"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Susuk 'power' darah babi

KUALA LUMPUR: Demi nafsu, segolongan wanita dan lelaki sanggup mendapatkan bantuan bomoh untuk memasukkan susuk ‘power’ pada bahagian sulit masing-masing, malah sesetengah daripada mereka membiarkan diri ditusuk puluhan jarum supaya tampil lebih hebat di ranjang.
BUANG...seorang pesakit yang mendapatkan rawatan Perubatan Islam Sinar Zamdurrani.

BUANG...seorang pesakit yang mendapatkan rawatan Perubatan Islam Sinar Zamdurrani.
BISA...antara jenis susuk  yang dikeluarkan daripada anggota badan pemakai.
BISA...antara jenis susuk yang dikeluarkan daripada anggota badan pemakai.

Bagi golongan wanita terbabit, mereka percaya dengan kuasa yang ada pada susuk itu mampu menghasilkan kekuatan ekstra, manakala bagi lelaki pula dapat bertahan lebih lama ketika bersama.

Mendedahkan perkara itu, Pengamal Perubatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata pemakaian susuk kini bukan hanya untuk tujuan kecantikan, mendapatkan pengaruh di mata umum dan menjadi kebal, malah didorong kepuasan seksual.

Katanya, kebanyakan golongan yang memakai susuk pada anggota sulit membabitkan pelayan pelanggan (GRO), dengan tujuan menambat hati lelaki yang melanggani mereka.

“Bagi lelaki susuk pada anggota sulit supaya tahan lama dan lambat lebam, manakala di kalangan wanita untuk mendapatkan kemutan, malah ada juga wanita yang memasukkan susuk pada bahagian buah dada untuk kelihatan lebih tegang.

“Apabila benda itu dimasukkan pada bahagian sulit, keinginan seksual menjadi kuat, mahu bersama sehingga lima atau enam jam, terutama di kalangan GRO yang ramai memakainya,” katanya, yang pernah mengeluarkan susuk daripada bahagian sulit golongan terbabit.

Menurutnya, beliau juga ada menemui satu kes seorang wanita yang memakai 40 susuk, termasuk tujuh di muka dan tujuh di dada manakala 20 jarum pada anggota sulit.

“Gara-gara memakai susuk pada alat sulit juga saya menemui kes seorang wanita terpaksa bersuami sehingga 70 lelaki kerana tidak mendapat kepuasan nafsunya.

“Wanita terbabit akhirnya bertemu seorang lelaki yang juga memakai susuk pada anggota sulit dan barulah dia dapat hidup sebumbung sampai hari ini,” katanya.

Beliau menyediakan perkhidmatan membuang susuk dan gangguan makhluk halus di Desa Tasik, Sungai Besi, di sini, sentiasa menerima kehadiran orang ramai dari seluruh negara termasuk Singapura yang mahu mendapatkan bantuan membuang bahan kotor terbabit.

Ketika berdepan dengan pemakai yang ingin membuang susuk, beliau terlebih dulu akan menerangkan kaedah rawatan yang bakal dilakukan seperti tiga kali rawatan bagi susuk emas dan teknik menarik susuk dengan air zamzam.

Sharhan berkata, biasanya susuk yang dimasukkan itu berbentuk jarum emas yang halus dan sebelum dimasukkan kepada si pemakai, ia direndam terlebih dulu, malah ada antaranya direndam dalam darah babi selama 21 hari supaya benar-benar ‘power’.

“Ini semua supaya susuk itu benar-benar mujarab dan jin penunggu melekat pada pemakai. Disebabkan angkara jin ini yang menjadi duta di dalam badan, wajah si pemakai menjadi tegang, lebih cantik dan kuat kemutan, semuanya kerja jin,” katanya.

Pemakai susuk katanya, bukan setakat orang Melayu, bahkan ramai juga di kalangan kaum lain tanpa mengira perbezaan usia dan agama, termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), ahli politik dan selebriti untuk pelbagai tujuan.

Beliau berkata, susuk walaupun dari segi luaran mendatang beberapa keistimewaan yang sukar ditandingi kepada pemakainya, sebenarnya ia membawa banyak kesan buruk terutama bagi orang Islam terpesong dari segi akidah kerana mempercayai pada benda terbabit adalah syirik.

“Pemakai susuk ialah mereka yang mahu mengubah kejadian Allah, kerana tidak dapat menerima ketetapan Allah yang mencipta setiap manusia dengan sebaik-baik kejadian.

“Mereka hendak mengubah rupa mengikut citarasa sendiri apabila mengatakan diri hodoh dan mahu lebih cantik lagi.

“Akhirnya dengan susuk itu juga diri merana, kerana apabila sampai usia tua, 70 atau 80 tahun, mulalah badan berasa sakit.

“Mereka yang memakai susuk juga terpaksa alah kepada banyak pantang larang, seperti tidak boleh melalui bawah ampaian, tidak boleh makan sate dan pisang emas,” katanya.

Katanya, masyarakat perlu sedar bukan semua jenis susuk boleh dibuang apabila dimasukkan pada anggota badan.

Susuk diraja katanya, sangat sukar untuk dibuang kerana ia mempunyai kata kunci yang ditetapkan bomoh terbabit.

“Bagi susuk diraja, bomoh menggunakan kata kunci mengikut keinginan masing-masing, malah ada yang menyalahgunakan ayat al-Quran seperti menyatakan sebutan rabbuka sebagai niat buka kunci terbabit,” katanya.
-hmetro-

Senatak Ezam Dimalukan Di Johor?

WFAUZDINNS
Salam.. sebelum SJ nak cerita kisah benar ini SJ nak gelak dulu sebab terlalu kelakar kisah Senator dimalukan oleh Anak Muda kampung hahahaha.. hahahaha.. hahahaha.. hahahaha... hahahah... padan muka dengan Senatak Ezam.

Pada hari Jumaat SJ bersama saudara Azlan Pemangku Ketua AMK Johor dan beberapa dari Anak Muda di Tenggara merancang untuk mendegar Ceramah yang kononnya dipanggil kisah benar oleh saudara Senatak Ezam.

SJ pun dah lama juga tak menatap yang dulunya bagi SJ dan rakan-rakan anak muda yang lain sebagai satu Ikon yang pernah memberikan kami semangat dan menanamkan benih keberanian di hati kami selaku anak muda.Orang itu tak lain tak bukan ialah Senatak Ezam yang kini telah berpaling tadah dari prinsip dan perjuangannya... SJ dan Bro Azlan bergerak dari Skudai pada jam lebih kurang 8 malam.Nak tau jugak kan apa lah yang benar sangat yang nak disampaikan oleh Senatak Ezam.

























ini jer yang senatak ezam dapat kumpulkan..hahahaha

Sampai sahaja di Tenggara di Felda SG Sibol raka-rakan anak muda yang lain telah menunggu dan tidak ketinggalan saudara Roslee daripada NGO SABM telah datang juga bersama-sama.SJ dan Bro Lan tengok keadaan kampung aman jer macam tiada apa yang berlaku.Anak muda kampuang seperti biasa lepak-lepak di warung bermain gitar..ada juga yang main kompang ada juga yang layan tengok TV jer di warong-warong kopi.SJ fikir program dibatalkan rupa-rupanya memang tak ramai yang datang.hahahah...hahahah....gelakkan pertama untuk Senatak Ezam.

