"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis sedang siapkan siasatan kes rogol babitkan rakan Adun S'gor Alyaa Alhadjri Diterbitkan sejam lepas Dikemaskini 36 minit lepas 1 A + A - Polis sedang dalam proses menyelesaikan siasatan mengenai tuduhan rogol yang dibuat oleh mangsa berusia 33 tahun terhadap rakan kepada Adun Gombak Setia, Hilman Idham. Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim memberitahu Malaysiakini beberapa suspek yang tidak dikenali ditangkap pada 6 Disember tahun lalu, sehari selepas mangsa membuat laporan polisnya. Suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis. "Pada 8 Disember 2020, pengadu/ mangsa telah membuat laporan polis untuk menarik balik kes ini dan tidak mahu kes ini dibawa sehingga ke Mahkamah. "Namun demikian, pada bulan Januari 2021, pengadu memaklumkan ingin meneruskan semula kes ini," kata Azmi ketika dihubungi hari ini. Azmi berkata polis akan menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Jabatan Peguam Negara dan menunggu arahan selanjutnya. Salah seorang yang didakwa pelaku ialah pemimpin bahagian parti komponen Perikatan Nasional manakala seorang lagi dikatakan rakan lama Hilman. Laporan polis mangsa didedahkan oleh bekas pemimpin Umno Lokman Adam.

Alyaa Alhadjri

Polis sedang dalam proses menyelesaikan siasatan mengenai tuduhan rogol yang dibuat oleh mangsa berusia 33 tahun terhadap rakan kepada Adun Gombak Setia, Hilman Idham.

Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim memberitahu Malaysiakini beberapa suspek yang tidak dikenali ditangkap pada 6 Disember tahun lalu, sehari selepas mangsa membuat laporan polisnya.

Suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

"Pada 8 Disember 2020, pengadu/ mangsa telah membuat laporan polis untuk menarik balik kes ini dan tidak mahu kes ini dibawa sehingga ke Mahkamah.

"Namun demikian, pada bulan Januari 2021, pengadu memaklumkan ingin meneruskan semula kes ini," kata Azmi ketika dihubungi hari ini.

Azmi berkata polis akan menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Jabatan Peguam Negara dan menunggu arahan selanjutnya.

Salah seorang yang didakwa pelaku ialah pemimpin bahagian parti komponen Perikatan Nasional manakala seorang lagi dikatakan rakan lama Hilman.

Laporan polis mangsa didedahkan oleh bekas pemimpin Umno Lokman Adam.

Berkait video Adun yang tular? : Wanita lapor polis dakwa dirogol rakan Hilman Idham

Alyaa Alhadjri & Zikri Kamarulzaman

Seorang wanita membuat laporan polis pada Disember tahun lalu, menuduh dua kenalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Hilman Idham atas tuduhan merogol.

Salah seorang yang didakwa ialah pemimpin bahagian parti komponen Perikatan Nasional (PN), sementara yang seorang lagi dikatakan sebagai kenalan lama Hilman.

Laporan polis itu didedahkan oleh bekas pemimpin Umno Lokman Adam.

Menurut laporan polis itu, mangsa mendakwa Hilman menjemputnya ke sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk meraikan ulang tahun kelahirannya pada hari Jumaat, 4 Disember, bersama dengan kenalan rapatnya dan dua rakan wanita yang lain.

Selepas makan malam, wanita itu mengatakan bahawa mereka semua pergi berkaraoke di mana dia minum minuman alkohol dan mabuk.

Seorang rakan mangsa mengatakan ketua bahagian parti PN itu menyertai mereka ketika mereka masih di bilik karaoke.

Mangsa mengatakan bahawa dia mempunyai ingatan samar tentang apa yang berlaku setelah aktiviti karaoke, tetapi mengatakan bahawa dia merasa Hilman menolongnya untuk berjalan.

Ingatan terakhirnya sebelum tak sedarkan diri adalah wajah kenalan Hilman di atasnya.

Menurut laporan polis itu, dia bangun kemudian pada pukul 4 pagi (Sabtu, 5 Dis) di bilik hotel seorang diri dan mendapati dirinya tidak memakai pakaian dan merasa dia telah dirogol. Dia kemudian menemui kondom di bilik mandi.

Sahkan sedang menyiasat

Seorang rakan memberitahunya bahawa dia telah meninggalkannya di bilik hotel bersama seorang rakan wanita lain, yang terakhir dilihat pada malam itu dengan ketua bahagian parti PN berkenaan.

Dia percaya Hilman tidak bertanggungjawab atas serangan seksual itu, namun "tidak pasti" yang mana antara dua rakan Hilman itu yang melakukannya.

Laporan polisnya menyatakan bahawa dia membawa barang dari hotel sebagai bukti sokongan untuk kesnya.

Malaysiakini telah menghubungi Hilman dan dua lelaki yang dituduh melakukan jenayah tersebut untuk mendapatkan komen lanjut.

Polis mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa mereka sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Malaysiakini sedang memeriksa dengan polis sama ada video tular yang didakwa menggambarkan Hilman menolong seorang wanita berjalan adalah dari malam kejadian.

Pada hari Isnin lalu, Hilman - yang merupakan setiausaha politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali - memberitahu Utusan Malaysia bahawa surat yang didakwa ditulisnya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengenai video itu palsu.

Untuk Perhatian: Pusat membeli-belah terkemuka di Lembah Klang antara lokasi ‘hotspot’ Covid-19

FMT Reporters

PETALING JAYA: Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan senarai lokasi dan premis dikenal pasti sebagai kawasan panas Covid-19.

Berdasarkan data daripada aplikasi MySejahtera, Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) bertujuan membantu masyarakat membuat perancangan perjalanan dan keputusan yang wajar sebelum menuju ke sesuatu lokasi atau premis supaya dapat menghindari risiko jangkitan Covid-19.

Berikut adalah senarai penuh lokasi “hotspot” di negara ini setakat 8 Mei:

Kuala Lumpur:

1 Mont Kiara Shopping Mall

99 Speedmart 1371 Jln Bangsar

99 Speedmart 1605 Tmn Sri Bintang

99 Speedmart Taman Wangsa Ukay

Aeon Alpha Angle Shopping Centre

Aeon Big Danau Kota

Aeon Big Kepong

Aeon Big Wangsa Maju

Aeon Mall Cheras Selatan

Aeon Maxvalu Prime Sunway Velocity

Aeon Maxvalu Prime The Sphere Bangsar South

Aeon Mid Valley

Bangsar Shopping Centre

Bangsar Village 2

Bangunan Cahaya Suria

Bazar Aidilfitri Lorong Tuanku Abdul Rahman

Bazaria Wangsa Maju

Ben’s Independent Grocer Publika

Endah Parade Shopping Complex

Fahrenheit88 Mall

Food Republic Pavilion KL

Guardian KLCC

Hong Leong Bank Berhad Headquarters

Intermark Mall

Jakel Mall Kuala Lumpur

KL Sentral KTMB station

KL East Mall

KL Eco City Mall

KNL Market Sdn Bhd 1st Floor Podium Block (Faber Towers)

Kompleks Perniagaan & Komuniti Bandar Baru Sentul

Lotus’s Cheras

Lotus’s Kepong

LRT KLCC

LRT Masjid Jamek

Masjid Jamek Kampong Baru

Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq Bangsar

Maybank Mid Valley City Branch

Melawati Mall

Menara Bumiputra Commerce

Mid Valley Megamall

Mytown Shopping Centre

Brem Mall

NSK Trade City Peel Road

NU Sentral Shopping Centre

Parkson Elite Pavilion Level 3

Pasar Borong Kuala Lumpur

Pavilion Elite Mall

Pavilion Kuala Lumpur

Pasar Pagi Jinjang Utara

Low Yat Plaza

Publika Shopping Gallery

Selayang Mall

Setapak Central

Kompleks Sogo 190 Jalan TAR

Stesen Sentral Kuala Lumpur

Sungei Wang Plaza

Sunway Velocity Mall

Super Seven Trade Center

Suria KLCC

Taman Metropolitan Kepong

Tapak Penjaja Pasar Pudu

United Point Commercial

Viva Venture

VG Desa Park Arkadia

Wisma Cosway

Zon 2 Suakasih

Selangor:

1 Utama Shopping Centre

99 Speedmart 2460 Tmn Sri Mewah

99 Speedmart 2447 Sunsuria Forum

99 Speedmart 1672 Tmn Bintang Mas

99 Speedmart 1248 Tmn Desa Bakti

Aeon Bandar Utama

Aeon Big Klang

Aeon Big Tun Hussein Onn

Aeon Mall Rawang

Aeon Mall Taman Equine

Bazaar Ramadan Taman Pelangi Semenyih

Billion Shopping Centre B B Bangi Sdn Bhd

Central I-city Mall

Checkers Hypermarket

Crewroom Sri Rampai

The Starling, Damansara Uptown

Dataran Puchong Permai, Puchong

Giant Hypermarket Bandar Kinrara

Giant Hypermarket Banting

Giant Hypermarket Klang

GM Klang Wholesale City

Kolej Matrikulasi Selangor

Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi

Lotus’s Bandar Bukit Puchong

Lotus’s Klang

Lotus’s Kuala Selangor

Lotus’s Mutiara

Lotus’s Puchong

Lotus’s Puncak Alam

Lotus’s Selayang

Lotus’s Semenyih

Lotus’s Setia Alam

Maha Usaha

Main Place Mall

Kipmall Kota Warisan

Matahari Mall

Mydin Mart Seksyen 18 Shah Alam

NSK Trade City Selayang

Pengilang Rawang Corporate Industrial Park

Padini Concept Store Sunway Pyramid

Panasonic Manufacturing Malaysia Berhad (SA2)

Paradigm Mall Petaling Jaya

Parkson Elite 1 Utama

Pasar Moden MBSJ SS15 Pasar Pagi

Pasar Ramadan Taman Putra Perdana

Proton Centre Of Excellence, Subang Jaya

Plaza Shah Alam

Restoran Jejantas Sg Buloh Arah Selatan

Subang Parade

Sunway Pyramid

The Curve

The Mines Shopping Mall

Jaya Grocer Bukit Jelutong

Tropicana Gardens Mall

Putrajaya:

IOI City Mall

Lotus’s IOI City

Bazar Ramadan Putrajaya 2021, Presint 3

Johor:

Aeon Mall Bukit Indah

Econsave Yong Peng

Giant Hypermarket Plenton

Giant Hypermarket Tampoi

Johor Bahru City Square Mall

Johor Premium Outlets

KSL City

Pasaraya Pandan

The Mall Mid Valley Southkey

Melaka:

Aeon Mall Bandaraya Melaka

Negeri Sembilan:

Giant Superstore Nilai

Sabah:

Centre Point Shopping Mall

Suria Shopping Mall

Kompleks Karamunsing

Sarawak:

Plaza Merdeka Shopping Centre

The Spring Bintulu

The Summer Shopping Mall

Vivacity Megamall Kuching

Penang:

Queensbay Mall

Gurney Paragon Mall

Lotus’s Penang

Aeon Queensbay

Toshiba TEC Malaysia Manufacturing Sdn Bhd

Perak:

ANW Ipoh Parade

Dewan Serbaguna Kampung Balun Slim River

Mydin Parit Buntar Perak PBH

Kelantan:

KB Mall

Lotus’s Kota Bharu

Lotus’s Mergong

Mengaku, undurlah Muhyiddin, beri Anwar pula pimpin negara

MALAYSIA DATELINE

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dicadangkan agar mengaku mereka telah gagal mengendalikan negara ini dengan baik dan sebelum ia menjadi lebih parah sebagaimana India, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu berundur dan diserahkan negara kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskannya.

“Sudah tiba masanya untuk Perdana Menteri dan kerajaan paling teruk dalam 63 tahun sejarah negara untuk meletakkan jawatan dan memberi ruang kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri ke sembilan untuk melawan wabak Covid-19.

Lim Kit Siang“(Ia bertujuan) menyelamatkan negara daripada menjadi “mini-India” dalam pandemik ini, dan juga untuk negara kita menjadi negara hebat bertaraf dunia,” kata ahli Parlimen veteran, Lim Kit Siang (gambar).

