"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hapus cukai 5 tahun jika Pakatan jadi kerajaan

Dzulfikar Mashoor
KUALA KRAI, 17 Julai:
Pakatan Rakyat sedia mencari jalan untuk memansuhkan cukai selama lima tahun sekiranya rakyat sedia memberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Demikian tawaran AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa
(gambar) semalam pada suatu majlis Pakatan Rakyat negeri di sini.

"Kalau Pakatan Rakyat dapat ambil alih (kerajaan) Pusat lepas PRU13, cukai pendapatan akan dimansuhkan sepenggal atau sekurang-kurangnya kakitangan kerajaan tak perlu bayar sepenggal," ujar beliau.

Menurut beliau, kepemimpinan Pakatan Rakyat mempunyai formula tersendiri untuk urus tadbir kewangan negara secara adil, dinamik dan tidak membebankan rakyat.

Disebabkan itu, beliau menganggap langkah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri menaikkan harga barangan asasi rakyat sebagai tindakan yang tidak bijak serta tidak menguntungkan rakyat.

Katanya lagi, kerajaan sepatutnya mengutamakan keperluan rakyat dengan menangguhkan beberapa projek mega yang nyata menguntungkan pihak tertentu semata-mata.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut menganggap pentadbiran Najib bertindak menipu rakyat kerana tidak terlebih dahulu membawa cadangan menaikkan harga minyak RON95, diesel, gula dan petroleum gas cecair (LPG) ke Dewan Rakyat baru-baru ini.

Tambahnya, indakan Najib yang juga Menteri Kewangan I mengumumkan kenaikan harga beberapa barangan tersebut sejurus selesai sidang Dewan Rakyat seolah-olah tidak mengiktiraf kedudukan Dewan Rakyat dalam sistem demokrasi negara.

Impak dari kenaikan harga beberapa komoditi tersebut, katanya lagi, meninggalkan kesan berantai seperti inflasi yang nyata cukup menghimpit kehidupan kaum nelayan, petani, peniaga hatta pengguna sendiri.

Turut hadir mengisi pentas bantahan adalah Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman (Adun Mengkebang), Bendahari PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai) serta Tony Phua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara).

Editor media bukan ‘lembu Umno'

Dzulfikar Mashoor
ALOR SETAR, 17 Julai:
Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak ‘melembukan’ media-media arus perdana.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada tindakan kerajaan melarang editor-editor terbabit menggunakan terminologi 'barang naik' ketika melaporkan berita berhubung kenaikan harga barangan asasi rakyat, seperti yang didedahkan Malaysiakini semalam.

"Editor media-media ini bukannya 'lembu Umno', jangan lembukan media-media yang selama ini masih sokong kerajaan," ujar beliau malam tadi di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, di sini.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat berkata, penggunaan istilah 'rasionalisme subsidi' dan 'penyelarasan harga' semata-mata untuk membendung kemarahan rakyat terhadap pentadbiran Najib.

"Dia (Najib) guna terma-terma ini semua sebab dia mahu ‘melembukan’ rakyat, dia takut rakyat terus mengecam pentadbiran dia," ujar beliau sambil mengajak rakyat dan kakitangan kerajaan memulakan protes secara senyap terhadap pentadbiran Najib.

Katanya lagi, tindakan Najib merampas RM570 juta subsidi daripada rakyat sebagai tindakan mementingkan diri sendiri.

"Seseorang bapa pun kalau tak ada duit, dia akan mengikat perutnya, tetapi dia (Najib) sanggup ikat perut kita semua (rakyat) kononnya untuk menjimatkan duit negara.

"Dia mungkin ingat negara ini 'kerajaan laki-bini' dia, saya nak tegaskan di sini bahawa negara ini 'harta rakyat'," tegasnya lagi.

Semalam, Malaysiakini melaporkan, seorang penasihat media di Jabatan Perdana Menteri (JPM) melarang editor-editor terbabit membangkitkan amarah rakyat dengan melaporkan berita berhubung kenaikan harga barangan 5 dalam 1 termasuk petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) sejak malam kelmarin.

Mereka, menurut laporan itu lagi, turut diarahkan memberi gambaran yang mesra dan positif kononnya langkah Najib itu sebagai langkah penjimatan kerajaan demi kepentingan negara.

Dr Asri: Aduhai subsidi dirampas...

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan kekesalannya terhadap kenaikan harga "5-dalam-1" bagi tujuan penjimatan subsidi sedangkan pada masa yang sama terdapat pelbagai pembaziran.

NONE"...di sana berbagai lagi pembaziran yang lain, tiba-tiba rakyat awam menjadi mangsa, subsidi mereka pula yang dirampas," katanya.

"Kenangilah orang-orang kampung yang susah, ibu bapa yang terhad pendapatan mereka dan anak-anak miskin yang akan termangsa dari setiap kenaikan harga barang.

"Mereka tiada istana mewah, tiada kereta mewah, tiada hidangan mewah."

Tengah malam kelmarin, kerajaan
menaikkan harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG). Langkah tiba-tiba itu ternyata mengundang kemarahan banyak pihak, terutamanya pembangkang.

Menulis dalam blognya semalam, Dr Mohd Asri menempelak "golongan bangsawan dan pembesar yang bersenang-lenang dengan kemewahan yang telah merampas subsidi rakyat".

Sedangkan, menurut artikel berjudul 'Menangisi kenaikan harga barang' itu lagi, orang miskin kini menangis ekoran harga makanan yang semakin tinggi.

Anak pemimpin Umno buat kacau!

manamungkin
Kisah anak-anak pemimpin umno khususnya sering menjadi santapan akhbar kebelakangan ini, mungkin kerana wartawan pun sudah tidak tahan dan meluat melihat sikap mereka. Jadi kini kita akan mendapat lebih maklumat tentang aktiviti tidak bermoral mereka.

Dua, tiga hari lepas khabarnya di sebuah kelab baru di Pahang, kelihatan seorang anak pemimpin umno yang sedang minum dan bergembira. Malah bukan itu sahaja selepas mahu pulang bergaduh pula di luar kelab alangkah malunya melihat mereka yang tidak mempunyai adab.

Adakah ini seharunya menjadi teladan kepada kita, mereka yang dikatakan akan memimpin negara tetapi kini perbuatannya seperti syaitan! Bagaimana hendak kita bentuk generasi baru jika yang ada kini masih tidak berfikir secara rasional!

-mindarakyat-

Tunjukkan Kad Ahli UMNO, Anda dapat Subsidi!

Ustaz Saiful Bahri

Setiap kali harga barang naik. Ramailah para pemimpin barua dan pengampu menyebut. Negara lain mahal lagi? Tengok Singapura? Mereka tak sebut bahawa Singapura takde minyak & Gas. Singapura takde ladang gula.

