Hyderabad: Baru hari pertama bertugas sebagai menteri kesihatan, Laxma Reddy sudah menunjukkan ‘belang’ dengan mengabaikan seorang lelaki yang terbaring hampir mati di luar hospital.
Menurut media, dalam lawatan pertamanya, Reddy sepatutnya menjalankan pemeriksaan mengenai cara pegawai perubatan menangani penularan virus influenza.
Dalam lawatan itu, dia dan beberapa pegawai dilihat langsung tidak mengendahkan seorang lelaki yang terbaring nazak di luar pintu masuk hospital.
Reddy kemudian meneruskan lawatan di Hospital Besar Osmania di Hyderabad dengan memeriksa unit kawalan pesakit, memberi cadangan mengenai kaedah kawalan penyakit dan cara menanganinya.
Akibat sikap tidak prihatin itu, Reddy kini teruk dikutuk pelbagai pihak kerana mengabaikan orang yang benar-benar sakit.
REDDY langsung tidak menghiraukan seorang lelaki yang nazak di luar Hospital Besar Osmania ketika dia melawat ke situ.
Membaca kisah lelaki ini dengan jirannya yang panas baran orangnya, membuatkan kami tergelak. Mana tidaknya, dek takut dengan sifat panas barannya, lelaki ini sanggup melakukan sesuatu yang diluar jangkaan.
Kisah lelaki ini dengan jirannya juga menjadi viral di laman Facebook. Ramai yang tergelak membacanya.
Nak tahu lebih lanjut, baca kisah lucu di bawah:
Malam semalam, saya terkejut bila nampak kucing saya sedang gigit tengkuk arnab jiran saya. Saya pun terus tepuk kepala kucing saya suruh dia lepaskan arnab tu.
Bila saya periksa arnab tu, malangnya arnab jiran saya tu dah mati.
Hah! Matilah nak gantikan arnab bulu kembang tu. Mau dekat RM200 seekor. Dahlah jiran saya tu jenis panas baran. Pernah bini dia sendiri kena lempang sebab tak susun selipar yang bersepah depan rumah.
Apa lagi, cepat-cepat saya pergi basuh bangkai arnab tu sampai bersih. Lepas tu keringkan pakai hair dryer. Letakkan dalam sangkarnya balik senyap-senyap. Kira-kiranya arnab tu mati dalam sangkar lah kan?
Pagi ini, saya dengar jiran saya membebel. Saya buat tak tau je tapi jantung rasa nak berhenti bila dia tegur saya dengan muka bengis.
"Kau tahu tak arnab aku mati?"
Saya terus jawab dengan nada sedih, "laa arnab kau mati ke din? Sedihnya.. aku baru nak minta arnab tu dari kau.."
Din terus mencelah, "Hah! Kau pun sedih kan? Tapi aku tengah marah sangat ni. Aku dah tanam petang semalam belakang rumah. Entah siapa yang korek siap bersihkan, lepas tu letak balik dalam sangkar. Jangan sampai aku tau siapa punya kerja, memang aku siat-siat kulit kepala dia"
Bagaimanakah kita ingin mengetahui bahawa satu-satu madu itu 100% madu asli atau telah diubah atau memang bukan asli?
Madu tiruan adalah bermaksud sama ada madu asli dicampurkan dengan ”gula” peratusan kebiasaan 30% madu asli dan 70% gula. Gula ini boleh jadi , glukosa, dextrosa , molasses (produk dari pemprosesan dari tebu,anggur atau bit gula), sirap jagung , sirap gula , invert sugar (campuran glukosa dan fruktosa), tepung , kanji atau mana-mana produk yang menyerupai , selain dari nektar bunga yang dikumpul , diproses dan disimpan di dalam sarang lebah oleh lebah. Standard undang-undang dan keperluan dalam makanan, termasuk kualiti madu , dan pengujian terhadap madu tiruan terlalu pelbagai untuk setiap negara, dan ada sebahagiannya tidak menyebabkan ketidakpuas hatian bagi sesetengah pengguna.
Persoalan ini sering timbul di kalangan pembeli yang bimbang tertipu atau terbeli yang bukan asli. Yang mana mengakibatkan madu yang sepatutnya menjadi ubat berubah menjadi racun yang mnegembangkan penyakit atau langsung tiada apa-apa kesan sehingga membuang duit begitu sahaja membeli gula yang disangkakan madu.
Hasil dari penipuan terhadap madu bukan kecil, tetapi ianya mengakibatkan seseorang tidak yakin pada Allah dan Rasul , kerana Allah menyebutkan bahawa madu itu ”فِيهِ شِفَآءٌ۬ لِّلنَّاسِۗ” – padanya penyembuh bagi manusia manakala Nabi صلى الله عليه وسلم telah bersabda “الشفاء في ثلاثة في شربة عسل : ”penyembuh itu pada tiga : minum madu ….” .
Apabila seseorang itu minum madu dan hasil yang didapati adalah tidak berkurangnya penyakit atau tiada kesan padanya atau bertambahnya penyakit dirinya, maka , dalam hati kecil akan berkata , ‘tak jadi apa-apa pun.” atau lebih parah lagi , akan diwar-warkan bahawa ”madu takde kesan apa-apa dan buat penyakit je” ucapan ini diwar-warkan pada orang lain , seolah-olah sudah menyebut bahawa apa yang Allah katakan itu tidak benar dan Nabi itu palsu dalam kata-katanya sedangkan yang dimakannya itu bukan madu hanyalah gula yang diubahsuai. Nauzubillah.
Ibnu Al-hasan pernah meriwayatkan dari Ibnu Umar رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
Nikmat yang pertama diangkat dari bumi adalah madu. ( Rujuk kitab taarikh Asbahaan)
Jadi di sini, kami , sebagai peniaga dan pengguna madu (alhamdulillah ,setakat ini setiap hari kami minum madu) dari pelbagai jenis dan rasa , dari beberapa benua , cuba kongsikan sekadar pengetahuan dan pengalaman yang ada pada kami bagi kalian pembeli atau pengguna madu mendapatkan madu yang asli.
