B Nantha Kumar
Keterlibatan menteri kanan, Azmin Ali dalam Perikatan Nasional (PN) dan kenyataan Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengenai penutupan sekolah vernakular antara punca MIC menarik diri daripada gabungan tersebut, dedah sumber parti itu.
Menurut sumber, Azmin yang kini menyertai Bersatu dilihat cuba mengawal parti-parti lain dalam gabungan PN dan tidak disenangi oleh parti-parti komponen BN.
"MIC tidak dapat berjabat tangan dengan Azmin. Beliau sentiasa cuba menguasai yang lain. Meminggirkan rakan lain dalam gabungan PN," kata sumber berkenaan, yang merupakan pucuk pimpinan tertinggi MIC kepada Malaysiakini.
Sebagai contoh katanya, tiada seorang pun ahli MIC dipilih bagi mengisi 200 Jawatan Penggerak Komuniti Tempatan (JKPT) yang ditubuhkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
"Tiada satu diberikan kepada MIC. Jadi, gabungan macam mana ini," kata sumber yang enggan identitinya didedahkan.
Malaysiakini telah menghubungi KPKT untuk mendapatkan penjelasan.
Tambahnya, jawatan yang berkaitan dengan masyarakat Cina dan India juga diserahkan kepada ahli Bersatu, menyebabkan 'MIC dan MCA tercicir'.
"Di Kedah, dalam pembahagian kerusi ahli majlis, Umno telah dipinggirkan oleh kumpulan ini.
"Tidak mustahil MIC bertindak meletak jawatan empat ahli majlis yang dipegangnya di Kedah buat masa ini," katanya.
Buka keahlian pada bukan Melayu
Sumber itu memberitahu tindakan Bersatu membuka keahlian kepada bukan Melayu juga tidak disenangi oleh MIC.
"Mereka kata PN ini satu gabungan bersama. Jadi, apa masalah bagi penyokong-penyokong Azmin yang bukan Melayu menyertai MIC atau parti lain selain Bersatu," katanya.
Semalam, MIC menarik diri daripada menyertai PN selepas Umno juga membuat keputusan serupa.
MIC menghantar surat kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk menyatakan keputusan parti berkenaan.
Surat tersebut yang dilihat Malaysiakini ditandatangani Setiausaha Agung MIC, M Asojan Muniyandy.
'Kenyataan Wan Fayhsal percepatkan tindakan MIC'
Menurut sumber, surat berkenaan ditetapkan untuk diserahkan kepada RoS selepas PRK Slim, namun dihantar sehari selepas Wan Fayhsal membuat kenyataan mengenai hasrat memansuhkan sekolah vernakular.
Katanya, kenyataan tersebut telah mempercepatkan tindakan MIC keluar daripada PN.
"Kami anggap kenyataan Wan Fayhsal sebagai 'pengacau' pada PRK Slim dalam usaha BN meraih pengundi bukan Melayu," katanya.
DUN Slim mempunyai 13 peratus pengundi India dan 10 peratus Cina.
PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Mohd Khusairi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 29 Ogos.
Pada PRU14, Mohd Khusairi yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.
PRK ini menyaksikan persaingan tiga penjuru antara calon BN, Mohd Zaidi Aziz, calon bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi mewakili parti Pejuang dan seorang lagi calon bebas, Santharasekaran.
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
PAS sedia guna simbol BN, kata Hadi
Adam Abu Bakar
PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini berkata parti itu sedia bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menggunakan simbol Barisan Nasional (BN).
“PAS tidak ada masalah guna simbol BN, PAS boleh guna simbol BN di Sabah. Namun, ia terpulang kepada keputusan yang dibuat, kalau keputusan guna simbol masing-masing, guna simbol masing.
“Hal ini kerana, saya difahamkan di Sabah, ada parti di Sabah yang hendak buat simbolnya sendiri. Terpulang, kita tak ada masalah,” katanya dalam sidang media di Marang, Terengganu, hari ini.
Beliau berkata, keputusan menggunakan simbol BN bukan perkara baru sebaliknya PAS pernah bertanding menggunakan simbol itu pada 1974, ketika masih berada dalam gabungan BN.
“Jika kita guna lambang BN, ia bukan kali pertama PAS menggunakan lambang lain kerana kita pernah berbuat demikian pada 1974, ketika PAS masih berada dalam BN,” katanya.
Terdahulu, Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata, calon BN yang akan bertanding dalam PRN Sabah akan menggunakan lambang parti dacing, kerana pengundi sudah terbiasa dengannya.
Annuar yang juga ketua koordinator BN bagi PRN Sabah berkata, tinjauan ibuat mendapati pengundi sudah biasa dengan lambang dacing dan perkara itu tidak boleh dipandang remeh.
Malah, menurutnya biro politik dan Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat sudah memaklumkan kepada parti rakan komponen Perikatan Nasional (PN) yang calon BN akan menggunakan lambang dacing.

PPBM tak layak jadi pakatan Melayu Islam, ahli Umno perlu undur dari Kabinet, kata Ku Li FMT Reporters -August 28, 2020 5:27 PM 801 Shares facebook sharing buttontwitter sharing buttonwhatsapp sharing buttonsharethis sharing button Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata Umno tidak pernah menjadi anggota kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebaliknya hanya memberi sokongan dari awal penubuhan kerajaan demi menjaga dan memelihara kestabilan politik negara. PETALING JAYA: Keputusan PPBM untuk menerima bukan Melayu menjadi ahli parti secara sendirinya tidak layak lagi menjadi anggota pakatan Melayu Islam yang disokong Muafakat Nasional (MN), kata ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkata, Umno tidak pernah menjadi anggota kerajaan Perikatan Nasional (PN), sebaliknya hanya memberi sokongan dari awal penubuhan kerajaan demi menjaga dan memelihara kestabilan politik negara. “Dengan berlakunya perubahan diumumkan PPBM, wajar ahli Umno yang menganggotai Kabinet kerajaan sekarang berundur daripada melibatkan diri dalam kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Sebelum ini Presiden PPBM Muhyiddin Yassin memberitahu, parti itu sedia meminda perlembagaan bagi membolehkan ahli bukan Melayu memegang jawatan dalam parti itu. Beliau berkata, 1 jawatankuasa akan dibentuk bagi membincangkan perkara itu, diketuai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Rais Yatim sebelum ia dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan parti. PPBM hanya membuka keahlian kepada bukan Melayu sebagai ahli bersekutu dan tidak boleh memegang jawatan dalam parti ketika ini. Tengku Razaleigh berkata, anggota Kabinet dari Umno perlu mengundur diri secepat mungkin supaya Umno tidak membuang masa, sebaliknya memberi tumpuan kepada masalah lebih besar seperti kedudukan orang muda yang menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan. “Perkara sebesar ini sepatutnya dibawa ke perhimpunan agung parti tidak lama lagi,” katanya. Majlis Kerja Tertinggi Umno menetapkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama 2 hari bermula 27 November depan.
FMT Reporters
PETALING JAYA: Keputusan PPBM untuk menerima bukan Melayu menjadi ahli parti secara sendirinya tidak layak lagi menjadi anggota pakatan Melayu Islam yang disokong Muafakat Nasional (MN), kata ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Beliau berkata, Umno tidak pernah menjadi anggota kerajaan Perikatan Nasional (PN), sebaliknya hanya memberi sokongan dari awal penubuhan kerajaan demi menjaga dan memelihara kestabilan politik negara.
“Dengan berlakunya perubahan diumumkan PPBM, wajar ahli Umno yang menganggotai Kabinet kerajaan sekarang berundur daripada melibatkan diri dalam kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini Presiden PPBM Muhyiddin Yassin memberitahu, parti itu sedia meminda perlembagaan bagi membolehkan ahli bukan Melayu memegang jawatan dalam parti itu.
Beliau berkata, 1 jawatankuasa akan dibentuk bagi membincangkan perkara itu, diketuai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Rais Yatim sebelum ia dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan parti.
PPBM hanya membuka keahlian kepada bukan Melayu sebagai ahli bersekutu dan tidak boleh memegang jawatan dalam parti ketika ini.
Tengku Razaleigh berkata, anggota Kabinet dari Umno perlu mengundur diri secepat mungkin supaya Umno tidak membuang masa, sebaliknya memberi tumpuan kepada masalah lebih besar seperti kedudukan orang muda yang menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan.
“Perkara sebesar ini sepatutnya dibawa ke perhimpunan agung parti tidak lama lagi,” katanya.
Majlis Kerja Tertinggi Umno menetapkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama 2 hari bermula 27 November depan.

