"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Memaparkan catatan dengan label MH370. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MH370. Papar semua catatan

Bahasa Ko-Pilot Mendedahkan Dia Sedang Mengawal & Menyelamatkan MH370

"Baik, selamat malam,” adalah kata-kata terakhir dari kokpit pesawat MH370.

Cuba kita menyebut perkataan "Baik" dalam 3 situasi. Ketika kita tenang, stress dan marah.

Ketika dalam keadaan tenang kita akan mengucapkan kata-kata "Baik" dengan penuh kegembiraan, meraikan dan hati yang seronok.

Sebaliknya, jika ianya diucapkan di dalam keadaan tertekan atau ketakutan, kita akan bercakap "Baik" dengan raut wajah berkerut, cepat dan pendek.

Sebaliknya juga, jika kondisi ketika itu dalam keadaan marah cara kita mengucapkan "Baik" sudah tentu dengan kadar ucapan yang pendek dan laju, mimik muka masam dan panas, benci dan geram.

Dalam konteks MH370, pihak berkuasa MAS menyatakannya kata-kata di atas disebut oleh pembantu juruterbang, tetapi tidak dijelaskan dalam kondisi yang bagaimana ianya diucapkan.

Juruterbang dikatakan berumur 27 tahun, biologi dan psikologi seseorang yang berusia 27 tahun adalah sudah cukup matang, baik, boleh kontrol keadaan tetapi boleh jadi terkejut, ketakutan, mengikut arahan, berfikiran separuh panjang sekiranya berhadapan dengan situasi sulit.

Jika anda membaca ilmu psikik nombor 2 + 7 = 9. Angka 9 adalah angka yang bagus untuk seseorang seperti pembantu juruterbang itu untuk meningkat di dalam kariernya dan kehidupannya. Datuk Dr. Fadzillah Kamsah mungkin boleh memberi ulasan lebih baik perkara ini kerana beliau mempunyai ilmu yang lebih baik. Saya hanya membaca daripada sumber yang lain.

Kita harus mengambil kira juga, ko-pilot turut bertandang di surau kediamannya dan juga beramah mesra dengan jirannya. Maknanya beliau bukan seorang yang suka menyendiri atau mengasingkan diri. Ko-pilot juga ditunjukkan seorang yang friendly, mesra, mempunyai ramai kawan dalam dan luar negeri. Maka, saya menolak teori ko-pilot menghadapi masalah mentaliti atau psikologi.

Kembali kepada perbualan terakhir tadi. Perkataan kedua dan ketiga ialah "Selamat Malam". Kenapa bukan Selamat Pagi? Pukul 1.07am hingga 1.30am adalah waktu pagi bukan?

Jika benar, maknanya pembantu juruterbang itu dalam keadaan keliru, ketakutan, tidak sedar apa yang dijawabnya dan kebingungannya. Percakapan beliau tidak seiring dengan minda (mind) di mana beliau tidak dapat membezakan waktu 'pagi' dan waktu 'malam', ketika kondisi stress.

Dalam konteks itu juga, ko-pilot tersebut kelihatan mengikut arahan seseorang kerana tidak banyak perkataan keluar dari mulutnya. Jika lebih perkataan, sudah tentu beliau dalam kondisi gembira, senang hati dan enjoy the flight.

Jika anda mendengar dengan teliti perbualan pilot atau ko-pilot di mana-mana syarikat penerbangan ketika dalam keadaan kecemasan sepertimana apa yang pernah terjadi kepada JAL Airlines, MAS, Adam Air, Ethiopian Airlines, Lufthansa ataupun Shuttle Colombia, kita akan mendapati ada sesuatu yang luar biasa berlaku dengan perbualan dalam kokpit MH370. Semua perbualan dalam kokpit penerbangan-penerbangan di atas, saya tidak jumpa satu pun rakaman yang begitu ringkas dan pendek!

Oleh itu, saya melihat daripada sudut percakapan "baik, selamat malam" yang diucapkan oleh ko-pilot tidak dalam keadaan normal sebaliknya dalam keadaan berlaku sesuatu yang di luar kebiasaan.

Perbualan terakhir itu berlaku 11 minit sebelum MH370 hilang dari radar kawalan lalul lintas udara Malaysia pada jam 1.30 pagi, 8 Mac.

Jika ditolak 1.30 - 11 minit, maknanya perbualan itu dicatat dalam minit yang ke 1.19 dan 1.21. Tidak mungkin 3 perkataan itu diucap dalam tempoh 5 saat!

Ini juga bermakna sebelum ACARS dimatikan pada 1.30am, berlaku percakapan lain dan perbuatan lain di dalam kokpit dalam tempoh beberapa minit itu! ACARS itu sepatutnya berfungsi lagi sehingga 1.37 menurut pihak MAS bukan.

Daripada aspek bahasa "baik, selamat malam" yang saya huraikan di atas jelas menunjukkan penggunaan bahasa ko-pilot itu dia dalam keadaan ditekan, tertekan tetapi berjaya mengawal keadaan.

Maksud saya 'berjaya mengawal' keadaan ialah ko-pilot berjaya memberitahu kepada kita bahawa dia sedang berusaha mengawal emosinya, dia sedang berusaha mengendalikan kokpit dan dia mahu kita tahu bahawa dia memerlukan bantuan segera.

Nota : "Jika saya berpeluang mendengar perbualan ko-pilot itu daripada aspek intonasi bahasanya, tempoh masa perbualan, cara alat perbualan itu dimatikan, bunyi backround perbualan itu, status kebisingan ketika berbual dan sebagainya, saya mungkin boleh memberi ulasan yang lebih tepat". Wallahu'alam.

Abu Syifa

MH370: Polis sedang menyiasat kemungkinan juruterbang membunuh diri - Hishammuddin

SEPANG: Polis sedang menyiasat kemungkinan juruterbang membunuh diri sebagai punca kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bercakap pada sidang media di Hotel Sama-Sama di sini Isnin, Hishammuddin berkata, polis sedang menyiasat kemungkinan itu.