Di sini beberapa tips walaupun ianya bukan 100% pengujian asli atau tidak, tetapi sekurang-kurangnya ianya memberi sedikit gambaran pada pembeli @ pengguna madu, in sya allah.
0 – Lidah
Jika kalian sudah biasa dengan madu (merasa lebih 50-100 kali madu yang benar-benar asli) , maka lidah kalian tidak akan boleh tertipu lagi selepas itu. Ini cara paling mudah dan asas dalam pengujian madu.
1 – Bentuk Sarang Lebah dalam air – Hexagon.
Cara ini yang paling mudah dan cepat untuk diketahui.
Ambil sesudu madu dan masukkan ke dalam bekas yang tapaknya rata.
Masukkan air kosong/jarang (jangan air panas) ke tengah-tengah bekas/pinggan.
pusingkan bekas mengikut arah jam atau lawan.
Pusing sehingga keluar bentuk sarang lebah hexagon. (sekitar 1 minit )
Ada kala, bentuk hexagonnya memang persis seperti hexagon sarang lebah.
Dan ada kala , bentuk hexagonnya tidak seperti sarang lebah, tetapi masih hexagon.
Jika tiada bentuk hexagon, kemungkinan besar sama ada ianya madu yang dicampur gula atau gula yang diubah suai yang dijual atas nama madu asli.
Madu di tengah piring
bentuk sarang @ hexagon terhasil selepas beberapa ketika
** untuk madu yang kristalized (menghablur) , kami juga telah mencubanya, setakat ini juga jadi bentuk hexagon.
cuma lebih kecil dan lebih rapat.
2 – Kertas Putih
Ambil pencungkil gigi atau sudu, celupkan pada madu dan titiskan di atas tengah kertas putih.
Lihat kesan pada kertas putih di keliling madu.
Madu asli kebiasaannya tidak akan meresap masuk ke dalam kertas.
Madu asli juga akan mengekalkan bentuk titisannya dan tidak merebak.
Madu asli dengan mudah kita dapat mengambil semula dengan tangan.
Madu tiruan akan nampak kesan seperti air meresap di keliling madu.
Madu tiruan akan merebak dan meresap tanpa kekal bentuknya.
Madu tiruan apabila kita cuba ambil dengan tangan , kebiasaanya tidak boleh dan biasanya lekitan sedikit yang melekat di tangan kita.
Bentuk madu selepas dititiskan pada kertas
kesan selepas dicolek/cuit/ambil guna jari – boleh lihat perbezaan
3 – Air Kosong / Jarang
Ambil segelas kaca yang tembus dalam , dan masukkan air kosong/air jarang ke dalamnya.
Ambil sesudu penuh madu dan kemudian titiskan ke dalam air.
Madu asli akan terus turun ke dasar cawan, dan madu tiruan biasanya akan pecah-pecah sebelum sempat sampai dasar cawan.
Bagi memastikan bahawa madu yang kalian ada adalah asli , ketiga-tiga test ini, jika dibuat , in sya allah , memberikan hampir 100% kepastian yang ianya adalah asli.
Untuk test bentuk sarang lebah itu sebenarnya sudah memadai jika dibuat. Kerana tiruan tidak akan dapat membuat bentuk yang sama , bahkan tidak akan terbentuk sama sekali.
3 test yang pertama ini, mudah, cepat dan tidak memerlukan kos tinggi , hanya kerajinan sahaja diperlukan.
—————————————————————–
Bagi test yang kemudian ini, memerlukan sedikit kos.
4 – HMF(Hydroxymethylfurfural)
HMF adalah hasil pemecahan produk dari fruktosa ( satu dari komponen utama gula dalam madu) yang terbentuk secara perlahan ketika penyimpanan dan sangat cepat terbentuk apabila madu dipanasakan. kandungan HMF yang ada di dalam madu menyebabkan ianya digunakan sebagai satu panduan dalam menentukan waktu penyimpanannya dan jumlah kepanasan yang telah digunakan. Pembentukan HMF dan pengumpulannya di dalam madu sangat berbeza bergantung pada jenis madu. Kandungan HMF yang tinggi menunjukkan yang ianya telah melalui proses pemanasan melampau ketika proses pengasingan.
Madu yang dijual dalam jumlah besar biasanya perlu dibawah 10 -15 mg/kg untuk membolehkan selanjutnya diteruskan dan memberikan waktu shelf life sebelum mencecah paras 40mg/kg.
Ianya bukanlah suatu yang pelik bagi madu yang dijual/berada di negara yang panas (khatulistiwa/savana) kandungannya HMF nya setinggi 100mg/kg. Ini selalunya disebabkan suhu yang tinggi (lebih 35’C) dimana madu terdedah pada suasana persekitaran yang panas.
Beberapa negara termasuk Malaysia, meletakkan satu penanda aras untuk kandungan HMF yang diimport. Jika melebihi paras yang ditentukan, madu diiktiraf sebagai tidak asli dan akan ditahan di bawah kastam Malaysia dan tidak dibenarkan untuk dijual kepada umum. Kalian juga boleh cuba melihat pada warna madu kerana kadang-kadang ianya memberikan suatu penanda aras terhadap kualitinya, kerana madu menjadi semakin gelap dalam proses penyimpanan dan pemanasan.
Paras HMF yang tingg ( lebih dari 100 mg/kg) menunjukkan yang ianya campuran atau telah dicemari dengan inverted sugar. Gula tebu atau sukrosa , boleh ”inverted” dengan memanaskan asid makanan , dan proses ini membentuk HMF. Banyak makanan yang manis yang ditambah bersama siran jagung yang tinggi fruktosa seperti minuman ringan bergas, boleh mempunyai HMF setinggi 1000 mg/kg.
HMF ini untuk diketahui perlu di hantar ke makmal untuk diuji dan sedikit kos ringgit perlu dikeluarkan untuk membuat ujian mengenainya.
5 – Chloramphenicol dalam Madu
Chloramphenicol merupakan antibiotik jenis spektrum luas yang mula diperkenalkan pada tahun 1949.
