"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Beranikah Najib Menyahut Saranan Muhyiddin?

Shahbudin Husin
Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin semalam menyarankan agar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M wajar diteruskan berikutan sambutan positif rakyat kerana ia mampu meningkatkan kuasa beli golongan berpendapatan rendah serta merangsang pertumbuhan ekonomi domestik negara.

"Terserah kepada Perdana Menteri, saya secara peribadi berpendapat ia memang baik," Muhyiddin dipetik sebagai berkata dalam satu program bersama rakyat di Miri, Sarawak.

Kaedah pemberian tunai bernilai RM500 melalui BR1M yang diperkenalkan oleh Najib sejak tahun lalu, walaupun disambut baik oleh rakyat tetapi ia juga mengundang kritikan pakar-pakar ekonomi serta bekas-bekas pemimpin UMNO sendiri.

Ini kerana kaedah itu dilihat lebih bermotif pilihanraya dan membeli undi semata-mata. Ia juga memusykilkan banyak pihak di mana wang berbiliion-billion mahu disedut kerana situasi ekonomi seluruh dunia sekarang mengalami kemalapan yang ketara. Najib dilihat lebih mahu memufliskan negara melalui satu demi satu pemberian tunai yang diperkenalkannya itu.

Pemberian tunai RM500 hanya memberi keselesaan jangka pendek, tidak merangsang pertumbuhan ekonomi ketara dan ia berbeza jika melalui jumlah wang sama dilaburkan melalui perlaksanaan projek-projek kecil dan sederhana yang tentunya lebih merata kesannya.

Selain itu, pemberian tunai kepada rakyat sebagaimana yang diperkenalkan oleh Najib ini lebih merupakan kaedah layanan golongan feudal dan bangsawan terhadap rakyat miskin, dan bukannya cara yang sewajarnya dilakukan oleh seorang pemimpin atau sebuah kerajaan terhadap rakyat.

Rentetan sejarah banyak memgisahkan bagaimana raja-raja dan golongan bangsawan zaman dahulu selalu mencampakkan buntilan emas dan perak kepada rakyat miskin jika ada musim-musim perayaan atau keramaian tertentu. Tetapi seorang pemimpin atau kerajaan sepatutnya mensejahterakan kehiduoan rakyat melalui pelaksanaan dasar yang menggembirakan rakyat seperti penurunan cukai, harga barang yang murah, kemudahan belajar serta mendapat kerja, menjalankan perniagaan dan sebagainya.

Cara yang seapatutnya dilakukan Najib ialah membantu rakyat memiliki pancing atau memberi mereka pancing dan bukannya memberi dua tiga ekor ikan untuk dimakan.

Turut mengundang kritikan ialah bilamana Najib sehingga ini tidak berani mengatakan BR1M ini sebagai suatu dasar yang kekal sepanjang tahun, bukannya bermusim setahun atau dua tahun sebelum pilihanraya sahaja.

Dengan lontaran saranan oleh Muhyiddin yang dilihat sepintas lalu sebagai membina itu, Muhyiddin dalam masa yang sama juga dilihat cuba membawa suara golongan fundamental dalam masyarakat yang melihat BR1M boleh mengundang padah kepada pertumbuhan ekonomi jangka panjang berbanding kebaikannya hanya dalam jangka pendek.

Jika Najib menyahut saranan itu iaitu dengan menjadikan BR1M sebagai dasar yang kekal selagi BN memerintah, tekanan yang sedang menunggunya ialah bagaimanakah Najib mahu mendapatkan wang untuk tahun-tahun seterusnya bagi melaksanakan pemberian tunai ini.

Meskipun diakui jika BR1M dijadikan dasar yang kekal, ia lebih mampu menggamit sokongan rakyat bawahan dan keikhlasan UMNO lebih diyakini tetapi tekanan yang dihadapinya terutama dalam gelombang ekonomi yang masih tidak menentu ini, ia juga manpu menyebabkan rambut putih Najib berguguran lima enam helai dalam seminit.

Kiranya Najib berdiam diri pula terhadap saranan timbalannya itu, rakyat akan percaya bahawa BR1M tidak lebih sebagai alat untuk memancing undi yang hanya diberikan menjelang pilihanraya sahaja. Tahun depan tiada lagi BR1M dan mungkin muncul lagi lima tahun akan datang.

Ini akan menyebabkan imej Najib merudum di mata rakyat sedangkan Muhyiddin yang mencadangkan BR1M diteruskan, akan dilihat sebagai hero atau pembela rakyat pula.

Sama ada Najib berani menyahut atau berdiam diri terhadap saranan Muhyiddin itu, impaknya tetap berada di bahu Najib. Jika pihak pembangkang mengkritik BR1M secara "direct" dan terus terang, Muhyiddin nampaknya sudah menulakan "constructive criticism" terhadap dasar-dasar Najib.

Apakah "constructive criticism" terhadap BR1M ini merupakan permulaan kepada banyak lagi siri "constructive criticism" yang bersifat dalaman yang akan dilakukan oleh Muhyiddin terhadap Najib.

Jika dihalusi ini sebenarnya tidak jauh berbeza dengan apa yang pernah dilakukan oleh Muhyiddin terhadap Pak Lah dahulu. Ketika Pak Lah sudah mengumumkan pelan peralihan kuasa dan dipersetujui oleh semua pimpinan UMNO, tiba-tiba Muhyiddin bersuara di Singapura dengan mengatakan pelan peralihan yang diumumkan Pak Lah itu terlalu lewat dan ia perlu dipercepatkan.

Ia kemudiannya menyebabkab pelan peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib dipercepatkan daripada Oktober 2010 kada April 2009.

Cumanya, jika dulu "constructive criticism" yang dilakukan oleh Muhyiddin telah dikutip labanya oleh Najib, kini Muhyiddin nampaknya melakukannya untuk dirinya sendiri

Ahmad Bashah Dedahkan SUK Kedah Perkakas UMNO

MATA KCS
Tiba-tiba Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkokok seperti ayam jantan tua mempertahankan Setiausaha Kerajaan, Datuk Rasli Bin Basir yang didesak meletakkan jawatannya oleh ahli-ahli Majlis Daerah Kubang Pasu.

Kokok Ahmad Bashah ini menimbulkan persoalan.Pertama, mengapa sekarang baru dia tampil berkokok setelah isu ini berlarutan lebih sebulan. Keduanya, mengapa pula Ahmad Bashah yang berkokok, bukannya Dato Seri Mahadzir Khalid kawan baik di dunia dan akhira tdengan datuk Rasli.

Diketahui bahawa hubungan Mahadzir Khalid dan datuk Rasli seperti kuku dengan isi.Kadang kala ia dicemburui oleh pemimpin UMNO Kedah lain. Di zaman UMNO/BN menjadi kerajaan Kedah lalu, apa kata Datuk Rasli ia adalah kata Mahadzir Khalid, begitulah sebaliknya. Waktu itu, datuk Rasli belum menjadi Setiuasaha Kerajaan negeri. Dalam kedudukan datuk Rasli masih di bawah tangga Wisma, dia telah pun dilihat berkuasa, apalagi sekarang telah dilantik sebagai orang nombor satu dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah.

Dalam hal ini, mungkin Ahmad Bashah nak tunjuk kepada pemimpin dan ahli-ahli UMNO/BN kedah dan Malaysia bahawa dia paling berwibawa dan cekap mendepani isu ini. Pemimpin UMNO/BN yang lain tidak boleh diharapkan, mandum dan tidak sehebatnya. Inilah sikap dan cara permainan politik dalam UMNO/BN dari dulu, kini dan selama-lamanya.Mereka berpolitik dalam politik.

Berbalik kepada isu ini, dia (Ahmad Bashah) telah sedar bahawa ancaman (perletakan jawatan) ke atas datuk Rasli akan memberi merugikan UMNO/BN yang berselindung di belakang datuk Rasliselama ini. Datuk Rasli adalah aset UMNO yang berada di dalam kerajaan PR Kedah. Perananya di dalam kerajaan amat penting buat UMNO.Dalam bahasa lain, datuk Rasli adalah perkakas UMNO yang berperanan mengawal perjalanan pentadbiran kerajaan seperti yang mereka kehendaki. Beliau akan melaksana dan menurut apa yang diperintah oleh UMNO kerana keyakinnya bahawa UMNO/BN akan megambi lalih pemerintahan kerajaan Kedah dalam PRU 13 depan.

