"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ramai wanita tak sedar yang dirinya telah dirogol oleh jin??

Tranungkite

KUALA LUMPUR: Jika isteri sering marah-marah dan enggan melayani anda di tempat tidur, elok segera siasat. Periksa pangkal peha isteri dan jika terdapat kesan lebam, jangan buang masa, buat pemeriksaan lebih rapi.

Jika anda dapati pada tempat lebam di pangkal peha isteri anda itu terdapat lima lubang halus, jangan berlengah. Itu tandanya isteri anda telah diperkosa jin atau makhluk halus tanpa disedarinya.

Menurut pendakwah dan pengamal perubatan Islam, ramai isteri tidak menyedari tubuh mereka telah diperkosa jin dan makhluk halus ketika tidur disebabkan mengabaikan doa pendinding diri sebelum tidur.
Sumber Link

Lapan Makanan yang Dapat Mengurangkan Risiko Kanser Payudara

Ada banyak produk makanan bewarna merah muda alias pink yang boleh mengurangkan risiko kanser payudara. Lapan di antaranya disyorkan oleh sebahagian penyelidik, seperti dilaporkan Green Media Info, Selasa (26/11).

Lapan jenis makanan ini sebaiknya dimakan organik untuk mengelakkan racun perosak dan racun.

1. Kubis merah
Kubis merah mengandungi sebatian indole -3- carbinol yang berpotensi ketara mengurangkan risiko kanser payudara.

2. Delima
Bulir-bulir menyerupai permata dalam buah delima ini boleh mencegah kanser payudara. Kajian makmal menunjukkan bahawa delima boleh menghalang enzim tertentu (aromatase) yang mengubah androgen menjadi estrogen.

3. Bit
Ekstrak merah bit boleh membantu menekan tumor multiorgan dalam ujian makmal. Ahli sedang mempertimbangkan untuk menggunakan bit sebagai ubat anti kanser tradisional untuk mengurangkan kesan sampingan toksik mereka.

4. Lobak
Lobak mengandungi antioksidan tinggi yang membantu mengurangkan penyebaran sel kanser payudara. Selain itu, kajian makmal menunjukkan dengan mengambil pucuk lobak Jepun, secara signifikan mengurangkan risiko tummor mammae.

5. Lobak merah
Lobak mengandungi beta karotena, seperti halnya oren. Warna merah dan keunguan pada lobak menunjukkan kekuatan antioksidan tambahan yang dimiliki tanaman ini.

6. Epal
Kulit merah atau merah muda pada epal menunjukkan antosianin yang efektif melawan kanser. Epal juga mengandungi quercetin, sebuah flavonol yang menghalang pertumbuhan kanser payudara dalam kajian.

7. Ubi jalar
Anda tak perlu bingung dengan ubi keledek. Versi merah mudanya biasa dikenal dengan nama ubi ungu yang mengandungi antioksidan tinggi. Daging jingga pada ubi ungu menunjukkan kandungan beta karotennya yang boleh mengurangkan risiko kanser payudara sehingga 25 peratus jika digunakan secara teratur.

Sebuah kajian pada tikus di Jepun menunjukkan bahawa ekstrak keladi mengurangkan tumor dan kanser pada tikus, serta menahan pertumbuhan sel kanser baru.
8. Anggur
Anda akan mendapat komponen yang sama untuk melawan kanser pada anggur , namun ini adalah anggur yang tanpa alkohol ya?

Pemimpin UMNO Tiada Harga Di Mata Najib

Shahbudin Husin
Apabila bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mengkritik Najib dengan mengatakan kepimpinannya semakin lemah dan sering tunduk kepada tuntutan kumpulan ekstremis pembangkang, beberapa pemimpin UMNO segera tampil menyanggah pandangan itu. Menurut mereka, keterbukaan Najib tidak seharusnya ditafsirkan sebagai tunduk dan lebih mendengar tuntutan pembangkang

Namun demikian, dua hari lalu Najib mengumumkan penubuhan Majlis Konsultansi Perpaduan Negara atau MKPN sebagai usaha mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum di negara. MKPN ini diberi tempoh selama enam bulan untuk memberi cadangan kepada kerajaan bagi tujuan itu.
Cuba lihat ahli-ahli MKPN ini:-

Pengerusi - Samsudin Osman
Timbalan Pengerusi - Lee Lam Thye

Ahli majlis:

Ramon Navaratnam
Pheng Yin Huah
Napsiah Omar
Dr Michael Yeoh Oon Kheng
Johan Jaafar
Senator Boon Soom a/l Inong
Dr Mujahid Yusof Rawa
Clarence Bongkos Malakun
John Sikayun
Lim Kok Cheong
Saifuddin Abdullah
Zainal Abidin Abdul Kadir
Rugayah Abdul Majid
Dr Kantayya Mariapan
Prof Madya Dr Madeline Berma
Prof Dr Suresh Kumar a/l Govind
Dr Bilson Kurus
Tan Yew Sing
Lim Chee Wee
Lim Lam Thye
Sadar Jagir Singh
Marina Mahathir
Mohamed Maliki Mohamed Rafiee
Mohamad Anas Omar @ Anas Zubedy
Wardina Safiyyah
Ariff Irwani Azahari
Audrey Goh

Di mana pemimpin dan Ahli Parlimen UMNO dalam majlis itu? Kalau PAS diwakili oleh Ahli Parlimen dan AJK Pas Pusathya, Dr Mujahid Yusof Rawa, apakah menjadi suatu kesalahan dan dosa bagi Najib untuk melantik Ahli Parlimen UMNO atau dari kalangan Ahli Majlis Tertinggi UMNO menganggotai majlis itu?

Kenapa dalam soal mahu mewujudkan perpaduan dan memberi idea serta cadangan ke arah mewujudkan perpaduan, UMNO sebagai parti teras dalam kerajaan dipinggirkan?

