabah..

Baru IGP tahu tentang permainan ahli politik UMNO dan sekutunya. Untuk pengetahuan IGP, biasanya pihak polis dan tentera akan menjadi mangsa politik permainan ahli-ahli politik.

Lihatlah di Amerika. Ramai menjadi janda ,ibu kehilangan anak dan anak menjadi yatim akibat arahan orang poltik mengerah Tentera Amerika menuju Vietnam,Iraq, Afghanistan dan Somalia.

Hari ini di negara kita, sudah ramai bekas pegawai tertinggi baik PDRM dan ATM mulai sedar dan insaf tentang permainan jahat politik UMNO.

IGP kena insaf dan pulihkan imej polis. Cuba lihat dakwaan terbaru oleh bekas Ketua Polis Kota Kinabalu terhadap sikap polis yang mengikut telunjuk UMNO dan "bacul" dengan UMNO.

Tuan IGP, yang bongkar ini bukan JKKK atau ketua cawangan UMNO atau guru KEMAS ! Tetapi bekas pegawai tertinggi tuan!

Adakah tuan masih "buta" dengan sikap polis terhadap serangan ahli UMNO keatas pejabat Keadilan, bas, trealer, ceramah Pakatan Rakyat?

Mengapa hingga kini Presiden Perkasa Ibrahim Ali tidak ditangkap, disoal siasat atas ancamannya, ugutannya dan ceramahnya yang berbaur hasutan?

Adakah tuan baru bertindak jika anggota tuan di lontar batu, botol oleh samseng UMNO ?

Dan tidak mustahil jika anggota tuan yang terbunuh itu ditembak oleh pengganas yang memiliki IC Malaysia seperti ketua mereka.

Angkara siapa bagi IC kepada pengganas ?

Campur tangan Umno punca polis gagal - bekas Pengarah SB

Harakah
KUALA LUMPUR: Campur tangan politik pemimpin Umno-BN antara punca polis gagal menangani isu keselamatan dan membendung jenayah, kata bekas Pengarah Cawangan Khas (SB) Sabah, Yusuf Barji.
“SB adalah jabatan yang menjalankan tugas secara rahsia demi keselamatan negara meliputi aspek ekonomi, ancaman dalam dan luar.

“Tapi sejak dikawal Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang terletak dalam bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM), ia menjadi lemah dan ditindas.

“Ia memecah belah dan mengurangkan kuasa polis. MKN menyebabkan tugas polis terarah kepada lawan politik, bukan lagi isu keselamatan negara dan rakyat,” katanya.

Hampeh!! Majlis Keselamatan Negara dah jadi Majlis Keselamatan Najib

Anis Nazri
KUALA LUMPUR: Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) diminta membuat penjelasan berhubung satu surat yang mula teredar di laman-laman media sosial seperti Facebook dan blog-blog.

Surat yang mula tersebar semalam itu menunjukkan ianya dari MKN dan ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kandungan surat itu antara lain menyebut satu lampiran disediakan berhubung laporan strategi Pakatan Pembangkang yang diperolehi melalui 'pintasan emel' dan ditandatangani Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Mengulas perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata Thajudeen perlu menafikan atau mengesahkan tentang surat tersebut bagi mengelakkan tanggapan negatif terhadap fungsi sebenar majlis itu.

Beliau berkata sama ada surat berkenaan benar atau merupakan fitnah, Thajudeen perlu memberi penjelasan segera.

"Bagaimanapun, saya percaya mungkin dia akan menafikannya, tapi kita tunggu penjelasan daripadanya," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Pengganas itu ahli Umno

Harakah
KUALA LUMPUR: Pencerobohan yang dikatakan militan Kesultanan Sulu di Lahad Datu, tercetus gara-gara Ketua Cawangan Umno Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi atau lebih dikenali sebagai Mat Bom.

Beliau melakukan reverse take over ekoran kemarahannya kepada pihak Kerajaan Umno-BN, khususnya Felda, yang menceroboh tanah milik beliau dan keluarganya seluas kira-kira 100 hektar untuk dijadikan tanah rancangan dengan bayaran amat murah, dedah bekas Setiausaha Eksekutif Umno Bahagian Silam, Mutalib MD (gambar) kepada Harakah.

7,475 pemegang IC merah, hijau pemilih di Sabah

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Seramai 7,475 pemegang kad pengenalan (IC) merah dan hijau telah dijumpai tersenarai sebagai pengundi didaftar sebagai pemilih terbaru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pakar strategi pilihanraya Ong Kian Ming yang menjalankan penyiasatan ekoran testimoni Ruslan bin Alias, bekas Ketua Penolong Jabatan IC Sabah dan Sarawak di Jabatan Pendaftaran Negara, kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja menangani masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Di dalam kenyataannya, Ruslan berkata IC merah telah diberikan kepada IC lama yang bernombor dari H6000000 ke H6040000 manakala IC hijau diberikan nombor H8000000 to H8040000.

