"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bapa kejam seterika muka, kemaluan anak perempuan berusia lima tahun

Seorang bapa dari Lagos, Nigeria tergamak melakukan kekerasan dengan menyeterika muka dan kemaluan anak perempuannya yang berusia lima tahun, baru-baru ini.

Semuanya tercetus hanya kerana si anaknya itu membuang air besar di atas lantai sehingga menyebabkan bapanya ‘naik hantu’ melakukan jenayah tersebut.

Suspek, Surakat Idowu bagaimanapun telah berjaya ditahan pihak polis tempatan di negara Afrika tersebut.

Difahamkan, kanak-kanak malang itu tinggal bersama-sama bapanya selepas ibu bercerai lebih tiga tahun lalu.

Jiran yang menyaksikan insiden itu kemudiannya telah mendail talian kecemasan sehingga membawa kepada penahanan Surakat; 45.

Susulan ‘serangan’ itu, budak perempuan itu melecur teruk di bahagian muka sementara kemaluannya membengkak.

Saksi yang menceritakan kejadian itu berkata: “Suspek yang bekerja sebagai mekanik telah menyuruh anaknya membuang tahi beraknya ke dalam mangkuk tandas yang terletak di belakang rumah mereka.

“Namun disebabkan licin, budak itu tertumpahkan tahinya ke atas lantai. Suspek yang berang kemudiannya mengambil seterika dan memukul serta menekap seterika di bahagian muka dan kemaluan mangsa,” jelas saksi.

Kanak-kanak itu kini dirawat di sebuah hospital berdekatan berikutan kecederaan melecur yang dialaminya dan berkemungkinan besar akan dipelihara oleh pihak jabatan kebajikan tempatan selepas ini.

Bapanya pula akan dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat selepas semua bukti berjaya dikumpulkan pihak pendakwa raya.
-kualalumpurpost 

Guru didakwa lakukan kelucahan melampau terhadap murid lelaki berumur 11 tahun

Kuala Lumpur: Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan merangsang murid lelaki berumur 11 tahun untuk melakukan perbuatan kelucahan melampau.

Kamarul Azamin Mohamad, 37, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap murud itu di bilik guru di sebuah sekolah rendah di sini pada 9 pagi, 4 Mei 2016.

Bagi kesalahan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan sama terhadap murid sama di bilik komputer sekolah itu pada 8.45 pagi, 6 Mei 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid membenarkan guru itu diikat jamin RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu dia dilarang mendekati saksi sementara menunggu perbicaraan pada 2 November.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa tidak menawarkan sebarang jaminan dan meminta syarat tambahan supaya tertuduh tidak menganggu saksi.

Peguam, Datuk Taqiyuddin Yahya yang mewakili Kamarul Azamin merayu supaya mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 bagi setiap pertuduhan memandangkan dia memberi kerjasama kepada pihak polis semasa siasatan dilakukan.

Taqiyuddin berkata tertuduh, yang mempunyai dua anak, merupakan guru bertanggungjawab serta suka bergaul dengan murid-muridnya. 
-Bernama

9 Kesan Sampingan Bahaya Makan Buah Durian

Ttranungkite

Durian adalah buah yang lazat tetapi ada segelintir orang yang tidak menyukai durian disebabkan oleh baunya yang menyengat. Isi durian sangat lembut sesuai untuk dipadukan dengan makanan dan minuman. Namun siapa sangka di sebalik kelazatannya, durian boleh menjadi sangat berbahaya bagi kesihatan. Untuk orang tertentu, durian tidak digalakkan untuk dimakan.

Durian buah yang berkhasiat, vitaminnya yang banyak sangat bermanfaat bagi tubuh. Namun di sebalik kelazatan durian menyimpan kesan yang boleh menyebabkan kematian. Malangnya tidak semua masyarakat tahu akan bahaya dan kesan sampingan dari durian.

