"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ulasan Mahathir ni nampak macam kecewa halang Anwar jadi PM je

Tiada apa nak dibangga 100 hari Anwar jadi PM, kata Mahathir

Faiz Zainudin dan Shahrul Shahabudin

PUTRAJAYA: Tiada sebarang perubahan yang boleh dibangga mampu ditonjolkan sepanjang 100 hari Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri dan menerajui negara, kata Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, Anwar hanya menabur janji sahaja untuk melakukan perubahan tetapi hasilnya belum nampak, termasuklah dalam isu pemulihan ekonomi dan menyelesaikan masalah orang Melayu.

“Perdana menteri buat kenyataan tiap-tiap hari, macam-macam nak buat tetapi keadaan tak bertukar, kita masih menghadapi kemelesetan ekonomi, masalah Orang Melayu tak ditangani, masalah politik yang tak stabil dan sebagainya.

“Selain daripada itu kita dapati janji yang dibuatnya belum nampak ditunaikan, cakap sahaja, kita lihat apa juga disebut perdana menteri ialah untuk sokongan orang ramai kepadanya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri program Dialog ‘sepentas perjuangan yang hilang’ yang turut disertai bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Noh Omar dan bekas Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Mengulas keputusan beliau menyertai Putra, Mahathir berkata penyertaan ke dalam parti itu hanya sekadar dijadikan platform untuk memperjuangkan orang Melayu.

“Kita pilih Putra sebagai platform sahaja, kita tak memihak semata-mata kepada parti, kalau hanya fikir tentang parti nak bagi menang parti akhirnya orang Melayu macam sekarang hilang kuasa. Saya ingat itu bukan perjuangan yang baik.

“Perjuangan yang baik sekarang ini ialah kita ketepikan kepentingan diri, kepentingan parti dan utamakan kepentingan Melayu, kita berada dalam keadaan cukup bahaya, kita tak pernah kuasai ekonomi dan sekarang ini kuasa politik pun sudah hilang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, ditanya keputusan Pejuang yang dipimpin anaknya Mukhriz Mahathir untuk menyertai Perikatan Nasional (PN), beliau berkata terpulang kepada parti lamanya itu kerana beliau bukan lagi ahli.

“Kita bebas dan negara kita demokrasi , hendak buat apa-apa pun buatlah. Sama ada disambut atau tidak itu soal lain. Saya tidak terlibat dengan Mukhriz sekarang ini sebab beliau Pejuang dan saya sudah keluar Pejuang,” katanya.

Tak wajar umat Islam terlibat filem bercanggah akidah

Malaysiakini

Majlis Ulama Umno memandang serius normalisasi pembikinan dan penerbitan filem-filem yang menyentuh sensitiviti agama khususnya akidah dan syariat Islam oleh rakyat Malaysia yang ditayangkan melalui platform internet.

Malah, Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama Umno, Mohd Khairuddin Aman Razali berkata umat Islam tidak sepatutnya terlibat dengan penerbitan filem sedemikian walau apa jua alasan sekalipun.

Walaupun tidak menyebut nama filem yang dimaksudkan namun difahamkan Majlis Ulama Umno merujuk kontroversi filem 'Mentega Terbang' ketika ini.

"Demi menjamin keharmonian antara agama dalam negara ini, tidak wajar filem seumpama itu dibiarkan berleluasa dan diterbitkan menerusi saluran bebas walaupun atas nama kebebasan berkarya atau menyuarakan pandangan.

"Umat Islam tidak sepatutnya terlibat dengan penerbitan filem seumpama itu sama ada sebagai penerbit, penulis skrip, pelakon atau apa sahaja yang berkaitan dengan apa alasan sekali pun," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, ulama Umno itu berkata pihaknya menyokong tindakan kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk memanggil produksi filem kontroversi 'Mentega Terbang' bagi mendapatkan penjelasan serta tindakan lanjut.

Ulama Umno juga menggesa pihak berkuasa bertindak tegas dalam menangani isu ini selaras dengan lunas undang-undang yang ada di negara ini.

"Majlis Ulama Umno mengalu-alukan langkah segera kerajaan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na'im Mokhtar menerusi Jakim yang memanggil pihak terbabit untuk mendapatkan penjelasan serta tindakan selanjutnya akan dilakukan," katanya.

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata Mentega Terbang melanggar akidah dan cara kehidupan umat Islam di negara ini.

Menteri Hal Ehwal Agama, Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan Jakim telah diminta untuk mengemukakan ulasan secara terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar tindakan undang-undang dapat diambil.

Polis juga mengesahkan Siasatan isu filem Mentega Terbang kini dikendalikan SKMM.

Dalam perkembangan berkaitan, Lembaga Penapisan Filem (LPF) sedang meneliti semua aspek berkaitan filem ‘Mentega Terbang’ secara menyeluruh sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan LPF mengambil maklum akan isu yang berbangkit berhubung filem berkenaan yang telah mendapat perhatian masyarakat umum setelah ulasan awam bagi filem itu tular di media sosial.

Menurut KDN berdasarkan semakan, filem berkenaan tiada dalam rekod penapisan LPF dan ditayangkan secara dalam talian (melalui platform Internet).

Kejayaan, kesilapan Anwar sepanjang 100 hari jadi PM

'Ainin Wan Salleh

PETALING JAYA: Hari ini genap 100 hari Anwar Ibrahim memegang jawatan perdana menteri selepas hampir tiga dekad menjadi ketua pembangkang.

Sejak mengangkat sumpah jawatan pada 24 Nov 2022 pelbagai usaha dilakukan Anwar dan kerajaan perpaduan pimpinannya, ada yang mengena dan ada tersasar.

FMT mengimbau peristiwa dan detik penting sepanjang 100 hari pertama Anwar menjadi perdana menteri ke-10.

KEJAYAAN

Pindaan perlembagaan mengenai kerakyatan

Bulan lalu, Jemaah Menteri bersetuju meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan anak dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia mendapatkan kerakyatan secara automatik.

Ketika ini, wanita Malaysia perlu melalui proses panjang untuk memohon kerakyatan bagi anak mereka yang dilahirkan di luar negara.

Hidangan Menu Rahmah RM5 untuk golongan miskin tegar

Pada Januari, kerajaan melancarkan inisiatif Menu Rahmah yang menyaksikan lebih 15,000 restoran menawarkan hidangan berharga RM5. Bilangan restoran mengambil bahagian dijangka meningkat dua kali ganda bulan ini.

Potongan 20% gaji menteri sehingga ekonomi pulih

Pada Disember, Anwar mengumumkan gaji menteri akan dipotong 20% sehingga ekonomi pulih sepenuhnya. Beliau sendiri tidak mengambil gaji sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.

Beliau turut menolak menggunakan kereta Mercedes-Benz S600 yang baharu sebagai kenderaan rasminya untuk menjimatkan kos.

Manfaat lebih baik bagi Sabah, Sarawak

Geran khas tahunan untuk Sarawak disemak dan dinaikkan kepada RM300 juta, manakala bagi Sabah RM260 juta. Kedua-dua negeri itu turut diberi autonomi berhubung projek infrastruktur bernilai kurang RM50 juta.

Subsidi bersasar tarif elektrik

Kerajaan memperkenalkan subsidi bersasar tarif elektrik untuk isi rumah, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat pertanian. Langkah itu akan menjimatkan kira-kira RM4.16 bilion bagi kerajaan.

KESILAPAN

Anwar pegang dua jawatan

Keputusan Anwar menerajui Kementerian Kewangan mengundang kritikan dan menimbulkan kebimbangan mengenai kurangnya semak dan imbang. Sebelum ini, pemimpin Pakatan Harapan (PH) membidas perdana menteri kerana turut memegang jawatan lain.

Pelantikan Nurul Izzah sebagai penasihat kanan PM

Anwar menerima kecaman selepas anaknya, Nurul Izzah, dilantik menjadi penasihat kanannya dalam hal ehwal ekonomi dan kewangan.

Nurul Izzah kemudian melepaskan tugas itu susulan kritikan berhubung nepotisme.

Peruntukan pembangunan Ahli Parlimen dikurangkan

Kedua-dua blok politik tidak menyambut baik langkah kerajaan mengurangkan peruntukan pembangunan Ahli Parlimen sebanyak hampir 70%, iaitu daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.

Ramai menyuarakan kebimbangan langkah itu akan memberikan impak besar bagi kawasan luar bandar.

Peruntukan tidak sama rata Ahli Parlimen

Kerajaan dikritik atas kekurangan peruntukan bagi Ahli Parlimen pembangkang dalam Belanjawan 2023 yang baharu.

Ahli Parlimen Perikatan Nasional menyebut bahawa peruntukan sama rata terkandung dalam manifesto PH.

HANGAT DIBAHASKAN

Pelantikan dua timbalan perdana menteri

Pelantikan Fadillah Yusof sebagai timbalan perdana menteri pertama dari Malaysia Timur dipuji ramai pihak, dikatakan langkah mengiktiraf kepentingan negeri Borneo.

Bagaimanapun, pelantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai seorang lagi timbalan perdana menteri menimbulkan pertikaian kerana presiden Umno itu masih berdepan kes mahkamah membabitkan 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Cukai jalan digital

Pada 10 Feb, kerajaan mengumumkan pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu mempamerkan cukai jalan pada kenderaan mereka.

Ada yang mengalu-alukan langkah itu, manakala yang lain menyuarakan kebimbangan mengenai kesesakan akan berlaku di sekatan jalan raya kerana pihak berkuasa perlu menggunakan sistem untuk menyemak cukai jalan kenderaan.

Pusat sehenti pengambilan pekerja asing dikembalikan bawah KDN

Pada 22 Dis, kerajaan mengembalikan pusat sehenti untuk pengambilan pekerja asing bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), enam bulan selepas pentadbiran terdahulu meletakkannya bawah Kementerian Sumber Manusia.

Kumpulan majikan berbeza pandangan mengenai langkah itu, dengan segelintir mengatakan ia merumitkan proses pengambilan pekerja, manakala yang lain berkata, birokrasi adalah masalah sebenar.

Sosma tidak disemak semula

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dikritik ahli politik dan kumpulan hak asasi manusia selepas beliau mengumumkan kerajaan tidak akan menyemak semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, atau lebih dikenali sebagai Sosma.

Beberapa individu, termasuk bekas ketua polis negara Musa Hassan, berkata Sosma tidak patut dimansuhkan, sebaliknya hanya perlu ditambah baik.

Belanjawan 2023

Pada 24 Feb, Anwar membentangkan belanjawan berjumlah RM388 bilion bagi 2023. PKS antara penerima manfaat terbesar dan menerima pelbagai inisiatif dalam belanjawan itu, tetapi penjawat awam, pemain industri pelancongan dan beberapa Adun Sarawak berkata, ia tidak mencapai jangkaan mereka.

Ada pihak lain turut mengatakan kerajaan terlepas peluang untuk menyelesaikan isu struktur dalam ekonomi.

‘Selagi boleh ugut guna agama, selagi tu tak berubah’ – Pemuda kecewa lihat orang cakap Kelantan tak mahu maju

SHAFIQAH MUKHSIN

Tular di media sosial mengenai kenyataan seorang pengguna Facebook yang berkongsi bagaimana tidak semua rakyat Kelantan mahukan kemajuan.