“Semasa kita meneliti daftar pemilih suku ke-4 2012, yang dipercayai akan digunakan untuk pilihanraya yang bakal datang, kita menemui 7,029 pengundi dengan IC lama yang tergolong dalam lingkungan nombor IC merah dan 446 pengundi dengan IC lama yang tergolong dalam lingkungan nombor IC hijau,” kata Ong.

Ini bermakna, kata Ong, seramai 7,475 warga bukan Malaysia boleh mengundi di pilihanraya akan datang.

“Tidak mengejutkan, kerusi yang mempunyai paling banyak dan peratusan IC merah dan hijau ini adalah juga kerusi yang mempunyai nombor dan peratusan IC lama yang bermasalah. Malah, tiga kerusi teratas untuk pengundi IC Merah dan Hijau dan masalah IC lama adalah sama iaitu P188 Silam, P190 Tawau dan P191 Kalabkan,” tambah Ong.

Ong tidak menolak kemungkinan sebahagian daripada mereka telah menjadi warga Malaysia.

Tapi, kalau beliau, ‘kebetulan data’ ini berlaku di kerusi-kerusi yang mempunyai banyak masalah IC lama memberi lampu hijau kepada satu siasatan menyeluruh diadakan.

SPR bersama JPN diseru untuk menyiasat status pengundi Merah dan Hijau dan membuangkan mereka dari senarai pengundi sekiranya mereka bukan warganegara.

Wanita ini minum 36 liter darah babi setiap minggu

Wanita ketagih minum darahSeorang wanita mengaku, dia memerlukan 36 liter darah babi setiap minggu untuk memuaskan dirinya yang sentiasa dahagakan darah.
Dikenali hanya sebagai Michelle, wanita itu berkata, sejak 10 tahun lalu, dia meminum darah - termasuk darah manusia - setiap minggu dan jumlah itu jika dikumpulkan boleh memenuhi 23 tab mandi.

“Saya ketagih darah sama seperti seseorang perokok ketagih rokok.

“Darah itu diminum ketika saya membaca, berehat atau melukis,” katanya.

Bekerja sebagai pelukis tatu, Michelle, 29, berkata kadang-kadang darah itu dicampur dengan sup atau ditumis.

“Jika saya meminum Bloody Mary (sejenis minuman bercampur darah), hakikatnya saya minum darah sebenar,” katanya.

Michelle berkata, dia lebih gemar meminum darah babi berbanding lembu kerana rasanya yang keras serta lebih masin.

Pada masa sama, kata Michelle, dia mencuba darah manusia - sama ada lelaki atau wanita.

“Darah lelaki berbeza daripada darah wanita,” katanya. Walaupun ketagih, Michelle tidak menganggap dirinya sebagai ‘pontianak’ sebaliknya manusia biasa yang sangat menikmati kesedapan darah.

Katanya, dia menghisap darah terus dari tangan kawan lelakinya, Johnny, seminggu sekali.

Setiap hisapan, katanya, boleh berlangsung antara 30 saat hingga lima minit.

Kata Michelle, dia juga pernah menghisap darah daripada orang lain sebelum ini.

“Ia tidak membahayakan sesiapa kerana hanya orang yang rapat dengan saya diambil darahnya.

“Setiap daripada mereka juga disahkan bebas daripada sebarang penyakit, termasuk HIV,” katanya. Ketagihan kepada darah itu bermula sejak Michelle di usia remaja lagi.

Katanya, jika tertekan, dia menoreh tangannya dan tertarik melihat darah itu mengalir. Sejak itu, kata Michelle, dia sudah meminum kira-kira 4,500 liter darah.

Ibunya juga diberi tahu mengenai tabiat aneh itu.

“Ibu saya menangis sebaik saja saya memberitahunya dan menganggap saya pelik,” katanya.
-myMetro

Anwar yakin dia disasarkan dengan dakwaan kes Sulu

Harakahdaily 
(Anwar bergambar dengan crew Treler Demi Rakyat selepas melancarkannya. Dengan ini ketiga-tiga parti Pakatan mempunyai treler masing-masing menjelang pilihan raya umum ke 13 ini)
SELAYANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau adalah orang yang disasarkan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib dalam kes pendakwaan terhadap penceroboh Sulu sekarang.