Dalam pembuatan madu tiruan mereka menambahkan antiobiotik jenis ini (kebiasaaan) bagi menghasilkan madu tiruan.
Dos sebenar yang diperlukan oleh manusia tidak diketahui tetapi penggunaannya pada jangka waktu yang panjang (pengambilan madu tiruan yang ada antibiotik ini) , boleh menyebabkan berlakunya kesan sampingan ubat ini yang diketahui.
Antara kesan sampingan adalah -pemakan madu tiruan ini akan mendapat penyakit – aplastic anemia , bone marrow suppression , leukimia dan beberapa penyakit berkaitan darah.
Maka berhati-hati terhadap pengambilan madu yang tiruan.
Untuk yang dibawah ini , yang masih menjadi tanda tanya di kalangan masyarakat sendiri
6 – Crystallized / Hablur / Granulated Madu
Sering menjadi salah anggapan dari segelintir masyarakat bahawa madu yang bergranul atau madu yang menghablur atau dengan bahasa mudah kita, madu yang menjadi keras macam gula adalah bukti bahawa madu itu madu tiruan.
Kebenarannya adalah madu itu sendiri adalah supersaturated gula atau cairan tepu gula (fruktosa dan glukosa) , sama ada ianya telah ditiruankan atau ianya asli, penghabluran adalah normal , lebih-lebih lagi di negara beriklim sederhana.
Dan bagi sesetengah sumber pohon bunga , jika lebah mengambil nektar darinya, madu yang terhasil akan lebih cepat menghablur berbanding jenis lain.
Tahap penghabluran madu adalah bergantung pada 2 keadaan
Ratio glukosa dan fruktosa
Glukosa dan fruktosa ini adalah hasil dari nektar madu yang diproses lebah. Jika tahap atau level glukosa madu yang terhasil adalah lebih tinggi berbanding fruktosanya, maka madu itu akan lebih cenderung untuk menghablur
Kandungan air dalam madu
Kandungan air dalam madu adalah dari 15% sehingga 25% bergantung pada iklim dan kelembapan kawasan.
Jika kandungan air antara 15-20% , ditambah faktor glukosa yang tinggi, madu cenderung untuk menghablur.
Bagi negara di Nusantara , suasana persekitaran yang dikelilingi laut dan hujan yang kerap menghasilkan kelembapan yang tinggi , ini menyebabkan madu di kawasan ini kebiasaan dalam lingkungan 20-25% kandungan air dalam madu yang menyebabkan madu dari negara ini tidak cenderung untuk menghablur.
Apabila dua faktor ini ada dalam satu-satu madu , dan madu disimpan dalam suhu antara 0 – 25’C – kecenderungan madu untuk menghablur adalah tinggi.
Jenis hablur yang dihasilkan pula adalah bergantung pada tahap atau besarnya jarak/beza antara kandungan glukosa berbanding fruktosa.
7 – Madu dan Semut
Ada sebahagian dari pengunjung kedai kami sangat kuat berpegang bahawa semut tidak akan menghurung madu asli. Sebenarnya kepercayaan ini sudah berakar umbi sedangkan kita masih memikirkan atau sukar untuk memahami kerana apa semut lebih suka gula (madu tiruan) berbanding madu asli?
Sedangkan ada tempat yang memang tiada semut , dan ada kawasan memang banyak semut.
Fakta asas yang kita ketahui adalah, semut suka pada manisan.
Beberapa kajian atau teori berkaitan madu dan semut ini.
Ada yang menyebutkan bahawa di dalam madu itu ada enzim yang mana dengan kehadiran enzim ini semut tidak akan datang , dan apabila enzim ini terhapus (disebabkan suhu tinggi/persekitaran yang panas) , maka semut akan mula menghurung.
Pendapat lain pula mengatakan, bahawa di dalam madu adanya kuprum dan sulfer, jika madu mempunyai dua kandungan ini dengan aras yang tinggi , ianya menghasilkan haba yang tidak disukai semut. Jika kandungan madu tersebut rendah kandungan kuprum dan sulfurnya, semut akan hurung.
Secara jujurnya dalam pengetahuan kami , kualiti atau tiruan atau aslinya sesuatu madu itu tidak bergantung pada semut menghurungnya atau tidak.
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian melempar bungkusan dipercayai mengandungi daging babi ke dalam perkarangan Masjid Telaga Air, awal hari ini.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A.Thaiveegan memberitahu Bernama lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kariah masjid berkenaan sebaik menyedari kejadian itu dan kemudian menyerahkan suspek kepada polis.
Sementara itu, Setiausaha Masjid Telaga Air Ahmad Taufiq Saedon berkata lelaki itu ditahan pada pukul 2 pagi ketika cuba melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal.
"Ketika kejadian lelaki itu membaling bungkusan plastik mengandungi daging babi ke dalam kawasan masjid dan melarikan diri dengan menunggang motosikal, tetapi tindakan pantas beberapa kariah berjaya menahan lelaki itu," katanya.
Imam Dua Masjid Telaga Air Mohd Asri Harun pula berkata kejadian dilempar bungkusan berisi daging babi awal pagi Jumaat bukan pertama kali berlaku.
Beliau berkata dalam beberapa kejadian sebelum ini, pihaknya telah membuat laporan polis dan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengesan individu yang terbabit.
"Kami turut membuat majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk memohon doa dengan harapan perkara itu tidak lagi berulang. Perbuatan seumpama itu juga menimbulkan rasa kurang senang orang ramai yang datang untuk bersolat malah ada yang berasa was-was," katanya.
-Bernama- *Hukuman berat mesti dikenakan kepada pencetus ketegangan kaum
Dengan gaya pidato berapi yang menjadi “trademark”nya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menyuarakan penentangan terhadap apa yang didakwanya sebagai penindasan politik dalam kes Liwat 2.
Dalam apa yang mungkin dilihat sesetengah pihak sebagai menghampiri sub judice (tidak boleh diperkatakan di khalayak ramai kerana masih dalam proses mahkamah), Ahli Parlimen Permatang Pauh itu membayangkan apa-apa keputusan bersalah oleh mahkamah boleh “memakan diri” kerajaan, seperti dipetik laman The Malaysian Insider.