Setibanya di lokasi ceramah yang diadakan SJ lihat keadaan lokasi tidak sepertimana ceramah-ceramah Pakatan Rakyat.Tiada kesesakan berlaku dan ruang-ruang untuk duduk cukup banyak..tak perlu nak datang awal pun boleh duduk punya..SJ ingat keadaan hangat macam dulu2..yelah siapa tak kenal dengan Senatak Ezam@Mat dokumen..hahah..hahaha..gelakkan kedua untuk Senatak Ezam...Ketika SJ sampai program dah dimulakan dengan ceramah mengarut yang diakui sendiri oleh penceramah yang dia hanya ceramah mengarut dan kisah tidak benar..hahahaha..kesian nyer..konon-konon nak buat lawak macam apek senario ..padan muka diri sendiri menunjukkan diri sendiri menipu... Kami bertindak professional..kami hadir di lokasi itu bukan untuk buat kacau atau provokasi..kami Anak Muda Pakatan Rakyat meraikan demokrasi..kami datang untuk dengar dan lihat sahaja apa yang dilakukan oleh UMNOAPCO dalam majlis nya.Ternyata tidak seperti yang digemburkan di Media Perdana kononnya Ceramah Pakatan Rakyat berbaur fitnah dan makian.Pada malam itu dengan jelas dan nyata mereka bukan berceramah tetapi Pesta maki hamun dan Fitnah jahat.


haha..hahah...haha....ini jer ker yang UMNOAPCO Tenggara mampu kumpulkan....ini Senator lah beb buat malu jer...hahaha..

SJ cukup tidak sangka yang 'Abg Ezam' terlalu jauh berubah..jika difikirkan kembali dan ingat semula apa yang 'Abg Ezam' pernah cakap dahulu ternyata prinsip 'Abg Ezam' sudah terlalu tersasar. Kalau dahulu semasa dalam Parti Keadilan,'Abg Ezam' hadir sebagai seorang pahlawan,sebagai ikon anak muda,sebagai wira rakyat.Kini 'Abg Ezam' bukan lagi 'Abg Ezam' tetapi barua yang benar-benar menjadi balaci NajibAltantuya!!daripada seorang yang dijulang hebat sebagai pimpinan Anak Muda tapi kini hanya pencacai bagi kami.Jasa 'Abg Ezam' mendidik dan menjadikan kami seperti hari ini tidak kami lupakan.Jangan pelik dan jangan pening kenapa Anak Muda terlalu berani sekarang.Ini semua hasil didikan dan benih-benih yang 'Abg Ezam' tanam dulu..hahaha...

Tidak perlulah SJ ulas pasal isi Ceramah 'Kesah Benar' si Senatak ni dan geng nya.Sebab tiada isi semua hanya kata nista..sebab kalau SJ ulas ibarat seperti SJ menyambung dan sebarkan Fitnah yg Senatak buat.Apa yang best pada hari itu bukan isi ceramah atau program itu sendiri..tetapi malu besar yang Senatak Ezam dapat...Selesai sahaja Senatak Ezam berceramah.Sepatutnya Si Senatak ni terus pergi minum di tempat yang disediakan.Tiba-tiba Bro Lan cakap dekat budak-budak semua "korang tgk jap lagi mat Senatak ni mesti datang salam dekat wa"..betol seperti kata Bro Lan lepas Senatak Ezam bersalaman dengan pimpinan UMNOAPCO setempat Si Senatak Ezamterus ke belakang tempat SJ dan bro Lan lepak...pada mulanya keadaan baik,bersalaman tanya khabar..Bro Lan pakai baju "Siapa Arah Bunuh Altantuya" yang dibuat oleh Geng SAMM..tiba-tiba Mat Katak menempek "ini fitnah..ini semua fitnah tak boleh pakai punya,"sambil menunjal jari ke arah dada Bro Lan..

Bro Lan pun angin lah..terus Bro Lan tanya dengan professional "mana pergi prinsip abg slama ni,kenapa tadi ceramah tak bagitau cerita benar kenapa mesti abg tipu orang kampung saya" pastu Mat Katak menempek "Jangan kurang hajar dengan abg,kemudian Si Senatak nak tunjuk kuat depan budak2 UMNO dah macam citer P.Ramlee plak sorang pegang tangan pastu Senatak mendada dekat Bro Lan, "Bro Lan plak cakap "pedulik apa aku,ko yang ajar aku dulu cintakan pada kebenaran,ko yang ajar kiteorg jadi berani,jangan nak marah plak..ini semua hasil didikan ko,apa ko dah lupa prinsip ko slama ni"keadaan hampir menjadi tegang bilamana entah mana punya orang si Senatak ni bawak nak cari pasal pula dengan Bro Lan.Bro Lan dengan lantang memekik"ini kampung aku,ko jagan nak buat kepala pulak datang sini,ko lupe ke ezam dulu masa ko dalam PKR aku yang bawak ko datang tenggara ni,aku lah orang yang bawak ko g mana-mana masa ko datang Johor."kemudian yang tadi nyer konon2 nak berlagak nak serang Bro Lan semua beredar dari situ..hahaha...Senatak dimalukan depan budak2 UMNOAPCO hahahaha...kesian Senatak..inilah nasib bila dah masuk UMNOAPCO..

SJ dan rakan-rakan lain hanya tergelak melihat telatah seorang Senator yang cepat melatah dan berlagak samseng di hadapan Anak Muda marhaen...kesian Senatak Ezam...dimalukan didepan anak buah..agak2 kalu suara sedap mungkin si Senatak nyanyi cmni "malu.....malu semalu-malunya....tapi apa daya diriku dah jadi Senatak.hahahaha...


Bro Lan ( bekas anak didikan Ezam ).....bersama MB Rakyat!!tahniah Bro..Senatak kene kitai dgn lu wa caya sama lu beb!!hahahaha

Tahniah kepada Bro Azlan yang 'mengkitai' seorang Senator..kepada semua orang UMNOAPCO jangan marah,jangan melatah..ini semua hasil didikan Ezam sendiri..Ezam yang ajar kami jadi berani satu masa dahulu..dan kami yang berprinsip terus memegang prinsip itu...


Hidup Anak Muda!!!!

Sumber: Suara anak Johor

-tko-

Kemaruk suami orang

MASJID TANAH: Seorang wanita yang mengaku pernah diperkosa bergilir-gilir sekumpulan 15 lelaki, tujuh tahun lalu, mendakwa kini ketagih seks dengan menjadikan suami orang sebagai sasaran memuaskan nafsunya.

Lebih mengejutkan, wanita kemaruk seks itu hanya memburu suami orang yang gemar ‘makan luar’ untuk mencurahkan perasaan dan mendapatkan belaian kasih sayang sebelum meninggalkan ‘mangsanya’ selepas apa dihajati tercapai.

Setakat ini, kembara seks wanita terbabit yang dikenali sebagai Marni, 23, semakin jauh apabila dia mendakwa sudah melayan lebih 30 suami orang sebelum berkenalan dengan seorang lelaki berlagak baik yang kononnya mampu memimpinnya kembali ke pangkal jalan.

Menurutnya, sejarah hitam dalam hidupnya bermula selepas diperkosa beramai-ramai dalam kejadian tujuh tahun lalu, ketika dia berjalan melalui jalan sunyi untuk pulang ke rumahnya dari sebuah kedai runcit.

Katanya, ketika itu, dia dikepung sekumpulan 15 lelaki tidak dikenali sebelum ditolak ke dalam semak lalu dirogol bergilir-gilir.

Anak kedua daripada empat beradik itu cuba meronta dan merayu meminta simpati daripada kumpulan lelaki tidak berperikemanusiaan itu supaya melepaskannya, tetapi dia dirogol sehingga pengsan.

“Kekuatan mereka tidak setanding saya seorang. Mereka ramai, malah rayuan saya meminta dilepaskan menjadi gurauan bagi mereka yang bernafsu iblis itu tanpa belas kasihan merobek maruah saya.

“Kejadian itu menyebabkan saya kini memerlukan belaian lelaki. Setakat ini, sudah 30 lelaki terutama suami orang meniduri saya. Saya mengenakan bayaran RM50 kepada lelaki yang ingin meniduri saya selepas berkenalan untuk tempoh tertentu,” katanya.

Marni berkata, dalam sehari dia boleh melayan 10 lelaki, namun lebih penting dia puas ketika bersama mereka dan menerima bayaran setimpal bagi menampung keperluan seharian dan pada masa sama, dapat melepaskan dendam yang tersemat di hati terhadap lelaki durjana.

