"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas Permaisuri Agong: Janji Siti Aishah dilanggar

PEGUAM Cik Puan Siti Aishah, T. Gunaseelan (kiri) dan Anthony
Sebastian membaca laporan sebuah akhbar yang menyiarkan kisah bekas Raja Permaisuri Agong itu semalam.
KUALA LUMPUR: Bekas Raja Permaisuri Agong, Cik Puan Siti Aishah Abdul Rahman kelmarin memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana didakwa telah membocorkan maklumat dirinya.

Siti Aishah menamakan Syed Abdullah sebagai defendan pertama manakala ayah Syed Abdullah, Syed Hussein Al-Attas sebagai defendan kedua.

Writ saman bertarikh 2 Disember itu difailkan melalui Tetuan Gunaseelan & Associates di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Akhtar Tahir.

Mahkamah tersebut kemudian menetapkan 22 Disember ini sebagai tarikh sebutan interparte untuk kes tersebut.

Dalam saman tersebut, Siti Aishah sebagai plaintif memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama dan kedua untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat semasa plaintif menerima 'rawatan' daripada defendan.

Plaintif juga memohon perintah melarang kedua-dua defendan itu daripada menerbitkan sebarang buku, majalah, risalah atau terbitan melalui blog atau laman web mengenai plaintif.

Menurut pernyataan tuntutan, pada Jun 2010 Siti Aishah mendakwa telah meminta bantuan Syed Abdullah untuk menangani masalah emosi yang dihadapinya selepas defendan pertama membuat representasi secara lisan bahawa beliau (Syed Abdullah) boleh mengubati dan menjalankan kaunseling berhubung masalah emosi yang dihadapi oleh bekas Raja Permaisuri Agong itu.
-kosmo-

Demo air: Tuntut hak bukan galak jenayah

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 4 Dis: Perhimpunan aman "Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat" yang dirancang Kerajaan Selangor bukan mahu menggalakkan perbuatan jenayah, tetapi bagi menuntut hak rakyat.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menegaskan demikian sebagai menafikan dakwaan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah bahawa himpunan esok hanya "menggalakkan perbuatan jenayah" di kalangan masyarakat.

"Kebebasan mengadakan perhimpunan aman seperti yang termaktub mengikut Fasal 10, Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan atas dasar ini Kerajaan Negeri telah membuka ruang kepada rakyat untuk menyatakan sokongan mereka kepada usaha mengambilalih pengurusan air dari syarikat swasta yang nyata gagal membekal air bersih dengan harga yang berpatutan," katanya.

Merujuk kepada beberapa kes yang dianjur beberapa NGO sebelum ini, mahkamah memutuskan tidak salah bagi rakyat untuk berhimpun di masjid yang merupakan rumah ibadat bagi umat Islam.

Rakyat Selangor serta pimpinan negeri katanya hanya mahu mendapatkan perhatian Yang di-Pertuan Agong yang menjadi tempat rakyat mencari keadilan dan berlindung supaya hak rakyat tidak diketepikan dalam isu air apatah lagi dalam ketika hidup rakyat semakin perit dengan harga barangan asas yang meningkat.

"Tujuan ini jauh menyimpang dari anggapan Ketua Polis Kuala Lumpur.

"Bagaimanapun, Kerajaan Negeri berharap pihak polis akan mengambil sikap professional ketika memantau perhimpunan aman esok dan semua pemimpin yang hadir akan memberi kerjasama pihak berkuasa agar semua berjalan lancar," katanya lagi.

Kerajaan Negeri juga menyeru agar rakyat yang bersama kerajaan Negeri bertenang dan sentiasa bersikap rasional ketika menyertai perhimpunan aman tersebut esok.

Makluman juga telah dibuat kepada polis termasuk, Ketua Polis Kuala Lumpur, Pejabat polis Daerah Dang Wangi dan Brickfields, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Majlis Peguam Malaysia (Bar Council).

Chegubard: Istana beri lampu hijau terima memo

Penyelaras kempen perhimpunan menentang kenaikan harga air, Badrul Amin Bahrom berkata perhimpunan yang akan diadakan di Kuala Lumpur, esok tetap diteruskan kerana wakil Istana Negara telah memberikan lampu hijau bagi pihaknya menerima memorandum berkenaan.

bagan pinang by election 061009 chegubardLagipun, katanya perhimpunan itu terpaksa diteruskan kerana Umno telah meletakkan 'precedent'.

"Seperti lazimnya, polis akan memberikan amaran dan mendakwa ini perhimpunan haram.

"Tetapi pada masa yang sama, strategi Umno adalah untuk menganjurkan satu lagi demonstrasi.

“Mereka sebegitu serius sehingga mengadakan raptai semalam dan berarak dari masjid Shah Alam ke Istana Selangor. Kira-kira 100 orang yang hadir, termasuk ketua Umno bahagian Shah Alam dan tidak ada seorangpun yang ditahan polis,” kata Badrul Hisham ketika dihubungi.

Beliau percaya polis akan menjadikan alasan demonstrasi oleh kumpulan anti-Pakatan bagi mengagalkan perhimpunan mereka.

"Saya jangka kumpulan itu juga akan mendapat liputan media supaya memberikan persepsi negatif bahawa kami akan bertindak ganas dan akan berlaku pergaduhan.

NONE"10,000 daripada kita akan berjumpa dengan 100 daripada mereka. Jadi jangan risau, marshal kami akan memastikan perhimpunan diadakan secara aman dan mereka akan diberi peluang menghantar memorandum mereka dulu,” katanya yang lebih popular dengan panggilan Chegubard.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menganggap perhimpunan 'Kembalikan Hak Air Untuk Rakyat' bagi menghantar memorandum kepada Yang di- Pertuan Agong esok sebagai kesinambungan kepada perjuangan rakyat menentang penindasan Umno terhadap rakyat.

"Yang jelas patut dipaparkan kulit yang sebenar, kerajaan negeri telah bertungkus lumus membantu rakyat. Umno terus menekan rakyat dengan mewakilkan kepada SYABAS.

NONE
“Dan SYABAS berperanan dalam permainan ini untuk memangsakan rakyat Selangor dan Wilayah. Kerajaan Selangor tidak boleh mengkompromi lagi dan YDP Agong adalah tempat rakyat mengadu." kata beliau di siaran TV Selangor di Shah Alam hari ini.