Ujarnya, kemajuan satu negeri akan menyebabkan harga semakin mahal dan rakyat di negeri itu lebih selesa dengan Melayu-Islam memerintah.

Tangkap layar kenyataan dibuat individu terbabit.
Seorang pengguna Facebook, Adlan Hafiz memohon lelaki yang dikatakan bukan berasal dari Kelantan untuk tidak membuat kenyataan seolah-olah mewakili suara rakyat negeri itu.

“Tak payah sembanglah kalau bukan orang Kelantan. Yang kena hadap tak ada air, jalan teruk setiap kali musim cuti, air kotor, masalah sampah semua kami.

“Malah ada masalah tak cukup api (eletrik) masa cuti, kami juga yang kena hadap masalah tak ada kerja dan banyak lagi masalah kalau nak ditulis.

Pemuda tersebut terpaksa menerima hakikat dilahirkan di Kelantan namun membidas kenyataan pemilik Facebook untuk tidak sewenangnya meletakkan ‘label’ mereka gembira dengan keadaan tersebut.

“Bila bersuara sedikit mulalah timbul ‘nak Islam ke nak selesai masalah’, selagi boleh ugut guna agama selagi tu tak berubah Kelantan.

“Letak tunggul kayu jadi calon Pas pun mesti akan menang. Otak rakyat memang dan kena cuci dari kecil lagi, kalau pangkah selain Pas, masuk neraka,” tambahnya.

Penggiat filem dapat surat tuntutan atas ulasan ‘Mentega Terbang’

FMT Reporters
Zabidi Mohamed sedia melawan di mahkamah demi menjaga akidah umat Islam di Malaysia.
PETALING JAYA: Seorang “penggiat filem pendek patuh syariah” menerima surat tuntutan atas ulasannya terhadap filem bebas keluaran tempatan “Mentega Terbang”.

Pengarah “Mentega Terbang”, Khairi Anwar Jailani bersama empat yang lain – Tan Meng Kheng, Arjun Thanaraju, Vishnuvarman Ragunathan dan Ti-Teng Hui – menuntut Zabidi Mohamed memohon maaf terhadap kenyataan didakwa berbaur fitnah yang dimuat naik ke Facebook pada 25 Feb, 2 dan 3 Mac lalu.

Mereka mahu Zabidi memadam catatannya di Facebook, berjanji tidak akan menerbitkan semula komennya dalam sebarang cara atau bentuk, serta membayar ganti rugi kerana didakwa mencemarkan reputasi mereka.

Mereka memberi 48 jam kepadanya untuk menjawab surat tuntutan itu atau prosiding undang-undang akan dimulakan.

Zabidi menerusi catatan di Facebook mendakwa filem itu “secara terang-terangan” menghina dan mempersendakan Islam, selain ia “usaha terancang untuk memurtadkan umat Islam di Malaysia dan ‘target’ mereka adalah remaja”.

Beliau turut menamakan Tan, penerbit filem itu dan juga Khairi, Arjun, Vishnuvarman serta Ti sebagai penulis skrip dalam satu daripada catatannya.

“Dari mula hingga akhir cerita, naratif cerita ini penuh dengan elemen ‘blasphemy’. Bukan pada satu babak ini saja.”

Dalam catatan berasingan, Zabidi mengesahkan menerima surat tuntutan itu dan memaklumkan beliau akan menangani perkara itu di mahkamah.

“Demi menjaga akidah umat Islam di Malaysia saya akan lawan.

“Jika ada peguam-peguam Muslim yang ingin bersama-sama saya dalam menjaga kesucian agama Islam, boleh PM saya,” tulisnya di Facebook.

“Mentega Terbang”, yang menyentuh persamaan dan perbezaan agama utama di Malaysia, dikritik orang ramai dan artis selepas ditayangkan di platform penstriman Viu.

Satu laporan polis sudah dibuat terhadap filem itu.

Rabu lalu, Menteri Hal Ehwal Agama, Mohd Na’im Mokhtar dilaporkan berkata, filem itu jelas bertentangan akidah dan cara kehidupan umat Islam tempatan.

Justeru, beliau mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghantar laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) agar tindakan diambil terhadap filem kontroversi itu.

“Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga telah diminta untuk memanggil pihak-pihak yang terbabit dengan penerbitan filem ini untuk urusan selanjutnya,” katanya kelmarin.

Sikap suka melabel oleh PAS tak untungkan Melayu, kata Azan

Haspaizi Zain

Bekas pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail berpandangan tindakan pemimpin PAS melabelkan pemimpin PH dengan pelbagai gelaran termasuk dengan perumpamaan haiwan, sebagai tidak memberi manfaat kepada negara.

Azan berkata ia juga jelas bertentangan dengan tata susila masyarakat Melayu.

"Sikap macam ini tak membantu rakyat dalam menangani isu harga barang. Kerajaan dalam tempoh tiga bulan ini bertungkus-lumus nak selesai masalah (rakyat), PAS pilih untuk menyindir dengan cara menghina.

"Tinggalkan perangai buruk melabelkan dengan binatang dan sebagainya, guna bahasa yang lebih baik.

"Kalau tiada idea nak bantu (rakyat), lebih baik bersama kerajaan daripada sikap suka melabel," katanya kepada Malaysiakini.

Untuk rekod Presiden PAS Abdul Hadi Awang pernah beberapa kali membuat kiasan dengan menggunakan binatang dalam kritikannya terhadap ahli atau parti politik.

Misalnya pada 13 Sep 2020, Abdul Hadi mengingatkan ahli PAS supaya tidak mempedulikan "anjing yang menyalak bukit", merujuk kepada kepimpinan PH yang mempertikai kerajaan PN ketika itu.

Pada tahun 2021 pula, dia membandingkan pihak yang mengkritik kerajaan PN berhubung pengendalian wabak Covid-19 dengan tupai dan kera.

Selain itu, dia juga berkata jika kerajaan semasa tumbang, ia kerana "atapnya bocor, pintunya terbuka dan dindingnya pecah".

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pula pada 1 Mac lalu mengibaratkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai seperti seekor burung “tiung yang bercakap” - hanya pandai berkata-kata tanpa memahami apa yang diperkatakan.

Ia berikutan tindakan Anwar membatalkan kelulusan enam projek tebatan banjir di bawah kerajaan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Azan berkata tindakan itu juga tidak membantu orang Melayu.

"Apakah orang Melayu suka dengan cara melabelkan orang lain dengan binatang? Apakah ini boleh bantu rakyat di kawasan Melayu? Saya tak rasa orang Melayu suka sikap begini.

"Ia lebih kepada menghina, sangat buruk, tak menguntungkan rakyat," katanya lagi.

Kes buang al-Quran, polis kenal pasti syarikat percetakan

FMT Reporters
Tangkap layar daripada video tular awal bulan ini menunjukkan beberapa naskhah al-Quran yang dikeluarkan dari longkang di Taman Sri Murni, Gombak.
PETALING JAYA: Polis sudah mengenal pasti syarikat percetakan dan membuat tempahan al-Quran yang ditemui dibuang di sebuah longkang di Lembah Klang pada 19 Feb lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim berkata, al-Quran itu dicetak syarikat yang terletak di Kelantan.

“Siasatan masih dijalankan setakat ini. Keterangan 10 individu sudah diambil, termasuk dua individu, iaitu wakil syarikat percetakan dan syarikat yang membuat tempahan bagi naskhah al-Quran berkenaan,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu.

Dalam satu video tular awal bulan lalu, seorang lelaki dilihat mengeluarkan beberapa naskhah al-Quran dari longkang dekat Taman Sri Murni, Gombak.

Menurut lelaki itu, beberapa naskhah dalam keadaan baik, manakala yang lain telah koyak.

Susulan itu, polis dilaporkan mengambil keterangan 8 individu yang berada di lokasi kejadian bagi membantu siasatan berhubung penemuan 13 naskhah al-Quran itu.

Pulak!!Presiden Putra tidak tahu Tun M bakal jadi ketua parti

WAN SITI AMINAH

Presiden Putra, Datuk Dr Ibrahim Ali akui dirinya tidak tahu menahu mengenai desas desus bahawa Tun Dr Mahathir bakal dilantik bagi menggantikan tempatnya.

Ibrahim bagaimanapun tidak menghalang sekiranya bekas perdana menteri itu berhasrat untuk menjadi ketua parti yang dipimpinnya itu.

Menurutnya, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya Tun M sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai presiden.

Namun begitu, perlantikan itu perlulah didahului dengan pencalonan dan persetujuan dari Ahli Dewan Tertinggi (ADT) Putra.

“Saya baru dengar desas desus ini. Tidak ada dalam pengetahuan saya, tetapi sebagai parti demokratik, saya tidak ada halangan kalau ada pemilihan dan pelantikan baharu.

“Memandangkan Tun M ahli Putra, dia dan sesiapa sahaja ahli yang sah boleh dicalonkan sebagai presiden. Ini terserah kepada perwakilan di peringkat bahagian untuk mencalonkannya,” katanya.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata kebenaran khabar angin itu hanya akan diketahui pada 7 Mei ini di Persidangan Agung Putra.

Pada 24 Februari lalu, media melaporkan bahawa Tun Dr Mahathir sah menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA).

Tindakan berkenaan diambil beliau sejurus keluar dari Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) bersama 13 ahli lain.

Mulut longkang? Pemimpin PAS didakwa hina rezeki

Exco PAS dikecam kerana 'cemuh' Menu Rahmah

Malaysiakini

Selepas beberapa kontroversi berhubung hidangan Menu Rahmah mengaitkan wakil rakyat PAS, kali ini seorang Adun parti itu melalui rakaman video kelihatan seakan mencela sajian yang dijamahnya itu.

Dalam satu video yang dimuatnaik dalam akaun TikTok, Adun Chukai Hanafiah Mat dilihat mengadu tentang kekurangan hidangan nasi campur yang dimakannya.

"Ikan seekor, sayur dua butir, kuah tak ada pula.

"Ini minta kuah dia, aku bubuh hah," keluhnya.

Didakwa hina rezeki

Exco PAS Terengganu itu kemudian menuangkan kuah dalam cawan ke dalam hidangannya itu.

"Ni ha kuahnya (warna) oren. Jadilah hah," katanya lagi.

Video yang kini tular di media sosial mendapat kecaman banyak pihak, termasuklah beberapa Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman.

"Hina rezeki satu perbuatan yang keji, tidak berakhlak," kata Fahmi yang juga ahli parlimen Lembah Pantai.

Sementara itu, presiden Muda senada dengan Fahmi menyifatkan tindakan Hanafiah itu sebagai memalukan, yang dilihat seperti menghina golongan yang kurang berkemampuan.

“Ramai orang susah mendapat manfaat dari Menu Rahmah.

“Bukan semua bergaji besar seperti YB Exco dan boleh makan di tempat yang mewah.

“Kalau tidak setuju pun, tiada keperluan untuk merendahkan martabat orang susah dengan meremehkan makanan mereka. Memalukan,” ciap Syed Saddiq di Twitter.

