"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Masjid tahan serangan bom atom dan gempa bumi!

blalang
Kobe Mosque Kobe Japan

Mengenai artikel di isuhangat kisah Masjid yang terselamat dari bencana tsunami semalam, saya dibuzz oleh seseorang yang memberitahu mengenai masjid yang selamat dari bencana gempa bumi di Jepun. Setelah membrowsing saya terjumpa masjid yang dinyatakan tersebut iaitu Masjid Kobe di Jepun, tapi maklumat yang saya dapat lebih memeranjatkan dan menunjukkan kekuasaan Allah Taala. Masjid Kobe di Jepun bukan sahaja tahan gegaran gempa bumi tetapi masjid ini terselamat dari bom atom! Subhanallah!
Masjid Kobe merupakan masjid pertama di Jepun. Masjid ini dibina tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku.
Tahun 1945, Jepun terlibat perang Dunia Kedua. Serangan Jepun atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika Syarikat telah membuat kerajaan Amerika memutuskan untuk menjatuhkan bom atom pertama kali dalam sejarah dunia.
Jepun pun menyerah kalah, tentera Jepun yang berada di Malaya pun sama terlibat turut pulang. Dua bandarnya, Nagasaki dan Hiroshima dibom dengan bom atom oleh Amerika. Semasa itu, bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima akibatnya. Boleh dikata Kobe menjadi padang jarak padang terkukur.
Ketika bangunan di sekitarnya musnah sama sekali, Masjid Muslim Kobe tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua kaca tingkapnya pecah. Bahagian luar masjid menjadi agak hitam kerana asap serangan bom. Tentera Jepun yang berlindung di bilik bawah tanah masjid selamat dari ancaman bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang disembunyikannya. Masjid ini kemudian menjadi tempat pelarian mangsa perang.

Kobe Mosque Kobe Japan
Kobe Mosque Kobe Japan
Kerajaan Arab Saudi dan Kuwait menyumbang dana membaikpulih dalam jumlah yang besar. Kaca-kaca tingkap yang pecah diganti dengan kaca-kaca jendela baru yang didatangkan terus dari German. Sebuah lampu hiasan baru digantungkan di tengah ruangan solat utama. Sistem pengatur suhu bilik juga diletakkan di masjid ini.
Sekolah yang hancur akibat perang kembali dibaikpulih dan beberapa bangunan tambahan pun mula dibina. Umat Islam kembali menikmati kegiatan-kegiatan keagamaan mereka di Masjid Kobe.
Krisis kewangan sering menghimpit ahli jawatankuasa masjid. Cukai bangunan yang tinggi membuat jawatankuasa masjid perlu mengeluarkan cukup banyak bayaran dari simpanannya. Banyak sumbangan dihulurkan untuk menyelesaikan masalah kewangan pembangunan dan mengubah suai masjid ini. Sumbangannya menjadikan Masjid Kobe menjadi semakin berkembang.
Pada tahun 1995, kekukuhan Masjid Kobe diuji lagi dengan gempa bumi paling dahsyat. Tepatnya pada pukul 5.46 pagi, Selasa, 17 Januari 1995. Gempa ini sebenarnya bukan hanya menimpa Kobe saja, tapi juga kawasan sekitarnya seperti South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu dan lain-lain.
Meski hanya berlaku selama 20 saat, namun gempa ini mengorbankan seramai 6,433 orang, yang sebahagian besarnya merupakan penduduk bandar Kobe. Selain itu gempa Kobe juga mengakibatkan kerosakan besar bandar seluas 20 km dari pusat gempa.
Gempa bumi itu adalah kedua terburuk di Jepun selepas gempa bumi besar Hanshin-Awaji merupakan gempa bumi terburuk di Jepun sejak gempa bumi besar Kanto 1923 yang mengorbankan 140,000 orang.
Namun hingga kini masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak, seakan tidak bergoyah meskipun dilanyak dari berbagai bencana. Semoga dakwah Islam di Jepun seteguh masjid ini.
Gambar Masjid Kobe sekarang.
Kobe Mosque Kobe Japan
Kobe Mosque Kobe Japan
Kobe Mosque Kobe Japan
Kobe Mosque Kobe Japan

100,000 Rakyat Selangor Akan Hantar Memorandum Kepada YDPA

KLANG, 13 NOV: Bagi menyokong 20 meter padu air percuma dan menjamin hak rakyat mendapat air pada harga berpatutan satu memorandum yang ditandatangani rakyat Selangor akan dihantar kepada Yang Dipertuan Agong 5 Disember ini.

