"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ini sebabnya duta besar Paraguay masuk Islam

Amri Amrullah
(Duta besar Paraguay untuk lima negara Asia, Cecar Estebon Grillon (bersongkok hitam kanan) membaca doa usai membaca dua kalimat syahadat didampingi Menteri Agama RI, Suryadharma Ali saat memutuskan untuk menjadi muallaf di masjid Istiqlal, Jakarta, Jumaat 27/9)
Hidayah adalah rahasia Allah, tidak ada yang mampu menghalanginya. Setidaknya itulah yang diyakini setiap umat Islam.

Hidayah inilah yang dirasakan Duta Besar Republik Paraguay untuk lima negara ASEAN, Cecar Estebon Grillion setelah rasmi menjadi muallaf ketika mengucapkan dua kalimat syahadat usai Sholat Jumat di Masjid Istiqlal, Jakarta, Jumaat, 27 September 2013.

Beliau mengungkapkan bahawa, Islam itu ternyata agama yang indah, mengatur segala sendi kehidupan dan jauh dari seperti yang digambarkan oleh kelompok tertentu.

Ketertarikannya terhadap Islam muncul begitu saja dan tidak pernah disangka-sangka. Awalnya Cecar hanya berpendapat, kalau memang Tuhan itu ada, bagaimana mungkin nama-nama Tuhan itu berbeza-beza.

Cecar pun mulai mempelajari dan membaca bahawa sebenarnya ada kesamaan nama-nama Tuhan dari agama yang diturunkan dari keluarga Nabi Ibrahim AS.

Sejak awal dia berpendapat bahwa Tuhan itu maha kuasa dan esa. Ini sesuai dengan konsep asli agama-agama keturunan Ibrahim. Dan itu terlihat bagaimana nama-nama Tuhan dalam agama Ibrahim.

"Dalam Yahudi Tuhan disebut Elohim, dalam Kristien disebut Alah dan di Islam disebut Allah," ujarnya yang di dampingi calon istrinya Yulie Setyohadi, sebagai penterjemah.

Belakangan ini Cecar benar-benar memahami hanya Islam yang secara tegas mendeklarasikan bahwa Allah itu satu dan tidak ada tandingan atau keturunan yang dapat menandinginya.

"Dari sinilah ketertarikannya terhadap Islam," ujar Yulie kepada Republika. Setelah menyampaikan ketertarikannya tersebut, Cecar pun memutuskan untuk mempelajari Islam lebih mendalam.

Yulie memastikan keinginan calon suaminya mencari hidayah itu bukan kerana paksaan dari dirinya atau hanya kerana alasan pernikahan.

Keseriusan Cecar mendalami Islam ini terlihat ketika dia memutuskan mengenal Islam dari tokoh besar Islam Indonesia, Profesor KH Quraisy Shihab dan dibimbing juga oleh Imam Besar Masjid Istiqlal, KH Ali Mustafa Yaqub.

Imam Besar Masjid Istiqlal, KH. Ali Mustafa Yaqub mengatakan, sejak awal sudah terlihat keseriusan Cesar untuk memperdalam Islam. Keseriusannya ini pun ditunjukkan dengan menghafal bacaan dua kalimat syahadat. "Dia sebenarnya sudah bersyahadat, dengan berusaha menghafal berkali kalimat syahadat itu," katanya.

Ini terlihat ketika pengucapan syahadat di Istiqlal, Cecar tidak menghadapi masalah dalam pengucapan. Menurut Ali, inilah hidayah Allah yang diberikan kepada Cecar, Duta Besar Republik Paraguay untuk Indonesia dan lima negara ASEAN lain. "Hidayah ini tidak mampu ditolak dan dihalangi, kerana ini keajaiban yang diberikan Allah," tegasnya.
http://www.republika.co.id

Isteri Mat Yo mohon maaf

KUALA LUMPUR: Ekoran tersebarnya video kontroversi membabitkan dirinya, suami dan seorang pengawal keselamatan yang menimbulkan kemarahan awam, isteri Mat Yo akhirnya tampil memohon maaf.

"Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya dipetik Berita Harian, hari ini.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.

“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.

Kenalkah engkau perempuan ini?

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Wahai anakku,
Sentiasalah berlapang dada dengan teguran seseorang padamu, kerana setiap teguran akan menjadi permata yang sangat berharga seandainya kamu menerimanya sebagai satu nasihat. Seandainya kamu tidak melakukan apa yang dinyatakan itu, maka jadilah ia pedoman masa depanmu, dan sekiranya nasihat itu benar, ambillah ia sebagai sesuatu yang bernilai.

Wahai anakku,
Suatu hari Khalifah Umar al-Khattab keluar bersama al-Jarud bin al-Abdi. Tiba- tiba muncullah seorang wanita tua, memberi salam kepada Saidina Umar, lalu salamnya dijawab oleh Saidina Umar. Wanita itu memohon agar Saidina Umar memperlahankan perjalanannya bagi memberi peluang ia berbicara dengan Saidina Umar.

"Wahai Umar aku telah mengenalimu sejak namamu dahulu masih Umair (Umar sewaktu kecil) tatkala engkau berada di pasar Ukazh engkau mengembala kambing dengan tongkatmu, kemudian berlalulah hari demi hari sehingga kamu dikenali dengan panggilan Amirul Mukminin, maka bertakwalah kepada Allah SWT mengenai hal rakyatmu…”

Mendengar kata-kata wanita itu, lalu al-Jarud bin al-Abdi menegur wanita itu, "Kamu telah lama bercakap-cakap dengan Amirul Mukminin wahai wanita tua."

