Baru memulakan kempen penerangan, bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang berkata, dia berdepan dengan pelbagai kesukaran sama ada secara langsung atau tidak.
Kata beliau, ketika mengadakan majlis penerangan ada sesetengah ahli PAS datang secara sembunyi-sembunyi kerana bimbang dituduh melanggar arahan pihak atasan.
"Ada di sesetengah tempat apabila kami datang mereka (ahli PAS) beritahu mereka hadir secara berahsia sebab mendapat arahan daripada pimpinan negeri supaya jangan hadir," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini hari ini.
Ahmad yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Perak itu bagaimanapun berkata, sekatan dan sabotaj kepada programnya adalah perkara biasa.
Ahmad, 79, mengesahkan bertanding untuk mengisi jawatan Presiden PAS bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar).
Pertandingan dalam muktamar bulan depan adalah yang pertama dalam sejarah PAS sejak lebih 50 tahun lalu.
Abdul Hadi menjadi presiden apabila Datuk Fadzil Nor meninggal dunia pada Julai 2002.
Ditanya mengapa ada sesetengah pimpinan mengeluarkan arahan sedemikian, Ahmad berpendapat, ia terjadi apabila masih lagi ahli parti menganggap mencabar presiden tidak dibenarkan dalam berjemaah.
"Selepas 30 tahun, sesetengah daripada mereka (ahli PAS) melihat bahawa jawatan presiden ini adalah jawatan yang tak boleh ditukar (oleh orang lain) selagi dia (presiden) masih hidup. Ada yang berfikiran begitu.
"Presiden belum pernah ditandingi lagi, mungkin sebab itu mereka berfikiran begitu. Kerana mengambil kiasan bahawa khalifah Islam tidak boleh dicabar dan diganti melainkan mati atau hilang kelayakan.
"Sedangkan (PAS) ini parti politik dan bukan kerajaan yang ada khalifah Islam. Parti politik ada perlembagaan yang termaktub dan presiden boleh dicabar (jawatannya)," katanya.
Keadaan itu juga, kata beliau disebabkan sesetengah pihak berasa taasub kepada presiden.
"Kalau rasa masuk PAS hanya untuk mendapatkan keredaan Allah, Putrajaya tak penting, saya rasa ada yang tak kena dengan dia," kata Tan Sri Muhammad Muhammad Taib hari ini.
Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas kemunculan kumpulan ulama tertentu dalam PAS yang bermati-matian mempertahankan presiden mereka dan menolak bekerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk mengalahkan kerajaan.
Bagaimanapun bekas Naib Presiden UMNO itu tidak menyebut sebarang nama dalam kenyataan berkenaan.
Menurut Muhammad PAS kini kekurangan pemimpin muda yang boleh diketengahkan sebagai pemimpin dalam negara.
"Walaupun ada tokoh muda yang baik dan alim menyetai PAS, mereka tidak memiliki kualiti sebagai pemimpin nasional," katanya.
Kumpulan itu, katanya, mungkin mahir menjadi imam dalam solat atau acara keagamaan namun gagal memahami isu semasa seperti skandal 1MDB, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta hubungan antarabangsa.
Itu pun tak tahu
"Boleh baca ayat al-Quran, hafal ini itu (di luar negara), balik jadi pemimpin. Tapi golongan muda ni kalau mintak terangkan 1MDB, tak tahu. Pasal GST tak berani. Pasal hubungan antarabangsa tak faham.
"Kenapa Turki hantar kapal perang nak bantu pelarian Rohingya pun tak tau," katanya.
Menurut Muhammad, kalau seseorang itu menjadi ketua hanya kerana tahu membaca al-Quran dan hadis semata-mata tanpa memahami realiti, ia tidak memadai untuk diangkat sebagai pemimpin.
Sementara itu Muhammad juga menyatakan rasa kecewa terhadappertelingkahan dalam Pakatankerana gabungan itu sepatutnya menjadi alternatif terbaik menggantikan BN.
Katanya, dengan berpecah-belah, Pakatan terlepas peluang berkenaan.
"Bagus kalau ada sistem dua parti - Pakatan dan BN.
"Mana-mana yang mampu memberikan yang terbaik wajar mentadbir negara," katanya.
Dalam satu lagi perkembangan yang mungkin menggembirakan golongan konservatif dalam PAS, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mungkin menjadi tokoh terkini meninggalkan parti berkenaan.
Menyatakan rasa kecewanya kepada PAS, Muhammad berkata, parti itu seolah-olah tidak lagi mempedulikan penyokong bukan Islam di negara ini.
Dalam satu forum di Petaling Jaya hari ini, Muhammad berkata, pemimpin PAS ketika ini mengabaikan pendekatan pernah diambil bekas mursyidul am mereka, allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Kata Muhammad, Nik Aziz menunjukkan rasa kasih dan hormat kepada semua pihak tanpa mengambil kira agama dan suku bangsa mereka.
"Kita mahukan seorang tokoh warak seperti allahyarham Nik Aziz sebagai pemimpin. Semua orang sayang kepada dia. Orang Buddha sayang, Hindu sayang. Kita kita tak lagi nampak macam tu," katanya.
Sebelum ini, kata Muhammad, beliau sangat berminat dengan PAS.
.Bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin berkata tanpa pendedahan video juga, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat menelah ucapannya akan diketahui Datuk Seri Najib Razak kerana beliau turut hadir ketika beliau memberikan ucapan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Mei, 2015.
Kritikan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Dr Puad Zarkashi terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sebagai tanda perang terbuka antara penyokong Muhyiddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah bermula, kata seorang bekas menteri hari ini.
Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, Najib sudah tentu akan dapat tahu mengenai ucapan yang dibuat Muhyiddin pada majlis tertutup itu, di mana beliau menyeru anggota lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipecat, tidak kira sama ada video mengenainya dibocorkan atau tidak.