Durian Menyebabkan Kolesterol Tinggi

Bahaya dan kesan sampingan buah durian yang pertama adalah menyebabkan kolesterol tinggi. Durian mengandungi kolesterol yang sangat tinggi. Bagi orang yang sebelum ini mempunyai riwayat kolesterol sebaiknya jangan mengambil durian secara berlebihan. Memakan durian secara berlebihan boleh menyebabkan kadar kolesterol naik.

Durian Menyebabkan Diabetes

Kandungan glukosa yang tinggi dalam durian boleh memacu kenaikan kadar gula darah, sehingga risiko terkena diabetes semakin besar.
Pesakit diabetes tidak boleh memakan durian secara berlebihan. Kandungan glukosa di dalam durian boleh menaikkan kadar gula darah pesakit diabetes lebih cepat dibandingkan dengan glukosa di dalam gula pasir.

Durian Menyebabkan Kematian Janin

Janin yang ada di dalam kandungan tidak mampu menahan panas yang berlebihan. Jika wanita hamil memakan durian, kesan di perut akan panas. Panas berlebih akan mencetuskan kematian janin. Buat ibu hamil sebaiknya menghindari atau meminimakan pengambilan durian

durian bahaya

Durian Menyebabkan Penyakit Jantung

Penyakit jantung boleh disebabkan oleh pengambilan durian secara berlebihan. Penyakit jantung yang dialami akan lebih buruk dengan pengambilan durian yang berlebihan. Alkohol dan kandungan kolesterol yang tinggi pada buah durian membuat degupan jantung pesakit jantung terpacu lebih cepat lagi..

Durian Menyebabkan Kematian Pada Pesakit Hipertensi (WAJIB INGAT)

Orang yang menghidap tekanan darah tinggi biasanya mempunyai komplikasi dengan penyakit jantung. Kandungan alkohol yang ada di dalam buah durian mampu menaikkan tekanan darah pesakit hipertensi. Tekanan darah naik akan mencetuskan degupan jantung lebih cepat dan diserang penyakit jantung secara mendadak. Tekanan darah seseorang yang sering berada di atas tekanan 200 akan membuat dirinya terdedah terkena penyakit jantung. Jika tekanan darah dan jantung menyerang secara serentak, kesan kematian boleh terjadi padanya.

Menyebabkan Kematian Jika Dicampurkan Dengan Minuman Beralkohol

Kandungan alkohol yang ada di dalam durian akan menyebabkan kematian jika bertemu dengan alkohol dalam minuman keras. Alkohol yang bertemu dengan alkohol akan menghasilkan sulfur atau belerang. Sulfur yang masuk ke dalam tubuh seseorang akan menurunkan metabolisme dan sistem imun seseorang, bahkan jika jumlah sulfur yang masuk ke dalam tubuh sangat banyak akan menyebabkan kematian.

bahaya durian

Masalah Pencernaan Hingga Kematian

Pengambilan durian tidak boleh diiringi dengan minuman seperti kopi dan alkohol. Kopi merupakan minuman pencetus tekanan darah tinggi. Kerap mengambil durian bersama kopi akan membuat seseorang terkena penyakit komplikasi. Durian juga tidak boleh dicampurkan dengan soda sebab jika ia sering dilakukan akan membuat seseorang terkena gangguan pencernaan. Masalah pencernaan dalam jangka panjang akan membuat usus dan perut terluka bahkan berlubang.

Durian Menyebabkan Penyakit Ginjal

Di dalam durian terdapat zat ethanol, methanol dan juga ethyl metacrylate serta kompaun berupa sulfur atau belerang. Bahaya etanol dan metanol juga sudah sangat membimbangkan bagi kesihatan. Untuk pesakit buah pinggang, semua bahan-bahan tersebut sangatlah tidak baik untuk buah pinggang kerana buah pinggang yang sudah sakit tidak dapat menghuraikan semua bahan tersebut. Akibatnya prestasi buah pinggang terbeban dan prestasi buah pinggang menurun dari 40 peratus menjadi 35 peratus.

Bahaya Buah Durian menyempitkan Pembuluh Darah

Kompaun berupa alkohol dalam durian boleh menyebabkan penyempitan saluran darah di dalam otak. Pembuluh darah menyempit membuat oksigen tidak dapat disalurkan ke otak secara maksimum, akibatnya strok menyerang.