Bagaimanapun Anwar berjanji beliau tidak akan berhenti dengan dakwaan itu bahkan akan memberikan semangat lebih kuat kepada beliau untuk melawan kerajaan BN sehingga ia tumbang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Dakwalah saya, fitnahlah saya tetapi jangan harap saya akan menyerah," kata Anwar ketika memberikan ceramah dalam program Merdeka Rakyat di Puteri Centre Park, Bandar Tasik Puteri malam ini.

Anwar dipercayai mengulas pengakuan seorang yang didakwa dalam kes pencerobohan Sulu bahawa dia diupah.

Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.

Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.

Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya.

"Ini dakwaan ada orang bayar ni. Ini semua pelan Najib untuk mendakwa saya," kata Anwar dalam ceramah itu.
(Sebahagian orang ramai yang memenuhi Puteri Centre Park, Bandar Tasik Puteri)
Menurut Anwar, bayang-bayang mengenai perkara ini sudah disebut sebelum ini lagi apabila beberapa pemimpin Umno mula mendakwa beliau di belakang kemasukan tentera kesultanan Sulu ini.

"Mereka nak dakwa ke, mereka nak tangkap ke, kita akan tetap lawan untuk tumbangkan Umno dalam pilihan raya ini," kata Anwar sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin.

Bahkan katanya, dia menyanyi lagu 'Sabah nak hilang' pun dikaitkan sebagai bukti beliau mengarahkan orang serang Sabah.

Lebih 10,000 berhimpun di pusat rekreasi Bandar Tasik Puteri itu untuk mendengar ucapan Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Antaranya Zaidi Talib YDP PAS Selayang, Syamsul Iskandar Ketua Pemuda PKR serta Zuraidah Kamarudin Ketua Wanita PKR.

Sempena himpunan kali ini, Anwar juga turut melancarkan 'Treler Demi Rakyat' yang seakan-akan sama dengan Treler Negara Berkebajikan PAS.

"Saya yakin treler atau lori lebih kuat untuk menahan batu dari pencacai Umno," kata Anwar merujuk kepada bas PKR sebelum ini yang pecah cerminnya selepas dibaling batu di Melaka.

BN Johor kecut, dua Jeneral akan bertanding

Kit Siang buka laluan Pakatan tawan Johor?
Muda Mohd. Noor
lim kit siang 1PETALING JAYA: Barangkali tidak ada seorangpun yang terfikir mengenai kemungkinan Barisan Nasional akan runtuh di Johor dalam pilihan raya umum ke 13 ini.
Bagi orang Umno ia ibarat mimpi tengah hari, tetapi Pakatan Rakyat telah menghalakan meriam ke Johor.

Bermula dengan kepulangan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub hampir setahun lalu. Kini langkah itu diikuti supremo DAP, Lim Kit Siang.

Pemimpin utama Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah. Kit Siang berasal dari Johor tetapi tidak pernah bertanding di negeri kelahirannya itu.

Beliau kini merupakan ahli parlimen Ipoh Timur sejak tiga penggal yang lalu. Walaupun sudah lanjut usia, tetapi perbahasannya di parlimen masih berbisa
Seorang lagi pemimpin DAP iaitu Liew Chin Tong yang kini ahli parlimen Bukit Bendera di Pulau Pinang juga dikatakan akan bertanding di Johor.

Sasaran DAP ialah memenangi kerusi-kerusi bandar majoriti pengundi Cina. Manakala PKR di kawasan pengundi campuran dan PAS majoriti Melayu.

Johor memang ramai pemimpin politik menempa nama di negeri-negeri yang lain. Lim Guan Eng, ketua menteri Pulau Pinang berasal dari Johor, Khalid Samad, ahli parlimen PAS Shah Alam serta Tony Pua (ahli parlimen DAP PJ Utara) juga dari Johor.

Dua pegawai tentera tanding kerusi PKR

Sumber PAS memberitahu dua bekas pegawai kanan tentera akan bertanding atas tiket PKR di parlimen Johor Baru dan Pasir Gudang dalam PRU 13.

Bekas Panglima Turus Tentera Darat Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein akan bertanding di parlimen Johor Baru yang kini diwakili tokoh veteran Umno, Tan Sri Shahrir Samad.

Manakala mantan Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid disebut-sebut akan bertanding di Pasir Gudang.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mahfodz Mohamed betika dihubungi berkata, dalam keadaan semasa Pakatan Rakyat boleh menang 15 kerusi parlimen di Johor. Manakala bagi kerusi negeri, Mahfodz meramalkan antara 25 dan 29 kerusi dari 56 di Johor.

“Pada awalnya saya menjangkan kerusi parlimen yang akan dimenangi Pakatan Rakyat sekitar 12 sahaja tetapi dengan ramainya tokoh negeri pulang kampung, sasaran 15 kerusi boleh dicapai,” katanya.