“Ya, kami sedang menelitinya (kemungkinan juruterbang membunuh diri),” kata Hishammuddin.

Namun, ketika ditanya, Hishammuddin enggan menyatakan jika terdapat mana-mana daripada 239 penumpang dan anak kapal di dalam pesawat tersebut mempunyai masalah peribadi.

“Tidak, saya tidak boleh komen buat masa ini,” kata Hishammuddin.

Turut didedahkan bahawa Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) telah dimatikan secara sengaja selepas melalui Kota Baru dan transponder dimatikan dekat Igari.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya, berkata penghantaran terakhir dari ACARS adalah pada pukul 1.07 pagi, 8 Mac lalu tetapi tidak diketahui bila ia dimatikan.

Ia tidak dihantar 30 minit kemudian seperti diprogramkan.

Siasatan awal juga menunjukkan pembantu juruterbang yang bercakap buat kali terakhir dengan pusat kawalan trafik udara.

Komunikasi terakhir pembantu juruterbang itu adalah kira-kira pukul 1.19 pagi.

MAS turut berkata, ujian pskiometrik adalah prosedur standard untuk juruterbang dan anak kapal serta akan meneliti untuk memperkukuhkan prosedur pengambilan kakitangannya.
-mstar-

MH370: Radar TUDM jenis cap AYAM?

Mustahil MH370 tidak dikesan radar
SHAH ALAM: Tidak mungkin pesawat MH370 melintasi ruang udara India tanpa dikesan oleh radar awam dan tentera negara itu.

Editor Hal Ehwal Keselamatan dan Strategik NDTV, Nitin Gokhale berkata, India mempunyai dua jenis satelit iaitu sekunder dan primer bagi mengesan pergerakan pesawat yang melalui ruang udara negara itu.

“Pesawat MH370 mungkin boleh mengelak daripada dikesan oleh radar pemantauan sekunder tetapi ia masih boleh dikesan oleh radar pemantauan primer yang digunakan tentera.

“Radar tentera akan dapat mengesan sebarang pergerakan pesawat yang tidak dikenali melalui ruang udara kami,” katanya ketika diwawancara saluran televisyen, Astro Awani, semalam.

Sebelum ini, dalam laporan Times of India, pengawal trafik udara negara itu menolak kemungkinan pesawat MH370 masuk ke ruang udara India dan terbang sehingga ke jalur utara yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media Sabtu lalu.

Setiausaha Persatuan Pengawal Trafik Udara di Kolkata, Sugata Pramanik berkata, Tentera Udara India mempunyai radar di beberapa tempat di serata negara dan adalah mustahil tidak ada satu pun antara radar itu yang mengesan bip ganjil yang tidak ada kebenaran terbang di ruang udara negara itu.

India bagaimanapun telah menghentikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Mas itu selepas pihak berkuasa Malaysia memberi petunjuk bahawa operasi sudah memasuki fasa baharu.

MH370: Misteri selubungi kata-kata terakhir Fariq

"Baik, selamat malam,” adalah kata-kata terakhir dari kokpit pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH370, yang masih belum ditemui.

Kata-kata ini menjadi tumpuan kajian mendalam untuk menentukan sama ada ia disebut oleh juruterbang atau oleh seseorang yang tidak sepatutnya berada di kokpit berkenaan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Malaysia hari ini berkata mereka percaya kata-kata itu bukan disebut oleh orang asing, tetapi oleh pembantu juruterbang Fariq Ab Hamid.

Ia adalah berdasarkan maklumat dari siasatan awal, kata ketua pegawai eksekutif MAS Datuk Ahmad Jauhari Yahya dalam sidang media di Hotel Sama-Sama, KLIA.

"Siasatan awal menunjukkan pembantu juruterbang itu yang bercakap pada waktu itu, ia dirakam dalam pita rakaman,” katanya.

Perbualan terakhir itu berlaku hanya 11 minit sebelum MH370 hilang dari radar kawalan lalullintas udara Malaysia pada jam 1.30 pagi, 8 Mac.

Adakah sesuati berlaku ke atas pembantu juruterbang tersebut dalam tempoh 11 minit berkenaan atau adakah pembantu juruterbang tersebut terlibat dalam satu pakatan tertentu?

Ia seterusnya menimbulkan satu lagi persoalan – sama ada sistem Aircraft Communications Addressing and Reporting System (Acars) dalam pesawat tersebut dimatikan sebelum atau selepas komunikasi teraskhir dengan kokpit pesawat.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam menyebut bahawa Acars dimatikan sebelum komunkasi terakhir antara menara kawalan dengan kokpit.

Kenyataan tersebut, yang dijelaskan sebagai tidak tepat hari ini, menimbulkan persoalan baru – mengapa Fariq tidak memberi isyarat mengenai apa-apa masalah kepada menara kawalan, memandangkan Acars dimatikan kerana ia tidak sepatutnya dilakukan.

Jauhari hari ini berkata masih belum dapat dipastikan sama ada Acars dimatikan sebelum atau selepas komunikasi Fariq.

"Pancaran data Acars terakhir pada 1.07pm. Kita tidak tahu bilakah Acars dimatikan selepas itu, tetapi ia sepatutnya memancar data setiap 30 minit dan pancaran seterusnya tidak diterima,” katanya.

Ini bermakna pancaran Acars seterusnya – yang tidak berlaku – sepatutnya pada jam 1.37am.

Ini menunjukkan bahawa Acars mungkin dimatikan pada bila-bila masa sebelum atau selepas jam 1.19 pagi, tetapi pada waktu di antara 1.07am dan 1.37am, yang merupakan komunikasi terakhir dengan menara kawalan.

Kenapa Kapten Zaharie bercuti,. . . tapi dipanggil balik untuk menerbangkan MH370 ke Beijing


BREAKING 1442 hes: Benar, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah ahli seumur hidup KEADILAN, dan pernah bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam majlis tertentu.

