"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sultan sampaikan signal positif, Nizar akan segera menghadap

Perak tak stabil selagi tidak ada p/raya

Bekas Presiden Majlis Peguam,  P. Cumaraswamy berkata kekecohan di DUN Perak semalam adalah amat memalukan untuk sebuah negeri di bawah naungan seorang Sultan yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara.

Sultan Azlan Shah “telah berpeluang mengelak segala kekecohan ini jika baginda telah membubarkan dewan dan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan negeri yang baru, selaras dengan prinsip demokrasi,” kata Param.

“Istana tidak hanya harus bebas dari campurtangan dalam politik tetapi mesti juga dilihat sebagai berbuat demikian,” tambah beliau.

Param berkata Barisan Nasional telah bertindak dengan tergesa-gesa mengadakan sidang DUN itu walaupun pertikaian siapa Menteri Besar yang sah belum diputuskan oleh mahkamah.

“Bagaimana jika Isnin ini, mahkamah memutuskan Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sah,” tanya Param.

“Dan jika Zambree pula dilantik, sudah tentu tanggapan yang timbul ialah keputusan itu dipengaruhi oleh sidang dewan berkenaan,” kata beliau.

Param berkata kekecohan semalam membuktikan kestabilan politik tidak mungkin kembali ke Perak selagi Sultan tidak membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya negeri di adakan.

Berikut artikal penuh Param Cumarasamy yang pernah berkhidmat sebagai penyelaras Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai kewibawaan hakim dan peguam. 

-TVAntara.com.my-

Laporan Polis Terhadap Keganasan Polis


   

Mereka di sembur dengan semburan lada, baju rasmi Dewan Undangan Negeri dikoyakkan, perut dipijak dan belakang dicalar. 

Inilah gambaran yang diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah mengenai keganasan pihak terhadap ahli-ahli yang berhormat daripada Pakatan Rakyat.

Tindakan ganas dan tidak bertamadun mereka bukan terhenti di situ sahaja malah Yang Dipertua Dewan V. Sivakumar juga diheret keluar dan dikurung dalam bilik setor apabila beliau mempertahankan maruah dan integriti institusi DUN.

"Apa yang berlaku adalah sesuatu yang tidak bertamadun dan mencalarkan imej negara bukan sahaja di mata rakyat Malaysia tetapi pada pandangan masyarakat dunia.

"Kira-kira 100 anggota menceroboh masuk ke dalam DUN dan melakukan keganasan terhadap ADUN-ADUN Pakatan rakyat. Inilah bentuk "demokrasi" yang diamalkan oleh Umno dan Barisan Nasional dan saya kira semalam demokrasi dibunuh oleh BN," tegas Drs Idham Lim lagi.

Sehubungan itu pagi tadi ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming telah membuat laporan polis di IPD Ipoh terhadap kekecohan yang dilakukan oleh Barisan Nasional dengan membawa masuk polis ke dalam DUN.

Drs Idham Lim berkata setiap ADUN Pakatan Rakyat akan juga membuat laporan polis secara individu kemudian.

"Ini sahaja cara yang tinggal kepada kami untuk mempertahankan institusi demokrasi daripada keganasan yang dilakukan polis terhadap kami.

"Kami daripada Pakatan Rakyat sentiasa menghormati undang-undang dan tidak akan mencabuli undang-undang tetapi malangnya kita lihat semalam undang-undang di cabuli sesuka hati oleh pihak polis," beliau berkata.

Beliau juga berkata apa yang dilakukan oleh BN dengan melantik Speaker adalah tidak sah dan dengan itu juga sidang DUN tidak berlaku semalam.

"Speaker telah memberi beberapa arahan termasuk arahan keluar kepada tiga ADUN yang meletak jawatan serta Zambry dan enam ADUN BN tetapi mereka enggan. oleh itu sidang s
ebenarnya tidak berlaku kerana BN telah merampas kuasa Speaker yang sah,"  jelas ADUN Titi Serong itu lagi.

-TVAntara.com.my-

Usaha Menjatuhkan Ahmad Said Berterusan

Politik Terengganu bakal bergolak lagi setelah senyap seketika apabila pucuk pimpinan Umno diberitakan bakal menurunkan Datuk Ahmad Said daripada jawatan Menteri Besar yang kini disandangnya dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri PAS Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi pertikaian politik Umno Terengganu di antara kumpulan yang menyokong kepimpinan Datuk Ahmad dan kumpulan yang menyebelahi bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh sudah sukar dibendung dan mampu menjejaskan kerajaan dan pentadbiran awam negeri sekiranya ia berterusan.

"Mungkin atas alasan itu pucuk pimpinan Umno mahu melihat perubahan di dalam kepimpinan kerajaan negeri dan saya difahamkan ia akan berlaku dalam masa dua tiga minggu lagi.

"Umno Terengganu sudah berpecah kepada dua tiga kumpulan yang bermusuhan dan ini memberi kesan mendalam terhadap keberkesanan Datuk Ahmad sebagai Menteri Besar. Sukar baginya menjalankan tugas apabila kepimpinanannya sentiasa diganggu gugat oleh kumpulan Idris Jusoh dan beliau pula tidak disenangi oleh ramai kakitangan perkhidmatan sivil Terengganu disebabkan oleh sesetengah tindakan dan dasarnya," jelas Dr Syed Azman ketika dihubungi TV Antara.

Pertukaran Menteri Besar yang bakal berlaku juga adalah sebahagian daripada strategi penyelesaian Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang baru, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Ahmad dalam rombakan kepimpinan Umno negeri baru-baru ini tambah Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS itu.

Walau bagaimanapun disebabkan Datuk Ahmad adalah pilihan Sultan Terengganu dan bukannya calon Umno maka pucuk pimpinan parti perlu mendapat restu istana sebelum menggantikan beliau.

Sekiranya pihak istana masih mahukan perkhidmatan Datuk Ahmad ini mungkin menyukarkan lagi usaha memulihkan kemelut politik Umno di negeri itu.

ADUN Jabi, Ramlan Ali berkata masalah yang timbul ialah kegagalan Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sesetengah wakil rakyat Umno.

"Mungkin Menteri Besar terlepas pandang untuk menyelesaikan beberapa masalah ADUN jadi yang kecil lama-lama jadi besar ibarat kudis menjadi bisul, parahlah.

"Saya rasa masalah ini boleh selesai kalau diadakan perjumpaan dan penjelasan mengenai apa saja masalah yang timbul," jelas beliau lagi.