Walaupun jika dilihat secara optimis, Anwar jelas cuba menghalang keputusan mahkamah dengan kritikan hebat berhubung kemungkinan pengaruh politik di sebalik kes tersebut.
"Adakah ini akan terus menambah kekecewaan dan seterusnya meningkatkan sokongan (kepada pembangkang)? Saya yakin begitu,” katanya.
Beliau dilaporkan berkata demikian kepada wartawan asing dalam sebuah acara yang dianjurkan Kelab Koresponden Luar Negara Malaysia.
Anwar sememangya dikenali sebagai pakar perhubungan awam, terutama dengan media antarabangsa. Malah, beliau pernah dikatakan sebagai “kesayangan” di mata mereka.
Mungkin kerana cuba menyaingi ciri hebat Anwar inilah menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghabiskan berjuta wang rakyat untuk mendapatkan khidmat pelbagai perunding media dan firma perhubungan awam, yang paling terkenal adalah Apco Worldwide tentunya.
Apa-apa pun, kenyataan dan isyarat Anwar boleh dilihat sebagai percubaan membina sokongan, tanpa mengira keputusan mahkamah nanti. Bantahan jalanan oleh penyokongnya, mungkin? Walaupun beliau tidak secara langsung menyentuh perkara tersebut.
Memang, bersuara untuk mengumpul sokongan antarabangsa juga merupakan salah satu kebolehan istimewanya. Ditambah pula dengan jaringannya dengan pemimpin-pemimpin luar negara.
Namun untuk berlaku adil, hujah Anwar sememangnya munasabah. Seperti yang dikatakan pengulas, dakwaan yang dikenakan terhadap politikus pembangkang dan aktivis pro-demokrasi lebih dilihat sebagai penindasan yang memiliki agenda tertentu, bukannya pendakwaan biasa.
Kalangan pemerhati berpendapat ini adalah amalan biasa dalam sejarah Malaysia, lebih berbanding apa yang dilaporkan.
Apa-apa pun, jika kenyataan Anwar tersebut benar dan tidak dilaporkan di luar konteks, kenyataan itu seperti mencadangkan keputusan dalam rayuan kes Liwat 2 di Mahkamah Persekutuan nanti tidak bebas sepenuhnya dan mungkin dipengaruhi penguasa.
PKR sudah pun menganjurkan “jelajah” yang menjadi kebiasaan mereka, yang menampilkan Anwar sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan 10 Februari ini. “Jelajah” itu akan mencapai kemuncaknya menjelang keputusan di Istana Kehakiman di Putrajaya nanti.
Jelajah untuk “memberi penerangan” kepada rakyat menjadi kaedah yang dipilih, dan mungkin sudah terbukti, yang sering digunakan Pakatan Rakyat untuk menyuarakan kekecawaan serta salah laku parti pemerintah.
Walaupun ada yang menyangkalnya memandangkan akses dan populariti media alternatif telah memberikan platform yang lebih baik kepada pembangkang untuk membawa hujah mereka.
Namun, perlu diakui sukar untuk menandingi jelajah penuh semangat bagi mengumpulkan sokongan yang diakhiri dengan klimaks himpunan besar di penghujungnya.
Dan dalam perkara ini, anwar adalah pakar yang sudah diuji masa. Kini beliau melakukan perkara yang sama seperti sebelum ini, dan menunjukkan karisma hebat yang serupa.
Namun, sama ada beliau masih memiliki aura dan tarikan untuk mencetuskan reaksi besar-besaran terhadap kemungkinan dipenjarakan, seperti pada tahun 1998 masih belum dapat dipastikan. Ditambah pula dengan penganalisis yang mempersoalkan sama ada beliau masih mempunyai daya tarikan di mata golongan muda yang tidak melalui sejarah “reformasi”.
KUALA LUMPUR: Malaysia diingatkan berwaspada dengan ancaman kemaraan peluasan kuasa China yang mendakwa Laut China Selatan sebagai miliknya bahkan memasukkan perairan itu dalam peta rasmi negara terbabit.
Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad, 45, berkata demikian ke tika mengulas sikap Malaysia yang di lihat tidak mengambil se barang tindak an proaktif dalam memelihara hak wilayahnya seperti telah berlaku ke atas Pulau Batu Puteh pada 2008 lalu.
Ditemui di kediamannya di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang, beliau berkata, negara lain seperti Filipina dan Vietnam membantah tindakan provokatif China itu sebaliknya Malaysia hanya berdiam diri.
“Sudah berlaku beberapa pertempuran antara Chi na dan Vietnam tetapi Vietnam kalah, bot mereka ditembak. China sekarang ini kuasai pulau-pulau di perairan Vietnam.
“Konflik juga berlaku antara China dengan Filipina dan pada masa sama China mara sudah turun sampai ke perairan Sarawak lantas claim satu beting dipanggil Beting Serupai sebagai miliknya siap buat semacam upacara perbarisan menyatakan kesediaan untuk mempertahankan wilayah itu,” ujarnya pada 25 Januari lalu.
Walau bagaimanapun, ujar nya, Panglima Tentera Laut Malaysia menafikan upacara itu berlangsung di beting yang tidak timbul itu sebaliknya mengatakan berlaku di kedudukan 2,000 batu nautika ke utara.
“Beting Serupai itu terletak di kawasan paling cetek. China dah pasak batu tanda sempadan dan tahun lepas hantar beberapa kapal untuk buat semacam upacara perbarisan menyatakan ke sediaan untuk memper tahankan apa yang dianggap miliknya.
“China kata buat upacara tersebut di situ bahkan berita antarabangsa juga me laporkan hal sama tetapi pihak Malaysia menafikan. Sejauh mana siapa yang betul kita tidak pasti,” kata nya.
Sehubungan itu, beliau memberi amaran supaya kerajaan tidak mengulang insiden sama yang menimpa Pulau Batu Puteh dengan memberi perhatian serius pada kedaulatan negara di Pulau Pisang yang terletak di perairan Pontian, Johor.
