"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Britain mahu Azhar di universitinya

Subky Latif
Britain mula mengorak langkah bagi mengadakan cawangan Universiti al-Azhar di universitsi-universitinya, dan Universiti al-Azhar pula memberi reaksi yang positif dan sedia memberi kerjasama kepada cadangan itu.

Ia adalah satu perkembangan yang baik bagi alam ilmu seglobal dan langkah yang dunia Islam wajar sambut.

England masih dikira sebagai pusat pengajian yang terbaik di dunia kerana masih mengekalkan disiplin dan kawalan yang ketat terhadap mutu pengajian dan martabat universitinya.

Apapun England adalah sarang pengembangan fahaman sekular yang penting dan sarat dengan sekolah orentalisnya. Dengan kedatangan kampus Azhar ke kampus-kampus di Britain boleh mengimbangi pengembangan ajaran sekular-orentalis itu dan langkah itu adalah membawa Islam dan ajarannya ke depan tangga dan pintu orang-orang England.

England masih menjadi tumpuan pelajar dari seluruh dunia untuk melanjutkan pelajaran. Hal ini bererti pengajian ilmu mengikut tradisi Islam dan penggunaan bahasa Arab akan lebih tersebar ke seluruh dunia.

Perkara ini adalah perkembangan yang boleh mengetuk pintu univerisiti-universiti di Malaysia bagi mengambil langkah yang sama. Universiti di Malaysia jangan tertinggal daripada kampus-kampus di England dalam membekalkan ilmu dan pengetahuan agama kepada para pelajar.

Beberapa universiti di Malaysia memang sudah ada sekolah Islamnya sendiri tetapi belum diterima umum dapat menyamai pencapaian lepasan Azhar. Almarhum Dr Ismail Faruqi yang menyandang ijazah PhD dalam pengajian Islam di luar Mesir dan terkenal sebagai pemikir Islam yanag hebat tidak diterima sebagai ahli ilmu Islam yang berwibawa disebabkan dia bukan keluaran al-Azhar.

Justeru, beliau telah mendaftar belajar di al-Azhar, Mesir bagi mendapatkan pengiktirafan dunia Islam.

Universiti-universiti di Malaysia wajar mengambil langkah yang segera untuk mengadakan cawangan kampus al-Azhar bagi memberi peluang seramai pelajar kita mendapat pengajian daripada kampus itu sama ada penjadi pelajar penuh masa daripadanya atau mengambil kursus tertentu di samping tambahan kepada bidang pengajiannya yang asal.

Sebagai bakal pelajar yang mengikut kursus di kampus Azhar di Britain nanti, bukan semua orang Islam tetapi ia memberi peluang mudah kepada pelajar bukan Islam, maka cawangan kampus seperti ini di Malaysia akan memberi peluang kepada pelajaran bukan Islam menimba ilmu di situ.

Masa ini, kita tidak dapat hendak memikirkan pelajar bukan Islam dari Malaysia akan pergi ke Mesir. Sekalipun ia bukan pilihan majoriti pelajar Islam untuk ke sana, tetapi pelajar Malaysia dikira siswa bukan Mesir yang teramai di sana.

Di samping cawangan kampus itu mendekatkan peluang bukan Islam untuk belajar di situ, ia akan membuka peluang yang lebih banyak bagi pelajar Islam berpeluang menimba ilmu di situ.

Ini tidak bererti tiada lagi selepas ini pelajar kita akan ke al-Azhar Mesir. Demokrasi dalam bidang pengajian tidak menyekat pelajar membuat pilihan belajar dalam negeri atau luar negeri, tetapi yang penting ialah lebih banyak peluang pengajian untuk pelajar kita daripada semua kaum dan anutan agama.

Lim Guan Eng pernah bercakap tentang kehebatan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Pelajar Cina yang mahu tahu apa yang Guan Eng kata tidak akan menggunakan sebahagian dari masa pengajiannya untuk ke al-Azhar Mesir bagi mengetahuinya, mereka boleh dapatkannya daripada kampus yang ada di mana-mana universiti dalam negeri.

Sama ada rancangan Britian itu akan terlaksana atau tidak, universiti di Malaysia wajar merebut peluang itu, kerana ia satu pelaburan yang tidak merugikan.

Kalau gunung tidak datang kepada Muhammad, maka Muhammadlah yang pergi ke gunung.

Popeye benci bayam

LENGAN lelaki ini mempunyai ukur lilit 79sm.
MOUSTAFA ISMAIL, 24, telah menghabiskan masa selama 10 tahun mengangkat besi berat sebanyak dua kali sehari dalam usaha menjaga kesihatan dan kini, dia dinobatkan sebagai manusia pemilik otot bisep terbesar di dunia iaitu dengan ukur lilit 79 sentimeter.

Lelaki yang berasal dari Iskandariyah, Mesir ini seringkali disamakan dengan Popeye walaupun hakikatnya dia membenci bayam iaitu makanan kegemaran watak kartun popular itu.

Dia yang lebih dikenali sebagai 'Big Mo' oleh rakan-raknnya berpindah ke Amerika Syarikat (AS) bersama keluarganya untuk mendapatkan lebih akses kepada peralatan senaman yang lebih baik.

"Orang selalu bercakap yang saya sama seperti watak kartun lelaki kelasi bernama Popeye.

"Mendengar mereka berkata begitu, saya hanya tertawa kerana saya tidak pernah mengambil bayam dalam diet saya.

Ayam

"Saya hanya mengamalkan makan sebanyak satu kilogram (kg) ayam, 0.45kg daging atau ikan dan empat cawan badam dengan 7.5 liter air serta tiga liter air minuman kocak protein setiap hari.

"Saya lebih menyukai ayam daripada bayam.

"Sebenarnya saya fikir tangan saya kini lebih besar daripada watak kartun itu," jelasnya.

Moustafa yang tinggal dengan isterinya, Carolina, 30, menerima beratus-ratus pujian pada lengannya yang semakin hari semakin membesar apabila dia memasuki gimnasium.

"Rakan-rakan di gimnasium kurang yakin lengan saya boleh menjadi begitu besar.

"Tetapi sejak itu, saya memutuskan untuk menumpukan semua usaha bagi menjadikan bisep saya lebih besar daripada sedia ada.

"Apabila gagal memperoleh tempat dalam pasukan bina badan Mesir lima tahun lalu, saya berpindah ke AS," ujarnya.

Dia kini berlatih sekurang-kurangnya dua kali sehari dan boleh mengangkat beban seberat 226kg.

Dia yang juga seorang fanatik gimnasium mengaku mengambil air minuman kocak protein untuk membantu membina badannya tetapi bonjolan yang diperolehnya itu adalah diwarisi secara turun-temurun menerusi genetik kerana bapanya seorang ahli gusti Mesir.

"Saya sangat berdisiplin dalam melakukan rutin latihan. Seawal pukul 5 hingga 8 pagi diperuntukkan untuk membuat latihan kardio dan membentuk otot badan.

"Sekiranya saya tidak mengangangkat berat, saya akan mengepam petrol di dua stesen minyak kepunyaan saya yang terletak berdekatan rumah di Massachusetts, AS," beritahu beliau.

Tambahnya, bebanan kerja yang dialami membuatkan moodnya menjadi lebih baik.

"Sekiranya anda suka dengan jenis sukan yang anda sertai, anda boleh melihat peningkatan dalam bentuk badan anda," katanya.

