"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gempa bumi landa Sulawesi Utara

Bernama

JAKARTA: Gempa bumi bermagnitud 6.0 melanda wilayah Sulawesi Utara di Indonesia pada Sabtu, namun tidak mencetuskan tsunami, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu.

Gempa berlaku pada 3.55 petang waktu tempatan berpusat di Melonguane, Pulau Talaud, lapor Xinhua memetik agensi itu.

Gegaran itu tidak berpotensi mencetuskan tsunami.

'Dosa' 7 tahun lalu terbongkar akhirnya

Samadi Ahmad

am@hmetro.com.my

SPRM menahan reman seorang suspek lelaki yang merupakan konsultan bebas kerana disyaki menerima upah aktiviti pengubahan wang haram. Foto ihsan SPRM

SPRM menahan reman seorang suspek lelaki yang merupakan konsultan bebas kerana disyaki menerima upah aktiviti pengubahan wang haram. Foto ihsan SPRM

Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki yang berkhidmat sebagai perunding bebas selepas disyaki menerima upah daripada seorang wanita bergelar Datuk Seri bagi melakukan tugas membabitkan kegiatan pengubahan wang haram.

Menurut sumber, suspek berusia 70-an itu dipercayai menerima habuan dianggarkan lebih RM700,000 sekitar tahun 2016 hingga tahun 2017 sebagai balasan bagi melakukan kerja aktiviti pengubahan wang haram dengan membawa wang tunai yang disyaki hasil penipuan pelaburan.

"Suspek disyaki bersubahat dengan wanita bergelar Datuk Seri itu berhubung kegagalan mengisyhtiharkan sumber wang pelaburan tersebut bagi tujuan menipu syarikat milik individu berprofil tinggi.

Susulan itu, suspek direman selama lima hari bermula hari ini sehingga 14 Februari selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan reman yang dikemukakan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya tadi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan suspek pada 4 petang semalam ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Dedah skandal broker tanah, wartawan maut dibunuh

 Agensi

KEADAAN motosikal mangsa selepas dilanggar. FOTO Agensi

New Delhi: Pembunuhan seorang wartawan India yang melaporkan skandal mengenai broker tanah yang berkuasa mencetuskan kemarahan dan kebimbangan yang meluas terhadap keselamatan pekerja media di negara itu.

Shashikant Warishe, 48, menulis berita mengenai projek penapisan kontroversi di negeri Maharashtra dan broker hartanah, Pandharinath Amberkar yang didakwa terbabit dalam memperoleh tanah penduduk kampung untuk memberi laluan kepada pembangunan.

Beberapa jam selepas artikel itu diterbitkan, Warishe sedang mengisi minyak motosikalnya di sebuah petrol pam di Rajapur apabila dia digilis oleh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan meninggal dunia.

Portal Independent melaporkan, polis menahan Amberkar, 42, kerana disyaki memandu kenderaan itu dan didakwa atas tuduhan membunuh.

Warishe adalah satu-satunya orang yang bekerja dalam keluarganya dan meninggalkan ibu, isteri dan anak lelaki mereka yang berusia 18 tahun.

Pengarang akhbar harian, Mahanagari Times Sadashiv Kerkar berkata, mangsa adalah seorang wartawan yang terkenal dengan kerjanya membuat liputan projek penapisan itu, tetapi tiada siapa yang pernah membayangkan dia akan dibunuh seperti itu.

"Kerja beliau secara konsisten tertumpu kepada isu tempatan, politik dan beliau menulis berita yang menonjolkan nasib penduduk kampung yang terjejas oleh projek Penapisan Ratnagiri dan Petrokimia.

"Penduduk kampung selalu bercerita dan memaklumkan perkembangan di kawasan itu dan dia tidak gentar dan tidak takut apa-apa," katanya.

Pemerhati media Reporters Without Borders (RSF) berkata, Warishe sebelum ini menerima ugutan bunuh atas kerjanya.

Ketua Meja Asia-Pasifik RSF Daniel Bastard menggelar pembunuhan wartawan itu mengejutkan dan tidak boleh ditoleransi serta meminta pembunuhnya dibawa ke muka pengadilan.

Kerkar berkata, Warishe menghubunginya pada Ahad memberitahu mengenai berita diperolehnya sehari sebelum tragedi meragut nyawanya itu.

"Saya bertanya kepadanya sama ada dia mempunyai bukti untuk membuktikannya dan dia berkata ya, jadi kami meneruskan penerbitan berita itu," kata Kerkar.

Laporan itu memuatkan gambar yang dikongsi oleh Amberkar mengenai dirinya bersama Perdana Menteri Narendra Modi, Ketua Menteri Negeri Eknath Shinde dan Timbalan Ketua Menteri Devendra Fadnavis.

Laporan itu menanyakan soalan mengenai mengapa seorang lelaki yang dikenali sebagai penyokong projek Kilang Penapisan dan Petrokimia Ratnagiri menghebahkan gambar dirinya bersama pemimpin politik.

Projek itu yang dinamakan sempena daerah Ratnagiri di pantai Konkan ditentang hebat penduduk tempatan yang berisiko tanah mereka diambil alih.

Ia dibatalkan pada 2019 tetapi kerajaan persekutuan India membayangkan untuk menghidupkan semula projek itu tahun lalu.

Dalam laporan beritanya, Warishe menamakan Pandharinath Amberkar dan mendakwa dia mempunyai sejarah kegiatan jenayah.

Mereka juga mendakwa, dia mempunyai aduan polis yang dibuat terhadapnya kerana mengancam penduduk tempatan yang menentang projek penapisan itu.

Amberkar ditangkap selepas kematian Warishe pada Selasa dan didakwa menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.

Dhananjay Kulkarni, penguasa polis Ratnagiri, memberitahu The Indian Express, motif di sebalik pembunuhan itu masih belum diketahui.

"Kami menahannya dan akan menyoal siasatnya untuk memastikan motif serta profesionnya," katanya.

- hmetro

Dr M keluar dari parti Pejuang yang ditubuhkannya

Faiz Zainudin

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Pejuang yang diterajui anaknya, Mukhriz kerana tidak bersetuju parti itu keluar Gerakan Tanah Air (GTA).

Bekas ahli Majlis Eksekutif Pusat Pejuang, Abu Bakar Yahya mengesahkan 13 pemimpin, termasuk Mahathir dan dirinya meletak jawatan serta keahlian serta-merta.

“Kami keluar sebab tidak boleh terima Pejuang keluar GTA, kami nak GTA,” kata bekas setiausaha politik Mahathir itu kepada FMT.

Beliau berkata, keputusan itu sudah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung Pejuang, Amiruddin Hamzah menerusi surat yang ditandatangani semua pemimpin terbabit.

Baki 11 pemimpin yang meninggalkan Pejuang adalah Timbalan Presidennya, Marzuki Yahya, bekas ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Khairuddin Abu Hassan, Afiqah Mohamad, Nurhairi Rahmat, Fyzul Adzwan Mustafa Kamal, Mohamad Jani, Ahamed Basheer, Azman Mohd Hashim, Mohd Jefrie Hussin, Armin Baniaz Pahamin dan Wan Azliana Wan Adnan.

Dalam surat itu, mereka menyuarakan kekecewaan terhadap Pejuang memutuskan hubungan dengan GTA, yang secara tidak langsung menyingkirkan mereka sebagai penggerak perjuangan gabungan itu.

Pada 16 Dis lalu, Mahathir meletak jawatan sebagai pengerusi Pejuang dan digantikan Mukhriz, tetapi bekas perdana menteri itu kekal sebagai ahli dan pengerusi GTA yang ditubuhkan menjelang PRU15.

Presiden Pejuang, Mukhriz pada 14 Jan lalu mengumumkan parti itu berundur daripada GTA bagi mengukuhkan kedudukannya sebelum menyertai gabungan berkenaan.

Bersatu N Sembilan sedia tawar jawatan MB pada KJ

Malaysiakini

Bersatu Negeri Sembilan bersedia menawarkan jawatan menteri besar kepada Khairy Jamaluddin jika bekas menteri itu mewakili Bersatu dalam pilihan raya negeri (PRN).

Ketua Bersatu negeri Eddin Syazlee Shith berkata parti itu tidak mempunyai masalah menawarkan jawatan itu kepada Khairy dengan mengatakan ia hanya "persoalan kecil".

"Kalau KJ (Khairy) sertai Bersatu dan bertanding di Negeri Sembilan, kita tiada masalah untuk tawarkan dia kerusi menteri besar.

"Bagi saya itu adalah persoalan kecil kerana pentingnya kita nak memastikan kemenangan dan semestinya siapa saja yang dirasakan ada nilai dan difikirkan sesuai oleh presiden, jadi dia boleh jadi menteri besar. Itu kita serah pada pucuk pimpinan," katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Eddin menambah memandangkan Khairy seorang pemimpin yang kuat, dia boleh menambah nilai kepada Bersatu jika menyertai parti itu.

“Tapi sehingga kini kita tak tahu status sebenar KJ (selepas dipecat daripada Umno),” kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan itu.

Bagaimanapun, Eddin mengakui PN dan Bersatu masih belum mengadakan sebarang pertemuan dengan Khairy di peringkat negeri bagi membincangkan perkara ini.

"Kita tak mahu terlalu ramai pergi jumpa, takut nanti ada perkara yang tak selari.

"Jadi kita serah pada pucuk pimpinan saja dan jika ada arahan susulan kita akan ikut," katanya.

Sebelum ini, dilaporkan Khairy sedang mempertimbangkan tawaran untuk bertanding di Selangor selain tawaran menjadi menteri besar sekiranya menang.

"Terdapat perbincangan dengan beberapa pihak dan terdapat juga perbincangan mengenai peranan itu," kata bekas menteri kesihatan itu dalam pertemuan dengan Kelab Concorde - kumpulan tidak rasmi editor dan wartawan kanan yang diketuai oleh Wong Chun Wai.

Bagaimanapun, bekas ahli parlimen Rembau itu belum memutuskan sama ada mahu menyertai PRN Selangor - yang mesti diadakan tahun ini.

Saman je jangan biar walaun ni

Permohonan maaf untuk jaga nama baik PM, kata anak Razman
Malaysiakini
story-image

Anak lelaki kepada Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria mempertahankan permohonan maaf yang dibuat bapanya kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Menurut Muhammad Rif'aat Razman, permohonan maaf itu dilakukan untuk "menjaga nama baik perdana menteri."

Katanya, kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes itu di luar mahkamah dan ia bukan penyelesaian sebelah pihak.

"Kedua-dua pihak setuju tarik kes masing-masing. Bukan kes sebelah pihak.

"Kalau nak panjang kes, lagi banyak pekung dibuka.

