"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bukan Islam lebih mudah menerima kebaikan Islam - Chang Ming Kai

WAN NORDIN WAN YAACOB
TENANG: Ramai di kalangan pengundi bukan Islam terutamanya kaum Cina mutakhir ini mudah menerima keadilan dan kebaikan Islam yang sebenar yang dibawa PAS, kata Adun Simpang Pulai, Chang Ming Kai.

Berceramah di Dataran Kampung Air Panas 26 Januari lalu, Ming Kai yang mewakili Parti Keadilan Rakyat melahirkan rasa peliknya dengan sikap Melayu-Umno yang menolak keadilan dalam Islam yang dibawa PAS.

Beliau hairan bagaimana Melayu-Umno sukar melihat propaganda Presiden MCA, Dato' seri Chua Soi Lek dalam mengkritik calon PAS, Normala sudirman yang enggan bersalam dengan bukan muhrim sebagai satu sentimen yang besar menolak Umno-BN.

Dalam isu ini pimpinan Umno-BN sendiri kata Ming Kai gagal mempertahankan ajaran Islam yang sebenar dan lebih lunak mengiakan kenyataan 'bodoh' pelakon video lucah yang bernama Soi Lek.

Beliau seterusnya menyeru masyarakat Melayu agar tidak lagi terperosok dengan ajaran 'menyimpang' yang dijalankan pimpinan Umno-BN.

Sambil membawa contoh pentadbiran kerajaan PAS Kelantan dan Kedah yang sangat adil kepada semua golongan, Ming Kai juga menyatakan pengundi Melayu harus mengubah mentaliti mereka dari terus dijajah oleh fahaman sempit Umno-BN. 
 -detikdaily-

[PANAS] Pusat Kesihatan Keluarga Nafi "Jual" MC & Sahkan Suami Cik

SH melaporkan bahawa Pusat Perubatan Keluarga, Jalan Segamat, menafikan pihaknya menjual sijil cuti sakit (MC) kepada suami calon Pas, Normala Sudirman yang dikatakan mengalami masalah kemurungan.Pakar perubatan, Dr Siti Juriah Kusni mengesahkan kliniknya ada mengeluarkan cuti sakit berkenaan kepada Maarof Abd Mutalib berikutan tahap kesihatannya yang lemah.
"Maarof diberikan cuti sakit selama dua hari memandangkan perlu rehat secukupnya kerana mengalami simptom demam, batuk dan selesema.

"Pemeriksaan mendapati Maarof juga kelihatan begitu lesu dan tidak bermaya serta memaklumkan turut mengalami tekanan," tambah Dr Siti Juriah.

Menurutnya, sebagai doktor, beliau ada bertanyakan punca tekanan itu dan Maarof berkata bahawa tekanan itu berkaitan dengan hal pertukarannya ke Johor Bahru.

Akibat memikirkan hal itu, beliau terlalu tertekan sehingga tidak dapat tidur malam. Oleh yang demikian, saya memberikannya cuti sakit selama dua hari, iaitu pada 6 dan 7 Januari,” jelas Dr Siti Juriah.
Berikutan masalah tekanan yang dialaminya, beliau mencadangkan Maarof mendapat khidmat pakar psikitrik dengan merujuk masalah itu kepada Klinik Kesihatan Bandar Putra Segamat untuk pemeriksaan lanjut.

Walau bagaimanpun, Dr Siti Juriah memaklumkan tidak mengetahui sama ada Maarof mendapatkan khidmat pakar psikitrik seperti mana yang dicadangkannya sehingga mengetahuinya melalui laporan akhbar, semalam.

Status kesihatan Maarof menjadi persoalan apabila beliau dilaporkan mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini. 

Sementara itu, Kosmo pula melaporkan  Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengambil tindakan tatatertib terhadap Maarof Abd. Mutalib yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenang Stesen itu menipu untuk mendapatkan sijil cuti sakit (MC) selama 21 hari.

Menurut  Muhyiddin Yassin, kementeriannya akan menyiasat dan mendapatkan laporan daripada pelbagai pihak termasuk pengetua SMK Tenang Stesen sendiri.

Kata Muhyiddin, “Kementerian akan siasat sama ada cuti yang diberikan itu berasas atau dia telah memberi kenyataan yang tidak betul untuk mendapatkan cuti.

Dia sebagai seorang guru sepatutnya amanah dan tidak boleh salah guna hak untuk mendapat cuti dan memberi perakuan yang bohong.

“Kami difahamkan jumlah MC yang diambil banyak dan jika benar sakit, dia sepatutnya sudah terlantar tetapi dia dilihat berdiri tegak meredah kawasan Tenang untuk membantu isterinya berkempen.”

Justeru, penjelasan Dr Siti Juriah yang merawat dan mengeluarkan sijil cuti sakit kepada Maarof sudah memadai untuk menjawab persoalan dan pertanyaan Muhyiddin dan tulisan-tulisan di blog pro-UMCO./www,duniacacamarba.blogspot.com


P/s: Apa lagi modal UMCO, Muhyiddin, Hishamuddin? Muhyiddin dan Hishamuddin perlu siasat dalang (di tempat Maarof berkhidmat) yang mendedahkan sijil cuti sakit suami Cikgu Mala kerana perbuatan itu melanggar etika. Hishamuddin dan Muhyiddin perlu menjelaskan kepada rakyat tentang kes mahkamah dan cerita calon BN terlibat dalam kes melelong tanah milik orang Melayu!
 -selatanonline.net-

Guru dibelasah lelaki, walau anak tunjuk isyarat lucah

DUNGUN: Seorang guru sekolah rendah berdepan detik menakutkan apabila dikurung dalam rumah, dibelasah teruk dan diugut dengan pisau oleh bapa muridnya, baru-baru ini.

Berikutan serangan itu, guru tersebut membuat laporan polis dan merancang menyaman bapa muridnya itu.


Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati bapa terbabit apabila guru itu, Azahar Besar, 43, dikatakan menampar anak lelakinya kerana menunjukkan isyarat lucah.

Menceritakan detik hitam itu, guru yang sudah enam tahun mengajar di sekolah berkenaan berkata, kejadian yang tidak disengajakan itu berlaku kira-kira jam 12.15 tengah hari Ahad lalu.

Katanya, murid Tahun Dua itu bersikap biadab dengan menunjukkan isyarat lucah ketika berada di dalam makmal komputer.

“Melihat perbuatannya itu, saya memanggil murid tersebut dan menyoalnya, tetapi dia tidak mengaku menunjuk isyarat lucah.

“Apabila dia terus menafikannya setelah saya bertanya beberapa kali, saya menampar pipinya dengan perlahan. Saya fikir ia tidak menyakitkan pun. Saya buat begitu sebagai pengajaran,” katanya.

Azahar berkata, keesokannya, ketika sedang memandu kenderaan hendak pulang ke rumah, sebuah motosikal menghimpit keretanya dekat persimpangan jalan tidak jauh dari sekolah itu dan penunggangnya mengarahkannya menurunkan cermin tingkap kerana hendak berbincang sesuatu.

Azahar berkata dia tidak menyangka sebarang kejadian luar dugaan, lalu memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan bertanya kepada lelaki itu apa masalahnya. Anak Azahar yang belajar di sekolah itu turut berada dalam kereta ketika itu.

