"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Padah pukul pemandu Uber (Video)


Pemandu Uber1
Seorang eksekutif pemasaran restoran Taco Bell di Amerika Syarikat dipecat setelah menyerang seorang pemandu Uber.

Kejadian berlaku apabila Benjamin Golden diarah oleh pemandu Uber bernama Edward Caban untuk keluar dari kenderaan.

Ketika itu Golden dalam keadaan mabuk dan tidak memberikan alamat dan arah ke destinasi yang ingin dituju dengan jelas.

Golden yang enggan keluar kemudiannya bertindak untuk memukul dan memaki pemandu berkenaan.

Caban cuba mempertahankan diri dan menggunakan semburan pemedih mata sehingga Golden keluar dari kendaraan itu.

Susulan itu Caban menghubungi pihak berkuasa dan Golden ditahan pihak polis Costa Mesa.

Dia juga dipecat dari syarikat Taco Bell.

“Dengan sikap begitu, jelas sekali beliau tidak boleh bekerja dengan kami. Kami juga menawarkan dan mengalakkan beliau untuk mendapat bantuan professional,” kata Taco Bell dalam satu kenyataan.

Caban sempat rakam kejadian itu dan memuat naik video itu di akaun YouTube beliau.

Video berkenaan dimuatnaik pada 30 Oktober, dan kini menerima 1,937,017 views
-kualalumpurpost-

Isteri dibelasah kerana enggan berhenti kerja

Kuala Terengganu – Seorang wanita dibelasah suaminya gara-gara enggan berhenti kerja di sebuah hotel dalam satu kejadian di Kampung Pasir Panjang, di sini, Isnin lalu.

Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi ketika mangsa, 30, sedang berjalan kaki bersendirian ke tempat kerja dan setibanya di lokasi kejadian, secara tiba-tiba suspek, 30, muncul dengan menunggang motosikal.

Menurut sumber, suspek yang datang dari arah belakang terus menghampiri mangsa sebelum bertindak menarik tudung yang dipakainya.

“Tanpa menghiraukan orang awam yang berada di situ, suspek meninggikan suara memaki hamun mangsa sambil mengarahkan agar ibu malang itu berhenti kerja serta merta.

“Sebelum beredar, suspek juga turut mengugut mangsa yang dia akan ke tempat kerjanya bagi memaklumkan kepada majikannya yang mangsa tidak lagi mahu bekerja di hotel tersebut,” katanya.

Sumber berkata, bagaimanapun, mangsa tidak mengendahkan segala ugutan tersebut lalu meneruskan perjalanannya untuk ke tempat kerja.

“Namun, suspek yang masih tidak berpuas hati secara tiba-tiba telah berpatah balik dan terus melanggar mangsa dari arah hadapan sehingga mangsa tersungkur jatuh di bahu jalan.

“Meskipun melihat keadaan mangsa yang menahan kesakitan, suspek tetap bertindak mengangkat mangsa naik ke atas motosikalnya sebelum membawa pulang ke rumah ibunya (ibu mertua mangsa) di Kampung Pak Pa, di sini,” katanya.

Jelasnya, sejurus sampai di rumah, suspek yang masih menyimpan dendam itu bertindak memukul di bahagian kepala dan badan mangsa tanpa simpati.

Mangsa nekad membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri dan anak-anaknya pada masa akan datang kerana suspek seorang yang panas baran dan kerap kali memukulnya sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan menjelaskan kes berkenaan kini dalam siasatan, lapor Sinar Harian.

PAS hanya perlu jawab ‘ya’ atau ‘tidak’ – Husam Musa

Mohamad Fadli 
Husam-MusaPETALING JAYA: Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa sanggup menanggung sebarang risiko berhubung kenyataannya mengenai PAS pernah bekerjasama dengan UMNO untuk mewujudkan kerajaan perpaduan di Selangor.
Katanya, pemimpin parti Islam itu menjawab menjawab dakwaanya itu sama ada ‘ya’ atau tidak dan bukannya lari daripada isu berkenaan.

“Fakta bahawa Presiden PAS mengakui beliau mengusahakan kerja sama politik itu ketika krisis MB Selangor tahun lalu tidak boleh diketepikan dengan alasan-alasan.

“Antara ‘ya’ dan ‘tidak’ sahaja yang diperlukan. Adakah ‘ya’ atau ‘tidak’ Presiden Pas mengaku seperti itu bila dipersoalkan?,” katanya di Facebooknya Pada Sabtu.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salur berkata pendedahan yang dibuatnya itu bukanlah untuk mengaibkan parti itu.

