"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tak rasmi: PKR menang di Sg Kandis

Timbalan Pengerusi SPR Tan Sri Othman Mahmood mengatakan peratusan keluar mengundi (tidak rasmi) adalah 49.8 peratus.

Jumlah keluar mengundi di bawah 50 peratus ini, jauh di bawah jangkaan SPR dan Institut Darul Ehsan (IDE) Selangor.

Sebelum ini, SPR menyasarkan jumlah keluar mengundi sebanyak 80 peratus, manakala IDE dalam kajiannya berkata 81 peratus pengundi 'tak sabar untuk mengundi'

Kajian IDE berdasarkan tinjauan yang dijalankan pada 11 dan 12 Julai lalu.

TAK RASMI: PKR menang di Sungai Kandis

8.05pm - Malaysiakini mendapati PKR memenangi PRK Sungai Kandis memandangkan mustahil bagi BN mengejar kedudukan undi setakat undi.

Ketika laporan ini ditulis, undi tidak rasmi untuk PKR adalah 12,984 undi berbanding BN memperoleh 7,774 undi manakala calon bebas menerima 87 undi.

Dianggarkan 25,765 daripada 51,217 pengundi layak mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

Ini bermaksud hanya 4,920 lagi undi belum dikira. Walaupun BN memenangi keseluruhan undi yang tinggal, mereka tidak akan memenangi PRK ini.

Kadar terendah dalam sejarah

8pm - Peratusan keluar mengundi dianggar 50.31 peratus, dan ini merupakan antara jumlah terendah dalam PRK sepanjang sejarah Malaysia,

Kosmo! memetik sumber SPR berkata hanya 25,765 daripada 51,217 pengundi keluar mengundi sehingga pusat pengundian ditutup.

BN menang di Seri Gambut

7.35pm - BN merampas kawasan majoriti pengundi Melayu di Seri Gambut dari PKR. BN memenangi pusat daerah mengundi itu dengan 420 undi menewaskan PKR yang memperoleh 318 undi, manakala calon bebas tidak menerima sebarang undi

Pada pilihan raya umum 9 Mei lalu, PKR memenangi PDM itu dengan perbezaan sembilan undi apabila parti itu mendapat 419 undi dan BN menang 410 undi manakala PAS memperoleh 236 undi.

Pada masa itu, undi kepada PKR ialah 39.30 peratus.

Analisis awal menunjukkan peratusan undi BN dan PKR meningkat tetapi BN meningkat pada kadar yang lebih tinggi.

Ini mungkin disebabkan lebih banyak penyokong PAS beralih kepada BN berbanding PKR.

Bagaimanapun ini adalah kawasan PDM yang kecil dan tidak semestinya mencerminkan trend pengundian keseluruhan.

‘Biarlah saya mati di atas jalan’

AMNI JAGAT 
‘Biarlah saya mati di atas jalan’
Gimik perasmian program Gotong Royong Perdana Tanah Perkuburan Bukit Alif yang disempurnakan oleh Datuk Salahuddin Ayub
“Saya ingin berjuang untuk rakyat dan inilah perjuangan yang saya pilih. Biarlah saya mati di atas jalan kerana itu pilihan saya dalam perjuangan rakyat”.

Begitulah kata-kata yang diluahkan oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub pada satu program Gotong Royong Perdana di tanah perkuburan Bukit Alif Johor Bahru.

Dalam ucapan beliau pada perasmian program tersebut, Salahuddin menyatakan perit jerih perjuangan beliau selama ini yang mahu memenangkan rakyat.

“Selama ini saya mungkin boleh tidur agak lama, namum hari ini tidak lagi. Bagi saya rakyat adalah yang utama.

“Kesibukkan ini sehingga membuatkan saya tidak sempat untuk menatap wajah isteri saya apatah lagi anak-anak saya.

“Namun keyakinan ini ditanam bagi melihat rakyat sama-sama menikmati kehidupan lebih baik,” ujar Salahuddin.

Selain itu, dalam ucapan yang sama Salahuddin dalam nada yang sebak memohon maaf di atas segala kesilapan beliau baik disedari mahu pun tidak disedari beliau.

“Saya manusia biasa pastinya lemah dari sisi apa pun. Tapi niat saya hanyalah membangunkan ekonomi yang baik untuk rakyat,”katanya.

Dalam program itu beliau telah diberikan kesempatan untuk mengawal mesin penggali ‘excavator’ sebagai gimik perasmian program gotong royong tersebut.

Harakah fitnah Husam


MALAYSIADATELINE
Naib Presiden Parti AMANAH Negara Husam Musa menyifatkan suratkhabar Harakah sebagai lidah rasmi parti ‘Islam’ sanggup menurunkan taraf dirinya menjadi sampah dunia akhirat.

Husam dalam kenyataannya berkata, Harakah edisi Jumaat yang melaporkan tulisan “Cadangan Husam Musa agar diwujudkan jawatan kuasa khas bawah PH untuk mengurus dana royalti minyak yang akan disalurkan ke Kelantan” ternyata seratus peratus fitnah.

Berdasarkan tulisan itu, katanya, Harakah menjadikan headlinenya ‘PH ‘serupa’ BN‘ dan sub headline ‘PM Ulang Silap Lampau, Husam Tiru Umno’.

Headline rencana muka dalam pula “Husam, LGBT, UEC dan Khazanah…ke mana Malaysia nak dibawa?”

“Api permusuhan yang dinyalakan syaitan nampaknya masih membara menjadi anutan dan pengeliruan berbaur penghinaan adalah jalan dipilih Harakah untuk menuju keredhaan Tuhan.

“Bolehkah keredhaan Tuhan dicapai dengan kemungkaran yang terlarang? Dalam sub tajuk ini Harakah menampakkan kejijikannya atas jenama Umno,” katannya.