Jika Pakatan Rakyat mampu lebih banyak kerusi parlimen di Johor, laluan menawan Putrajaya lebih terbuka luas.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat menang 82 kerusi parlimen dan menawan empat negeri – Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor – serta mengekalkan Kelantan yang dimenangi sejak tahun 1990.

Bagaimana peluang Pakatan Rakyat dalam pilihan PRU 13 ini?

Cerai kerana anu suami kecil dan hanya panjang 5 sentimeter

Taipei: Seorang wanita menceraikan lelaki yang dikahwininya empat tahun lalu kerana kemaluannya kecil.

Wanita itu, kakitangan kerajaan, Zhang berkata, bekas suaminya gagal menunaikan janji untuk mengadakan seks tiga kali seminggu.

Zhang, 52, menyelar suaminya, Zhou, 55, dengan berkata: “Kemaluannya begitu kecil. Serupa kanak-kanak. Hanya panjang 5 sentimeter. Kami tidak pernah mengadakan seks sepanjang perkahwinan kami,” katanya.

Menurutnya, mereka berkenalan pada 2008 menerusi seorang rakan dan berkahwin lima bulan kemudian.

Dia mahu mengadakan seks dengan lelaki itu sebelum berkahwin tetapi Zhou berkata, dia enggan kerana patuh pada ajaran agama.

Zhang berkata, dia hanya mengetahui mengenai masalah suaminya pada malam hari perkahwinan mereka.

“Dia tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai suami. Kami bergaduh sepanjang malam dan saya ada menyuruhnya berubat, tetapi dia enggan,” kata wanita itu.
-The Sun-

PAS sasar 29 kerusi Parlimen Felda

Jamilah Kamarudin

PETALING JAYA: PAS meletakkan calon di 29 daripada keseluruhan 54 kerusi Parlimen kawasan Felda semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti.

Lima puluh peratus kerusi itu meliputi kawasan majoriti Felda di Johor, Pahang, dan Terengganu.

“PAS yakin boleh menang sekurang-kurangnya 16 kerusi daripada jumlah kerusi yang dipertaruhkan,” kata Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman kepada FMT.

Menurut Mazlan, antara kerusi Parlimen yang dijangka boleh menang adalah di Jerantut, Kuala Krau, dan Kulai, selain mempertahankan kemenangan tiga kerusi di Baling, Padang Terap dan Sik.

Sokongan meningkat

Mensasarkan undi golongan muda generasi kedua dan ketiga Felda, Mazlan berkata sokongan pengundi terhadap PAS dan PKR kini meningkat 45 peratus.

“Kami hanya perlukan lima hingga enam peratus lagi skongan untuk mencapai kemenangan.
“Bagi pihak PAS kalau campur dengan kerusi PKR kemungkinan boleh capai kemenangan maksimum 20 kerusi,” katanya.

Felda mempunyai 317 kawasan penempatan peneroka; memiliki satu perempat daripada 222 jumlah keseluruhan kerusi Parlimen, serta 96 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Felda Plantation memiliki tanah seluas 341,000 hektar, majoriti di Sabah dengan keluasan 100,000 hektar.
Pakatan Rakyat semasa PRU12 berjaya menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di kawasan majoriti Melayu itu dengan memenangi lima kerusi iaitu Parlimen Tanah Merah (PKR), Sik (PAS), Baling (PAS), Padang Terap (PAS), serta Kulim-Bandar Baharu (PKR).

Menyentuh soal calon, Mazlan berkata beberapa pemimpin Anak dipilih bertanding, antaranya Nasaie Ismail, Yohanis Ahmad, serta Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat)Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar.

Anak tempatan

“Kali ini PAS menampilkan calon anak tempatan yang punya kewibawaan dan latar belakang yang baik,” katanya yang berhasrat bertanding di Johor.

Mazlan semasa PRU12 bertanding di Parlimen Bera namun tewas kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob dengan majoriti 4,313 undi.

Sementara itu, di Negeri Sembilan mempunyai empat kerusi Parlimen Felda, iaitu Jempol, Jelebu, Kuala Pilah, dan Tampin.

Menurut sumber, PAS hanya akan bertanding dua kawasan iaitu di Jempol dan Tampin.

Manakala PKR dan PAS akan menempatkan semua calon di enam kerusi Dun Felda, iaitu Palong (PKR) Jeram Padang (PKR), Serting (PAS), Gemas (PKR), Lui (PAS), dan Pertang (PKR).

Tan Sri lawan Tan Sri di Johor Bahru?

Abdul Rahim Sabri
Selepas mengumumkan tokoh parlimen DAP Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah Isnin lalu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan calon yang akan bertanding di kerusi Johor Bahru pada pilihan raya umum ke-13.