"Tanpa pendedahan video sensitif itu pun tentunya Muhyiddin dapat menelah ucapannya akan diketahui Najib kerana turut hadir ketika beliau memberikan ucapan kepada ketua Umno di Janda Baik, Pahang beberapa orang menteri dan juga menteri besar Pahang," tulis Zainuddin di blognya zamkata.blogspot.com semalam.
Selepas video itu dibocorkan, Puad mengecam Muhyiddin sebagai menteri pelajaran yang "malas" dalam Facebooknya, dan Zainuddin mendakwa, tindakan itu diarahkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
"Ini dilihat sebagai bermula perang terbuka antara penyokong-penyokong Najib dengan penyokong-penyokong Muhyiddin berikutan serangan tertutup tetapi terbuka oleh Muhyiddin terhadap Najib," kata bekas menteri penerangan yang juga bekas ketua pengarang Utusan Malaysia itu.
Zainuddin juga berkata, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi terbaru, Puad antara mereka yang lantang menyokong Najib sementara Muhyiddin memberi amaran keras tentang kebimbangan rakyat mengenai 1MDB.
Video itu, yang dimuatnaik di blog 'Apanama' milik bekas wartawan Firdaus Abdullah, mengandungi rakaman ucapan Muhyiddin menyeru pemecatan lembaga pengarah 1MDB pada satu majlis tertutup Umno.
Beliau berkata, itu nasihatnya kepada Najib, sambil menambah, beliau tidak berhasrat menentang kepimpinan presiden Umno itu.
Dalam ucapannya yang menerima tepukan gemuruh hadirin, Muhyiddin berkata, keseluruhan ahli lembaga pengarah 1MDB mesti dipecat dan polis mesti dibenarkan masuk menyiasat penglibatan mereka dalam skandal syarikat itu.
Beliau juga mengakui mempunyai pendirian tersendiri mengenai isu tertentu, sambil menambah, menghadapi kesukaran menerangkan hutang RM42 bilion 1MDB kepada orang ramai.
Syarikat pelaburan strategik milik negara itu sarat dibebani hutang mencecah RM42 bilion, dan seruan dibuat termasuk dari kalangan pemimpin kanan Umno seperti Muhyiddin dan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, supaya perkara itu dijelaskan dengan lebih telus. – 23 Mei, 2015.
Sudah lama tidak mendengar khabar pelakon wanita yang cun melecun ini. Nasha Aziz dilaporkan sudah berubah dan kembali mendekatkan diri dengan Allah. Demikian perkongsian seorang individu yang terserempak dengan selebriti itu di sebuah majlis ilmu yang memuat naik dua gambarnya sebagai bukti.
"Tadi, ada seorang kakak ni tegur, 'dik, awak punya botol ke?'. Aku geleng kepala dan terus pandang muka dia.
"Perghh! Nasha Aziz!"
"MasyaAllah, cantik gila tanpa make up. Rupanya botol dia. Lepas itu dia duduk sebelah aku. Aku terambil tempat dia rupanya.
Jelas individu berkenaan, sudah kerap kali bertemu dengan artis yang datang ke majlis ilmu Habib Ali Zaenal Abidin. Antara yang pernah dijumpa ialah Abby Abadi, Anne Ngasri, Lisdawati, Yatt Hamzah.
"Tengok je dalam ni, kak Nasha tengah main handphone. Bersangka baik, mungkin dia tengah baca terjemahan Quran sebab ini pengajian berkita Habib Ali. Sebab lepas dia tengok handphone, dia terus berzikir pegang tasbih sepanjang tausiah Habib Ali. Allahuuu. Hebat," katanya.
Kami doakan Nasha Aziz terus kekal seperti ini. Amin.
SHAH ALAM: Seorang pemuda menghina janggut bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimaklumkan ibunya mengembek seperti seekor kambing.
Cerita anak saudara Allahyarham, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, ibu pemuda tersebut kemudiannya datang bertemu Nik Aziz untuk meminta air penawar bagi menyembuhkan anaknya.
“Sepanjang membesar dengan beliau, saya melihat ramai orang datang bertemunya dan membawa botol-botol air dan juga mengadu masalah...orang nak bercerai yang bertengkar dan sebagainya, beliau menyelesaikan permasalahan seperti ini.
“Pernah satu ketika saya nak turun solat Asar, beliau naik ke rumah dalam keadaan senyum. Saya tanya kenapa? Dia kata, ada orang datang nak minta air tawar (penawar). Ketika itu beliau belum lagi menjadi Menteri Besar. Dia kata ada sorang ibu datang minta air tawar untuk anaknya yang dalam keadaan tidak berhenti mengembek seperti kambing.
“Tok Guru cerita bahawa pemuda itu mengejek janggutnya... janggut Tok Guru macam kambing dan membuat bunyi seperti kambing. Kemudian dia mengembek tidak berhenti sehinggalah ibunya minta air tawar supaya anaknya itu berhenti berbunyi seperti kambing,” katanya pada program Bicara Murabbi Ummah: The Untold Story, di sini, semalam sempena 100 hari pemergian bekas Menteri Besar Kelantan itu.
Meskipun dihina, Allahyarham tidak pernah berdendam sebaliknya membantu tanpa banyak soal.
“Tok Guru baca doa dan beri air tawar. Walaupun orang buat kita macam mana, tuduhan, kejian dan sebagainya, kita baca kata Tok Guru.
“Selang seminggu, ibunya itu datang dan beritahu Alhamdulillah anaknya telah berhenti mengembek,” katanya lagi.
Bercerita tentang buah tangan dari Jepun, beliau memberitahu Nik Aziz hanya meminta buku ataupun penyepit kuku sahaja.
“Saya beritahu Tok Guru nak ke Jepun dengan Ustaz Nik Mohamad Abduh. Saya tanya nak kirim apa? Dia pun senyum dan kata ‘tak ada apa-apa, kalau ada buku yang baik. Kalau boleh nak kirim pengetip kuku. Pengetip kuku dari Jepun memang tajam.’ Ustaz Nik Abduh pernah beri kepada beliau pengetip kuku Jepun...tajam tapi dia kata yang itu hilang.
