"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Skandal tanah LEMBAGA GETAH MALAYSIA semakin menggemparkan

InfoRAKYAT

Gempar !!! Dokumen skandal tanah LGM dibuktikan sah, kini timbul dokumen baru pula

Hari ini kami telah menerima satu surat yang menggembirakan hati kami. Surat dari Ketua Pengarah LGM itu telah mengesahkan DOKUMEN yang kami kongsikan dengan anda semua atas nama KEPENTINGAN AWAM DAN DANA AWAM bukanlah palsu.

Namun satu perkara yang kami sukar untuk hadam ialah bersama dengan surat itu LGM juga turut melampirkan beberapa dokumen bertajuk Skandal Lembaga Getah Malaysia Siri 1 dan Skandal Lembaga Getah Siri 2 yang KAMI TIDAK PERNAH NAMPAK SEBELUM INI.

Dalam dokumen bertajuk Skandal Lembaga Getah Malaysia Siri 1 yang menyentuh mengenai sewaan Lot 200013, selain dari perkara yang kami bangkitkan sebelum ini, ada satu perkara baru yang menarik iaitu ‘Semak juga siapa Al Noor Foundation ni, ada rangkaian pelik ke tak?’

Kami tidak faham apa maksudnya itu. Adakah Al Noor Foundation mempunyai rangkaian pelik? Adakah rangkaian pelik itu merujuk kepada benda yang melanggar undang-undang?

Sementara itu dalam dokumen yang bertajuk Skandal Lembaga Getah Siri 2 menyentuh mengenai isu jualan tanah lot 200012 ada beberapa dakwaan yang menjadikan kami ternganga dan dakwaan tersebut ialah:

1 – Pejabat Menteri telah caj RM100 ribu untuk mengeluarkan surat setuju jual tanah.

2- Maklumat dalaman Jabatan Warisan Negara mengesahkan tanah tersebut adalah tanah warisan dan tidak boleh dijual sesuka hati Menteri dan LGM.

3 – Menurut sumber Eurowhite mereka dimaklumkan oleh Pejabat Menteri bahawa hanya kelulusan Menteri memadai untuk urusan jual beli tanah tersebut.

4 – Akan ada lagi beberapa siri pendedahan.

SESUNGGUHNYA KAMI JADI TIDAK FAHAM DENGAN TUJUAN KETUA PENGARAH LGM MENGHANTAR DOKUMEN ITU KEPADA KAMI. ADAKAH KETUA PENGARAH LGM MEMBERIKAN KAMI PETUNJUK ADA BANYAK ISU DALAM SKANDAL-SKANDAL INI YANG BELUM KAMI BANGKITKAN?

Untuk pengetahuan Ketua Pengarah LGM kami sudah menulis surat kepada YB Wong Kah Woh Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) secara rasmi meminta siasatan dijalankan berkenaan isu yang kami bangkitkan sebelum ini.

Kami mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pengarah LGM kerana memberi maklumat tambahan kepada kami. Kami akan cuba hadamkan apakah maksudnya itu dan kami berharap YB Menteri dapat tampil memberikan penjelasan supaya kami boleh menulis satu lagi surat untuk meminta siasatan dijalankan oleh PAC.

Pautan catatan pertama berkenaan isu LGM

https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/960700927811064

Pautan catatan kedua berkenaan isu LGM

https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/961160644431759

Pautan catatan ketiga berkenaan isu LGM

https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/961749977706159

Pautan catatan keempat berkenaan isu LGM

https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/962327594315064

Pautan catatan kelima berkenaan isu LGM

https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/962939020920588

Pautan catatan keenam berkenaan isu LGM

https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/963010904246733

Pautan catatan ketujuh berkenaan isu LGM

https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/964166207464536

Pautan catatan kelapan berkenaan isu LGM

https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/964504400764050

No photo description available.


No photo description available.


May be an image of text that says 'Kenapa LGM hantar dokumen ini kepada kami? SKANDAL LEMBAGA GETAH MALAYSIA SIRI 1 Lembaga Getah Malaysia bakal adalah Watergate baru Malaysia. Berlaku pakatan antara KEMENTERIAN KOMIDITI DAN LEMBAGA GETAH MALAYSIA dalam PENYELEWENGAN DANA Sewaan Tanah Foundation Turki Ampang 70 sen Sekaki Al Noor Lembaga tahun. Tahun 1.02 sekaki!!! Menteri Komiditi telah setuju kadar sewaan tanah Lembaga Getah hadapan Mall kepada sekaki kepada Noor Foundation. Malah juga setuju sewaan dengan kenaikan 10% setiap nanti masih menyewa tanah ini dengan kadar RM SULIT ZAIROSSANI BNMOHD. Disember KUALALUMPUR BAGI BANDAR perhatian tindakan oihak YBhg. Dato' Sekian,terimakaaih. NTUKNEGARA +003-88821812 Kamoditi wan.asmady@mblo.cev.mu SULIT'

May be an image of text

No photo description available.

May be an image of text that says 'Kenapa LGM hantar dokumen ini kepada kami? Maklumat dalam Jabatan Warisan Negara mengesahkan tanah tersebut adalah tanah warisan dan tidak boleh dijual sesuka hati Menteri dan Lembaga Getah Malaysia. UDDIRAMASRAZAU Menurut sumber Eurowhite, mereka dimaklumkan oleh Pejabat Menteri bahawa hanya kelulusan Menteri memadai untuk urusan jual beli tanah tersebut. dapat Mohon Menteri Komiditi Dr Khairudin Takiri, Pengerusi LGM YB Nazlan Ketua Pengarah LGM Dr Zairossani serta Lembaga Pengarah manjawab penyelewengan ini! Akan ada lagi beberapa siri pendedahan dan kami harap berhentilah kartel Menteri kumpul duit untuk bertanding jawatan Presiden Parti!! PENGERUSY BIN ABDUL RASHID'

No photo description available.

No photo description available.

May be an image of text that says 'Kenapa LGM hantar dokumen ini kepada kami? SKANDAL LEMBAGA GETAH MALAYSIA SIRI 1 Lembaga Getah Malaysia bakal adalah Watergate baru Malaysia. Berlaku pakatan antara KEMENTERIAN KOMIDITI DAN LEMBAGA GETAH MALAYSIA dalam PENYELEWENGAN DANA Sewaan Tanah Foundation Turki Ampang 70 sen Sekaki Al Noor Lembaga tahun. Tahun 1.02 sekaki!!! Menteri Komiditi telah setuju kadar sewaan tanah Lembaga Getah hadapan Mall kepada sekaki kepada Noor Foundation. Malah juga setuju sewaan dengan kenaikan 10% setiap nanti masih menyewa tanah ini dengan kadar RM SULIT ZAIROSSANI BNMOHD. Disember KUALALUMPUR BAGI BANDAR perhatian tindakan oihak YBhg. Dato' Sekian,terimakaaih. NTUKNEGARA +003-88821812 Kamoditi wan.asmady@mblo.cev.mu SULIT'

May be an image of text

No photo description available.

May be an image of text that says 'Kenapa LGM hantar dokumen ini kepada kami? Maklumat dalam Jabatan Warisan Negara mengesahkan tanah tersebut adalah tanah warisan dan tidak boleh dijual sesuka hati Menteri dan Lembaga Getah Malaysia. UDDIRAMASRAZAU Menurut sumber Eurowhite, mereka dimaklumkan oleh Pejabat Menteri bahawa hanya kelulusan Menteri memadai untuk urusan jual beli tanah tersebut. dapat Mohon Menteri Komiditi Dr Khairudin Takiri, Pengerusi LGM YB Nazlan Ketua Pengarah LGM Dr Zairossani serta Lembaga Pengarah manjawab penyelewengan ini! Akan ada lagi beberapa siri pendedahan dan kami harap berhentilah kartel Menteri kumpul duit untuk bertanding jawatan Presiden Parti!! PENGERUSY BIN ABDUL RASHID'

Sumber:


Baca selanjutnya : https://www.inforakyat.net/gempar-dokumen-skandal-tanah-lgm-dibuktikan-sah-kini-timbul-dokumen-baru-pula/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

'Cadangan pilih selain Anwar sebagai PM cubaan pecahkan PH'

Bernama

KONGRES PKR | Cadangan menamakan inidividu lain menggantikan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri disifatkan sebagai usaha memecah-belahkan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Pemuda PKR (AMK) Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata tindakan mencurigakan umpama ‘sebelah tangan bersalam dan sebelah tangan lagi memegang pisau’ itu mestilah dijauhkan dalam gabungan berkenaan.

Serentak itu, Ahli Parlimen Johor Bharu itu turut mencadangkan golongan muda AMK yang berpotensi perlu segera dikedepankan terutama dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15 bagi meneruskan kelangsungan perjuangan parti.

“Ini perlu diambil serius oleh kepimpinan parti terutama sekali untuk mendapatkan kembali kerusi-kerusi yang dikhianati dan menawan kerusi yang belum dimenangi.

"Pemilihan calon perlulah lebih ketat, individu yang diragui kesetiaan kepada perjuangan reformasi ini perlulah ditolak sama sekali.

"Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali,” katanya dalam ucapan dasar persidangan tahunan AMK 2020 yang mengambil tema Mendukung Prinsip, Mempertahan Demokrasi diadakan secara maya hari ini.

Akmal turut mencadangkan agar bendera PKR menjadi logo mewakili PH dalam menghadapi PRU yang akan datang sebagai usaha menggembleng kekuatan dan mengembalikan keyakinan rakyat.

Dia juga turut menyentuh soal pengurusan impak Covid-19 yang antara lain mencadangkan agar kemudahan moratorium tanpa caj faedah kepada peniaga kecil sekurang-kurangnya untuk tempoh lima bulan, mengembalikan subsidi upah dan kemudahan pinjaman modal serta bantuan 30 sehingga 50 peratus daripada jumlah sewaan tapak perniagaan.

“Menteri juga sepatutnya mempertimbangkan cadangan AMK agar pasukan petugas rentas parti yang turut melibatkan ahli parlimen PH yang sehingga hari ini masih belum terjadi,” katanya.