Video itu bagaimanapun tidak dapat dikesan lagi di TikToknya petang ini, kemungkinan dipadam.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas Hanafiah berkaitan kontroversi itu.

Sebelum ini, ahli Parlimen Kapar Dr Halimah Ali mencetuskan kontroversi ketika perbahasannya di parlimen apabila mengaitkan Menu Rahmah dengan risiko ancaman kesihatan termasuk kanser dan autisme.

Dia yang berulang kali menafikan kenyataannya itu meminta sesiapa yang mengecamnya untuk merujuk kepada hansard (rekod rasmi parlimen) untuk membuktikan kenyataan dibuat sebelum ini.

Menu Rahmah merupakan cetusan idea kerajaan dan dilaksanakan syarikat swasta sukarela dalam membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama golongan memerlukan untuk mendapatkan makanan bermasak seimbang pada harga RM5 dan ke bawah.

Anwar: Biarlah Hadi terus merancang dan mengigau

Shakira Buang

Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak begitu mengendahkan ramalan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa kerajaan pimpinannya akan tumbang tidak lama lagi.

“Tak apalah, biar dia (Hadi) merancang dan mengigau,” katanya ringkas kepada pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, hari ini.

Dia berkata demikian ketika mengulas kenyataan Hadi ketika sesi Dialog Ulama Negarawan: Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini anjuran Yayasan Permata Ummah di Kuala Lumpur pada 1 Mac lalu.

"Orang tanya bila berlaku ini, ini ramalan. Insya-Allah (akan berlaku) dalam masa terdekat," katanya, tanpa menyebut berdasarkan apa jangkaannya itu dibuat, mahupun jika PN sedang mengaturkan sesuatu berkenaannya.

Kenyataan itu sehari selepas Hadi berkata pembangkang tidak boleh dipersalahkan jika pentadbiran PH runtuh sekali lagi.

"Kalau jatuh lagi, jangan salahkan kami. Bukan tebuk atap, tetapi atapnya bocor, pintunya terbuka dan dindingnya pecah," katanya dalam perbahasan di Dewan Rakyat.

Untuk rekod, ahli parlimen Marang itu sebelum ini pernah berkata dia adalah individu yang memulakan langkah untuk menumbangkan kerajaan PH pimpinan Dr Mahathir Mohammad pada 2020, selepas 22 bulan memerintah negara.

Ramalan Hadi itu mengundang kecaman beberapa pemimpin PH, antaranya Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar yang menyifatkannya sebagai bercanggah dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahukan kestabilan politik diwujudkan, serta menjejaskan proses pemulihan ekonomi negara.

Adun Kota Anggerik dari PKR, Najwan Halimi pula menyifatkan Hadi belum pulih daripada penyakit 'kemurungan politik' dan tidak dapat menerima realiti pada masa ini.

Terengganu larang orang politik beri kuliah, ceramah, khutbah

Malaysiakini

Semua ahli politik termasuk ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri (Adun) serta ahli Dewan Negara dilarang memberikan kuliah atau ceramah agama di seluruh masjid serta surau di Terengganu.

Turut dilarang ialah penyampaian khutbah Jumaat.

Menurut kenyataan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu, Shaikh Harun Shaikh Ismail, larangan tersebut dibuat agar semua tempat ibadat umat Islam di negeri itu tidak disalahgunakan untuk tujuan politik kepartian.

“Semua ahli yang berhormat sama ada ahli dewan undangan negeri, ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negara tidak dibenarkan bertindak sebagai khatib dan imam solat Jumaat di masjid.

“Semua kepimpinan dan aktivis parti politik tidak dibenarkan menyampaikan apa-apa ceramah, kuliah atau pengajaran agama di masjid dan surau dalam Terengganu," katanya.

Bagaimanapun menurut Shaikh Harun, pengecualian diberikan kepada pemegang tauliah mengajar atau dengan kebenaran daripada Maidam Terengganu.

Sebelum ini Majlis Agama Islam Selangor (Mais) turut mengeluarkan arahan agar pihak masjid dan surau di negeri tersebut melarang mana-mana ahli politik daripada menyampaikan ceramah atau kuliah.

Larangan tersebut dibuat bagi memelihara kesucian tempat ibadah Islam daripada dicemari politik kepartian.

Ekoran larangan itu Mais menarik balik tauliah yang pernah diberikan kepada beberapa tokoh politik.

Menurut Shaikh Harun arahan larangan tersebut - yang bertarikh 2 Mac - dikeluarkan ekoran Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, yang dukacita apabila ada ahli politik tertentu mengajar agama atau menjadi khatib dan imam solat tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Kata Shaikh Harun masjid merupakan institusi agama yang sangat penting dan mulia bagi umat Islam, selain menjadi simbol perpaduan umatnya. Justeru katanya ia perlu dimakmurkan sebaik mungkin.

Masjid dan surau, katanya, tidak boleh sama sekali digunakan untuk sebarang kegiatan yang menimbulkan keresahan atau perselisihan dalam kalangan masyarakat.

"Ia termasuk menggunakan masjid atau surau bagi melaksanakan apa-apa aktiviti yang pengisiannya bercampur aduk dengan unsur-unsur politik kepartian.

"Sultan menzahirkan rasa dukacita dengan situasi penglibatan segelintir ahli politik yang menyampaikan kuliah, ceramah atau pengajaran agama di masjid dan surau, serta bertindak sebagai khatib dan imam solat Jumaat tanpa kebenaran Maidam," katanya.

Shaikh Harun turut mengarahkan semua pengerusi dan ahli jawatankuasa masjid serta surau di Terengganu memastikan penceramah, pengkuliah, tenaga pengajar dan khatib solat Jumaat yang dijemput mempunyai tauliah daripada Maidam.

Pada masa sama, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dikehendaki membuat pemantauan atas arahan yang dikeluarkan supaya ia dapat dipatuhi.

Lawak penguatkuasa?: 'Rahsia' banjir lumpur terbongkar

Mohd Rafi Mamat
am@hmetro.com.my
PONDOK tempat tinggal warga asing yang mengusahakan kebun haram berkenaan turut dimusnahkan ketika operasi.
PONDOK tempat tinggal warga asing yang mengusahakan kebun haram berkenaan turut dimusnahkan ketika operasi.
Bentong: Kejadian kepala air dan banjir lumpur di Jalan Lama Gombak-Bentong pada bulan lalu membawa kepada pembongkaran aktiviti pekebun warga asing menceroboh Hutan Simpan Bukit Tinggi di sini, bagi 'projek' tanaman halia Bentong yang bernilai tinggi.

Aktiviti haram berkenaan berjaya dikesan selepas kakitangan Pejabat Hutan Daerah (PHD) Bentong membuat pemeriksaan laluan air sehingga menemui 'rahsia' dalam hutan simpan itu yang mengakibatkan bencana alam termasuk tanah runtuh pada 12 Februari lalu.

Lebih mengejutkan apabila kebun tanaman halia Bentong haram seluas kira-kira dua hektar terbabit memerlukan anggota Ops Bersepadu Tanah Tinggi Bentong berjalan mendaki bukit berbatu sejauh lebih satu kilometer sebelum menemuinya.

Hasil pemeriksaan mendapati kebun itu dipercayai diusahakan secara haram oleh empat pekebun warga asing yang mana kawasan tanaman dibahagikan kepada dua bahagian yang berada sepanjang lereng bukit.

Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan (Zon Pahang Barat) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Shahril Mohamad berkata, operasi itu diadakan selama tiga hari bermula kelmarin membabitkan aktiviti memusnahkan dan menanam semula pokok di kawasan terbabit.

Menurutnya, tindakan tegas memusnahkan tanaman halia Bentong sebanyak kira-kira 2,500 perdu termasuk pokok cili padi dan kacang buncis perlu diambil kerana ia adalah kesalahan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 kerana menceroboh kawasan hutan simpan.

Katanya, turut dimusnahkan ialah tiga pondok tempat tinggal warga asing yang mengusahakan kebun haram berkenaan, yang mana mereka menjadikan air bukit sebagai sumber utama minuman dan memasak selain bagi menyiram tanaman yang diusahakan.

"Kawasan seluas 0.4 hektar pula dijadikan tapak untuk menanam pokok sayuran dan tanaman halia Bentong kini mengeluarkan hasil. Difahamkan, aktiviti pertanian berkenaan sepenuhnya diusahakan menggunakan tenaga manusia.

"Kedudukan kawasan pertanian berkenaan terletak di lereng bukit berbatu, tanpa jalan dan mereka dipercayai tidak menggunakan jentera bagi mengelak dikesan pihak berkuasa dan hanya menggunakan laluan tikus untuk memindahkan hasil," katanya.

Operasi berkenaan disertai 50 anggota Unit Penguat kuasa (Zon Pahang Barat) JPNP, PHD Bentong, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Daerah dan Tanah Bentong (PDTB) dan Unit Penguat kuasa Negeri Pahang (UPNP).

Menurutnya, pihaknya belum mengenal pasti tempoh mereka meneroka kawasan hutan simpan itu bagi melakukan aktiviti terbabit.

"Penemuan kawasan itu hasil tinjauan kakitangan PHD Bentong yang membuat pemeriksaan laluan air selepas kejadian kepala air, banjir lumpur dan tanah runtuh di Jalan Lama Gombak-Bentong pada 12 Februari lalu

"Permintaan tinggi dan harga halia Bentong yang mahal menjadi faktor utama kegiatan menceroboh Hutan Simpan Bukit Tinggi untuk mengusahakan tanaman berkenaan sering berlaku," katanya.

Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat dalang tempatan yang menggunakan warga asing sebagai buruh pertanian sepenuh masa, yang mana hasil pertanian dipasarkan oleh individu terbabit.

"JPNP akan meningkatkan pemantauan di kawasan Hutan Simpan Bukit Tinggi bagi mengelak terus berlaku pencerobohan untuk aktiviti pertanian terutama halia Bentong yang terkenal di daerah ini bagi memenuhi pasaran tempatan dan antarabangsa.

"Kita juga akan menggunakan kemudahan Forest Monitoring by Remote Sensing (FMRS) dan dron bagi memantau kawasan hutan dan bukit yang sukar dimasuki untuk kakitangan penguat kuasa sampai.

"Bentuk muka bumi bukit berbatu berlumut di Hutan Simpan Bukit Tinggi juga menjadi antara cabaran bagi aktiviti pemeriksaan lapangan dilakukan," katanya.

ANGGOTA Unit Penguat Kuasa Zon Pahang Barat, Muzafa Mahat menunjukkan halia Bentong yang ditanam secara haram.
ANGGOTA Unit Penguat Kuasa Zon Pahang Barat, Muzafa Mahat menunjukkan halia Bentong yang ditanam secara haram.
Ceroboh 3,900 hektar secara haram

Hutan Simpan Bukit Tinggi seluas kira-kira 3,900 hektar dikesan menjadi tumpuan aktiviti menanam halia Bentong secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Walaupun mengetahui kesalahan menceroboh hutan simpan dan hukuman yang bakal diterima sekiranya ditangkap, individu terbabit tidak rasa gentar.