Mendengar kata- kata itu, Saidina Umar menegur al-Jarud, “Kenalkah kamu siapa wanita ini. Inilah Al-Khaulah binti Hakim. Biarlah dia berbicara, kerana Allah mendengar aduan dan bicaranya, sesungguhnya Umar lebih layak mendengar kata-katanya."

(Aduan al-Khaulah didengari oleh Allah sehingga turun wahyu surah al-Mujaadalah – surah ini mengandungi 22 ayat : "Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat."- Surah al-Mujadalah : ayat 1)

Wahai anakku,
Ambillah kisah ini sebagai suatu panduan bagimu, kerana engkau tidak sebaik Umar al-Khattab dan jauh daripada al-Khaulah yang aduannya dijawab oleh Allah. Namun kemuliaan itu akan tetap ada pada sesiapa sahaja, selagimana ia sedia berlapang dada dengan nasihat dan teguran.

Wahai anakku,
Syaitan akan berusaha agar engkau memandang rendah kepada mereka yang menegurmu, tambahan pula andainya yang menegurmu itu lebih rendah darjat dan ilmu darimu. Awasilah kesombongan dan egomu, kerana mereka yang sombong tidak akan mendengar segala teguran, apa lagi untuk menerimanya.

Wahai anakku,
Engkau akan selamat selagi mana kamu menyedari hakikat ini. Bersabar sedikit dari kesakitan di dunia ini, kerana kesakitan dan deritanya tidak kekal. Sedang akhirat yang akan kamu tempuhi adalah alam yang lebih baik dan lebih kekal.

Senyum. Salam Jumaat.

Gambar dan punca isteri Matyo maki hamun Pengawal Keselamatan

Blog plbgaimacam.blogspot.com

Penyebaran sebuah video yang memaparkan isteri Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo) iaitu Shahrul Aisya memaki hamun seorang pengawal keselamatan telah menggemparkan seluruh peminat bolasepak tanahair.

Video berkenaan dimuatnaik semalam menerusi laman Youtube oleh seorang individu yang dirahsiakan identitinya. Ekoran itu, Shahrul telah dikritik dan dikutuk teruk orang ramai. Rata-rata komen peminat tidak senang dengan tindakan tersebut dan meminta Mat Yo agar menceraikannya.

Kemarahan isteri bekas penyerang Kelantan itu dikatakan berpunca daripada tindakan seorang pengawal keselamatan menegurnya kerana meletakkan kenderaan di tempat yang salah. Untuk lebih jelas dan lanjut korang saksikan sendiri video penuh
Saya sudah serahkan kes ini kepada polis= Bini Mat Yo
Subang Jaya: “Saya sudah serahkan kes ini kepada polis dan atas nasihat peguam, saya tidak boleh buat apa-apa komen.” Itu kata Siti Aisya Adam, 24, isteri penyerang bola sepak kebangsaan Nor Shahrul Idlan Talaha, 27, atau lebih mesra dengan panggilan Mat Yo.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Harian Metro semalam untuk mendapat penjelasan berhubung klip video dia bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan yang tersebar dengan meluas di Internet sejak malam kelmarin.

Difahamkan, adegan pertengkaran Siti Aisya dengan pengawal keselamatan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTAAS) Subang, di sini, berlaku di pekarangan lapangan terbang berkenaan pada 12 September lalu.

Sehingga jam 7 malam semalam, rakaman video berdurasi 55 saat itu ditonton hampir 100,000 pelayar Internet di laman YouTube, selain menjadi topik hangat di laman sosial facebook (FB), malah ada pihak yang turut membuat video parodi (meniru secara mengejek) isteri Mat Yo.
Foto
AZMAN menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
Ketika ditanya kepada Siti Aisya, sama ada dia memuat naik rakaman video pertengkaran itu ke Internet, dia enggan mengakui atau menafikannya./hmetro

Antara Pasukan Wawasan dengan Pasukan Trio

Zabidi Saidi
PETALING JAYA: Semalam calon Naib Presiden Umno, Datuk Mukhriz Mahathir membidas Pasukan Trio yang dilihat berpakat mahu mengekalkan kedudukan masing-masing semasa pemilihan parti Oktober depan.

Pasukan Trio yang dimaksudkan oleh Menteri Besar Kedah itu ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi- (1,592 undi)

Datuk Seri Hishamuddin Hussein (1,515 undi) -Datuk Seri Shafie Apdal (1,445 undi).

Pasukan Trio itu menang pada tahun 2009 mengalahkan lima calon lain, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (1,397 undi), Tan Sri Dr Rais Yatim (491 undi), Tan Sri Isa Samad (432 undi), Tan Sri Syed Hamid Albar (410 undi) dan Tan Sri Rahim Tamby Chik (192 undi).

Kali ini Pasukan Trio itu berhadapan dengan tiga calon lain iaitu Mukhriz, Isa Samad dan Datuk Seri Ali Rustam.

Kesepakatan

Menurut Mukhriz, kesepakatan itu jelas tidak mempamerkan amalan demokrasi yang dikehendaki parti.