"Saya tahu bisep, dada, bahu dan tangan saya semakin berat tetapi saya menyukainya," tuturnya yang akan muncul dalam Guinness Book of World Records edisi 2013.

Moustafa berharap statusnya sebagai pemecah rekod dunia itu akan membantunya menjadi seorang ahli bina badan profesional.

Sepuluh khasiat tersembunyi bagi penggemar tempe


22 Okt: Sepotong tempe mengandungi berbagai unsur yang berkhasiat seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta komponen antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan.

Selain itu, tempe juga meningkatkan nilai pengambilan gizi harian kita, seperti kadar vitamin B2, vitamin B12, niasin, dan asam pantorenat.

Hasil daripada analisis, gizi tempe menunjukkan kandungan niasin sebanyak 1.13 mg/100 gram berat tempe yang dapat dimakan.

Bukan sahaja senang didapati malahan cara penyediaannya juga mudah. Rasanya amalan memakan tempe untuk menu diet anda amat berbaloi.

Ikuti sepuluh fakta ringkas mengenai pemakanan tempe seperti berikut :

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicerna baik untuk mengatasi diare (Elak keracunan).

2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi.

3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung.

4. Penderita anemia (masalah berat badan). Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.

5. Anti infeksi. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.

6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Jika anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini!

7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser.

8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang berkaitan, baik jangkitan ataupun degeneratif. 

9. Mencegah timbulnya hypertension (Simpton cepat marah).

10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.

3 pengikut ajaran sesat buat pai dengan daging beberapa wanita untuk dimakan, dijual

RIO DE JANEIRO: Sekumpulan kanibal membunuh dan memasak mayat mangsa mereka sebelum dijadikan pai untuk dijual kepada orang ramai.

Mahkamah diberitahu, Jorge Negromonte, 50, isteri, Isabel Pires, 51 dan kekasihnya, Bruna da Silva, 25, memujuk beberapa wanita ke rumah mereka dengan berjanji untuk memberi pekerjaan sebagai pengasuh.

Mangsa kemudian dipenggal dan dikerat.

Ketiga-tiga pengikut ajaran sesat itu kemudian menggunakan daging mangsa mereka untuk dijadikan pai yang dikenali dalam bahasa tempatan sebagai ‘empanadas’ untuk dimakan dan dijual kepada jiran tetangga dengan harga RM1.50 setiap satu.

Mereka dihadapkan ke mahkamah di bandar kediaman mereka di Pernambuco, timur laut Brazil, buat pertama kali semalam, atas tuduhan membunuh Jessica da Silva, Alexandra Falcao dan Gisele da Silva.

Polis sebelum ini berkata, ketiga-tiga tertuduh mengaku membunuh enam lagi mangsa yang tidak dikenali.

Dakwaan itu menyerupai cerita fiksyen mengenai tukang gunting bernama Sweeney Todd di Victorian London.

Dalam cerita berkenaan, tukang gunting berkenaan mengelar tekak mangsa sebelum rakannya, Puan Lovett memasak pai menggunakan daging mangsa dan menjualnya kepada pelanggan.

Negromonte, isteri dan kekasihnya didakwa membunuh Jessica da Silva pada 2008. Mangsa tinggal bersama mereka dan seorang anaknya berusia setahun.

Bayi berkenaan dipaksa memakan pai yang dibuat daripada daging ibunya sebagai sebahagian daripada ‘amalan penyucian.’ Polis menangkap ketiga-tiga tertuduh selepas seorang daripada mereka cuba menggunakan kad kredit milik seorang gadis yang dilapor hilang berhampiran rumah mereka.

Penyiasat menggali taman di kediaman tertuduh dan menemui dua mayat, dipercayai gadis tempatan, Alexandra Falcao, 20, dan Gisele da Silva, 30.

Kedua-dua mangsa dilapor dilihat berhampiran kediaman tertuduh sejurus sebelum mereka dilaporkan hilang.

Abang Negromonte, Irenaeus memberitahu mahkamah, adiknya tidak mungkin melakukan jenayah itu kerana dia tidak makan daging.

Dalam pada itu, seorang adik Negromonte, Emanuel, 17 berkata: “Ketika kanak-kanak, abang saya adalah remaja normal dan mempunyai ramai rakan. Tetapi selepas berusia 17 tahun, dia sering membuat komik yang mempunyai babak keganasan terhadap wanita.” 
-DM-

Model terkenal pandu kereta dalam keadaan separuh bogel!

Model terkenal pandu kereta dalam keadaan separuh bogel!
Model terkenal pandu kereta dalam keadaan separuh bogel!
24 Okt: Model terkenal negara seberang, Novie Amalia telah ditahan oleh pihak polis Indonesia selepas dia merempuh tujuh orang pengguna jalan raya baru-baru ini.

Dipetik daripada laporan detikHot, lebih mengaibkan adalah ketika ditahan, Novie yang memandu kereta Honda Jazz berwarna merah didapati berada dalam keadaan separuh bogel dan mabuk.

"Novie seolah-olah berada dalam keadaan tertekan kerana ketika ditahan, dia hanya memakai pakaian dalam. Namun apabila disuruh memakai baju, dia enggan," ujar Ketua Polis Laka Lantas Jakarta Barat, Ajun Komisaris Rahmat Dalizar.

Rahmat turut memberitahu, model berusia 25 tahun itu dikatakan memandu laju dari arah pusat bandar sebelum dia melanggar sebuah motosikal berhampiran sebuah lampu isyarat di Tamansari, Jakarta Barat sekitar jam 5.30 petang (waktu tempatan).

Novie kemudiannya melanggar seorang lelaki dan dua orang anggota polis yang cuba memberhentikan kenderaannya dan kemudiannya merempuh beberapa pengguna jalan raya lain.

Polis yang mengesyaki Novie memandu di bawah pengaruh dadah telah membuat pemeriksaan lanjut di kediaman milik Novie dan menjumpai sebotol minuman keras yang didapati sudah separuh diminum.

Punca Novie berkelakuan sedemikian didakwa kerana tertekan dengan masalah cinta yang dihadapinya berikutan beberapa tweet yang telah dikemaskini olehnya beberapa hari sebelum kemalangan tersebut.

Sebelum ini iaitu sekitar bulan April 2012, Novie pernah ditahan polis atas kesalahan yang sama iaitu memandu secara merbahaya di kawasan Jalan Gajah Mada.

Mahkamah: Sosilawati dibaring, ditikam di tengkuk

Kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya
SHAH ALAM: Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya telah dibunuh dengan cara dibaringkan dan ditikam di tengkuknya oleh tertuduh kedua, T.Thilaiyalagan sambil disaksikan oleh tertuduh pertama, N. Pathmanabhan pada 30 Ogos 2010.

Demikian antara persoalan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff dalam soal balas terhadap Thilaiyalagan di Mahkamah Tinggi di sini
hari ini.

Seterusnya, Sosilawati telah menjerit dengan kuat dan meminta tolong dan Pathmanabhan juga telah mengarahkan Thilaiyalagan supaya membunuh jutawan itu di hadapannya kerana dia ingin menyaksikan sendiri kejadian itu.

Sementara tiga lagi lelaki yang bersama Sosilawati, pegawai bank Noorhisham Mohamad, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin
Shamsuddin turut dibunuh dengan cara yang sama.

Kesemua itu merupakan cadangan yang diberikan oleh Ishak kepada Thilaiyalagan, 21, semasa menyoal balas tertuduh kedua itu pada perbicaraan di sini.