Pegawai Hutan Daerah Bentong, Muhamat Azman Yahya berkata, hampir setiap tahun pihaknya mengadakan operasi tebas kebun haram dalam Hutan Simpan Bukit Tinggi yang terkenal dengan tanaman halia Bentong.

Menurutnya, projek pertanian yang diusahakan secara haram halia Bentong termasuk tanaman pelbagai sayuran lain sebelum ini tidak membabitkan kawasan yang terlalu luas.

Katanya, tahun lalu pihaknya berjaya menahan seorang individu yang menceroboh Hutan Simpan Bukit Tinggi kerana mengusahakan projek pertanian.

"Tanah kawasan berbukit yang subur selain cuaca sejuk di daerah ini membolehkan tanaman sayuran termasuk halia Bentong cepat membesar sekali gus menjadi pilihan mereka.

"Bagaimanapun, kawasan pencerobohan yang dikesan akan ditanam semula dengan pelbagai pokok balak berkualiti tinggi bertujuan memulihkan lokasi terbabit seterusnya dapat mengelak berlakunya kejadian hakisan lereng bukit.

"Pejabat Hutan Daerah (PHD) Bentong mempunyai pasukan khas yang memantau kawasan Hutan Simpan Bukit Tinggi bagi memastikan kegiatan menceroboh tidak berulang," katanya yang turut sama menyertai Ops Bersepadu Tanah Tinggi Bentong, kelmarin.

Beliau berkata, kira-kira 1,000 pokok merawan akan ditanam oleh kakitangan PHD Bentong dalam kawasan cerobohan itu yang mana kerja berkenaan mengambil masa dua hari untuk diselesaikan.

ANGGOTA Unit Penguat Kuasa Zon Pahang Barat memusnahkan pokok halia Bentong yang ditanam secara haram.
ANGGOTA Unit Penguat Kuasa Zon Pahang Barat memusnahkan pokok halia Bentong yang ditanam secara haram.
Disiarkan

100 hari pertama Anwar Ibrahim

Imlan Adabi

ULASAN | Sejak 2018, rakyat Malaysia sudah pandai menilai dan membandingkan untuk melihat kerajaan mana yang lebih baik. Mereka tahu sosok yang gagal atau yang berjaya; bersungguh-sungguh atau sekadar melantunkan kata-kata bombastik kosong.

Rakyat sudah faham perdana menteri mana yang bininya boleh berkuasa besar dan ada pembantu berjawatan tetap. Rakyat juga kenal budak-budak tingkat empat yang mengawal ucapan dan perancangan tugas perdana menteri.

Terima kasih Najib Razak kerana membawa 1MDB kepada masyarakat yang kemudian mencetuskan skandal mega berskala dunia. Tanpa syarikat yang dikaitkan dengan seorang Cina tembam yang masih diburu itu, masyarakat tidak tahu 1MDB dan SRC International.

Sejak PRU ke-14, rakyat menolak BN dan memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri selama 22 bulan selepas menjawat tugas itu 22 tahun sebelum itu.

Langkah Sheraton membawa Muhyiddin Yassin menggantikan Mahathir. Dia menjadi pemimpin bersama dengan sejarah darurat selama 18 bulan.

Rakyat boleh menilai dan membanding 60 tahun era BN, atau 22 bulan era Mahathir dan 18 bulan kerajaan bersalut darurat oleh Muhyiddin.

Lebih dua dekad menanti

Kemudian datang pula kerajaan Keluarga Malaysia ilham daripada Ismail Sabri Yaakob selama 14 bulan yang mencipta sejarah ada pemimpinnya berbahasa Melayu pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.

Kita tidak nampak legasi pentadbiran itu melainkan secebis dua. Misalnya rakyat 'diajar' mengenai jenama pakaian yang susah untuk dieja oleh orang kampung.

Empat perdana menteri sepanjang tempoh empat tahun (2018 - 2022) mengundang perbandingan yang mana baik atau yang mana tidak boleh diharapkan.

Pada PRU ke-15 kerajaan perpaduan wujud yang membolehkan Anwar Ibrahim ke Putrajaya sebagai perdana menteri selepas selama menanti lebih dua dekad.

Sama ada dia lebih bagus atau lebih buruk berbanding perdana menteri sebelumnya, ia sedang diperhatikan. Tempoh 100 hari adalah detik pemerhatian yang lazim ditetapkan orang.

Proses demokrasi moden ada kaitan dengan revolusi pemikiran dan cuaca politik sejak berabad-abad silam. Pemikiran dan revolusi industri mencerakinkan perubahan. Sama ada lebih baik atau lebih bobrok, ia bergantung kepada insan yang melaksanakan misi berkenaan.

Anwar lahir dan wujud selepas empat proses revolusi melanda dunia.

Revolusi Industri Pertama berlaku pada 1765 dengan penemuan arang batu dan tenaga wap. Manusia mula mengenal tugasan secara rasmi. Ada yang bergaji. Ramai juga menjadi buruh paksa.

Revolusi Industri Kedua pada 1870 pula bermula dengan wujudnya kuasa elektrik. Manusia mula mengenal sistem kerja yang lebih baik dari sebelumnya.

Kesatuan sekerja dan perkilangan menjadikan manusia lebih rakus. Kuasa pelayar dan penjelajah Eropah meneroka ke dunia timur, Afrika dan Amerika  untuk menjarah.

Revolusi Industri Ketiga pada  1969 membawa manusia memaksimumkan tenaga nuklear. Selepas ledakan atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 1945,  nuklear dibangunkan untuk industri yang kononnya cekap tenaga.

Tanpa disedari negara yang mempunyai kuasa nuklear dianggap tuan baru. Ia berlaku walaupun ada rakyat yang menderita - seperti di Korea Utara, India dan Iran.

Pertikai kemampuan PM

Revolusi Industri Keempat  melahirkan internet. Langit jadi terbuka dan sempadan negara diceroboh secara maya dan digital. Internet juga membantu gerakan reformasi pada 1998 apabila media tradisional secara totok dikuasai pemerintah.

Anwar beruntung kerana gerakan reformasinya dibantu oleh internet dan anak muda yang secara fizikal sanggup turun di jalan raya. Ruang internet  seperti  Mahazalim dan Laman Reformasi beransur-ansur memuatkan berita alternatif gerakan reformasi.

Ramai yang melihat Anwar dizalimi Mahathir. PAS pimpinan Fadzil Noor juga menyokong Anwar, berbeza dengan Abdul Hadi Awang yang hanya tahu mendendangkan dalil.

Kini Anwar sudah lebih 100 hari mentadbir negara. Momentum pemulihan ekonomi negara dilihat berterusan meskipun berdepan persekitaran luaran tidak menentu, termasuk gangguan rantaian bekalan dan konflik geopolitik.

Rakyat terbanyak tidak melihat faktor luaran kerana mereka juga terhimpit. Harga barangan yang meningkat menjadi bualan penyokong PN untuk mempertikai kemampuan Anwar.

Kaji Selidik Tinjauan Rakyat Malaysia 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Perpaduan bagi Dis 2022 hingga Feb 2023 menunjukkan, daripada lebih 35,000 responden, 39 peratus melihat situasi ekonomi negara bertambah buruk, 38 peratus mengatakan bertambah baik dan 23 peratus responden lagi menganggap tiada perubahan.

Kaji selidik sama turut menunjukkan, orang Melayu di Semenanjung Malaysia paling ramai mengatakan ekonomi negara bertambah buruk, iaitu sebanyak 53 peratus.

Sebanyak 22 peratus pula berpendapat ekonomi bertambah baik dan 25 peratus melihat ekonomi Malaysia tidak berubah.

Keadaan itu berbeza pula dengan kaum lain apabila peratusan responden mengatakan ekonomi Malaysia bertambah baik adalah jauh lebih tinggi berbanding sentimen ekonomi negara lebih buruk.

Ia menunjukkan, orang India paling ramai mengatakan ekonomi negara bertambah baik iaitu sebanyak 70 peratus, dan hanya 11 peratus mengatakan sebaliknya, serta 19 peratus lagi merasakan tiada perubahan.

Kajian hanya petunjuk. Ia tidak semestinya mewakili pandangan awam keseluruhan.  Tempoh 100 hari adalah angka awal untuk Anwar bergerak lebih baik.

Sebagai  reformis, rakyat mengharapkan sesuatu yang lebih daripada Anwar dan kabinet. Kita masih menanti pembaharuan institusi yang lebih baik dan hak awam yang lebih terbuka.

Anwar tidak perlu dibebankan dengan masalah yang ditinggalkan oleh pemimpin sebelum ini. Dia perlu disokong untuk menjayakan agenda reformasi. Jika gagal, Anwar harus tahu risikonya!

Cemas terperangkap dalam arus deras

Ahmad Hasbi
am@hmetro.com.my
FOTO APM
FOTO APM
Kuala Pilah: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila dia terperangkap di dalam keretanya yang ditenggelami banjir dekat Jalan Sawah Lebar, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa yang berusia 40-an dikatakan cuba melalui jalan di kawasan yang dinaiki di sebelum kereta jenis Proton Wira dipandunya terperangkap di kawasan arus deras.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Pilah, Leftenan (PA) Mohamad Ghazali Abd Rahim berkata, mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan dan tidak mengalami kecederaan.

"Pihak kami menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kereta dinaiki anaknya tersangkut di kawasan banjir jam 6.43 pagi sebelum anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Pilah bergegas ke lokasi.

"Setibanya di lokasi, anggota mendapati terdapat sebuah kereta separuh tenggelam di dalam arus deras. Anggota segera memulakan operasi menyelamat dengan menggunakan tali dan berjaya mengeluarkan seorang mangsa lelaki dengan selamat," katanya, hari ini.

Beliau berkata, jalan berkenaan adalah kawasan bendang yang dinaiki air dan arus deras susulan hujan lebat di kawasan itu sejak pagi kelmarin.

"Ketika kejadian, kawasan gelap dan mangsa dikatakan termasuk ke dalam lubang di jalan itu ketika melaluinya menyebabkan dia terperangkap," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai situasi banjir di Kuala Pilah, beliau berkata, dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu sudah ditutup petang tadi.

"PPS Desa Dangi ditutup jam 2.24 petang manakala PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Pilah ditutup jam 3.03 petang ekoran keadaan banjir yang semakin surut dan terkawal.

"Jumlah kumulatif mangsa banjir yang dipindahkan di Kuala Pilah adalah seramai 62 orang daripada 24 keluarga. Bagaimanapun, anggota kami dalam keadaan berjaga kerana jangkaan hujan akan berterusan," katanya.

End

Caption: KUALA PILAH 2 MAC 2023. Anggota APM melakukan operasi menyelamat seorang lelaki yang terperangkap di dalam kereta di kawasan banjir dekat Jalan Sawah Lebar, di sini, pagi tadi. Foto ihsan APM.

From: Hasbi

Mangsa banjir meningkat, lebih 31,000 dipindah

Bernama

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di empat negeri terus meningkat malam ini dengan 31,375 orang ditempatkan di 241 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 29,091 mangsa petang tadi.