“Kalau China kuatkuasa tuntutannya ke atas Beting Serupai, habislah telaga mi nyak kita jadi milik republik itu. Ramai mungkin pandang remeh pada tuntutan beting dan pulau ini pada hal ini berkait juga ke daulatan perairan sekitar pulau sebab setiap tanah itu ada wilayah.
“Apa yang saya faham, 17 batu nautika dari pantai dipanggil territorial waters (perairan wilayah) bermaksud batas sempadan, orang lain tidak boleh masuk. Kalau masuk itu ceroboh dan boleh diserang.
“Luar daripada itu dipanggil EEZ atau Exclusive Economic Zone (Zon Ekonomi Eksklusif) sampai 350 kilometer. Maksudnya sesebuah negara itu berhak ambil manfaat tetapi orang lain boleh lalu,” ujarnya.
Mengulas insiden tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Puteh, beliau berkata, Malaysia dilihat begitu mudah menyerahkan kedaulatan tanah air kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang terletak di The Hague, Belanda pada 2008 lalu.
“Langsung tiada reaksi dari segi ketenteraan. Bukanlah maksudnya kita suruh berperang tapi mengapa begitu mudah Malaysia terus bawa kepada ICJ pada hal itu (Pulau Batu Puteh) hak kita?
“Sudahlah bergantung pada keputusan ICJ, kita pula tidak ada sebarang ban tahan sebagai penguat pada tuntutan. Patutnya kita tegas. Apa pun berlaku, Singapura mesti serahkan hak kita walau tunggu 100 tahun sekalipun,” tegasnya.
Sehubungan itu, beliau berharap agar tidak berlaku situasi “pisang berbuah banyak kali” termasuk ke atas Pulau Pisang yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Singapura tetapi pada masa ini difahamkan dikuasai republik itu.
“Malaysia tak halau keluar. Singapura masih dibiarkan menguasai rumah api di pulau itu. Adakah episod malang Pulau Batu Puteh akan berulang? Kerajaan paling kurang pun binalah kem kita tapi setakat ini saya tidak nampak ada usaha seperti itu,” kata nya lagi.
Rohana cedera ringan di samping Faizal yang cedera ditikam di bahagian dada.
KUALA LUMPUR: Gara-gara cemburu, seorang peniaga nyaris maut akibat ditikam di dada dalam kejadian di Jalan Haji Hussein, Chow Kit, di sini, petang semalam.
Sebelum kejadian, kira-kira jam 3.20 petang, mangsa dikenali sebagai Faizal, 39, menunggang motosikal bersama teman wanitanya dikenali sebagai Rohana, 38.
Mereka tiba-tiba dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dikatakan mengekori sejak dari bangunan Baitulmal terletak berhampiran lokasi kejadian.
Setelah merempuh motosikal berkenaan, lelaki itu keluar dari kenderaan dan terus menikam dada mangsa, sebelum melarikan diri.
Sementara itu, seorang wanita dipercayai isteri kepada lelaki terbabit yang berada di tempat duduk sebelah pemandu masih berada dalam kereta dan membuat bising, sambil mengeluarkan kata-kata yang tidak difahami.
Mangsa yang cedera ditikam menerima rawatan di hospital, manakala teman wanitanya hanya cedera ringan di bahagian tangan akibat rempuhan tersebut.
Rohana ketika ditemui berkata, lelaki yang menikam temannya itu tidak puas hati dengan mangsa yang bakal menikahinya tidak lama lagi.
“Sebelum ini dia pernah langgar anak saya kerana dendam. Sejak pagi tadi dia ikut kami berdua,” katanya.
Alor Setar: Keluarga pelajar perempuan yang maut akibat dikelar rakan lelakinya kesal dengan kenyataan pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) apabila didakwa seolah-olah bersikap lepas tangan terhadap tragedi menimpa anak kedua daripada enam beradik itu.
Ibu mangsa Nor Azlina Dawari, 44, berkata, dia sedih dengan kenyataan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said apabila mengatakan anaknya Nur Syuhada Johari, 20, mengikut lelaki itu secara sukarela
“UiTM tidak sepatutnya membuat kenyataan sewenang-wenangnya yang menggambarkan Nur Syuhada dengan sukarela mengikut suspek dan bukannya diculik selain kejadian berlaku di luar kampus.
“Siapa UiTM untuk kata anak saya secara sukarela mengikut lelaki itu? Anak saya diugut dengan pisau sebelum dipaksa masuk ke dalam kereta, malah rakannya juga ada melihat kejadian sebelum memaklumkan kepada saya.
“Sebagai ibu yang melahir dan membesarkan Nur Syuhada, saya tahu anak saya cuba mempertahankan dirinya (dan)...saya tidak mampu terima tragedi yang menimpanya. Anda fikir saya mampu memaafkan suspek dan keluarganya?” katanya, semalam.
Menurutnya, dia menganggap semua penuntut wanita di UiTM Permatang Pauh itu seperti anaknya sendiri dan tidak mahu kejadian sama berulang.
Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin menegur ramai pemimpin, termasuk perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang hadir ke upacara agama bukan Islam dalam keadaan “seakan mereka sebahagian dari penganut agama lain”.
“Saya berpendapat, ramai pemimpin termasuk YAB perdana menteri Malaysia, tidak mendapat nasihat yang jelas tentang hal ini sehingga mereka hadir dalam keadaan seakan mereka sebahagian dari penganut agama lain,” kata Dr Asri.
Katanya, pemimpin Islam tidak boleh menzahirkan perbuatan seakan turut merayakan upacara agama lain seperti melakukan perbuatan ataupun memakai pakaian upacara.
“Penganut agama lain hendaklah menghormati agama pemimpin yang mengunjungi mereka dan tahu tujuan kehadiran pemimpin adalah untuk keharmonian yang ditonjol melalui kepimpinan yang terhormat, bukan dengan cara pemimpin turut melakukan upacara yang bukan ajaran agama pemimpin itu,” katanya.