Bagi beliau, jelas sekali bahawa kerajaan Muhyiddin ini telah gagal untuk mengawal penularan wabak Covid-19, walaupun selepas menggunakan cara yang tidak demokratik dan tidak sah iaitu pengisytiharan darurat.

Bagi veteran DAP itu, layanan berbeza dalam pelaksanaan SOP Covid-19 kepada menteri dan pemimpin Perikatan Nasional, telah menambah buruk keadaan dengan meluaskan jurang defisit kepercayaan kepada kerajaan PN ini.

Katanya, di seluruh dunia, negara-negara yang terkesan teruk sebelum ini kini melihat keadaan bertambah baik dalam usaha melawan Covid-19 di negara mereka.

Pada bulan Januari tahun ini, katanya, Amerika Syarikat melaporkan kira-kira 300,000 kes sehari dengan kadar jangkitan meningkat sembilan kali ganda, dan kadar kematian berada pada paras 4,000 kes sehari. Kini wabak ini sedang beransur mengundur di AS.

Di Eropah semasa berhadapan dengan gelombang kedua, dilaporkan terdapat kira-kira 300,000 kes baharu dan 7,000 kematian setiap hari pada awal tahun ini. Kini kadar kes baharu di Eropah telah menurun sebanyak hampir 30 peratus.

“Kedua-dua Amerika dan Eropah menggunakan strategi sekatan pergerakan bersasar dan vaksinasi secara meluas, tetapi kita gagal melakukan kedua-dua langkah ini selepas setahun bergelut dengan wabak ini,” kata ahli Parlimen antara yang paling lama berkhidmat itu.

Katanya, rekod negara kita dalam melawan wabak ini adalah satu perkara yang mengecewakan.

“Walaupun kita tidak berhadapan dengan kerosakan teruk seperti di Amerika dan negara-negara Eropah, kita masih lagi jauh di belakang kisah-kisah kejayaan mengawal wabak Covid-19 di negara-negara Asia Timur, ASEAN, dan kawasan serantau Pasifik,” katanya.

Dalam penerbitan Bloomberg Covid Resilience Ranking April 2021, Malaysia berada di tempat ke-20, di belakang Singapura, New Zealand, Australia, Israel, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, UAE, Finland, Hong Kong, Vietnam, China, Thailand, Denmark, Norway, AS, UK, Kanada dan Arab Saudi.

Sekarang, semasa wabak ini sedang beransur reda di Amerika dan Eropah, Malaysia pula menyertai negara-negara yang didahului oleh India di mana wabak ini sedang merebak teruk.

Semalam adalah kali keempat India mencatatkan lebih daripada 400,000 kes baharu — 401,271 kes — dan kali pertama negara tersebut mencatatkan lebih daripada 4,000 kematian dengan 4,194 kematian.

Jumlah kes dan kadar kematian akibat Covid-19 di India terus meningkat, mencecah sejumlah 21,886,566 kes dan 238,265 kematian.

“Malah Indonesia dan Filipina yang mempunyai angka terkumpul yang lebih tinggi berbanding negara kita, telah menyaksikan kejayaan yang lebih baik dalam perang melawan wabak Covid-19,” katanya.

Indonesia semalam mencatatkan 6,327 kes baharu berbanding dengan kemuncak 14,518 kes pada 30 Januari sedangkan Filipina pula mencatatkan 7,737 kes baharu berbanding dengan kemuncak 15,280 kes pada 2 April.

Bagi beliau, Malaysia, pusat pertemuan empat kebudayaan hebat dunia — Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat — tidak boleh menjadi sebuah kakistokrasi.

Dr Rafidah gesa Ismail Sabri buat PKP penuh bukan PKP berdarjat

MALAYSIA DATELINE

Berikutan kes baharu positif COVID-19 terus melonjak Dr Rafidah Abdullah yakin kes baru ini akan mencapai 10,000 ribu kes sehari tidak lama lagi.

Dalam facebooknya beliau berkata, katil di wad ICU sudah hampir digunakan sepenuhnya manakala sekarang katil-katil bukan ICU pula diletakkan mesin bantuan pernafasan.

“Dan ini hanya permulaan. Pastinya kami petugas-petugas perubatan dah pasrah.

“Yang saya belum pasti – adakah kita akan melalui apa yang dilalui oleh negara India sekarang,” katanya.

Wad ICU yang hampir penuh. Gambar KKM

Bagaimanapun katanya, mana-mana pihak tidak perlu menunding jari kepada siapa dengan apa yang berlaku hari ini.

“Tidak perlu tunding jari siapa gagal. Kita semua gagal sudah. Gagal membendung penularan COVID-19,” ujar beliau.

Justeru beliau meminta Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar tidak mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berdarjat kerana masyarakat sangat keliru sekali gus beliau meminta dilaksanakan PKP penuh.

“MKN tidak perlulah PKP berdarjat. Masyarakat keliru yang amat sekarang ini.

“Saya merayu, buatlah PKP penuh sekali lagi; untuk seluruh negara. Saya tahu, ekonomi perlu difikirkan.

“Kita boleh ke menerima lebih ramai meninggal dunia dan sakit berpanjangan sebab jangkitan COVID-19 demi ekonomi? Setahu saya, nyawa manusia adalah priceless; tiada harga.

“Kepada masyarakat Malaysia semua, kita berkorban Aidilfitri kali ini dan terus duduk dirumah sendiri. Tidak perlu bercium bersalam dengan sesiapa sekalipun. PLEASE.

“Tolonglah. Bukan tolong kami. Tapi tolong anda dan keluarga anda. COVID-19 sudah ada merata-rata,” kata beliau.

Kecam MB Kedah : Telefon Zunar dirampas lagi ketika soal siasat

Predeep Nambiar

Zunar disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

ALOR SETAR: Kartunis Zunar hari ini mendedahkan telefon bimbitnya dirampas polis sekali lagi ketika siasatan ke atas karikatur menyerupai Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkaitan isu pembatalan cuti peristiwa untuk Thaipusam pada awal tahun ini.

Zunar, atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Alhaque, berkata ini kali kelima telefon bimbitnya dirampas polis dalam “siasatan secara tiba-tiba” sejak 2015 berhubung karyanya.

Bercakap kepada FMT selepas soal siasat selama dua jam, katanya, beliau menggunakan Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah untuk tidak menjawab soalan polis.

Di bawah peruntukan itu, seseorang boleh menolak menjawab soalan yang mempunyai kecenderungan untuk mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau hukuman.

Zunar berkata, beliau disiasat selepas tiga laporan polis dibuat terhadapnya di Alor Setar, Pendang dan Padang Terap.

“Mereka mengambil telefon saya untuk menjalankan analisis forensik ke atas aktiviti saya di internet berhubung kartun yang saya lukis.”

Zunar disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapikan masyarakat untuk melakukan kesalahan terhadap kaum lain, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia atas penyalahgunaan tidak wajar perkhidmatan rangkaian.

Pada 25 Jan lalu, pembantu khas kanan Sanusi dan Ketua Pemuda PAS Kedah, Nurul Amin Hamid membuat laporan polis terhadap Zunar, mendakwa kartun itu memfitnah Sanusi berhubung keputusan membatalkan cuti peristiwa untuk Thaipusam tahun ini akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan. Beliau menyifatkannya tidak adil dan tidak perlu.

Karikatur itu menggambarkan Sanusi dengan sebilah pisau potong daging memotong di tengah-tengah sebuah meja bulat, mengejutkan rakyat pelbagai kaum di sekitarnya. Perkataan “Tiada cuti Thaipusam” tertera di permukaan pisau itu, dengan keterangan ringkas :”Orang Kedah hidup aman damai sebelum dia ni mai.”

Mengulas laporan polis yang dibuat pembantu menteri besar itu, Zunar berkata, Sanusi boleh menggunakan sistem kerajaan yang banyak untuk menolak karyanya.

“Beliau tidak mempunyai pemikiran intelektual untuk berdebat dengan saya atau membantah kartun saya dalam kenyataan rasmi. Anda ialah menteri besar, anda boleh mengeluarkan kenyataan, sebaliknya anda bersembunyi di belakang polis.”

Awal tahun ini, Sanusi mengumumkan pembatalan cuti peristiwa untuk Thaipusam tahun ini akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan untuk mengekang Covid-19.

Langkah itu mencetuskan kemarahan kumpulan hak asasi dan pemimpin politik India daripada kerajaan serta pembangkang, yang menuduh Sanusi jahil dan angkuh serta menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

Jalankan siasatan segera, Hamzah perlu digantung tugas

MALAYSIA DATELINE

Pejuangnita Muda Malaysia menggesa satu siasatan menyeluruh ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta menggantung tugas Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Ketuanya, Dr Nurul Ashikin Mabahwi berkata, penularan audio dan pengakuan Hamzah Zainudin jelas membuktikan campur tangan politik dan penyalahgunaan kuasa berlaku.

Katanya, sehingga kini walaupun beberapa aduan polis telah dibuat meminta siasatan telus dijalankan, masih tiada tindakan susulan dilakukan.

“Kami menggesa agar Perdana Menteri menggantung tugas Hamzah Zainuddin sementara waktu dan menggesa siasatan telus yang bebas pengaruh politik oleh PDRM dan SPRM dijalankan terhadap Hamzah Zainudin.

“Kita khuatir berlaku elemen rasuah dan kesalahan integriti dalam siasatan jika Hamzah Zainudin masih memegang portfolio sepanjang siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau yakin dan percaya jika kes ini disenyapkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap PDRM dan SPRM akan terhakis.

“Kami menggesa siasatan dijalankan dengan kadar segera dan Hamzah Zainuddin digantung tugas,”katanya.

Sebelum ini bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan mengenai campur tangan politik di dalam PDRM. 

Bukan itu sahaja Hamzah Zainudin juga mengaku bahawa audio itu merupakan suara beliau dan tidak merasakan ia satu kesalahan.

Dr Musa nafi audio yang tular suara beliau

MALAYSIA DATELINE

Pakar Kesihatan Datuk Dr Musa Mohd Nordin menafikan beliau menjangka kes baharu boleh mencecah 10,000 selepas raya ini jika kerajaan tidak menyekat aktiviti ziarah hari raya Aidil Fitri ini.

Menurut wakil beliau, pakar perunding pediatrik di Hospital Pakar KPJ Damansara itu tidak membuat sebarang kenyataan dan audio yang tular di media sosial itu bukan suara beliau.

Ekoran itu, Malaysia Dateline yang sebelum ini menyiarkan berita berdasarkan audio yang didakwa suara Dr Musa itu telah menarik balik berita itu

MP Pasir Mas dikecam tidak malu makan gaji buta

ARIFF BASHIRUDDIN

Ahli Parlimen Pasir Mas merangkap Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat Ahmad Fadhli Shaari hari ini dikecam rakyat kerana makan gaji buta disebabkan gagal bekerja untuk rakyat.

Dalam satu siaran video di saluran YouTube Jeming Hassan, Setiausaha Pakatan Harapan Negeri Kelantan Haji Rushdan Mustafa secara terbuka mengecam Fadhli yang disifatkan sebagai tidak malu kerana makan gaji buta.

“Kita minta tamatkan darurat supaya Parlimen boleh bersidang, malangnya Ahli Parlimen Pasir Mas Fadhli Shaari yang sebelum ini dikatakan pemimpin pelapis harapan, ada masa depan cerah dalam politik, akhirnya tak berani nak minta Parlimen bersidang,” kata beliau.

Ketua Amanah Kawasan Pasir Mas itu juga kesal kerana akibat dari Parlimen tidak bersidang, akhirnya ahli parlimen dilihat seperti tiada kerja yang sepatutnya dibuat untuk membawa suara dan permasalahan rakyat.

“Baru-baru ini, tiba-tiba Fadhli muncul dalam video di Facebooknya, menjadi pemandu pelancong, promosi industri budu dan etok, ini bukan kerja ahli parlimen jadi pemandu pelancong!.

“Tidak malukah Fadhli digelar makan gaji buta, tiap bulan ambil gaji sebagai ahli parlimen, tapi langsung tak berani bersuara nak minta darurat ditamatkan, jauh sekali nak minta parlimen bersidang?

“28 ribu pengundi yang memenangkan kamu di Pasir Mas ini mahu kamu bawa suara mereka di Parlimen, bukan untuk jadi pemandu pelancong”, bidas beliau lagi.