Perhimpunan di Masjid Negara yang dijadualkan esok itu dijangka akan dihadiri ribuan rakyat berpakaian merah sebagai meluahkan rasa tidak puas hati mereka mengenai cadangan kenaikan tarif air Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Ia akan diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini menawarkan untuk membeli dan mengambil alih SYABAS dan empat syarikat pengurusan Air lain di negeri ini bagi memastikan perkhidmatan air lebih efisien dan baik.
-malaysiakini-

Etnik mangsa tembakan polis kini dikenalpasti

Buat kali pertamanya, identiti mangsa yang mati ditembak polis sering-kali dirahsiakan tetapi kali ini ia berjya didedahkan oleh kumpulan hak asasi manusia.

rights groups on shooting deaths 041210 posingMalaysiakini sebelum ini melaporkan bahawa terdapat peningkatan 17 kali ganda jumlah mereka yang ditembak mati polis pada 2009, di mana 88 ditembak berbanding hanya lima orang pada 2001.

Hari ini Lawyers For Liberty (LFL), Suaram dan PKR, mendedahkan bermula tahun 2000 - 279 orang telah ditembak mati dan 21.8 peratus (61 kematian) adalah berketurunan India.

Melayu pula sebanyak 15 peratus (42) manakala Cina adalah 18.6 peratus (52).

Berikut pecahan mengikut kaum:

2000: Melayu (4); Cina (2) India (0)
2001: Melayu (0); Cina (1) India (3)
2002: Melayu (6); Cina (12); India (6)
2003: Melayu (2); Cina (4); India (7)
2004: Melayu (2); Cina (7); India (1)
2005: Melayu (1); Cina (4); India (4)
2006: Melayu (2); Cina (0); India (3)
2007: Melayu (3); Cina (4); India (4)
2008: Melayu (7); Cina (9); India (11)
2009: Melayu (15); Cina (9); India (23)

Jumlah: Melayu (42); Cina (52); India (61)
-malaysiakini-

Bekas Permaisuri Agong Ke Mahkamah: Kerna Cinta Atau Batinnya Derita?

setisab
 
Seawal jam 9 pagi, dia telah berada di Taman Hana Wadi Hussein di Kampong Janda Baik. Lelaki itu terpaksa menunggu sehingga jam 3 petang kerna yang hendak ditemui masih lena dengan mimpinya.

Bangun dari lenanya, saudara saya mendapat berita gembira ~ ada tetamu menunggunya, membawa berita dari 'syurga' untuk berjumpa di Istana. Istana Keadilan... !!!

Syed Abdullah menerima "Writ Saman". Bukan calang-calang orang menyamannya ~ bekas Permaisuri Agong! Siti Aisyah namanya.
Anta memang degil Beb, sama macam abah Anta... sekarang.. Anta jawab tapi Ana tau Anta memang pandai menjawab.
Anta jangan fikirkan soal menang atau kalah, nasihat Ana ~ selesaikan dengan kaedah yang penuh berhemah. jujur dan ikhlas. Beb, lepas ini ... sudah-sudahlah buat kerja karut ni... Anta bongkar dan selongkar kisah cinta Rosmah Mansor... ada juga faedahnya untuk rakyat.
Saya hanya lampirkan 4 helaian buat bacaan pembaca Kerajaan Rakyat, yang selebihnya ~ sila baca di sini 1, di sini 2, di sini 3 dan di sini.

Keistimewaan hak bukan maksud ‘Ketuanan Melayu’, kata bekas mufti Asri

G Manimaran
KUALA LUMPUR, 4 Dis: Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan tidak wajar mana-mana pihak menganggap keistimewaan hak orang Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan sebagai “Ketuanan Melayu”. 

Oleh itu kata Asri, ia berbeza dengan sekadar ungkapan ‘hak keistimewaan Melayu’ kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi berbanding orang lain. 

“Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan ‘keistimewaan’ tidak boleh disamakan dengan ketuanan,” kata beliau. 

Sambil menegaskan bahawa istilah “Ketuanan Melayu’ kabur, kata Asri (gambar), tiada pentakrifan khusus kepada ungkapan tersebut yang menjadi polemik semula sejak hujung minggu lalu. 

“Lagipun tiada ungkapan rasmi dalam perlembagaan. Maka adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini,” kata beliau dalam satu kenyataan. 

Isu itu menjadi polemik ekoran ucapan dasar Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail minggu lalu. 

Namun, menurut Asri, jika merujuk kepada perkataan yang digunakan ia dari akar perkataan ‘tuan’ kepada ketuanan dan digabungkan dengan ‘Melayu’ dan bermaksud orang Melayu berada dalam status ‘tuan’ atau dalam bahasa Arab disebut siyadah. 

“Jika merujuk kepada bahasa bererti orang Melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan ‘bukan Melayu’. “Jika hendak ditakrifkan maka bererti ‘kedudukan orang Melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia,” katanya. 

Bekas mufti ini menambah, jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka ia adalah iktikad salah dan menyanggahi ajaran Islam. 

“Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka ‘bangsa terpilih’. 

Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam,” katanya lagi. Asri juga berpendapat bahawa sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. 

“Melayu, atau selain Melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata,” katanya lagi.
-malaysianinsider-

BN, UMNO, Najib Razak Seksa Rakyat Jelata

Satu Malaysia ditipu dan diseksa oleh kerajaan BN dan UMNO, Rakyat sekali lagi dibebankan kenaikkan harga bahan bakar, gas memasak, gula dan keperluan harian yang lain.

Menteri yang jaga harga gula, minyak dan pengguna hanya sekadar tugas membuat pengumuman kenaikkan hagra barang. Harga gas memasak satu tong biasa akan mencecah harga runcit RM35 hingga RM45.

Menyambut tahun 2011 semua barang keperluan harian naik melambung. Satu Malaysia akan merasainya "kenikmatan kerajaan BN dan UMNO" .

Harga petrol RON95 naik 5 sen (harga runcit RM1.90). dan RON97 naik 15 sen (harga runcit RM2.30. Harga diesel naik 5 sen menjadi RM1.80. Begitu juga gas harga runcit RM1.90. Harga gula naik 20 sen menjadi RM2.10. Dan semua harga barang turut naik sejajar kenaikakan harga petrol dan diesel.