Tanpa datuk Rasli, bagaimana rancangan UMNO/BN hendak mengkucar-kacirkan pentadbiran kerajaan negeri yang di pimpin oleh YAB Dato Seri Diraja Ustaz Haji Azizan Bin Abdul Razak dapat dijayakan. UMNO sedar dan terdesak apabila kepimpananUstazAzizan semakin mendapat sokongan padu dari akar umba dan semua lapisan rakyat Kedah.

Datuk Rasli telah menunjukkan kesetiaannya yang padu kepada UMNO apabila member restu kepada beberapa pegawai tadbir(KCS) pro UMNO dan kroninya berpakat dengan Perdana Menteri, Datuk Mohd Najib TunRazak menjalankan program E-Kasih bagi meraih sokongan rakyat kepada MohdNajib Tun Razak.

Duit E-Kasih secara tunai diserahkan kepada pegawai tadbir tertentu (akan didedahkan kemudian) dan dibelanjakan tanpa mengikut prosedur dan peraturan-peraturan kewangan seperti yang ditetapkan.Duit tuna isebagai umpan ditabur kepada rakyat bagi meraih undi mereka pada PRU 13 akan datang.Duit E-Kasih di simpan di Pendang kerana kroni datuk Rasli bertugas di situ. SPRM tahu cerita ini tetapi sukar untuk di ambil tindakan. Sebabnya…. Terlalu panjang kalau nak diceritakan di sini.

Kerana itulah Ahmad Bashah amat bimbang, sekiranya datuk Rasli tidak ada lagi (letak jawatan), bakal pengganti SUK tidakakan berkerjasama dengan UMNO/BN. Dari senarai pegawai tadbir negeri yang berpontensi mengganti tempat datuk Rasli, kalau pun merekat idak pro PAS/PR tetapi mereka juga tidakakan memberi muka kepada UMNO/BN untuk memperkudakan pentadbiran kerajaan negeri sesuka hati. Lebih-lebih lagi untuk berkonspirasi mensabotaj Ustaz Azizan dan exconya seperti yang dilakukan oleh datuk Rasl idan konco-konconya.

Ini bermakna, kejatuhan (letak jawatan) datuk Rasli akan merugikan UMNO/BN.

Ahmad Bashah juga tahu bahawa majoriti mereka (pegawai tadbir) bukan kroni datuk Rasli .Tidak boleh dinafikan bahawa mereka adalah pegawai tadbir yang baik, beretika dan profesional menjalankantugas. Mereka tidak pernah menimbulkan masalah kepada kerajaan negeri, Menter iBesar dan Exco. Sebaliknya sebahagian dari mereka dianaktirikan di dalam pentadbiran datuk Rasli. Ada yang disekat untuk kenaikan pangkat, ada pula yang ditukar tempat kerja kerana tidak sebulu dengannya atau anaknya atau pun isterinya.

Datuk Rasli yang disambung kontrak perkhidmatan sebanyakdua kali (Jun 2011- Jun 2012 dan Jun 2012 – Jun2013) adalah ‘orang penting’ buat UMNO/BN di dalam usaha menumbangkan kerajaan PR Kedah dalam PRU 13. Mahu tidak mahu, Ahmad Bashah yang dilantik sebagai panglima UMNO/BN Kedah kena tampil ke hadapan memberi sokongan mempertahankan kedudukan datuk Rasli, walau pun terpaksa menggunakan alasan yang dangkal dan lekeh.

Ketua Whip Ahli majlis, Basir Ismail berkata, Ahmad Bashah telah berperanan sebagai talian hayat kepada datuk Rasli. Ia memang telah kami duga sejak awal lagi.

“Biarkan dia (Ahmad Bashah) bersuara, bahkan saya mencadangkan UMNO Kedah turut memasang sepanduk di seluruh negeri Kedah bagi menyatakan sokongan mereka kepada datuk Rasli. Barulah isu menjadi lebih menarik dan meriah serta demokratik.

Mereka (UMNO) mempertahankan datuk Rasli denganpolitik, sebaliknya kami (ahli majlis) lawandatuk Rasli dengan undang-undang. Kita akan tengok siapa menang. Ahli-ahli majlis yang akan menang atau pun UMNO yang akan kecundang, katanya.

“Saya pastikan penyokong dan ahli-ahli PR tidak akan menurunkan sepanduk tersebut.Adakah Ahmad Bashah beran imenyambut saranan ini, katanya.

Namun begitu, tindakan Ahmad Bashah yang mengheret UMNO/BN Kedah di dalam isu ini sangat menarik di beri perhatian kerana ia menjadi bukti dan mengukuh dakwaan ahli-ahli majlis bahawa UMNO adalah dalang di sebalik pertukaran Haji Ahmad Fisol.

Penglibatan Ahmad Bashah sudah terang lagi bersuluh mengesahkan dakwaan bahawa datuk Rasli adalah perkakas serta agen UMNO/BN yang memainkan peranan penting untuk melumpuhkan dan menimbulkan hura-hara dalam pentadbiran kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan di Kedah.

Tidak mustahil selepas ini, ada pihak lain turut bangun mempertahankan datuk Rasli dengan cara mereka sendiri di atas alasan untuk menjaga nama baik institusi perkhidmatan awam negeri Kedah dan maruah Seri Paduka Yang DiPertuan Agong kerana Tuanku Baginda yang telah memperkanankan penyambungan kontrak perkhidmatan datuk Rasli.

Apa jua yang bakal timbul dari isu ini, ahli-ahli Majlis Daerah Kubang Pasu tidak akan berganjak dengan pendirian mereka mendesak datuk Rasli meletakkan jawatannya. Mereka akan meningkatkan tekanan sehinggalah isu ini diselesaikan mengikut prosedur dan undang-undang.

Basi r berkata, biarlah apa orang lain nak kata kepada kami, kerana menjadi resam kepada manusia ada yang pro dan kontra. Perkara paling penting buat kami ialah berdiri di atas prinsip undang-undang bukannya emosional.

Sehingga hari ini datuk Rasli masih gagal membuktikan bahawa tindakannya sahdari seg iundang-undang.

Oleh itu, kami bertanggungjawab mempertahankan undang-undang kerana ia adalah kedaulatan sebuah kerajaan yang mengamalkankonsep “rules of law”. Beliau jangan fikir bahawa Pihak Berkuasa Tempatan adalah sebuah kerajaan koboi‘cowboy’, boleh buat sesuka hati sehingga terdedah kepada tindakan undang-undang di kemudian hari.

Kami menasihatkan datuk Ahmad Bashah lebih baik menumpukan tugasnya sebagai PengerusiKeda dengan baik.Dia patut beri perhatian terhadapisurumah Keda yang dijanjikan kepada rakyat miskin di tepi Sungai Koroncho, Jitra.Jangan sibuk nak beri pandangan dalam perkara yang dia sendiri tidak paham kerana memalukan UMNO/BN Kedah, sekaligus menyebabkan ahli-ahli UMNO bertambah yakin bahawa beliau tidak layak menjadi pemimpin nombor satu di Kedah.

Terima Kasih.
http://www.wartautara.com/

Ada Bekas IGP Hendak Masuk Pas?

Mohd Sayuti Omar
Jumaat lepas semasa makan tengah hari bersama seorang tokoh politik dia membisikkan kepada saya; "Sayuti ini cerita menggemparkan!" katanya tidak menghabiskan kata-kata menyebabkan saya sedikit terkejut dan terganggu untuk menyenduk sop tulang ke dalam pinggan. "Apa dia?" tanya saya meletak semula sudu ke dalam manguk sop.

Dia menjeling kepada tetamu lain yang duduk sebaris dengan kami. Saya sengaja dia panggil duduk berdepanan dengannya bagi mudah untuk berbicara. "Ini masih belum diketahui sesiapa lagi, tetapi saya mendapat maklumat dari seseorang yang boleh dipercayai," katanya.