“Dia ajak saya berbincang di rumahnya (di Kampung Balik Bukit). Katanya ada hal penting. Saya tidak mengesyaki apa-apa dan ikut sahaja kehendaknya. Bagaimanapun, sebaik saya masuk ke rumahnya, dia terus menutup pintu jeriji besi.

“Ketika itulah episod panas bermula. Murid yang saya tampar (sehari sebelum itu), muncul dan bapanya terus bertanya kenapa saya menampar anaknya,” katanya yang kelihatan masih trauma dengan kejadian itu.

Azahar berkata, ini diikuti pertikaman lidah antaranya dan bapa murid itu, sebelum lelaki terbabit melepaskan satu tumbukan yang mencederakan mukanya.

Katanya, dalam keadaan itu dia masih cuba mententeramkan bapa murid itu, tetapi lelaki itu terus naik berang.

Katanya seorang lagi lelaki, dipercayai bapa saudara murid itu, keluar dan turut membelasahnya.

Azahar mendakwa, bapa murid itu juga mengacukan pisau ke arahnya dan ugut hendak mencederakannya.

“Dalam keadaan kelam kabut itu, isterinya cuba menghalang tindakannya yang seolah-olah dirasuk syaitan itu, namun dia tidak mengendahkannya dan terus memukul saya.

“Setelah keadaan reda, saya memohon maaf kepadanya atas perbuatan saya, lalu meninggalkan rumahnya untuk pulang. Saya membuat laporan di Balai Polis Dungun,” kata bapa kepada enam anak itu.

Azahar berkata, sebelum membuat laporan polis, dia turut berbincang dengan guru besar, wakil Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) serta guru-guru lain.

“Pada mulanya saya tidak mahu panjangkan perkara ini, tetapi kerana bimbang dengan keselamatan, lebih-lebih lagi dengan berlakunya kejadian menakutkan tempoh hari, saya rasa lebih baik saya serahkan kes ini kepada polis,” katanya.

Beliau juga bercadang untuk saman bapa murid terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan menerima laporan daripada guru sekolah rendah itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.
-sinarharian-

Silap cetak, Muhyiddin perlu tanggungjawab

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga menteri pelajaran perlu memberi penjelasan terperinci berhubung kesilapan mencetak 400 ratus ribu buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun 1 sehingga menyebabkan buku itu ditarik balik, kata Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.

pkr congress 281110 shamsul iskandarBeliau dipetik oleh TV Selangor sebagai berkata Muhyiddin selaku menteri yang bertanggungjawab perlu menjelaskan kerugian yang mencecah hampir RM4 juta itu.

"Beliau adalah individu yang bertangungjawab ke atas kesilapan sehingga memberikan kesan implikasi bukan sahaja terhadap pelajar sekolah malah ke atas implikasi ekonomi.

"Ini jelas merupakan satu pembaziran yang membabitkan jumlah wang yang begitu besar, jumlah RM4 juta ini jelas menunjukan timbalan perdana menteri yang juga menteri pendidikan mengambil sikap endah tidak endah.
“Dan sikap melepaskan batuk di tangga dalam usaha kerajaan memberi ingatan kepada rakyat supaya berhemah dan berjimat cermat dalam berbelanja tetapi dalam hal ini wang itu dihabiskan begitu sahaja," kata Shamsul.
kbsr english year 1 book, pull back by education ministryAkhbar semalam melaporkan, kementerian pelajaran akan menarik balik hampir 400,000 buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun 1sekolah kebangsaan kerana mengandungi pelbagai kesalahan dan menggantikan dengan buku teks cetakan baru, Mac depan.

Harga seunit buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun satu adalah RM8.20 dan jika mengambil kira keperluan hampir 400,000 naskah maka jumlahnya mencecah RM4 juta.

Ditanya apa tindakan yang patut diambil kepada pihak terbabit berhubung kerugian ini, Shamsul menegaskan Muhyiddin perlu dipertanggungjawabkan.
Letak jawatan

"Kalau berlaku di mana-mana negara, pada saya dari segi tanggungjawab, sudah pasti menteri berkenaan harus meletakan jawatan dan mengambil sikap tindakan bertanggungjawab kerana ia membabitkan wang rakyat yang begitu besar.

NONE“Sebab itu kami memberi ingatan dan teguran yang keras kepada TPM dengan mengambil mudah jawatan TPM dan juga menteri pelajaran dan jangan sibuk menyerang pembangkang dan sibuk berpolitik.

"Pada saya menteri kewangan, Datuk Seri Najib (Razak) harus mengambil tindakan yang tegas, paling tidak pun memberi kata-dua kepada menteri pelajaran supaya perkara ini tidak berlaku lagi," katanya.

nutp national union of teaching professionSementara itu, setiausaha Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Loke Yim Phang yang juga dihubungi TV Selangor berkata perkara yang menyebabkan kejadian itu masih belum diketahui puncanya sama ada disebabkan kesilapan manusia atau masalah percetakan namun kesilapan itu tidak sepatutnya berlaku.

"Sesuatu benda itu bila diterbitkan mesti tepat, kerana ia akan menyebabkan pembaziran, kalau kita hendak fokus kepada kualiti asasnya buku yang hendak dikeluarkan perlu ada kualiti.

"Bagi saya kita kena pastikan bahawa dalam proses percetakan sesuatu buku untuk pelajar itu kita tidak boleh lupa kepada kualiti," katanya.
-malaysiakini-

PAS kesal dihalang berkempen

Hazayani Zakaria
LABIS, 29 Jan: PAS kesal dengan sikap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang didakwa berat sebelah terhadap Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, kekesalan tersebut ekoran SPR gagal memastikan semua parti bertanding berhak mengakses ke semua kawasan yang terlibat dengan PRK tersebut.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada maklumat yang diterima daripada petugas parti bahawa mereka tidak dibenarkan masuk berkempen di Ladang Labis Utara dan Ladang Bukit Datuk.

"Kenapa BN boleh masuk berkempen, Pakatan Rakyat tak boleh masuk?

"Sepatutnya semua pengundi ada hak untuk akses maklumat daripada kedua-dua parti," kata beliau pada sidang media harian dekat sini, hari ini.

Tambahnya apabila petugas parti memaklumkan perkara demikian kepada SPR, mereka berkata perkara tersebut di bawah kuasa pemilik ladang berkenaan.

"Kita bawa peguam kita jumpa SPR,tapi mereka kata itu terpulang kepada pemilik ladang. Tapi kita katakan SPR bertanggungjawab dalam memastikan rakyat mendapat maklumat," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar SPR dapat mengambil tindakan segera memandangkan hari ini merupakan hari terakhir kempen.

Sementara itu, beliau berkata Pakatan Rakyat akan berhimpun di Dataran Cikgu Mala malam esok bagi mendengar keputusan PRK ini.

"Kita akan adakan perhimpunan untuk dengar keputusan di Dataran Cikgu Mala malam esok samaada menang atau kalah, kita tak kisah," katanya.

Serang peribadi: Cikgu Mala tetap positif

Nazri Abdullah   
LABIS, 29 Jan: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil Dun Tenang, Normala Sudirman positif masyarakat di Dun itu akan bersama beliau pada hari pengundian esok.