Katanya, tujuannya hanyalah untuk menghentikan sebarang sandiwara yang boleh mengancurkan parti Islam itu.

“Saya mahu sandiwara yang telah menghancurkan parti selama ini dihentikan.

“Saya ingin melaksanakan kewajipan saya memaklumkan kepada ahli dan masyarakat umum sandiwara belakang tabir yang telah berjalan sekian lama,” ujarnya.

Husam berkata demikian mengulas mengenai pendedahannya ketika memberi ceramah di Pasir Mas yang dipercayai merujuk kepada waktu Pakatan Rakyat (PR) berdepan krisis pertukaran Menteri Besar Selangor, daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Mohamed Azmin Ali pada tahun lalu.

Dalam ceramahnya itu, beliau menjelaskan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mencuba untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO di Selangor
-

SEMAKIN HANGAT!!!! Semua pendedahan bukan fitnah, Tuhan sebagai saksi - Husam

BERANI KERANA KASIH: SAYA BERUBAH ATAU PAS BERUBAH

I . ANDAI SAYA JADI PEGAWAI AKHBAR MB

Kenyataan Media

Kerajaan Kelantan yakin akan dapat menyelesaikan semua tunggakan dan isu-isu seperti berikut sebelum akhir tahun ini:

1. RM 14.6 juta tunggakan caruman guru YIK
2. RM 6.3 juta tunggakan bayaran kematian peserta skim Kifalah
3. Bayaran dividen peserta Ladang Rakyat bagi tahun 2015

Kerajaan juga sedang merangka pelan dan menyediakan dana yang mencukupi bagi menyiapkan semua baki rumah yang dihanyutkan oleh banjir pada akhir tahun lalu yang masih belum siap.
Menjelang bayaran pertama kenaikan elaun Adun pada Januari 2016, InsyaAllah semua isu-isu lebih mendesak yang disenaraikan di atas telah dapat diselesaikan, kecuali pembinaan semula rumah untuk mangsa banjir memerlukan tempoh lebih lama kerana pembinaan sedikit terhalang semasa musim tengkujuh.

Pada masa yang sama, keperluan semasa yang menasabah bagi setiap wakil rakyat juga perlu diambil kira bagi membolehkan mereka dapat berkhidmat dengan jayanya.

Apa yang dibangkitlan oleh YB Adun Salor sememangnya telah pun dalam pertimbangan Kerajaan.

Oleh itu, isu kenaikan elaun Adun yang boleh menjejaskan tanggung jawab kerajaan yang lain yang lebih mendesak tidak berbangkit sama sekali dan tidak perlu diperdebatkan lagi.

Di Bawah pentadbiran YAB Ustaz Datok Ahmad bin Ya'kub sebagai Menteri Besar, Kerajaan Kelantan tetap sensitif terhadap semua permasalahan rakyat sesuai dengan dasar Membangun Bersama Islam.

Sekian. Terima kasih.

Pegawai Media
Menteri Besar Kelantan
4 November 2015
---------------
Di atas adalah contoh kenyataan media yang saya akan tuliskan berkait isu kenaikan elaun Adun Kelantan, jika saya adalah Pegawai Akhbar MB.

II. SAYA BERUBAH ATAU PAS BERUBAH?

Saya melihat - Pas yang berubah.

Kalau berkait dengan parti - saya tetap berpendirian - dalam politik Malaysia Pas perlu berusaha menjadi 'kepala' dan bukan 'ekor' membawa Islam sebagai teraju pentadbiran, polisi, pendekatan dan dasar negara.

Di Terengganu, negeri Presiden PAS, satu masa dulu berslogankan PGU - Pas Ganti Umno. (Di Kelantan, Tok Guru tak pernah bawa slogan ini tetapi PAS Alhamdulillah kekal mentadbir Kelantan hingga saat ini)

Hari ini, Presiden PAS dijemput oleh MB Terengganu untuk menjadi 'Penasihat' ekoran kenyataan beliau : 'Kerjasama politik kita tak masuk kerajaan...' (Sinar Harian, 1 November 2015). 'Parti sedia bantu BN beri nasihat licinkan pentadbiran: Hadi' ( Sinar Harian, tarikh sama)

'Kita mahu jadi pembangkang yang menasihat sekiranya kerajaan sanggup menukar dasar dengan konsep Islam kita bukan pelahap untuk rebut jawatan', katanya. (sumber sama)

'Hadi: Ada orang cemburu hubungan PAS-UMNO' - Sinar Harian, 6 Jun 2015.