Oleh kerana Fadhli yang muda ini pun tak boleh jadi harapan untuk membawa dan memperjuangkan suara rakyat, lebih baik kamu berhenti jadi ahli parlimen dan balik ke rumah kamu di Limbat,” kata Rushdan lagi.

Sehingga hari ini, masih tidak kedengaran suara dari ahli parlimen blok kerajaan terutama dari Pas untuk meminta supaya darurat ditamatkan dan mendesak supaya Parlimen dibuka untuk persidangan.

Sebelum ini para ahli parlimen dan pimpinan dari parti itu dilihat berwatak hero yang memperjuangkan suara rakyat, sehingga Fadhli pernah mengecam PH tidak malu kepada rakyat kerana bawa usul undi tidak percaya kepada PM.

Bersatu akan tewas jika Umno tanding semua kerusi - Dr M

Malaysiakini 

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad menjangkakan Bersatu akan tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya Umno bertanding di semua kerusi tradisinya.

"Bila Mohamad (Hassan) kata Umno akan bertanding semua kerusi, saya kira kemungkinan besar Bersatu akan tewas bila Umno tidak bersama mereka," katanya dalam wawancara bersama portal berita Malaysiapost, malam ini.

Pada Mac lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin memberi bayangan akan mempertahankan semua kerusi yang pernah ditandingi parti itu pada PRU lalu sekiranya Umno tidak mahu bertoleransi melepaskan kerusi berkenaan pada PRU15.

Terdahulu sebelum itu Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan dilaporkan berkata bahawa semua kerusi Umno adalah milik parti itu dan tidak akan sesekali melepaskannya.

Mahathir berkata dia juga pernah menasihati pemimpin Bersatu kembali kepada asas perjuangannya kerana sedar parti itu akan tewas dalam PRU akan datang apabila Umno tidak lagi bersama mereka.

Namun katanya mereka enggan kerana sayangkan jawatan sebagai menteri dan timbalan menteri serta wang yang dinikmati hasil memegang jawatan dalam kerajaan.

"Saya kata dalam PRU akan datang kamu akan kalah, kerana Umno tak sokong kamu. Jadi lebih baik balik kepada asal.

"Tapi mereka jawab mereka menteri dan menteri gaji RM70,000 sebulan. Jadi kalau kita boleh bayar RM70,000 sebulan mereka kembalilah," kata Mahathir. 

Mahathir bertindak meninggalkan Bersatu selepas presidennya, Muhyiddin Yassin itu membuat keputusan untuk keluar Pakatan Harapan (PH).

Keputusan Bersatu meninggalkan PH mengakibatkan kerajaan PH pimpinan Mahathir tumbang.

Pada Mac tahun lalu, Bersatu bersama BN, PAS, GPS dan parti dari Sabah membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, hubungan antara Umno dan Bersatu retak apabila kedua-dua parti tidak lagi sehaluan selepas membentuk kerajaan.

Selepas keluar Bersatu, Mahathir menubuhkan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang). Parti itu bergerak sendirian dan masih belum mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Bulan lalu, Presiden Penaja Pejuang, Mukhriz Mahathir berkata parti itu belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu bersendirian atau menyertai mana-mana gabungan pada PRU15.

Umno pecah 4 kumpulan

Dalam pada itu, Mahathir berkata Umno tidak akan mampu bergerak sendirian dalam menghadapi PRU akan datang kerana parti itu dilihat sudah berpecah kepada empat kumpulan.

“Umno sudah pecah dengan sebilangan yang tidak kecil sudah keluar menjadi ahli Bersatu, iaitu pecahan lagi adalah orang yang tolak bekas perdana menteri, Najib Razak tetapi sokong Presiden Umno ketika ini Ahmad Zahid Hamidi Zahid.

“Satu lagi pecahan yang sokong Najib dan pecahan mungkin menyokong pemimpin lain seperti Timbalan Presiden, Mohammad Hasan atau Hishammuddin Hussein,” katanya.

Oleh itu katanya, Umno tidak akan dapat menang besar dalam PRU-15 nanti jika bersendirian.

PKP? Biasa je bagi warga Selangor, KL

Samuel Chua

KUALA LUMPUR: Pada hari pertama pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di Selangor dan Kuala Lumpur, kehidupan berjalan macam biasa bagi warga kota.

Dari Kuala Lumpur ke Petaling Jaya dan Subang Jaya, tidak banyak yang berubah di kebanyakan kawasan di Lembah Klang.

Di sebelah pagi, kereta api masih sesak dan masih ada penumpang berdiri dalam bas, manakala tiada sekatan jalan raya kelihatan dalam bandar.

Bagi seorang pengguna pengangkutan awam, yang hanya ingin dikenali sebagai Lisa, hari ini tidak banyak berbeza dengan hari-hari lain.

Anggota polis dan tentera memastikan pengguna mematuhi peraturan PKP.

“Saya menaiki kereta api dari Taman Paramount ke KL Sentral dan tidak melalui pemeriksaan polis. Perjalanan lancar,” katanya.

Di KL Sentral, bahagian konkos yang cukup luas membolehkan penjarakan fizikal ketika penumpang turun dari kereta api.

Wartawan FMT menaiki LRT dari Asia Jaya ke KLCC dan mendapati ia sesak dengan penumpang. Semua orang memakai pelitup muka tetapi ruang tidak cukup bagi penjarakan fizikal.

Anggota polis memeriksa dokumen pengguna jalan raya di Tol Damansara.

Tidak ramai pengunjung dilihat di 1Utama walaupun kedai dibuka.

Di hentian bas KLCC, kelihatan ramai orang menunggu bas, manakala bas-bas yang tiba juga sesak dengan penumpang.

Seorang lagi pengguna pengangkutan awam, Sarah Karina, berkata tidak risau diperiksa polis kerana mempunyai surat kebenaran majikan.

“Walaupun ada surat daripada majikan, saya masih keliru dengan peraturan PKP kerana kerajaan tidak jelaskan dengan terperinci,” katanya.

Sebuah restoran di Sunway Pyramid hanya membenarkan makanan dibawa pulang.

Trafik lancar di jalan keluar plaza tol di Subang Jaya dan Kota Damansara. Pemeriksaan ringkas oleh polis memudahkan pengguna bagi mengurangkan kesesakan pada waktu puncak.

Seorang pengguna, Shubahshini Segaran, berdepan sekatan dalam perjalanan dari Rawang ke Subang, menyebabkan beliau lewat ke tempat kerja.

“Walaupun saya bangun pada 5.30 pagi, saya masih lambat. Esok, saya kena bangun sejam lebih awal untuk elakkan kesesakan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di pusat beli belah Sunway Pyramid dan 1Utama mendapati semua kedai dibuka, termasuk kedai menjual pakaian, barang kemas, perabot, selain medan selera.

Bagaimanapun, sejak awal pagi, tidak ramai pengunjung dilihat.

Jutaan penduduk di enam daerah di Selangor diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 12 hari mulai hari ini sehingga 17 Mei, ekoran peningkatan mendadak kes Covid-19.

Enam daerah berkenaan adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat, dan Sepang.

Selain itu, beberapa kawasan di Johor, Terengganu dan Perak juga dikenakan perintah sama bermula esok hingga 20 Mei.

Didenda RM3,000 Najib kongsi gambar Muhyiddin tanpa pelitup muka

Malaysiakini 

Bekas perdana menteri, Najib Razak akur dengan denda sebanyak RM3,000 yang dikenakan terhadap kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Bagaimanapun kerelaan itu tidak berlalu begitu saja. Sebaliknya ahli parlimen Pekan itu secara sinis 'menembak' kerajaan yang dirasakannya tidak berlaku adil.

Sambil memuat naik artikel yang berkait dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Najib mempersoalkan apakah tindakan kerajaan terhadap menteri yang melanggar SOP.

"Selepas saya mengaku salah, saya dikompaun RM3,000 sebab melakukan dua kesalahan langgar SOP Covid. Tidak imbas suhu badan, tidak 'scan' (imbas) MySejahtera.

"Saya akan bayar kompaun ini. Boss kedai nasi ayam itu pula kena denda RM10,000. Saya dan orang biasa akan disiasat polis dan didenda kerajaan.

"Kalau menteri-menteri kerajaan langgar SOP, saya tak tahulah," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Mengiringi hantaran itu ialah gambar Muhyiddin memasuki sebuah premis di Putrajaya untuk menghadiri dan mempengerusikan mesyuarat Bersatu Johor.

Ahli parlimen Pagoh itu dirakam berjalan tanpa memakai pelitup muka.

Terdahulu, polis mengeluarkan dua denda berbeza iaitu RM3,000 terhadap bekas Najib kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, manakala restoran nasi ayam yang dikunjunginya dikenakan kompaun RM10,000.

Najib didenda kerana tidak merekodkan kehadirannya di Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng di Bukit Bintang selain tidak membuat pemeriksaan suhu badan ketika memasuki premis berkenaan.

Sementara itu, restoran nasi ayam berkenaan didenda kerana gagal memastikan Najib mematuhi SOP.

Kompuan itu dikeluarkan terhadap Yeok Wei Hao yang juga pengurus kedai nasi ayam berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata denda itu berdasarkan keputusan Jabatan Peguam Negara setelah menerima kertas siasatan daripada polis.

Bersatu Simpang Renggam bubar? Surat letak jawatan AJK bahagian tular

Fahmi Yusof

JOHOR BAHRU: Bersatu Johor sedang menjalankan siasatan dalaman ke atas surat peletakan jawatan barisan pimpinan Bersatu Bahagian Simpang Renggam, termasuk semua ketua cawangan yang tular di media sosial sejak semalam.

Setiausaha Bersatu Johor, Sahruddin Jamal, mengesahkan pihaknya menerima surat berkenaan 3 Mei lalu.

“Surat itu sudah sampai ke pejabat Bersatu Johor dan siasatan dalaman sedang dijalankan.

“Dakwaan yang kata Bersatu Simpang Renggam dah bubar itu, saya tidak tahu kenyataan daripada siapa, saya kena siasat dulu,” katanya ketika dihubungi FMT.

Terdahulu, akaun Facebook menggunakan nama “Pak Tam” memuat naik gambar surat dan nama semua ahli jawatankuasa (AJK) yang meletak jawatan, serta kenyataan Naib Ketua Bersatu Bahagian Simpang Renggam, Mohd Sidik Arifin.

Gambar surat peletakan jawatan Naib Ketua Bersatu Bahagian Simpang Renggam, Mohd Sidik Arifin yang tular di media sosial. (Gambar Facebook)

Sidik dalam kenyataan itu mengaku meletak jawatan secara rasmi 3 Mei lalu kerana mendakwa semua AJK Bersatu Bahagian Simpang Renggam sudah hilang kepercayaan terhadap pemangku ketua bahagian itu.

“Bukan saya seorang meletak jawatan, tapi boleh dikatakan 2/3 AJK bahagian yang berbuat demikian. Kalau mengikut undang-undang tubuh, maka dengan serta-merta Bersatu Bahagian P151 Simpang Renggam telah pun terbubar,” menurut kenyataan itu.

Jawatan ketua Bersatu Bahagian Simpang Renggam kosong tahun lalu, selepas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu mengesahkan keahlian penyandangnya, Maszlee Malik, terhenti serta-merta berdasarkan Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan parti itu pada Jun 2020.

Senarai nama AJK Bersatu Bahagian Simpang Renggam didakwa meletak jawatan yang dilampirkan dalam surat peletakan jawatan Mohd Sidik Arifin. (Gambar Facebook)

Bersatu kemudian melantik A’zman Mohd Umar sebagai pemangku ketua Bersatu Bahagian Simpang Renggam, bagaimanapun 19 pemimpin bahagian itu dilaporkan menolak watikah pelantikannya yang didakwa tidak sah.

Antara nama yang tertera dalam surat peletakan jawatan tular itu adalah Pengerusi Tetap Bersatu Bahagian Simpang Renggam, Mohd Yusof Parman, Timbalannya, Jamilai Tunis dan tujuh AJK.

