"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Di ambang kesusahan?

SELENA TAY
Jika Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) tidak diadakan dalam bulan September ini, ini akan menyemarakkan lagi situasi yang tidak menentu dalam keadaan ekonomi negara.

Pada masa kini, keadaan ekonomi sedunia sedang berada dalam suasana yang muram disebabkan oleh masalah kewangan di Eropah.

Selain dari itu, kuasa ekonomi besar seperti Amerika Syarikat dan negara China juga menunjukkan penurunan dalam angka pertumbuhan ekonomi mereka masing-masing.

"Rakyat Malaysia terutamanya golongan yang miskin dan yang berpendapatan rendah akan mengalami situasi yang terhimpit jika harga barang keperluan asas terutamanya harga makanan terus meningkat dan pada masa yang sama, gaji bersih yang boleh dijimat telah mengalami penurunan," kata Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad dari PAS.

"Selain dari itu, hutang negara juga telah meningkat kepada RM653 bilion dan ini adalah merbahaya sebab angka ini telah melebihi paras 55% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Tahap 55% ialah paras yang telah ditetapkan oleh Parlimen dimana hutang negara tidak dibenarkan melebihi paras tersebut," sambung Dr. Dzulkefly.

Beliau juga berkata situasi ini jelas menunjukkan bahawa pengurusan ekonomi dan kewangan negara dibawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Tun Razak telah gagal sama sekali, sekaligus dengan program Transformasi yang sering diheboh-hebohkan itu.

Mengapa kami kibarkan Sang Saka Malaya?

Serigala Selatan
Saya dan saudara Zairi Shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya di malam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang. Kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Jauh sekali, ia tidak bermotif untuk menukar Jalur Gemilang kepada Sang Saka Malaya, kerana Sang Saka Malaya yang ditukarkan kepada Jalur Gemilang hari ini.

Saya fikir penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.

Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris.

Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. PKMM mempunyai dua sayap iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang diketuai oleh Shamsiah Fakeh.

Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua.

Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.

Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Apabila Umno ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera Umno dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya.

Akhirnya, badan-badan yang berhaluan kiri (menentang Inggeris) meninggalkan Umno dan Umno tinggal berhaluan kanan, yang lebih mesra Inggeris. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai berbau komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua Umno, Datuk Onn Jaafar.

Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.

Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan di sebalik Sang Saka Malaya ini.

Pegawai PPD Minta Guru Bercerai Dengan Suami?

Mohd Sayuti Omar
Politik itu jahat dan kejahatan politik itu tidak ada batas dan sempadanya. Benarlah politician itu (politician modern) lebih jahat dan tidak bermaruah dari binatang. Seorang pegawai PPD - Pejabat Pendidikan Daerah telah meminta seorang guru perempuan agar 'memasakh' suaminya yang dikatakan seorang penyokong Pas. (Faskah menurut Kamus Dewan pembatalan nikah).

PPD berkenaan katanya tidak senang dengan penglibatan politik suami guru berkenaan yang dianggap boleh menganggu seorang tokoh politik yang dipuja dan diharapkan akan menang dalam pilihan raya akan datang.

Kerana melihat suami guru berkenaan menyokong parti kerajaan, suatu hari pegawai PPD itu telah memanggil guru perempuan berkenaan dan mengemukakan cadangan tersebut. Diperayai cadangan itu adalah ugutan dan tekanan terakhir ke atas guru iu agar mempengaruhi suaminya supaya tidak menyokong parti kerajaan.

Dialog atau perbualan pegawai berkenaan dengan guru perempuan itu katanya dirakam dan rakaman itu disimpan oleh seseorang bakal beredar pada pilihan raya akan datang.

Pengawai PPD itu juga tak cermat dan tidak menyedari perbualannya dirakam. Menurut sumber yang mengakui memiliki rakaman itu di dalam rakaman selama 23 minit 45 saat itu pegawai PPD berkenaan ada menyebut nama tokoh politik berkenaan.

Bagaimana pun tindakan buruk pegawai PPD berkenaan tidak sempat dilaksanakan oleh guru berkenaan apabila guru itu bertindak mendedahkan kejadian itu kepada pihak tertentu.

Pegawai berkenaan dikatakan betindak atas arahan tokoh yang disokong itu kerana bimbang kegiatan dilakukan suami guru berkenaan menjejaskan peluang tokoh itu menang. Bukti ini berdasarkan pegawai itu ada menyebut nama tokoh politik itu.

Kejadian ini berlaku di sebuah jajahan berpesisiran pantai di Kelantan kira-kira dua bulan lepas.

Adalah dipercyai tokoh politik yang pernah menang dan kalah dua kali dalam pilihan raya itu meminta kes itu diselesaikan dan tidak diperpanjangkan apabila perbuatan buruk pegawai PPD berkenaan terbongkar sampai ke pengetahuannya.

Hikmat pendedahan guru berkenaan, beliau yang mulanya diugut akan ditukar ke luar negeri tidak ditukar sebaliknya dipindahkan ke sekolah yang berhampiran dengan rumahnya. Tindakan itu dipecayai untuk mengaman dan menutup mulut guru berkenaan agar tidak memperbesarkan kesnya itu.

Siasatan lanjut akan dijalankan.