Jika begitu, beliau mempersoalkan mengapa pula pimpinan Pas membesarkan laungan ahli Pas sunat atau wajib mengundi calon Umno di Sg Kandis?

“Harakah kekeliruan dan fitnah bukanlah dari Harakah Islamiyyah. Dua perkara itu adalah berbeza sekali pun keduanya ber-Harakah,”katanya.

Justeru katanya, berdiam dirinya pimpinan Pas terhadap dosa ini menunjukkan apa yang sebenar tersemat dalam diri mereka antara makruf dan mungkar selama mana politik kepartian mereka mendapat tempat.

Rakyat akan hukum PAS dan Umno ‘bercumbu’ dalam gelap, kata Amanah


Faiz Zainudin 
PETALING JAYA: Keputusan Umno dan PAS saling memberi laluan dalam pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dan Seri Setia menyerlahkan lagi kerjasama antara 2 parti politik itu.


“Sebenarnya PAS dan Umno telah bekerjasama agak lama malah sebelum pilihan raya umum ke-14 lagi, cuma tidak buat pengumuman secara terbuka. Serangan secara konsisten dan bahasa yang sama terhadap Pakatan Harapan (PH) membuktikan wujud kerjasama antara mereka sebelum ini.

“Pengisytiharan pimpinan mereka untuk memberi laluan kepada parti satu sama lain hanyalah formaliti sahaja,” kata Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim kepada FMT.

Izham berkata rakyat bagaimanapun tidak “bodoh” dan cukup faham dengan permainan PAS dan Umno yang “bercumbuan” dalam gelap.

“Saya yakin penyokong PAS dan Umno akan menghukum parti yang hidup berpura-pura ini.

“PH akan berjaya memenangi ketiga-tiga PRK ini dengan cemerlang kerana PH sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan,” katanya merujuk kepada PRK Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong.

Izham berkata demikian, ketika mengulas pendirian Umno memutuskan memberi laluan kepada PAS bertanding dalam PRK Seri Setia sebagai membalas keputusan parti Islam itu memberi laluan kepada Umno bertanding di Sungai Kandis.

Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia merupakan titik permulaan dan persefahaman antara 2 parti itu sebagai gerakan politik baru di bawah pemerintahan PH.

PAS menyambut baik keputusan Umno memberi laluan kepada parti itu di Seri Setia.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, berkata pendekatan satu lawan satu mencerahkan peluang pembangkang memberi saingan dalam misi merampas kerusi kubu kuat PKR itu dan memperkukuhkan kedudukan di DUN Selangor bagi mengimbangi pentadbiran kerajaan negeri.

Ditanya adakah Amanah akan meletakkan calon di DUN Seri Setia bagi memperkukuhlan lagi kedudukan parti itu di Selangor, Izham berkata pihaknya memberi laluan kepada PKR dan akan membantu kemenangan PH.

Adun Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada petang Khamis lepas.

Sebelum itu, media melaporkan Shaharuddin, 55, menghidap kanser usus tahap 4.

Pada pilihan raya umum ke-14, Shaharuddin memenangi kerusi DUN Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi, menewaskan calon BN, Yusoff M Haniff (9,878), calon PAS, Mohd Ghazali Daud (4,563) dan calon bebas, S Vigneswaran (217).

Perak mahu jual kawasan kediaman rasmi MB?

Bernama
IPOH: Kawasan kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini mungkin akan dijual memandangkan ia dilihat tidak lagi sesuai untuk didiami, kata Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata aspek keselamatan antara satu daripada sebab kediaman rasmi itu tidak lagi boleh diduduki selain lokasinya yang kurang sesuai pada ketika ini.

“Sekarang naik (terdapat) pelbagai bangunan (sekitar kediaman), maka rumah ini tidak lagi sesuai untuk MB (menteri besar) tinggal, bukan saya sahaja tapi sesiapa pun (selepas saya).

“Saya telah sembah maklumkan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengenai perkara ini,” katanya dalam temu bual khas di kediaman rasmi Menteri Besar, baru-baru ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata nilai tanah kawasan kediaman itu adalah tinggi dan jika ia dijual banyak projek boleh dilaksanakan seperti pembinaan rumah untuk semua Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco).

Ahmad Faizal berkata Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sedang mengumpul cadangan daripada pelbagai pihak berhubung projek yang sesuai dilaksanakan di kawasan tersebut bagi mengantikan kediaman rasmi Menteri Besar.
“Kami akan pastikan, apapun yang akan dilaksanakan akan menjaga kepentingan negeri selain mempunyai nilai kepada rakyat,” katanya.

Menurutnya jika kediaman rasmi baru Menteri Besar dibangunkan nanti, ia akan dibina dengan teguh, cantik serta boleh dikunjungi orang awam untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Kediaman rasmi Menteri Besar yang terletak berdekatan bulatan Sultan Yusof itu dibina pada 1962 dan siap setahun kemudian.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal meminta media di Perak menjadi mata dan telinga kepada kerajaan dalam menyampaikan sebarang maklumat untnuk memajukan negeri.

“Anda (media) kerap ke lapangan boleh sampaikan kepada saya masalah dan kesusahan rakyat,” katanya sambil berharap media dapat menjalin kerjasama erat sebagai sahabat dengannya.

Kurang dua tahun dari sekarang Umno Pas akan bersatu, kata Annuar Musa

MALAYSIADATELINE
Barisan Nasional (BN) tidak menilai jumlah undi yang disumbangkan Pas di dalam PRK Sungai Kandis sebaliknya kerjasama yang berlaku ini adalah untuk jangka masa panjang termasuk menghadapi siri PRK dan PRU15 nanti, demikian menurut Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, DUN Sungai Kandis adalah permulaan kerjasama berkenaan dan diteruskan ke PRK DUN Seri Setia.