Pengumuman itu dijadual dibuat oleh Anwar yang juga ketua pembangkang esok di Johor Bahru.

Desas desus kini bertiup kencang apabila bekas panglima tentera darat Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein - yang baru menyertai PKR pada 6 Mac lalu - dikatakan akan bertanding di kerusi itu.

Md Hashim dijangka bertanding menentang penyandangnya Tan Sri Shahrir Abdul Samad. Johor Bahru merupakan kubu kuat Shahrir sejak sekian lama dan beliau pernah bertanding atas tiket bebas dan menang dengan majoriti besar pada pilihan raya kecil akhir 1980-an.

azlan
Pada pilihan raya umum 2008, Shahrir - tokoh Umno yang berpengalaman dan pernah menjadi menteri kabinet - menewaskan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hassan Karim dengan majoriti 25,349 undi.
Sementara itu sumber-sumber memberitahu Malaysiakini beberapa lagi tokoh baru dalam PKR disebut-sebut akan bertanding kerusi parlimen di negeri selatan Semananjung Malaysia itu.

'Payung terjun' di Batu Pahat

Dikatakan seorang lagi bekas panglima tentera darat Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid disebut-sebut akan bertanding di kerusi Pasir Gudang. Manakala menurut satu lagi sumber, kedudukannya bertanding di situ masih belum dimuktamadkan.

Pasir Gudang diwakili Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin. Beliau menang dengan majoriti 17,281 undi menentang calon PKR Md Rizan Mohd Saman.

Lebih mengejutkan apabila nama naib presiden NGO Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan bekas pemimpin Abim, Datuk Idris Jauzi turut disebut-sebut untuk bertanding di Batu Pahat.
Bagaimanapun, hal tersebut dikatakan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong ketua cabang PKR Batu Pahat Syed Hamid Ali - adik kepada bekas timbalan presiden PKR Syed Husin Ali.
NONE
Mereka mewujudkan laman sosial Facebook menyokong Syed Hamid sebagai calon PKR di parlimen itu dan menolak calon "payung terjun" yang didakwa bergelar "dato".

"Bertahun-tahun Pak Habib buat kerja, sekarang orang lain pula mahu kutip hasilnya. Calon 'payung terjun' ini ialah seorang "dato" yang mengaku dirinya sebagai calon PKR Parlimen Batu Pahat.

"Kononnya Syed Hamid Ali (Ketua Cabang PKR Batu Pahat) telah setuju beri laluan kepadanya! Satu lagi pembohongan!" poster itu dipetik.

Chua Jui Meng disebut lwn Subra

Pada pilihan raya umum lalu, Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi menang dengan majoriti 12,968 menentang calon PKR Muhammad Abdullah.

NONESementara itu, sumber juga memberitahu nasib Pengerusi Pimpinan PKR Negeri Datuk Seri Chua Jui Meng turut akan bertanding di Johor tetapi tidak dapat dipastikan kerusi parlimen mana.
Khabar angin menyebut beliau yang juga bekas menteri kesihatan akan bertanding di parlimen Segamat yang kini diwakili oleh Menteri Sumber Manusia Datuk S Subramaniam. Beliau menang dengan majoriti 2,991 menentang calon DAP Pang Hok Liong.

Sebelum ini Anwar telah mengumumkan beberapa tokoh PKR yang akan bertanding termasuk Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution di Kulim Bandar Baharu, Naib Presiden N Surendran (Padang Serai) dan Pengerusi PKR Perak Datuk Mohd Nor Manuty di Bagan Serai.

Bagaimana pengganas Sulu jadi pegawai kerajaan?

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Persoalan yang lebih besar perlu dijawab, bagaimana seorang warga asing boleh dengan begitu mudah diberi kad pengenalan dan akhirnya diberi pula hak mengundi.
Demikian dinyatakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan.

“Apa keistimewaan Azzimudie sehingga beliau diberi layanan istimewa menjadi hak warganegara malah dibenarkan berkhidmat dengan pegawai kerajaan?” tanya beliau kepada Harakahdaily.

Kenyataan penuh beliau sebagaimana di bawah.

Di sebalik krisis pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, di mana aspek keselamatan dan kedaulatan negara menjadi perhatian utama, timbul pula isu identiti Agbimudin @ Azzimudie Kiram, ketua pengganas Sulu serta adik ‘Sultan Sulu’ Jamalul Kiram yang sebenarnya pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah (ADO) di Kudat, Sabah sekitar tahun 1970-an.

Pendedahan terbaru itu pastinya mengheret satu lagi lembaran baru dalam kes penyiasatan ini. Bagaimana seorang pengganas yang menceroboh masuk ke negara ini adalah bekas seorang pegawai kerajaan di negara ini.