“Biasanya saya kenakan bayaran RM20 sahaja untuk ringan-ringan, jika hendak layanan lebih kena bayar lebih bergantung keadaan. Paling penting mereka mesti berduit.

“Kebanyakan lelaki yang saya kenali tak pernah kekal lama, paling lama dua hingga tiga minggu. Bila saya dapat apa dihajati, saya tinggalkan mereka dan mencari lelaki lain terutama suami orang yang gemar mencari kepuasan di luar sehingga lupa isteri di rumah.

“Sebagai manusia biasa, saya juga mengimpikan menjadi seorang isteri solehah pada satu hari nanti, tapi masalahnya saya sukar menemui kasih sayang selagi dendam saya terhadap lelaki belum berbalas,” katanya.

Katanya, sepanjang pencarian cinta sejati itu, dia bertemu seorang lelaki yang dianggap baik dan penyayang, namun lelaki itu melukakan hatinya menyebabkan dia mengambil keputusan nekad untuk membunuh diri.

“Nasib saya baik kerana tindakan saya itu disedari penduduk. Saya kini insaf dan cuba untuk membaiki hidup,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian pada 7 Mei lalu, Marni bertindak memanjat tangki air sebelum cubaannya membunuh diri disedari beberapa penduduk taman itu.

Dia yang berasal dari Johor, baru saja menetap di sebuah taman di Kuala Sungai Baru, dekat sini, bersama adik perempuannya yang sudah berkahwin.
-hmetro-

Tidak berganjak biar pun seinci – S Manikumar

M Faqih
KOTA BHARU, 29 Mei:
Adun PKR Bukit Selambau, S Manikumar hari ini mengambil pentas konvensyen PKR bagi sekali lagi menolak spekulasi akan melompat dari parti itu.

Berucap pada Kongres PKR di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre hari ini beliau menegaskan tidak akan bertukar prinsip perjuangan biar pun seinci.

Ekoran itu orang ramai bertepuk tangan tanda bersetuju dan kagum dengan pendirian tegas anggota Exco kerajaan negeri Kedah terbabit.

Beliau turut mengulangi beberapa kali perkataan tidak akan berundur biar pun seinci dan tetap akan memakai baju PKR yang sudah sebati dengan jiwanya.

“Sebelum ini media membuat andaian mengatakan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah akan jatuh apabila ada lagi Adun yang akan melompat katak.

“Inilah yang menyebabkan rakyat tambah keliru. Mereka dok dengar pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang cakap begitu.

“Saya jadi calon bukan sekadar hendak suka-suka, cuba bayangkan ketika pilihan raya kecil itu saya terpaksa berdepan dengan 13 lagi calon lain tetapi akhirnya pengundi memilih PKR,” katanya pada ucapan sebelum perbahasan ucapan dasar presiden bermula.

Sebelum ini sebuah akhbar menggambarkan kerajaan Pakatan di Kedah goyah ekoran kemungkinan beberapa lagi Adun akan melompat parti.

Sehingga kini dua Adun PKR mengisytiharkan keluar dari parti terbabit iaitu Adun Lunas, Mohamad Radzhi Salleh dan Adun Bakar Arang, Tan Wei Shu.

Di Dewan Undangan Negeri Kelantan sekarang Pakatan mempunyai 20 kerusi, manakala BN – 14 dan Bebas – 2.

S Manikumar berkata, beliau hidup berpegang kepada prinsip dan tidak akan berganjak daripada pendirian tersebut biar pun seinci.

Seorang pembahas mewakili kaum Tionghua, Chan Li Kan melahirkan rasa kecewa apabila ada pemimpin kerajaan di Selangor menggunakan kenderaan rasmi sewaktu kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.

Katanya, pemimpin Pakatan Rakyat perlu memenangi hati rakyat terutamanya masyarakat Melayu dengan melakukan sesuatu secara telus dan bukannya boleh menimbulkan pertikaian.

Negara akan bankrap – Lim Kit Siang

M Faqih
TANAH MERAH, 29 Mei:
Rakyat negara ini perlu memberi harapan baru kepada Pakatan Rakyat menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan negara bankrap sembilan tahun lagi.

Tanpa perubahan tersebut rakyat akan berdepan dengan suasana sukar dan boleh mengulangi sejarah yang menimpa Greek sekarang.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, kerajaan BN tidak mampu lagi untuk mencari jalan mengelakkan negara terus bangkrap melainkan mendesak subsidi barangan kawalan dimansuhkan.

"Bagi mengelakkan bankrap rakyat perlu bertindak lebih awal dengan menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang bagi mengelakkan terjerumus kepada bankrap.

"BN sudah memberitahu mereka tidak mampu lagi berbuat apa-apa bagi mengelak bankrap menjelang tahun 2020," katanya pada ceramah perdana di padang Majlis Daerah Tanah Merah di sini, malam tadi.

Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung PRK, Saifuddin Nasution Ismail dan pimpinan PAS dan PKR Tanah Merah.

Padang yang terletak di pusat bandar Tanah Merah itu penuh sesak dengan kehadiran ribuan penduduk tempatan.

Ceramah perdana diadakan di tujuh lokasi berlainan sempena Kongres PKR yang diadakan di sini sejak semalam sehingga esok. Malam ini pula ceramah akan diadakan di Padang Perdana membabitkan tokoh utama Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mengakui negara mungkin bankrap dalam tempoh sembilan tahun lagi sekiranya dasar pemberian subsidi tidak dimansuhkan.

Kit Siang berkata, berdasar andaian diberi menteri terbabit, hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melihat Malaysia menjadi negara maju pada 2020 mungkin tidak akan menjadi kenyataan kerana sudah bankrap.

"Sejak 50 tahun korupsi dibiarkan bermaharajalela di mana nilaian projek kerajaan tidak sepadan dengan projek yang dilakukan. Ketirisan berlaku di sana sini.

"Inilah punca utama kepada bankrap. Oleh itu kita sama sekali tidak bersetuju cadangan kerajaan mahu menghapus subsidi ke atas makanan, minyak dan pendidikan," katanya.

Beliau yang juga anggota parlimen Ipoh Timur turut mencabar kerajaan BN supaya serius bagi menghapus rasuah kerana ia boleh menjimatkan wang negara sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun.

Katanya, apa yang berlaku sekarang ketirisan dalam pengurusan kewangan kerajaan antara RM10 hingga RM28 bilion setahun.

Oleh itu kata beliau sekiranya rakyat memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat bagi mengurus negara wajah baru politik akan berlaku di negara ini.

Anwar berkata, sepanjang lapan tahun berkhidmat sebagai Menteri Kewangan beliau telah berusaha untuk mengurangkan subsidi kepada penjaga kuasa bebas (IPP) yang dimiliki syarikat besar, namun kerajaan tidak berani melakukannya.

"Cuba bayangkan setiap tahun kerajaan memberi subsidi sebanyak RM20 bilion kepada IPP tersebut," katanya.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang di parlimen memberitahu seperti sudah menjangka tindakan yang akan diambil Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ke atasnya ekoran mendedah penglibatan syarikat Yahudi dalam pentadbiran negara.

Katanya, biar pun mereka menggantungkan saya selama enam bulan atau setahun, namun usaha untuk mendedahkan penyelewengan yang dilakukan kerajaan akan tetap dilakukan.

Baru-baru ini Anwar yang juga anggota parlimen Permatang Pauh di rujuk ke jawatankuasa khas parlimen kerana mendakwa kerajaan menggunakan khidmat Apco Worldwide dalam mempromosi 1Malaysia.

'YB Lompat' mula kepanasan

A. Nuri
Politik Malaysia dijangka akan bertambah panas berikutan kenyataan Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai cukup bukti bahawa ahli parlimen yang melompat disogok RM 2 juta dan ganjaran saham bernilai jutaan ringgit sebagai 'saguhati' kerana sudi menjadi wakil rakyat 'bebas'.