Sebagai ahli Pas berjawatan YDP Kawasan, saya sememangnya keliru dengan semua kenyataan Presiden saya kebelakangan ini.

Saya tidak berhajat untuk memetik semua laporan berita kenyataan yang telah dibuat oleh Presiden saya.

Cukup saya balikkan pertanyaan Ahmad Amzad Hashim, Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat: Saya berubah atau Pas berubah?

Semua kenyataan ini menggambarkan seakan Presiden bebas sebebasnya membuat apa jua kenyataan yang bersifat dasar dan pendirian Pas tanpa melalui proses mesyuarat yang sewajarnya atau mengambil kira pandangan dan perasaan ahli peringkat akar umbi.

Saya dalilkan berdasarkan respon Pas Selangor menerusi kenyataan Pesuruhjayanya yang menolak hubungan dengan Perkasa, hampir sebaik sahaja foto Presiden Perkasa memeluk Presiden Pas menjadi viral.

Jika tindakan Presiden menjalin hubungan dengan Perkasa telah diputuskan dalam mesyuarat Pas Pusat, tentulah PJ Selangor tidak akan mengeluarkan komen menentang arus itu.

Ini semua menunjukkan kelainan Pas kini berbanding dulu. Saya berubah atau Pas berubah?

Pas dulu menentang perjuangan berbentuk assabiyyah atau perkauman melampau. Kini?

UG adalah contoh lain.

Sekian lama, satu-satunya pemimpin Pas yang mendendangkan lagu UG adalah Presiden PAS sendiri.

Pertama, adakah gagasan ini pernah diluluskan dalam mana-mana muktamar PAS?

Jika tidak, kenapa?

Menjelang muktamar 2011, Presiden telah menarik balik gagasan ini secara terbuka.

Menjelang muktamar baru lalu pula, dalam ucapannya di Singapura, Presiden mengulangi cadangan pembentukan Kerajaan UG.

Adakah beliau memasukkan gagasan yang beliau kemukakan semula itu dalam ucapan dasar bagi Muktamar baru lalu?

Kenapa gagasan yang begitu besar itu tidak dibawa kepada mesyuarat parti/Muktamar?

Saya berubah atau Pas berubah?

Kedua, selepas bertahun-tahun gagasan itu dijual, adakah ia berjaya dan menjadi kenyataan?

Parti mana yang telah menyambutnya?

Jika tidak, bukankah lebih baik jika rundingan belakang tabir dilakukan terlebih dahulu sebelum dijual terbuka tetapi tiada langganan. Bukankah itu menjatuhkan reputasi Pas?

Jika rundingan belakang tabir hendak dilakukan, tidak cukup hanya Majlis Syura diberitahu mengenainya, tetapi mesti juga dimaklum dan diluluskan oleh Pas Pusat.

Seingat saya, rundingan sulit belakang tabir tidak pernah mendapat persetujuan Pas Pusat.

Termasuk apa yang diberitahu oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa bahawa seawal April 2008, Majlis Syura telah bersetuju melantik wakil untuk berunding dengan parti-parti termasuk UMNO.

Keputusan itu tidak pernah dimaklum dan mendapat persetujuan Pas Pusat, pada hal isu seperti itu wajib mendapat persetujuan Pas Pusat selaku kuasa eksekutif parti.

Saya berubah atau Pas berubah?

Kalau konsep UG pun gagal tetapi telah menimbulkan pertelingkahan di kalangan ahli, apalah kaitannya secara salah cuba memalukan saya dengan isu lebuhraya, pembinaan stadium dan pengembangan ekonomi mikro menerusi penternakan kambing yang kesemuanya diluluskan oleh parti dan kerajaan secara sah?

Sesetengah pemerhati bahkan berpendapat, itu antara faktor penyumbang kemenangan Pas di Kelantan.

Apa penyelewengan saya dalam isu-isu itu, jika ada?

Adakah Jabatan Penerangan Pas penyambung fitnah dan adu domba UMNO?

Ketiga, apakah cadangan menjadi penasihat kerajaan adalah sambungan dari konsep UG yang tidak berjaya?

Saya tidak menuduh, tetapi parti perlu menguruskan isu ini. Inilah tugas Jabatan Penerangan. Menjelaskan kepada semua ahli dan kawasan-kaeasan di seluruh negara bagi mengelakkan kekeliruan dan menjadi persendaan.

Bukan menyerang saya. Secara serangan peribadi pula.