Sehingga kini ramlan berkata Menteri Besar belum lagi menunjukkan tanda-tanda untuk membuat perbincangan dengan ADUN-ADUN yang bermasalah dengan beliau.

Antara nama-nama yang disebut sebagai Menteri Besar baru Terengganu termasuk Datuk Abdul Rahin Mohd Said, ADUN Teluk Pasu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan Negeri, Datuk Mohamed Awang Tera, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan Dan Koperasi Negeri merangkap ADUN Cukai dan Alias Abdullah, ADUN Alor Limbat.

Dalam pada desas desus pertukaran Menteri Besar timbul pula kemungkinan beberapa ADUN BN Terengganu melompat menyertai PAS.

Ini berdasarkan kenyataan Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang mendedahkan beberapa ADUN BN telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan Umno dan menyertai PAS.

"Kita sedang berunding dengan wakil rakyat berkenaan dan setakat ini Alhamdulillah ada reaksi positifnya untuk PAS. Mereka sudah melihat kemampuan PAS untuk mengganti Umno sebagai tunggak utama orang Melayu dan Islam di negara ini," beliau dilaporkan berkata dua hari lalu.

-TVAntara.com.my-

Konspirasi Menyingkirkan Sivakumar : BN menganggap Telah Berjaya

  
BN rancang sidang hanya untuk singkir Sivakumar , dakwa Khalil Idham
Wan Nordin Wan Yaacob 
IPOH, 8 Mei (Hrkh)
 - Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak yang diadakan semalam tanpa menunggu sebarang keputusan Mahkamah hanyalah helah BN untuk menyingkirkan Speaker Dun yang sah, V.Sivakumar.

Demikian telahan Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah ketika ditemui di Badanb Perhubungan PAS Perak selepas sidang kontroversi Dun Perak semalam.

BN katanya sengaja beberapa kali melengahkan perjalanan sidang, menafikan hak Sivakumar membuat arahan dan keputusan selaku speaker yang sah.

Malah sidang yang boleh disifatkan sebagai satu lagi usaha rampasan kuasa itu turut menggunakan polis bagi menekan Pakatan Rakyat, ujarnya.

Kata Khalil Ihdam lagi, polis sengaja dibiarkan menceroboh dengan jumlah yang sangat besar sehingga 400 orang semata-mata membantu untuk mengusung Sivakumar keluar dari kerusi Speaker dan menyorokkan Speaker itu di dalam stor tingkat dua.

Dalam pergelutan adun-adun Pakatan Rakyat mempertahankan Sivakumar, ramai yang dikasai polis dan akibatnya ada yang dipijak polis, katanya.

Beliau sendiri bergelut dengan polis menyebabkan ditarik keluar dengan cara yang paling tidakj bertamadun dan menyedihkan, katanya.

"Saya sebut nama Allah, Allah,cukup kuat tekanan ketika itu dan saya dihentam polis, ditolak dan tarik saya keluar, kita tidak mengalah tetapi sampai bila kami nak begelut, inilah kaedah BN dalam menidakkan demokrasi kepada kami,"katanya kesal.

Justeru kata Khalil Idham, secara keseluruhannya sidang pada hari tersebut adalah satu usaha dan bukti, satu hasrat untuk rampasan kuasa kerusi Speaker.

"Tindakan beberapa kali penangguhan itu dirancang untuk S.Ganesan (Wakil MIC bukan Adun) duduk di kerusi Speaker," katanya.

Sehubungan itu Khalil Idham menyifatkan tindakan itu satu perancangan yang dilakukan oleh BN untuksingkair dengan cara yang tidak beretika, ujarnya. 

Gambar Penderhaka Sedang Mengancam Raja Muda?

Penyokong-penyokong pakatan rakyat mentafsirkan gambar ini bahawa DS Nizar sedang menceritakan kepada Raja Nazrin Shah bagaimana Zambry dan 40 orang penyamun telah melarikan Speaker DUN.Bagi penyokong Umno/BN mereka mungkin nampak bahawa seorang penderhaka sedang cuba mengancam keselamatan Raja Muda Perak. Agaknyalah .......kik..kik..kik.

Di Celah-Celah Kesibukan Kilang: Demi Anak (Warga kilang)

Adam Yew
(Email diterbit tanpa edit)

Sekarang jam 10:50 mlm 30 April 2009. Tadi, lebih kurang jam 8:30 mlm selepas berkumpul lepas maghrib di Masjid Seb Jaya, P Pinang; bersama-sama dengan 3 orang sahabat dari NGO Wargakilang.com kami bertolak ke rumah Flat PPR Bagan Ajam, Butterworth.

Saya tak berapa tau sangat kisah keluarga yang kami nak ziarah ini, tapi 3 org rakan saya ini memang beria-ria sangat mengajak saya ke sana. Dalam perjalanan, saya tanya sahabat saya sdra Shukri (kilang Seagate) apa cerita keluarga ini? mcm mana boleh tau kisah depa ni?

Shukri habag, baru-baru ni dia tengah rush nak masuk bank, Maybank kat Seb Jaya nak masuk duit jual keta; waktu dia tengah dok kelam kabut tu, tiba-tiba ada sorang hamba Allah mai bagi salam kat dia, minta tolong.

Shukri tanya nak minta tolong apa?

Hamba Allah tu kata:

"Saya bukan nak minta duit bang, cuma....(dlm nada tersekat-sekat)..cuma...kalau boleh nak minta Abang tolong beli SUSU kat anak saya ini!!" (sambil dok tunjuk kat anak dia - pompuan 2 tahun setengah yg dia tengah dok dukung itu).

Sdra Shukri yg merupakan salah seorang AJK NGO Wargakilang, yg mana beliau sendiri merupakan antara yang paling aktif dlm kerja-kerja kemasyarakatan bersama NGO ini, terus jadi terkedu.

Dah beratus kali dah rasanya dia masuk kampong memberi bantuan kpd fakir miskin bersama-sama dengan rakan-rakannya drpd berbagai jenis kilang di belah utara ini, belum pernah lagi dia berjumpa dengan org-org susah yang sampai ke tahap terpaksa tahan orang di pintu masuk bank semata-mata nak minta orang tu tolong pi beli SUSU kat anak dia. Ini dah kira kes kronik ni.


Kata Shukri:
"Aku sedih sungguh, aku jadi terkejut, jadi tergamam tak tau nak buat apa"

Shukri suruh hamba Allah itu, namanya Roshidi tunggu sat bagi dia settle masuk duit kat bank dulu.. Habis settle dengan urusan bank, Shukri terus bawa sdra Roshidi ini dan anak pompuan dia tu, pi kedai beli susu dan beberapa barangan keperluan rumah, terus hantar depa balik dengan keta 4X4 dia tu.