Ghafar Baba nak tubuh parti baru selain Umno

Muda Mohd. Noor
PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden Umno, Tun Ghafar Baba mahu menubuhkan sebuah parti baru selepas beliau kecewa dengan Umno yang didakwanya telah lari dari perjuangan asal.
Perkara ini dedahkan oleh anaknya Datuk Tamrin dalam ceramah sulungnya selepas menyertai PAS di Bukit Katil, Khamis lalu.

“Lebih 10 tahun sebelum Pak Ghafar meninggal, beliau berhasrat menubuhkan sebuah parti lain selain dari Umno.

“Fasal Pak Ghafar tengok Umno tidak boleh pergi lagi dah. Dia telah menyiapkan perlembagaan parti dan dia bincang dengan saya.

“Dia bincang dengan saya tetapi saya tentang…saya kata u dah umur meningkat, 70 tahun lebih. Kita duit pun tak ada, jentera pun tidak ada.

“Jauh dari TV, surat khabar, kita tak ada. Dulu Tengku Razaleigh (Semangat) 46 mati tidak tahan. Bagaimana kita nak lawan, kita lupakan saja,” kata Tamrin.

Menurut bekas ahli Parlimen Batu Berendam itu berkata, beliau kini menyambung perjuangan ayahnya.
Ghafar yang menjadi Timbalan Perdana Menteri dari 1986 hingga 1993 meninggal dunia pada 23 April 2006 pada usia 81 tahun.

Dalam ceramahnya, Tamrin mendakwa Perdana Menteri sekarang merupakan kawan baik beliau, tetapi menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berbelanja mewah untuk membeli undi bagi menghadapi pilihan raya.

`Beli undi’

Katanya, Najib melakukan seperti semasa beliau bertanding Ketua Pemuda dan Naib Presiden Umno dulu.
“Dia beli undi macam dia bertanding Ketua Pemuda, bertanding Naib Presiden Umno. Saya ingat Pemuda diberi kad kredit BSN masa tu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jadi pengerusi.

“Macam mana pegawai-pegawai beri duit kepada Pemuda untuk sokong dia (bertanding Ketua Pemuda), begitu juga untuk Naib Presiden Umno,” dakwa Tamrin lagi.

Kata Tamrin lagi, negara diambang bangkrap ekoran perbelanjaan Najib secara berleluasa menjelang pilihan raya.

Beliau mendakwa, wang dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digunakan bagi tujuan tersebut.

Tamrin juga membidas Najib menggunakan wang kerajaan untuk majlis sambutan hari jadi serta pertunangan anak perempuannya.

“Saya seronok Najib naik. Najib ni kawan baik saya masa sama-sama dalam Pemuda Umno, masa Datuk Suhaimi Kamaruddin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tetapi tak sampai empat tahun memerintah, Tun Dr Mahathir kata rasuah lebih teruk. Hari ini Najib kelam kabut, buat apa pun tak kena,” tambah beliau lagi.

Dari Iklan Bas, Banyak Warga Chicago Memeluk Islam

Dari Iklan Bus, Banyak Warga Chicago Memeluk Islam
Salah satu iklan tentang Islam di bas di Chicago
REPUBLIKA.CO.ID, CHICAGO: Tidak sia-sia usaha Lingkaran Islam Amerika Utara (ICNA) mempromosikan ajaran Islam dengan memanfaatkan segala lini komersial. Melalui program tersebut, tak sedikit warga AS yang akhirnya memeluk Islam.

Cukup besar dana yang mereka keluarkan, yakni 30,900 dolar AS, guna meletakkan iklan pada setiap bas di Chicago. Iklan yang ditempatkan cukup mudah, mereka hanya meletakkan nombor telefon 800 662 di bawah tulisan "anda bertanya Tentang Islam".

Iklan tersebut dipasang selama satu bulan, mulai 19 September - 20 Oktober 2011. Mengingat tingginya minat dan semangat masyarakat terhadap iklan, tak kurang dari 300 ribu pemanggil, ICNA memutuskan memanjangkan iklan tersebut hingga 23 November.

Yang menarik, bagi pemanggil akan dihantar salinan Al-Quran terjemahan bahasa Inggeris, kesusasteraan Islam dan yang lain.

Diretur Kempen ICNA, Saabel Ahmed, berkata setiap lini komersil membuka peluang untuk mengetahui lebih banyak tentang Islam. "Setiap lini membolehkan orang berinteraksi dengan banyak orang, yang kemudian masing-masing saling mengenal satu sama lain," kata Ahmed.

Tak hanya di Chicago, ICNA juga melakukan kempen serupa di New York dan Seattle. Di New York, ICNA meletakkan iklan pada moda kereta bawah tanah. Kandungannya berupa format visual berkaitan soalan yang umumnya terlontar dari warga AS tentang Islam dan jawapannya.

Berjaya dengan kempen tersebut, sejumlah kota di AS dan Kanada meminta ICNA untuk menjalankan projek serupa.

Gara-Gara Iddah, Pemimpin Yahudi Masuk Islam

Gara-Gara Iddah, Pemimpin Yahudi Masuk Islam
Penyelidik genetik yang juga pemimpin yahudi di Albert Einstein College menjadi mualaf.
Berita Berkaitan
REPUBLIKA.CO.ID, AMERIKA: Robert Guilhem, pakar genetik dan pemimpin yahudi di Albert Einstein College menyatakan dengan tegas soal keislamannya. Dia masuk Islam setelah kagum dengan ayat-ayat Al-Quran tentang masa iddah wanita muslimah selama tiga bulan. Massa iddah merupakan massa tunggu perempuan selama tiga bulan, selama proses dicerai suaminya.