Persidangan AMK hari ini dijadual melibatkan 14 pembahas yang menyentuh isu kerjasama parti-parti pembangkang, pandemik Covid-19, program vaksinasi kebangsaan, masalah ekonomi anak muda serta pendidikan dalam fasa pengajaran dan pembelajaran di dumah (PdPR).

- Bernama

Gajah memberi penghormatan terakhir kepada penjaga

Astro Awani 

Gajah memberi penghormatan terakhir kepada penjaga
Brahmadathan berhenti di hadapan mayat penjaganya itu sambil memanjangkan belalainya sebelum meninggalkan kawasan tersebut. - Foto Twitter/@ParveenKaswan
KEMATIAN seorang 'mahout' atau gembala gajah di India ditangisi bukan sahaja dalam kalangan ahli keluarga dan rakan taulan tetapi oleh gajah kesayangannya sendiri.
Gajah dikatakan antara haiwan paling bijak dan sensitif di dunia, dan video yang tular di media sosial ini membuktikan perkara itu.
Menurut laporan The Indian Express, Kunnakkad Damodaran Nair atau lebih dikenali Omanachettan, 74 tahun, meninggal dunia minggu lepas akibat kanser.
Upacara pengebumiannya yang diadakan pada Khamis, turut dikunjungi seekor gajah di bawah jagaannya selama 25 tahun.
Video berkenaan yang dikongsi oleh seorang pegawai Jabatan Perhutanan India, Parveen Kaswan tular di media sosial dan sehingga kini telah mencatat sebanyak 28,000 tontonan.
Dalam video berkenaan gajah yang diberi nama Brahmadathan itu dilihat tiba di perkarangan kuil yang menempatkan mayat Omanachettan.
Brahmadathan berhenti di hadapan mayat penjaganya itu sambil memanjangkan belalainya sebelum meninggalkan kawasan tersebut.

Petisyen desak Azmin letak jawatan raih lebih 170,000 tandatangan

FMT Reporters

Tangkap layar laman petisyen yang mendesak Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali meletak jawatan.

PETALING JAYA: Satu petisyen dalam talian yang mendesak Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali meletak jawatan mendapat lebih 170,000 tandatangan warganet.

Petisyen dengan tanda pagar #AzminLetakJawatan itu dimulakan semalam oleh pengguna maya dengan nama Kerajaan Gagal di laman www.change.org mensasarkan untuk meraih 200,000 tandatangan.

Setakat pukul 9.00 pagi hari ini, petisyen itu telah mengumpul sebanyak lebih 170,000 tandatangan warganet.

“Hanya satu sebab: gagal berfungsi sebagai menteri kanan yang diharapkan. Titik,” kata petisyen itu, menurut laporan Sinar Harian.

Azmin yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dikritik ramai pihak susulan dakwaan terdapat kebenaran operasi perkhidmatan tidak perlu semasa pelaksanaan ‘total lockdown’.

Azmin sebelum ini menegaskan, surat kebenaran beroperasi oleh Covid-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0) hanya dikeluarkan selepas kementerian yang mengawal selia sektor yang dibenarkan beroperasi, memberi pengesahan kepada MITI.

Beliau berkata, sebanyak 15 kementerian telah menggunakan sistem CIMS 3.0 bagi memudahkan proses penilaian permohonan kebenaran untuk beroperasi di bawah sektor masing-masing.

“Kementerian-kementerian mengesahkan permohonan-permohonan berkenaan, syarikat yang berkenaan boleh terus mencetak surat kebenaran beroperasi melalui CIMS 3.0,” katanya.

Tambah beliau, MITI terbuka kepada sebarang bentuk aduan mahupun kritikan selepas terdapat dakwaan CIMS 3.0 telah dibolosi dan mendapat kelulusan walaupun berada di bawah sektor yang tidak dibenarkan beroperasi.

Sehingga kenyataan itu dikeluarkan, Azmin berkata, 586,308 dengan 10.2 juta pekerja telah berdaftar dengan CIMS dan hanya 128,150 atau 21.8% surat kebenaran beroperasi telah dicetak melalui CIMS melibatkan 1.57 juta pekerja di seluruh Malaysia.

Menantuku, anak kandungku

Agensi

Pengantin perempuan gagal menahan sebak selepas bertemu semula dengan ibu kandungnya ketika majlis perkahwinannya. FOTO Agensi
Pengantin perempuan gagal menahan sebak selepas bertemu semula dengan ibu kandungnya ketika majlis perkahwinannya. FOTO Agensi

Beijing: Majlis perkahwinan pasangan pengantin bertukar drama dan dipenuhi linangan air mata apabila bakal ibu mertua mendapati pengantin perempuan itu adalah anak kandungnya yang terpisah sejak 20 tahun lalu.

Wanita terbabit menyedari pengantin perempuan itu adalah anak kandungnya selepas melihat tanda lahir pada tangan bakal menantunya ketika hadir di majlis perkahwinan berkenaan yang berlangsung di wilayah Jiangsu, dekat sini.

Media tempatan melaporkan, selepas terlihat tanda lahir itu, wanita berkenaan berjumpa ibu bapa pengantin perempuan sebelum bertanyakan sama ada bakal menantunya itu adalah anak angkat mereka sejak 20 tahun lalu.

Tindakan wanita terbabit mengejutkan ibu bapa pengantin perempuan kerana ia adalah rahsia keluarga berkenaan sejak sekian lama.

Mereka kemudian mengakui bahawa bakal pengantin perempuan adalah anak angkat yang dibesarkan sejak bayi selepas menemuinya di tepi jalan.

Pengantin perempuan nyata gagal menahan air mata kerana dia sememangnya mahu mengetahui mengenai keluarga kandungnya sejak sekian lama.

Dia (pengantin perempuan) menyifatkan detik berkenaan adalah lebih indah daripada hari perkahwinannya sendiri.

Tatkala majlis perkahwinan dijadualkan berlangsung itu nyaris dihentikan kerana bimbang berlaku perkahwinan antara saudara kandung, satu lagi rahsia dibongkarkan keluarga pengantin lelaki.

Mereka mendedahkan bahawa pengantin lelaki juga adalah anak angkat keluarga berkenaan. Majlis perkahwinan itu kemudiannya diteruskan seperti dirancang.

Oriental Daily melaporkan, wanita terbabit mengambil anak angkat lelaki selepas usaha mencari anak perempuannya yang hilang gagal.

Lebih 200 pendatang Israel serbu kompleks Al-Aqsa

BAITULMAQDIS - Seramai 215 pendatang Israel pada Khamis menyerbu pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

Menurut Agensi Anadolu Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis dalam satu kenyataan berkata, mereka yang dikawal polis Israel menyerbu Haram al-Sharif dari Gerbang Al-Maqaribe (Maghribi), di bahagian barat daya masjid.

Selepas berkeliaran di pekarangan masjid, mereka kemudiannya meninggalkan kawasan masjid itu.

Polis Israel mula membenarkan penempatan pendatang pada 2003, walaupun menerima kecaman Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis. - Bernama

Berapa banyak duit rakyat nak dibazirkan

Sanitasi awam: Setiausaha Zuraida nasihatkan pakar perubatan

Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nor Hizwan Ahmad menasihatkan Dr Adeeba Kamarulzaman menumpukan perhatian kepada kes Covid-19 di Selangor berbanding mengkritik program sanitasi awam dijalankan kementerian terbabit.

Mengingatkan pakar penyakit berjangkit yang juga panel Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu sebagai ahli Pasukan Petugas Khas Menangani Covid-19 Selangor, Nor Hizwan berkata negeri terbabit mencatatkan kes baru setiap hari.

Tegas Nor Hizwan, di kala penularan wabak Covid-19 dengan varian baru sekarang, rakyat memerlukan jaminan dan menghargai sebarang usaha kerajaan meminimumkan risiko jangkitan, lebih-lebih lagi di kawasan yang mempunyai kes aktif.

“Oleh itu, saya menyeru Dr Adeeba yang juga merupakan salah seorang panel dalam Task Force Covid-19 Selangor untuk menumpukan fokus beliau kepada Selangor yang mencatat kes tertinggi seluruh negara saban hari.

“Marilah bersama mencari jalan keluar kerana sekarang bukan masanya untuk mencari salah sesiapa," katanya dalam kenyataan media petang ini.

Pada 29 Mei lalu Adeeba mempersoalkan program sanitasi awam berskala besar yang dijalankan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang disifatkannya sebagai pembaziran sumber daya yang terhad sedangkan ia boleh disalurkan untuk memperoleh alatan yang lebih diperlukan pasukan perubatan. 

Untuk rekod Adeeba bukanlah satu-satunya pakar yang tidak bersetuju dengan program KPKT tersebut. Turut bersuara seorang lagi pakar kesihatan awam Dr Lokman Hakim dan pendirian mereka disokong Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM).

Tidak disyorkan pakar dunia

Dalam kenyataan dikeluarkan persatuan itu, mereka berpendapat tindakan tanpa bersasar KPKT itu dibuat tanpa mengambil kira maklumat sains terkini, justeru merupakan pembaziran.

PPPKAM juga bimbang proses yang dilakukan itu boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat. 

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin pula meminta semua pihak berhenti meremehkan program sanitasi awam oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sejak tahun lepas.

Ketua Pengarah JBPM Hamdan Wahid kemudian mempertahankan sanitasi awam yang dakwanya disyorkan WHO dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Pun begitu, Adeeba memetik panduan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat yang dikemas kini, bahawa keberkesanan sanitasi berskala besar sebagai langkah pencegahan Covid-19 adalah tidak disyorkan. 

Untuk beberapa ketika Selangor memang mencatat kes jangkitan harian Covid-19 tertinggi dengan jumlahnya melebihi empat angka berbanding negeri lain.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menyandarkan catatan harian tinggi itu direkodkan kerana inisiatif kerajaan negeri melaksanakan ujian saringan percuma yang besar-besaran untuk penduduk negeri terbabit.