Sdra Roshidi ni tak dak mutu tak keta, mai dengan BAS saja!

Seorang sahabat saya dlm keta tu, sdra Aznee dari kilang INTEL dah pun dengar kisah sadis ini drpd Shukri sendiri, jadi mlm tadi dia dah ready dah bawa mai beberapa tin Susu Dumex Dugro dan juga dua kampit beras 10 kg dan beberapa tin biskut serta makanan kering untuk keluarga sdra Roshidi ni.

Saya kata, tat pa lah, nanti sampai rumah dia kat Bagan Ajam tu, saya tanya lah dia sendiri apa kisahnya.

Bila dah sampai ke rumah tu, di tingkat 4 Flat PPR Bagan Ajam, bila dah masuk ke dalam, bila tengok dan jumpa sendiri sdra Rashidi dan anak perempuannya yang dua tahun 1/2 tu, dan adik2 sdra Rashidi termasuk seorang OKU yg ditanggungnya serta ibu yg yg sudah tua dan ayah tirinya yang mungkin cuma menanti hari, bila melihat suasana dalam rumah tu seperti tiada "roh" kehidupan di dalamnya, saya pandang Wahab dan Wahab pandang saya. Masing-masing tak tau nak kata apa.

Sdra Rashidi mengambil upah mencuci kontena, dapatlah sikit-sikit habuan makan minum, bayar sewa, api air dan belanja persekolahan adik-adiknya.
Masalahnya, Ujian hidup yg sedang dihadapi oleh beliau terlalu gawat - anak kecil yg perlu dijaga sedangkan isteri (? - sembunyi dlm bilik dikatakan beliau ada masalah "tekanan"), ibu tua yg tiada kerja dan ayah tiri yg tiada upaya, adik lelaki darjah 4 OKU, kemudian dibeban pula dengan adik pompuannya (Ibu Tinggal? yg nampak mcm ada masalah "tekanan") yg juga punya seorang anak kecil tinggal bersama. Daripada pandangan mata kasar, kami melihat hampir kesemua yg ada dlm rumah itu seolah-oleh sedang dihurung tekanan kecuali sdra Rashidi yang nampaknya begitu tenang menghadapi keadaan, mungkin kerana pegangan agama beliau agaknya.

Apabila diminta cerita kisah beliau bertemu dgn sdra Shukri secara tak sengaja di hadapan bank tempoh hari, sdra Rashidi habag kata hari tu di rumah beliau terputus bekalan. Beliau nekad bawa anak pompuannya tu, ambik bas nak pi cari duit sikit. Lajak pi bank - sebab katanya insyaallah ada sikit wang Advance Gaji drpd majikannya untuk belanja keperluan. Dalam pencarian itu, beliau turun SOLAT maghrib di masjid seb jaya. Dari situ beliau menumpang keta seorang hamba Allah turun di Maybank. Di situlah beliau ditakdirkan berjumpa dgn sdra Shukri.

On the way back, Shukri cerita:
"Aku bukannya apa, aku naik kesian kat anak dia tu, dia habag sebab tak dak duit nak beli susu dia pi beli minuman kotak jenis Ribina ka apa bagi anak dia minum. Tak sampai hati aku tengok budak kecik tu dok minum minuman kotak ganti SUSU!"

Entahlah, sdra Rashidi ni memang nampak sungguh segan dengan kedatangan kami itu sebab saya lihat secara AZALI nya beliau bukan jenis yg suka meminta-minta. Dia ada cakap kat saya mcm dia rasa terhina dan segan sungguh bila Ayah Tiri dia yg tua tu selalu saja jiran-jiran kat rumah flat tu tolong bagi makan. Dia kata, sebagai anak, apa pun terjadi, itu adalah tanggungjawab beliau untuk cara makan/minum ayah mak dan adik-adik serta anak beliau.
Saya kata tak payah seganlah, kita kena ingat bahawa apa yang berlaku malam ini semuanya sudah ditulis oleh ALLAH SWT dlm Loh Mahfuz sebelum kita ini semua lahir lagi. Saya kata, ini semua kerja Tuhan, Tuhan dah tulis dah bahawasanya pada malam ini jam 9:16 mlm 30 April 2009 akan ada 4 orang lelaki entah dari mana-mana yang beliau tak kenai, akan mai rumah dia bawa mai susu Dumex Dugro, beras 10kg 2 kampit dan serba sikit makanan untuk keperluan keluarganya.

Saya ulang kata, ini semua adalah kerja Tuhan. Rezeki ini dah ditulis dah atas nama beliau, tak perlu segan. Beliau nampaknya faham tapi nampak masih segan.

Waktu nak turun Lift, sdra Shukri cakap:

"Munir, hg tolong habag kat sapa-sapa yg teringin nak mai bagi sumbangan kat depa ini, jangan la mai waktu siang. Aku mai siang hari tu, bila jiran-jiran dok tengok, Rashidi tu nampak malu dan segan sungguh. Walau pun dia susah, tapi dia bukan jenis yg suka dok minta-minta. Yang dia minta kat aku di bank hari tu - yang itu kira paling teruk dah, sebab dia tak tau nak buat apa dah, anak tak dak SUSU nak makan, dia sanggup perjatuhkan maruah dia demi ANAK!!"

Maka dengan itu, kami mengharapkan, kalaulah ada mana-mana kawan di Pulau Pinang khususnya yang ada duit belanja dapur sedikit berlebihan, ada masa belilah susu Dumex Dugro setin dua dan juga brg2 asas seperti beras, gula, minyak, tepung dsg; cuba-cubalah pi jenguk keluarga daif ini di no A4-1-3 Flat Thambi Kecik, Bagan Ajam. Moga kerja buat kalian itu, memetik kata sdra Rashidi kpd kami tadi:

"Hanya ALLAH SWT sahajalah yang mampu membalasnya"

Wallah hu aklam

moniermatdin
30.4.09

Adam Yew Abdullah

Orang PAS Parit Buntar tak reti pilih pemimpin!!

 Mesyuarat Agung PAS Kawasan Parit Buntar dah selesai minggu lepas. Keputusannya macam yang aku dah paparkan sebelum ni. Memang ada sikit kejutan bila YB Khalil Idham Lim tewas tipis kepada aktivis parti.

Mesyuarat AJK yang pertama pun dah selesai Sabtu tadi dan dah pun buat keputusan yang aku pun dah publish.

