"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bangkit lawan penzalim adalah wira, kata Mufti Perlis

Mufti Perlis Datuk Dr Mohamad Asri Zainul Abidin dipercayai merujuk kepada perhimpunan Bersih 4 yang akan berlangsung hari ini, dan mengatakan sesiapa yang menentang si zalim yang kuat, pastinya seorang wira.
Menjelang perhimpunan Bersih 4 hari ini, Mufti Perlis Datuk Dr Mohamad Asri Zainul Abidin berkata, sesiapa yang bangkit menentang si zalim yang kuat ataupun pengkhianat yang berkuasa, maka dia pastinya seorang wira.

Baginya, jika hanya wanita yang ramai dalam perhimpunan ini, ia memalukan, katanya yang dipercayai merujuk kepada pengerusi Bersih 2.0, penganjur Bersih 4, yang merupakan seorang wanita iaitu Maria Chin Abdullah.

"Memalukan bagi sesebuah masyarakat ataupun pihak jika tiada wira lelaki yang muncul, sebaliknya hanya wanita yang berani tampil bersuara dan bertindak," kata beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Maza.

Dalam pada itu, beliau juga memberikan ingatan, sesiapa yang ingin memperjuangkan hak rakyat tetapi merosakkan harta awam dan menyakiti mereka yang tidak terbabit, maka dia bukanlah pejuang rakyat tetapi pejuang nafsunya sendiri.

"Pastikan harta awam terpelihara dan mereka yang tidak bersalah selamat," tulisnya di laman Facebook beliau yang dipercayai ditujukan kepada perhimpunan Bersih 4 yang akan bermula tengahari ini sehingga esok.

Bersih 4 bermula serentak di tiga tempat hari ini, iaitu di ibu negara Kuala Lumpur, Kucing, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah di samping puluhan bandaraya seluruh dunia yang menunjukkan sokongan.

Semalam, Asri menulis di laman sosial itu, golongan agamawan disarankan tidak hanya menghadkan kajian mereka dan mempelajari hanya sejarah pejuang beragama Islam semata-mata.

Katanya, mereka patut meluaskan ilmu mereka dengan melihat kepada sejarah para pejuang dari pelbagai latar.

Antara contoh pejuang 'sosialism' yang dinamakan beliau ialah Che Guevara yang dilabelkannya sebagai pejuang handal dengan nilai positif.

"Mengiktiraf keperwiraan seseorang pejuang bukan semestinya kita menyokong ataupun bersetuju dengan semua pegangannya.

"Kita mungkin tidak setuju dengan 'sosialism' Che Guevara namun kita perlu akur dia pejuang yang handal dan ada nilai positif yang patut dipuji pada dirinya," katanya seperti dipetik dari laman Facebooknya.

Katanya, tidak salah sekiranya agamawan mengiktiraf kebaikan perjuangan dan mempelajari strategi yang mereka lalui.

"Tidaklah salah untuk kita mengiktiraf kebaikan perjuangan dan menyertainya jika ternyata ianya satu kebaikan," katanya sambil memetik kisah dari hadis Nabi menyokong hujah beliau.

Kata Asri, Nabi Muhammad juga mengiktiraf dan menyokong perjanjian yang dibuat pihak Quraisy semasa era jahiliah yang membela golongan ditindas.

Asri mengakui apabila membaca mengenai perjuangan Che Guevara, beliau begitu kagum dengan pergorbanan dan kesungguhan pejuang tersebut.

"Dalam sejarah, kita melihat orang seperti Che Guevara yang berjuang dengan senjata dan gerila. Saya terpesona dengan kesanggupan dan pengorbanan beliau," katanya.

Selain Che Guevara, beliau menyenaraikan beberapa nama pejuang lain yang patut dipelajari sejarahnya seperti William Willborce yang berjuang melalui politik dan parlimennya.

"Nelson Mandela juga hebat sebagai seorang pejuang. Long Walk To Freedom menjadikan kita terpukau dengan kesanggupan menanggung derita yang begitu berat untuk sebuah perjuangan yang diyakini benar.

"Gandhi juga pejuang hebat yang menggunakan sentimen rakyat untuk mencapai kepentingan perjuangan yang baik," katanya.
-malaysianinsider-

Gambar Mahathir datang jengah Bersih 4.0

FMT Reporters
mahathir-bersih
PETALING JAYA: Peserta perhimpunan Bersih 4.0 dikejutkan dengan kehadiran negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang tiba sekitar jam 7.15 beredar 30 minit kemudian.

Ketika ditanya tujuan beliau datang, bekas Perdana Menteri itu memberikan jawapan ringkas
“ Saya hanya datang untuk tengok,” katanya.

Ketika diajukan soalan mengenai Bersih 4.0, dia memberikan jawapan ini.

Sementara itu, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menyifatkan tunjuk bantahan sebagai kuasa rakyat.

“This is people power,” katanya.

Inilah 6 Selebriti Malaysia Yang Telah Memeluk Islam

EDITORIAL MH
Artis Peluk Islam
Minggu ini, antara berita yang menjadi tajuk utama di dada akhbar dan laman maya hiburan adalah mengenai penyanyi, Stacy yang kini telah secara rasminya memeluk Islam. Ramai Berikut, Media Hiburan tampilkan enam daripada beberapa selebriti yang telah memeluk Islam sejak beberapa tahun lalu.

Semoga kita semua diberi keberkatan. Amin.
Artis Islam
Artis Islam
Artis Islam
Artis Islam
Artis Islam
-mediahiburan-

Alasan Zahid Hamidi kenapa Parti Progresif Islam yang didaftarkan GHB ditolak

MARANG: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menolak permohonan Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk menggunakan nama Parti Progresif Islam sebagai nama parti baharu yang hendak ditubuhkan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana Islam adalah hak untuk semua yang beragama Islam dan penggunaan nama itu pada parti politik hanya boleh menyebabkan kekeliruan.

"Mereka mengharapkan agar golongan yang berada dalam PAS yang tidak setuju dengan ulama tetapi setuju dengan Islam yang progresif, dapat menyokong parti itu. Saya ingin nyatakan bahawa kita tidak akan benarkan mana-mana parti menggunakan nama agama kerana Islam bukan untuk mereka sahaja, tetapi juga untuk kita dan untuk orang Islam yang tidak ada parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Marang di Dewan Utama Majlis Daerah Marang, Kampung Paya, di sini pada Jumaat.

Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang juga Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Marang A Latif Awang.

Ahmad Zahid berkata sebagai Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab, beliau tidak mahu mengulangi kesilapan lepas yang membenarkan sebuah parti politik menggunakan nama Islam sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang Islam di negara ini.

"Kita tidak mahu kesalahan dulu yang memberikan keizinan kepada sebuah partimenggunakan nama Islam sehingga memberi tanggapan seolah-olah hanya dengan menyertai parti itu kita memperjuangkan Islam dan masuk syurga.

Sehubungan itu, katanya ROS akan memberikan surat kepada pemimpin GHB agar memilih nama lain untuk digunakan pada parti baharu berkenaan.