“Siang hidup Melayu, malam jual tanah Melayu” bergema di Slim
BORHAN AHMAD
Walaupun hanya calon bebas berlogokan pokok bertanding di Slim, program kempen untuk Amir Khusyari mendapat sambutan beribu-ribu orang malam tadi.
Khemah yang disediakan penuh sesak dengan orang ramai khasnya di kalangan wanita.
Ia berlaku mungkin kerana Amir adalah calon dari Parti Pejuang pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini turut disokong penuh oleh parti-parti dalam Pakatan Harapan.
Wanita antara yang ramai menyertai ceramah kempen untuk Amir malam tadi.
Malam tadi, selain Tun Mahathir dan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Menteri Besar Selangor dari PKR, Datuk Seri Amiruddin Saari juga datang berkempen untuk Amir.
Tun Dr Mahathir walaupun sudah 95 tahun, memberikan ucapan yang mendapat tepukan gemuruh ribuan orang yang memenuhi khemah ceramah malam tadi.
“Mula-mula saya nak jelaskan kenapa saya hadir malam ini. Saya nak dengar ucapan dari Abang Mat (Mohamad Sabu),” kata bekas Perdana Menteri Malaysia sebanyak dua kali itu berseloroh ketika mula memberikan ucapan.
Mahathir menjelaskan, dia menjadi Presiden Umno selama 22 tahun tetapi malam tadi dia datang untuk menjatuhkan calon Umno.
“Parti hanya alat. Kalau dia lari dari matlamatnya, takkan kita nak ikat diri kita juga,” kata Mahathir.
Dalam ceramahnya, Mohamad sentiasa menjadikan Pas yang kini menjadi rakan utama Umno sebagai sasarannya.
Yang paling teruk kena serang adalah Naib Presiden yang juga pemimpin Pas dari Perak, Ustaz Idris Ahmad selepas beliau menjadi tukang baca doa semasa calon Umno diperkenalkan sebelum ini.
“Dulu apa yang dia tak kata kat Umno.
“Umno ni, siang hidup Melayu, malam jual tanah Melayu,” kata Mohamad dalam ceramahnya malam tadi.
Pengundi Slim akan keluar mengundi Sabtu 29 Ogos ini.
Tiga calon yang bertanding selain Amir Khushairi adalah Pemangku Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz, 43, menjadi calon BN dan seorang lagi calon Bebas, S Santharasekaran, 44.

Tak ada pilihan kecuali adakan PRU awal, kata Annuar dan Zahid
Meskipun penggal kerajaan sekarang masih berbaki hampir tiga tahun lagi BN sekali lagi menyatakan kecenderungan parti itu agar pilihan raya umum (PRU) diadakan secepat mungkin.
Malah salah seorang daripada mereka menyarankan parlimen dibubarkan pada tahun ini juga.
Setiausaha Agung BN, Annuar Musa, berkata PRU ke-15 sepatutnya diadakan tiga tahun lagi namun kerajaan wajar mempertimbangkan agar ia diadakan lebih awal.
“Hatta jika perlu, boleh diadakan tahun ini juga supaya rakyat berpeluang membetulkan segala kepincangan Pakatan Harapan (PH) sejak PRU ke-14 yang merupakan igauan buruk buat rakyat Malaysia,” ciapnya di Twitter malam tadi.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan apa yang dimaksudkan Annuar dengan "kepincangan" berkenaan memandangkan dia kini adalah sebagaian daripada kerajaan.
Ia bukanlah gesaan kali pertama daripada bekas setiausaha agung Umno itu. Sebelum ini Annuar pernah memberi bayangan berkenaan kemungkinan PRU diadakan dalam masa terdekat.
Selain itu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin turut dilaporkan bersiap sedia untuk mengadakan PRU mengejut seawal tahun ini bagi mendapatkan mandat bagi Perikatan Nasional (PN).
Sementara itu, Pengerusi BN Dr Ahmad Zahid Hamidi juga menyifatkan PN seperti tidak mempunyai pilihan lain kecuali mengadakan PRU bagi membentuk kerajaan lebih kukuh.
Jangka tidak lama lagi
Dia yang juga presiden Umno berkata, sokongan tipis PN di Dewan Rakyat - iaitu hanya 113 kerusi - berbanding 109 di pihak pembangkan - maka PN dilihat tidak stabil dan akan terus dipersenda sebagai kerajaan pintu belakang.
"Kita tidak ada pilihan melainkan memperoleh mandat baru daripada rakyat untuk elakkan tuduhan berterusan. Maka kerajaan sekarang mesti mengembalikan hak memilih kerajaan dan kuasa rakyat mesti dikembalikan supaya rakyat boleh memilih semula.
"Maka untuk memilih semula, PRU ke-15, jangkaan saya akan diadakan dalam waktu terdekat," katanya dipetik portal BH Online.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kesahihan tempoh berkenaan memandangkan kuasa menasihat Yang di-Pertuan Agong agar membubarkan parlimen terletak pada Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri.
Ahmad Zahid sendiri bukanlah sebahagian daripada anggota kabinet Muhyiddin.
Baca 'Saya tak ada pilihan, BN Terengganu tanding semua kerusi parlimen'
Bagaimanapun PRU mungkin bukanlah langkah yang diinginkan Muhyiddin dan Bersatu kerana parti itu kini dilihat berdepan dengan masalah kerusi apabila Umno berulang kali menyatakan akan kekal bertanding di kawasan mereka.
Ia menjadi lebih rumit kerana sesetengah pemimpin Bersatu terdiri daripada bekas anggota Umno yang memenangi kerusi parlimen atau dewan undangan negeri (DUN) menggunakan tiket BN.
Di Terengganu pula, pengerusi Umno negeri Ahmad Said berkata pihaknya akan meletakkan calon di semua kerusi parlimen atau DUN, sekali gus memberi kesukaran kepada PAS.

Muhyiddin Jenderal Tanpa Tentera
Tamrin Tun Ghafar
Jumaat – 28/08/2020
( 1 – 25 )
1. Dalam tulisan saya bertarikh 8hb Ogos 2020 bertajuk :
‘Orang Melayu
Sudah Kenal
Siapa UMNO
Siapa PAS’
tamrintunghafar.blogspot.com
telah didedahkan SERANGAN dan KRITIKAN Muhyiddin terhadap UMNO dan PAS selain dari MENABUR JANJI kepada rakyat.
(sila tonton klip video)
2. “No way !!! – KITA TIDAK AKAN KEMBALI BERSAMA UMNO SELAMA – LAMANYA” – itulah sebahagian JANJI beliau bagi meraih sokongan rakyat khususnya pengundi di Johor menjelang Pilihanraya Umum yang baru lepas.
(sila tonton klip video)
3. Seolah – olah dipukau seperti :
‘Lembu DiCucuk
Hidung’
tidak menghairankan apabila keseluruhan ‘penganut dan pengampu’ beliau yang terdiri dari Ahli Pimpinan Tertinggi BERSATU menyokong apa saja yang keluar dari mulut beliau : mengapa ?? , ini kerana mereka TAKUT kehilangan jawatan seperti Menteri dan Timbalan dan Pengerusi atau Pengarah GLC.
4. Keputusan terbaru ialah bersetuju Parti BERSATU MEMOHON menjadi ahli gabungan Muafakat Nasional ( MN ) yang diasaskan oleh UMNO dan PAS, kedua – dua parti yang beliau benci sebelum ini.
5. Jika kenyataan Setiausaha Agung PAS SELEPAS BERSATU membuat permohonan untuk bersama dalam MN itu betul yang menyatakan PAS kini akan bersama BERSATU dalam Kerajaan Perikatan Nasional ( PN ) TANPA ambil kira pendirian UMNO , apakah Muhyiddin tidak akan meneruskan hasrat awalnya itu dan Ahli Pimpinan Parti BERSATU akan ikut saja kehendak beliau.
6. Apa pun ALASAN yang diberi namun rakyat khasnya ahli – ahli akar umbi BERSATU yang telah meninggalkan UMNO semata – mata setelah mendengar kata – kata dan janji beliau kini merasa segala pengorbanan mereka TIDAK LAGI DI HORMATI, DIAMBIL PEDULI DAN DIPARUAHKAN ; mereka TELAH DITIPU oleh Muhyiddin seperti berjayanya beliau memanipulasi Ahli Pimpinan Tertinggi parti tersebut.
7. Tidak hairan apabila Wakil – Wakil Rakyat dari BERSATU dan Ketua -Ketua Bahagian BERSATU sama ada di Peringkat Pusat mahupun Negeri sanggup jadi ‘PAK TURUT’ setelah mereka diumpan dengan jawatan Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar, EXCO dan imbuhan lain seperti Pengerusi atau Pengarah GLC.
8. Ada pula yang menganggap amat tidak masuk akal seorang anak ‘ulamak’ terkenal di Pagoh suatu ketika dahulu SANGGUP MENIPU, BERBOHONG DAN MELAKUKAN MAKSIAT DENGAN ISTERI ORANG semata – mata kerana NAFSU.
9. Kini beliau cuba menipu rakyat dengan menampilkan imej ‘ALIM’ dan ‘SEJUK’ seolah – olah beliau seorang pemimpin yang boleh dicontohi dan disokong; bagi tujuan tersebut semua stesen TV tak putus – putus mengulangi tayangan ‘DOA’ beliau itu.
10. Berdasarkan Kitab Suci Al Quran dan Hadith, orang yang berpura – pura, suka berbohong dan menipu ia dikategorikan sebagai FASIK ; pengikut dan pengampu pula PASTI akan disoal dan dicampakkan ke dalam Neraka Jahanam, Nauzubillah !!
11. Amat tepat sekali kata – kata mendiang Abraham Lincoln , Presiden Amerika Syarikat ke16 dari tahun 1861 hingga 1865 :
“You Can Fool All
The People
Some Of The Time
But You Cannot
Fool
All The People
All The Time”
12. Bak kata pepatah :
‘Sepandai – Pandai
Tupai Melompat
Pasti Akhirnya
Akan Jatuh
Ke Tanah Jua’
13. ‘Langkah Sheraton” adalah LANGKAH PERTAMA beliau iaitu MERAMPAS KUASA Kerajaan dari parti Pakatan Harapan ( PH ) yang beliau sama – sama menangkan sebelum ini.
14. Setelah melihat sokongan beliau MEROSOT dari 114 ke 111 dari jumlah 222 Ahli Parlimen walaupun hampir kesemua Ahli – Ahli Parlimen PN telah disumbatkan dengan berbagai Jawatan seperti Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC, kini bagi menguatkan kedudukan, beliau TIDAK ADA PILIHAN melainkan bergabung dengan musuh utamanya, UMNO dan PAS – itu adalah LANGKAH KEDUA.
15. Muhyiddin AKAN LAKUKAN apa sahaja TERMASUK MENJILAT LUDAHNYA SENDIRI bagi melayani NAFSUnya.
16. Perbuatan ini dengan sendirinya umpama :
‘Membuka Pekong
Di Dada’
17. Setelah BERSATU diterima sebagai ahli dalam gabungan MN dan setelah Najib, Zahid dan beberapa pemimpin Tertinggi UMNO disumbatkan ke penjara maka LANGKAH KETIGA dan TERAKHIR beliau ialah mengambil alih kepimpinan UMNO.
18. Kata – kata Barrack Obama terhadap Donald Trump ada kesamaannya dengan Muhyiddin :
“He Hasn’t Grown
Into The Job
Because He Can’t”
19. Umpama seorang pengantin yang tak perlu berfikir dan melakukan apa – apa tentang masalah di sekeliling selain dari berfikir nak duduk di pelamin dan mungkin terbayang padang golf, Muhyiddin disarungkan dengan pakian seperti seorang Raja dan dihias oleh 2 orang ‘Pak Andam’ yang bernama Hamzah dan Azmin; mereka seterusnya akan mengiringi beliau masuk ke Dewan diiringi dengan pukulan kompang oleh pengampu – pengampunya menuju ke pentas pelamin; setelah selesai upacara merenjis beliau sekali lagi diiringi ‘Pak Andam’, kali ini ke meja jamuan dan sekali lagi naik ke pentas bagi upacara memotong kek; selesai saja ‘Pak Andam’ tersebut akan mengiringi beliau ke pintu besar untuk bersalaman perpisahan – itulah senario yang berlaku sejak RAMPASAN KUASA.
20. Tak pasti apa untungnya Setiausaha Agung BERSATU yang kebetulan PENGKHIANAT UMNO menyenaraikan sejumlah 282 ahli BERSATU yang telah dipecat sedangkan sebahagian besar mereka sudah pun keluar Parti.
21. HANYA Muhyiddin sahaja yang merupakan salah seorang pengasas BERSATU yang tinggal setelah ‘PEMECATAN’ dilakukan kerana yang lain adalah mereka yang menyertainya kemudian, sama ada dari UMNO mahupun PKR.
22. Dengan ribuan Ahli meninggalkan Parti Bersatu setiap minggu dan apabila ditoleh barulah beliau sedar rupa – rupanya nya beliau HANYA SEORANG JENERAL TANPA TENTERA atau A GENERAL WITHOUT AN ARMY.
23. ‘Manusia Yang Durjana Akan Berakhir Dengan Kehinaan; Hanya Masa Akan Menentukan Cepat Atau Lambat Pembalasan’.
24. Perkataan ‘PENYELAMAT’ direka untuk melindungi dan menghalalkan ‘PENGKHIANAT’.
25. KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN SEBELUM TERLEWAT.
Wassalam
Terima Kasih.