Berdesing jugak telinga aku bila ada kawan-kawan yang duduk luar Parit Buntar cakap kat aku macam tajuk atas tu kat aku. Walaupun aku hampir tak terlibat langsung dalam membuat keputusan tu tapi jangan la cakap ikut sedap mulut, aku pun orang PAS Parit Buntar jugak.

Ramai kawan-kawan yang tanya aku: "Pasai apa jadi macam tu?"

Jawapan mudah aku "Dah ramai yang tak undi dia dari yang undi dia, kalah la, kalau ramai yang undi dia dari yang tak undi dia saheh la dia menang"

Depa tanya lagi: "Awat boleh sampai jadi macam tu?"

Aku: "Demokrasi memang la macam tu, 'every votes count'"

Ada yang sambung lagi: "Maksud aku, cerita disebaliknya?"

Aku: "Suka ka tak suka, keputusan dah pun perwakilan buat. Aku suka melihat dari sudut positif. Setiap perwakilan mesti ada alasan sendiri, walaupun sekadar ikut nasihat kawan ka ataupun sekadar suka-suka, tapi masih jugak kena diterima sebagai alasannya. Kita mungkin tau apa yang perwakilan tak tau dan kita mungkin tak tau apa yang perwakilan tau."

Ada pulak yang tambah lagi: "Rugi la, dia kan wakil rakyat kita!"

Aku: "Rugi atau tak lebih bergantung kepada kerja buat kita lepas ni. Kalau kita bertindak mengikut arus untung kita berpeluang untuk untung tapi kalau kita ikut arus rugi jangan salahkan orang lain kalau kita rugi."

Ada pulak lagi yang tambah: "Keputusan tu menunjukkan yang PAS Parit Buntar tak terima orang yang rakyat terima."

Aku: "Itu persepsi dari sudut negatif yang mungkin timbui. Aku suka melihat dari persepsi lain. Mungkin cawangan kesian kat dia. Satu Malaysia tau dia memang sibuk; mula-mula menang, nak kena menyesuaikan diri dengan keadaan baru; lepas tu jadi kerajaan, kena membantu kerajaan terutama sebagai wakil PAS yang memang sikit dan dilantik pulak jadi Ketua BBC; lepas tu pulak kerajaan dirampas, perlu pulak menjadi salah seorang juru cakap utama, nak kena pusing satu Malaysia."

Aku: "Mungkin perwakilan tengok dia kekurangan masa untuk menyusun, menggerakkan dan memantau aktiviti dalaman parti dalam usaha untuk memperkukuhkan parti. Jadinya mungkin perwakilan berniat nak mengurangkan sikit bebanan yang terpaksa dia tanggung"

Aku: "Kurang sikit bebanan dia pasai tidak perlu bertanggungjawap sepenuhnya mengepalai, merancang, mengerak dan memantau sepenuhnya dan dia masih boleh bagi input bergantung kepada keizinan dari segi masa."

Ada pulak sorang ahli PAS yang nakai tambah: "Ni mesti kalah pasai ada orang fitnah dia ni"

Aku: "Hang ada bukti? Hang ada saksi? Tak kira belah mana, tuduhan ka, fitnah ka, kalau takdak bukti jangan seronok-seronk cakap. Jangan kita pulak suka-suka cakap apa yang kita suka sampai tak sedar kita jadi balaci kepada orang yang memang seronok tengok PAS hancur."

Aku: "Kalau setakat cakap orang tolong bagitau sapa perawi dia, kut-kut aku kenai, boleh kita sama-sama check sifat dia, jenih boleh pakai ka jenih ular ayaq. SB Umno memang ramai dok buat kerja macam ni."

Aku: "Dah sampai bab tu, saja la aku nak tanya. Kita dok sembang lama jugak dah, dari dulu hang mengaku ahli PAS tapi pasai apa aku check nama hang takdak?"

Sorang ahli PAS yang nakai: "Hang chek kat sini memang la nama aku takdak, aku ahli kat cawangan kampung la."

Aku: "Ish!! Hang ingat PAS ni koman sangat ka? La ni zaman semua benda boleh check online la. Jangan cakap banyak, bokmai sini no IC hang kut-kut yang aku dapat dulu tu aku silap salin, bagi no lama sekali"

Sorang ahli PAS yang nakai: "Bila pulak aku pernah bagi kat hang no IC aku?"

Aku: "Aiii! Jangan la pandang PAS ni lekeh sangat, Takat nak cari no IC apa sangat. Hang ni SB Umno kut"

 MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA 

 

Cenangau 
http://cenangau.blogspot.com/

TG Nik Aziz beri kebebasan anak bersuara

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau memberi sepenuh kebebasan kepada anak lelakinya, Nik Abduh untuk terus memberi pandangan termasuk dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan parti.

Menteri besar Kelantan itu mengakui beliau ada menegur Nik Abduh berhubung tulisannya dalam blog http://nikabduh.wordpress.com yang menyentuh soal parti baru-baru ini.

Bagaimanapun, Nik Aziz menegaskan, anaknya itu seorang yang terpelajar dan tahu selok belok PAS kerana terlibat secara langsung dalam parti sebagai timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, lapor Bernama.

nik mohd abduh nik aziz"Terpulanglah pada Nik Abduh. Saya tegur dia satu (perkara). Saya beritahu dia, tapi saya tak nak sebut di sini. 

"Pergilah tanya dia. Dia (Nik Abduh) ada ilmu, dia belajar di luar negeri, dia juga terlibat dengan politik, dia jadi Timbalan Ketua Pemuda Negeri, dia ada ilmu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan keras Nik Abduh terhadap beberapa pihak dalam parti termasuk para pembantu bapanya yang didakwa memberikan gambaran dan nasihat yang salah dalam isu politik.

Ini termasuk isu cadangan kerajaan perpaduan antara BN dan PAS serta apa yang dianggap sebagai usaha melaga-lagakan Nik Aziz dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ekoran tulisannya bertajuk 'Kerja-Kerja Bodoh Dalam PAS', Nik Abduh yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pengkalan Chepa turut dipanggil ke tribunal Dewan Ulama PAS oleh Dewan Pemuda PAS Kelantan bagi memberikan penjelasan.
-malaysiakini-

Nizar dan Khalil beri taklimat di Pejabat PAS IPOH.



Setelah sempat pulang ke hotel penginapan dan checkout sekitar jam 6.00 petang saya bergegas ke Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak untuk bertemu dengan pimpinan dan ahli PAS yang sudah lebih awal. Saya juga diberikan kesempatan untuk menceritakan keadaan yang sebenar didalam dewan negeri yang telah dicemari oleh BN.