Bukankah ia bermakna Azzimudie Kiram juga memiliki kad pengenalan Malaysia?

Persoalan yang lebih besar perlu dijawab, bagaimana seorang warga asing boleh dengan begitu mudah diberi kad pengenalan dan akhirnya diberi pula hak mengundi?

Apa keistimewaan Azzimudie sehingga beliau diberi layanan istimewa menjadi hak warganegara malah dibenarkan berkhidmat dengan pegawai kerajaan?

Pendedahan Rafizi Ramli mengimbau kembali pendedahan beberapa orang bekas kerajaan termasuk bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat skandal pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah sekitar tahun 1980-an dahulu.

Dilaporkan sejumlah berpuluh ribu kad pengenalan diproses dan diserahkan kepada waga asing, yang tujuannya adalah bagi memastikan mereka mendapat kerakyatan dan seterusnya mengundi dalam pilihanraya.

Isu ini akhirnya menjadi senjata makan tuan, apabila pengganas tiba-tiba mendarat di Lahad Datu dan menuntut Sabah kepada mereka.

Siapakah yang harus dipersalahkan tatkala melihat beberapa orang tentera Malaysia gugur syahid di medan perang menentang kelompok pengganas ini?

Soal kedaulatan bukan perkara yang boleh dianggap kecil dan mudah. Ia adalah persoalan penting negara. Sebarang penyelewengan perlu dibongkarkan dan tiada siapa yang perlu dilindungi.

Wajarlah mereka yang terlibat dalam pemberian kad pengenalan tersebut dihukum dengan hukuman yang keras termasuk bekas-bekas pemimpin negara.

PM perlu menjawab segala dakwaan berhubung identiti pengganas terbabit. Jawapan PM adalah pada ketegasannya mengambil tindakan dengani menyiasat dakwaan tersebut sehinggalah kepada mengheret dalang penjual kedaulatan negara ke muka pengadilan tanpa tangguh.

Beliau tidak boleh berlengah lagi atau terus mendiamkan diri dari menjawab persoalan yang dikemukakan. Kegagalan PM bertindak, atau lambat respons akan memberi kesan besar kepada dirinya dan partinya dalam PRU13.

Pastinya rakyat Sabah menjadi semakin marah kerana hak mereka sebagai rakyat dikongsikan oleh pendatang asing, bahkan pengganas di negeri itu.

Papagomo pengundi hantu, daftar di 2 lokaliti

Harakahdaily


(Penyata SPR tentang tempat mengundi Papagomo sebagai anggota polis)
PETALING JAYA: PKR mendakwa, pengendali blog Papagomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah bekas anggota polis trafik berpangkat koperal yang kini bakal mengundi di dua tempat, sebagai anggota polis dan pengundi awam.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa, Wan Muhammad Azri tersenarai sebagai pengundi pos di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Papagomo juga, katanya, turut tersenarai sebagai pengundi biasa dengan menggunakan kad pengenalan 830121-03-5019.

"Dengan menggunakan kad pengenalan itu, Papagomo disenaraikan sebagai pengundi di Parlimen Wangsa Maju," dakwa Rafizi.

Papagomo yang lebih dikenali sebagai blogger seks Umno sebelum ini didedahkan sebagai bekas pesalah rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas didapati bersalah meminta suapan dari orang awam.

Semakan PKR mengesahkan nombor pengenalan polis Papagomo yang bernombor RF142863.

Dengan nombor tersebut, pasukan KEADILAN telah menyemak pula rekod Papagomo dengan sistem semakan daftar undi SPR.

Hasil semakan sangatlah mengejutkan kerana Papagomo yang telah pun tidak lagi berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia kerana kesalahan rasuah masih lagi tersenarai sebagai pengundi pos di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Oleh kerana tarikh lahir yang berbeza digunakan di dalam sistem semakan daftar undi SPR, pasukan PKR kemudiannya menyemak pula alamat-alamat yang pernah digunakan oleh Papagomo dalam dokumen-dokumen rasmi.

"Saya mengesahkan bahawa kami ada dokumen yang membuktikan bahawa Papagomo memang menggunakan dua alamat yang berbeza secara seiringan di dalam dokumen-dokumen rasmi bersabit peguam dan mahkamat seperti berikut:

Alamat Pertama dalam Parlimen Wangsa Maju yang kini didiami:

F-1-9, Villa Danau Apartment, Jalan 5/23E, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur

Alamat Kedua dalam Parlimen Ampang:

SD6, Jalan Nilam, Taman Bukit Ampang, Ampang, Selangor.

"Penemuan ini membuktikan bahawa pengundi hantu memang wujud di dalam daftar pengundi apabila Papagomo dibenarkan mengundi dua kali," kata Rafizi.