Beliau ketika ditemui hari ini melahirkan keyakinan itu berdasarkan sambutan masyarakat yang ditemuinya ketika berkunjung rumah ke rumah sepanjang tempoh kempen.

Katanya, biarpun berdepan taktik kotor pihak lawan yang menyerang peribadinya, namun beliau yakin masyarakat di Dun Tenang pandai menilai kebenaran.

"Harapan saya sentiasa positif, saya yakin pengundi akan membuat pilihan terbaik.

"Saya percaya dengan izin Allah tiada yang mustahil dan saya berdoa pengundi membuat pilihan tepat untuk kebaikkan Dun Tenang," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily selepas menziarahi keluarga jenazah seorang penduduk di kampung Lembah Bakti di sini yang terbabit kemalangan.

Biarpun hujan lebat turun sejak awal pagi ini, namun ianya sedikitpun tidak membantutkan perjalanan waktu-waktu akhir kempen Normala.

Hari ini merupakan hari terakhir kempen yang akan tamat secara rasmi jam 12 malam ini.

Manakala esok, sejumlah 14,554 pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka memilih calon yang akan mewakili mereka ke Dun Johor.

Sebelum ini 119 pengundi pos telah menunaikan tanggungjawab sama.

Calon PAS, Normala Sudirman akan berdepan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim.

Habis modal tolak debat, Najib alih isu pengganas

Wan Nordin Wan Yaakob   
LABIS, 29 Jan:  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan kehilangan modal untuk menolak debat pelawaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kini mengalihnya kepada isu kononnya Anwar pengganas.  Mengulas isu itu, Anwar semasa berceramah di Dataran Cikgu Mala dekat sini 29 Jmalam tadi berkata, Najib pada tahun 2010 telah bertemu dengan pemimpin Arab Saudi bagi menyiasat dakwaan kononnya Anwar ada menerima dana dari negara teluk untuk kempen pada pilihan raya umum ke-13.

Turut serta dalam ceramah tersebut ialah, Presiden PAS, Datuk seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa; Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Pengerusi KeADILan Johor, Dr Chua Jui Meng; Adun Sungai Abong, Dr Syed Ibrahim dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin.

Anwar berkata, stesyen televisyen antarabangsa Cable News Network (CNN) telah melihat laporan rahsia dari siasatan Arab Saudi itu menunjukkan tiada bukti menunjukkan adanya tokoh-tokoh negara teluk membiayainya.

Laporan CNN itu juga menyebut, tidak ada bukti pegawai Arab Saudi yang pernah menyokong Anwar Ibrahim dan dakwaan sokongan dari keluarga diraja Saudi yang disebutkan dalam laporan awal [nama diubah] adalah tanpa asas.

Anwar sendiri menyatakan laporan itu bukan suatu yang mengejutkannya, malah bagi Ketua Pembangkang itu, tindakan tersebut  menunjukkan bahawa Najib takut berdepan dengannya menjelang pilihan raya umum ke-13.
Sehingga kini Najib belum mampu menyahut cabaran debat Anwar, tetapi  membuka gelanggang lain untuk menyerangnya dalam isu dana pengganas, katanya.

Anwar juga tidak pelik dengan laporan Najib ke luar negara bukan atas urusan pelaburan, sebaliknya sanggup singgah untuk memfitnahnya.

“Saya tidak terkejut sekiranya Perdana Menteri sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmah saya. Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin perubahan yang bakal melanda.

“Mereka sedar rakyat Malaysia mulai mual dengan segala macam kebobrokan. Kepimpinan Umno Barisan Nasional (BN), sebenarnya fobia dengan kemaraan rakyat,” katanya pada satu kenyataan media hari ini.

Anwar berkata, laporan itu memperlihat reaksi Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang saban hari membina sokongan rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari kepincangan pentadbiran BN yang lemah mentadbir negara dan tiris akibat rasuah yang membarah.

Ujat Anwar, Buku Jingga adalah dokumen mengandungi saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno BN hingga menyebabkan Najib berasa takut.

Tip lajukan broadband anda!!

wakjeng
Sebenarnya Wak cedok dari google sebentar tadi.. So far mujarab Wak punya broadband. Sebelum ini, speed macam siput atau hampeh, signal pun cuma 1 bar dan skang fullbar beb seperti gambar rajah bawah ini.

Cara-caranya;
Mula-mula baca bismillah dahulu yea..

1) Click on Start Button.

2) Select Run From Start Menu.

3) Taip gpedit.msc
4) klik [Administrative Templates] branch. 

5) klik [Network] branch.
6) Highlight(Select by Single Click) [QoS Packet Scheduler]

7) Double-click [Limit Reservable Bandwidth] (Available in Right Side Panel)
8) Check(Select By Single Click on it) [Enabled]

9) Change [Bandwidth limit %] to 0 %. Contoh bergambar seperti dibawah yea.
10) Click [OK] Button.

11) Restart Your PC.

12) Now Check Your Broadband Speed.

Testimoni Wakjeng;
Layan internet lebih smooth manakala nak upload gambar kat blog ini pun takdelah rasa sengal tengkok..hahahaha


Wakjeng-Catatan Ikut Mood-

Isu MC, jangan terburu-buru salahkan doktor, tangani secara Profesional

Sulaiman Akhlakan
Sebagai seorang pegawai perubatan senior yang telah lama berkhidmat dalam perkhidmatan kesihatan di Malaysia, saya terpanggil untuk memberikan komen terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia Online bertarikh 27 Januari 2011 dengan tajuk "Kesal klinik keluar sijil cuti sakit" yang mempertikaikan sijil cuti sakit yang telah dikeluarkan oleh seorang pegawai perubatan berdaftar di Pusat Perubatan Keluarga, Jalan Segamat dan Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat.

Kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Rashid Shirlin, yang melahirkan rasa curiga dengan tindak tanduk klinik kerajaan terbabit, dan menyatakan seolah-olah terdapat 'isu dalaman' dalam pengeluaran sijil cuti sakit berkenaan, adalah merupakan kenyataan yang kurang profesional dan kurang teliti, juga boleh menyinggung perasaan, sensitiviti, dan kredibiliti golongan profesional kementeriannya sendiri.

Kementerian Kesihatan Malaysia perlu teliti dan prihatin dengan apa yang
berlaku di kementeriannya dan seluruh anggota KKM perlulah dianggap sebagai keluarga kerana mereka semua bertungkus-lumus siang dan malam berbakti kepada masyarakat yang secara tidak langsung akan mengharumkan nama KKM juga.  Inilah roh profesionalisme yang seharusnya wujud di dalam sesebuah institusi kerajaan. Seorang yang bertaraf menteri sewajarnya menyiasat terlebih dahulu sesuatu isu yang berlaku sebelum memberikan komen atau teguran secara terbuka, dan bukannya merendah atau mempertikaikan keupayaan kakitangannya dikhalayak ramai secara melulu.

