"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

10 jenis mayat tidak akan busuk dalam kubur

Detikdaily
SEMUA yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan jika sudah mati, maka jasad akan membusuk dalam tanah. Namun Rasulullah SAW menyebutkan bahawa ada sepuluh orang yang mayatnya tidak akan busuk.

Disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w. bahawa sepuluh orang yang mayatnya tidak busuk dan akan bangkit dalam keadaan tubuh seperti semula pada hari kiamat sebagai berikut:

1. Para nabi.

2. Para ahli jihad fisabilillah.

3. Para alim ulama yang menegakkan kalimah Allah.

4. Para syuhada yang sentiasa memperjuangkan Islam.

5. Para penghafal Al-Quran dan beramal dengan Al-Quran.

6. Imam atau pemimpin yang adil dalam menegakkan syariat Allah.

7. Muadzin yang tidak meminta imbalan.

8. Wanita yang meninggal sewaktu melahirkan anak serta sentiasa taat pada perintah Allah.

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahankan kehormatan diri dan agama.

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di dunia. (HR Bukhari Muslim).

INILAH 13 SEBAB-SEBAB MENGAPA EMMANUEL ADEBAYOR MEMELUK ISLAM



Penyerang Tottenham Hotspur, Sheyi Emmanuel Adebayor, telah meninggalkan agama Kristian dan memeluk Islam. Video yang menunjukkan ia tengah mengucapkan dua kalimah syahadah pun dimuat naik ke laman Youtube dan telah tersebar secara online pada Ramadhan lalu.

Bekas pemain Arsenal, Manchester City dan Real Madrid ini juga mengeluarkan sejumlah alasan mengapa ia memeluk Islam. Ia mendedahkan bahawa ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa (Alaihi Salam) mempunyai beberapa persamaan dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad ﷺ, bahawa betapa Islam datang untuk menyempurnakan agama-agama yang dibawa oleh para nabi terdahulu.


Inilah 13 alasan yang diungkapkan oleh Emmanuel Adebayor sehingga ia memutuskan untuk memeluk Islam, sebagaimana dilansir oleh The Herald, pada Jumaat (31/7/2015).


1. Yesus (Nabi Isa Alaihi Salaam) mengajar bahawa hanya ada satu Tuhan dan hanya Tuhan yang harus disembah seperti yang diajarkan dalam Daud 6: 4, Markus 12:29. Muslim juga meyakini hal ini seperti yang diajarkan dalam Al-Qur'an Surah ke 4: 171.

2. Yesus (Nabi Isa Alaihi Salaam) tidak makan daging babi seperti yang diajarkan dalam Leviticus 11: 7, dan Muslim juga tidak makan daging babi seperti yang diajarkan dalam ayat Al-Qur'an surah ke 6: 145.

3. Yesus (Nabi Isa Alaihi Salaam) disambut dengan kata-kata "Assalaamu alaikum" (Damai sejahtera untuk kamu) dalam Yohanes 20:21. Muslim juga saling menyapa dengan cara ini.

4. Yesus (Nabi Isa Alaihi Salaam) selalu berkata "Insyaa Allah", Muslim juga mengatakan ini sebelum melakukan sesuatu seperti yang diajarkan dalam Al Qur'an ayat 18: 23-24.

5.Yesus (Nabi Isa Alaihi Salaam) mencuci muka, tangan, dan kaki sebelum berdoa. Kaum Muslim melakukan hal yang sama.

6.Yesus (Nabi Isa Alaihi Salaam) dan nabi-nabi yang lain dalam Al-Kitab berdoa dengan kepala mereka sujud ke tanah (lihat Matthew 26:39). Muslim juga melakukan ini seperti yang diajarkan dalam Al-Qur'an ayat 3:43.

7. Yesus (Nabi Isa Alaihi Salaam) berjanggut dan memakai jubah. Hal ini merupakan Sunnah bagi lelaki Muslim.

8. Yesus (Nabi Isa Alaihi Salaam) mengikuti undang-undang dan percaya kepada semua nabi, (lihat Matius 5:17). Muslim melakukan hal ini juga seperti yang diajarkan dalam Al-Qur'an ayat 3:84 dan 2: 285.

9.Ibu Yesus (Nabi Isa Alaihi Salaam), Maryam, berpakaian sederhana dengan sepenuhnya menutupi tubuhnya dan memakai tudung seperti yang dijumpai dalam Timothy 2: 9, Genesis 24: 64-65, and Corinthians 11: 6. Muslimah juga berpakaian demikian sama seperti yang diajarkan dalam Al-Qur'an ayat 33:59.

10. Yesus (Nabi Isa Alaihi Salaam), dan nabi lainnya dalam Al-Kitab berpuasa hingga 40 hari (lihat Exodus 34:28, Daniel 10: 2-6. 1 Kings 19: 8, dan Matius 4: 1. Muslim juga melakukannya selama sebulan. Di bulan Ramadan Muslim diwajibkan untuk berpuasa sebulan penuh (lihat Al-Qur'an 2: 183), dan kemudian dilanjutkan puasa sunnah Syawal selama 6 hari untuk meningkatkan pahala mereka.

11. Yesus (Nabi Isa Alaihi Salaam), mengajarkan untuk mengatakan "Kedamaian untuk rumah ini" ketika memasukinya (lihat Lukas 10: 5), dan juga menyapa orang-orang di rumah dengan "damai sejahtera untukmu". Muslim melakukan apa yang Yesus lakukan dan ajarkan. Ketika memasuki rumah kami dan rumah orang lain kita mengatakan "Bismillah" dan juga menyapa dengan "Assalaamu'alaikum" (kedamaian atas kalian) seperti yang diajarkan dalam Al-Qur'an ayat 24:61.

12.Yesus (Nabi Isa Alaihi Salaam) dikhitan (disunat). Khitan adalah salah satu dari 5 fitrah dalam Islam, sehingga orang-orang Muslim diwajibkan untuk dikhitan. Menurut Al-Kitab dalam Lukas 2:21, Yesus berumur lapan hari ketika ia disunat. Dalam Taurat, Allah menyatakan kepada Nabi Ibrahim (Shalallahu Alaihi wa Salaam) bahawa itu adalah "perjanjian yang kekal" (lihat Kejadian 17:13). Dalam Al-Qur'an ayat 16: 123 Muslim diwajibkan untuk mengikuti ajaran Ibrahim. Nabi Muhammad (ﷺ) berkata, "Nabi Ibrahim mengkhitan dirinya sendiri ketika ia berusia lapan puluh tahun. "(Lihat shahih hadits Bukhari, Muslim, dan Ahmad).

13. Yesus (Nabi Isa Alaihi Salaam) berbicara dalam bahasa Aram dan menyebut Allah "Elah", yang diucapkan sama dengan "Allah". Aram adalah bahasa Al-Kitab kuno. Ini adalah salah satu bahasa Semitik yang juga termasuk bahasa Ibrani, Arab, Ethiopia dan Bahasa Assyria serta Akkadia, Babilonia kuno. Bahasa Aram "Elah" dan Arab "Allah" adalah sama.