Tips Pengambilan Buah Durian

Jangan takut untuk mengambil buah durian. Bagi anda yang sihat dan mengambil durian asal tidak berlebihan tidak akan memberikan apa-apa kesan. Selain itu ada beberapa cara yang boleh menghindarkan anda dari kesan sampingan durian, caranya adalah berikut ini:

-Minum Air putih sebanyak-banyaknya sehabis memakan durian, jangan meminum air yang berwarna.
-Manfaatkan rongga pada kulit durian. Isi rongga yang ada menggunakan air. Biarkan beberapa saat, lalu minum airnya. Cara ini bermanfaat untuk menghilangkan bau durian pada mulut dan juga boleh mengawal tekanan darah seseorang. Jika cara ini tidak dilakukan, banyak yang mengeluh pening sehabis makan durian meskipun kuantitinya sedikit.
-Pengambilan manggis sehabis memakan durian. Kandungan vitamin pada manggis dapat meneutralkan kesan daripada durian.
-Tidak memakan secara berlebihan.
-Tidak pengambilan daging berlemak tinggi setelah santap durian.

Memandangkan kesan sampingan buah durian sangat berbahaya, sebaiknya anda tidak mengambil durian jika anda mengalami penyakit di bawah ini:

-Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi
-diabetes
-penyakit Jantung
-buah pinggang
-kencing Manis
-radang Usus
-asid urik tinggi
-kolesterol Tinggi
-Ibu Hamil (jangan banyak banyak)

Sultan Selangor kahwin pembaca berita RTM (Gambar)


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selamat diijab kabul dengan pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Norashikin Abdul Rahman di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, pada 31 Ogos lepas.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani dalam satu kenyataan berkata, Sultan Sharafuddin dan Norashikin dinikahkan oleh Mufti Selangor Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid dalam majlis pernikahan yang sederhana dan ringkas atas titah baginda.

Munir berkata pernikahan turut dihadiri oleh Timbalan Mufti Selangor Dr Anhar Opir; Al Fadil Imam Paduka Mohd Rasid Mahful; Bekas Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar; Ahli Majlis Agama Islam Selangor Datuk Salehuddin Saidin dan bapa serta anggota keluarga pengantin perempuan.

Sultan Sharafuddin dilahirkan di Istana Jema'ah Klang (kini Kolej Islam Sultan Alam Shah) pada 24 Dis 1945.

Ini adalah pernikahan ketiga Sultan Selangor selepas mendirikan rumah tangga dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal pada 1968 tetapi bercerai pada 1986 dan kemudian berkahwin dengan Puan Nur Lisa Abdullah (rakyat Amerika) tetapi berpisah pada 1997.

Baginda mempunyai dua puteri dan seorang putera iaitu Tengku Zerafina,Tengku Zatashah dan Tengku Amir (kini Raja Muda Selangor).

Norashikin, 45, yang berasal dari Kuala Lumpur adalah anak bongsu daripada tiga beradik.

Beliau pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada 2005 (ASA2005).
-Bernama

Cium payudara patung: Pegawai berdepan tindakan (Gambar)


HA TINH - VIETNAM . Seorang pegawai jabatan tanah bakal dikenakan tindakan selepas didapati mencium patung wanita di sebuah kawasan pelancongan di Da Lat, dekat sini.

Gambar pegawai terbabit, Phan Tuan Anh yang melakukan perbuatan tidak senonoh itu telah dimuat naikkan oleh Setiausaha Kerajaan Tempatan Ha Tinh, Tran Le ke dalam akaun Facebooknya.

Melalui gambar tersebut, kelihatan dua lelaki berdiri berhampiran patung batu berkenaan dengan salah seorang daripadanya sedang mencium bahagian dada patung wanita itu.

Selepas disiasat, lelaki terlibat akhirnya disahkan sebagai Tuan Anh, seorang pegawai muda daripada Jabatan Tanah Vu Quang, bahagian utara Ha Tinh.