Sekali lagi rakyat yang tidak bergaji tetap dan rakyat yang bergaji tetap ditipu secara terang dengan motto " Rakyat didahulukan Pencapaian diutamalan."

Najib dan Rosmah senang dan gembira termasuk pemimpin UMNO serta kuncu-kuncunya. 

Dengan itu ayuh kita tumbangkan kerajaan BN dan UMNO pada PRU13. Menteri yang jaga harga bawang lada perlu meletakkan jawatan kerana gagal dalam menjaga dan mengawal harga barang. 

Menteri Hal ehwal kempenggunaan dan koperasi Datuk Ismail Sabri dicadang tukar nama baru "Menteri Hal Ehwal Naik harga Barang. Tuganya gagak hanya sekadar menurut perintah "PEMANDU" satu unit di Jabatan Perdana Menteri, Unit Pengurusan Pretasi dan Perlaksanaan.

Dengan ini kerajaan BN dan UMNO dinamakan semula kerajaan Barang Naik, BN Barang Naik .  

Mari Kita Tunjuk Perasaan, Ayuh...

Mohd Sayuti Omar
LAMA tidak hadir dan tengok orang berdemonstrasi. Ahad ini kalau tidak ada aral melintang akan berlangsung demonstrasi besar-besaran. Demo kembar di antara kumpulan bajuh merah dengan kumpulan baju hitam. Kumpulan baju merah adalah kumpulan yang berdemonstrasi untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong untuk membantah kenaikan air di negeri Selangor.

Manakala kumpulan baju hitam pula berdemon untuk menyerahkan memorandum bagi membantah penyelewengan kerajaan negeri Selangor. Demostrasi ini akan berlangsung serentak dan menuju ke destinasi yang sama.

Puak baju merah akan berhimpun di perkarangan Masjid Negara. Ketua Polis Kuala Lumpur, Zulkifli sudah memberi amaran perhimpunan kedua puak itu adalah haram kerana tidak ada permit yang dikeluarkan. Biasalah... demostrasi selalunya tidak ada permit. Jarang polis akan keluar permit untuk satu-satu demonstrasi terbuka. Bagi para demonstran pula mereka lebih suka dan merasa tercabar berdemo tanpa permit.

Semburan gas pemedih mata, ataupun semburan water cannon dinanti-nantikan oleh para demonstrasi. Atau kalau terkena ketuk cotal si baju merah bertopi besi pula lagi sedap dan enak, bangga. Membawa balik bengkak ke rumah tunjuk kepada anak isteri satu kebanggaan para penunjuk perasaan di tahun-tahun 1998. Jadi tidak haiwanlah kalau para petunjuk perasaan sengaja mengejek polis agar memukul atau menyembur mereka dengan gas pemedih mata.

Saya nak perhatikan dalam demo ini kumpulan mana lebih ramai. Walaupun hanya untuk menghantarkan nota bantahan tetapi demostrasi melibatkan dua puak itu adalah simbolik kepada peperangan politik hari ini. Puak baju merah (bukan petak-petak merah?) adalah puak kerajaan Pakatan Rakyat. Manakala puak baju hitam puak kerajaan BN.

Memo bantahan itu meminta budibicara Yang Dipertua Agong supaya campur tangan agar harga air di Selangor tidak dinaikkan. Saya tidak berapa jelas kenapa harus dihantar kepada Yang Diperetuan Agong tetapi bukan kepada Sultan Selangor. Apakah ianya disengajakan untuk mendapat liputan meluas atau pun mahu jadi isu kenaikan air itu bagi timbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan UBN.

Begitu agaknya.

Kerana demostrasi itu adalah nominis kepada kerajaan Pakatan dan BN maka ia boleh dijadikan indaktor awal puak mana lebih kuat. Kalau jumlah penujuk perasaan dari baju merah lebh ramai maka pengaruh Pakatan Rakyat lebih banyak. Manakala kalau puak baju hitam ramai ini bermakna pengaruh BN sudah mula bertambah.

Kerana itu saya yakin kedua pihak kini sedang berusaha untuk memastikan ketumbukan masing-masing kuat. Di dalam blog dan internet bermacam-macam seruan dibuat agar menghadiri demostrasi berkenaan.

Tidak mengapa dan tidak salah kalau orang ramai ingin jadikan demostrasi sebagai kegiatan minggu atau bulan mereka. Setidak-tidaknya bila bertempik dan melaung ia boleh menyihatkan badan. Saraf badan dan otak akan aktif. Menunjuk perasaan juga boleh menghilangkan stress.

Cuma apa yang diharapkan janganlah berlaku sesuatu yang tidak baik. Apa yang berlaku di Perak dikala tunjuk perasaan ekoran kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat secara paksa itu tidak akan berlaku. Di Perak dulu yang menunjuk perasaan dan saling makin memakin ialah sesama Melayu sendiri.

Yang kena tangkap dan mengorbankan jiwa dan nyawa orang Melayu sendiri. Melayu sama Melayu yang berkekah dan bergaduh orang lain tukang tengok ataupun belikan air mineral ataupun sediakan penmandol. Hendaknya orang Melayu khususnya yang akan mengambil bahagian baik secara rasmi tidak rasmi Ahad ini insaf dan menyedari ini.

Tunjuklah perasaan dengan baik dan jangan tunjuk kebodohan di sebalik tindakan itu. Hore hotelah...

LKIM: Lembu Kurus Ingin Mati

Ustaz Saiful Bahri
Antara golongan yang mudah diperalatkan bagi kemenangan UMNO adalah nelayan. Mereka semacam peneroka Felda. Kalaulah kini rasa tertekan apabila “ANAK” Pas berperanan membangkitkan kesedaran dikalangan peneroka khususnya generasi kedua mereka tentang penyelewengan UMNO disebalik FELDA menyebabkan kini UMNO menubuhkan “BAPAK”.
Tetapi bagi golongan nelayan, nampaknya UMNO masih lagi mencengkamkan kukunya. Mereka lebih suka menjadikan golongan nelayan miskin dan meminta-minta menyebabkan mereka sentiasa terikat dengan kerajaan UMNO.