Tekaknya dahaga lidahnya mengundang murka Allah, tapi Nasrudin pula kena ‘tazkirah’

FAZLI RADZI

Baru sahaja memberi tazkirah atau ceramah ringkas tentang agama sebagai peringatan sempena minggu akhir Ramadan ini, dia pula yang kembali dihujani ‘tazkirah’ oleh warganet.

Itu yang menimpa Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan hari ini apabila mengaitkan ibadat puasa dengan sikap dalam menyatakan pendapat di media sosial.

“Terdapat insan yang berpuasa, tekaknya dahaga perutnya lapar tetapi lidahnya mengundang murka Allah dan jemarinya mengarang dosa tanpa henti.

“Bertaqwalah,” serunya ringkas dalam hantaran di Facebook hari ini.

Walau bagaimanapun, Nasrudin kemudiannya menerima sindiran yang bertali arus daripada hal bersangkut dengan politik Pas dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) hinggakan kontroversi  peribadi.

“Juga ada penguasa yang berpuasa, menjual ayat-ayat Allah untuk kesenangan dunia dan pangkat. Apabila sampai di atas, semakin punah amanah yang Allah berikan,” balas Hanif Abdul Karim.

Ada juga yang dilihat menyindir Nasrudin apabila mengaitkan dengan kepesatan aktiviti judi di dalam negara ekoran langkah kerajaan PN menambah kekerapan cabutan khas judi bermula tahun ini.

“Terdapat insan yang berpuasa dan berkuasa, cabutan khas nombor ekor boleh naik jadi 22 kali berbanding lapan sebelumnya.

“Moga tenang dengan jawapan ketika diyaumul hisab dan yaumul mizan nanti. Bertaqwalah dengan sebenar-benar taqwa!” tulis Salehudin Basri.

Politik kebencian

Sementara itu, pengguna Facebook, Ahmad Yub Zulbaidi Zakaria secara sinis lagi pedih berkata, sempena bulan mulia Ramadan ini, beliau berjihad melawan puak yang menggalakkan aktiviti judi.

Memanggil Nasrudin sebagai ‘Din’, jihadnya juga termasuk melawan puak yang menipu rakyat kononnya berjuang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) (Akta 355) atau dikenali sebagai Rang Undang-Undang (RUU) 355.

Ahmad Yub juga ingin berjihad menentang puak pengkhianat serta agen Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat yang dipercayai merujuk kepada seorang ikon pemimpin Pas yang juga Ahli Parlimen di Kelantan.

“Lawan puak-puak yang perabih dana rakyat bermewah beli kenderaan Menteri Besar, Exco.

“Lawan puak-puak cakap tak serupa bikin, contoh penipu yang suruh kecilkan Kabinet, potong gaji menteri-menteri, tiada lantikan politik dalam GLC masa jadi pembangkang dulu.

“Banyaklah Din. Jihad tu,” katanya lagi kepada Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berkenaan.

Dalam masa sama, terdapat warganet yang menasihatkan Nasrudin agar tidak mengamalkan politik kebencian dengan mencontohi cara pemimpin Pas dan Umno lain dalam mengajak orang ramai berbuat kebaikan.

“Kan lebih baik dan manis jika ustaz (Nasrudin) memujuk atau mengajar buat kebaikan dari perli pihak lawan.

“Sebagai contoh YB Sam (Menteri Besar Terengganu) dan Exco Dr Azman, YB Tok Mad (bekas Menteri Besar Negeri Sembilan).

“Bila berbicara sangat lembut dan tidak mengamalkan politik kebencian,” nasihat Muhammad Zakaria.

Jangan guna darurat untuk jual lapangan terbang subang, kata Salahuddin

SITI NUR ZAWANI MISCON

Kerajaan diingatkan agar tidak mengambil kesempatan di atas pelaksanaan darurat untuk menjual konsesi lapangan terbang Subang yang masih lagi dimiliki oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, penjualan berkenaan akan menyebabkan MAHB bakal kerugian sehingga RM11.9 bilion.

“jangan ambil kesempatan darurat untuk jual konsesi airport Subang yang masih dimiliki MAHB.

“(MAHB) bakal di’hijacked’ sehingga potensi kerugian RM11.9 bilion melalui Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Tolak runding terus. Buka Parlimen. Kita debat. Ini harta rakyat dan negara,” katanya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.

Ciapannya itu susulan laporan bahawa ahli perniagaan dan juga hartawan hartanah, Tan Sri Desmond Lim Siew Choon sedang merancang untuk mengambil alih lapangan terbang Subang.

Bagaimanapun memetik The Vibes, pihak berkepentingan utama yang berkaitan dengan kerajaan menentang tindakan itu, dengan menyatakan akan mengalami kerugian dianggarkan hingga RM11.9 bilion.

WCT Holdings Bhd yang memiliki Subang Skypark Sdn Bhd (SSSB), mencadangkan untuk memasuki konsesi baru dengan mengoperasikan seluruh kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah hingga tahun 2092, menjadikannya sebagai lapangan terbang bandar, kata dokumen konsep itu.

Lapangan terbang Subang, kata syarikat itu, akan mensasarkan penumpang dari satu lokasi ke satu lokasi menggunakan pengangkutan ekspres, bersama dengan pembangunan harta tanah yang berkaitan.

Difahamkan, SSSB telah membuat kertas cadangan tersebut kepada kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan.

Lapor The Vibes, SSSB juga menganggarkan sejumlah RM3.7 bilion untuk pelaburan awal tanpa menggunakan dana kerajaan.

RM1.7 bilion akan dibuka untuk terminal penumpang dan terminal eksekutif pada tahun 2027, manakala RM2 bilion akan dibelanjakan dalam 10 tahun akan datang di bandar lapangan terbang.

Tetapi lapangan terbang itu kata SSSB, tidak akan bersaing dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana fokusnya adalah “pelancong perniagaan premium, memfokuskan kepada pasaran yang berbeza dari penumpang KLIA.

Gara-gara dakwa dirogol di pusat kuarantin, wanita diheret ke mahkamah

N Faizal Ghazali

Gara-gara membuat laporan polis bahawa dia dirogol seorang lelaki ketika menjalani kuarantin di sebuah pusat di Pengkalan Chepa Sabtu lalu, seoang ibu tunggal dihadapkan di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini.

Bagaimanapun tertuduh Siti Nashurah Mat Daud, 26, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh memberi maklumat palsu kepada anggota polis bahawa dirogol oleh Mohamad Rizwan Abdullah, 34, dengan niat tindakan diambil terhadap lelaki berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di kaunter Balai Polis Pengkalan Chepa jam 5.58 petang, 1 Mei lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dengan seksyen sama dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Difahamkan ketika kejadian seorang urusetia pusat kuarantin itu mendapati seorang lelaki keluar daripada bilik tertuduh sebelum tertuduh membuat laporan polis mendakwa dirinya dirogol selama empat hari berturut-turut bermula pada 28 April hingga 1 Mei lalu.

Namun siasatan dan keterangan terhadap mereka mendapati kejadian itu berlaku secara sukarela dan tertuduh mengaku merasa suka terhadap lelaki yang baru dikenalinya itu.

Tertuduh juga merupakan bekas banduan yang baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara selama enam bulan atas kesalahan ugutan jenayah sebelum dimasukkan ke pusat kuarantin tersebut.

Sementara itu pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin yang memohon jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nik Nazriani Nik Ab Rahman memohon jaminan minima memandangkan dia seorang ibu tunggal dan perlu menyara tiga orang anak.

Mahkamah kemudiannya menawarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Jun bagi sebutan semula kes.

Asik-asik Ebit Lew, mana pergi wakil rakyat kat sana

Ebit bantu anak gelandangan, daftar belajar di madrasah

Malaysiakini 

Simpati dengan nasib seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang baru kematian ibu bapanya dikatakan akibat wabak Covid-19, pendakwah terkenal Ebit Lew membantu kanak-kanak tersebut yang menjadi gelandangan di Bukit Raja, Klang.

Menerusi hantaran di Facebook semalam, Ebit berkata dia bergegas ke sana setelah mendapat maklumat daripada orang ramai berkenaan perkara itu.

“Ada yang mesej saya. Dia dah tiada sesiapa dalam hidupnya. Berat ujianmu duhai anak. Pasti ada hikmah di sebalik semuanya.

“Saya terus bergegas cari adik ni. Dari jauh tengok adik ni terus rasa nak menangis sebab baik dan beradab sangat.

“Fikir macam manalah hidup merata begini. Bila tanya mak ayah jer terus adik ni menangis,” katanya.

Ebit berkata ibu bapa kanak-kanak tersebut meninggal dunia pada Januari lalu.

Selepas membuat laporan di balai polis, Ebit berkata dia membawa kanak-kanak tersebut ke pasar raya untuk membeli barangan keperluan sebelum mendaftarkannya di sebuah madrasah.

“Saya tanya adik nak masuk sekolah madrasah. Nak ustaz. Nak jumpa mak ayah dalam syurga.

“Terus makin sedih, saya pun rindu mak. Rindu ayah. Kami solat sama-sama dan terus hantar adik ni masuk madrasah.

“Walau sekejap terasa rapat dan seperti keluarga. Adik jaga diri ya. Saya doa adik jadi anak soleh berjaya cemerlang. Nanti kita jumpa lagi," kata Ebit.

'Saya bukan nak tunjuk samseng' - Lan Pet Pet

Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Kuala Lumpur: Menegur seorang lelaki yang menggunakan telefon bimbit ketika menunggang motosikal.

Itulah punca kejadian pelawak dan pelakon popular, Lan Pet Pet, 52, memukul seorang lelaki penghantar makanan seperti dalam video yang tular sejak kelmarin.

Lan berkata, sebelum kejadian dia yang memandu di Jalan Ampang, iaitu lokasi di hadapan Kedutaan Russia ternampak penghantar makanan terbabit yang sedang menunggang motosikal menggunakan telefon bimbit dengan kedudukan motosikal di tengah jalan.

Memikirkan perbuatan lelaki terbabit mendatangkan bahaya bukan saja kepada dirinya tetapi juga pengguna jalan raya yang lain, Lan menghampirinya dan bersemuka.

"Saya menegurnya. Tindakannya (menggunakan telefon bimbit ketika menunggang motosikal) amat berbahaya. Bukan saja boleh mengancam nyawanya, malah pengguna jalan raya lain.

"Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila saya kena maki dan menerima provokasi. Saya juga manusia biasa, kesabaran ada batasan. Takkan saya mahu membiarkan saja apabila diserang.

"Tindakan saya hanya untuk mempertahankan diri, bukan tunjuk samseng. Kami hanya bergaduh dalam beberapa saat saja," katanya.

Terdahulu, rakaman video Lan atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad memukul seorang lelaki yang juga penghantar makanan tular dan menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.

Video berdurasi 24 saat itu dikongsi oleh pengguna laman sosial dan mendakwa anggota kumpulan Senario itu melakukan kekerasan terhadap lelaki penghantar makanan itu.

Menerusi video berkenaan, Lan dilihat merangkul dan memukul kepala lelaki berkenaan, tetapi cuba ditenangkan beberapa tiga lelaki lain. Di hujung video, Lan juga melemparkan kata-kata berbaur amaran kepada lelaki itu.

Lan berkata, dia sudah membuat laporan polis semalam berhubung insiden pergaduhan berkenaan.

Katanya, dia juga membuat laporan polis terhadap seorang wanita dalam kereta dipercayai merakamkan dan menyebarkan video ini.

"Saya kesal dengan tindakan wanita ini, dia hanya melihat kejadian depan mata tanpa mengetahui punca kejadian sebenar. Saya diberitahu wanita ini mula menyebarkan video menerusi aplikasi WhatsApp hingga tular.

"Dia tidak sepatutnya membuka aib orang sesuka hati. Tindakannya menyebarkan video ini boleh menimbulkan fitnah," katanya.

Lan berkata, dia akan bertemu dengan lelaki penghantar makanan itu hari ini.

"Kami akan bersemuka di balai polis untuk menyelesaikan isu yang tercetus antara kami. Saya tidak mahu membiarkan insiden ini terus membelenggu hidup secara berpanjangan. Lagipun, eloklah kami meleraikan kekusutan yang berlaku, Aidilfitri pun tidak lama," katanya.