Saya menyatakan demikian berdasarkan penelitian beberapa faktor berikut:
1. Sijil cuti sakit (MC) yang di keluarkan bermula 6 - 7/1/2011 dan disambung pada 10 - 23/1/2011 adalah sebelum pengumuman calon di PRK Tenang. Pengumuman calon hanya berlaku pada 16/1/2011. Ini bermakna tidak munasabah seorang pegawai perubatan boleh mengetahui seawal 10/1/2011 bahawa En. Maarof bin Mutalib akan terlibat dengan kempen pilihanraya kecil kerana isterinya terpilih sebagai calon. Umum mengetahui hatta seorang ahli politik sendiripun tidak tahu siapa calon pilihanraya kecil sebelum diisytihar pemimpin tertinggi parti.

2. Sebagai seorang pengamal perubatan berdaftar, kami amat maklum tentang pekeliling Ketua Pengarah KKM mengenai pemberian sijil cuti sakit. Sijil cuti sakit yang diberikan adalah berdasarkan diagnosis yang dibuat, setelah melakukan penyiasatan sejarah pesakit dan pemeriksaan fizikal, mental, dan spiritual yang dirasakan perlu. Mempersoalkan sijil cuti sakit yang diberikan adalah perkara yang serius yang mempertikaikan kredibiliti dan integriti seseorang pengamal perubatan terbabit, yang perlu dibuktikan dengan bukti dan alasan yang kukuh.

3. Sijil cuti sakit merupakan dokumen sulit yang tidak seharusnya didedahkan kepada umum. Perbuatan mendedahkan dokumen seperti itu kepada umum merupakan suatu kesalahan. Perkara ini telah mencabul kehormatan etika kerahsiaan hubungan diantara pesakit dan pengamal perubatan. Mereka sepatutnya boleh diambil tindakan. Persoalannya, bagaimana sijil cuti sakit yang diserahkan kepada seorang Pengetua sekolah boleh berada dalam blog? Apakah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri tidak curiga dengan profesionalisme kakitangan kementeriannya yang mendedahkan  penyakit pekerja kepada umum?

Ini adalah sekali lagi pencabulan terhadap hak seseorang individu yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Dalam hal ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia perlu bijak dalam mencari punca dan menyelesaikan masalah. Bukan menambahkan lagi kusut persoalan tetapi akhirnya memalukan pihak kementerian sendiri. Oleh itu, saya sangat berharap agar perkara seperti ini harus diselesaikan dengan penuh profesionalisme dan tanggungjawab agar memastikan keutuhan kredibiliti dan integriti kakitangan kesihatan dan perubatan tidak tergugat.

Kementerian Kesihatan Malaysia seharusnya sedar bahawa mereka yang menimbulkan isu ini sedang bermain isu politik pada sebuah pilihanraya kecil, maka isu yang tiada kaitan politik seperti ini juga turut dipolitikkan.

Tidak sepatutnya Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia juga tiba-tiba terseret oleh politik murahan hasil dari tulisan di sebuah blog yang tidak diketahui siapa penulisnya, yang hanya inginkan publisiti semata-mata. 

Yang prihatin

Sulaiman Akhlakan
Penyayang, Bekerja Berpasukan dan Profesionalisme adalah budaya kerja kita

PRK Tenang: Pusingan akhir pergelutan

Hafiz Zainuddin
Hari paling sibuk dalam pilihanraya biasanya adalah hari-hari akhir menjelang pengundian.  Di sinilah "senjata akhir" akan digunakan oleh parti-parti yang bertanding.  Hari terakhir berkempen bermakna hari kritikal bagi kedua-dua pihak. 

Hari "panas" untuk mengambil seberapa banyak peluang berkempen!  Bagi pengundi, ini mungkin hari terakhir mereka mendapat sebarang bentuk hadiah dari langit.  Tangan-tangan yang memangkah dalam pilihanraya merupakan tangan yang amat berkuasa menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan.

Dalam konteks Tenang; rakyat diberi pilihan samada memilih PAS ataupun BN.  Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.  Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Kurang dari 24 jam lagi, tempoh berkempen akan tamat.  Jentera kedua-dua parti bertungkus lumus berperang memenangi psikologi dan hati rakyat.  Ada banyak cerita dapat didengar, ada banyak emosi boleh dikongsi.  Para pengundi semestinya telah ada pilihan di hati.  Semangat kerja berpasukan dengan moral dan disiplin yang tinggi terutama dari jentera Pakatan Rakyat boleh diberi salut!  Ia bukan disebabkan upah atau nasi bungkus.  Harapan dan sokongan dalam merintis jalan kesepaduan PAS, DAP dan PKR tidak lain hanya untuk Malaysia yang lebih adil dan berkebajikan.

Malaysia dengan sinar yang begemerlapan!

Pakatan Rakyat mantap

Tidak dapat dinafikan, BN dibantu dengan jentera kerajaan.  Akan tetapi, jentera sahaja tidak cukup kalau tanpa isu yang baik.  Kempen politik boleh jadi sangat menjengkelkan dengan isu peribadi yang "terlalu remeh" dan dilihat tiada maruah.  Penganalisis politik melihat BN ketandusan isu sejak mula berkempen lagi.  Sehingga saat-saat akhir tempoh berkempen, BN dilihat gelabah apabila telah mempolitikkan MC suami calon PAS Makrof Abd Mutalib.

Selain itu, kes lelong tanah yang menyeret calon BN Mohd Azahar Ibrahim secara langsung dan tidak langsung dikatakan sedikit sebanyak telah mempengaruhi mood sebahagian pengundi yang bersimpati.  Jelas, Azhar Ibrahim punya rekod kurang baik untuk difikirkan warga Tenang.  Isu ini merupakan kredit percuma untuk PAS.

Harapan Malaysia Baru untuk Tenang

Seluruh Malaysia sedang memerhati perkembangan politik di Tenang.  Kita diperlihatkan dengan Kugan, Teoh Beng Hock dan Amirulrasyid yang meninggal dunia akibat salah laku dan kerakusan pihak berkuasa.  Apakah tragedi yang meragut nyawa ini tidak menjadi sentimen rakyat di Tenang?

Atau; harga minyak harus dinaikkan lagi supaya rakyat Tenang sedar?  Apa yang akan berlaku?  Adakah keputusan pilihanraya nanti akan memihak kepada rakyat?  Sekiranya BN menjaja isu Negara Islam, "salam", hudud PAS, ketuanan Melayu dan percaturan Saiful dengan bekas bosnya; Pakatan Rakayat lebih mendahului dengan senarai panjang isu-isu lokal dan nasional melibatkan keadilan dan intergriti yang masih segar dan bermaruah.  Tak perlulah saya senarikan semuanya di sini.  Anda lebih sedia maklum.  Saya yakin PRK kali ini akan memperlihatkan sejauh mana jentera Pakatan Rakyat berjaya membebaskan pemikiran rakyat Tenang khususnya masyarakat FELDA mengenai isu-isu nasional atau; rakyat Tenang selesa dengan keadaan sekarang.

Akbar Sinar Harian bertarikh 28 Januari 2011 memetik Mashitah Ibrahim; Ketua Wanita UMNO Baling memberi ingatan kepada BN supaya jangan memandang remeh strategi PAS meletakkan "pemidato" sebagi calon.  Apatah lagi calon PAS adalah calon dari kalangan kaum wanita.  Penulis melihat Cikgu Mala punya aura tersendiri sebagai seorang yang penuh semangat, tabah dan "tidak gemuk". Beliau tidak kekok bercakap, tidak lekang senyuman.  Untung nasib. Tangan yang menghayun buaian ini mampu menggegarkan DUN Johor!