Pada masa itu juga tokoh politik itu menceritakan mengenai perihal Datuk Paduka Raja Terengganu yang akan mengumumkan menyertai Pas. Perkara itu sudah pun berlaku beberapa hari lepas. Kalau merujuk kepada maklumat mengenai Datuk Paduka Raja itu, maklumat mengenai bekas Ketua Polis itu juga ada kebenarannya.

Tokoh itu lantas membisikkan kepada saya. "*********"... katanya perlahan. Tetamu lain tidak mendengarnya dan ada yang menjeling anak mata cemburu kepada perbualan saya dengan tokoh berkenaan yang agak eksklusif.

Saya mengangguk-angguk kecil sambil memamah nasi dalam mulut. Ketika itu juga terbayang dalam mata akan wajah bekas ketua polis berkenaan. Entah kenapa segera itu juga saya digodam bimbang sekiranya benar bekas ketua polis yang satu ini benar akan menyertai Pas.

Entah kenapa juga saya rasa ini perkembangan cukup membimbangkan. Tidak seperti biasa kalau ada mana-mana tokoh baik dari Umno maupun pegawai kerajaan ingin menyertai Pas, saya merasa lega dan ia dianggap memberi suntikan semangat kepada Pas. Tetapi yang ini agak berlainan sedikit, hati saya rasa kurang selesa.

Selepas mendapat berita itu saya terus cuba merisik apakah pihak Pas sudah mendapat tahu akan hal ini. Apakah ianya sudah sampai keperingkat dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Harian Pas, ataupun ia hanya diketahui orang-orang tertentu sahaja.

Adalah malang sekali kalau penerimaan atau pun rancangan hendak membawa masuk bekas ketua polis ini tidak dibincang selumatnya dalam Dewan Harian Pas. Perkara besar begini elok dibincang secara menghalusi di dalam Pas dan tenguk baik dan buruknya serta kaji apakah tujuan dan maksudnya. Saya bimbang kalau rancangan itu tadi diterima secara mudah ia akan menyusahkan Pas.

Seseorang yang menganggotai pasukan polis sudah dilatih dengan berbagai ilmu dan juga tektik. Mereka diajar ilmu bagaimana hendak memecahkan sesuatu kumpulan atau pun melagakan di antara dua pihak agak bergaduh sesama sendiri. Natijahnya mahu melihat puak atau oragnisasi itu runtuh dan punah.

Dalam hal ini saya bukan prejusi atau busuk hati kalau niat kemasukan itu baik. Tetapi kalau ia adalah agenda dan nawaitu buruk, biarlah rancangan ini gagal. Kalaupun Pas ingin mendapatkan bekas ketua polis itu biarlah selepas selesai pilihan raya. Dan kalau beliau ikhlas dia benar-benar ikhlas untuk sertai Pas biarlah selepas pilihan raya.

Gambar pondok tol ajaib di tahun 2013

Biaqpila 
SHAH ALAM, 10 OGOS 2013: Orang ramai yang melalui sebuah plaza tol di sini hari ini gempar apabila mendapati terdapat dua pondok tol yang berbeza. Satu pondok tol percuma dan satu lagi berbayar. Semua kenderaan berpusu-pusu memasuki lorong percuma selepas ianya mulai dibuka sejak tengah malam tadi sehinggalah berlaku kekecohan awal pagi tadi.

Pihak bomba terpaksa bergegas ke tempat kejadian kerana terdapat sekumpulan pemuda umngok cuba menghalang kenderaan daripada melalui lorong percuma.Mereka membantah pembukaan lorong percuma kerana mendakwa negara akan bankrap.

Bagaimanapun usaha mereka gagal menyekat kemaraan kenderaan yang bertali-arus menggunakan lorong percuma tersebut.Yang paling memalukan,kumpulan pemuda umngok ini juga menggunakan lorong percuma ketika mereka hendak pulang selepas selesai berdemo...kah!kah!kah! baiqpila apa ada hal!

Ahli perniagaan wanita didakwa bunuh suami, model

Seorang ahli perniagaan wanita hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang atas tuduhan membunuh suaminya dan seorang model sambilan, bulan lepas.

Yau Chooi Thin, 29, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap suaminya Leong Kian Sheong, 37, seorang pengusaha kedai tayar dan Vivien Wong, 20, yang juga seorang pelajar, bersama-sama dua orang yang masih bebas dan empat orang yang telah dituduh di No. 1 Jalan SP6/3, Taman Segar Perdana, Batu 9, Cheras, antara jam 6.10 pagi hingga 6.45 pagi 13 September lalu.

Bagi kesalahan itu, Yau didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Aina Azahra Arifin menetapkan 5 Disember untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R.Siamala, manakala Yau diwakili peguam Geethan Ram Vincent.
-Bernama-

Desak k’jaan jawab RM40 juta wang seludup untuk Umno Sabah

Mohd Martin Kahar
KUALA LUMPUR 12 Okt: Menteri Hal Ehwal Undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui RM40 juta wang seludup melalui Hong Kong yang dipercayai diberi seorang ahli perniagaan adalah untuk Umno Sabah tetapi menafikan ia milik Tan Sri Musa Aman.

“Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian ketua menteri,” kata Nazri dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Ekoran itu, Tian mendesak kerajaan menjelaskan tujuan ahli perniagaan, Michael Chia memberikan RM40 juta tersebut kepada Umno Sabah.

Ia ekoran tidak berpuas hati dengan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengenai pendirian Peguam Negara terhadap skandal itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai melakukan siasataan.

Katanya, penjelasan perlu kerana kemungkinan besar wujud penyelewengan dan aktiviti penggubahan wang haram oleh mereka yang terbabit.

“Kita ingin tahu adakah sumbangan ini tidak melanggar undang-undang dan tiada rasuah. Apa tujuan seorang ahli perniagaan beri sumbangan kepada Badan Perhubungan Umno Sabah?

“Mengapa wang ini dibawa ke Hong Kong?” soal Tian lagi pada sidang media di lobi Parlimen.

Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat menghala ke Kuala Lumpur.

Wang itu dikatakan mempunyai hubungkait dengan lesen pembalakan di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik Barisan Nasional di negeri itu.

Nazri dalam jawapan bertulisnya semalam mengatakan Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbang keterangan yang dikemuka SPRM dan memutuskan tiada elemen rasuah.

Nazri mendakwa, Jabatan Peguam Negara mengesahkan dana tersebut adalah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah, dan bukan untuk kegunaan persendirian Ketua Menteri.

Mengulas lanjut, Tian membayangkan ada konspirasi antara Jabatan Peguam Negara, SPRM dan Umno BN untuk menutup skandal tersebut.

“Ini adalah kali pertama SPRM dan Jabatan Peguam Negara mengakui wang ini adalah wang Umno Sabah,” katanya.

Najib, Mahathir hipokrit, sembunyi jumpa Soros

Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR 12 Okt: Tun Dr Mahathir Mohamad dan Najib Razak hipokrit menyalak kononnya George Soros musuh yang cuba memporak-perandakan negara dan mengaitkan spekulator mata wang itu dengan Pembangkang, tetapi dalam masa sama bertemu untuk meminta bantuan, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

“Sekarang sudah terdedah topeng kedua-dua mereka. Di satu sisi mereka memainkan sentimen kononnya Soros musuh luar yang cuba huru harakan negara.

“Dalam masa sama mereka sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan Soros yang turut dijalin bersama pemimpin Umno lain.

“Kemudian dia tuduh kita (Pakatan Rakyat) pula. Sedangkan Najib dan Soros secara sembunyi-sembunyi bertemu,” kata Setiausaha Agung KEADILAN itu ketika dihubungi.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah minggu lalu mendedahkan pertemuan antara Perdana Menteri dengan Soros di sebuah hotel mewah, Hotel Plaza di Manhattan, New York 27 September 2010.

Saifuddin turut menempelak pertemuan pemimpin Umno dengan agen Yahudi.
“Dalam episod boneka asing, Dr Mahathir sendiri membayar jutaan ringgit kepada pelobi Yahudi, Jack Abramoff hanya untuk bertemu Presiden Amerika.