Katanya, beri peluang kepada perwakilan untuk menentukan siapa yang layak jadi Naib Presiden Umno.

Mampukah Pasukan Trio ini menang? Kebetulan mereka bertiga adalah menteri pusat (Menteri Dalam negeri, Menteri Pertahanan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar). Maka kelebihan ini ada pada mereka untuk menjelajah seluruh negara dengan mengadakan program kementerian masing-masing sedangkan Mukhriz adalah Menteri Besar Kedah manakala Isa dan Ali bukannya menteri.

Tetapi sebagai Pengerusi FELDA, Isa ada kelebihan untuk melawat bahagian-bahagian yang ada kawasan FELDA. Begitu juga Ali yang dilantik Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bebas bergerak ke seluruh Malaysia walaupun beliau bukan menteri.

Pergerakan Mukhriz agak terhad kerana dia kena jaga Kedah tetapi kita harus ingat jika beliau dapat sokongan Kelab Menteri Besar maka peluang Mukhriz untuk menang adalah cerah, Tentu kita masih ingat Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad menang jawatan Naib Presiden Umno pada tahun 1984 kerana mewakili Kelab Menteri Besar.

Menaja

Bercakap tentang Pasukan Trio ini, kita teringat kepada Pasukan Wawasan yang dibentuk pada pemilihan 1993. Ketika itu calon Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim menaja Pasukan Wawasan untuk jawatan Naib Presiden Umno iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Arus Pasukan Wawasan begitu kuat menyebabkan dua penyandang jawatan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Tan Sri Sanusi Junid kalah pada pertandingan Naib Presiden tahun 1993 itu.

Adakah Pasukan Trio sekuat Pasukan Wawasan? Mampukah Pasukan Trio ini mempertahankan jawatan? Kita tentu masih ingat sekuat-kuat Pasukan Wawasan akhirnya pasukan itu pecah pada tahun 1996 apabila Muhyiddin tewas. Dua orang ahli Pasukan Wawasan sahaja yang berjaya iaitu Najib dan Muhammad apabila Pak Lah yang bukan dari pasukan tersebut berjaya mengalahkan Muhyiddin.

Mampukah Mukhriz mengalahkan salah seorang dari Pasukan Trio ini? Siapa yang terpelanting di antara Zahid-Hishamuddin-Shafie jika Mukhriz menang? Kalau perwakilan mahu Naib Presiden yang muda, mungkin Zahid yang sudah berumur 60 tahun itu akan tersingkir (Hishamuddin-Shafie-Mukhriz).

Tetapi kalau perwakilan beri satu tempat untuk seorang dari Sabah, maka yang tersingkir sudah pasti Hishamuddin. (Zahid-Shafie-Mukhriz) tetapi kalau berdasarkan prestasi, mungkin yang tersingkir adalah Shafie (Zahid-Hishamudin-Mukhriz).

Tembok

Jika Mukhriz berjaya menembusi tembok Pasukan Trio ini, tidak mustahil Ali yang popular itu mendapat tempat juga sebagai Naib Presiden Umno. Jika kombinasi ini berlaku, yang menang adalah Zahid-Mukhriz-Ali manakala dua calon Pasukan Trio yang kalah ialah Hishamuddin dan Shafie.

Benarkah Najib mahu Pasukan Trio dikekalkan? Jika benar, kita akan lihat pertembungan di antara pengaruh Najib dengan pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu melihat Mukhriz menang. Terpulang kepada 146,000 orang perwakilan untuk membuat keputusan.

Hilang zakar kerana Viagra

COLOMBIA - Gara-gara mengambil dos Viagra secara berlebihan untuk menarik perhatian teman wanitanya, seorang bekas ahli politik menerima padah selepas doktor terpaksa memotong zakarnya.

Hasil pemeriksaan doktor di sebuah hospital di Neiva mendapati zakar bekas ahli politik dari Gigante berumur 66 tahun itu telah patah dan mengalami keradangan.

Difahamkan, prosedur itu terpaksa dilakukan kerana mangsa mengalami ereksi selama beberapa hari akibat ubat kuat tersebut.

Doktor juga mengesahkan keadaan kesihatan lelaki tersebut semakin pulih selepas menjalani pembedahan itu, dipetik dari laporan DailyMail.

Subhanallah! Mayat Wanita Solehah Masih Elok Harum Walaupun Sudah 19 Tahun Dikebumikan

Blog billyinfo
Mayat seorang wanita di Tuban, Jawa Timur masih utuh dan mengeluarkan bau harum ketika kuburnya digali semula untuk dipindahkan, walaupun sudah 19 tahun dikebumikan di situ. kubur itu digali semula bersama 16 kubur lain dalam rangka perluasan masjid.

Jasad yang utuh tersebut adalah jasad Siti Masrinah, warga Kampung Penambang, Semanding, Daerah Tuban di Indonesia. Siti Masrinah yang dilahirkan pada 1913 itu meninggal dunia pada 1994 dan dimakamkan di kawasan perkuburan di Desa Bejagung

Menurut ahli keluarganya, semasa hidup Siti Masrinah merupakan seorang wanita yang sabar dan rajin beribadah. Dia juga menyayangi anak yatim dan tidak keberatan mendermakan sebahagian hartanya untuk membantu anak yatim dan jiran tetangga di kampungnya.