Seperti dikutip dari societyberty.com, hasil kajian yang dilakukannya menunjukkan, massa iddah wanita sesuai dengan ayat-ayat yang disenaraikan di Al-Quran. Hasil kajian itu menyimpulkan hubungan intim suami isteri menyebabkan laki-laki meninggalkan cap khususnya pada perempuan.

Dia mengatakan jika pasangan suami isteri (pasutri) tidak bersetubuh, maka tanda itu secara perlahan-lahan akan hilang antara 25-30 peratus. Gelhem menambah, tanda tersebut akan hilang secara keseluruhan setelah tiga bulan berlalu. Kerana itu, perempuan yang dicerai akan siap menerima cap khusus laki-laki lain selepas tiga bulan.

Bukti empiris ini mendorong pakar genetik Yahudi ini melakukan penyelidikan dan pembuktian lain di sebuah perkampungan Muslim Afrika di Amerika. Dalam pelajarannya, ia mendapati setiap wanita di sana hanya mengandungi cap khas dari pasangan mereka saja.

Kajian serupa dilakukan di perkampungan nonmuslim Amerika. Hasil kajian membuktikan wanita di sana yang hamil mempunyai jejak cap dua hingga tiga laki-laki. Ini bermakna, wanita-wanita non-muslim di sana melakukan hubungan intim selain perkahwinannya yang sah.

Sang pakar juga melakukan penyelidikan kepada isterinya sendiri. Hasilnya menunjukkan isterinya ternyata mempunyai tiga rekod cap laki-laki alias isterinya curang. Dari kajiannya, hanya satu daripada tiga anaknya saja berasal dari dirinya.

Setelah kajian-kajian tersebut, dia akhirnya memutuskan untuk masuk Islam. Ia meyakini hanya Islam lah yang menjaga martabat perempuan dan menjaga keutuhan kehidupan sosial. Ia yakin bahawa perempuan muslimah adalah yang paling bersih di muka bumi ini.

Bapa sanggup lacurkan anak kerana rokok

Bapa sanggup lacurkan anak kerana rokok
Salah seorang anak perempuan suspek (kanan) yang menjadi mangsa lacur oleh bapa sendiri.
BATU PAHAT: Akibat ketagihan merokok, seorang bapa tergamak melacurkan anak sendiri semata-mata untuk mendapatkan bekalan rokok.

Kegiatan itu terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Daerah Batu Pahat menyerbu rumah suspek di Kampung Parit Gantung, dekat sini, sempena Ops Ambang Merdeka, malam semalam.

Timbalan Penguat kuasanya, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pihaknya menerima aduan penduduk yang memaklumkan mengenai kegiatan tidak bermoral yang sudah lama dilakukan di rumah tersebut oleh si bapa untuk mendapatkan bekalan rokoknya.

“Susulan maklumat yang diterima itu, kami lakukan serbuan ke rumah berkenaan.

“Keadaan pintu yang tidak berkunci dipercayai bagi memudahkan aktiviti keluar masuk ke rumah itu menyenangkan serbuan dibuat.

“Apabila masuk ke rumah itu, kami dapati anak bongsu suspek yang masih bersekolah di tingkatan lima di sebuah sekolah menengah dekat sini, sedang tidur bersama lelaki di ruang tamu rumah,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit adalah kenalan suspek.

Saiful Ariffin berkata, suspek dipercayai menggunakan empat anaknya yang berusia 17 hingga 25 tahun untuk memperoleh bekalan rokok.

“Berdasarkan aduan dan siasatan, kebanyakan lelaki yang mengunjungi rumahnya itu adalah pekerja ladang dan warga Indonesia.

“Semasa serbuan dilakukan, tiga lagi anaknya bersama isteri keluar menyambut Hari Kemerdekaan di sekitar bandar ini,” katanya.

Katanya, pasangan itu akan didakwa di bawah seksyen 27(1) a b Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bapa remaja berkenaan turut didakwa dan akan diberi sesi kaunseling,” katanya.

Dalam pada itu, Saiful Ariffin berkata, dalam ops sama, seorang wanita ditahan dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan dekat sini.

Katanya, wanita berusia 49 tahun yang juga ibu kepada tiga anak itu ditahan selepas pemeriksaan mendapati terdapat dadah jenis syabu di dalam biliknya menginap.

Beliau berkata, pihaknya terkejut apabila menemui 'dapur' dan syabu di atas meja ketika melakukan pemeriksaan di dalam bilik wanita terbabit.

Menurutnya, ketika siasatan dilakukan, wanita terbabit memberi alasan baru pulang dari Melaka atas urusan kerja dan terpaksa menginap di rumah tumpangan tersebut kerana sudah lewat untuk pulang ke rumahnya di Senggarang.

“Pada mulanya dia tidak mengaku dadah itu kepunyaannya, namun segalanya terbongkar selepas pasukan polis narkotik menjalankan pemeriksaan ke atasnya dan mendapati dia positif dadah,” katanya.

Ops bermula jam 12 tengah malam dan berakhir jam 5 pagi itu turut disertai pegawai polis dari Narkotik Batu Pahat yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Asisten Superintendan Zainal Murad.

Adilkah perogol dilepas bebas?

Nasrudin Hassan
1. Kes Noor Afizal Azizan yang baru sahaja terlepas dari hukuman penjara sangat memeranjatkan majoriti rakyat Malaysia terutama mereka yang mengikuti perkembangan kes ini. Dewan Pemuda PAS Malaysia juga sangat terkejut dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen untuk membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik.