Ahmad Zahid berkata, sebagai sebuah negara yang demokratik, kerajaan tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik baharu di negara.

Namun dalam masa yang sama, katanya beliau berharap parti baharu yang ditubuhkan itu tidak memecah belahkan orang Melayu.

"Jangan cuba memecah belahkan perpaduan orang Melayu. Kita mahu seluruh Melayu, jika atas agenda memperkasakan Melayu dan negara, perlu bersatu hati tidak kira dalam parti politik mana sekalipun (kita) berada," katanya.

Dalam masa yang sama Ahmad Zahid turut mengulangi gesaan supaya anggota UMNO supaya kembali memperkukuhkan parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, tidak kira apa permasalahan yang sedang dihadapi kini.

"Kita sukar tumbang jika diserang dari luar, tetapi akan mudah hancur jika kita berperang sesama sendiri. Jadi kita asahlah kuku dan tanduk dari sekarang agar jangan parah diserang musuh nanti. Gunakan ia untuk menyerang musuh di luar supaya UMNO dapat rampas kerusi yang dimenangi pembangkang sebelum ini," katanya.
-mstar-

Sultan Johor sound Nazri Aziz jangan angkuh kerana nak 'belasah' TMJ

Mohamad Fadli
sultan-johor,nazri
PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar memberi amaran kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz supaya jangan angkuh.

Beliau bertitah demikian susulan Nazri yang dilaporkan mahu menyerang anakanda baginda,, Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Ismail ibni Sultan Ibrahim.

Baginda mempersoalkan adakah pemimpin yang bersikap seperti itu patut dihormati?

“Ingatlah pepatah Melayu sering menyebut kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa,” titah baginda titah baginda sempena Majlis Perasmian Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor pada Jumaat.

Sultan Ibrahim juga sekali lagi mengingatkan ahli politik supaya tidak mencampuri urusan Istana Johor dan membuat sebarang kenyataan yang mengaitkan dengan Istana Johor.

Baginda turut menegaskan tidak akan sesekali mencampuri urusan mana-mana parti politik.

“Oleh itu suka saya nasihatkan di sini kepada mana-mana ahli-ahli politik, antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminnurashid Jumat supaya tidak membuat kenyataan yang mengaitkan pihak Istana Johor.

“Walaupun banyak pemimpin politik yang datang berjumpa saya, saya hanya mendengar cerita mereka dan tidak akan memihak kepada mana-mana parti atau individu,” titah baginda.

Baginda juga menasihatkan kerajaan bersikap telus dan berterus terang kepada rakyat kerana di dalam dunia moden ini, tidak ada apa-apa yang boleh disembunyikan.

“Apa yang saya pentingkan adalah kesejahteraan hidup rakyat saya dan kemakmuran negeri Johor mesti dijaga melalui perpaduan dan pengukuhan muafakat bangsa Johor,” titah baginda.
-fmt-

----------------------

Sultan beri amaran keras pada 2 ahli politik Umno

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar hari ini memberi amaran keras kepada dua ahli politik Umno.

Baginda “menasihatkan” ahli politik, khususnya anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat supaya tidak campur urusan istana atau membuat kenyataan mengaitkan istana.

Sultan Ibrahim juga memberi amaran keras kepada menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz yang sebelum ini memberi amaran untuk “membelasah” Tengku Mahkota Johor (TMJ) jika baginda campur tangan dalam politik.

“Ada juga pemimpin kerajaan yang langsung tidak beradab apabila bercakap, dengan melabelkan orang lain sebagai orang gila; dan lebih teruk lagi dengan angkuh dan sombong hendak “whack” anakanda saya (TMJ).

“Adakah pemimpin seperti ini patut dihormati? Ingatlah pepatah Melayu sering menyebut “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”.

Pertelingkahan Nazri dan TMJ tercetus selepas anakanda sultan Johor memperli kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir ke majlis dialog terus terang #Nothing2Hide berkaitan isu 1MDB di Kuala Lumpur.

Sultan Ibrahim bertitah demikian sempena majlis perasmian Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, di ibu pejabat polis kontinjen Johor.

Petikan ucapan itu dimuat naik ke Facebook rasmi pasukan bola sepak negeri Johor Southern Tigers.

Tengku Putra pula sebelum ini dilaporkan berkata, amaran Tunku Ismail kepada ahli politik yang cuba mendekati ayahandanya untuk kepentingan peribadi. patut juga dinyatakan kepada golongan taikun perniagaan negeri.

Sementara itu, dalam ucapan sama, baginda juga bertitah tidak akan mencampuri urusan mana-mana parti politik.

Titah baginda, walaupun banyak pemimpin politik yang datang berjumpa, baginda hanya mendengar cerita mereka dan tidak akan memihak kepada mana-mana parti atau individu.

“Apa yang saya pentingkan adalah kesejahteraan hidup rakyat saya dan kemakmuran negeri Johor mesti dijaga melalui perpaduan dan pengukuhan muafakat bangsa Johor,” titah baginda.

Timbalan Muhyiddin Yassin sebelum ini mengadap baginda selepas digugurkan sebagai timbalan perdana menteri, yang dispekulasikan beliau mendapat dukungan istana.
-malaysiakini-

Artis wanita ini upah samseng pukul bekas teman lelaki (Gambar)

Artis upah samseng pukul bekas teman lelaki?
Foto laporan polis dan mangsa yang didakwa dipukul.
SEORANG wanita mendakwa seorang artis wanita telah mengupah beberapa lelaki untuk memukul teman lelakinya yang juga merupakan bekas teman lelaki artis tersebut.

Menerusi laman Instagram seorang wanita mengatakan sedang membuat laporan polis berikutan kejadian itu.

"Do report polis now (sedang buat laporan polis sekarang). Kau tunggu nasib kau. Kau yang datang serang kami lepas tu hantar 40 orang pukul BF (teman lelaki) aku. Kau memang takkan selamat la betina," kata wanita berkenaan.

Bersama-sama perkongsian tersebut, sebuah foto yang menunjukkan seorang lelaki lelaki bertatu membuat laporan polis juga dimuatnaik.

Kejadian tersebut kini viral di laman sosial di mana netizen berteka-teki siapakah artis wanita yang didakwa mengupah kaki pukul berkenaan.
-sinarharian-

----------------------

Laporan Polis Tasha Shilla Serang, Tampar Bekas Kekasih Tersebar
Tasha bersama Han saat-saat bahagia mereka sebelum ini.
PETALING JAYA: Satu laporan polis yang didakwa dibuat oleh Han Wong iaitu bekas teman lelaki Tasha Shilla telah tersebar yang mendedahkan pelakon wanita itu telah menyerang pemuda berkenaan di sebuah kelab.

Laporan polis yang tersebar selepas ia dimuat naik pemilik Instagram yang dipercayai teman wanita baru Han antara lain mendakwa, Han telah ditampar oleh Tasha di sebuah kelab hiburan yang baru dibuka di Jalan Tun Razak dekat sini awal pagi Jumaat.