Umno hilang punca serang suami calon PAS

Harakahdaily
LABIS, 29 Jan: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa Umno kini terpaksa defensif berdepan kempen Pakatan Rakyat pada PRK Dun Tenang sehingga terpaksa membuat serangan peribadi terhadap calon PAS, Normala Sudirman.

Katanya, kerana tersepit dengan serangan Pakatan Rakyat, Umno terpaksa membangkitkan isu rumahtangga terdahulu Normala dan menyerang suami calon, Maarof Abd Mutalib berhubung isu cuti sakit.

"Saya fikir ini sejarah lah. Ini menggambarkan ketidaktamadunan pemikiran Umno BN.

"Kita tidak sentuh pun soal isteri calon BN, sebab yang bertanding dia, bukan isteri dia," katanya pada sidang media PAS hari ini.

Mengulas isu serangan perkahwinan dahulu Normala, Mahfuz berkata ianya satu perbuatan melampau kerana boleh mengaibkan keluarga yang terlibat.

"Saya sebut kepada kawan-kawan jangan bangkit isu Rosmah (Datin Seri Rosmah Mansor) bercerai dengan bekas suami dia, isu Najib (Datuk Seri Najib Razak) bercerai dengan bekas isteri dia, kemudian mereka berkahwin bersama.

"Saya kata jangan sebut, itu tidak baik, itu satu perkara peribadi," katanya.

Dalam kempen di Tenang kali ini, Mahfuz mendakwa Umno secara gelap membangkitkan soal perkahwinan terdahulu Normala.

Beberapa kain rentang turut dipasang berhubung perkara itu yang mempersoal siapa Maarof.

"Termasuk juga isu Chua Soi Lek berkenaan kes dia, VCD dia sebab yang akan malu bukan sahaja dia, anak dia, isteri dia dan keluarga dia," tambah Mahfuz lagi.

Menyentuh isu cuti sakit Makrof yang dimainkan Umno pula, Mahfuz berkata Umno sebenarnya hilang punca setelah gagal menyerang peribadi calon PAS.

"Pemimpin Umno, tak dapat calon suami calon jadi mangsa.

"Banyak program yang dihadiri oleh cikgu-cikgu termasuk perhimpunan agung Umno yang yang difahamkan berpakat dengan cikgu besar untuk ambik cuti, ini juga mesti disiasat," katanya.

ILHAM: BN dijangka menang, majoriti tiga ribu

Keputusan pilihanraya kecil DUN Tenang yang dijadualkan esok dijangka memihak kepada calon BN, Mohd Azahar Ibrahim. Namun hasrat Umno untuk meraih majoriti melebihi lima ribu undi diramalkan tidak kesampaian.
NONELaporan banci badan penyelidikan bebas ILHAM Centre yang dikeluarkan pagi ini menunjukkan calon BN sehingga kini mendahului PAS dengan majoriti sekitar tiga ribu undi.

BN dijangka memperolehi sekitar enam ribu hingga tujuh ribu undi manakala PAS pula dikatakan akan hanya mengutip dalam lingkungan empat ribu undi. 

Berdasarkan hasil dapatan silang kaum dengan soalan parti mana dijangka menang, BN dijangka memperolehi 73.1 peratus undi Melayu, Cina (48.6 peratus), India (50 peratus) dan kaum lain (75 peratus). 

NONEMenurut ILHAM, kajian dijalankan pada 26 hingga 28 Januari 2011 lalu untuk melihat perspektif pengundi terhadap parti, calon dan kecenderungan pengundian mereka.

Tinjauan selama dua hari secara komprehensif ini dilakukan di sebuah daerah mengundi dengan menemubual pengundi berdaftar secara bersemuka di 10 daerah mengundi daripada 13 daerah mengundi di DUN berkenaan.

Seramai 549 orang yang terdiri daripada semua komposisi kaum, peringkat umur dan pekerjaan dijadikan sampel kajian ini.

Berdasarkan kajian ILHAM, faktor utama responden memberi undi adalah berasaskan parti berbanding faktor calon dan isu yang dimainkan. 

Azahar lebih popular 

Faktor parti diwakili 62.5 peratus daripada keseluruhan responden.

Jika dilihat kepada kekuatan calon, kedua-dua parti dilihat mempunyai kelebihan masing-masing. 

NONENamun calon BN, Mohd Azhar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai “Tok Ai” mendapat 91.4 peratus dikenali oleh pengundi. Manalaka Normala Sudirman atau lebih popular dengan panggilan Cikgu Mala mendapat 79.6 peratus undi di kalangan responden.

Isu serangan peribadi kerana Normala mengenai memakai sarung tangan bila berjabat tangan dengan pengundi lelaki didapati tidak memberikan kesan kepada responden sebagai isu yang kuat. 

pas tenang normala sudirman shaking handsBegitu juga isu lainnya seperti penyelewengan tanah, suami Cikgu Mala sakit dan sebagainya tidak cukup untuk mempengaruhi pola pengundian.

Kajian juga memdapati jentera PAS di Tenang kali ini cukup agresif dalam siri-siri kempen dan ziarah rumah ke rumah. Dengan menyasarkan undi wanita dan kakitangan kerajaan terutamanya guru, tema Cikgu Mala dilihat signifikan dalam strategi kempen PAS. 

Namun, berdasarkan maklum balas responden di perkampungan tradisi sekitar Kampung Tenang, Pekan Ayer Panas, Kg Redong, tidak berlaku anjakan ketara paten sokongan. 

tenang by election 280111 pakatan ceramah crowdJentera PAS dan Pakatan Rakyat juga dilihat belum mempunyai daya tarikan untuk mengubah pendirian politik golongan peneroka Felda, meskipun terdapat sedikit sinar harapan terutama generasi kedua Felda yang mempunyai pendirian politik rasional untuk memilih Pakatan Rakyat.

Di kawasan bandar Labis dan beberapa lokaliti majoriti pengundi Cina, ILHAM mendapati, tahap sokongan pengundi Cina kepada PAS tidak ketara walaupun terdapat protes senyap di kalangan pengundi Cina. 

Tiada bendera BN 

Ini dapat dilihat dengan ketiadaan bendera BN di kawasan kediaman pengundi Cina berbanding perkampungan Melayu.
tenang by election 280111 hot dance at 1 malaysia new year partyPengundi Cina juga dilihat kurang berkeyakinan dengan Pakatan Rakyat kerana jentera dilihat tidak bersepadu sepertimana jentera BN. Kesannya, Pakatan Rakyat mungkin tidak mendapat sokongan daripada pengundi Cina sepertimana yang diharapkan.

Di kalangan pengundi Melayu pula, rupabentuk kerjasama Pakatan Rakyat masih kabur di kalangan kebanyakan pengundi. Di samping kejayaan media BN memanipulasi beberapa isu berkaitan perkara ini, pergerakan kempen calon PAS turut tidak meyakinkan pengundi. 

Menurut ILHAM, pergerakan rumah ke rumah Cikgu Mala misalnya tidak disertai tokoh-tokoh lain selain pemimpin-pemimpin PAS sahaja.
-malaysiakini-

Tarik subsidi tol, tambang bas akan naik

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 29 Jan: PAS mendesak kerajaan mengkaji tindakan menarik semula pemberian subsidi tol sebanyak 50 peratus kepada pengusaha bas bermula 15 Januari lalu.