Tetapi adakah logik untuk mengatakan bahawa Zaharie fanatik terhadap Anwar Ibrahim dan kononnya plot kehilangan pesawat MAS MH370 ada kaitan dengan keputusan mahkamah yang memenjarakan Anwar selama lima tahun?

Mengapa tidak kaitkan Zaharie sebagai peminat nombor satu Mila AF 5 yang hampir setiap program anjuran penyanyi itu dia tidak ketinggalan menyertainya?

Mengapa masyarakat tidak mengatakan bahawa Mila lah yang menjadi penyebab mengapa Zaharie sanggup menerbangkan pesawat itu?

Padahal ramai yang masih tidak tahu, Kapten Zaharie sedang bercuti beberapa hari tetapi dimaklumkan seberapa segera bahawa dia dikehendaki menerbangkan pesawat itu atas arahan pihak atasan?

Pihak atasan itu siapa? Apakah Anwar Ibrahim sekarang sudah jadi perdana menteri dan bukan Najib Razak?

Untuk menjelaskan keadaan, hanya Zaharie seorang yang mampu mendaratkan pesawat Boeing B777-200ER menggunakan landasan paling pendek berbanding kapten lain yang masih dalam perkhidmatan.

Ini diakui oleh kenalan rapatnya dalam MAS yang terkejut mengapa Zaharie dipanggil untuk bertugas menerbangkan pesawat itu ke Beijing dalam keadaan terlalu segera (urgent) dan hanya mengetahui Zaharie yang menerbangkan pesawat itu apabila MAS sendiri mengesahkannya dalam sidang media pertama jam 1000 hrs Sabtu 8 Mac.

Persoalannya, apakah dengan kepakaran Zaharie menyebabkan pihak tertentu memilihnya sebagai 'kambing hitam' untuk dijadikan alasan bahawa Zaharie yang melencongkan pesawat, menutup transponder dan terbang ke arah koridor utara atau selatan seperti kata Najib Razak semalam?

Berdasarkan pertimbangan semasa, Zaharie tidak boleh menolak arahan majikannya dan dia sendiri langsung tidak mengetahui bahawa plot menghilangkan pesawat itu adalah agenda pihak tertentu.

Sebenarnya di dalam pesawat itu terdapat ramai penumpang 'berharga' tidak kira sama ada China, Amerika Syarikat mahupun Russia yang difahamkan kapten diarahkan supaya melakukan 'itu dan ini' bagi menghalang 'agenda tersembunyi' ejen CIA yang dikatakan turut berada dalam pesawat berkenaan.

Tuduhan untuk mengaitkan Zaharie dengan Anwar Ibrahim sememangnya satu tindakan niat jahat untuk mengkambing hitamkan keadaan dan dalam masa sama melepaskan beban penjelasan kepada Pakatan Rakyat sedangkan mereka sendiri juga tidak tahu menahu akan agenda sulit ini.

Dan keengganan Najib sendiri menjawab pertanyaan pemberita hingga ada yang ditangkap kini sudah menjadi bahan bualan seluruh dunia seperti mana kebodohan bomoh yang ada kaitan dengan Umno melakukan ritual yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Berhenti menuduh Zaharie kerana kita masih tidak mengetahui nasibnya, dan penumpang lain sama ada hidup atau sebaliknya walaupun desas-desus mengatakan pesawat berkenaan selamat mendarat di satu lokasi rahsia beberapa jam selepas melakukan lencongan menghala Laut Andaman. -sumber

MH370: Pakar percaya MH370 belum terhempas

AZIZ MUDA
KUALA LUMPUR: Pesawat MAS MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu yang menimbulkan 1001 pertanyaan sehingga kini (14 Mac), dipercayai masih lagi belum terhempas, tegas pakar penerbangan, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Katanya, kesimpulan sama ada pesawat itu terhempas atau tidak hanya boleh diberi sehingga bangkai pesawat itu ditemui, tetapi sehingga sekarang ia jejaknya masih belum dikesan oleh mana-mana pasukan pencari dan penyelamat.

Dr Samsuri berkata, andaian ini dibuat kerana sehingga kini tidak terdapat sebarang isyarat daripada pesawat itu yang dilengkapi pelbagai peralatan canggih itu.
Katanya, MH370 sebenarnya boleh mengesan dan menghantar isyarat kepada pusat kawalan sekiranya pesawat itu terhempas, apabila ia menyentuh tanah di bumi atau air lautan.

“Ia direka begitu. Tapi tiada isyarat itu. Ini bermakna ia tidak terhempas. Semua pihak harus memberikan harapan bahawa pesawat itu belum lagi terhempas,” katanya.

Beliau juga yakin, pesawat berkenaan tidak dirampas kerana setelah tujuh hari ianya hilang, tiada sesiapa pun yang mendakwa merampas pesawat berkenaan atau menyiarkan apa-apa tuntutan melalui website, YouTube, instagram atau lain-lain laman sosial kepada pihak sasaran. Katanya, jika diteliti rekod 10 tahun lalu, perampas tidak berlengah untuk mengaku dan menyatakan tuntutannya.

Ketika diwawancara 14 Mac lalu di Pejabat Harakah, Dr Samsuri yang juga bekas pakar rujuk (penasihat) kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dalam bidang Aeroangkasa 2007-2008 berkata, jika berlaku rampasan, ia pasti ada mukadimahnya yang turut menjelaskan kenapa pesawat itu dirampas.

“Untuk dikatakan berlakunya rampasan, saya tak yakin. Opsyen yang pertama tidak terhempas, opsyen kedua tidak dirampas.

Beliau berkata, jika pesawat itu mendarat di mana-mana lokasi atau di pangkalan tentera, ia masih lagi boleh dikesan oleh pelbagai pihak.

Dalam dunia moden sekarang, jelas Dr Samsuri yang juga Setiausaha Politik Kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberitahu, susah hendak disembunyikan pesawat sebesar itu jika ia dirampas dan berada di lokasi tertentu termasuk di pangkalan tentera kerana terdapatnya pengesan satelit.