Berdasarkan panduan CDC dalam kebanyakan situasi, mencuci permukaan menggunakan sabun atau detergen adalah memadai untuk mengurangkan sebarang kewujudan koronavirus, manakala nyah jangkitan disyorkan dibuat dalam kawasan tertutup yang lebih kecil apabila ada kes disyaki/disahkan dalam masa 24 jam.

Perunding pakar pediatrik Dr Amar Singh HSS turut berkongsi petikan tambahan daripada panduan CDC yang menyatakan bahawa penyemburan berskala besar atau fumigasi untuk virus Covid-19 atau patogen lain tidak disyorkan dilakukan di ruang terbuka.

Kata Nor Hizwan semua pihak yang mengkritik usaha KPKT perlu akur dan menghargai sebarang usaha kerajaan memastikan penularan Covid-19 dalam negara ini dapat diturunkan .

Katanya usaha berkenaan - yang setakat ini melibatkan 26,000 operasi sanitasi seluruh negara - dipersetujui dan diluluskan kerajaan, malah ia mahu dijadikan satu “budaya dalam masyarakat”.

“Sanitasi awam ini juga merupakan salah satu terapan norma baharu yang ingin dijadikan budaya dalam masyarakat agar masyarakat sentiasa berada dalam keadaan selamat, bersih dan sihat,” katanya lagi. 

Pesan ayam goreng, dapat tuala celup tepung

KOSMO!

Perez menunjukkan isi tuala goreng yang disalut tepung dan kelihatan seperti ayam goreng yang diterimanya dari restoran makanan segera Jollibee di Filipina. - Facebook

MANILA – Seorang wanita di Filipina mendakwa menu ayam goreng yang dipesan dari sebuah restoran makanan segera rupanya mengandungi tuala goreng ranggup, lapor portal Newsweek semalam.

Alique Perez memuat naik berhubung   insiden itu dalam akaun media sosialnya.

Perez memberitahu,  dia memesan ayam goreng itu  dari restoran makanan segera Jollibee di Taguig, melalui perkhidmatan penghantaran makanan Grab.

Menurutnya, dia sukar Perez  memotong makanan yang disangka ayam goreng itu  untuk anaknya.

Apabila dia merobek lapisan tepung goreng  yang menyaluti permukaan makanan itu, dia sangat terkejut kerana mendapati ia bukanlah isi ayam sebaliknya sehelai tuala pengelap berwarna biru yang disalut tepung dan digoreng. 

“Perbuatan ini sangat menjijikkan. Bagaimana anda boleh memasukkan tuala pengelap dalam adunan tepung dan menggorengnya seperti ayam,” tulis Perez di laman  Facebook bersama gambar dan video.

“Sebelum ini, saya merasakan semua kejadian kotor yang dilihat di media sosial adalah lakonan semata-mata namun sekarang saya sedar, ia sememangnya boleh berlaku,” katanya.

Tambah Perez, dia tidak dapat membayangkan minyak tuala goreng itu digunakan berulang kali untuk pesanan pelanggan lain dan mungkin mencemari hidangan mereka.

Catatan Facebook wanita itu sehingga kini telah dikongsi lebih  72,000 kali. 

Bagaimanapun, Perez tidak memberikan sebarang perkembangan mengenai tindakannya selepas menerima pesanan itu atau sama ada pihak Jollibee telah membuat sebarang permohonan maaf dan membayar ganti rugi kepadanya. – Agensi


‘Gocoh’ kerana rakam pertengkaran suami isteri, 14 individu ditahan

FMT Reporters

Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata, semua suspek berusia 20 hingga 54 tahun, dengan 11 daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

PETALING JAYA: Seramai 14 individu ditahan lewat malam tadi ekoran pergaduhan yang tercetus di PPR Batu Muda, Jinjang, Kuala Lumpur.

Siasatan awal mendapati pergaduhan tercetus susulan tindakan sekumpulan lelaki merakam video pertengkaran antara sepasang suami isteri yang tinggal di PPR tersebut, menurut Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai.

“Perakaman video itu disedari (suami) dan (dia) bertindak menegur perbuatan kumpulan lelaki tersebut, namun berakhir dengan persengketaan, pengeluaran kata-kata kesat, adegan tolak menolak dan pergelutan,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Semua suspek ditahan berusia 20 hingga 54 tahun, dengan 11 daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau, kata Beh.

Tambahnya, permohonan reman ke atas semua suspek dibuat hari ini, dan empat suspek dikenakan perintah reman sehari, manakala selebihnya selama tiga hari.

Kes disiasat bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

Beh turut menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian agar menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206.

Mayat wanita yang mati akibat Covid-19 dimakan kucing peliharaan

Media Mulia

Apartmen di Madrid di mana seorang pesara wanita ditemukan maut dengan separuh daripada mayatnya dimakan oleh kucing peliharaannya.

MADRID: Seorang pesara wanita yang meninggal dunia dipercayai akibat Covid-19 ditemukan dalam keadaan separuh daripada badannya sudah dimakan kucing peliharaannya.

Memetik laporan Mirror, polis menemukan mayat itu selepas jiran-jiran mengadu ekoran bau busuk yang kuat datang dari flat di Madrid itu.

Laporan mengatakan bahagian atas badan mayat wanita itu sudah dimakan oleh tujuh ekor kucingnya – lima daripadanya juga ditemukan mati.

Wanita itu bernama Clara Ines Tobon, 79, dari Colombia.

Pegawai polis yang terlibat menggambarkan  apa yang berlaku itu sebagai pengalaman paling buruk sepanjang kerjayanya.

Anggota bomba terpaksa memecahkan apartmen itu dan menemukan mayat di dalam bilik.

Dua ekor kucing Clara yang masih hidup dihantar ke pusat pemuliharaan haiwan.

Dipercayai wanita itu sudah meninggal dunia sejak tiga bulan lalu.

Mangsa tinggal di flat itu sendirian sejak tahun 1996. Semua ahli keluarganya dikatakan tinggal di Colombia.

Seorang juga memberitahu dia terdengar polis berkata: “Itu adalah perkara paling teruk dia pernah tengok sejak bekerja.”

Insiden seperti itu bukan yang pertama berlaku di Madrid di mana pada September 2019 seekor anjing terselamat selepas tuannya meninggal dunia dengan memakan mayat tuannya itu.

Petisyen desak Azmin letak jawatan raih lebih 100,000 tandatangan

Malaysiakini 

Sebuah kempen dalam talian yang mendesak Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali meletak jawatan telah mendapat lebih 100,000 tandatangan warganet.

Petisyen dengan tanda pagar #AzminLetakJawatan itu dimulakan pengguna maya dengan nama Kerajaan Gagal di laman www.change.org mensasarkan untuk meraih 150,000 tandatangan.

Setakat berita ini dikemaskini jam 10.56 pagi, petisyen itu telah mengumpul 101,000 tandatangan warganet.

"Hanya satu sebab: gagal berfungsi sebagai menteri kanan yang diharapkan. Titik," kata petisyen itu.

Azmin yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dikritik ramai pihak susulan dakwaan terdapat kebenaran operasi perkhidmatan tidak perlu semasa total lockdown PKP Penuh berlangsung.

Azmin semalam berkata Miti juga mengambil maklum mengenai aduan beberapa pihak yang mendakwa CIMS 3.0 dibolosi dan mendapat kelulusan walaupun berada berada dalam sektor yang tidak dibenarkan beroperasi.

Jelasnya, Miti bukanlah pihak tunggal yang memberikan kebenaran beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh sekarang.

Menurut Azmin ada pelbagai kementerian lain terbabit dalam saringan sektor industri yang mengemukakan permohonan melalui Sistem Pengurusan Pintar Covid-19 (CIMS) 3.0 kendalian Miti.

Terdahulu, Hantaran Facebook "saya dah tutup pintu depan" yang dibuat Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri kelmarin mengundang perhatian.

Walaupun kemudian dinafikan Ismail ada maksud lain disebalik hantaranya itu, ada pihak melihatnya sebagai sindiran berkaitan kebenaran operasi kilang ketika sekatan pergerakan penuh pada masa ini.

Sumber Malaysiakini di Putrajaya semalam mendakwa berlaku ketegangan antara Ismail dengan Azmin Ali dalam mesyuarat kabinet sebelum ini.

Ketegangan itu didakwa sumber berpunca daripada tindakan saat akhir Miti untuk mengawal permohonan bagi kebenaran untuk beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) pada masa ini.

Ditambah pula dengan isu syarikat arak beroperasi ketika PKP yang akhirnya Ismail Sabri arahkan ia ditutup, kata sumber lagi.

‘Lupakan’ MN, PAS pentingkan kuasa, kedudukan, Nur Jazlan beritahu Umno

K. Parkaran

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno menggesa partinya mempertimbangkan kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) disebabkan kecenderungan parti Islam itu terhadap kuasa, kedudukan dan wang.

Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed berkata, Umno tidak lagi boleh mengharapkan PAS bersikap ikhlas mendokong tanggungjawabnya sebagai rakan sekutu dalam MN.

“Umno telah lama menyimpan syak terhadap pemimpin PAS…akhir-akhir ini, mereka kelihatan lebih berminat memperolehi kuasa dan kedudukan, malah dalam keadaan tertentu, wang (juga menjadi keutamaan).

“Dalam kes melibatkan (tanah) Lembaga Getah Malaysia (LGM), ternyata ada beberapa dakwaan yang cukup serius,” kata beliau kepada FMT. 

Nur Jazlan merujuk kontroversi rancangan pajakan dan jualan tanah bernilai tinggi milik LGM yang berada di bawah bidang kuasa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali, yang juga pengarah strategi PAS.

Bekas pengerusi LGM, Ahmad Nazlan Idris menuduh Khairuddin campur tangan dalam isu itu, namun pemimpin PAS itu menyifatkan serangan terhadapnya sebagai fitnah didalangi pihak yang mesra dengan sebahagian pimpinan Umno.

Khairuddin berkata, beliau tetap komited memperkukuhkan MN yang diasaskan Umno-PAS tahun lalu dalam menghadapi PRU15, khususnya untuk mengelakkan pertembungan sesama mereka dalam menentang Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, Nur Jazlan menolak MN dan menuduh PAS sebagai parti yang gagal mempamerkan tadbir urus baik di beberapa negeri pimpinannya dari dahulu hingga sekarang.