Semalam YB Bayan Baru, Dato Seri Zahrain Hashim melenting tak pasal-pasal dengan berkata akan menyaman DSAI jika namanya dikaitkan dengan mereka yang menerima habuan seperti yang dimaksudkan.

Mengapa Zahrain nak melenting dan mengelabah tak tentu pasal? Pepatah Melayu ada mengatakan siapa makan cili dia terasa pedasnya.

Kegelabahannya sekaligus seperti mengesahkan bahawa beliau antara mereka yang mendapat habuan. Jika Zahrain tak makan rasuah beliau tak perlu takut dan mengelabah.

Dia sepatutnya maklum akan hal itu. Jika pendedahan itu nanti tak berasas atau fitnah, dia mempunyai pelbagai saluran sama ada mahkamah atau boleh menggunakan media yang dianggap penipu dan pengampu sebelum ini.

Nafikan secara terbuka sebagai anak jantan dengan bukti dan fakta bukan merapu tak tentu hala.

Saya yakin pendedahan DSAI sangat dinantikan oleh rakyat Malaysia yang bakal menjadi pukulan maut kepada Umn0-BN.

Cuma saya berharap pendedahan ini nanti disertakan bukti dan maklumat sahih bukannya maklumat sipi-sipi yang akan menyebabkan rakyat kurang percaya dan hilang keyakinan.

Kita tunggu apa respon SPRM dan pihak polis. Jika semua ini menjadi kenyataan maka rakyat Malaysia dijangka akan berhadapan lagi dengan pilihan raya kecil parlimen dalam tempoh terdekat.

Pastinya ia sesuatu yang menjadi fobia kepada Umno-BN dalam pergolakan dan krisis yang melanda mereka sekarang.

Pimpinan Pakatan Rakyat Percaya Kepimpinan Khalid Ibrahim

Pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat tidak pernah bercadang untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar mahupun Ketua Perhubungan PKR Negeri Selangor.

Sebaliknya, Khalid digambarkan sebagai seorang pemimpin yang berjaya melakukan perubahan positif demi kepentingan rakyat di negeri yang diterajui PKR.

Malah, kepimpinan Khalid turut disenangi pimpinan lain.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata demikian dalam sidang media selepas memberi ucapan dasar kongres PKR , di Kelantan Trade Center, Kelantan.

Presiden PKR menjawab soalan wartawan dipercayai berikutan isu Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang dimanipulasi media arus perdana.

"Setakat ini tidak ada apa2 langkah untuk menukarkan Tan sri Khalid setakat ini,kita akan berbincang dengan pihak parti dan negeri Selangor tentang pandangan.Tetapi setakat ini dia sebagai menteri besar dia menakluki parti." jelas Wan Azizah

Malah, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga yakin dengan kepimpinan Khalid.
Pendirian Wan Azizah dan Anwar ini turut disenangi pimpinan parti gabungan Pakatan Rakyat.

Setiausaha PAS Datuk Mustaffa Ali menyatakan pihak PAS percaya sepenuhnya bahawa Tan Sri Khalid bekerja dengan baik

Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng yang juga Menteri Pulau Pinang terlalu awal untuk pihak tertentu melemparkan kritikan terhadap kepimpinan seseorang pemimpin.
-tvselangor-

Ganjaran RM2 juta: Tiada laporan SPRM, bakal diedah

KOTA BARU, 29 Mei: Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung bukti kukuh diperoleh yang menunjukkan wakil-wakil rakyatnya yang lompat parti ditawarkan RM2 juta dan kontrak lumayan.

Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya akan mendedahkan kepada umum berhubung bayaran dan perjanjian kontrak yang didakwa ditawarkan kepada pemimpin mereka.

Ia juga diakui oleh Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Setakat ini tidak ada. Banyak fail belum disiasat (SPRM). Belum ada laporan dibuat,” kata beliau pada sidang media selepas perasmian Kongres Nasional Keenam PRK di sini hari ini.

Anwar mendedahkan perkara itu menerusi satu kenyataan semalam dan kemudian pada ceramah di Tanah Merah malam tadi.

Terdahulu dalam ucapan dasarnya Wan Azizah berkata, beberapa pemimpin pakatan pembangkang termasuk PKR yang melompat parti dibayar RM2 juta dan dijanjikan kontrak.

Selain itu, mereka turut diberikan kontrak, dakwanya tanpa menyebut pihak yang bertanggungjawab membuat bayaran itu.

Bagaimanapun, kata beliau, isu pemimpin PKR lompat parti menjadi pengajaran dan mampu menyelamatkan parti daripafa anasir negatif.

“Ukuran pemilihan pimpinan harus lebih ketat... PKR akan melaksanakan program tarbiyah atau latihan terhadap pemimpin,” katanya.

Wan Azizah berkata, Umno masih meneruskan strategi rakus, ganas dan jahat selain menggunakan jentera, dana dan media untuk menyerang PKR.

“Berulangkali mereka mentalkan pimpinan dan parti kita. Kita akan dikasarkan tahun 1999; dilenyapkan 2008 dan kini juga hingga Selangor mahu dirampas dan ditumpaskan.

“Alhamdulillah, setiap kali mereka mengherdik; kita muncul lebih kuat dan mantap — membujur lalu melintang patah,” katanya.

Beliau memberitahu, mutakhir ini muncul lagi kisah wakil rakyat dan pimpinan kecil melompat keluar kononnya dengan pelbagai alas dan murni.

“Sayurgia diingat, ada yang keluar duku melalak kuat kerana ukuran upah bergantung kepada kuat serangan.

“Namun, penyokong parti dan rakyat arif dengan gelagat pengkhianatan bermakan upah,” katanya.

Kata Wan Azizah, penyakit ini berjangkit kepada wakil-wakil rakyat yang memenangi kerusi dari derita dan pengorbanan rakyat.

“Didesak, mereka didakwa rasuah — maka lari menyelamatkan diri. Ada yang pohon kontrak dari negeri; ada yang membuat tuntutan berlebihan. Manakala pimpinan parti bertegas, mereka lompat parti.

“Kini pekung busuk terhidu; fakta akan didedah. Insya-Allah kita akan mendedahkan keterangan harga upah Ahli Parlimen yang melompat RM2 juta dan kontrak.

“Demikian telatah pengkhianat — bicara soal prinsip tetapi isikan temolok sendiri,” katanya.

Sambil melontarkan persoalan sama ada perkembangan tersebut mampu memantapkan PKR, Wan Azizah juga menjawab dengan berkata: “Ya — kerana bukan saja parti diselamatkan dari anasir negatif; tetapi ia adalah pengajaran buat kita.”

Oleh itu kata Wan Azizah, ukuran pemilikan pimpinan harus lebih ketat manakala bakal calon harus mengikuti program terbiyah atau latihan.

“Apakah mampu dipertahankan tokoh lama yang kurang wibawa?

“Atau mestikah kita sekadar memilih baru yang telah kenal aspirasi perjuangan parti yang bersifat islahi — tajdidi; kearah reformasi dan pembaharuan,” katanya.

malaysianinsider-

Dua bekas pegawai tinggi kerajaan kritik MEB

Kongres Ekonomi Bumiputera di ibunegara hari ini panas apabila Model Ekonomi Baru (MEB) yang disusun oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negera (MPEN) telah dikritik oleh dua bekas pegawai tinggi kerajaan pusat kerana "tidak mengutamakan agenda bumiputera".

Mereka ialah bekas timbalan ketua pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia, Senator Datuk Akbar Ali dan bekas ketua pengarah Unit Perancang Ekonomi (UPE) Datuk Halipah Esa.

"Model ekonomi baru adalah dokumen MPEN yang belum diterima oleh kerajaan.