Ketua Penerangannya, Idris Ahmad berkata, PAS membantah tindakan itu kerana ia akan menyebabkan pengusaha bas menaikkan tambang kepada pengguna.

Kenaikan tambang ini seterusnya akan menambahkan kesusahan rakyat yang sedia terbeban dengan kenaikan harga barang keperluan asas.

"Akibatnya pengusaha bas akan menaikkan tambang, ini akan membebankan rakyat bawahan yang memang sedia terbeban dengan kesempitan kewangan angkara rasuah, boros dan tidak berhemah oleh pemimpin BN.

"PAS mendesak kerajaan mengkaji balik tindakan menarik semula diskaun tol kerana kepentingan rakyat berpendapatan rendah. Rakyat baru sahaja menerima bahana kenaikan tambang bas sebanyak 30 peratus kerana kenaikan harga minyak. Berapa peratus pula rakyat perlu bayar tambang dengan penarikan diskaun tol nanti?" soalnya.

Menurut Idris juga, PAS tidak mahu isu kenaikan tambang bas dijadikan alasan oleh kerajaan untuk menyalahkan pengusaha bas sedangkan mereka yang bersalah.

"Padahal mereka terpaksa berbuat demikian kerana kos meningkat. PAS yakin kerajaan terpaksa menarik balik diskaun tol kerana kerajaan sudah tidak ada wang, cuma berlagak macam orang kaya," katanya.

Kerajaan menarik balik potongan kadar tol sebanyak 50 peratus itu yang mula diberikan kepada pengusaha bas sejak 15 September 2008 sebagai usaha membantu mereka yang terjejas berikutan peningkatan bahan api di pasaran ketika itu.

Insentif itu juga bagi mengelakkan pengusaha bas menaikkan kadar tambang sehingga menjejaskan pengguna pengangkutan awam itu, terutama bagi perjalanan jarak jauh yang kadar tolnya agak tinggi.

PRK Tenang: Siapa Akan Menang ?

Mohd Sayuti Omar
TINGGAL tidak sampai 20 jam lagi pengundian akan berlangsung di pilihan raya kecil Dun Tenang, Johor. Seramai 14, 753 pengundi berdaftar berhak membuang undi. Undi pos seramai lebih 170 pengundi terdiri dari polis dan pegawai SPR telah membuang undi. Dari jumlah itu seramai 7,000 pengundi Melayu, 5,700 pengundi Cina dan 1,700 pengundi India.

Mungkin kedua-dua parti sudah pun dapat mengagak berapa banyak undi yang diperolehi dan berapa majoriti yang yang diraih parti yang menang. Parti politik ada makenismenya tersendiri dalam membuat perhitungan ini. Dalam sistem bancian dan penculaan undi diamalkan di Malaysia membolehkan parti-parti politik mengenali sebanyak mana pengundi mereka. Biasanya 70% dapat dikenal pasti dan sekitar 30% undi saja yang samar. Tumpuan tegar kerap dilakukan kepada golongan dinamakan atas pagar ini.

Dalam pilihan raya kecil seperti Tenang ini tidaklah sukar untuk membuat ramalan mengenai keputusannya kelak. Biasanya trend pengundian tidak jauh berbeza dengan apa yang berlaku sebelum ini. Selalunya kalau pilihan raya kecil ia memberi kelebihan kepada parti kerajaan. Inilah yang tidak disukai oleh pihak pembangkang. Tetapi saya percaya kalau pembangkang berkesempatan memiliki agensi seperti parti kerajaan, Kemas, Kada, Feleda, polis dan sebagainya mereka juga mengamalkan perkara yang sama. Nama lagi demokrasi, tindak tanduk manipulasi dan hipokrasinya tidak jauh berbeza!

Agaknya siapakah yang akan menang besok? Siapakah yang akan memasuki ke Dewan Undangan Negeri Johor di antara "Sophia Loren" (Normala Sudirman) dengan "Mat Bok", (Azahar Ibrahim). Mari kita bermain dengan angka dan teka teki yang sudah hampir terjawab atau boleh memberi jawaban ini. Senario semasa dan laporan dalam berbagai-bagai media, cakap-cakap dan laporan sulit membantu kita membuat andaian ini.

Umno awal-awal lagi telah mendabik dada membuat provokasi kira-kira 4,500 orang pengundi di kalangan peneroka adalah miliknya. Di Tenang ada tiga kawasan Felda, Cempelak, Cempelak Barat dan Tenang. Peneroka adalah masyarakat yang dipelihara oleh kerajaan menerusi agensi pembangunan tanah dan sosial Felda.

Mereka ini berterima kasih kepada agensi berkenaan, tanpa mengira penat lelah yang mereka sendiri lakukan untuk memajukan diri mereka. Walaupun pulangannya tidak seberapa, tetapi mereka bangga dengan Felda. Orang miskin.. begitulah sangat merasai budi berbanding dengan orang lega (kaya). Mereka akan berterima kasih kalau hanya kulit pisang diberikan oleh orang kaya. Dia terlupa yang menanam dan membajai pisang itu sampai berbuah adalah dia. Titik peluhnya yang membesarkan benih yang disediakan orang kaya itu.

Selagi Felda masih didiami oleh peneroka awal, keadaan termakan budi dan menerima budi akan berterusan. Kecualilah sesudah anak-anak peneroka sudah pandai mengira, menghitung serta menimbangkan keadilan dan kesaksamaan barulah perasaan menerima dan merasa budi itu akan berakhir. Nah ketika itulah baru peneroka Felda tidak boleh dijerat oleh Felda hanya dengan kulit pisang tadi.

Bermakna masyarakat dalam Felda akan bebas dan tidak terikat dengan mengaggap Umno memberi makan kepada mereka setelah peneroka itu melairkan generasi ke 10. Untuk sampai generasi ke 10 ini perlu tunggu tahun 5050.

Apakah pada waktu itu bumi ini masih ada lagi? Saya bimbang takut Semanjung Malaysia sudah ditenggelam air akibat bencana atau bumi pecah dari bawah pantak Semanjung. Makanya harapan untuk melihat peneroka Felda berubah dan tidak merasai budi Umno akan sia-sia saja, sudah terlewat ketika itu. Justeru kalau para peneroka mahu bangkit membela kehidupan mereka dan mengambil hak mereka bertindaklah sebelum tahun 5050!

Berdasarkan kepada dakwaan Umno tadi, bermakan secara tunai mereka sudah ada sekitar 4,000 undi. Katanya ada kesedaran dalam kalangan peneroka Felda kerana mereka sudah insaf dan mendapat maklumat mengenai penganiayaan ke atas mereka. Katanya sokongan masyarakat Felda sudah merosot sekitar 10 %? Kalau ini benar bermakna Umno masih ada lagi 3,600 undi lagi tunai.

Keadaan ini menunjukkan Umno masih menang di ketiga Felda berkenaan. Apa yang Umno perlukan untuk menang sekitar 3,000 undi saja lagi untuk menjadikan 6,600. Mana-mana parti yang berjaya meraih 6,000 undi mereka akan menang. Dam sekiranya peratus keluar mengundi sekitar 80% ini bererti Umno boleh menang dengan majoriti yang tipis sekitar 500 undi saja.