Untuk mengekalkan undi BN dikalangan nelayan mereka telah meluluskan bantuan wang ehsan untuk nelayan. Seramai 32 ribu orang menerima insentif sara hidup bagi nelayan sebanyak rm200 seorang. 25 ribu orang daripadanya adalah pemilik bot dan 7 ribu dikalangan awak-awak. Jumlah yang layak nelayan seluruh Malaysia adalah 80 ribu orang dan kerajaan UMNO-BN menyediakan Rm 180j setahun. 14j setiap bulan untuk membantu nelayan. Ini dinyatakan oleh pengerusi LKIM Datuk Abdul Rahim Ismail.

Apakah matlamat asal untuk membantu nelayan itu berjaya? Siapa lagi kalau senarai nama itu disediakan oleh JKKK. Pihak LKIM kini menjalankan pemutihan semula daripada senarai nama nelayan-nelayan tersebut. “Kami tidak tahu jumlah yang perlu dibuang dari senarai (penerima elaun sara hidup nelayan), sebab itu kami perlu siasat dan semak latar belakang para penerima. Mungkin ada yang tidak akan menerima elaun selepas ini,” kata Ahim Noh Tim. Pengarah LKIM Sarawak.

Program pemutihan itu antaranya proses nak menjadikan nelayan sebagai OKU (Orang Kuat UMNO) pengundi tegar mereka. Ugutan psikologi akan dijalankan berterusan. Kini semua bantuan akan diadakan pada majlis penyampaian yang akan disampaikan oleh pemimpin UMNO. Kalau di Terengganu bermula dengan MB Mat Said di Wisma baru-baru ini yang menghimpunkan nelayan di Wisma Darul Iman untuk diberi tazkirah menyokong UMNO.

Dalam masa yang sama pihak kerajaan sendiri sekarang ini hendak memberhentikan bantuan tersebut kerana masalah kewangan dipihak kerajaan kini. Tetapi demi politik mereka terpaksa bertahan dan cuba membayar insentif nelayan ini hingga ke tarikh pilihanraya. Mereka bimbang kalau diberhentikan sekarang golongan nelayan tidak mengundi mereka. Tindakan yang dilakukan sekarang adalah mengurangkan bilangan peserta nelayan dengan membuat pemutihan.
Begitu juga dengan timbulnya isu penyelewengan diesel bersubsidi buat nelayan yang sekarang diurus oleh pihak Persatuan Nelayan dengan harga Rm 1.00 seliter. Memang ada dikalangan individu dan pegawai yang kelabu mata mengambil kesempatan dengan bekerjasama dengan pihak sindiket penyeludupan diesel dan membawa penangkapan SPRM

Datuk Seri Noh Omar hari ini meminta satu ‘task force’ ditubuhkan untuk menyiasat dan menyediakan kertas cadangan supaya insiden penyelewengan minyak diesel bersubsidi tidak lagi berulang. Noh meminta ‘task force’ tersebut disertai oleh wakil kementeriannya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mungkin melibatkan pihak Kastam juga.

Sejak 2006 hingga Oktober lalu, lebih 5.5 bilion diesel subsidi diperuntukkan kepada nelayan. Hasilnya, setiap nelayan memperolehi harga bahan bakar itu hanya pada harga RM1 seliter. Sejak 5 tahun tersebut 5% dianggarkan telah diselewengkan dengan anggaran melibatkan RM256 juta subsidi kerajaan untuk diesel nelayan.
Nampak sangat media menggembur-gemburkannya. Nak disalahkan kepada nelayan sukar juga, kerana mereka membeli diesel subsidi dengan kad nelayan dan dengan kadar tertentu sahaja setiap hari. Yang bermasalah penipuan yang berlori-lori itu. Menjual kepada industri dipasaran gelap. Siapa punya kerja ini? Siapa orang tengah ini? Akhirnya nelayan yang boleh tahik. Para nelayan dihambat SPRM sehingga ke atas bot. Jumpalah setong dua. Tetapi munasabah kalau penyokong UMNO duduk kat situ. Kerap menjadi mangsa mereka yang berkepentingan.

Sebenarnya apakah kehendak kerajaan disebalik isu ini? Adakah kerajaan UMNO-BN sudah tiada duit dan ingin menghentikan subsidi buat nelayan ini atau mungkinkah Persatuan Nelayan akan dihentikan hak pengurusan diesel bersubsidi tersebut. Dan “Jerung” sudah bersiap sedia untuk membahamnya? Bayangkan disetiap bulan banyak mana para cukung ini dapat jika hak pengurusan tersebut diperolehi mereka. Cukup untuk untuk buat modal pilihanraya ke-13 nanti. Mungkin ketika itu tiada lagi kedengaran cerita penyelewengan subsidi diesel, tetapi tiada penyelewengan kah?

Ikan kalau dah buruk kat ekor tu.. sebenarnya dan sememangnya dah buruk dari kepala lagi. Cuma di Malaysia ni SPRM macam semua agensi kerajaan lain juga. Mereka dicucuk untuk mengekalkan survival kekuasaan UMNO-BN. Rasuah ni bagi anak-anak bilis. Kalau terkena jerung, bukan batu SPRM je kecut tetapi dengan pukat-pukat pecah!

LKIM akhirnya kurus macam tu aje. Akan terus diperguna dan diperalatkan oleh UMNO-BN seolah macam jentera UMNO. Para nelayan masih ditakok lama jugak. Kais pagi makan pagi. Yang penting kena pastikan setiap pilihanraya mereka memberi sokongan kepada UMNO-BN.

Perlembagaan Perak dpinda tanpa majoriti 2/3

Satu usul yang dibentangkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir bagi meminda perlembagaan negeri diluluskan oleh dewan undangan negeri itu tanpa mendapat sokongan majoriti dua pertiga.

dr zambry abd kadir perak new cm bn 050209Sebelum usul dibentangkan, Khalid Idham Lim Abdullah (PAS -Titi Serong) membantah perkara itu. Hujahnya, enakmen undang-undang negeri mesti dibentang sebelum pindaan perlembagaan.

Enakmen seumpama itu memerlukan beberapa kali bacaan sebelum dewan mengundi dan ia mesti mendapat kelulusan dua pertiga .

Selepas berperang mulut, Zambry (kanan) merujuk kepada penasihat undang-undang negeri, Ahmad Kamal Md Shahid dan beliau kemudiannya merujuk perlembagaan negeri dan bersetuju dengan menteri besar bahawa sekadar membentangkan usul adalah memadai.