Bagaimanapun, semua cadangan itu dijawab 'tidak setuju' oleh Thilaiyalagan yang diperintah membela diri bersama bekas peguam Pathmanabhan, 43, serta
pekerja ladang R.Matan, 22, dan R.Kathavarayan, 32, atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, 38, Ahmad Kamil, 32, dan Kamaruddin, 44.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Ishak mencadangkan kepada Thilaiyalagan bahawa terdapat dua kereta jenis BMW telah masuk ke Ladang Gadong antara pukul 5 dan 6 petang, 30
Ogos 2010, dan tertuduh menjawab tidak setuju.

"Saya cadangkan dalam kedua-dua kereta itu ada seorang wanita Melayu dan tiga lelaki Melayu bersama Pathmanabhan," kata Ishak dan tertuduh menjawab tidak
setuju.

Thilaiyalagan juga tidak bersetuju dengan cadangan Ishak bahawa selepas Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin tiba di ladang, tertuduh telah diarahkan oleh Pathmanabhan untuk menangkap dan mengikat mereka.

"Awak telah arahkan Matan dan K.Sarawanan (saksi ke-59 pendakwaan) untuk ambil diesel di ladang dan diserah kepada awak setelah bunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin," cadang Ishak dan tertuduh menjawab tidak setuju.

"Kemudian awak bersama Sarawanan telah angkat empat orang itu dan letak atas longgokan kayu yang telah disusun terlebih dahulu," cadang Ishak dan Thilaiyalagan menjawab tidak setuju.

"Selepas itu awak, Matan dan Sarawanan letak kayu atas badan mayat dan telah curahkan minyak atas mayat seterusnya bakar semua mayat itu," cadang Ishak dan
tertuduh menjawab tidak setuju.

"Zink juga telah digunakan sebagai lapik di tempat pembakaran itu," cadang Ishak dan Thilaiyalagan menjawab tidak setuju.

Tertuduh juga tidak bersetuju dengan cadangan Ishak bahawa pada 31 Ogos 2010 kira-kira pukul 8 pagi, dia dan Matan telah memungut sisa pembakaran mayat dan
memasukkannya ke dalam sebuah tong biru.

Ketika ditanya sama ada dia ada berbincang dengan tertuduh lain mengenai pembelaannya di mahkamah, Thilaiyalagan menjawab: "Saya tidak pernah bincang
pembelaan saya bersama tertuduh lain."

"Saya cadangkan awak bersama-sama tiga tertuduh lain telah merancang untuk membunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin sejak 29 Ogos 2010," kata Ishak dan tertuduh menjawab tidak setuju.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung pada 6 November ini.
-Bernama-

Surat Terbuka Untuk Ketua Pengarah Kastam

Oleh 444444
Assalamualaikum Dato Seri. Terlebih dahulu kami "Pegawai kanan Kastam Teraniaya" merakam jutaan tahniah kepada Tuan kerana dianugerahkan Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Dato Seri.

alangkah berbahagia dan berseri-serinya dato kerana menumpang tuah di bawah bumbung JKDM. Oelh kerana itu kami juga mengharapkan kebertuahan yang dato kecapi itu dapat dato salurkan supaya manfaat itu juga dirasai oleh kami. Telah lebih 3 bulan dato duduk di kerusi KP Kastam namun tidak ada satu tindakan yang betul2 mencerminkan keprihatinan dato kepada warga kastam. Tempoh bulan madu dato telah berlalu, apa yang kami tagih dan kami mahu rasai ialah kebajikan kami betul2 dijaga.

Semasa perasmian mesyuarat agong PERKASA baru-baru ini. Dato Seri KSN melahirkan rasa terkejut (samada genuine atau lakonan) bila beliau mendapati masih terdapat 300 pegawai kanan kastam yang bertugas selama lebih 20 tahun masih di gred 44 (ini berlaku pada kami) walhal menurut beliau pegawai ini sepatutnya sudah menikmati paling koman pun gred 48 kalau pun tidak 52 atau 54. Dato seri KSN mahu KP melihat perkara ini segera dan secara serius dan memperbaiki keadaan. Namun sehingga sekarang sudah hampir dua bulan keadaannya masih serupa dan tidak ada sebarang khabar mengenainya.

Kalaulah alasan tidak ada kekosongan jawatan gred 48 untuk diisi oleh kami, apa kata kalau kami syorkan agar gred 48 yang ada sekarang dinaikkan ke gred 52 dan kekosongan itu diisi oleh kami. LANGKAH INI SEKURANG-KURANGNYA MEMBERI MANFAAT KEPADA DATIN SERI. Kami pun tak kisah kawan2 kami naik pangkat berulang kali asalkan kami di gred yang lebih tinggi dari sekarang.

akhir kalam, kami sebenarnya sudah amat bosan dengan karenah pengurusan atasaan jabatan dan Presiden PERKASA yang hanya memberi ucapan retorik setiap kali ada perjumpaan. Hasilnya tetap NIL. Walau apapun sekali lagi ucapan tahniah dan fikir-fikirkanlah cadangan kami tadi...Inilah yang dinamakan WIN-WIN Situation.

Kenapa Umno Takut Kepada Tuan Guru Nik Aziz

Idris Ahmad
Tiba-tiba pemimpin Umno, Utusan Malaysia, bekas pemimpin Pas yang kena pecat Datuk Dr Hassan Ali, Ustaz Nakhaei Hj Ahmad yang keluar daripada Pas menyuruh Tuan Guru Nik Aziz berundur daripada jawatan Mursyidul Am Pas.
TIdak pernah berlaku di dalam mana-mana organisasi mereka yang bukan ahli hendak menentukan kepimpinan di dalam sebuah organisasi.

Pas sebagai sebuah parti yang matang sesuai dengan usianya sudah menjangkau 61 tahun tentu tahu apa yang Pas putuskan. Tiba-tiba musuh Pas sedih kerana Tuan Guru Nik Aziz mencemar perjuangan Islam Pas.

Sejak bila pula Umno dan media Umno iktiraf Pas sebagai parti Islam? Bukankah selama ini Umno mengatakan Pas bukan parti Islam. Pujian ini seperti kata-kata Saidina ALi Karramallahuwajhah "Kalimah itu betul, maksud yang dikehendaki batil". Ertinya puji ada makna yang tersirat.

Tidak perlulah Umno cuba hendak melaga-lagakan pemimpin Pas. Semua keputusan Pas bukan diputuskan oleh seorang, sebaliknya dimesyuarat terlebih dahulu. Agenda peribadi tidak akan diterima di dalam Pas.

Tuan Guru Nik Aziz masih diperlukan di dalam barisan pimpinan Pas. Dia tetap menjadi ikon, segala buah fikirannya tetap segar yang boleh menggoncang kuasa kerajaan BN. Beliau telah berjaya menunjukkan kepada masyarakat Pas bukan semacam Umno, meletakkan orang agama hanya untuk membaca doa tahlil dan marhaban sahaja. Mulut penuh dengan "sagon" yang tidak mampu untuk menegur kemungkaran dan penyelewingan oleh kerajaan.

Tuan Guru Nik Aziz telah memimpin perubahan di dalam pentadbiran negeri kemudian idea ini ditiru oleh kerajaan BN. Antaranya ialah cuti dua hari, rumah 3 bilik, pinjaman tanpa faedah, pajak gadai Islam, penggunaan dinar.