Sesampai saya di sana YAB.DS. Nizar sedang memberikan taklimatnya berkaitan dengan Sidang Perak . Antara kandungan taklimat kami yang dicatat dalam blog Intanhijau seperti berikut :

Satu sidang media telah diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, di Ipoh Raya petang tadi. Sidang yang diadakan berkenaan perkembangan persidangan DUN Perak telah disampaikan oleh YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar, YB Drs. Khalil Idham Lim serta pimpinan lain seperti Dato' Husam Musa ,Ustaz Ahmad Awang, YB Dr. Hatta Ramli, Sdr. Mustafa Kamil Ayob, YB Dr. Lo' Lo' Dato' Ghazali, YB Salahuddin Ayub serta Dr. Khairuddin.

Antara isi sidang media ialah :

Pihak Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf Speaker Haram, Ganeson

PR akan terus berusaha melalui Sultan Perak memohon agar DUN Perak dibubarkan

Kira-kira 400 orang polis telah masuk ke dalam dewan melakukan keganasan di dalam dewan yang mulia

Kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat telah dikasari dan dizalimi

ADUN Aulong, seorang OKU tidak ketinggalan diangkat oleh anggota polis secara kasar
Ada ADUN yang telah dipijak perut dan sebagainya kerana mempertahankan speaker Sivakumar

Peranan jahat SUK memasukkan SB-SB ke dalam dewan yang mulia

Pimpinan PR akan segera turun ke kawasan memberi penerangan kepada rakyat tentang isu ini

Speaker Sivakumar telah diheret dan dikurung di dalam stor bangunan dewan selama satu jam

Titah ucapan Raja Nazrin menyentuh aspek rangsangan ekonomi dan langsung tidak menyentuh isu politik Perak.

Umno membalas dosa-dosa Khairy

Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my 
SUDAH jatuh ditimpa tangga. Itulah malangnya nasib yang menimpa manusia bernama Khairy Jamaludin Abu Bakar, Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

Pengunduran secara terpaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, mengundang bala yang lebih buruk buat Khairy, selepas setahun ditempelak oleh orang-orang Umno dan parti-parti komponen Barisan Nasional, sebagai antara punca utama kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum 2008.

Sementara kuasa yang besar diberikan kepada Abdullah, Khairy didakwa orang-orang Umno sebagai anak muda yang bongkak, menguasai parti dan kerajaan.

Orang-orang Umno begitu marah dengan Khairy apabila mereka yang jauh lebih berpengalaman terpaksa tunduk kepada 'budak mentah', sebagaimana tuduhan bekas PM, Tun Mahathir Mohamad.

Khairy walaupun suatu ketika mempunyai 'kuasa yang amat besar' dengan menguasai parti dan kerajaan, kini dianggap liabiliti dan sampah oleh orang-orang Umno selepas pengunduran bapa mertuanya.

Ternyata Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung bulan lepas merupakan satu lagi mimpi ngeri buat beliau.

Walaupun menang sebagai Ketua Pemuda menewaskan dua pencabar lain, namun kemenangan itu tidak menjanjikan apa-apa buat beliau.

Khairy bukan sahaja tidak berpeluang menjadi Menteri, malah kononnya diberikan tugas untuk memulihkan sokongan golongan muda terhadap Umno.

Khairy kononnya diamanahkan untuk membuat kerja-kerja besar dan harus membuat penumpuan penuh tanpa perlu memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan.

Hakikat yang berlaku sebaliknya. Khairy ternyata tidak mampu bergerak dalam Umno. Kepercayaan terhadap beliau bukan sahaja tiada dalam Umno, malah anggota komponen BN pun tidak berminat dengan beliau.

Khairy bakal menghadapi kegagalan kerana pertama; Era beliau berkuasa sudah berakhir, kedua; Pemuda Umno berpecah tiga dan tidak mengiktiraf kepimpinannya, ketiga; Pemuda BN khususnya MCA dan Gerakan begitu skeptikal terhadap beliau, dan keempat; Beliau sedang dihukum oleh golongan anti Abdullah dalam Umno.

Malah lebih buruk lagi bukan sahaja Khairy dihukum, orang disekeliling khairy turut menerima tempias yang sama.

Sama ada kroni, pegawai, rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang terkait dengan Khairy sewaktu Abdullah berkuasa, sedang menerima hukuman yang sama daripada orang-orang Umno.

Menurut sumber, masa depan Khairy dalam Umno begitu gelap. Begitu juga dengan juak-juaknya. Mereka kini dianggap sampah yang hina dalam Umno.

Walaupun ada di antara yang bertugas dengan profesional dan dianggap mempunyai kualiti yang baik, namun nasib malang yang bakal menanti mereka kerana dikaitkan dengan Khairy.

Sekarang inipun khabarnya, juak-juak Khairy yang mengerumuninya semasa di puncak kuasa dahulu, sudah semakin menyusut.

Mereka terpaksa meninggalkan Khairy kerana 'sudah tidak boleh cari makan' dalam suasana gelombang penolakan terhadap Abdullah terlalu tinggi.

Khairy sepatutnya sudah memahami dengan jelas isyarat yang ditunjukkan oleh orang-orang Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, sejak sebelum Perhimpunan Agung Umno lagi.

Rakan-rakan dalam syarikat besar yang menguasai media sudah tidak memandangnya lagi, juak-juak di GLC sudah dicantas satu persatu.

Walaupun mungkin anak muda yang secerdik Khairy, berkelulusan dari universiti terkemuka di luar negara, mahu menabur bakti dengan ikhlas dalam Umno.

Namun bagi Umno, kelulusan tinggi tidak penting, keikhlasan tidak bernilai, yang penting hanyalah restu dari Najib. 

Khairy semakin tersisih. Disisihkan oleh Najib dan kroni-kroninya, dijauhi oleh bekas juak-juaknya kerana 'takut terpalit najis' daripada Khairy.

Bekas juak-juak Khairy ini tiada bezanya dengan perangai kebanyakan pemimpin ahli Umno, yang hidup mereka berprinsipkan lalang, tiada pendirian dan hanya mengikut arah mana angin bertiup.

Khairy akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa sokongan yang diterimanya selama ini hanyalah kerana beliau menantu kepada PM yang berkuasa dalam negara.

Sekarang ini Khairy siapa? Tiada pelindung, tiada pendukung. Malah beliau sentiasa tersisih dari arus perdana Umno.

Khairy makin tersisih kerana selepas Abdullah tiada, beliau tidak diperlukan lagi.