Kenapa juga pemimpin daripada Perkasa atau Jati tidak dijemput sama?

Dalam MKPN ini, kalau ada pun wajah UMNO didalamnya hanyalah melalui Saifuddin Abdullah, Napsiah Omar dan Zainal Abidin Abdul Kadir tetapi Saifuddin telah kalah dalam pilihanraya dan pemilihan UMNO yang lalu. Pengamal politik baru ini sudah boleh dianggap pemimpin yang berada di luar lingkungan. Napsiah dan Zainal Abidin pula adalah bekas wakil rakyat dan sudah menjadi "orang pencen" dalam UMNO.

Apakah Marina Mahathir yang pernah terlibat dengan Bersih, Sister In Islam dan turut dikaitkan dengan tuntutan Comango mahu diharapkan mewakili UMNO dalam memberi cadangan yang mewakili UMNO dan kepentingan Melayu dalam soal perpaduan ini?

Komposisi ahli-ahli majlis MKPN ini juga seperti tidak menggambarkan realiti kedudukan kaum yang sebenar di mana sepatutnya ahli daripada kalangan Melayu jauh lebih ramai berbanding ahli daripada kaum lain. Melayu dan UMNO sebenarnya sama-sama dipinggirkan dalam MKPN ini.

Ramai juga yang keliru mengapa Najib melantik artis Wardina menganggotai majlis ini kerana beliau diketahui memang mempunyai pandangan yang lebih mirip kepada pembangkang serta kerapkali mengkritik kerajaan dalam tulisannya di twitter. Kenapa tidak dilantik daripada kalangan pemimpin persatuan artis atau daripada kalangan penggiat seni yang
lebih senior?

Selain Melayu dan UMNO diketepikan dalam usaha membentuk perpaduan, Najib yang juga Presiden UMNO nampaknya lebih menghargai dan memanding tinggi kewibawaan Ahli Parlimen dan AJK Pas Pusat berbanding parti di mana beliau sendiri menjadi ketuanya.

Barangkali ini merupakan satu lagi idea cemerlang daripada Pemandu, kalangan penasihat (punah-sihat?) atau perunding luar (dipanggil juga con-sultan atau con-setan) yang telah menelan belanja RM7.2 bilion sejak lima tahun lalu.

Dan tanpa sedar, Najib telah mengesahkan pandangan Mahathir terhadapnya

Penyanyi rock mengaku salah terhadap tuduhan seks termasuk merogol bayi

London: Penyanyi rock Ian Watkins semalam mengakui mengambil kesempatan atas statusnya sebagai selebriti untuk melakukan salah laku seks terhadap bayi dua peminatnya.

Aksi penyanyi kumpulan Lostprophets itu yang dikatakan pedofilia tegar dan komited mendera seorang bayi di depan ibu dapat dilihat pihak berkuasa dalam klip sepanjang 17 minit.

Dalam klip rakaman lain Watkins turut dipaparkan melakukan aksi seks maya melalui Skype dan memujuk seorang wanita lain mencabul anaknya sendiri.

Pegawai penyiasat, Peter Doyle menganggap bukti dikemukakan itu sebagai kes penderaan kanak-kanak paling kejam pernah diketahuinya.

“Saya yakin Ian Watkins menyalahgunakan statusnya sebagai seorang selebriti untuk mencabul kanak-kanak,” katanya.

Sebuah komputer riba yang dirampas dari rumah Watkins di Pontypridd turut menggunakan kata laluan lucah membabitkan kanak-kanak.

Malah, beberapa pesanan ringkas dihantar kepada seorang daripada ibu terbabit juga merujuk kepada perlakuan lucah terhadap budak selain mahu menggunakan bayi wanita itu sebagai hamba seks.

Watkins turut dikatakan menggunakan dadah, malah pernah mendedahkan keinginannya meniup dadah ke muka kanak-kanak dengan tujuan supaya mangsa pengsan.
Foto
PENYANYI Lostprophets Ian Watkins mengaku salah terhadap tuduhan seks termasuk merogol bayi.
Ujian dijalankan menunjukkan seorang daripada bayi terbabit turut didedahkan kepada dadah.

Dua ibu terbabit masing-masing berusia 21 dan 24 tahun turut menghadapi hukuman penjara kerana pembabitan mereka dalam kes itu.

Peguam belanya Sally O’Neill QC dilaporkan berkata, anak guamnya tidak ingat kejadian yang dirakamkan dalam video berkenaan.

Mahkamah dijangka menjatuhkan hukuman bulan depan.
-Agensi-

Ahli MT Umno: Ustaz Kazim Elias beri ulasan

laniismaa
Ustaz Kazim Elias antara sembilan orang Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dilantik, tambahan kepada 25 yang dipilih menerusi pemilihan UMNO baru-baru ini. Ia diumumkan oleh SU Agung Umno, Tengku Adnan semalam. Perlantikan kerana `budi` selalu mempertahankan Umno sebelum ini.

Kenyataan terkini beliau setelah dilantik ke jawatan tersebut.