2. Melalui bon jaminan berkelakuan baik atas kesalahan merogol bawah umur, seorang lagi pesalah rogol telah dibebaskan dari hukuman penjara. Chuah Guan Jiu, 22 seorang juru elektrik yang didapati bersalah merogol teman wanitanya yang berusia 12 tahun sebanyak dua kali pada tahun lepas tetapi pesalah ini juga turut dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 dengan bon jaminan berkelakuan baik.

3. Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah laku jenayah rogol ini terlalu ringan. Maqasid atau tujuan hukuman dijatuhkan adalah untuk memberikan kesedaran kepada pesalah laku dan juga masyarakat lain agar tidak melakukan jenayah yang sama.

4. Impak dari keputusan mahkamah yang membebaskan dua penjenayah ini dari hukuman penjara sangat-sangat membimbangkan kerana ianya mungkin menjadi sumbangan kepada kejatuhan sosial yang buruk terutama di kalangan mereka yang mempunyai duit dan “masa depan yang baik”.

5. Apabila kedua penjenayah ini dibebaskan hanya dengan membincangkan masa depan kedua mereka. Bagaimana pula dengan mangsa ? keadilan bagaimana diberikan kepada mangsa ?

Antara perkara yang dibimbangi oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia adalah ;

1) Selepas ini adakah sekiranya individu yang mempunyai masa depan yang baik dan dia didapati bersalah, mereka ini akan hanya dikenakan perintah berkelakuan baik dan ikat jamin RM25,000 untuk kesalahan pertama kali?

2) Apakah jaminan pesalah pertama kali yang diperintahkan untuk berkelakuan baik akan benar - benar berkelakuan baik dalam tempoh tersebut berbanding dengan pemantauan rapi seperti di dalam penjara ?

Keputusan seperti ini sangat membimbangkan kerana ianya akan ditafsirkan oleh masyarakat bahawa mereka yang mempunyai wang yang banyak untuk diikat jamin dan melakukan jenayah rogol buat pertama kalinya tidak akan dikenakan hukuman penjara.

Jadi apa bezanya si penjenayah yang mengupah budak bawah umur untuk melakukan zina dengannya lalu dibayar padanya RM 25,000 ?

Apa jaminan terhadap masa depan mangsa setelah sabit kesalahan ke atas perogolnya ?

6. Dalam Islam Rogol ialah satu jenayah yang hina serta dilarang oleh semua agama. Malah tiada insan yang normal boleh menerimanya. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai keji dan mengenakan hukuman paling berat keatasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (dilarang) dan mengenakan hukuman pencegahan atas seseorang yang melakukannya.

7. Keganasan jenayah ini diperjelaskan melalui penggunaan kalimah bahasa arab yang menyebut rogol sebagai ightisab iaitu mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan.

8. Menurut Dr. Ahmad Yusuf Sulaiman, professor undang-undang Syariah Islamiyyah di Universiti Kaherah, "Jika seorang perempuan dirogol, dia sepatutnya menyaman orang yang merogolnya. Jika terbukti yang dia dirogol, maka mahkamah mesti mengenakan hukuman ta`zir (mengikut budi-bicara hakim) atas perogol. Hukuman ta`zir itu boleh mencapai hukuman mati, mengikut beberapa mazhab. Hal ini sama sekali berdasarkan atas bukti yang rogol itu disahkan melalui ujian perubatan dan proses mahkamah, jika tiada pengakuan dari perogol itu sendiri".

"Dalam kes yang perogol mengakui jenayah itu, maka hukuman zina dikenakan atasnya. Jika dia tidak berkahwin, maka dia disebat 100 sebatan. Jika dia berkahwin, maka dia direjam hingga mati".

"Untuk mangsa rogol, tiada hukuman dikenakan atasnya. Dia mesti dilayan dengan mulia dan hormat, dan semua bentuk pertolongan mesti diberi kepadanya untuk mendapatkan haknya".

9. Perogol pula tertakluk kepada hukuman hadd untuk zina, walaupun jika rogol itu tidak dilakukan dengan pisau atau senjata api . Jika senjata digunakan untuk mengancam, maka dia ialah muharib, dan tertakluk kepada hukuman hadd yang dinyatakan dalam ayat Allah berfirman di dalam surah al-Maidah ayat 33 yang bermaksud,

"(Sesungguhnya pembalasan terhadap orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh seksaan yang besar)"

10. Justeru, bagaimanakah kes Noor Afizal Azizan yang mengaku di mahkamah beliau bersalah tetapi masih dibebaskan daripada dikenakan hukuman yang setimpal ? Adakah hanya semata-mata dia seorang atlit yang kononnya beliau memiliki masa depan yang cerah untuk mengharumkan negara ? Harumkah nama negara bila ia diperjuangkan oleh penjenayah ?

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Salam Perjuangan dari ~ Aku Pejuang IsLam ~ [ API ]

Bas Jelajah Merdeka diserang di Kota Bharu

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail meminta pasukan kerja Jelajah Merdeka Rakyat tidak patah semangat dengan kejadian bas mereka diserang di Kota Bharu pagi ini.

“Ini berupa siri serangan ganas ke atas pimpinan dan prog pkr,” ujarnya melalui twitter.

Sehubungan itu, beliau meminta Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi mengadakan sidang media di ibu pejabat parti itu pagi ini.