“Kegagalan kerajaan negeri di bawah pimpinan Abdul Hadi Awang sebagai menteri besar dari 1999 hingga 2004 adalah contoh urus tadbir lemah yang saya maksudkan.”

Beliau mendakwa Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, lebih memihak kepada PAS berbanding Umno, malah enggan mengambil tindakan terhadap menteri PAS yang cuai.

Beliau berkata, sikap Muhyiddin itu bertujuan memecahbelahkan hubungan PAS-Umno.

PAS dilihat sebagai sekutu utama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN). Umno bukan parti komponen PN, tetapi menyertai kerajaan pimpinan Muhyiddin Februari tahun lalu.

Bagaimanapun, hubungan renggang antara Umno-Bersatu menyebabkan Umno memutuskan untuk menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin menjelang PRU15 atau lebih awal.

Selama ini, PAS mendakwa komited memperkukuhkan kerjasama dengan Bersatu dalam PN dan Umno menerusi MN.

Bagaimanapun, desakan di dalam Umno semakin lantang untuk parti itu memberi kata dua kepada PAS untuk memilih Umno atau Bersatu sebagai rakan sekutunya pada PRU15.

PAS dilihat tidak membuat ketetapan jelas, namun beberapa pemimpinnya bingkas mengkritik pimpinan Umno dari semasa ke semasa.

Kalangan pemimpin Umno juga mula “mengasak” pucuk pimpinan PAS, sekali gus memberi tekanan kepada hubungan dua parti itu.

Hadi sebelum ini memutuskan PAS tidak akan mengadakan rundingan pengagihan kerusi dengan Umno atas alasan parti itu perlu menyelesaikan masalah kepimpinan dalamannya.

Bagaimanapun, PAS bersetuju mengadakan rundingan pembahagian kerusi dengan Bersatu, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai kelangsungan MN.

Mana mahu lari bro...

Nurul Hidayah Bahaudin

nurul.hidayah@hmetro.com.my

POLIS menahan seorang lelaki yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan dengan memandu secara melulu di Jalan 18/16, Petaling Jaya, semalam. FOTO Ihsan PDRM

POLIS menahan seorang lelaki yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan dengan memandu secara melulu di Jalan 18/16, Petaling Jaya, semalam. FOTO Ihsan PDRM

Petaling Jaya: Cubaan lelaki melarikan diri dengan memandu kereta secara melulu gagal apabila berjaya ditahan selepas 20 minit dikejar dalam kejadian, di sini, semalam.

Terdahulu, sepasukan anggota polis dari Cawangan Kereta Peronda (MPV) membuat penugasan 'snapcheck' di Jalan 18/16B, di sini, pada 6.40 petang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, anggota polis kemudian menahan sebuah kereta Proton Saga dipandu lelaki berusia 34 tahun.

"Ketika mahu melakukan pemeriksaan, suspek bertindak memecut kereta dinaikinya untuk melarikan diri hingga hampir melanggar orang awam yang berada di lokasi.

"Anggota polis mengejar kereta suspek kira-kira 20 minit sebelum dia berjaya ditahan di hadapan sebuah bank di Pekan Lama Petaling Jaya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, suspek enggan keluar dari kenderaan dengan mengunci pintu menyebabkan pihak polis memecahkan cermin tingkap kereta berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan.

Menurutnya, ketika proses tangkapan itu, dua anggota polis cedera ringan di tangan kiri dan menerima rawatan susulan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

"Pemeriksaan di dalam kereta suspek menemui satu tiub straw disyaki dadah jenis heroin seberat 0.30 gram dan ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis morfin," katanya.

Menurutnya, semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah serta lapan rekod dadah.

"Suspek direman tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya.

‘Matahari buatan China’ catat suhu tertinggi dunia

KOSMO!

Tokamak Eksperimen Lanjutan Superkonduktor (TIMUR) diharap akan mewujudkan sumber tenaga hijau berkuasa tinggi dalam usaha Beijing mencari sumber kuasa bersih tanpa had. - Barcroft Media/Getty Images

BEIJING – Reaktor peleburan nuklear dikenali sebagai ‘matahari buatan’ di China dilaporkan mencipta rekod baharu dunia apabila mencatat suhu mencecah 120 juta darjah Celcius  selama 100 saat, demikian menurut media pemerintah.

Proses tersebut turut mencapai suhu tertinggi 160 juta darjah Celcius atau 10 kali ganda lebih panas daripada suhu Matahari , lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Saintis-saintis  China berharap uji kaji dinamakan Tokamak Eksperimen Lanjutan Superkonduktor (TIMUR) itu akan mewujudkan sumber tenaga hijau berkuasa tinggi dalam usaha Beijing mencari sumber kuasa bersih tanpa had.

Peranti canggih itu yang pertama kali dinyalakan pada Disember lalu, memecahkan rekod terdahulu dalam usaha pengekalan suhu plasma 100 juta  darjah Celcius selama 100 saat.

Matlamat seterusnya adalah untuk mengekalkan kepanasan suhu  konsisten selama seminggu, demikian menurut Pengarah Jabatan Fizik Universiti Sains dan Teknologi Selatan di Shenzhen, Li Miao.

“Pencapaian ini adalah satu kejayaan yang signifikan dan fokus utama sekarang adalah untuk mengawal suhu stabil bagi satu tempoh yang lama,” katanya kepada akhbar China, Global Times.

Tokamak (ilustrasi artis) adalah sistem pengurungan magnetik yang paling maju dan merupakan asas untuk reka bentuk banyak reaktor peleburan moden. Warna di dalam rajah menunjukkan plasma di dalam reaktor ini. – Tokamak Energy

Mesin itu merupakan alat penyelidikan eksperimen pelakuran nuklear terbesar dan termaju di China, menggunakan medan magnet yang kuat untuk menyatukan plasma panas.

Ia direka untuk meniru proses pelakuran nuklear yang berlaku secara semula jadi  untuk memberikan tenaga bersih yang hampir tanpa batasan.

Terletak di wilayah Anhui, timur China dan siap dibina akhir tahun lalu, reaktor itu  digelar ‘matahari buatan’ kerana kepanasan suhu dan tenaga yang dihasilkannya.

‘Matahari buatan’  itu berpangkalan di Institut Sains Fizikal Hefei dalam Akademi Sains China. – Agensi

Mesyuarat kabinet tegang gara-gara isu kebenaran operasi, dakwa sumber

Malaysiakini 

Hantaran Facebook yang dibuat Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri semalam mengundang perhatian, dengan ada yang melihatnya sebagai sindiran berkaitan kebenaran operasi kilang ketika sekatan pergerakan penuh pada masa ini.

Sumber Malaysiakini di Putrajaya mendakwa berlaku ketegangan antara Ismail dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali dalam mesyuarat sebelum ini.

"Saya difahamkan berlaku sedikit ketegangan dalam mesyuarat Kabinet antara menteri kanan keselamatan dan menteri kanan ekonomi.

"Ia berpunca daripada tindakan saat akhir Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) untuk mengawal permohonan bagi kebenaran untuk beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) pada masa ini.

"Ia ditambah pula dengan isu syarikat arak beroperasi ketika PKP yang akhirnya Ismail Sabri arahkan ia ditutup," dakwanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Hantaran Ismail di Facebook semalam memaparkan gambarnya sedang menutup pintu pejabat, diiringi dengan kata-kata "Saya dah tutup pintu depan tapi...” disertai dengan emoji sedih.

Hari ini, Ismail menjelaskan dia tidak ada sebarang maksud tersembunyi ketika membuat hantaran itu.

Azmin pula menggesa mana-mana pihak agar tidak membuat spekulasi dan menjelaskan barisan menteri bekerja sebagai satu pasukan untuk memerangi wabak Covid-19.

Pada masa ini, terdapat 17 perkhidmatan penting yang dibenarkan beroperasi sepanjang sekatan pergerakan penuh yang berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Kilang yang menghasilkan barangan penting untuk rantaian bekalan dibenarkan beroperasi dengan tenaga kerja yang dikurangkan, ada yang sehingga pada kadar 10 peratus.

Bagaimanapun ada pihak yang mendakwa lebih banyak kilang wajar dihalang daripada beroperasi memandangkan data menunjukkan sektor perkilangan dan pembuatan menjadi penyumbang terbesar kes Covid-19 setakat ini.

Sementara itu, sumber tersebut turut mendakwa Ismail begitu kecewa dengan tindakan untuk mengendalikan permohonan kebenaran operasi.

"Tugas telah diberikan untuk setiap kementerian memberi surat kebenaran operasi (bagi sektor yang relevan), namun pada saat akhir ia kembali kepada Miti.

"Ismail Sabri kecewa dengan perkara itu kerana ia akan menyulitkan rakyat," katanya lagi.

Pertentangan antara dua menteri kanan itu terus diperkatakan hari ini, apabila Ismail dilaporkan berkata soalan berkenaan kebenaran operasi perlu dikemukakan kepada Miti.

"Saya susah nak jawab sebab kita sudah menyerahkannya kepada Miti, jadi Miti boleh jawab," katanya seperti dipetik Berita Harian.

Pada masa sama, Azmin dalam kenyataan berkata kementeriannya bukan penentu tunggal bagi kebenaran operasi.

Katanya, sehingga kini sebanyak 15 kementerian menggunakan Sistem Pengurusan Pintar Covid-19 (CIMS) 3.0 bagi urusan itu.

Muhyidin sama seperti Najib, kata Dr M

Mohamad Fadli

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad tidak menolak pemerintahan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin masa ini sama seperti bekas Perdana Menteri Najib Razak yang menggunakan wang untuk membeli sokongan.

Pengerusi Pejuang itu berkata bezanya cuma Muhyiddin belum mencuri wang, tetapi menggunakan jawatannya dalam kerajaan dengan duit dibayar supaya dapat sokongan.