“Malah kedudukan kita sekarang pun ada satelit AS yang boleh kesan, apatah lagi kapal terbang yang saiznya jauh lebih besar daripada tubuh kita.

“Penjelasan daripada segi ilmu penerbangan dan sains teknologi, nampaknya masih lagi gagal menjawab misteri ini,” ujarnya.

Beliau yang juga bekas Prof Madya Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM itu berkata, sekiranya pesawat itu disembunyikan di mana-mana lapangan terbang, ia pasti dapat dikesan, tambahan pula usaha mencarinya kini sudah ke peringkat multinasional yang turut melibatkan negara kuasa besar China dan Amerika.

Jika ia tidak dapat dikesan oleh Amerika, tegasnya, ia pasti akan dapat dikesan oleh negara lain termasuk China jika ia disembunyikan di mana-mana lapangan terbang rahsia sekalipun.

Disebabkan keadaan ini, beliau mahu usaha mencari dan menyelamat pesawat serta para penumpang dan anak kapal mesti diteruskan kerana kejadian yang berlaku sangat-sangat di luar kawalan manusia.

“Sebenarnya, naluri pertama bagi seorang juruterbang, sekiranya apa saja masalah sekecil-kecilnya terjadi, dia akan terus berkomunikasi dengan menara kawalan, tetapi ini tidak berlaku.

“Itu saja sudah cukup untuk memberikan gambaran dan tanda tanya kenapa ia tidak berkomunikasi?” soal beliau.

MH370: Apa yang Najib cakao ni?

NOBISHA
Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak baru saja selesai memberikan sidang media mengenai kehilangan pesawat MH370. Najib mengatakan, siasatan ini memasuki fasa kedua. Maksudnya, "milestone" pertama dalam siasatan telah dicapai.

Ada orang yang inginkan Perdana Menteri memberitahu kapalterbang itu telah dirampas dan sesuatu yang buruk telah berlaku. Apabila Najib menyatakan sebaliknya dalam sidang media itu, maka dia berkata dengan nada kecewa, "Apa yang Najib cakap ni?"

Nasihat saya ialah, marilah kita sama-sama berdoa agar insiden ini berakhir dengan baik. Biarlah kesemua anak-anak kapal dan penumpang berjaya diselamatkan. Insya-Allah!

Bagi saya, sidang media itu cukup melegakan kerana ia menyatakan tiga perkara penting:

Pertama, Najib mengesahkan maklumat yang sebelum ini tidak disahkan. Maklumat penting yang disahkan ialah pesawat dialihkan dari laluan asal orang seseorang yang berada dalam penerbangan tersebut. Soal yang harus dijawab dalam fasa kedua penyiasatan ialah: Siapakah yang melakukannya, dan apakah motif dia melakukan hal tersebut?

Kedua: Perdana Menteri sebutkan bahawa hasil analisis data, penyiasatan kini tertumpu kepada dua kawasan operasi di mana besar kemungkinan pesawat itu berada. Soalan fasa kedua ialah: Di mana lokasi tepat kapalterbang Boeing 777 itu?

Ketiga: Najib tidak memaklumkan sebarang kematian atau letupan kepada pesawat. Ini bermaksud tidak ada laporan kematian. Maklumat ini penting kepada keluarga mereka yang berada dalam pesawat. Orang yang mereka sayangi besar kemungkinan masih hidup. Soalan fasa kedua ialah: Bagaimanakah keadaan pesawat, penumpang dan kesemua anak-anak kapal sekarang?

Ada orang bertanya, mengapakah Najib hanya membuat dua sidang akhbar sepanjang lapan hari insiden ini berlaku?

Najib ialah Perdana Menteri dan beliau hanya mengumumkan kepada negara (dan dunia) apabila siasatan mencapai "milestone" yang tertentu. Sidang akhbar pertama ialah apabila beliau mengesahkan pesawat MH370 hilang dari radar. Sidang akhbar Najib yang kedua ialah apabila beliau mengesahkan maklumat penyiasatan yang dikumpulkan dan dianalisis secara bersepadu.

Saya percaya Najib akan hanya mengadakan sidang akhbar ketiga apabila salah satu, gabungan dua atau lebih soalan, atau kesemua soalan siasatan dalam fasa kedua di atas dapat dijawab.

Di antara sidang akhbar Perdana Menteri, maka Menteri Pengangkutan membuat sidang media setiap hari bagi melaporkan status siasatan, manakala pengawai-pegawai kanan Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Malaysia Airlines and pasukan keselamatan memberikan maklumat teknikal (mengesahkan atau menafikan) kepada wartawan pada setiap dua atau tiga jam. Dengan cara ini, wartawan boleh melaporkan perkembangan dengan memetik sumber yang sahih.

Proses komunikasi ini disusun sedemikian rupa agar maklumat diberikan secara berstruktur. Kekeliruan timbul apabila wartawan bertanya soalan kepada pegawai-pegawai lain di luar sidang akhbar. Saya telah menyebutkan sebelum ini dan saya ulangi sekali lagi, dalam keadaan krisis seperti ini, maklumat yang diberikan kepada media hendaklah dari satu sumber saja iaitu dari sidang media di Hotel Sama-Sama. Selain dari itu, tak perlu jawab.

Tak perlulah menteri nak komen tentang pegawai imigresen atau arahkan nelayan cari serpihan pesawat. Begitu juga saya fikir tak perlulah anggota kabinet nak berbalah dengan bomoh. Siapa nak tampar siapa tak penting. Ini bukan masanya. Fokus kepada menyesaikan siasatan dan jawab soalan-soalan yang saya nyatakan tadi. Itu yang rakyat nak tahu.

Seperti drama, apabila banyak sangat sub-plot, akhirnya orang terlupa kepada cerita sebenar.

Dalam sidang media tadi, Najib telah membentangkan plot utama. Bertolak dari sinilah, kita harus bersama-sama mencari jawapan dan menyelesaikan misteri ini.