Kerajaan Tempatan Ha Tinh telah mengesahkan menerima laporan tersebut dan dipercayai akan mengenakan tindakan terhadap pegawai tersebut.

Difahamkan, Tuan Anh bersama beberapa pegawai daripada jabatannya ketika itu sedang bercuti ke kawasan peranginan Da Lat dan kawasan puncak pergunungan Lang Biang.

Mengikut sejarah, nama Gunung Lang Biang adalah singkatan bagi sepasang kekasih yang dikenakan hukuman mati di situ setelah percintaan mereka dibantah oleh pihak keluarga.

Patung lelaki dan wanita itu pula diukir dan didirikan di kawasan pergunungan popular di situ bagi memperingati kesetiaan cinta mereka berdua.
-sinarharian

Identiti 3 gadis beraksi bahaya di Genting dikenalpasti (Gambar)


Kuantan: Polis mengenal pasti identiti 3 gadis yang mengeluarkan badan dan duduk di tingkap kereta di jalan ke Genting Highlands yang viral di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong ASP S. Somo berkata identiti pemilik kereta juga diperoleh dan pihaknya dijangka menghantar kertas siasatan ke pejabat pendakwa raya pada minggu ini untuk tindakan selanjutnya.

“Pemilik kereta bagaimanapun tidak menggunakan kereta itu pada hari berkenaan. Tetapi semua yang menaiki kereta itu pada hari kejadian dikenal pasti,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Somo berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara berbahaya.

Kes itu juga disiasat mengikut Peraturan 4A Kaedah-kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 kerana penumpang berkenaan tidak memakai tali pinggang keledar. 
-FMT

Suami cedera dipukul isteri

Bukit Mertajam – Seorang mekanik luka dan lebam di muka, mulut serta dagu selepas dipukul isterinya dalam kejadian di rumah mereka di Flat Desa Damai, Sg. Rambai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa berusia 38 tahun baru balik kerja dan isterinya yang berada di rumah meminta wang daripada suaminya kerana mahu membayar hutang.

“Lelaki itu mendakwa dia memaklumkan kepada isterinya yang dia tiada wang tetapi wanita berkenaan tidak percaya dan berlaku pertengkaran antara mereka sebelum suspek bertindak menumbuk serta menendang muka suaminya.

“Semasa kejadian itu, dua anak mereka, masing-masing lelaki dan perempuan berusia 17 dan 15 tahun berada di rumah.

“Anak lelaki mangsa bertindak meleraikan pergaduhan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa yang mengalami kecederaan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Bukit Mertajam, di sini.

Nik Ros Azhan berkata lelaki itu membuat laporan polis.

Katanya wanita itu yang berusia 35 tahun dan tidak bekerja, bertindak melarikan diri dari rumah sewa mereka dengan membawa anak perempuannya sejurus selepas kejadian berkenaan.

Usaha mengesan wanita itu giat dijalankan.

“Siasatan juga mendapati wanita itu pernah ditahan kerana kesalahan yang sama, memukul suaminya pada tahun lepas.

“Bagaimanapun lelaki berkenaan kemudian menarik semula laporan polis yang dibuatnya,” katanya.
-Bernama

Pasangan pelajar hanya bertuala ketika dicekup (Gambar)


Alor Setar: Tindakan seorang pelajar lelaki berdua-duaan dengan pasangannya dalam sebuah bilik hotel bajet di Lebuhraya Darulaman, di sini, mengundang padah apabila ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) ketika cuba melarikan diri, awal pagi kelmarin.

Sebelum itu, anggota penguat kuasa mengetuk pintu bilik sebelah untuk membuat pemeriksaan jam 1 pagi, tetapi pelajar lelaki berusia 18 tahun yang juga penuntut sebuah universiti awam di negeri ini tiba-tiba keluar dari bilik sambil membawa beg dalam keadaan tergesa-gesa.

Pelajar terbabit menutup semula pintu biliknya selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, tetapi dia membuka pintu dan membenarkan anggota berkenaan masuk ke dalam bilik selepas diketuk berkali-kali.