Gaji dan kadar upah yang tinggi berbanding dengan Malaysia. Sabarlah. Rakyat kena tanggung demi pembangunan. Nak Negara maju rakyat kena berkorban

Nanti kerajaan menjanjikan Malaysia maju 2020. Rakyat berpendapatan tinggi. Bla..bla..bla.. Semua pemimpin yang sedap bercakap itu hidup mereka ditanggung oleh rakyat dari duit pembayar cukai. Mereka mana rasa keperitan harga barang macam ni.

Hakikatnya, rakyat memang rasa resah apabila berlaku setiap kali kenaikan harga. Sebab rakyat yang terpaksa menanggung secara langsung setiap kenaikan.
Terbaru apabila PM mengumumkan kenaikan baru Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam tadi. Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.

Harga baru:
• Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
• Diesel - RM1.75 seliter.
• Gula - RM1.70 sekilogram
• Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Harga baru gas:
• Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
• Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
• Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00

Bagi penyokong UMNO mereka tak kisah. Sebab mereka ahli UMNO-COCO dikecualikan kenaikan harga barangan tersebut. Mereka dapat subsidi. Kan mereka penyokong tegar kerajaan. Sudah tentu mereka sujud syukur kerana kenaikan harga barang.

Itulah tanda kerajaan yang mereka sokong itu bijak. Hebat. Cakna & Mendahulukan Rakyat. Orang yang tidak menyokong UMNO-BN pada pilhanraya yang lepas terpaksa membayar kenaikan harga barang tersebut.

Bagi ahli UMNO, sila bawa kad ahli UMNO ke kedai untuk membeli gula atau menggalas satu tong gas. Tunjukkan kad UMNO ke stesyen minyak. Nanti ketakutanlah penjual tersebut dan terus memberi diskaun.

Mereka pasti kagum dan hebat terhadap anda kerana anda ada kad ahli UMNO. Atau pun mereka tentu berguling atas tanah… Ekekekeke… Kalau takpun disumpah seranah. “Kerana kau sokong UMNO-BN le barang jadi naik ni… Bodoh!.

Tapi ahli UMNO mereka tetap macam lembu kenyang. Kalau dinegara Arab macam keldai le. Larat tak larat ke.. keja dia pikul aje. Bagi mereka hanya UMNO sahaja yang layak memerintah.

Mereka terus berkhayal bahawa Malaysia adalah Negara maju tahun 2020 meskipun Menteri mengumumkan kemungkinan bangkrap tahun 2019.

Mereka tetap yakin bahawa kerajaan akan menaikkan gaji mereka sehingga 5K sebulan (Janji ECER di Pantai Timur). Inilah Negara yang bakal menjanjikan rakyat yang berpendapatan tinggi. Apalah sangat naik barang 5 – 25 sen?.

Nasib baik ada kalau takde macam zaman Jepun? Mereka tetap sokong UMNO. Dulu, kini dan selama-lamanya sampai kiamat. Sampai bila hidung mereka dicucuk oleh UMNO?

Israel terbit animasi propaganda Mavi Marmara

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 17 Julai:
Israel terpaksa mengeluarkan sebuah video animasi Mavi Marmara bagi menyebarkan propaganda mereka tentang kejadian serangan menurut kaca mata dan kehendak mereka.

Laman web http://www.lifeline4gaza.org melaporkan, ini kerana rakaman video asli tidak seiring dengan pembohongan mereka.

Video animasi yang dikeluarkan oleh Israeli Defense Forces (IDF) itu telah disebarkan melalui YouTube oleh @gangreentv.

IDF menggunakan grafik komputer berteknologi tinggi bagi menunjukkan keadaan di atas kapal Mavi Marmara ketika pasukan komando melakukan serangan ke atas aktivis kemanusiaan di atas kapal tersebut.

“Usaha sedang dijalankan untuk menterjemah sepenuhnya paparan video berbahasa Hebrew ini,” laporan laman web itu dipetik.

Anda boleh lihat
Video Propaganda Mavi Marmara di blip.tv.

Ku Li: PM tak wajar ketuai Perbendaraan, urusan dana lemah

Ku Li berkata Perdana Menteri tidak wajar memegang portfolio berasingan. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Masalah pengurusan kewangan membabitkan kerajaan dan beberapa agensi utama sejak kebelakangan ini berpunca daripada kelemahan elemen “check-and-balance” dan perdana menteri tidak wajar turut menyandang portfolio kewangan, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Razaleigh yang juga bekas menteri kewangan berkata, perdana menteri sewajarnya memfokus tanggungjawab sebagai ketua barisan Kabinet, tanpa memegang portfolio lain dalam jemaah menteri demi memastikan keseimbangan fokus.

Beliau khuatir kedudukan semasa di mana perdana menteri turut mengetuai Perbendaharaan, yang diamalkan sejak lebih sedekad lalu, boleh membuka laluan kepada elemen lemahnya elemen sekatan dan imbangan dalam pengurusan dana awam.

Menjawab soalan yang dirujuk kepada kontroversi yang timbul berkaitan dengan Felda baru-baru ini, Razaleigh berkata, ia sepatutnya boleh dielakkan jika agens-agensi kerajaan seperti Felda diletakkan di bawah penyeliaan rapi Kementerian Kewangan.

“Pada masa-masa lalu, Kementerian Kewangan mengamalkan prosedur ketat dalam soal pelaburan. Keputusan pelaburan dilakukan oleh kami (Kementerian Kewangan)... tetapi kini dilakukan oleh agensi masing-masing,” katanya.

Amalan seorang perdana menteri turut memegang portfolio menjadi tradisi sejak selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998 dan diwujudkan dua kerusi menteri kewangan.

Di bawah pendekatan ini, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Datuk Seri Najib Razak turut memegang portfolio Kementerian Kewangan.

Jelas Razaleigh, Felda yang sepatutnya berada di bawah penyeliaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, tetapi diketuai oleh Perdana Menteri.

“Perdana Menteri memutuskan apa yang perlu dilakukan di Felda,” kata beliau dalam temu bual dengan The Malaysian Insider.

Kelmarin, Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak) mahu Parlimen menyiasat penyalahgunaan dana oleh Felda yang dikaitkan dengan kemerosotan rezab tunai lembaga itu.

Pengerusinya Mazlan Aliman berkata, Anak juga akan bertemu dengan Razaleigh supaya mengetuai perkara ini di Parlimen.

“Kita akan menemui Tengku Razaleigh dan memintanya untuk memimpin perkara berkaitan Felda di Parlimen kerana berliau adalah seorang ahli politik veteran dalam Kabinet dan juga terlibat dalam pembangunan Felda,” kata Mazlan.

Pada 16 Jun lalu, kerajaan pusat secara terbuka mengakui simpanan tunai Felda telah merosot sehingga RM1.35 bilion tahun lalu berbanding paras RM4.08 bilion dimiliki pada 2004.

Bagaimanapun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa penurunan simpanan tunai bukan kerana salah urus Felda.

Kini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan meneliti pihak pengurusan Sime Darby dan Pos Malaysia Berhad bagi memberi penjelasan berhubung kerugian kedua-dua syarikat itu.