Ha...ha..ha.. Pemuda PAS Selangor tergolek dog kena flying kick MB Selangor

MB S'gor mahu Pemuda PAS pilih bola atau masjid

NONEJika semalam mengkritik kekurangan penajaan sukan bola sepak negeri oleh syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI), hari ini menteri besar sendiri mahu pertubuhan itu membuat pilihan di antara "masjid atau bola".
Cabaran itu dilontarkan Tan Sri Khalid Ibrahim sewaktu mengulas dakwaan kekurangan penajaan MBI menyebabkan beberapa pemain bintang dalam pasukan Selangor dipancing pasukan lain.

"Saya dapati jumlah peruntukan yang diberikan, kalau rakan-rakan Pemuda PAS berminat (hendak tahu), tiap-tiap tahun kita mempunyai peruntukan untuk membiayai bola sepak melebihi pembinaan satu masjid.

"Bererti tiap-tiap tahun kita guna melebihi RM7 juta. Maknanya, adakah (Pemuda) PAS berminat untuk kita buat masjid atau pun menggalakkan bola sepak?

"Jadi kita kena buat pilihan," katanya kepada Malaysiakini tengah hari ini.

Khalid ditemui selepas menghadiri Majlis Dialog Belanjawan 2014 di Subang Jaya.

Semalam Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamzan mengkritik kekurangan penajaan MBI sehingga menyebabkan pemain seperti Amri Yahyah, Norazlan Razali, Mahalli Jasuli dan Asraruddin Putra Omar cuba dipikat Kelab Johor Darul Takzim dengan tawaran gaji yang lumayan.

Mohd Sany berkata kegagalan penaja menyalurkan penajaan akan menyebabkan pemain senior dan berbakat negeri itu berhijrah dan dibimbangi akan menyebabkan pasukan "gergasi bola sepak negara suatu ketika dahulu menjadi lesu dan tidak bermaya".

Selangor sehingga kini berjaya memenangi 32 gelaran juara Piala Malaysia, tujuh gelaran juara liga divisyen 1, dua gelaran juara liga divisyen 2, lima gelaran juara Piala FA Malaysia, dan lapan gelaran juara perlawanan sumbangsih atau Perisai Sultan Haji Ahmad Shah.

Ia sekali gus menjadikan Selangor satu-satunya pasukan yang paling banyak menjuarai piala kejohanan tempatan.

MBI adalah penaja utama pasukan Selangor.

Gambar yang buat Ibrahim Ali naik angin!!

laniismaa
Presiden Perkasa, Ibrahim Ali naik angin apabila Pemimpin PAS Kedah, Fadzil Baharom hadir ke tokong Wat That Thong di Bangkok bagi memberi penghormatan kepada mendiang Chin Peng kira-kira jam 7 petang semalam.

Fadzil menegaskan kehadirannya bukanlah mewakili PAS atau PKR tetapi atas keinginannya sendiri.

Ibrahim Ali berkata tindakan tersebut kerana nak meraih undi Cina.

“Ini semua politik dan untuk meraih undi pengundi Cina terutama bekas ahli PKM. Chin Peng ini manusia kufur. Bagaimana pemimpin PAS yang beragama Islam ini boleh memberi penghormatan kepada pemimpin kafir seperti Chin Peng?” kata Ibrahim Ali kepada The Malaysian Insider.

Itu kerana pemimpin PAS yang pergi, kalau pemimpin Umno yang pergi nadanya tentu tak sebegitu!!. Ibrahim Ali juga menyelarkan Mat Sabu kerana kenyataan sebelum ini.

“Sejarah Abu Jahal di Mekah dan Firaun di Mesir berbeza dengan Chin Peng. Apakah Mat Sabu tidak mengetahui sejarah Islam? Chin Peng bukan warganegara Malaysia dan telah membunuh ramai askar Melayu Islam.

“Selepas peristiwa pembukaan Mekah, Allah dan Rasul melarang orang kafir memasuki Mekah. Besar implikasinya. Ramai lagi orang kafir mati di Mekah tetapi Rasullulah SAW tidak memberi penghormatan malah berdoa untuk orang kafir,” katanya.
Fadzil_Baharom_PAS_Chin_Peng
Gambar : Fadzil Baharom, dua dari kanan. - Resipi

7 rombongan iblis ketika sakaratul maut

ustazharidrus.blogspot.com
Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan: Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1

Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2

Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3

Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4

Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya.

Rombongan 5

Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.” Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6

Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.” Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.” Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?”

Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.” Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi. Berkata Iblis: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.” Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.” Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7

Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.” Iblis Dengan Ahli Neraka

DALAM sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api, dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis itu dengan tali dari api. Kemudian dikatakan kepada Iblis laknat: “Wahai Iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka.” Setelah Iblis menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan berkata: “Wahai para penghuni neraka.” Semua orang yang berada dalam neraka mendengar akan ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka iaitu Iblis. Kata Iblis: “Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau dan akan dihisab dan akan menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa’ir.” Berkata Iblis lagi: “Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu semua. akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah dari kamu sendiri, kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat.” Berkata Iblis lagi: “Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah SWT sedangkan dia Allah yang menciptakan segala sesuatu?” Akhirnya Iblis berkata: “Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari seksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan Tuhan seru sekalian Alam.”