Kecuali Jabatan Penerangan pun ikut keliru.

Saya mungkin tersasar bila menyebut kemungkinan kedudukan sebagai penasihat itu bergaji penuh bertaraf menteri. Ia hasil dari ketiadaan penjelasan selepas sesuatu pendirian parti diumumkan.

Saya akui, itu adalah agak saya sahaja.

Nampaknya cadangan menjadi penasihat juga belum dirundingkan secara muktamad namun telah dihebohkan sedemikian rupa. Kalau ikut laporan media, rundingan dengan PM baru hendak dimulakan.

Andaikata ia sekali lagi gagal, jentera parti di peringkat akar umbi sudah bercakaran.

Adakah ini akan menguatkan Pas dalam PRU akan datang, khususnya di Kelantan?

Adakah awal-awal lagi kekalahan yang mungkin akan dialami oleh PAS di Kelantan kerana masalah yang dihadapi oleh PAS sekarang hendak dilonggokkan kepada saya?

Berbalik kepada beberapa isu pentadbiran Kerajaan Kelantan yang saya bangkitkan.

Isu pengurusan hutan yang pruden bukan isu baru yang saya bangkitkan.

Jika Jabatan Penerangan Pas cekap dan adil, mereka tentunya ingat ucapan-ucapan saya di Parlimen mengenai pembalakan, pemanasan global dan isu alam sekitar yang lain.

Ia sudah sebati dengan saya dan satu dari komitmen peribadi saya.

Sebagai organ penerangan parti, sudahkah Jabatan Penerangan Pas membelek apa janji Pas selama ini dalam setiap manifesto nasional dan negeri?

Sudahkan mereka mengkaji angka-angka yang terlibat, seperti keluasan tebangan habis hutan simpan?

Jika tidak, saya berubah atau Pas berubah?

III. MARI MAJLIS DIALOG SAYA 13 NOVEMBER

Dalam artikel yang sama oleh Pengarah Jabatan Penerangan Pas, saya ditanya 'Apa Husam mahu?'

Bagi mengetahui jawapannya, saya mempersilakan beliau hadhir dalam majlis dialog terbuka saya di Pasir Tumbuh pada 13 November ini.

Saya yakin, Jabatan Penerangan sudi membayar perbelanjaan perjalanan beliau ke Kelantan.

IV. PAS BENTUK KERAJAAN BERSAMA UMNO DI SELANGOR

Saya membaca kenyataan TITM di Malaysiakini bahawa tiada alasan untuk PAS bergabung dengan UMNO membentuk kerajaan di Selangor.

Sebagai seorang muslim yang wara' dan alim, semua pimpinan Pas tahu bahawa berbohong adalah amat ditegah oleh Islam.

Fakta bahawa Presiden PAS mengakui beliau mengusahakan kerjasama politik itu ketika krisis MB Selangor tahun lalu tidak boleh diketepikan dengan alasan-alasan.

Antara 'ya' dan 'tidak' sahaja yang diperlukan. Adakah 'ya' atau 'tidak' Presiden Pas mengaku seperti itu bila dipersoalkan?

Saya tahu, pendedahan ini akan mengundang risiko kepada saya.

Saya sanggup menerima semua risiko berdasarkan:

- Apa yang saya sebutkan adalah benar.

- Saya mahu sandiwara yang telah menghancurkan parti selama ini dihentikan.

- Saya ingin melaksanakan kewajipan saya memaklumkan kepada ahli dan masyarakat umum sandiwara belakang tabir yang telah berjalan sekian lama.

Sehubungan itu, siaran di laman web rasmi Pas dengan tajuk 'Jawapan Fitnah Terhadap Presiden PAS' - saya harap dapat ditarik balik serta merta.

Saya tegaskan di sini, saya tidak memfitnah sesiapa.

Kenyataan saya adalah benar dan saya bertanggungjawab dunia akhirat.

Saya sanggup mempertahankan kenyataan saya. Allah adalah saksi Maha Agung.

HUSAM MUSA
25 Muharram 1437
7 November 2015

Masya Allah… Aktres Utama Ayat-Ayat Cinta Sudah Murtad?

BENARLAH kata pepatah yang sering diucapkan manusia, bahawa ‘cinta itu buta’.

Buktinya, lihat sahaja apa yang berlaku kepada aktres jelita Indonesia berusia 32 tahun ini apabila memilih untuk murtad demi mengahwini kekasih hatinya, Cassanova Alfonso Nainggolan.
Rianti-Cartwright
Rianti Rhiannon Cartwright
Rianti bersama suaminya.
Rianti bersama suaminya.