Laporan itu yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi dekat sini turut menyebut, kejadian berpunca daripada salah faham antara Han dan Tasha.
Gambar kiri menunjukkan Han bersama wanita yang dikatakan kekasih barunya iaitu Carmen Emirda manakala gambar kanan adalah laporan polis yang tersebar di laman sosial.
Han dalam laporan itu mendakwa ketika mendekati Tasha di kelab yang sama untuk bersalaman 
Menerusi laporan itu juga turut menyebut Han tidak bertindak balas kerana Tasha dikatakan berada dalam pengaruh arak.

Laporan polis itu juga menyatakan orang ramai telah membantu untuk mengelakkan kejadian lebih besar termasuklah menyimbah muka Tasha dengan air dan pengawal keselamatan menghalaunya keluar.

Selepas kejadian, Han dalam laporan itu mendakwa lebih 30 hingga 40 orang datang menyerangnya dan teman.

Selain laporan polis itu, pemilik Instagram yang menggunakan nama Carmen Emirda turut memuat naik gambar Han di balai polis selain beberapa status yang menuduh Tasha menganggu percintaan mereka.

Sebelum ini hubungan Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak, 28, dan Han sudahpun goyang selepas dipercayai terdapat pihak yang cuba mengganggu hubungan mereka itu.
Bagaimanapun usaha mStar Online untuk mendapatkan Tasha Shilla dan juga Han tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab.
-mstar-

HANGAT!!! MB Baru Kedah Diumum 1 Oktober?

Tranungkite

Kemelut yang melanda UMNO Kedah kini sudah telah membuka era baru terhadap pentadbiran Yang Amat Berhormat, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir. Desas desus kini tersebar mengatakan Datuk Seri Mukhriz tidak sempat menghabiskan penggal pemerintahan beliau berikutan rasa kurang senang rakyat Kedah terhadap corak pemerintahan beliau.

Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, kerusi Menteri Besar Kedah akan beralih tangan pada 1 Oktober yang akan datang. Perubahan tampuk pemerintahan ini telah dijangka berikutan corak pentadbiran yang tidak selari dengan apa yang diminta oleh Putrajaya sehingga menimbulkan rasa kurang senang dikalangan barisan ADUN dan rakyat Negeri Kedah.

kedahAndai perkhabaran ini benar, dua nama yang disebut-sebut menggantikan beliau adalah Datuk Seri Ahmad Badshah yang merupakan ADUN Bakar Bata dan ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin. Dua nama ini dikatakan antara paling disenangi oleh Istana Darul Aman dan rakyat Negeri Kedah amnya.

Perkhabaran ini sebenarnya bermula sewaktu lawatan Perdana Menteri ke Kedah baru-baru ini bagi merasmikan Mesyuarat Bahagian UMNO. Beliau dilihat berulang kali menyebut nama Datuk Seri Ahmad Badshah yang merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.
Desas desus ini dikuatkan lagi dengan polemik berterusan antara Datuk Seri Mukhriz dengan beberapa pihak sehingga menimbulkan perkhabaran yang kurang enak kepada Perdana Menteri.

Adakah perkhabaran ini benar? Sama-sama kita tunggu sehingga detik 1 Oktober 2015.

Sumber Link

TERKINI: Siapakah Tan Sri yang dikatakan akan sertai Harapan Baru

Tan Sri antara akan sertai Harapan Baru
Tan Sri antara akan sertai Harapan Baru Wan Abdul Rahim (tiga, kiri) bertanyakan perkembangan keluarga mangsa kebakaran, Noriza Ab Hamid ketika mengunjungi keluarga berkenaan di Taman Kenangan, Kota Bharu.
KOTA BHARU: Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) yang akan melancarkan Parti Amanah Negara (Amanah) pada 31 Ogos ini, akan melibatkan pemimpin pelbagai peringkat, termasuk yang bergelar Tan Sri.

Pengerusi Harapan Baru Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, mereka yang terlibat dalam Amanah adalah daripada golongan profesional dan individu yang pertama kali terlibat dalam politik.

“Beberapa nama besar akan turut diumumkan sempena pelancaran itu, malah mereka yang terlibat dengan Amanah bukan dalam kalangan pemimpin yang bertanding pada muktamar Pas tahunan Jun lalu.

“Ini sekali gus menolak dakwaan penubuhannya disebabkan kecewa selepas digugurkan daripada barisan kepimpinan parti,” katanya kepada media selepas melawat mangsa kebakaran di Taman Kenangan di sini, kelmarin.

Wan Abdul Rahim berkata, pada majlis pra pelancaran itu juga beliau akan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Kota Bharu, bagi memberikan komitmen kepada parti baharu itu.

“Pada hari itu juga barulah ada parti, borang, pendaftaran, nama, logo dan kita akan edarkan borang keahlian,” katanya.

Wan Abdul Rahim, bekas Ahli Parlimen Kota Bharu juga berkata, pelancaran secara rasmi akan diadakan pada 16 September di Kuala Lumpur.

“Pada 11 September kita akan melancarkan di Kelantan yang disertai pengisytiharan kepimpinan di peringkat negeri,” katanya.
-sinarharian-

PANAS!!! 'Umno' saman Najib, tuntut balik AS$650j

Keadaan menjadi semakin panas dalam Umno, apabila seorang anggota yang mendakwa mewakili parti, memfailkan saman terhadap Presidennya, Datuk Seri Najib Abdul Razak, untuk mendapatkan kembali sebahagian daripada RM2.6 bilion yang diakwa sumbangan derma untuk parti itu yang dikatakan telah dipindahkan ke luar negeri.

Sebahagian besar daripada dana itu, yang mana Wall Street Journal, mendakwa telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib, didakwa dipindahkan ke Singapura dua tahun lepas.

Umno, melalui seorang pemimpin akar umbinya, telah menamakan Najib dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusof sebagai defendan dalam saman yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Ahli Umno itu mendakwa bahawa tindakan undang-undang itu diambil untuk kepentingan dan bagi pihak parti tersebut dan ahli-ahlinya.

AS$650 juta itu dikatakan baki daripada jumlah asal AS$681 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Pemindahan itu berlaku sekitar 30 Ogos 2013, hari yang sama Najib menutup akaun tersebut, seperti yang didakwa oleh Sarawak Report.

Difahamkan saman itu difailkan hari ini selepas tiada tindakan didakwa diambil terhadap aduan yang dibuat terhadap Najib, kepada lembaga disiplin.

Ahli Umno itu memohon injunksi terhadap Najib dan Abdul Rauf atau ejen dan/atau pekerja dalam lembaga disiplin, Majlis Tertinggi, badan perhubungan negeri,bahagian, dan cawangan, supaya dihalang daripada membuang, menggugurkan, menggantung dan/atau mengambil sebarang disiplin terhadapnya sementara menunggu pelupusan kes itu.