Di Johor, jumlah mangsa meningkat kepada 28,486 orang setakat jam 8 malam ini berbanding 26,633 orang petang tadi dengan sebuah lagi PPS dibuka, menjadikan jumlah keseluruhan 198 PPS beroperasi di semua 10 daerah.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), memaklumkan, Segamat masih teruk terjejas dengan 2,933 keluarga dipindahkan ke 70 PPS, diikuti Kluang (1,485 keluarga/37 PPS); Kota Tinggi (761 keluarga/18 PPS); Johor Bahru (366 keluarga/tujuh PPS) dan Pontian (65 keluarga/empat PPS).

Turut terjejas Muar dengan 650 keluarga ditempatkan di 13 PPS; Kulai (167 keluarga/tiga PPS); Mersing (177 keluarga/ enam PPS) dan Tangkak (335 keluarga/ 18 PPS) serta Batu Pahat (1,018 keluarga/22 PPS).

Di Pahang, sekretariat JPBN melaporkan jumlah mangsa banjir meningkat malam ini dengan 1,769 mangsa berada di 27 PPS berbanding 1,373 mangsa di 25 PPS, tengah hari tadi.

Bera menjadi daerah terbaru dilanda banjir apabila sebuah PPS dibuka petang ini bagi menempatkan 29 mangsa manakala Rompin terus merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 1,068 orang di 13 PPS diikuti Maran dengan 402 orang di lima PPS.

Seramai 106 mangsa lagi berada di dua PPS di Pekan, Jerantut (96 mangsa/1 PPS) dan Raub (68 mangsa/ lima PPS).

Di Negeri Sembilan, Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan seramai 1,042 mangsa daripada 290 keluarga ditempatkan di 12 PPS setakat jam 8 malam ini membabitkan Tampin dan Jempol manakala dua PPS di Kuala Pilah ditutup pada jam 4 petang tadi.

Selain itu, Jabatan Kerja Raya negeri, dalam kenyataan, turut memaklumkan tiga laluan ditutup kepada semua kenderaan akibat dinaiki air iaitu di Jalan Londah-Pasir Besar (jalan ladang), Jalan Gemas-Seremban (Jambatan Sungai Kelamah) dan Felda Jelai 2-Pasir Besar (laluan utama).

Di Melaka, jumlah mangsa banjir kembali meningkat kepada 78 mangsa daripada 20 keluarga pada jam 8 malam ini berbanding 49 mangsa daripada 15 keluarga pada 12 tengah hari tadi.

Sekretariat JBPN Melaka, dalam kenyataan, memaklumkan satu lagi PPS di Jasin dibuka pada jam 1 tengah hari membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Mendapat yang menempatkan 30 mangsa daripada lima keluarga.

“Selain itu, PPS SK Chohong menempatkan 36 mangsa dari sembilan keluarga juga di Jasin manakala 12 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Bukit Tambun di Alor Gajah.

“PPS SK Asahan yang sebelum ini dibuka ditutup pada jam 2 petang tadi manakala SK Parit Penghulu baru dibuka pada jam 7.30 malam tadi dan dalam proses pemindahan mangsa,” katanya.

Sementara itu, di Sabah, bencana banjir di negeri ini pulih malam ini dan semua mangsa banjir telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sekretariat JPBN Sabah, dalam kenyataan, memaklumkan PPS terakhir iaitu Dewan Mini Kampung Simpang Entilibon di Tongod sebelum ini menempatkan 108 orang daripada 24 keluarga ditutup petang tadi.

Bas terbakar, 24 penumpang, pemandu selamat

Rosman Shamsudin
am@hmetro.com.my
ANGGOTA bomba memadam kebakaran bas ekspres di Hentian R&R Ladang Bikam, petang tadi. FOTO Ihsan JBPM.
ANGGOTA bomba memadam kebakaran bas ekspres di Hentian R&R Ladang Bikam, petang tadi. FOTO Ihsan JBPM.
Bidor: Seramai 24 penumpang dan seorang pemandu terselamat selepas bas ekspres yang mereka naiki terbakar di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ladang Bikam, petang tadi.

Pegawai Bertugas Pusat Gerakan Operasi, PKPgB Khairul Firdaus Ibrahim berkata, pihak bomba menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 4.19 petang.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor dibantu oleh BBP Slim River dan BBP Tapah dikejarkan di tempat kejadian.

"Bas ekspres terbabit dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke tanah tinggi Cameron Highlands," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Khairul Firdaus berkata, pihak bomba menggunakan dua aliranair dari tangki jentera BBP Bidor dan BBP Slim River sehingga api berkata dipadam sepenuhnya.

Katanya, bas terbabit musnah 80 peratus dan operasi tamat pada jam 5.30 petang.

Banjir: 2 warga emas lemas, air naik hingga bumbung rumah

FMT Reporters

PETALING JAYA: Dua warga emas ditemui lemas dalam rumah masing-masing yang dinaiki air di Segamat, Johor.

Berdasarkan keadaan mayat, dua warga emas itu dipercayai berusaha menyelamatkan diri hingga saat akhir, tetapi gagal.

Ketua Polis Segamat, Ahmad Zamry Marinsah berkata, dua mangsa yang tinggal berseorangan di rumah masing-masing di Jalan Kongsai, Kampung Baru Chaah, dipercayai lemas selepas rumah mereka dinaiki air hingga ke paras bumbung.

Katanya, mayat seorang lelaki dan wanita berusia 70-an itu ditemui dalam bilik di rumah mereka.

“Mangsa wanita ditemui pada 9 pagi, manakala mayat lelaki dijumpai 11 pagi selepas banjir surut,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, ahli keluarga dua mangsa itu membuat laporan polis pada 8 pagi selepas gagal dihubungi mereka.

Katanya, mayat dua warga emas itu dihantar ke Hospital Segamat untuk proses bedah siasat.

Saya dipukul majikan Malaysia setiap hari, dakwa bekas amah Indonesia

FMT Reporters
PETALING JAYA: Sebelah telinga mengalami kecacatan, empat gigi hilang dan parut di bibir atas antara peringatan buat Meriance Kabu terhadap pengalamannya bekerja di Malaysia selama lapan bulan.

Pengalaman pahit yang didakwa dilalui warga Indonesia itu diperincikan dalam laporan BBC Indonesia, di mana beliau mendakwa majikan memukulnya setiap hari sehingga lebam dan berdarah.

Meriance, yang berusia 32 tahun ketika itu, berkata majikannya juga tidak membenarkan beliau meninggalkan pangsapuri di Ampang, tempat kerjanya.

Menceritakan pengalaman ngerinya, wanita itu mendakwa majikan turut menderanya menggunakan seterika panas, penyepit kecil, tukul, baton dan playar.

Katanya, ia bermula tiga minggu selepas mula bekerja apabila tersilap memasukkan ikan dalam penyejuk beku, bukannya peti sejuk. Beliau dipukul dengan ikan beku menyebabkan kepalanya berdarah.

Meriance mendakwa dipukul setiap hari selepas itu.

Ibu kepada empat anak itu mendakwa penderaan itu hanya berhenti apabila majikannya penat dan beliau diarah membersihkan darahnya sendiri yang terpercik di lantai serta dinding.

Lapan bulan kemudian, Meriance menulis nota berhubung nasibnya dan membuangnya ke luar pintu pagar besi berkunci.

“Tolong saya, saya diseksa majikan. Saya bermandi darah setiap hari, tolong saya!” tulisnya.

Seorang jiran yang menemui nota itu menghubungi pihak berkuasa dan Meriance diselamatkan pada hari sama.

BBC Indonesia melaporkan penderaan dialami Meriance sangat teruk sehingga suaminya, Karvius tidak mengenalinya selepas beliau diselamatkan.

Majikannya didakwa pada 2015 atas tuduhan cubaan membunuh, menyebabkan kecederaan serius, pemerdagangan manusia dan pelanggaran imigresen, tetapi pendakwa raya menggugurkan kes itu pada 2017 atas alasan bukti tidak mencukupi.

Duta Besar Indonesia, Hermono yang menemui Meriance Oktober lalu, berkata pihaknya sudah melobi untuk kes itu dibuka semula.

Kementerian Luar Malaysia memberitahu BBC Indonesia, ia akan “memastikan keadilan dilaksanakan mengikut undang-undang”.

Majikan diheret ke mahkamah semula

Peguam CR Selva memberitahu FMT, bekas majikan Meriance didakwa semula Januari lalu, dengan kes itu ditetapkan untuk sebutan hari ini di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob di Mahkamah Sesyen Ampang.

Selva, yang menjalankan arahan memerhati untuk kedutaan, berkata majikan terbabit, Serene Ong Su Ping dan Sang Yoke Leng dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) pada 2017.

Sang dan Ong kini berdepan tuduhan pemerdagangan manusia, dengan Ong turut didakwa atas cubaan membunuh serta mendatangkan kecederaan dengan senjata atau cara berbahaya.

Kes itu akan disebut semula pada 17 April ini.

Mahfuz Omar: Kenyataan Hadi sanggah titah Agong, berunsur sabotaj

N Faizal Ghazali

Amanah menganggap kenyataan dibuat Abdul Hadi Awang - mengenai kemungkinan kerajaan persekutuan tumbang tidak lama lagi - berbahaya kerana bercangah dengan titah Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu kata Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar kenyataan presiden PAS berkenaan juga berisiko untuk mengudang suasana politik tidak stabil sekali gus menyukarkan negara.

"Ia sangat bertentangan dengan seruan titah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu yang mahu supaya kestabilan politik diwujudkan dalam negara kita.

“Kenyataan Abdul Hadi itu boleh memberikan kesan sangat buruk kepada proses pemulihan ekonomi negara,” katanya ketika ditemui Malaysiakini di Kota Bharu, hari ini.

Bekas anggota parlimen Pokok Sena itu berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Abdul Hadi semalam yang meramalkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan tumbang tidak lama lagi.

Berucap pada sesi Dialog Ulama Negarawan: Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini anjuran Yayasan Permata Ummah di Kuala Lumpur, ahli parlimen Marang itu bagaimanapun tidak menyebut berdasarkan apa jangkaannya itu dibuat.

"Orang tanya bila berlaku ini, ini ramalan. Insya-Allah (akan berlaku) dalam masa terdekat," katanya.

Mengulas lanjut Mahfuz berkata kenyataan dibuat Abdul Hadi itu hanya mengambil kira soal kuasa politik dengan keinginannya merampas kerajaan, selain faktor pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi.

Kerugian pada rakyat

Katanya pembangkang mahu mewujudkan suasana yang menghangatkan suhu politik negara.

"Tetapi kenyataan itu adalah berunsur sabotaj kepada ekonomi negara.

“Kesan daripada kenyataan itu akan mengundang kegusaran dalam kalangan pelabur yang akan takut untuk membawa pelaburan baru ke Malaysia kerana mereka melihat bahawa tidak wujud kestabilan politik negara ini,” katanya.

Mahfuz yang pernah menjadi naib presiden PAS itu menambah, pihak berkuasa perlu mengambil perhatian terhadap kenyataan Abdul Hadi kerana berbahaya.

“Sabotaj politik itu biasa pada saya, tetapi ini ada unsur sabotaj ekonomi dan menyentuh soal keselamatan rakyat, maksudnya apabila ekonomi kita tidak dapat dipacu kerana tiada keyakinan pelabur kepada negara, maka kerugiannya adalah pada rakyat.