“Terbaru Dr Mahathir mengatakan Soros akan melantik Perdana Menteri boneka, walhal beliau sendiri pernah menulis tiga pucuk surat kepada tiga Perdana Menteri Israel yang berbeza,” katanya.

“Beberapa tahun sebelum itu, Menteri Luar, (ketika itu) Datuk Seri Syed Hamid Albar turut bertemu David Levy (Menteri Luar Israel),” kata Saifuddin.

Perkara itu merujuk pertemuan kedua-dua pemimpin itu pada Ogos 1999 semasa Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) bagi membincangkan pungutan dana untuk Umno dalam persediaannya menghadapi pilihan raya umum ke-10.

“Pendedahan terbaru ini akan menyebabkan rakyat lebih kenal wajah pemimpin Umno yang bermuka-muka,” tegas Ahli Parlimen Machang itu lagi.

Sementara itu, Naib Presiden, Tian Chua mendedahkan pertemuan sulit tersebut adalah untuk meyakinkan Soros bahawa Najib seorang yang mengambil pendekatan sederhana dalam pentadbiran.

“Kononnya negara (Malaysia) diancam kumpulan ekstrim dan (Najib) nak dapatkan sokongan (Soros). Adakah Utusan (Malaysia) dan media arus perdana diberitahu? Kemudian beranikah media ini menyerang mereka?” soal Tian.

“Mereka serang orang lain kononnya pengkhianat. Mereka menuduh orang lain tanpa asas. Sedangkan Dr Mahathir dan Najib menipu untuk mengekalkan kuasa,” tegas Ahli Parlimen Batu itu.

Kumpulan siswa Islam tuntut PAS gantung keahlian Nasha

Kumpulan mahasiswa Islam mendesak Majlis Syura PAS mengheret bekas timbalan presiden parti itu Nasharuddin Mat Isa ke tribunal hisbah kerana kenyataannya tentang kemenangan Islam sebelum ini.

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Syis Abdul Kadir mendakwa, kenyataan Nasharuddin bahawa "kemenangan Islam tak pernah dibantu orang kafir" mencemarkan nama Islam dan memberi tanggapan buruk kepada kepimpinan Islam.

"Tegasnya saya mendesak agar Majlis Syura PAS membawa Nasharuddin ke tribunal hisbah di atas kesalahan yang dilakukan serta memberi hukuman sekurang-kurangnya digantung keahlian PAS.

"Ini adalah demi menjaga keharmonian dan imej Islam," katanya.

Persatuan yang dekat dengan pembangkang itu juga berhujah, terdapat banyak kerjasama politik dan perkongsian kuasa dalam sirah yang membina kemenangan Islam, seperti konsep himayah, peristiwa hilful fudhul dan pembukaan kota Madinah,

"Apakah beliau benar-benar tidak menyoroti sirah Rasulullah SAW serta peranan dan keperluan tahaaluf siyasi (kerjasama politik) atau buat-buat jahil?" soal Syis.

Nasharuddin pada 9 Oktober lalu berlata seorang pemimpin parti itu pernah memberitahunya bahawa kemenangan Islam tidak pernah dibantu oleh orang kafir tetapi hanya oleh umat itu sendiri.
Dalam pembentangan di majlis wacana di Kuala Lumpur, Nasharuddin membangkitkan persoalan sama ada bukan Islam kini berbaik dengan umat Islam "untuk kesenangan bersama (marriage of convenience) dalam langkah percaturan politik singkat semata-mata untuk meraih sokongan di peti undi".

Akhlak pemimpin Islam
Dalam sidang media selepas itu, Nasharuddin juga berkata, beliau bersedia sekiranya dikenakan tindakan disiplin mengenai kenyataannya berhubung kerjasama antara PAS dan DAP.

Dalam kenyataannya hari ini, Syis juga berkata, secara realitinya, PAS perlu konsisten dengan kerjasama bersama PKR dan DAP untuk memastikan misi ke Putrajaya bukan sekadar polemik politik.

"Tidak cukup dengan penganjuran jelajah dan himpunan, namun apa yang lebih penting ialah memastikan tiada dalam kalangan kepimpinan PAS yang masih berfikiran kuno seperti Nasharuddin Mat Isa," katanya.

Beliau juga mempersoalkan kenyataan Nasharuddin berhubung isu 'doa Kristian' sebelum ini apabila membuat tuduhan tanpa bukti - tindakan yang didakwa mencemarkan imej Islam.
"Ia mencemar imej Islam apabila bekas kepimpinan tertinggi dan Majlis Syura gerakan Islam utama di Malaysia yang berkelakuan sedemikian.

"Apakah fitnah dan pecah belah itu akhlak seorang pemimpin Islam?" soalnya.

Nasharuddin sebelum ini mendakwa, satu majlis kesyukuran di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian" sempena meraikan kemenangan DAP selepas pilihan raya negeri.
DAP Sarawak bagaimanpun menafikannya dan mendakwa tuduhan itu berniat jahat dan tidak bertanggungjawab.

Penduduk saman Syabas RM2.5 juta

Selangorku
SHAH ALAM: Seorang penduduk Kampung Kerdas, Gombak memfailkan saman terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kerana didakwa gagal menyediakan perkhidmatan air terbaik kepada kediamannya sejak empat tahun lalu.

Plaintif, Hashim Maon yang memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga menuntut ganti rugi sejumlah RM2.5 juta daripada Syabas kerana menuduhnya sebagai ‘pencuri air’.

Hashim memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 September lalu melalui syarikat guaman Roland and Co.

Menurutnya, tuntutan itu dibuat berasaskan kecuaian dan kegagalan defendan melaksanakan tanggungjawab dan tugas membekalkan air kepada pengguna.

Kecuaian tersebut kata plaintif, bertentangan dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 53, 54, 57 dan 58 Akta Perlindungan Pengguna 1999 serta Seksyen 40 dan 41 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi khas dan am, faedah, kos dan relif yang difikirkan perlu.

“Saman itu akan didengar di depan hakim pada 15 Oktober depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Saya saman fitnah kepada defendan sebanyak RM2 juta tidak termasuk tuntutan khas seperti tuntutan ganti rugi dan kos-kos lain yang jumlah keseluruhannya kia-kira RM 2.5 juta,” katanya.

Sebelum ini, Hashim mendakwa dia dan keluarga berdepan tekanan air rendah. Sebaliknya air yang dibekalkan Syabas kepada kediamannya juga tidak bersih kerana paip saluran yang digunakan sudah lama, berkarat dan perlu diganti.

Perkara itu berulang kali diajukan kepada Syabas, namun mereka menyatakan kerja-kerja pembaikan tidak dapat dilakukan akibat kekangan kewangan Syabas.

Ekoran itu, beliau mengambil inisiatif sendiri melakukan penyambungan baru di luar bagi memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan ke rumahnya.

Tetapi tindakan itu menyebabkan Syabas menuduhnya sebagai pencuri.

Beliau berkata, tekanan air di rumahnya kini bertambah baik selepas campur tangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) yang mengarahkan Syabas membuat sambungan baru daripada paip utama kepada meter air di kediamannya.

Namun begitu katanya, tuntutan saman akan tetap diteruskan kerana Syabas telah memfitnah beliau sekeluarga sehingga merosakkan reputasi mereka.

Rugi tidak berdakwah di pentas PAS - Aishah

Aslani M
KOTA BHARU: Personaliti yang berhijrah, Wan Aishah Wan Ariffin meluahkan rasa rugi sekiranya tidak menggunakan peluang untuk berdakwah di pentas PAS bagi mendekatkan masyarakat dengan agama.

“Ada orang tanya kepada saya mengapa tidak berdakwah sahaja dan bukan terbabit dalam politik kalau betul-betul hendak menjadi pendakwah.

“Saya beritahu kalau berdakwah sahaja tanpa ada kuasa politik tentunya suruhan agama tidak dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Jadi tidak salah PAS menggunakan artis yang berhijrah untuk menarik minat orang ramai yang berbagai. Saya juga guna bakat dan kebolehan yang ada untuk menarik masyarakat datang mendengar ceramah," katanya pada ceramah di Dataran Safa Marwah di sini malam tadi.