100,000 rakyat disasarkan dalam majlis penyerahan memorandum ini yang berarak bermula dari Masjid Negara Kuala Lumpur hingga ke Istana Negara.

Menurut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abd Khalid Ibrahim berkata sasaran kerajaan negeri adalah seramai sekurang-kurangnya 100,000 keluarga akan bersama menghantar memorandum tersebut.

Beliau berkata demikian dalam majlis Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat di Dewan Serbaguna, Pejabat Tanah, Klang.

Kerajaan negeri memerlukan sokongan dan komitmen dari ahli-ahli majlis, ketua kampung, ahli-ahli surau dan masjid bagi menjayakan dan mencapai sasaran yang diletakkan.

Borang tersebut boleh didapati di pejabat DUN, majlis daerah ataupun dimuat turun di laman web www.AirUntukRakyat.net.

Siri jelajah kempen kembalikan hak air kepada rakyat akan dimulakan pada 20 November ini di DUN Ijok dan diikuti DUN-DUN yang lain.

Dengan sokongan rakyat yang mencukupi, kerajaan selangor akan mampu mendapat balik kawalan syarikat-syarikat air demi rakyat, menekankan integriti dan ketelusan, dan memastikan akses air yang mencukupi dengan harga yang berpatutan untuk semua lapisan rakyat.
-tvsnews-

JAIS tiada rekod Baginda Minda peluk Islam

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) Sarawak Datuk Daud Abdul Rahman berkata, Jabatan Islam Sarawak (JAIS) akan menyiasat status agama Norazman Abdullah @ Beginda Minda dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut Daud, JAIS akan bekerjasama dengan Jakim kerana tidak mempunyai rekod Norazam - bapa kepada budak sekolah yang dirotan kerana membawa sosej babi ke sekolah - memeluk Islam, lapor Bernama.

"Kita akan menyiasat bagi menentukan status agama bapa berkenaan," katanya yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Isu itu turut dibangkitkan di persidangan Dewan Rakyat.

Pada 10 November lalu, kerajaan mengarahkan bahagian penyelidikan Jakim menyiasat status agama Norazman Abdullah ekoran keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa beragama Islam, maka anak itu beragama Islam.

Bagaimanapun, Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berpendapat Jakim tidak berhak masuk campur menyiasat status itu kerana di bawah kerangka federalisme yang diterima oleh perlembagaan, Islam adalah bidang kuasa negeri.

Semalam, theStar melaporkan Norazam mengaku telah murtad.

-malaysiakini-

Anwar, Azizah Dan Nik Aziz Tersenarai 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Dunia 2010


KUALA LUMPUR, 13 NOV: Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat tersenarai dalam 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Dunia untuk tahun 2010.

Buku 'The Most Influential Muslims 2010' Edisi ketiga itu diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre.

Dalam laporan itu Anwar disifatkan sebagai seorang ahli politik yang dikenali di peringkat global dengan pendirian Islam serta sangat berpengaruh kalangan generasi muda.

Empat buah negeri di bawah kerajaan Malaysia berada di penguasaan Anwar. Jika Anwar memimpin dalam pilihanraya yang adil, Anwar akan memenangi pilihanraya umum 2013 ini.

"his excellency dr anwar Ibrahim is a Malaysian politician of global stature. He is the former deputy prime minister of Malaysia, former finance minister and is currently the leader of the Malaysian opposition coalition.He is well-known for his liberal Islamic stance on politics, and is incredibly influential as a leader and role model for young people. Ibrahim's coalition now controls four of 13 state governments. If led by Anwar, it would have a fair chance of winning the next national election in 2013." 