Jelas, Najib mahu pemerintahan dan kuasa yang bebas daripada bayang-bayang Abdullah. Najib ternyata lebih selesa dengan Mahathir berbanding Abdullah.

Selain orang-orang Najib yang memusuhi Khairy, Mahathir dan juak-juaknya juga sedang menunggu masa yang sesuai untuk mencantas Khairy.

"Hendak membunuh karier politik (Khairy) bukan susah, Isa Samad (Tan Sri) yang menang Naib Presiden dan jadi Menteri pun boleh dibuang dan dikenakan hukuman akibat mengamal politik wang, dalam Umno apa sahaja boleh berlaku," komen seorang penganalisis politik.

Apalah malangnya Khairy sehingga dihukum sedemikian rupa. Apalah besar sangat dosa-dosa Khairy terhadap Umno sehingga ianya kelihatan amat sukar diampunkan.

Pada waktu ini Khairy kelihatan amat tersepit kerana dalam Umno masa depannya sudah tiada, jika tekanan berterusan, beliau seharusnya menimbangkan secara serius untuk berhijrah menyertai Pakatan Rakyat.

Pada tahap ini ramai yang tertanya-tanya, apakah Abdullah hanya melihat sahaja Khairy diperkotak-katikkan oleh Umno?

Krisis politik di Perak mulai tempias ke Terengganu

M Faqih 
KOTA BHARU, 7 Mei (Hrkh) - Ketika tumpuan seluruh negara terarah ke Perak di mana kemelut politik sedang berada di kemuncak, tiba-tiba dikejutkan pula berita wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan meninggalkan parti mereka di beberapa tempat.

Kalau sebelum ini ramai mempersendakan agenda 16 September 2008, yang berakhir tanpa kenyataan.

Namun situasi yang berlaku sekarang tidak dapat dinafikan begitu sahaja.

Ramai melihat pergolakan rumah tangga Umno menjadi faktor penolak dari dalam. Keadaan menjadi lebih cepat apabila ada faktor penarik pula dari luar Umno.

Krisis keyakinan yang melanda Umno di Terengganu tiada penghujungnya biar pun Dato' Seri Hishamuddin Hussien dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.

Menurut sumber pelucutan jawatan Dato' Ahmad Said sebagai pengerusi perhubungan sebelum ini dikatakan ada hubungkait dengan peranan dimainkan bekas Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh.

"Biar pun Ahmad dilantik sebagai timbalan pengerusi perhubungan namun hakikatnya kuasanya dikurangkan sedikit demi sedikit.

"Tanpa mengambil kira pelantikan Menteri Besar sekarang atas kehendak istana sudah tentu kedudukan Ahmad tidak lagi selamat," katanya di sini.

Namun kata beliau apa yang jelas berlaku di Terengganu sekarang Idris sudah mempunyai ruang untuk bangkit semula dengan pelantikan Hishamuddin.

Bagaimanapun Menteri Besar sekarang tidak akan membiarkan pengaruh Idris menular jauh seperti berlaku insiden pemulauan persidangan Dewan Undangan Negeri di kalangan Adun BN baru-baru ini.

Kata sumber terbabit berdasarkan kepada segala kemungkinan itu Ahmad boleh bertindak lebih jauh dan mungkin ia menyerupai apa yang berlaku di Perak sekarang.

Cuma yang membezakan krisis di Perak berlaku di antara parti yang berlainan, Pakatan Rakyat dan BN, sebaliknya di Terengganu pertembungan berlaku sesama Umno.

Semalam Naib Presiden, Dato' Husam Musa mendedahkan ada Adun BN menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti lama bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

"Kita sedang berunding dengan wakil rakyat berkenaan dan setakat ini Alhamdulillah ada reaksi positifnya untuk menyertai PAS. Mereka sudah melihat kemampuan PAS untuk mengganti Umno sebagai tunggak utama orang Melayu dan Islam di negara ini," katanya.

Sumber lain pula menyebut pergolakan dalaman Umno kini sudah merebak ke banyak negeri kerana wujud pertembungan secara senyap di antara kumpulan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Razak.

Pelantikan Dato' Mustapa Mohamed sebagai pengerusi Perhubungan Umno Kelantan dianggap sebagai proses 'kitar semula' semata-mata bagi melenyapkan pengaruh Abdullah di negeri ini.

"Saya yakin Tan Sri Annuar Musa dan kumpulannya tidak akan duduk diam dan pastinya akan berlaku pertembungan di Kelantan.

"Dan tidak dapat ditolak peristiwa lama di mana Mustapa pernah dipulau ketua-ketua bahagian yang pernah berlaku ketika beliau mengetuai Umno Kelantan akan berulang kembali," ujarnya. 

PAS tidak tertipu agenda media konvensional - Nik Aziz

 Salmah Mat Husain  KOTA BHARU, 7 Mei (Hrkh) - PAS tidak mudah tertipu dengan agenda media konvensional sekarang melaga-lagakan di kalangan pemimpin PAS menjelang muktamar bulan depan.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, gambaran yang diberikan seolah-olah PAS sedang menghadapi masalah besar hanya mainan media sahaja.

Katanya, golongan penulis yang sebelum ini tidak pernah menulis tentang PAS juga berminat berbuat demikian.

"Ini berlaku kerana mereka mencemburui PAS di samping mengakui parti itu telah berada di tengah-tengah masyarakat sehingga berjaya menenggelamkan Umno.

"Ini berlaku kerana mereka mencemburui PAS di samping mengakui parti itu telah berada di tengah-tengah masyarakat sehingga berjaya menenggelamkan Umno.

"Setiap kali berlaku pemilihan dalam parti sudah tentu ada pertembungan pandangan, namun ia perkara biasa," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil peserta kursus Tafaqquh Fiddin di Balai Islam, hari ini.

Menurutnya juga sejak awal lagi beliau tidak berminat mengadakan kerjasama dengan Umno termasuk melalui muqabalah kerana ia seumpama PAS menolak kereta rosak.

"Dan apabila kereta hidup, orang yang menolak kereta di belakang terus ditinggalkan.

"Itulah sebabnya saya tak mahu PAS bermuqaballah dengan Umno," ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS.

Ditanya mengenai tulisan anaknya Nik Abduh dalam blog yang merendah-rendahkan pembantu Menteri Besar beliau berkata, beliau hanya sekadar menegur sahaja.

Katanya, Nik Abduh ada hak untuk menulis dalam blog memandangkan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri dan mempunyai ilmu agama.

Beliau berkata, semua pandangan negatif atau positif diterimanya.