Program anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri itu turut dihadiri Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, Naib Ketua, Mumtaz Mohd Nawi, Ketua Muslimat Kota Bharu, Rohani Ibrahim dan Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Azariza Mohd Alawi.

Sebahagian besar yang memenuhi dataran yang menjadi tempar parkir bas pelancong adalah kalangan muslimat. Esok Aishah dijangka hadir pada program tertutup hanya untuk muslimat di Dewan Jubli Perak MPKB BRI.

Sekali sekala kedengaran sorakan anak muda yang asyik menonton perlawanan bola sepak separuh akhir kedua Piala Malaysia antara ATM dan Lions di kedai berdekatan.

Wan Aishah yang susur galur sebelah nenek lelaki yang berasal dari Bunut Payong Kota Bharu memberitahu sejak terbabit dengan PAS, beliau terus dihalang mencari rezeki seperti dilakukan sebelum ini biar pun ada kelayakan.

“Seolah-olah mereka bertanya sekarang awak sokong pihak mana dan bukannya memberi pertimbangan kepada kelayakan yang ada pada seseorang.

“Saya percaya orang Melayu kekal tidak berubah biar pun negara sudah 55 tahun merdeka selagi masih diberi peluang Umno menerajui negara. Jadi sekarang kita perlu lakukan perubahan segera,” katanya.

Siti Zailah yang juga anggota parlimen Rantau Panjang melahirkan rasa bimbang apabila kerajaan Malaysia membenarkan kapal pengangkut ketenteraan Amerika Syarikat dibenarkan berlabuh di Pelabuhan Klang.

Katanya, kemungkinan boleh berlaku sesuatu yang menjadi rahsia cuba disembunyikan kerajaan Malaysia ketika melihat gelombang kebangkitan rakyat sekarang.

Tim menteri: Serangan pada Soros berpotensi 'makan diri'

Ahmad Fadli KC
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berpandangan bahawa serangan yang kini dijalankan BN ke atas George Soros, berpotensi 'memakan diri sendiri' kelak.

Atas dasar itulah, katanya, beliau tidak gemar menyerang Soros mahupun NGO Suaram yang didakwa sebagai penerima dana daripada badan yang didakwa mempunyai kaitan dengan jutawan tersebut.

"Kalau kita tunjuk keburukan produk orang lain kita tak boleh kawal kualitinya sedangkan mereka boleh kawal (kualiti) produk mereka," kata Saifuddin yang juga ahli majlis tertinggi Umno.

"Bagaimana jika Soros yang (hari ini) kita hentam esok lusa dia buat kenyataan yang sesuai dengan kita.

"Sebab itu saya tak begitu berminat menghentam Soros atau menghentam Suaram," katanya kepada Malaysiakini.

Soros, seorang peniaga mata wang kontroversi dan seorang dermawan, dipersalahkan sebagai punca konflik kewangan yang melanda Malaysia semasa krisis ekonomi tahun 1997-98, dan baru-baru ini, didakwa pula mahu menjatuhkan BN dengan membiayai NGO antikerajaan.

Sejak beberapa minggu lalu, sekumpulan penulis blog prokerajaan dan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, mengecam NGO, termasuk badan hak asasi manusia, Suaram dan gerakan reformasi pilihan raya, BERSIH, kerana menerima pembiayaan daripada Open Society Foundation Soros.

Malaysiakini juga, turut menjadi sasaran ekoran hubungannya dengan MDLF, sebuah dana pelaburan yang memiliki 29 peratus kepentingan dalam portal berita bebas itu. MDLF mengumpulkan modal dari bank, kerajaan dan agensi-agensi pembiayaan, yang termasuk yayasan Soros.

Pada hari Ahad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut sama menuduh Malaysiakini bersekongkol dengan Soros untuk perubahan rejim bagi "meletakkan calonnya sebagai perdana menteri dan menteri-menteri dalam kerajaan Malaysia".

"Pandangan saya tentang Soros ialah dia masih seorang penyangak mata wang dan dia sebatikan kejahatan ini dengan menggunakan wang untuk meletakkan orang sepertinya untuk memerintah negara-negara yang disasarnya. Dan Malaysia jelas salah satu sasarannya," tulis Dr Mahathir dalam New Straits Times.

Dengan menyambungkan dua titik berbeza, Mahathir membuat kesimpulan liar bahawa "satu undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros."

Dalam keriuhan isu tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula dilaporkan bertemu Soros secara diam-diam di New York, dua tahun lalu.

Ia pertama kali didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa dalam program debat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim.

Mengulas perkara itu, Saifuddin menyifatkan berita itu sebagai bukti tindakan mempromosikan BN lebih baik daripada menyerang Pakatan.

"Itulah yang saya kata tadi. Saya tahu ini dekat pilihan raya dan kita harus berkempen mendapatkan sokongan rakyat tetapi saya lebih suka untuk bercerita tentang nilai-nilai yang kita nak bawa daripada BN daripada menghentam orang lain.

"Kalau betul Datuk Najib bertemu Soros kita akan tunggulah apa sebenarnya yang berlaku dalam pertemuan itu," katanya.
-malaysiakini-

Mat Sabu: Himpunan Kebangkitan Rakyat 3 Nov ditunda

Jamilah Kamarudin
KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan berlangsung pada 3 November depan di Stadium Nasional Bukit Jalil ditangguhkan bagi memberi laluan kepada perlawanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2012.

Timbalan Presiden PAS Mohd Sabu berkata, bagaimanapun Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengadakan pelancaran himpunan itu pada tarikh yang sama di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Negeri Sembilan.

“Himpunan kebangkitan rakyat ditangguhkan kerana pada waktu itu stadium digunakan untuk Piala Suzuki.

“Maka kami akan mohon untuk anjurkan semula Himpunan Kebangkitan Rakyat di Bukit Jalil pada tarikh 12 atau 19 Januari tahun depan.

“Kami harap dapat kerjasama semua pihak termasuk penyelenggara stadium menghormati permintaan ini selaras dengan saranan kerajaan supaya diadakan himpunan di stadium berbanding di jalanan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

50, 000 peserta

Mat Sabu berkata, pihaknya mensasarkan sekurang-kurangnya 50,000 peserta membanjiri Padang MPS dengan berpakaian sama ada warna kuning yang melambangkan perjuangan Bersih, manakala hijau mewakili alam sekitar, merah (tuntutan royalti minyak petroleum ‘R’), atau oren (perjuangan Anak dan Felda).

Bakal dihadiri pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, beliau berkata pelancaran himpunan itu masih mengekalkan tujuan utamanya iaitu menyokong tuntutan lapan perkara yang sebelum ini dituntut bagi menambah baik sistem pilihan raya, bermula 4 petang sehingga 12 tengah malam.

Sementara itu Pengerusi DAP Negeri Sembilan Anthony Loke Siew Fook berkata pihaknya kini sedang berusaha mendapatkan kebenaran daripada MPS dengan jaminan ianya satu himpunan yang aman.

“Kita harap MPS tak halang kami daripada menggunakan padang itu,” katanya.

Hutang TALAM.. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO.. bacalah!!

AnakSgDerhaka 
Tahukah anda bahawa ketika UMNO/BNmenguasai pentadbiran kerajaan negeri Selangor, tiga kali mereka telah cuba untuk memungut hutang dari Talam Corp tetapi gagal.

Cubaan tersebut telah dilakukan pada tahun 2005, 2007 dan 2008.. kenapa agaknya?
Setelah tampuk pemerintahan bertukar ke Pakatan Rakyat.. di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor RM392 Juta hutang tersebut berjaya dikutip..

Apa yang tersirat disebalik ini ialah bagi UMNO/BN apa yang dipinjamkan kepada TALAM itu bukanlah wang milik mereka jadi tak dibayar semula pun tak apa... asal kroni kaya itu sudah membahagiakan mereka..