Ma syaa Allah. Hidayah hanyalah milik Allah, dan Allah memberi hidayah kepada orang yang dikehendakinya. Barangsiapa yang Allah beri hidayah, tidak ada seorang pun yang boleh menyesatkannya dan barangsiapa yang telah Allah sesatkan, tidak ada seorang pun yang boleh memberi hidayah kepadanya.

Allah berfirman yang artinya, "Dia memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dibiarkan sesat oleh Allah, maka tidak seorang pun yang dapat memberinya petunjuk. "(QS. Az-Zumar: 23).

Belum lama ini, bintang lapangan hijau asal Togo, Afrika, yang kini berstatus sebagai pemain bernombor punggung 10 itu pun mendoakan supaya semua saudara Muslim berbahagia dalam Hari Raya Aidil Fitri. Pernyataan itu ia sampaikan melalui akaun Instagramnya dengan memaparkan gambar dirinya yang tengah tersenyum mengenakan gamis putih.

Barakallah, semoga hidayah yang diperoleh Adebayor akan menjadi inspirasi bagi lebih banyak orang untuk mengenal Islam dan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Esa.

50% Pemimpin akar umbi PAS tunggu dan lihat sebelum sertai parti baharu

ZULKIFLI SULONG
Kebanyakan ahli PAS menunggu penubuhan parti baharu, Gerakan Harapan Baru untuk membaca perlembagaan dan hala tujunya sebelum membuat keputusan sama ada menyertai atau terus kekal bersama parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Ogos, 2015.Kebanyakan ahli PAS menunggu penubuhan parti baharu, Gerakan Harapan Baru untuk membaca perlembagaan dan hala tujunya sebelum membuat keputusan sama ada menyertai atau terus kekal bersama parti.
Ketika PAS berpecah 2 dengan terbentuknya Gerakan Harapan Baru (GHB) yang bakal menjadi sebuah parti politik Islam baharu, lebih 50% para pemimpin akar umbi khasnya di peringkat cawangan mengambil sikap tunggu dan lihat.

Mereka masih menunggu parti baharu dibentuk, apa perlembagaannya dan siapakah bakal pemimpin sebelum membuat apa-apa keputusan sama ada kekal dalam PAS atau menyertainya.

Bagaimanapun, kebanyakan penggerak akar umbi PAS di peringkat pusat iaitu Unit Amal dan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) sudah menyatakan sikap masing-masing.

Bekas Ketua Pengarah Unit Amal, Juhari Osman serta ramai ahli jawatankuasanya mengambil sikap meninggalkan PAS dan aktif dalam GHB. Beliau sedang menubuhkan Unit Amal versi GHB yang dinamakan Amal Relief atau nama ringkasnya Arif.

Selain Juhari, turut bersama beliau ke dalam GHB adalah Timbalan Ketua Pengarah 1 Unit Amal, Jahid Zaini (Johor) dan Timbalan Ketua Pengarah 4 Azwan Ismail (Perak) dan Bendahari Mohamad Supian Ibrahim (Negeri Sembilan).

Sebagaimana PAS di peringkat cawangan, kata Johari kebanyakan anggota badan penggerak unit kebajikan dalam PAS ini mengambil sikap tunggu dan lihat.

Bekas ketua pengarah Pasti paling lama (1999 -2011) Azrin Majid juga mengambil sikap meninggalkan PAS dan menyertai GHB. Azrin kini adalah penyelaras GHB Jasin di Melaka dan sedang menyusun aktiviti pendidikan untuk GHB pusat.

PAS mengendalikan lebih 1,400 Pasti di seluruh negara dengan lebih 10,000 pelajar berumur 5-6 tahun menyertainya di samping lebih 3,000 guru terlibat dengannya.

Tunggu dan lihat

Di Selayang, Selangor, bekas yang dipertua PAS kawasan yang kini menyertai GHB Mohamad Abdul Rahman berkata, kebanyakan ahli di peringkat akar umbi takut untuk ke depan dan mengambil sikap tunggu dan lihat.

Beliau yang dilantik sebagai bendahari GHB Selangor berkata, pihaknya sedang menyenaraikan penyokong-penyokong di Selayang sendiri kerana kebanyakan mereka belum berani didedahkan lagi.

"Ramai antara mereka macam kepala kura-kura, sekejap keluar sekejap masuk balik. Jadi kita belum boleh dedahkan mereka lagi," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 ketua cawangan di Selayang akan menyertai GHB termasuk ahli jawatankuasanya.

Kenyataan ini dibuat ketika Yang Dipertua PAS Selayang Zaidy Talib berkata, belum nampak sebarang gerakan GHB di Selayang.

Di sebuah cawangan di Selayang misalnya, 5 Ahli Jawatankuasa (AJK) sudah cenderung kepada GHB, 5 lagi akan kekal bersama PAS manakala 10 lagi AJK mengambil sikap tunggu dan lihat, kata Mohamad.

Di Kelantan, sokongan kepada GHB juga kuat namun mereka perlu berhati-hati kerana PAS menguasai kerajaan negeri dan akan mengawal pergerakan khasnya yang mempunyai jawatan dalam kerajaan negeri.

"Di cawangan Kepala Jambatan yang saya ketuai, 7 daripada 14 AJK yang ada bersama saya, 6 ambil sikap tunggu dan lihat manakala hanya satu sahaja yang akan kekal bersama PAS kerana dia mempunyai jawatan dalam kerajaan negeri," kata Che Ibrahim Mohamad, timbalan penyelaras GHB Kelantan.

Sokongan kepada GHB di kalangan pemimpin PAS sangat ketara di negeri-negeri selatan tanah air iaitu Melaka, Johor dan Negeri Sembilan dengan kesemua pimpinan utama PAS negeri itu sebelum ini menyertai GHB.

Yang memeranjatkan adalah kesemua tiga bekas pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang sebelum ini sukar untuk bekerjasama dengan kumpulan profesional kini memimpin GHB negeri itu.

Bekas pesuruhjaya PAS sesi lalu yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Taufek Abdul Ghani dan MK Ibrahim menyertai GHB dan menjadi timbalan penyelaras Negeri Sembilan di bawah penyelarasnya Zulkifli Mohd Omar.

Di Johor, bekas pesuruhjayanya sesi lalu Aminul Huda Hassan bersama barisan Kabinetnya kini menyertai GHB Johor.

Begitu juga di Melaka, bekas pesuruhjayanya sesi lalu Adly Zahari menyertai GHB.

Di Jasin, Melaka, hampir kesemua pemimpin dan AJK PAS di 6 cawangan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menyertai GHB Jasin yang dipimpin Yuhaizad Abdullah.

Namun di cawangan Kampung Kelubi yang terletak di bawah DUN Rim, pemimpin akar umbi PAS berpecah kepada 2, separuh pergi ke GHB manakala separuh lagi kekal dalam parti, kata bekas naib ketua cawangannya, Azrin.
-malaysianinsider-

Bakpo PAS jadi gini

Abu Harith Hamzah
FRIDAY, JULY 31, 2015

Bakpo PAS jadi gini

Ada orang hantar... Untuk renungan bersama ..... Salam, sy bukan lah sesiapa pun. Tapi sy ada suatu pandangan yg nk diberikan. Jangan emosi. Baca sampai habis dan fahamkan. Salah silap mohon teguran membina. Bukan nak memuji atau sesuka hati buat kritikan.. Ini lah REALITI !!!!!! PAS ketandusan pelapis yg berwibawa.