"Sebab Anwar ada kes yang sudah disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman. Kedua-dua belah pihak setuju kes ditutup, untuk jaga nama Anwar sebagai PM. Selesai," katanya yang juga ketua pemuda PAS Lenggong dalam satu komen di Facebook semalam.

Semalam Razman yang juga Adun Gunong Semanggol membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Anwar di Mahkamah Tinggi Ipoh kerana mendakwa perdana menteri itu membawa agenda LGBT ketika kempen pilihan raya umum tahun lepas.

Menurut peguam Anwar, SN Nair, permohonan maaf itu adalah sebahagian daripada perjanjian penyelesaian antara Razman dan anak guamnya.

Permohonan maaf itu dibuat selepas Anwar, yang juga Ahli Parlimen Tambun, mengeluarkan surat tuntutan kepada Razman bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM5 juta dan permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa dia membawa agenda LGBT dan menjadi boneka DAP.

Razman juga berjanji tidak akan mengulangi dakwaan tersebut pada masa hadapan.

Ketika dihubungi, Nair berkata mereka "sedar" dan sedang memantau komen Muhammad Rif'aat.

Pihaknya juga sedang berhubung dengan peguam Razman mengenai perkara itu, katanya kepada Malaysiakini.

Permohonan maaf Razman bukti fitnah jadi bahan kempen PAS

Malaysiakini

Permohonan maaf oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria terhadap Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim perlu dijadikan iktibar terutama oleh orang Melayu, kata Ahli Jawatankuasa Amanah, Faiz Fadzil.

Katanya, permohonan maaf itu juga membuktikan kempen PAS dan PN pada pilihan raya umum (PRU) lalu adalah berdasarkan fitnah semata-mata dengan menunggang isu kaum dan agama.

“Permohonan maaf ini perlu diambil iktibar oleh orang Melayu bahawa kempen PAS dan PN adalah dibuat dengan menunggang isu kaum dan agama yang mana ia fitnah semata-mata.

“Jelas, fitnah yang dibawa PAS ini menyimpang jauh daripada Islam.

“PAS kini bukan sahaja hilang kompas moral, tetapi juga nilai Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, kes saman fitnah oleh Anwar terhadap Razman selesai apabila Pesuruhjaya PAS Perak itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri di Mahkamah Tinggi Taiping.

Saman berkenaan berhubung ucapan Razman yang didakwa mengaitkan Anwar membawa agenda songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menurut Faiz permohonan maaf oleh Razman itu bukan isu peribadi, sebaliknya merupakan isu kepartian.

Ini kerana katanya, fitnah mengaitkan Anwar dengan LGBT itu dijadikan bahan kempen PAS dan PN dalam PRU lalu sehingga menyaksikan berlakunya gelombang hijau.

"Oleh itu, jelas PAS dan PN menang di kerusi-kerusi majoriti Melayu atas kempen fitnah dan pembohongan. Dari segi moral, adakah kemenangan PAS dan PN di 74 kerusi dalam PRU lalu sah?

“Ramai penganalisis politik berpendapat gelombang hijau ini bertitik tolak daripada kempen-kempen fitnah sebegini termasuk dakwaan PH menyokong agenda komunis dan Anwar Ibrahim ada hubungan dengan Israel.

“Dakwaan sebegini ternyata palsu apabila Anwar Ibrahim membawa agenda Madani dalam kerangka pentadbirannya,” katanya.

Doktor dari Malaysia tercampak dari katil

Mahaizura Abd Malik
mahaizura@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tangisan dan jeritan kedengaran sana sini selain suasana gelap-gelita dan huru-hara.

Itu detik cemas diceritakan seorang rakyat Malaysia, Dr Mohamad Zikri Ahmad Tarmidi, 30, ketika gegaran pertama berlaku di pusat gempa, Kahramanmaras, Turkiye, awal pagi Isnin lalu.

Mohamad Zikri berkata, bencana yang berlaku kira-kira 4.30 pagi dengan magnitud 7.4 itu meruntuhkan kira-kira 90 bangunan termasuk kediaman dan hospital di tempat tinggalnya di Osmaniye, negeri berdekatan sempadan Syria, kira-kira 100 kilometer dari pusat gempa itu.

Katanya, dia tidak menyangka diuji dengan bencana itu kerana baru tiba ke Khamis lalu selepas bercuti ke Malaysia.

"Masa gegaran kuat itu, saya terjaga dari tidur sebelum rasa goyang sampai tercampak dari katil. Ketika itu saya tahu memang tidak sempat turun tangga dan sejujurnya saya hanya ingat mati saja, tetapi kekuatan datang hingga saya dapat membuka balkoni sambil berpaut pada dinding sebelum melaungkan azan dengan kuat tiga kali. Saya nampak pusat jana kuasa utama meletup diikuti dengan percikan api dan wayar pencawang di kawasan rumah saya turut terputus sehingga menyebabkan seluruh Osmaniye bergelap," katanya.

Mohamad Zikri yang bertugas sebagai pegawai perubatan di sebuah klinik kesihatan pelarian di negeri itu berkata, dalam keadaan kelam-kabut itu dia hanya sempat mengambil telefon pintar serta dompetnya sebelum keluar menyelamatkan diri dari pangsapuri 10 tingkat itu.

"Saya menggunakan cahaya lampu telefon mencari barangan penting seperti pasport, tetapi saya sempat capai dompet saja kerana gegaran masih berlaku.

"Ketika itu, dua blok pangsapuri 90 meter di belakang rumah saya runtuh. Kalau ikutkan tiang utama pangsapuri saya retak, tetapi alhamdulillah Allah lindung kami apabila ia tidak runtuh," katanya yang menetap di Turkiye sejak lapan tahun lalu.

Katanya, gegaran berlaku selang satu hingga dua minit selama setengah jam pertama sebelum beransur-ansur perlahan.

"Pagi itu gegaran disusuli dengan hujan lebat serta suhu antara 0 hingga 2 darjah Celsius tetapi kesejukan itu tidak dapat mengatasi rasa takut kami. Masa itu saya dan semua penduduk yang terselamat panik, malah ada berlanggar sesama sendiri ketika menyelamatkan diri menggunakan kenderaan. Memang suasana huru hara dan gelap gelita hanya berpandukan cahaya lampu telefon bimbit selain terdengar suara kanak-kanak menangis dan jeritan orang memanggil ahli keluarga masing-masing," katanya.

Bapa kepada anak lelaki berusia empat tahun itu berkata, mereka berlindung di sebuah kedai makan yang terselamat dari runtuhan sebelum bantuan daripada Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (Afad) Turkiye tiba.

Anwar: Malaysia lemah, hilang arah akibat rasuah, tadbir urus buruk

Bernama

BANGKOK: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan Malaysia akan ditabir sebaiknya, selaras konsep Madani dan bangkit daripada kelemahan akibat tadbir urus buruk, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai peluang untuk bangkit dan maju, kembali sebagai negara demokrasi penting dalam kecemerlangan ekonomi, walaupun dengan pelbagai kekurangan sekitar 1990-an.

“Kita (sebelum ini) jadi lemah lalu hilang arah disebabkan tadbir urus buruk, rasuah dan salah guna kuasa. Bagi Malaysia, saya percaya negara dan rakyat berhak memperoleh yang lebih baik lagi.

“Kini kita miliki peluang, biar apa saja yang dikatakan mereka mengenai saya dan rakan-rakan saya dalam Kabinet – satu perkara yang pasti ialah saya tidak akan bertolak ansur. Mereka (menteri Kabinet) menjadi teraju bagi memastikan Malaysia ditadbir dengan baik buat rakyat Malaysia.

“Inilah yang dimaksudkan dengan Madani buat rakyat Malaysia,” katanya dalam majlis minum petang bersama rakyat Malaysia yang menetap di sini, sempena lawatan rasmi dua harinya ke Thailand.

Kira-kira 200 rakyat Malaysia yang menetap di Bangkok menghadiri acara hari ini. Turut hadir Menteri Luar, Zambry Kadir dan Duta Malaysia di Thailand, Jojie Samuel.

Anwar berkata, Malaysia di bawah kepimpinannya tidak akan berkompromi dengan rasuah.

“Rakyat Malaysia tidak boleh terima perkara ini (rasuah dan salah guna kuasa pentadbiran), Malaysia sebuah negara hebat, kita miliki kaum Melayu, Cina dan India yang hebat berwibawa.

“Mari kita bekerjasama, pilih yang terbaik, tolak rasuah, tolak mereka yang lemah, yang hanya boleh bertahan disebabkan rasuah mereka.”

Anwar berkata, beliau menyerahkan kuasa kepada kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof bagi memastikan mereka bekerjasama sebagai pasukan mantap.

“Sehingga kini, selepas dua bulan, kita telah bekerja dengan baik.”

Beliau berkata, Malaysia berhasrat menjalin kerjasama lebih erat dan rapat dengan Thailand dalam bidang keterjaminan makanan, teknologi maklumat dan pengangkutan.

“Saya berminat meningkatkan hubungan dua hala dengan Thailand kerana ia dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara.”

Selain itu, katanya, Malaysia dan Thailand berhasrat menyelesaikan pelbagai masalah tertangguh.

“Keutamaan kita adalah menyelesaikan pelbagai…Mesej kita jelas, kita akan melakukan apa saja yang wajar bagi memastikan hubungan cemerlang, dan menggunakan kecemerlangan ini bagi manfaat rakyat kedua-dua negara dari segi keterjaminan makanan, kehidupan, perdagangan, aktiviti bersama, usahasama dalam perniagaan dan perdagangan.

SPRM siasat bekas Perdana Menteri dan menantu

Kalbana Perimbanayagam
am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat seorang bekas Perdana Menteri dan menantunya berhubung kontrak kerajaan.

Sumber SPRM berkata, siasatan tertumpu kepada kemungkinan salah guna kuasa dalam pemberian Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe).

"SPRM sedang melihat proses pemberian kontrak itu diberikan dan kaitan syarikat berkenaan dengan mereka yang berkuasa pada masa itu," katanya.

Terdapat maklumat yang menyatakan NIISe, sebuah projek yang sedang dibangunkan untuk menggantikan mekanisme pendaftaran pekerja asing sedia ada oleh Jabatan Imigresen menjelang 2025 adalah projek yang bermasalah.

Semakan ke laman web jabatan itu menunjukkan 'Pasukan Projek Khas NIISe' dipertanggungjawabkan kepada seorang pegawai tadbir dan diplomatik Ruslan Atan.

"SPRM mungkin akan memanggil anggota kanan pentadbiran terdahulu sebagai sebahagian daripada siasatannya," kata sumber itu.

Pada Isnin, New Straits Times melaporkan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, NIISe akan diperkenalkan dalam masa dua tahun dengan semua urusan berkaitan imigresen, termasuk yang kini diuruskan pihak luar seperti MyEG, kembali kepada jabatan itu.