Berikutan itu, usul berkenaan diluluskan dengan majoriti mudah. Ia disokong oleh 29 ADUN BN dan tiga ADUN Bebas yang berpaling tadah.

sultan azlanSemua 27 ADUN Pakatan Rakyat memilih untuk berkecuali dan tidak mengundi.

Selepas usul diluluskan, speaker, Datuk R Ganesan menagguhkan sidang dewan negeri Perak.

Usul khas itu timbul berikutan mesyuarat kali ke-147, Istana Perak yang diketuai oleh Sultan Raja Azlan Shah (kiri) pada 12 Ogos lalu. Banginda menitahkan Artikel 58 (1)(a) bahagian Kedua, Perlembagaan Negeri Perak dipinda.

Pindaan itu bagi membolehkan empat lagi Raja Bergelar dengan jawatan Raja Kecil Besar, Raja Kecil Sulong, Raja Kecil Tengah and Raja Kecil Bongsu dimasukkan dalam kerabat Istana.

Pada sidang akhbar selepas itu, Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melahirkan rasa tidak puas hatinya mengenai cara perlembagaan dipinda.

NONERakannya, Ngeh Koo Ham, ADUN Sitiawan dari DAP berhujah Artikel III (3) Perlembagaan Negeri Perak secara jelas mentakrifkan bahawa perlembagaan hanya boleh dipinda melalui enakmen dewan undangan negeri.

Ngeh, yang juga seorang peguam berkata Article III (4) Perlembagaan Negeri Perak memperuntukkan pindaan hanya boleh dibuat jika ia disokong tidak kurang daripada dua pertiga anggota dewan.
-malaysiakini-

ADUN BN: Siasat dakwaan pelajar IPT jadi pelacur

Kementerian Pengajian Tinggi diminta segera menjalankan siasatan yang menyeluruh mengenai dakwaan terdapat pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terpaksa "menjadi pelacur" bagi membiayai kos pengajian mereka.

prostitution, desa mentari, police raidADUN kawasan Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat berkata masalah itu perlu diberi perhatian serius oleh kementerian kerana bukan sahaja menjejaskan nama baik IPT tetapi juga bagi menyelamatkan masa depan golongan yang terlibat.

"Kita amat berharap ada maklum balas segera daripada pihak kementerian kerana isu ini telah lama diperkatakan dan kini dibangkitkan sekali lagi.Terpaksa melacur

"Isu pelajar IPT 'terpaksa' melacur ini ibarat barah yang jika tidak diubati dan diambil langkah-langkah pencegahan boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk," katanya dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

prostitution, desa mentari, police raidHamisa berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (Upko), Dr Jaina Sintian pada simposium parti itu Khamis lalu bahawa ada pelajar IPT yang terpaksa menjadi pelacur bagi membiayai kos pengajian mereka.

Jaina dipetik sebagai berkata kebanyakan mereka yang terlibat datang daripada keluarga yang bermasalah seperti berlaku perceraian ibu bapa mereka menyebabkan mereka tidak mempunyai tempat bergantung bagi menanggung kos pengajian dan kos.

Hamisa yang juga Ketua Wanita Umno Kalabakan berkata masalah itu mungkin akan menambah rantaian gejala sosial lain termasuk kes buang bayi, jangkitan HIV dan AIDS dan penagihan dadah.

human trafficking tip report 131607 parading prostitute"Dalam keadaan ini, semua pihak perlu berfikiran terbuka dan tidak terburu-buru membuat penafian bagi menjaga imej dan kedudukan masing-masing kerana kita tahu bahawa cabaran kehidupan sebagai seorang pelajar IPT hari ini cukup hebat.

"Mereka bukan sahaja berdepan dengan tekanan untuk menamatkan pengajian tetapi kos pengajian itu sendiri yang semakin meningkat tidak termasuk kos makan minum, tempat tinggal, pengangkutan, buku-buku, komputer dan bil Internet," katanya.

Sehubungan itu, Hamisa berharap para pelajar IPT dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat itu.
-malaysiakini-

MB Negeri Sembilan menunggang motosikal tak pakai topi keledar


MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan) menunggang motosikal ketika bertemu dengan para penduduk kampung dan mengadakan lawatan rumah ke rumah sempena Program Pemimpim Bersama Rakyat, peringkat DUN Rantau, dekat Seremban, Negeri Sembilan, 2 Dis. - Utusan/ABD RAZAK AID
*Ado ko JPJ atau mato-mato yang berani menahan dio - kerengga

Berita lawak dari utusan malaysia

Isu Ketuanan Melayu: 1,000 berarak ke Istana Kayangan



SHAH ALAM 3 Dis. - Kira-kira 1,000 orang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu berarak ke Istana Bukit Kayangan bagi menyerahkan memorandum bagi membantah isu menggadaikan dan menghapuskan perkataan Melayu.

Seramai 100 anggota polis berkawal di pintu istana bagi mengawal pergerakan kumpulan tersebut.

Memorandum diserahkan Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamizun Khairuddin kepada Pegawai Pengiring Sultan Selangor, Komander Ahmad Ramli Kardi.

Perarakan secara aman itu kemudian bersurai kira-kira pukul 3.30 petang.
-Utusan-

Cuba baca berita tvselangor bawah ni pula

GAPS enggan jawab isu Syabas dan air, hanya 80 orang hadir serah memo

SHAH ALAM, 3 DIS: Hanya kira-kira 80 orang, hadir untuk menyerahkan memorandum tajaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan kepada Istana Selangor dalam cubaan untuk mengalih tumpuan rakyat daripada usaha Syabas menaikkan harga air sebanyak 37 peratus.

Sebilangan daripada penunjuk perasaan itu dikatakan pekerja Syabas yang dipaksa oleh majikan meninggalkan tugas dan hadir sama menyerahkan memorandum itu selepas solat Jumaat.
*kalau campur dengan polis dan bayang-bayang yang ada atas jalan itu pun tak sampai 1,000 orang lagi - kerengga

Bekas Permaisuri Agong saman Syed Abdullah, Syed Hussein

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman hari ini memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda.

Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua.

Berikutan itu, tarikh pendengaran interparte ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.

Dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif.
-Utusan-

Pencabulan Demi Pencabulan SYABAS Mengikis Wang Rakyat


KUALA  LUMPUR, 3 DIS: Pada 1997, Kerajaan Negeri Selangor Barisan Nasional pada ketika itu dan kerajaan persekutuan memulakan pelaksanaan pengswastaan industri air Selangor.

Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Muhammad Taib memilih bendahari Umno bahagiannya,  Tan Sri Rozali Ismail sebagai Ketua pegawai Eksukitif kepada SYABAS, syarikat yang dibentuk dalam pelaksanaan pengswastaan terbabit.

Menjelang 2010, jumlah kerugian yang dijana melalui ketirisan dan rasuah oleh syarikat-syarikat swasta terbabit telah meningkat kepada ratusan juta ringgit.

Antara amalan penyelewengan kewangan yang dipersoalkan adalah laporan audit yang menunjukkan 72 peratus kontrak berjumlah RM600 juta diberi melalui rundingan terus dan bukan secara tawaran tender terbuka.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Klang ketika ditemui TVselangor berkata,  Syabas juga telah melanggar perjanjian pengswastaan dengan kerajaan negeri apabila tidak membeli saluran paip dari syarikat tempatan seperti yang dekehendaki dalam perjanjian berkenaan.

Menurutnya SYABAS, sebaliknya telah mengimport saluran paip dari sebuah syarikat di Indonesia milik Ketua Pegawai Eksekutif syarikat terbabit, Tan Sri Rozali Ismail.

"SYABAS mesti membeli paip Malaysia, itu jelas, itu undang-undang Malaysia dan termaktub dalam undang-undang konsesi, tapi apa yang dibuat oleh syabas ialah mereka membawa paip itu dari indonesia. pembuat paip malaysia marah, mereka telah buat paip untuk syabas," tambah beliau lagi.

Menurutnya, laporan audit juga mendapati penyata kewangan awam SYABAS menunjukkan lebih RM325 juta  dan rekod kontrak yang ditawarkan 'hilang' tanpa sebarang rekod antara 2005 - 2007.

"Yang aneh, kita juga dapati bahawa ada pengeluaran wang daripada syabas ke puncak niaga dan dalam laporan menunjukkan RM700,000 telah dipindahkan daripada akaun syabas kepada puncak niaga setiap bulan...RM700,000 satu bulan. satu tahun berapa juta? 

Persoalannya ialah mengapa SYABAS membayar RM700,000 kepada Puncak Niaga? Dia kata untuk pentadbiran. tapi pentadbiran apa? SYABAS merupakan firma yang diberi tanggungjawab untuk urus air, mengapa bayar kepada puncak niaga?" persoalnya lagi. 

Charles juga mempersoalkan tentang gaji Tan Sri Rozali Ismail berjumlah RM 5.1juta setahun yakni RM 425,000 sebulan ketika syarikat tersebut dilaporkan sedang beroperasi dengan menanggung beban hutang ratusan juta ringgit dan kerugian.

Di samping itu, katanya lagi, SYABAS dan tiga lagi syarikat pemegang konsesi air menanggung jumlah keseluruhan hutang RM 6.4 bilion manakala Kerajaan Persekutuan pula menggunakan wang rakyat dengan memberikan pinjaman mudah bernilai RM320 juta kepada SYABAS dengan jumlah faedah terkumpul bagi tempoh 20 tahun adalah RM250 juta.

SYABAS juga katanya, tidak perlu membayar balik hutang pinjaman yang diberikan kerajaan, sebaliknya hutang tersebut ditanggung oleh rakyat pembayar cukai di negara ini.

"Kerajaan kata tidak ada wang untuk subsidi makanan, makanan, sekolah, minyak, kesihatan unutk rakyat. tapi mereka ada subsidi untuk orang kaya dan kroni," tambah beliau lagi.
-tvsnews-

Gani Patail pergi haji guna duit sogokan?

Dua perkara berhubung dakawaan hubungan antara Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dan Shahidan Shafie, proxi bekas pengerusi Penerbangan Malaysia, Tan Sri Tajuddin Ramli, perlu diperjelaskan, kata Majlis Peguam.

NONEPengerusinya, Ragunath Kesavan (kanan) berkata perkara pertama yang perlu dijawab adalah sama ada benar atau tidak seseorang telah membayar perbelanjaan Abdul Gani dan keluarganya menunaikan ibadat haji baru-baru ini. Kedua sama ada bayaran itu sebagai satu bentuk penghargaan kerana melakukan sesuatu ataupun untuk tidak melakukan sesuatu.

"Ini adalah duua isu yang menjadi soalan. Saya tidak pasti sama ada Abdul Gani sepatutnya menjawapnya tetapi ia bergantung kepadanya untuk memberikan respon,” katanya kepada Malaysiakini.

"Isu yang hampir sama ditimbulkan apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat didakwa ditawarkan untuk menunaikan ibadat haji oleh sebuah syarikat.”

lingam tape panel meeting 031007 abdul gani patailRagunath berkata beliau juga menyedari mengenai gambar-gambar lawatan Abdul Gani (kiri) ke rumah Shahidan ketika pengkebumian anaknya seperti yang didedahkan oleh laman sesawang Malaysia Today.

"Ramai juga yang berada di sana, bukan hanya Abdul Gani, dan ini tidak sepatutnya dijadikan satu isu,” katanya.

Ditanya kemungkinan hubungan antara Abdul Gani dan Shahidan mengakibatkan “tiada tindakan” ke atas Tajuddin, Ragunath menolaknya dan berkata ia cuma khabar angin.

Abdul Gani dan Shahidan enggan mengulas dakwaan berkenaan ketika disoal wartawan semalam. Kedua-dua mereka berkata mereka tidak mempunyai sebarang komen.

-malaysiakini-

Nasir dan KJ dipercayai?


Khabarnya rombakan kabinet akan berlaku tidak lama lagi, semua orang tertanya tanya mengapakah rombakan kabinet diadakan sedangkan signal bahawa pilihanraya ke-13 akan muncul sudah banyak? Sebenarnya rombakan ini adalah cara ataupun jalan bagi memudahkan DS Najib mempertahankan Jawatan Nombor 1 negara.

Sebelum ini sudah ada ura-ura untuk menggulingkan Datuk Seri Najib kerana ramai orang melayu dan pemimpin Umno tidak berpuas hati kepada beliau kerana bersikap buyers. Beliau menunjukkan lebih kepentingan kepada kaum lain dan ini membuatkan ramai pemimpin umno dan orang melayu tidak selesa.