Lagi2 lepas wujud kumpulan GHB. PAS sepatutnya cemburu dgn rakan2 kompenannya dlm Pakatan Rakyat. Mungkin sesuai "bekas rakan komponen Pakatan Rakyat", DAP & PKR mempunyai ramai anak muda drpd kalangan ilmuan & teknokrat yg menyertai parti tersebut. Diorg tak tertarik menyertai PAS. Setakat artis menyertai PAS? Tak hairan.

Mintak maaf cakap, setakat mana kelulusan akademik Abby Abadi? Maybe artis2 ni popular tapi apa idea mrk yg boleh kita aplikasikan utk menyelesaikan masalah negara? Setakat hari ni, ramai profesional berduyun-duyun menyertai DAP.

Mengapa DAP? Siapa yg menyertai DAP? Penganalisis politik Ong Kian Ming. Lulusan LSE. Dlm dunia, MIT & LSE telah terbukti menghasilkan manusia2 yg super pintar. Menariknya lagi, DAP terus menyediakan jawatan khas utk beliau berperanan. Blogger Jeff Ooi dulu pun mcm tu jugak. Masuk DAP terus dapat jawatan. Zairil Khir Johari masuk DAP juga terus diberi jawatan menjadi Setiausaha Politik kpd Lim Guan Eng. Saing yg masuk DAP sekali dgn Kian Ming, Bee Ying pun turut diberi ruang utk berperanan sbg jurukempen media sosial DAP. Mereka2 yg cerdik menyertai DAP tidak disia-siakan keupayaan serta kebolehan mereka dlm bidang masing2. Bila PAS direzekikan menerima kemasukan org hebat seperti Allahyarham Datuk Fauzi Shaari (bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman) ke dlm partinya, ianya menjadi malang apabila beliau hanya berperanan menjadi ahli biasa shj. PAS mensia-siakan skil & pengalaman berharga beliau. Sepatutnya beliau diberi peranan besar dlm parti PAS. Jadi think tank atau pemikir polisi bg PAS misalnya. Atau diserap ke dlm PPP iaitu Pusat Penyelidikan PAS. Tapi mcm biasa beliau hanya diusung utk memberi ceramah politik shj. Ini artis masuk PAS dibawa ke hulu ke hilir jadi penceramah. Sepatutnya diorg boleh dilantik sbg agen propaganda PAS yg berkesan dlm youtube misalnya. Atau buat filem dakwah yg patuh syariah. Eksploitasikan artis2 tersebut pada tmpt yg betul. Pernah teringat dulu bila Eddy Gordo sebut pemimpin politik harus dilantik drpd kalangan peniaga/usahawan. Aku terus setuju. Sbb diorg ada pengalaman memimpin. Ini lantik org makan gaji utk memimpin. Macam susah organisasi politik tersebut nk pergi jauh. Tony Pua adalah usahawan ICT yg berjaya sblm menyertai DAP. Bila join DAP, beliau menjadi aset kpd parti politik tersebut. Lantas menjadi inspirasi kpd anak-anak muda di luar sana utk menyertai DAP. Tgk Tony Pua melawan kjaan dgn fact & figure. Bukan dgn maki hamun atas pentas ceramah mcm "sesetengah" pemimpin PAS.

Walaupun ramai yg mengkritik Anwar, tetapi ada jugak pekara yg patut kita puji Anwar. Antaranya Anwar cepat bawak naik anak2 muda pintar yg mempunyai latar belakang akademik yg bagus utk menjadi pemimpin PKR. Terutama sekali geng2 yg dikenali sbg budak ofis Anwar. Nik Nazmi, Sim Tze Tzin, Yusmadi dan ramai lagi. Bila Rafizi berhenti kerja dan terlibat sepenuhnya dgn politik, Anwar sanggup create satu jawatan khas iaitu Pengarah Strategi PKR utk diisi beliau lalu memudahkan beliau berperanan dlm PKR. Anwar bg satu pengiktirafan kpd golongan cerdik pandai utk memimpin. Bab ni kita tabik Anwar. Kalau Rafizi masuk PAS mungkin malam ni dia akan pegang torchlight jaga parking & lalulintas masuk ke kawasan ceramah bersama muka perasan hensem krn berbangga memakai baju uniform Unit Amal.

Huhuu.
Cuba tgk Dewan Pemuda PAS skrng, beku dan jumud. Lebih dikenali publik sbg tukang haram konsert & Valentine's Day. Dewan Pemuda & Dewan Ulamak dah jadi kembar siam. Tak dirasai kehadiran mrk dlm arus perdana politik tanah air. Takde idea atau blueprint nak selesaikan masalah rakyat. Masalah dalaman iaitu gaji guru Tadika PASTI yg amat rendah iaitu dibawah paras kemiskinan tegar pun DPPP masih tak mampu nak setel bai. Idea nak selesai kan isu2 yg lain tak kedengaran. Habis mcm mna? Ramai budak Universiti tak ingin nak join Dewan Pemuda PAS sebab diorg tahu last2 diorg akan jadi budak gantung bendera serta tidak mahu dipimpin oleh ustaz2 yg perasan pandai dlm dewan tersebut. Sbhgn ustaz2 ni pulak merasakan diorg ni paderi yg berkuasa memberi arahan sesuka hati yg wajib dilaksanakan oleh ahli bawahan. Mcm arahan bos kilang kpd kuli. Takde semangat setiakawan langsung. Tapi mulut berzikir pasal ukhwah. Sudah menjadi rahsia umum iaitu tunggu pemimpin atasan dlm PAS meninggal barulah parti tersebut dapat pemimpin baru.

Faktor ini jugaklah yg membuat ramai ilmuan tawar hati lalu menjauhkan diri drpd PAS. Ustaz2 muda yg cerdik dan pandai sudah tidak berahi & minat nak join politik krn PAS sudah hilang tarikan. Mereka lebih berminat menjadi third force. PAS dilihat lebih mementingkan aspek senioriti berbanding merit utk menjadi pemimpin dlm parti.

Tak rugi memberi peluang kpd anak-anak muda utk memimpin. Jadi jgn menyesal bila fenomena 'Brain Drain' sedang parah berlaku dlm parti PAS pada waktu ini. Manusia cerdik & berkualiti semakin hari semakin menjauhkan dirinya meninggalkan PAS. Atau situasi ini mmg sengaja dibiarkan demi mengekalkan ustaz2 ini utk terus berkuasa memimpin PAS tanpa diganggu-gugat oleh mereka yg pandai lagi berkualiti? Itu pasal kita tengok Najib lagi takut dgn Anwar drpd Tuan Guru Hj Hadi.