Kehadiran pengundi-pengundi hantu seperti Papagomo ini perlu dijawab sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana rakyat mahu tahu berapa ramai lagi petugas Umno seperti Papagomo yang mempunyai pendaftaran berganda di dalam daftar pemilih, tegas Rafizi.

"Saya juga menyeru rakyat Malaysia supaya menolak individu yang bankrap moral dan akhlak seperti Papagomo yang bukan sahaja seorang penerima rasuah, tetapi menjadi penyebar fitnah utama di dalam masyarakat kita.

"Rakyat Malaysia juga perlu menolak budaya Umno yang mendokong dan menggunakan individu seperti Papagomo untuk menyebarkan fitnah terhadap musuh politik kerana Umno tidak berani berdepan dalam isu rakyat seperti ekonomi, pendidikan, keselamatan dan lain-lain.

"Sekiranya SPR tidak menjawab pertuduhan ini, ia hanya menguatkan persepsi masyarakat bahawa SPR sedang bertungkus lumus cuba memastikan kemenangan Umno/BN melalui daftar undi yang tidak bersih," tambah beliau.

Bekas OCPD: Tukar k'jaan, pulihkan wibawa polis

Ahmad Fadli KC
Kerajaan sedia ada perlu ditukar jika rakyat benar-benar serius mahu mengembalikan kewibawaan pasukan polis, kata seorang bekas pegawai kanan polis, malam tadi.

NONE
Mantan ketua polis daerah Kota Kinabalu, Sabah Mohd Yousoff Babjee berkata, pasukan polis kini menerima terlalu banyak campur tangan politik sehingga mengganggu tugas-tugas mereka.



"Untuk memulihkannya saya rasa kita tukarlah kerajaan. Saya rasa jangan (ada) masuk campur tangan politik (dalam polis).

"Kalau campur tangan politik jadi susah kita nak laksanakan (tugas). (Ada arahan) Orang ini boleh tangkap, orang ini tak boleh tangkap. Orang ini boleh tuduh, orang ini tak boleh tuduh," kata dalam forum "Bicara Kedaulatan dan Keselamatan Negara" di Kuala Lumpur malam tadi.

Forum melibatkan 700 peserta itu dimudah cara oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan dianjurkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Sementara itu, beliau turut menyatakan rasa kesalnya dengan pasukan polis yang kini dilihat bersikap pilih kasih dalam menjalankan tanggung jawab mereka.

'Kenapa bacul bertindak?'

Menurutnya, polis dilengkapi latihan secukupnya namun menjadi bacul kerana "menerima arahan" sehingga gagal bertindak terhadap keganasan pada ceramah politik dan serangan terhadap ibu pejabat parti politik.

"Saya tertanya-tanya kenapa polis tidak bertindak. Siapa yang bagi arahan? Ini satu perkara yang tidak adil, dan pasukan polis terbawa-bawa (kepatuhan menerima arahan) seperti pejabat PKR yang dibaling batu, telur dan sebagainya.

"Balai polis sebelah sahaja (tetapi) saya malulah (mereka tidak bertindak). Mesti ada satu arahan kalau tidak mereka tak akan begitu. Mereka ini ada latihan dan ada pelajaran.

"Kenapa boleh jadi sedemikian sehingga mereka ini bacul hendak ambil tindakan?" katanya.

Menurutnya lagi, keberkesanan polis membanteras jenayah juga sepatutnya diukur daripada persepsi orang ramai terhadap tahap keselamatan mereka, dan bukan berdasarkan statistik yang dikeluarkan kerajaan.

"Kejayaannya (pengurangan kadar jenayah) sepatutnya dirasai masyarakat sendiri sama ada kita , anak-anak kita dan keluarga kita berasa selamat atau pun tidak.

"Kalau kita ada perasaan selamat, barulah polis itu berjaya, bukan polis yang cakap," katanya.

Dua hari lalu, Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri dalam laporannya mengumumkan kadar jenayah berjaya diturunkan sebanyak 27 peratus dalam masa tiga tahun Program Transformasi Kerajaan (GTP) dilaksanakan.

'Tentang Komunis, bawa batalion ke Namibia'

Laporan sama juga menyatakan persepsi pengurangan jenayah semakin meningkat walau pun sesetengah rakyat mendakwa sebaliknya.

Menurut Yousoff, perasaan selamat masyarakat terhadap persekitaran mereka sebenarnya tidak banyak berubah di antara dahulu dan sekarang.

Sebaliknya, masyarakat kini kurang yakin dengan keupayaan polis mengurangkan kadar jenayah.

"Perasaan selamat dahulu dan sekarang tak banyak beza.