Rianti atau nama sebenarnya Rianti Rhiannon Cartwright yang popular menerusi filem Ayat-Ayat Cinta dan memegang watak Aisha iaitu isteri kepada Fahri dikatakan telah menukar agamanya secara diam-diam sebelum berkahwin lagi.

Mereka dikatakan telah berlangsung di Gereja Old St. Patrick, New York, Amerika Syarikat pada 17 September 2010.

Bagaimanapun, hingga kini Rianti masih belum lagi mahu berkongsi mengenai status agama terbaharunya itu.

Antara selebriti Indonesia lain yang dilaporkan telah menukar akidah ialah Pinkan Mambo dan Happy Salma.
Pinkan Mambo kini menetap di Amerika Syarikat.
Pinkan Mambo kini menetap di Amerika Syarikat.

Berita Pinkan telah murtad disahkan sendiri oleh ibunya, Deetje yang melahirkan kekecewaan kepada media Indonesia.

Difahamkan, penyanyi yang popular menerusi lagu Kekasih Yang Tak Dianggap ini kini telah berhijrah ke Amerika Syarikat.

Sementara itu, pelakon Happy mendakwa tidak akan sesekali bercerita mengenai penukaran agamanya.
Happy Salma bersama suaminya.
Happy Salma bersama suaminya.

Menurut sumber tertentu, Happy dilaporkan memeluk agama Hindu selepas berkahwin dengan kekasihnya, Tjokorda Bagus.

Upacara penukaran agama itu dilakukan di Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, Indonesia. – MYNEWSHUB.CC

Zikir menari: Yang mana satu ahli sufi yang mana Yahudi (video)

Kanak-kanak ditemui semula selepas 13 tahun (Gambar)

Julian Hernandez
Julian Hernandez 
ALABAMA - AMERIKA SYARIKAT . Seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak 13 tahun lalu di Alabama akhirnya ditemui semula awal minggu lalu.

Julian Hernandez yang kini berusia 18 tahun tinggal bersama bapanya, Bobby Hernandez dengan menggunakan identiti yang berlainan.

Namun, perkara tersebut terbongkar apabila nombor keselamatan sosial yang dimilikinya tidak sah ketika membuat permohonan kemasukan ke kolej.

Dengan bantuan kaunselor sekolahnya, Julian mendapati identitinya disenaraikan sebagai kanak-kanak hilang.

Memetik laporan USA Today, ibu Julian yang identitinya tidak didedahkan berasa bersyukur dan gembira dengan penemuan anaknya itu dan mengucapkan terima kasih di atas dia dan sokongan yang diberikan sepanjang kehilangan anaknya itu.

Sementara itu, Bobby Hernandez, 53, telah ditahan atas tuduhan penculikan kanak-kanak dan mencuri identiti.
-sinarharian-

Hospital UiTM: Ibrahim Ali nak ‘sekolahkan’ Rafizi

Khairil Ashraf
ibrahim-ali-rafiziKUALA LUMPUR : Datuk Ibrahim Ali sedia ‘sekolahkan’ Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli bagaimana untuk menjadi Ahli Parlimen yang baik dan tidak membuat tuduhan melulu.
Presiden Perkasa itu tidak puas hati kerana Rafizi menuduh beliau tidak membantah pembinaan kontroversi hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam.

Rafizi dikatakan membuat tuduhan itu dalam satu ceramah di Perda, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Ibrahim berkata, tuduhan melulu oleh Rafizi itu telah memberi gambaran yang buruk terhadap dirinya.

“Dia (Rafizi) tak boleh buat tuduhan semberono sebab tak ada bukti lengkap.

“Kenapa tak berhubung dan tanya saya?Apa yang dia tuduh memang melampau,” katanya dalam sidang pada Khamis.

Rafizi mendakwa Ibrahim tidak membantah projek pembinaan hospital UiTM di Kampus Puncak Alam, Shah Alam yang dijangka menelan belanja RM599 juta tetapi kerajaan menyerahkan projek itu dengan harga RM8.2 bilion.

Ibrahim berkata, sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM, beliau hanya dimaklumkan mengenai pembinaan hospital itu.

“Saya tidak tahu bagaimana Rafizi boleh dapat angka dan maklumat berkenaan pembinaan Hospital UiTM itu kerana angka yang diberikan itu tidak benar.

“Projek tersebut diluluskan Unit Perancang Ekonomi (UPE). Ahli Lembaga Pengarah hanya dimaklumkan (berhubung pembinaan hospital UiTM) sahaja,” jelasnya.