"Ia menyerang bangsa Melayu dan Dasar Ekonomi Baru (DEB)... MPEN kena berpegang kepada kekuatan sendiri, bukan kelemahan orang lain," kata Akbar disambut laungan beberapa peserta "bakar buku itu" dan "buang buku itu".

Modul itu kini dibukukan sebagai cadangan kepada kerajaan dan kulitnya berwarna merah.

Akbar mengulas pembentangan kertas kerja oleh Ketua Setiausaha MPEN, Prof Dr Normah Mansor (kiri) bertajuk "Agenda Melayu Dalam Model Baru Ekonomi" di Dewan Tun Hussein PWTC.

Kongres anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) itu dihadiri oleh kira-kira 300 peserta hadir yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Akbar berkata, MPEN perlu bersikap adil kepada DEB agar tidak mengutuk atau menyalahkan DEB untuk menggalakkan model baru ekonomi.

Katanya MEB adalah pandangan MPEN dan beliau bimbang sekiranya modul tersebut digunakan sebagai senjata untuk menumbangkan kerajaan dan menjadi alat baru untuk menjajah bumiputera.

Sehubungan itu, Akhbar (kiri) menggariskan langkah dengan menjadikan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai sumber penggubalan MEB demi menjamin kesejahteraan dan kualiti rakyat.

Beliau juga mencadangkan agar dihapuskan diskriminasi terhadap bumiputera dan menyusun semula guna tenaga dan kekayaan negara.

Manakala Halipah yang turut membahaskan kertas kerja tersebut, juga mengkritik modul MEB.

"Saya tidak nampak agenda bumiputera (dalam MEB). Tidak diberi tempat.

"Dalam lapan SRI (strategic, reform, initiative) dalam MEB, tidak letak agenda bumipoutera sebagai keutamaan," katanya.

Dalam menghadapi cabaran ekonomi hari ini, Halipah (kiri) menggesa agar agenda bumiputera perlu dizahirkan dengan meningkatkan kapasiti dan kebolehan yang tinggi.

Sehubungan itu, katanya, MEB dan Rancangan Malaysia ke-10 perlu lebih perkasa dengan menitikberatkan pendidikan dan latihan serta kouta biasiswa perlu diteruskan.

Sementara itu, pengerusi MPM, Datuk Ibrahim Ali ketika ditemui pemberita berkata agenda bumiputera mesti diutamakan dan menjadi agenda nasional.

"Kedua pembahas menimbulkan kesangsian (terhadap) model ekonomi baru.

"Agenda bumiputera tidak dijelaskan atau kabur dan tidak dititikberatkan, seolah-olah menyalahkan dasar kerajaan itu tidak benar," katanya.

-malaysiakini-

Presiden PKR: Adakan himpunan Bersih ke-2 desak SPR

KOTA BARU, 29 Mei: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa Pakatan Rakyat (PR) yang berusia dua tahun agar sekali lagi mengadakan himpunan Bersih untuk menjamin perjalanan pilihan raya yang adil.

“Saya juga mencadangkan kepada Pakatan Rakyat untuk merancang sekali lagi Himpunan Bersih dengan azam yang kuat menuntut pilihan raya yang bersih, adil dan telus,” kata beliau dalam ucapan dasar Kongres Nasional Keenam PKR di sini pagi ini.

Perhimpunan Bersih kali pertama telah digerakkan di ibu negara pada 10 Nov 2007 untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Memarandum itu berkaitan dengan pendakwaan bahawa pilihan raya umum dikendalikan dengan tidak bersih dan menyebelahi kerajaan Barisan Nasional.

Ia telah dianjurkan oleh pertubuhan Bersih yang turut disertai pelbagai parti pembangkang dan badan bukan kerajaan untuk menuntut pilihan raya yang adil.

Dr Wan Azizah berkata reformasi sistem politik dan proses pilihan raya langsung tidak menunjukkan kemajuan.

“Seingat kita, rapat umum Bersih dalam tahun 2007 sudah mampu menghantar mesej jelas, tuntutan bagi mengadakan pilihan raya yang adil dan bebas, rupa-rupanya tidak.

“Kita perlu mengkaji langkah-langkah baru untuk mempercepatkan proses reformasi politik dan pilihan raya menjelang pilihan raya umum ke-13.

“Saya juga mencadangkan kepada Pakatan Rakyat untuk merancang sekali lagi Himpunan Bersih dengan azam yang kuat menuntut pilihan raya yang bersih, adil dan telus,” katanya.

Kata beliau, pengalaman semasa pilihan raya kecil selepas Mac 2008 menunjukkan SPR masih tidak berubah.

“SPR bukan sahaja tidak profesional dan berat sebelah, malah lebih teruk lagi apabila bersekongkol merancang penipuan.

“Pengendalian undi pos semakin dipertikaikan ketelusannya,” kata beliau sambil menyokong tindakan Datuk Zahid Ibrahim memfail petisyen mempertikaikan pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu.

Zaid bertanding di Hulu Selangor mewakili PKR-Pakatan Rakyat.

“Sehingga kini, integriti dan kesahihan daftar pengundi masih dipersoalkan. Kita bimbang jika kredibiliti SPR tidak dipulihkan, ia membawa kesan jangka panjang kepada keyakinan rakyat terhadap sistem pilihanraya di Malaysia,” katanya.

-malaysianinsider-

Subramaniam Kecewa Dengan Kenyataan Murugesan

SEREMBAN, 29 Mei: Naib Presiden MIC Datuk Dr S. Subramaniam melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Setiausaha Agung MIC S. Murugesan semalam yang tampil secara terbuka mempertikaikan tindakan Datuk Seri S. Samy Vellu yang menggunakan kuasanya sebagai presiden untuk memecat empat anggota termasuk dua anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti baru-baru ini.

Subramaniam yang juga Menteri Sumber Manusia berkata sepatutnya perkara itu boleh dibincangkan di dalam parti mengikut salurannya.

"Memang saya kecewa kerana dia kawan rapat saya dan kita selalu bincang isu parti. Memang di dalam satu parti kita ada perbezaan pandangan, namun kita mesti ada saluran atau platform yang tertentu di mana kita boleh bincang terutama apabila kita memegang jawatan tinggi di dalam parti.

"Oleh itu, saya kecewa dengan tindakannya itu kerana saya mempunyai satu penghormatan tinggi terhadap beliau. Kalau kita ada apa-apa perbezaan pandangan pun ia boleh dibincang di peringkat dalaman parti.....tak payah pergi keluar dengan mengambil kira keadaan yang ada pada masa sekarang ini. Ini seolah-olah kita memberi sokongan kepada apa yang berlaku di luar....itu yang mengecewakan saya," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Labu dekat sini, pada Sabtu.

Katanya pendirian beliau jelas iaitu apa-apa perubahan yang berlaku dalam parti termasuk peralihan kuasa, semuanya ini mesti melalui saluran parti.

"Kita tidak boleh membenarkan kuasa atau tekanan dari luar untuk menentukan masa depan parti. Kalau kita buat ini pada hari ini, perkara ini tidak akan berhenti.....hari ini boleh berlaku kepada Datuk Seri S. Samy Vellu, besok boleh berlaku kepada siapa-siapa pun....semua perkara boleh berlaku. Bukan saja di dalam MIC, malah boleh berlaku di dalam parti-parti yang lain.

"Oleh itu, prinsip itu mesti kita pegang dengan kuat. Kalau kita boleh pegang kepada prinsip itu dengan kuat, isu ini tidak akan timbul," katanya.

Katanya lagi, Presiden parti pun sudah mengumumkan untuk menyerahkan jawatannya pada suatu masa tertentu dan pihak parti sudah menerima keputusan itu.

"Jadi, jika ada apa-apa perkara berbangkit mengenainya selepas itu, perkara itu mesti dibincangkan di peringkat kita (parti) untuk menentukannya...bukan tekanan daripada luar," katanya.