Bekas ketua menteri yakin PH dapat tawan semula Melaka
Faisal Asyraf
Bekas ketua menteri Melaka, Adly Zahari, meletakkan keyakinan bahawa Pakatan Harapan (PH) akan merampas semula pentadbiran negeri itu sekiranya berlaku pilihan raya dalam masa terdekat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Katil itu berkata, hal itu kerana masyarakat Melayu khususnya begitu menyenangi pentadbiran PH sebelum bertukar tangan kepada Perikatan Nasional (PN) pada Mac lalu.
PH Melaka jatuh setelah Bersatu keluar daripada gabungan itu dan dua Adunnya berpihak kepada PN.
Kejatuhan itu juga dibantu dengan dua Adun masing-masing dari DAP dan PKR turut berpaling tadah menyokong PN.
"Pada Januari 2019, kami (PH) ada buat kajian dengan universiti tempatan mengenai sokongan rakyat terhadap dasar kami di peringkat negeri.
"Semasa pilihan raya umum ke-14 (PRU14), sokongan orang Melayu terhadap PH adalah 29 peratus, dan daripada angka inilah kami memenangi 15 kerusi (digabungkan dengan sokongan bukan Melayu).
"Berdasarkan penelitian 2019, dukungan telah meningkat dengan sangat baik antara 35 peratus hingga 57 peratus, dengan peningkatan terbesar datang dari (DUN) Bukit Katil, mungkin hasil dasar yang kami laksanakan" katanya kepada Malaysiakini ketika turun berkempen bagi calon bebas PRK Slim River, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, semalam.
Sebagai rekod DUN Melaka mempunyai 28 kerusi, manakala PN kini mempunyai 17 kerudi selepas empat Adun daripada PH berpaling tadah.
Di bawah kepemimpinannya, Adly yang merupakan pengerusi PH Melaka mendakwa, mereka berjaya memenuhi 80 peratus daripada 86 janji dalam manifesto PH negeri.
Antara kata Adly program terakhir mereka sebelum pentadbiran PH Melaka berakhir ialah Kad Peduli Sihat, satu inisiatif penjagaan kesihatan yang akan memberi manfaat kepada lebih 1,000 keluarga dari kelompok B40.
Namun, ia dibatalkan oleh kerajaan PN pada bulan lepas.
"Apa yang terjadi pada 20 peratus (janji) lainnya? Kami sedang dalam proses untuk memenuhinya. Kad Peduli Sihat kami luluskan pada bulan Mac, namun dibatalkan kerajaan hari ini.
"Sekiranya kita melihat kebajikan yang kita laksanakan memberi kesan positif kepada masyarakat. Contohnya, projek Rumah Peduli untuk golongan miskin.
"Dalam 22 bulan, kami bina 95 rumah percuma. Ada banyak lagi program kebajikan lain yang berjaya memberi manfaat kepada masyarakat. Jadi kami tahu sejak awal 2019, sokongan kepada kami sangat tinggi.
"Kami cukup positif, dalam tempoh sebelum snap election, kita cukup yakin Melaka termasuk dalam kategori negeri PH," kata ahli politik berusia 47 tahun itu.