Beliau berkata, sistem baharu itu kini sedang dibangunkan oleh Iris Corporation Bhd.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi pernah berkata, menantu bekas Perdana Menteri itu mungkin saudara yang tidak dinamakan seperti yang disebut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau bercakap mengenai kroni dan saudara yang dianugerahkan kontrak yang lumayan.

Menantu pemimpin itu juga dinamakan dalam laporan media sebelum ini sebagai antara seorang pemain utama dalam kontrak untuk NIISe.

Beliau juga disebut secara meluas dalam Program Pengampunan 6P jabatan itu beberapa tahun lalu untuk mendaftarkan warga asing tanpa izin.

Akhirnya lebai PAS mohon maaf kepada Anwar

K. Parkaran

Razman Zakaria bersama peguamnya Naran Singh (kiri) dan peguam Anwar Ibrahim, SN Nair di Mahkamah Tinggi Taiping hari ini.
TAIPING: Ketua PAS Perak Razman Zakaria memohon maaf kepada Anwar Ibrahim hari ini kerana mendakwa Anwar membenarkan amalan LGBT, dalam ceramah pada kempen pilihan raya tahun lepas.

Permohonan maafnya dibuat di Mahkamah Tinggi di sini sebagai sebahagian daripada penghakiman persetujuan untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar terhadapnya.

Peguam Anwar, SN Nair berkata, anak guamnya bersetuju dengan penyelesaian itu sebagai tanda muhibah dan membiarkan perkara itu selesai “demi kepentingan semua pihak”.

“Apabila seorang individu menyesal (atas perbuatannya) dan memohon maaf dengan suci hati, seorang pemimpin yang baik budinya akan menerima permohonan maaf itu dan menarik balik saman,” kata Nair sambil menambah ,penyelesaian itu telah menyangkal tuduhan terhadap Anwar.

Saman itu difailkan pada 5 Dis berhubung dakwaan Razman bahawa Anwar berkata dalam ucapan kempennya beliau akan mempromosikan agenda LGBT, membenarkan perkahwinan sejenis dan menyokong agenda komunis, jika menjadi perdana menteri.

Anwar, yang juga pengerusi Pakatan Harapan dan presiden PKR, bertanding sebagai Ahli Parlimen Tambun pada PRU15 November tahun lepas.

Beliau menang dengan majoriti 3,736 undi, mengalahkan Ahmad Faizal Azumu daripada Bersatu dan dua calon lain. Anwar dilantik menjadi perdana menteri pada 24 Nov.

Razman ialah ADUN Gunong Semanggol dan ketua pembangkang di Perak.

Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Taiping itu, Anwar menuntut ganti rugi RM5 juta dan injunksi untuk menghalang Razman daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah terhadapnya.

Menurut pernyataan tuntutan, dakwaan Razman membayangkan bahawa Anwar telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Ahli Parlimen, juga seorang penipu, pengkhianat, munafik dan bukan orang Islam yang baik.

PAS saran parti tanding PRN Selangor namakan calon MB, exco

FMT Reporters

PETALING JAYA: Parti politik yang ingin bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Selangor disaran menamakan calon menteri besar dan barisan exconya untuk dinilai pengundi.

Bendahari PAS Pusat, Iskandar Abdul Samad berkata pengundi lebih cerdik dan bermaklumat kerana tahu siapa yang akan menerajui pentadbiran, jika sesebuah parti atau pakatan politik memenangi PRN.

“Amalan hanya menamakan calon menteri besar dan juga barisan exco selepas memenangi pilihan raya adalah amalan lapuk ketinggalan zaman dan tidak sesuai di negeri maju seperti Selangor.

“Kenyataan seperti undi saja kami, nanti kami tahulah nak buat apa, tidak lagi dapat diterima dalam politik moden hari ini sepertimana telefon Nokia 3010,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, sekiranya parti politik serius memenangi PRN, calon mereka mesti berkemampuan mentadbir negeri.

“Majoriti pengundi bukan ahli parti, mereka tidak memiliki taat setia kepada mana-mana parti dan tiada masa untuk sebarang sentimen dalaman yang lazimnya menguasai orang parti,” katanya.

Iskandar berkata, pengundi akan memilih calon berdasarkan merit dan kadangkala terdapat parti yang jahil terhadap faktor mempengaruhi pengundi membuat pilihan.

Beliau turut mengingatkan parti politik tidak “syok sendiri”, sebaliknya bertanyakan rakyat apa yang mereka mahu.

“Jangan pula kita merasakan calon kita hebat berdasarkan kerja-kerja mereka di dalam parti, tetapi ditertawakan rakyat.

“Soalan yang pengundi akan tanya adalah mana lagi hebat calon pembangkang atau wakil rakyat sekarang? Dan juga, calon MB dan exco pembangkang atau MB dan exco sekarang?”

Untuk itu, katanya, jawablah dengan ikhlas tanpa sebarang prejudis

Pegawai polis bergelar ‘Datuk’ antara 7 didakwa bunuh lelaki di Tawau

Bernama
Seorang daripada suspek yang dibawa ke Mahkamah Majistret Tawau hari ini. (Gambar Daily Express)
TAWAU: Seorang pegawai kanan polis bergelar Datuk bersama lima anggota polis dan seorang awam didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh dan bersubahat membunuh seorang pemandu e-panggilan di sebuah ladang sawit di Tawau bulan lalu.

Lima anggota polis itu ialah Rosdi Rastam, 44, Dennis Enit, 44, Fabian Rungam, 43, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 39, serta orang awam Vivien Fabian, 34, didakwa dengan niat bersama membunuh Nurman Bakaratu, 61.

Seorang lagi tertuduh yang merupakan pegawai kanan polis bergelar Datuk, Mat Zaki Md Zain, 58, didakwa bersubahat dengan enam individu itu untuk membunuh lelaki terbabit.

Semua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5 di Tawau antara 7.30 malam hingga 11.30 malam 13 Jan lalu.

Enam individu itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, manakala Mat Zaki didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 akta sama, dengan kedua-duanya memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dzul Elmy Mohd Yunus, serta tiada ikat jamin ditawarkan kepada tertuduh dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes 11 April ini.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad, Khairul Azreem Mamat, Muhammad Ilmami Ahmad, Rohaiza Abdul Rahman, dan Mohammad Fakhrurazzi Ahmad Salim.

Tertuduh Rosdi diwakili peguam Kamarudin Mohamad Chinki serta Timothy Daut, manakala Khairul Azman diwakili peguam Chen Wen Jye, Ram Singh dan Kimberly Ye, bagaimanapun lima lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, tiga lagi individu yang dibawa ke mahkamah membabitkan kes sama diberi bon jaminan untuk hadir sebagai saksi pendakwaan, iaitu orang awam Shim Vui Nyen dan dua anggota polis, Usman Lanaga dan John Kennedy Sanggah.

Dzul Elmy menetapkan bon jaminan masing-masing RM20,000 untuk dua saksi polis, manakala RM10,000 bagi saksi awam.

Terdahulu, lori polis yang membawa semua tertuduh tiba di perkarangan mahkamah Tawau dengan kawalan ketat dan bergari pada 1.48 tengah hari, sebelum prosiding bermula 2.50 petang.

Pada 30 Jan lalu, penganggur Nurima Juli, 33, didakwa di Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan membunuh Nurman di ladang sawit berhampiran Jalan Anjur Juara, Jalan Apas, Batu 5 antara 7.30 malam hingga 9 malam 13 Jan lepas.

Tujuh termasuk pegawai dan anggota polis didakwa dalam kes bunuh

Malaysiskini 

Tujuh individu terdiri daripada seorang pegawai kanan dan lima anggota polis serta seorang awam didakwa di Mahkamah Majistret di Tawau hari ini atas tuduhan membunuh dan bersubahat membunuh seorang lelaki pemandu e-hailing bulan lepas di sebuah ladang sawit di Tawau.

Lima anggota polis itu ialah Rosdi Rastam, 44, Dennis Enit, 44, Fabian Rungam, 43, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 39, dan orang awam Vivien Fabian, 34, didakwa dengan niat bersama membunuh Nurman Bakaratu, 61.

Seorang lagi tertuduh yang merupakan pegawai kanan polis Datuk Mat Zaki Md Zain, 58, didakwa bersubahat dengan enam individu itu untuk membunuh lelaki tersebut.

Semua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5, Tawau antara 7.30 malam hingga 11.30 malam pada 13 Jan lalu.

Enam individu itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama manakala Mat Zaki didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 Kanun, yang kedua-duanya memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dzul Elmy Mohd Yunus serta tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 11 April ini.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Muhamad Iskandar Ahmad, DPP Khairul Azreem Mamat, DPP Muhammad Ilmami Ahmad, DPP Rohaiza Abdul Rahman dan DPP Mohammad Fakhrurazzi Ahmad Salim.

Tertuduh Rosdi diwakili peguam Kamarudin Mohamad Chinki serta Timothy Daut manakala Khairul Azman diwakili peguam Chen Wen Jye, Ram Singh dan Kimberly Ye bagaimanapun lima lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, tiga lagi individu yang dibawa ke mahkamah membabitkan kes sama diberi bon jaminan untuk hadir sebagai saksi pendakwaan iaitu orang awam Shim Vui Nyen dan dua anggota polis Usman Lanaga dan John Kennedy Sanggah.

Dzul Elmy menetapkan bon jaminan masing-masing RM20,000 untuk dua saksi polis manakala RM10,000 bagi saksi awam.

Terdahulu, lori polis yang membawa kesemua tertuduh tiba di pekarangan mahkamah Tawau dengan kawalan ketat polis dan bergari pada 1.48 tengah hari sebelum prosiding bermula pada 2.50 petang.

Pada 30 Jan lalu, seorang penganggur Nurima Juli, 33, didakwa di Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan membunuh Nurman di ladang sawit berhampiran Jalan Anjur Juara, Jalan Apas, Batu 5, di Tawau antara 7.30 dan 9 malam, 13 Jan lepas.

- Bernama

Azmin calon MB Selangor? Iskandar kata ramai calon lain juga layak

Malaysiakini

Ketika muncul bayangan bahawa Azmin Ali mungkin dicalonkan Perikatan Nasional (PN) sebagai menteri besar Selangor, seorang pemimpin kanan PAS sebaliknya kelihatan tidak senang dengan langkah tersebut.

Selain menganggap pengumuman itu sebagai terlalu awal Bendahari PAS Pusat, Iskandar Abdul Samad, berkata terdapat ramai calon lain yang turut layak dinamakan untuk jawatan tersebut.

"Ketika kita menunggu tarikh PRN (pilihan raya negeri), senario politik Selangor dikejutkan dengan spekulasi bahawa Azmin akan kembali menjadi menteri besar tetapi kali ini mewakili PN.