Rafizi memaklumkan bahawa satu sidang media tergempar bagi menerangkan dan mengecam serangan ke atas bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat akan diadakan pada jam 11 pagi ini di ibu pejabat PKR, Tropicana, Petaling Jaya.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula melalui twitternya pula menyatakan ‘Jelajah Merdeka Rakyat: Bas diserang di KB jam 5pagi -cat merah dan pecah cermin. Samseng bermarajalela. Staf ke IPD buat lapuran’.

Gambar seorang menteri besar melayan Datuk Ismail Kamus di meja makan


Sila baca berita berkenaan: Kerajaan PAS Kelantan dapat dipertahankan

ANAK ancam dedah dakwaan salah laku bakal bos Felda

Abdul Rahim Sabri
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini mengancam untuk mendedahkan dakwaan salah laku seorang pegawai kanan Felda jika dilantik menjadi pengarah besar baru agensi tanah tersebut, bagi menggantikan Datuk Dzulkifli Abdul Wahab pada 1 September ini.

Berikutan itu, Presiden ANAK Mazlan Aliman berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih mempunyai masa untuk menimbang semula keputusan mesyuarat khas Lembaga Pengarah Felda berhubung perkara itu.

"Saya merayu kepada perdana menteri supaya dapat mempertimbangkankan kedudukan Datuk Dzulkifli. Seorang yang telah bekerja, bermula dari bawah dan berjasa selama lebih 30 tahun (kepada Felda)," katanya.

Mazlan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai
dakwaan salahlaku tersebut, dan bukti yang beliau ada, tetapi berkata pegawai kanan itu rapat dengan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad (kiri).

isa samad interview 150509Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini, Mazlan berkata, masih ada beberapa hari lagi untuk perdana menteri menimbangkan semula perkara itu.
Jika cadangan pelantikan pengganti Dzulkifli itu diteruskan, Mazlan berkata pihaknya akan membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya disiasat dakwaan itu terhadap pegawai kanan berkenaan.

Dilaporkan Dzulkifli "disingkirkan" sebagai pengarah besar Felda dan akan dipindahkan ke Kementerian Asas Tani serta ditugaskan ke Rom, Itali.

November tahun lalu Dzulkifli (kanan) dilapor diarah bercuti dan mengikuti kursus pengurusan lanjutan bagi meningkatkan prestasi untuk melakukan transformasi Felda.

ANAK bagaimanapun beranggapan tindakan itu ekoran beliau tidak disenangi kerana didakwa menentang usaha menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Gambar bayi terbaru Ustaz Azhar Idrus

Addin 
Gambar Bayi Ustaz Azhar Idrus... Tahniah kepada Ustaz Azhar dan keluarga, isteri kedua Ustaz Azhar Idrus telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

~jkkk fan club

Penyokong Janji Demokrasi banjiri Dataran Merdeka (Gambar)

Dataran Merdeka
Sebahagian daripada penyokong Himpunan Janji Demokrasi yang berkumpul di kawasan Dataran Merdeka malam ini.
Dataran Merdeka
Penyokong Himpunan Janji Demokrasi berhimpun berhampiran Dataran Merdeka
A. Samad Said


KUALA LUMPUR: Penyokong-penyokong Himpunan Janji Demokrasi sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 esok mula membanjiri lokasi perhimpunan itu - di kawasan berhampiran Dataran Merdeka, dengan mengenakan kemeja-T dan lain-lain lambang berwarna kuning dan tertulis "bersih".

Suasana di pekarangan Dataran Merdeka mula gamat dengan pelbagai bunyian, namun keadaan masih terkawal sehingga kesemua peserta bersurai.

Kedengaran laungan "Bersih" dilaungkan beberapa kali.

Kira-kira 11.15 malam, Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said dan ahli jawatankuasanya Maria Chin Abdullah tiba di Dataran Merdeka.

Di lokasi tradisi di Dataran Merdeka, orang ramai turut berkumpul untuk menyambut kedatangan tanggal 31 Ogos.

Sebahagian besar kawasan Jalan Raja-Jalan Tun Perak dibanjiri oleh penyokong Himpunan Janji Demokrasi, seolah-olah menggambarkan keadaan ketika Himpunan Bersih 3.0 April lalu, yang berakhir dengan kekecohan.

Seperti lazim keadaan ibu negara khususnya di laluan ke pusat bandar dan dekat Dataran Merdeka sesak teruk.

Papan tanda yang membawa mesej "Dilarang diadakan sebarang aktiviti di sini" - merujuk kepada Dataran Merdeka, juga kelihatan dipacak di persimpangan Jalan Raja-Tun Perak. Pihak polis juga ditempatkan di kawasan Dataran Merdeka bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Ekoran kawalan ketat di kawasan Dataran Merdeka, pemimpin-pemimpin Himpunan Janji Demokrasi beralih ke Dataran DBKL, kira-kira 20 meter.

Polis mengeluarkan notis bahawa Himpunan Janji Demokrasi bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman 2012, tetapi penganjur bertekad untuk mengadakannya di Dataran Merdeka atau mana-mana kawasan yang sesuai.

Beberapa pengikut menerusi Twitter menghantar mesej tidak dapat bergerak ke Dataran Merdeka atas alasan "sesak kerana geng Bersih."

Jumlah kehadiran dikatakan agar besar di sebalik larangan pihak polis agar tidak berkumpul di Dataran Merdeka kerana tiada kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Sekitar jam 11.30 malam, Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said mendeklamasikan sajak "Janji Demokrasi" di Dataran DBKL.