Bahkan katanya, kerjasama yang ditunjukkan di Sungai Kandis merupakan kemenangan awal menerusi kesepakatan dengan Pas menentang Pakatan Harapan.

“Saya menjangkakan dalam tempoh kurang dua tahun dari sekarang UMNO dan PAS akan bersatu dan dalam tempoh itu juga PH akan tumbang, ” katanya dipetik NSTP.

Tambahnya, Umno dan Pas bersatu untuk penyatuan Islam dengan menolak perbezaan pendapat demi agama dan bangsa Melayu.

“Kita tamatkan dulu permusuhan kerana sayangkan agama, bangsa dan tanah air,” katanya.

Annuar turut menjangkakan ada siri PRK selepas ini termasuk pada Oktober, November dan Disember.

Semalan, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan BN akan memberi laluan kepada Pas bertanding dalam PRK DUN Seri Setia

Kerusi itu kosong selepas wakil rakyatnya, Profesor Datuk Dr Shaharuddin Baharuddin meninggal dunia lewat kelmarin, selepas menderita barah usus.

DBKL wartakan tiga lagi kawasan larangan merokok

DBKL wartakan tiga lagi kawasan larangan merokok
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mewartakan semua laluan pejalan kaki dan jejantas berbumbung serta terowong pejalan kaki bawah tanah di sekitar ibu kota sebagai kawasan larangan merokok, berkuat kuasa 15 April lepas.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata pewartaan mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 itu bertujuan melindungi orang awam daripada ancaman asap rokok yang boleh membahayakan kesihatan.

"Terdapat 141 laluan pejalan kaki berbumbung di Kuala Lumpur dan bilangan ini akan bertambah dari semasa ke semasa.

"Kegagalan mematuhi peraturan tersebut boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun," katanya ketika melancarkan program 'KL Bebas Asap Rokok di Jejantas dan Laluan Pejalan Kaki Bandaraya Kuala Lumpur 2017' di sini hari ini.

Pada majlis itu, DBKL turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama sembilan rakan perkongsian pintar terdiri daripada agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti dalam usaha melaksanakan inisiatif 'KL Bebas Asap Rokok' menjelang 2045.

Mhd Amin berkata penambahan kawasan larangan merokok itu mampu membudayakan amalan tidak merokok, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kadar berhenti merokok dalam kalangan perokok.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai dalam memperkukuhkan pemantauan pelaksanaan tersebut dengan menjadi 'mata dan telinga' pihak berkuasa tempatan (PBT) .

"Tindakan penguatkuasaan oleh PBT sahaja tidak memadai, orang ramai juga saya minta tegur mereka yang merokok di kawasan larangan dan jika mereka enggan boleh lapor di talian bebas tol 1800-88-3255 atau 03-2268 7333," katanya.
- Bernama

Nama Malaysia sudah ada dalam peta Sepanyol pada kurun ke 16

Sejarah nama negara kamu
Dr Muhaimin Sulam

Saya memang bukan sejarawan untuk selayaknya menulis sejarah. Saya juga bukan guru atau pensyarah Sejarah.

Namun, saya minat belajar Sejarah kerana guru saya mengajarkan makna sejarah.

Guru Sejarah saya tidak ajar silibus Sejarah untuk cemerlang dalam peperiksaan.

Kesedaran terhadap sejarah itu sangat penting agar sejarah buruk dapat dielakkan, dan sebaliknya mana-mana yang baik dan gemilang boleh diulang.

Apa yang tertulis di sini bukanlah sesuatu yang baru. Tulisan ini hanyalah sebahagian daripada beberapa kepilan pengetahuan dan kesedaran sejarah negara kamu yang kerap kali diulang tayang.

Mungkin masih ada yang terlepas pandang atau baru menyedari. Tidak salah menyedarkan sesuatu yang hampir dilupai atau memang dilupakan.

Malaysia ini negara kita. Saya, kamu dan dia adalah sama. Semuanya ialah penghuni negara bertuah dan merdeka ini. Nama negara saya, kamu dan dia ialah Malaysia.

Dalam buku-buku Sejarah - dari sekolah rendah hingga ke universiti, Malaysia adalah nama rasmi kepada Persekutuan Malaysia yang mengandungi sembilan negeri di Semanjung Malaysia, Singapura, Sabah dan Sarawak.

Teliti dokumen dan artifak

Kesemua negeri itu bersetuju untuk bersekutu membentuk sebuah negara merdeka pada 16 September 1963. Namun dua tahun selepasnya Singapura memilih untuk meninggalkan persekutuan itu.

Nama Malaysia terus kekal walaupun Singapura tidak lagi bersama. Sebelum itu, secara umumnya negeri-negeri di Semenangjung Malaya dikenali Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu, atau Tanah Melayu. Istilah Malaya ialah ungkapan bahasa Inggeris.

Rata-rata menganggap nama Malaysia hanya muncul pada 1963 sempena penubuhan persekutuan yang ditentang oleh Sukarno dan Macapagal itu. Sukarno dan Macapagal waktu itu naik berang dengan idea gagasan Malaysia.

Gagasan ini akan menelan wilayah mereka. Sukarno sanggup mengisytihar ‘Ganyang Malaysia’. Sebenarnya ada sejarah di sebelah istilah Malaysia itu sendiri.

Biarlah saya terangkan dalam bentuk pensejarahan sebelum membuat analisis mengenai proses pembinaan semula makna nama negara ini.

Saya kira, persoalan makna negara lebih penting kerana pensejarahan itu sendiri diasaskan dengan pemikiran yang wujud semasa itu.

Penganalisisan secara kontekstual sangat penting bagi mendapat rumusan yang lebih adil dan tepat. Tiada cara lain bagi memahami konteks semasa melainkan dengan meneliti dokumen-dokumen ataupun artifak yang wujud ketika itu.