“Ya, memang pun kita dapati apabila Muhyiddin amik alih, kita beri masa padanya untuk tunjukkan apa caranya.

“Kita dapati bahawa caramya sama dengan Najib, iaitu gunakan wang untuk beli sokongan, beri jawatan dengan gaji tinggi pada siapa saja yang sokong,” katanya pada sidang media Pejuang melalui aplikasi Zoom.

Dr M hantar surat kepada Agong, minta campur tangan keluhan rakyat

Mohamad Fadli

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau menulis surat secara peribadi kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Isnin lalu, meminta campur tangan dalam menangani keluhan dan masalah rakyat ketika ini.

Bagaimanapun, beliau berkata Agong buat masa ini belum membalas surat itu.

Ismail beri penjelasan hantaran 'tutup pintu depan'

Malaysiakini 

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri hari ini menjawab pertanyaan mengenai kenyataan di media sosialnya semalam yang mengundang tanda tanya.

Ia berhubung kenyataannya yang menyebut "Saya dah tutup pintu depan tapi..." yang dikaitkan dengan kekecewaannya setelah banyak kilang dibenarkan beroperasi ketika sekatan pergerakan penuh.

Dalam sidang media hari ini, Ismail mendakwa kenyataan itu tiada sebarang maksud tersembunyi.

"Saya nak pulang sudah habis kerja, sebab itu tutup pintu," katanya.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Mohamed Azmin Ali menggesa orang ramai agar tidak membuat spekulasi mengenai hal itu.

Pada masa ini, terdapat 17 perkhidmatan penting yang dibenarkan beroperasi sepanjang sekatan pergerakan penuh yang berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Kilang yang menghasilkan barangan penting untuk rantaian bekalan dibenarkan beroperasi dengan tenaga kerja yang dikurangkan, ada yang sehingga pada kadar 10 peratus.

Bagaimanapun ada pihak yang mendakwa lebih banyak kilang wajar dihalang daripada beroperasi memandangkan data menunjukkan sektor perkilangan dan pembuatan menjadi penyumbang terbesar kes Covid-19 setakat ini.

Semalam, Malaysiakini melaporkan bagaimana syarikat dalam perkhidmatan tidak penting melepasi proses saringan Miti.

Seorang peniaga di sebuah negeri di pantai timur berkata di media sosial studio fotografinya mendapat kelulusan sistem CIMS 3.0 kendalian Miti untuk beroperasi.

Dia memberitahu pihaknya memutuskan untuk menghantar permohonan selepas didorong rasa ingin tahu setelah mengetahui daripada rakan-rakannya ada perniagaan perkhidmatan tidak penting yang berjaya mendapat kelulusan sistem itu.

"Ini termasuk seorang rakan yang terlibat dalam pembuatan kasut secara kecil-kecilan. Oleh itu, saya memutuskan untuk mencubanya dan melihat apakah saya juga boleh mendapatkan kelulusan.

"Percubaan pertama saya adalah pagi semalam dan saya tidak berjaya. Tetapi ketika saya mencuba lagi malam tadi, permohonan saya diluluskan dan saya menerima surat kelulusan terbaru daripada Miti.

"Oleh itu, saya hanya ingin bertanya kepada pihak berkuasa, bagaimana ini boleh terjadi? Kami berada dalam keadaan total lockdown, dan kami ingin bebas daripada Covid-19," katanya kepada Malaysiakini.

Dalam satu kes lain, Malaysiakini juga diberitahu seorang pemberi maklumat yang sebuah syarikat perabot kulit di Klang, Selangor mendapat surat CIMS 3.0 pada 31 Mei lalu.

Azmin: Bekerja sebagai satu pasukan

Sementara itu, Azmin, dipetik Sinar Harian mengatakan Ismail dan dia serta menteri-menteri lain bekerja sebagai satu pasukan untuk memerangi wabak Covid-19.

"Siapa yang berspekulasi? Jangan membuat spekulasi (di laman media sosial).

“Ismail adalah salah seorang menteri kabinet yang diberi peranan penting dalam mengurus masalah Covid-19.

"Kami mempunyai dua jurucakap, Ismail untuk isu keselamatan dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah untuk isu kesihatan.

"Sebagai anggota kabinet, kami memberi mereka dukungan yang cukup kerana mereka memikul tanggung jawab besar ...," tambahnya.

Dalam pernyataan yang berasingan, Azmin menjelaskan bahawa 15 kementerian bertanggungjawab memeriksa permohonan melalui CIMS 3.0 kendalian Miti.

Syarikat berkaitan kerabat kendali projek lombong baru di Tasik Chini

Hariz Mohd

image placeholder

Kerajaan Pahang telah meluluskan kerja perlombongan di sekitar Tasik Chini di Pekan kepada sebuah syarikat berkaitan keluarga diraja, di sebalik rancangannya untuk memulihkannya.

Tapak perlombongan baru itu terletak kira-kira tiga kilometer dari Tasik Chini - tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia. Tasik tersebut adalah kawasan tapak rizab biosfera Unesco yang beberapa tahun kebelakangan bergelut dengan masalah pencemaran akibat perlombongan dan pembalakan.

Menurut dokumen penilaian impak alam sekitar (EIA) yang dibuka kepada umum pada April, projek itu meliputi 40.51 hektar - bersamaan kira-kira 60 padang bola sepak - di Lot 89798 di Mukim Penyor.

Dokumen itu juga menunjukkan beberapa konsesi perlombongan yang sedia ada di kawasan itu, dengan kebanyakannya terletak lebih dekat dengan Tasik Chini.

Konsesi untuk projek perlombongan terbaru ini, yang memberi tumpuan kepada kerja melombong mangan (manganese) dan mineral lain, dipegang oleh Hanishah Ventures Sdn Bhd dan untuk selama dua tahun.

Syarikat itu dimiliki secara bersama oleh Raja Shah Zurin Raja Aman Shah dan Tengku Hanizar Tengku Muhammad.

Raja Shah Zurin, atau lebih dikenali sebagai Shah Rezza, adalah pelakon dan juga sepupu Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, manakala Tengku Hanizar adalah ibu saudara kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang juga Sultan Pahang.

Dokumen EIA menyenaraikan Tengku Nong Fatimah Sultan Ahmad Shah - adik kepada Agong - sebagai individu untuk dihubungi (contact person). Bagaimanapun, no telefon yang disertakan tiada dalam perkhidmatan.

Susulan projek perlombongan baru ini, para aktivis alam sekitar mempersoalkan komitmen kerajaan Pahang untuk menyelamatkan Tasik Chini dan mengembalikannya sebagai tempat tarikan pelancong.

Diwarta sebagai taman negeri, hutan simpan

Tahun lalu, kerajaan Pahang mewartakan Tasik Chini sebagai taman negeri.

Menteri besarnya Wan Rosdy Wan Ismail turut mengumumkan usaha untuk memulihkan tasik itu serta moratorium terhadap pemberian konsesi baru pembalakan dan perlombongan di situ.

Pada 2019, kerajaan Pahang juga mewartakan Tasik Chini dan kawasan sekitarnya sebagai hutan simpan kekal.

Bagaimanapun ia nampaknya tidak menghentikan kegiatan perlombongan baru. Menurut EIA, projek terbaru itu melibatkan kerja "melombong mineral dalam atau bersebelahan atau dekat kawasan alam sekitar yang sensitif".

Berdasarkan dokumen itu, plot tanah yang terlibat adalah sebahagian daripada kawasan yang dikategorikan sebagai "Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 2".

Kawasan dalam kategori ini boleh dibangunkan dengan syarat-syarat tertentu tetapi kegiatan perlombongan memang dilarang. Bagaimanapun, kerajaan Pahang memberi pengecualian kepada projek perlombongan ini.

Dokumen EIA turut berkata kerajaan Pahang "menggantikan Rancangan Khas Tasik Chini dan meluluskan tapak projek untuk kegiatan melombong".

Menurut Pusat Penyelidikan Tasik Chini Universiti Kebangsaan Malaysia (PPTC), saiz kawasan tasik semula jadi adalah kira-kira 202 hektar, dengan 700 hektar kawasan paya air tawar dan hutan paya di sekitarnya.

Penyelidikannya mendapati lokasi itu kaya dengan flora dan fauna, dan 51 spesies tumbuhan jenis hutan rendah, 15 spesies tumbuhan jenis hutan paya air tawar, 25 spesies tumbuhan akuatik dan 87 spesies ikan air tawar.

Selain menjadi habitat semula jadi flora dan fauna yang pelbagai, PPTC juga berkata kawasan itu kekal sebagai sumber air utama dan pendapatan masyarakat Orang Asli daripada suku Jakun.

"Pembangunan dan penggunaan tanah yang tidak terkawal dan bercanggah dengan statusnya sebagai kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) telah mengakibatkan persekitaran yang menurun dalam kawasan lembangan tasik.," kata PPTC di laman webnya.

'Hanya pura-pura'

Ketua Persatuan Pencinta Alam (MNS) Pahang Noor Jehan Abu Bakar membayangkan skeptisisme terhadap tekad politik kerajaan Pahang untuk memulihara Tasik Chini.

Bercakap dengan Malaysiakini, Noor Jehan mempersoalkan rasional di sebalik keputusan meluluskan satu lagi kegiatan melombong di sekitar tasik itu, walaupun kerajaan negeri telah merancang untuk membangunkannya sebagai kawasan ekopelancongan.

"Saya yakin itu hanya pura-pura (lip service). Mereka hanya kata demikian untuk tutup (isu) tetapi hakikatnya tindakan mereka tidak mencerminkan (komitmen itu)," katanya.

Noor Jehan berkata, meskipun kerajaan Pahang ada hak untuk meluluskan projek itu, kesannya kepada kawasan sensitif alam sekitar tetap membangkitkan kebimbangan.

Dia juga menyuarakan kebimbangan yang kekurangan penguatkuasaan boleh menyebabkan pembuangan sisa perlombongan ke dalam Tasik Chini.

EIA menyatakan sisa air daripada kegiatan perlombongan perlu disalurkan ke cawang sungai yang mengalir ke Sungai Pahang, bukannya ke Tasik Chini.