Dalam rombakan ini juga dikatakan akan ada banyak perubahan dan akan wujudnya semula jawatan Setiausaha Parlimen. Di Kuala Lumpur dan Istana Negara telah kecoh tentang hal ini dan siapa yang akan dilantik.

Khabarnya KJ akan diberi peluang mengemudi Kementerian Belia dan Sukan dan Shabery akan digugurkan dari senarai kabinet. Mukhriz akan diangkat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri menggantikan Noor Yaakob. Nasir Ibrahim akan dilantik sebagai Menteri Kerjaraya menggantikan Shaziman yang bertukar portfolio ke Kementerian Luar Bandar.

YB Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie tentunya diberikan portfolio yang lebih penting iaitu Kementerian Dalam Negeri. Hisham akan ditukarkan ke Kem Pertahanan, dan Zahid akan bertukar ke Kem Pertanian. Datuk halimah dikatakan akan diangkat sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan, manakala Datuk Ahmad Maslan akan digugurkan.

Kali ini dikatakan banyak kejutan akan berlaku dan muka baru akan tampil untuk menguatkan lagi sokongan terhadap kepimpinan DS Najib. Dalam percaturan baru ini, Nasir dan KJ juga Halimah diberi kepercayaan ini adalah suatu petanda yang baik kerana Najib tidak lagi berselindung dan beliau berani membuat keputusan. 
-tko-

Syarikat air Israel baik untuk bangsanya

Afrar Yunus
Di England, seorang pekerja yang makan gaji secara bulanan boleh membeli satu set komputer peribadi dengan satu pertiga gaji bulannya.

Pekerja biasa di Malaysia terpaksa menggunakan tiga bulan gajinya untuk membeli sebuah komputer.NUBE (Kesatuan Sekerja Bank Malaysia) pula berkata, jurang perbezaan gaji eksekutif bank dan kakitangan biasanya di Malaysia sangat ketara.

Di Selangor jumlah penduduk negeri itu adalah 4,850,000 orang. Ada yang bekerja sebagai nelayan, petani, penternak, operator kilang, penjawat awam, pekerja pelbagai kategori swasta dan sebagainya.

Perkhidmatan pembekalan air di Selangor disediakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang ditubuhkan pada tahun 1996 demi untuk kesejahteraan penduduknya.

Namun apa yang kelihatan dan didengar adalah disebaliknya.

Keperitan hidup masyarakat pengguna seperti ini hanya dapat dirasakan oleh seorang pemimpin berjiwa rakyat dan bukan oleh ketua-ketua parti politik dan pengampu mereka.

Yahudi di Israel yang memerintah negara kecil itu tidak pernah menzalimi bangsanya. Tidak pernah menekan dan membunuh zuriatnya. Tidak melakukan penganiayaan terhadap bangsa mereka biar di atas nama penderitaan, kemiskinan atau perkhidmatan.

Khabarnya, Rozali Ismail Pengerusi Eksekutif SYABAS menerima gaji RM425,000.00 sebulan.

Dia boleh membeli 141 buah komputer sebulan dengan gaji sebanyak itu berbanding penduduk biasa atau pekerja biasa yang hanya mampu membeli sebuah komputer dengan tiga kali bayaran (tiga bulan).

Jurang prestasi sejauh itu sudah menimbulkan tandatanya masyarakat di Malaysia.

Apakah Rozali Ismail dilahirkan oleh UMNO untuk terus bermaharajalela sebagai dewa berkelulusan fantastik dari dunia misteri semata-mata bagi menekan 4.85 juta pengguna air di Selangor.

Jika 4.85 juta penduduk khabarnya tidak gembira dengan kerja-kerja berkarat Rozali dan SYABAS, salahkah kita mengatakan Yahudi lebih baik untuk bangsa dan negaranya berbanding anak Melayu bernama Rozali dari Syarikat SYABAS.

Berbaloi dan berkatkah jumlah RM425,000.00 itu?

Badrul Amin - Istana Beri Lampu Hijau Terima Memorandum Air


SHAH ALAM, 3 Dis: Penyelaras kempen perhimpunan menentang kenaikan harga air, Badrul Amin Bahrom berkata perhimpunan yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Ahad ini tetap diteruskan kerana wakil Istana Negara telah memberikan lampu hijau bagi pihaknya menerima memorandum berkenaan.

Beliau yang dihubungi petang tadi berkata meskipun pengarah kempen yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor, Theresa Kok tidak dimaklumkan oleh pihak polis mengenai permit perhimpunan tersebut.

"Polis tidak menjawab walaupun kita telah memaklumkan kepada mereka dan kita hanya diberi amaran melalui media oleh pihak polis.

"Kita tetap teruskan perhimpunan atas alasan, ia merupakan hak setiap individu untuk berhimpun," ujar beliau.

Menurut Badrulamin lagi, ini berdasarkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Jagjit Singh yang membebaskan orang kena tangkap (OKT) daripada semua pertuduhan kes perhimpunan Bersih 2007 lalu.

Dalam perbicaraan tersebut, Jagjit  berkata pihak polis telah melanggar kebebasan beragama dalam Artikel 11 Perlembagaan apabila menangkap semua tertuduh di Masjid Negara.

Ditanya tentang langkah-langkah yang telah diambil tentang persediaan perhimpunan yang akan diadakan itu beliau berkata pihaknya telah menyediakan 500 petugas yang terdiri daripada Unit Amal (PAS), Briged Keadilan dan Penyelaras Komunikasi Selangor (Pikom) bagi menghalang provokasi daripada pihak-pihak tertentu.

"Mereka akan mengawal provokasi yang berkemungkinan dicetuskan oleh kumpulan baju hitam dan daripada pihak polis sendiri.

"Kita telah menasihat pihak kita supaya tidak bertindak liar dan bersabar menghadapi apa sahaja bentuk provokasi dan ikut arahan pemimpin.

Pada masa sama, beliau turut berharap  kumpulan baju hitam menghentikan hasrat untuk mengganggu perjalanan perhimpunan menentang kenaikkan harga air.

"Kalau betul-betul ada bukti penyelewengan negeri Selangor, ikutlah saluran yang betul...serahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan bukannya kepada Yang Di-Pertuan Agong.

"Saya minta pihak polis juga bersikap profesional dan bijaksana dalam menangani kedua-dua perhimpunan tersebut," tambah beliau yang juga Ketua Penerangan Selangor.