Setelah mereka (ahli neraka) mendengar kata-kata Iblis itu maka mereka melaknati Iblis itu. Setelah itu Iblis dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah, dia kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya dalam neraka. Malaikat Zabaniah berkata: “Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalam buat selama-lamanya.” Janganlah kita menjadi orang yang bodoh apabila kita tahu bahawa Iblis itu hanya menipu kita, Iblis itu adalah musuh ketat kita. Oleh itu janganlah sekali-kali kita ikut menjadi ahli keluarganya, selagi kita bernafas cepatlah kita kembali ke pangkal jalan kalau nafas sudah berhenti maka segala-galanya tidak berguna lagi. Mereka yang takut kepada Allah SWT adalah orang yang akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat, oleh itu sembahlah hanya kepada Allah. Orang yang takut kepada Allah SWT adalah mereka ini disebut orang yang amanah, orang yang bersopan santun, orang yang menganggap semua orang Islam itu sebagai saudaranya. Mereka yang mencabar kekuasaan Allah SWT dengan berketuakan Iblis dan Syaitan adalah mereka ini dikenali sebagai kaki bohong, kaki pencuri, kaki judi, kaki arak, kaki dadah dan sebagainya. bagi mereka ini setiap yang sama dengan mereka adalah ahli atau kakitangan Iblis. Kerja mereka adalah menjatuhkan maruah mereka sendiri dan menghancurkan Islam.

waallahua'alam

Pelarasan kenaikan gaji baru 2013/2014 kakitangan awam

Blog beritaterkini.my
Pelarasan kenaikan gaji baru 2013/2014 kakitangan awam : Jikalau sebelum ini iaitu sekitar bulan Julai 2013 tempoh hari, kalangan kakitangan kerajaan telah pun menikmati & menerima Kenaikan Gaji Tahunan yang baru (KLIK SINI)

Dan berita gembira buat 1.4 juta kakitangan awam tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Ini kerana…. Pelarasan Gaji : Gaji Baru Naik Berkuatkuasa Seawal Disember 2013?

Berita ini, baru Berita Semasa perolehi langsung daripada Putrajaya sebentar tadi.

Berdasarkan maklumat yang pihak Berita Semasa terima melalui salah seorang panel yang menjadi wakil bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah terlibat secara langsung dalam pelarasan gaji baru kakitangan awam kali ini memaklumkan akan ada berita gembira sekitar 3 bulan daripada sekarang di mana pengiraan untuk pelarasan gaji baru telah pun dijalankan dan dijangka akan mula dikuatkuasakan sekitar bulan 12 (Disember 2013) ataupun awal tahun 2014. Sama-sama kita nantikan.

Apa respon balas anda pula terutamanya kalangan penjawat & kakitangan awam di Malaysia?

Seorang lagi menteri kena belasah Dr Maza



http://naimnikmat.blogspot.com

Berita pelik dari penjara Mesir, satu keajaiban

Ikhwanisasi Penjara
Kini 50 ribu pendokong anti-kudeta mengisi penjara-penjara Mesir atas alasan tangkapan yang berbagai dan suka-suka dari pihak tentera Mesir.

Tragisnya, tahanan politik Ikhwan dan anti-kudeta ditempatkan di penjara jenayah berat. Dicampur dengan tahanan kes-kes jenayah rompakan, rogol, dadah, pembunuhan dan lain-lain. Tujuannya, anggota Ikhwan ini diseksa secara mental dan fizikal.

Namun keajaiban terjadi. Baru sebulan sahaja tahanan kes jenayah ini dicampurkan dengan tahanan politik Ikhwan, para penjaga dan ketua penjara mengeluh, "Tahanan jenayah terikut-ikut kebiasaan Ikhwan iaitu tilawah Quran, solat malam, tahajjud, puasa". Keanehan ini juga terlihat apabila pelawat datang, para tahanan jenayah ini meminta mushaf Quran, sejadah, pakaian untuk shalat, dan tasbih. MaasyaAllah.

Kini penjara Mesir terjadi Ikhwanisasi. Sebahagian berbahagia Ikhwan ditekan, padahal Ikhwan adalah "madrasah(tempat didikan)". Nyawa boleh dimatikan dengan peluru atau buldozer, tapi fikrah itu tak akan pernah mati.

*gambar menunjukkan para Ikhwan solat berjemaah di dalam penjara Turrah (salah satu penjara di Mesir) suatu ketika dahulu
Sumber: Islamedia

DS Mohammad Nizar Jamaluddin ada pertalian kekeluargaan dengan Chin Peng?

Shuhaniza Said

TAIPING: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan pihak tertentu yang mengaitkan dirinya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Sambil berseloroh, beliau 'menawarkan' DNA miliknya untuk dibandingkan dengan DNA milik bekas pemimpin pengganas tersebut bagi membuktikan tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali.

"Ini merupakan satu fitnah yang amat dahsyat kepada diri saya sendiri. Dan saya cabar mereka kalau mereka boleh buktikan dalam konteks DNA, ambillah DNA saya dan periksalah DNA daripada debu-debu Chin Peng sama ada saya ada perhubungan tali kekeluargaan.. Saya pun nak tahu juga.

"Tapi kita sebenarnya satu keturunan. Itu saja. Saya menafikan sekeras-kerasnya.. Kalau mereka buktikan dengan DNA, saya boleh buat pertimbangan semula," katanya sambil tersenyum.