Katanya, beliau tidak akan menyaman Rafizi tetapi mahu menasihatkan Ahli Parlimen Pandan itu supaya menjadi ahli politik Islam yang baik.
-fmt-

Polis tanya, Mahathir diam buat dek tak mau jawab

Mahathir enggan jawab soalan polis

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendirian untuk tidak menjawab soalan yang diajukan kepada beliau ketika pihak polis mengambil keterangannya pagi tadi.

"Mereka ( polis) bertanya soalan, saya berkata, saya tidak akan menjawab," kata Mahathir sambil ketawa ketika diajukan soalan pemberita selepas selesai sesi soal jawab dengan polis.

Mahathir Mohamad pagi tadi diambil keterangan oleh tiga pegawai polis dari Bukit Aman dan beliau telah disoal siasat polis selama 45 minit yang bermula sekitar jam 11.00 pagi.

Malah ketika diminta mengulas sama ada pihak polis akan mengambil tindakan terhadap beliau, ini jawab veteran Umno berusia 90 itu "Itu terpulang kepada mereka ."

Mahathir juga menolak spekulasi bahawa beliau berkemungkinan akan sekali lagi keluar Umno dalam usahanya untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

"Tidak, itu parti saya ," dia menjawab sambil ketawa," kata Mahathir di Bangunan Yayasan Al -Bukhary di Kuala Lumpur.
-malaysiakini-

Suami dari neraka (Gambar)

GAMBAR dipetik dari klip video menunjukkan Wut memijak kepala isterinya (kiri) sebelum menghempas badan wanita itu ke jalan.
Bangkok: Seorang suami ditahan polis selepas satu rakaman video yang memaparkan aksi kejam lelaki itu menyepak dan memijak muka isterinya hingga pengsan tersebar di internet.

Rakaman video selama 45 saat itu menunjukkan pasangan berkenaan bertengkar di tepi jalan di wilayah Samut Prakan dekat sini pada Rabu lalu.

Lelaki itu dilihat memukul isterinya sebelum menyepak muka wanita itu sehingga menyebabkan mangsa pengsan.

Tidak cukup dengan itu, lelaki berkenaan memijak muka isterinya sebanyak tiga kali sebelum menarik kolar baju dan mencampakkan mangsa ke jalan.

Lelaki itu kemudian terus berlalu pergi dan membiarkan isterinya terbaring di tepi jalan.

Aksi kejam lelaki itu dirakam seorang pengguna jalan raya yang kemudiannya memuat naik video berkenaan di Internet.

Video berkenaan menjadi viral dan ramai pengguna In ternet mengecam tindakan lelaki itu sebelum melaporkan kepada polis.

Jurucakap polis Bunrit Chernchue berkata, siasatan polis mendapati wanita itu, Nongluck Churat, 41, yang cedera parah di muka dan kepala kini dirawat di hospital di Samut Prakan.

Katanya, Nongluck memberitahu polis, dia dipukul suaminya, Wut Sompakdi, 45, selepas bertengkar di kedai makan.

“Susulan keterangan wanita itu kami menahan Wut yang berada dalam keadaan mabuk di rumahnya di daerah Phra Pradaeng.

“Wut memberitahu dia memukul isterinya kerana mengesyaki wanita itu menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain,” katanya.

Menurutnya, polis menahan lelaki itu dan bakal mendakwanya atas tuduhan menyerang dan menyebabkan kecederaan.
-hmetro-

Husam dedah siapa sebenarnya Haji Hadi

Hadi akui mahu bentuk kerajaan dengan Umno di Selangor, dakwa Husam
ZULKIFLI SULONG
Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mendedahkan secara terbuka, presiden PAS mengaku pernah merancang kerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa “melepaskan bom” malam tadi dalam ceramahnya apabila mendedahkan secara terbuka, presiden PAS mengaku pernah merancang kerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Katanya, "konspirasi" antara 2 parti Melayu itu menjadi punca perpecahan dalam PAS sebelum ini sehingga melahirkan kumpulan serpihan yang membentuk parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah).

Husam berkata, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat pengakuan tersebut ketika ditanya secara beramai-ramai oleh beliau sendiri dan rakannya dalam PAS.

"Presiden kita sendiri mengaku apabila ditanya ramai-ramai," kata Husam dalam ceramahnya di Kota Baru malam tadi, yang pertama selepas sekian lama berehat kerana sakit.