Ini tidak susah bagi Umno. Bagi mengenapkan angka itu Umno hanya memerlukan sekitar 30 hingga 35 peratus undi dari kalangan orang Cina dan 50% undi India saja. Sekiranya Umno memperolehi 30 peratus (1,300) undi Cina dan 60% (850) bermakna Umno akan menang dengan majoriti di bawah 2,000 undi.

Mojoriti di bawah 2,000 walaupun UBN menang tetapi dari segi moralnya parti itu kalah. Keputusan itu memberi kegembiraan dan harapan besar kepada Pas. Ia akan ditafsirkan bahawa pengaruh dan kekuataan UBN merosot, apa lagi ia berlaku di dalam negeri kubu Umno Johor.

Saya pecaya dalam pilihan raya ini Pas tidak menanti kemenangan. Kekalahan adalah kenyataan yang sudah diterima seawal hari penamaan calon. Tetapi sebagai parti politik Pas mencuba untuk menawarkan perubahan dan pembaharuan kepimpinan kepada rakyat. Kerana itu kalau Pas menang besok ia dibantu oleh kuasa magic dan pertolongan ikkhlas dari malaikat di langit dan di bumi! Apakah mengarap kepada kuasa itu sesuatu yang praktikal?

Untuk masa depannya kejayaan Pas mengurangkan majoriti BN di bawah 2,000 undi adalah petanda tidak baik bagi Umno. Umno harus bersiap sedia untuk menyerahkan kerusi itu kepada Pas dalam pilihan raya umum akan datang dan sedia merasai keruntuhan sebuah negeri yang menjadi kubu kuat Umno sejak tahun 1946.

Tetapi dalam syok melayani analisa ini jangan terkejut kalau tiba-tiba Umno boleh pukul maut Pas dengan majoriti lebih 4,000 undi. Berpandukan senario ini kalau ini berlaku sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Jangan lupa Umno akan mengemukakan strategi dan tektik baru pada setiap kali pilihan raya. Inilah kelebihan Umno dan UBN yang menjadi parti memerintah dan tidak pula diberi kepekaan oleh pembangkang.

Awas Polis dan JPN berlari sepantas kilat

tokpepijat
Apabila isu Anwar dikaitkan dengan bantuan dana dari keluarga Diraja Saudi, sepantas kilat sepupu PMNajib arahkan polis buat siasatan.

"Saya telah mengarahkan unit anti-pengganas dan juga Cawangan Khas dan mereka sedang berhubungan dengan perisikan Saudi untuk mengetahui sejauh mana Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas ini. "Ini bukan isu politik. Ini isu keselamatan...suka atau tidak, kita mesti menanganinya dengan serius,” kata Hishamuddin.

Manakala tentang isu cuti sakit suami calon PAS di PRK Tenang, TPMMuhyiddin arahkan Pengarah JPN sendiri siasat.

"Pengarah (Jabatan Pelajaran Negeri Johor) boleh siasat, sama ada ada asas cuti sakit itu diberi, walaupun boleh diberi adakah terdapat asas yang benar yang dia sakit.

"Pada zahirnya sudah ada petanda penyalahgunaan," kata beliau sambil menambah, Pengarah JPN Johor akan mendapatkan laporan daripada pengetua atau guru besar di mana Ma'arof bertugas. "Dari segi pentadbiran, kita siasat sama ada dia salahgunakan peruntukan dalam Pekeliling Kerajaan, Peraturan Perkhidmatan, Perintah Am Bab B," kata beliau.

Yang pasti, jika kes membabitkan pembangkang, PDRM dan JPN akan berlari sepantas kilat menyiasat.

Tetapi "berjalan kura-kura" jika babitkan UMNO.

Tanda kemenangan Islam Semakin jelas

Ikuti pandangan beliau mengenai perjuangan Islam sewaktu temubual ringkas beliau bersama wartawan Harakah, NYZA AYOB dan wartawan Harakahdaily, AZIZ MUDA. Beliau ditemui selepas pertemuan dengan wakil Hamas di Pejabat Agung PAS, pada 24 Januari lalu.

HARAKAH: Daripada pertemuan singkat dengan wakil Hamas, apa yang Tuan Guru harapkan daripada hubungan kedua-dua parti ini?

DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG: Hamas ialah sebuah parti Islam yang sama perjuangannya dengan PAS dan sama-sama memerintah. Kita memerintah kerajaan negeri dan Hamas juga memerintah melalui wilayah. Cuma mereka lebih mencabar daripada PAS kerana wilayah pemerintahan mereka dikepung di segenap penjuru.

Apa yang menarik mereka mendapat pertolongan daripada Allah dan semangat rakyat pada seluruh dunia sama ada daripada orang Islam atau bukan Islam.

Apa yang dapat dilihat di media, bagaimana usaha untuk memecahkan kepungan dan Alhamdulillah ia dapat dipecahkan sedikit sebanyak walaupun tidak seluruhnya.

Itu menandakan Islam akan menang dan tidak dapat dihapuskan. Itu tanda kemenangan yang terserlah daripada perjuangan Hamas. Bukan sahaja mereka diserang daripada segi politik, diwajahkan dengan wajah ganas di media-media kemudian pentadbirannya di kepung dan diserang dari arah laut, udara dan darat. Walaupun dengan pelbagai senjata yang canggih, ia tetap tidak dapat dikalahkan.

-PAS sering menerima kunjungan daripada wakil Hamas? Apakah kunjungan tersebut lebih daripada kunjungan persahabatan?

Sudah menjadi tanggung jawab kita menghulurkan bantuan dan kita juga berusaha supaya kerajaan juga membantu. Justeru PAS menyeru supaya semua pihak di Malaysia sama ada daripada parti polik atau NGO membantu Gaza. PAS juga melihat perjuangan Islam kini makin berjaya. Ini menunjukkan perjuangan Palestin mesti atas nama Islam dan tidak boleh atas nama nasionalisma atau kenegerian. Kita mesti mulakan atas nama perjuangan Islam.

Kumpulan Islam berjaya menawan beberapa daerah di Palestin tahun 1948 tetapi malangnya berlaku pengkhianatan, pemimpin Islam ditangkap dan dibunuh. Hassan al Bana ditangkap dan dibunuh pada 1949 oleh pemimpin arab sendiri.

Akhirnya golongan nasionalis dan golongan sekular mengambil alih perjuangan. Bagaimanapun mereka gagal dan tidak mampu dan tidak berupaya. Sebab itu golongan Islam mengambil balik dan terbukti apabila Hamas di Ghazah dan Hizbullah di Selatan Lubnan telah berjaya mengalahkan Israel dalam peperangan yang berlaku sebulan lebih itu.

Walaupun tidak ada negeri Islam yang hendak bantu mereka dan dikepung di segenap penjuru, Hamas dan Hizbullah telah berjaya menyatakan perjuangan atas nama iman dam Islam boleh mengalahkan kekuatan tentera yang besar tanpa dinafikan persediaan harta benda adalah penting. Yang penting adalah perkara yang berlaku itu lebih memberi keyakinan kepada umat Islam untuk berdiri dan bersatu kembali kepada Islam.