Itu yang Najib bercakap. Maka, saya fikir tak perlulah lagi ada orang yang nak jadi pelakon tambahan dan buat sub-plot lagi!
http://nobisha.blogspot.com/

MH370: MH370 mungkin berada di lokasi rahsia - FBI

LONDON, 16 Mac: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tidak menolak kemungkinan pesawat MH370 yang hilang sejak sembilan hari lalu, mungkin berada di lokasi rahsia.

DailyMail Online yang memetik kenyataan sumber berkata, pesawat terbabit mungkin dirampas dan kesemua penumpang kini ditahan di tempat tertentu.

Dalam pada itu, stesen radio Amerika Syarikat (AS) WNYC melaporkan, sebanyak 634 lokasi yang boleh menjadi tempat pesawat MH370 mendarat, dari Australia ke Maldives ke Pakistan. - AGENSI

MH370: Jangan terperanjat jika selepas ini rumah Anwar Ibrahim pula digeledah polis?

Nama Anwar Mula Dikaitkan Dengan MH370, Apakah Rumahnya Pula Digeledah Selepas Ini?
Shahbudin Husin
Hari ini sudah masuk hari kesembilan kehilangan pesawat MH370 menghantui dunia. Daripada jangkaan awal bahawa pesawat itu mungkin terhempas dengan fokus pencarian di Laut China Selatan dan Selat Melaka, pengumuman Perdana Menteri, Najib Razak dalam sidang akhbar yang tidak boleh ditanyakan soalan semalam, perhatian kini bertukar dimensi dengan kebarangkalian ianya dirampas atau sengaja disabotaj pula.

Sebagaimana yang didedahkan Najib juga, pesawat itu kini mungkin berada di sempadan antara Turkmenistan dan Kazashtan sehingga ke utara Thailand atau di koridor selatan yang mengunjur daripada Indonesia hingga ke Lautan Hindi.

Maklumat daripada radar TUDM bahawa pesawat itu sengaja dialihkan tujuannya serta sistem komunikasi juga dimatikan dengan sengaja, sudah pasti untuk mengelak dikesan, tumpuan kini ialah kepada mereka yang berada di dalam kokpit pesawat itu iaitu juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantunya, Fariq Abdul Hamid.

Persoalannya ialah jika pesawat itu dirampas, apakah juruterbangnya diugut oleh sekumpulan perampas yang menyamar sebagai penumpang atau beliau merupakan sebahagian daripada komplot rampasan itu?

Apakah pula tuntutan dan permintaan mereka? Sehingga ini masih belum terdengar ada sebarang tuntutan dibuat kepada kerajaan Malaysia atau mana-mana kerajaan lain berhubung rampasan ini.

Atau mungkinkah kerajaan sebenarnya sudah menerima permintaan itu dan sedang berunding mengenainya dan ia sengaja disembunyikan atas faktor-faktor keselamatan?

Dah sekiranya kehilangan pesawat ini merupakan satu sabotaj, apakah pula penyebabnya?

Sementara pihak polis sudah pun menggeledah rumah juruterbang dan pembantunya itu untuk mengumpul lebih banyak maklumat, maklumat berita di internet ketika ini lebih sarat mengenai pendedahan maklumat tentang kecenderungan anutan politik jututerbang tersebut.

Selain sudah banyak didedahkan maklumat mengenai Kapten Zaharie yang digambarkan penyokong tegar PKR dan berkempen kuat untuk V Sivarasa di kawasan Parlimen Subang dalam pilihanraya lalu, beliau juga digambarkan sebagai peminat setia Anwar Ibrahim.

Dalam perkembangan terbaru yang didedahkan oleh akhbar Daily Mail, Ahmad Zaharie juga didakwa berada di Mahkamah Rayuan pada 7 Mac untuk memberi sokongan moral kepada Anwar Ibrahim dan menyaksikan sendiri detik-detik hukuman 5 tahun penjara itu dijatuhkan.

Selepas mahkamah berakhir pada 7 malam, barulah beliau pulang ke rumah dan kemudian pada jam 9 malam terus bertolak ke KLIA untuk tugasan membawa pesawat MH370 ke Beijing.

Apakah mungkin kerana kecewa dengan hukuman yang dijatuhkan itu, lalu beliau melakukan sabotaj itu secara sendirian?

Selain akhbar luar negara, beberapa blog dan pengendali laman sosial pro UMNO, tanpa segan-silu dan tanpa mengambil kira perasaan isteri dan ahli keluarga Kapten Zaharie, terus mengaitkan beliau dengan hukuman penjara terhadap Anwar Ibrahim sebagai punca kehilangan pesawat itu.

Beliau didakwa kecewa dengan hukuman itu dan cuba meluahkan perasaannya dengan melakukan sabotaj itu. Apakah ianya benar? Isunya ialah apakah beliau seorang yang tidak berfikir panjang kerana, jika benar itu alasannya, ia adalah tindakan yang tidak mampu mengubah apa-apa, malah perbuatannya membahayakan nyawa 239 penumpang adalah ancaman kepada masa depannnya sendiri.

Walaupun belum dapat dipastikan apa sebenarnya yang berlaku dan usaha ke arah menamatkan misteri ini sedang giat dilakukan, nampaknya sebagaimana banyak aspek lain boleh dijuruskan dalam sesuatu kejadian, kaitannya dengan politik dan persaingan kuasa antara Najib Razak dengan Anwar Ibrahim tetap mengambil tempatnya.

Biar sudah berkali-kali diingatkan agar sesiapa tidak menyebar spekulasi dan andaian mengenai tragedi ini, namun dalam dunia tanpa sempadan sekarang ini, bukan saja media dah pengguna internet dalam negeri yang berbuat demikian, malah sudah menjangkau ke pemikiran antarabangsa.

Sosok yang bernama Anwar yang baru-baru ini dihukum penjara lima tahun, dihalang daripada bertanding di Kajang dan seterusnya menjadi Menteri Besar Selangor seolah-olah "kambing yang sedang dicat hitam" sementara punca sebenar kehilangan pesawat itu masih dalam pencarian.