Berikut adalah jawapan kepada 6 persoalan utama yang timbul tentang hutang TALAM.. sila klik pada image untuk paparan yang lebih jelas..
Oleh itu jangan biarkan keluarga, sahabat dan sesiapa saja yang anda kenali dari terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO...SEBARKAN!!
sungaiderhaka.blogspot.com

Suaram ditikam kerana heret skandal Scorpene ke Perancis, Najib "gabra"


Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menjadi mangsa licik mainan politik pemimpin Umno-BN ekoran keberanian NGO itu mendedahkan isu rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan pemimpin tertinggi dalam negara

Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel tekanan terhadap Suaram dengan skandal berkenaan kepada AHMAD LUTFI OTHMAN dan NYZA AYOB dalam wawancara ekslusif di Pejabat Editorial Harakah, 22 September lalu. Bahagian pertama daripada dua bahagian.

WARTAWAN Apa di sebalik kontroversi melibatkan Suaram sekarang?

CYNTHIA GABRIEL: Kontroversi terbaru yang melibatkan Suaram bermula hujang Julai lalu. Kami yakin kaitan isu rasuah dan Scorpene itu adalah perkara utama yang menyebabkan kerajaan Malaysia menggunakan agensi-agensi yang berlainan untuk cuba membuat siasatan ke atas Suaram dalam cara yang penuh... timingnya ada banyak koordinasi. Nampak macam Suaram diburu, diserang... semuanya pada masa yang sama. Kita banyak diberikan 'publisiti' dalam Buletin Utama TV3. Sebelum TV3 pick up on the issue, banyak website Umno, Umno punya cyber trooper telah menyerang individu dan pemimpin dalam Suaram.
Mereka cuba menunjukkan kita semua ini ada kaitan dengan parti politik. Timing dia penting sebab bila kita ada satu fund raising makan malam untuk isu Scorpene pada bulan Jun, kita telah pun memberitahu orang ramai bahawa kes itu suah pun diberikan priority di Perancis dan dinaikkan kepada mahkamah yang lebih tinggi. Dan dua hakim telah pun dilantik untuk menyiasat kes Scorpene dan rasuah yang mungkin melibatkan pegawai Perancis dan pegawai Malaysia yang terlibat dalam kontrak yang ditanda tangan pada masa itu.

Mengapa blogger Umno ini bekerja keras untuk mengaitkan Suaram dengan pembangkang?

Selepas itu kita dapat blogger Umno yang sangat aktif yang cuba mengaitkan Suaram dengan KeADILan. Sebab dulu ada beberapa pemimpin Suaram yang meninggalkan aktiviti NGO dan memasuki parti politik. Main people adalah Tian Chua, Sivarasa dan Elizabeth Wong. Kua Kia Soong salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Suaram. Dulu dia Ahli Parlimen Petaling Jaya di bawah DAP. Mereka mengaitkan Tian Chua, Sivarasa dan Elizabeth Wong untuk menggambarkan KeADILan ini ada kaitan secara langsung dengan Suaram dan ada pengaruh yang cukup besar daripada segi mempengaruhi agenda Suaram. Juga Dr Kua sebagai Ahli Parlimen daripada DAP sebelum ini.

Jadi, mereka cuba putar cerita seperti itu...

Kemudian ada satu lagi laman web yang mengeluarkan "who are Suaram.com?". Dia beli ruang pengiklanan untuk pamerkan "who are Suaram?". Jadi dia letak main people of Suaram. Daripada dulu semasa Suaram bermula ketika Operasi Lalang, pemimpin-pemimpin yang dahulu sampai sekarang... Semua ini ada kaitan dengan agenda politik pembangkang. Ia hendak kaitkan pemimpin Suaram yang telah masuk politik dan pemimpin lama seperti saya yang bukan ahli politik tetapi memang dipengaruhi oleh agenda pembangkang.
Mereka buat berlainan jenis, dengan menyatakan Suaram is a tool of opposition... alat bagi pembangkang. Saya rasa hanya PAS yang mereka tidak kaitkan dengan Suaram. Sebab mungkin kerana imej kita, bercakap bahasa Inggeris. Jadi mereka cuba kaitkan dengan KeADILan dan DAP. Itu yang pertama sekali. Kemudian TV3 cuba memanipulasikan isu.

Maksudnya TV3 memainkan peranan utama memangsakan Suaram?

Kita tengok Buletin Utama TV3 selalu menyiarkan suspek-suspek yang biasa ditonjolkan iaitu pihak yang sudah meninggalkan KeADILan seperti Zahrain Yassin, N. Gobalakrishnan, Ezam Mohd Noor dan Eng Lam Yong. Mereka diberi ruang dalam Buletin Utama untuk mempersoalkan kita punya ketelusan dalam membawa kes Scorpene di Mahkamah Perancis.
Apakah agenda kita, siapa yang bagi sokongan kepada kita? Siapa pemimpin dalam Suaram? Dan ada satu kumpulan GMM. Saya rasa namanya Azimudin yang selalu keluar TV3. Sebenarnya saya ada berjumpa dengannya sebelum ini, semasa zaman reformasi. Kenal-kenal dan kemudian dia hilang. Dia yang minta supaya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk siasat isu Suaram. Kenapa Suaram didaftarkan di bawah syarikat dan bukan di bawah akta persatuan?

Macam mana kontroversi ini menjadi lebih besar dan pihak kerajaan mula berminat...

Kontroversi itu menjadi lebih besar sebab SSM telah datang ke Pejabat Suaram. Sangat cepat, tiba-tiba saja. Selepas dua hari... SSM tiba di Pejabat Suaram. Dia nak serbu, nak cari dokumen dan nak tengok semua aktiviti yang berlaku di Suaram. Tetapi dia tidak mengikut prosedur, tidak membawa waran sebelum masuk ke premis persendirian. Jadi, kita berjaya hantar mereka balik. Tetapi selepas dua ke tiga hari, dia datang sekali lagi dengan waran. Dia ambil semua akaun kita.
Dia juga berjumpa setiausaha syarikat dan juga pejabat juru audit. Setiap tahun kita pastikan akaun kita diaudit dengan betul, telus dan tidak ada masalah. Dia membuat salinan untuk siasat. Untuk beberapa minggu tidak ada maklum balas. Sebab saya fikir mereka tidak boleh cari apa yang salah. Selepas itu GMM muncul kembali di TV3 dan menyatakan kalau pendaftar SMM takut nak buat keputusan dan dia sepatutnya letak jawatan, orang lain boleh ambil alih. Selepas itu pendaftar SMM menjadi lebih garang. Dia mengatakan 'penyiasatan' kami ini masih berterusan. Dan dia notis isu yang baru kepada Suaram untuk pergi ke SSM. Dia soal siasat.

Kes ini juga melibatkan campur tangan menteri?

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kepenggunaan, Dato' Ismail Sabri juga masuk campur. Apabila dia masuk campur, kita rasakan ini perkara serius. Jika mengikut Akta Syarikat 1965, menteri hanya masuk campur bila dia hendak tutup pendaftaran syarikat itu. Jadi, agendanya memang sudah jelas. Apa peranan dia? Apa yang dia hendak lakukan? Dia menjadi jurucakap bagi pendaftar SSM. Apabila dokumen tersebut dihantar ke Pejabat Peguam Negara, dokumen tersebut dihantar balik sebab Pejabat Peguam Negara kata dokumen belum lengkap.
Ia agak pelik apabila Pejabat Peguam Negara akan memalukan satu agensi kerajaan seperti itu. Isu pokok adalah dia cuba cari kesalahan kita menguruskan Suaram sebagai satu persatuan bukannya syarikat. Kami berdaftar sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dan beroperasi seperti persatuan. Kami mempunyai fungsi-fungsi seperti persatuan dan kami mempunyai sukarelawan. Kita dah bagi tahu dalam kenyataan akhbar bahawa ramai NGO yang menggunakan akta syarikat sebab Akta Berpersatuan di Malaysia adalah satu akta yang penuh kesukaran dan banyak halangan untuk mendaftar sebagai persatuan terutama kalau kita buat kerja hak asasi manusia.

Suaram pernah mendaftar di bawah ROS?