Sekian sudut pandang dr seorang otai parti masa kini. Sy yakin, ramai berpendapat yg sama mcm sy. Maaf jika ada yg terasa. Peace No War

Pegawai SPRM ditukar sertamerta:'Bagi balik orang SPRM, ambil saja saya'

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull menuntut kembali dua pegawai kanannnya dipulangkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Beliau malah menawarkan dirinya sebagai ganti kerana mereka cuma bertindak atas arahan.

“Segera pulangkan kembali kedua-dua pegawai saya dan ambil saya sebagai ganti.

"Pegawai saya bertindak atas arahan saya,” katanya kepadaMalaysiakini daripada luar negara.

Tiada pengumuman rasmi dibuat berhubung perpindahan itu dibuat, ketika berita ini ditulis.

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dan pengarah komunikasi strategik badan Datuk Rohaizad Yaakob dipindah keluar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Bahri, yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu lantang menentang “gangguan” polis terhadap suruhanjaya dan bersumpah dengan nama Allah mahu mencari dalang-dalang yang mengarahkan penangkapan pegawainya.

Manakala Rohaizad pula semalam menerima rombongan pemimpin pembangkang yang memberikan sokongan kepada badan yang sedang menjadi sasaran siasatan, serbuan dan tangkap polis.

Anggota-anggota SPRM disiasat susulan dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya
-malaysiakini-

Siapa percaya lagi janji Najib?

Subky Latif
PERDANA Menteri Najib menyelar dan menempelak sekalian orang yang tidak sabar menunggu janjinya untuk menyelesaikan semua hutang 1MDB hujung tahun ini. Mungkin orang itu termasuk TPM Muhyiddin Yassin yang digugurkannya 28 Julai lalu.

TS Muhyiddin dan Tun Dr. Mahahtir bukan lagi dikira tidak sabar, bahkan tidak percaya lagi dengan janji Perdana Menteri.

Yang terbaru Najib dan pengerusi Tabung Haji berkata sudah banyak yang mahu membeli tanah yang Tabung Haji beli daripada 1MDB degan harga yang amat tinggi itu. Pihak yang hendak membelinya sedia membelinya dengan harga yang lebih tinggi. Tabung Haji dikatakan akan beroleh untung banyak pula.

Tetapi sudah berapa bulan sekarang, tanah itu masih belum terjual. Dan mungkin tidak ada yang sedia membelinya?

Jika janji ia hendak dijual masih belum terjual, maka bagaimana orang hendak mempercayai semua hutang 1MDB itu dapat diselesaikan hujung tahun ini? Jika hutang itu dapat diselesaikan dalam masa kurang daripada enam bulan, maka selama lebih daripada lima tahun jadi Perdana Menteri hutang negara yang berlambak itu tidak nampak dapat diselesaikan, bahkan bertambah dan bertambah.

Banyak lagi yang dijanjikan olehnya sejak jadi Perdana Menteri tidak ditunaikan, maka bagaimana orang dapat mempercayai hutang 1MDB boleh diselesaikan dalam waktu yang singkat?

Orang ramai termasuk ahli Umno yang tak tahu apa boleh percaya dengan janji kosong, tetapi Muhyidin telah lama dan banyak mendengar janji-janji manis, tidak lagi dia percaya.

Mungkin Najib boleh dapat duit dari mana-mana. Jika dari dalam negeri duit dari badan mana pula yang akan dipelekuhnya? Felda dan Tabung Haji sudah terkena. Badan mana pula akan jadi korban.

Maka pilihannya dari luar khususnya negara-negara Arab yang duit berlebihan itu. Kononnya pembesar-pembesar Arab berminat untuk membeli tanah TRX yang luar yang asalnya tanah kerajaan. China juga berminat.

Mungkin saudagar-saudagar Arab tidak berkira sangat dengan duit senang yang diperolehnya dari minyak. Memang ramai daripada mereka suka bermewah. Tetapi China tidak membelinya dengan suka-suka saja dan mereka tidak akan biarkan mereka boleh tertipu sekadar hendak menolong Najib saja.

Kita telah jual tanah kita di Singapura. Atau Singapura itu dulu asalnya dijual kepada British. Sebelumnya Raja Melaka jual tanah kepada Feringgi. Tanah Melayu pernah hilang tanahnya di Melaka dan Singapura kepada kuasa asing. Rusia amat menyesal menjual Alaska kepada Amerika. Pejuang nasionalis di mana-mana di dunia tidak sedia menjual buminya dengan mudah kepada orang asing.

Tanah TRX yang amat berharga dan strategik itu hendak dijual kepada kuasa asing semata-mata kerana hendak menyelesaikan hutang 1MDB yang difaraid mereka.

Jika tanah itu dijual kepada kuasa asing dengan harga yang tinggi bagi membangunkan negara mungkin adalah logik ditimbangkan, tetapi negara dan rakyat akan hilang tanah semata-mata untuk menyesaikan hutang 1MDB yang orang bawa lari.

Sudah lama kita kata kerajaan BN sanggup jual negara. Dan sekarang dengan menjual tanah TRX itu kepada orang asing, adalah bukti besar sebahagian daripada negara ini hendak dijual.

Hutang pun sudah bertambah banyak. Amerika bila-bila masa sedia membida negara kita bagi menyelesaikan hutang yang bertimbun. Perjanjian TPP yang jika disertai oleh Malaysia, adalah satu cara negara boleh dijual bagi jadi wilayah Amerika terakhir selepas Hawaii.

Macam mana Najib dapat dipercayai?

Lelaki ini dihukum cungkil mata selepas didapati bersalah menyebabkan seorang lelaki buta dalam satu pergaduhan


HAMAD (kiri) ketika perbicaraan di sebuah mahkamah di Iran.
Teheran: Sebuah mahkamah di sini mengarahkan mata seorang tertuduh dicungkil selepas didapati bersalah menyebabkan seorang lelaki buta dalam satu pergaduhan.

Hamad, 27, didapati bersalah menyebabkan mata seorang lelaki buta ketika bergaduh pada Mac 2011.

Tertuduh memberitahu mahkamah, ketika kejadian dia berada di rumah sebelum ibunya menelefon memberitahu bapanya terbabit dalam satu kemalangan jalan raya.

“Saya bergegas ke tempat kejadian dan melihat bapa bergaduh dengan seorang lelaki.

“Saya mahu membantu bapa dan tidak berniat untuk mencederakan sesiapa,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
-hmetro-

PANAS!!! Bos operasi khas SPRM dipindahkan serta-merta kerana hendak 'menjejak dalang hingga kelubang cacing'

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dipindahkan keluar daripada bahagian yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu.

Difahamkan pegawai kanan yang lantang menentang “gangguan” polis terhadap suruhanjaya itu dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ketika dihubungi Malaysiakini, Bahri enggan mengulas perkara itu.

“Saya tak hendak komen banyak, nanti (dipindahkan) entah ke mana pula,” katanya.

Perpindahan keluar Bahri dilihat bakal menimbulkan tanggapan ia dibuat susulan kenyataan lantangnya yang tidak senang dengan langkah polis.

Bahri pada Rabu lalu bersumpah dengan nama Allah untuk memburu dalang-dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu sampai ke lubang cacing.

Beliau juga mengingatkan 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana.

“Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah," katanya yang baru selesai menunaikan solat hajat ketika dihubungi Malaysiakini.