“Subhanallah.. Saya pun terkejut saya dilantik, belum apa2 dah kena maki.. Alhamdulillah, salah ke kalau orang lain minta nasihat? Saya ni sentiasa berlapang dada,jgnlah tuduh tanpa melihat secara halus..Apa yg kita sangka ttg orang lain kadang2 itulah dlm jiwa kita.Berhati2 la dlm berbicara.Apa tuan2 ingat saya kemaruk wang, kuasa pangkat?Apa salahnya doakan yg terbaik, bila takde org agama dikata teruk bila org agama dijemput pun dikata teruk, sy tak faham.Kalau tak tau apa2 alangkah baik kalau diam..Esok saya akan adakan sidang akhbar khas di PPR Setapak, dgr penjelasan saya..Dlm hal ini sepatutnya bg pandangan atau nasihat bukan maki hamun fitnah n cacian..Bab bersara dr ceramah, berkali2 sy cakap bila masa saya nak berhenti berdakwah, dakwah sgt luas cuma saya kata sy nak tumpu pd sekolah dan berdakwah dgn media spt tv radio dll.. Salah ke sy nak berdakwah di sekolah?Bc la sampai habis apa sy ckp dlm cd, ceramah dn fb saya..Terlalu banyak yg jemput ceramah malah ada yg booking bertahun, semua kena kira termasuk kesihatan saya.Bab lantikan MT UMNO ni baru sgt sy dijemput, diminta bantu apa yg patut utk Islam..tu pun jadi masalah., jd isu?Saya ada prinsip saya, tak pernah dgr ceramah saya tp nak komen lebih2,,Esok saya akan dapatkan apa bentuk lantikan yg diberi pd saya n saya jugak kena jaga byk perkara dr keluarga, sekolah, kuliah2 saya, anak murid saya, pengikut kuliah sy dll.Bagi anda yg betul ikhlas dlm memperjuangkan Islam boleh dengar apa saya cakap selepas saya berbincang spt yg saya sebutkan tadi.. 30hb jam 9mlm di PPR Setapak.Semoga Allah merahmati kita semua,terima kasih atas kata2 yg sgt manis dlm komen anda sebelum ini.Jgn lah menilai hati org,kita tak tahu apa dlm hati org, Allah yg menilai bukan kita. Wassalam.” – FB Ustaz Kazim Elias

Kita lihatlah peranannya nanti nak membetulkan Umno dan kita harap beliau taklah ‘hanyut’ diulit Umno selepas ini. Juga janganlah mula tergagap-gagap nak bertegas terhadap sesuatu isu yang melibatkan Umno nanti!

Ustaz Kazim Elias: 'Saya ni pas tidak umno pun tidak', tup- tup Najib lantik jadi Ahli MT Umno


PUTRAJAYA: Pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias (gambar) adalah antara sembilan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dilantik, demikian diumumkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

Lapan lagi yang dilantik dalam MT ialah Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin, Exco Kerajaan Negeri Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani, bekas Naib Canselor UiTM Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohanizam Ibrahim.

Ketika mengumumkan lantikan sembilan anggota MT di pejabatnya di sini, Tengku Adnan berkata mereka melengkapkan jumlah 13 MT tambahan yang diputuskan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut Fasa 9.2.8. Perlembagaan Umno.

"Pelantikan mereka adalah berdasarkan pengalaman mereka yang boleh memberi input yang baik kepada parti dan akan bergerak bersama 25 MT yang dipilih perwakilan pada pemilihan parti bulan lepas," katanya.

Tengku Adnan berkata surat pelantikan akan diedarkan kepada mereka hari ini dan mereka dijangka mengangkat sumpah pada 4 Dis ini.

"Status mereka adalah sama dengan MT yang dipilih perwakilan.

"Mereka akan menghadiri mesyuarat khas Majlis Tertinggi selepas Persidangan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri pada malam 4 Disember ini," katanya.

Pada mesyuarat pertama MT minggu lepas, Najib mengumumkan pelantikan empat pemimpin sayap parti sebagai ahli tambahan kepada 25 MT yang menang dalam pemilihan iaitu Naib Ketua Wanita Datuk Azizah Mohd Dun; Penolong Setiausaha Wanita Datuk Rosni Sohar; Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri Zahida Zarik Khan.

Selain itu, tujuh Menteri Besar yang tidak bertanding jawatan MT pada pemilihan Umno akan dijemput menghadiri mesyuarat MT tetapi tidak dilantik untuk jawatan berkenaan.
-Bernama-

Bayi ditanam hidup-hidup, hasil dari zina

Miri: Tangisan dan rontaan seorang bayi masih bertali pusat dalam plastik sampah tidak dihiraukan ibunya bersama teman lelaki, ketika menanam mangsa hidup-hidup dalam lubang tepi pagar ladang sawit dekat Suai, Niah, petang kelmarin.

Perbuatan terkutuk itu dilakukan pasangan berusia 20-an pada jam 4 petang. Perbuatan kejam pasangan itu disedari pengawal ladang yang terserempak dengan mereka dalam keadaan mencurigakan dan terdengar tangisan bayi dalam plastik hitam yang dibawa mereka.

Pengawal keselamatan itu mulanya menyangka pasangan terbabit mahu menceroboh ladang, namun merasa pelik melihat mereka membawa sesuatu objek dalam plastik sampah.
Bayi ditanam hidup-hidup
Anggota polis membawa mayat bayi yang ditanam ibunya ke rumah mayat Hospital Miri untuk dibedah siasat. - Foto Kandau Sidi
Ketika mengintai dari jauh, pengawal itu mendapati pasangan terbabit menggali tanah berhampiran pondok pengawal keselamatan di situ sebelum menanam objek yang dikeluarkan dari beg plastik dibawa mereka.

Apabila tangisan bayi itu tidak lagi kedengaran, pasangan terbabit segera meninggalkan kawasan terbabit, membuatkan pengawal keselamatan berkenaan bergegas melakukan pemeriksaan.

Ternampak kaki bayi

Sebaik pengawal itu melihat kesan tanah baru digali, dia segera mengoreknya sehingga ternampak kaki kanan bayi terbabit, sebelum segera memaklumkan kejadian itu kepada pengurus ladang yang kemudian menghubungi polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Stanley Jonathon Ringgit, berkata sepasukan anggota Balai Polis Pusat Miri bergegas ke lokasi.