Apa di sebalik hubungan istimewa Pas-Najib?
AHMAD LUTFI OTHMAN
Ahmad Lutfi OthmanMemang saya berhasrat untuk menulis dengan lebih menyeluruh hikayat hubungan sulit perselingkuhan Pas-Umno SEBELUM PRU14 dahulu. Malah ada yang mencadangkan ia dirakamkan dalam bentuk buku nipis. Namun, sebenarnya tidak ada rahsia yang mahu dibongkar dan diselongkar pun. Pemimpin utama Pas sendiri sudah mengakuinya, selepas BN tumbang Mei 2018. Hatta masing-masing saling mendakwa mereka yang lebih awal merintis hubungan sulit itu tanpa pengetahuan ahli-ahli Pas.
Tunggulah kemunculan tulisan berkenaan; tak perlu kalut-heboh pun, sekadar mahu mendedahkan sandiwara dan wayang pemimpin Pas di depan penyokong serta pemimpin akar umbi.
Sebelum PRU14, pemimpin Pas bermati-matian menafikan perselingkuhan itu. Semuanya disifafkan fitnah dan dusta yang mahu menghancurkan kredebiliti Pas. Sudah pasti ahli, pemimpin akar umbi dan para penyokong akan mengaminkan apa jua titah ulamak Pas. Berulangkali Pas menegaskan ia tiada sebarang hubungan sulit dengan Umno, walhal sudah terjalin strategi bersama untuk menghadapi PRU14 yang cukup kritikal itu.
Hubungan yang terjalin di zaman Abdullah Ahmad Badawi (pasca PRU2008) jadi perdana menteri itu tidaklah mengejutkan. Ada latarbelakang cerita yang sepadan untuk menjustifikasikannya. Personaliti Pak Lah juga mendorong ke arah hubungan sulit itu. Nasib baik majoriti pimpinan Pas, khususnya Almarhum Nik Abd Aziz Nik Mat tegas menolak idea kerajaan perpaduan itu.
Bagaimanapun, yang menimbulkan kehairanan saya, selepas Pak Lah jatuh dan naik Najib Razak, Pas semakin terpesona dengan Umno-Najib ini. Ya, apa istimewa dan lebihnya suami Rosmah Mansor ini? Di tengah kekalutan skandal gergasi 1MDB, hebohnya dakwaan konspirasi berkaitan Altantuya, dan 1001 cerita salahguna kuasa, namun Pas tidak dapat menyembunyikan “keasyikan cinta-kasihnya” kepada Umno-Najib. Benar, saya sendiri takjub bagaimana pemimpin utama-ulamak Pas boleh tersilau dengan cinta-butanya itu.
Najib sendiri mengakui dalam ceramah bersama Pas di Langkawi, pada 6 Februari 2019, selepas kalah PRU14, pertandingan tiga penjuru di antara BN-Pas-PH merupakan strategi yang salah, mengakibatkan Pakatan Harapan menang. Apa maksud “strategi yang salah”? Maknanya, strategis Pas-Umno sengaja pilih pendekatan tiga penjuru itu bagi mengekalkan Umno-Najib di Putrajaya. Mereka menjangkakan undi tradisi pembangkang akan berpecah dua kepada PH dan Pas, menyebabkan majoriti undi diperolehi Umno. Dan merasakan sokongan baru kepada Dr Mahathir dan parti Bersatu tidak mencukupi untuk menampung undi yang lari itu.
Kunci katanya, Pas-Umno khususnya dalam kalangan strategis dan perancang politiknya, memang berpakat menghadapi PRU14 itu. Berpakat atau bekerjasama tidak bermakna membentuk satu gabungan, tetapi cukup dengan berkongsi menyusun strategi demi mencapai manfaat bersama. Bukankah pilihan raya itu umpama perang yang penuh taktik dan tipu muslihat? Yang penting, hadapi musuh secara bersama, iaitu Pakatan Harapan, dan dapat dikalahkan. Rujukan terbaik Najib ketika itu adalah keputusan dua pilihan raya kecil sebelum PRU14, iaitu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru, yang dimenangi dengan mudah oleh BN, apabila undi pembangkang terbahagi di antara Pas dan AMANAH.
Perincian hubungan sulit Pas-Umno itu saya akan tulis nanti, termasuk mengemukakan bukti dana Umno dicurahkan buat Pas.
Dalam tulisan ini, saya cuma mahu bangkitkan persoalan, faktor Najib seperti begitu istimewa sekali bagi Pas. Saya pernah mencatatkan, semasa kempen pilihan raya negeri Sarawak 2016, rombongan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang terserempak dengan kumpulan kempen Umno yang diketuai Najib. Kamera merakamkan detik-detik pertemuan itu. Hadi berdakapan mesra dengan Najib, ibarat sahabat lama terpisah. Riak ceria penuh kegembiraan di raut muka Hadi. Itu sekadar bacaan saya mengenai lenggok atau bahasa badan mereka!
Lama selepas itu, dalam situasi yang jauh berbeda, selepas mahkamah memutuskan Najib bersalah terhadap semua tuduhan berkaitan skandal SRC. Malamnya, pemimpin utama Pas, termasuk presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung mengunjungi Najib di kediamannya, sebagai tanda sokongan sahabat di waktu sulit. Saya mengesan kunjungan spontan itu lahir daripada hubungan personal yang istimewa sejak lama.
Terbaru, ketua penerangan Muslimat Pas membandingkan pendedahan Menteri Kewangan di Parlimen, mengenai 101 projek bernilai RM6.6 bilion melalui rundingan terus dengan prestasi BN zaman Najib yang dilihat jauh lebih telus:
“Memang benar ada sesetengah projek harus dibuat rundingan terus tanpa dibuka kerana memerlukan keputusan yang cepat, namun nilaian RM6.61 billion itu amat tinggi memandangkan tempoh menjadi Menteri Kewangan hanyalah selama 22 bulan berbanding RM2.5 bilion dalam tempoh 5 tahun Dato’ Seri Najib memegang Menteri Kewangan.”
Mungkin pemimpin tertinggi Umno pun tidak menunjukkan hubungan seakrab itu dengan Najib, terutama selepas dihukum penjara dan denda lebih RM200 juta.
Rekod pentadbiran Najib selama sembilan tahun diketahui seluruh pelosok dunia sarat dengan korupsi dan salahguna kuasa; kleptokrat bertaraf global dan tidak dapat ditandingi kecurangannya.
Tentu ada pihak merasakan saya terlalu berlebih-lebihan untuk menggambarkan hubungan baik Pas-Najib itu. Ya, nampak pelik-aneh yang sukar saya mencari justifikasinya. Atau mungkin saya sendiri tidak lagi mengenali dan memahami watak pemimpin-pemimpin Pas walaupun agak lama saya pernah dekat dengan mereka.
Atau ada sesuatu yang istimewa mengikat mereka, yang saya sendiri tidak tahu selama ini? Umum hanya tahu hanya berdasarkan satu dua pendedahan, antaranya transaksi RM2.5 juta wang Umno kepada tabung dan pemimpin Pas. Rasanya itu adalah sekelumit kecil buktinya, rahsia lebih besar masih tersimpan.

Pas parti degil, tak mahu ikut arahan
NASUHA RAHMAN
Pengerusi AMANAH Perak Datuk Asmuni Awi menyifatkan Pas sebagai sebuah parti yang degil kerana pemimpin mereka tidak mahu mengikut arahan dan peraturan kerajaan.
“Pas ni parti yang degil, yang tak mahu ikut arahan, mereka bukan tidak tahu arahan. Menteri mereka sendiri pun sepatutnya ikut perintah kuarantin tetapi… sama juga apa yang berlaku sekarang ini,” katanya.
Mengulas pendedahan penceramah Pas Abdulla Khairi yang menggunakan platform kuliah di masjid untuk berkempen untuk BN di PRK Dun Slim, Asmuni berkata mereka tahu peraturan tetapi merasakan mereka sebagai kerajaan pemerintah boleh langgar peraturan sewenang-wenangnya.
“Yang tak boleh langgar orang lain, mungkin mereka telah dijamin syurga,” kata Asmuni.
Perakinsight hari ini melaporkan Penceramah Pas, Abdullah Khairi mendedahkan, beliau telah menggunakan platform kuliah di masjid untuk berkempen untuk BN di PRK Dun Slim.
Ketika berceramah di Masjid Trolak Utara, beliau telah bercerita hingga jemaah-jemaah yang hadir di masjid tersebut teriak (menangis).
Selepas itu, beliau menyuruh jemaah-jemaah masjid supaya mengundi BN pada PRK ini.
Bekas Exco Agama itu berkata, Sultan Perak pernah memanggil kesemua pemimpin parti menghadap baginda untuk memberi peringatan tegas bahawa surau atau masjid tidak boleh digunakan untuk kegiatan politik.
Beliau percaya Majlis Agama Islam Perak yang turut hadir dalam perbincangan parti politik berkenaan telah menjadikan peringatan tegas Sultan itu sebagai garis panduan.
“Pengiat Pas berkempen dan menyeru jemaah hadir dalam program pengajian tersebut supaya beri undi kepada calon BN, ni kempen terang-terang langgar arahan dan peraturan Sultan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media dalam Majlis Ramah Mesra Pimpinan AMANAH Bersama Media Sempena PRK Slim hari ini.

Masih Melayu / Islamkah Muafakat Nasional?
Dr Mahathir Mohamad
ULASAN l Keadaan politik negara yang keliru mungkin menjadi lebih keliru hasil tindakan yang diambil oleh beberapa buah parti. Ternampak ramai yang sudah hilang haluan dan sanggup membuat apa sahaja untuk dapat sokongan.
Demikian Bersatu yang ditubuh untuk menjatuhkan Najib beralih menjadi parti untuk hidupkan Najib Razak dan BN.
Kemudian entah macam mana pemimpin Bersatu, muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri parti Perikatan Nasional (PN) yang tidak wujud.
Harapan supaya PN menjadi parti gabungan tiga buah parti iaitu Bersatu, PAS dan Umno tidak jadi kenyataan. Umno mendakwa bahawa ahlinya hanya dibenar sokong Bersatu supaya Bersatu keluar dari Pakatan Harapan (PH) untuk jatuhkan kerajaan PH. Dan pemimpin Bersatu pun telan bulat-bulat rancangan jahat ini.
Sekarang Bersatu dan PN bergantung kepada Umno. Jika orang Umno tidak sokong jatuhlah PN. Sebaliknya jika Umno tidak sokong mereka juga akan jatuh. Sebab itu Umno terpaksa sokong.
Tetapi masih ada lima orang Umno yang mungkin didapati bersalah (seorang telah didapati bersalah tetapi menunggu proses rayuan) dan tidak boleh kekal sebagai wakil rakyat. Jika mereka kehilangan kedudukan sebagai wakil rakyat, Bersatu dan PN akan jatuh.
Untuk elak dari ini berlaku, perdana menteri perlu cari ganti. Maka Bersatu pun gugur kedudukan sebagai parti Pribumi dan membuka keahlian kepada semua kaum. Kekalkah nama PPBM. Ini kali keempat Bersatu mungkir janji.
Sekarang Bersatu membuat keputusan untuk gabung dengan Muafakat Nasional (MN). Tetapi MN adalah gabungan parti Melayu Islam. Bersatu parti berbilang kaum dan agama. Apa jadi kepada MN. Masih Melayu Islamkah?
Umno pula dikatakan pecah tiga. Ada bahagian yang tidak setuju Bersatu masuk Muafakat, ada yang setuju. Demikian juga dengan PAS. Ada yang bersetuju, ada yang tidak.
Di antara parti-parti yang sokong kerajaan, ada yang percaya akan menang pilihan raya ada yang tidak suka diadakan pilihan raya.
Perdana menteri takut hilang jawatan jika kehilangan enam kerusi. Sedang mencari pengganti. Dari mana. Mungkin dari PKR. Tetapi kosnya tinggi.
Datang Pejuang. Bersatu hilang akar umbi. Banyak pemimpin tapi kurang yang hendak dipimpin. Jadi parti kosong. Akar umbi pindah ke Pejuang.
Dalam pilihan raya umum akan datang, Bersatu tidak akan dapat sokongan Umno dan PAS, tidak juga dari PH.
Bersatu mungkin dibubar dan mereka akan sertai Umno. Tamat riwayat parti yang dicuri.
Pening kepala Muhyiddin. Tidak ada haluan untuk dituju. Cari sakit. Dapat sakit.