“Saya ke Jepun, saya beli tapi tak sempat nak bagi. Sekarang saya pakailah. Tak sempat sebab beliau sudah pergi menghadap ke hadapan ALLAH,” katanya.
Melalui perkongsian itu juga, Ustaz Ahmad Dusuki memberitahu Allahyarham sangat menjaga masa sehingga pernah meninggalkan seorang Tok Imam gara-gara lewat dari masa yang dijanjikan.
“Saya pernah ikut beliau ketika nak pergi solat Jumaat. Berjanji dengan Tok Imam. Tok Imam kata pukul 12.15 tengah hari, Tok Guru sampai ke rumahnya, kita pergi sekali ke masjid.
“Beliau sampai 12.15 tengah hari tepat. Dia hon dua tiga kali dan Tok Imam keluar, Tok Imam angkat tangan dan kata ‘tunggu sekejap Tok Guru, tak pakai baju lagi.’
“Lepas itu Tok Guru terus tekan minyak dan tinggalkan Tok Imam. Saya tanya kenapa tak tunggu? Beliau kata, ‘dia tak jaga masa’,” katanya.
Melalui rakaman gambar diatas jelas terdapat seorang individu telah bertindak merakam ucapan tersebut menggunakan telefon bimbit miliknya.
Dari risikan dan maklumat yang diberitahu bahawa individu berkenaan ialah pemimpin UMNO salah satu bahagian Wilayah Persekutuan.
Beliau yang dimaksudkan ialah : KAPT (B) DATO' AZRI BIN HJ MOHD ZAIN TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT BERALAMAT NO 12, JALAN 3/777 GOMBAK SETIA GOMBAK, SELANGOR, DARUL EHSAN . NO H/P :- 011 2827 7215
Pihak yang dinamakan perlu memberikan respon atas maklumat ini kerana dalam rakaman tersebut jelas kedengaran suruh pecat Dato' Seri Najib Razak ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut agar PM pecat semua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB dan jemput pihak polis untuk siasat demi mengembalikan keyakinan rakyat.
Bukan membuat tuduhan melulu tetapi sekadar menjemput tubuh badan memberikan penjelasan demi pencerahan dan kebenaran .. lagi pun dikhabarkan yang Naib Presiden Kanan UMNO Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah pun menjalankan siasatan .. agar maklumat yang disalurkan ini dapat sedikit sebanyak membantu bagi merungkai kekecohan ini.
WANITA yang didakwa dukun memegang tengkuk bayi terbabit untuk memaksanya berjalan.
Assam (India): Seorang bayi yang baru berusia dua hari dipaksa ‘berjalan’ oleh seorang dukun wanita, kononnya untuk mengubati demam panas yang dihidapi kanak-kanak itu.
Video yang dirakam seorang lelaki menunjukkan dukun berkenaan memegang tengkuk kanak-kanak itu dan memaksanya berjalan di depan puluhan penduduk kampung di daerah Morigaon.
Ibu bapa bayi itu membawa anak mereka kepada wanita berusia 50-an itu kerana percaya dia boleh mengubatinya.
Mereka diarah menanggalkan lampinnya sebelum dukun itu melakukan ‘ritual’ berkenaan yang didakwa untuk menurunkan suhu badannya.
Bayi itu menangis sekuat-kuatnya sepanjang ritual itu.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa agar ketua pegawai operasi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dipecat dan disiasat bagi memulihkan imej kerajaan.
Katanya, tindakan serius itu perlu dijalankan untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat pada kerajaan.
"Saya beritahu PM, pecat kesemua sekali lembaga (pengarah) 1MDB.
“CEO ini (patut) dibuang, dan bukan saja dbuang. Panggil polis siasat. Ambil tindakan, barulah rakyat tengok... pimpinan kerajaan rasa bertanggungjawab ambil tindakan serius.
“Kalau tidak buat begitu, ini yang akan membebankan kita jatuh ke bawah,” katanya dalam satu perjumpaan bersama pemimpin tinggi Umno.
Video ucapan itu dimuatkan di Youtube oleh penulis blog yang juga bekas wartawan, Firdaus Abdullah.
Video sepanjang kira-kira tujuh minit itu bagaimanapun hanya memuatkan sebahagian daripada ucapan Muhyiddin.
Dalam video tersebut, Muhyiddin ditunjukkan berucap kepada pemimpin tertinggi Umno, termasuk para naib presiden.
Pertemuan itu dipercayai berlangsung semasa sambutan ulangtahun Umno ke-68 pada pertengahan bulan ini.
Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak ditunjukkan dalam video tersebut.
1MDB melantik Arul Kanda (gambar) sebagai presiden dan pengarah eksekutif kumpulan pada 5 Januari lalu.
Pasrah jadi habuan Pak Belang Rizah (tengah) menangis kegembiraan apabila anaknya, Mohd Faiza (kanan) dan anak saudaranya, Mohd Farzhan ditemui dalam keadaan selamat.
DUNGUN - “Walaupun takut kami hanya mampu berserah apabila didampingi dua ekor harimau yang saiznya sebesar motosikal,” kata salah seorang mangsa yang tersesat selama lima hari di dalam Hutan Binjai, di sini.
Mohd Faiza Abdul Wahab, 29, dan sepupunya, Mohd Nor Farzhan Mustafa Harun, 28, yang berasal dari Kampung Binjai dan Bukit Lat masuk ke dalam hutan berkenaan sejak Ahad lalu, dan tidak pulang ke rumah menyebabkan keluarganya membuat laporan polis selepas dua hari gagal dikesan.
Menceritakan detik cemas itu, Mohd Faiza berkata, didampingi dua ekor harimau yang bersaiz besar dan mengaum kuat adalah pengalaman paling menakutkan ketika tersesat di dalam hutan itu.