Sementara itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut disenaraikan untuk tahun 2010.

"Dr Wan Azizah Wan Ismail is the president of Parti Keadilan Rakyat (People's Justice Party). She was Leader of the Opposition Party until she stepped down for Anwar Ibrahim."

Menteri Besar Kelantan  Datuk Nik Aziz Nik Mat juga antara yang tersenarai dalam 500 individu Paling Berpengaruh 2010.

Menurut buku itu, Nik Aziz disifatkan sebagai pemimpin yang sudah memerintah Kelantan 20 tahun yang mempunyai sokongan ahli PAS hampir 1 juta ahli.

"Nik Aziz telah memerintah negeri Kelantan kira-kira 20 tahun dan beliau memegang kuasa yang sangat penting dalam tempoh berkenaan di mana sokongan ahli PAS hampir satu juta ahli"

"Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat is a Malaysian politician, an Islamic scholar and has been the chief minister of the State of Kelantan for the past 20 years. He holds the position of Mursyidul Am-the religious guide-within the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS). As the religious guide of the Pan-Malaysian Islamic Party, Nik Mat is the spiritual leader of Malaysian Islamic politics and holds very important sway over the tenor of politics in the nation. Nik Mat's fundamentalist party has close to one million members and enjoys strong support from the northern rural and conservative states such as Kelantan and Terengganu."

The Most Influential Muslim 2010 dibahagikan kepada 15 kategori ,antaranya kategori ulama, politik, cendekiawan, pemuda, media, sains, teknologi, perubatan, undang-undang, seni dan radikal.

Penyenaraian ini bukti kepimpinan politik dan peranan besar yang disumbangkan tokoh tersebut mendapat pengiktirafan antarabangsa.
-tvsnews-

Pemilihan Keadilan 2010 : Azmin Terus Dahului Mustaffa Kamil


KUALA LUMPUR, 13 NOV  ( 20:35:45): Keputusan tidak rasmi daripada 99 cabang yang mengadakan pemilihannya setakat semalam, Azmin Ali terus meninggalkan pencabarnya Mustaffa Kamil Ayub dengan majoriti 6,207 undi. Sebanyak 41 lagi cabang PKR di seluruh negara mengadakan pemilihannya hari ini, melibatkan sembilan negeri di seluruh negara.

Di Pulau Pinang lima cabang terlibat, Terengganu (8), Perak (7), Wilayah Persekutuan (6), Sabah (5), Johor (4), Sarawak (3), Melaka (2) dan Selangor (1).

Pengundian yang masuk hari kedua dalam minggu ketiga, kali ini agak berbeza kerana kerusi tumpuan - timbalan presiden - kini tinggal dua penjuru apabila Datuk Zaid Ibrahim menarik diri.

Azmin mendapat keseluruhan 7,649 undi manakala Mustaffa Kamil pula memperoleh 1,442 undi. 

Sementara itu mesyuarat agung PKR Kuala Nerus dan pemilihan anggota majlis pimpinan pusat (MPP) di cabang itu tergendala dua jam susulan pejabatnya didapati berkunci.

Bagaimanapun, tambahnya, mesyuarat agung dan pemilihan MPP itu berjaya dilangsungkan di tempat lain yang terletak kira-kira lima kilometer daripada pejabat cabang berkenaan.

Sehubungan itu, acara yang dijadual bermula pada jam 10 pagi itu dilangsungkan pada jam 12 tengah hari tadi.

Berikut keputusan tidak rasmi mengikut cabang yang diperoleh setakat ini:
Wangsa Maju Azmin (27), Mustaffa (16)(44 daripada 1,368 anggota keluar mengundi)

Jasin Azmin (92), Mustaffa (9)(102 daripada kira-kira 1,100 anggota keluar mengundi)

Kota Melaka Azmin (28), Mustaffa (25)

Kepong Azmin (17), Mustaffa (4)(21 daripada 500 anggota keluar mengundi)

Titiwangsa Azmin (24), Mustaffa (8)(32 daripada kira-kira 1,200 anggota keluar mengundi)

Bayan Baru Azmin (72), Mustaffa (31)