Baru-baru ini, beberapa buah blog mendakwa Adun Changkat Jering itu mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Chin Peng, di mana ibunya dikatakan merupakan sepupu kepada bekas pemimpin pengganas itu.

Memetik dakwaan sebuah blog, Kulaan Niring (http://kulaanniring.blogspot.com), Chin Peng juga adalah bapa saudara kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

Nga sebelum ini turut menafikan dakwaan tersebut.-antarapos

Pergi Makan Kenduri Pun Mahathir Guna Jet Kerajaan? (gambar)

Selama ini aku sangka hanya macai-macai UMNO yang sering menjadikan harta-harta Kerajaan sebagai harta Mak Bapak mereka.. rupa-rupanya sangkaan aku meleset..

Bukan sahaja macai-macai UMNO yang besikap begitu rupanya.. tetapi pemimpin mereka juga sama..

Kurang pasti adakah ini satu keistimewaan yang diberikan terhadap individu yang telah dianugerahkan gelaran Tun atau kerana sudah biasa menggunakan harta Kerajaan sebagai harta sendiri.

Menurut sahabat yang mengirimkan gambar-gambar ini, ianya telah dirakam di Ipoh, Perak semalam (21/9/2013).

Tun Mahathir yang telah bersara dari jawatan Perdana Menteri telah mendarat di Perak bersama isterinya Tun Siti Hasmah bagi menghadiri kenduri kahwin.

Oleh kerana jet tersebut milik Kerajaan Malaysia, sudah tentu segala kos yang terlibat untuk menerbangkan Tun bersama isterinya ditanggung sepenuhnya oleh pembayar cukai.

Malah untuk menyambut ketibaan mereka berdua, kakitangan kerajaan yang terdiri dari Pegawai PTD telah dikerah untuk hadir beramai-ramai menyambut ketibaannya..

Mungkin benar telahan orang ramai bahawa Tun Mahathir telah dilantik sebagai '"Senior Minister" sepertimana yang telah dilakukan oleh pihak SIngapura terhadap Lee Kwan Yew secara senyap...

Menurut sahabat yang mengirimkan gambar-gambar ini lagi.. Layanan yang sama tidak diberikan kepada Pak Lah tetapi hana Tun Mahathir dan Siti Hasmah saja yang diberi keistimewaan ini..
Sikit info mengenai gelaran 'Tun'

Tun ialah anugerah gelaran tertinggi di Malaysia yang hanya boleh dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong yang setaraf dengan gelaran "Lord" di United Kingdom.

Penerima anugerah ini akan menerima Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Darjah Seri Setia Mahkota (SSM).

Anugerah ini dihadkan hanya kepada 25 orang penerima sahaja, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

Kebanyakan penerima anuegrah ini adalah pemimpin negara yang telah banyak menaburkan jasa kepada negara seperi Perdana Menteri.

Penerima kedua-dua anugerah tersebut membawa gelaran 'Tun' dan isteri penyandang bergelar 'Toh Puan'.

Posted & copy by Rakyat Marhaen 
-tranungkite-

Beli apartmen mewah London dengan duit Felda

Shirzad Lifeboat 
LEBIH kerap dari tidak, kematian dalam Umno tidak membawa makna kepada sesetengah orang. Ambil sahaja Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Setelah dikenakan tindakan disiplin kerana ‘politik wang’, istilah suam kuku Umno bagi amalan merasuah perwakilan di perhimpunan agung bagi memilih jawatankuasa tertinggi parti, Isa kembali mencuri perhatian media.

Selanjutnya, apa juga kesalahan dalam Umno tidak kira sebesar mana sekalipun, tidak akan memadamkan peluang seseorang untuk kembali hidup dan mencapai kedudukan dalam parti dan seterusnya dalam kerajaan.

Justeru kenyataan klasik bekas Presidennya, ‘Melayu mudah lupa’ cukup relevan untuk ahli serta pemimpin Umno. Hal seperti ini mengingatkan kita kepada kenyataan seorang penulis politik veteran ketika menyindir orang Umno dalam buku-buku tulisan beliau betapa orang Melayu (dibaca orang Umno) mempunyai ingatan singkat atau ‘short memory’.

Tahun 2009 membuktikan hal ini apabila Isa yang dikenakan tindakan penggantungan keahlian selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008) dipanggil untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Walaupun pencalonan beliau mendapat kritikan dari sesetengah pemimpin Umno sendiri, Najib mempunyai sebab tersendiri yang hanya diketahui oleh dirinya dalam memilih Isa sebagai calon walaupun tindakan penggantungan bagi seseorang yang telah menjadi Menteri Besar selama 22 tahun (April 1982 hingga Mac 2004) mencerminkan keseriusan kesalahan yang dilakukan sekaligus tidak lagi layak untuk diletakkan kepercayaan untuk menjawat sesuatu jawatan awam.

Kemenangan Isa di Bagan Pinang menyuntikkan nyawa baru dalam hayat politik beliau. Walaupun Najib berhati-hati tidak meletakkan Isa kembali ke kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan, namun Perdana Menteri memeranjatkan semua apabila melantik Isa selaku Pengerusi Felda.