Beliau juga memohon pembayaran balik berjumlah AS$650 juta - jumlah yang dilaporkan didepositkan oleh Najib ke dalam sebuah akaun di bank Singapura - dan sebuah akaun dengan semua wang yang beliau telah terima dalam bentuk derma.

Turut dituntut ialah butir-butir mengenai semua wang dalam AmPrivate Perbankan - No Akaun 2112022009694 - yang didakwa milik Najib, bersama-sama dengan ganti rugi, kos dan relif lain.

Dalam pernyataan kenyataan tuntutan yang dilihat oleh Malaysiakini, ia menyatakan bahawa Umno, yang tertakluk bawah Akta Pertubuhan 1966, ditadbir oleh perlembagaan parti.

Parti itu ditadbir oleh Majlis Tertinggi, yang terdiri daripada anggota yang dipilih dan dilantik oleh parti, dan badan pengawasan terdiri daripada lembaga disiplin dan badan perhubungan Umno negeri.

Dokumen tersebut menyatakan bahawa antara 21 Mac dan 25 Mac 2013, AS$680,999,976 (RM2.6 bilion) masuk ke dalam dua akaun peribadi Najib di Ambank, melalui Falcon Private Bank di Singapura.

Dinyatakan bahawa RM2.6 bilion itu adalah sumbangan yang dibuat kepada Najib untuk kegunaan dan faedah Umno dan Najib mengakui menerima jumlah itu dan bukan benefisiari peribadi kepada wang itu.

Menurut pernyataan tuntutan, Najib secara terbuka menyatakan bahawa RM2.6 bilion itu adalah sumbangan derma daripada dermawan Timur Tengah yang tidak dinamakan.

Ia juga berkata Majlis Tertinggi Umno menyatakan Najib telah dilantik sebagai pemegang amanah bagi Umno dan bahawa ia telah menerima jumlah wang yang besar daripada presiden parti, yang berasal dari akaunnya.

Oleh itu, pernyataan tuntutan itu menyatakan Najib memegang RM2.6 bilion sebagai pemegang amanah dan kegunaan Umno.

Penyataan tuntutan juga seterusnya mendakwa bahawa Umno dan dengan itu, Najib, dikawal oleh Akta Pertubuhan dan perlembagaan parti.

Ia menyebut bawah seksyen 14(d) akta tersebut, Umno perlu menyediakan akaun teraudit setiap tahun kewangan kepada Pendaftar Pertubuhan.

Tahun kewangan Umno adalah dari 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun, dan wang kepunyaan Umno hendaklah disimpan di bank perdagangan atau simpanan.

Sebagai plaintif, beliau menyatakan bahawa Najib sebagai pemegang amanah, telah melanggar perlembagaan Umno, peruntukan Akta Pertubuhan, dan common law sebagai pemegang amanah.

Beliau seterusnya berkata jumlah RM2.6 bilion itu tidak ada dalam akaun Umno yang telah diaudit bagi tahun kewangan 2013 dan 2014.

Ia juga mendakwa bahawa sebahagian daripada RM2.6 bilion itu telah dipindahkan ke satu akaun bank di Singapura pada 30 Ogos 2013.

Akaun bank dikatakan bukan milik Umno. Najib juga didakwa tidak memaklumkan atau mengisytiharkan jumlah RM2.6 bilion itu kepada Umno.

Pernyataan tuntutan itu menyebut bahawa Najib telah membayar atau mengeluarkan daripada parti itu sejumlah asal wang berjumlah AS$650 juta, dan ini adalah pelanggaran secara langsung Perlembagaan Umno.

Ia juga mendakwa bahawa presiden Umno itu telah menggunakan atau menyimpan sebahagian wang yang bagi faedahnya sendiri dan tanpa mengambil kira Umno.

Dengan sebab itu, penyataan tuntutan mendakwa Najib telah bertindak dengan pecah amanah dan kepercayaan yang diletakkan kepadanya sebagai pemegang amanah Umno.

Untuk ini, beliau berkata presiden Umno dan Majlis Tertinggi telah bertindak ultra vires (di luar kuasanya) dalam perlembagaan parti itu dan telah melakukan penipuan.

MT tak sedia bertindak

Anggota Umno itu seterusnya menyatakan bahawa oleh kerana Najib didakwa pesalah yang mengawal parti, maka parti itu bukan dalam kedudukan untuk membuat tuntutan untuk faedahnya sendiri terhadap Najib.

Ia juga berkata bahawa Majlis Tertinggi tidak berupaya atau tidak bersedia untuk mengambil tindakan terhadap presiden Umno berikutan kuasa dan pengaruhnya ke atas parti.
Perwakilan Umno Langkawi itu seterusnya mendakwa lagi Najib telah menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri apabila menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kekal sebagai timbalan presiden parti.

Anggota Umno itu berkata akibat daripada kedudukan dan kuasa Najib, dan juga cara bagaimana Umno ditadbir oleh Majlis Tertinggi, jawatankuasa perhubungan negeri, bahagian dan cawangan, tidak akan menyaman atau meminta akaun RM2.6 bilion.

Tindakan undang-undang ini adalah yang kedua yang dihadapi oleh Najib atas kapasiti peribadinya.

PKR dan beberapa anggota pembangkang telah memfailkan saman terhadap Najib, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 1MDB, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang dikaitkan dengan derma RM2.6 bilion itu.

Najib mendakwa wang itu adalah sebahagian daripada sumbangan politik untuk digunakan bagi pilihan raya umum ke-13
-malaysiakini-

GHB pengkhianat atau penyelamat?

Mohd Sayuti Omar
Tindakan berupa protes ahli Pas keluar meninggal parti agama itu serta kian rancaknya perarakan (road show) memperkenalkan GHB yang kemudian akan menjelma menjadi sebuah parti baharu menyebabkan semua mata pemerhati dan pengamat politik serta orang-orang atas pagar terarah kepada Pas.

Masing-masing bertanya apakah akan berlaku kepada parti agama yang sudah melangakau enam dekad dan berusia 61 tahun itu

Pas menjadi fokus selepas berlakunya "rampasan kuasa" besar-besar ke atas kepimpinannya dalam muktamar lepas, dimana kesemua pemimpin yang progresif dan liberal ditendang keluar. Masing-masing kini menghitung dan mencongak apa akan jadi kepada Pas kini?

Apakah Pas akan berkubur ditangan orang-orangnya sendiri yang kini sedang membina parti baharu yang dianggap sebagai pesaing Pas? Ataupun parti itu tetap akan utuh dan kekal di atas peta politik negara ini, dan ianya makin mudah mencapai hasrat dan cita-citanya mengapai mardhatilah? Dan Pas tetap menjadi sebuah parti yang unggul dan parti alternatif kepada Umno yang ternyata semakin hari semakin rosak reputasinya sebagai sebuah parti nombor satu negara dikagumi selama ini.