Balik Pulau Azmin (139), Mustaffa (3)

Bukit Bendera Azmin (50), Mustaffa (1)

Nibong Tebal Azmin (19), Mustaffa (62)

Setiawangsa Azmin (14), Mustaffa (32) 
-tvsnews-

ADUN Kerdau Dimasukkan Ke HSAS


KUANTAN, 13 NOV:  Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang kawasan Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang sebelum ini dilaporkan kritikal selepas mengalami masalah buah pinggang dan jantung, sekali lagi dimasukkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAS) Temerloh kerana masalah tekanan darah tidak stabil.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang mengesahkan perkara itu berkata Zaharuddin dirawat di hospital itu sejak dua minggu lepas, bagaimanapun keadaannya stabil dan tidak membimbangkan dipetik Bernama.

Beliau berkata mesyuarat Perhubungan Umno Pahang malam tadi memutuskan supaya Anggota Parlimen Kuala Krau yang juga Ketua bahagian Umno Kuala Krau,Datuk Ismail Mohamed Said mengambil alih tugas menyelaras DUN Kerdau.

"Beliau (Ismail) akan dibantu Penasihat Agama kepada Menteri Besar yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Mohamad," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Kolej Antarabangsa IKIP, disini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai keadaan kesihatan Zaharuddin.

Zaharuddin, 63, sebelum ini pernah menerima rawatan selama lebih dua bulan di Institut Jantung Negara kerana komplikasi buah pinggang dan jantung selepas menjalani pembedahan ulser usus di HSAH Mei lepas.
-tvsnews-

Korban Gunung Merapi Meningkat 240 Orang


GUNUNG MERAPI  INDONESIA, 13 NOV : Korban Gunung Merapi meningkat 240 orang sejak mula meletus 26 Oktober yang memaksa lebih 400,000 penduduk dipindahkan dan menyebabkan penerbangan dibatalkan minggu lepas.

Minggu lepas Presiden Amerika Syarikat Barack Obama terpaksa memendekkan lawatannya ke negara berkenaan bimbangkan debu gunung berapi yang akan mengganggu penerbangan kapal terbang rasmi Air Force One.

Sementara itu pihak berkuasa masih meletakkan gunung berapi Merapi di tahap empat yang paling tinggi dan masih memantau perkembangan dengan dekat walaupun gunung berkenaan masih mengeluarkan debu panas yang semakin perlahan.

Anggota keselamatan juga  sedang meningkatkan usaha mencari dan menyelamat di kawasan perkampungan yang mengalami kesan terburuk akibat debu panas yang meliputi kawasan sekitar.

Ramai penduduk disekitar gunung berkenaan hidup sebagai petani dan penternak dan kerajaan Indonesia dilaporkan akan membayar ganti rugi kemusnahan yang dialami penduduk kawasan terjejas berkenaan.

Indonesia yang mempunyai penduduk hampir 250 juta terletak dilingkaran api pasifik mengalami kekerapan gempa bumi dan letusan gunung berapi.

26 Disember 2004 lepas, hampir 300,000 orang terbunuh di negara itu selepas dilanda tsunami akibat gempa bumi yang melanda Acheh dengan kekuatan 9.3 skala Ricther.
-tvsnews-

Pinggang gadis dirodok peragut

KUALA LUMPUR: Pinggang dan belakang seorang gadis dirodok empat kali dengan pisau selepas dia cuba mempertahankan beg tangannya daripada diragut dua lelaki bermotosikal ketika berjalan bersama rakannya di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Tsu Ai Ling, 19, terbaring berlumuran darah sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan akibat kecederaan serius pada buah pinggang.
KESAN...kesan darah mangsa di tempat kejadian.
KESAN...kesan darah mangsa di tempat kejadian.
Rakannya Mei Ching, 17, berkata ketika kejadian, dia dan Ai Ling berjalan di bahu jalan berhampiran jejantas di tempat kejadian apabila dihampiri dua lelaki menunggang sebuah motosikal.

Katanya, lelaki yang membonceng motosikal merentap beg tangan dipegang rakannya itu.