"Saya jadi begini, Mat Sabu jadi begini, adalah kerana konspirasi orang Umno dengan kerjasama orang PAS," katanya merujuk kepada bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang kini presiden Amanah.

Sehubungan itu, Husam mencabar Hadi menafikan perkara itu, yang didakwanya berlaku sekitar tahun lepas dalam proses pertukaran menteri besar di Selangor, jika apa yang didedahkannya itu tidak benar.

"Kalau presiden kata tidak, sila nafi. Kalau presiden tanya, kenapa beritahu, saya tanya balik, kenapa buat?," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu.

Husam berkata dalam perancangan itu, Hadi mengaku membuat tawaran kepada beberapa Adun PKR untuk mencukupkan bilangan bagi menubuhkan kerajaan negeri dengan Umno.

Ia berlaku ketika Pakatan Rakyat ketika itu menghadapi krisis berhubung pertukaran menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Mohamed Azmin Ali tahun lepas.

Bagaimanapun, katanya, perkara ini dimaklumkan oleh Adun PKR berkenaan kepada parti mereka.

Husam berkata, perancangan kerjasama dengan Umno itu tidak berhenti setakat itu saja walaupun gagal ia selepas ditolak akar umbi PAS.

Sekarang, katanya, Hadi melontarkan pula idea baharu kepada umum, iaitu untuk menjadi "penasihat kepada kerajaan" sebagai kesinambungan daripada usaha kerjasama ini.

"Niat di hati sudah ada, tetapi kerana rakyat jelata tidak boleh terima lagi, bila campak (idea) penasihat, bagaimana?," soalya dalam ceramah itu.

Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan Hadi baru-baru ini yang dilaporkan berkata, PAS bersedia menasihati kerajaan BN menguruskan masalah berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan serta kejatuhan nilai ringgit, dengan syarat Umno mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam.

Hadi juga pernah berkata sebelum ini, PAS tidak mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur tetapi mahu beliau menghabiskan penggalnya sebagai perdana menteri dan parti itu bersedia membantu kerajaan dalam dasarnya.

Husam dalam ceramahnya berkata, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz pernah berkata, sukar untuk menambah bilangan menteri dalam kerajaan buat waktu ini kerana bilangan 39 menteri sudah terlalu ramai.

"Nazri beritahu, tak usah masuklah, menteri sudah penuh. Sebab itulah timbul idea lantik jadi penasihat yang bertaraf menteri," kata Husam.
-malaysianinsider-



Siapa orang yang pertama menulis Bismillah

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW. ✔

Rugilah x SHARE sbab ianya 1 peluang dkwah yg MUDAH. . .jOm share !!! sebarkan. . .ni pOn ilmu jgk. .

TERKINI PENDEDAHAN PANAS DATO HUSAM MUSA (video)

Pengemis ‘kaya’ ditangkap beserta wang (RM12,500) hasil mengemis pada hari itu (Gambar)

Pengemis
Arab Saudi: Polis yang menahan seorang pengemis Arab di depan sebuah hospital kerajaan di sini terkejut apabila mendapati dia meraih pendapatan lebih SR11,000 (RM12,500) sehari.

Polis menahan lelaki berkenaan yang duduk di pintu masuk hospital itu ketika kempen menangkap pengemis, perbuatan yang diharamkan di Arab Saudi dan negara pengeluar minyak Teluk lain.

“Polis menemui wang tunai SR11,000 pada pengemis berkenaan. Dia mengaku wang itu diperoleh dengan mengemis pada hari itu. Polis juga menemui mata wang asing daripadanya,” lapor portal berita ‘Sada.’

Kebanyakan pengemis yang ditangkap di Arab Saudi dan negara Teluk lain adalah asing.

Mereka biasanya akan diusir dari negara itu.
-kualalumpurpost-

Wanita putus dua dilanggar bas

Kemalangan-bus
Brooklyn: Seorang wanita berusia 70 tahun mati dengan mayatnya terputus dua apabila dilanggar sebuah bas.

Kejadian berlaku ketika Carol Bell berjalan dengan bantuan tongkat beroda untuk menyeberang jalan di sini awal pagi semalam.

Pemandu yang dikenali sebagai Paul Roper dikatakan membuat pusingan-u apabila dia melanggar mangsa.

Seorang saksi Ramon Garcia berkata: “Wanita itu putus dua. Saya tidak dapat membantunya. Yang menghairankan, bas itu tidak berhenti. Dia meneruskan perjalanan. Pemandunya tidak tahu bahawa dia sudah melanggar wanita itu.”