Bahri pada hari ini mengulas siasatan terbaru polis terhadap dua lagi pegawai SPRM, termasuk pegawai yang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Polis menyiasat dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan kes derman RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Lambaian perpisahan Bahri

Sementara itu, suasana di ibu pejabat SPRM di Putrajaya muram apabila Bahri melangkah keluar daripada bangunan itu.

Lengkap berdasi hitam, beliau kelihatan berjalan pantas memasuki sebuah Proton Inspira dan tidak bercakap dengan orang ramai.

Beliau bagaimanapun kemudian membuka cermin tingkap dan melambai sambil tersenyum kepada kakitangannya di kawasan itu.

Kereta merah itu pun menuju keluar daripada kawasan D6 Parcel D Putrajaya itu.
-malaysiakini-

Amaran MERAH Daripada Rakyat : Jangan Ganggu SPRM

DATO' MAHFUZ HJ OMAR
1. Rakyat memandang serius perkembangan terhadap institiusi pencegahan rasuah negara, SPRM dan anggotanya daripada menjalankan tugas memerangi rasuah yang membabit pimpinan negara khususnya dalam Skandal 1MDB dan yang berkaitan dengannya.

2. Tindakan mengaitkan mereka dengan isu menggulingkan Perdana Menteri dan kerajaan adalah usaha untuk mengkambing hitamkan SPRM dan menghalang mereka daripada terus menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri Najib yang jelas akan keterlibatannya dalam salahguna kuasa.

3. Rakyat memberi amaran MERAH kepada PM dan KDN untuk menghentikan perbuatan terkutuk seperti mengugut, menakut-nakutkan dan mengancam Pegawai SPRM dengan tangkapan dan siasatan pihak Polis ke atas mereka. Rakyat Malaysia mahu melihat PDRM bekerjasama dengan SPRM untuk memerangi rasuah dan perasuah negara dan bukannya melindungi mereka yang merupakan musuh nombor satu negara.
4. Kenyataan SPRM untuk mendapat penjelasan dan keterangan lanjut daripada PM Najib atas isu wang RM2.67 bilion dalam akaun peribadinya adalah dialu- alukan. Jangan ada sesiapa termasuk Polis yang cuba menghalangnya. Rakyat menuntut PM Najib memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan ke atasnya. Jangan takut dengan kebenaran.

5. Kepada SPRM teruskan JIHAD memerangi Rasuah dan Perasuah Negara. Jangan berundur. Kamu adalah harapan bangsa dan negara tercinta. Terima kasih SPRM.

"RAKYAT BERSAMA MU SPRM"

DATO' MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena

6 Ogos 2015/21 Syawal 1436H

Muhyiddin dinasihat berehat, letak jawatan Timbalan Presiden UMNO

FMT Reporters 
Jamal-Yunos_Muhyiddin_umno_600PETALING JAYA: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin berehat daripada dunia politik dan meletak jawatan Timbalan Presiden UMNO.
Katanya, Muhyiddin patut berundur dan memberi peluang kepada pemimpin lain meneruskan agenda dan perjuangan parti.

Katanya, mana-mana pemimpin yang tidak sehaluan dengan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu berundur untuk tidak menjejaskan sokongan ahli lain dan rakyat terhadap UMNO.
“Beliau telah memberi kenyataan berbeza dengan pendirian Presiden dalam isu 1MDB.

“Kritikan Muhyiddin terhadap Najib telah membuka peluang kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan dan 1MDB.

“Jika Muhyiddin ikhlas membantu parti, beliau perlu berusaha untuk menguatkan parti bukan menimbulkan perpecahan,” katanya dalam kenyataan media.

Jamal merupakan usahawan Bumiputera yang terkenal dengan rangkaian restoran Sekinchan Ikan Bakar serta beberapa peniagaan lain termasuk menjual kereta.

Beliau pernah menimbulkan kontroversi apabila mengetuai peniaga membuat bantahan di hadapan rumah Pengerusi BERIH, Datuk S Ambiga.

Akibatnya, pengguna laman sosial khususnya Facebook melancarkan kempen boikot restoran Sekinchan Ikan Bakar.

Difahamkan, beberapa cawangan restoran itu telahpun ditutup.

Video sedih anak meraung lihat bapa bunuh diri


Tersebar video di laman sosial menunjukkan seorang anak kecil menangis memanggil bapanya yang dipercayai terjun kedalam sungai untuk membunuh diri.

Berdasarkan video anak kecil tersebut melihat ibunya mati dipercayai dibunuh si bapa yang berbaju putih sebelum bertindak nekad terjun dari sebuah jambatan ke dalam sungai cetek untuk membunuh diri.

Kejadian dikatakan telah berlaku Guizhou, China di mana ia disaksikan oleh ramai orang yang berada di kawasan berkenaan.
-kinitv-

Kisah lelaki waras yang ‘cacat akal’ (Gambar)

cacat-akal
PETALING JAYA: Seorang pemilik Facebook memuat naik gambar bersama status yang meluahkan perasaan terkilannya sikap kurang sivik pengguna perkhidmaran Transit Aliran Ringan ( LRT).

Menurut Shane Chiam, dia menegur perbuatan seorang lelaki yang membasahkan tisu untuk membersihkan kasutnya yang kemudian membuangnya dengan bersepah.

“Selepas meminta beberapa kali untuk mengutip dan membuangnya ke dalam tong sampah, dia kemudian memasang headphone dan tidak mempedulikan saya.
“Sebenarnya dia ‘cacat akal’, tulis Shane.

Berdasarkan penelitian gambar yang dimuat naik lelaki berkenaan juga mengambil tempat duduk yang dikhas kepada golongan tertentu termasuk Orang Kurang Upaya , warga emas dan ibu mengandung.

Gambar yang dikongsi mengundang reaksi kurang senang terhadap lelaki berkenaan.

“Rasa macam nak lempang,” komen Lee Ann Fore
-fmt-

Mengapa saya akan sertai Bersih 4

Wong Chin Huat
Saya akan sertai perhimpunan aman Bersih 4 kerana saya ingin (1) pilihan raya bersih; (2) kerajaan bersih; (3) hak untuk membantah; dan (4) ekonomi diselamatkan.

Apakah tuntutan Bersih 4?

Ada ramai yang salah faham Bersih 4 mengambil sikap yang terlalu personal terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga menjadikan pengunduran beliau matlamat perhimpunan raksasa ini.

Sebenarnya, Bersih 4 mempunyai empat tuntutan, yakni: (1) pilihan raya bersih; (2) kerajaan bersih; (3) hak untuk membantah; dan (4) selamatkan ekonomi.
Saya percaya tiada sesiapa yang akan bantah tuntutan yang terakhir, iaitu “selamatkan ekonomi”, kerana orang ramai memang merasakan kesempitan kerana cukai baharu (GST), inflasi, jatuh nilai ringgit dan sebagainya.