"Respon saya kepada berita tersebut ialah: terlalu awal untuk menamakan calon menteri besar dan terdapat ramai calon lain yang juga layak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu PN Selangor dilaporkan berkata mereka tidak menolak kemungkinan mencalonkan Azmin sebagai menteri besar sekiranya berjaya memenangi PRN di Selangor nanti.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya PN Selangor Zulkafperi Hanafi berkata peluang sentiasa terbuka kepada bekas ahli parlimen Gombak itu untuk diangkat sekali lagi menjadi menteri besar.

Namun kata ahli Parlimen Tanjong Karang itu segala keputusan terletak kepada kebijaksanaan pemimpin PN bagi menentukan calon terbaik menjawat jawatan penting berkenaan.

Walaupun tewas di kerusi parlimen Gombak dalam PRU ke-15 pada Nov tahun lalu, Azmin masih menjadi Adun Bukit Antarabangsa.

Dia pernah menjadi menteri besar Selangor bagi kerajaan PH antara Sept 2014 sehingga 19 Jun 2018. Dia yang pernah menjadi timbalan presiden PKR kemudian melepaskan jawatan tersebut untuk menyertai kabinet Dr Mahathir Mohamad.

Azmin kemudian mengetuai sekumpulan ahli parlimen PKR untuk berpaling tadah meninggalkan PH dalam Langkah Sheraton yang menyaksikan jatuhnya kerajaan tersebut.

Usah syok sendiri

Dia kemudian dilantik menjadi menteri kanan dalam kabinet Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.

Iskandar berkata dia berpendapat mana-mana parti yang menyertai PRN bukan saja perlu menamakan calon menteri besar masing-masing, malah barisan exconya.

Memberi amaran bahawa pengundi sekarang lebih cerdik dan bermaklumat, Iskandar berkata, mereka memang mahu tahu bentuk kerajaan yang ditawarkan oleh sesebuah parti sebelum membuat keputusan memberikan undi masing-masing.

Tindakan menamakan calon menteri besar dan barisan exco selepas memenangi pilihan raya, katanya, adalah amalan ketinggalan zaman dan tidak sesuai di negeri maju seperti Selangor.

"Justeru jika parti-parti serius untuk memenangi PRN, calon-calon mereka mesti yang berkemampuan untuk mentadbir negeri.

"Ini penting terutamanya bagi negeri seperti Selangor yang merupakan pusat ekonomi negara dan dengan aset bernilai berbilion-bilion ringgit.

"Majoriti pengundi adalah bukan ahli parti, mereka tidak memiliki sikap taat setia kepada mana-mana parti dan tidak ada masa untuk sebarang sentimen dalaman yang lazimnya menguasai orang-orang parti," jelasnya.

Tegas bekas exco Selangor itu lagi, pengundi mahu memilih calon berdasarkan merit, namun kadangkala terdapat parti yang "jahil" terhadap faktor-faktor mempengaruhi pilihan pengundi.

"Jadi kepada parti-parti politik, jangan syok sendiri, tetapi bertanyalah kepada rakyat apa yang mereka mahu.

"Jangan pula kita merasakan calon-calon kita hebat berdasarkan kerja-kerja mereka di dalam parti tetapi ditertawakan oleh rakyat," kata Iskandar.

Goldman Sachs digesa bayar hutang RM6 bilion kepada Malaysia

FMT Reporters

PETALING JAYA: Goldman Sachs mengambil kesempatan atas “rundingan tidak mencukupi” yang dibuat oleh kerajaan terdahulu pimpinan Muhyiddin Yassin untuk menangguhkan pembayaran sejumlah besar yang masih terhutang kepada Putrajaya bawah perjanjian penyelesaian yang dimeterai lebih dua tahun lepas, kata bekas menteri kewangan kedua Johari Ghani.

“(Goldman) harus membayar balik secara tunai baki USD1.4 bilion (RM6 bilion) kerugian 1MDB dengan segera, tanpa berdalih lagi,” kata Johari kepada Thomson Reuters.

Menurut laporan terbabit, perjanjian antara bank pelaburan Amerika Syarikat itu dan kerajaan Muhyiddin menjangkakan Malaysia akan menerima jumlah itu dalam bentuk aset 1MDB menjelang 2025, sebagai sebahagian daripada penyelesaian USD3.9 bilion (RM16.77 bilion) yang dicapai berhubung kerugian yang ditanggung oleh 1MDB.

Itu perjanjian yang tidak bagus bagi Malaysia, kata seorang pegawai undang-undang kerajaan yang tidak dinamakan kepada Reuters.

“(Kerajaan) sepatutnya menuntut wang tunai dalam bank, bukan aset. Mereka telah kehilangan inisiatif.

“Persoalan mesti dibangkitkan tentang cara kerajaan membuat perjanjian itu. Ini pertikaian yang hanya boleh diselesaikan dengan pendedahan (perjanjian tersebut),” kata pegawai undang-undang itu yang dipetik sebagai berkata.

Beliau juga menggesa kerajaan untuk mendedahkan syarat-syarat perjanjian itu, yang setakat ini disembunyikan, didakwa kerana peruntukan kerahsiaan melarang ia diterbitkan.

Pertikaian antara bank itu dan Putrajaya tertumpu pada dua perkara – penilaian aset 1MDB, dan keengganan Malaysia untuk mengejar aset asing yang dikenal pasti oleh Goldman mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Satu aspek pertikaian itu berkait dengan peruntukan dalam perjanjian yang menyatakan bank itu menjamin Putrajaya akan menerima aset 1MDB bernilai USD500 juta (RM2.15 bilion) menjelang Ogos tahun lepas.

Jika itu tidak tercapai, Goldman diwajibkan membayar bayaran interim sebanyak USD250 juta kepada kerajaan.

Bagaimanapun, pembayaran itu tidak dibuat, dengan Goldman dan kerajaan tidak dapat bersetuju atas nilai aset yang dikenal pasti. Putrajaya berkata, aset-aset berkenaan hanya bernilai USD420 juta (RM1.8 bilion).

Goldman mempertikaikannya dengan berkata, kerajaan Malaysia telah “secara sepihak mengurangkan” nilai aset-aset tersebut sebanyak USD80 juta (RM344 juta).

Bank itu juga mendakwa kerajaan enggan memasukkan aset besar lain apabila menjadualkan hasil yang telah diperolehi semula.

“Goldman berpendapat Malaysia telah menerima USD500 juta, dan (kerajaan) kata tidak,” sumber yang rapat dengan bank itu dipetik sebagai berkata.

Bank itu juga mendakwa Malaysia tidak berusaha keras untuk mendapatkan semula aset yang dikaitkan dengan 1MDB.

“Anda perlu mengambil langkah untuk mendapatkannya. Ia tidak akan berlaku secara pasif,” kata sumber itu sambil menambah, Malaysia tidak “proaktif” dalam usaha meneruskan perolehan semula aset tersebut.

Dua minggu lepas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menuntut Goldman menghormati penyelesaiannya dengan kerajaan atas peranannya dalam skandal 1MDB. Katanya, bank itu tidak seharusnya menggunakan kekuatan kewangannya untuk menentukan syarat-syarat.

Dalam temu bual bersama Haslinda Amin daripada Bloomberg Television, Anwar menggesa agar Goldman menyelesaikan pertikaian berhubung perjanjian penyelesaian yang dimeterai pada Julai 2020 dengan Malaysia sekali gus.

KJ jejas imej sendiri jika sertai PN

FMT Reporters

PETALING JAYA: Bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak mampu menghapuskan imej konservatif Perikatan Nasional (PN) atau meredakan ketakutan dalam kalangan orang Melayu dan bukan Islam di bandar dengan apa yang digelar “gelombang hijau”, kata penganalisis.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM), berkata Khairy sebelum ini pernah menolak tawaran PN untuk berpaling tadah ketika masih bersama Umno juga berisiko menjejaskan imej progresifnya.

Pada Isnin, Khairy berkata, beliau menerima beberapa tawaran bertanding pada pilihan raya negeri Selangor, bahkan ada satu parti berhasrat menamakannya mengisi jawatan menteri besar.

Bagaimanapun, menurut The Star, bekas Ahli Parlimen Rembau dipecat Umno bulan lalu itu, enggan mendedahkan parti mana membuat tawaran sedemikian. 

Sumber terdekat memberitahu FMT, PN membuat tawaran itu kepada Khairy.

Fauzi berkata sekiranya Khairy memutuskan menyertai PN, gabungan itu akan bergantung kepadanya dengan harapan merampas negeri berkenaan. Namun, jika PN tumpas, nasibnya mungkin terumbang-ambing.

“Beliau kurang sokongan akar umbi dalam PN. Beliau akan dibiarkan bersendirian hinggakan penyokong pelbagai kaum dan di kawasan bandar mungkin meminggirkannya kerana berpihak kepada PN.

“Bersendiri dalam PN, Khairy berkemungkinan ‘ditelan’ oleh politik PN berbanding membentuk PN sebagai entiti pluralis selaras etos pegangannya,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya benar Khairy menyertai PN dan berakhir dengan pihak kalah, sukar bagi bekas menteri kesihatan itu kembali bangkit, sekali gus memusnahkan imej progresifnya.

Penganalisis politik, Wong Chin Huat, berkata menyertai PN merupakan perjudian bagi Khairy.

“Beliau pastinya membawa sebahagian besar pengundi pertengahan Melayu dan penyokong setia Barisan Nasional,” kata profesor dari Sunway Universiti kepada FMT. “Bagaimanapun, imejnya terjejas kerana bersekutu dengan PN, terutama jika PAS membuat kenyataan tidak masuk akal.”

Wong berkata, walaupun PN berjaya menarik Khairy, bukan Melayu dan liberal kekal menyokong PH dan BN.

MUJURLAH MASIH ADA RAFIZI….

Shahbudin Husin

Di ketika ramai memilih untuk menyetujui dan mengampu Anwar Ibrahim dalam isu perlantikan anaknya, Nurul Izzah atau setidak-tidaknya hanya berdiam diri bagi menyelamatkan masa depan sendiri, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sebaliknya masih lagi boleh dipuji dalam hal ini.

Beliau tetap tidak menyembunyikan suara dan pendiriannya yang kurang setuju dengan perlantikan Nurul Izzah sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri itu.

Selain Nurul Izzah, turut menjadi bualan ramai kerana dilihat suatu pengamalan nepotisme ialah tindakan Speaker Parlimen, Johari Abdul yang melantik anaknya sebagai pegawai khasnya.

Kedua-dua Anwar dan Johari bagaimanapun tetap mempertahankan perlantikan anak mereka itu dengan alasan ia adalah pro bono iaitu tidak dibayar gaji oleh kerajaan, selain mempunyai kelayakan yang bersesuaian.