Ya, pernah. Dan kita diberitahu bahawa nama Suaram itu tidak boleh digunakan sebab disenarai hitam. Tetapi ianya pada 2002. Selepas itu kita daftar sebagai syarikat sendirian berhad. Tetapi sebagai syarikat tidak berasaskan keuntungan. Ini kerana kita tidak mempunyai baki dalam akaun. Jika kita mempunyai baki, dana yang masuk daripada individu atau yayasan, kita tidak boleh habiskan dalam tempoh setahun, kita kena kembalikan baki tersebut.
Jadi, dalam akaun audit, kita tidak mempunyai simpanan. Apabila peguam-peguam Suaram mengkaji memorandum, sebenarnya tidak ada banyak yang salah. Semua itu kita ikut. Tetapi dalam bahasanya 'good governance, public education'. Perkataan Suaram itu tidak dibenarkan. Itu yang penting untuk kita ketengahkan pada masa ini.

Mengapa kerajaan dakwa Suaram pertubuhan haram?

Apa yang kerajaan cuba lakukan, dia cuba pisahkan Suara Inisiatif yang merupakan pendaftaran kami dengan Suaram yang ramai orang kenali. Kerajaan kata Suara Inisiatif itu yang mengikut undang-undang, Suaram itu satu badan yang tidak sah. Ini adalah karut apabila mengatakan kami NGO haram. Apabila kami ke Suhakam buat aduan, mereka mengatakan sebenarnya Suhakam juga 'haram' sebab Suhakam didaftarkan sebagai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. Tapi ramai orang mengenali dan memanggil dengan Suhakam. Menggunakan analogi itu, kita ada Malayan Banking Berhad tapi orang panggil bank itu sebagai Maybank. Jadi apa kesalahan Suaram?

ROC juga menolak penggunaan nama Suaram?

Ya, bukan hanya ROS. Alasannya tidak dibenarkan, Suaram antara perkataan yang tidak dibenarkan. Sepatutnya ia menjadi Suaram Inisiatif tapi kami tanggalkan huruf "M" itu dan menjadi Suara Inisiatif. Itu yang menjadi kontroversi kerana mereka cuba pisahkan pendaftaran sebenar dengan nama yang ramai orang kenali organisasi tersebut.
Daripada segi hak asasi manusia, ramai kumpulan hak asasi manusia dan NGO lain juga menghadapi masalah yang sama. Memang sedikit yang dapat daftar. Terutama pada era Dr Mahathir Mohamad. Pada masa itu dia tidak ada simpati dan terbuka untuk menerima pendaftaran NGO. Masa 80-an dan 90an. Suaram muncul sewaktu regim Mahathir. Tetapi badan antarabangsa seperti Amnesty International, mereka cuba membawa masalah ini dalam isu kebebasan berpersatuan.
Amnesty International di Malaysia ini juga ditendang lima kali daripada pendaftaran persatuan. Mereka pun tidak ada pilihan dan mendaftar di bawah syarikat juga. Isu yang lain ialah hak rakyat untuk bersatu. Uniionpun ada satu lagi isu. Ada masalah jadi unionnasional. Kalau in houseuniion boleh tapi kalau kita hendak satukan semua menjadi nasional, ia menjadi masalah kepada kerajaan. Saya fikir ini menunjukkan perasaan tidak selamat kerajaan Umno-BN. Mereka takut kalau rakyat bersatu dengan mudah mereka akan menempuh banyak rintangan sebab kuasa rakyat menjadi lebih besar.

Selain itu, apakah isu dana juga menjadi isu utama dalam mengaramkan Suaram?

Isu yang cuba mereka besarkan ialah mengenai dana. Dalam NST yang terbaru mereka cuba memperbesarkan, bukan sahaja Suaram tapi mereka juga menamakan CIJ (Centre for Independence Journalism), Loyar Buruk (kumpulan peguam), Lawyers for Liberty, Malaysiakini... semua ini mendapat foreign funding (dana asing). Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN), Hishamuddin Husein menyatakan dana asing ini memang akan menyahstabil negara.
Jadi, kita memang hentam langkah ini sebab mereka cuba tonjolkan kita NGO yang ada agenda barat. Sebenarnya bila kita lihat, kerajaan Malaysia pun memberi dana kepada NGO di Timur Tengah, Palestin, Myanmar, Rohingya, Bosnia, Sri Langka dan Acheh. Dan kerajaan kita pun menjadi penderma untuk kes khas. Jadi apa salahnya dengan dana asing. Jika kita tengok dalam gambaran yang lebih besar, isu dana asing ini menjadi isu global sebab ada beberapa buah negara memang tidak cukup dana untuk menguruskan pentadbiran untuk rakyat mereka. Jadi, dana asing itu datangnya daripada negara yang lebih kaya.

Adakah mengaitkan Suaram dengan dana asing akan menarik simpati rakyta kepada Kerajaan BN?

Kalau Malaysia memang benar-benar tidak suka dana asing, ekonominya tidak akan bergantung kepada foreign direct investment. Sebab itu adalah satu lagi bentuk dana asing. Jadi, apa mereka kata ini? Tapi mereka ini sangat cerdik. Mereka gunakan TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian untuk menunjukkan salah satu pemberi dana memang George Soros. Dan dulu George Soros really bad guy. Dan Soros ini, saya rasa terutamanya Muslim mereka melihat Soros ini sebagai orang Yahudi yang ada agenda menyahstabil negara Islam dan dia bertanggung jawab semasa spekulasi krisis mata wang di rantau Asia.
Kalau George Soros bagi Suaram RM 60,000 atau RM 100,000. Bagaimana duit yang kecil ini boleh menyahstabil kerajaan? Cara mereka menggambarkan itu, saya yakin akan mengelirukan rakyat terutama Muslim. Mereka mungkin akan mengatakan, apa ni? Ini orang Yahudi. Tetapi, apabila kita menerima dana daripada mana-mana, sama ada dana asing atau tempatan, mereka tidak boleh mengganggu aktiviti kita. Dan ada beberapa kali kita sudah memimpin demonstrasi anti perang di depan Kedutaan Amerika Syarikat, isu Israel dan Palestin. Dan banyak kali kita mengadakan demonstrasi bersama-sama. Jadi, kami Suaram amat jelas mengenai hak asasi manusia.

Berapa jumlah yang dikatakan dana asing itu diberi kepada Suaram?

Sangat kecil. Setiap tahun, sekarang ini sudah tahun ke lima. Antara 60,000 ke 70,000 USD, jika duit Malaysia sekitar RM 200,000 setahun. Jadi, anda bagitahu saya dengan jumlah tersebut bagaimana nak menyahstabil negara? Ianya sangat kecil.

Bajet untuk penyelenggaraan Suaram untuk setahun?

Kurang daripada RM setengah juta. Jadi, kita dapat RM 200,000, selebihnya kita dapatkan daripada penyokong tempatan, fund raising dinner dan jual publication. Kedutaan Jerman, Kanada, ada juga memberi sumbangan untuk penulisan laporan hak asasi manusia yang dikendali Suaram. Pembiayaan untuk NGO itu menjadi masalah yang besar dan memang tidak ada pembiayaan daripada sumber-sumber tempatan. Dan kerajaan Malaysia tidak beri sumbangan langsung sedangkan harus ada sumbangan membantu NGO. Tapi Kerajaan Malaysia tidak suka kumpulan yang membuat kerja hak asasi.

Dalam isu ini, Suaram jelas menjadi mangsa politik kerana menyeret skandal rasuah dalam Scorpene ke Mahkamah Perancis...

Suaram memang yakin, kami dimangsakan sebab kami cuba mendedahkan isu rasuah yang melibatkan orang tertinggi dalam negara serta melibatkan Menteri Pertahanan pada masa kapal selam itu dibeli. Sekarang Menteri Pertahanan itu menjadi Perdana Menteri. Saya amat yakin kami memang dimangsakan kerana sebab itu. Di Malaysia biasanya 'the whistle blower' yang mendedahkan itu menjadi mangsa.
Tetapi sekarang, isu rasuah itu tiada siapa yang cuba siasat. Kita sudah pun membuat aduan kepada SPRM dan SSM mengenai Perimekar dan Terasasi tapi tidak ada siasatan ke atas mereka langsung. Wang yang terlibat itu berjumlah berbilion dan beratus juta. Jadi, kenapa mereka tidak siasat mengenai Perimekar yang dimiliki penuh oleh Razak Baginda dan Terasasi, iaitu sebuah syarikat yang ditubuhkan di Hong Kong untuk mendapatkan RM 500 juta.