Menurut Tan Sri Ghazali Shafie, beliaulah yang mencadangkan nama Malaysia sebagai untuk persekutuan baru itu.

Ketika itu beliau ialah seorang daripada empat anggota Suruhanjaya Cobbold yang terbabit secara langsung dalam penubuhan Persekutuan Malaysia.

Perakam sosiobudaya semasa

Namun beliau tidak menghuraikan lanjut latar belakang pemilihan nama tersebut.

Nama 'Malaysia' pernah dijadikan pilihan oleh Perikatan sebelum merdeka, tetapi menurut Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, MCA mahukan nama negara merdeka itu disebut sebagai Malaya. Hal ini ada dicatat dalam buku berjudul Malaya tulisan AJ Stockwell.

Buku itu saya beli semasa berforum dengan Tawfik anak Tun Dr Ismail Abdul Rahman di Restoran Pelita berhampiran KLCC pada 2013.

Ini bermakna Tunku mempunyai idea awal tentang nama Malaysia sebelum penubuhannya pada 1963

Tentu ada latar belakang yang menyebabkan Tunku ataupun Ghazali Shafei terfikirkan nama Malaysia. Ia sudah wujud lebih awal lagi.

Seawal yang dapat dikesan setakat ini, nama Malaysia telah ada dalam gagasan kuasa penjajahan Barat sejak dicatat dalam peta Sepanyol kurun ke-16.

Pada tulisan akan datang saya akan kisahkan lebih lanjut mengenai hal ini berdasarkan rujukan daripada tulisan-tulisan orang Barat berupa buku catatan, jurnal dan juga peta-peta.


Mereka bukan sekadar pengembara, pengkaji atau pegawai yang datang bertugas di sini, tetapi bertindak sebagai perakam sosiobudaya semasa untuk masa hadapan.

DR MUHAIMIN SULAM seorang aktivis politik, pensyarah di Universiti Teknologi Petronas penulis buku serta esei.

PRK Sungai Kandis: Mat Sabu sindir Pas

MUHAMMAD FAIZ SULONG
KLANG - Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyindir tindakan pimpinan Pas yang dilihat cenderung menyeru agar penyokong parti itu mengundi Umno-BN pada PRK Dun Sg Kandis.

Mohamad berkata, Pas sebelum ini cukup marah jika timbul isu berhubung kerjasama antara Pas-Umno, namun hari ini menyeru ahlinya menyokong Umno-BN.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan kemudiannya berpesan kepada penyokong parti yang pernah disertainya itu supaya mengundi calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

"Dulu bila kata Pas nak kerjasama dengan Umno, dia (Pas) marah, sekarang pimpinan suruh ahli undi BN.

"Kepada adik-adik saya daripada Pas, jangan kata tak boleh undi calon PKR yang jelas lebih baik.

"Jangan bimbang, Abang Mat ada bersama, oleh itu mesti undi Ustaz Zawawi pada PRK Sg Kandis nanti," katanya ketika berucap pada kempen Ceramah Khas Bersama DSAI di Bandar Puteri, hari ini.

PANAS!!! Polis rampas 27 van Umno Johor

Pihak polis merampas 27 buah van Skuad Sayang Umno Johor semalam, menurut laporan media tempatan.

Van yang sering digunakan Wanita Umno bagi program masyarakat itu disita polis untuk membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001, kata laporan Malay Mail hari ini.

Laporan itu juga menyebut pihak polis bertindak atas perintah mahkamah dan van yang diedarkan ke 26 bahagian Umno, termasuk ke ibu pejabat parti negeri diserahkan kepada pihak berkuasa semalam.

Pengerusi Umno Johor, Datuk Hasni Mohamad mengesahkan hal itu, petik laporan itu.

Hasni berkata Umno Johor diberikan notis penyitaan itu semalam untuk menyerahkan van Skuad Sayang kepada pihak polis di bawah AMLA 2001 dan setakat ini bekerjasama menyerahkan van berkenaann

Bagaimanapun, Hasni dilaporkan tidak boleh mengesahkan jika rampasan itu berkaitan dengan siasatan terhadap 1MDB, SRC International atau bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Umno tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dan kejadian itu tidak akan melemahkan semangat parti itu di Johor, kata Hasni, petik Malay Mail.

Menurut Hasni lagi, beliau berharap rampasan itu bukan satu bentuk pembalasan dendam politik.

Malaysiakini sedang menghubungi pihak polis untuk mendapatkan pengesahan. Difahamkan operasi tersebut dijalankan pasukan Bukit Aman.

Orang Umno mencatur kuasa dalam kerajaan PH?

SHAHBUDIN HUSIN
Sejak Pakatan Harapan (PH) ada kuasa dan menjadi kerajaan, bukan saja mereka yang merupakan ahli dan penyokong parti-parti dalam gabungan itu yang sibuk mencatur kuasa, rupa-rupanya orang Umno pun tidak ketinggalan sama.

Di sebalik ada yang masih setia dengan Umno atau menyalahkan Najib Razak sebagai punca utama Umno kehilangan kuasa, terdapat juga ahli-ahli parti itu yang sudah berwajah dua.

Dalam beberapa insiden, ada yang tanpa segan silu mendakwa bahawa mereka sebenarnya menyokong PH secara diam-diam dalam pilihanraya lalu, meskipun masih lagi berstatus ahli Umno sehingga kini.

Konon katanya, apa yang mereka lakukan selama ini adalah dalam pengetahuan Tun Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri memang merestui tindakan mereka.

Lebih daripada itu, mereka juga mendakwa sokongan ahli-ahli Umno terhadap PH seperti merekalah yang sebenarnya banyak menyumbang kepada kemenangan gabungan itu sehingga berjaya mengalahkan Umno dan BN.