Menyedari perlantikan itu sudah pun dibuat dan Anwar serta Johari sendiri ternampak tidak mahu berganjak, bahkan yang dilantik pula enggan melepaskan peluang, walau menerima kecaman ramai, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata, budaya nepotisme dengan melantik ahli keluarga sendiri ke jawatan tertentu dalam kerajaan perlu dielak pada masa akan datang.

“Saya berpandangan perkara ini perlu dielakkan oleh mana-mana kerajaan pada masa akan datang.

“Bagaimanapun bagi kes Nurul Izzah dan Iqbal, pelantikan sudah pun dibuat,” katanya sebagaimana dipetik Harian Metro.

Kini katanya, pelantikan itu diharap dapat dibuktikan dengan kedua-duanya mampu membawa nilai tambah yang boleh dibanggakan.

“Ia tidak melibatkan dana awam. Apa yang kita harapkan sekarang ialah mereka perlu buktikan mereka akan membawa nilai tambah,” tegas beliau.

Begitu pun Rafizi berkata, pihak yang terbabit dalam membuat keputusan sedemikian wajar mengambil perhatian terhadap pandangan rakyat dalam isu berkenaan.

“Di peringkat PKR, kita harap kita ‘move on’ dan cabaran itu ada pada Nurul Izzah dan Iqbal untuk membuktikan mereka ada nilai tambah dalam keadaan mereka tidak mengambil sebarang wang rakyat.

“Sudah pasti saya faham sentimen itu,” katanya dipetik sebagai berkata.

Secara sedar atau sengaja enggan mengakuinya, kita seharusnya berbangga dengan pendirian Rafizi dalam hal ini.

Pendiriannya yang tidak terbuai untuk bersetuju dan mengampu Perdana Menteri sepertimana kegemaran yang lain adalah ibarat permata yang mampu menyelamatkan PKR dan PH pada masa depan di ketika rakyat di luar secara majorinya menolak perlantikan nepotisme berkenaan.

Cuba kita bayangkan jika ketika ini Timbalan Presiden PKR pun turut sama menyokong dan mengampu Anwar selaku Perdana Menteri dalam perlantikan Nurul Izzah itu?

Atau jika ketika ini bukan Rafizi yang memegang jawatan Timbalan Presiden PKR, siapakah lagi yang boleh diharapkan untuk bersuara mewakili pendirian majoriti rakyat?

Hakikatnya, mujurlah masih ada Rafizi yang tetap sama jiwa dan pendiriannya seperti sebelum ini.

Jika tidak, disebabkan ramai yang ternampak mula terseronok dengan kemilaunya kuasa sekarang ini, malah tidak lagi menyebut perkataan reformasi sebagaimana dulu-dulu, entahlah….masih ada atau tidak masa depan PKR dan PH pada PRU16 nanti jika berterusan begini?

Semoganya dengan suara Rafizi ini, dua nepotisme itu adalah yang terakhir berlaku dalam kerajaan perpaduan berjenama Madani ini.

Sekali lagi, mujurlah masih ada Rafizi…(ShahbudinHusin 05/02/2023)

Ahli Parlimen PAS nafi label pengundi ‘tak kenang budi’

Predeep Nambiar

Tular video Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Mohamad dikatakan melabelkan beberapa pengundi bukan Islam tidak kenang budi kerana tidak undi PN. (Gambar Facebook)
GEORGE TOWN: Seorang ahli parlimen PAS menafikan dakwaan beliau menyifatkan pengundi bukan Islam sebagai “tidak kenang budi” dalam video yang dikongsi secara meluas, dengan mengatakan kenyataan itu diambil di luar konteks.

Klip 21 saat Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Mohamad menggambarkan beliau sebagai berkata, beberapa pengundi bukan Islam tidak bersyukur apabila mereka datang kepada PAS untuk mendapatkan bantuan tetapi enggan mengundi parti Perikatan Nasional.

Sebaliknya, Siti Mastura berkata, dia sebenarnya bercerita mengenai dakwaan dibuat oleh calon lain.

Dia turut memberikan video versi sama yang lebih panjang kepada FMT.

Dalam video itu, dia bercakap tentang nasihat daripada rakan parti dan Ahli Parlimen Kapar Halimah Ali bagaimana cara menarik lebih ramai pengundi bukan Islam.

Beliau berkata, rekod dan prestasi Halimah yang mengagumkan menyebabkan beliau berjaya mendapat sejumlah besar undi bukan Islam di Kapar.

“Saya tanya macam mana (Dr) Halimah boleh pikat undi bukan Islam? Selepas itu, dia kata, saya buat kerja bukan setahun dua tapi dah berbelas-belas tahun.

“Pada masa sama, dia turut menyampaikan dakwaan ada seorang calon di Pulau Pinang yang disebut dalam “post mortem” (mesyuarat pasca PRU15), mengatakan ada beberapa pengundi bukan Islam tak kenang budi.

“Bab khidmat dia orang nak kita, tapi bab undi depa tak mau kita,” katanya menerusi video dimuatnaik di TikTok Pemuda PAS.

Siti Mastura juga berkata, beberapa calon “top” Gerakan yang tewas pada PRU15 terus berusaha membantu selepas didekati pengundi.

Wanita bersekongkol dengan ibu rancang penculikan kekasih suami

Nor Azizah Mokhtar

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Gara-gara marahkan suami curang, seorang isteri sanggup merancang penculikan seorang wanita warga asing yang juga teman wanita suaminya, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata kejadian penculikan berlaku di Jalan 2/3A Pusat Bandar Utara di sini, kira-kira jam 11.45 malam.

Menurutnya, semasa kejadian, teman lelaki mangsa meninggalkannya bersendirian di dalam kereta dengan pintu tidak berkunci dan enjin dalam keadaan hidup.

"Dia kemudian dimaklumkan saksi keretanya dilarikan seorang lelaki yang tidak dikenali dengan mangsa berada di dalam kereta, menuju ke jalan besar menghala ke Gombak.

"Lelaki berusia 34 tahun itu segera menghubungi telefon bimbit mangsa tetapi mendapati ia sudah dimatikan sebelum dia tampil membuat laporan polis pada jam 12.38 tengah malam, Sabtu lalu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, hasil siasatan, polis berjaya mengesan kereta pengadu ditinggalkan di tepi jalan berhampiran sebuah pasar raya di Rawang dan mangsa tiada di dalam kenderaan itu.

"Antara jam 1.50 pagi hingga 5.30 pagi Ahad lalu, kita menangkap dua wanita iaitu ibu dan isteri pengadu serta seorang lelaki tempatan berusia antara 37 hingga 52 tahun dalam serbuan berasingan di Temerloh, Pahang dan Bandar Baru Sentul.

"Berpandukan maklumat diberikan ketiga-tiga suspek, kita berjaya menyelamatkan mangsa di Bandar Dataran Segar, Port Dickson, Negeri Sembilan pada jam 7.10 malam, hari sama," katanya.

Beh berkata, mangsa juga seorang wanita warga asing berusia 26 tahun mengalami kecederaan ringan di hidung, muka, kepala serta badan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan sebagai pesakit luar.

Katanya, polis turut merampas beberapa telefon bimbit milik suspek dan mangsa serta sebuah kereta yang digunakan suspek untuk melarikan mangsa.

"Motif kejadian adalah berpunca daripada masalah rumah tangga. Perancang utama kejadian ini adalah ibu dan isteri pengadu yang hendak memisahkan hubungan intim antara pengadu dan mangsa.

"Ketiga-tiga suspek kini direman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 362 Kanun Keseksaan," katanya.

Gempa di Turkiye: Ramalan penyelidik Belanda jadi kenyataan

Agensi

Amsterdam: Seorang penyelidik Belanda, Frank Hoogerbeets pernah meramalkan gempa bumi lebih besar daripada 7.5 magnitud akan melanda Turkiye.

Ramalannya menjadi kenyataan tiga hari kemudian apabila empat gempa bumi dikesan berlaku di Turkiye dan Syria.

Portal Opoyi melaporkan, Frank Hoogerbeets bekerja untuk Tinjauan Geometri Sistem Suria (SSGEOS) iaitu institut penyelidikan yang memantau geometri jasad angkasa berhubung aktiviti seismik.

Hoogerbeets meramalkan gempa bumi berukuran 7.5 magnitud akan berlaku di wilayah Selatan-Tengah Turkiye, Jordan, Syria dan Lubnan pada Februari 2023.

Ramalannya menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, beberapa individu di Twitter melabelnya sebagai saintis palsu dan mempersoalkan ramalannya sebelum ini.

Hoogerbeets membuat ciapan semula hantaran dibuat SSGEOS sejurus selepas gempa bumi kuat itu berlaku, di mana ia meramalkan kemungkinan berlaku gegaran besar baharu.

Gempa bumi kedua berukuran 7.6 skala Richter melanda Turkiye kira-kira tiga jam selepas ciapan itu.

"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, lambat laun ini akan berlaku di rantau ini, sama seperti tahun 115 dan 526.

"Gempa bumi ini sentiasa didahului oleh geometri planet yang kritikal, seperti yang kita alami pada 4 dan 5 Februari," katanya yang meluahkan rasa kecewa apabila ramalannya menjadi kenyataan.

Dia juga membuat ciapan semula siaran SSGEOS yang meramalkan satu lagi gempa bumi besar hanya beberapa jam sebelum gempa bumi berukuran 7.6 magnitud melanda selatan Turki.

Gempa bumi pertama, dengan magnitud 7.8, berlaku semasa orang ramai sedang tidur dan merupakan antara yang paling kuat melanda kawasan itu dalam sekurang-kurangnya satu abad.

Ia dirasai sejauh Kaherah dan Cyprus.

Menurut data awal dari Pusat Seismologi Mediterranean Eropah, gempa bumi kedua, berukuran 7.7 magnitud berlaku di timur laut KahramanmaraÅŸ, Turkiye.

Terdapat lebih 100 gegaran susulan kecil dilaporkan berlaku.

Sementara itu, portal Latestly melaporkan, Hoogerbeets dalam video lain yang dikongsi di Twitter turut meramalkan satu lagi gempa bumi kuat bakal berlaku di India, Pakistan dan Afghanistan.

Menerusi video berkenaan, Hoogerbeets dikatakan membuat penjelasan mengenai aktiviti seismik yang dijangka bermula di Afghanistan dan seterusnya merebak ke India dan Pakistan serta berakhir di Lautan Hindi.
-hmetro 

'SPRM perlu siasat bekas Adun Warisan mengaku ditawar wang, jawatan'

Malaysiakini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memulakan siasatan berhubung isu melibatkan tiga Adun di Sabah yang keluar daripada Warisan untuk menjadi Adun bebas dan memberi sokongan kepada ketua menteri Hajiji Noor.

Naib Presiden Warisan, Junz Wong mendakwa salah seorang Adun itu sebelum ini secara terbuka mengaku ditawarkan jawatan dan jutaan ringgit untuk mereka keluar parti.