-Tuan Guru ada menyebut, perjuangan demi menegaskkan Islam dibantu dengan pertolongan daripada Allah. Jika kita kaitkan dengan realiti yang berlaku di Malaysia, dalam beberapa pilihan raya kecil yang disertai PAS selepas Pilihan Raya Umum ke 12, PAS berjaya mengekalkan serta menawan kubu pihak lawan...

Kemenangan tersebut bukan bermula dengan kemenangan pilihan raya tetapi kemenangan semangat keimanan kita yang tidak dapat dikalahkan.

Selepas itu kesanggupan kita untuk mengorbankan harta benda dan nikmat yang Allah beri mengikut kemampuan kita dengan ikhlas dan selepas itu datangnya pertolongan Allah.

Ini terbukti kita menang di Kelantan, pernah menang di Terengganu, pernah menang di Perak dan menang di Kedah. Dan kita pernah menag di Dun- dun dalam pilihan raya yang tidak seimbang. Walaupun kemenangan itu payah tetapi itulah syarat yang Tuhan tetapkan kerana Tuhan hendak bagi kemenangan kepada kita. Kemenangan pasti berlaku dan tidak mustahil.

Kita berusaha sedaya upaya. Seperti di Terengganu, kita berusaha sedaya upaya dengan asas yang kita ada. Dan BN bergantung dengan jentera-jentera kerajaan semata-mata. Kelemahan Umno juga dinyatakan sendiri oleh pemimpin Umno di Terengganu.

Mereka menyedari kekuatan PAS dan Menteri Besar Terengganu juga meminta orang-orangnya belajar daripada PAS. Itu dia dah mengaku kelemahannya. Walau bagaimanapun kita tidak boleh mengharapkan kemenangan daripada kelemahan lawan. Kita mesti membina kekuatan kita sendiri. Dan baru-baru ini kita telah berjaya mengadakan program PAS ganti Umno di Terengganu. Program tersebut diadakan di Kemaman iaitu kawasan Umno paling kuat di Terengganu. Kita telah berjaya mengumpul hampir 40,000 orang. Insya-Allah kita akan adakan program seumpama itu kali kedua di Besut tidak lama lagi.

-Mungkinkah juga kemenangan tersebut akan terlakar sekali lagi melalui Pilihan Raya Kecil Dun Tenang?

Di Tenang, perjalanan pilihan raya berlaku dengan Tenang. Dan PAS menasihati jentera pilihan raya kita supaya berdisiplin serta beradab dan bersopan. Menarik pengundi dengan cara yang bijaksana dan jangan terpengaruh dengan provokasi yang dibuat pihak lawan.

Kita sedar Tenang adalah kubu BN tapi di sana berlaku tanda-tanda berlaku perubahan apabila kita berjaya menurunkan majoriti daripada 5000 pada 2004 kepada 2500 pada 2008. Dan di sana ada tanda-tanda positif yang memungkinkan kita masuk.

Kita kena sedar oleh kerana rakyat khususnya kawasan Felda tidak mendapat maklumat. Maklumat mereka terhad khususnya melalui RTM dan media perdana yang dikuasai BN.

Jadi melalui PRK ini kita dapat berceramah dan mereka dapat mendengar sedikit sebanyak ayng menyebabkan mereka kenal dengan PAS.

Selain itu calon kita juga berwibawa sama ada daripada segi pendidikan serta peranannya dalam masyarakat. Beliau seorang guru dan aktif dalam NGO. Beliau dikenali penduduk Tenang dan berbeza dengan calon BN walaupun anak tempatan tetapi berkhidmat di luar.

Tahniah Anwar!

tokpepijat
Tahniah Anwar !

Hebat! Anwar Ibrahim adalah pemimpin politik paling banyak mendapat "gelaran tertinggi" dari UMNO dan suku sakatnya.

Berikut senarai "anugerah" gelaran buat Anwat yang boleh masuk Malaysian Record Award :

1) Pengkhianat bangsa - kerana sokong DAP.
2) Ejen Amerika - kerana Kerajaan Amerika tidak setuju cara pengadilan keatas beliau.
3) Ejen Yahudi - kerana beliau ada rakan berbangsa Yahudi.
4) Pluralisme - kerana ucapan beliau di Amerika ( disalah ertikan).
5) Ejen Pengganas - kerana didakwa Putera Diraja Saudi bagi bantuan dana kepada beliau.

Itulah "gelaran kehormat" buat Anwar. Selepas ini Anwar bakal di gelar seorang Wahabi kerana Saudi bagi bantuan kepadanya.

Apakah gelaran terakhir yang bakal UMNO bagi kepada Anwar?

"Banduan Penjara Kajang"

Memohon fatwa daripada mufti-mufti satu Malaysia

neraca
Firman allah ta'ala

dan jangan hampir kamu akan berzina, kerana bahawasanya ada ia kejahatan yang sangat keji dan sejahat-jahat jalan,

(Surah Al- Isra'; ayat 32)

Sabda nabi saw;

1. Bermula berzina itu mempusakai papa.

2. Bermula zina dua mata itu menilik kepada barang tiada halal menghelakan kepada zina faraj

3. Zina satu kali itu menghapuskan pahala amal 70 tahun

4. Tiada daripada dosa kemudian daripada syirik yang terlebih besar pada allah daripada nuthfah yang dihantarkan dia oleh lelaki pada rahim yang tiada halal baginya.

5. bahawasanya bagi ahli neraka itu suara yang keras daripada busuk bau faraj orang berzina.

6. Bahawasanya segala orang yang berzina itu bernyala-nyala muka mereka itu api

7. Bermula kaya dan berzina tiada berhimpun keduanya

8. Meninggalkan berzina itu mempusakai kaya(yakni; membanyakkan berkat daripada rezeki)

9. Barangsiapa berzina nescaya dizina dengan dia, dan jikalau dengan pagar kampungnya sekalipun

10. Barangsiapa berzina dengan perempuan(yakni; samaada perempuan yang muslimah atau kafir dan samada perempuan yang merdeka atau sahaya) nescaya membuka allah ta'alaatasnya di dalam kuburnya akan lapan pintu daripada api neraka ,keluar daripada segala pintu itu beberapa kala dan ular hingga hari qiamat

Kisah atau hikayat

1, seorang' abid;

2. seorang raja dengan puterinya

3. thawus dan wanita pelacur

4. lembah di neraka

5. kisah abi syahmah

tersebut di dalam kitab jawahir

Para mufti 1 malaysia

Kes; seorang lelaki kafir telah mengakui apa yang telah beliau lakukan dengan teman wanitanya di sebuah hotel,di negeri johor.lelaki ini ,merupakan pemimpin tertinggi masyarakat berbangsa china (harus diingat orang cina pun ada beragama islam)'

Soalan 1.

adakah agama islam membenarkan para pemimpin islam (bn) bersama-sama berjuang menegakkan syiar islam di bumi malaysia ini'

Soalan 2, salah atau tidak salah umno (orang islam) bergabung dengan ketua pertubuhan tersebut.

semoga boleh mengeluarkan fatwa secepat mungkin, kerna seandainya salah di sisi agama islam maka masih tidak terlambat lagi untuk bertaubat nasuha.

Salam,"