Jika pemimpin Umno dan media Umno kononnya hendak membela Pas dengan meminta supaya Tuan Guru NIk Aziz berundur kerana beliau telah terkeluar daripada dasar Pas. Permintaan Umno ini sama seperti musang meminta supaya menjaga reban ayam.

Sejuk hati bila Anthony, Guan Eng, Kit Siang pertahan Tok Guru

Ahmad Lutfi Othman
Panik. Gelabah. Meracau-racau. Mungkin itu istilah sesuai dapat dirumuskan tentang situasi Umno-BN berdepan tsunami politik Mac 2008, lebih empat tahun lalu, yang menyaksikan BN kalah mengejut lima negeri dan hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Nampak jelas, sekali Umno dirundung malang, hilang segera kewarasan berpolitik, juga kebijaksanaan mengatur strategi. Segala yang tercapai dek tangan digapai bagi menyelamatkan diri daripada terus tenggelam.

Umno nyalakan api perkauman

Sentimen dan api perkauman dinyalakan. Media dan alat propaganda yang dikuasai Umno, misalnya Utusan Malaysia dan TV3, bebas memercikkan bahang panas menggugat sensitiviti.

Jika saingan politiknya, seperti PAS ataupun DAP, berbuat demikian, pemimpin dan aktivisnya pasti diserkup pelbagai akta. Apa pun, rakyat semakin matang dan cermat memerhati aksi golongan terdesak itu.

Memikirkan pengundi masih bermentaliti lapuk, mudah dikelirukan isu-isu sensasi dan cepat melupakan persoalan kritikal -- seperti korupsi, salahguna kuasa, peningkatan kadar jenayah, kenaikan kos hidup -- Umno dan kembarnya, MCA, mencari jalan pintas demi mempertahankan Putrajaya.

Umno, MCA lidah bercabang

Kepada audien Melayu-Islam, Umno ghairah menggambarkan PAS begitu kemaruk kuasa, sanggup menggadai prinsip perjuangan dan rela memeluk rakan barunya, DAP, yang dipersepsikan sebagai musuh agama dan bangsa. DAP pula diunjurkan menjadi parti paling dominan dan mempunyai kuasa penentu dalam Pakatan Rakyat. Segalanya bertujuan untuk menakutkan pengundi Melayu terhadap usaha Pakatan membentuk kerajaan alternatif.

MCA, yang kalah pada kebanyakan kerusi majoriti pengundi Cina, menggunakan lenggok bahasa dan penekanan isu berbeda. PAS yang disifatkan Umno sebagai kuda tunggangan DAP, telah diangkat Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek -- ketika berdepan masyarakat Tionghua -- menjadi parti paling berpengaruh dan bakal menerajui kerajaan Pakatan di peringkat persekutuan.

Untuk mengusik emosi penyokong tradisinya, konsep Negara Berkebajikan dikritik hebat media Umno, dan PAS ditohmah sanggup melupakan cita-cita menubuhkan Negara Islam, sekali gus meremehkan Hudud. Bekas pemimpin PAS, seperti Dr Hasan Ali dan dua tiga kerat ulamak tertentu diperalatkan bagi memalitkan imej buruk ke wajah Parti Islam itu.

Dalam masa sama, lidah pemimpin MCA terutama Soi Lek, semakin fasih mencerca Hudud dan membayangkan satu undi kepada Pakatan bermakna satu undi kepada pelaksanaan undang-undang Islam, yang sengaja digambarkan sebagai peraturan kolot, menindas dan zalim.

Bukanlah isu besar jika MCA menolak Hudud, memandangkan Umno turut mengambil pendirian hampir sama. Malah sekutu rasminya dalam Perikatan sejak 1953 -- Umno -- melalui pemimpin utamanya kerap melemparkan ungkapan mempersenda dan menghina Islam.

Soi Lek sambung kerja jahat Umno

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu merumuskan dengan baik situasi ini: "Dulu ketika Umno tidak pandai lagi menggunakan hujah dalam ilmu-ilmu Islam seperti maqasid syariah untuk menolak perlaksanaan hukum Islam, para pemimpin dan pengikutnya mencaci dan mencerca hukum Islam habis-habisan dan menuduh hukum Islam primitif, menimbulkan huru hara dan sebagainya.

"Kerja jahat itulah yang kini disambung oleh Chua sekarang dengan restu Umno yang sengaja berdiam diri dengan perbuatan Presiden MCA itu menghina Islam."

Ketika Soi Lek memberikan gambaran salah terhadap apa yang didakwanya perlaksanaan Hudud di negara-negara yang dianggap "paling korup, tidak stabil dan tidak selamat", dalam perhimpunan agung MCA baru-baru ini, banyak pihak mengecam sikap membisu Perdana Menteri, Najib Razak yang merasmikan majlis berkenaan. Soi Lek juga tidak menyokong tohmahannya itu dengan fakta dan data sahih.

Dalam perhimpunan itu, Naib Pengerusi Wanita MCA, Senator Heng Seai Kie, yang juga seorang timbalan menteri, memutarbelitkan ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis kempen menutup aurat di Kelantan, dengan mendakwa Mursyidul Am PAS itu menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam kerana mendedahkan aurat. Satu kenyataan paling biadab, kurang ajar dan cukup celupar!

Najib sebelum itu turut enggan mengulas dakwaan Soi Lek (yang hanya bersumberkan satu SMS diterimanya daripada individu yang tidak dikenali) bahawa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika Hudud dilaksanakan. Presiden MCA menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas dengan kehilangan pekerjaan yang didakwanya itu, antaranya, pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.

Islam dihina, Najib boleh senyum lagi

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam satu majlis ceramah membidas Najib: "Presiden MCA boleh berucap menyerang Islam begitu biadap sekali dan dia boleh duduk senyum. Kemudian bila berucap tak tegur pun. Mana dia maruah sebagai umat?"

Namun apa yang ditunjukkan Soi Lek bukan lagi sekadar penolakan Hudud (sesuatu yang boleh dianggap lazim bagi seorang bukan Islam), tetapi ia usaha terancang dan bermotif untuk menghina dan merendahkan Islam bagi meraih sokongan. Menyedari MCA mungkin menjadi sejarah selepas PRU13, Soi Lek cuba menampilkan imejnya sebagai "pembela dan penyelamat" bagi masyarakat Cina daripada "kezaliman Hudud".

(Dalam satu paditonya, Mat Sabu menyindir: "Sekarang orang ramai bukan lagi bertanya berapa banyak kerusi MCA yang dimenanginya dalam PRU13 nanti, tapi mereka bercakap berapa ramai ahli MCA yang tinggal.")

Soi Lek secara terbuka pernah melafazkan: "Kita orang Cina berani menentang dan melawan Umno terutama dalam bab Hudud, adakah DAP berani dalam hal ini." Saya perhatikan banyak posting dalam internet menggandingkan kenyataan Soi Lek itu dengan ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng: "Kita orang DAP tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal agama mereka, begitu juga orang PAS tidak pernah menghalang dalam bab agama kita." Masyarakat dapat menilai siapa sebenarnya yang memperlekehkan Hudud.

Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook selepas dilaporkan menepuk meja dalam sidang Parlimen menyokong Tok Guru Nik Aziz yang difitnah Senator MCA, memberi respons penuh hikmah: "Dalam politik kita berbeza pendapat, itu perkara biasa. Umpamanya, kita dalam DAP juga punyai pendapat berbeza dengan PAS dalam soal hukum Hudud. Tetapi kita tidak pergi sampai ke tahap memburuk-burukkan dan menghina Islam."