Selepas dicemoh di Slim, Umno Pas pula tidak akan bagi kerusi kepada Bersatu
BORHAN AHMAD
Selepas ahlinya dicemoh dalam siri kempen pilihan raya kecil Slim, tekanan kepada Bersatu khasnya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin kuat dari Umno termasuk tidak akan memberikan kerusi yang dituntut Bersatu.
Umno sudah bertegas, mereka tidak akan memberikan kerusi yang telah dimenangi mereka dalam pilihan raya umum lalu termasuk kerusi yang dimenangi calon Umno yang telah melompat ke Bersatu.
Selain itu, pemimpin bawahan Umno juga memberikan tekanan kepada pemimpin atasan mereka, jika 10 kerusi yang dimenangi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pengikutnya diberi kepada mereka, kerusi itu juga akan jatuh kepada pembangkang.
Bahkan mereka memberikan amaran, kerusi Muhyiddin di Pagoh juga boleh jatuh kepada pembangkang jika Umno menerima Muhyiddin bertanding di kerusi itu.
Penganalisis Politik UTM, Dr Mazlan Ali memberitahu, Bersatu menuntut dari Umno dan Pas untuk bertanding 52 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.
Tuntutan ini adalah wajar sesuai dengan kedudukan Bersatu sekarang yang menjadi tunggak kerajaan manakala parti lain hanya bersifat pembantu kepada Bersatu sahaja.
Semalam, media milik Umno, Suara TV melaporkan, Majlis Tertinggi Umno telah memutuskan bahawa BN akan bertanding di kerusi yang mana ahli parlimennya berpaling tadah selepas menang pada PRU14.
“Kerusi-kerusi yang BN menang dulu yang melompat, maka kita ambil balik. Itu keputusan MT, bukan keputusan presiden.
“MT Umno membuat keputusan bahawa, kerusi-kerusi yang dulunya dimenangi BN, maka BN akan ambil balik.
“Perkara ini sudah pasti,” kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Zahidi Zainul Abidin pada video di portal berita Suara TV itu, lapor Malaysiakini.
Sebelum ini, Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Rais berkata, kerusi Pagoh juga boleh jatuh kepada pembangkang jika Umno dan BN setuju ianya diserahkan kepada Muhyiddin.
Bukan saja itu, beliau penuh yakin kerusi Gombak juga akan jatuh ke tangan pembangkang jika Umno dan BN setuju kerusi itu diberikan kepada Azmin yang kini sudah menyertai Bersatu.
Sebelum ini, Pas dan Umno Gombak bertegas, mereka tidak akan menyerahkan kerusi parlimen itu kepada Azmin.
Ketua Umno Gombak Megat Zulkarnain Omardin berkata 40,000 ahli Umno di kawasan itu masih ingat bagaimana Menteri Kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempersendakan parti itu dengan menyamakannya sebagai binatang ketika masih dalam PKR.
“Dalam politik kita boleh ada idealogi politik dan pandangan berbeza. Namun, kita mesti ada 1 sempadan…bila ada pukul lebih dari sempadan, pukulan diterima di bawah pinggang ini selalunya akan diingati.
“Setakat tampar-tampar mungkin boleh lupakan tetapi kita bercakap atas akar umbi, perlu hormat 40,000 ahli Umno yang sepakat untuk Muafakat Nasional (MN) kerana ia adalah kawasan majoriti Melayu, perkara ini perlu dilihat serius,” katanya
Pas Kawasan Gombak juga telah memutuskan hanya akan bekerjasama secara politik dengan Umno Gombak atas nama Muafakat Nasional (MN).
Yang Dipertua Pas Kawasan Gombak Salahuddin Mohd Nasir menegaskan perkara itu dan telah memaklumkan kepada Adun Gombak Setia Mohd Hilman Idham pada 11 Mei yang lalu.
“Dan saya telah hantar mesej dan Yb Hilman telah menjawab memahami akan perkara ini,” katanya.

Tak mustahil PN tumbang di Perak jika calon Pejuang menang PRK Slim
B Nantha Kumar
PRK SLIM | Bekas menteri besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin memberi bayangan bahawa kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu tidak mustahil tumbang sebelum pilihan raya umum (PRU).
Kata Nizar, ia akan berlaku sekiranya calon bebas bagi Amir Khusyairi Mohamad Tanusi mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.
Menurut pemimpin Amanah itu, kemenangan wakil parti Pejuang di PRK Slim akan membuka ruang kepada beberapa Adun veteran Umno menyertai Pejuang seterusnya menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak.
"Apa yang saya katakan tadi kepimpinan kerajaan Negeri Perak sekarang di bawah Peja (Ahmad Faizal) terdapat banyak kekeliruan dan rasa tidak puas hati antara Adun veteran Umno.
"Mereka berkhidmat sekurang-kurangnya tiga penggal. Ada yang empat penggal. Tapi, Peja melantik ahli exco kerajaan negeri dari pemimpin yang baru dari Umno yang hanya berkhidmat lebih kurang dua tahun. Seperti arwah Khusairi (Mohd Khusairi Abdul Talib) berkhidmat empat penggal. Tapi tidak diberi kedudukan dalam exco negeri.
"Ada lebih kurang empat atau lima Adun Umno sepertinya di Perak buat masa ini. Jika Amir menang PRK Slim, tidak mustahil bagi mereka mempertimbangkan semula kedudukan mereka di kerajaan negeri," katanya kepada Malaysiakini.
Terdahulu, Nizar yang juga Adun Sungai Rapat diminta menjelaskan ucapan beliau kepada pengundi di Trolak, Pekan yang mengatakan bahawa beberapa Adun Umno tidak sehaluan dengan menteri besar.
Dalam krisis politik negara pada Februari, Ahmad Faizal berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai menteri besar yang dipegangnya ketika Kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas bertindak membuat kerajaan baru di negeri itu bersama Adun Umno dan PAS.
Kerajaan Perak mempunyai 59 kerusi DUN, di mana Umno menguasai 25 kerusi diikuti Bersatu empat dan PAS tiga. Manakala DAP menang 16 DUN pada PRU14, disusuli Amanah lima dan PKR tiga.
"Bukan mustahil bagi mereka (Adun Umno) untuk menyertai Pejuang, jika parti itu menang di Slim. Mereka mungkin keluar dari Umno dan menyertai parti baru Pejuang, di mana kedua-dua partinya tidak banyak beza kecuali isu prinsip.
"Kalau ini berlaku, (kerajaan) Perak mungkin bertukar semula.
"Kami kini mempunyai 24 kerusi. Kalau Amir menang menjadi 25. Jadi, lima orang ke sini sudah memadai untuk menubuhkan kerajaan (negeri)," katanya.
PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai. Pengundian ditetapkan pada Sabtu ini.
Mohd Zaidi akan berdepan calon bebas, Amir Khusyairi dan Santharasekaran Subramaniam.
Pakatan Harapan (PH) tidak bertanding dalam pilihan raya kecil itu namun menyatakan sokongan kepada calon wakil Pejuang.
Pada PRU14, BN menang dengan majoriti 2,183 undi di DUN itu menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

Mahathir cabar Tengku Zafrul senaraikan senarai projek, penerima tender
FMT Reporters
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mencabar Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menyenaraikan 101 projek bernilai RM6.61 bilion bersama individu yang mendapat kelulusan menerusi rundingan terus itu.
“Malangnya Tengku Zafrul tidak menyenaraikan secara terperinci projek tersebut. Untuk memastikan prinsip ketelusan diamalkan, saya menyeru supaya senarai projek tersebut diumumkan bersama dengan nama mereka yang dapat kelulusan tidak kira siapa mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bekas perdana menteri itu berkata, keikhlasan menteri kewangan dalam perkara berkenaan amat dialu-alukan dan rakyat berhak mendapat maklumat penuh mengenainya.
Semalam, Tengku Zafrul melaporkan kepada Dewan Rakyat terdapat 101 projek dianugerahkan secara rundingan terus oleh pentadbiran lepas, mencetuskan gempar dalam kalangan ahli Parlimen.
Pakatan Harapan (PH) hari ini mencabar kerajaan mendedahkan 101 projek itu termasuk syarikat mana berjaya mendapat tender, kroni siapa yang dapat, serta menteri mana yang memohon kelulusan rundingan terus.
PAS turut menggesa kerajaan menyenaraikan semua projek runding terus yang diluluskan, termasuk kos projek dan kontraktor yang memperolehinya untuk tatapan umum.