-bernama-

Pemuda PKR adakan Kongres Anak Melayu tapi nafi ia perkauman

KOTA BARU, 29 Mei: Sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan Kongres Anak Muda pertamanya dalam waktu terdekat ini, tetapi menyangkal tanggapan ia sebagai sesuatu bersifat perkauman dan bertentangan dengan dasar perjuangan parti.

Pertemuan itu menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin bertujuan menarik pengundi-pengundi Melayu yang PKR sendiri mengakui masih kurang berbanding sokongan Cina dan India.

Arah aliran ini disaksikan ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor bulan lalu.

Justeru, Kongres Anak Melayu yang pertama akan diadakan di Selangor pada Julai ini sebelum ia dikembangan ke negeri-negeri lain.

“Undi orang Melayu telah merosot sedikit, jadi kita perlu adakan program-program bagi memastikan pengundi-pengundi Melayu akan memahami perjuangan PKR,” kata beliau ketika ditemui di akhir Kongres Nasional Keenam AMK di sini.

Dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider Selasa lalu, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menyifatkan persepsi orang Melayu semakin memihak kepada Pakatan Rakyat, perikatan berusia dua tahun ini sedang menyusun strateginya memfokus pengundi Melayu luar bandar dengan menembusi kubu Umno pada pilihan raya umum ke-13.

PR berpendapat petanda-petanda sokongan orang Melayu kepadanya makin jelas di Hulu Selangor dan Sibu walaupun ramai selama ini beranggapan ia banyak bergantung pada sokongan Cina dan India.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, ia kini semakin mendekati pengundi-pengundi Melayu, selain kaum-kaum lain meskipun komponen utama BN, Umno telah menyemai pemikiran “takut dan khuatir” di kalangan orang Melayu sehingga menyebabkan mereka menolak PR selama ini.

“Saya merasakan lapangan persaingan lebih (tertumpy) kepada orang Melayu,” kata beliau.

Justeru Shamsul Iskandar menambah, pihaknya terpaksa menggunakan saluran-saluran seperti kongres dan forum untuk menyediakan pemahaman kepada orang ramai khususnya masyatakat Melayu.

Malah jelas Shamsul Iskandar, orang ramai debat publik akan membolehkan komunikasi dua hala antara parti dan penyokong-penyokong kalangan orang Melayu.

Beliau menambah, langkah mengadakan kongres membabitkan orang Melayu tidak akan menyisihkan parti itu daripada penyokong kaum-kaum lain.

“Kami adalah sebuah parti yang tidak mengabaikan komuniti-komuniti lain dan kami akan berjuang untuk semua kaum.

“Bagaimanapun masyarakat Melayu memerlukan satu bentuk jaminan, jadi kita perlu adakan platform untuk membahaskannya secara terbuka,” katanya.

Shamsul Iskandar juga berkata, pihaknya juga ingin tahu apakah respons orang Melayu memandangkan orang Cina dan India telah memperlihatkan sokongan kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Ketua AMK Selangor Khairul Anuar yang juga Naib Ketua AMK pusat memberitahu, sebenarnya pihaknya tidak tahu apa sebab sebenar yang menyebabkan orang Melayu takut dengan PKR.

“Kami hendak mendengar masalah membabitkan pengundi Melayu setiap lapisan... mereka yang bekerja, di Felda dan di universiti,” katanya.

“Kami ada masalah-masalah membabitkan orang Melayu, jadi kami mahu mengatasinya. Kami tidak mahu lari daripada masalah,” katanya sambil menambah pihaknya mahu menjadi sebuah parti lebih prakmatik.

Khairul juga menekankan bahawa parti itu cuba untuk membuktikan bahawa PKR juga pro-Melayu.

“Secara peribadi saya tidak fikir ini satu bentuk politik perkauman. Realiti ialah orang Melayu adalah kumpulan masyarakat terbesar dan majoriti,” katanya lagi.

-malaysianinsider-

Nasib Baik PAS Tolak Kerjasama Dengan Umno

WFAUZDIN NS
ALHAMDULILLAH, Allah telah selamatkan PAS dari berkawan dengan Umno dengan mengilhamkan kepada pucuk pimpinan PAS agar menolak Umno bagi membentuk sebarang kerjasama politik. Bayangkan jika kerjasama PAS dan Umno menjadi realiti, dimanakah PAS hendak tunjuk muka apabila Umno di bawah Najib ini meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia di dalam keadaan majoriti Non Muslim menentang kegiatan judi ini?

Muktamar Khas Pas sememangnya membuat keputusan yang tepat di mana telah mengambil keputusan menutup pintu rundingan Kerajaan Perpaduan bersama Umno. Di sinilah letaknya kebijaksanaan kepimpinan PAS dengan mengambil pengajaran sejarah lampau musuh politik seagama dengannya itu. Presiden PAS beserta dengan Mursyidul Am PAS telah dapat menghidu dari jauh busuk dan tengiknya Umno ini dan ianya terbukti sekarang. Maka, pendekatan PAS untuk terus melakukan kerjasama dengan PKR dan DAP nampaknya lebih bijak dan lebih berhikmah dari segi strategi politik jangka masa panjang.


Keterbukaan DAP terutamanya di dalam memahami prinsip Islam yang dibawa oleh PAS kelihatan semakin menuju ke arah yang lebih positif. Buktinya, P.Pinang yang kini diterajui oleh DAP di bawah Lim Guan Eng serta merta mengharamkan judi yang baru diluluskan oleh pemimpin Umno itu. Begitu juga di Selangor dengan pemerintahan MB Tan Seri Khalid dari PKR. Sehingga kini saya tidak tahu apakah Kerajaan Negeri Kedah di bawah PAS akan turut mengikuti langkag dua buah kerajaan ini. Negeri Kelantan telah lama mengharamkan judi di negeri tersebut.

Isu judi berbeza dengan isu arak. Judi ditolak 100 % oleh semua agama di negara ini dan kewajaran Kerajaan Pusat untuk meluluskan lesen judi adalah semata-mata kerana inginkan wang yang masuk. Demi wang, mereka sanggup menjadi hina lebih hina dari yang bukan Islam. Pemimpin Umno patut malu dengan Lim Guan Eng yang Non Muslim tetapi amat bertanggungjawab terhadap rakyat di negeri tersebut. Lim Guan Eng tidak mahu rakyat di negerinya diperhambakan dengan judi. Tidak mustahil suatu ketika nanti, hasil hubungan baik PAS dengan DAP dan PKR, satu langkah yang lebih positif akan dapat diusahakan agar arak juga dapat diharamkan terus di bawah negeri-negeri PR.

Inilah yang PAS mahu capai hasil hubungan dengan DAP dan PKR. Bukan semata-mata untuk menegakkan Daulah Islam yang mungkin memakan masa yang agak panjang untuk memberi kefahaman tentang Negara Islam kepada mereka. Umno yang ahli-ahlinya majoriti Islam dan Melayu itu pun masih buta hati tentang perundangan Islam, inikan pula DAP dan ahli-ahli Non Muslim dari PKR. Jika Umno tidak buta hati mereka, sudah lama Umno akan dibubarkan dan mereka akan bersatu di bawah PAS.

Mungkin ada segelintir penyokong-penyokong atau ahli PAS yang dahulunya kecewa apabila PAS menolak Kerajaan Perpaduan bersama Umno, tetapi kini mereka telah diperlihatkan dengan wajah Umno yang sebenarnya. Wajah yang berselimut dengan Apco serta sekutu perniagaan judi itu sememangnya bukan jenis kawan yang halal untuk PAS bersekongkol. PAS lebih bermaruah jika terus bersama dengan DAP dan PKR, melainkan Umno akan berubah untuk mengenali agamanya yang sebenar.

wfauzdin.blogspot.com

Wan Azizah: PKR tubuh pasukan khas kaji isu orang Melayu

KOTA BARU, 29 Mei: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menubuhkan satu pasukan khas untuk mengkaji isu-isu yang “dekat dengan orang Melayu”, yang dilihat sebagai antara langkah susulan parti itu bagi meningkatkan sokongan pengundi Melayu.