Untuk mencapai tuntutan ini, selain polisi-polisi ekonomi yang lebih berkesan, kita perlu memerangi rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengurusan teruk yang melanda negara kita termasuk skandal 1MDB yang berhutang sebanyak RM42 bilion, dan berkaitan dengan itu, RM 2.6 bilion didakwa dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Apa pula yang menyebabkan rasuah begitu berleluasa? Bersih 2.0 (Gabungan untuk pilihan raya Bersih dan Adil 2.0) mencadangkan tiga sebab yang bersifat sistemik.

Pertama, pilihan raya yang dimanipulasikan sehingga ahli dan parti politik yang rasuah tidak perlu risaukan kemarahan pengundi.

Kedua, kuasa eksekutif terlalu dipusatkan sehingga pemimpin bukan saja tidak takutkan pembangkang, malah juga langsung tidak takutkan kritikan dan bantahan daripada rakan-rakan separti atau segabungan.

Ketiga, sekalipun marah, rakyat tidak berani membantah kerana kebebasan bersuara disekat atau dihukum. Dan sekatan atau hukuman tidak semestinya berkaitan dengan isu rasuah, sebaliknya pengkritik kerajaan mungkin dilemparkan pelbagai tuduhan daripada anti-raja, anti-agama, sehingga kini, anti-demokrasi.

Sebenarnya, tiga tuntutan Bersih 2.0 yang terdahulu itu adalah ringkasan daripada agendanya yang menggariskan 10 reformasi institusi.

Tuntutan “pilihan raya bersih” itu sebenarnya mengandungi dua reformasi institusi:

1. Penambahbaikan sistem dan proses pilihan raya

2. SPR menjadi badan yang bertanggungjawab kepada Parlimen

Tuntutan “kerajaan bersih” pula mengandungi enam reformasi institusi yang ingin memecah pemusatan kuasa Eksekutif:

1. Larangan untuk perdana jadi menteri kewangan

2. Penambahbaikan Parlimen

3. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi badan bertanggungjawab kepada Parlimen

4. Pisahkan Peguam Negara daripada Pendakwaraya

5. Gubalkan undang-undang Kebebasan Maklumat (FOI)

6. Deklarasi Aset untuk nenteri dan pegawai tinggi

Tuntutan “hak untuk membantah” pula mewakili dua lagi reformasi institusi yang terakhir:

1. Mansuh/Pindaan undang-undang zalim

2. Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)

Semasa mengemukakan 10 reformasi institusi ini pada 6 Julai, Bersih 2.0 sebenarnya menegaskan jika tidak berlaku reformasi institusi, sekalipun berlaku pertukaran kepimpinan juga tidak akan dapat mencegah rasuah raksasa seperti skandal 1MDB, ataupun skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) yang bernilai RM12 bilion pada penghujung pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengapa Bersih 4 menuntut Najib undur diri?

Sekiranya reformasi institusi yang dijadikan sasaran, ada yang seterusnya bertanya, mengapa Bersih 4 turut menuntut Najib untuk mengundur diri?

Kalau kita lihat kembali pendirian Bersih 2.0 pada 6 Julai, ia memang cuma menuntut Najib mengambil cuti dan mengumumkan butir-butiran terperinci tentang transaksi RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaunnya.

Pendirian Bersih 2.0 cuma menjadi tegas dan menuntut pengunduran beliau hanya selepas pelucutan jawatan Peguam Negara yang dipegang Tan Sri Abdul Gani Patail dan pelantikan seramai 4 daripada 13 orang ahli Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) Parlimen untuk menjadi menteri atau timbalan menteri.

Kedua-dua langkah ini nyata mempunyai niat buruk iaitu untuk melengahkan atau menjejaskan kerja penyiasatan dan pendakwaan ke atas 1MDB.

Apakah peluang 10 reformasi institusi itu dilaksanakan jika Najib nampaknya ingin membelakangkan kedaulatan undang-undang (rule of law) dan tatapemerintahan baik (good governance)? Bukankah hampir sifar?

Kalau di Zaman Umayyah, Khalifah Umar Abdul Aziz boleh membezakan pelita kerajaan untuk kegunaan membaca dokumen kerajaan dan pelita peribadi untuk membaca bacaan peribadi, patutkah seorang PM yang tidak menafikan aliran wang masuk ke dalam akaunnya dan tidak memberikan sebarang keterangan (kecuali kenyataan “ini bukan untuk kepentingan sendiri”) kekal memimpin Malaysia?

Berupayakah beliau memimpin apabila kewibawaannya sudah jatuh berkecai di lantai?

Maka, kalau pemimpin berdegil untuk berkuasa tanpa integriti, apakah salahnya rakyat menjerit “undur” atau “tangkap”, selagi mereka tidak melaksanakan kehendak itu dengan kuasa sendiri?

Mungkinkah Bersih 4 berjaya?

Yang berkuasa untuk melaksanakan 10 reformasi institusi itu cumalah Parlimen dan perdana menteri. Yang berkuasa untuk memecat Najib juga cumalah Parlimen.

Apakah peluang untuk ahli-ahli Parlimen Umno dan BN meninggalkan Najib dan untuk perdana menteri dan Kabinet baharu – tidak kira ia terdiri daripada BN sahaja ataupun mengandungi ahli-ahli pembangkang – melaksanakan reformasi institusi?

Pada tahap ini, nampaknya juga sifar.

Maka, apa gunanya rakyat berhimpun untuk Bersih 4?

Jawapannya mudah. Kita ingin tunjukkan suara ramai untuk menolak rasuah yang berlaku kerana demokrasi berparlimen sudah pun dijejaskan.

Terpulanglah kepada ahli-ahli Parlimen sama ada untuk mendengar.

Sama ada kita ingin berdiam seolah-olah kita tidak kisah malah memperkenankan rasuah dan penjejasan demokrasi itu terus berlaku, itu terpulang kepada kita.

Itu sebabnya saya akan menyertai Bersih 4, pada 29-30 Ogos ini.

Pagar Makan Padi – Pengalaman Pesara Guru Besar Yang Mengerikan

Tranungkite


Kami ingin kongsikan pengalaman Tuan Haji Abdul Ghani Haron, seorang pesara guru yang menjadi rakan FB Pengetua kami Dr Hj Masjuki.

Tidak perlu kami tokok tambah kerana apa yang dikisahkan banyak sekali kebenarannya. Kami sendiri banyak pengalaman mengendalikan kes yang serupa secara langsung.

Memang amat mengerikan dan sewajarnya menjadi pedoman kepada para ibubapa. Semuga perkongsian kisah benar ini mampu menyedarkan kita.

WARGA PRIHATIN

* * * * * * * * *

Saya pernah menjadi guru, pengetua dan pegawai pelajaran daerah. Dengan itu saya melalui berbagai kes seksual pelajar yang sebahagiannya tersembunyi dari pengetahuan awam. Saya dedahkan tiga dari berpuluh pengalaman saya untuk direnungi.

KES PERTAMA

Pelajar Tingkatan 4 menjadi mangsa nafsu serakah bapanya. Setiap hari bila balik sekolah dia dipaksa masuk bilik dan menelan pil. Yang lebih dahsyat bukan dia seorang tetapi sebelum itu kakaknya juga kena berkhidmat untuk bapanya selama lebih dua tahun. Bila bapanya berpindah kepada dia maka kakaknya telah terlepas. Bapanya tentera bahagian perubatan, dengan itu dia dan kakaknya dipaksa menelan pil pencegahan kehamilan. Lebih terkejut lagi ialah emaknya tahu mengenai hal ini dan buat tak nampak serta memberi laluan. Tidak diketahui apa sebabnya.