Lagak pemimpin gila seks

Gaya politik Soi Lek -- yang kerap diingati dengan pengakuan rakaman rahsia hubungan seksnya pada 2007 di sebuah hotel di Johor -- dan pemimpin MCA mutakhir ini cukup berbahaya. Ia semakin menjadi-jadi apabila kenyataan menghina Islam oleh Soi Lek sejak awal dulu tidak pernah ditegur pemimpin Umno. Seharusnya diperbetulkan, apatah lagi jika ia berpunca dari kejahilan, memandangkan Umno juga mempunyai ilmuan Islam dan ulamak!


Saya tertarik dengan ingatan Anthony Loke, Ketua Pembangkang dalam Dun Negeri Sembilan dan ahli Parlimen Rasah, tanda kewarasan dan kebijaksanaan pemimpin Pakatan tidak pernah pudar. Masyarakat Islam tentunya mendapat pengajaran bermakna dalam episod ini, sekurang-kurangnya dapat membantu membuat penilaian menyeluruh dan adil terhadap gelagat aktor-aktor politik yang gelisah berdepan hukuman rakyat.


Sejuk dada saya membaca kenyataan dan reaksi pemimpin DAP terhadap fitnah MCA itu. Kalau dulu kita terpaksa mengharapkan sanggahan daripada pemimpin PAS tetapi kini cukuplah dengan sokongan sekutunya dalam DAP.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit turut melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Soi Lek mempertahankan tuduhan liar Timbalan Menteri Wanita MCA yang mendakwa Tok Guru Nik Aziz membenarkan wanita bukan Islam yang tidak menuruti kod pemakaian Islam dirogol.

"Perasan terkejut kepada ucapan Chua bertukar menjadi kasihan dan sedih melihatkan Presiden MCA sanggup menjadi sebegitu hina untuk menghamburkan pembohongan-pembohongan dan penipuan kerana terdesak memikirkan prospek PRU13," tegas Kit Siang.

"Adalah jelas MCA dan Umno telah mengadakan 'perjanjian syaitan' supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu, kerana mereka menyimpulkan bahawa politik kebencian sedemikian adalah satu-satunya cara untuk melindungi dan memelihara kuasa Umno-BN pada PRU13," tambahnya.

Soi Lek fitnah, bohong besar

Setiausaha Agung DAP, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataannya menyifatkan fitnah terhadap Tok Guru Nik Aziz sebagai "satu pembohongan besar".

"Ini satu pembohongan besar sama dengan pembohongan Utusan Malaysia apabila mendakwa saya anti-Melayu dan anti-Islam kerana Nik Aziz tidak pernah berkata begitu," kata Guan Eng dalam kenyataannya.

"MCA adalah versi Cina untuk akhbar Utusan Malaysia yang bertenggek di atas kepalsuan, ketakutan dan kebencian untuk hidup. MCA umpama lelaki curang yang mendakwa dirinya bermoral dan bermaruah," ujarnya.

Saya segera teringat bisikan Guan Eng semasa bertemunya di Lapangan Terbang LCTT, Sepang ketika saya masih keuzuran selepas menjalani pembedahan pintasan jantung.

Beliau yakin hubungan PAS dengan DAP tidak mudah diputuskan disebabkan persefahaman pemimpin kedua-dua parti, terutama Tok Guru Nik Aziz dan Kit Siang, yang pernah melalui pelbagai penderitaan dan tekanan yang sama dalam memperjuangkan kebenaran dan hak rakyat.

Selamat hari raya Aidil Adha dan melaksanakan ibadah korban serta menghayati pengertian pengorbanan setulusnya seperti ditunjukkan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

BN - Dari tanah kamu datang, kepada tanah kamu kembali

Sebelum kita jawab Dato Najib- kita komen sedikit mengenai kenyataan Dr Mahathir. the man who can walk on water. setelah 55 tahun, dibawah pemerintahan UMNO, Dr Mahathir kata orang Melayu mengemis ditanah air mereka sendiri. Adakah keadaan demikian disebabkan oleh PAS, PKR dan DAP? Atau adakah keadaan orang Melayu itu disebabkan kesemulajadian mereka iu berbangsanya Melayu?

Mahathir akan mengatakan all of the above. Its in the genes. Melayu bodoh kata Dr Mahathir.

Keadaan orang Melayu jadi begini adalah disebabkan kepimpinan mereka. Dan hampir seluruh tempoh hidup orang Melayu dizaman moden ini, mereka diperintah oleh UMNO. Inginlah saya mengulangi apa yang pernah dinyatakan oleh Pendita Zaaba puluhan tahun yang lampau- seolah olah penulisan Zaaba menggambarkan apa yang akan dilakukan oleh UMNO

Maka keadaan kehidupan anak2 Melayu sekarang……mereka telah kena perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas ditangan pemerintah2 nya –iaitu pemerintah2 daripada bangsa mereka sendiri.

Tidak syak lagi yang dimaksudkan oleh Pendita Zaaba ialah UMNO!.

Dr Mahathir tidak berhenti daripada membodohkan orang Melayu. Yang pegang kuasa ialah UMNO dan 22 tahun darinya di pegang oleh Dr Mahathir sendiri. Masa nya sudah tiba kita buangkan rasa sentimentalism terhadap UMNO yang telah merompak kekayaan negara dan melanun kekayaan negara. Yang kaya ialah Melayu terpilih.

Yang memegang kuasa ialah UMNO dan gerombolan penyamun BN. suatu hari dirumah Dato Najib , dia memberitahu saya Dr Mahathir menyamun kekayaan negara melalui projek lebuhraya, projek pelabuhan, projek IPP. Tun Musa Hitam berpendapat Dr Mahathir tidak ada perasaan malu bila menyatakan bahawa pemimpin negara ini korap dari yang paling atas sampai kebawah. Sedangkan yang memulakan budaya merasuah ialah Dr Mahathir sendiri. Tun Daim beritahu saya- sejarah akan menghukum Mahathir dari satu sudut sahaja, iaitu rasuah yang berluasa. History will judge Mahathir in the end on his record of incubating and nurturing rampant corruption. testimony Mahathir bahawa Ling Liong Sik tidak berupaya menipu negara adalah bahan ketawa. Tun Daim juga beritahu saya, macam mana kita mahu benteras rasuah, jika sogokan wang sudah menyampai kepada pemimpin yang tertinggi.

Segala masaalah dan malapetaka, rasuah, kegawatan ekonomi disebabkan oleh UMNO. Apa yang akan buat kita percaya yang gagal dibetulkan oleh UMNO selama 55 tahun, boleh ia lakukan dalam masa 5 tahun? UMNO tidak ada rekod untuk menyokong janji2 mereka. Yang mungkir janji ialah UMNO. Yang membuktikan mereka boleh memenuhi janji ialah semua negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat. Maka sayugialah rakyat menyokong Pakatan Rakyat dan membenamkan UMNO.

Rakyat Selangor umpamanya tidak pernah diberitahu bahawa kajian yang dijalankan oleh UM menunjukkan hanya 29% sahaja responden percaya BN boleh merampas balik Selangor. kenapa rakyat Selangor mahu mengembalikan negeri ini dalam tangan lanun dan perompak?

bukan kah UMNO yang menjalankan dasar ekonomi yang menyebabkan 40% dari penduduk negara ini mempunyai pendapatan kurang dari RM1500 sebulan? Dan 75% dari kumpulan tersebut ialah orang Melayu? 8 juta lebih Melayu mempunyai pendapatan kurang dari RM1500 dan itu adalah hasil dasar dan kepimpinan UMNO. Marilah kita sama sama menghantar semua lanun dan perompak ini ke Sungai Buloh dan jadikan mereka B1M!- Banduan 1 Malaysia.