Sime Darby dilaporkan mengalami kerugian lebih RM964 juta akibat daripada lebihan kos dalam projek kendaliannya, dan berikutan itu, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, yang kontraknya sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan sepatutnya berakhir pada 26 Nov ini, telah diminta bercuti.

Pos Malaysia pula dilaporkan mengalami kerugian RM227 juta sejak beberapa tahun lalu.

PAC tidak menolak kemungkinan akan memanggil pengurusan Khazanah Nasional Berhad berdasarkan penglibatannya dengan Pos Malaysia.

Bagaimanapun minggu ini, Najib yang juga Menteri Kewangan mempertahankan Sime Darby dan Pos Malaysia berhadapan dengan masalah kewangan.

Mengulas pendiriannya, Razaleigh berpandangan bahawa perdana menteri tidak seharusnya memegang sebarang jawatan selain sebagai ketua Kabinet.

“... ini bukan amalan yang baik, perlu ada unsur sekatan dan imbangan,” kata Razaleigh.

Razaleigh juga berpendapat banyak agensi kerajaan seperti Felda dan syarikat-syarikat lain seperti Sime Darby kini berhadapan dengan krisis kewangan sebab tidak berada di bawah penyeliaan Kementerian Kewangan.

Pengasas Petronas ini berkata, pentadbiran Najib seharusnya mengkaji semula amalan ini bagi membolehkan Kementerian Kewangan mempunyai tanggungjawab penuh ke atas penggunaan dana kerajaan.

“Ketika masa saya (sebagai Menteri Kewangan), saya mengawal (penggunaan) wang, kesemua kontrak.

“Ketika itu, kesemua ketua (jabatan dan agensi awam) memberi saya taklimat apa yang mereka hendak lakukan dengan wang di pelbagai kementerian,” kata Razaleigh sambil menambah walaupun ia kelihatan birokrasi tetapi penyeliaan dapat dilakukan dengan baik.

Menurut pemimpin politk veteran ini, ketika era kepimpinan Tun Hussein Onn dan Dr Mahathir, Kementerian Kewangan mempunyai kawalan ke atas perbelanjaan kesemua kementerian.

Jelas beliau, jika sesebuah kementerian hendak melantik kontraktor bagi sesuatu projek, mereka perlu berunding dengan Kementerian Kewangan dan kementerian akan memastikan sistem tender terbuka diamalkan sebelum projek diluluskan.

“Dan, apa sahaja diputuskan oleh Kementerian Kewangan perlu melalui Parlimen... sudah pasti dulu lebih terbuka kerana menteri kena melaporkan kepada Parlimen, kepada Kabinet,” katanya lagi.

Bagaimanapun menurut beliau, kini setiap kementerian boleh membelanjakan apa yang mereka mahukan.

“Tiada mekanisme yang betul untuk memastikan sekatan dan imbangan,” katanya.

Ahli Parlimen Gua Musang ini ketika beliau menjadi menteri kewangan negara tidak berhadapan dengan masalah hutang.

“Sekurang-kurangnya anda tahu bahawa kita tidak membazirkan wang rakyat,” kata beliau lagi.

-malaysianinsider-

Barang naik: 'Tak kena masa'

Masyarakat menunjukkan pelbagai reaksi terhadap kenaikan harga barang "5 dalam 1" semalam, termasuk ramai yang belum terasa kesannya dan sebahagian lagi menganggap ia dibuat tidak kena pada masanya.

Dalam temubual semalan, kesemua responden di sekitar Bangsar mengaku terkejut dengan langkah mengejut kerajaan itu tetapi beranggapan kehidupan mereka sekarang tidak terjejas.

"Kenaikan lima sen harga petrol bukan beban besar pada orang awam sekarang," kata seorang pegawai kerajaan Hasnulhasi Yasin, 33.

Pengedar minuman Mohd Sofian dan pemilik restoren Mohd Iqbal menegaskan walaupun harga gula naik, harga barang-barang lain akan kekal sama.

"Saya tak rugi akibat kenaikan harga gula. Tetapi keuntungan mungkin kurang sedikit," kata Mohd Iqbal.

Bagaimanapun, ramai juga tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan itu kerana ia tidak kena pada masanya.

"Harga naik kerana keranaan terlalu selesa sekarang, tetapi sekarang bila keadaan bertukar kepada paling buruk, mereka akan turunkan harganya kembali, kata pelajar berumur 22 tahun Vivekananda Sukumaran.

Protes disaran jaga mangsa barang naik

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 17 Julai:
Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) yang akan bermesyuarat esok dicadangkan agar memberi fokus bantahan isu kenaikan harga barangan keperluan kepada menjaga hal ehwal golongan yang menjadi mangsa.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat
(gambar) berkata, Protes tidak perlu memfokuskan kepada bantahan kenaikan harga minyak sahaja kerana mana-mana kerajaan yang memerintah negara ini, tiada jaminan minyak tidak akan dinaikkan.

“Mungkin Protes itu sendiri perlu direbranding dengan nama baru iaitu Kumpulan Rakyat Mangsa Barang Naik (Mangsa BN),” ujarnya dalam blognya, http://www.kentong-suhaizan.blogspot.com/.

Beliau berkata, antara contoh tuntutannya adalah mendesak pihak kerajaan memberi subsidi RM500 sebulan terus kepada golongan keluarga berpendapatan rendah.

Tambahnya, formula menentukan mereka yang layak dan mekanisma pemberian perlu dirangka oleh pihak kerajaan.

“Keduanya, menghentikan subsidi kepada Penjanakuasa Elektrik Persendirian (IPP). Ketiganya, sebagai simbol penjimatan maka gaji semua menteri dipotong 20%,” ujarnya.

Keempat, tambahnya menambah peruntukan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang membiayai fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim dan kelimanya menghapuskan rasuah sepenuhnya.

“Semoga altenatif ini boleh membantu mereka yang memerlukan dan bantahan ini mendapat sokongan semua pihak dalam negara kita,” ujarnya.

Mengenai kenaikan harga barang 5 dalam 1, katanya ia dijangka akan menyebabkan kenaikan harga keperluan harian rakyat walaupun kerajaan beria-ria menafikannya.

Katanya, kalau enjin jet pejuang dalam kawalan Kementerian Pertahanan pun pun boleh hilang, apalah yang boleh diharapkan dengan kawalan kerajaan terhadap kenaikan harga barangan keperluan harian yang bakal naik.

“Enjin jet itu besar, terkawal, kuantiti tidak banyak pun hilang. Barangan keperluan harian ini banyak, kecil saiznya dan tidak ada tentera yang mengawalnya, bagaimana kerajaan boleh yakin ia boleh di kawal.

“Saya penuh yakin kerajaan tidak mampu mengawalnya,” katanya.

PSM kecewa ahli majlis digugur

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendesak menteri besar Selangor menilai semula penamatan ahli majlisnya di Majlis Bandaraja Petaling Jaya (MBPJ) dengan mengingatkannya kepada perjanjian yang dibuat pada 2008.