Pas mampu hidup seribu tahun

Kalau mengikut perkiraan dan sifir pimpinan baru Pas kini, terutamanya dari minda siasah Presiden dan Mursyidul Am, begitulah. Mereka berdua sangat konfiden Pas mampu hidup walaupun seribu tahun lagi. Dan bagi mereka kewujudan parti baharu serpihan Pas sedikit pun tidak memberi kesan dan melemahkan Pas?

Lantaran itu mereka terus menghalau mana-mana ahli yang tidak betah dan suka dengan Pas. Mereka beranggapan apa yang berlaku kini bukan satu liabiltiti kepada Pas tetapi suatu pembersihan dalaman.

Perangai dan sikap itulah juga yang menurun kepada pemimpin pelapis dalam Pas yang berjaya menempatkan diri dalam muktamar yang lalu. Mendengar bahasa percakapan, maki hamun dan ulasan-ulasan skeptikal dan sarkastik mereka yang begitu angkuh dan sombong seolah-olah bekas pemimpin Pas yang lama tidak sedikit pun memberi keuntungan kepada Pas. Mereka tidak berasakan ketiadaan bekas pemimpin yang kebanyakan profesional itu sebagai satu kerugian.

Dalam catatan ringkas ini saya tidak mahu mengira dan menghitung nasib dan implikasi ke atas masa depan Pas dengan terwujudnya parti baharu kelak. Tidak kisah apa namanya, Amanah Rakyat, Parti Islam Progresif, atau Parti Islam Baharu, tetapi bagi saya kewujudan itu tentu memberi kesan kepada Pas. Tidak banyak, sedikit. Kewujudahan itu menjadikan Pas akan terbelah, kalaupun tidak terbelah dua tetapi sebahagian, suku sudah memadai untuk menderitai Pas.

Yang hendak dipersoal dan didebatkan di sini, mencari jawaban tuntas dan rasional, apakah parti itu kelak bakal menjadi pembunuh kepada Pas, kemudian menjadi pengganti Pas dalam komponen Pakatan Rakyat baru dalam usaha untuk merampas Putrajaya?

Ataupun parti baharu itu menjadi pemangkin kepada Pas menyebabkan parti itu makin subur dan kuat lagi dan sekaligus mempercepatkan proses pembentukan kerajaan baharu bersama Pakatan Rakyat? Dalam erti kata lain parti baru itu dan Pas akan bertindak saling kukuh mengukuhi di antara satu sama lain seperti aur dengan tebing saling bergandingan.

Kedua-dua kemungkinan itu ada, ia terpulang ke atas kebijaksanaan politik para pemainnya. Kalau pemain politik kedua pihak understanding, bersikap profesional, keduanya bisa membentuk persefahaman lebih jauh dan bermakna, ternyata kewujudan parti baharu itu bukan menyusahkan Pas sebaliknya memperkuatkan Pas. Hubungan sedemikian menjadikan Pas tidak mengalami kerugian, kekurangan manpower, walaupun ada parti baharu. Kewujudan parti baru itu satu kemujuran dan keperluan.

Jadi apakah parti baharu itu "PENGKHIANAT" atau pun sebenarnya "PENYELAMAT"?

Dari sisi orang-orang Pas, yang taksub dan wala' tanpa berhujah, walaupun mereka memandang remeh kepada parti baharu itu, sehinggakan mempersendakan dengan pelbagai konotasi dan ejekan buruk; dianggap nyamuk, pengorek kapal, menjadi alat kepada DAP, atau hanya hidup sekejap sahaja dan sebagainya, tetapi hakikatnya tidak dapat disembunyikan, puak yang hendak menubuh parti baharu itu dianggap sebagai pengkhianat.

Mereka tidak langsung menyebut perkataan "pengkhianat" itu tetapi berselindung di sebalik berbagai istilah yang membawa pengertian kepada maksud itu. Mereka tidak ada sekelumit pun perasaan baik walhal mereka yang berada di hilir itu adalah dulu sekutu dan kawan mereka juga.

Lebih parah lagi ada yang membuat cadangan agar kewujudan parti baharu itu hendaklah dibunuh sebelum ia membesar. Biarlah ia dihancurkan sebelum ia bertunas dan mencambahkan daun, ranting dan dahan. Disini menujukkan dalam hati kecil mereka yang membuat cadangan itu sudah terbibit rasa takut dan gundah dengan cabaran bakal didatangkan oleh parti baharu itu. Kalau mereka tidak takut dan gerum masakan tergamak untuk membunuh bayi yang masih dalam kandungan?

Gelaran dan maki hamun iu semua menunjukkan Pas sangat takut dengan kewujudan parti baharu itu. Mungkin awalnya ia tidak begitu menakutkan, tetapi akhir-akhir ini khasnya selepas berlaku tindakan protes keluar parti beramai-ramai sehingga ada cawangan yang lumpuh baharu rasa gemetar melanda diri. Fenomena yang berlaku di Selangor, Perak, Penang, Johor dan lain-lain, dimana beberapa kawasan Pas berhadapan dengan tindakan keluar parti memberi kesan menakutkan kepada pimpinan Pas menyebabkan mereka terpaksa mengubah strategi. Rasa ralik berbulan madu dan selesa beberapa bulan lalu kini sudah bertukar menjadi cemas.

Harap GHB bersama Pas

Sebab itulah sudah ada suara-suara lunak memujuk dan merayu dilakukan oleh beberepa pemimpin yang insaf dan tahu membaca gelombang politik dan meramal tentang masa depan Pas yang buruk. Misalnya Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man dalam nada merayu berharap GHB akan bersama Pas untu menumbangkan BN dan begitu juga seruan-seruannya agar berpolitik secara baik dan sedarhana.

Paling baru Naib Presiden Pas Mohd Amar Nik Abdullah sudah memberi isyarat Pas akan menarik balik gencatan senjata dengan Umno sekiranya akta Hudud tidak dibentang di parlimen, Isyarat itu menunjukkan sudah ada rasa gundah dan gelisah dalam jiwa Nik Amar mengenai masa depan dan nasib Pas yang mungkin celaka dengan sikap yang diambil kini.

Ekoran perkembangan positif dipihak GHB itu maka berbagai jalan dilakukan untuk menyekat kemaraanya termasuk menghalang ahli keluar parti. Ayat-ayat Quran dan Hadith serta petikan kata-kata pimpinan lampau dikeluarkan untuk memberi keinsafan agar ahli tidak memprotes Pas dan meninggalkan parti. Namun amaran demi amran berserta dengan ejekan demi ejekan yang dilakukan tidak memberi kesan, GHB terus bergerak membuka kepak dan menegakkan paruhnya.

GHB kini sudah tidak main-main lagi. Ahli-ahli Pas dan penyokongnya juga sudah membuang rasa taksub dan wala' yang tidak berhujung pangkal itu untuk bersama GHB. Mungkin mereka beranggapan masa untuk merayu dan berbaik-baik demi Pas sudah terlambat. Tempoh yang mereka berikan sudah pun berlalu.