Maka setelah dihidupkan semula dari kematian politik apabila terpilih dan muncul sebagai seorang Adun, perlantikannya selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, satu-satunya skim pra-Merdeka (Felda ditubuhkan pada 1956) bagi menangani penempatan semula penduduk miskin luar bandar ke kawasan-kawasan baru dibangunkan bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka dengan tumpuan khas diberikan untuk tanaman kontan.

Begitulah sejarahnya. Namun, sementara umum tidak begitu pasti apakah ekonomi di peringkat rakyat yang bernaung di bawah Felda telah meningkat berkali ganda, atau sebaliknya beranjak secara marginal, namun apa yang pasti, badan yang diamanahkan untuk menghapuskan kemiskinan mereka kini sudah menjadi pemain besar dalam dunia korporat.

Benar sebelum ini Felda membuat pelaburan di sana sini dalam bidang bersabit aktiviti terasnya. Tapi sejak Isa mengambil alih tampuk kuasa pengurusan tertingginya, Felda seolah-olah muncul sebagai sebuah lagi penyerang korporat Malaysia dengan mimpi besar.

Tidak lama dulu, dengan dilatarbelakangi pelbagai bantahan dan dari pelbagai pihak, Isa meneruskan keputusannya mengapungkan saham Felda menerusi penubuhan Felda Global Ventures Holdings.

Kini, Isa meneruskan pencapaian mimpi beliau sebagai ‘corporate raider’ apabila beberapa hari lalu Felda memeterai pembelian Grand Plaza Serviced Apartments di kawasan Bayswater, London. Menurut laporan sebuah akhbar bisnes tempatan, bangunan plaza mengandungi 198 unit apartment itu dibeli oleh Felda pada harga STG98 juta (RM499.8 juta).

Banyak pemerhati menganggap pembelian hartanah di ibu negara United Kingdom ini adalah sebahagian daripada aktiviti membeli belah yang dilakukan oleh Felda di bawah Isa. Bulan lalu Felda menguasai saham Idris Corp Bhd pada kos RM110 juta. Dan sebelum itu, Felda juga telah membeli Grand Borneo Hotel di Kota Kinabalu.

Kurang pasti bagaimana pelaburan ala-korporat ini akan memberikan pulangan setimpal ke atas modal Felda yang telah dikeluarkan dan bagaimana pula ia akhirnya dapat memenuhi aspirasi asal badan tersebut bagi menaikkan taraf ekonomi golongan miskin yang disasarkan menerusi skim ini.

Namun lebih kepada perwatakan seorang ahli politik berbanding penyerang korporat tulen, sudah tentu Isa mempunyai jawapan kepada setiap soalan yang bakal dikemukakan.

16 fakta beza dua Menteri Besar Kedah

Azamin Amin

Sudah lebih 100 hari usia pentadbiran BN Kedah dan Dato' Mukhriz Mahathir menjawat Menteri Besar Kedah namun, rakyat negeri sudah bercerita kelainan corak pentadbirannya berbanding Kerajaan Pakatan Rakyat. Sama ada mengorak langkah melawan arus atau melakukan pembaharuan, hanya rakyat bijak menilai.

Kontroversi dan sensasi, mula tercetus sejak Mukhriz mengangkat sumpah 6 Mei lalu, mencacatkan BN Kedah dengan perilaku dan tindakan melulu serta terburu-buru dalam membuat sesuatu. Bermula dari hal peribadi sehinggalah kepada pentadbiran kerajaan negeri, pendedahan mula membuka mata semua.

Berikut antara 16 fakta, membezakan dua Menteri Besar Kedah antara kerajaan BN dan kerajaan Pakatan Rakyat. Pendedahan ini, merupakan antara senarai panjang yang hangat diperkatakan sehingga hari ini:

1. 14 hari dilantik menjadi Menteri Besar Kedah, Mukhriz bersama isteri dan anak bercuti ke London yang mana tiket penerbangan dibayar oleh Pejabat Menteri Besar Kedah berbanding Tan Sri Ustaz Azizan Razak, hanya ke luar negara setelah tiga tahun memerintah dan ianya atas urusan rasmi.

2. Menangguhkan tarikh angkat sumpah ADUN di Sidang DUN, yang mana surat rasmi telah dikeluarkan. Penangguhan atas urusan peribadi iaitu bercuti ke London.

3. Menyewa bot ekslusif ke Langkawi bertarikh 2 Jun 2013 untuk hadir Program LADA berbanding Ustaz Azizan sepanjang pentadbiran hanya menaiki feri biasa yang dinaiki orang awam. Raja Permaisuri Agong juga menaiki feri biasa untuk tujuan rasmi.

4.Memberi arahan menukar segera Perabot dan pinggan mangkuk baru di Kediaman Rasmi Seri Mentaloon berbanding Ustaz Azizan yang mengekalkan bagi tujuan berjimat cermat.

5.Memberi hadiah pen berjenama mahal kepada lebih 100 pegawai kerajaan negeri (KSC) seminggu selepas menjadi MB berbanding berbanding Ustaz Azizan yang mahu mengelakkan pembaziran.

6.Semua pegawai khas Mukhriz disediakan pemandu khas oleh pejabat MB berbanding Pakatan Rakyat, yang mana pegawai khas Ustaz Azizan hanya memandu sendiri kenderaan, walaupun atas urusan rasmi.