"Selepas pilihan raya 2008, kami dijanjikan tiga kerusi ahli majlis dan itu dipersetujui semua orang.

"Kami kecewa sekarang apabila calon-calon kami digugurkan tanpa sebarang sebab dan perundingan, kata pengerusinya Mohd Nasir Hashim

"Kalau kami tak gembira dengan calon, kami boleh tukar walaupun tidak begitu mudah," katanya.

"Tetapi kalau kamu kata mereka bawah prestasi, bukankan itu bermakna kami tidak bekerja, atau kami bukan kawan?"

Mohd Nasir yang juga ADUN Kota Damansara berkata cerita bahawa anggota mereka Panneerselvam Varathan tidak dimasukkan dalam senarai baru ahli majlis bandaraya itu tersebar sejak Jun lagi.

"Saya beritahu (exco kerajaan tempatan) Ronnie Liu bahawa saya mahu dikekalkan semua lima ahli majlis di Kota Damasanra. Bila cerita-cerita itu muncul bulan lalu, Ronnie minya saya bercakap dengan (Naib Presiden PKR) Sivarasa (Rasiah).

"Sivarasa, bila jawab soalan saya beritahu ada orang tidak gembira (dengan Panneerselvam), jadi beliau akan digantikan dengan calon PKR," jelas Mohd Nasir.

Jimat 750 Juta tapi ketirisan 28 Bilion

Taf4
Kerajaan Barisan Nasional mendakwa dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM750 juta dengan menarik balik subsidi yang dinikmati oleh rakyat dan menaikkan harga minyak, gas dan gula, Pada masa yang sama sehingga kini, kerajaan BN bukan sahaja gagal mengutip ketirisan perbelanjaan sebanyak RM28 bilion, bahkan tidak mampu menjelaskan bagaimana wang kerajaan sebanyak itu telah hilang.

Menurut kerajaan, penarikan balik subsidi perlu agar negara tidak bankrap seperti yang diunjurka pada tahun 2019 iaitu setahun sebelum negara di gembargemburkan mencapai status negara maju. Sebenarnya subsidi tidak akan mengakibatkan negara menjadi bengkrap tetapi kerakusan pemimpin umno barisan nasional dengan amalan rasuah dan penyelewenganlah yang menjadikan negara bankrap.

Datuk Sahril Samad MP Johor Baru pernah berkata bahawa kerajaan gagal memberikan penjelasan secara terperinci tentang ketirisan yang berlaku dalam perbelanjaan kerajaan sebanyak 28 bilion. Beliau menyatakan ketirisan perbelanjaan yangdilapurkan oleh akhbar berbahasa Inggeris pada bulan Oktober 2009 dengan memetik kenyataan dari Menteri Kewangan Kedua dan Laporan Ketua Audit Negara.

Benarkah negara kita aman dan selamat?

Aspan Alias

Betul kah apa yang kita anggapkan negara kita adalah negara yang selamat? Setakat ini belum ada sesiapa yang memberikan definasi ‘selamat’ dalam erti kata yang sebenarnya.

Saya bertanya soalan ini kerana saya belum yakin yang kehidupan kita sudah selamat sebagaimana yang dikatakan dan diakui oleh pemimpin-pemimpin kita.

Setiap hatri kita mendengar diTV dan membaca diakbar-akhbar disana sini ada sahaja manusia di bunuh dan mayat pembunuhan itu dicampak kedalam lubang tahi dan kolam serta kedalam bekas lombong.bijih. Setengahnya dibuang didalam semak dan sebagainya.

Setakat ini hanya stu kejadian mayat mangsa pembunuhan diletupkan dengan bahan peletup C4 disekitar Shah Alam, Selangor yang menyebabkan dua orang anggota polis digantung sampai mati.

Sampai kehari ini masih belum kita ketahui kenapa dan motif dua orang anggota keselamatan negara itu membunuh kerana pihak pendakwaraya tidak pernah bertanya kenapa mereka bertindak membunuh didalam perbicaraan kes itu. Kenapa pihak pendakwaraya tidak bertanya motif pembunuhan itu telah banyak menimbulkan spekulasi dalam pemikiran rakyat.

Selain dari itu disana sini kita dengar rumah dipecah masuk oleh penyamun dan perompak dan pihak polis masih belum dapat mencari penyelesaian terhadap kes-kes rompakkan yang begitu banyak dinegara kita ini.

Sekarang ini orang ramai tidak digalakkan anak-anak kecil untuk bermain kesaorangan ditaman-taman kerana ramai pasangan suami isteri telah hilang anak-anak mereka yang masih kecil dan tidak dijumpai lagi, malah ada yang dijumpai sesudah dibunuh dengan zalim oleh entah siapa.

Harta benda yang dicuri oleh pencuri dan penyamun bukannya sedikit nilainya.

Harta benda kita yang ada dalam kawalan kerajaan pun banyak yang dicuri oleh penyamun-penyamun dalaman. Harta rakyat dicuri oleh orang yang berkuasa hilang ribuaan jutaan ringgit dan tidak siapa dapat mengawalnya.

Ini adalah disebabkan orang-orang yang diamanahkan untuk mengawal itu sendiri berusaha untuk mencuri dengan memperdayakan rakyat dengan berbagai-bagai cara, seperti menaikkan harga belian untuk keperluan kerajaan ketahap yang berlipat kali ganda untuk dikembalikan sebahagiannya kepada pemimpin kita sebagai kamsen besar yang tidak bertanggungjawab itu

Berbillion billion ringgit wang kita semua telah dicuri dengan cara ini dan wang ini digunakan untuk kekayaan ahli-ahli keluarga mereka dan sebahaginnya diasingkan untuk membeli undi untuk meneruskan kegiatan rasuah mereka.

Pemimpin-pemimpin ini akan menyeru rakyat untuk menyokong mereka diatas nama kesinambongan membangunkan negara. Apabila kembali berkuasa mereka yang sama akan memulakan proses mencuri ini dan akan sentiasa menuduh pihak lain yang cemburu dan memakan wang dan harta rakyat tanpa perasaan bersalah.

Pemimpin-pemimpin kita tidak mampu untuk mendidik rakyat yang rasuah itu merupakan kerja hina dan tidak mahu menerima yang rasuah itu merupakan musuh nombor satu dunia yang telah menghancurkan banyak negara dan temaddunnya.

Rakyat kecewa kerana pihak yang berkuasa tidak ada kudrat untuk membawa kemuka pengadilan bagi mereka yang telah disiasat kerana masing-masing hanya menjaga kudis masing-masing.

Apabila rakyat menunjukkan reaksi yang negatif, maka parti pembangkang pula yang menjadi mangsa kritikkan pihak pemimpin-pemimpin ini. Inilah caranya mereka hendak berlindung dari tompokkan kurap-kurap yang ada pada diri mereka.

Pemimpin bertengahan dan bawahan tidak berani melakukan tindakkan kerana mereka juga ada tompokkan kurap itu.