“Kejadian didatangi dua ekor pak belang berlaku pada malam terakhir kami berada di hutan, dan ketika itu dalam keadaan hujan renyai-renyai. Binatang buas itu terlalu hampir dengan kami berdua, hanya berjarak beberapa meter sahaja.
“Apabila melihat kami, dua harimau itu berlegar-legar di belakang dan cuba menghampiri. Kami tidak dapat berbuat apa-apa tetapi bersyukur kerana membawa pemetik api dan dapat memasang unggun api yang menyebabkan ia hanya memerhati,” katanya kepada Sinar Harian.
Walaupun menggigil ketakutan, kata Mohd Faiza, mereka tidak dapat melarikan diri kerana badan terlalu penat dan tidak mampu melayan perasaan takut kerana sangat lemah.
“Jika harimau itu datang terkam, memang kami pasrah dan menyerah diri sebagai makanan kerana sudah tiada daya melawan.
“Dalam keadaan masih diperhatikan dua ekor harimau dengan ngauman bengis itu, kami berdua tertidur keletihan. Alhamdulillah ketika terjaga dari tidur, dua ekor harimau itu sudah tiada di situ,” katanya.
Dengar orang azan, tapi tak tahu ke mana nak tuju
Katanya, dia dan sepupunya sudah berpengalaman selama 10 tahun bekerja di dalam hutan tetapi kejadian seperti itu tidak pernah berlaku.
“Memang kerja kami mencari kayu candang di dalam hutan dan pada pagi Ahad kami masuk ke Hutan Binjai seperti biasa. Kami hanya membawa bekal sebotol air mineral dan sedikit makanan kerana tidak menyangka diduga seperti ini.
“Kerana kehabisan makanan, kami hanya makan umbut pokok palas dan minum air akar kayu sahaja untuk mengalas perut,” katanya.
Menurutnya, mereka sedar tersesat apabila seolah-olah berada di tempat sama dan di dalam paya dikelilingi pokok berduri seolah-olah pulau berduri.
“Kami tak jumpa jalan pulang walaupun hutan itu memang sudah menjadi rutin harian untuk kami mencari rezeki.
“Kami dengar orang azan dan bunyi kenderaan lalu-lalang tapi seolah-olah putus akal tidak tahu ke mana hendak dituju,” katanya.
Akibat keadaan sekitar dikelilingi duri, katanya, badan dan tangan turut calar balar tetapi bersyukur kerana ditemui pasukan penyelamat.
“Ketika ditemui memang kami sedang mencari jalan keluar dan sudah terlalu letih tetapi masih tidak berputus asa.
“Walaupun tersesat dan melalui pengalaman menakutkan, tetapi ia tidak mematahkan semangat kami untuk masuk ke hutan semula selepas ini kerana di situlah punca rezeki kami,” katanya.
Ibu, ayah tidak makan kerana terlalu risau
Sementara itu, kakak mangsa, Norizan Abdul Wahab, 32, berkata, ibunya, Rizah Abu Bakar, 52, sudah beberapa hari tidak makan kerana terlalu bimbang keselamatan anak dan anak saudaranya itu.
“Apabila adik saya tidak pulang, emak terus tidak sihat dan tiada selera untuk makan kerana terlalu risau. Begitu juga ayah dan mereka berdua sampai termuntah-muntah kerana perut masuk angin.
“Apabila kedua-duanya ditemui dalam keadaan selamat, barulah emak kelihatan lega dan kami sekeluarga bersyukur. Kalau boleh selepas kejadian ini, kami tidak mahu benarkan mereka berdua masuk ke dalam hutan, tetapi tidak dapat menghalang jika mereka berkeras.
“Kami juga ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat,” katanya.
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui kedua-dua mangsa di kawasan berbukit dan semak kira-kira jam 11.50 pagi dan dibawa turun ke pusat gerakan kira-kira jam 1.40 petang, semalam.
Dua sepupu berkenaan juga ditemui dalam keadaan selamat walaupun letih dan lemah kerana terputus bekalan makanan.
Seramai 36 orang terlibat dalam operasi berkenaan termasuk anggota polis, Unit Pengesan Anjing (K9), Rela, JPAM, Jabatan Perhutanan dan penduduk kampung.
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan akan melantik ahli keluarganya mengetuai pasukan propaganda bagi menggantikan tempat Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.
Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin berkata, individu dan pasukannya akan dibantu sekumpulan pemimpin kontroversi UMNO untuk membuat serangan balas terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan terbaru, ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tanpa menyatakan sumber, beliau berkata, maklumat itu diperolehi hasil perjumpaan-perjumpaan, daripada pejabat menteri kabinet, ibu pejabat UMNO, bilik eksekutif dan Pejabat Media Perdana Menteri sendiri.
Menurut Kadir, pasukan baru akan disertai Rizal Mansor (Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor), Datuk Seri Farid Redzuan ( bekas CEO TV3), Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi dan Tan Sri Lim Kok Wing sebagai Penyelaras Program Khas Perdana Menteri.
“Kita akan menjangkakan aktiviti perang psikologi yang menarik di media arus perdana dan alam siber,” tulisnya dalam entri terbaru diblognya.
Katanya, individu berkenaan tidak akan lagi membenarkan Najib menghadiri perhimpunan seperti di Tawau, ‘menumpahkan air mata darah’ berhubung isu 1MDB dan menyalahkan pihak lain dalam skandal itu serta tidak lagi muncul di TV3 seperti sebelum ini.
Dalam masa yang sama, Kadir berkata dia mendengar ahli Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) cuba mensabotaj laporan 1MDB.
Kadir turut membangkitkan beberapa persoalan tentang skandal 1MDB yang perlu difikirkan oleh semua.
Katanya, adakah laporan terakhir 1MDB telah disiapkan kerana banyak kecelaruan yang timbul sejak kebelakangan ini.
Menurut Kadir, pengakuan Najib bahawa tiada wang tunai dalam 1MDB di Singapura sebaliknya hanya kertas aset adalah berbeza dengan kenyataan awalnya pada Mac lalu.