Bukankah dasar ekonomi Najib yang disebutkan sebagai Model Ekonomi Baru itu sebenarnya adalah lanjutan dari dasar ekonomi penindasan Dr Mahathir? menindas majority orang Melayu dan mengayakan segelintir Melayu terpilih? Antara yang terpilih ialah anak Dr Mahathir sendiri yang kaya raya bahkan seorang dari nya boleh membina ruang pameran kereta Ferari bernilai RM20 juta. Orang yang buang tebiat akan meyebut seperti yang dinyatakan oleh Mahathir. dan Mahathir disertai oleh geng2 lama perompak negara seperti Sanusi Junid dan lain lain.

Nanti lah kita akan mengupas apa Dr Mahathir kata dalam artikel yang lain. Let us deal with the political invertebrate Najib Razak for now.

Dato Sri Najib kata orang Melayu benci dengan DAP. Kita boleh jawab awal dan tidak perlu tanya Tunku Aziz. Yang benci adalah mereka yang termakan dakyah UMNO. Yang benci ialah mereka yang berfikiran sempit. Pemimpin UMNO takkanlah menyukai parti yang akan membenamkan geng perompak nya. Yang membenci ialah mereka yang tidak faham politik dan lupa bahawa daripada 29 juta rakyat Malaysia, hampir 19 juta orang Melayu. UMNO ingat 16 juta orang Melayu yang lain itu, penakut dan bacul macam mereka.

Yang benci ialah mereka yang lupa, kalau 1 orang UMNO kecundang, ada 6 orang lagi Melayu yang terus hidup. Melayu tidak memerlukan UMNO.

Kenyataan Najib tidak mengherankan dan bukan nya sesuatu yang baru. Mustahil kita akan dengar Najib menyatakan perkara yang baik mengenai DAP. Pada pandangan Najib, DAP itu parti cauvinis cina. DAP mahukan negara repablik. DAP akan menguasai politik Malaysia. DAP mengkuda semua parti politik yang lain. Pendek kata, Najib mengulangi penceritaan lapuk dan basi terhadap DAP. Inilah standard pemikiran dari seorang pemimpin yang penakut dan kurang cerdik.

Apa yang tidak dikemukakan kepada rakyat Malaysia, ialah alasan2 rasional kenapa orang Melayu mesti membenci DAP. Najib tidak mampu berbuat demikian selain dari mengkakaktuakan apa yang dinyatakan oleh pecacai UMNO yang lain.

Bolehkah kita harapkan apa2 yang besar dan menakjubkan dari pemimpin yang penakut dan kurang cerdik?

Apabila saya ceramah, takkanlah saya hendak ceritakan kebaikan UMNO. Tentulah saya mengambil kesempatan mendedahkan keburukan pemimpin UMNO yang merugikan orang Melayu. Menyokong UMNO akan membawa bangsa Melayu rebah dan negara kita musnah. Menyokong UMNO bererti menyokong gerombalan pencuri dan perompak.

Maka, bila Najib bercakap, sudah barang tentu tidak ada apa2 baik untuk diberitahu mengenai DAP, PKR dan Anwar Ibrahim, serta PAS. Tapi, marilah kita dedahkan sebab2 sebenar Najib berkata demikian. Kita tidak perlu tanya apa2 dari Tunku Aziz. Biarkan Tunku Aziz dengan leteran kebangsawanan nya. Itu pun sebab utama Tunku Aziz keluar DAP- dia ada sense of over inflated importance. Bila perasaan demikian tidak dipedulikan atau tidak dilihat begitu penting, tergurislah hati aristokrat itu. yang lain dalam DAP tidak ada perasaan demikian. Kita tak kira itu semua.

Ketakutan. Ketakutan yang amat sangat menyebabkan Najib melatah seperti orang tidak siuman. Saban hari Najib melihat UMNO kian keseorangan. Gerakan berada diambang maut dengan 2 kerusi parlimen nya. MCA dengan 15 kerusi akan kecundang teruk. MIC dengan 3 kerusi nya hanya kerana ehsan UMNO. PPP ialah Parti Peminta Sedekah. UMNO dengan 79 kerusi nya pun dalam keadaan cemas. Kerana apa? Kerana undi dan sokongan cina berpindah kepada DAP. Undi orang Melayu berpindah kepada PAS. Undi golongan menengah pergi ke PKR.

Dimana datang sokongan untuk UMNO dan BN? ia datang dari warga negara segera- rakyat Bangla, Nepal, Myanmar, Cambodia. Inilah dia parti yang berjuang Hidup Melayu dan Agama, Bangsa dan Tanah Air. Akhirnya UMNO melacur maruah dan mengkhianati negara dengan menjual kerakyatan kerana mahu mengekalkan kuasa.

Najib melihat sokongan masyarakat Cina kepada nya merosot dengan teruk. Dan penyebab utama kemerosotan sokongan tersebut ialah DAP. Hari ini DAP telah menguasai 80-90% sokongan masyarakat Cina. Ini akan menyebabkan BN akan hilang lebih banyak kerusi dimana dalam kawasan parlimen itu ada sekurang kurangnya 40% orang Cina.

Najib juga tahu bahawa MCA sduah tidak terdaya menahan penghijrahan sokongan orang Cina.

Kedua, Najib tidak faham. Masakan orang kurang cerdik faham bahawa sokongan orang Cina bukan disebabkan chauvinism dan ekstremism. Orang Cina memperakui bahawa ini negara majority nya Melayu dan orang Melayu akan terus menguasai politik. Orang Cina bukan beroperasi atas chauvinism tapi menginginkan kerajaan yang telus, demokratik, menjalankan dasar2 ekonomi yang adil,mahukan sebuah negara yang menghormati undang2. UMNO dan BN mempunyai rekod buruk dalam kesemua perkara ini dan sebab2 ini yang menyebabkan orang Cina tidak mahu lagi menyokong UMNO, MCA atau parti2 BN yang lain.

Najib ingat orang cina beroperasi atas perasaan ekstrim dan bersangkaan bahawa orang menyokong DAP dan membenci dan berniat jahat keatas bangsa lain terutama bangsa Melayu. Sebab itu DAP dituduh mahu menubuhkan repablik dimana institusi Raja Melayu dihapuskan, apa2 kepentingan bangsa Melayu dihapuskan dan seumpamanya.

Sebab sebenarnya orang Cina menyokong DAP ialah kerana parti tersebut tidak bacul dan tidak perlu menggunakan isiu emosional seperti MCA. DAP is fearless. Sebagai sebuah parti yang fearless, DAP boleh memahami atas prinsip apa orang PAS beroperasi. Kerana itu PAS dan DAP saling menghormati. Demikian juga DAP memahami PKR. DAP boleh memahami parti2 dimana pemimpin nya berani masuk jel, di ISAkan, ada yang dibunuh, serta dipenjarai. DAP boleh faham ketokohan parti2 yang berani berjuang dan berkorban.