-tvsnews-

GAPS enggan jawab isu Syabas dan air, hanya 80 orang hadir serah memo

SHAH ALAM, 3 DIS: Hanya kira-kira 80 orang, hadir untuk menyerahkan memorandum tajaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan kepada Istana Selangor dalam cubaan untuk mengalih tumpuan rakyat daripada usaha Syabas menaikkan harga air sebanyak 37 peratus.

Sebilangan daripada penunjuk perasaan itu dikatakan pekerja Syabas yang dipaksa oleh majikan meninggalkan tugas dan hadir sama menyerahkan memorandum itu selepas solat Jumaat.

Seperti yang dijangka, penunjuk perasaan ini turut merangkumi penyokong Pertubuhan Pribumi Malaysia dan ahli-ahli Umno.

Sambutan dingin terhadap tunjuk perasaan ini menjadi bukti paling jelas Umno dan NGO tajaan parti itu ditolak oleh rakyar Selangor yang memberi sokongan untuk menyekat Syabas daripada menaikan harga air.

Kumpulan ini menamakan diri sebagai Gabungan Anti Penyelewengan Selangor atau GAPS.

Bagaimanapun mereka berdiam diri apabila ditanya oleh TVSelangor mengenai pendirian masing-masing terhadap konsesi yang diberikan oleh Umno-Barisan Nasional kepada Syabas pada tahun 1997 lalu.

Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin enggan menjawab persoalan mengenai tindakan Syabas mahu menaikan harga air sebanyak 37 peratus dan usaha kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghalang langkah itu.

Sebaliknya, Hamidzun mendakwa mempunyai bukti mengenai beberapa penyelewengan yang menurut beliau, perlu diambil tindakan oleh istana Selangor walaupun jelas agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah lebih sesuai untuk aduan seumpama itu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya tidak bermasalah dengan memorandum yang dikemukakan oleh GAPS sungguhpun sedar ia lebih bersifat provokasi dan bukan untuk menegakkan kepentingan rakyat.

Memorandum berkenaan disampaikan oleh Hamidzun kepada pegawai istana di pintu pagar Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Dan seperti biasa, penyerahan memorandum diiringi dengan beberapa penyokong tegar Umno menjulang kain rentang dan melaung sogan-slogan berbentuk serangan peribadi terhadap pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyatm termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali.

Penganjur mendakwa perhimpunan ini disertai oleh Majlis Belia Malaysia, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia dan Jaringan Melayu Malaysia yang semuanya didokong oleh Umno.

Namun hakikat ialah sokongan hambar terhadap tunjuk perasaan ini membuktikan ahli-ahli Umno sendiri menolak politik perkauman yang cuba dibawa oleh kumpulan ini.
-tvsnews-

Kenaikan 4 dalam 1: BN zalimi rakyat marhaen

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 3 Dis: Kenaikan harga petrol RON95, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula adalah bukti jelas kerajaan BN zalim kepada rakyat marhaen.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus berkata, rakyat marhaen paling terkesan dengan kenaikan itu kerana mereka adalah majoriti pengguna petrol RON95.

Sambil menyifatkan kenaikan mengejut itu sebagai 'gila', beliau mengharapkan rakyat menolak Umno BN yang secara terang terangan tidak mengutamakan rakyat terbanyak.

"Harap pengguna RON95 mesti tolak BN.

"BN zalimi rakyat marhaen, tak peduli kesusahan rakyat," katanya yang juga Pengarah Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Pusat.

Beliau mengulas kenaikan petrol RON95, sebanyak 5 sen menjadikan RM1.90 seliter, diesel naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Kerajaan terus memberi alasan sama terhadap kenaikan itu dengan mendakwa ianya bagi menyelaraskan subsidi.

Semua harga baru itu berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter.

Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Mengulas lanjut, Firdaus berkata, ketidakprihatinan BN kepada nasib rakyat bukan lagi dongeng semata-mata.

Ianya terbukti, apabila rakyat terus dibebankan sedangkan Perdana Menteri semalam mengumumkan akan meneruskan cadangan membina Menara Warisan 100 tingkat yang tiada manfaat secara langsung kepada rakyat.

"Kalau betul ikhlas, batalkan sahaja niat nak buat menara 100 tingkat, guna duit tu tampung beban rakyat.

"Saya tengok rakyat hanya diguna untuk pilihan raya sahaja," katanya lagi.

Lebih malang, kenaikan itu berlaku diwaktu rakyat sedang terbeban dengan persiapan persekolahan sesi akan datang.

Kesan kenaikkan itu juga jelasnya, memberi alasan kepada peniaga barangan menaikkan harga barang mereka dan menyebabkan pengguna sekali lagi terbeban.

"Saya hairan, kenapa menteri tak umum di parlimen, sedangkan parlimen tempat bincang masalah rakyat," soalnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat turun beramai-ramai pada himpunan membantah kenaikan harga air oleh Syabas di Masjid Negara, Ahad ini.

Biarpun himpunan itu bagi membantah tindakan Syabas menaikkan tarif air Selangor, kesempatan itu juga jelasnya wajar diguna untuk menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga barangan keperluan tersebut.

PAS - Kepentingan Rakyat Mengatasi Sultan

SHAH ALAM, 3 DIS: Pemimpin PAS menuduh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Mohamed Aziz mengaibkan institusi aja-raja Melayu apabila mengheret institusi berkenaan dalam isu “ketuanan Melayu” dan “ketuanan rakyat”.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan adalah tanggungjawab sultan menurut kehendak rakyat dan meletakkan kepentingan mereka di atas kepentingan institusi itu sendiri.

“Sama seperti rakyat bertanggungjawab mematuhinya, Sultan juga mempunyai tanggungjawab yang sama."Raja berpelembagaan menyedari bahawa kepentingan rakyatnya menguasai dan mengatasi kepentingan mereka sendiri," katanya lagi.

“Bagi saya, kenyataan Nazri’s tidak ubah seperti cuba menghasut raja-raja supaya tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat di negara ni," katanya lagi.

Menurutnya, ia menyempitkan pengetahuan dan kedaulatan raja-raja yang tinggal di negara yang berdemokrasi mengenai ‘ketuanan rakyat’.

Dzulkefly juga menyifatkan Nazri berniat jahat kerana mentafsirkan “ketuanan Melayu” sebagai kedaulatan Raja-raja Melayu. 
-tvsnews-