Bagaimanapun, rakaman kamera litar tertutup menunjukkan bas itu berhenti seketika sebelum meneruskan perjalanan.

Polis menahan Roper tidak lama kemudian atas tuduhan meninggalkan tempat kemalangan dan beberapa tuduhan lain.
-kualalumpurpost- 

Warden Penjara Didakwa Masukkan Jeri Ke Dalam Kemaluan Anak Kandung

Cabul anak sendiriSHAH ALAM: Seorang bapa yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak kandungnya tergamak melakukan perhubungan seks dengan kanak-kanak berumur 12 tahun itu dengan cara memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa tanpa kerelaannya.
Perbuatan lelaki berusia 34 tahun itu membawa padah apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, pada Khamis.

Tertuduh yang bekerja sebagai warden penjara mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Slamat Yahya.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di kediamannya di kompleks penjara berkenaan yang terletak di dalam Selangor, kira-kira pukul 9 pagi pada 26 Oktober lepas.

Jika sabit kesalahan, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta boleh disebat.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Syakimah Ibrahim yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan sebarang ikat jamin atas alasan kesalahan dilakukan tertuduh serius dan jika dibenarkan diikat jamin, dibimbangi lelaki itu akan mengganggu saksi yang kebanyakannya anggota keluarga.

Peguam Suzana Norlihan yang mewakili tertuduh pula tidak mengemukakan sebarang rayuan berhubung isu jaminan itu.

"Anak guam saya tidak mahu mangsa dihantar ke tempat lain sekiranya dia (tertuduh) dibenarkan diikat jamin kerana bimbang pelajaran anaknya terjejas.

Tertuduh rela direman di Penjara Sungai Buloh," katanya.

Hakim Slamat kemudian memutuskan untuk tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 9 Disember depan untuk sebutan semula kes.
-mstar-

Husam Musa sanggah Naib Presiden Pas, Idris Ahmad

Idris Penyokong Gaji Wakil Rakyat Mesti Besar?

Sinar Online menyiarkan ingatan YB Idris Ahmad kepada saya berkait kenaikan gaji MB/TMB dan Adun Kelantan.

Tak sangka beliau juga seorang yang melucukan dan sangat pro kenaikan gaji wakil rakyat.

Dasar kesederhanaan pemimpin yang dianjurkan oleh Pas nampaknya dah sirna belum sepenggal bergelar YB.

'Gaji wakil rakyat besar, senanglah rakyat' - itu logik YB Bukit Gantang.

Ya kah begitu?

Ada sesetengah wakil rakyat, pintu pagar rumahnya pada kebanyakan masa berkunci.

Bila gaji sudah naik, pintunya akan terbuka?

Berbalik isu di Kelantan, adakah 'timing' dan 'keadaan' sekarang sesuai?

Adakah semua rumah rakyat dihanyut bah sudah terbina?

YB Idris meminta saya menyemak data mengenainya.
Siapa yang perlu menyemak? Saya atau Idris?

Sebagai Ahli Parlimen, dia patut tahu laporan menunjukkan masih banyak yang belum siap.

Tunggakan guru YIK belum berbayar sejak 16 bulan.

Bayaran pencarum Kifalah juga tertunggak.

Peserta Ladang Rakyat belum menerima dividen. Dikhabarkan, mereka akan dibayar setakat sepuluh bulan sahaja bagi tahun ini.

Masih ada masa gaji Adun disemak. Bukan tak boleh semak.
Bulan Mac depan, Dun Kelantan akan bersidang lagi.

Saya percaya, masa itu sebahagian besar isu yang saya bangkitkan di atas telah diselesaikan.

Lima bulan sahaja untuk bersabar berbanding sudah sepuluh bulan lebih rakyat dilanda bah menunggu.

Itulah pengorbanan, kalau pun hendak dikira sebagai berkorban.
Dengan itu, imej pejuang Islam di mata rakyat tidak rosak.

Kewajipan langsung kerajaan kepada rakyat, seingat saya Pas mengajarnya, lebih utama untuk diutamakan.

Sudah selesai kewajipan langsung yang lebih utama, jika kemampuan kewangan mengizinkan, tidak ada salahnya keperluan terkini wakil rakyat disemak.

Mempertimbangkan 'timing' dan 'keadaan semasa' akan membolehkan wakil rakyat dipilih semula dan menikmati elaun yang telah dibesarkan itu. Jika tidak, mereka hanya akan menerima pencen saja....

Husam Musa
23 Muharam 1437
5 November 2015