Penolong Pengarah Operasi Bahagian Penguat Kuasa JAIK Syeikh Mohd Rasydan A Rahman berkata, ketika pemeriksaan, pihaknya mendapati keadaan bilik gelap dan ada seorang wanita berusia 18 tahun hanya bertuala dan memakai baju sejuk di atas katil.

Menurutnya, hasil soal siasat mendapati mereka tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri dan mengaku berkenalan sejak lebih setahun lalu.

“Hasil siasatan mendapati, bilik itu disewa pelajar perempuan terbabit dan mereka ditahan untuk tindakan lanjut sebelum dibawa ke Balai Polis Alor Setar bagi dibuat laporan tangkapan.

“Mereka disiasat mengikut Seksyen 25, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat,” katanya yang mengetuai operasi bermula jam 11.30 malam hingga 3 pagi itu.

Dalam pada itu, Mohd Rasydan berkata, pihaknya mengesan taktik baru dilakukan pasangan Islam menyewa hotel murah bersama pasangan mereka apabila mengunci mangga dari luar untuk mengelak kegiatan maksiat dikesan. 
-hmetro

CCTV bongkar perbuatan kejam isteri

Uttar Pradesh – Pelik melihat kesan lebam di beberapa bahagian tubuh anak, seorang lelaki bertindak memasang kamera video litar tertutup (cctv) di dalam biliknya di Bareilly, Uttar Pradesh, India.

Deepak Chaturvedi terkejut apabila melihat isterinya, Poonam memukul anak mereka yang berusia satu tahun tanpa belas kasihan.

Hindustan Times melaporkan, Deepak membuat laporan ke Balai Polis berhubung kejadian itu dan kini masih dalam siasatan.

“Saya selalu melihat kesan lebam pada badan anak tetapi isteri hanya memberitahu ianya hanya kemalangan kecil. Curiga dengan jawapannya itu, saya memasang CCTV semasa dia tiada di rumah,” katanya yang berkahwin dengan Poonam pada lima tahun lalu.

Dalam video tersebut, Poonam dilihat memukul dan mencekik anaknya dipercayai dengan sengaja di atas katil di dalam bilik mereka.

Deepak mahukan isterinya itu dipenjarakan susulan tindakannya terhadap anak mereka.

Poonam dilaporkan sudah meninggalkan rumah mereka dan tinggal bersama ibu bapanya.

Difahamkan, Deepak sering menggangu Poonam dengan menuntut mas kahwin sebanyak Rs 5 lakh dan mendakwa sering dipukul suaminya itu.

Keluarga Poonam turut mendakwa anaknya berada di bawah pengaruh dadah yang diberikan Deepak ketika video tersebut dirakam.
-kualalumpurpost 

Bekas model Playboy dilabel bodoh, gila peluk Islam

Tranungkite
  

PETALING JAYA: Bekas model majalah Playboy, Raisyyah Rania Yeap dilabelkan bodoh dan gila kerana mengambil keputusan untuk bertudung serta memeluk Islam lebih dua tahun lalu.

Dugaan yang dihadapi wanita berkenaan tidak terhenti setakat itu, apabila rakannya turut menjauhkan diri daripada beliau kerana tidak memahami Islam serta cara hidupnya sebagai mualaf.

“Ada kawan yang mula menjauhkan diri apabila saya mula berhijab sebelum Islam, dan terkejut apabila mereka mengetahui saya agak petah bertutur dalam bahasa Malaysia.

“Katanya saya bodoh, gila dan pelik sebab ‘ada orang Cina tak mau jadi (Cina), tapi mau jadi Melayu’.

“Tak mengapa, mereka tak faham perbezaan antara kaum dan agama, dan mereka lupa bahasa Malaysia itu bahasa kebangsaan orang-orang Malaysia,” tulisnya dalam Facebook beliau, kelmarin.

Raisyyah Rania berkata, rakannya juga segan mengajak beliau keluar bersama disebabkan cara hidup dan penampilannya yang jauh berbeza dengan mereka.