Yang ditunggu, apakah selepas ini rumah Anwar Ibrahim pula akan digeledah polis? (SH 16/03/2014)

Setelah bomoh melayu gagal seorang tokoh meminta bantuan 'bomoh mat saleh'(Gambar) pula untuk mengesan MH370

Uri GellerSEORANG psikik mendedahkan dia diminta membantu pihak berkuasa dalam usaha mencari pesawat MAS penerbangan MH370 yang hilang sejak lapan hari lalu.

Uri Geller yang terkenal dengan aksi membengkokkan sudu tanpa menggunakan tenaga fizikal, mendakwa dia menggunakan kaedah 'penglihatan jarak jauh' bagi mengenal pasti kedudukan sebenar pesawat MH370.

"Saya mempunyai pandangan dan teori saya sendiri mengenai kehilangan pesawat itu.

"CIA percaya kaedah sebegini boleh membantu pihaknya untuk menyelesaikan kes-kes yang rumit," katanya dipetik The Mirror di kediamannya di Sonning, Berkshire, hari ini.

Menurutnya, seorang tokoh berpengaruh di Malaysia telah meminta bantuannya untuk menggunakan kepakarannya untuk mengesan pesawat terbabit.

Uri mendedahkan bahawa dia berpendapat juruterbang pesawat itu lemas akibat kebakaran dalam pesawat.

Pesawat MH370 dilaporkan berlepas dari KLIA jam 12.41 pagi 8 Mac lalu dijadualkan mendarat di Beijing pada jam 6.40 pagi pada hari yang sama namun pesawat itu hilang dan tidak dapat dikesan.

Komunikasi akhir MH370 jam 8.11 pagi Sabtu

Komunikasi akhir MH370 jam 8.11 pagi SabtuSEPANG: Misi mencari dan menyelamat MH370 yang memasuki hari ke lapan hari ini membuat kesimpulan, pesawat yang hilang dari radar sejak Sabtu lalu telah memutuskan transponder dan komunikasi jam 8.11 pagi.
Perdana Menteri dalam sidang media tergempar hari ini mengumumkan kemungkinan seseorang dalam pesawat itu sengaja mengubah haluan penerbangan.

"Pihak kami masih siasat semua kemungkinan. Berkenaan ia dirampas, kami masih belum mahu mengesahkan apa-apa," katanya pada sidang media di Hotel Sama-Sama, di sini, hari ini.

Pelbagai teori sebelum ini bertebaran tentang kehilangan pesawat MH370 yang akhirnya terungkai dengan penemuan terbaru ini.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu lepas.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Terkini Laporan langsung:Pesawat tak dikenali disahkan MH370


Bunyi pantulan elektronik dari arah Lautan Hindi
Pesawat Malaysia Airlines MH370 telah dirampas, demikian menurut satu laporan berita.

Menurut AP, seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata rampasan itu bukan hanya lagi satu teori tetapi ia adalah 'konklusif'.

Pegawai tersebut, yang terlibat dalam penyiasatan itu, berkata mereka telah menentukan bahawa salah seorang juruterbang atau orang lain yang mempunyai pengalaman terbang, telah merampas pesawat itu.

Bagaimanapun, motifnya belum diketahui dan juga tidak jelas ke mana pesawat itu berada.

Spekulasi bertiup kencang bahawa kerajaan Malaysia akan mengumumkan perkara itu dalam sidang akhbar yang dijadual pada 1 tengah hari  ini.

Laporan langsung
2.30pm: PM sahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan menukar arah dan terbang ke arah barat ialah #MH370.

Katanya, laporan bahawa pesawat itu dirampas masih satu spekulasi. Pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan.

Katanya, pencarian diteruskan di dua koridor. Operasi di Laut China Selatan dihentikan.

2.23: Najib mengumumkan kronologi peristiwa kehilangan MH370 yang disahkan setakat ini.

2.20pm: Najib berkata dia mengarahkan pihak berkuasa Malaysia berkongsi semua maklumat MH370 dengan semua pihak berkuasa terlibat.

2.19pm: PM memulakan sidang medianya.

1.55pm: Seorang pegawai Jabatan Penerangan Jagjit Singh mengumumkan PM hanya akan membuat satu kenyataan berhubung perkembangan terbaru.

"Namun beliau tidak akan menjawab apa-apa soalan," katanya.

Beliau meminta para wartawan mengemukakan soalan kepada pusat media.

Soalan berkenaan akan dijawab dalam sidang media harian jam 5.30pm, katanya yang tidak memberikan sebarang alasan.

Ini adalah kali kedua Najib muncul dalam sidang media khas berhubung isu pesawat MH370, yang hilang sejak Sabtu lalu
-malaysiakini-

MH370:Betulkah Data Radar Tunjukkan MH370 Sengaja Diterbangkan Ke Kepulauan Andaman

Lokasi terakhir pesawat MH370 dikesan sebelum hilang dari radar.
KUALA LUMPUR: Isyarat radar-pengesan militari menunjukkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu sengaja diterbangkan merentasi Semenanjung Malaysia ke Kepulauan Andaman, menurut beberapa sumber yang terlibat dengan siasatan itu, kata Reuters pada Jumaat.
Dua sumber berkata, sebuah pesawat yang tidak dikenali yang dipercayai MH370 telah mengikuti arah antara laluan pelayaran - menunjukkan ia sedang diterbangkan oleh seseorang dengan latihan penerbangan - apabila ia kali terakhir dikesan radar tentera di pantai barat laut Malaysia.

Titik akhir pada radar pengesan militari itu menunjukkan pesawat tersebut terbang menuju Kepulauan Andaman di India, kata mereka.

Titik laluan adalah lokasi geografi, dapat diketahui dengan mengira longitud dan latitud, yang membantu juruterbang mengemudi arah sepanjang laluan udara yang dihadkan.