“Bagaimanapun, Ai Ling bertindak berani dengan melawan dan cuba menghalang beg tangannya daripada diragut menyebabkan berlaku tarik-menarik.

“Ketika itu lelaki terbabit membuka topi keledar sebelum memukul Ai Ling berulang kali,” katanya Menurutnya, lelaki terbabit yang masih gagal mendapatkan beg tangan rakannya itu mengeluarkan sebilah pisau sebelum menikam pinggang rakannya itu empat kali.


CARI BUKTI..anggota polis forensik mengesan cap jari penjenayah pada topi keledar di tempat kejadian, semalam.
CARI BUKTI..anggota polis forensik mengesan cap jari penjenayah pada topi keledar di tempat kejadian, semalam.

“Tindakan itu menyebabkan rakan saya menjerit kesakitan sebelum melepaskan beg tangannya. Darah ketika itu banyak keluar.

“Lelaki terbabit kelam-kabut memecut melarikan diri dengan meninggalkan topi keledar dan pisau yang digunakan menikam rakan saya,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang menyedari kejadian itu menghubungi ambulans sebelum Ai Ling dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Dia yang terkejut dan ketakutan ketika menyaksikan kejadian itu gagal mengecam atau mengingati nombor pendaftaran motosikal ditunggangi dua lelaki terbabit. “Saya tidak sangka lelaki itu bertindak kejam dan berniat mahu membunuh rakan saya hanya kerana gagal mendapatkan beg tangan yang berisi wang antara RM60 hingga RM70,” katanya ketika ditemui di PPUM, semalam.

Difahamkan, mangsa ditikam dua kali di buah pinggang kiri dan satu tikaman pada sebelah kanan serta belakangnya.

Mangsa dilaporkan masih dalam keadaan kritikal dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sepasukan anggota Unit Polis Forensik Kuala Lumpur bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.

Anggota forensik cuba mengesan kesan tinggalan cap jari pada dua topi keledar milik suspek selain pisau yang ditinggalkan di tempat kejadian.

Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Bari Wan Abdul Khalid yang dihubungi mengesahkan berhubung kejadian ragut bersenjata itu sambil menyifatkan perbuatan itu keterlaluan.

Menurutnya, polis kini memburu kedua-dua suspek selain akan mengambil keterangan mangsa sebaik mangsa pulih.

“Saya meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu atau mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

Rusa mengamuk di dalam bar

SEEKOR rusa merempuh meja di dalam sebuah bar di Bluffton, Ohio.
BLUFFTON, Ohio: Beberapa pekerja di sebuah bar di Ohio, Amerika Syarikat (AS) bertempiaran lari selepas seekor rusa jantan tiba-tiba melompat masuk dan merempuh kerusi serta meja dalam premis itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Tiada kecederaan berlaku dalam kejadian itu di sini baru-baru ini tetapi premis tersebut mencatat kerugian besar kerana banyak barangan rosak.
Meja dan kerusi berterbangan selepas dirempuh dengan tanduk haiwan itu.
Semasa kejadian, cuma terdapat beberapa orang pekerja di dalam bar itu.
Salah seorang pekerja berkenaan melompat meja bar bagi menyelamatkan diri.
"Naluri saya menyatakan adalah lebih baik saya tidak mendekati rusa itu yang naik minyak," kata seorang pelayan. Danielle Weyer.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bar itu menunjukkan ia melompat masuk melalui tingkap dan memecahkan beberapa buah meja dan kerusi sebelum keluar dari pintu belakang premis tersebut.
Aksi rusa itu boleh dilihat di laman YouTube.
 -Agensi-

Jalan mati untuk Zaid kembali ke Umno

NONE
Umno tidak akan menerima bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim untuk menyertai semula parti itu, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Zaid, kita buang dia. Kita nak bawa dia balik buat apa?" kata Tengku Adnan ketika ditanya peluang Zaid sekiranya ingin kembali kepada Umno.

"Dia juga akan bagi masalah. Kita tidak suka orang yang beri masalah. 