Penyakit kurap itu apa dia?

Saya lahir disebuah kampong pedalaman 58 tahun dahulu dan hidup semasa kecil dan membesar dikampong. Semasa itu penyakit yang lazim dihinggapi oleh orang-orang kampong ialah penyakit kurap.

Kurap itu selalunya hinggap dibelakang badan dan dipunggung dan ianya dikatakan sangat gatal dan pedih.

Yang paling ditakuti oleh orang yang mengidap penyakit kurap ini ialah tiupan angin. Jika agin bertiup kearah belakang kita orang yang berkurap ini akan merasa pedih dan sakit dan mereka akan cepat-cepat mengadap angina yang bertiup itu dan melindungi kurap dibelakangnya itu kena kepada kurapnya.

Itulah sebabnya mereka yang ada kurap sentiasa mengadap kepada tiupan angina supaya kurapnya tidak kena pada angin yang bertiup itu.

Nampaknya ramai pemimpin kita semuanya takut kepada pihak yang lebih berkuasa dan sentiasa mengadap yang berkuasa itu kerana mereka itu banyak kurapnya.

Itulah sebabnya orang rasuah sentiasa mengadap angin yang beritup. Dimana bertiupnya angin disitulah mereka mengadap; takut kurap mereka itu akan ditiup angin.

Maka sampai bila pun mereka tidak akan mampu untuk berubah kerana kalau mereka cuba untuk membawa perubahan, angin akan bertiup kearah kurap-kurap mereka dan mereka akan merasakan kesakitan itu.

Itulah sebabnya kali ini ramai berharap supaya pemimpin yang akan dikedepankan nanti terdiri dari mereka yang tidak ada kurap pada dirinya supaya mereka tidak payah menentukan ‘kiblat’ politiknya mengikut tiupan angin..

Selagi tidak ada kekuatan rakyat untuk melakukan perubahan, selagi itulah negara kita tidak akan selamat.

Doa kita selama ini untuk mendapatkan sebuah negara yang berkerajaan dan berdemokrasi telah dikabulkan tuhan, tetapi hajat kita untuk kembali duduk dalam negara yang aman dan selamat serta mempunyai pemimpin yang bersih dan telus belum lagi kesampaian.

Sebelum Ayam Berkokok, PKR Dekati Rakyat!

CERAMAH khas beberapa orang Majlis Pimpinan Pusat daripada Kuala Lumpur akan diadakan pada 17 Julai ini bertempat di Kuala Tomani, Tenom; diketuai oleh Chegubard (Badrul Hisham Shaharin) yang akan diiringi oleh Pengerusi Pimpinan PKR Negeri Sabah, Ahmad Tamrin Haji Jaini.

Dalam satu kenyataan kepada Sabahkini.Net, Ketua Biro Info dan Komunikasi, Halik Zaman mengatakan, "Namanya pun 'turun padang', rombongan mesti dibawa berjumpa penduduk-penduduk kampung dan menerangkan halatuju PKR di kampung-kampung serta melihat sendiri kedaifan orang kampung; agar PKR dapat merubah cara hidup mereka apabila Pakatan Rakyat memegang tampuk Kerajaan Malaysia kelak.”

Kata Halik lagi, besar kemungkinan ramai yang bukan ahli serta yang masih di atas 'pagar' akan turut hadir untuk mendengar penerangan dari para pemimpin Majlis Kepimpinan PKR Pusat kerana mereka ingin tahu halatuju PKR sebenarnya daripada pimpinan Pusat.

Bila diasak bertalu-talu oleh Krew Sabahkini.Net kepada Halik, adakah ceramah tersebut ada kena mengena dengan pemilihan Ketua dan AJK Cabang PKR Tenom, Halik menjawab ringkas bahawa isu pemilihan Ketua Cabang PKR Tenom itu tidak penting, yang penting rakyat Tenom faham hala tuju PKR dan Pakatan Rakyat.

Bila ditanya adakah beliau bercadang mahu jadi Ketua Cabang PKR Tenom? Halik menjawab, "Pentingkah perkara itu? Atau lebih penting memantapkan kepercayaan rakyat kepada PKR?"

"Penerangan yang akan dibuat oleh semua penceramah termasuk saya, tidak akan menyentuh atau berkisar tentang siapa yang mahu jadi Ketua Cabang, tetapi ia berkisar secara khusus untuk memberi kefahaman kepada rakyat tentang 'halatuju PKR' dan mengalu alukan ahli ahli baru menyertai PKR," terang Halik.

Halik yang merupakan tenaga penggerak Info dan Komunikasi PKR Negeri menerangkan, jangan tanya beliau perkara yang remeh-temeh, sebaliknya tanyalah kekuatan PKR di pedalaman.

“Saya akan jawab, sebelum ayam berkokok, para pemimpin PKR mesti bangun berkerja kuat untuk memantapkan kefahaman rakyat kepada perjuangan Pakatan Rakyat, insya-Allah kita akan berjaya memerintah," jelas Halik menguntum senyum.

Oleh :
KREW SABAHKINI.NET

Pakatan mampu cipta sejarah di Sarawak

M Azwani A Rani
MIRI, 17 Julai:
Jentera Pakatan Rakyat harus giat bekerja dan bersama rakyat untuk mencipta sejarah dan membuat perubahan besar dalam lanskap politik Sarawak.

Ini berdasarkan kajian yang dibuat oleh Merdeka Centre baru-baru ini berkaitan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional di Sarawak sungguh menarik perhatian ramai pihak.

Bagi PAS Miri, sesuatu yang pasti adalah di saat demam pilihan raya negeri (dan mungkin umum) semakin terasa segalanya semakin baik bagi Barisan Nasional.

Dalam satu kenyataan media, PAS kawasan menyatakan manakan tidak, ia berlaku selepas rating Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak naik ke angka lebih 70% baru-baru ini, di saat itu jualah Sibu terlepas dari genggaman BN.

(Gambar: Majlis penyerahan borang penubuhan PAS Senadin kepada setiausaha kawasan, baru-baru ini.)


“PAS Miri beranggapan angka atau statistik yang dilaporkan adalah sesuatu yang dicanang untuk menunjukkan kepada Kabinet Ketua Menteri dan Perdana Menteri bahawa a good feel factor sedang berlaku,” kenyataan itu menambah.

Ia harus digiatkan, disusuli serangan menggila media ke atas Kerajaan Pakatan di Selangor dengan isu curi Pasir, di Kelantan isu pembalakan bagi memastikan suasana baik ini diharapkan untuk diterjemah kepada kejayaan BN dalam pilihan raya.

Kata kenyataan itu lagi, ia umpama si Sotong Paul yang ‘menilik’ dengan tepat pemenang Piala Dunia baru-baru ini. Sudah pasti dengan laporan sebegini, BN akan lebih yakin untuk membubarkan Parlimen atau Dun.

Namun, biar apa pun yang dilaporkan, PAS Miri merasakan ia akan menjadi pembakar semangat dalam menggerakkan jentera parti dan rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam meneruskan kerja pilihan raya.