Sebaik tanah itu dikorek sepenuhnya, polis menemui mayat bayi lelaki cukup sifat serta masih bertali pusat, dibungkus dengan kain lampin serta selimut mempunyai tanda untuk kegunaan hospital, dipercayai baru dilahirkan.

Polis tidak menolak kemungkinan bayi itu hasil hubungan terlarang sebelum ditanam. Ini berdasarkan keterangan pengawal keselamatan yang melihat gelagat dua suspek di lokasi, katanya.

Beliau berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan maklumat dari Klinik Kesihatan Batu Niah dan Hospital Miri untuk mengenal pasti latar belakang individu yang melahirkan bayi sejak beberapa hari lalu.

Gambar Najib Tunjuk Cara Yang Betul Makan Durian Tersebar Cukup Pantas Di Alam Maya

Omak Kau!!!
Dikatakan inilah cara sebenar dan paling betul bagaimana kita hendak makan buah durian.

Cara seorang pemimpin yang lahir dari keluarga orang kebanyakkan ... makan durian dengan menggunakan sudu.

Pasti para juak-juak UMNO berasa bangga dan megah sakan apabila melihat rakaman gambar ini dimana pemimpin teragung mereka menunjukkan kepada rakyat cara yang betul makan durian.

Lepas ini pastikan semua rakyat terutamanya para pendokong dan penyokong tegar UMNO gunakan sudu untuk makan durian. .. Ikuti contoh dan teladan yang di tunjukkan oleh pemimpin teragung kalian.-omakkau

Datuk Fauzi Shaari Bekas Calon PAS Larut Masih Di Wad ICU

Orang Ni
Sebelum ini Orangni ada update mengenai kisah Datuk Fauzi Shaari dirawat di hospital Selayang, tingkat 9B. Nampaknya bekas calon PAS Larut dalam PRU-13 ini masih terlantar diwad ICU dihospital tersebut hingga sekarang.

Datuk Haji Fauzi Shaari (lahir 25 September 1950) adalah bekas anggota polis dengan jawatan terakhir sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau pernah menjadi Ketua Balai Polis Dang Wangi dan Ketua Polis Selangor.

Setelah bersara dari PDRM Dato Haji Fauzi Shaari telah menyertai PAS dan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, di satu majlis di Perak pada 20 Mei 2012.

Pada PRU13 yang lalu Dato Fauzi telah bertanding mewakili PAS di Parlimen Larut,bagaimanapun beliau tewas ditangan calon BN.

Marilah kita semua mendoakan semoga Dato Fauzi kembali sembuh dari segala penyakit yang dihidapinya...amin..

Panas!! Tembelang kahwin muda pecah, bapa akui anak umur 13 tahun diperkosa

Bapa kepada pasangan kahwin muda, Saad Mustafa mendedahkan bahawa anak perempuannya, Nor Fazira Saad, 13, diperkosa oleh bekas suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20, bersama dua kawan lelaki empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.

Saad, 44, berkata, dia membuat laporan polis pada 15 Julai 2012, namun ibu bapa Mohd Fahmi datang menemuinya selama beberapa hari merayu laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu anaknya menerima hukuman penjara.

“Saya kahwinkan dia kerana diperkosa,” katanya seperti dilapor akhbar berbahasa Inggeris, The Star hari ini.

Berikutan rayuan itu, dia sebagai bapa memahami permohonan keluarga Mohd Fahmi dan bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat serta menikahkan anaknya pada November 2012.

Pada bulan lalu, Nor Fazira memberitahu bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mentuanya dan memutuskan untuk meminta cerai.

Saad turut mengakui bahawa keluarga Mohd Fahmi tidak menyukai anaknya dari awal perkahwinan dan Nor Fazira selalu didera secara fizikal serta tidak diberi makan oleh keluarga mentuanya.

Akhbar itu melaporkan Mohd Fahmi menafikan dakwaan Saad dan berkata dia hanya meniduri Nor Fazira selepas mereka sah diijabkabulkan.

“Saya menceraikan Nor Fazira kerana bekas isteri saya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki lain dari Kuala Ketil.

“Nor Fazira juga biadab terhadap keluarga dan tidak pernah memasak serta selalu keluar rumah sekiranya tidak berpuas hati,” katanya.

Mohd Fahmi menafikan dakwaan bahawa Nor Fazira didera dan tidak diberi makan.

Katanya, keluarga mereka melayan Nor Fazira dengan baik walaupun perlakuan remaja wanita itu teruk.
-malaysianinsider-

Tok Guru Nik Aziz kunjungi lelaki berusia 160 tahun (Gambar)

TANAH MERAH: Penglihatan masih lagi jelas, pendengaran pun sempurna. Giginya masih yang asal. Lebih aneh lagi mampu berjalan kaki berbatu-batu biar pun usianya mungkin tertua di dunia iaitu 160 tahun.

Percaya atau tidak, namun Tok Ayah mendakwa melalui pengalaman di bawah 13 Sultan yang memerintah Kelantan.

Malah kisah hidup pahlawan dan perjuangan Mat Kilau pun diketahui dengan jelas. Pengalaman di bawah penjajahan Inggeris dan Jepun masih diingati sehingga sekarang.

Wajahnya tidak berkedut seperti warga emas lain. Mohamed Soleh Ali lebih mesra panggilan Tok Ayah memberitahu ketika penjajahan Jepun beliau mempunyai tiga anak.

Kesemua anaknya 13 orang dan sekarang hanya tinggal lima. Begitu juga kesemua 13 isterinya juga sudah meninggal dunia.

Anggota keluarganya, Stapa Ismail, 61 berkata, kegemaran Tok Ayah dari muda sehingga sekarang berjalan kaki ke mana sahaja.