“Saya mohon pihak berkuasa harus mengambil tindakan terhadap kenyataan-kenyataan seumpama ini kerana boleh membawa kesan yang tidak baik kepada masa depan ekonomi negara,” kata Mahfuz lagi.

SPRM tahan reman bendahari agung Bersatu

Alyaa Alhadjri

Seorang pemimpin kanan Bersatu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam untuk membantu siasatan agensi terbabit.

Bendahari Agung Bersatu Mohamed Salleh Bajuri kini berada dalam tahanan SPRM selepas pihak berkuasa terbabit mendapat kebenaran daripada mahkamah untuk meremannya selama dua hari.

“Ya, memang betul dia (Bajuri) ditahan,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Mohamed Salleh mempunyai latar belakang sebagai ahli korporat sejak beberapa dekad lalu.

Dia dilantik menjadi bendahari agung parti berkenaan pada 2016.

‘Anwar, The Untold Story’: Berdoa agar Anwar jadi PM, Farid Kamil jalankan penggambaran secara rahsia

WAN SITI AMINAH

Pelakon sensasi, Farid Kamil mendedahkan beliau tidak berhenti berdoa agar Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke 10 sebelum ini.

Hal ini dilakukan beliau sejurus menyelesaikan penggambaran di Indonesia bagi filem terbitan negara itu,  ‘Anwar, The Untold Story’.

Menurutnya, jika Ahli Parlimen Tambun itu gagal menjadi Perdana Menteri, filem lakonannya bakal sukar untuk ditayangkan di Malaysia.

Hal ini kerana umum mengetahui, sebelum Anwar dilantik menjadi pemimpin negara, segala terbitan tentang beliau mempunyai risiko untuk disekat.

Oleh yang demikian, Farid Kamil cukup risau sekiranya pengambaran yang dijalankan secara rahsia itu menjadi sia-sia jika turut disekat di Malaysia.

“Kalau saya berlakon filem dan tak dapat ditayangkan di negara sendiri, saya pasti kecewa. Jadi, setiap hari saya berdoa supaya filem ini keluar di pawagam.

“Anwar harus diberi peluang untuk memerintah negara sebagai Perdana Menteri,” kata pemeran utama Lagenda Budak Setan itu.

Kata Farid, pihak produksi menjalankan penggambaran secara rahsia sebelum salah seorang pelakon filem itu bertindak memuat naik gambar di media sosial.

Namun, Farid bersyukur apabila mereka dapat meneruskan projek itu dengan lancar tanpa sebarang halangan selepas ianya tular.

Filem tersebut dijangka bakal menemui penonton Malaysia pada bulan Mei depan, namun tarikh tayangannya bakal diumumkan kemudian.

Mati ditikam peniaga foodtruck kerana minta makanan

Mohd Khidir Zakaria

am@hmetro.com.my
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian. FOTO Mohd Khidir Zakaria
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Port Dickson: Lelaki dipercayai kurang siuman mati ditikam peniaga makanan di pekan Lukut, di sini malam tadi.

Saksi yang enggan dikenali berkata, mangsa dipercayai kurang siuman dan selalu merayau di sekitar pekan Lukut.

"Dia memang selalu minta makanan kepada peniaga di kawasan ini tetapi kali ini dia bernasib malang kerana ditikam dengan menggunakan barang tajam oleh peniaga kenderaan saji atau foodtruck.

"Saya dimaklumkan, peniaga itu datang daripada Segamat dan dia lari dengan Proton Wira berwarna putih sebaik menikam lelaki itu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, kejadian berlaku pada jam 7.35 malam di hadapan Medan Selera Cina Pekan Lukut, Port Dickson.

"Polis menerima maklumat seorang lelaki ditikam dengan menggunakan objek tajam di kawasan Medan Selera Cina di pekan Lukut.

"Polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki terbaring di kawasan parkir dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah," katanya dalam kenyataan di sini tadi.

Katanya, selepas diperiksa Pegawai Perubatan yang tiba pada jam 7.55 malam, mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

"Mangsa berusia 38 tahun dan mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk dan bedah siasat," katanya.

Muhamad Mustafah berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan polis giat mengesan suspek.

"Siasatan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Polis memohon kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk membantu siasatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di talian 06-6472222," katanya.

14 tahun bersembunyi di gua

Agensi
LIU Moufu tinggal di gua ini selama 14 tahun. FOTO Agensi
LIU Moufu tinggal di gua ini selama 14 tahun. FOTO Agensi
Beijing: Gara-gara mahu mengelak ditangkap polis, lelaki di China yang melakukan rompakan stesen minyak pada 2009 sanggup menghabiskan 14 tahun hidupnya dengan bersembunyi di dalam gua.

Oddity Central melaporkan, Liu Moufu, dari sebuah kampung di Enshi City, wilayah Hubei di China, berusia pertengahan 30-an ketika melakukan rompakan stesen minyak bersama abang ipar dan seorang rakan.

Hasilnya, mereka dapat melarikan 156 yuan (kira-kira RM101) dengan 60 yuan (kira-kira RM39) dibelanjakan untuk membeli makanan dan bunga api, manakala bakinya tinggal 32 yuan (kira-kira RM21) saja untuk setiap seorang.

Mereka kemudian membawa haluan masing-masing, namun polis dapat menahan rakan Liu yang terbabit sama dalam rompakan itu.

Menyedari dirinya diburu pihak berkuasa, Liu nekad melarikan diri dan bersembunyi di dalam hutan ketika polis menggeledah rumah dan menyoal siasat ahli keluarganya.

Liu kemudian menjadikan sebuah gua sebagai tempatnya berteduh dan mula memburu binatang dan adakala mencuri barangan seperti kentang dan daging di kampung asalnya.

Sesekali, Liu pergi berjumpa dengan ibu bapanya selama beberapa minit dan hanya pulang ke rumah ketika perayaan besar.

Walaupun isteri dan ibu bapanya berkali-kali cuba memintanya menyerah diri, Liu sering kali menolak untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, Liu akhirnya memutuskan untuk menyerah diri pada bulan lalu.

"Saya berusia lebih 50 tahun, isteri saya tidak sihat, dan saya mempunyai cucu yang sangat cantik.

"Saya mahu hidup normal! Saya merompak 156 yuan (kira-kira RM101)? dan bersembunyi di dalam gua selama 14 tahun! Saya menyesal!" Liu dilaporkan memberitahu penyiasat.

Difahamkan, Liu menggunakan senjata api ketika melakukan rompakan bermakna dia berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Walaupun jumlah wang diambil sedikit, rompakan masih dianggap sebagai jenayah serius.
-hmetro 

Anwar dianugerah ijazah kehormat Universiti Filipina

Malaysiakini

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang atau honoris causa oleh Universiti Filipina (UP) dalam majlis yang diadakan di Dewan Villamor universiti berkenaan di Manila hari ini.

Menurut kenyataan universiti itu, Anwar dianugerahkan ijazah kehormat berkenaan kerana menjadi sarjana dan memiliki kepakaran antarabangsa dalam bidang ekonomi, demokrasi, kebebasan, tadbir urus, Islam dan demokrasi serta keperluan akauntabiliti.

Ijazah kehormat berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Tinggi Pendidikan Filipina J. Prospero E. De Vera III serta Presiden dan Pengerusi Bersama Lembaga Regen UP Angelo A. Jimenez.

“Perdana Menteri Malaysia menyanjungi kehidupan, karya dan pengajaran Jose Rizal.

“Minat Anwar terhadap Rizaliana semakin mendalam setelah kerap mengunjungi UP semasa muda di bawah bimbingan mendiang Prof Emeritus Sejarah Universiti dan Dekan Kolej Seni dan Sains UP Diliman Cesar Adib Majul,” menurut Naib Canselor Hal Ehwal Awam UP Jose Wendell Capili.

Beliau berkata Anwar dihormati kerana memiliki prinsip menentang rasuah dan pengurusan terhadap ekonomi Malaysia semasa Krisis Kewangan Asia.

Anwar tiba di Manila semalam untuk lawatan rasmi dua hari, yang merupakan lawatan rasmi kelimanya ke negara ASEAN sejak dilantik sebagai perdana menteri akhir tahun lepas.

Sebaik tiba, beliau diberi sambutan rasmi oleh Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr di Istana Malacanang.

Capili turut berkata usaha Anwar telah menyelamat ekonomi Malaysia ketika Krisis Kewangan Asia 1997 dan menerima pujian termasuk Asian of the Year daripada Newsweek International.

Terdahulu, Perdana Menteri memulakan lawatan rasmi hari kedua ke republik berkenaan dengan menghadiri upacara meletakkan kalungan bunga di Rizal Park, di sini.

Beliau disambut oleh Datuk Bandar Manila Honey Lacuna-Pangan dan Ketua Staf Tentera Laut Filipina Laksamana Jose M-A Ambrosio Q Ezpeleta.

- Bernama

Rumah sudah siap, Hadi masih berbunyi

Johan Mat

Kerajaan sudah selamat didirikan. Malah semasa merasmikan istiadat pembukaan Parlimen, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pengharapan agar Anwar Ibrahim merupakan perdana menteri terakhir sebelum Baginda berangkat pulang ke negeri Pahang Darul Makmur.

Kerajaan ini stabil. Rumah ini stabil. Pahat masih lagi berbunyi kerana kultus itu mahu menggambarkan seolah-olah kerajaan sedia ada tidak stabil. Bila-bila masa boleh roboh.

Itu semua percaturan politik. Dengar boleh, percaya jangan. Rumah ini cukup sifatnya serta dibina mengikut spesifikasi dan aturan yang luhur.

Ini bukan dua rumah terdahulu yang dibina oleh arkitek politik. Jangan khuatir.

Khutbah Abdul Hadi Awang tentang atap bocor dan kempen media sosial berbayar kononnya PMX bakal jadi XPM hanyalah dakyah songsang yang mahu meyakinkan anda betapa Kerajaan semasa tidak stabil.

Rumah ini bukan didirikan di tepian pantai yang bisa dilambung ombak pada bila-bila masa.

Rumah ini bukan berdinding kaca yang boleh diceroboh semudah balingan batu oleh mereka yang menyembunyikan tangan kemudiannya.

Rumah ini didirikan atas kebitaraan Agong oleh dua pertiga ahli Dewan Rakyat.

Barangkali puak tersebut beriman kepada pepatah ‘rumahku, syurgaku’ dan abadi merasakan syurga itu eksklusif untuk mereka.

Sebab itu, hujahan usang dan songsang betapa undi PAS masuk syurga serta undi PH masuk neraka masih digunakan dalam kempen pilihan raya baru-baru ini.

Rujuk sahaja kenyataan Shahiful Nasir, pemimpin Pemuda Pas Kawasan Sik.

Kepada ahli Kerajaan Perpaduan, jalankan amanah anda dengan penuh akauntibiliti.

Jangan beri susu pada kera

Jaga anak-anak di dalam rumah dan usah berikan susu kepada kera yang bergelumat di luar sana.