Pendedahan Tengku Zafrul untuk malukan 'menteri pengkhianat'
Haspaizi Zain
Pemimpin Pakatan Harapan (PH) menyifatkan pendedahan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berhubung projek rundingan terus di Dewan Rakyat semalam bertujuan untuk memalukan "menteri pengkhianat" dalam Perikatan Nasional (PN).
Pengarah Komunikasi parti Amanah, Khalid Samad, berkata tidak mustahil pendedahan itu adalah permainan politik antara Umno dan Bersatu.
"Mohamed Azmin Ali bagaikan melompat bila perkara ini didedahkan. Saya tak tolak kemungkinan isu ini hendak malukan beliau juga.
"Ini mungkin permainan politik antara Umno dan Bersatu," katanya ketika sidang media di Parlimen, hari ini.
Jelas Khalid, projek rundingan terus yang didedahkan semalam membabitkan kementerian diterajui "menteri pengkhianat" yang kini bersama PN.
Dewan Rakyat semalam kecoh apabila menteri kewangan mendakwa bahawa sejumlah 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion diluluskan oleh kementerian tersebut sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.
“Semasa pentadbiran sebelum ini sejumlah 101 projek ataupun perolehan yang bernilai RM6.61 bilion telah diluluskan secara rundingan terus oleh kementerian kewangan,” kata Tengku Zafrul ketika penggulungan RUU Langkah-langkah sementara bagi pembiayaan kerajaan (penyakit koronavirus 2019) Covid-19 2020 di Dewan Rakyat.
Dakwaan itu menimbulkan keributan, dengan beberapa anggota parlimen PN menuntut supaya menteri berkenaan untuk meyenaraikan semua projek berkenaan.
Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng (PH - Bagan) kemudian bangun dan berkata bahawa dia terbuka sekiranya Tengku Zafrul memberitahu senarai penerima.
“Tender-tender yang diberikan bukan secara tender terbuka. Kita lihat jumlah yang diberikan secara tender terbuka jauh lebih besar dan ini tertakluk kepada syarat-syarat,” katanya.
“Seperti yang saya sebutkan tadi, apakah projek yang diberikan secara direct award dan ia juga diluluskan oleh kabinet? Sepertimana YB PM pun tau di mana… ,” katanya di Dewan Rakyat.
Lim cabar dedah senarai projek
Sementara itu, Lim dalam sidang media sama di Parlimen hari ini mempertahankan kelulusan projek "direct award" yang diluluskan tidak bercanggah dengan peraturan kerajaan.
Bahkan apa yang dilakukannya itu tidak sama sekali bercanggah dengan manifesto PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.
Oleh itu dia mencabar Tengku Zafrul supaya mendedahkan senarai-senarai projek rundingan terus berkenaan era PH, BN dan PN.
"Oleh itu saya mendesak Tengku Zafrul mendedahkan segera senarai penuh projek rundingan terus oleh pentadbiran BN, PH dan PN. Jangan fitnah, jangan suka baling batu sembunyi tangan.
"Saya hanya lulus (projek rundingan terus), serah kepada kementerian untuk laksanakan. Kenapa tiba-tiba jadi isu.
"Ia tak langgar janji PH, kita masih cakap serupa bikin," katanya.

Rakyat potong tangan, menteri potong kuku: Warganet sekolahkan ‘ustaz azab kubur’
ARIF ATAN
Mulanya mengecam bekas Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Abdul Rahman, tetapi dirinya pula jadi bahan kutukan warganet.
Itu nasib menimpa Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak Pas Pusat, Ahmad Dasuki Abdul Rani apabila rata-rata komentar di akaun Facebook miliknya mencerca ‘ustaz azab kubur’ itu.
Terdahulu, Syed Saddiq mempersoalkan apakah hukum hudud dikuatkuasakan secara adil jika dilaksanakan ekoran menteri Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengingkari Prosedur Operasi Standard (SOP) kuarantin.
“Rakyat biasa yang langgar kuarantin, didenda RM12,000 dan dipenjara sampai lima bulan.
“Bila melibatkan menteri, “undang undang” lain dipakai untuk menyelamatkan kawan.
“Kalau hudud dilaksanakan, rakyat biasa dipotong tangan, menteri potong kuku (potong gaji) sahaja,” ciap Ahli Parlimen Muar itu di Twitter.
Bagaimanapun, Dasuki dalam reaksinya terus ‘menghukum’ Syed Saddiq sebagai “nampak sangat kebiadapan terhadap hukum Islam!”
Aqil baligh
Menggelar Syed Saddiq sebagai ‘budak baru aqil baligh’, Dasuki mengingatkan sama ada bercakap atau menulis biar rasa ada dosa dan pahala.
“Jika kata-kata ‘budak baru aqil baligh’ ini sengaja, ia merupakan dosa besar mempersendakan hukum agama.
“Jika atas kejahilan, maka beristigfar dan bertaubatlah. Setiap apa yang kita ingin luahkan, cubalah pandang kiri dan kanan.
“Maknanya tanya dulu kesan hukum dari kata-kata jijik ini. Nampak sangat kebiadapan terhadap hukum Islam!
“Yang kamu benci terhadap menteri itu satu perkara yang berbeza dengan mempersendakan hukum agama! Ada faham?” kata Dasuki.
Susulan itu, ribuan komen membanjiri hantaran itu dengan lebih 5,100 komentar dan hampir 2,000 perkongsian dalam tempoh hanya 21 jam dimuat naik.
Rata-rata mengingatkan Dasuki untuk tidak memutar belit isu kerana Syed Saddiq bukannya mempertikaikan hukum.
“Dia bukan persenda agama, dia persenda menteri,” kata Hamka Alif.
Sementara itu, Omar Aziz berkata, bekas menteri Pakatan Harapan (PH) itu mempertikaikan cara perlaksanaan dan kegagalan pemimpin mematuhi undang-undang.
“Buat hudud nanti kalau pemerintah berat sebelah. Mohon ustaz baca dulu apa yang diterangkan oleh Sadiq,” katanya.
Begitu juga Amet Udin yang menulis, “Betul kalau dilihat dari berlainan sudut. Jangan putar belit.”

Azmin melampau buat tuduhan jahat, PH akan ambil tindakan tegas
SITI NUR ZAWANI MISCON
Pakatan Harapan (PH) akan mengambil tindakan tegas terhadap Datuk Seri Mohamed Azmin Ali susulan kenyataannya yang disifatkan sebagai menghina PH dalam cubaanya meraih sokongan semasa ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, semalam.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak mendakwa lebih banyak kematian berlaku sekiranya PH terus mentadbir negara sepanjang penularan pandemik Covid-19.
Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, kenyataan Menteri Kanan Perikatan Nasional (PN) itu sebagai melampau dan sama sekali tidak bertanggungjawab.
Jelasnya, tiada satu pun kematian direkodkan semasa pentadbiran PH, malah beliau meninggalkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika itu dengan 22 kes pulih daripada keseluruhan 24 kes.
“Untuk rekod, tidak ada kematian sehingga kami meninggalkan Putrajaya pada 24 Februari. Ketika itu, 22 kes pulih sepenuhnya dari 24 kes positif. Manakala dua kes lagi masih ditempatkan di dalam wad dan bukan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Tuduhan mengatakan bahawa andainya PH terus memerintah akan ramai yang mati adalah tuduhan jahat, sangat tidak bertanggungjawab dan satu penghinaan.
“Majlis PH mungkin akan buat tindakan susulan sebaik sahaja kita bermesyuarat kerana tuduhan itu sangat jahat mengaitkan tentang kematian rakyat Malaysia,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.
Terdahulu, Azmin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mendakwa pentadbiran PH sebagai gagal dan akan menyebabkan lebih banyak kematian berlaku sekiranya terus berkuasa kerana Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan enggan mengeluarkan peruntukan.
Bekas Timbalan Presiden PKR yang dipecat itu juga berkata, peluang telah diberikan selama 22 bulan untuk memerintah kerajaan Persekutuan namun PH tetap gagal.