Berani berjuang dan berkorbanlan yang menyebabkan orang Cina menyokong DAP. Orang Cina yang menikmati lebih demokrasi dan oleh itu memiliki lebih pilihan melihat MCA parti yang penakut dan lembik memperjuangkan isiu2 yang melibatkan kepentingan orang Cina. Dan cubaan MCA menjuarai isiu kepentingan cina disaat akhir sudah tidak berguna lagi. Orang Cina tidak ada isiu dengan hudud. Orang Cina sedar itu isiu orang Melayu yang beragma Islam. Orang Cina tahu, walaupun mereka bukan Islam, tapi hak dan kepentingan mereka akan dihirmati dan dilindungi.

Penentang Anwar Alami Krisis Peribadi

Mohd Sayuti Omar
Apakah erti semua ini dan bagaimana anda mentafsirkannya? Semua orang bekas orang-orang besar di dalam Umno bangkit bersatu untuk menantang Anwar bagi menghalang Anwar terus mara ke Putrajaya. Nampaknya kebangkitan ini begitu serius tanpa ada sedikit ruang kemaafan dan harapan diberikan kepada Anwar. Dalam mata mereka, mereka melihat Anwar begitu comot dan lebih jahat dari Yahudi.
Apakah pandangan mereka itu benar dan tindakan mereka itu suci dan sahih? Ini perlu ditilik dan direnungi sebaik mungkin agar semua orang tidak terkeliruan dan berada dalam kepungan zalim mereka.
Mahathir, Ibrahim dan Sanusi: Tidak pernah diam kutuk Anwar.
Apa yang menjadi konfius mereka yang bangkit bersatu menentang Anwar adalah mereka yang ada masalah atau mengalami krisis peribadi dengan Anwar. Justeru apa yang mereka perjuangkan menjadi tandatanya apakah fakta atau hujah penolakan mereka kepada Anwar benar-benar ikhlas ataupun kerana mereka kecewa disebabkan tidak dapat sesuatu dari Anwar.

Orang-orang besar Umno itu boleh dikatakan mereka yang menjadi penggerak utama parti suatu masa dulu dan juga bersekongkol dengan Anwar dalam parti sekular redikal Melayu - Umno. Mereka setengahnya bersama Anwar, bahkan menerima Anwar sebagai dewa dan hero ketika itu, tetapi menjadi renggang disebabkan perbezaan fahaman, pegangan dan keyakinan kepada agama dan bangsa. Perbezaan political will atau nawaitu perjuangan mengenai bangsa juga menjadi penyebab berlaku krisis peribadi. Dan ada juga yang meninggalkan Anwar kerana melihat Anwar tidak berpelung mempunyai tangan panjang bagi menyuap nasi ke mulut mereka.

Mereka dimaksudkan itu terdiri daripada bekas Presiden Umno, Mahathir Mohamad, bekas ketua Pemuda Umno, Abdul Rahim Tamby Chik, bekas ahli MT Umno yang dilantik Inchek Ibrahim Ali; mereka ini diikuti oleh anak-anak buah mereka yang ikut sama membenci Anwar walaupun mereka tidak pasti kenapa mereka merasai perasaan demikian. Mereka benci kerana membeli keburukan dan kejelekan Anwar yang dijual oleh para pedagang tadi. Adakanya yang mengambil upah atau pun mendapat rezeki dari kontrak memburuk-burukkan Anwar.

Dan terbaru bekas orang kuat Umno yang juga mengaktifkan diri bangkit bersatu memburukkan Anwar ialah Sanusi Junid, Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Umno dikenali kaya dan kreatif dengan berbagai andaian dan kesimpulan politik bangkit mengemukakan dakwaan kononnya Anwar adalah orang yang mengkhianati dan mengagalkan agenda ekonomi Melayu yang digagaskan Mahathir Mohamad.

Kata Sanusi Mahathir telah melaksanakan dasar seperti mana dilakukan Germany untuk tidak memberi lesen kepada orang Yahudi; dengan tidak memberikan lesen perbankan kepada bukan Melayu bagi mengawal ekonomi negara.

Wah terlalu mudah dan simple hipotesis Sanusi terhadap Anwar. Apakah beliau mengira akan mempercayainya semata-mata kerana beliau bekas pemimpin Umno dan seorang yang kuat membaca.

Sebaliknya tuduhan dan kecaman Sanusi terhadap Anwar itu mengesahkan bahawa dasar kerajaan yang ditunjungi Umno adalah perkauman dan pilih kasih. Sedang dalam masa sama Umno memperakui mereka bersifat adil dan saksama. Sekali lagi Sanusi menelanjangkan kemunafikannya sendiri. Beginilah kalau kita ghairah untuk menuduh orang lain salah, maka kesalahan kita akan terdedah dengan sendiri.

Orang Umno yang otak kemetot dan sudah berasap dengan Anwar akan menelan begitu saja tuduhan Sanusi itu tanpa usul periksa. Mereka akan jadi macam ikan lapam menelan tahi dari bawah jamban. Tetapi bagi mereka yang ada otak dan sudah dapat menghidu bau hasad dengki Sanusi akan menelaahnya terlebih dahulu.

Misalnya orang akan memeriksa rekod-rekod perkhidmatan Anwar semasa menjadi menteri kewangan dan juga TPM. Rekod itu masih ada disimpan kerajaan sampai sekarang dan kalau ianya benar Najib Razak dapat mengeluarkan rekod berkenaan. Sanusi boleh bercakap lebih dahsyat dan menarik daripada itu, tetapi orang memerlukan bukti atas apa-apa jua dakwaannya. Cerita Sanusi mengenai kehebatan ideanya mengenai Melayu samalah si tua terkukur yang leka mengah-ngahkan terkukurnya sehingga 'burung'nya sendiri terlondeh keluar.

Cuma satu pertanyaan saya untuk Sanusi Junid kalau benar Anwar berbuat demikian apakah tidak ada kawalan? Apakah yang Umno dan beliau sendiri lakukan ketika itu. Pada masa Anwar menjadi menteri kabinet Sanusi juga berada dalam kabinet, apakah beliau tidak membuat teguran dan pembaikian ketika itu dan kenapa sesudah berada diluar. Kalau tidak berbuat apa-apa, menegur Anwar ini bermakna Sanusi tidak amanah kepada jawatan dan tanggungjawabnya.

Bukankah setiap apa yang dilakukan menteri kabinet, ianya akan dikawal bukan sahaja oleh jemaah menteri tetapi Umno sendiri menjadi pengawalnya. Ada dua instrument menerusi Umno untuk mengawal perjalanan dasar dan polisi kerajaan yang dilakukan oleh menteri; iaitu Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat setiap bulan, dan kedua Perhimpunan Agung Umno yang bersidang setahun sekali.

Kerana saya tidak ahli Umno, saya tidak tahu apakah ada mana-mana perwakilan membangkitkan apa yang dilakukan Anwar itu mengikut 'sunnah' Sanusi Junid itu. Adakah... atau memang perhimpunan agung Umno tidak bangkit kerana yang menjadi perwakilan itu semua jahil mengenai masalah kewangan dan ekonomi, atau pun semua mereka tidak cerdik. Kerana kalau mengikut kata Mahathir orang yang menyertai Umno orang bodoh kerana orang cerdik dihalang.

Sekali lagi bukankah sindiran Mahathir itu mengenai batang hidungnya sendiri kerana 22 tahun beliau memimpin Umno beliau gagal melahirkan orang cerdik dalam Umno ataupun sememangnya beliau sendiri menternak ahli Umno menjadi seperti lembu laki Sharizat untuk mudah diuruskan ke mana saja hendak disimpan dan dikandangkan mereka.