Anak Tuan Guru kata, Perikatan Nasional ialah ‘government in waiting’. Biarkan mereka terus termangu menunggu. Jangan gegabah.

Mereka cuma mahu tuan rumah tidak fokus menjaga keluarga di kediaman sendiri kerana khuatir atapnya diceroboh pencuri.

Lunaskan janji-janji anda. Usah biar peristiwa pasca PRU14 berulang dan dogma bahawa PH bersinonim dengan janji falasi disiar kembali.

Orang dulu-dulu ada menyebut; beralih kain di balik rumah, beralih cakap di balik lidah. Cari maksudnya sendiri, fahami dan jangan amalkan.

Bekas pegawai kanan polis pukul isteri kedua?

Nurul Hidayah Bahaudin

nurul.hidayah@hmetro.com.my

pegawai kanan tertinggi polis membuat laporan mendakwa dipukul suaminya di kediaman mereka, di sini, semalam.

Wanita itu membuat laporan berhubung kejadian terbabit di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini, kira-kira jam 8 malam tadi.

Difahamkan kejadian itu berlaku selepas tercetus pergaduhan antara suami isteri berkenaan yang dipercayai berpunca daripada isu harta serta nafkah.

Wanita berusia lingkungan 40-an itu mendakwa dipukul suaminya di bahagian kepala dan belakang leher.

Sementara itu, bekas pegawai polis berusia lingkungan 70-an terbabit turut membuat laporan menerusi peguamnya di balai polis sama kira-kira jam 3 petang tadi.

Bekas pegawai kanan tertinggi polis berkenaan pula membuat laporan menyatakan beliau dipukul menggunakan helmet dalam kejadian itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Tiada unsur jenayah dalam kes sarjan maut 3 das tembakan ia tindakan bunuh diri

FMT Reporters

PETALING JAYA: Tiada unsur jenayah ditemui dalam siasatan terperinci ke atas kematian seorang anggota polis berpangkat sarjan dengan tiga kesan tembakan di kawasan belakang Balai Polis Bayan Lepas bulan lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, laporan bedah siasat dan lawatan patologi ke tempat kejadian mendapati ia konsisten dengan dapatan pertama siasatan, iaitu ia tindakan bunuh diri.
 
“Kita dah jalankan siasatan secara terperinci dan dah tengok daripada unsur jenayah, memang tiada (kes itu), kesan bedah siasat dan juga lawatan patologi ke tempat kejadian juga konsisten dengan dapatan pertama kita bahawa ia adalah tindakan bunuh diri.

“Saya rasa kes ini tidak ada lagi spekulasi, sama ada ia ada elemen jenayah dan sebagainya…siasatan kita di situ saja dan seterusnya kami akan hantar (laporan lengkap) untuk mohon inkues,” katanya menurut Bernama.

Dalam kejadian 3.30 petang 19 Feb lalu, sepucuk pistol ditemui pada mayat mangsa berusia 51 tahun yang bertugas di balai terbabit dengan kesan tembakan pada leher, dada dan kepala.

Mengulas lanjut, Shuhaily berkata, tiada sesiapa atau anggota polis yang sedang bertugas semasa kejadian itu melihat atau nampak insiden berkenaan, namun ada dalam kalangan mereka yang mendengar bunyi tembakan itu.

Beliau berkata, anggota polis yang mendengar bunyi tembakan itu bergegas ke lokasi kejadian yang tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV), sebelum mendapati sarjan terbabit telah meninggal dunia.

“Kami panggil tiga anggota polis untuk direkodkan keterangan bagi bantu siasatan kes itu dan memang tiada elemen jenayah setakat ini.”

Beliau menyifatkan sarjan itu seorang yang mesra dan menyenangkan, manakala anggota bawahannya memuji beliau mudah bekerjasama dengan mereka.

Didakwa seleweng RM30,000, SPRM tahan profesor

Bernama

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang timbalan pengarah sebuah universiti awam kerana disyaki menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya untuk mengambil lebih RM30,000 hasil keuntungan program persidangan antarabangsa anjuran institusi itu.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an yang merupakan profesor Gred Jusa C itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan pada 3.30 petang.

Dalam kejadian pada Ogos 2021 itu, katanya, suspek dikatakan membuat keputusan sendiri untuk memasukkan wang keuntungan itu dalam akaun bank peribadinya.

Pengarah SPRM Selangor, Alias Salim mengesahkan penahanan itu untuk disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pagi esok bagi mendapatkan permohonan reman.

Menteri Agama: Filem ‘Mentega Terbang’ bercanggah akidah Islam

Zeanaaima Mohd Yusof

Sedutan babak dalam ‘Mentega Terbang’ mengundang amarah di platform media sosial, dengan warganet mempersoalkan bagaimana filem itu dibenarkan untuk tontonan umum.

PETALING JAYA: Kandungan filem “Mentega Terbang” jelas bertentangan akidah dan cara kehidupan umat Islam tempatan, tegas Menteri Hal Ehwal Agama, Mohd Na’im Mokhtar.

Justeru, beliau mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghantar laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) agar tindakan diambil terhadap filem kontroversi itu.

“Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga telah diminta untuk memanggil pihak-pihak yang terbabit dengan penerbitan filem ini untuk urusan selanjutnya.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sama sekali tidak akan berkompromi dengan apa jua kandungan penerbitan yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam, lebih-lebih lagi yang boleh mengundang kontroversi,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, tular sedutan babak tertentu dalam filem itu yang memaparkan watak utama bernama Aisyah tanpa berselindung meminta daging khinzir daripada rakan bukan Islamnya untuk dimakan, selain bapanya membenarkan Aisyah keluar dari Islam dan memeluk agama lain.

Sedutan babak itu mengundang amarah di platform media sosial, dengan warganet mempersoalkan bagaimana filem itu dibenarkan untuk tontonan umum.

Na’im mengingatkan penggiat seni supaya lebih berhati-hati dalam menerbitkan karya mereka kepada masyarakat.

“Masyarakat juga dinasihatkan lebih berhati-hati dalam memilih rancangan televisyen untuk tontonan seisi keluarga, sama ada di platform dalam talian mahupun mana-mana saluran agar tidak terdedah kepada unsur yang boleh menjejaskan akidah Islam.”

Mentega Terbang arahan Khairi Anwar ditayangkan di platform penstriman Viu atau aplikasi telefon pintar secara percuma sejak 19 Jan lalu.

Filem yang dibarisi pelakon Syumaila Salihin, Firdaus Karim, Nik Waheeda, Arjun Thanaraju, Khairunazwan Rodzy, Shyamala Kandapper dan Jsebel Lee mengisahkan perjalanan seorang remaja mencari jawapan bagaimana kehidupan selepas kematian.

Haji Hadi masih nak tumbangkan Kerajaan Perpaduan, rakyat susah dia tak kesah

SHAFIQAH MUKHSIN

Ketika rakyat baru menarik nafas lega di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan, timbul pula isu daripada pihak lawan yang ingin menumbangkan kerajaan sedia ada.

Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang sibuk menyelesaikan masalah buat rakyat berpendapatan rendah,

Sebelum ini satu media tempatan melaporkan bahawa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi awang membuat satu lagi kenyataan yang memberi bayangan Kerajaan Perpaduan akan tumbang.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang menjangkakan bahawa kerajaan hari ini yang diterajui oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan tumbang tidak lama lagi.

Bagaimanapun Abdul Hadi ketika berucap di sesi Dialog Ulama Negarawan, tidak menyebut berdasarkan apa jangkaan dibuat.

“Orang tanya bila berlaku ini. Ini ramalan. Insya-Allah, (akan berlaku) dalam masa terdekat,” katanya seperti dipetik media tempatan.

Rakyat semestinya tidak senang dengan khabaran yang dibuat oleh Abdul Hadi, kerana dilihat mementingkan diri daripada rakyat sendiri.

“Tak penat ke? Punyalah ramai rakyat yang tengah susah, nak beli beras pun takde duit. Bukankah lebih elok cari penyelesaian untuk sama-sama tolong rakyat.

“Ni pung-pang pasal rampas kuasa? Seriuslah? Akal budi dan empati memang kelaut ke pemimpin Pas ni?” soal pengguna media sosial.

Pengguna media sosial lain juga mempersoal mengapa ada sesetengah pihak yang mahu pegang kuasa sedangkan negara dalam fasa pemulihan.

“Kenapa ya? Kenapa nak sangat kerajaan sekarang tumbang? Negara dalam fasa pemulihan. Kenapa terlalu nak sangat pegang kuasa?

“Kami boleh terima kalau tuan hebat sangat tapi masalahnya, haih. Masalah betullah,” komen pengguna lain.

RM1 juta lesap sejurus menjawab panggilan telefon, bank tidak lagi selamat?

WAN SITI AMINAH
Seorang ahli perniagaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM1 juta apabila wangnya itu lesap sejurus menjawab panggilan daripada sindiket penipuan.

Mangsa yang dikenali sebagai Lee itu mendakwa dia menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pekerja syarikat perkhidmatan kurier.

Individu berkenaan memaklumkan bahawa ada bungkusan yang dikirim untuknya dan meminta nombor kod OTP bank daripada Lee.

Berasa tidak sedap hati, Lee yang berasal dari Sarawak itu segera memutuskan panggilan tanpa memberikan sebarang maklumat kepada ahli sindiket itu.

Mangsa kemudian mendapati wang RM1 juta telah dikeluarkan dari akaun bank miliknya dan segera membuat aduan kepada bank serta melaporkannya ke pihak polis.

Kejadian tersebut didedahkan oleh aktivis DAP Sarawak, Michael Kong Feng Nian yang menyifatkannya sebagai kelemahan sistem perbankan.

“Bank sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk menyimpan duit kita. Sekarang, bank pun nampaknya tidak selamat.

“RM1 juta telah dpindahkan daripada akaun bank Lee dalam dua transaksi bernilai RM500,000 setiap satu. Tiada OTP atau pemberitahuan dihantar kepada Lee,” katanya.

Michael menuntut pihak bank menjelaskan bagaimana transaksi sebesar itu boleh berlaku dan dibenarkan oleh pihak bank tanpa kelulusan pemilik.

Beliau juga mencadangkan kerajaan mewajibkan pihak bank untuk membayar semula sekurang-kurangnya separuh daripada kerugian mangsa penipuan.

Pemilihan UMNO: Khir Toyo buat kemunculan semula

MALAYSIADATELINE

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan mempertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Lenggong selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu berkata beliau dimaklumkan Bahagian Lenggong hanya menyaksikan pertandingan di peringkat Wanita dan Timbalan Pengerusi Tetap.

“Di Lenggong, yang saya dimaklumkan akan ada pertandingan di peringkat Wanita sahaja. Ketua Wanita ada dua calon, Naib Ketua Wanita pun ada dua calon, selepas itu jawatankuasa ada ramailah.

“Pengerusi Tetap bahagian tak bertanding, Timbalan Pengerusi Tetap bahagian ada dua calon,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian Geran Penerbitan Perak Sejahtera 2030 di sini hari ini.

Saarani juga berkata UMNO Perak akan menyokong calon dari negeri itu bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti.