“SPRM mesti menyiasat tindakan melompat tiga YB omo kerana salah seorang Adun berkenaan merakam video pada Jun lalu, secara terbuka mengakui ditawarkan berjuta-juta ringgit dan jawatan kepada mereka untuk meninggalkan Warisan.

“Cakap-cakap mengenai perpaduan hanyalah taktik melengah-lengahkan yang digunakan oleh 'kerajaan pintu belakang' diketuai Hajiji untuk terus 'membeli' YB kita demi kepentingan politik (mereka) sendiri.

“Nampaknya cakap-cakap mengenai perpaduan ini tidak pernah ikhlas dan wang masih menjadi raja, sedihnya,” dakwa Wong dalam satu kenyataan.

Tiga Adun berkenaan ialah Adun Banggi, Mohammad Mohamarin; Adun Kunak, Norazlina Arif dan Adun Tanjong Kapor, Chong Chen Bin.

Dalam satu kenyataan bersama semalam, mereka berkata langkah itu diambil selepas meneliti dan mempertimbangkan semua aspek termasuk hala tuju gabungan politik itu di Sabah dan pandangan akar umbi di kawasan yang mereka wakili.

Semakan Malaysiakini mendapati Norazlinah pernah memuat naik video di akaun TikToknya pada Jun tahun lalu dengan mendakwa dia ditawarkan jutaan ringgit dan jawatan untuk meninggalkan Warisan.

Mengakui berasa 'teruja' selepas menerima tawaran berkenaan, Norazlinah berkata dia masih setia kepada parti pimpinan Shafie Apdal itu dan menegaskan tidak akan meninggalkan parti itu demi rakyat serta mereka yang telah mengundinya.

@norazlinaharif
Kerana Rakyat, saya setia di Warisan.

♬ original sound - Norazlinah Arif
"Saya manusia biasa, saya juga teruja apabila saya ditawarkan jawatan-jawatan yang besar sekiranya saya meninggalkan warisan," katanya dalam video itu.

"Ketika saya dipilih jadi wakil rakyat, undi yang dipangkah oleh rakyat adalah logo parti Warisan, kemudian nama saya.

"Jadi untuk saya menidakkan Warisan yang berikan kemenangan kepada saya adalah mustahil.

"Justeru, saya tidak boleh mengambil keputusan untuk meninggalkan warisan ataupun lompat parti kerana rakyat," katanya.

Sementara itu, Wong mendakwa 'politik wang' di Sabah menjadi punca undang-undang antilompat parti tidak dibentangkan di DUN walaupun rang undang-undang itu diluluskan di peringkat kerajaan persekutuan dan beberapa negeri lain.

Dia juga menasihatkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) supaya bekerja keras untuk berkhidmat kepada rakyat berikutan prestasi buruknya dari segi tadbir urus dan khidmat kepada rakyat.

Bagi Warisan, Wong yang juga Adun Tanjung Aru berkata parti itu akan terus memperjuangkan hak Sabah.

“Kami akan melakukan semak dan imbang kerajaan 'pintu belakang' di Sabah ini.

“Warisan akan memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan pentadbirannya dalam kerajaan persekutuan untuk memulihkan ekonomi kita,” katanya.

Untuk rekod, tindakan tiga Adun Warisan terbabit keluar parti menyebabkan pembangkang hanya memiliki 32 kerusi daripada 79 kerusi DUN, termasuk 16 daripada Warisan.

Politik di Sabah bergolak kira-kira sebulan lalu apabila terdapat usaha untuk menjatuhkan Hajiji, selepas BN Sabah di bawah pimpinan Bung Moktar menarik balik sokongan terhadap ketua menteri Sabah itu.

Bagaimanapun usaha untuk menjatuhkan Hajiji itu gagal.

Presiden Warisan, Shafie Apdal menafikan parti itu berkomplot dengan BN untuk menjatuhkan Hajiji, sebaliknya mempersoalkan keabsahan ketua menteri Sabah itu mengekalkan jawatannya berikutan peletakan jawatannya daripada Bersatu.

Kes Ebit Lew: Polis rampas telefon bimbit milik Firdaus Wong

Yun Mikail

am@hmetro.com.my

Tenom: Saksi pendakwaan keenam membabitkan perbicaraan kes gangguan seksual mengaitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew, hari ini, memaklumkan mahkamah bahawa ada membuat rampasan telefon bimbit milik pendakwah bebas, Firdaus Wong.

Ketua Unit Siasatan Kanak-Kanak di bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Hirdawaty Isa berkata, beliau menerima arahan dari pegawai penyiasat, Superintendan Noor Asyikin Shamsuri bagi menjalankan rampasan telefon bimbit milik salah seorang saksi pendakwaan, Firdaus Wong pada 28 September 2021, sekitar jam 2 petang.

"Saya dimaklumkan penama akan datang ke pejabat D11, Bukit Aman pada hari berkenaan.

"Sejurus penama tiba di pejabat D11 sekitar jam 7.05 petang, saya kemudiannya mengarahkan Firdaus Wong menyerahkan telefon bimbit milik beliau.

"Saya seterusnya mengeluarkan borang pemeriksaan kepada Firdaus Wong," katanya.

Hirdawaty berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria ketika sesi pemeriksaan utama di Mahkamah Majistret Tenom, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Hirdawaty memberitahu mahkamah bahawa telefon bimbit yang dirampas adalah jenis Iphone XS Max berwarna putih berserta satu kad sim Digi.

Prosiding perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan Ebit Lew disambung di Mahkamah Majistret Tenom bermula hari ini sehingga 10 Februari depan.

Mengenakan pakaian serba hitam dan berkopiah putih, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 9.10 pagi tadi dengan menaiki kereta jenis pacuan empat roda Toyota Land Cruiser warna hitam.

Exco PAS dikecam samakan wanita dengan 'barang jualan'

story-image
Malaysiakini

Seorang pemimpin kanan PAS dikecam kerana menyamakan wanita dengan "barang" dan menilai mereka dengan "murah" atau sebaliknya berdasarkan keadaan ia dijual.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Azman Ibrahim berkata sesuatu barang itu akan dianggap bernilai tinggi atau sebaliknya berdasarkan cara ia dibungkus.

Katanya kaedah pembungkusan barang tersebut memainkan peranan dari aspek pemasaran.

"Kalu (Kalau) main jual terdedah tepi jalan, itu barang tiruan harga murah," katanya di Twitter.

Mengiringi ciapan Azman ialah laporan berita yang menunjukkan komen Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman mengenai isu seorang wanita didakwa berdepan kesukaran membuat laporan polis kerana berseluar pendek.

Ia mengundang kemarahan banyak pihak yang beranggapan pihak berkuasa perlu melihat kepada isu yang dibawa kepada mereka berbanding penampilan seseorang.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan pula menjelaskan kekecohan berlaku apabila ada seorang wanita yang ingin membuat laporan kemalangan sebaliknya memprovokasi anggota bertugas di balai.

Nak menilai dari luaran

Katanya, ia berlaku apabila wanita terbabit tidak berpuas hati selepas dihalang daripada masuk ke balai terbabit kerana memakai pakaian tidak bersesuaian.

Memberikan reaksi kepada insiden tersebut, bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan pula berkata menjadi tugas anggota keselamatan terbabit menerima laporan yang dibuat oleh orang awam dalam apa jua keadaan.

Kata Musa, isu pakaian orang awam ke balai polis sepatutnya tidak harus menjadi soal kerana perkara paling utama adalah mereka memerlukan bantuan.

"Tiada sesiapa yang akan pergi ke balai polis untuk membuat laporan, melainkan mereka terpaksa kerana memerlukan bantuan polis.

"Ia bukan sahaja dalam kes hidup dan mati, oleh itu tidak kira bagaimana seseorang harus berpakaian. Menjadi tugas polis untuk menerima laporan dalam apa jua situasi," ciapnya.

Young Syefura pula menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar menjalankan tugas mereka tanpa berburuk sangka atau seksis terhadap wanita.

"Rata-rata yang hadir ke balai polis untuk membuat laporan polis adalah rakyat yang memerlukan bantuan. Pakaian yang dipakai dan penampilan mereka sepatutnya tidak menjadi isu.

"PDRM perlu melatih anggota dan pegawai mereka untuk bersedia menerima kehadiran rakyat waima (apa juga) pakaian dan penampilan mereka," katanya.

Meneruskan ciapannya melalui rajutan sama, Azman berkata dia tidak pasti sama ada masih wujud atau tidak manusia yang berpendapat tidak wajar menilai seseorang berdasarkan luaran mereka.

"Tak tahulah kalau ada lagi orang yang berpegang dengan kaedah, jangan nilai seseorang dari penampilan pakaian luaran," ciapnya.

Mengulas kenyataan Azman warganet berpendapat tidak wajar untuk pemimpin PAS terbabit menyamakan wanita dengan barang.

Misalnya seorang pengguna Twitter menyatakan rasa kecewa apabila exco Terengganu itu menganggap wanita sekadar seperti barang saja, justeru tidak ada nilai dalam PAS.

Pengguna lain pula menganggap kenyataan dan pandangan Azman itu sebagai "menjijikkan."

Untuk rekod Azman merupakan Adun Jabi yang memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 55 undi pada PRU ke-14 lalu.

Padah tayang 'anu', lelaki direman empat hari

Zuliaty Zulkiffli

bhnews@bh.com.my
Suspek (tengah) dibawa anggota polis mendapat perintah reman selama empat hari untuk siasatan berhubung kes menunjukkan kemaluan kepada dua wanita bersaudara di Batu 22, Teroi semalam.
Suspek (tengah) dibawa anggota polis mendapat perintah reman selama empat hari untuk siasatan berhubung kes menunjukkan kemaluan kepada dua wanita bersaudara di Batu 22, Teroi semalam.
YAN: Seorang lelaki yang ditahan polis kerana menunjukkan kemaluan terhadap dua wanita bersaudara ketika menunggang motosikal semalam, direman empat hari untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, berkata suspek dikenakan perintah reman mulai hari ini hingga 9 Februari ini.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, suspek berusia 26 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

"Namun siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan / Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya ketika dihubungi hari ini.

Lelaki disyaki menunjukkan kemaluan kepada dua wanita di kawasan Batu 22, Teroi di Yan, Kedah. - Foto ihsan Nur Wahida Ahmad
Dalam kejadian semalam, dua wanita bersaudara berdepan detik cemas apabila terserempak dengan seorang lelaki yang menunjukkan kemaluannya ketika menunggang motosikal.

Kejadian berlaku jam 11.30 pagi ketika Nur Wahida Ahmad, 27, dan anak saudaranya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Keda, Sungai Udang, di sini, selepas pulang dari kursus kulinari di Guar Chempedak.