“Dia pernah memberitahu berjalan kaki ke Johor, Pahang dan Terengganu semasa muda. Sekarang masih lagi mampu berjalan kaki ke bandar Pasir Mas,” katanya di sini.

Tok Ayah tinggal di Kampung Gelugur, Bukit Panau kelmarin dikunjungi Mursyidul PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mantan Menteri Besar itu juga menghadiahkan tongkatnya kepada Tok Ayah di samping wang.

Stapa memberitahu paling aneh anak dan cucunya tidak tahu ke mana Tok Ayah pergi setiap hari, namun ketika pulang ada sahaja makanan yang dibawanya.

“Malah ada ketika anaknya nampak Tok Ayah naik kereta pergi, namun tidak lama kemudian dilihat ada di dalam rumah.

“Banyak sebenarnya kisah pelik kalau hendak cerita tentang Tok Ayah. Apa yang saya tahu sejak dahulu sehingga sekarang dia tidak bekerja tetap dan hanya tahu berjalan sahaja.

“Namun tangannya sentiasa ada buah tasbih. Tok Ayah hanya meminum air telaga yang tidak dimasak. Kalau orang bagi duit kepadanya dia akan bagi kepada orang lain pula,” katanya.

Cucu Tok Ayah pun ada yang sudah berusia lebih 60 tahun.

Sementara itu tidak jauh daripada kampung tersebut juga ada seorang wanita berusia 126 tahun, sekarang tinggal bersama anaknya di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau.

Inilah dua ‘Trojan Horse’ yang hancurkan PKR Sabah

Ghani Miyasin
KOTA KINABALU: Dua nama yang kerap disebut-sebut sebagai trojan horse Umno dalam PKR ialah timbalan ketua penerangan PKR dan anggota MPN, Musli Oli dan ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan.
Sumber dalaman PKR memberitahu FMT, dua individu tersebut masih mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Umno. Musli dikatakan kerap berhubung dengan Setiausaha Agong Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan menyampaikan maklumat kepada Umno setiap kali menghadiri mesyuarat MPN yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau juga mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said.

Musli juga dikatakan mendapat dana khas daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal dalam bentuk pemberian projek bernilai lebih 20 juta sebelum menyertai PKR. Dengan wang tersebut dia berjaya mempengaruhi Pengerusi PKR Sabah untuk melantiknya sebagai angota MPN Sabah.

Namun yang ketara menonjol peranannya ialah Jelani Hamdan. Jelani berjaya meyakinkan Anwar Ibrahim untuk dipilih sebagai calun di DUN Matunggong walaupun PKR negeri pada awal-awal lagi menolak cadangan itu.

Kemenangan Jelani adalah kemenangan Umno di Matunggong! Begitulah tanggapan umum di Kota Marudu. Semasa berkempen, Jelani dikatakan secara sulit memberitahu ahli-ahli Umno bahawa kerusi Matunggong akan dihadiahkan kepada Umno jika dia menang.

Rata-rata di Sabah berpendapat, kehancuran PKR Sabah berpunca daripada dua trojan horse yang ditaja Umno. Sejak dari awal telah diramal mereka akan mempengaruhi pemimpin-pemimpin PKR untuk meninggalkan parti itu. Terbukti ia telah mula berjaya bila Jelani membawa 11 orang ketua cabang keluar untuk memberi sokongan kepada BN.

Persoalan mereka, kenapa Musli masih belum mendedahkan diri? Apakah beliau masih memainkan peranannya?

Petua Merawat Penyakit Resdung

matuse68

* Ambil limau nipis 8 biji.

* Daun pndan 10 helai, hiris halus mcm bunga rampai
* Perah limau nipis. Gaulkan smpai sebati.
* Chemical akan terbentuk. Sapu di muka. Kalau sesuai.

* Dalam masa 5 minit ulat resdung akan keluar melalui kulit muka. Ianya akan banyak keluar melalui kening.
* Tarik keluar ulat resdung tersebut
* Buat 3 kali seminggu.
* Sesuai dilakukan antara jam 10am-3 ptg. Di katakan bahawa virus aktif ketika waktu tersebut.
* Tekapkan kain hitam pada muka kerana ulat akan melekat pada kain hitam dan mudah untuk dilihat.

Mudah-mudahan, sekiranya petua ini sesuai dengan anda, amalkanlah agar kita dapat hidup sihat sehingga ke akhir hayat. Amiin..

"Share"kan, agar ianya dapat dimanfaatkan bersama. - Apa Apa Jer

Bekas pelajar Kolej Islam Klang nafi murtad

NEW YORK: Seorang wanita Islam Malaysia menyangkal sebagai fitnah dakwaan kononnya beliau menganut agama Kristian seperti yang terkandung dalam sebuah artikel yang tersebar luas di laman sosial.

Adila Hussin McGhee, 43, berkata: "Saya masih seorang Islam, saya masih percaya dengan Allah Tuhan yang Esa dan Nabi Muhammad s.a.w.

"Saya tahu apa yang baik dan buruk dalam ajaran agama. Jangan percaya fitnah orang," katanya.

Berita mengenai wanita lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia dari Ipoh ini, heboh dikatakan sudah murtad dalam Internet gara-gara artikel yang diterbitkan oleh sebuah badan sukarela wanita yang berkait dengan kerja amal gereja di Amerika Syarikat.

Artikel itu menyebut kononnya beliau sedia berkongsi “cerita dari hati” bagaimana beliau menganut agama Kristian semasa berada di Malaysia lagi selepas perkahwinan pertamanya gagal.

Adila yang suka melakukan kerja amal di daerah tempat tinggalnya itu, berpindah ke Virgina selepas berkahwin untuk kali kedua dengan seorang warga Amerika, dan kini tinggal di sebuah pekan kecil di daerah Richmond.