Asri (atas) dipercayai merujuk kepada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini yang dihadiri Najib.
Bekas pensyarah di Universiti Sains Islam (USM) itu juga berkata, Islam menghormati beragama pihak lain dan menyeru ke arah kebaikan untuk semua manusia.
Bagaimanapun, katanya, dalam masa yang sama seorang Muslim wajib memelihara identiti akidah Islam.
Menulis di Facebook hari ini, Dr Asri berkata walaupun pada asalnya orang Islam tidak boleh menyertai upacara agama lain, terdapat pengecualian dalam kes-kes tertentu.
Ia antaranya untuk menjalankan tugas yang memberikan manfaat untuk kemanusiaan seperti pegawai keselamatan yang hadir menjaga ketenteraman tau doktor yang merawat pesakit.
“Maka seorang pemimpin utama negara ataupun negeri yang beragama Islam boleh hadir tetapi bukan untuk turut merayakan upacara agama sebaliknya hadir sebagai menjalankan tugas kepimpinan seperti untuk berucap memberi nasihat umum tentang negara dan seumpamanya,” katanya.
SEGAMAT 4 Feb. – Seorang model dan pelakon yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini sekali lagi menggemparkan industri hiburan tanah air apabila gambarnya berbogel bersama seorang model tersebar di media sosial.
Gambar pelakon lelaki itu berbogel dan sedang duduk bersama seorang model wanita yang hanya memakai seluar dalam, kini menjadi viral dalam WhatsApp dan Facebook walaupun kesahihannya belum dapat dipastikan.
Dipercayai gambar artis lelaki yang berusia lewat 20-an itu diambil kira-kira lima tahun lalu tetapi mula dimuat turun sejak beberapa minggu lalu.
Advertisement
Seorang kakitangan kerajaan di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Zainal, 25, berkata, gambar itu diperolehnya minggu lalu dan kini menjadi viral dalam kalangan rakan dan kumpulan WhatsApp yang disertainya.
Katanya, pada mulanya dia terkejut tetapi selepas diamati gambar berkenaan sangat mirip dengan artis lelaki berkenaan dan perkara itu turut diakui rakan yang lain.
Advertisement
“Saya tidak tahu mengapa gambar ini disebarkan sekarang jika betul artis berkenaan yang kurang popular terlibat kerana lakonannya tetapi isu-isu panas yang menjadi tajuk berita dirinya sebelum ini.
“Bagi menjernihkan keadaan artis lelaki berkenaan perlu tampil memberi penjelasan atau penafian. Jika tidak bersalah atau dianiaya, segera membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sebelum ini, artis lelaki berkenaan yang pernah menjadi pelakon tambahan dalam beberapa filem termasuk satu cerita ala gangster, kini dilihat lebih banyak berlakon sebagai pelakon tambahan dalam drama tempatan.
Malah, beberapa tahun lalu, kisah percintaannya bersama rakan artis wanita yang kini sudah bergelar isteri kepada seorang pengarah terkenal, menjadi isu panas apabila gambar bercium mereka mula tersebar di media sosial.
Selain itu, pelakon lelaki itu pernah dituduh memukul dan mencekik teman wanitanya namun dinafikannya sebelum berpisah dengan teman wanitanya itu.
Zainal berkata, dalam era internet ketika ini, penafian semata-mata tidak dapat membantu sebaliknya perlu disertakan dengan bukti dan perbuatan itu amat memalukan sebagai seorang yang beragama Islam.
Katanya, golongan artis perlu mengetahui batas-batas mereka sebagai seorang Islam dan menjadi pelakon atau penyanyi bukan tiket untuk bebas melakukan apa sahaja kerana mereka akan menjadi ejen perosak kepada anak muda.
Ammar Alfian Insaf, Minta Isu Gambar Separuh Bogel Tidak Diperbesarkan
Ammar Alfian minta semua pihak tidak sebar gambar lamanya lagi.
PETALING JAYA: Pelakon dan model Ammar Alfian meminta isu gambar separuh bogelnya dengan seorang wanita yang menjadi viral di laman sosial tidak diperbesarkan lagi kerana peristiwa itu sudah lama berlaku.
Ammar atau nama sebenarnya, Ammar Alfian Aziz, 28, berkata, dia terkejut bagaimana perkara yang sudah lapan tahun terjadi itu timbul sekali lagi sedangkan dia sudah pun memberi penjelasan berhubung perkara itu sebelum ini.
"Saya harap orang ramai tidak sebarkan gambar-gambar itu lagi kerana ia diambil ketika usia saya 19 tahun dan saya akui ia kesilapan saya yang tidak matang lagi waktu itu.
"Perkara ini sudah pernah jadi kontroversi sewaktu saya masuk dalam industri seni dan saya pun sudah beri penjelasan mengenainya," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.
Ammar berkata demikian ketika diminta mengulas tentang laporan sebuah akhbar tempatan mengenai penyebaran gambarnya bersama seorang wanita dalam keadaan agak seksi.
Laporan yang tidak menyatakan nama artis itu memetik rungutan seorang pegawai kerajaan yang terkejut selepas menerima imej gambar berkenaan menerusi aplikasi mesej WhatsApp miliknya.
Dalam pada itu, Ammar berkata, dia sendiri sudah menyesali perbuatan tersebut dan sedang dalam proses untuk membersihkan namanya daripada persepsi negatif masyarakat.
"Usahlah ungit perkara lama dan saya sudah tidak buat lagi perkara begitu. Sekarang fokus saya untuk bersihkan nama dan bersaing dalam industri hiburan ini secara sihat," ujarnya.
Sementara itu, Ammar berkata, dia bakal keluar dengan drama terbaharu berjudul Nasuha pada 10 Februari ini di TV9 terbitan Zeel Productions.
Ammar berkata, dia terpaksa menurunkan berat badan bagi menyesuaikan dengan wataknya dalam drama ini.
"Alhamdulillah kerjaya lakonan saya semakin baik dan drama terbaru saya berjudul Nasuha akan disiarkan pada 10 Februari ini.