Antara isu-isu yang disenaraikan pucuk kepimpinan parti itu hari ini ialah yang berkaitan dengan Felda, menaik taraf kemahiran kakitangan awam, pengurusan harta Islam dan lain-lain.

Perkara itu diumumkan oleh Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika menyampaikan ucapan dasar Kongres Nasional Keenam PKR di sini hari ini.

Sebelum ini PKR mendakwa Umno-BN melabelkan ia sebagai parti tidak pro-Melayu sehingga gagal untuk menembusi sokongan besar berbanding kaum Cina dan India.

Kongres dua hari itu bertemakan “Harapan Baru Selamatkan Malaysia”.

“Jaminan saya, parti kita akan memastikan pasukan-pasukan ini terdiri dari pelbagai kaum kerana isu-isu Melayu bukanlah isu eksklusif kepada orang Melayu sahaja; tetapi tanggungjawab itu akan dipikul bersama oleh pimpinan pelbagai kaum kita seperti mana isu yang rapat dengan kaum-kaum lain turut sama diperjuangkan oleh pimpinan Melayu.

“Kita yakin, dengan pendekatan ini, rakyat akan sedar bahawa inilah pendekatan masa hadapan yang berkesan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia,” kata beliau.

Wan Azizah berkata, Felda adalah satu contoh yang terang-terang menunjukkan cengkaman Umno kepada orang Melayu.

Kata beliau, apabila Allahyarham Tun Abdul Razak memulakan konsep tanah perancangan, tujuannya adalah untuk memberikan tanah kepada orang miskin agar mereka mempunyai aset untuk bergiat dalam kegiatan ekonomi.

Maka peneroka yang menyertai skim akan berpeluang memiliki tanah sendiri untuk diusahakan apabila melaksanakan tanggungjawab masing-masing; termasuklah membuka tanah dan sebagainya, kata Dr Wan Azizah lagi.

Kata beliau pada awalnya, fungsi Felda dan lembaga perancangan yang lain adalah untuk memberikan bantuan agar rakyat miskin ini dapat mengusahakan tanah yang dibuka mereka.

Wan Azizah juga berkata, falsafahnya jelas iaitu skim tanah perancangan adalah bertujuan untuk memberikan hak milik tanah kepada orang miskin agar dapat bergiat dalam sektor pertanian.

“Empat puluh tahun kemudian, apa yang telah berlaku?” katanya lagi.

-malaysianinsider-

Anwar cabar MP keluar PKR buktikan tidak terima habuan

Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika berucap pada ceramah dengan lautan manusia di Tanah Merah malam tadi. - Jack Ooi
TANAH MERAH, 29 Mei: Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar ahli-ahli Parlimen yang telah keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar menafikan yang mereka tidak menerima sebarang ganjaran sama ada dalam bentuk wang ataupun kontrak kerajaan.

Anwar membuat cabaran itu beberapa jam selepas mengeluarkan satu kenyataan di ibu negara bahawa pihaknya ada bukti wakil-wakil rakyat yang keluar PKR sejak setahun lalu ada menerima RM2 juta dan kontrak bernilai berjuta-juta ringgit.

Penasihat PKR itu mengeluarkan kenyataan itu ketika pemerhati dan pemimpin parti itu melihat isu melompat parti dijangka akan menjadi tumpuan kongres tahunan kali ini.

Malah parti itu dijangka keluar dengan satu mekanisme untuk mengawal keadaan itu pada masa depan.

Ketika berucap pada ceramah di sini malam tadi, menjelang Kongres Nasional Keenam PKR, Anwar yang juga penasihat parti itu berkata, beliau berharap wakil-wakil rakyat yang telah keluar itu agar menyahut cabaran tersebut.

“Petang tadi saya ada keluarkan kenyataan ahli-ahli Parlimen yang keluar ini menerima (ganjaran) wang RM2 juta, kita ada bukti... kita akan keluarkan dalam waktu terdekat ini.

“Sebelum kita keluarkan, kita minta mereka menafikan (yang tidak terima ganjaran,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat itu sambil menambah, orang ramai akan terkejut dengan maklumat itu dikeluarkan.

“Saya nak tunggu apa mereka hendak kata,” katanya lagi.

Kata Anwar, kenyataan-kenyataan bahawa mereka tidak percaya dan kecewa dengan kepimpinan parti dan Pakatan Rakyat hanyalah alasan untuk menjustifikasikan tindakan mereka keluar parti.

“Mereka keluar dengan kata Anwar khianat, tetapi alasan sebenar kita akan keluarkan bukti... biar rakyat yang buat penilaian,” katanya.

Turut berucap pada ceramah itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

“Kita ada maklumat, paling kurang (mereka terima RM2 juta)... saya ada bukti, dalam waktu singkat (akan umumkan),” katanya.

-malaysianinsider-

PKR perketat pilih calon, elak lompat parti

Proses pemilihan wakil rakyat PKR perlu lebih ketat untuk mengelak kejadian lompat parti, kata presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Beliau berkata, wakil rakyat sebegitu juga sebaiknya disingkirkan daripada parti sekiranya dikesan lebih awal.

"Ini menjadi pengajaran buat kita supaya ukuran pimpinan menjadi lebih ketat," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di kongres parti itu di Kota Bharu hari ini.

Bakal calon juga perlu mengikuti program tarbiah, katanya lagi, disambut tepukan para hadirin.

Sehubungan itu, katanya, pimpinan perlu dengar pandangan daripada parti dalam memilih calon.

"Wakil rakyat juga ingat, kamu dipilh oleh rakyat," katanya.
-malaysiakini-

Remaja Johor 14 tahun nasib baik tak ditembak

rozmal

Apa nak jadi Malaysia sekarang ni. Makin huru hara. Makin tak terkawal anak-anak kita. 14 tahun dah lah tak ada lesen memandu kereta, curi pula kereta jiran. Tak ke geram kita. Pukul 1.15 pagi. Kalau aku jadi polis pun, pening , tak tahu apa nak buat. Apa nak jadi Malaysia makin nak capai negara maju, rakyat makin tak bertamadun, lagi teruk dari zaman dijajah Jepun dulu.


Baca kisah sebelum ini betapa kita orang Melayu dah pekak, buta, bisu terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita dihttp://waghih.blogspot.com/2010/05/pandu-bawah-umur-melayu-dah-pekak-buta.html

Juga kisah remaja kita dah tak hormat undang-undang, tak hormat polis di http://waghih.blogspot.com/2010/05/undang-undang-bahan-ketawa-remaja-kita.html

*******************************

REMAJA 14 TAHUN CURI PANDU KERETA JIRAN DITAHAN

Sinar Harian 28 Mei 2010

BATU PAHAT – Tindakan seorang remaja 14 tahun yang memandu kereta jirannya tanpa kebenaran akhirnya membawa padah apabila dia ditahan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon berkata, polis yang menerima maklumat pada jam 1.15 pagi kelmarin menghantar sebuah kereta peronda ke lokasi sebelum berjaya mengesan kereta yang dimaksudkan.

“Menyedari kehadiran polis, pemandu kereta berkenaan bertindak memecut dan memandu dengan cara berbahaya sebelum melanggar sebuah tembok,” katanya pada sidang media di sini , semalam.

Adnan berkata, hasil pemeriksaan, remaja berkenaan mengaku mengambil kereta milik jirannya untuk berseronok setelah kerap kali melihat kunci kereta berkenaan ditinggalkan di peti surat rumah pemiliknya,” katanya.

Adnan berkata, remaja berkenaan ditahan reman selama dua hari untuk siasatan selanjutnya dan disiasat di bawah seksyen 379A Kanun Keseksaan (Curi Kenderaan).