Dalam laman sosial Facebook petang tadi, Samad antara lain berkata:

"Kerana terbayang wujudnya flipa-flopan,
"jika tak dimungkin di dataran larangan,
"berdirilah di mana-mana bumi Tuhan,
"Janji Demokrasi" tetaplah dilaungkan!"

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat kelihatan hadir, antaranya Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Himpunan yang serupa juga diadakan di beberapa bandar utama yang lain termasuk di Ipoh.

Kelucahan lampau: Bekas ketua polis balai dihukum penjara

KANGAR: Bekas ketua Balai Polis Arau, Sub-Inspektor Zaini Ahmad hari ini dikenakan hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap dua pemuda, lima tahun lalu.

Hakim Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan terhadap Zaini, 54, selepas membenarkan rayuan kali kedua oleh pihak pendakwaan.

Bagaimanapun, Mohd Zaki mengarahkan hukuman itu berjalan serentak.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kangar membenarkan rayuan kali kedua pihak pendakwa terhadap keputusan Mahkamah Majistret Kangar yang membebaskan tertuduh pada 21 Oktober 2011.

Kali pertama pihak pendakwaan membuat rayuan terhadap kes itu ialah setelah Mahkamah Majistret membebaskan tertuduh pada 2 Jun 2010 dan mengekalkan keputusannya selepas rayuan dibuat apabila membebaskan tertuduh pada 21 Oktober 2011.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki berusia 21 tahun di sebuah pondok di tepi bangunan Balai Polis Arau antara pukul 1 pagi dan 4.30 pagi 6 Januari, 2007.

Bagi pertuduhan kedua, Zaini didakwa melakukan kesalahan serupa dengan lelaki yang sama antara 4.30 pagi dan 5.30 pagi tarikh sama di dalam bilik maklumat, bangunan Balai Polis Arau.

Bagi pertuduhan ketiga pula, dia didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki berumur 18 tahun antara 11.30 pagi dan 3 petang di
pejabat Ketua Polis Balai, Balai Polis Arau, pada tarikh yang sama.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sobry manakala tertuduh diwakili peguam K. Mahendren. 
-Bernama-

‘Baru insaf’ belum tentu faham Islam, pesan Dr Maza kepada Abby

Nomy Nozwir  
‘Baru insaf’ belum tentu faham Islam, pesan Dr Maza kepada AbbyKUALA LUMPUR, 30 Ogos: Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membidas bekas penyanyi berkumpulan sensasi Elite, Abby Abadi dalam isu hudud.
Bekas mufti Perlis itu pada awalnya melalui akaun Twitter @realDrMaza berkata, “apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian, satu dipotong tangan dan satu lagi dipenjara hanya kerana berbeza agama,” sebagai merujuk kepada hukum hudud.

Abby yang juga bekas pelakon drama “Gerak Khas” itu menempelak bekas mufti tersebut melalui akaun Twitternya @abby_abadi112 dengan membalas, “maafkan saya, hudud itu hukum Allah.

“Dr Mohd Asri) belajar tinggi tetapi kenapa masih persoalkan?

“Tanggungjawab berat di dunia, tetapi manis di sana.”

Bekas mufti itu kemudian membalas, “seseorang yang kembali kepada agama dan dijemput ceramah tidak semestinya memahami agama.

“Teliti sebelum komen.”

Bekas pelakon yang kini aktif dalam kegiatan bersama parti PAS itu kemudiannya menafikan penglibatan beliau dalam ceramah.

“Saya tahu saya tak belajar setinggi Dr (Mohd Asri), tapi bila saya baca apa yang Dr persoalkan, saya tak sangka.

“Saya tak pernah berceramah, hanya sekadar berkongsi sahaja, maafkan saya,” kata Abby.

Dalam laporan Bernama hari ini menyebut bahawa Mohd Asri berkata hukum hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia.

“Hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini kerana keadaan tidak kondusif dan tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan pihak lain kerana tidak melaksanakan hukum itu.

“Jika dilaksanakan juga, ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada semua pihak dalam masyarakat majmuk di negara ini.

“Jika ada hukum yang ditegak atas nama Islam tetapi gagal membawa keadilan kepada kehidupan manusia, maka ia bukan syariat yang Allah kehendaki sekalipun dipetik dalil-dalil agama dalam mempertahankannya,” katanya lagi hari ini selepas membentangkan kertas kerja di seminar “Undang-Undang Syariah Peringkat Kebangsaan” sempena Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya lagi, apa yang penting dan patut dilaksanakan sekarang ialah usaha memperjuangkan untuk mewujudkan suasana itu, seperti memberi kefahaman kepada rakyat mengenai hukum tersebut dan persediaan sebelum undang-undang berkenaan dapat dilaksanakan.

“Keadaan yang ada di negara kita sekarang tidak menunjukkan suasana kondusif untuk melaksanakan hukum hudud, dan dalam konteks ini kita tidak boleh menyalahkan sesiapa,” katanya.

Dalam kertas kerjanya bertajuk “Hudud Suatu Perbincangan: Tanggapan, Suasana dan Keberkesanan”, Mohd Asri berkata, hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam.

Sebaliknya kata beliau, asas kenegaraan dalam Islam ialah menegakkan keadilan untuk rakyat berasaskan prinsip al-Quran dan hadis nabi serta mencegah perkara mungkar, iaitu perkara membawa kemudaratan dan berbahaya kepada rakyat.