Seret Menteri Pas ke mahkamah atau letak jawatan
FAZLI RADZI
Menteri Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali perlu diheret ke mahkamah atau meletak jawatan ekoran gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kuarantin wajib.
Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin berkata, naik turun harga komoditi tidak terlalu bergantung kepada siapa yang jadi menteri.
“Harga komoditi bergantung kepada permintaan dan penawaran dalam pasaran dunia.
Permintaan dan penawaran pula bergantung kepada pelbagai faktor termasuk musim seperti perayaan dan pengeluar komoditi yang sama mengalami kemerosotan pengeluaran.
“Tak dinafikan peranan menteri ada, tetapi peranan sebenarnya dimainkan oleh kementerian. Apabila disebut kementerian, ia merujuk kepada para pegawai kerajaan di semua kementerian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Khairuddin yang merupakan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi mencetuskan rasa tidak puas hati rakyat apabila hanya dikompaun RM1,000 atas kesalahan gagal menjalani kuarantin wajib sebaik pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.
Menghalalkan buat salah
Mengulas lanjut, Zolkharnain berkata, menteri akan mendapat nama baik jika harga komoditi naik dan mendapat nama buruk jika sebaliknya.
“Cuma apabila naik, menteri akan sebut seolah-olah itu jasanya. Tapi apabila harga turun, barulah menteri akan pandai kembali kepada faktor sebenar iaitu penawaran dan permintaan.
“Kenaikan harga komoditi tiada kaitan dengan kesalahan yang menteri buat. Jika menteri Muslim tidak puasa Ramadhan ketika harga komoditi naik misalnya, dia tidak boleh kata, harga komoditi naik, takkanlah tidak boleh saya tak puasa.
“Demikian dengan kesalahan menteri tak kuarantin diri. Harga komoditi naik soal lain. Dia bersalah tak kuarantin diri soal lain. Jika harga komoditi naik kerana jasanya sekalipun, takkanlah jasanya menghalalkan buat salah,” ujarnya.
Beliau juga menyifatkan prestasi Khairuddin dalam menerajui kementerian itu tidaklah sehebat mana berbanding Teresa Kok pada era kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerusi Kementerian Industri Utama ketika itu.
“Tidaklah nampak sangat jasa dia untuk naikkan harga komoditi. Cuma kebetulan semasa dia jadi menteri, harga komoditi naik.
“Orang lain pun boleh jadi menteri di kementerian itu. Kamu dah buat salah, pulangkan gaji tak menutup kesalahan itu. Penutup kesalahan ialah hukuman. Atau tindakan bermoralnya ialah kamu letak jawatan,” tegas Zolkharnain lagi.

PH gagal 22 bulan, Azminlah menterinya, kata Mat Sabu
Faiz Zainudin
PETALING JAYA: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) menyifatkan tindakan bekas sekutunya, Mohamed Azmin Ali memalukan diri sendiri apabila mengkritik kerajaan terdahulu yang beliau sendiri sebahagian anggota Kabinet pimpinan Dr Mahathir Mohamad selama 22 bulan.
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, tuduhan Azmin yang kerajaan PH gagal selepas menjadi kerajaan selama 22 bulan tidak lebih daripada mengakui kelemahan sendiri.
“Azmin datang ke Slim dia maki kerajaan PH kerana gagal, dialah sebab dia jadi menteri 22 bulan.
“Malu hadirin sekalian, kita datang maki bapa kita, malu ke tidak, dia 22 bulan jadi menteri dia datang maki kerajaan dulu,” katanya ketika ceramah perdana PH membantu kempen calon Bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi malam tadi.
Mohamad berkata demikian ketika mengulas kenyataan Azmin yang meminta pengundi Slim jangan menyokong PH tetapi menyokong Perikatan Nasional (PN).
Azmin berkata, rakyat sudah memberi peluang kepada PH untuk memerintah kerajaan persekutuan dan negeri selama 22 bulan, tetapi PH gagal kerana tidak mampu membela rakyat.
Katanya, jika wabak Covid-19 berlaku pada zaman pemerintahan PH, mungkin lebih ramai rakyat menderita bukan kerana wabak itu, tetapi disebabkan kerajaan PH.
“Ketika zaman PH, minta wang tiada…semua tiada, tetapi kita tengok hari ini dalam pentadbiran kerajaan PN masalah itu tidak timbul demi membantu semua rakyat di negara ini.
“Kita memberi peruntukan bukan disebabkan pilihan raya, menteri besar bukan kerja setakat jam 8 pagi hingga 6 petang sahaja, tetapi menteri besar Perak bekerja 24 jam untuk rakyat,” kata Azmin ketika melawat bilik gerakan MIC pusat daerah mengundi (PDM) Ladang Sungkai dekat Kampung Hendra, Sungkai pagi tadi.
Menerusi ceramahnya, Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata kerajaan PN perlu ditolak rakyat kerana tidak mempunyai manifesto dan berada dalam keadaan cacamarba berbanding PH yang kemas dengan tawaran manifesto.
“Mereka tidak ada manifesto, Umno dengan cara dia, PAS dengan cara PAS, sekarang bila jadi kerajaan mereka tidak peduli soal RUU355, soal LGBT, dia tak peduli apa dah, tidak ada prinsip, keadaan PAS sekarang berbeza, saya lama dalam PAS, saya tidak pernah bermimpi PAS jadi macam sekarang, hilang prinsip.
“Umno saya hormat sebab dia kekal cara dia, MCA kekal cara dia, PAS kita tak tahu hilang pegangan bila jadi kerajaan, dulu mereka kata kita menentang Umno bukan kerana dia Umno, sekarang Umno sahabat kita.
“MCA dengan cara dia, PAS dengan caranya, MIC dengan cara dia, PPBM dengan cara dia, mereka tidak ada manifesto, menteri itu begini, menteri ini begini. Kita PH ada manifesto, dulu tidak setuju Dr Mahathir Mohamad jadi menteri, kita tidak mahu ulang macam zaman dulu (BN), dia (Mahathir) hanya perlu jadi PM,” katanya.
Beliau turut menyeru pengundi menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim sebagai medan mengembalikan hak demokrasi negara selepas tindakan PN merampas kerajaan daripada PH.
“Malaysia ini pelik, yang menang jadi pembangkang yang kalah jadi kerajaan, jadi PRK Slim ini kita perlu kembalikan hak demokrasi, kita bermula di sini,” katanya.
Ibarat sokong Najib
Sementara itu, ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir menyeru pengundi Slim menolak calon BN kerana menganggap jika parti itu menang ia ibarat menyokong Najib Razak.
“Kita mesti tolak Najib, tolak BN. Bila nampak dacing itu Najib, pangkah dacing sama dengan pangkah Najib, pangkah BN bermakna sokong Najib,” katanya.
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming pula berkata, rakyat mesti menolak kerajaan PN yang dianggap cacamarba.
“Mereka huru-hara, semalam PAS cakap mereka jadi penaja nak tubuh PN bersama PPBM, Umno kata dia undur tidak masuk PN, PPBM kata dia masuk Muafakat Nasional (MN),” katanya.

Nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia tak lagi sesuai digunakan - Kadir Jasin
Matlamat Bersatu untuk mengambil alih kedudukan Umno sebagai parti terbesar Melayu dan bumiputera berakhir dengan langkah terbaru mereka berhubung keanggotaannya, kata salah seorang bekas pemimpinnya hari ini.
Menurut A Kadir Jasin, pengumuman perubahan kedudukan Bersatu - daripada parti pribumi dan bumiputera kepada parti berbilang bangsa - diumumkan Muhyiddin Yassin pada hari menteri kanan, Azmin Ali, menganggotainya semalam.
Bersatu asalnya ditubuhkan sekumpulan bekas pemimpin kanan Umno yang tidak bersetuju dengan skandal 1MDB. Selain Muhyiddin, tokoh yang bertanggungjawab melahirkan Bersatu ialah Dr Mahathir Mohamad.
A Kadir adalah seorang daripada anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sehinggalah dia meninggalkannya baru-baru ini.
Bersatu membuka keahlian kepada semua orang Melayu dan Bumiputera. Bagaimanapun, Langkah Sheraton yang menyaksikan sekumpulan ahli PKR berpaling tadah membabitkan seorang anggota parlimen bukan Melayu, R Santhara Kumar.
Semalam juga Muhyiddin yang juga presiden Bersatu mencadangkan penubuhan sayap baru dalam parti itu bagi membuka ruang anggota bukan Melayu memegang jawatan.
Kata Muhyiddin dia secara peribadi sudah mengemukakan usul itu dan menugaskan sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Rais Yatim untuk meneliti penubuhan berkenaan.
Dengan perkembangan itu juga, A Kadir berkata, nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak lagi sesuai atau tepat untuk digunakan.
"Natijahnya, yang menang besar dalam perubahan status Bersatu itu adalah Kumar dan Azmin.
"Dengan penghapusan status pribumi/bumiputera itu juga, selesailah masalah Azmin dan pengikut bukan bumiputeranya.
"Sekarang bolehlah mereka menjadi ahli Bersatu tanpa halangan dan sekatan," katanya.