Semasa dihubungi Bernama dari New York, bekas pelajar Kolej Islam Klang, (KIK) Selangor itu menyangkal dakwaan yang beliau sudah menganut agama Kristian.

“Saya amat sedih sekali kerana nama saya diaibkan dan ini satu pembohongan tentang diri saya, saya langsung tidak pernah bertemu atau ditemu ramah oleh penulis artikel itu.

"Malah semasa saya memberi penerangan mengenai Malaysia itu, ia dihadiri oleh kumpulan wanita saja," kata Adila yang kini menjadi tenaga pengajar Bahasa Melayu di Diplomat Language Center di Washington DC.

Adila dicap murtad oleh segelintir rakyat Malaysia yang 'termakan' dengan kandungan artikel berkenaan.

“Saya sedih tidak tahu nak mengadu kepada siapa apabila mengetahui mengenai perkara ini, semua orang sudah mempercayai fitnah yang mereka dengar, tanpa usul periksa.

"Saya sudah terangkan perkara sebenar kepada kedua-dua ibu bapa, dan bimbang perkara ini boleh menyebabkan anak-anak saya akan dipulaukan,” kata Adila yang mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertamanya.

Beliau berkata kerja amal beliau sudah disalahertikan.

"Saya juga ada membuat perniagaan sabun buatan tangan dan saya perlu memperluaskan pasaran untuk menjual sabun-sabun saya.

"Oleh itu saya telah pergi ke pejabat daerah berhampiran tempat tinggal saya dan mereka memperkenalkan saya kepada seorang pegawai untuk memasarkan produk saya," katanya.

Beliau telah membuka gerai semasa hari pesta menuai di pekan kecil, Bowling Green dan gerai berkenaan bertempat di sebuah gimnasium di sebuah gereja di situ.

Dari situlah beliau mengenali penduduk tempatan yang kemudian menjemput beliau memberi ceramah untuk persatuan wanita yang ingin mengenali Malaysia.

“Saya telah memberi ceramah mengenai Malaysia bermula dari sejarah sebelum dan selepas merdeka, geografi, cuaca, ekonomi, penduduk, makanan, budaya, agama dan lain-lain.

"Saya amat terkejut kerana ramai dari mereka yang tidak tahu di mana Malaysia. Mereka cuma tahu bahawa Malaysia adalah negara Islam.

“Selain memperkenalkan tanah air kita kepada mereka, saya juga menerangkan bagaimana wanita Malaysia berjaya dalam kehidupan mereka serta memegang pelbagai jawatan tinggi di semua peringkat, dan boleh memandu,” katanya.

Adila dan suaminya F. McGhee sudah menghubungi pengurusan gereja yang menjemputnya memberi ceramah mengenai Malaysia itu, untuk berbincang tentang penulisan artikel berkenaan dan mahu pihak pengurusan berbuat sesuatu untuk membersihkan namanya.

Adila juga mendakwa gambar-gambar di laman Facebooknya termasuk gambar semasa beliau belajar di KIK turut dimuat turun dan disebarkan di laman sosial lain.

Katanya beliau juga diganggu dengan pelbagai tohmahan menerusi e-mel, teks dan panggilan telefon.

“Saya juga kesal kerana nama beberapa kawan saya semasa di KIK turut dikaitkan dalam tohmahan ini, sedangkan mereka tidak tahu apa-apa,” ujar Adila.
-Bernama-

Untuk Perempuan Saja: Jangan Terlalu Lama Pakai Bra, Ini Alasannya

Penyelidikan mendedahkan bahawa memakai bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu di sekitar payudara yang boleh mencetuskan timbulnya kanser payudara .

Adalah saintis dari Sydney-Australia, bernama Soma Grismaijer yang melakukan penelitian mengenai berapa lama waktu yang sihat mengenakan bra bagi wanita. Grismaijer mengatakan bahawa masa yang sesuai untuk mengenakan bra adalah kurang dari 12 jam. Ia menyarankan kepada wanita di seluruh dunia, jika ingin mengelakkan risiko kanser payudara sebaiknya tidak terlalu sering mengenakan bra. Berapa lama? iaitu kurang dari 12 jam sehari.

Kesimpulan ini didapati setelah Grismaijer meneliti kebiasaan memakai bra 4,500 wanita di lima bandar besar Amerika Syarikat. Hasil kajian yang dilakukan Grismaijer menunjukkan bahawa wanita yang memakai bra selama 24 jam sehari lebih berisiko diserang kanser payudara berbanding wanita yang jarang memakai bra. Dalam kajian tersebut, Grismaijer juga mendapatkan sebuah statistik singkat tentang berapa lama wanita memakai bra dalam sehari, iaitu:

3 dari 4 wanita memakai bra 24 jam per hari

1 dari 7 wanita memakai bra lebih dari 12 jam per hari , tetapi tidak menggunakannya ketika tidur

1 dari 152 wanita memakai bra kurang dari 12 jam per hari

1 dari 168 wanita jarang atau bahkan yang tidak pernah memakai bra sama sekali

Lebih jauh, dari hasil statistik tersebut didapatkan kesimpulan bahawa wanita yang memakai bra selama 24 jam berisiko 125 kali lebih besar terkenan kanser payudara berbanding mereka yang jarang memakai bra. Hasil kajian Grismaijer ini telah dimuatkan dalam sebuah buku berjudul, Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras. "Tidur adalah saat yang tepat untuk merehatkan payudara. Sebaiknya jangan tidur dengan bra," ungkap Grismaijer seperti dilapor laman duniafitnes.

Selain tidur tanpa bra, rajin menyusui sang buah hati juga boleh menurunkan risiko kanser payudara. Ini berlaku kerana sistem limfatik pada payudara hanya berkembang optimum selama masa kehamilan dan menyusui. Itulah sebabnya wanita yang terlalu lama memakai bra dan menunda untuk punya anak berisiko lebih tinggi terkena kanser payudara.