Sokongan yang bertambah baik telah diterjemahkan lagi dengan tertubuhnya 5 cawangan baru PAS di Miri iaitu Senadin, Piasau, Pulau Melayu, Bumiko dan Pujut.

Menurut kenyataan itu, dengan penambahan ahli setempat yang semakin baik dan sokongan terbuka masyarakat bukan Islam melalui tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS Miri jelas menunjukkan terkadang sesuatu laporan media atau kajian, tidak seperti apa yang sebenarnya berlaku atau mungkin jua harus dianggap berlawanan keadaannya.

Contohnya, sudah acap kali berlaku kalau tajuk berita itu ditulis 500 penyokong PR berhimpun di Kedutaan Amerika, sebenarnya 5,000 yang hadir. Pernah juga ditulis 1,000 ahli PKR tukar parti masuk Umno tetapi yang berlaku hanya 10 orang dan lebih perit 500 pula masuk PKR.

“Jadi sama-sama kita tunggu kebenarannya. Jentera parti Pakatan harus giat bekerja dan bersama rakyat untuk mencipta sejarah buat Pakatan Rakyat di Miri seperti yang telah berlaku di Sibu, lantas membuat perubahan besar dalam lanskap politik Sarawak,” ujar kenyataan itu lagi.

Rakaman seks Ariel disebar anggota Peterpan, kata polis

JAKARTA, 17 Julai: Video adegan seks melibatkan anggota Peterpan Nazriel “Ariel” Irham dan beberapa teman wanitanya, yang juga selebriti terkenal Indonesia, disebarkan di alam siber bulan lalu selepas dicuri dari komputer riba penyanyi itu.

“Rakaman video itu diposkan oleh RJ yang bekerja dengan kumpulan muzik Ariel, dia itu editor muzik,” kata jurucakap polis kebangsaan Inspektor Jeneral Edward Aritonang dipetik Jakarta Globe.

“RJ memperoleh rakaman-rakaman itu daripada komputer riba Ariel tanpa kebenaran atau pengetahuan Ariel,” katanya.

Edward berkata polis masih menyiasat motif RJ bertindak demikian, tindakan yang mendapat perhatian dunia.

“RJ merupakan suspek yang ke-10 dalam kes ini, yang disyaki mengedarkan video kepada umum. Kesemua suspek kini diletakkan dalam tahanan polis,” katanya.

Edward juga menafikan tekanan publik sebagai faktor utama polis tidak konsisten dalam membuat keputusan untuk menahan Luna Maya.

Laporan sebelum ini menyebut Luna Maya ditahan malam kelmarin.

“Adalah benar bahawa Luna sepatutnya ditahan Khamis lalu kerana tidak bekerjasama dengan polis tetapi kami membatalkan penahanan kerana kami ada pertimbangan lain. Kami tidak akan terpengaruh dengan tekanan publik. Kami bertindak mengikut undang-undang,” katanya.

Edward juga menolak kontroversi yang tercetus ekoran pandangan beberapa pakar bahawa Luna Maya dan pengacara program gosip Cut Tari hanya merupakan mangsa dalam kes.

“Mereka boleh mengatakan yang mereka hanya mangsa tetapi kami boleh membuktikan daripada adegan-adegan dalam video bahawa mangsa mengetahui apa yang berlaku,” kata beliau dosir Ariel, Luna Maya dan Cut Tari lengkap.

Luna Maya dan Cut Tari telah memohon kepada umum ekoran kontroversi baru ini.

Awal minggu ini Cut Tari mengaku dia merupakan wanita dalam adegan seks melibatkan Ariel.

Ambil wang rakyat untuk bayar APCO - Anwar

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 16 Julai:
Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan tindakan menaikkan harga barangan termasuk petrol seolah-olah Perdana Menteri sanggup mengambil wang rakyat untuk membayar bil APCO bagi memulihkan imej beliau.

"Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU)," kata Anwar.

Beliau mengulas kenaikan pelbagai jenis barangan mulai hari ini berikutan penarikan balik subsidi untuk rakyat oleh kerajaan.

Anwar mengecam tindakan itu kerana walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, namun pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu.

Pengumuman ini membuktikan Perdana Menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia.

Datuk Seri Anwar berkata demikian dalam kenyataan bertulis yang dikeluarnya hari ini.

Bagi beliau, tindakan ini dibuat kerana Datuk Sri Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya.

Hakikatnya, kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat, katanya.

Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan.

Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan.

Kenaikan harga gula sebanyak 28% sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan.

Kesan berganda daripada kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75% adalah Bumiputra yang kononnya dibela oleh Barisan Nasional.

Bagi Anwar, bekas Menteri Kewangan itu, sasaran penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional.

Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 billion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi tahun 2010.

Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri.

Malah, katanya, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta.

"Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera," tegas beliau.

"Pun begitu, saya tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75% di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan.

Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga,tambah Anwar.

"Saya menuntut supaya Perdana Menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat.

"Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat," katanya.

Sebelum ini pun, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas. Tindakan ini sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat.

Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8% berbanding 3.2% bagi tahun sebelum itu. Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku.

"Sebab itu, saya telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi negara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata," katanya.

Perdana Menteri tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.

Sehubungan itu Anwar menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh Perdana Menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi:

1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;

2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;

3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting

4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan Perdana Menteri jika benar Barisan Nasional ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara.

Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni, tegasnya.

Hubungan Turki, AS meruncing

ISTANBUL: Hubungan dua hala di antara Turki dan Amerika Syarikat dilaporkan semakin meruncing, menurut pendedahan media Turki sejak beberapa hari lalu.

Ketegangan memuncak di antara kedua-dua anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) itu selepas wujud perbezaan pendapat mengenai insiden serangan tentera rejim ke atas konvoi Freedom Flotilla ke Gaza.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam AS kerana tidak mengambil tindakan yang sepatutnya berhubung kematian rakyat Amerika berdarah Turki, Furkan Dogan, 19, yang ditembak mati oleh tentera Israel semasa serangan ganas rejim itu ke atas konvoi tersebut.

"Nampak jelas bahawa pentadbiran AS tidak mengambil apa-apa tindakan berhubung Furkan. Adakah mereka tidak mempertahankan hak Furkan kerana dia berdarah Turki?," katanya.

Duta AS di Turki, James Jeffrey, dalam kenyataan balasnya berkata, kerajaan AS mengambil berat berhubung kes Furkan dan kesal dengan kenyataan Erdogan itu.

"Jika laporan media itu adalah benar, maka kami merasakan kenyataan itu sangat mengecewakan dan membimbangkan," katanya.

Jeffrey juga menuduh Turki tidak bekerjasama dalam menjalankan penyiasatan berhubung kematian Furkan kerana didakwa mengambil masa yang lama sebelum menyerahkan laporan bedah siasat kepada kerajaan AS.