"Jika lihat di atas kertas, nampaknya sisa tak akan ke Tasik Chini.

"Tetapi tapak ini dekat dengan tasik untuk mereka buang sisa di sana.

"Sebaik perlombongan bermula, apa yang akan menghalang mereka daripada buang (sisa) ke dalam tasik?" soalnya.

Katanya, kebimbangan terhadap kelemahan penguatkuasaan bukanlah tidak berasas. Dia membangkitkan isu perlombongan bauksit Kuantan pada 2015.

Noor Jehan berkata masyarakat setempat juga terkesan dengan perlombongan di kawasan itu.

"Penduduk di sana, termasuk Orang Asli dan masyarakat setempat, masih bergantung kepada tasik untuk mencari ikan dan punca pendapatan.

"Orang miskin akan terkesan, dan tidak mudah untuk mereka berpindah dari situ. Kawasan itu telah menjadi tempat tinggal mereka sejak zaman nenek moyang mereka," katanya lagi.

MNS Pahang telah menyerahkan bantahan terhadap projek tersebut.

Syarikat janji pemulihan

Kerajaan Pahang tidak memberi maklum balas terhadap permintaan Malaysiakini untuk mengulas perkara ini. Nombor telefon Hanishah Ventures yang disenaraikan pula tidak boleh dihubungi.

Ketika dihubungi, Raja Shah Zurin - yang juga salah seorang daripada dua pengarah syarikat - enggan member sebarang kenyataan.

Bagaimanapun, Golden Prosperous Resources Sdn Bhd - firma yang dilanik Hanishah Ventures sebagai pengendali projek - memberi jaminan yang kegiatan perlombongan tidak akan mengancam Tasik Chini.

Dalam respons emel menerusi perunding EIA-nya Capai Cerah Sdn Bhd, syarikat itu berkata operasi mereka akan berjalan selama dua tahun dan mereka akan melabur dalam pemulihan tapak perlombongan.

"Apa yang penting projek perlombongan kami tidak akan masuk ke Tasik Chini kerana kami di kawasan tadahan berbeza, dan ada longkang keliling di sepanjang sempadan projek, untuk menyalurkan aliran permukaan ke lembangan mendapan sebelum dilepaskan ke cawang Sungai Tasik.

"Operasi kami untuk jangka masa pendek dan kami melabur dalam kegiatan pemulihan. Ada perancangan yang terperinci," katanya.

Kata syarikat itu lagi, ia bertentangan dengan kegiatan perlombongan haram yang menurutnya telah "secara tidak bertanggungjawab menjarah" kawasan itu.

Ia juga menjamin kerja pemulihan akan diadakan selepas perlombongan selesai.

"Tapak ini tidak boleh ditinggalkan kerana ia akan menyebabkan isu dan masalah alam sekitar serius," katanya.

Justeru itu, syarikat itu berkata pihaknya akan melakukan kerja pemulihan "secepat mungkin".

'Kematian Covid-19 boleh cecah 26,000 kes menjelang Sept' - Kajian

Malaysiakini 

Satu kajian mendapati jumlah kematian berkaitan Covid-19 di negara ini berkemungkinan mencapai 26,000 kes menjelang September berdasarkan trajektori semasa, kata Ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman.

Anggaran angka itu sekurang-kurangnya sembilan kali ganda daripada jumlah kumulatif kes kematian terkini iaitu 2,993 setakat hari ini.

Beliau berkata kajian oleh Institute for Health Metric and Evaluation (IHME) University of Washington itu juga menganggarkan kadar kematian harian akan mencecah 200 kes menjelang akhir Ogos.

“Covid-19 bakal jadi punca kedua kematian di Malaysia selepas sakit jantung,” kata pakar penyakit berjangkit itu pada program Sinar Harian yang dihoskan oleh Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaafar yang disiarkan secara langsung hari ini.

IHME dalam laman webnya menyatakan anggaran itu mengambil kira enam pendorong perubahan kematian yang berlaku sejak bermulanya wabak tersebut.

Ini termasuk jumlah keseluruhan kematian yang berkait secara langsung dengan jangkitan Covid-19, peningkatan kes kematian akibat penangguhan penjagaan kesihatan, pertambahan kematian disebabkan peningkatan gangguan kesihatan mental dan jumlah kematian yang menurun kerana kes kecederaan turut menurun disebabkan sekatan pergerakan.

Selain itu, penurunan kematian juga disebabkan pengurangan penyebaran virus lain dan beberapa keadaan kronik seperti penyakit kardiovaskular yang berlaku kepada individu lemah yang boleh membawa maut dengan kondisi itu, meninggal dunia lebih awal disebabkan Covid-19.

Dr Adeeba yang juga Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia menegaskan bahawa memerangi Covid-19 adalah tindakan yang perlu dilibatkan semua rakyat Malaysia dengan sekatan pergerakan yang dilaksanakan pada masa ini menjadi medan peperangan yang sangat penting.

“Kita sepatutnya melihat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini untuk berfikir, buat rancangan strategik dan atur semula. Buat rancangan yang benar-benar boleh dibawa ke hadapan sementara menunggu pelaksanaan vaksin sepenuhnya. Saya tidak fikir kita mampu menghadapi PKP 5.0 pula.

“Pucuk pimpinan juga perlu mengambil tanggungjawab untuk mengembalikan kepercayaan rakyat sebab dalam erti kata kesihatan awam, kepercayaan adalah mata wang kepada kesihatan awam...mahu atau tidak, kerajaan perlu mendapat semula kepercayaan itu yang diperoleh semasa PKP sebelum ini,” katanya.

- Bernama

Siapa Ahli Exco Terengganu Terima ‘Hadiah’ Proton X70?

Terengganu Report

Seorang ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Terengganu dipercayai menerima ‘hadiah’ sebuah kereta Proton X70 bernilai kira-kira RM120,000 daripada pengarah sebuah syarikat pengeluaran pelitup muka. 

Menurut sumber, syarikat yang didaftarkan pada 4 Mei 2020 itu diterajui warga Bangladesh dan beroperasi di Seri Kembangan, Selangor. 

Syarikat itu terlibat dalam satu pelaburan bersama sebuah yayasan milik kerajaan negeri membabitkan projek pelitup muka bernilai kira-kira RM9 juta, tahun lalu. 

Manakala ahli Exco berkenaan merupakan Pengerusi sebuah jawatankuasa berkaitan pelaburan di yayasan itu. 

Pada Mac lalu, media melaporkan Pengarah yayasan itu direman tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek tersebut. 

Ahli Exco tersebut telah disiasat oleh SPRM, kata sumber berkenaan.  

Turut disiasat, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga Pengerusi kepada sebuah anak syarikat yayasan itu. 

Sebagai Pengerusi syarikat, ADUN tersebut telah membuat lawatan kerja ke kilang pengeluaran pelitup muka di Seri Kembangan, Selangor pada 3 Julai 2020 bersama pengarah yayasan itu. 

Dalam usahasama berkenaan, yayasan milik kerajaan negeri itu memiliki pegangan pelaburan sebanyak 49%, selebihnya dikuasai syarikat itu sebanyak 51%. 

Selain kereta Proton X70, pengarah syarikat itu dipercayai turut ‘menghadiahkan’ wang tunai, berlian dan komputer riba kepada beberapa pihak yang berkaitan.

‘Mungkin itu salam terakhir’, petugas KKM kongsi detik pilu sebelum ‘tidurkan’ pesakit Covid-19

FMT Reporters

PETALING JAYA: “Mungkin itulah salam terakhir pada keluarga,” itu antara perkongsian di Facebook (FB) Kementerian Kesihatan (KKM) dipercayai luahan kakitangannya mengenai detik akhir sebelum menidurkan pesakit Covid-19.

Menerusi perkongsian itu, antara prosedur akan dilakukan kakitangan sebelum menidurkan pesakit Covid-19, adalah meminta mereka mengucap dua kalimah Syahadah dan bercakap buat kali terakhir melalui panggilan video.

“Prosedur sebelum ditidurkan kami akan minta pesakit mengucap dua kalimah Syahadah dan bercakap buat kali terakhir melalui video ‘call’ sahaja.”

Ia merupakan sebagai persediaan jika detik itu adalah kali terakhir mereka sedar sebelum meninggal dunia akibat Covid-19.

“Mungkin itulah salam terakhir pada keluarga… Dan ini adalah perjalanan terakhir salah seorang pesakit Covid-19 aku.

“Moga ditempatkan bersama para solihin. Pemergian ditemani bukan daripada ahli keluarga sendiri.

“Mati tu pasti… Daripada Dia kita datang dan kepada Dia juga kita kembali,” katanya.

Nukilan ditulis individu bernama Shahrin Sahbudin yang dikongsi di laman FB KKM turut mendapat perhatian warganet dengan setakat ini mendapat 50,000 perkongsian.

Kehilangan nyawa disebabkan Covid-19 tidak lagi boleh dipandang ringan, sehingga kini KKM melaporkan rekod tertinggi 126 orang terkorban akibat pandemik itu.

Kahak pesakit Covid-19 pekat umpama gam kasut

RAJA NUR FAZNIE AIDA

SHAH ALAM - “Apabila diubah ke posisi meniarap, membuak-buak keluar kahak dari tiub pernafasan. Tak ubah seperti gam kasut. Pekat dan melekat.”

Demikian cerita seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang mengenai keadaan pesakit Covid-19 yang berada dalam keadaan serius.

Menurut beliau, seseorang pesakit sukar bernafas kerana kahak yang terhasil dari tisu paru-paru yang telah mati.

"Pesakit akan mengalami masalah pernafasan dengan kahak pekat memenuhi paru-paru.

“Pesakit bukan saja batuk kahak tetapi batuk tisu paru-paru yang telah reput,” ciapnya di Twitter pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pesakit perlu diletakkan dalam keadaan meniarap kerana peningkatan kandungan oksigen daripada 85 peratus hingga 98 peratus.

“Ini kerana lebih banyak oksigen yang boleh masuk dengan mudah,” katanya yang turut memetik artikel New England Journal of Medicine.