“Adakah Najib cuba menggelirukan rakyat atau beliau berbohong dalam Parlimen?, katanya yang merujuk kepada kenyataan Najib sebelum ini bahawa 1MDB menunggu masa yang sesuai untuk membawa pulang wang tunai yang disimpan di Singapura.
“Kertas aset apa yang Perdana Menteri cakapkan,” katanya.
Kadir juga membangkitkan tuduhan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, yang mendakwa ahli perniagaan, Jho Low, terlibat secara langsung dalam 1MDB.
“Adakah dia mempunyai bukti sahih yang boleh diberikan kepada PAC?
“Adakah benar Ahli Lembaga Pengarah 1MDB telah diminta meletak jawatan oleh Kementerian Kewangan?, soalnya lagi.
Isu 1MDB lebih serius apabila ada dakwaan bahawa seorang bekas pegawai atasan akan didakwa kerana salah urus.
Menyentuh laporan Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengambi alih Loji Janakuasa Arang Batu 2000MW atau Projek 3B daripada 1MDB, Kadir berkata, Khazanah Nasional selaku pemegang kepentingan terbesar menentang pembelian itu yang merupakan langkah menyelamat 1MDB.
KUALA LUMPUR: Kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri semakin diragui manakala dakwaan Presiden Umno itu kononnya yakin mendapat sokongan kuat daripada rakyat tidak berpijak di bumi nyata.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, apa yang dianggap Najib sebagai fitnah berleluasa dan banyak pihak di luar cuba melagakan Umno menggambarkan kegagalan Menteri Kewangan itu untuk cuba memahami dan menangani keresahan majoriti rakyat.
Najib dalam kenyataan di Facebook rasmi miliknya pada 12 Mei lalu dipetik sebagai berkata, Majlis Tertinggi Umno sebulat suara menyokong kepimpinannya sebagai Presiden parti itu serta mendakwa perjuangannya adalah bagi Malaysia yang maju dan adil.
“Perjuangan apa kalau satu demi satu isu berlaku semakin mengukuhkan tanggapan rakyat betapa teruknya tahap tata kelola kerajaan Umno-BN.
“Semuanya terdedah di depan mata kita tanpa berselindung lagi daripada skandal 1MDB (1Malaysia Development Berhad), masalah GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dan sekarang ini penyelewengan pendeposit Tabung Haji,” ujarnya ketika dihubungi Harakah, 12 Mei lalu.
Sementara itu, pada 11 Mei lalu, Najib dalam kenyataan di Facebook berkata, mandat yang diberikan kepadanya melalui proses demokrasi dan ditentukan oleh rakyat serta anggota Umno di seluruh negara.
“Saya sedar akan tohmahan dan kritikan yang dilemparkan ke arah kepimpinan kini. Setiap pemimpin menghadapi cabaran berbeza, tidak terkecuali saya,” ujarnya.
Mengulas lanjut tentang serangan Tun Mahathir terhadap Ahli Parlimen Pekan itu, Mujahid berkata, khabar angin yang mendakwa berlakunya rombakan Kabinet jika benar sekalipun berlaku masih jauh daripada mampu menyelesaikan kepincangan kerajaan Umno-BN.
“Najib sendiri apa jaminan supaya telus kalau dia masih di situ? Kita tahu orang yang sama dalam Tabung Haji juga dalam 1MDB. Najib sendiri punca masalah yang berlaku.
“Rombak Kabinet bukan jawapannya. Macam wayang opera Cina. Pelakon watak puteri disolek dan dibedak tebal. Solekan saja tidak mengubah apa-apa,” ujarnya.
Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, dakwaan Najib yang kononnya tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan dalam progam Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri, 10 Mei lalu juga dilihat tindakan terdesak tetapi mengaibkan dirinya.
Hal ini, jelasnya, desakan kumpulan pro-Mahathir supaya Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dilihat tidak membawa sebarang perubahan lebih baik kepada rakyat.
“Rakyat perlukan pemerintahan baru yang belum lagi pernah diuji di peringkat Persekutuan iaitu Pakatan Rakyat,” tambahnya lagi.
Mungkinkah gerak langkah Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk 'menokhtahkan' Datuk Seri Najib Razak akan bermula sebelum Ramadan tiba?
Pada pandangan Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong, langkah itu perlu diambil sebelum kedatangan bulan puasa yang memang penting dalam kalendar Islam.
Kata Liew (gambar), Ramadan dijangka bermula pada 18 Jun sebelum diikuti pula kedatangan Aidilfitri.
"Biasanya tiada sesiapa mahu 'menumpahkan darah' sepanjang Ramadan.
"Justeru, jika anda mahu menamatkan kerjaya Najib, anda perlu lakukannya sebelum Ramadan," katanya kepadaMalaysiakini.
Jika Najib terselamat daripada 'dikorbankan', kata Liew, perdana menteri mungkin sempat memanjangkan tempoh kerjaya politiknya untuk beberapa bulan lagi.
"Saya rasa mereka (penentang Najib) tidak mampu menunggu lebih lama, jadi mereka memulakan langkah (sebelum Ramadan).
"Kini kita perlu menunggu bagaimana reaksi Najib," katanya.
Semalam satu klip video memuatkan ucapan Muhyiddin tersebar luas di media sosial.
Dalam klip itu Muhyiddin mendesak supaya semua Lembaga Pengarah 1MDB - yang kini dilanda masalah hutang menimbun - dipecat, selain disiasat polis kerana salah urus kewangannya.
Muhyiddin juga mendakwa, beliau sudah menasihati Najib tetapi tiada perubahan berlaku.
Namun Muhyiddin menegaskan beliau tidak bercadang untuk menyingkirkan perdana menteri.
Ia mungkin desakan paling keras terbuka pernah dibuat Muhyiddin terhadap Najib setakat ini.
Bagaimanapun, majlis itu dipercayai diadakan secara tertutup sebelum rakaman berkenaan dibocorkan di media sosial.