Kadar kes Covid-19 di KL lebih tinggi daripada Selangor, mengapa tidak kena PKP?

ARIF ATAN

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mempersoal kegagalan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mempunyai kadar insiden kes Covid-19 bagi setiap 100,000 penduduk lebih tinggi berbanding Selangor.

Beliau mengingatkan agar usaha memerangi penularan Covid-19 perlu mengambil kira sudut epidemiologi atau kajian tentang penyakit epidemik bukannya dipolitikkan seolah-olah kes pandemik boleh membawa maut itu paling kritikal di Selangor.

Menurutnya, kadar insiden kes pandemik itu di Malaysia bagi setiap 100,000 penduduk adalah sebanyak 116 tetapi Kelantan mencatatkan kadar kes tertinggi sebanyak 331 diikuti Sarawak 273, Kuala Lumpur 225 dan Selangor 159.

“Kuala Lumpur dalam (kadar kes Covid-19) 225 bebas daripada PKP tetapi Selangor dengan angka 159 dikenakan PKP. Tolonglah, jangan politikkan perkara ini. Nyawa dan kehidupan sangat terjejas,” katanya.

Beliau yang juga ketua Pasukan Petugas Menangani Covid-19 di Selangor (STFC) itu berkata demikian dalam sidang media membincangkan tajuk ‘Pandemik dan Vaksinasi, Perlukah Darurat?’, di Hotel Tamu di ibu negara hari ini.

Turut menjadi panel ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud; Ahli Parlimen Bandar Kuching dari DAP, Kelvin Yii Lee Wuen dan Dr Mathen Nair dari Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat, Khalid Abd Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berperanan sebagai moderator dalam program tersebut.

Mulai esok, enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang diletakkan di bawah PKP hingga 17 Mei.

Sementara itu, tiga lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih berkuat kuasa Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB).

Semalam, Selangor mencatatkan jangkitan harian Covid-19 tertinggi iaitu 675 kes diikuti Sarawak (620 kes) dan Kuala Lumpur 408 kes.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly menjelaskan walaupun Selangor kerap dikesan mempunyai kes harian Covid-19 tertinggi seperti diumum Kementerian Kesihatan (KKM) tetapi angka tersebut sebenarnya berkaitan dengan kepadatan penduduk.

“Tidak boleh ukur dari segi angka semata-mata. Kita perlu mencermati kes dari segi epidemiologi. Memang kes Covid-19 di Selangor nampak tinggi tapi terkait dengan kesesakan penduduk.

“Populasi Selangor saja mencecah 6.9 juta orang termasuk pekerja asing,” jelasnya sambil mengakui ‘sakit hati’ apabila mendengar pihak yang mendakwa Selangor paling tinggi kes Covid-19.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, pendekatan berstrategi yang paling berkesan perlu dilakukan dalam memenangi perang melawan Covid-19.

“Sejak Julai 2020, STFC yang dibentuk oleh Menteri Besar sangat sedar hal ini. Saya dalam penerangan kepada birokrat dan teknokrat juga mengingatkan Selangor perlukan strategi untuk menang.

“Jangan harap untuk dapatkan kes sifar. Hanya pastikan fasiliti kesihatan dan barisan hadapan tidak terbeban. Kita perlu sentiasa imbangi antara nyawa dan kehidupan,” katanya lagi.

Lokman Adam maki hamun Ketua Ulama Pas

Ketua Ulama Pas teruk kena maki hamun dengan Lokman Adam

FAZLI RADZI

Gara-gara berang apabila Datuk Seri Najib Razak dikritik, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam memaki hamun Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Dalam sedutan video rakamannya sendiri, Lokman kelihatan amat marah dan menyerang bertubi-tubi Ahli Parlimen Pasir Puteh itu termasuk mengeluarkan kata-kata carutan.

“Nama saja Dewan Ulama Pas. Perangai macam haramjadah. Ini ketua (Dewan Ulama Pas). Jambang bukan main lagi. Tapi Allahuakbar. Mulut macam longkang.

“Eh, pakai otaklah. Orang di bawah ni menderita. Apa yang Dewan Ulama Pas buat. Ada buat apa-apa. Tiada? Tutup mulut,” bentaknya.

Terdahulu, Nik Muhammad Zawawi antara lain berkata, tindakan Najib yang pada masa ini membuat ‘troll’ dan lontaran polemik tidak memberi manfaat dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Mengulas lanjut, Lokman mengingatkan Nik Muhammad Zawawi bahawa sebahagian besar rakyat kini menempuh hidup yang sukar ekoran impak pandemik Covid-19.

“Rakyat sengsara. Berniaga tak boleh. Pasar Ramadan dah tutup. Duit pinjam ah long, ambil dari i-Sinar.

“Dapat duit, mahu berniaga tapi tiba-tiba semua diarah tutup (kerana wabak Covid-19). Siapa nak tanggung? Cakap! Bapak korang (ulama Pas) nak tanggung ke?

“Senang-senang cakap Datuk Seri Najib suka-suka troll sebab nak dapat like. Eh, kau ingat dia dapat like, dia bebas dari kena penjara?

“Bila dapat like, ingat dia akan tambah pendapatan melalui Facebook dia? Cakap tu biarlah sopan santun sikit,” tempelaknya.

Lokman yang dibuang daripada menjadi ahli Umno pada Februari tahun lalu itu juga menambah sebahagian kumpulan dalam Pas juga sudah semakin meluat.

“Jangan guna otak letak di kaki. Nama Ketua Dewan Ulama Pas, perangai macam haram jadah.

“Hari ni kawan-kawan Pas makin hari makin meluat bukan setakat kumpulan Menteri Besar Terengganu, kumpulan Publika, Setiausaha Agung Pas, Attakiri.

“Hari ini, Ketua Dewan Ulama Pas pun mulut macam ******k. Minta maaf cakap. Tak hormat langsung,” maki Lokman lagi.

Abdul Hamid Bador belasah ulama PAS

Adakah para ulama politik tidak faham penjelasan saya? – Abdul Hamid

Malinda Abdul Malik

GEORGE TOWN – “Wahai para ulama politik sekalian, sila buka mata dan dengar tentang penjelasan diberikan sebelum mengkritik tindakan saya dedahkan campur tangan menteri dalam pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM)”.

Itu penjelasan diberikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador susulan Dewan Ulama Pas mengkritik pendedahan yang dilakukannya.

Kata Abdul Hamid, beliau mendedahkan perihal penyelewangan dan salah laku yang kian berleluasa agar dapat diperbetulkan segera.

“Sudah saya jelaskan bagaimana aduan telah saya buat kepada perdana menteri dan Ketua Setiausaha Negara tentang hal ini. Adakah para ulama politik ini tidak faham tentang penjelasan itu?

“Bagi saya apa gunanya ilmu agama tinggi melangit yang ada pada diri masing-masing tetapi takut untuk berterus terang selain tidak berusaha untuk mengatasinya,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Pada Jumaat lalu, MalaysiaGazette melaporkan ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengakui kurang senang dengan campur tangan Menteri Dalam Negeri dalam pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Malah beliau mengakui hubungannya dengan Datuk Seri Hamzah Zainuddin memang tidak harmoni.

Abdul Hamid mendakwa sikap Hamzah mempolitikkan PDRM sejak jadi menteri mengecewakannya dan ia berbeza semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi menteri sebelum itu.

Malah beliau juga telah bersemuka dengan namun ia tidak ada jalan penyelesaian kerana Hamzah masih mahu kuasa dalam PDRM.

Susulan kritikan terbuka itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Mohd Nor Hamzah berkata, tidak wajar individu seperti Abdul Hamid yang tahu mengenai undang-undang dan menjaga keadilan negara beremosi dalam ucapan sehingga mengundang sangkaan berunsurkan fitnah. – MalaysiaGazette

Pendedahan KPN: Mengapa negara perlu reformasi menyeluruh?

ZIN MAHMUD

Luahan perasaan bekas Ketua Polis Negara di sidang media persaraannya bukan saja memaparkan masalah hubungannya dengan Menteri Dalam Negeri tetapi ia adalah satu titik bersejarah dalam perkembangan politik masa kini negara.

Beliau adalah seorang yang berani dan berusaha untuk membersihkan pasukan Polis Di-Raja Malaysia walaupun tentunya tidak dapat menyempurnakan dalam waktu begitu singkat dalam suasana kerajaan masa kini yang tidak komited untuk melakukan reformasi terhadap pentadbiran negara.

Sememangnya malang bagi beliau dan rakyat Malaysia kerana tidak dapat merasakan kelahiran semula pasukan polis yang bersih, cekap dan berkesan. Kepentingan pasukan polis bagi negara ini amat besar lebih-lebih lagi dalam keadaan negara yang sedang berada pada kancah melawan Covid-19. Selain itu rakyat perlu keyakinan terhadap pasukan polis yang profesional, tanpa campur tangan tidak beretika dari ahli-ahli politik.

Rakyat boleh saja tidak mempedulikan luahan perasaan beliau dan negara pun bergerak seperti biasa, seolah-olah tiada apa-apa pelik sedang berlaku. Negara pula sedang menghadapi wabak Covid-19 yang bertambah buruk. Sebahagian besar rakyat sedang bertungkus-lumus berusaha mengatasi masalah ekonomi dengan harga barang turut naik. Suasana hari raya tanpa dibolehkan balik kampung menambah tekanan kepada orang ramai.

Kerajaan akan bergerak seperti biasa mengikut budaya politik Perikatan Nasional yang tidak beretika dalam cara mereka memerintah. Tumpuan mereka adalah mengekalkan kuasa dengan cara-cara yang banyak menimbulkan tanda tanya dengan persediaan untuk menghadapi pillihan raya ke-15. Matlamat mereka adalah untuk menang dan kembali berkuasa.

Sememangnya semua mereka yang ada jawatan mempunyai kuasa masing-masing. Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis dan Ketua Polis Negara mempunyai peranan dan kuasa. Tetapi semuanya wajar dilakukan secara beretika.

Dengan memiliki kuasa dan pengaruh, tidak semestinya seseorang itu boleh menggunakannya walaupun ia melanggar etika. Sebagai contoh, seseorang wakil rakyat boleh saja melompat parti. Tetapi tentulah perbuatan itu tidak beretika kerana ketika pengundi memilihnya, mereka bukan saja melakukannya kerana dirinya tetapi juga atas sebab dia turut mewakili parti. Kalau dia bukan wakil rakyat, tidak ada masalah baginya untuk melompat ke mana-mana parti politik.

Sememangnya politik adalah seni bagi melakukan perkara yang mustahil, art of impossible, tetapi ia tidak bermakna ahli politik terlepas daripada kerangka etika. Ini kerana hubungan sesama manusia ditentukan oleh etika. Nilai seseorang wakil rakyat terletak pada hubungannya dengan para pengundi.

Tetapi banyak ahli politik tidak menghiraukan soal etika ini. Bagi mereka politik ini merupakan suatu permainan bagi mendapatkan dan mengekalkan kuasa, terlepas daripada kekangan etika. Siasah ditafsirkan sebagai bidang yang membolehkan mereka menipu, mengelirukan dan melanggar janji yang dianggap sebagai kecerdikan untuk mencapai sesuatu matlamat.

Sedangkan rakyat adalah suatu amanah bagi seseorang ahli politik. Menjadi wakil rakyat adalah memegang suatu mandat yang diperoleh dari pilihan raya di mana majoriti pengundi dari sesebuah kawasan parlimen memilih mereka untuk berkhidmat bukan saja buat penduduk kawasannya tetapi juga bagi negara pada keseluruhannya. Ini kerana parlimen, di mana suara rakyat diserlahkan adalah juga institusi yang membentuk kerajaan bagi mentadbir seluruh negara.

Contohnya, apabila majoriti pengundi kawasan parlimen Ipoh Barat memilih calon Bersatu dalam pilihan raya umum ke-14, mereka bertindak demikian bukan kerana ahli politik yang bertanding itu, bukan saja kerana partinya iaitu Bersatu tetapi juga keseluruhan Pakatan Harapan.

Pengundi di situ mengharapkan wakilnya mendukung penubuhan kerajaan Pakatan Harapan dan melaksanakan manifesto yang dijanjikan. Bukan itu saja, malah apabila dipilih menjadi menteri, pengundi mengharapkan ahli politik berkenaan melaksanakan segala tanggungjawabnya menjaga kementeriannya dan menjadi pemimpin negara selaku anggota kabinet. Semuanya dengan beretika dan berwibawa.