Dr Ahmad berkata, ada juga bahagian paru-paru yang tidak terbuka jika diletakkan dalam posisi terlentang disebabkan tekanan graviti pada tubuh.

“Justeru, pesakit akan ditiarapkan setiap 30 minit hingga dua jam setiap hari. Inilah yang dihadapi oleh pesakit di unit rawatan rapi (ICU).

“Kalian mungkin belum merasa betapa seksa bernafas tapi apabila dijangkiti, inilah yang bakal kalian hadapi. Minta kita dijauhkan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkongsikan keadaan pesakit Covid-19 tersebut berikutan masih ramai tidak tahu keadaan sebenar mereka di ICU.

Pertengkaran panas antara menteri tercetus selepas MITI benar 95,000 syarikat beroperasi

FMT Reporters

PETALING JAYA: Pertengkaran panas melibatkan beberapa menteri tercetus baru-baru ini berhubung tindakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membenarkan kira-kira 95,000 syarikat beroperasi walaupun perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, menurut sumber.

Menurut sumber, pertelingkahan tercetus awal minggu ini apabila sejumlah menteri tidak berpuas hati kerana begitu banyak syarikat dibenarkan beroperasi walaupun persetujuan dicapai sebelum ini untuk melaksanakan “total lockdown” atau sekatan penuh.

“Sebelum ini, kebanyakan menteri bersetuju dengan pelaksanaan sekatan penuh tetapi berita 95,000 syarikat mendapat persetujuan MITI untuk beroperasi menimbulkan bantahan, dan pertengkaran tercetus,” kata sumber itu.

Sumber itu berkata, ramai menteri bimbang tanpa “lockdown” penuh, pandemik Covid-19 tidak akan dibendung dan penguatkuasaan SOP akan menjadi lebih mencabar.

“Namun, kebimbangan utama adalah kebenaran diberikan untuk begitu banyak kilang meneruskan operasi walaupun hakikatnya, kilang-kilang ini adalah ‘titik panas’ untuk jangkitan Covid-19,” kata sumber itu.

Seorang lagi sumber mengaitkan pertelingkahan itu kepada muat naik terbaharu Menteri Umno, Ismail Sabri Yaakob di Facebook yang menjadi perbualan hangat di media sosial, sekali gus menimbulkan pelbagai tanda tanya.

“Saya dah tutup pintu depan tapi…,” kata Ismail, yang menutup catatan itu dengan emoticon menangis.

Catatan itu turut melampirkan gambar beliau, dengan pelitup muka, menutup pintu pejabat Menteri Pertahanan.

Kelonggaran diberikan MITI kepada pelbagai sektor untuk beroperasi semasa PKP3.0 dikritik pelbagai pihak di media sosial dan ahli politik, dengan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak harus merujuk sekatan sekarang sebagai “total lockdown.”

Polis tahan 8 lelaki terlibat rusuhan bersenjata

FMT Reporters

SHAH ALAM: Polis menahan lapan lelaki dipercayai terlibat dalam rusuhan menggunakan senjata dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Jalan Sungai Jati, Klang seperti yang tular di media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Shamsul Amar Ramli berkata kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun itu ditahan antara jam 9 dan 10 malam hari sama, selepas mangsa membuat laporan polis pada 7 malam.

Beliau berkata, dalam kejadian dipercayai berlaku lewat petang itu, sekumpulan lelaki dilaporkan menyerang mangsa dan keluarga dengan menggunakan kayu dan topi keledar serta membaling batu dan botol kaca ke dalam rumah di Jalan Sungai Jati, Klang. 

“Polis telah merampas sebuah motosikal jenis Yamaha, sebuah kereta jenis Honda berwarna hijau serta dua topi keledar.

“Kesemua suspek yang antaranya mempunyai rekod jenayah lampau mengaku terlibat dengan kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shamsul Amar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek kini direman selama dua hingga tiga hari.

Apa maksud Ismail Sabri: "Saya dah tutup pintu depan tapi..."

Malaysiakini 

Hantaran Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob di laman sosial tentang “pintu depan” mengundang seribu tanda tanya di alam maya.

Dilampirkan bersama gambarnya - yang juga menteri kanan (kluster keselamatan) - sedang menutup pintu pejabatnya. Hantaran yang disertakan kapsyen tergantung itu mengundang teka-teki.

“Saya dah tutup pintu depan tapi ....................” katanya disertai emoji sedih.

Meskipun hantarannya itu tidak merujuk kepada sesiapa atau menyebut mana-mana keadaan, di ruangan komen, nampaknya ramai juga warga maya mempunyai tafsiran sendiri terhadap kata-kata tersirat ahli parlimen Bera itu.

“Datuk harus teruskan bersuara agar menteri yang lain itu dengar masalah yang berlaku. Selagi sektor kilang dibuka maka lockdown (sekatan pergerakan) kali ini umpama tiada erti pada rakyat.

“Fikir-fikirkanlah Datuk. Jangan biarkan diri Datuk dipersalahkan oleh rakyat. Kerana satu kutu habis semua jadi mangsa,” tulis seorang warganet di hantaran tersebut.

“Pintu belakang kilang banyak,” tulis seorang lagi.

“Tapi ada ‘menteri sektor’ itu buka pintu belakang,” tulis yang lain pula.

Telahan warganet itu dipercayai merujuk kepada kebenaran beroperasi kepada sebahagian besar perkhidmatan perlu dalam sektor perkilangan, meskipun negara kini sedang dalam pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) sejak semalam.

Pada 30 Mei, Ismail Sabri mengumumkan semua sektor ekonomi dan sosial tidak dibenarkan beroperasi sepanjang sekatan pergerakan penuh, kecuali 17 sektor yang dianggap perkhidmatan perlu.

Kilang juga tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh itu, melainkan perkhidmatan perlu mengikut sektor tertentu di bawah 12 kategori.

Pada 31 Mei, Putrajaya memutuskan mana-mana perniagaan yang ingin beroperasi dalam tempoh "total lockdown" 14 hari bermula semalam boleh mendapat pengecualian daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), Miti akan berfungsi sebagai pusat sehenti untuk mengeluarkan surat yang membolehkan perniagaan beroperasi dalam tempoh "total lockdown".

Kebenaran pembukaan kilang tertentu beroperasi sebelum ini mengundang kritikan beberapa ahli politik, antaranya Najib Razak yang mendakwa dengan pembukaan sesetengah sektor, banyak lagi kilang atau sektor lain yang berkaitan akan turut dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Dia meminta kerajaan tidak membiarkan PKP kali ini menjadi separuh masak - seperti sebelum ini - dan agar total lockdown kali ini tidak menjadi “tiga suku lockdown”.

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki turut menggesa Menteri Kanan Ekonomi Azmin Ali tampil menjelaskan isu penentuan sektor perkhidmatan penting semasa sekatan pergerakan terbaru, yang turut disokong Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan.

Baru-baru ini juga tular di media sosial imej surat didakwa dari Miti yang membenarkan operasi sebuah syarikat pengeluar arak, namun Ismail Sabri semalam mengarahkan semua kilang minuman keras menutup operasi serta-merta.

Menteri PAS dakwa diserang sebahagian pimpinan Umno

Malaysiakini 

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa bahawa dirinya difitnah oleh laman Facebook yang terdiri daripada mereka yang mesra dengan sebahagian pimpinan Umno yang berusaha menyerangnya.

Ia susulan isu Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang dikatakan mahu memajak tanahnya di bawah harga pasaran.

“Sebahagian pimpinan Umno pun sedang bersemangat turut menyerang.

“Namun ia tidak menghalang saya untuk terus memperkasakan Muafakat Nasional demi kepentingan ummah.

“Hubungan baik yang terjalin dengan pimpinan Umno juga tidak terjejas,” kata Khairuddin yang juga Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus.

Muafakat Nasional adalah perjanjian kerjasama politik antara Umno dan PAS.

Namun hubungan kedua-dua parti itu menjadi tegang setelah PAS bergabung dengan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Bersatu, parti serpihan Umno.

LGM sebelum ini mengesahkan bahawa ia telah menerima tawaran untuk penjualan atau pajakan ke atas dua bidang tanah yang terletak di Jalan Ampang di Kuala Lumpur berkenaan.

Namun, belum ada kesepakatan yang dicapai.

Menteri sebelum Khairuddin, Teresa Kok mempersoalkan tawaran itu, dan berkata bahawa dia telah mengenakan moratorium terhadap penjualan sebarang aset LGM sehingga agensi itu dapat memberi tumpuan kepada tujuan utamanya iaitu penyelidikan getah.

Dalam satu kenyataan LGM semalam, pihaknya berkata ia mengambil berat berhubung maklumat separa matang yang disebarkan, serta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk tindakan undang-undang.

Untuk rekod, LGM dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Jerantut dari Umno Ahmad Nazlan Idris.

Dua ahli lembaga pengarahnya ialah ahli PAS - Nurul Islam Mohamed Yusoff dan Muhammad Ismi Mat Taib.

LGM terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. 

Bentuk kerajaan perpaduan dengan majoriti sebenar

Prof Tajuddin Mohd Rasdi dan Lim Teck Ghee 

Dijangkakan isu pandemik yang menular serta krisis ekonomi akan terus menjadi dua cabaran utama sehingga 1 Ogos 2021. Dalam keadaan ini, terdapat risiko amat besar jika pilihan raya diadakan dalam masa terdekat dan meruncingkan lagi situasi kemajuan sosioekonomi negara.

Kita boleh menjangkakan ramai orang terancam dengan aktiviti berkaitan pemilihan wakil rakyat dalam sistem demokrasi negara.

Tiada pakar perubatan yang boleh memastikan jika pilihan raya diadakan pada akhir 2021 atau awal 2022, ia dapat mengelakkan krisis kesihatan yang boleh memusnahkan ekonomi dan masyarakat di negara ini.

Bagaimanapun, kita faham walaupun dalam keadaan genting ini, semangat sistem kenegaraan kita masih perlu berjalan sebaik mungkin. Amat penting bagi rakyat menaruh keyakinan penuh terhadap sistem pemerintahan di negara ini.