"Kita hendak orang yang masuk parti kita, parti komponen BN, orang-orang yang menjiwai perjuangan bukan untuk mencapai sesuatu bagi diri masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvo Kanak-kanak Tabika/Taska KEMAS sekitar Putrajaya, hari ini.

Pada 8 November lalu, Zaid telah menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan meletak semua jawatannya dalam parti itu berikutan dakwaan bahawa pemilihan parti itu tidak telus.

Namun, Zaid yang dipecat dari Umno pada Disember 2008 dan menyertai PKR enam bulan selepas pemecatannya, sehingga kini belum menyatakan untuk kembali ke pangkuan Umno dan hanya dilaporkan bercadang untuk menubuhkan parti politik yang baru.
-Bernama-

100 berdemo depan ibu pejabat PKR

Jenapala protest at PKR headquarters crowd
Kira-kira seratus orang bersama kanak-kanak berhimpun di depan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini untuk 'protes' singkat 30 minit mendesak parti itu menghentikan pemilihannya yang sedang berlangsung.

Bagaimanapun, sebahagian besar daripada 'penunjuk perasaan' yang hingar bingar yang dibawa datang dengan tiga bas itu nampaknya tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku.

Penganjurnya P Jenapala mendakwa sekumpulan anggota PKR hadir ke situ bagi membantah "sangat tidak gembira"terhadap dakwaan salah laku dalam perjalanan pemilihan parti itu.

Bagaimanapun ketika ditanya oleh pemberita, kumpulan itu dilihat tidak berapa pasti berhubung perkara itu dan status keanggotaan mereka dalam PKR.

Kamisah Arippin, 75, sambil menunjuk kepada seseorang, berkata beliau datang selepas dijemput untuk 'acara' 30 minit.

Kawannya, Kamariah Bapu, 70, dan Zaleka Mohd Ashin, 72, mengakui mereka bukan anggota PKR dan hanya mengecam Jenapala yang pernah dilihat mereka beberapa kali di kaca televisyen.

Bagaimanapun, menurut Jenapala, kesemua mereka anggota PKR yang "sangat sedih dengan pemilihan parti".

"Tetapi saya tidak nafikan sebahagian kecil daripada mereka mungkin dibayar untuk terlibat dalam program ini untuk sabotaj saya," dakwanya.

-malaysiakini-

Pru-13. Angka Sial Buat BN?

Ustaz Saiful bahri
13 menjadi angka kegemaran Pak Lah apabila membubarkan parlimen pada 13 Februari 2008, dan plat keretanya bernombor 13. Ternyata Pak Lah tersilap percaturan apabila Barisan Nasional mencipta rekod terburuk dalam sejarah Malaysia merdeka.

Malaysia juga pernah dalam sejarahnya menghadapi perbalahan kaum yang berlaku pada 13 mei 1969. Setiap kali datang 13 Mei, kerajaan berkesempatan melangsungkan agenda kempen perpaduan atau agenda propaganda, menakutkan rakyat agar kekal bersatu-padu.

Heran juga. Ketika manusia berada di alaf millennium, ketika Malaysia memiliki menara kembar tertinggi di dunia dan kini kearah membina pencakar langit 100 tingkat, masih ada manusia mempercayai metos, tahyul dan khurafat. Tetapi apabila ramai orang mempercayai dan meyakininya menyebabkan timbullah rasa ketakutan dan phobia terhadap angka tersebut.

Bagaimana pula dengan PRU-13. UMNO-BN sekarang macam cacing kepanasan. Mereka sudah phobia dengan angka 13 itu. Walaupun mereka mengaku kuat, tetapi kepercayaan yang mereka akan tumbang menyelinap dicelah hati mereka. Najib tahu, kerana itulah beliau menyuarakan akan mempertahankan UMNO-BN meskipun berkecai tulang.

Ketika Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini bagaimana DATUK NOOR AZAM (Bekas Setiausaha Politik kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad) berkata: TIADA lagi esok untuk kita!

Kuasa politik kita yang dominan yang diwarisi sejak zaman Melaka dan dipegang kuat selama 54 tahun akan hilang. Berdasarkan realiti dan sentimen politik pengundi sekarang, bencana politik ini akan terjadi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Paling lama, dua tahun saja lagi! Ada orang percaya dan hampir percaya, angka 13 membawa bencana.