Perikatan Nasional pula ditubuhkan oleh ahli-ahli parlimen yang meninggalkan Pakatan Harapan. Tindakan mereka melanggar etika kerana mengkhianati kepercayaan para pengundi di kawasan masing-masing. Bila kerajaan Perikatan Nasional ditubuhkan, mereka pula tidak terikat dengan sebarang manifesto. Sifat Perikatan Nasional itu sendiri menyebabkan soal etika tidak menjadi pertimbangan.

Ketika Pakatan Harapan menyertai pilihan raya umum, azamnya adalah untuk membersihkan dan melakukan proses pembaharuan terhadap negara. Inilah juga apa yang disebut sebagai Reformasi. Ciri-cirinya terkandung dalam manifesto. Apabila menjadi kerajaan, sedikit demi sedikit Pakatan Harapan berusaha untuk melaksanakan agenda ini.

Dengan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan, proses ini terhenti. Ahli-ahli parlimen Perikatan Nasional yang berasal dari Pakatan Harapan tidak pula menunjukkan minat untuk meneruskan projek ini. Walaupun ada antara mereka yang menyertai politik pada awal penubuhan PKR melalui gerakan Reformasi tahun 1998. Bagi mereka yang dari Bersatu sememangnya Reformasi tidak pernah menjadi agenda mereka. Penyertaan parti mereka ke dalam Pakatan Harapan adalah merupakan politik kompromi dan ekspediensi, atau pemudah cara untuk menjatuhkan rejim kleptokrasi. Bila kleptokrasi dapat dikalahkan, Pakatan Harapan dan agenda Reformasi tidak lagi berguna lebih-lebih lagi apabila dapat sokongan dari parti-parti lawan bagi menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan, sebaliknya pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional sibuk mempertahankan majoriti pendukung mereka di Parlimen dengan menarik sokongan ahli-ahli parlimen melalui cara-cara yang dipercayai tidak beretika.

Bekas Ketua Polis Negara menyeru supaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah menyiasat gejala korupsi di kalangan ahli-ahli politik dalam memberi dan mendapatkan sokongan. Tanpa menyebut nama sesiapa, orang ramai yang prihatin terhadap politik negara tenrtu faham terhadap siapa dan apa yang dimaksudkan.

Sejak beliau menjadi Ketua Polis Negara, beberapa pembongkaran telah dibuat terhadap pasukan polis. Tentunya perkara-perkara buruk telah lama berlaku dan bukan hanya pada setahun dua ini. Ia bukan hanya berlaku pada zaman pentadbiran Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan tetapi bertahun-tahun sebelum itu, iaitu semasa Barisan Nasional untuk menjadikannya pada keadaan yang ada sekarang.

Pastinya keadaan negara ketika mencapai kemerdekaan tidak dirundung dengan suasana korupsi sebegitu banyak. Seperti kebanyakan negara, Malaysia juga menubuhkan Badan Pencegah Rasuah. Tetapi bagi memerangi korupsi, ia perlukan kerjasama dari orang ramai yang mempunyai budaya antirasuah dan kekuatan media bebas yang mampu mengadakan krwartawanan siasatan untuk melakukan pembonglaran. Turut penting adalah peranan parti-parti pembangkang yang aktif dan bertanggungjawab.

Keadaan korupsi negara dirasakan bertambah dan akhirnya menjadi budaya yang diketahui umum tetapi tidak dibongkar. Malah ia menyerap ke dalam parti pemerintah dan diperkatakan tanpa segan silu. Namun tiada pembongkaran dan tindakan secara sistematik. Pada tahun 1980-an dan 1990-an, media dikawal yang sudah tenti tidak dapat melakukan sebarang pembongkaran yang boleh mengurangkan sokongan rakyat kepada kerajaan.

Maka part-parti pembangkang sering menimbulkan isu-isu penyelewengan tetapi mereka tidak mempunyai cukup maklumat dan kemahiran untuk mendedahkan sesuatu perkara hingga ke akar umbi. Sementara sebahagian orang ramai pula yang memperoleh manfaat dari budaya korupsi tentu mahu keadaan sedia ada dikekalkan. Untuk itu mereka sentiasa menyokong parti pemerintah bagi meneruskan keadaan ini.

Maka ketika gerakan Reformasi dlancarkan pada tahun 1998, ia adalah untuk membersihkan kepincangan. Sebelum itu parti yang menemtang Barisan Nasional ialah Pas, DAP dan PSRM yang sentiasa menimbulkan isu kepincangan sistem itu.

Walaupun kemudian parti-parti pembangkang itu menjadi kerajaan dalam bentuk Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP, AMANAH dan Bersatu, usaha Reformasi tidak dapat dijalankan sepenuhnya atas pelbagai sebab. Tetapi usaha Reformasi tidak wajar terhenti kerana keadaan negara belum dibaiki.

Lebih-lebih lagi apabila mendengar luahan perasaan Ketua Polis Negara bersara itu, maka semakin kuat untuk dinyatakan bahawa perjuangan melaksanakan Reformasi walaupun ia memakan masa panjang, demi kebaikan negara dan rakyat.

Persatuan veteran tentera mahu tubuh parti, tanding 50 kerusi

M Fakhrull Halim

Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (Veteran) mengambil keputusan untuk turut serta bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.

Menurut presidennya, Kapten Sharuddin Omar, keputusan itu diambil setelah Veteran mendapati kerajaan menurut mereka tidak memandang serius isu yang diketengah selama ini, serta kelemahan kerajaan dalam menangani isu-isu rakyat.

“Veteran akan meletakkan sekurang-kurangnya 50 calon kerusi Parlimen dengan beberapa kerusi DUN.

“...Veteran telah mengemukakan permohonan ke Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk penubuhan sebuah parti Veteran yang dikenali sebagai Parti Kemakmuran Negara (Kemakmuran) yang mana masih lagi dalam pertimbangan untuk kelulusan ROS,” katanya.

Dia berkata demikian dalam sidang media Veterans’ March to Parliament (Veteran Berarak ke Parlimen) di Hotel Royale Chulan Damansara hari ini.

Permohonan kepada ROS itu katanya telah dihantar dua bulan yang lalu, justeru dia menggesa kerajaan untuk meluluskan permohonan Kemakmuran sebagai parti politik sebelum PRU-15 berlangsung.

Kata Sharuddin, meskipun Veteran lebih selesa untuk calon-calonnnya nanti bertanding sebagai calon bebas, ia tidak menolak kemungkinan kerjasama dengan NGO dan parti politik lain yang berkongsi wawasan yang sama dengannya, iaitu untuk membela dan memperjuangkan nasib rakyat.

Tambah Sharuddin, Veteran sedang menjalankan kajian strategik bagi menempatkan calon-calonnya di seluruh negara, yang katanya, akan memberi keutamaan di kawasan majoriti anggota tentera yang sedang bertugas dan tempat veteran tentera bermastautin.

“Berdasarkan situasi politik, kita pertimbangkan untuk bertanding di kawasan yang mana kita punya peluang untuk menang,” katanya.

“Kami (Kemakmuran) bukan hanya untuk veteran, kami jemput seluruh rakyat Malaysia bersama dengan kami.

"Mentor Veteran yang turut hadir tadi, Lt Gen Nawi Alias, menyifatkan hari ini sebagai hari bersejarah apabila ahli tentera bersara akan bertanding dalam PRU setelah kekal tidak berpolitik sepanjang perkhidmatan mereka.

“Apabila kami dalam tentera, kami berkhidmat untuk negara, Yang di-Pertuan Agong. Kami berkhidmat untuk kerajaan memerintah (government of the day). Kami kekal tidak berpolitik.

“Apabila kami bersara daripada angkatan tentera, ada berpendapat veteran patut kekal tidak berpolitik. Bagaimanapun, sesetengah masuk parti politik, itu tidak mengapa.

“Tetapi, julung-julung kali dalam sejarah, veteran bersatu untuk membentuk parti politik,” katanya yang berusia 78 tahun itu.

Tambahnya, tidak seperti ahli politik yang ada sekarang, veteran tidak pernah kenal erti rasuah ketika sepanjang berkhidmat dalam tentera, dan itu menjadikan mereka barisan yang layak dan bagus untuk berkhidmat dan menyumbang kepada rakyat.

“Kami peruntukkan hari muda kami untuk berkhidmat demi negara ini dengan nyawa dan darah kami.

“Saya nyaris mati beberapa kali. Alhamdulillah, Tuhan selamatkan saya, dan saya di sini hari ini, hampir 80 tahun tak lama lagi.

“Tapi semangat saya untuk berkhidmat untuk negara masih ada. (Kerana itu) Saya menyokong Veteran untuk ke Parlimen,” tambahnya.

Jumpa di mahkamah kata Tun Mahathir pada Khalid Abu Bakar

Malaysiakini 

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan telah menerima surat tuntutan daripada bekas ketua polis negara Khalid Abu Bakar.

Mahathir berkata dia juga telah mengarahkan peguamnya untuk menjawab surat berkenaan.

"Saya telah menerima surat tuntutan daripada bekas ketua polis negara Khalid Abu Bakar.

"Saya mengarahkan penguam untuk menjawabnya. Saya akan jumpanya di mahkamah," katanya dalam satu kenyataan ringkas di Facebooknya, hari ini.

Dua hari lalu, Khalid dilaporkan memberi tempoh tujuh hari untuk Mahathir membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataan yang menurutnya berunsur fitnah bulan lalu.

Khalid turut menuntut bekas perdana menteri itu menarik balik kenyataan yang antara lain mendakwa tindakan terhadap Najib Razak gagal kerana Khalid - yang ketika itu ketua polis negara - telah membocorkan perkara itu.

Menurut Mahathir, tindakan terhadap Najib itu diberitahu gabenor Bank Negara ketika itu, Zeti Akhtar Aziz berhubung jumlah wang dalam akaunnya.

Menurut Khalid, kenyataan itu tidak benar dan menjejaskan reputasinya sebagai bekas ketua polis negara.

“Saya beri Mahathir tujuh hari untuk membuat permohonan maaf dan menarik balik semula kenyataannya.

“Jika gagal saya akan arahkan peguam saya meneruskan tindakan saman kerana memfitnah," kata Khalid seperti dipetik portal PNBBC.

Nik Amar salahkan ahli parti sebar fitnah tentang Pas

NASUHA RAHMAN

Naib Presiden Pas Datuk Nik Amar Abdullah menyalahkan ahli parti apabila menjadi agen menyebarkan fitnah pembangkang terhadap Pas dan pimpinannya.

Kata beliau, ahli parti sendiri yang menjadi punca tersebarnya fitnah tentang Pas melalui media sosial sama ada di Facebook atau di kumpulan Whatsapp.

“Benda yang salah dan fitnah kepada parti dan pimpinan, ahli parti yang tolong sebarkan, ahli parti bawa masuk group itu dan ini akhirnya tersebarlah,” katanya dalam satu tazkirah bersama ahli parti.

Apabila disoal kenapa dikongsi dalam media sosial, menurut Nik Amar ahli parti mahukan pencerahan.

“Bila orang persoal, cakap nak pencerahan…nak cerah gak suluh dengan lampulah.

“Sebab apa nak bawa masuk dalam kumpulan Whatsapp, inilah masalah dalam ahli parti sebab mahukan pencerahan,” kata beliau.

Malangnya menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan itu, kenyataan daripada pimpinan parti atau Pas sendiri ahli parti pula tidak bertindak untuk berkongsi atau menyebar.

Katanya, ini termasuklah dalam beberapa isu yang melanda Kelantan seperti isu air dan isu kereta Mercedes.

“Kelantan banyak bagi jawapan termasuk bab air bab kereta. MB sudah jawab saya sendiri pun jawab, tetapi ahli kita tidak kutip tak bawa masuk dalam whatsapp group, duk heret yang (isu) orang lain.

“Ini masalahnya, saya cakap terang-terang sebab semua yang ada ni orang parti,” tegas beliau.