Menurut sumber ketiga, siasatan kini fokus kepada teori bahawa seseorang yang tahu bagaimana untuk menerbangkan pesawat tersebut dengan sengaja mengalihkan pesawat yang membawa 239 penumpang itu, ratusan batu di luar laluan asalnya dari Kuala Lumpur ke Beijing.

"Apa yang boleh kami katakan adalah kemungkinan terdapat unsur sabotaj menerusi rampasan pesawat," kata seorang pegawai kanan polis Malaysia.

Kesemua sumber enggan nama mereka didedahkan kerana mereka tidak dibenarkan untuk bercakap kepada media kerana takut akan mengganggu siasatan.

Beberapa pegawai Kementerian Pengangkutan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen.

Misteri telefon bimbit MH370 dijawab

LONDON 12 Mac: Laporan beberapa ahli keluarga penumpang yang mendakwa berjaya menghubungi telefon bimbit penumpang yang menaiki pesawat MH370, terus mengusutkan lagi teori kehilangan kapal terbang yang membawa 239 penumpang itu ketika operasi mencari dan menyelamat masuk hari kelima, hari ini.

Profesor William Webb dari Akademi Kejuruteraan Diraja Britain ketika menjawab isu itu berkata, telefon bimbit penumpang sepatutnya tidak akan berfungsi kerana mungkin berada di dalam air, di luar kawasan liputan dan juga kehabisan bateri.

Dalam kes yang didakwa ahli keluarga mangsa, deringan yang didengari mungkin nada sebelum panggilan itu memasuki perkhidmatan peti suara,’’ katanya kepada MailOnline.
Sementara itu, seorang lagi pakar telekomunikasi, Alan Spencer berpendapat deringan tersebut membuktikan telefon bimbit itu tidak berada di dalam air.

Katanya, telefon bimbit hanya akan berbunyi jika dihidupkan dan berada di dalam kawasan liputan.

Ini bermakna, jika telefon bimbit itu benar-benar dapat dihubungi, pesawat itu telah mendarat di daratan dan di lokasi yang mempunyai liputan berbanding di dalam hutan atau kawasan laut.

Sementara itu, Dr. Martyn Thomas dari Institut Teknologi dan Kejuruteraan tampil dengan teori yang men dakwa kehilangan MH370 mungkin melibatkan kerosakan alat komunikasi secara tiba-tiba.

Martyn menjelaskan, proses penyahmampatan secara mengejut yang berlaku di dalam pesawat boleh menyebabkan semua penumpang, krew dan juruterbang pengsan atau terbunuh, sekali gus merosakkan peralatan komunikasi.

Dalam senario itu, katanya, pesawat terbabit mungkin terbang secara sendiri melalui sistem panduan automatik dan berada pada jarak kira-kira 3,218 kilometer dari lokasi kejadian sebelum mendarat atau terhempas.

Bomoh Gila Nak Tampar KJ, mana macai-macai Pemuda UMNO?? (Video)


RAJA Bomoh mahu tampar Khairy Jamaluddin macam buaya dan CABAR Khairy letak jawatan sebagai menteri dan dia juga akan letak jawatan sebagai MAHAGURU.

“Biar saya cakap terang-terang pada Khairy Jamaluddin. Saya cabar dia. Letak jawatan (sebagai Menteri) dan saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita try fight. Saya tampar dia macam buaya nanti, baru dia tahu.

Ibrahim turut mengatakan, keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Khairy sebagai ahli kabinet adalah merupakan satu keputusan yang salah.

Sekarang ni nak cakap, kehilangan MH370 adalah satu musibah yang melanda negara kita. Tapi sebenarnya musibah yang paling besar ialah kerosakan akidah dan amalan khurafat yang menjejaskan agama Islam. Apa yang lelaki tua di atas ni buat adalah satu khurafat walaupun menyeru nama Allah tapi ianya disertakan dengan ritual yang bercanggah dengan Islam - Ariff Ansaruddin

Guna bomoh panggil pesawat, ini ulasan Ustaz Don


Penggunaan bomoh tikar terbang di KLIA turut mendapat ulasan penceramah agama terkenal, Don Daniyal Don Biyajid. Ulas Ustaz Don.

"Bagaimana pandangan orang Arab yang menghormati kita apabila melihat negara menggunakan bomoh untuk mencari sebuah kapal terbang hilang?

"Bagaimana pula pandangan orang Eropah yang sudah mula suka dengan Islam apabila melihat cara ini digunakan?," katanya kepada mStar Online.

Perkara-perkara yang bertentangan dengan agama tidak harus dibiarkan berlaku, jelas beliau.

"Kita (Malaysia) tidak hidup berseorangan.

"Kita (penerbangan) bawa nama negara, MH370 melibatkan penerbangan antarabangsa dan membawa penumpang antarabangsa,"

Selagi seseorang itu menggelarkan dirinya bomoh atau tukang tilik walaupun bertujuan baik, ia tetap diharamkan dalam Islam.

"Matlamat tidak menghalalkan cara.Di Malaysia, selagi seseorang itu dalam golongan ustaz, ulama, doktor, saintis atau ahli forensik, dia bukanlah seseorang yang bergelar bomoh dan seseorang yang menggelarkan bomoh sudah tentu bukan tergolong dalam kumpulan tersebut," tegasnya.

Ikhtiar menggunakan bomoh perlu ditolak walaupun pengamalnya menjadikan potongan ayat atau surah al-Quran sebagai mantera.

"Kalau seseorang itu tiada duit dan dia mengambil ikhtiar mencari duit untuk meneruskan hidup...dia membaca 'Bismillah' ketika membuka pintu untuk mencuri di sebuah rumah dan membaca 'Alhamdulillah' selepas mencuri, tindakannya tetap salah dan hukumnya berdosa," jelasnya, memberi contoh.

Tambah Ustaz Don lagi.

"Dengan apa yang berlaku rakyat Malaysia perlu lebih banyak mendalami ilmu agama kerana kekurangan ilmu dan pegangan agama boleh menyebabkan sesuatu bala atau musibah diturunkan oleh Allah."