Sementara itu felo Penang Institute, Wong Chin Huat (kiri), berkata jika Muhyiddin sudah mula menyerang orang Najib, itu membayangkan kemungkinan bekas Menteri Besar Johor itu memiliki penyokong mencukupi untuk membolehkan dia 'membakar jambatan' yang menghubungkannya dengan perdana menteri.
TANGGAL 26 Mei 2005 lalu, kira-kira jam 2.30 petang. Ketika itu langit tiba-tiba menjadi mendung setelah panas terik seolaholah ingin “menangis.” Namun, bagi “sang penguasa” ketika itu tidak ada yang peduli.
Kerajaan BN Negeri Terengganu dengan rakus telah merobohkan sebuah masjid di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Bujal, Kijal dengan dibantu jentera jabatan kerajaan dan anggota polis.
Tragedi “hitam” itu, bukanlah kemuncak kezaliman kerajaan BN Terengganu yang dipimpin oleh Menteri Besarnya ketika itu, Dato’ Seri Idris Jusoh, yang baharu setahun lebih memerintah negeri.
Manakala, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal ketika itu dan hingga kini adalah Dato’ Seri Ahmad Said. Kedua-dua pemimpin Umno Terengganu itu pernah dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu tetapi hanya untuk satu penggal sahaja.
Selepas peristiwa pe robohan “rumah Allah” itu, disusuli pula dengan beberapa tragedi hitam yang mencengkam rakyat antaranya perobohan rumah di RTB Belimbing Api, Jabi.
RTB Padang Landak, Besut dan banyak lagi.
Masjid Bujal di RTB tersebut juga dinamakan dengan “Masjid Desa Makmur” hasil sumbangan derma orang ramai. Namun, akhirnya menyembah bumi menjadi mangsa nafsu rakus Umno Terengganu.
Kisah saksi mata
Penulis ketika itu, antara orang yang pernah menjadi saksi mata bagi melihat sendiri tragedi perobohan Masjid Bujal dan sekali gus sempat merakamkan detikdetik bersejarah itu melalui lanser kamera.
Pada sebelah pagi itu, operasi bersepadu oleh beberapa jabatan kerajaan dengan rakus merobohkan kira-kira 10 buah rumah peserta RTB Bujal yang masih dalam kerangka pembinaannya.
Masjid RTB Bujal itu dibina di atas lot PT 3294 yang dikhususkan sebagai tapak surau dalam Pelan Susunatur Perumahan Kampung Bujal sebagaimana diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada 3 Ogos 2003. Ketika itu, kerajaan negeri di bawah pemerintahan PAS Terengganu dan Menteri Besarnya, Datoà Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Manakala, satu lot tanah lagi dikhaskan pembinaan surau ialah di PT 3297. Pelan susunatur tersebut menyediakan 363 unit kediaman untuk diisi peserta dan ianya jauh melebihi daripada 40 orang yang menjadi syarat untuk mendirikan solat Jumaat.
Para pesertanya membina masjid tersebut dengan niat untuk dijadikan masjid, untuk beriktikaf dengan adanya mihrab di bahagian hadapan dan sebuah kolah tempat mengambil wuduk serta susunatur jubin lantainya membentuk saf sembahyang.
Rundingan demi rundingan dibuat antara pemimpin PAS tempatan ketika itu, bekas Adun Air Putih, Ismail Harun dengan pihak pegawai Pejabat Daerah Kemaman.
Namun begitu, “ibarat mencurah air ke daun keladi” seolah-olah perbuatan sia-sia berunding dengan “sang penguasa” yang mempunyai dendam kesumat terhadap rakyat dan PAS.
Adun Chukai, Hanafiah Mat ketika itu merupakan Setiausaha PAS Kawasan Kemaman turut mencerita pengalaman yang tidak dapat dilupakannya berhadapan dengan peristiwa tersebut.
Katanya, pada hari kejadian beliau ditugaskan memimpin satu himpunan secara aman di Padang Astaka, Chukai bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Pejabat Daerah Kemaman.
Menurutnya, satu kumpulan lagi dikerah berhimpun di lokasi tapak RTB Bujal bagi mempertahankan masjid tersebut daripada diroboh kan oleh pihak berkuasa negeri.
Merayu agar jangan diroboh
“Saya tiba di lokasi RTB Bujal kira-kira jam 10.30 pagi dan orang ramai memenuhi sekitar masjid itu sambil melaungkan takbir dan merayu supaya masjid tidak dirobohkan.
“Akhirnya, tindakan meroboh dibatalkan apabila pemandu jentolak pihak Majlis Daerah Kemaman seperti “ketakutan” dan lemah semangat hingga terpaksa dipapah oleh orang ramai.
“Keputusan tidak jadi roboh Masjid Bujal pada pagi itu cukup menggembirakan dan masing-masing (orang ramai dan pihak berkuasa) pulang meninggalkan lokasi RTB Bujal,” jelasnya.
Malah, beliau pernah ditangkap dan di lokap di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Kemaman selama empat hari berkaitan dengan siri-siri ceramah bantahan bagi menentang kezaliman tersebut.
Namun, “disangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari.”
Sekitar jam 2.30 petang, tiba-tiba gerombolan “sang penguasa” tadi datang kembali serta menceroboh rumah Allah tersebut.
Jeritan demi jeritan kedengaran apabila puinpuin kayu dan batu-bata binaan Masjid Bujal ditolak secara paksa dengan menggunakan dua buah jentolak milik Pejabat Daerah Kemaman.
Selepas peristiwa perobohan masjid tersebut, rombongan demi rombongan dari seluruh negara datang bagi melawat kesan keganasan kerajaan BN Terengganu itu sehingga akhirnya pada 7 Julai 2015, kesan runtuhan itu terpaksa dihapuskan sama sekali bagi menghilang kan bukti serta menutup kejahatan pemerintah meroboh sebuah masjid.
Kini setelah 10 tahun berlalu, adakah umat Islam di negeri ini khususnya di Kemaman merasa sensitif dengan tragedi tersebut?