7.Mahu menjual dan mengakji semula keperluan Kampus Tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) serta mengurangkan subjek pengajian setelah tiga tahun dibina kerajaan Pakatan Rakyat bagi menampung keperluan 7,000 pelajar yang mengikuti 47 bidang pengajian.KUIN juga telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

8.Menangguhkan pembinaan Pusat Tahfiz Sains, Pulau Tuba sedangkan tanah, kelulusan telah diberikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang berusaha menambahbaik dan menumpukan pembangunan modal insan dan kecemerlangan pendidikan.

9. Memalukan pegawai KCS yang telah hadir raptai angkat sumpah sebagai Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri, dengan menukar nama lain di saat hari berlangsungnya acara rasmi.

10. Mendapat teguran selama 1 jam di Istana Anak Bukit oleh salah seorang Jemaah Pemangku Sultan Kedah atas insiden memalukan pegawai KCS tersebut.

11.Membeli kain berharga RM15,000 di salah sebuah gedung pakaian pada 12 Jun 2013 berbanding Ustaz Azizan yang adakalanya membeli baju di sebuah kedai Cina dengan harga RM19.00 sahaja.

12.Mukhriz ingin meneruskan projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) berbanding Ustaz Azizan yang menangguhkan sebaik angkat sumpah MB kerana mahu menyelamatkan tanah dan rumah penduduk kawasan tersebut yang dianggarkan lebih 1,000 kediaman akan terlibat.

13.Melarang dan tidak membenarkan Pakatan Rakyat menggunakan Stadium bagi tujuan perhimpunan sedangkan ketika Pakatan Rakyat memerintah, kebenaran diberikan kepada BN yang turut dihadiri oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN.

14. Kuliah agama pertama di Dewan Seri Mentaloon, sebaik Mukhriz angkat sumpah hanya di hadiri 30 orang sahaja dan Kem Modal Insan yang memberi latihan untuk anak-anak bersolat dan memahami agama yang mana yurannya hanya RM20.00 sahaja tidak diteruskan oleh kerajaan BN. Termasuklah pemberian skim Kafalah untuk golongan miskin yang berlaku kematian.

15. Mukhriz membelanja sejumlah RM200,000.00 wang kerajaan negeri untuk kediaman bapanya di Titi Gajah bagi kegunaan dirinya.

16.Seramai 268 kakitangan anak syarikat KUIN sehingga Ogos ini, sudah empat bulan gaji mereka tidak dibayar

Panas!! Bekas pegawai tentera udara pergi ke Bangkok memberikan penghormatan terakhir kepada Chin Peng.

Bekas pegawai tentera udara, yang hilang seorang kawan dalam tragedi Gubir 1967 selepas komunis menembak jatuh helikopter Nuri di Perak, berkata Chin Peng patut diperakui mempunyai peranan dalam gerakan kemerdekaan.

"Apabila kamu berlawan, kamu berkhidmat kepada negara kamu dan kamu menyerang apabila diserang.

"Tetapi kemudian, apabila saya membaca mengenainya, saya faham beliau melawan Jepun, beliau melawan British, jadi beliau melawan untuk negara ini juga," katanya.

Ditemui di majlis perkabungan setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) di Bangkok pada Sabtu, pegawai tentera yang enggan dinamakan itu berkata, atas sebab itu beliau hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Chin Peng.

"Perjanjian damai sudah ditandatangani. Biarkan begitu. Saya di sini untuk memberikan penghormatan kepada seorang rakyat Malaysia.

"Sekarang abunya juga tidak dibenarkan kerajaan. Apa yang abunya boleh buat?" soalnya.

Kerajaan tidak membenarkan Chin Peng tinggal di Malaysia atas alasan bukan warganegara negara ini dan tidak pernah memohon kembali selepas Perjanjian Damai 1989 ditandatangani.

Dakwaan ini disangkal rakan dan anggota keluarganya.

Ustaz Azhar Idrus Gatal Kata Blogger UMNO (Gambar)

Blog amenoworld

Punyalah nak mengutuk juga. Siap email dan tag kat twitter wa cakap sama lue. Ingatkan isu penting sangat. Rupa2nya isu bergambar yang jadi pertikaian. Anti betul dorang kat Ustaz Azhar Idrus ek. Anti kaw2.

Perempuan tue yang tak bertudung, Ustaz plak yang kena tuduh. Entah2 dah dinasihatkan pakai tudung. Mana kita nak tahu kan. Bukan ada kat situ pun.

Apa pun perempuan neh tak pasal2 glamer. Kesian la budak perempuan dalam gambar neh. Jadi modal oleh bloggers umno untuk kutuk UAI kaw2. Lainkali cuba set privacy facebook masing2. Jangan main share aje. Dah jadi macam neh nak buat macam mana lagi.

UAI tue pula dah memang di anti sangat2 oleh puak sebelah sana. Macam tak biasa pula. Semua benda yang dia buat hatta orang guna gambar dia untuk kempen pru pun jadi kontroversi. Padahal dia tak terlibat pun dengan sebarang kempen2 pru. Tak tahu menahu langsung. Sampai bn fail petisyen. PAS langgar peraturan PRU sebab guna gambar UAI. Kes macam neh pun ada weh. So boleh nampakla betapa kemaruknya depa serang UAI walaupun aku tak nampak apa kerelevantnya dengan politik. Macam la PR terjejas kalau ko serang UAI kaw2.

Sengal!!!

Kah Kah Kah