Ahli Parlimen DAP, Teo Nie Ching, ketika melawat pejabat Harakah mengatakan, beliau "yakin dan percaya UMNO tidak akan mendapat undi masyarakat Cina pada PRU ke-13."

Dizaman TV di Malaysia yang banyak menayangkan cerita-cerita hantu dan khurafat ini akan menyegarkan kembali kepercayaan lama meskipun tahyul. Kepercayaan angka 13 membawa sial ini menapak sejak sekian lama.

Kepercayaan angka 13 dianggap sial berasal dari pengetahuan kuno bernama Kabbalah. Kabalah merupakan sebuah ajaran mistis kuno, yang telah dihimpun oleh Dewan Penyihir tertinggi rejim Fir’aun yang kemudian diteruskan oleh para ahli sihir dan pengamal perubatan mistik khususnya oleh kaum Zionis-Yahudi yang kemudian mengangkatnya menjadi satu gerakan politik dan agama yang sekarang ini, ajaran Kabbalah telah menjadi trend baru di kalangan selebriti dunia.

Bangsa Yahudi sebagai pemelihara Kabbalah. Di Marseilles, Perancis Selatan, mereka telah membukukan ajaran Kabbalah. Mereka juga dikenal sebagai kaum yang gemar bermain dan menilik angka-angka (numerologi), sehingga mereka dikenal pula sebagai sebagai kaum Geometrian. Dalam kepercayaan Kabbalah, angka 13 menempati posisi suci, sebab itu banyak digunakan dalam berbagai simbol dan arsitektural.

Menurut mereka, angka 13 merupakan salah satu angka suci yang mengandung berbagai daya magis dan sisi religius, bersama-sama dengan angka 11 dan 666. Sebab itu, dalam berbagai simbol terkait Kabbalisme, mereka selalu menyusupkan unsur angka 13 ke dalamnya. Penyisipan simbol angka 13 terbesar sepanjang sejarah manusia dilakukan kaum ini ke dalam lambang negara Amerika Serikat. The Seal of United States of America yang terdiri dari dua sisi (Burung Elang dan Piramida Illuminati) sarat dengan angka 13.

Bagi orang cina kedua angka itu tiada ‘ong’ dan dianggap sial. Pusat perniagaan yang memilki bangunan tinggi di China, tidak ada yang namanya lantai 13 dan 14.. Di Barat, angka 13 juga dianggap membawa bencana. Anda tidak menjumpai lantai 13. Biasanya, setelah angka 12 terus diloncat ke 14. Atau dari 12, 12a dulu baru 14. Begitu juga tidak ada nama jalan di Amerika yang menggunakan 13th Street atau 13th Avenue .Fenomena ini terdapat di banyak negara dunia.

Di dalam Kristian, angka 13 ini mengingatkan mereka akan kisah perjamuan terakhir, di mana murid yang ke-13 berkhianat terhadap Jesus. Angka 13 jika bersamaan waktunya dengan hari Jum'at (hari yang oleh orang Kristen dipercaya sebagai hari kematian Jesus) dianggap sial dua kali lipat (Fiday 13). bangsa Amerika rupa-rupanya juga menganggap angka 13 sebagai angka yang harus dihindari.

Angka 13 memang sering diartikan sebagai angka sial, angka yang berhubungan dengan dunia mistik, dan juga penyembahan terhadap Lucifer. Napoleon Bonaparte, Paul J. Getty, dan Franklin Delano Roosevelt sangat percaya dengan kesialan angka 13 ini sehingga selalu menghindari makan malam dengan 13 orang.

Paul Hoffman, di dalam Smithsonian Magazine (Febr, 1987), menyatakan jika fobia terhadap angka 13 ini telah menelan biaya satu miliar dollar AS pertahun karena fobia itu telah menyebabkan orang mangkir dan membatalkan keberangkatan kereta dan pesawat terbang, serta mengurangi aktivitas perdagangan di setiap tangal 13 setiap bulannya.