Mengenai RTB Bujal, semasa Kerajaan PAS memerintah Terengganu, hanya 125 daripada 363 lot kediaman telah dibahagikan kepada mereka yang layak setelah membuat permohonan untuk mendapatkan tanah tapak rumah.
Kerajaan PAS mengagihkan lot tapak kediaman di kawasan itu kepada mereka yang sudah berkeluarga dan layak tanpa mengira fahaman politik sekaligus menolak tuduhan pemimpin Umno, yang mengatakan PAS membahagikan tanah di kawasan tersebut kepada para penyokong parti itu sahaja.
Sekiranya pemimpin Um no beranggapan sedemikian, maka mereka yang berkuasa boleh mengagihkan lot-lot yang masih kosong kepada penyokong mereka (Umno) tanpa merobohkan rumah yang telah dibina oleh peserta yang mendapat tanah secara sah di situ daripada kerajaan PAS sebelum ini.
Ini kerana, berdasarkan pelan cadangan susunatur perumahan tersebut luas keseluruhan RTB Bujal itu adalah 64.4056 hektar di mana 40.4608 hektar adalah untuk petak kediaman.
Selain surau, lot-lot untuk kedai, balai raya, tadika, padang bola, klinik desa, kubur, taman permainan kanak-kanak, tangki air dan pencawang elektrik juga telah disediakan dalam pelan cadangan susunatur yang berasaskan pandangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa negeri.
Natijah dari peristiwa perobohan Masjid Bujal itu, pelbagai protes dan bantahan dibuat sehingga ledakan kemarahan rakyat itu diterjemahkan melalui demonstrasi aman di hadapan Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 19 Jun 2005 yang disertai sekitar 10,000 orang.
DALAM mesej yang disampai dari Tawau, Sabah yang ramai keturunan Bugis, suku nenek moyang Perdana Menteri Najib, dia tidak tunduk atas desakan berundur kecuali rakyat dan partinya Umno menolaknya.
Mesej itu menjawab saranan Tun Dr. Mahathir yang menasihatkannya berundur bagi memastikan Umno dan Barisan Nasional tidak dikalahkan dalam PRU akan datang.
Populariti PM Najib dalam masa beberapa tahun 2015 ini dirasakan amat rendah baik dalam kalangan rakyat dan kalangan partinya sendiri – Umno. Kedudukannya sebagai pimpinan negara mulai banyak dibincangkan terutama setelah adanya cabaran daripada Dr. Mahathir.
Selepas menyampaiken mesej itu Najib segera mendapatkan sokongan Majlis Tertinggi. Mungkin ia pertama kali dia minta mandat dan kepercayaan majlis itu.
Apa perlunya mesej itu dibuat masa ini? Mungkin krisis kepercayaan seperti sekarang tidak pernah dihadapinya sebelum ini.
Ia adalah usaha Najib bagi memastikan Umno tidak mengubah kesetiaan kepadanya. Partinya saja tempatnya bergantung sekarang.
Ada pun rakyat yang Najib cuba jadikan tempat bersandar tidak dijamin memberi penuh sokongan seperti yang diharapkannya. Adakah dia benar percaya rakyat bersamanya apabila dia menyebut dia tidak akan berundur kiranya rakyat tidak menunjukkan isyarat tidak mahu lagi kepadanya.
Apabila dia terang-terang menyebut dia tidak berundur jika rakyat tidak mintanya berundur, adakah dia yakin rakyat bersamanya sekarang?
Apa kayu ukur rakyat bersamanya?
PRU13, pada Mei 2013 dulu parti pimpinan Najib tidak dapat undi popular. Ia dapat kurang daripada 48 peratus. Ia kembali berkuasa bukan kerana ia dapat majoriti rakyat dalam pilihan raya umum, tetapi sekadar daripada undi minoriti itu ia bernasib baik dapat lebih kerusi.
Inilah bukti yang Mahathir pegang bahawa Najib sudah kalah dalam PRU lalu. Dua tahun dulu Najib sudah ditolak rakyat. Prestasi dalam PRU itu lebih buruk daripada prestasi Tun Abdullah Badawi dapat ketika PRU 2008.
Berdasarkan keputusan PRU13 itu jelas Najib sudah tidak disokong oleh rakyat. Sejak itu dia bergantung kepada sokongan Umno saja. Sokongan Umno tidaklah sesakti sokongan rakyat. Yang keramat dalam demokrasi ialah sokongan rakyat.
Satu daripada syarat yang Najib harapkan iaitu rakyat sudah terlepas daripadanya. Harapannya daripada rakyat kena tunggu dua tahun lagi apakah dia akan dapat undi popular semula? Dr. Mahathir agak bimbang dengan segala kepincangan yang Najib lakukan sejak PRU 13 memang menjolok mata, tidak diyakinkan dia dapat undi popular di tengah prestasi pimpinannya yang bertambah pincang.
Ada pun sokongan Umno terhadapnya tidaklah dapat dikira sama seperti yang ada padanya ketika dia mengambil alih kuasa dari Tun Abdullah dulu.
Hari ini sekalian Umno yang berjawatan tidak menyatakan sikap yang jujur kepada Najib. Mereka tidak setumpat ketika Najib mula jadi Presiden dulu.
Banyak desas-desus mengira Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri tawar hati dengan keadaan yang ada. Selepas mesejnya di Tawau itu, Najib bersungguh mengatakan dia amat yakin kepada sokongan timbalannya. Mengapa kenyataan itu dibuat? Apakah selama ini Muhyiddin tidak tumpat bersamanya?
Dia berjanji akan membuat banyak perbincangan dan memberi keyakinan kepada timbalannya lagi. Apa perlunya diberitahu orang ramai dia akan lebih kerap berbincang dengan timbalannya? Ia adalah satu usaha bagi memastikan sokongan Umno terhadapnya diteruskan setelah dia tahu masa ini dia memerintah tanpa undi popular rakyat. Dia sudah jadi buah ranum, dijolok atau tidak dijolok ia akan gugur jua.