Tidak kurang, ada juga orang Umno yang ketika ini asyik memuji-muji kehebatan Tun Mahathir di mana-mana, asal saja mereka ada peluang bercakap dan menonjolkan diri, meskipun mereka sebelumnya selalu mengambil pendirian mempertahankan Umno dan BN.

Antara mereka itu, ada juga yang mendakwa selalu menghantar maklumat penting secara terus kepada Tun Mahathir melalui aplikasi whatsapp sebagai menunjukkan betapa rapatnya hubungan mereka dengan Perdana Menteri ke-7 sekarang.

Pengakuan itu malah membuatkan seseorang yang rapat dengan Tun Mahathir agak terkejut kerana sepanjang pengetahuannya, sama ada sebelum ini atau setelah menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, Tun Mahathir bukanlah seorang diketahui aktif berhubungan dengan orang lain melalui whatsapp.

Namun, yang paling menarik ialah ada dalam kalangan mereka yang sebelum ini diketahui pernah bekerja dengan menteri Umno juga turut cuba tumpang semangkuk mencatur kuasa dalam kerajaan baru ini.

Mereka ini mula berkawan rapat dengan individu tertentu yang diketahui rapat dengan menteri-menteri PH, lalu dalam waktu yang sama mencadangkan agar orang-orang pilihan mereka untuk diletakkan bekerja dengan menteri-menteri berkenaan sama ada sebagai setiausaha politik, pegawai khas dan sebagainya.

Matlamat mereka ini lebih kepada perniagaan. Dengan meletakkan orang-orang pilihan di kementerian-kementerian tertentu, mereka berharap akan terus dapat membolot kontrak dan peluang-peluang perniagaan sebagaimana ketika era pentadbiran BN sebelum ini.

Tak malukah mereka itu?

Yang nyata, belum 100 hari Umno kehilangan kuasa, semakin ramai ahli-ahli parti itu yang mula resah dan bimbang tentang masa depan yang mungkin tidak lagi seceria berbanding ketika BN berkuasa dahulu.

Bayangkan bagaimana gelagat mereka menjelang enam bulan, setahun atau dua tahun akan datang?

Tungguuu….mungkin tulisan ini ada sambungannya lagi selepas ini.

Tangisan Tun Mahathir di tengah ulama

A. SHUKUR HARUN

Belum pernah, seingat saya, seorang umarak (pemimpin/pemerintah) di nusantara ini menitiskan air mata ketika berada di tengaah para para ulama.

Ini bukan sebuah lakonan, tetapi benar-benar terjadi beberapa hari yang lalu dan ini suatu sejarah.

Ini terjadi ketika pertemuan khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama tokoh ulama dan cendekiawan Islam beberapa hari lalu di Putrajaya.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang turut hadir telah menceritakan peristiwa itu ketika pertemuan khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama tokoh ulama dan cendekiawan Islam, yang membuatkannya sendiri merasa sebak.

Ia adalah ketika Tun Dr. Mahathir menangis apabila menegaskan keperluan untuk umat Islam kembali kepada al-Quran sebagai rujukan utama dalam kehidupan mereka.

“Semasa Tun Mahathir mengucapkan ‘kita sudah tiada jalan lain untuk menjadi umat Islam yang berjaya melainkan kena baca (menghayati) al-Quran’, beliau menangis dan tidak mampu lagi meneruskan ucapan.

“Saya dan tetamu lain juga turut sebak. Semoga Allah merahmati Tun (Mahathir),” kata Dr Asri di Instagram.

Beliau mengiringi kata-kata itu dengan gambarnya bersama Mahathir ketika pertemuan itu.

Menurut laporan, sejumlah 37 tokoh ulama dan cendekiawan Islam mengadakan pertemuan khas kira-kira dua jam bersama Mahathir di Jabatan Perdana Menteri beberapa hari lalu.

Antara yang hadir, selain Asri, adalah Penasihat Umum AMANAH Ahmad Awang, pensyarah Universiti Oxford United Kingdom Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Turut bersama dalam pertemuan itu adalah Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Timbalannya Fuziah Salleh.

Menurut saya ini suatu peristiwa gemilang dan amat bersejarah,

Menurut Mujahid, Tun Dr. Mahathir dalam pertemuan itu antaranya meminta golongan agama untuk memaparkan Islam yang lebih ‘berbelas kasihan’.

“Dunia sering mengaitkan Islam dengan kekejaman, peperangan dan kelemahan dalam ekonomi,” kata Tn Dr. Mahathir.

Dalam soal ini, menurut Dr. Mujahid lagi, Tun Dr. Mahathir mahu para ulama dan cendekiawan Islam menggunakan ruang terbuka di bawah pentadbiran Pakatan Harapan untuk memaparkan Islam yang lebih berbelas kasihan, toleransi.

Tun Dr. Mahathir juga mahu institusi Islam agar tidak fokus terhadap soal ibadat khusus saja, tetapi juga bidang kemasyarakatan, sains dan ekonomi dan ilmu lain.

Telah lama para pemikir Islam yang progresif merindukan dan memiliki wawasan seperti itu.

Parti AMANAH sendiri sejak ditubuhkan telah berusaha menebarkan konsep ‘Islam sebagai Rahmatan Lil-Alamin (Rahmat elurruh alam’.

Maka betapapun toleransi dan terbukanya, namun AMANAH tetap berada dalam orbit Islam, masih sebuah parti bernuansa Islam.

Alangkah harmonis dan gemilangnya negara dan rakyat Malaysia memiliki pemimpin yang sangat sedar akan keperluan melaksanakan tuntutan Islam walapun di tengah masyarakat majmuk.

Yang dihamparkan di tengah mayarakat bukan kebencian, kemarahan, lebel melebal dan hal-hal yang negatf, panas dan tajam

Kita yakin, berdasarkan falsafah dan konsep yang dipegang oleh AMANAH, apa yang diharapkan oleh Tun Dr. Mahathir Muhamd, Insya-Allah, dapat diralisasikan bersama rayat yang matang dan terbuka.