"Untuk drama ini pengarah menyuruh saya menurunkan berat badan sedikit daripada 80 ke 70 kilogram kerana mereka kata badan saya terlalu besar," ujarnya.
PETUGAS di Unit forensik (DVI) polis Jawa Timur, Indonesia terkejut sebaik mendapati mayat nahas pesawat QZ8501 yang disangka manusia adalah seekor monyet.
Memetik laporan dari Kompas, Ketua pasukan DVI Jawa Timur, Komisaris Besar Budiyono berkata, penemuan tersebut disahkan menerusi ujian DNA yang dilakukan ke atas mayat itu.
“Jenazah dilabelkan B077 yang tiba di Hospital Bhayangkara Polis Daerah Jawa Timur ternyata bukan manusia tetapi sejenis primat. Ia mungkin dari spesis monyet,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan portal tersebut.
Menurut Budiyono, ciri-ciri fizikal haiwan itu juga berbeza dengan ciri-ciri fizikal seorang manusia.
“Kulit bahagian belakangnya sangat tebal, keras dan kasar. Ia bukan menunjukkan ciri-ciri fizikal manusia,” katanya lagi.
Siasatan awal itu diperkuat dengan ketinggian tubuh bangkai itu yang hanya sepanjang 30-35 sentimeter.
Kuala Lumpur: Seorang pelajar lelaki ‘terlampau' cuba menggoda murid perempuan berusia 12 tahun dengan menghantar pelbagai gambar lucah ke telefon pintar mangsa.
Suspek yang juga pelajar sekolah menengah itu dikesan sengaja menghantar gambar kemaluan lelaki dan wanita itu menggunakan aplikasi WheChat selepas berkenalan dengan mangsa.
Tindakan itu bagaimanapun disedari oleh ibu mangsa selepas memeriksa telefon pintar milik anaknya itu, kelmarin.
Wanita terbabit kemudian menghubungi penganalisis jenayah Kamal Effendi Hashim bagi mendapatkan pandangan sebelum disarankan membuat laporan polis berhubung tindakan suspek remaja itu.
Kamal berkata, tindakan pelajar lelaki salah sebuah sekolah menengah di ibu kota itu amat menjijikkan berikutan usianya yang masih mentah.
"Berdasarkan pemeriksaan pada telefon bimbit itu, suspek yang berusia 15 tahun terbabit turut menulis perkataan melampau ‘dulu aku bukan cinta kau sangat! aku hanya bernafsu dengan kau sahaja'.
Pengguna-penggun komputer, berhati-hatilah! Teknologi telah berkembang dengan begitu pantas sehingga anda kini boleh diugut oleh malware yang "menculik" komputer anda, dan menyekat akses kepada fail-fail anda yang mungkin mengandungi maklumat sensitif atau penting. Akses anda akan dikembalikan selepas anda telah membayar "penculiknya".
Perisian mengancam ini, yang juga dikenali sebagai "ransomware", kelihatan seperti bentuk mesej ‘pop up’ yang mensasarkan pengguna komputer, dengan mendakwa bahawa ia telah mengunci sistem komputer dan mengenkripsi semua fail, melainkan jika pengguna membayar suatu jumlah untuk mendapatkan semula akses.
Walau bagaimanapun menurut CyberSecurity Malaysia, kebanyakan masanya komputer ini masih dijangkiti malware itu, dan penggunanya kehilangan wang mereka.
"Pencipta ransomware membuatkan mangsa mereka ketakutan dan panik, menyebabkan mereka klik sebuah pautan atau membayar wang tebusan, dan kemudiannya dijangkiti dengan lebih banyak malware.
“Ransomware tidak hanya mensasarkan pengguna rumah, perniagaan-perniagaan juga boleh terjangkit, yang boleh membawa kesan negatif, termasuk kehilangan maklumat sensitif atau proprietari secara sementara atau kekal, gangguan kepada operasi perniagaan, kerugian kewangan yang ditanggung bagi memulihkan sistem dan fail, dan ancaman terhadap reputasi sesebuah organisasi," kata ketua pegawai eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr Amirudin Abdul Wahab dalam sebuah kenyataan akhbar.
Mesej-mesej pop-up pada skrin komputer boleh memaparkan kandungan seperti "komputer anda telah digunakan untuk melawat laman-laman web dengan kandungan yang tidak dibenarkan. Untuk membuka kunci komputer anda, anda perlu membayar denda $100" atau "Semua fail pada komputer anda telah dienkripsi. Anda mesti membayar wang tebusan ini dalam masa 72 jam, untuk mendapatkan semula akses kepada data anda.”
Ransomware boleh menyamar sebagai e-mel yang tidak disyaki pengguna komputer, mendorong mereka untuk klik pada pautan yang disediakan.
CyberSecurity Malaysia menyatakan bahawa kerosakan itu boleh dikurangkan jika pengguna tidak mengikut arahan yang disediakan, dan menghubungi agensi itu dan membuat laporan melalui pusat bantuan Cyber999.
Disyorkan juga supaya pengguna-pengguna komputer sering menyalin fail-fail penting mereka dan mengemaskini perisian antivirus, untuk mengelakkan ransomware ini.
Ransomware ini yang dipercayai telah muncul pada tahun 1989, akan mencetuskan muatan yang mendakwa bahawa perisian komputer pengguna itu telah tamat tempoh, mengenkripsi fail, dan meminta pengguna membayar untuk "membuka" fail.
Syarikat keselamatan McAfee menganggarkan bahawa pada tahun 2013, terdapat sekurang-kurangnya 250,000 ransomware unik.
Kes ransomware yang paling baru dan serius adalah CryptoLocker yang muncul pada tahun 2013, di mana pengguna akan mengalami penutupan keseluruhan dan tidak dapat mengakses mana-mana fail mereka.
Menurut akhbar harian UK, The Guardian, syarikat keselamatan itu mendakwa mereka yang terkena ransomware CryptoLocker akan melihat fail dan salinan mereka dihapuskan sama sekali, dan tidak memiliki peluang untuk mendapat kembali fail mereka.