Bagaimanapun suspek ditahan jam 5.45 petang semalam selepas mula dijejaki polis selepas mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan sejurus kejadian.

Lepas 25 tahun, Anwar jejak kaki ke pejabat Umno malam ini

Malaysiakini

Anwar Ibrahim dilaporkan akan menjejakkan kaki di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur malam ini, setelah kira-kira 25 tahun selepas dipecat daripada parti itu pada 1998.

Perdana menteri dilapor akan hadir kira-kira jam 8.30 malam bagi mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan, yang melibatkan wakil-wakil parti-parti kerajaan.

Perkara itu disahkan oleh seorang jurucakap sekretariat kepada Berita Harian.

Selain Anwar, kehadiran DAP juga menjadi tumpuan memandangkan konflik lama parti itu dan Umno sebelum ini.

Pejabat Umno menjadi pejabat urusan sekretariat itu yang diketuai oleh Ketua Pemudanya Asyraf Wajdi Dusuki.

Sekretariat itu ditubuh bagi membincangkan perjalanan kerajaan dan langkah ke hadapan, termasuk soal kerjasama politik serta janji-janji dalam manifesto parti-parti kerajaan.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan pengesahan dan butiran lanjut berkaitan mesyuarat malam ini.

Sementara itu, pemimpin Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat terlebih dahulu petang ini, sebelum bertemu parti-parti kerajaan lain malam ini.

Umno tak pernah mahu berubah jika Shahrizat terpilih jadi ketua

Nora Mahpar

PETALING JAYA: Umno akan menghampakan ikrar perubahan yang diuar-uarkan selama ini sekiranya Shahrizat Abdul Jalil terpilih sebagai ketua pada pemilihan akan datang, malah akan dianggap tidak pernah mahu berubah.

Penganalisis politik, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, memilih Shahrizat akan memberi isyarat kepada masyarakat bahawa Umno “tidak pernah mahu berubah”.

Tegasnya, Umno dalam keadaan ia memerlukan nafas baharu tidak perlukan ‘orang lama’ untuk kembali lantang.

“Jika lebih ramai orang lama menawarkan diri sebagai calon dan kalaulah orang lama juga menang dalam jawatan penting, maka persepsinya Umno tak mahu berubah dan ini akan memberikan persepsi negatif kepada pengundi di luar,” katanya kepada FMT. 

Sebelum ini, ketua Wanita Umno Kota Melaka, Haryaty Hamdzah, mendakwa sekumpulan akar umbi mahu Shahrizat kembali menerajui Wanita Umno, berdasarkan prestasi sayap itu ketika beliau mengetuainya dari 2009 hingga 2018.

Wanita Umno ketika ini diterajui Noraini Ahmad.

Salawati Mat Basir dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata menerima Shahrizat kembali sebagai ketua akan dilihat sebagai langkah ke belakang bagi Umno.

Katanya, reputasi Wanita Umno bawah pimpinan Shahrizat harus dikenang sebagai legasi terbaik sayap itu dan cabaran untuk melahirkan lebih ramai wanita yang berani dan lantang.

“Takkan kita nak kembali ke masa silam? Zaman dah berubah,” katanya kepada FMT, mengingatkan bahawa Shahrizat memimpin Wanita Umno selama 10 tahun.

Katanya, Umno tidak perlu kembalikan ‘orang lama’ untuk memimpin sayap yang sudah hilang taring.

“Dengan pengalaman beliau, Shahrizat hanya sesuai jadi penasihat. Jika nak kemudi semula memang tak kena. Biarlah muka baharu yang lantang, yang berani memimpin sayap itu.”

Pasangan ditemukan mati bersama 150 kucing

Agensi

KEADAAN kucing berkenaan ketika ditemukan di rumah pasangan itu. FOTO Agensi

KEADAAN kucing berkenaan ketika ditemukan di rumah pasangan itu. FOTO Agensi

New York: Menyedihkan apabila pasangan suami isteri ditemukan meninggal rumah di dalam rumah mereka bersama 150 ekor kucing yang terbiar kelaparan dan hidup bersama najis.

Metro UK melaporkan, polis yang tiba di tempat kejadian mendapati kucing itu terabai di dalam rumah yang kecil dan usang, ciap Persatuan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA) Westchester, Khamis lalu.

SPCA menyifatkan usaha itu sebagai operasi menyelamat terbesar pernah dijalankan.

Polis menemui kucing itu di rumah di Cordial Road di Yorktown Heights, New York, selepas ahli keluarga pasangan itu meminta pihak kebajikan melakukan pemeriksaan.

"Pegawai tidak dapat membersihkan tempat kejadian sehingga pasukan penyelamat mengeluarkan kucing, yang ditemukan di mana-mana termasuk dinding dan siling," tulis SPCA.

Lelaki dan wanita itu tidak segera dikenal pasti oleh polis, namun dipercayai pasangan itu adalah suami isteri.

Bedah siasat dijalankan untuk menentukan punca kematian mereka.

"Secara kolektif, kami memutuskan bahawa kematian itu nampaknya bukan disebabkan unsur jenayah,' kata Ketua Polis Yorktown Robert Noble.

Bagaimanapun katanya, tiada kematian kerana sebab semula jadi yang tidak mencurigakan.

Semua kucing, campuran Abyssinian, nampaknya diabaikan selama bertahun-tahun.

"Ia 'sakit dan menderita dengan saluran pernafasan atas, jangkitan mata dan kulit, kekurangan zat makanan, dehidrasi, dan malangnya, ada yang mengalami kecederaan lebih teruk serta memerlukan rawatan perubatan segera'," tulis SPCA.

Kebanyakan kucing itu kelihatan bunting dengan salah seekor daripadanya melahirkan anak ketika operasi menyelamat.

Sukarelawan terbabit membantu memberi makan dan minum kepada kucing berkenaan tetapi SPCA meminta derma kerana menjangkakan penjagaan veterinar dan pemulihan untuk semua haiwan itu akan menelan belanja lebih daripada AS$40,000 (kira-kira RM170,320).

Salah Tanda Jantina, Lelaki Pengsan Lepas Dikeliling Pelajar Perempuan Masa Peperiksaan

SHAFIQAH MUKHSIN

Pastinya menakutkan menjadi satu-satunya pelajar lelaki yang berdaftar di antara 50 wanita untuk menduduki peperiksaan.

Pelajar lelaki dari India itu dikatakan pengsan selepas mengetahui dia adalah calon lelaki tunggal yang menduduki peperiksaan pertengahan semester bagi Kertas Matematik di Brilliant School.

Perkara ini didedahkan oleh ibu saudara kepada unca pelajar kelas 12, Kolej Sharif Allama Iqbal, Bihar lapor portal ANI.

Pada masa sama, pengetua pusat peperiksaan memaklumkan kepada media bahawa kad kemasukan pelajar lelaki tersebut menyatakan jantina perempuan.

Perkara ini bukanlah pertama kali terjadi, malah sudah ada kes sama sebelum ini berlaku.

Ini adalah kerana ibu bapa memandang remeh semakan butiran untuk memasuki dewan peperiksaan.

Kad kemasukan biasanya dikeluarkan kepada pelajar lebih awal supaya ada masa untuk mereka betulkan jika ada kesalahan.

Dalam kes ini, adalah salahnya kerana terlepas pandang butiran yang amat penting iaitu jantina.

Jadi berhati-hati dan semak berulang kali butiran anda sebelum menghantar, bimbang tidak boleh di isi semula.

Peluang Umno menang PRN Selangor tipis

Faisal Asyraf 

PETALING JAYA: Dua bekas pemimpin Umno berkata peluang untuk parti itu memenangi kerusi pada pilihan raya negeri Selangor akan datang adalah tipis berikutan “gelombang hijau” Perikatan Nasional (PN).

Bekas ketua Umno Selangor, Noh Omar, berkata ia berdasarkan keputusan PRU15, di mana Umno kehilangan kubu kuatnya di negeri itu.

“Ramalan saya ialah sukar untuk Umno menang di Selangor. Kerusi DUN mana yang boleh dimenanginya?

“Berdasarkan keputusan PRU15, ia kehilangan semua kubu kuatnya, seperti Sabak Bernam dan Tanjong Karang. PN memenangi tiga kerusi ini.

“(Jadi) Saya tidak nampak Umno boleh menang melainkan mereka bergantung kepada undi bukan Melayu,” katanya pada sidang media di Tanjong Karang semalam.

Noh berkata, beberapa pengundi Melayu di Tanjong Karang yang mengundi Umno pada PRU15 memberitahunya mereka tidak akan mengundi parti itu jika tahu Umno akan terus “berkawan” dengan DAP.

“Inilah sentimen penyokong Umno sekarang,” kata bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu.

Sementara itu, bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin turut meramalkan saingan sukar untuk Umno memenangi kerusi di Selangor dan mengatasi “gelombang hijau”.

“Pilihan raya lalu, PN membuat kejutan apabila memenangi kawasan seperti Kuala Langat dan Kapar.

“Adakah anda fikir (gelombang ini) hanya di tempat seperti Kuala Selangor, Tanjong Karang, Sungai Besar, dan Sabak Bernam?

“Tidak. Ia kini sampai ke Sepang dan saya fikir sukar untuk Umno menghadapinya,” katanya dalam satu majlis di Bukit Damansara beberapa hari lalu.

Ketika diminta meramalkan peluang Umno untuk menang secara keseluruhannya dalam pilihan raya negeri akan datang, Khairy, yang tewas di Sungai Buloh pada PRU15 berkata, Umno akan “bungkus” terutama di negeri utara.

Khairy antara pemimpin Umno yang dipecat bulan lalu kerana melanggar disiplin parti semasa kempen PRU15.

KJ ditawar tanding PRN Selangor, jadi MB jika menang

Malaysiakini

Khairy Jamaluddin dilapor mempertimbangkan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan ditawarkan menjadi menteri besar sekiranya menang, lapor The Star.

Laporan itu bagaimapun tidak menyebut mana-mana parti politik tertentu yang dikatakan memberi tawaran itu.

"Terdapat perbincangan dengan beberapa pihak dan terdapat juga perbincangan mengenai peranan," kata Khairy dalam pertemuan dengan Kelab Concorde - kumpulan tidak rasmi pengarang dan wartawan kanan yang diketuai oleh Wong Chun Wai.

Bagaimanapun, Khairy masih belum memutuskan perkara itu. Pilihan raya negeri (PRN) Selangor perlu diadakan tahun ini.

"Sekiranya saya membuat keputusan untuk tidak bertanding pilihan raya negeri, maka saya akan mempunyai lebih banyak masa untuk memutuskan platform politik yang saya pilih sebagai babak seterusnya dalam perjalanan politik saya.

“Jika saya mahu menyertai PRN, saya perlu membuat keputusan dalam beberapa bulan akan datang ke arah mana saya akan pergi,” katanya.