Jelas tuduhan Sanusi itu hanya untuk menambahkan keburukan kepada Anwar sahaja. Dunia politik mengetahui bagaimana kelicitan dan keYahudian Sanusi di dalam politik. Sanusi seorang sangat cerdik termasuk dalam mereka-reka cerita memberi reputasi buruk kepada seseorang yang lain. Dia seorang yang kuat membaca dan memahami berbagai teori politik baik Yahudi, Barat, China, Jepun dan Islam. Lantaran kerana kelebihan cerdik itulah meyebabkan beliau ada kalanya menjadi sangat lemah dan bodoh.

Mengapa saya mengatakan begitu, untuk berdepan dengan Abu Bakar bagi merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Langkawi pun beliau kalah. Rasanya tidak ada mana-mana Menteri Besar dan ketua menteri di negara ini yang berkhidmnat tidak sampai sepenggal. Sanusi menjadi MB Kedah tidak sampai sepenggal sebelum digugurkan diganti dengan Syed Razak Syed Zain. Jadi rekod sebagai MB yang terpendek masih dipegang oleh Sanusi Junid.

Yang menarik mereka menjadi hero menyerang Anwar dan mahu memastikan Anwar tidak naik, mereka yang ada masalah dengan Anwar; mengalami krisis peribadi - dengki, cemburu dan meluat dengan Anwar. Mereka kecewa dengan ketegasan dan prinsip Anwar Ibrahim dalam menjaga negara dan kepentingan rakyat. Mahathir marah kepada Anwar apabila Anwar sebagai menteri kewangan tidak bersetuju untuk digunakan wang Petronas bagi menyelamatkan perniagaan anaknya, Mirzan Mahathir. Tindakan ini adalah menjadi kudis dalam hubungan mereka sebagai anak dengan bapak dan kemudian menular menjadi barah yang bernanah sampai kini.

Mahathir mula mengenali siapa dia Anwar sebenarnya, seorang budak suruhan yang selamanya tidak akan sedia menjadi hamba kepadanya. Jadi demi menyelamatkan banyak lagi kepentingan maka beliau terpaksa menghapuskan Anwar walaupun tindakan itu sangat berat dan melukakan ahli Umno lain.

Demikian juga dengan Rahim Tamby Chik. Kebenciannya kepada Anwar bukan sangat kerana Anwar difitnahkan bergelumang dengan dosa dan maksiat. Bagi Rahim itu tidak menjadi kudis gatal buatnya kerana dia juga suka berenang dalam lautan maksiat. Tetapi apa yang menyakitkan hati Rahim ialah apabila Anwar mengarahkan Ahmad Zahid Hamidi menentang Rahim di kerusi Ketua Pemuda Umno.

Inilah bermulanya api kemarahan Rahim kepada Anwar. Rahim merasakan Anwar adalah penghalang cita-cita politiknya. Tindakan itu disusuli pula degan arahan Anwar agar Rahim dibersihkan dari maksiat dalam isu penyelewengan dan skandal dengan budak sekolah. Dua tindakan Anwar ini menyebabkan Rahim berdendam dengan Anwar sampai ke hari ini dan sehingga sanggup menjadi pruducer filem biru.

Jelas penentangan Rahim kepada Anwar bukan kerana soal prinsip perjuangan atau pendekatan dan stail Anwar yang mahu menerapkan nilai-nilai dan falsafah Islam dalam Umno tetapi kerana Anwar dianggap mengusik kepentingan dan cuba menghalang hobinya.

Demikian juga dengan Ibrahim Ali. Dia menantang Anwar bukan ada sebab yang jelas dan bukan perkara hakikat misalnya soal prinsip. Dia menentang Anwar disebabkan Anwar tidak mahu melantiknya sebagai Pengerusi Perhubungan Keadilan di Kelantan, itu saja. Semasa terjemnpit dan perahu politiknya hanyut tatkala dibuang dan terpecah dari Umno Ibrahim mencari pulau untuk beradu... dengan harpaan Anwar mengambilnya menjadi pengerusi Keadilan Kelantan. Ibrahim yang selalu berfikiran hanuman kera putih tidak sedia untuk menjadi ahli biasa sebagai ekor. Dia mahu menjadi kepala walaupun, berkapala tiga?

Tetapi malang Keadilan Kelantan tidak sedia berketuakan Ibrahim kerana mereka sudah kenal bau dan bentuk mukanya. Bagi saya penolakan Keadilan Kelantan kepada Ibrahim sesuatu yang kurang bijak dan bukan bersifat politik serba mungkin.

Atas kekcewaan itu maka beliau bangkit menentang Anwar dan dalam masa sampa mengharap ada simpati dan pujian dari Najib. Malangnya usaha itu tidak memberi kejayaan dan segala tingkah lakunya Najib juga kena tidak menarik perhatian Najib. Walaupun Ibrahim telah menggunakan Rosmah untuk mendapat blessing Najib, tetapi Najib juga berhati-hati dengan makhluk ini bimbang akan ditinggalkan bendalir beracun didalam pinggan nasinya.

Bagaimana pula dengan Sanusi Junid, apakah yang menyebabkan beliau marah kepada Anwar? Sanusi selalu menggunakan alasan Anwar pengkhianat Melayu. Anwar sebagai muanfik untuk memperjuangkan Islam. Itulah kata-kata yang akan luruh dari mulut Sanusi Junid di mana saja dia bercakap mengenai topik mengenai Anwar.

Sanusi ada bukti dan pandangannya sendiri sehingga dia merasakan dia lebih Islami daripada Anwar. Tetapi dalam kajian saya dari sudut psikologi kenapa Sanusi marah Anwar bukan kerana tuduan-tuhdan itu tadi. Kenapa saya mengata begitu kerana mereka berdua pernah duduk dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). Merka berdua adalah orang besar Abim. Kalau benar Sanusi sudah mengetahui Anwar munafik, kenapa beliau sanggup bersama Anwar Ibrahim di dalam Abim?

Dalam suluhan saya tindakan Sanusi memusuhi Anwar samalah dengan apa dilakukan Mahathir, Rahim Tamby Chik dan Ibrahim Ali. Puncanya kerana kecewa dan cemburu dengan Anwar. Bukan sama sekali kerana Anwar terlibat dengan skandal, itu adalah rekaan dan alasan dicari untuk membalas dendam mereka disebabkan berlakunya krisis peribadi. Kalau bertolak dari soal peribadi kenapa Mahathir membisu terhadap orang Umno lain yang juga berbelit dengan skandal.

Seperti dikatakan tadi Mahathir kecewa kerana Anwar tidak sedia mengikut telunjuknya demi kepentingan kroninya. Begitu juga dengan Rahim Tamby Chik, baginya Anwar adalah pemusanah istana politiknya. Ibrahim Ali kecewa kerana Anwar tidak membantunya memulih peta politiknya. Dan Sanusi Junid kecewa kerana dia merasakan dia lebih berhak berada di hadapan dalam politik Umno kerana beliau lebih awal menyertai Umno tetapi Anwar yang dimanja-manjakan oleh Mahathir.

Itu sahaja sebabnya. Jadi apa juga hentaman, hujah dan tuduhan mereka ke atas Anwar tidak berasas sama sekali dan semua penentangan itu tidak ada sangkut paut dengan soal-soal agama, bangsa dan negara, Semuanya adalah disebabkan soal dan kepentingan mereka yang menentang itu. Mereka menentang kerana cemburu, benci dan dengki atas kehebatan Anwar.