-tko-

Konvoi kemanusiaan dijangka tiba di perairan Gaza hari ini

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 29 Mei:
Pasukan polis laut Gaza telah membuat beberapa latihan bagi menyambut ketibaan konvoi kemanusiaan antarabangsa Gaza termasuk bagi tujuan menyelamatkan kapal daripada sebarang ancaman zionis.

Semalam, laman web http://www.lifeline4gaza.org/ melaporkan kapal-kapal bantuan itu dijangka tiba di perairan Gaza pada hari ini.

Laporan itu menyebut, setelah belayar sejak lebih 12 jam lalu daripada pelabuhan Yeni Antalya di Turki, kapal Mavi Marmara kini sedang berada di tengah Lautan Mediterranean berhampiran perairan Cyprus.

Kapal Mavi Marmara sudah mula bergabung dengan sebuah kapal daripada Greece yang bernama Challenger-2. Mereka menunggu ketibaan tujuh buah kapal-kapal lain. Kapal-kapal itu dijangka meneruskan pelayaran terus ke Gaza apabila kesemua sembilan buah kapal bertemu di perairan tersebut.

Semangat 11 orang sukarelawan Malaysia yang mengikuti konvoi ini begitu tinggi sekali walaupun ada sebahagian daripada mereka yang tidak begitu selesa apabila mengikuti pelayaran jauh di lautan dalam buat pertama kali. Ketabahan mereka ditingkatkan lagi dengan kerjasama yang sangat erat dengan sukarelawan daripada negara jiran, Indonesia.

Pagi jam 10:00 pagi semalam, sukarelawan-sukarelawan daripada Malaysia dan Indonesia telah mengambil kesempatan bersama-sama Syeikh Ra’id Salah, Ketua Pertubuhan Palestina 1948 untuk mendapatkan nasihat dan berkongsi pengalaman beliau dalam memperjuangkan pembebasan Palestin dan Masjid al Aqsa.

Menurut Sheikh Ra’id, beliau menjangkakan akan berlaku Nakbah ke-2 dalam masa terdekat ini kerana Israel berusaha keras untuk mengusir 1.5 juta penduduk Palestin 1948 dan juga menghapuskan semua generasi 1948 yang kini bertebaran di kem-kem pelarian.

Beliau turut memberi amaran tentang perancangan Zionis untuk meruntuhkan Masjid al Aqsa sebelum akhir tahun 2010. Sambil mengemukakan bukti-bukti dakwaan beliau itu, Sheikh Ra’id menyebut bahawa isu Al Aqsa adalah isu al-Quran yang wajib dipikul oleh semua orang beriman.

Semalam dalam satu sidang media bersama-sama wakil-wakil daripada lebih 45 buah negara, Haji Noorazman Mohd Samsuddin yang berucap mewakili NGO-NGO daripada Asia Tenggara telah menegaskan bahawa masyarakat Nusantara terhutang budi kepada negara Palestin kerana mereka adalah merupakan antara negara yang pertama mengiktiraf kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945.

“Menyedari kepahitan hidup dalam penjajahan, rakyat Indonesia dan Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk membantu rakyat Palestin yang kini dijajah secara kejam oleh rejim zionis Israel,” kata Noorazman.

Sementara itu, Haluan Palestin di dalam laman webnya melaporkan, Imam Masjid Al Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sneinah dalam khutbah Jumaatnya semalam mengutuk sikap zionis Israel yang mengancam sekatan terhadap usaha armada bantuan kemanusiaan Gaza terbesar yang saat ini sedang berada di tengah Lautan Mediterranean berhampiran perairan Cyprus.

Seterusnya beliau menyeru agar ditamatkan pengepungan yang tidak adil terhadap Jaluran Gaza yang telah dilakukan oleh regim Yahudi Israel.

Syeikh Yusuf Abu Sneinah mengatakan bahawa: “Kami bangsa Arab dan umat Islam seharusnya menyatukan usaha untuk menghentikan pengepungan yang telah dikenakan pada saudara-saudara kita di Jalur Gaza, malahan pengepungan tersebut tidak boleh diterima secara rasional oleh mana-mana pegangan agama atau undang-undang dunia”.

Dengan tegas Imam Masjid Al Aqsa itu juga mendesak Israel menghentikan sikap sombong dan bongkak atas apa yang telah mereka lakukan terhadap Gaza kerana tindakan kejam mereka telah membunuh orang awam, menyebabkan lebih ramai warga Gaza menjadi pelarian dan menderita kelaparan.

Kelentong Stail Lawak Bangang

LeeSlimShady
Makmal rasuah politik diwujudkan

Makmal Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Rasuah akan mewujudkan satu lagi cawangan khusus untuk mengkaji pendekatan sesuai bagi memerangi rasuah politik.Makmal berkenaan dijangka beroperasi tidak lama lagi dan akan turut mengkaji akta serta perlembagaan semua parti politik di negara ini.




Makmal rasuah politik diwujudkan

Makmal Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Rasuah akan mewujudkan satu lagi cawangan khusus untuk mengkaji pendekatan sesuai bagi memerangi rasuah politik.

Makmal berkenaan dijangka beroperasi tidak lama lagi dan akan turut mengkaji akta serta perlembagaan semua parti politik di negara ini.

Pengarah NKRA Rasuah, Hisham Nordin, berkata penubuhan makmal berkenaan sebagai menunaikan janji pihaknya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Al-Monggoli ketika membentangkan taklimat NKRA Rasuah, baru-baru ini

“Jika tiada halangan, Makmal Rasuah Politik akan dilancarkan Februari ini dan kami akan memberi tumpuan kepada usaha membanteras rasuah politik,” katanya.

[out%20on%20a%20limb.jpg]

woit!!! gelak lah...gelak lah...kah...kah..kah lawak ni siot!!!
Tapi kelentong stail lawak bangang ni tidak langsung akan memberi faedah kepada sesiapa yang mempunyai sensitiviti untuk tergelak.Fail rasuah bertimbun - timbun atas meja dari Zaman BPR sehinggalah lahirnya SPRM dari tengah - tengah Dewan Rakyat.Nampak sangat ini semua adalah bentuk wayang merapu MuNkEeE - MuNkEeE yang dah tak kerja lain lagi.

Tapi bagus jugak sebab kita akan lihat beberapa mangkuk ayun akan jadi pengarah utama kepada makmal bangang ni ! mungkin yang akan di lihat Tok Mat Isa Samad akan jadi Chanselor sebab individu ini yang paling ideal yang akan di cadangkan.Ini lah wayang paling best yang mana lawak bangang di sertai bersama - sama jalan cerita bangang.

Makmal rasuah di wujudkan untuk apa? apa fungsinya ?

sebab Rasuah boleh di cegah dan di basmikan dengan penguatkuasaan undang - undang yang ketat,institusi kehakiman perlu di bebaskan dan tidak hanya menjadi hamba kepada geng - geng United MuNkEeE.

Mari melawak....yippie horray!!!

Tapi kalau haramjadah - haramjadah macam muhd taib,Khir Toyo a.k.a Wak Botox dan Khairy Jamaluddin pun boleh terlepas tak ada guna nya makmal rasuah ni.Tapi kalau nak buat jugak makmal ni maka putu mayam - putu mayam ni patut di cadangkan sebagai ;

tenaga pengajar kanan rahim tambi kecik,pensyarah luar VK linggam,pensyarah jemputan satu idris jusuh,pensyarah jemputan dua liong pkfz,pensyarah jemputan ulung madey,pensyarah jemputan ulung taib mahmud,pensyarah bahasa inggeris satu muhamad taib,pensyarah bahasa inggeris dua zainuddin maidin pensyarah sukan dan rasuah bergumpal azalina,pensyarah teknik rasuah moden khairy jamaluddin,pensyarah penyedap siti kavita kaur kah.... kah.... kah....

Maka Makmal ini akan jadi makmal badut antarabangsa.Kah....kah.....kah.....kah....kah....kah
http://amkshahalam.blogspot.com
http://www.pejuangpro-demokrasi.blogspot.com/