Pendeknya semua mereka yang rasa sedih, duka dan kecewa kerana dipersendakan, bermaufakat dan berganding bahu dan memadu semangat dalam GHB. Mereka juga sudah bersedia menerima apa sahaja tindakan termasuk dipecat sebagai ahli Pas dan dikutuk sebagai penderhaka hatta sebagai ahli Neraka sekalipun. Mereka sudah nekad membina wadah baru tanpa ada niat seperti mana diprejudiskan kepada mereka, yakni pengkhianat.

Iulah tuduhan dan itulah persepsi kepada GHB yang digambarkan. Gambaran ini mudah dimakan dan ditelan oleh mereka yang tidak mahu berfikir atau pun lemah dalam menghadapi metametika dan sains politik. Mereka yang mengenal politik dengan abjad dan huruf dan mengamalkan dongengan politik dari ustaz-ustaz konsevertif langsung menerima umpanan itu tanpa menghitung dan mentafsir apa yang ada di sebaliknya.

Sebaliknya bagi mereka yang cekap membaca politik dan tahu pergerakan arus bawah, tidak mudah untuk menerima cercaan dan tuduhan bahawa GHB atau parti baharu nanti sebagai pengkhianat kepada Pas. Atas dasar kemanusiaan dan prinsip yang mereka (pimpinan GHB) dokongi selama berada dalam Pas ada sejak lebih 30 tahun setengahnya lebih 50 tahun, rasanya tidak ada sekuman kurus pun niat mereka untuk mengkhianati Pas.

Dengan menganalisa hujan dan alasan mereka, penubuhan GHB bukan untuk mengkhianati Pas jauh sekali menderhaka dan menyelewengi Islam yang menjadi dasar Pas. Penubuhannya umum sudah tahu punca dan apa masalahnya. Ia ditubuh setelah kumpulan dalam GHB itu dibuang, menjadi orang kalah yang terbuang kemudian diseksakan dengan kata-kata nesta dan gelaran yang comot.

Sebelum tertubuhnya GHB, dan bergerak untuk megagaskan sebuah parti menjadi wadah perjuangan mereka, sudah ada usaha-usaha dilakukan untuk mengendurkan pertelingkahan dalam Pas. Seruan dan ajakan sudah dibuat kepada pemimpin baharu Pas agar berlembut dan mengambil sikap untuk berbaik denghan semua pihak. Cadangan agar diadakan tindakan berbaik, adakan majlis mahabbah dan dengan memberi kerja dan fungsi tertentu kepada mereka, tidak dipedulikan.

Penulis sendiri sudah lenguh mulut dan tangan menulis menggesa agar satu usaha dilakukan untuk merapatkan saf dan mempereratkan persaudaraan keahlian dan kepenyokongan parti selepas muktamar. Usaha membuang yang keruh dan mengambil jernih dilontar dan disarankan. Sayangnya seruan itu tidak diendahkan dan tidak dianggap penting menyebabkan ia berlalu bagaikan angin lalu sahaja. Malahan mereka di sebelah sini diterajang dengan kata-kata sindiran yang memedihkan.

Apabila puak yang kalah, yang berasa mereka tidak diperlukan mengagaskan wadah baharu sebagai keseninambungan perjuangan mereka, maka mereka tidak boleh dipersalahkan. Semua pihak kena terima, mereka sebagai pejuang mereka tidak boleh berhenti ditengah jalan. Pilihan buat mereka sebagai pejuang hanya dua; mencapai kemenangan, sama ada mati dalam perjuangan atau dapat mencapai piala perjuangan memiliki kuasa. Itu adalah sifat dan sunnah orang berjuang.

Penafian hak sebagai pejuang

Penubuhan GHB adalah kerana mereka tidak dilayan, dinafikan hak malahan diejek-ejek sedangkan jiwa perjuangan mereka membara, maka mereka menubuhkan wadah untuk mereka bergerak. Penubuhan itu bukan bersifat untuk bersaing dengan Pas sebaliknya sebagai menyediakan wadah kepada mereka yang ditolak untuk berjuang dalam Pas. Mereka tidak boleh bersara daripada berjuang hanya kerana Pas tidak mahu menerima mereka atas sebab-sebab personal dan sentimen. Pintu untuk menuju ke Syurga bukan sahaja melalui Pas tetapi masih banyak pintu-pintu lain.

Jelas penubuhan parti baru itu sesutau yang postif kerana ia boleh atau akan bergerak bersama Pas. Matlamat parti baharu juga adalah mendokong prinsip dan dasar yang diamalkan oleh Pas. Ia juga berlandaskan kepada prinsip dan dasar religionisme. Disini tidak ada konflit dan kontradik sama sekali kerana selagi mereka berpegang kepada kitab-kitab dan tafsiran yang sama, mereka akan bersama kerana prinsip dan konsep agama itu itu tetap sama sebab ia rigid, (kadim) tidak berubah Apa yang mungkin berbeza ialah pendekatan, mekanimse dan teknik perjuangan sahaja. Itu boleh disesuaikan dengan menggunakan akal kebijaksanaan.

Perbezaan dalam pendekatan dan teknik itulah juga menyebabkan mereka ditolak beramai-ramai dalam Pas, kerana mempunyai kefahaman agama serta mengambil pendekatan yang tidak sama dengan apa yang mereka fahami, konservetif dan masih kekal berfahaman ortodoks. Golongan profesional ini pula menolak pegangan dan fahaman itu kerana ia tidak bersifat dinamik lagi dan sudah out of date. Jadi janganlah ada yang menuduh penubuhan parti baharu adalah sebagai alat untuk memecahkan Pas, jauh sekali sebagai mengkhianati parti agama itu. Dengan adanya tuduhan dan prejudis itu maka pimpinan, ahli Pas dan GHB ini akan bertekak hingga ke Neraka. Tidak ada untung dan labanya.

Lantaran itu jika difahamai dengan baik, fikiran yang jilah, maka penubuhan parti baharu adalah sebagai penyelamat kepada matlamat perjuangan Pas, iaitu Islam - keselamatan dan kesejahtraan sejagat. Jika ini difahamai dengan baik jelaskan kewujudahan parti baharu itu sebagai pemangkin kepada Pas bukan penghurai kepada kepaduannya yang sudah dikecapi selama ini sehinggakan Pas mampu menguasai beberapa buah negeri.

Politik itu bersifat dinamik dan selalu menuntut akal fikir bagi membangunnya. Untuk kedua parti ini menjalani kerjasama bagi menghadpai musuh yang sama, tidak ada masalah. Kerana mereka sudah lama berada dalam satu bumbung, masing-masing sudah faham kelemahan dan kekuatan masing-masing. Jadi ia tidak perlu kepada intraksi mendalam lagi untuk meserasikan gerakan bagi berhadapan dengan musuh.

Musuh parti baharu, tetap sama dengan musuh Pas iaitu kezaliman dan kekejaman yang dilakukan kerajaan yang memerintah hari ini. Kalau parti baru menjadikan skandal 1MDB dan penyonglapan wang ke akaun Perdana Menteri sebanyak RM2.6 billion sebagai satu pengkhiatan, maka begitulah juga dengan Pas. Pas juga seharusnya menentang dan ganyang Najib atas skandal yang sama. Itu sepatutnya.