Beliau turut mempersoalkan berapa ramai ahli parti yang bertindak menyebar atau berkongsi tulisan Presiden Pas sendiri yang dimuat naik di media sosial.

“Presiden pun boleh kata tiap-tiap hari menulis kat facebook itulah jawapan dan pendirian kita dalam parti

“Tapi berapa orang yang baca, sebar, share?” soal beliau.

Beliau turut mengingatkan ahli parti membuang segala kritikan terhadap parti atau pimpinan yang boleh mengundang masalah kepada parti.

Video Lan Pet Pet memukul penghantar makanan jadi tular

Apahal Lan Pet Pet tu?

Wartawan HM

VIDEO yang tular di media sosial.

VIDEO yang tular di media sosial.

Kuala Lumpur: Video pelawak popular, Lan Pet Pet memukul seorang lelaki dipercayai penghantar makanan menarik perhatian netizen selepas tular di media sosial sejak malam tadi.

Menerusi video yang dirakam pengguna jalan raya ini, pelawak dan pelakon dari kumpulan Senario itu dilihat merangkul leher lelaki terbabit dan memukul kepalanya.

Dalam masa sama, Lan turut ditenangkan oleh tiga lagi lelaki daripada terus memukul lelaki itu dalam kejadian yang berlaku di tepi jalan raya itu.

Dalam keadaan marah, Lan turut menjerkah lelaki itu dengan kata-kata berbaur amaran, 'hang duduk Tropicana nak tunjuk samseng kat aku. Hang tau dak aku sapa?'

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila dan di mana lokasi kejadian itu.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Lan bagi mendapatkan reaksinya mengenai kejadian itu buat masa ini tidak berjaya.

Sebelum ini, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 51, mencetuskan kegemparan ramai apabila memukul seorang pengawal keselamatan, Yahya Manap atau Pak Ya, 71, pada 6 April 2019.

Dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban pada 15 April 2019 selepas mengaku bersalah terhadap perbuatan yang dilakukan di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan.

MP Pengkalan Chepa dihalau balik ke Bachok, jadi ustaz semula

ARIF BASHARUDIN

Timbalan Menteri Agama merangkap Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Ahmad Marzuk Shaari didesak untuk letak jawatan dari ahli politik dan balik ke Bachok menjadi ustaz semula kerana mengabaikan rakyat di kawasan tempat yang dia wakili.

Mengulas lanjut tentang desakan ini, Ketua Pemuda AMANAH Kelantan Hazmi Hassan berkata, kenyataan Marzuk sebelum ini yang tidak mahu Parlimen dibuka atas alasan enggan berlaku kekacauan politik, adalah suatu pernyataan jenis makan gaji buta.

“Sedap mulut Ahli Parlimen Pengkalan Chepa ini berkata, tak perlu buka Parlimen kerana dibimbangi berlaku kekacauan politik, sedangkan situasi hari ini menyaksikan pelbagai masalah melanda negara yang memerlukan ia dibahaskan di dalam Parlimen.“Sudahlah Marzuk bukan orang tempatan, menumpang tuah menang di kawasan orang lain, kini tidak mahu pula bekerja untuk rakyat, beri alasan pejam celik suruh tunggu sehingga Darurat ditamatkan, ini jelas makan gaji buta,” kata beliau yang juga Ketua AMANAH Kawasan Pengkalan Chepa.

Menurut beliau, situasi dalam negara kini memerlukan proses semak dan imbang berlaku, banyak masalah sudah melanda negara.

“Dari pakej bantuan kepada rakyat yang masih tidak sampai, kecelaruan SOP yang akhirnya menyusahkan semua pihak, dan banyak lagi perkara yang perlu dibawa ke dalam Parlimen, malangnya semua itu tidak selesai selagi Parlimen tidak dibuka,” ujar beliau mengulas isu keperluan darurat ditamatkan dan Parlimen dibuka.

“Jadi kalau Marzuk dan ahli parlimen yang lain tidak buat kerja enggan sokong Parlimen dibuka supaya suara rakyat dapat dibawa, lebih baik mereka letak jawatan, balik ke kampung jadi ustaz mengajar di surau tak payah jadi ahli politik,” bidas beliau lagi.

Sebelum ini Marzuk dalam suatu kenyataan dalam media sosial menyatakan bahawa pihak pembangkang tidak perlu bersungguh untuk desak darurat ditamatkan dan parlimen dibuka, kerana katanya pejam celik-pejam celik Darurat akan tamat dan kalau dibuka awal hanya menimbulkan kekacauan politik.

Hamid dedah Hamzah mahu guna Cawangan Khas untuk kepentingan politik

Malaysiakini 

Bekas ketua polis negara, Abdul Hamid Bador mendedahkan kisah di sebalik dakwaan bahawa Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin melakukan campur tangan terhadap pelantikan pegawai kanan polis.

Hamid dipetik MalaysiaGazette mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri itu untuk menentukan jawatan Pengarah Cawangan Khas (PCK) Bukit Aman.

Jelas Hamid, langkah itu dibuat bagi tujuan karier politik Hamzah, menyebabkan Cawangan Khas tidak senang dengan tindak tanduk menteri berkenaan yang dirujuknya sebagai "MDN" (Menteri Dalam Negeri).

“Saya dimaklumkan MDN telah memaksa JCK melakukan beberapa operasi bagi tujuan politik dirinya.

“Saya tidak boleh dedahkan operasi apa kerana setiap operasi JCK adalah rahsia tapi cukuplah untuk mengatakan bahawa objektif operasi itu tidak sesuai dengan mandat yang diberikan kepada JCK untuk memelihara serta menguruskan keselamatan negara,” Hamid dipetik sebagai berkata.

Hamzah sebelum ini mengaku adalah individu dalam rakaman audio yang membincangkan pelantikan pegawai kanan polis.

Hamid, menurut laporan itu mendakwa Cawangan Khas telah menolak untuk turut serta dalam operasi tersebut sebelum melaporkannya kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Tambahnya, Muhyiddin bersetuju agar Jabatan Cawangan Khas (JCK) tidak boleh terlibat dalam kerja-kerja politik menyebabkan menteri terbabit marah.

Selepas itu katanya, Hamzah cenderung bekerjasama dengan bekas pegawai kanan JCK yang telah tamat kontrak tahun lalu.

“‘Menteri berkenaan dikatakan mengatur langkah untuk menjadikan ‘budaknya’ (bekas pegawai kanan JCK) menyandang jawatan PCK Bukit Aman kerana individu itu mudah mengikut arahan menteri.

“Sebagai bukti, pada 16 Februari lalu PCK sedia ada telah dipanggil oleh Ketua Setiausaha KDN sebelum meminta beliau mengakhiri kontraknya secara sukarela, jika tidak notis sebulan bagi pemberhentian kontrak akan diberikan.

“Menteri tersebut seolah-olah tidak sabar meletakkan ‘budaknya’ mengisi jawatan tersebut sedangkan kontrak PCK akan berakhir pertengahan Jun ini,” dakwa Hamid.

Hamid berkata, isu tersebut turut dibawa kepada pengetahuan Muhyiddin sebelum pengarah Cawangan Khas Bukit Aman diarahkan untuk terus berkhidmat.

Mohamed Farid Abu Hassan merupakan pengarah Cawangan Khas Bukit Aman dan dilantik memegang jawatan itu pada Jun 2019.

Hamid bersara sebagai Ketua Polis Negara semalam dan tempatnya digantikan oleh timbalannya, Acryl Sani Abdullah Sani.

Dalam kenyatannya semalam, Hamid berikrar akan terus berjuang dengan pasukan polis "dengan caranya sendiri" meskipun telah bersara. 

Malaysiakini telah menghubungi Hamzah untuk mendapatkan respons.

Sekolah di China diarah tutup selepas mendakwa pelajar mampu menetaskan telur rebus

Astro Awani

SEBUAH sekolah vokasional di China telah diarah tutup selepas pengasas serta pengetuanya menerbitkan laporan yang mendakwa pelajar sekolah berkenaan mampu menetaskan telur ayam dengan hanya menggunakan "kuasa minda".

Pengasas Sekolah Latihan Vokasional Chunlin, Guo Ping menerbitkan laporan tersebut dalam jurnal Pictorial Geography pada Mac lepas.

Dia mendakwa beberapa pelajar "istimewa" di sekolah berkenaan mampu menetaskan telur ayam yang direbus, lapor portal berita South China Morning Post.

Guo mendakwa satu daripada tujuh telur yang direbus dan digunakan dalam satu eksperimen berjaya diperam lalu menetas menggunakan "kuasa dan tenaga minda".

Laporan itu turut menyatakan proses berkenaan disaksikan oleh beberapa individu, termasuk tujuh pelajar, enam ibu bapa serta dua pensyarah.

"Anda perlu tumpukan perhatian kepada telur tersebut. Selepas itu anda harus menggukanan kaedah rahsia ini bagi menetaskan telur berkenaan," kata Guo seperti dipetik laporan portal berita Xinan Evening News.

Laporan itu mendapat kecaman pelbagai pihak bulan lepas dan memaksa pihak kerajaan untuk mengambil tindakan dan membuka kertas siasatan.

Guo kemudian meminta maaf atas laporan tersebut dan berundur daripada jawatannya di sekolah berkenaan yang terletak di Zhengzhou.

Siasatan awal mendapati jurnal berkenaan telah dibayar untuk menerbitkan laporan itu.

Menurut South China Morning Post lagi pengarah Pictorial Geography turut dilapor meletak jawatan susulan kes ini.

Polis siasat majlis tahnik anak Siti Nurhaliza

FAZLI RADZI

Polis menyiasat majlis tahnik anjuran seorang penyanyi terkenal tanah air mengikut Peraturan 19 Peraturan – Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata pihak penganjur majlis sudah dikenal pasti dan dipanggil untuk hadir memberikan keterangan lanjut kejadian.

Menurutnya, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima satu laporan mengenai majlis itu yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Kita mengesan laporan disiarkan sebuah portal berita berhubung rasa tidak puas hati netizen berkaitan majlis tahnik dianjurkan seorang selebriti tanah air di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang.

“Terdapat juga beberapa gambar di dalam laporan berita terbabit menunjukkan kehadiran beberapa orang kenamaan (VVIP) dan penceramah agama terkenal ke majlis itu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah laporan itu juga mendakwa VVIP dan penceramah jemputan hadir ke majlis tanpa kelulusan dari pihak polis untuk merentas negeri atas alasan mereka tinggal di luar Selangor.

Terdahulu, orang ramai tidak berpuas hati dan mempersoalkan kewajaran majlis tahnik dan akikah yang diadakan penyanyi, Datuk Seri Nurhaliza selepas melahirkan anak keduanya, Muhammad Afwa.

Reaksi orang ramai itu ekoran ramai tidak dapat merentas negeri selain pelbagai masalah berkaitan dengan pelaksanaan siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beberapa gambar yang tular menyaksikan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam majlis selebriti itu.

VVIP yang turun hadir ialah penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal.

Sehubungan itu, rakyat meluahkan rasa tidak puas hati dan menganggap menteri dan penceramah

Terdapat segelintir netizen tidak berpuas hati dan mempersoalkan kehadiran menteri dan penceramah yang dikatakan merentas negeri semata-mata untuk menghadiri majlis berkenaan.

Kes video Adun tular: Setpol Azmin jamin kepada PM tiada laporan susulan dari media

FAZLI RADZI

Setiausaha Politik (Setpol) kepada Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Muhammad Hilman Idham memberi jaminan kepada Perdana Menteri berhubung klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang ahli politik berpeluk dengan dengan seorang wanita.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia yang kini menyokong Bersatu itu berkata, tuduhan yang cuba mengaitkan dirinya adalah bagi menjatuhkan dia dan kerajaan.

“Tuduhan yang cuba dikaitkan kepada saya adalah berunsur fitnah dan merupakan usaha pihak pembangkang untuk menjatuhkan kredibiliti saya dan Perikatan Nasional (PN).

“Segala usaha akan dilakukan untuk memastikan tiada laporan susulan oleh pihak media,” katanya dalam surat yang tular hari ini.

Sehubungan itu, bekas aktivis mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 11 tahun lalu tersebut memohon maaf kepada Perdana Menteri sekiranya kontroversi tersebut telah mengakibatkan sebarang kesulitan.