"Zaman Rasulullah saw dahulu ulama hanya baginda seorang sahaja, yang lain (sahabat nabi) semuanya profesional, tetapi lama kelamaan baginda menggabungkan ilmu profesional dengan ulama yang ada padanya.

"Akhirnya ilmu ulama dan profesional bercampur dalam satu tubuh seorang pemimpin dan inilah yang sedang dilakukan oleh PAS," katanya.

Kata beliau dahulu PAS hanya dipimpin ulama, namun kini dianggotai profesional yang berlainan latar belakangnya.

Menurutnya juga belajar ilmu Islam tidak semestinya di pondok atau sekolah agama, tetapi suasana setempat membolehkan golongan profesional menjadi Muslim sejati. 

Ketua AMK Sarawak Ditangkap Bantah Kekecohan Sidang DUN Perak

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Dominique Ng bersama 10 warga Sarawak di tangkap semasa mereka sedang berkumpul di Waterfront, Kucing pukul 9 malam semalam. Kehadiran mereka di situ dipercayai sebagai membantah dan menunjukkan kejelekan mereka terhadap apa yang berlaku di sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Kesemua mereka yamg ditahan telah di bawa ke balai polis Sentral Kucing demikian menurut laporan blog Tukar Tiub.

TVAntara.com.my-

Usah ungkit-ungkit lagi isu golongan ulama dan profesional dalam PAS – Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


Ditanya tentang tulisan blog Nik Abduh, Tok Guru Nik Aziz memberitahu beliau sudah menegur orang terbabit. Hendak cari orang yang tiada silap ini tiada. Orang yang tiada silap langsung ialah kaki lepak yang tidur sepanjang masa!

Ketika ditanya tentang bagaimana pula dengan isu 'Unity Government' yang timbul baru-baru ini, Tok Guru Nik Aziz menegaskan, tidak timbul lagi sekarang kerana Presiden PAS telah menarik balik cadangan tersebut.

KEWUJUDAN PAS dalam lanskap politik negara, tidak lagi dikesampingkan. Selepas 54 tahun, kini PAS mampu duduk sama tinggi dengan parti utama. Maka tidak hairanlah setiap kali menjelang muktamar, pelbagai polemik dicetus media. Ia bertujuan memperlihatkan kecamuk PAS dari luar. Antara isu yang sering dipanaskan mereka, berkaitan isu kepimpinan ulama, profesional dan terbaru, apa yang dikatakan 'Unity Government'. Bagi memndalami situasi sebenar berkiatan isu-isu tersebut, ikuti pandangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui Lanjusoh di Pejabat Menteri Besar Selasa lalu.

Nampaknya isu golongan ulama dan profesional dalam PAS diperdebatkan secara terbuka di media sekarang. Bagaimana Tuan Guru melihat situasi ini?

Sepatutnya tidak berlaku pengasingan di antara ulama dan profesional. Tetapi pengasingan berlaku juga hasil daripada penjajahan barat yang mengasingkan agama dan politik. Sampai kita terbawa-bawa dengan isu tersebut.
Bukan sekadar berlaku di Malaysia tetapi di negara Arab juga. Negara Arab dijajah Perancis. Penjajah mengasingkan agama dan politik. Mereka sebarkan kefahaman itu di sekolah sehingga ke universiti. Dan apabila penjajah pulang, negara bekas jajahan yang tidak kuat pengaruh agama terpengaruh juga menerima agama lain dan politik lain. Sedangkan agama dan politik adalah perkara yang satu tidak boleh diasing-asingkan.
Dalam al Quran, Allah Taala menyebut dalam surah Fathir ayat 27 yang bermaksud Allah turunkan air dari langit sehingga keluar buah-buahan dari perut bumi dengan bermacam warna dan beraneka rasa. Dan ayat 28 pula bermaksud orang yang gerun kepada Allah ialah ulama.
Ini bermakna ulama tidak bererti hanya mengajar fiqah sahaja tetapi pandai juga mentadbir. Misalnya air yang diturunkan dari langit ini ada kaitan dengan ilmu astronomi. Ulama kena tahu kedudukan langit. Hujan turun dari langit ke bumi. Air yang turun ditampung oleh udara menyebabkan hujan yang turun bertitik-titik dan tidak segumpal jatuh di atas kepala kita.
Ini bermakna ulama dan profesional adalah orang yang sama. Di Kelantan kita banyak buka pengajian agama. Dan sekarang kita buat Maahad Tahfiz Sains, di mana anak kita hafal al Quran dan tahu ilmu sains. Kita hendak lahirkan pelajar yang ada ilmu agama dan sains. Dan 20 atau 30 tahun akan datang penghulu kampung sehingga ketua jajahan dan menteri besar adalah mereka yang hafal al Quran dan tahu bidang sains.

Isunya, terdapat pendapat sesetengah pemimpin PAS menyebabkan penyokong peringkat akar umbi tidak faham?

Sepatutnya tidak berlaku kekecohan seperti sekarang kerana kita sudah lama gabungkan ulama dan profesional. Saya tidak faham kerana apa timbul cerita ini. Ada sesuatu macam kena kecek (pengaruhi). Mungkin mereka terpengaruh dengan pihak lawan. 

Di Kelantan PAS jauh ke hadapan berbanding dengan Umno untuk menawan hati rakyat khasnya non-Muslim. Kita sebut orang Melayu, Cina, India, Siam adalah serupa kerana kita manusia belaka. Maka tidak timbul hendak letak kelompok-kelompok tertentu.
Dalam solat kita sebut ‘Maliki Yaul Middi’ - pembalasan di akhirat kelak dia tidak kira perlembagaan Malaysia ke, Inggeris, Greek tua atau apa-apa sahaja. Allah Taala hanya kira perlembagaan yang Dia buat iaitu al Quran.
Ulama mesti tahu segala-galanya. Orang yang hendak pimpin sama ada hendak sebut nama Ikwan, Jemaah Islam ke atau apa sahaja perlu tahu agama dan agama itu bermaksud tahu juga akademik.
Akademik bermaksud menerangkan kekuasaan Allah. Bagaimanapun proses Allah menurunkan air... alim ulama kena tahu. Dan air menyuburkan pokok sehingga mengeluarkan buah yang bermacam-macam rasa. Saya tidak faham kenapa hendak kecoh sekarang.

Secara umumnya, pada kebiasaan fahaman kebanyakan orang, ulama dianggap hanya mereka yang berpendidikan agama? Adakah pendapat ini benar?