Sama-samalah kita mendukung hasrat ini. Ia bagai mawar merah yang harum semerbak. Jangan biarkan ia layu. Kita siram ia selalu.

Suara mirip Anwar gelar Azmin 'barua Mahathir' ?

Rakaman suara mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengkritik keras Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan Tun Dr Mahathir Mohamad kini mula beredar.

Ia muncul ketika wujud spekulasi mendakwa Mahathir dan sekutunya cuba menekan kemajuan politik Anwar, bakal penggantinya untuk jawatan perdana menteri.

Antara lain, rakaman itu menunjukkan suara (bawah) seorang yang mirip Anwar menyifatkan Azmin, menteri kanan dalam kabinet, sebagai “barua Mahathir”.

Bagaimanapun, pemimpin-pemimpin PKR berkata rakaman itu palsu.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil memberitahu Malaysiakini bahawa Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail telah mendapati ia bukan suara Anwar.

“Ini bukan (suara) suami saya,” menurut Azizah, seperti diceritakan kembali oleh Fahmi.

Tiga rakaman berasingan itu, yang masing-masing tidak sampai 10 saat, diedarkan di aplikasi borak telefon bimbit WhatsApp.

Dalam rakaman pertama, individu itu berkata dia menyuruh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli melawan Azmin dalam pemilihan parti kerana Azmin didakwa telah menjadi “barua Mahathir”.

Rakaman kedua mengkriti Mahathir kerana melantik diri sendiri sebagai pengerusi syarikat negara Khazanah Nasional.

Rakaman ketika membangkitkan skandal pertukaran wang asing (forex) pada 90-an yang ketika pentadbiran Mahathir ketika pertama kali menjadi perdana menteri.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution, Rafizi, Naib Presiden Tian Chua, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Ketua Pemuda Afif Bahardin turut menolak keaslian rakaman itu.

Fahmi Fadzil

Saya bukan anggota keluarga tetapi saya sering bercakap dengan Anwar. Dalam rakaman pertama ada sikit bunyi macam beliau, tetapi masuk saja rakaman ketiga, kamu tahu itu bukan dia. Loghat dia lain.

Rafizi Ramli

Tidak sama sekali (Anwar tidak arahkan sama lawan Azmin). Bukan tradisi kita pemimpin atasan campur tangan. Saya memang ada beritahu Anwar niat saya, tetapi tidak benar dia arahkan saya bertanding.

Ini keputusan saya sendiri selepas berbincang dengan kawan-kawan dan anggota akar umbi parti.

Tian Chua

Jangan bawa masuk budaya budaya memburuk-burukkan dan berita palsu dalam PKR.

(Menjawab soalan sama ada dibuat oleh pihak dalaman PKR) Saya tidak tahu, tetapi saya harap tidak.

Saifuddin Nasution

Apa pun, ia jelas cuba mewujudkan kecurigaan tentang perhubungan Anwar dengan Mahathir.

Kita sudah bazirkan 20 tahun (sejak reformasi 1998). Sekarang kedua-dua mereka sudah berbaik-baik, berdamai dan sedia bekerjasama.

Anwar sudah berulang kami beritahu pemimpin PKR bahawa beliau menyokong kepimpinan Mahathir.

Afif Bahardin

Rakaman itu cuba membantutkan kemajuan kombinasi Anwar-Azmin sebagai dynamic duo untuk memimpin parti.

Dilema pengundi PAS di Sungai Kandis

PRK SG KANDIS | Meskipun telah diminta oleh pucuk pemimpin tertinggi agar mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada Sabtu ini, anggota dan penyokong PAS nampaknya dilihat masih lagi berbelah bagi terhadap arah haluan sokongan mereka.

Malaysiakini bertemu dengan beberapa pengundi di sini bagi mendengar pendapat mereka tentang kecenderungan sokongan dalam PRK kali ini memandangkan terdapat seruan dan arahan pimpinan PAS menyeru anggotanya mengundi Umno.

Pengurus tapak pembinaan, Mohd Sabri Ahmad, 30, sebagai contohnya berkata dia dan rakan-rakannya sudah pasti akan mengundi calon PKR, Zawawi Mughni pada PRK itu.

Katanya, Umno dan BN adalah musuh seteru parti mereka hampir 60 tahun, justeru itu adalah mustahil untuk dia dan rakan-rakannya menolong calon parti lawan.

“Umno kini sudah mahu mati, takkan kita mahu tolong lagi?

“Bagi saya dan rakan-rakan PAS, kita tidak boleh sokong membuta tuli seperti yang diminta. Biarpun terpaksa mengorbankan prinsip politik kita tetap menyokong PKR,” katanya kepada Malaysiakini.

PAS mahu menangkan Umno

Pendirian dinyatakan Mohd Sabri itu jelas berbeza dengan apa yang diharapkan dua pemimpin pusat PAS akhir-akhir ini yang secara terbuka menggesa anggota partinya mengundi calon Umno pada pilihan raya kecil itu.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan umpamanya berkata parti itu tidak boleh menerima cara pemerintahan kerajaan sekarang yang didakwanya dibelenggui dengan kontroversi LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) dan pendirian yang tidak tegas berhubung Islam.

“Untuk mengalahkannya (calon PKR), kena undi siapa? Itu dia ada situ,” katanya kepada penyokong PAS sambil menunjuk ke arah Datuk Lokman Noor Adam yang turut hadir di majlis ceramah di kawasan itu, baru-baru ini.

Bagi Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali pula, parti itu perlu mengambil satu sikap yang menguntungkan Islam dengan menolak ‘kerosakan’ yang telah ditunjukkan HARAPAN dari segi agama, ekonomi dan sebagainya dalam tempoh baru dua bulan memerintah negara.