Persoalannya adalah bagaimana kita boleh melahirkan kepimpinan politik yang diterima majoriti rakyat tanpa mengharungi proses pilihan raya umum yang bakal membawa malapetaka terhadap bidang sosial dan ekonomi negara.

Cabaran ini amat meruncing dengan dinamik politik masa kini yang tidak mempunyai sebuah kerajaan dengan sokongan majoriti jelas. Terdapat beberapa cadangan bagaimana penyelesaian politik dapat diwujudkan dalam keadaan darurat dan ancaman pandemik.

Ada beberapa suara rakyat prihatin yang menyokong pembentukan kerajaan perpaduan secara demokratik apabila Parlimen mula bersidang. Diharapkan ketika itu akan ada cadangan pembentukan kerajaan perpaduan yang dapat memberi keyakinan kepada rakyat sambil memerangi Covid-19 serta membaik pulih ekonomi negara.

Cadangan proses pembentukan kerajaan perpaduan

Kami ingin mengajukan beberapa langkah mudah untuk pembentukan kerajaan perpaduan yang menghormati Perlembagaan, diyakini rakyat dan telus.

Pertama, Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasa eksekutif untuk menangguhkan pilihan raya serta memberi laluan kepada penubuhan kerajaan perpaduan di bawah kuasa seorang perdana menteri yang menerima sokongan majoriti 222 Ahli Parlimen.

Setiap Ahli Parlimen menulis nama calon yang layak menjadi perdana menteri secara rahsia. Pemilihan sebegini mengurangkan ugutan dan tindakan parti sendiri. Nama lima Ahli Parlimen yang paling banyak dicalonkan akan dinyatakan tanpa mendedahkan hasil kiraan undi. Selepas itu, proses pusingan kedua undian dibuat.

Pemilihan secara rahsia juga dibuat bagi pusingan kedua ke atas kelima-lima nama tersebut, dengan hanya satu undi untuk setiap Ahli Parlimen. Calon yang mendapat undi terbanyak akan menjadi perdana menteri.

Jika tiada majoriti jelas, maka undian pusingan ketiga akan dilakukan ke atas dua calon yang mendapat undi tertinggi.

Bagi pusingan ini, undian secara terbuka perlu dibuat untuk mengetahui sokongan majoriti sebenar Ahli Parlimen bagi calon perdana menteri yang menang.

Setelah sah dipilih, maka perdana menteri akan memilih ahli Kabinetnya. Bagi memastikan wujud kerajaan perpaduan, 1/3 ahli Kabinet perlu datang daripada pihak pembangkang. Ini bermakna, perdana menteri akan hanya dapat memilih 2/3 ahli Kabinet daripada parti sokongannya atau pun kurang daripada jumlah itu, jika beliau memilih untuk melantik beberapa ahli Kabinet dalam kalangan profesional dari luar Parlimen yang secocok kepakarannya serta berintegriti.

Bagi memastikan keseimbangan perwakilan wilayah, dua timbalan perdana menteri boleh dilantik.

Kabinet perpaduan ini akan memerintah sehingga pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan pada tarikh sesuai.

Secara ringkasnya, cadangan yang diutarakan dapat memastikan:

i) Negara tidak terancam dengan pilihan raya diadakan pada masa tidak sesuai.

ii) Perdana menteri dan Kabinetnya mendapat mandat majoriti dan kekal sehingga PRU15.

iii) Akan wujud sebuah kerajaan lebih efektif dan berpadu bagi menyelesaikan masalah negara sehingga PRU15.

Kami berharap proses yang digariskan ini dapat membentuk kerajaan perpaduan yang diterima secara umum oleh rakyat, stabil dan efektif dalam konteks krisis yang melanda negara.

Kami bersedia menerima cadangan balas dalam pembentukan kerajaan perpaduan yang lebih berkualiti bagi menangani cabaran dihadapi negara pada saat genting ini.


Prof Tajuddin Mohd Rasdi ialah pensyarah Universiti UCSI dan Lim Teck Ghee adalah bekas saintis sosial kanan Bank Dunia.

Tok bomoh batal hasrat rawat pesakit Covid-19, bimbang dijangkiti

image placeholder

Selepas iklan menawarkan khidmat rawatan kepada pesakit Covid-19 tular di media sosial, dua pengamal perubatan tradisional membatalkan hasrat mereka itu.

Pengamal perubatan tradisional yang mahu dikenali sebagai Ustaz Dor, 50, berkata, dia dan rakanya, Ustaz Mad, 50-an, memang merancangkan menawarkan khidmat tersebut.

"Saya mengaku merancang untuk merawat pesakit Covid-19, namun membatalkan hasrat itu kerana bercanggah dengan perubatan moden.

"Saya dan rakan pada awalnya berniat mahu membantu merawat pesakit Covid-19 atau kontak rapat dengan menggunakan cara perubatan Islam iaitu mengamalkan ayat suci al-Quran.

"Namun, terdapat percanggahan dengan perubatan moden dan ramai yang tidak percaya perubatan Islam ini sebagai satu usaha untuk memulihkan Covid-19," katanya ketika dihubungi media di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, tular satu iklan dalam bentuk risalah memapar tawarkan rawatan Covid-19 di Bukit Marak, Kelantan.

Sementara itu, Ustaz Dor yang tinggal di Pasir Tumboh, berkata tidak menyangka hebahan berkenaan tular dan susulan itu lebih 50 individu yang menghubunginya untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun katanya, tawaran itu terpaksa dibatalkan selepas memikirkan risiko jangkitan Covid-19 kepada diri sendiri dan keluarga terdekat.

"Kami membatalkan perkara ini (rawatan) selepas memikirkan risiko termasuk akan membawa jangkitan kepada kami dan keluarga. Kami menyuruh mereka (pesakit) mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. 

"Saya mohon maaf kerana tidak mahu merawat pesakit Covif-19. Saya minta semua hentikan daripada menyebarkan kepada orang ramai," katanya yang sebelum ini hanya merawat individu yang mempunyai masalah sakit urat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Zaini Hussin menasihatkan orang ramai supaya tidak cepat terpengaruh dengan dakwaan rawatan Covid-19 yang tiada bukti saintifik.

Katanya, kajian saintifik membuktikan bahawa punca Covid-19 disebabkan oleh virus.

"Penyebaran jangkitan juga sudah ada maklumat yang sahih, jadi saya berharap orang ramai membuat rawatan segera di klinik atau hospital," katanya ketika dihubungi.

Duduk di KK, janji temu vaksin di Pinang, pengguna pertikai MySejahtera

Durie Rainer Fong

Aplikasi MySejahtera memberikan penduduk Kota Kinabalu ini janji temu vaksinasi di Pulau Pinang. (Gambar DAP Sabah)

KOTA KINABALU: Seorang lelaki di Kota Kinabalu mendapat janji temu untuk suntikan vaksin di Pulau Pinang, kata DAP Sabah.

Setiausahanya, Chan Foong Hin berkata ia satu daripada dua aduan diterima rakyat Sabah berhubung janji temu suntikan mereka yang dipercayai akibat kesilapan dalam aplikasi MySejahtera.

Chan yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu berkata, dalam kes pertama penduduk Luyang di sini mengadu aplikasi itu menetapkan janji temu suntikan vaksinnya di Kudat, lebih 300km di utara ibu negeri itu.

“Kes kedua lebih teruk lagi, melibatkan penduduk Kota Kinabalu yang menerima notis daripada MySejahtera bahawa vaksinasinya akan dilakukan di Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Chan, lelaki itu diberi janji temu vaksinasi di Dewan Milineum Kepala Batas, Seberang Perai Utara pada 9 Jun.

Katanya, kedua-dua kes dirujuk kepada Pengarah Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi yang telah berjanji membantu mereka menukar lokasi suntikan.

Beliau susulan itu menggesa Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin memastikan isu melibatkan MySejahtera itu diselesaikan secara berkesan untuk mengelak kesilapan lanjut.

“Bagaimanakah MySejahtera, yang dilaporkan menelan belanja jutaan ringgit, mempunyai kesilapan yang begitu asas?” soalnya.

Seorang lagi penduduk Kota Kinabalu diberi janji temu di Kudat, 300km dari situ. (Gambar DAP Sabah)

Chan berkata, parti itu mengerahkan ahlinya membantu orang ramai untuk mendaftar bagi vaksinasi Covid-19 menerusi MySejahtera dan membantu kerajaan mempercepatkan program imunisasi.

“Namun sedihnya kesilapan asas seperti ini pasti akan mengurangkan keyakinan terhadap aplikasi berkenaan seterusnya menjejaskan usaha vaksinasi Covid-19 kebangsaan.”

Sementara itu, Chan berkata ramai warga tua dan pesakit dengan komorbiditi yang masih menunggu untuk menerima notis vaksinasi di MySejahtera, walaupun tersenarai sebagai kumpulan diberi keutamaan dalam Fasa 2 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Katanya, Masidi Manjun yang juga jurucakap rasmi Covid-19 Sabah, mengumumkan awal tahun ini bahawa pelan vaksinasi negeri itu sepatutnya bermula pada 26 Feb dan mengambil masa sehingga setahun untuk disempurnakan.

“Sasarannya adalah untuk memvaksin 3 juta orang di Sabah. Berdasarkan itu, di Sabah saja purata 250,000 orang perlu disuntik vaksin setiap bulan secara berterusan selama 12 bulan.

“Bagaimanapun, setakat 31 Mei kurang daripada 150,000 orang telah menerima vaksin di Sabah. Bagaimana kita mahu mencapai sasarannya dalam setahun?” soalnya.

Sementara itu, Khairy dilaporkan berkata semalam, isu kesilapan dalam menetapkan pusat vaksin telah diselesaikan.

Menurutnya, ramai orang diberi janji temu di negeri lain disebabkan masalah dengan Google Maps API yang digunakan MySejahtera.

Katanya, ciri tambahan telah dimasukkan ke aplikasi itu dan pengguna kini boleh mengesahkan butiran alamat termasuk negeri dan poskod.