Kemerosotan hubungan dua negara itu mula dilaporkan sejurus pertemuan Presiden AS, Barack Obama dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Washington, minggu lalu.

Pengumuman Kenaikan Harga 'Secara Sembunyi', Persatuan Pengguna Kesal

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Selangor, Datuk Dr. Jacob George kesal dengan tindakan kerajaan yang tidak memaklumkan kepada rakyat terlebih dahulu berikutan kenaikan lima barangan keperluan harian.

Ujar beliau, kerajaan seharusnya bertindak proaktif dan tidak membebankan masyarakat pengguna khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

"Hanya saya dukacita, bila buat pengumuman itu, buat dengan cara sembunyi. Tidak perlu buat seperti itulah lain kali. Seminggu sebelum itu tolong beri satu tarikh. Beritahu pada masa ini, kita sudah ada masalah dan kita akan tarik balik 10 atau 5 sen.

"Jadi minda kita sedia, boleh kita buat adjustment sikit," katanya.

Dr Jacob sebaliknya menggesa kerajaanmempertimbangkan pemberian subsidi kepada syarikat-syarikat milik kerajaan dan juga pemberian subsidi gas kepada Penjana Kuasa Bebas (IPP).

Beliau juga mencadangkan satu jawatankuasa dibentuk bagi memastikan bantuan subsidi kepada kelompok sasaran, benar-benar kesampaian.

"Rayuan saya masih sama. Kita tidak mahu monopoli kepada gergasi-gergasi yang bawa masuk gula dan sebagainya. Di sanalah kita nampak ada salah guna kuasa dan macam-macam cerita.

"Kita tarik balik subsidi dan pertolongan yang diberikan kerajaan dari atas ke bawah. Kita jangan mula dari atas ke bawah, macam selalu. Kita target orang-orang atasan. Korporat GLC. Orang yang dapat subsidi, kita potong dari atas," katanya.

Mufti Wilayah pertahan fatwa, 10 perkara modul ESQ rosakkan akidah

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh hari ini mempertahankan penwartaan fatwa berkenaan dengan modul kursus motivasi anjuran ESQ Leadership Centre Sdn Bhd yang menurut beliau mengandungi 10 perkara yang boleh merosakkan akidah.

Dalam kenyataan tujuh muka surat untuk menjelaskan respons orang ramai berhubung penwartaan fatwa yang dikeluarkan pihaknya pada 17 Jun lepas, beliau berkata ia perlu dilihat dalam dua konteks iaitu, hukum syarak dan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 atau Akta 505.

Katanya, pengeluaran fatwa itu dibuat melalui proses ijtihad Mufti dan hukumnya wajib bagi seseorang Mufti berpegang dengan pendapatnya seperti yang disepakati kalangan ulama.

Fatwa itu, katanya, dikeluarkan mengikut kuasa Mufti yang diperuntukkan dalam Perkara 33 Akta 505, dan tiada peruntukan dalam akta itu bahawa Mufti perlu menunggu keputusan daripada mana-mana pihak.

Menyentuh tentang penyelarasan fatwa tersebut dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Wan Zahidi berkata banyak keputusan yang dibuat jawatankuasa berkenaan tidak diselaraskan di peringkat negeri walaupun keputusan dibuat secara konsensus.

Beliau juga berkata fatwa itu adalah berdasarkan fakta-fakta daripada empat hasil kajian termasuk oleh Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) yang dimulakan pada ogos 2008 dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Katanya, huraian lanjut berhubung dengan 10 perkara yang boleh merosakkan akidah dalam modul kursus motivasi ESQ akan dibuat melalui laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
-Bernama-

Freemason di Malaysia "Benarkah ????"

miratnunia
Percaya atau tidak, inilah kenyataan yang sedang berlaku... Gerakan Freemason juga kuat di Malaysia ini.. Antara yang paling kuat pengaruhnya di Asia... Yang mendukacitakan terdapat juga orang Melayu yang berpendidikan tinggi dan berpangkat besar menyertai pertubuhan Dajal

Hanya kerana harta dan kekuasaan, mereka sanggup menjual agama
meraka...

Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME)...DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pd 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah... Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negra Arab dan Teluk... Cawangan ni bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya.....

DGLME
ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:

Singapura: 3 loji..
Kuala Lumpur: 3 loji..
Pulau Pinang: 1 loji..
lpoh: 1 loji..
Kuantan: 1 loji..

Kuching: 2 loji..
Port Dickson: 1 loji..

Port Klang: 1 loji..

Taiping: 1 loji..

Kota Kinabalu: 1 loji..

Bangkok: 3 loji..
Pattaya: 1 loji..


Di Malaysia terdapat
12 logde Freemason!! Manakala Thailand hanya ada 4 sahaja... Ini tidak termasuk lagi lodge-lodge kecil yang dibina di seluruh negara.. Samada kita perasan ataupun tidak, inilah kenyataan sekarang...


Ini satu lodge dekat Johor.. Member aku yang asal Johor cakap dia kenal Lodge ini,lodge ni dia cakap ondaway nak pergi Danga Bay korang akan lalu katlodge ni...
Mungkin siapa saja yang stay Johor pernah ternampak lodge ini.



mmg dah lama freemanson ada kat johor.. lodge kat gambar tu mmg dah lama ada... terletak di jln ke bandar jb selepas danga bay, sebelah sungai chat dan sebelum sampai dataran bandaraya...
http://anakfelda09.blogspot.com/

"Anwar Akhir Nya Akan Dibunuh " - Saifudin Nasution

ulitmayang
Akal ke semua pemimpin - pemimpin UMNO sudah buntu , menjadi pendek dan kurang siuman. Semua projek untuk memusnahkan DSAI dengan pelbagai tindakan sejak dari dulu hingga kini menemui kegagalan. Imejnya yang cuba dirosakkan tidak menjadi. Percubaan membunuhnya dalam penjara juga gagal.

Tindakan mensabotaj Helikopter ketika permulaan dan kemuncak pertentangannya dengan Mahathir lewat 90-an , masih di selamatkan Allah swt dan pelbagai lagi.

Agen asing: Anwar bakal hadapi cabaran dahsyat

Oleh Dzulfikar Mashoor :

KUALA LUMPUR, 15 Jula: Populariti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin bakal memaksa beliau menghadapi pelbagai cabaran yang lebih dahsyat, termasuk ancaman bunuh.Bagi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pemimpin tertentu Umno sanggup berbuat demikian memandangkan mereka sejak 12 tahun yang lalu beberapa kali sanggup memfitnah Anwar sebagai agen asing.

"Saya tidak fikir Umno akan berhenti selepas 12 tahun menyerang Anwar, saya yakin pelbagai serangan yang lebih dasyat lagi mungkin akan menjerut leher Anwar."Ada satu perkara hujung pada itu yang Umno masih tidak buat, dia belum tamatkan riwayat Anwar saja," ujar beliau petang tadi pada satu wawancara di lobi Parlimen.