"Hanya kepercayaan terhadap polis (yang berbeza), sama ada kita yakin (terhadap) mereka atau pun tidak," katanya.

Seorang lagi ahli panel, mantan timbalan panglima angkatan tentera, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghaffir Abdul Hamid membidas kenyataan pihak yang mempertikai kritikan beliau terhadap cara kerajaan menangani pencerobohan Lahad Datu.

"Semasa saya menjadi pegawai pemerintah, saya berkhidmat menentang pengganas komunis di kawasan hutan Perak.

"Paling istimewa sekali, saya membawa satu batalion tentera ke Namibia," kata Ghaffir merujuk kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilapor menolak kritikannya atas alasan beliau sendiri tiada pengalaman berperang.

Ghaffir sebelum ini berkata pencerobohan Sulu boleh ditamatkan lebih awal jika terdapat arahan jelas dari kerajaan.

Ahmad Said marah tak tentu arah

anaabdullah

Apa kena dengan Datuk Seri Ahmad Said. Mesti ada yang tak kena. Kalau sudah kena mana mungkin marah marah tak tentu arah dengan imam yang naik atas pentas PAS. Nak kata dia tidak ada dalam senarai calon pada PRU 13 mustahil. Malahan nama beliau ada dalam senarai untuk DUN Kijal.

Kalau BN menang PRU 13 nanti memang ada cam jadi menteri besar lagi sekali. Dapat dua penggal. Bukan macam Datuk Seri Idris Jusuh yang tamak kumpul wang sehingga sanggup jual Kusza dan Keloj Yayasan Terengganu.

Tahukah anda apa sudah jadi dengan pensyarah pensyarah KUSZA dan Kolej Yayasan Terengganu yang diserap ke dalam Unisza dan UITM cawangan Cendering.

Ada diantaranya yang dipecat dari jawatan kerana tiada sarjana (MA) Yang sedihnya masih ramai yang tidak disahkan jawatanya sampai sekarang. Begitulah malangnya nasib bekas pensyarah Kusza dan Kolej Yayasan Terengganu.

Berbalik kita dengan isu Ahmad said marah marah dengan imam imam.Mana ada imam yang naik atas pentas berceramah lawan kerajaan yang diterajui menteri besar sering tunjuk samseng itu.Jika ada tolong buktikan siapakah nama imam tersebut.

Lainlah ketika PAS memerintah dahulu. Bukan Imam yang naik atas pentas umno berceramah, malah ada antara kadhi yang cukup berani bertindak nekad berceramah atas pentas umno.

Mereka ialah ustaz Kamal Abdullah bekas wakil rakyat DUN Sura Dungun,(2004) Ustaz Wan Ahmad bekas wakil rakyat DUN Kota Putra, Besut (2004)dan ustaz Ramli Noh wakil rakyat DUN Tepoh(2004-2008)

Itulah kahdi yang naik atas pentas umno berceramah begitu berani menyerang menteri Besar Haji Hadi Awang dan menuduh MB Terengganu pembohong.

Sekarang ini mana ada imam imam yang berani naik atas pentas PAS berceramah mengutuk Ahmad said. Lebih lebih lagi sudah habis imam imam yang dilantik kerajaan PAS dulu dipecat.

Setahu penulis Cuma ada dua orang sahaja yang tidak boleh dipecat. Mereka kekal sebagai imam. Kalau boleh berbuat demikian sudah lama kedua dua imam itu dipecat. Seorang, masih ada di Dungun dan seorang lagi dinaikkan pangkat di Pejabat sebagai imam pelawat.

Jadi, sangat tidak wajar marah dengan dua orang imam yang dikatakan naik atas pentas pas semacam marahkan nyamuk kelambu hendak dibakar.

AJK Pemuda Umno Bahagian sertai PAS di Johor

Salman Hussin
(Mazlan Aliman memberikan taklimat kepada Presiden dan Setiausaha Agung PAS tentang pemindahan kubur di Pengerang yang menjadi isu penduduk tempatan)
JOHOR BHARU: Tindakan berani ahli-ahli Umno Bahagian Tebrau yang diketuai Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian tersebut, Jayen @ Supaat Taros, menyertai PAS, bukan sahaja memberi tamparan yang cukup hebat kepada Umno Bahagian Tebrau malahan tindakan tersebut juga membuktikan Umno semakin ditolak oleh rakyat.
(Javen [kanan sekali] bergambar kenangan selepas menyertai PAS)
Jayen yang juga Ketua Pemuda Umno Zon Taman Nora Ulu Tiram bersama mantan Ketua Pemuda Umno Zon Bandar Tiram, Azmi Sarmin, telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pada majlis ceramah yang diadakan di Kampung Sungai Tiram Ulu Tiram.