Polis dihubungi, seorang inspektor wanita hadir bersama seorang SB untuk mendengar cerita pelajar ini. Saya hanya ikuti separuh jalan sahaja kerana tak terdaya untuk mendengarnya. Siapa percaya bapanya yang BERKETAYAP putih ketika kerja dan nampak wara’ tetapi bernafsu seperti bapa khinzir.

Apa yang menyedihkan lagi, pelajar ini akhirnya menolak untuk membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan dibuat. Katanya, “siapa yang akan bela mereka jika bapanya dipenjarakan dan dibuang kerja?” Puas kami memujuk namun gagal.

Akhirnya kami menemui bapanya, tetapi dia selamba menafikan. Apakah anaknya yang ketiga terus menjadi mangsa kebinatangan bapanya? Saya tidak tahu kerana berpindah sekolah beberapa bulan selepas itu.

KES KEDUA

Berlaku di sekolah kebangsaan. Kes ini ditemui oleh rakan guru, juga sama seperti kes pertama. Pelajar baru 11 tahun. Menjadi hamba seks bapanya sejak umur 9 tahun kerana dia dan adik lelaki tinggal dengan bapa setelah perceraian.

Bapa ditangkap polis setelah diadu oleh guru dan direman untuk perbicaraan. Pelajar ini kemudian tinggal dengan datuknya di kampung berdekatan. Masa itu dia dah naik Tingkatan 1 di sekolah tempat saya mengajar dan jadi Pen Kanan HEM.

Suatu hari kaunselor saya datang menceritakan bahawa datuknya yang berusia 70’an tempat dia menumpang berlindung pula melakukan hal yang sama seperti bapanya.

Saya seperti tak percaya, tetapi berpakat dengan seorang polis mencari datuknya dan berjumpa di kilang tempat dia menjadi jaga. Gertakan oleh polis menyebabkan dia mengaku.

Allahuakbar! Saya merasakan dunia ini gelap seketika bila melihat anggukkannya.

Akhirnya saya memohon kepada pihak polis dengan keizinan mahkamah untuk mengambil pelajar ini tinggal dengan saya sebagai pelindung sementara kes berjalan. Dia dipindah ke sekolah berasrama dan pengetua di situ berusaha memulihkan fizikal dan mentalnya secara rawatan hemeopathy. Bapanya dipenjara 18 tahun. Datuk terlepas kerana tidak diadu.

KISAH KETIGA

Seorang pelajar tingkatan 3 telah dimaklum oleh kaunselor mengandung. Siasatan mendapati dia DI JUAL oleh bapanya kepada seorang bomoh. Kami rasa bapanya mengambil duit dari bomoh tersebut.

Pelajar ini akhirnya bersalin di hospital. Pihak polis dimaklumkan tetapi menghadapi kesukaran kerana dihalang oleh bapanya dan melarang anak memberi maklumat. Apa yang terjadi seterusnya saya tidak pasti kerana sekolah tak boleh campurtangan siasatan polis. Yang pasti bapanya tetap bebas, bomoh tersebut menghilang diri.

KESIMPULAN

Inilah tiga kisah haruan makan anak dan cucu yang saya kendali sendiri. Bukan untuk mengaib tetapi untuk teladan.

Kalaulah anda sendiri melihat situasi pelajar ini di masa itu, kalaulah anda mendengar sendiri rintihan mereka, kesedihan mereka, keperitan yang dirasai mereka, fizikal mereka yang diratah oleh bapa dan datuk sendiri…betapa serba salahnya mereka........

Ya Allah, saya berkali-kali meninggalkan ruang perjumpaan untuk meraung di dalam bilik, menekup kepala ke meja. Begitu berat anak-anak yang belum mengenal dunia ini disiksa oleh ayah dan datuk sendiri.

Ada satu lagi kes abang makan adik setiap kali masa ketiadaan ibubapa. Juga kes sepupu makan sepupu di rumah datuknya. Anda fikirlah sendiri teladannya. Yang heran, saya tidak menemui kes begini di kalangan bukan Islam.

Iktibarnya, jika ada anak perempuan beringatlah, berwaspadalah. Simpan satu peratus kecurigaan kepada orang yang paling anda percayai. Saya menceritakan kes pelajar yang teraniaya, tetapi bagaimana kes yang sendiri gatai, sendiri cari pasai? Itu memang banyak dan tak mau disebut.

Ibu terutamanya, berilah perhatian khusus kepada anak perempuan. Para Guru, terutama kaunselor sebaiknya membuat pemerhatian dan secara rambang mencari kebarangkalian untuk membantu pelajar yang teraniaya ini. Jangan percaya kepada manusia hanya dengan melihat penampilannya kerana manusia boleh berlakon.

Bila mencari jodoh, jangan main tengok muka cantik, handsome, terus terkam. Nabi SAW menyuruh melihat keturunan dan agamanya untuk mengelak situasi keturunan penzina.

Akhirnya, jika anda ada anak perempuan, ingatlah mata syaitan berupa manusia sentiasa mengintai. Menjaga sekandang kerbau lebih mudah dari seorang anak perempuan. Musuhnya dari berbagai arah, termasuk pagarnya sendiri.

>>> KREDIT: ABD GHANI HARON <<<

2 Pelajar Darjah 5 Melahirkan Bayi

Tranungkite
Astaghfirullah al-adziimmm… Dua berita yang serupa, satu di Bahau dan satu di Kuantan telah menggemparkan masyarakat. Dua kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun melakukan hubungan seks sehingga melahirkan anak.

Ini tentunya bukan kes terpencil. Ia hanya pemberitaan yang jarang-jarang kita selaku orang biasa yang tidak berada dalam usaha mengkaji dan mengurus gejala ini dapat tahu. Ini hanya satu bukti bahawa apa yang selalu kami artikelkan tentang gejala seks di usia muda ini adalah benar. Tidak kiralah samada secara suka mahupun terpaksa.

Jika anda rapat dengan pihak polis, doktor dan bidan, guru-guru besar dan guru disiplin, penjaga rumah pemulihan akhlak, sekolah gadis hamil, ketua kampung dan imam, maka anda akan dapati kes begini sudah terlalu membusung dalam masyarakat kita.

Dr Zainur Rashid Zainuddin yang mengulas kes di Bahau dalam status FB nya mempertikaikan persoalan bahawa anak itu tidak sedar ia mengandung. Remaja berumur 11 tahun itu mengadu sakit perut dan 'terkejut' apabila diberitahu bahawa dia mengandung dan mahu bersalin.

“Ini bukan kes pertama dan kami yang berkhidmat di klinik dan hospital telah, sedang dan akan terus diamanahkan untuk mengendalikan kes-kes remaja yang hamil dan bersalin. Masyarakat kita sudah semakin tenat. Saya bermohon agar semua pihak termasuk ahli DUN dan Parlimen supaya ambil serius terhadap permasalahan sosial masyarakat yang semakin BERNANAH”, katanya.