Khairy menyifatkan PRN akan datang sebagai "peluang baik" tetapi menjelaskan bahawa dia belum memutuskan sama ada dia sudah bersedia untuk berdepan satu lagi pilihan raya.

Semasa Pilihan Raya Umum - ke15 tahun lalu, Khairy tewas di Sungai Buloh.

Sebelum ini, dia adalah ahli parlimen Rembau selama tiga penggal. Dia juga pernah menjadi anggota kabinet di bawah tiga perdana menteri.

Khairy dipecat daripada Umno pada 28 Jan tanpa sebarang alasan rasmi. Difahamkan, dia dipecat ekoran mengkritik kepimpinan parti ketika kempen PRU15.

Sementara itu, Khairy berkata dia tidak berhasrat untuk menubuhkan parti baru kerana Malaysia ketika ini "agak tepu" dengan parti politik.

"Walaupun ia adalah satu pilihan, ia tidak mungkin," katanya.

Cerita kedai kopi tentang PMX

Ronasina

Senario politik pasca PRU15 berubah putarannya bila mana ikon reformasi Anwar Ibrahim akhirnya melepasi segala halangan sukar dan berjaya menjadi perdana menteri ke-10. Anwar “hampir” menjadi perdana menteri suatu ketika dahulu tetapi dipecat dari kerusi timbalan perdana menteri oleh perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad. Anwar yang dipecat mencetuskan gerakan reformasi melawan Mahathir. Seterusnya adalah sejarah. Tak perlu buang masa bercerita di sini.

Ketika Parlimen tergantung selepas PRU15 suasana menjadi kacau. Peluang untuk Anwar menjadi orang nombor satu negara kembali terbuka. Sembang-sembang di kedai kopi memperkatakan hal ini namun masih ramai lagi berasa curiga dengan ketokohan Anwar untuk menerajui kerajaan sebagai perdana menteri.

“Anwar tak bolehlah jadi PM. Dia ada banyak hal,” sampuk seorang pelanggan sebuah kedai “hardware” ketika saya berbual dengan tauke kedai. Saya faham maksud “banyak hal” yang dikatakan oleh lelaki tersebut. Anwar ada banyak beban di bahunya dengan berbagai label. Sejak 1998 kita tahu, tidak ada perkara yang baik untuk Anwar yang kita dapat lihat media arus perdana. Pendek kata, Anwar adalah manusia paling teruk di Malaysia. Tak hairan.

“Kalau dia jadi PM pun tak apa, sudah lama dia tunggu. Kasi dia peluanglah,” kata Boy, anak muda pertengahan dua puluhan yang menjaga kedai bapanya.

Si lelaki tadi hanya menggelengkan kepala sebagai isyarat tidak setuju. Saya boleh agak dari parti mana lelaki ini. Ya, antara beban Anwar ialah dia ditunggang oleh DAP. Ini cukup menggelisahkan orang Melayu penyokong parti yang memperjuangkan ketuanan Melayu. Manakala Boy, seorang budak Cina boleh digambarkan pandangannya mewakili suara penyokong gabungan parti digerakkan oleh Anwar.

Saya sendiri tiga-empat hari sebelum PRU15 sudah membaca dan menonton ramalan beberapa pemerhati politik tanah air yang awal-awal lagi meramal keputusan PRU15 akan tergantung kerana semua perikatan parti tidak mampu menang sendiri. Perikatan parti-parti ini perlu bergabung untuk membentuk kerajaan. Penganalisis politik ini kebanyakannya meramalkan yang Anwar akan berjaya menjadi perdana menteri. Sebab itu saya tidak terkejut apabila ramalan ini tepat dan menjadi kenyataan.

Anwar berjaya! Satu bab sudah selesai. Politik pun terus sudah jadi lain. Umno dan DAP boleh berpeluk bersama PKR membentuk sebuah kerajaan. Tidak ada lagi ejekan “penyamun” daripada penyokong Pakatan Harapan atau sindiran “ejen DAP” daripada penyokong Umno. Rupa-rupanya boleh saja berbaik. Boleh saja melupakan momokan dan ejekan selama ini demi hendak berkuasa. Slogan “kita boleh” memang benar-benar boleh! Boleh berkongsi, apa salahnya.

Sepanjang pemerhatian saya, suka dijelaskan di sini bahawa penyokong Anwar boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Penyokong parti PKR itu sendiri terdiri daripada pelbagai latar. Untuk tempoh awal, semua penyokong dari pelbagai lapisan latar ini bergembira dan mengambil sikap tidak mengapa untuk memberi peluang Anwar menerajui kerajaan dan memulihkan apa yang didakwa selama ini telah rosak. Anwar mengumumkan beberapa langkah yang dilihat baik dan pro rakyat. Mengerah tauke-tauke besar membayar cukai untuk membantu rakyat sangat disambut baik oleh semua lapisan rakyat.

Di kedai kopi, saya dapat melihat nada perbualan pun sudah bertukar. Mengejutkan juga apabila Anwar yang selama ini digambarkan dengan negatif telah beransur menjadi positif. Orang minoriti yang menyokong beliau selama ini mungkin terpaksa diam ketika berada di kelompok majoriti kini sudah tidak segan lagi menyatakan sokongan secara terang-terangan. Saya mendengarnya dan berasa mereka sudah berani keluar gua dan menyatakan pendirian. Saya mendengar perbualan dua “pak cik” tentang betapa Anwar telah diuji hebat dengan keaiban serta penjara yang sudah lama isu ini tidak saya dengar untuk dibualkan. Kalau ada pun, perbualan hangat seperti itu hanya berlaku pada era reformasi. Dua puluh tahun era reformasi yang hangat sudah sejuk dan dibunuh imejnya oleh Mahathir ketika Mahathir sekali lagi menjadi perdana menteri bersama kerajaan Pakatan Harapan 2018. Mahathir bunuh imej Pakatan Harapan menjadikan kebanyakan rakyat berasa serik 22 bulan PH memerintah. Sekali gus imej Anwar terpalit sekali. Hari ini saya dapat mendengar di kedai kopi sok-sek sok-sek tentang Anwar kembali hidup dengan gambaran sebagai wira yang komited memperjuangkan hak rakyat.

“Anwar duduk dalam penjara banyak yang dia belajar. Dia banyak mengaji, dia baca buku. Mestilah sekarang dia akan buat yang terbaik,” kata pak cik berkopiah kepada kawannya.

Persoalannya benarkah Anwar berjaya mengubah landskap politik kali ini? Atau pembencinya dalam Umno terpaksa menelan buat sementara semua ini demi kelangsungan Umno yang tinggal nyawa-nyawa ikan? Hendak tak hendak mereka kena terimalah. Manakala di mata rakyat yang tidak terikat dengan politik kepartian sudah menerima Anwar sebagai PM mereka. Mereka menaruh harapan baharu kepada Anwar. Anwar nampaknya mempunyai peluang yang amat baik untuk dimanfaatkan bagi membina semula reputasinya. Reformasi yang dicetuskan oleh Anwar mempunyai masa depan cerah untuk disokong oleh rakyat terbanyak.

Sebaliknya dari sudut mata “penyokong tulen” gerakan reformasi pula sudah mula menampakkan gelisah setelah pada awalnya mengambil sikap diam dahulu. Kontroversi Anwar melantik anaknya Nurul Izzah sebagai penasihat kanan ekonomi tanpa gaji meresahkan. Tolak ke tepi penyokong setia Anwar yang sentiasa sahaja menyokong tetapi pendukung reformasi berasa tidak senang. Kronisme, nepotisme yang dilaungkan Anwar selama ini sedikit tercalar. Mereka tetap berpegang dengan prinsip yang pernah Anwar laungkan. Anwar adalah guru yang mengajar mereka untuk bersikap sedemikian. Tetapi keputusan Anwar kali ini mendukacitakan mereka dan mereka tidak mampu menyembunyikan keresahan ini lagi.

Memang ada penyokong Anwar menyatakan tidak timbul isu nepotisme kerana Izzah tidak mengambil gaji. Ini sangat baik dan wajar dicontohi. Yang mereka faham nepotisme itu mengayakan kaum keluarga tetapi pelantikan Izzah tidak memerlukan kerajaan keluar satu sen pun. Apa salahnya? Tetapi ada yang melihatnya sebagai satu penghinaan pula.

“Ya, bang! Kita bekerja suami isteri berhempas-pulas menanggung orang tua, belanja anak-anak, sehingga terpaksa membuat kerja lain untuk menambah pendapatan tiba-tiba anak dia kerja tak payah gaji. Kita tahu dia ada pendapatan bulanan tapi ketika orang bersusah-payah mengais sana-sini untuk cari duit dia boleh kata dia bagi jawatan kat anak dia tanpa gaji. Sakit betul kita menengoknya!” kondem seorang kawan saya.

Saya terkejut juga kerana ini sudut pandang yang tidak terbayang oleh saya. Logik juga. Ya, apa sahaja pandangan peribadi mahupun berkumpulan semuanya ada asas tersendiri. Anwar (juga Izzah) jika benar-benar mendukung agenda reformasi harus peka dengan segala sudut pandang dan tidak boleh mengesampingkan pandangan ini begitu sahaja. Dasar-dasar yang membela golongan berpendapatan rendah dan membantu golongan kaya itu baik tetapi jangan lupa pula golongan pertengahan juga tersepit dalam keadaan ekonomi masih sakit ini. Keluhan pengusaha perniagaan sederhana (golongan pertengahan) masih tersepit antara harga bahan mentah yang masih tidak turun dan bebanan membayar gaji pekerja dengan kadar gaji minimum RM1500 harus didengar. Mereka sebenarnya jauh lebih terkesan. Tersepit! Margin keuntungan mereka masih mengecut. Gaji pekerja tetap nak kena bayar, cukai pun tetap kena bayar. Mereka mengeluh kerana insentif daripada kerajaan tidak banyak memihak kepada mereka.

Apapun inilah yang harus kita tempuh sepenggal lagi. Anwar adalah perdana menteri kita yang ke-10. Menjadi tugas besar Anwar untuk mengembalikan kesejahteraan rakyat dari semua golongan. Jika Anwar berjaya meyakinkan semuanya nescaya PRU akan datang tidak ada masalah untuk kekal memerintah.

“Sekurang-kurangnya apabila Anwar berjaya jadi PM ni lega sikit aku. Aman sikit,” kata kawan saya dengan wajah yang saya agak sedang membuat jenaka sinis.

“Kenapa?” tanya saya.

“Yelah! Kalau tidak hari-hari penyokong dia memekak kata dialah paling layak. Ni dah jadi PM senyap dah semua. Tak payah kita nak hadap bising-bising ini lagi. Tak kiralah berkahwin dengan penyamun ke, janji dia dah jadi PM,” jawabnya.

Kami berdua ketawa terbahak-bahak.