Itu fahaman lama ketika agama Islam masuk ke Tanah Melayu. Orang yang mengajar agama tidak banyak tahu ilmu akademik. Sumber ilmu yang diambil di Makkah tidak banyak dalam bidang akademik. Bagaimanapun sekarang di Makkah dan di mana sahaja ada bermacam-macam ilmu akademik. Al Quran dia hafal dan akademik pun dia tahu. Generasi baru sekarang menerajui gerakan Islam.

Pada persepsi Tuan Guru, apa pula yang dimaksud profesional?

Pada tanggapan saya, ialah orang yang belajar ilmu akademik. Akademik itu ilmu Allah juga. Siapa rajin dia dapat. Di Kelantan pada peringkat awal institusi pondok mengajar masyarakat pandai agama. Selepas itu berkembang menjadi Jami’ Merbau di mana ilmu pengajian lebih banyak berbanding pondok.
Selepas itu ditingkatkan lagi menjadi Maahad Muhammadi dan perkembangan ilmu semakin meluas. Secara jelas di sini, apabila disebut ulama akan termasuk sama bidang akademik.

Bolehkah kita kata, pakar ekonomi atau bidang-bidang lain dikenali juga sebagai ulama, memandangkan meraka ada asas agama?

Kalau tidak tahu Islam, tidak bolehkan hendak dikatakan sebagai ulama. Mereka yang sokong PAS tetapi tidak ada ilmu agama, kita tidak boleh lantik sebagai pemimpin. Misalnya kalau kita hendak bawa kapal di laut, bukan sekadar pegang stereng sahaja tetapi kena tahu pelbagai perkara mengenai laut.
Dia kena ada pengetahuan mengenai awan, cahaya matahari dan keadaan laut. Orang yang hendak jaga negeri mesti ada asas agama. Di Kelantan ketika kita mula-mula mentadbir, saya minta pindahkan wang daripada bank riba ke Bank Islam. Cara macam mana hendak buat itu orang belajar bidang akademik yang lakukan. Orang hendak jadi Menteri Besar kena tahu ilmu akademik dan agama.

Adakah, barisan anggota Exco yang Tuan Guru lantik sekarang, boleh dikategori sebagai ulama?

Katakanlah orang itu tidak belajar di pondok, tetapi dia duduk lama dengan saya. Dia tengok perangai saya, dia dengar ucapan saya, dan hadir usrah bersama saya, macam mana boleh dikatakan tidak belajar agama. Tidak semestinya belajar di pondok baru boleh dikatakan tahu asas agama. Merek
a semua sudah lama bekerja dengan saya. Sepanjang perkhidmatan itu mereka boleh menimba ilmu agama. Jadi boleh dikategorikan mereka sebagai ulama juga.

Apa nasihat Tuan Guru bagi mengatasi percanggahan pendapat yang sedang berlaku sekarang?

Saya nasihatkan kita kembali kepada asal. Ini kerana agama ada jalinan dengan akademik. Dalam Islam ada disebut agama dan daulah. Ada pun fahaman yang mengatakan agama lain dan politik lain adalah dibawa oleh penjajah.
Kita cuba usaha ranapkan pengaruh penjajah dari sehari ke sehari. Tidak ada pasal hendak kita timbulkan isu tersebut. Kita telah lama memilih pemimpin yang ada asas agama.
Sekarang nampak kejayaan apabila orang bukan Islam juga sudah tertarik dengan PAS. Orang Cina yang sokong Pakatan Rakyat sudah pandai beri salam, sedangkan MCA, MIC sudah lama berkawan dengan Umno. Namun mereka tidak memberi kefahaman Islam kepada bukan Islam. Generasi orang bukan Islam sekarang sudah ramai berpelajaran. Dan Islam dari awal lagi menyarankan supaya menuntut ilmu. Islam sesuai dengan akal fikiran manusia.

Hari ini ramai pemimpin tampil menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam PAS, pada pendapat Tuan Guru tidakkah itu boleh menimbulkan masalah?

Mereka yang menawar diri untuk bertanding kerana sudah lama berjuang dalam PAS. Mereka tahu asas-asas Islam. Dan kita belum dengar ada orang mengkritik calon-calon tersebut tidak sembahyang atau engkar ajaran agama. Jadi terpulang kepada perwakilan bagi memilihnya. Saya suka orang tawar diri untuk berkhidmat kepada gerakan Islam.

Pada pandangan Tuan Guru wajarkah jawatan utama dikekalkan?

Kita beri peluang kepada kawasan untuk mencalon dan memilih kecuali kalau ada masalah selepas muktamar kita wujudkan peraturan khusus.

Tidakkah pertandingan itu boleh menimbulkan perpecahan dalam PAS?

Kita hendak cari manusia yang tidak berpecah tidak ada. Allah telah sebut sebelum Nabi Adam dibawa turun ke bumi di mana Allah Taala menyebut "Hai Adam apabila kamu turun ke bumi, kamu akan bertengkar sesama sendiri. Bagaimanapun bagi mana-mana orang yang turut hidayah Aku akan senang lenang tanpa ada sebarang masalah." Sekarang perwakilan sudah ramai. Kita memilih menggunakan kertas undi dan tidak lagi angkat tangan.

Sebelum ini media utama menganggap wujud dua kelompok dalam PAS. Satu pro Endorgan dan satu lagi konvensional. Benarkah tanggapan ini?

Itu sekadar tanggapan yang dimainkan media hendak lariskan suratkhabar mereka. Ada sesetengah wartawan menulis dengan hasrat mahu melaga-lagakan, dan ada juga wartawan yang lebih berhati-hati kerana mengambil sikap tanggungjawab di dunia dan akhirat.
Dalam PAS hanya ada satu kumpulan yang berjuang untuk mendaulatkan Islam. Perjuangan kita di atas dunia hendak daulatkan Islam dan di akhirat mahu di tempatkan oleh Allah Taala ke dalam syurga.

Baru-baru ini timbul dakwaan dalam blog kononnya Tuan Guru dinasihatkan oleh pembantu yang cuba melaga-lagakan Tuan Guru dengan Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang. Apa komen Tuan Guru?

Saya sudah tegur orang terbabit. Hendak cari orang yang tiada silap ini tiada. Orang yang tiada silap langsung ialah kaki lepak yang tidur sepanjang masa. Kesilapan tersebut maka agama ajar suruh nasihat menasihati antara satu sama lain.

Bagaimana pula dengan isu 'Unity Government' yang timbul baru-baru ini?

Tidak timbul lagi sekarang kerana Presiden telah menarik balik cadangan tersebut.