Mereka ialah Ahli MT UMNO Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun, Ketua Pemuda UMNO Perak Datuk Mohd Ariff Abdul Majid dan Ketua UMNO Bahagian Beruas Datuk Dr Azhar Ahmad.

Di SELANGOR, bekas Menteri Besar Dr Mohamad Khir Toyo mencabar penyandang Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos bagi merebut jawatan itu, kata Bendahari Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Kamaruzzaman Johari.

Beliau berkata bekas exco kerajaan negeri Datuk Abdul Fatah Iskandar turut membuat kemunculan semula dengan menawarkan diri bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat menentang penyandangnya, Datuk Zurihan Yusop.

Kamaruzzaman juga berkata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja manakala Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat Datuk Johan Abd Aziz kekal menyandang jawatan itu susulan tiada pencabar. 

“UMNO Selangor menyaksikan pertandingan empat penjuru di dua kawasan iaitu Kuala Selangor dan Puchong, tiga penjuru di Hulu Selangor, Petaling Jaya dan Shah Alam manakala 15 bahagian berdepan saingan satu lawan satu bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tujuh individu bertanding bagi jawatan Ahli MT UMNO iaitu Tengku Zafrul, Jamal, Johan, Ketua Bahagian Hulu Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, Setiausaha Wanita UMNO Datuk Rosni Sohar, Ketua Penerangan UMNO Isham Jalil dan Ketua Puteri UMNO Datuk Zahida Zarikh Khan. 

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Pusat bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac ini. 

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac.

— BERNAMA

Lelaki hanyut bersama kereta korban pertama banjir Johor

Bernama

KLUANG: Seorang lelaki warga tempatan menjadi korban pertama banjir di negeri ini selepas ditemukan lemas dalam sebuah kereta yang dibawa arus di Jalan GSA Chamek, Paloh, tengah hari tadi.

Ketua Polis Kluang, Bahrin Mohd Noh, berkata mangsa berusia 20-an dipercayai dibawa arus banjir ketika memandu keretanya di lokasi kejadian kira-kira 7.20 pagi tadi.

Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kilang kelapa sawit berhampiran.

“Usaha mengesan mangsa terus dilakukan dan pada 12.20 tengah hari, sebuah kereta jenis Toyota Avanza ditemui dengan keadaan ditenggelami banjir.

“Pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut menjumpai seorang lelaki dan didapati sudah meninggal dunia. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat menafikan terdapat kejadian jambatan runtuh dan dihanyutkan arus seperti didakwa dalam satu video tular di TikTok.

“Polis mengesahkan kejadian tidak berlaku di Johor dan dipercayai berlaku di luar negara.

“Orang ramai dinasihati tidak menyebarkan berita atau mesej palsu yang boleh mendatangkan ketakutan dan kegusaran kepada masyarakat. Pihak yang menyebarkan berita atau mesej palsu boleh diambil tindakan mengikut undang-undang,” katanya.

Video berdurasi 20 saat yang memaparkan kejadian jambatan runtuh dan dihanyutkan arus itu dipercayai bertarikh 12 Dis tahun lalu, tular di media sosial sejak semalam.

Tegur pemandu mabuk buat bising, Leslie maut dirempuh

Meor Riduwan Meor Ahmad

am@hmetro.com.my
Lokasi kejadian lelaki dikatakan dilanggar pemandu mabuk di Kampung Padang. Foto Meor Riduwan Meor Ahmad
Lokasi kejadian lelaki dikatakan dilanggar pemandu mabuk di Kampung Padang. Foto Meor Riduwan Meor Ahmad
Melaka: Hanya kerana menegur supaya tidak membuat bising, pesara maut akibat dilanggar kereta dipandu lelaki dipercayai mabuk, dalam kejadian di Kampung Padang, Jalan Pokok Mangga, di sini, awal pagi kelmarin.

Mangsa berusia 57 tahun itu disahkan meninggal dunia 2.04 petang semalam selepas kira-kira 11 jam bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka, akibat pendarahan dalaman kepala, selain kecederaan pada badan dan kaki dalam kejadian 2.40 pagi itu.

Anak mangsa berkata, sebelum kejadian iaitu kira-kira 12 tengah malam, dua lelaki minum arak di dalam sebuah kereta di parkir belakang sebuah restoran di Plaza Pandan Malim, di sini.

"Kira-kira 2.40 pagi saya dan ayah terjaga dari tidur selepas terdengar bunyi muzik membingitkan dari arah kawasan parkir itu.

"Ayah kemudian pergi menegur mereka dengan baik sebelum kedua-dua lelaki itu beredar meninggalkan kawasan terbabit," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dakwanya, kira-kira 10 minit kemudian, kedua-dua lelaki terbabit datang semula dengan menaiki kereta sama sambil memasang muzik yang lebih kuat sebelum beredar meninggalkan kawasan itu.

"Baru saja hendak baring, mereka sekali lagi datang membuat bising beberapa minit selepas itu membuatkan saya dan ayah keluar untuk meminta kedua-dua lelaki itu beredar.

"Namun, secara tiba-tiba kereta itu cuba merempuh saya, tapi mujur saya sempat mengelak dan berlari ke belakang sebuah restoran 24 jam di bangunan plaza berkenaan.

"Saya kemudian lihat kereta itu berpusing dan menuju ke arah bapa yang tidak sempat mengelak dan hanya mampu berpaut di atas bonet hadapan dan terseret sejauh kira-kira 20 meter ke arah belakang kedai," katanya.

Menurutnya, dia menjerit meminta tolong dan berkejar ke arah ayahnya yang terjatuh dan berlumuran darah di belakang kepala, dipercayai akibat terhantuk pada tebing batu longkang sebelum kedua-dua lelaki itu terus memecut kenderaan dan meninggalkan lokasi.

Katanya, berikutan awal pagi, tiada jiran menyedari kejadian dan dalam keadaan panik itu dia segera menghubungi ambulans yang membawa ayahnya ke Hospital Melaka.

Jenazah arwah yang juga bapa kepada tujuh anak akan disembahyangkan di Masjid Kampung Padang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi berkata, hasil siasatan, pihaknya memberkas lelaki berusia 28 tahun yang direman tujuh hari mulai semalam dan masih mengesan seorang lagi lelaki tempatan berusia 27 tahun bagi membantu siasatan kes ini

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Haji Hadi: Insya-Allah, kerajaan Anwar akan tumbang

B Nantha Kumar

Presiden PAS Abdul Hadi Awang menjangkakan bahawa kerajaan hari ini yang diterajui oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan tumbang tidak lama lagi.

Berucap pada sesi Dialog Ulama Negarawan: Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini anjuran Yayasan Permata Ummah di Kuala Lumpur semalam, dia bagaimanapun tidak menyebut berdasarkan apa jangkaannya itu dibuat .

"Orang tanya bila berlaku ini. Ini ramalan.

"Insya-Allah, (akan berlaku) dalam masa terdekat," katanya.

Ahli Parlimen Marang itu juga tidak menyebut jika Perikatan Nasional (PH) yang dianggotai partinya bersama sekutu utamanya, Bersatu sedang mengaturkan sesuatu.

Semalam, Hadi ketika berucap di Dewan Rakyat berkata bahawa pembangkang tidak boleh dipersalahkan sekiranya pentadbiran PH runtuh sekali lagi.

"Kalau jatuh lagi, jangan salahkan kami. Bukan tebuk atap, tetapi atapnya bocor, pintunya terbuka dan dindingnya pecah," katanya merujuk pentadbiran PH yang ditumbangkan melalui Langkah Sheraton pada 2020.

Untuk rekod, Hadi sebelum ini pernah berkata dirinya adalah individu yang memulakan langkah untuk menumbangkan kerajaan PH pimpinan Dr Mahathir Mohammad ketika itu selepas 22 bulan memerintah negara.

Jelasnya, ini sebagai tindak balas terhadap usaha pentadbiran PH mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa dengan memeterai Statut Rom dan cubaan menandatangani konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai anti penindasan kaum (Icerd).

Diminta mengulas tentang penubuhan Majlis Ulama Umno (MUU), Hadi berkata bahawa partinya perlu tunggu dan lihat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ulasan.

"MUU baru sahaja ditubuhkan. Baru tunjuk rangka. Dia buat apa pun kita tak tahu.

"Kita tengok dulu. Tunggu dan lihat. Tak boleh komen sekarang. Dia belum buat kertas lagi," katanya.

Mesyuarat pertama MUU diadakan di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur, semalam.

Mesyuarat selama dua jam itu dipengerusikan Dusuki Ahmad selaku pengerusinya dengan dibantu oleh bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Dr Khairuddin Aman Razali.

Mengulas lanjut, Hadi berkata bahawa PAS adalah kumpulan Islam yang terbuka dan sentiasa memperjuangkan penyatuan ummah.

"Kita pernah ajak ulama-ulama Umno bermuzakarah buka al-Quran dan hadis. Tapi, dulu kita ajak muzakarah mereka tidak mahu. 

"Yang sekarang ini tidak tahu kalau mereka nak datang muzakarah. 

"Kita bersedia, buka al-Quran, pada yang asal kita ini untuk menyatukan ummah. Ini sangat penting," katanya.

Mat Sabu: ’10 tahun lagi saya mahu lihat para petani pula jadi rebutan’

KIM SYAZIE

Dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan golongan petani, Datuk Seri Mohamad Sabu bertekad mahu menjadikan sektor pertanian dalam negara sebagai satu bidang kerjaya yang dibangga-bangga dalam masa 10 tahun akan datang.

Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, tidak mahu pekerjaan sebagai petani dilihat sebagai kerja yang memalukan, sebaliknya mahu ia dipandang sebagai potensi besar dijadikan kerjaya buat anak muda 

Secara bersahaja Mohamad berkata, beliau mahu 10 tahun akan datang golongan petani menjadi pilihan ‘menantu’ dan dipandang orang.

“Dulu pada tahun 60an, kalau nak pergi meminang anak orang, askar yang dapat sambutan paling tinggi. Sebab isteri dapat elaun RM50.

“Tahun 80an pula cikgu jadi pilihan wanita sebab segak. Tahun 2000 ke atas ‘Supervisor’ kilang pula jadi rebutan sebab gaji yang baik.

“Saya mahu 10 tahun lagi pilihan gadis jelita ialah para petani kerana saya lihat perubahan ini sedang berlaku,” katanya memetik laporan Harapan Daily.

Presiden AMANAH itu juga berkata, beliau melihat anak-anak muda sudah mula menceburkan diri dalam bidang pertanian, mengusahakan tanah-tanah sebagai kerja tetap mereka.

Beliau meluahkan rasa bangga melihat anak muda mula menerapkan penggunaan teknologi dalam pertanian seperti membawa dron untuk menabur baja, benih dan sebagainya.

“Bila kita tanya petani, kamu kerja apa? Dia jawab ‘aku tak ada kerja, aku buat bendang je’. Dia anggap buat bendang itu bukan kerja.

“Saya harap dapat beri penekanan terhadap usaha angkat golongan petani. Saya akan beri motivasi, saya akan bercakap pada golongan petani supaya berlaku perubahan minda orang yang terlibat dalam bidang pertanian ini,” katanya lagi.