Beliau berkata, semua ini berlaku kerana mereka tidak memahami cara hidup dan kewajipannya sebagai seorang umat Islam serta isteri.

“Mungkin diri dan hati kita sendiri rasa selesa dan senang untuk melangkah keluar dari kejahilan dan keseronokan dunia, tetapi fahamilah yang ianya mungkin tidak sama untuk kawan-kawan kita di sekeliling.

“Mungkin suatu hari mereka akan faham, jika mereka membuka hati. Sehingga waktu itu tiba, kita doakan sahaja mereka untuk dapat hidayah dan semoga Allah membuka hati mereka,” tulisnya.

Wanita berusia 30 tahun itu mula bertudung pada Disember 2013 sebelum memeluk Islam pada 3 Julai 2014 dan berkahwin pada 6 Jun 2015.

Suami ‘gila seks’, isteri buat laporan polis

Sibu – Seorang suri rumah yang mendakwa suaminya gila seks dan kaki pukul, membuat laporan polis terhadap suaminya itu dengan berkata dia tidak lagi boleh hidup bersama lelaki tersebut dan mahu bercerai.

Wanita berusia 29 tahun itu berkata suaminya yang bekerja sebagai mekanik, 31, mempunyai keinginan seks yang melampau malah mendesaknya untuk memenuhi nafsunya semasa dia sedang datang haid.

Pasangan itu sudah berkahwin selama 10 tahun dan dikurniakan tiga anak berusia antara dua hingga sembilan tahun.

Wanita itu mendakwa suaminya akan mengasarinya setiap kali dia tidak memenuhi nafsunya.

 “Kejadian terbaharu berlaku pada pukul 7.30 pagi Sabtu lalu apabila dia mengajak untuk melakukan hubungan seks. Walaupun saya beritahu sedang datang haid, dia tetap memaksa saya untuk melakukannya.

“Sebelum ini dia cuba mencekik dan menampar saya sehingga saya akur dengan permintaannya itu,” kata wanita tersebut.

Pada tengah hari Sabtu lalu, wanita itu membuat laporan polis terhadap suaminya kerana dia bimbang mengenai keselamatan anak-anaknya.

“Saya tidak lagi tahan dengan sikap suami saya.

“Dia tidak menghormati saya sebagai isteri walaupun dia beri saya RM1,000 setiap bulan untuk perbelanjaan keluarga,” katanya.

Selepas laporan polis dibuat, polis memanggil lelaki itu dan mengarahkannya supaya menyelesaikan masalah tersebut dan juga masa depan keluarganya.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Saiful Bahri Abdullah berkata polis akan mengambil tindakan terhadap lelaki itu jika wujudnya unsur jenayah dalam kes tersebut.

“Memandangkan wanita itu membuat laporan polis untuk menuntut cerai, kami menasihatinya supaya merujuk perkara itu ke mahkamah atau mendapat bantuan daripada badan berkaitan,” katanya.
-mStar

Mufti ni kata Demo #TangkapMO1 bertentangan ajaran Islam

Demo #TangkapMO1 bertentangan ajaran Islam, kata Mufti
MALAYSIA DATELINE

Datuk Seri Abdul Rahman OsmanMufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman menyifatkan demonstrasi yang digerakkan oleh mahasiswa hari ini bertentangan dengan ajaran Islam, malah boleh mendatangkan keburukan.

Abdul Rahman beranggapan, jika sesetengah pihak tidak berpuas hati di antara satu sama lain, ia haruslah diselesaikan dengan bersemuka.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Forum Solidariti Rakyat Malaysia Menolak Fahaman Extremis dan Ideologi IS, di negeri itu semalam seperti dilapor KiniTV.

Himpunan #TangkapMO1 yang dianjurkan kumpulan mahasiswa hangat dengan beberapa karikatur menyerupai pemimpin negara dipegang peserta di pusat beli belah di Sogo, ibu negara.

Antaranya, gambaran poster yang dilukis tersebut menyerupai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Aziz dan Jho Low.