Boleh saudari terangkan daripada awal mengenai isu ini. Mungkin ada diantara masyarakat kita belum tahu mengenai perkaitan antara Suaram dengan isu Scorpene...

Isu Scorpene timbul apabila Suaram membuat aduan di Mahkamah Perancis pada April 2010. Kami membuat aduan berkenaan wang komisen berjumlah 114.96 euro yang dibayar kepada Perimekar untuk training dan support services. Apabila ahli Parlimen tanya di Dewan Rakyat, wang ini digunakan untuk apa, mereka kata ini digunakan untuk training pegawai-pegawai dalam Angkatan Tentera Laut dan support services. Support services itu tidak diperincikan. Selepas kita monitor dan pantau kes Altantuya Shaaribu yang berlangsung di mahkamah kita, suspek utama Abdul Razak Baginda dibebaskan, dia cepat-cepat ke United Kingdom dan tinggal di sana.
Najib Razak tidak dipanggil ke mahkamah untuk memberi keterangan menjadi saksi. Ada banyak perkara yang ditutup di mahkamah kita. Dan kenapa dua orang yang disabitkan dengan pembunuhan Altantuya itu dan motif mereka tidak diketahui umum. Dalam sesuatu kes pembunuhan, motif itu amat penting tetapi dalam kes Altantuya ini, hakim mengatakan motif itu tidak penting. Mereka hanya memberi hukuman terhadap dua orang pegawai polis tersebut.

Pandangan Tepat Oleh Tuan Ibrahim

Mohd Sayuti Omar
Pandangan balas oleh Ketua Penerangan Pas Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap kenyataan bekas timbalan presiden Pas yang memberi ingatan agar parti itu tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehingga mengenepikan prinsip perjuangan (Islam) adalah tepat dan menjawab persoalan yang mungkin timbul dari cetusan pandangan bekas timbalan presiden Pas itu yang merasakan dia bijak politik dan seorang ahli Pas yang sejati.
Tuan Ibrahim: Tidak pelik.

Kata Tuan Ibrahim ingatan itu bukan pelik dan asing sebab Pas senantiasa mengutamakan perjuangan dari segala-galanya. Saya dapat melihat ini dan merasakan kenyataan itu konkrit kerana kalau Pas tidak meletakkan prinsip parti dihadapan sudah tentu Pas yang kini dipinang, dipujuk dan diprovokasi dengan berbagai-bagai cara oleh Umno agar berbaik dengannya, akan menerima bujukan itu.
Umnop telah mengguakan semua cara sama ada dengan bersikap hendak berbaik-baik dengan Pas atau pun dengan cara terus menunjukkan ego dan memburuk Pas seperti dilakukan Mahathir untuk menarik perhatian Pas. Perlakuan terhadap Pas juga dilakukan dengan menghina Pas kononnya telah meninggalkan prinsip asal kerana berbaik dengan DAP dan PKR.

Tetapi parti itu tetap dengan pendiriannya, mengambil sikap berhati-hati dengan Umno dan ada kalanya prejudis dengan parti bersemangat 'kaumiyah' itu. Pemimpin Pas lain tidak seperti bekas timbalan presiden itu dan beberapa yang lain, yang lebih meletakkan untuk memenuhi nafsu mereka untuk jadi glamour dan merasai keempukan kerusi sebagai menteri.

Ulasan Tuan Ibrahim, Pas memang mengakui berkerjasama dengan PKR dan DAP dalam usaha untuk mendapat kuasa dan ianya merupakah satu 'maslahat' siasah. Kuasa itulah nanti menurutnya membolehkan Pas melaksanakan matlamat perjuangannya.

Orang menganggap dalam hal ini Pas tertipu dengan DAP dan PKR, adalah mereka yang cetek dan pendek akal dalam politik serta tidak berpijak dibumi nyata. Mereka juga tidak pernah membalikkan minda mereka yang mana mungkin juga Pas menipu dan memperdayakan DAP dan PKR? Ini tidak boleh diketepikan sebab Pas juga menerima prinsip politik Machiavelli. Realiti politik hari ini sesiapa baik Pas dan Umno tidak mungkin dapat membentuk kerajaan secara mutlak kerana nisbah pengundi atau kaum yang tidak memberi kelebihan kepada mana-mana pihak.

Orang yang menganggap Pas pandir ataupun Mat Jenin kerana bersimpati dengan Anwar dan menolak Umno sebenarnya merekalah yang pandir dan merasakan dia seperti Mahathir yang serba tahu!

Hal itu juga dipraktikan oleh Umno sejak lama dulu dengan menerima konsep kerjasama dengan Cina menerusi MCA, Gerakan dan dengan India menerusi MIC. Kalau Umno tidak bekerjasama dengan Perikatan yang kemudian bertukar menjadi Barisan Nasional tidak mungkin Umno dapat memerintah hingga lebih separuh abad.

Hanya hari ini setelah jelas orang Cina, India, Dayak, Iban Kadazan Dusun, Murut dan Oang Asli menolaknya baru Umno merasakan dirinya musafir di tengah sahara politik dan baru meminta seteguk air dari Pas. Haha...

Justeru pandangan bekas timbalan presiden Pas itu yang seolah-olah mahu Pas meninggalkan rakan bukan Islam dalam usaha untuk membentuk kuasa adalah dangkal dan tidak berpijak di bumi nyawa. Apakah pandangan beginilah juga boleh dianggap asobiyah seperti mana diterima faham oleh Umno?
Timbalan presiden Pas itu tak ubah seperti budak kecil yang mudah terpengaruh dan gila warna seperti budak kecil belum baligh.

Pada saya perbezaan pegangan dan pandangan politik akhir-akhir ini yang menyamai Umno bukan dibuat atas kesedaran dan falsafah politik sebenarnya sesuai Pas sebagai sebuah badan dakwah, sebaliknya ia dibuat atas perasaan dan angan-angan kalau ada rezeki beliau akan dipergunakan Umno dengan harapan diberikan imbuhan jawatan dan kedudukan. Politik sebegini adalah politik belum baligh.

Saya tidak fikir bekas timbalan presiden Pas itu tidak menyedari hakikat sebenar hal ini kerana sebelum ini dia menerima konsep makasid syariah... menerima persefahaman politik demi kebaikan bersama, bagaimana perubahan pandangan dan pegangan itu berubah selepas beliau tidak lagi menjadi timbalan presiden Pas. Semasa menjadi timbalan presiden Pas dia berpelukan dengan Lim Guan Eng, sementara selepas kalah bertanding presiden baru dia sedar Lim Guan Eng belum memeluk Islam. Sekali lagi ini politik belum baligh atau belum datang haid.

Ini jelas perubahan sikap dan pandangan itu bukan bertolak dari satu kebenaran melainkan kerana atas rasa kecewa dan sakit hati yang mana ada unsur-unsur untuk membalas dendam. Saya tidak boleh menghukum atau untuk menamakan apakah jenis manusia seperti ini. Yang jelasnya orang yang menukar prinsip atas nafsu dan menggunakan warna Islam untuk kepentingan diri lebih busuk dan hanyir daripada orang yang jelas-jelas mengkhinati amanah dan perjanjian yang lari meninggalkan rakan yang memberi simbol dan ruang kepadanya. Menyesalkan lagi sambil lari meninggalkan rakan dia terus memburukkan orang yang memberi budi kepadanya.

Saya juga bersetujuan dengan pandangan Tuan Ibrahim dalam saat menjelang pilihan raya berbagai pihak akan memainkan peranan masing-masing (setelah mendapat upah dan jaminan) berusaha untuk melihatakan Pas tidak sefahaman dengan rakan-rakan pakatan mereka PKR dan DAP. Justeru rakyat umum hendaknya memerhati sebagaik mungkin setiap isu ataupun kenyataan-kenyataan 'gelenger' yang dikeluarkan oleh orang politik tanpa mengira kaum, kelulusan dan parti