Hudud hanyalah mekanisme mengatasi jenayah dan ia dilaksanakan apabila syarat dipenuhi dan suasananya kondusif, katanya.

Katanya lagi, kekurangan kegiatan jenayah dalam negara menurut Islam bukan disebabkan hukumannya saja, tetapi keadilan yang merata dan kebajikan rakyat yang dipelihara.
-malaysianinsider-

Hakim terpaksa dengar Mat Sabu 'ceramah' di mahkamah

Mohd Sabri Said 
BUTTETWORTH: Buat Kali pertama kalinya Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berceramah di dalam mahkamah.
(Haji Mohamad Sabu di mahkamah semalam)
Menyaksikan ceramah beliau ialah Hakim Mahkamah Majestrit Butterworth. Akmal Hisham, pendakwa raya dan peguambela yang diketuai oleh Mohamed Hanipa Maidin.

Semalam dan hari ini merupakan sambungan pembicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang menafikan Mat Indera sebagai komunis sebagaimana yang lebelkan oleh pihak polis yang bekerja di bawah kerajaan British.

Saksi kedua iaitu Koperal Shanizam Abdul Ghani yang bertugas sebagai jurugambar (video) di Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) memberikan keterangan di mahkamah.

Pembicaraan bersambung pada sebelah petang semalam untuk menonton video ceramah Haji Mohamad hasil rakaman oleh pihak polis.

"Kini Haji Mohamad Sabu bukan berceramah dipentas politik tetapi suaranya sudah berkemumandang dalam mahkamah, " jelas salah seorang ahli PAS yang hadir memberikan sokongan moral.

Sementara itu, kes ditunda lagi ke tarikh baru 15-18 Oktober 2012.

Peguamnya, Aminuddin Zulkili dan Nasar Khan hadir untuk mendengar penundaan tarikh baru itu bagi pihak Mohamad.

Kuning tetap di KL walau Dataran Merdeka ditutup – Gabungan Janji

Mohd Martin Kahar
KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Gabungan Janji menasihatkan peserta Himpunan Janji Demokrasi berkumpul di mana-mana sahaja di sekitar ibu kota dengan memakai baju kuning jika Dataran Merdeka ditutup pada malam ini.

Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais mengingatkan orang ramai tidak perlu mencetuskan kekecohan, sebaliknya berhimpun secara aman sambil menghayati sambutan kemerdekaan ke-55.

“Kami baru sahaja menerima surat daripada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang memaklumkan perhimpunan ini tidak mendapat kebenaran polis. Kita juga menjangkakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup Dataran Merdeka kepada peserta Janji Demokrasi.

“Jika ia ditutup, kita sudah putuskan supaya orang ramai boleh berada di mana-mana sahaja berhampiran Dataran Merdeka atau sekitar Kuala Lumpur (KL) dengan memakai baju kuning untuk menyambut ambang Merdeka pada malam ini.

“Orang ramai tak perlu buat kacau, jangan bawa sepanduk atau apa-apa slogan. Pakai sahaja baju kuning kerana ia sudah memadai untuk kita merayakan Hari Merdeka. Datanglah beramai-ramai dengan membawa keluarga serta makanan untuk kita bersantai,” katanya ketika dihubungi.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi megeluarkan surat pada jam 3.00 petang tadi menyatakan Himpunan Janji Demokrasi yang akan diadakan pada 11.00 malam ini menyalahai undang-undang.

Polis mendakwa penganjur tidak mendapatkan kebenaran di bawah Seksyen 9 (1), Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Polis juga mendakwa penganjur tidak mendapat kebenaran daripada pemilik Dataran Merdeka iaitu DBKL serta perhimpunan itu dikatakan akan menggangu persiapan untuk menyambut acara perbarisan Hari Kemerdekaan.

Mengulas perkara itu, Hishamuddin berkata, Himpunan Janji Demokrasi tidak akan menyebabkan huru-hara melainkan jika ada pihak sengaja mencetuskan provokasi.

“Kita cuma merayakan (ambang kemerdekaan) bersama-rakyat rakyat, cuma bezanya kita berpakaian kuning,” tegasnya.

Beliau berkata, tinjauan dilakukan pihaknya mendapati keadaan di ibu kota masih ‘terkawal’, dan tiada sekatan jalan raya oleh polis.

Himpunan Janji Demokrasi dianjurkan oleh Gabungan Janji yang dianggotai 49 NGO, antaranya Empower, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Warga Aman dan Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) dan Asalkan Bukan Umno (Abu).

Puisi Pak Samad seru raikan 'Janji Demokrasi'

Sasterawan negara Datuk A Samad Said hari ini menyiarkan satu puisi khas sempena perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka malam ini.
Puisi berkenaan, yang dimuatkan di laman Facebook, antara lainnya menggesa supaya orang ramai memakai pakaian berwarna kuning sebagai simbolik tuntutan dalam perhimpunan itu.

A Samad yang popular dengan gelaran Pak Samad juga menyeru pembacanya supaya meraikan sambutan berkenaan walau "dihindar untuk mengalir ke Dataran".

Tulisan berkenaan dipercayai merujuk kepada tekanan oleh pihak berkuasa kepada rancangan 47 NGO yang dipimpinnya untuk berhimpun pada malam ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim semalam dilaporkan mengalu-alukan rancangan NGO tersebut untuk memenuhi Dataran malam ini dengan berbaju kuning.