Bagi orang Islam, mempercayai semua ini adalah khurafat dan boleh membawa kepada syirik. Tetapi bagi ahli UMNO-BN sudah menjadi desas-desus, sudah menjadi api dalam sekam yang PRU-13 BN akan menjadi Be End. Sebab itulah mereka menjadi ketakutan menghadapi PRU 13 ini.

Bagi Pas perjuangan menegakkan Islam ini perjuangan yang berterusan sehingga ke Hari Kiamat. Tiada jalan mudah maupun jalan singkat. Tetapi janji Allah Swt pasti benar bahawa perjuangan Islam itu akan menang di dunia maupun diakhirat. Dan kepercayaan bahawa UMNO sebagai Parti Keramat juga khurafat. Di harapkan ulama UMNO mendidik ahlinya agar menjauhi khurafat ini dan dibimbangi kalau orang ramai dok ratib bahawa PRU 13 adalah bencana politik buat UMNO-BN, nescaya Allah akan memperkenankannya dan PR akan ke mahligai Putrajaya dan Najib akan demam tak kebah-kebah. Rasulullah Saw menyebut akan hadis qudsi yang bermaksud : “ Aku mengikut syak sangka hambaku”. Bersangka baiklah terhadap Allah Swt dan I’Allah, Allah akan memperkenankan doa kita. Tapi doa siapakah antara PR & BN yang makbul buat Pru-13 nanti?

Ayuh kita halang Najib ‘bailout’ Syabas

KUALA LUMPUR, 13 NOV: Kerajaan Selangor akan mengadakan himpunan protes mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada 5 Disember ini berhubung kemungkinan usaha kerajaan pusat mahu menyelamatkkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dengan menyediakan “bailout”.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) memaklumkan The Malaysian Insider malam tadi bahawa tindakan itu sebahagian daripada usaha kerajaan negeri mengenakan tekanan ke atas pentadbiran Najib agar tidak meneruskan langkah “bailout” industri air negeri tersebut.

Menurut pemimpin-pemimpin itu, perhimpunan dan ceramah di seluruh Selangor sudah dirancang untuk menggerakkan sokongan ke atas protes yang akan diadakan di pekarangan Istana Negara di sini awal bulan depan.

“Kami merancang untuk menghimpunkan 100,000 orang pada 5 Disember bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu air. Tempatnya Istana Negara pukul 12 tengah hari.

“Butiran memorandum belum diputuskan tetapi intipatinya ialah mendesak agar hak air diberikan (dikembalikan) kepada rakyat, antipenswastaan.

“Kami mahu syarikat-syarikat berkaitan dengan air disepadukan dengan negeri,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (gambar).
Setiausaha Publisiti DAP ini memberitahu The Malaysian Insider bahawa kerajaan negeri membuat perancangan untuk mengadakan 60 majlis bermula minggu ini sehingga 5 Disember.

“Kami sudah memulakan kempen untuk mewujudkan kesedaran berhubung isu ini, menyediakan sekitar 60 ceramah di seluruh negeri sepanjang tiga hingga empat minggu akan datang.

“Ceramah-ceramah yang akan diadakan merangkumi kumpulan-kumpulan fokus khas, pertubuhan-pertubuhan madani dan juga kumpulan-kumpulan gereja,” kata beliau lagi.

Sebelum ini, beberapa sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa pemegang bon air melibatkan Selangor akan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya campur tangan dalam usaha melindungi agar bon-bon yang terbabit terus berhadapan tindakan penurunan gred.

Pemegang-pemegang bon utama terbabit termasuklah CIMB Principal Asset Management, Hong Leong Investment Bank dan GreatEastern Life — yang dikatakan telah merangka surat bersama untuk dikemukakan kepada Najib meminta kerajaan pusat agar menyelamatkan Syabas dengan pinjaman RM1 bilion.

Pua berkata, langkah penyelamat RM1 bilion akan memberi gambaran tidak baik terhadap pentadbiran Najib.

“Kita mesti lebih berdaya saing, telus. Apa yang berlaku sekarang bertentangan dengan konsep di mana era kerajaan tahu segala-galanya, sudah berakhir......