Walau bagaimanapun, Hilman setakat ini belum mengesahkan kesahihan surat tersebut.

Hilman Idham

Sejak kelmarin, tular rakaman CCTV mirip Hilman yang dilihat berpakaian kemeja biru berjalan beriringan sambil memeluk pinggang seorang wanita.

Di lokasi dipercayai di hotel, wanita tersebut antara lain nampak manja sambil merangkul leher individu terbabit.

Kedua-duanya yang dilihat begitu mesra itu diikuti dua lagi wanita dan seorang lelaki berkemeja putih di belakang mereka.

Pada 2019, Hilman juga antara sosok dirakam CCTV di ruang menunggu di depan lif dan menuju bilik 2015 Hotel Four Points, Sandakan, Sabah pada 11 Mei 2019.

Pada ketika itu, Hilman juga Setpol Azmin yang menyandang jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Berdasarkan paparan rakaman tanpa suara itu, Hilman dipercayai tinggal di tingkat sama dengan bekas Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Rashid di hotel itu pada tarikh berkenaan.

Rakaman CCTV skandal seks sejenis membabitkan individu mirip Azmin dan Haziq itu bagaimanapun dikatakan Hilman sebagai konspirasi untuk menjatuhkan kredibiliti dan imej ‘bos’nya.

Meskipun Haziq mengaku bahawa dia adalah pelaku dalam tiga siri rakaman video lucah hubungan sejenis yang tersebar sejak 11 Jun 2019 itu tetapi Azmin berkali-kali menafikannya.

Bulan berikutnya, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan Azmin tidak dapat dikaitkan sebagai pelaku dalam penyebaran video songsang terbabit.

Menurutnya, ini berdasarkan proses pengecaman wajah yang telah dijalankan oleh Cyber Security Malaysia mendapati ia adalah negatif.

Walau bagaimanapun, Abdul Hamid mengakui keberangkalian video tersebut tulen adalah tinggi sambil berkata, video itu telah dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit.

Mufti Perlis perli golongan kayangan? : 'Ziarah ibu bapa lebih perlu dari penuhi undangan artis'

Malaysiakini 

Ketika rakyat kian mempertikaikan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan, Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin secara bersahaja membidas pihak yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Ia dibuat selepas munculnya gambar-gambar majlis mentahnik anak kedua penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Tarudin yang diadakan baru-baru ini dan turut dihadiri golongan agamawan serta menteri.

Melalui gambar yang tular di media sosial dapat dilihat majlis tersebut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad, dan tiga penceramah terkenal Azhar Idrus, Don Daniyal Don Biyajid dan Iqbal Zain.

Ia sekali gus dipertikaikan orang ramai yang kini dihalang dengan sekatan merentas negeri, sedangkan individu berkenaan dilihat seolah-olah tidak terikat dengan peraturan tersebut. 

Tanpa menyebut isu tertentu Mohd Asri menegaskan betapa keperluan untuk menziarahi ibu bapa dirasakan melebihi keperluan bagi memenuhi undangan artis.

"Saya rasa jika hendak dibandingkan pasti keperluan menziarahi ibu bapa melebihi dari keperluan memenuhi undangan artis," katanya melalui satu ciapan di Twitter, hari ini. 

Terdahulu Malaysiakini melaporkan kekecewaan orang ramai yang dikekang daripada melakukan perjalanan rentas negeri bagi tujuan menziarahi ibu bapa yang sakit atau meninggal dunia.

Sebaliknya terdapat pihak tertentu yang dilihat bebas untuk bergerak selain memenuhi jemputan majlis keraian. 

Siti Nurhaliza pula dalam kenyataannya memberitahu, penceramah terbabit - yang tidak dinamakan - hadir ke majlis mentahnik anaknya kerana berada di Kuala Lumpur secara kebetulan.

Kehadiran Zulkifli pula, jelas penyanyi Siapa Tak Mahu itu, hanya "singgah" seketika di kediamannya untuk membaca doa sebelum bergegas pulang kerana ada urusan lain. 

Menjelang sambutan 1 Syawal dan belum nampak ada sebarang tanda sekatan perjalanan rentas negeri akan dilonggarkan, suara-suara tidak puas hati kian kedengaran dalam kalangan orang ramai.

Antara keresahan orang ramai ialah kegagalan mereka untuk menemui ibu bapa yang sesetengahnya sudah lama tidak diziarahi. 

Neelofa, suami buat hal lagi, rentas negeri beli karpet di Nilai 3?

FMT Reporters

Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Haris Ismail mencetuskan kontroversi terbaharu kerana dikatakan memuat naik video menunjukkan seolah-olah mereka merentas negeri ke Negeri Sembilan.

PETALING JAYA: Belum pun reda isu nilai kompaun dikenakan pihak berkuasa yang dikatakan terlalu rendah kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan larangan merentas negeri, pelakon dan pengacara terkenal Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Haris Ismail sekali lagi mencetuskan kontroversi terbaharu.

Kali ini Neelofa dan suaminya, yang lebih dikenali sebagai PU Riz didakwa memuat naik video menunjukkan seolah-olah mereka merentas negeri dengan berkunjung ke kedai permaidani yang terletak di Nilai 3, Negeri Sembilan.

Video berdurasi 15 saat yang dikatakan dirakam oleh Neelofa sendiri itu memaparkan perbualannya dengan seorang lelaki dipercayai pemilik kedai permaidani di daerah terbabit.

Ramai pengguna di Twitter mendakwa melihat Neelofa dan suaminya berada di Nilai 3, Negeri Sembilan.

Seorang pengguna dikenali sebagai @paedrazip menerusi kapysen berkata: “Hai hajah @Neelofa. Kat Nilai 3 ke tu, cari karpet ke? Eish…rentas negeri? Kuat btol cable?”

Namun hasil carian mendapati video itu sudah dipadamkan selebriti itu di Instastory akaun Instagram miliknya.

Bagaimanapun hantaran berkenaan masih “trending” hingga menjadi perdebatan hangat pengguna media sosial yang mempertikaikan bagaimana selebriti berusia 32 tahun itu merentas negeri ketika negara masih berada di bawah perintah sekatan perjalanan bagi menyekat penularan wabak Covid-19.

Sebelum ini Neelofa pernah memohon maaf secara terbuka dan mengakui tidak sensitif isu semasa, khususnya berhubung dakwaan pelanggaran SOP pada majlis perkahwinannya serta kunjungannya ke Langkawi, Kedah bersama suami.

Berikutan itu Neelofa, suami dan keluarganya dikenakan kompaun yang keseluruhannya berjumlah RM60,000 kerana kesalahan melanggar SOP dan merentas negeri.

Neelofa dan PU Riz masing-masing dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 kerana melanggar prosedur SOP perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah dilaporkan berkata, Neelofa dikompaun RM20,000 (tiada diskaun) kerana melakukan dua kesalahan, manakala PU Riz dikompaun RM10,000 kerana melakukan satu kesalahan.

Kesalahan pertama Neelofa selaku penganjur gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP penganjuran majlis sosial apabila gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah mereka berlangsung.

Beliau juga dikompaun kerana melanggar kebenaran merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa kerana ada antara aktiviti dilakukannya berada di luar skop kebenaran yang diberikan.

Berbogel tunggang motosikal di jalan raya

AZAHAR HASHIM

KULIM – Seorang lelaki mencuri perhatian pengguna jalan raya di sini apabila menunggang motosikal dalam keadaan berbogel.

Video berdurasi 24 saat itu memaparkan lelaki tersebut menunggang kenderaannya tanpa seurat benang dan dirakamkan pengguna jalan raya lain.

Video tersebut kemudiannya tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Satu lagi video berdurasi lima saat menunjukkan individu sama berlegar-legar di hadapan sebuah premis di pekan Kulim turut tular.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, pihaknya masih belum menerima laporan berhubung kejadian.

“Sekiranya terdapat laporan, kita akan menjalankan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE

UAI jawab isu hadir majlis tahnik anak Siti Nurhaliza

NASUHA RAHMAN

Rakyat sekarang cukup emosi bila mana terdapat pihak melakukan rentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutama mereka dalam kalangan orang ternama, atau selebriti.

Apatah lagi ketika ini rakyat tidak dibenarkan merentas negeri untuk menyantuni kedua ibu bapa dan sanak saudara di kampung.

Terkini, timbul persoalan dalam kalangan netizen berhubung kehadiran pencermah terkenal Ustaz Azhar Idrus di majlis tahnik anak lelaki penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza bertempat di Kuala Lumpur.

Bukan Azhar Idrus sahaja yang hadir Menteri Agama Zulkifli Al Bakri dan Ustaz Don turut bersama dalam majlis itu yang disifatkan  hanya melibatkan kaum keluarga sahaja.

Siti Nurhaliza turut menerima tempias kecaman netizen di Instagramnya apabila memuat naik gambar-gambar sekitar majlis tahnik anak lelakinya.

Dalam kuliahnya yang terkini Ustaz Azhar menjawab segala tohmahan netizen terhadap kehadirannya itu.

Menurut Ustaz Azhar, beliau sudah lama berkawan dengan Datuk Khalid Mohd Jiwa suami Siti Nurhaliza lebih tiga tahun dan dia melahirkan rasa segan apabila tidak memenuhi jemputan Khalid.

“Sudah tiga kali dia ajak saya pergi rumah dia, saya seganlah sebab dia pernah ziarah saya lebih dua jam sebelum ini.

“Jadi saya hadir sebagai balas jemputan dia dan saya janji pergi (majlis tahnik) lepas tarawih.

“Ermm gi tu orang masih ada lagi…pah ngan aku kena (kecam),” ujar Ustaz Azhar.

Bahkan katanya Khalid juga tahu rumah mak mentua Ustaz Azhar berdekatan dengan rumahnya dan sebab itulah beliau bersungguh-sungguh menjemput.

“Ada tak kalau awak pergi ke Kuala lumpur dan tidak boleh pergi ke rumah kawan? Tak ada.. tak boleh.

“Dia tahu rumah mak mentua saya belakang tu je …jadi dia suruh kita naik umah dia atas bukit…kita naik lah. Kita bawah marhain, kita naik atas. Bukan aku nak gi sangat.. doh member,” kata Azhar diikuti gelak tawa para jemaah.

“Aku kawan dia laki dia, bukan dengan Siti,”katanya diikuti sekali lagi gelak jemaah.

50 pemuda PN berkumpul ketika kes Covid-19 terus melonjak

FAZLI RADZI

Sejumlah kira-kira 50 individu daripada tujuh sayap pemuda parti komponen Perikatan Nasional (PN) selamba berkumpul menghadiri Majlis Berbuka Puasa Perpaduan Ramadan di ibu negara hari ini.

Mereka dilihat berada di ruang yang agak terhad dalam program anjuran Dewan Pemuda Pas Malaysia itu ketika kes jangkitan baharu Covid-19 terus menunjukkan peningkatan mendadak.

Ketua Pemuda PN, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin dalam hantarannya di Facebook malam ini berkata, dia “sangat terharu dengan kesudian rakan-rakan” yang hadir.

Tiada siapa sangka tujuh sayap pemuda parti politik di Malaysia boleh duduk makan dan bersembang sekali satu meja dengan mesra dan harmoni,” ujarnya.

Khairil (meja depan dua kiri) bersama antara pemuda komponen PN.

Antara yang hadir Ketua Armada merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Akmal; Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Azril Rizal Yusof; Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia, Shahir Adnan.

Turut hadir Ketua Pemuda MCA Nasional, Datuk Nicole Wong; Ketua Pemuda MIC Nasional, Thinalan Rajagopalu dan Naib Ketua Pemuda Gerakan Nasional, Ir Ong Kean Sing.

Bahkan, Khairil Nizam memberitahu, wakil-wakil NGO, Jufitri Joha dari Majlis Belia Malaysia (MBM) serta NGO-NGO lain.

“Walaupun saya tidak dapat menyebut satu-persatu disini, ini tidak bermaksud anda tidak penting dalam agenda kami dan juga tidak mengurangkan sedikit pun rasa hormat saya kepada mereka,” katanya kerana gagal mengingati kesemua yang hadir.

Khairil dan Ketua Pemuda MCA Nasional, Datuk Nicole Wong.