Melainkan Pas dibawah kepimpinan baharu kini sudah tidak lagi menganggap kerajaan dan Umno sebagai musuh mereka, atau skandal 1MDB dan penyonglapan dana itu sebagai tidak satu kejahatan, maka ini menyebabkan musuh mereka berbeza bahkan antara keduanya akan bertukar menjadi pesaing dan seteru yang tegar. Sekiranya Pas mengambil sikap menyokong dan melindungi kejahatan dilakukan kerajaan itu, maka tidak ada helah untuk GHB wujud dan menentang Pas kerana itu adalah kewajiban dan tanggungjawab ummah.

Melihat kepada kenyataan dan sikap diambil oleh Pas berhubung kejahatan dan kezaliman yang melibatkan Najib Razak menjelaskan ada kecenderongan Pas menjadi pembela kepada Najib. Misalnya kenyataan diberikan oleh Presiden dan Mursyidul Am Pas agar Najib diberi peluang memerintah dan menjawab segala masalah dihala kepadanya, memperlihat ada simpati dan sikap apologetik Pas kepada Umno. Sikap dan tindakan demikianlah menjadi tanda tanya dan tentunya menyebabkan pemimpin GHB dan rakyat umum kian keliru dengan pendirian dan sikap Pas.

Dengan mencerakin dan menganalisa segala titik mula itu, maka jelas kewujudan parti baru bukan pengacau dan menjadi musuh kepada Pas, tetapi tepatnya ia sebagai penyelamat dan pengimbang kepada Pas yang mungkin terbabas kerana tersilap dalam membuat tafsiran dan menerima kawan baru dalam politik yang hakikatnya ia adalah musuh dunia akhirat Pas sejak dahulu. GHB atau parti baharu akan bertindak sebagai safty boat kepada bahtera bernama Pas yang bakal diancam gelombang besar sekiranya parti itu berbaik sangka melebihi sejarah tatkala mula kepada Umno.
http://msomelayu.blogspot.com/

'Saya sedikit pun tidak gentar, Insya-Allah' - Bekas timbalan pengarah SB

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador menyatakan bahawa beliau tidak takut kepada mana-mana pihak atas tindakannya yang mengeluarkan kenyataan kepada pihak media berhubung pertukarannya.

Abdul Hamid juga memberitahu bahawa beliau tidak akan tunduk dengan pihak yang juga cuba untuk menakut-nakutkannya.

"Sejara jujur, saya sedikitpun tidak gentar. Insya-Allah, saya tidak takutkan sesiapa," katanya sewaktu dihubungi Malaysiakini malam tadi.

Abdul Hamid diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa beliau akan diberi surat tunjuk sebab untuk memberi penjelasan berhubung tindakannya mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung pertukarannya baru-baru ini.

Katanya, beliau akan memberi penjelasan apabila menerima surat tunjuk sebab itu.

Abdul Hamid memberitahu, beliau sedang bercuti dan akan memulakan tugasnya semula pada awal September ini.

"Bila saya terima (surat tunjuk sebab) nanti, saya jawab. Tunggu saya masuk pejabat dulu 2 September ini. Sekarang saya masih pegawai polis tanpa portfolio," katanya.

Menurut Abdul Hamid, beliau juga sudah bersedia untuk menerima apa sahaja hukuman terhadap dirinya termasuk kemungkinan disingkirkan sebagai kakitangan kerajaan.

"Sudah tentu saya akan menerima apa sahaja bentuk hukuman. Saya seorang polis. Saya akan menjunjung tinggi maruah itu," ujar beliau.

Pada masa yang sama, Abdul Hamid turut mengesahkan bahawa pertemuan di antara beliau dan Khalid sememangnya berlaku.

"Ya, seperti mana yang IGP cakap," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butir-butir dan hasil pertemuan itu.
-malaysiakini-

100 cawangan Umno Di Johor Bubar Jika Muhyiddin Dipecat

Shahbudin Husin
Mesyuarat MT UMNO pada 9 September ini bakal menjadi penentuan "hidup dan mati" bagi masa depan politik Muhyiddin Yassin dalam parti itu.Jika beliau dipecat, maka berakhirlah sejarah panjangnya bersama parti itu, tetapi kiranya tiada sebarang tindakan dalam mesyuarat itu nanti, bererti selamatlah masa depannya dan kekallah beliau dengan jawatan nombor dua itu sehingga pemilihan UMNO seterusnya.
Untuk mengambil tindakan terhadap Muhyiddin dalam mesyuarat MT yang berikutnya tentu saja tidak relevan lagi, kecuali jika Timbalan Presiden UMNO itu terus lantang mengkritik Perdana Menteri, Najib Razak berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta secara terbuka.

Walaupun Muhyiddin mula mendapat sokongan dan simpati daripada pelbagai pihak sebaik terdengar ura-ura beliau akan dipecat pada 9 September ini, kemungkinan yang berlaku di Johor barangkali di luar jangkaan jika pemecatan itu benar-benar berlaku.

Seorang pemimpin UMNO Johor yang enggan namanya disebut memberitahu, banyak cawangan UMNO di negeri itu akan dibubarkan jika Muhyiddin dipecat pada mesyuarat MT UMNO 9 September nanti.

Katanya, tindakan pembubaran itu diambil sebagai tanda protes terhadap ketidakadilan yang dihadapkan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu memandangkan beliau tidak terbabit dengan sebarang kesalahan jenayah atau moral yang mewajarkan pemecatan diambil terhadapnya.

Jika dipecat, kata pemimpin itu, kesalahan Muhyiddin hanyalah kerana bercakap benar dan berterus terang untuk menyelamatkan UMNO.

Katanya, cawangannya sendiri adalah antara yang paling awal dibubarkan sekiranya nasib buruk menimpa Muhyiddin pada mesyuarat MT UMNO itu.

Beliau menambah, mereka hanya mengambil keputusan membubarkan cawangan UMNO yang bermakna akan menghentikan segala aktiviti dan kegiatan berkaitan parti, tetapi tetap bersama UMNO sebagai ahli biasa sahaja.

Meskipun tidak dapat menjangka jumlah tepat cawangan UMNO yang akan dibubarkan sebagai tanda protes itu, pemimpin terbabit meramalkan akan terdapat antara tiga hingga lima cawangan dari setiap bahagian akan mengambil keputusan tersebut.

Ini bermakna, dengan UMNO Johor mempunyai 26 bahagian, pemecatan Muhyiddin bakal melumpuhkan kira-kira 100 cawangan di negeri itu. Dan ini sekaligus merupakan berita baik bagi pembangkang di Johor yang sudah pun mempunyai 18 kerusi DUN di negeri itu.

Muhyiddin pula, meskipun sedang bercuti di luar negara bersama keluarga ketika ini, namun tidak santai dibuatnya lantaran menyedari kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO ibarat "telur di hujung tanduk" menjelang mesyuarat MT yang akan datang ini.