Syed Saddiq bayangkan tak sertai PEJUANG, tubuh parti baharu
Mukhriz, Syed Saddiq dan calon Bebas PRK DUN Slim, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (kanan) bersama penduduk di Felda Besout 1. - Foto NSTP/Sharul Hafiz Zam
SUNGKAI: Bekas Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Abdul Rahman, hari ini membayangkan beliau tidak akan menyertai Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang baru ditubuhkan.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Muar itu turut membayangkan beliau akan menubuhkan satu gerakan pelbagai bangsa yang memberikan keutamaan kepada orang muda bagi memastikan suara dan kebimbangan golongan itu didengari.
"Perkara pertama, tidak kira apa yang berlaku, saya masih lagi menghormati dan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad, dan itu tidak akan berubah. Saya tahu partinya berada di landasan yang benar dan beliau ikhlas berjuang.
"Pada masa sama, saya masih lagi menghormati Muhyiddin (Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin) kerana beliau yang membawa saya masuk ke dalam bidang politik dan saya akan terus menyokongnya.
"Namun, saya rasa, sudah tiba masanya untuk pemimpin muda yang menyertai BERSATU sebelum ini, yang disingkirkan atau dipecat oleh parti diberi peluang kedua," katanya di sini, hari ini.
Rabu lalu, pemimpin PEJUANG mengemukakan permohonan rasmi kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mendaftarkan parti itu.
Tujuh pengasas PEJUANG adalah Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Ahli Parlimen Langkawi; Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun); Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam); bekas Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Marzuki Yahya; Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Sri Gading); Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan bekas Ketua Bahagian BERSATU Alor Setar, Datuk Mohamad Nuhairi Ahmad.
Syed Saddiq berkata, beliau percaya ada ramai pemimpin muda yang disingkirkan daripada BERSATU boleh menubuhkan parti baharu.
"Ada ramai daripada mereka yang lebih baik daripada saya seperti Ustaz Abu Hafiz Salleh Hudin, (bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU), Ulya Aqamah Husamudin dan mereka yang dipecat daripada parti.
"Walaupun saya masih belum menyertai parti itu, dan masih lagi Bebas, saya masih menyokong blok pembangkang. PEJUANG dan saya masih lagi keluarga tetapi pada masa sama, ramai pemimpin muda yang perlu diberikan peluang untuk menerajui parti," katanya.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, gerakan pelbagai bangsa yang memberikan keutamaan kepada orang muda hanya akan ditubuhkan berdasarkan kepada suara majoriti orang muda di Malaysia.
"Kita akan tunggu pengumumannya. Ketika saya menyertai dunia politik, saya tidak pernah terfikir mengenai kuasa tetapi keutamaan saya ialah untuk memastikan suara orang muda boleh didengari.
"Ia bukan mengenai sebuah parti tetapi jika perlu, kita akan mempunyai satu gerakan berasaskan orang muda tetapi bukan hanya untuk orang muda. Bagaimanapun, ia bergantung kepada suara majoriti, Jawapannya terletak di tangan orang muda Malaysia," katanya.
-BHonline
Ingkar kuarantin: Penyelesaian yang mudah
TAMRIN TUN GHAFAR
Politik Negara ini memang meriah, tidak sunyi dari berbagai-bagai isu dan kontroversi.
Bermula dengan ‘Langkah Sheraton’ kemudian diikuti oleh perancangan Muhyiddin bagi menguatkan kedudukan beliau dengan merasuah berbagai-bagai Jawatan Menteri, Timbalan Menteri, MB, EXCO dan GLC, ini termasuk beberapa Ketua Bahagian Bersatu.
Tak cukup dengan itu , baru-baru ini Parti Bersatu membuat permohonan rasmi untuk bergabung dengan Muafakat Nasional (MN) gabungan dua parti yang ditaja oleh musuh ketat mereka! Umno dan Pas; Rupa-rupanya Muhyiddin ini jenis spesis yang suka jilat ludahnya sendiri, kemudian buat selamba atau muka sardin seolah-olah mengesahkan apa yang dilakukan itu adalah asam garamnya sejak zaman ‘hingusan’ lagi.
Kontroversi yang paling terbaru sekali apabila seorang Menteri dari PARTI AMALAN SESAT (Pas) atau ada kalanya digelar PARTI ANGKUT SAMPAH (PAS) , Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri mencabul Perundangan Negara.
Di mana datangnya perkataan ‘At-Tikiri’? – seperti juga sebahagian penganut Pas ini mereka akan mengguna atau menggelar nama mereka mengikut tempat lahir atau di mana yang bersesuaian sepertimana yang diamalkan oleh ‘Tok Sheikh’ di Timur Tengah – At Takiri ini berasal dari nama daerah atau kawasan bernama Seberang Takir di mana beliau dilahirkan.
Ada 3 orang Menteri dan 5 orang Timbalan selain dari Pengerusi-pengerusi GLC dan Tuan Presidennya pula adalah Duta Khas Bertaraf Menteri.
Dalam kalangan mereka yang cerdik tak ramai – kebetulan mereka terdiri dari kumpulan yang tak berserban atau bersongkok seperti Setiausaha Agungnya.
Tak pasti sama ada mereka yang mengiringi beliau ke Turki terdiri dari ahli keluarga dan pegawai Kementerian juga tidak melakukan kurantin 14 hari dari tarikh kepulangan.
Selain dari menghadiri Sidang Parlimen, Menteri Perusahan Perladangan dan Komiditi ini telah juga menghadiri beberapa program yang dihadiri oleh orang ramai.
Makcik ‘gelang merah jambu’ didenda sebanyak RM8,000, pengusaha kedai kopi di Kedah dipenjara 5 bulan dan denda RM12,000 – ini kerana mereka mencabul undang-undang seperti juga Menteri yang tak cerdik ini.
Yang peliknya yang membuat kenyataan berhubung salahlaku Menteri ini ialah Timbalan Menteri Kesihatan yang juga pernah didenda kerana tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP sedangkan Menteri Kesihatan senyap sahaja – mungkin masih mengira jumlah sebenar Negeri dalam Malaysia dan jumlah sebenar Negara dalam dunia.
Cadangan pertama beliau sebagai Menteri bagi menangani harga minyak sawit yang merudum ialah menggantikan sawit dengan tanaman buluh sedangkan apabila Teresa Kok, Menteri Industri Utama Kerajaan PH membuat cadangan yang sama, beliaulah orang yang pertama menentang cadangan tersebut.
Alasan kononnya Istana Negara membenarkan beliau turut menghadiri upacara di Istana telah membuktikan beliau negatif Covid-19 dengan jelas menampilkan kebodohan beliau.
Undang-undang mensyaratkan setiap orang yang sampai dari Luar Negara wajib menjalani kuarantin selama 14 hari.
Undang-undang ini pasti dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet dan diperingatkan selalu melainkan beliau ini tidak faham atau dungu atau faham tapi degil kerana nak tunjuk bahawa sebagai seorang Menteri beliau ‘Tak makan saman’.
Sebenarnya ada 4 cara mudah yang boleh menyelesaikan kontroversi ini :
– Letak jawatan Menteri secara terhormat,
– Bagi membuktikan bahawa Muhyiddin ini adil dan tidak pilih bulu, lakukan pemecatan seperti beliau pecat 282 Ahli Bersatu.
– Hadi buat satu fatwa baru yang mengecualikan Menteri Bodoh ini daripada sebarang tindakan berdasarkan kononya tatkala berlaku wabak Para Sahabat DIKECUALIKAN dari arahan Baginda Nabi Muhammad SAW untuk berada di rumah.
– Memandangkan nyawa Muhyiddin berada di hujung pedang, Hadi boleh mengugut Muhyiddin supaya mengarahkan agar denda terhadap Menteri ini TAK LEBIH RM1,000 atau sebaik-baiknya TIDAK ADA sebarang tindakan diambil; jika ingkar Pas boleh ugut ‘TARIK HAND BREAK’ terhadap kerajaan.
– Terserah pada Hadi membuktikan persahabatan beliau bersama Menteri ini ikhlas atau beliau juga tidak peduli seperti Muhyiddin tidak peduli perasaan pengundi khususnya penyokong Bersatu di Johor.

Kantoi dah xboleh nak kelentong, menteri PAS minta maaf janji nak pulang 4 bulan gaji
Khairuddin akur, mohon maaf dan pulangkan 4 bulan gaji
MALAYSIA DATELINE
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali akhirnya mengakui kekhilafan yang berlaku terhadap perbuatannya yang ingkar kepada peraturan dan SOP sepanjang tempoh PKPP.
Beliau juga melahirkan jutaan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan menzahirkan rasa bertanggungjawab dengan memulangkan semua gajinya untuk bulan Mei hingga Ogos 2020.
Pemulangan gajinya itu sebagai sumbangan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung COVID-19) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Saya juga akan terus bekerja keras dan melipatgandakan lagi segala usaha dan tenaga saya untuk melaksanakan tugasan amanah sebagai menteri bagi memastikan semua rakyat yang terlibat di bidang perladangan dan komoditi khususnya lebih sejuta pekebun kecil B40 sentiasa mendapat manfaar dan terbela kebajikan mereka,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hari ini KKM memaklumka telah mengeluarkan kompaun RM1,000 kepada beliau ekoran tindakannya telah melanggar SOP.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi termasuk Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan telah menegaskan sesiapa sahaja tidak akan terlepas sekiranya telah melanggar SOP sama ada pihak atasan ataupun rakyat.
Terdahulu, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mendedahkan di Dewan Rakyat Ahli Parlimen Kuala Nerus itu tidak kuarantin kendiri selepas pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.
Menurut Teresa Kok, Khairuddin sepatutnya wajib mengasingkan diri untuk tempoh 14 hari bagaimanapun beliau dilihat hadir ke Parlimen 13 Julai lalu.

Langgan:
Catatan (Atom)