Ramai yang terperanjat dengan pendedahan Tan Sri Muhyiddin Yassin ini (video)


Pasangan pengantin yang menggemparkan (Gambar)


Remaja 18 tahun nikah janda anak 5
Petaling Jaya: Bukan semua lelaki mahu berkahwin dengan wanita yang umurnya dua kali ganda melebihi usianya dan paling penting, mendapat restu keluarga.

Tetapi inilah yang berlaku di pekan Kuala Penyu di Sabah, apabila Mohd Sufie Alin yang berusia 18 tahun berkahwin dengan ibu tunggal yang mempunyai lima orang anak, Dayang Sopiah Gusti, 42.

Gambar Mohd Sufie menyarungkan cincin emas di jari Dayang Sopiah semasa majlis akad nikah mereka telah tersebar di laman Facebook pada Jumaat, menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
Bagaimanapun, sekurang-kurangnya pengantin lelaki ini lebih yakin dengan adanya restu keluarga terhadap hubungannya yang luar biasa ini.

“Mereka cukup matang untuk membuat keputusan mereka sendiri, termasuk berkahwin,” kata bapanya Alin@Matalin Utam, 52, kepada Harian Metro.

Menurut bapanya, kedua-dua mereka berkahwin dalam satu majlis kecil di sebuah masjid di daerah Beaufort pada Selasa, dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.

“Apa yang penting Sufie tidak ganggu isteri orang dan mereka ingin meneruskan hubungan mereka mengikut cara Islam.

“Oleh itu, saya tidak mempunyai masalah dan menerima Sopiah menjadi pasangan kepada Sufie, yang telah ditakdirkan oleh Allah,” katanya.

Walaupun terkejut mendengar tentang pilihan anaknya beberapa hari sebelum perkahwinan, Alin berkata usia bukanlah satu penghalang.

“Saya sempat menasihati Sufie supaya menjadi suami yang bertanggungjawab kerana dia bukan sahaja perlu menjaga isteri tetapi juga lima anak tirinya,” katanya.

Kes cabul: Wardina jawab Ustaz Kazim

FMT Reporters
PETALING JAYA: Personaliti Wardina Safiyyah malam tadi menepis tindakan Datuk Kazim Elias membuat laporan polis terhadapnya sebagai membuang masa pihak berkuasa.

Wardina melalui laman rasmi Facebooknya berkata bukan dirinya yang menamakan maahad yang dikaitkan kepada dakwaan pencabulan seksual pelajar.

Selain Wardina, Kazim turut menamakan aktivis Syed Azmi Alhabshi dalam laporannya.

“Yang dedahkan nama maahad bukan saya atau Syed Azmi tapi Astro Awani dan polis,” kata Wardina. “Laporan polis oleh ibu yang terbabit pun saya tak kongsi.”

“Kalau pun nak buat laporan polis, patutnya buat satu lagi laporan polis keatas ibu tersebut membuat ‘fitnah’, bukan saya atau Syed Azmi.”

Wardina berkata demikian menjawab tindakan Kazim membuat laporan polis petang tadi kerana membuat komen yang berunsur fitnah sehingga menjejaskan reputasinya sebagai penceramah agama.

Bercakap kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Kazim berkata tindakan perlu diambil bagi membersihkan namanya dan nama sekolahnya, Maahad Tahfiz Darul Barakah.

“Jadi saya minta supaya pihak polis mengambil siasatan ke atas perkara ini supaya tidak berlaku fitnah yang berpanjangan terhadap diri saya, terhadap sekolah saya,” kata Kazim lapor Astro Awani.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan pencabulan seksual di sekolah itu, selepas dakwaan kejadian seks luar tabii dan pencabulan beberapa pelajar baharu maahad tersebar di laman sosial.

“Jadi? Maknanya kami tidak boleh kongsi dakwaan pencabulan seksual? Mengarut,” tepis Wardina.

“Selamat malam Malaysia,” tambahnya lagi, dan pihaknya menyerahkan perkara itu kepada pihak polis.