Secara global, lebih dari 70 peratus wanita yang terkena kanser payudara pada dasarnya tidak mempunyai risiko kanser payudara. Namun penyelidik menduga bahawa kebiasaan memakai bra dengan saiz yang tidak sesuai dan dalam waktu lama boleh meningkatkan risiko kanser payudara.

Bra yang terlalu sempit boleh meningkatkan suhu dan menghalang aliran getah bening di kawasan payudara. Seperti kita tahu bahawa getah bening berfungsi untuk membersihkan sisa dan racun penyebab kanser serta menjauhkannya dari payudara.
-republika.co.id-

Mesirkini: Morsi bakal kembali seperti Nabi Yusof?

tokpepijat
Krisis Mesir tiada penghujung dan tiada kesudahan. Setelah lebih 100 hari sejak kudeta Tentera, lebih 6,000 menjadi korban tentera dan ribuan lagi disumbat ke dalam penjara oleh regim kudeta Tentera.

Walaubagaimanapun, sesuatu yang unik berlaku di Mesir. Setiap hari berlaku demostrasi rakyat untuk mengutuk dan mendesak kejatuhan kudeta tentera.

Jarang benar jika berlaku kudeta Tentera di mana-mana dunia, rakyatnya berani membuat demostrasi jalanan yang aman. Tetapi itulah terjadi di bumi Nabi Yusuf a.s ini.

Cuba anda bayang setelah 6,000 rakyat menjadi korban tentera, kebangkitan rakyat semakin membara. Bermula dari penyokong Ikhwan hinggalah kini semua rakyat terlibat untuk menjatuhkan regim kudeta Tentera ini.

Kini, regim kudeta terpaksa berhadapan dengan pelajar pula. Bermula dari seawal tadika hinggalah pelajar universiti seluruh Mesir.

Bilakah ianya akan berakhir? Inilah persoalannya.

Bagi rakyat Mesir, tiada pengakhiran dan kesudahan hinggalah regim kudeta dijatuhkan dan semua askar balik ke berek masing-masing dan pimpinan tentera dihadap ke mahkamah untuk pengadilan.

Rakyat tidak akan berpatah balik. Mereka sudah kehilangan lebih 6,000 syuhada' tetapi sedang "mengilang" jutaan orang untuk jatuhkan regim dokongan Amerka dan Zionis ini.

Di pihak kudeta dan boneka pula, pelbagai cara dibuat untuk menangani krisis ini. Bermula bantuan Amerika, negara Teluk hinggalah perisikan Israel. Semuanya gagal.

Membunuh, menangkap dan mengubal akta demi akta sudah dibuat untuk menghalang kebangkitan rakyat. Malangnya kebangkitan rakyat semakin membara dan semangat moral anggota tentera semakin menurun dan merundum teruk.

Bagi rakyat, " bunuhlah seberapa ramai kamu mahu dan penjarakan sebanyak mana kamu mahu.......".

Mati akal Amerika, Negara Teluk dan Zionis untuk hadapi "ungkapan keramat" ini !

Yang pastinya, "permainan" ini amat meletihkan regim kudeta Tentera dan "menambah tenaga maksima" untuk rakyat Mesir.

Kakak Siti Aishah tiba di London: 'Jika saya tak jumpa dengan dia, saya tak akan pulang'

FotoRombongan dari Malaysia ke London dalam misi mencari Siti Aishah Abdul Wahab, wanita yang dikatakan menjadi tahanan selama tiga dekad tiba di London selepas 14 jam penerbangan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 12.20 pagi tadi, lapor Hishamuddin Rais melalui blognya.
Hishamuddin melalui blog; tukartiub.blogspot.com berkata, waktu ketibaan beliau di London adalah jam 5.30 pagi dan ketibaan rombongan berkenaan yang turut disertai kakak kepada Siti Aishah, Kamar Mahtum Abdul Wahab.

"Maaf, nama hotel tidak dapat diberitahu takut wartawan akan berkampung. Jangan marah," kata Hishamuddin dalam blognya.

Beliau turut berkata, rombongan berkenaan turut diserbu wartawan di London sejurus keluar dari lapangan terbang.

"Cikgu Kamar menunggu Dean untuk pergi minum pagi dan berbincang apa yang perlu kami lakukan," katanya lagi.

Kamar yang berlepas ke Britian malam tadi berkata, walaupun masih belum pasti 100% Siti Aishah adalah adiknya, tetapi naluri hatinya tetap teguh dengan kepercayaan itu.

“Jika saya tidak dapat berjumpa dengannya, saya tidak akan pulang ke Malaysia,” katanya.

Siti Aishah adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.

Dua lagi wanita terbabit ialah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian, 30 tahun.

Akhbar Daily Mail semalam mendedahkan nama wanita termuda di antara ketiga-tiga tahanan itu bernama Rosie Davis.

“Jika dia adalah adik saya, saya gembira. Tetapi, apakah beliau gembira bila berjumpa saya?” kata Kamar, seorang pesara guru.

“Adik saya mungkin berubah, tetapi saya ada firasat. Allah bagi kita ‘the sixth sense.’ Saya akan tetap tahu dia adik saya jika dia benar-benar adik saya.
-malaysianinsider-

Nikah umur 12 tahun, jodoh tak panjang baru setahun dah bercerai talak tiga... (video)

Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 12 dan Mohd Fahmi Alias, 19, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Masih ingat perkahwinan ini mendapat liputan hampir semua media.

Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 19 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.

Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang.

Harian Metro turut melaporkan kegagalan untuk menghubungi keluarga Mohd Fahmi untuk mendapatkan maklum balas.
Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

Berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat kira-kira 1,165 permohonan untuk berkahwin pada 2012 dan Mahkamah Syariah telah meluluskan 1,022 daripada permohonan terbabit.