Sumber link

Ini lagi celaka: Bomoh Syirik Tak Apa, Solat Hajat Tak Boleh!

Polis mengambil keterangan Ketua Pemuda PAS Selangor sejurus tamat majlis solat hajat dan bacaan yasin di KLIA. Tok moh buat ritual xda plak polis ambil keterangan..
Buat solat hajat dan bacaan yasin mcm salah plak dari segi undang2 dlm malaysia..

Bomoh biol sampai 2 kali bole..sampai masa nk baca yasin sembahyang hajat..amek nama bagai..aku rasa polis yg amik nama keje je..yg arahkan tu biol..
Sumber link

MAS difahamkan telah mengeluarkan kod tango yang bermaksud rampasan pesawat?

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan MAS difahamkan telah mengeluarkan kod tango berhubung kehilangan pesawat MH370 selepas ia gagal dikesan radar pemantau.

Menurut sumber, kod tango digunakan apabila merujuk kepada insiden yang melibatkan perbuatan sabotaj, termasuk rampasan pesawat.

“Syarikat itu memaklumkan kepada petugas di bilik operasinya bahawa kehilangan pesawat MH370 diklasifikasikan dengan kod tango,” kata sumber tersebut.

Setiap syarikat penerbangan difahamkan mempunyai kod berkenaan bagi mengenal pasti ancaman terhadap penerbangan mereka yang difahami oleh semua petugas di seluruh dunia.

Kod tango hanya digunakan dalam situasi cemas yang merujuk kepada perbuatan sabotaj melibatkan penerbangan awam atau komersil.

Seorang pegawai perhubungan media MAS, ketika dihubungi semalam, mengakui pihaknya mengisytiharkan kod itu dalam kes kehilangan MH370, tetapi menafikan ia merujuk pada rampasan pesawat.

Ya kami telah mengisytiharkan kod tango tetapi ia bukan bermaksud rampasan (pesawat). Itu mesej untuk kami meningkatkan lagi tahap keselamatan,” kata pegawai berkenaan./sinarharian-

Seseorang juruterbang hanya akan mengaktifkan kod rahsia 'tango' atau 'charlie' apabila berlaku kecemasan seperti rampasan pesawat di udara.

Ia disahkan juruterbang berpengalaman mengenai isyarat tango yang didakwa diaktifkan oleh juruterbang Kapten Zaharie Shah setelah pesawat MH370 hilang dari radar menara kawalan selepas 40 minit di udara.

"Setiap juruterbang akan diingatkan mengenai isyarat-isyarat ini. Ia hanya boleh diaktifkan jika rampasan dan tidak pernah menjadi mainan mana-mana juruterbang sebelum ini. Ini etika kami sebagai juruterbang," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, pengaktifan kod tersebut untuk memberitahu Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) bahawa pesawat yang dikendalikan dalam masalah dan unit kawalan akan mengambil tindakan selanjutnya.

"Kita mempunyai kod rahsia masing-masing, tetapi tango atau charlie adalah sebagai pengenalan jika berlakunya rampasan," katanya.

Ditanya sama ada isyarat itu dikeluarkan menerusi komunikasi juruterbang dengan menara kawalan atau menerusi butang khas, beliau enggan mendedahkan mekanisme itu kerana maklumat itu sulit.

Katanya, NATCC akan memantau dan beritahu pihak keselamatan selain menghubungi juruterbang untuk arahan seterusnya.

"Hanya dua perkataan itu digunakan sebagai isyarat. Ini perkara serius. Jika benar juruterbang telah mengaktifkan isyarat itu, pasti bukan main-main.

"Dua perkataan itu dikhaskan untuk kes-kes rampasan. Isyarat sama juga digunakan pusat kawalan yang akan menghubungi juruterbang jika berlaku kes seumpama itu," katanya.

Berkaitan kes kehilangan pesawat MH370 yang masuk hari kelima semalam, pelbagai spekulasi ditimbulkan termasuk Kapten Zaharie, juruterbang pesawat itu dikatakan menghidupkan isyarat tango bagi memaklumkan menara kawalan bahawa penerbangannya dalam situasi cemas.

Ia diperkuatkan lagi dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenai empat aspek tumpuan pihak berkuasa mengenai kehilangan pesawat itu, iaitu rampasan, sabotaj, masalah psikologi dan peribadi.
Polis juga tidak menolak kemungkinan berlakunya rampasan ke atas pesawat itu membabitkan perancangan rapi dan berkumpulan./sinarharian 

MALUUU!!! Tajuk suratkhabar di negara Arab "Jalan Terakhir Org2 Malaysia Menyelesaikan Misteri Kehilangan MH370 Adalah Dgn Sihir"

Tajuk suratkhabar di negara Arab - "Jalan Terakhir Org2 Malaysia Menyelesaikan Misteri Kehilangan MH370 Adalah Dgn Sihir".  Malu satu dunia!!
Malu satu dunia!!
Tindakan bomoh tersebut memalukan negara dan wajar disiasat untuk mengetahui siapa yang menjemput bomoh tersebut.

Siapa yang bagi kebenaran buat kerja begitu? Sudahlah khurafat, syirik, dan dibayar, kemudian dipanggil pula media antarabangsa (membuat liputan). Ini semiua kerja-kerja bodoh.
Ini bomoh bodoh 1 Malaysia.

Ini baru betul2 maharaja lawak sedunia (Video dan Gambar)



RAJA BOMOH SEDUNIA KEMBALI LAGI ... KALI INI ADEGAN KARPET TERBANG !!!!  http://omakkau.blogspot.com/2014/03/raja-bomoh-sedunia-kembali-lagi-kali.html

Masa Laksamana Do Re Mi naik tikar terbang ni nyanyi lagu Jepun... bomoh2 ni tau kapal terbang tu kat Jepun ke....? Haisyyy pelik2...
Rakyat Malaysia yg prihatin membantu mencari pesawat MH370 mengikut kaedah raja bomoh...