“Kerana itulah pilihan kita pada PRK kali ini, tunjukkan kebersamaan kita menolak HARAPAN dengan sama-sama kita menangkan calon Umno,” katanya.

Kesalahan kerajaan dahulu

Meskipun begitu, Mohd Sabri berpendirian bahawa mengundi mengundi HARAPAN tidak akan menjejaskan nasib orang Melayu dan Islam seperti didakwa, kerana ia telah terbela baik di bawah kerajaan HARAPAN.

“Selain itu, tempoh pentadbiran mereka masih awal dan kita perlu beri masa kepada mereka.

“Banyak perkara yang mereka perlu baiki terlebih dahulu akibat kesalahan kerajaan terdahulu,” katanya.

Ditanya mengapa PAS tiba-tiba boleh bekerjasama dengan Umno pada PRK ini, Mohd Sabri berkata kebanyakan pemimpin PAS adalah bermuka-muka dan tidak mempunyai pendirian yang konsisten dalam parti mereka.

Berhubung mengapa sebagai penyokong PAS, dia enggan memilih calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sabri berkata ini kerana Lokman dilihat sering berdolak-dalik dan bermuka-muka, sekaligus tidak boleh dipilih sebagai wakil rakyat.

Seorang lagi penyokong PAS yang hanya mahu dikenali sebagai Amirul, 27, berkata dia menyokong PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, tetapi akan mengalihkan sokongannya kepada calon PKR pada pilihan raya kali ini.

Umno rekod buruk

“Saya tidak percaya kepada Umno kerana sudah terlalu banyak rekod buruk dan susah mahu diterima,” katanya.

Namun begitu berlainan dengan -anggota PAS, Ismail Abdulllah, 68, yang berkata dia akan mengundi Barisan Nasional (BN) supaya ia dapat menambah bilangan pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Katanya, ini kerana DUN Selangor mesti mempunyai kuasa semak dan seimbang bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

“Kita bukan kata HARAPAN tidak membela Islam dan Melayu, tetapi kita mesti ada wakil yang boleh melakukan semak dan seimbang,” katanya.

Bagi anggota PAS cawangan Kampung Lombong, Mohd Zaki Mohd Kassim, 47 pula, semua anggota perlu mengikut arahan kepimpinan parti walaupun tidak menyukainya.

“Kepimpinan sudah menyatakan pendirian dengan jelas dan kita kena ikut,” katanya.

Bukan buat kerja kotor

Buat Anuar Yacob, 57, yang merupakan penyokong PAS, beliau boleh memilih antara kedua-dua parti (PKR ataupun UMNO) memandangkan beliau bukan anggota parti itu.

“Saya lebih cenderung kepada HARAPAN disebabkan oleh kita tahu calonnya terbabit dengan tahfiz, tetapi kita perlu mengikut arahan pemimpin iaitu undi BN.
“Dia bukan suruh buat kerja kotor tetapi undi saja. Apabila keadaan ini berlaku, saya sudah jadi 50-50,” katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Datuk Kamaruzzaman Johari berpendapat penyokong PAS secara tradisinya memang mengamalkan sikap menyokong PKR apabila adanya pilihan raya.

Katanya, mereka jarang menyokong Umno, namun pihaknya akan terus berkempen bagi mendapatkan sokongan penyokong Pas.

“Walaupun kita tahu perkara ini bukan mudah dan berat, kita akan berusaha untuk mendapatkan undi mereka,” katanya kepada Malaysiakini.

'Kita cuma henti langganan, bukan nak bakar Utusan'

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kementerian pendidikan hanya menghentikan langganan terhadap akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, bukannya melarang akhbar itu daripada dibaca.

"Langganan dihenti tapi kita tak larang orang nak baca, bacalah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Setuju dengan langkah itu, Mahathir berkata kakitangan institusi bawah kementerian pendidikan yang mahu membaca akhbar itu boleh membelinya sendiri.

"Pasal apa kita nak beli akhbar yang selalu hentam kita?

"Tetapi jika hendak baca, bebas untuk beli di luar sekolah (dan institusi lain bawah kementerian itu). Kita tak ada nak koyak atau bakar (Utusan Malaysia)," katanya lagi.

Beliau mengulas memo Kementerian Pendidikan yang mengarahkan semua sekolah, universiti, kolej dan institusi lain di bawah bidang kuasanya untuk menghentikan langganan terhadap Utusan berkuatkuasa serta-merta.

Memo bertarikh 18 Julai itu daripada pegawai khas menteri pendidikan, Wan Saiful Wan Jan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Datuk Mohd Ghazali Abas.

Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd (UMMB) Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir semalam memaklumkan belum menerima apa-apa makluman tentang perkara itu tetapi berkata akan berjumpa dengan pihak kementerian untuk berbincang secara lanjut.

Berhubung dakwaan kakitangan lantikan politik dalam kerajaan yang dilantik sejak HARAPAN mengambil alih belum mendapat gaji, Mahathir meminta mereka agar bersabar.

“Kena sabar, kita ubah kerajaan lepas 60 tahun bukan sesuatu yang kita buat setiap hari. Proses sedang berjalan dan ia ambil masa,” katanya.
-malaysiakini

ADUN Seri Setia meninggal dunia


Anggota Dewan Undangan Negeri Seri (ADUN) Setia Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia sebentar tadi.

Setiausaha Kanannya Zafrullah Aris berkata allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 6:28 petang tadi di Hospital Putrajaya.

Zafrullah berkata, jenazah exco kerajaan Selangor itu akan dibawa pulang ke rumah di Desa Pinggiran Putra dan urusan pengebumian akan dilakukan esok.

“Semoga almarhum ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” kata Zafrullah.

Sebuah akhbar Cina kelmarin melaporkan Shaharuddin menghidap barah kolon.