Sebelum pada itu, beliau berkata, Anwar pernah difitnah sebagai agen Libya sewaktu menjadi pemimpin mahasiswa kerana usahanya meniupkan ledakan kesedaran Islam mendapat perhatian dunia, termasuk Libya.Katanya lagi, Anwar sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pernah difitnah sebagai pengkhianat serta mengamalkan homoseksual dengan beberapa individu.

Bertitik tolak pada sangkaan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, Anwar akhirnya terpenjara enam tahun.Selepas dibebaskan, beliau berkata, Anwar difitnah lagi sebagai ejen Yahudi pula kerana beberapa peribadi tertentu yang berbangsa Yahudi berminat dengan usaha Anwar menentang rasuah dan meniupkan reformasi dalam negara.

Menuduh Anwar sebagai 'ejen Israel' baru-baru ini, tambahnya lagi sudah cukup lengkap untuk pihak tertentu membunuh Anwar sebagaimana yang pernah terjadi di beberapa negara umat Islam sedunia.Dalam pada itu, beliau mempersoal keuntungan yang Umno nikmati dengan melakukan 'pembunuhan karektor' ke atas Anwar.

"12 tahun dia dan PKR menjadi beg tinju Anwar, apakah Umno tidak belajar itu semua," soal beliau dalam nada yang kesal.Menurut beliau, 'pembunuhan karektor' yang menimpa Anwar itu kadang-kadang menguntungkan Ketua Umum PKR itu serta Pakatan Rakyat sendiri.

"Serangan yang bertali arus ini adakah memberi kesan pada Anwar, saya fikir tidak," tegas beliau sambil menyuarakan rasa yakin bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Dari segi lain, dakwanya lagi, Umno seakan masih menghantui pemimpin tertentu dalam kerajaan menjelang pilihan raya umum depan."Di sebalik mereka (kerajaan) telah fitnah dia, mereka telah penjara dia, tahan dia (di bawah ISA), dan sekarang ini dituduh pula agen CIA-Yahudi, nampaknya Anwar ini masih menakutkan beberapa pemimpin Umno./harakahdaily

Senarai pemegang permit pasir S'gor dikeluarkan

Kerajaan Selangor hari ini menyiarkan senarai nama syarikat dan individu yang diberikan permit melombong pasir di negeri ini yang dikeluarkan pada 2005, 2006 dan 2007.

Sebanyak 158 permit melombong pasir telah dikeluarkan untuk tiga tahun iaitu 49 permit pada 2005, 48 permit pada 2006 dan 61 permit pada 2007.

Daripa
azlanda jumlah itu, 33 permit dikeluarkan kepada individu dan selebihnya atas nama syarikat.

Permit-permit ini dikeluarkan oleh enam Pejabat Tanah iaitu Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Selangor dan Gombak.

“Sebelum 2008, prosedur pengeluaran permit ialah pejabat tanah daerah membuat kertas ringkasan mengenai permohonan yang dibuat untuk melombong pasir dan dihantar ke pejabat tanah dan galian (PTG),” kata kenyataan yang dikeluarkan dari pejabat Menteri Besar Selangor, hari ini.

Permohonan ini kemudian dihantar ke jawatankuasa teknikal permit bahan batuan untuk ulasan dan syor. Permit hanya dikeluarkan selepas mendapat kelulusan jawatankuasa tetap pembangunan tanah (pasir).

“Selepas Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), milik penuh kerajaan Selangor ditubuhkan, permit permohonan masih dikeluarkan oleh pejabat tanah daerah tetapi hanya kepada KSSB.”

Menurut kenyatan itu lagi, KSSB kemudiannya akan membuat permohonan kepada pentadbir tanah.

Selepas permohonan mendapat kelulusan majlis mesyuarat kerajaan negeri, KSSB kemudiannya membuka tender secara terbuka kepada syarikat-syarikat yang berpengalaman dan mempunyai jentera yang mencukupi untuk menjalankan kerja perlombongan pasir.

Hasil kutipan penjualan pasir ini, KSSB membuat pembayaran royalti kepada kerajaan negeri menggunakan perkiraan yang telah ditetapkan.

“Dengan cara ini, perlombongan pasir di atas tanah milik kerajaan lebih terkawal berbanding sebelum 2008 apabila hanya KSSB diberikan permit oleh pentadbir tanah.

“Langkah kerajaan Selangor ini bukan saja berjaya mengurangkan aktiviti curi pasir yang telah berleluasa sebelum 2008 malah telah meningkatkan kutipan hasil dan royalti,” petik kenyataan itu.

Gambaran Alat Sulit Berbeza Bebaskan Peniaga

SALWA SHA’ARI
SHAH ALAM:
Ia mungkin kedengaran kelakar, tetapi gambaran alat sulit yang berbeza telah menyelamatkan seorang peniaga daripada meneruskan hukuman penjara selama 38 tahun dan sebatan 12 kali atas tuduhan merogol anak kandungnya, empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Dr Badariah Sahamid membuat keputusan pada Jumaat, untuk melepas dan membebaskan lelaki berusia 52 tahun itu selepas menerima rayuannya terhadap hukuman dan sabitan.

Selain gambaran alat sulit yang berbeza, Badariah juga menyentuh laporan perubatan yang dikemukakan di Mahkamah Sesyen sebelum ini sebagai palsu yang turut diakui sendiri oleh pegawai perubatan terlibat, Dr M.Menaga dalam keterangannya.

Semasa itu, Menaga menafikan tandatangan itu miliknya dan menolak sepenuhnya kejadian rogol telah berlaku, sebaliknya berpendapat kesan koyakan mungkin disebabkan benda tumpul seperti hujung pensel atau perbuatan onani.

Justeru itu, Badariah memutuskan bahawa laporan perubatan itu tidak boleh diterima di mahkamah.

Beliau menambah, adalah tidak selamat untuk menyabitkan perayu terhadap pertuduhan berdasarkan keterangan mangsa yang tidak disokong oleh emaknya dan juga pegawai penyiasat.

Oleh itu, beliau mendapati Hakim Mahkamah Sesyen Putrajaya, dekat sini yang menjatuhkan hukuman itu terhadap perayu pada 5 Februari lalu telah terkhilaf dari fakta dan undang-undang dalam menyabitkan perayu.

“Saya juga mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie terhadap perayu dan tidak sepatutnya perayu dipanggil untuk membela diri atas tuduhan itu,” tambahnya dan memerintahkan supaya perayu yang telah ditahan di penjara sejak empat tahun lalu dibebaskan.

Lelaki yang memakai baju penjara berwarna merah menangis dan menekup mukanya sebaik sahaja mendengar keputusan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada peguam Boestaman Ahmad yang mewakilinya.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Norhani Mohd Adzhar.

Dia sebelum ini didakwa merogol anaknya yang berusia 14 tahun 3 bulan pada pukul 7 pagi, Mac 2006 di rumah di Taman Bukit Kenangan, Kajang, dekat sini dan didakwa mengulangi perbuatan itu pada pukul 12.45 malam, 23 April 2006.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.