Ia merupakan peningkatan berbanding rekod 2011, iaitu kira-kira 900 perkahwinan.

Sehingga Mei tahun ini, JKSM menerima 600 permohonan perkahwinan, di mana 446 telah diluluskan.

Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah.

Kisah sebenar Siti Aishah yang menjadi hamba di London

Amin Iskandar  dan Mohd Farhan Darwis

Wanita misteri warga Malaysia berumur 69 tahun yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London berkemungkinan bernama Siti Aishah Abdul Wahab, kata bekas aktivis mahasiswa, Hishamuddin Rais (gambar).


Wanita itu merupakan salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian berumur 30 tahun.

Polis Britian masih belum mendedahkan identiti ketiga-tiga wanita tersebut tetapi memaklumkan bahawa sepasang suami isteri ditahan berkait dengan kes itu.

Polis Britian masih belum mendedahkan identiti ketiga-tiga wanita tersebut tetapi memaklumkan bahawa sepasang suami isteri ditahan berkait dengan kes itu.
Gambar Aishah sewaktu muda yang disimpan ahli keluarganya. Gambar ihsan The Telegraph, UK.
Hishamuddin yang hidup dalam buangan di London pada lewat 1970-an berkata, Siti Aishah aktif dengan kumpulan mahasiswa Malaysia berhaluan kiri yang menggelarkan diri mereka "New Malayan Youth" di ibu kota Britian pada ketika itu.


"Abang dia ada cari saya pada 1991 minta tolong carikan Aishah yang dikatakan hilang kerana kami berasal dari daerah sama," katanyaa kepada The Malaysian Insider ketika ditemui awal pagi ini.

"Saya juga menetap di Brixton, London, di mana lokasi wanita itu ditemui," kata bekas aktivis mahasiswa yang menggendalikan blog “TukarTiub” itu.

Hishamuddin berkata, Siti Aishah merupakan pengikut kepada fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran bekas pemimpin besar China Mao Tse Tung.

Difahamkan, "New Malayan Youth" adalah pertubuhan mahasiswa yang menggabungkan pelajar berhaluan kiri dari Malaysia dan Singapura pada 1970-an.

Hishamuddin yang pulang ke Malaysia pada 1994 selepas bertahun-tahun hidup dalam buangan berkata, Siti Aishah merupakan bekas penuntut Kolej Tunku Kursiah (TKC), Seremban dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Juruukur Bahan (QS) di London di bawah biasiswa "Colombo Plan".

Polis Britain berkawal di depan hartanah di Lambeth, selatan London, rumah dipercayai lokasi perhambaan tiga wanita termasuk seorang rakyat Malaysia. Gambar Reuters.
Bekas aktivis mahasiswa itu mendakwa, beliau berasal dari daerah yang sama dengan Siti Aishah iaitu di Jelebu, Negeri Sembilan dan kakak kepada wanita itu adalah gurunya di sekolah menengah.

Polis Britain berkawal di depan hartanah di Lambeth, selatan London, rumah dipercayai lokasi perhambaan tiga wanita termasuk seorang rakyat Malaysia. Gambar Reuters.Polis Britain berkawal di depan hartanah di Lambeth, selatan London, rumah dipercayai lokasi perhambaan tiga wanita termasuk seorang rakyat Malaysia. Gambar Reuters.Hishamuddin menetap di London selama 15 tahun dan menuntut ilmu Asas Seni di Brixton College sebelum melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda Kajian Filem dan Video di University of Westminster, London. Alamat terakhir beliau di London adalah di Coldhabour Lane, Brixton.

Akhbar Britian melaporkan pasangan yang ditahan ialah Aravindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai “Comrade Bala” dan isterinya Chanda dari Tanzania, tetapi Hishamuddin berkata, lelaki itu turut dikenali sebagai “Chairman Ara” dan berasal dari Singapura.

Polis Britian mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970-an tetapi tidak menyatakan sebabnya.

Polis juga enggan mengesahkan identiti pasangan itu yang dibebaskan dengan ikat jamin sehingga tarikh perbicaraan pada Januari depan tetapi mengatakan ketiga-tiga wanita itu tidak kelihatan seperti didera secara seksual.

Polis tidak menolak dakwaan wanita itu dipukul.

Turut difahamkan, wanita Malaysia itu berada dalam keadaan yang 'sangat trauma' dan ditempatkan di satu lokasi selamat tetapi alamat rumah lokasi di mana jenayah tersebut berlaku tidak didedahkan.
Kamar Mautum semasa ditemui media selepas mendapat berita mengenai penghambaan wanita itu adalah Aishah, adiknya yang telah lama menghilangkan diri. Gambar ihsan The Telegraph, UK.
Menurut kenyataan polis, kedua-dua suspek bukan warganegara Britain.

Ketiga-tiga mangsa bebas daripada “perhambaan” selepas salah seorang daripada mereka menghubungi badan kebajikan Freedom Charity pada 18 Oktober.

Menurut laporan media Britain, Pengasas Freedom Charity, Aneeta Prem bertemu dengan ketiga-tiga wanita berkenaan Khamis lalu.

Laporan media juga menyebut mangsa didera secara fizikal dan dikawal emosi dalam kes perhambaan yang disifatkan sebagai "rumit dan menyayat hati".

Polis dipetik sebagai berkata, mereka masih menyiasat apakah "gari tidak nampak" yang digunakan untuk memanipulasi ketiga-tiga mangsa.

Polis menghabiskan masa 12 jam untuk mencari lokasi perhambaan berkenaan dan mengumpul 55 beg bahan bukti dan 2,500 eksibit.
-MalaysianInsider-