Bagaimanapun, polis hari ini mengumumkan bahawa perhimpunan tersebut bertentangan dengan undang-undang negara.
Berikut adalah petikan penuh puisi A Samad berjudul "Janji Demokrasi":
NONE
Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera,
kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara.
Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya
kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah.
Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita!

Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang
mencanda panji negara yang berkibar girang dan garang;
dan seragam gelombang kuning – diri kita yang sejati –
menghimpun azam dan tekad untuk tulus damai berbakti,
menjeritkan: Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi!

Kita mulai dihindar untuk mengalir ke Dataran;
di mana sajalah kini kita rai kemerdekaan.
Kita enggan menjadi wira ciplakan di dalam mimpi.
Kita laungkan jerit senyaringnya: “Janji Demokrasi!”
sehinggalah janji itu turut menjeritnya sendiri!

Janji Demokrasi: Berhimpunlah di mana sahaja

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR: Gabungan Janji akan tetap merayakan sambutan ambang merdeka 'Janji Demokrasi' malam ini meskipun tidak berhimpun di Dataran Merdeka seperti perancangan asal.

Jurucakapnya, Hishammuddin Rais berkata, Gabungan Janji tetap menyeru rakyat turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur dengan memakai pakaian kuning dan menyambut detik 12 tengah malam di mana-mana sahaja.

"Apa yang penting, Gabungan Janji mengajak seluruh rakyat beramai-ramai ke Kuala Lumpur, pakai baju kuning, keluar untuk bersantai, bukan untuk membuat kacau. Tak boleh masuk Dataran Merdeka, beradalah di kawasan sekitar.

"Jadi berkumpullah di mana-mana yang sempat untuk kita menyambut merdeka," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Polis hari ini menyerahkan surat rasmi kepada anggota jawantankuasa penganjur, Maria Chin Abdullah memberitahu perhimpunan 'Janji Demokrasi' di Dataran Merdeka malam ini menyalahi undang-undang negara.

Alasan yang diberikan polis kepada penganjur adalah kerana gagal memberi pemberitahuan bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Selain itu, pihak polis juga membertahu, Gabungan Janji gagal memperoleh persetujuan daripada pemunya tempat perhimpunan, iaitu Dataran Merdeka bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 dan menggugat persiapan yang dibuat untuk menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos.

Justeru Hishamuddin berkata, dalam mesyuaratnya malam tadi, plan alternatif telah ditetapkan jika perhimpunan tidak dibenarkan.

Namun katanya, bacaan puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said akan tetap diteruskan walaupun tiada tempat yang spesifik.

"Kita tetapkan juga pembacaann puisi oleh Pak Samad tapi bergantung kepada beliaulah nak baca di mana. Kalau dalam LRT, dalam LRT lah bacaan puisi itu," katanya.

Polis terus diperalat untuk menghalang Janji Demokrasi

Polis mengumumkan perhimpunan "Janji Demokrasi" malam ini bertentangan dengan undang-undang negara.

Anggota jawantankuasa penganjur Maria Chin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan bahawa Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad hari ini mengirimkan surat rasmi memaklumkan perkara itu kepadanya.

Alasan yang diberikan kepada penganjur:

(1) Gagal memberi pemberitahuan bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kepada ketua polis daerah Dang Wangi.

(2) Gagal memperoleh persetujuan daripada pemunya tempat perhimpunan, iaitu Dataran Merdeka bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012.

(3) Akan menggugat persiapan yang dibuat untuk menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos.

WWW1: Utusan diperintah bayar gantirugi pada Nizar

Salhan K Ahmad
Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu.
 
Peguamnya Mohd Zamri Ibrahim berkata, keputusan interlocutori hari ini memerintahkan demikian memandangkan Utusan tidak diwakili peguam untuk pendengaran kes tersebut.

Sehubungan itu, pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan Mohammad Nizar memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya.

"Kita kena kemuka taksiran kerana saman ini kita tak tentukan berapa yang kita hendak," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, Utusan tidak lagi berhak untuk merayu keputusan tersebut namun masih berpeluang untuk mengenepikan keputusan hari ini yang dibuat tanpa kehadirannya itu.

Mohammad Nizar pula ketika dihubungi berkata, ketidakhadiran peguam Utusan hari ini menunjukkan akhbar tersebut tidak dapat membela laporan yang didakwa memfitnahnya itu.

"Mereka tak hantar peguam, melambangkan mereka tak boleh bela diri mereka," katanya lagi.

Mohammad Nizar mendakwa, Utusan pada 31 Mei menerbitkan menerbitkan pernyataan fitnah berhubung kenyataannya berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.

Mohammad Nizar mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.

Sementara itu, satu lagi saman Mohammad Nizar berhubung kes serupa ke atas stesen penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) akan diputuskan pada 19 September, kata seorang lagi peguamnya, Mohd Fitri Asmuni.

"TV3 baru kemuka pembelaan. Jadi kita beri jawapan dan pada masa sama, mahkamah minta TV3 cadang penyelesaian (dengan Mohamad Nizar)," katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, TV3 mengemukakan pembelaan pada 22 Ogos lalu untuk kes yang didengar di hadapan hakim Datin Yeoh Wee Sian itu.

ADUN Pasir Panjang itu mendakwa TV3 pada 30 Mei lalu mengeluarkan berita melalui rancangan Buletin Utama pukul 8 malam, berhubung satu kenyataannya di Twitter.