Susulan kematian itu, pilihan raya kecil harus diadakan di kawasan itu.

Pada pilihan raya umum ke-14, Shahruddin menang besar dengan mendapat 29,250 undi.

Beliau mengalahkan calon BN Yusoff M Haniff yang memperoleh 9,878 undi, calon PAS dengan 4,563 undi dan calon bebas S Vigneswaran dengan 217 undi.

Tun M pandu Ferrari di Litar Sepang (Gambar)

PM rasmi lampu limpah Litar Sepang, pandu sendiri Ferrari
MALAYSIA DATELINE
Selepas menyempurnakan perasmian lampu limpah malam tadi, Dr Mahathir memandu sendiri kereta Ferrari di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diberi penghormatan untuk merasmikan lampu limpah yang ekstensif menerangi keseluruhan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) malam tadi

Dr Mahathir merupakan penggerak industri pembangunan sukan permotoran negara apabila beliau melancarkan litar canggih itu ketika menjadi perdana menteri pada 1999.

“Ia satu penghormatan yang hebat untuk melancarkan komponen tambahan yang penting kepada fasiliti di Litar SIC,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi SIC, Tan Sri Mohamed Azman Yahya berkata SIC telah mengambil inisiatif untuk memasang lampu limpah di litar sepanjang 5.543 kilometer berikutan tempahan tinggi bagi penggunaan kemudahan tersebut.

Menurutnya, kemudahan terbaru itu akan membolehkan SIC menjual lebih banyak masa trek terutama pada hujung minggu serta pelumbaan waktu malam yang semakin popular dalam kalangan peminat dan penganjur sukan permotoran.

“Kami merasakan bahawa satu-satunya peluang untuk meningkatkan tempahan adalah menerusi pembukaan trek di waktu malam…jadi kami memutuskan untuk melakukannya dengan memasang lampu limpah di sepanjang trek,” katanya.

Beliau berkata kemudahan pencahayaan litar itu dapat dilaksanakan dengan menggunakan kepakaran mereka yang terlibat dalam projek seumpama ini di Litar Yas Marina di Abu Dhabi, Litar Antarabangsa Losali di Qatar, Litar Jukasa Motor Speedway di Kanada dan Litar Antarabangsa Bahrain.

Di sebalik cubaan menghina Mat Sabu lebih mulia berbanding Najib

SHAHBUDIN HUSIN 
Siapa pun yang menonton video ucapan Najib Razak ketika berkempen di Sungai Kandis yang intipatinya memperlekeh serta menghina Mohamad Sabu selaku Menteri Pertahanan, pasti akan geleng kepala dan mengucap panjang dibuatnya.

Begitukah perilaku dan akhlak seorang bekas Perdana Menteri?

Adakah Najib sebenarnya sedang mengalami gangguan mental sejak kehilangan kuasa dan ditolak rakyat pada PRU14 yang lalu?

Pernahkah Najib menilai dan mencermin siapa dirinya terlebih dahulu sebelum berbuat begitu?

Sesuatu yang Najib harus sedari ialah Mohamad Sabu atau Mat Sabu baru tidak sampai dua bulan menjadi Menteri Pertahanan dan oleh yang demikian, adalah terlalu awal untuk membuat penilaian terhadap dirinya.

Bolehkah Najib mengingat kembali bagaimana kedudukan beliau ketika dua bulan menjadi timbalan menteri dahulu iaitu jawatan awalnya dalam kerajaan?

Siapakah agaknya yang lebih kartun jika dibuat perbandingan antara kedua-duanya?

Masih lupakah Najib bagaimana ucapannya ketika beliau menjadi Ketua Pemuda Umno dahulu yang sering menjadi bahan ketawa ramai?

Lagi pula, sebelum Najib mahu terus memperlekeh dan menghina orang lain dengan gelaran kartun dan sebagainya, lupakah bagaimana sebelum pilihanraya lalu beliau hampir setiap hari berbuat perkara yang sama terhadap Tun Mahathir Mohamad, terutama berkaitan usianya yang sudah mencecah usia 93 tahun?

Tetapi, apa jadi akhirnya?

Bukankah beliau kecundang dan tewas di tangan lelaki tua yang sudah berusia 93 tahun itu?

Dalam hal ini, meskipun Mat Sabu masih baru sebagai menteri, tetapi harus diakui beliau adalah pejuang rakyat yang punyai ramai peminat dan disanjung rakyat.

Jika antara Najib dan Mat Sabu muncul di khalayak ramai ketika ini, sudah pasti Menteri Pertahanan itu akan menjadi tumpuan dan lebih ramai yang ingin bergambar atau berselfie dengannya.

Sedarkah Najib hakikat itu?

Selain itu, sebelum mahu memperlekeh dan menghina orang lain, Najib juga seharusnya sedar bahawa beliau adalah sosok yang paling dibenci rakyat ketika ini sehingga riwayat kuasa Umno berakhir di bawah kepimpinannya.

Dengan dakwaan terkait dalam skandal kewangan 1MDB yang bernilai berbilion ringgit, selain di kediamannya dijumpai wang tunai, barang kemas dan beg tangan mewah yang dianggarkan bernilai lebih satu bilion ringgit, Najib sepatutnya insaf bahawa Mat Sabu jauh lebih mulia berbanding dirinya.

Pernahkah dalam sejarah negara sejak merdeka, kita ada pemimpin sebegitu rupa?

Yang nyata, dengan perilaku dan akhlak yang ditunjukkan Najib terhadap Mat Sabu ini, beliau akan terus membuatkan rakyat tambah benci terhadapnya, jauh sekali untuk bersimpati dengan nasibnya yang bakal berdepan lebih banyak pendakwaan di mahkamah serta mungkin mengakhiri kehidupan di penjara sebagai hukuman.