Siang timbalan perdana menteri dan menteri pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin disanjung selepas tegas terhadap syarikat kontroversi 1MDB tetapi di sebelah malam lain pula halnya.
Datuk Dr Puad Zarkashi, bekas timbalannya di kementerian pendidikan, malam tadi memuat naik sebuah tulisan dan gambar di Internet yang dilihat memalukannya.
Dengan kapsyen bertulis “masih belum terbela”, Puad memuat naik gambar dua orang murid dengan meja yang amat buruk dan rosak di sebuah sekolah di Keningau, Sabah.
“Ada orang posting pada saya gambar sebuah sekolah di Keningau yang terlalu daif. Puncanya pegawai yang bertanggungjawab tidak turun ke bawah.
“Kenapa mereka tidak turun ke bawah? Kerana menteri dan timbalan menteri juga malas turun ke bawah,” tulisnya, yang dilihat memberi tamparan hebat kepada Muhyiddin.
Justeru, kata Puad lagi, susulan sikap itu, perkara yang berlaku di bawah tidak diketahui.
Beliau juga membangkitkan pelbagai lagi masalah termasuk asrama dan rumah guru yang daif di kawasan pedalaman ketika kerajaan menguar-uarkan perkara yang “bunyi cantik di atas”.
“Sepatutnya bila TPM jadi menteri pelajaran hampir dua penggal, maka cepatlah terbela sekolah sekolah daif terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak,” katanya lagi.
Tulisan Puad itu dilihat sebagai reaksi susulan pendirian keras Muhyiddin melalui sebuah rakaman video bocor di Internet yang memaparkan pendiriannya supaya kesemua lembaga pengarah 1MDB dipecat susulan pelbagai kontroversi.
Langkah Puad itu juga dilihat antara reaksi tidak senang dalam Umno terhadap sikap Muhyiddin yang dilihat tidak begitu senada dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sedang berdepan asakan keras Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perbelanjaan purata isi rumah pada bulan pertama pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), meningkat sehingga 21 peratus dalam beberapa kategori, demikian menurut pembaca Malaysiakini yang mengambil bahagian dalam kaji selidik portal itu bulan lepas.
Responden diminta memasukkan tahap perbelanjaan mereka bagi sembilan kategori sebelum GST, dan berbuat demikian sekali lagi sebulan selepas GST dilaksanakan, untuk mengukur kesan cukai baru itu kepada kehidupan harian mereka.
Kerajaan sebelum ini mendakwa GST akan menurunkan harga senarai panjang barangan dan perkhidmatan dengan alasan kadar enam peratus cukai itu lebih rendah daripada kadar cukai jualan dan perkhidmatan sebelumnya, yang dikenakan ke atas kebanyakan barangan.
Bagaimanapun, kaji selidik itu menunjukkan hanya perbelanjaan rekreasi sahaja yang telah turun. Walaupun begitu, ia mungkin bukan disebabkan oleh harga yang lebih murah, tetapi pengguna menjimatkan perbelanjaan mereka.
Dalam beberapa kes, responden melaporkan memotong bajet rekreasi mereka antara RM350 kepada RM70 sebulan.
Secara keseluruhan, jumlah perbelanjaan purata bagi sembilan kategori yang dikaji selidik itu, meningkat sebanyak 3.8 peratus (daripada RM4,306 kepada RM4,472), dengan sebahagian besar responden bergaji bantara RM3,000 hingga RM10,000.
Belanja pengangkutan paling melonjak
Daripada sembilan kategori itu, perbelanjaan pengangkutan mencatatkan lonjakan tertinggi, dengan tambahan kos purata 21 peratus.
Tidak jelas mengapa perkara itu berlaku memandangkan bahan api yang paling biasa digunakan di Malaysia, RON95, dikecualikan GST.
Manakala kenaikan tambang bagi sesetengah pengangkutan awam hanya berkuatkuasa pada bulan Mei.
Keputusan bagi kategori lain:
Belanja keseluruhan naik
Walaupun isi rumah mengalami peningkatan dan pengurangan kos, bergantung kepada kategori, namun kebanyakan responden melaporkan kenaikan keseluruhan dalam perbelanjaan isi rumah pada bulan pertama pelaksanaan GST.
Menurut angka dari responden, 61 peratus mengalami kenaikan keseluruhan dalam perbelanjaan isi rumah, sesetengahnya setinggi 143 peratus, manakala hanya seorang responden mendapati semuanya kekal sama.
Selebihnya menyaksikan penurunan perbelanjaan isi rumah - penurunan terbesar sebanyak 53 peratus.
Lebih 1,000 pembaca berkongsi perbelanjaan mereka sebelum GST, tetapi kurang 10 peratus yang terus berkongsi anggaran perbelanjaan mereka dalam bulan pertama selepas pelaksanaan GST.
Banyak jawapan dikeluarkan daripada set data kerana tidak kelihatan berwibawa. Sebagai contoh, seorang responden berkata dia menghabiskan beberapa ribu ringgit sebulan bagi barangan runcit sebelum GST, tetapi membelanjakan kurang daripada RM100 selepas cukai itu berkuatkuasa.
Dalam contoh lain, jawapan ditandakan sebagai "tidak berkenaan" bagi kategori tertentu kerana ia kelihatan disebabkan oleh perubahan keadaan, dan bukan disebabkan oleh perubahan dalam harga atau tambang. Sebagai contoh, satu keluarga melaporkan berbelanja RM800 untuk pengangkutan anak ke sekolah sebelum GST, tetapi tidak lagi selepas GST.
Oleh itu, penjumlahan muktamad membabitkan 67 pembaca Malaysiakini yang jawapan yang dianggap boleh diterima untuk dianalisis, mungkin tidak menggambarkan pengalaman GST keseluruhannya.
Adakah ia mencerminkan pengalaman sebenar anda? Kongsilah dengan mengulas di ruangan komen bawah, di Facebook, Twitter Malaysiakini atau emel pada editor@malaysiakini.com.