Seorang Doktor sakit Puan Hospital Kerajaan yang rapat dengan kami sering juga kongsikan hal yang sama sejak sekian lama.

Seorang pengguna media sosial yang juga guru kaunseling berkata, "Saya guru kaunseling di sekolah. Kes remaja berzina / melakukan seks adalah seawal 10 tahun. Ketika di sekolah menengah mereka menjadi remaja ketagih.. merosak dan dirosakkan anak orang lain pula... Dan isu gejala sosial ketagihan seks ini bagai barah tahap 4 Malaysia. Tolong lakukan sesuatu.Selamatkan generasi kita.."

Pendedahan oleh Tuan Haji Abdul Ghani Haron, seorang pesara Guru Besar yang menjadi rakan FB kepada Pengetua kami Dr Hj Masjuki ada kaitannya.

https://www.facebook.com/wargaprihatin/photos/a.201867952785.170933.176792972785/10154079023742786/?type=1&theater

Itu juga antara sebab mengapa rakyat terlalu marah dengan kenyataan tidak masuk akal oleh Azalina Osman Said.

https://www.facebook.com/wargaprihatin/photos/a.201867952785.170933.176792972785/10154079201752786/?type=1&theater

KESIMPULAN

Kami sering katakan bahawa majoriti kes buang bayi adalah dari gadis berusia sekitar 13 -16 tahun. Sekali sekala ada kes di usia 11-12 seperti ini bagi anak yang agak subur tumbesarannya. Sebenarnya itu bukan bermakna anak itu baru melakukan hubungan seks di usia itu.

Hasil kajian kami jelas menunjukkan bahawa terlalu banyak kes zina telah berlaku sejak sekolah rendah lagi. Banyak juga kes yang bermula sejak tadika, khususnya sesama sepupu dan saudara mara tanpa kita ketahui.

Kami pernah terjumpa gambar lukisan tangan "alat kelamin lelaki dewasa" dan lukisan aksi senggama dilukis oleh seorang pelajar darjah 3 di buku anak kami. Apabila ditanya, anak kami ceritakan apa yang diterangkan oleh rakannya itu mengenai gambar yang dilukisnya. Subhanallah, beliau tahu dan mampu menceritakannya seperti orang dewasa. Itu semua membuat kami sentap tidak terkira.

Banyak juga kes ketagihan aksi seksual anak tadika yang sudah menjadi amalan di rumah masing-masing. Tanpa kita tahu anak-anak tadika kita sudah 'mencuba' bersama adik beradiknya. Kes sebegini kami jumpa terjadi pada anak-anak sebelum diserahkan ke RPWP.

Kemewahan yang diberikan oleh ibubapa kepada anak lelaki juga turut membuka ruang. Ketagihan seks mereka sudah sampai ke tahap membayar pelacur ketika usia 13 tahun apabila tidak berjaya mendapat perempuan yang 'percuma'.

Itu antara sebab mengapa kami segera keluarkan anak-anak kami dari sekolah biasa yang mana guru-guru pun sudah tidak tahu bagaimana lagi mahu mencegahnya.

Kelahiran hanya berlaku sebaik sahaja organ reproduktif anak itu berfungsi, iaitu setelah mereka datang haid. Tanpa hanya merujuk kepada 2 kes yang dilapurkan ini, zina sebenarnya telah berlaku jauh lebih awal sebelum itu.

Kami menyeru ibu bapa agar SEGERA BANGKIT memperbetulkan tadbir urus rumahtangga, khususnya dalam hal mencegah gejala zina sejak anak berada di tadika lagi.

Dalam kes ini, jika anak ini melahirkan ketika darjah 5, bilakah anda rasa hubungan seks itu sudah bermula? Sama-samalah kita fikirkan.

Sudah tiada gunanya lagi kita meraung menuding jari kepada pihak sana dan sini. Jika kita tidak boleh ubah pihak tertentu untuk menyelamatkan anak-anak kita, maka mari kita ubah dengan cara kita pula.

Kes sebegini seharusnya mampu membuatkan kita mengaku kalah pada kehebatan aturan Allah. Segeralah berserah diri untuk buat ISLAH. Kini sedarlah kita mengapa mendekati zina sahaja sudah terlalu dilarang Allah…

WARGA PRIHATIN

P/S: Ini adalah ulasan umum dan tidak semestinya merujuk kepada 2 kes di bawah ini. Tiada kaitan dengan "mengaibkan" atau seumpamanya. Ini sudah soal sakit... bukan lagi cerita aib. Kita tiada masa lagi untuk merewang dan terlalu defensif sehingga memikirkan soal aib menyentuh gejala ini.

Menurut Akta Kanak-Kanak dalam Undang-undang Malaysia, jika budak perempuan masih di bawah umur, walau pun dia rela dan tersua-sua, ia tetap di klasifikasikan sebagai ROGOL.

* * * * *
BAHAU : Budak perempuan berusia 11 tahun melahirkan bayi lelaki di klinik swasta di Bahau, 8 pagi tadi.

Sumber berkata, budak perempuan itu tinggal bersama neneknya mengadu sakit perut sebelum dibawa ke klinik di Bahau.

"Sebaik tiba, doktor memakluman budak itu hendak bersalin. Pada masa sama, air ketubannya sudah pecah.

"Belum sempat dibawa ke Hospital Jempol, dia melahirkan bayi lelaki dalam keadaan songsang.

"Bayi seberat lebih satu kilogram dilahirkan dalam keadaan sihat dan dua beranak itu dibawa ke Hospital Jempol sebelum dirujuk ke Hospital Tunku Ampuan Najihah Kuala Pilah," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.

"Tiada tangkapan dibuat setakat ini, tetapi kita sudah mengenal pasti TEMAN LELAKI budak perempuan itu," katanya. - HARIAN METRO

* * * * *
KUANTAN : Polis BONGKAR Cerita Sebenar Hubungan TERLARANG Murid 11 Tahun Dengan Lelaki 22 Tahun Sehingga Melahirkan Anak...

Kanak-kanak terbabit selamat melahirkan bayi lelaki (tak cukup bulan) seberat 1.9 kilogram di Pusat Bersalin Risiko Rendah, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, awal pagi Selasa.

Hasil siasatan polis mendapati, pasangan muda itu pernah terlanjur ketika berada di sebuah rumah kosong di Panching, bagaimanapun alamat lokasinya tidak diketahui.

Susulan itu, polis menahan TEMAN LELAKI kanak-kanak itu yang berada di perkarangan HTTA pada jam 5.10 petang pada hari yang sama bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Difahamkan, gadis yang berusia 11 tahun yang tercicir dalam persekolahan itu, dihantar oleh seorang wanita yang dipercayai ibu kepada teman lelakinya ke HTAA kerana sakit hendak bersalin.

Setelah selamat melahirkan bayi, pihak hospital mendapati gadis itu masih di bawah umur dan belum berkahwin. Ekoran itu, pihak hospital tampil membuat laporan polis. – THEHYPEMEDIA.COM