Walau bagaimanapun, CryptoLocker mudah dikesan oleh perisian anti-virus dan dihapuskan, selagi ia tidak diaktifkan.
Perkara yang terbaik untuk pengguna komputer lakukan adalah supaya tidak klik pautan-pautan yang dikirimkan sumber-sumber yang tidak diketahui. Di samping itu, lindungi komputer dan data anda dengan sebuah perisian anti-virus yang berkesan.
Madu asli atau palsu? Itulah persoalan yang kerap ditanya setiap kali didekati penjual madu di jalanan.
Pada hakikatnya, madu palsu memang wujud di pasaran hari ini (mungkin disebabkan harga tinggi untuk sesetengah jenis madu seperti madu tualang). Malah, ada yang percaya 80% madu yang berada di pasaran adalah madu palsu!
Bagi mereka yang yakin akan khasiat madu dan mengamalkan pengambilan madu, perkara yang paling sukar ialah untuk mendapatkan bekalan madu yang asli dan berkualiti. Tertipu duit mungkin perkara kecil, yang lebih penting adalah kesihatan diri dan keluarga tidak terjamin dan boleh memudaratkan badan.
Jadi, pengetahuan dan pengalaman dalam cara membezakan madu asli dan palsu amat penting. Bagi madu asli pula, anda boleh menggunakan cara-cara di bawah untuk memastikan tahap keaslian dan kualitinya.
Madu asli tidak mengeras di dalam peti sejuk. Madu yang mengeras apabila disejukkan bukanlah semestinya palsu, tetapi ini menunjukkan kandungan air yang tinggi dan kurang berkualiti. Madu asli juga kadang-kala mempunyai kandungan air disebabkan keadaan cuaca dan proses pembungkusan.
Madu asli tidak akan dihurungi semut. Pelik, tetapi benar! Madu adalah satu-satunya makanan manis yang tidak disukai oleh semut. Hanya madu palsu yang mengandungi gula pemanis akan dimakan semut.
Madu asli akan mengumpal di dalam air. Sesudu madu asli yang dituangkan di dalam air (tanpa dikacau) akan mengumpal dan jatuh di dasar air. Madu palsu akan bercampur dengan air (sebanyak mana bergantung kepada kandungan air di dalamnya).
Madu asli tidak putus bila ditarik. Madu asli yang ditarik tinggi hanya akan membentuk alur yang halus apabila mengalir turun dan tidak putus. Madu palsu (atau madu asli yang mempunyai kandungan air yang tinggi) akan putus-putus pengalirannya.
Madu putih selalunya palsu. Madu putih yang selalunya dikatakan royal jelly oleh penjual jalanan biasanya adalah palsu. Pertama, royal jelly biasanya hanya diperoleh dalam kuantiti yang sangat sedikit dan jarang memenuhi satu botol (seperti botol-botol yang dijual di jalanan). Bayangkan, produk yang mengandungi royal jelly beberapa gram sudah mencecah ratusan ringgit. Kedua, royal jelly perlu sentiasa disejukkan kerana khasiatnya sensitif kepada suhu. Oleh itu, royal jelly tidak sesuai dijual di jalanan.
Madu asli mempunyai sijil ketulenan. Ini mungkin bukan cara yang terbaik untuk mengenalpasti ketulenan madu, tetapi jika anda biasa membeli madu di pasar raya, pilihlah madu yang mempunyai sijil seperti Kosher, Organik, UMR® (untuk madu manuka sahaja) dan Halal.
Madu asli akan menyebabkan kuning telur masak dengan sendirinya. Cara ini seumpama lagenda kerana tidak ramai yang berjaya menggunakannya, walaupun dengan madu asli. Ini kerana hanya madu yang benar-benar segar mengandungi enzim-enzim aktif yang ‘memasak’ kuning telur. Sekiranya anda mendapat madu yang boleh ‘memasak’ kuning telur, madu tersebut adalah benar-benar berkualiti dan segar!
Madu asli mempunyai komposisi gula tertentu. Cara yang paling tepat untuk membezakan madu asli dan palsu adalah dengan menjalankan ujian makmal. Madu asli dan tulen mempunyai nisbah komposisi glukosa dan fruktosa antara 0.30 – 1.35 sahaja. Madu palsu sukar untuk menyamai nisbah ini.
Paul Phua Wei Seng, yang berdepan pertuduhan menjalankan perjudian haram di Las Vegas, tidak mempunyai kaitan dengan kongsi gelap terkenal 14K ketika ditahan di Malaysia 10 tahun lalu, menurut sumber polis.
Phua, 51, menghias dada akhbar apabila Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi menulis surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS) memaklumkan bahawa 'raja judi' itu tiada kaitan dengan 14K.
Kumpulan 14K sebuah kongsi gelap antarabangsa yang terlibat dengan penjualan dadah, judi haram, penyeludupan manusia, pelacuran dan penggubahan wang haram.
Serbuan di Miri pada 2004, kata sumber polis, bertujuan membanteras perjudian haram yang beroperasi di sebuah kondominium selepas mendapat maklumat.
Bagaimanapun, polis sendiri terkejut apabila Phua didapati antara 22 orang yang ditahan di tempat itu.
Menurut sumber itu lagi, serbuan semasa perlawanan akhir Piala Euro 2004 itu menjadi yang terbesar pada masa itu.
Ketika itu, Phua sudah diketahui dengan perjudian atas talian tetapi polis sukar menahannya ekoran jaringan “perhubungan luasnya”.
Operasi itu sendiri dijalankan penuh rahsia, malah sesetengah pegawai polis atasan sendiri tidak tahu tentangnya.
“Hanya Phua dan pemilik kondo itu rakyat Malaysia, yang lain (pihak tertangkap) daripada Taiwan, Vietnam dan Hong Kong.
“Kami tak jangkakan Phua akan ada di situ. Kami buat persediaan banyak. Pasukan terlibat dipilih secara khas,” kata sumber polis.
Pihak yang enggan dinamakan itu juga berkata semasa soal siasat Phua berkata beliau datang untuk menyelia operasi itu.