Seolah-olah turut mengesan gerakan untuk menyingkirkannya sedang giat dijalankan di dalam negara, beliau lantas mengingatkan bahawanya dirinya bukanlah pengkhianat parti seperti yang dituduh oleh banyak pihak.

Dalam kenyataan medianya semalam, Muhyiddin mengatakan sumbangannya kepada parti sudah melebihi tempoh 40 tahun dan ketika pelbagai krisis melanda UMNO, beliau tetap setia bersama parti itu.

Malah, katanya, ketika UMNO diharamkan dahulu, beliau mengambil tanggungjawab membina semula UMNO di Johor sehingga ia kembali kuat dan menjadi penyumbang kepada kemenangan BN setiap kali pilihanraya diadakan.

Beliau sebaliknya mahukan kemelut yang melanda ketika ini harus dihadapi secara berani dan berdepan atau akan mengakibatkan terjerumus menjadi negara yang gagal.

Blog ini pula, dua lalu lalu telah mendedahkan pengakuan seorang pegawai tinggi di ibu pejabat UMNO yang mengatakan akan terdapat "operasi kedua" dalam masa terdekat ini yang akan menyaksikan semua masalah Najib dalam parti itu dapat diselesaikan.

Pegawai itu berkata, selepas "operasi kedua" yang menyaksikan Najib tiada masalah lagi dalam parti, beliau seterusnya dapat menumpukan sepenuh perhatiannya kepada usaha menghadapi pilihanraya ke 14 yang dijangka akan diadakan pada 2018 nanti.
-http://shahbudindotcom.blogspot.com

Matlamat singkir Najib satukan rakyat...

Lanh
BEGITU ramai pemimpin berucap pada majlis jelajah perdana dan jamuan Aidilfitri Gerakan Harapan Baru (GHB) di pekarangan ibu pejabat KEADILAN Melaka di Bukit Piatu pada malam Sabu (7 Ogos) menyebabkan setiap tokoh diberikan masa lima minit untuk berucap.

Satu perkembangan menarik pada majlis itu, hampir semua pemimpin termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekata bagi menyingkirkan PM Najib Razak yang 'dicemari derma' RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun banknya sehingga ada tokoh menyakinkan bahawa bekas PM, Mahathir Mohamad dan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) akan bersama gerakan rakyat mendesak penyingkiran Najib.

Bekas pemimpin Umno seperti Muhammad Muhd Taib, Tamrin Ghaffar dan Zaid Ibrahim yang diberikan peluang berucap menyatakan betapa Najib dan konco-konco Umno BN tidak wajar lagi diberi kuasa mentadbir negara kerana kesan kebobrokan mereka menyebabkan rakyat semakin sengsara termasuklah dari segi kenaikan sara hidup dan kejatuhan nilai mata wang negara.
Penulis percaya selain daripada majlis di Melaka itu, di seluruh negara sekarang ini rakyat kian bersemarak bersuara lantang bagi menyingkirkan Najib atau sekurang-kurangnya memaksanya meletakkan jawatan.

Fokus rakyat termasuklah di kalangan sesetengah 'orang' Umno BN bagi menjatuhkan Najib menyediakan tapak dan landasan terbaik bagi 'kita mencipta' sesuatu - sekurang-kurangnya pada pilihan raya umum berikutnya (dalam tempoh kira-kira dua tahun) mengakhiri kepimpinan Najib seterusnya cengkaman Umno-BN.

Jika kita meninjau perkembangan politik di luar negara, apabila rakyat fokus kepada sesuatu isu barulah mereka dapat bergerak serentak bagi menjatuhkan pemimpin zalim. Di Tunsia, kebangkitan rakyat memuncak apabila mereka 'memfokuskan' peristiwa seorang anak muda membakar diri kerana kepincangan ekonomi. 'Arab Spring' yang bermula di sini selepas rakyat fokus kepada aneka penyelewengan diktator Zine Abiden dan isterinya Leila yang hidup bermewah-mewahan (mungkin sama dengan pemimpin di sini).

Demikian juga di rantau kita seperti di Indonesia, rakyat bangkit dan memberi fokus kepada kemewahan melampau dan kezaliman diktator Suharto, kaum kerabat dan konco-konconya.

Di negara kita, bagi 'menajamkan' lagi fokus rakyat ini, perlu lebih banyak lagi pembongkaran 'skandal' Najib-Rosmah yang bukan saja membuat 'orang' pembangkang marah malah 'orang' Umno-BN sendiri pun naik angin. Sekarang ini pun sudah wujud titik-titik kebencian di kalangan 'orang' Umno selepas 'pemimpin sanjungan' sesetengah mereka seperti Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal 'disingkirkan' begitu saja!

Bagi mendapat sokongan rakyat pada detik sangat penting ini, adalah mustahak untuk barisan pembangkang membuktikan bahawa mereka adalah 'pilihan terbaik' bagi menggantikan Umno BN. Perkara ini perlu dilakukan segera kerana masa yang ada tidak lama - hanya dua tahun menjelang PRU ke-14.

Berdasarkan lebih 1,000 orang yang hadir pada majlis GHB di Bukit Piatu, dapat disimpulkan bahawa rakyat 'tetap' bersama 'Pakatan Rakyat' sekalipun kerjasama ini diumumkan sudah mati oleh kedua-dua pihak PAS dan DAP.

Seperti kata Salahuddin Ayub (timbalan pengerusi penaja GHB) di majlis itu, pada PRU ke-13 lalu (Mei 2013) rakyat bukan memberi sokongan kepada parti-parti individu tetapi kepada 'Pakatan Rakyat', kini perikatan pembangkang dan NGO tidak mempunyai masa yang banyak sebaliknya membuktikan bahawa mereka adalah yang terbaik untuk masa depan rakyat dan negara.

Pada PRU lalu, rakyat sudah membuktikan bahawa mereka bersedia membenam Umno-BN dengan memberikan sokongan lebih 51 peratus (undi popular) kepada Pakatan Rakyat, jadi kini gabungan kerjasama pembangkang perlu memberi harapan kepada kepercayaan rakyat itu.

Perjuangan sekarang ini adalah berpusat di tangan rakyat - mereka (ahli parti pembangkang, yang tidak berparti, yang berdiri atas pagar malah sebahagian ahli Umno BN) bersatu untuk mengundurkan keboborokan Najib-Rosmah, jadi apa ditunggu lagi...moh kita akhiri dan kuburkan parti pemerintah berslogankan 'dulu, kini dan selamanya'. Seperti kata seorang pemimpin - Mahathir dan Ku Li pun bersedia menyertai kita!

Ya parti ini tetap akan mati...persoalannya bila? Kalau mahu kuburkannya cepat, sekarang adalah masa terbaik - tajamkan fokus kepada isu Najib-Rosmah, percaya seluruh rakyat sedang mendidih darah mereka!
~http://lanh14.blogspot.com/