Najib tutup akaun selepas pindah RM162 juta wang haram hasil 1MDB, kata saksi
Prof Aziz: PAS boleh laksana hukum hudud tapi bukan ikut Islam era klasik
KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan negara Islam di negara ini boleh menjadi kenyataan dengan syarat parti Islam itu perlu mendapat sokongan rakyat terlebih dahulu, kata penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari.Selain itu beliau menyarankan agar PAS mengkaji semula hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kerana ia perlu memahami aspek itu dalam konteks Islam “klasik” mengikut peredaran zaman.
“Kedua-dua parti iaitu PAS dan DAP kena faham prinsip ini (hukum hudud).
“Yang jadi masalah adalah PAS memahami hudud dalam konteks Islam klasik manakala DAP pula degil dengan kefahaman Perlembagaan mereka yang tidak tepat,” katanya.
Oleh itu kata beliau, dalam persekitaran sedemikian kedua-dua PAS dan DAP perlu mengambil sikap mendiamkan diri.
“Jadi dalam keadaan sekarang PAS dan DAP kena diam dan berfikir. Jangan cakap kalau tidak faham,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata hukuman hudud boleh dilaksanakan dalam kerangka Perlembagaan negara sedia ada.
“PAS perlu mendapatkan sokongan rakyat dan untuk dapat sokongan rakyat PAS perlu jelaskan kepada mereka apa itu hukuman hudud.
“Selain itu, dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan sedia ada ia boleh dilaksanakan tetapi yang paling penting adalah penerimaan dan sokongan rakyat,” katanya.
Justeru tambah beliau, walaupun DAP menentang pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam seperti yang dicadangkan PAS tetapi ia tetap boleh dilaksanakan sekiranya ia diluluskan oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Sokongan atau tentangan DAP penting tapi apa yang lebih penting ialah sokongan dan dokongan rakyat kerana setiap undang-undang itu perlu diluluskan Parlimen dan DUN
“Ertinya kalau rakyat faham dan mahu undang-undang hudud dilaksanakan tiada siapa yang boleh menghalang,” katanya.
Bagaimanapun beliau yang juga pakar perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa mengakui bahawa isu hudud dan negara Islam bukan perkara utama kerana ia tidak termasuk dalam kerangka Dasar Bersama Pakatan Rakyat (PR).
“Kedua-dua aspek itu bukan perkara utama kerana PR kini perlu dahulukan perkara yang termaktub dalam Dasar Bersama PR termasuk membasmi kemiskinan, rasuah dan memastikan hak asasi dihormati,” katanya.
PAS sebelum ini meminta DAP memahami dasar perjuangan PAS yang bercita-cita mahu melaksanakan hukum hudud dan negara Islam, sekiranya menawan kerajaan persekutuan, bagi mengatasi masalah jenayah dan sosial membabitkan orang Islam.
Parti itu juga menegaskan, ia tidak akan kompromi sama sekali dalam soal menegakkan hukum hudud dan cita-cita menjadikan Malaysia negara Islam.
Namun Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata parti itu tetap menolak idea mahu melaksanakan undang-undang hudud dan negara Islam atas alasan ia tidak pernah disentuh dalam Dasar Bersama PR.
Lim juga mempertahankan pendirian konsisten parti itu yang sentiasa menekankan bahawa Malaysia sebuah negara sekular.
Minggu lalu, Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh mengumumkan bahawa beliau kekal menentang undang-undang sedemikian jika PR mengambil alih kerajaan persekutuan.
Kata Karpal, undang-undang sedemikian “tidak berperlembagaan” dan setiap orang perlu menghormati Perlembagaan Persekutuan.
Pentingkan kedudukan: Hakim Malaysia penakut dalam kes-kes kritikal!
k mudah untuk para hakim mempertahankan konsep kebebasan kehakiman, ini kerana dalam kes-kes kritikal mereka tidak mampu untuk berbuat demikian; sama ada kerana sayangkan kedudukan mereka atau mereka menganut fahaman kerajaan yang memerintah.Bila menteri kata negara akan bankrap
ABDUL AZIZ BARI
Menteri Kabinet, Datuk Seri Idris Jala, 27 Mei lalu berkata, negara akan bankrap pada 2019 jika subsidi yang diberikan sekarang tidak dihentikan. Apa yang
disebut itu tidak berbeza dengan apa yang diperkatakan Profesor Dr Danny Quah dari London School of Economics sebelum itu: Malaysia akan jadi Greece jika ia tidak berbuat perubahan.
Saya tertarik dengan reaksi Charles Santiago, Ahli Parlimen DAP dari Klang, Isnin lalu, yang meminta kerajaan membubarkan Parlimen supaya rakyat dapat memilih kerajaan baru yang lebih cekap mengurus ekonomi. Beliau menyebut tinjauan kerajaan sendiri yang mendapati bahawa 66 peratus tidak setuju subsidi dihentikan serta merta. Ahli parlimen itu menyatakan pemotongan subsidi harus dilakukan setelah langkah-langkah lain seperti sistem kerajaan yang lebih telus, pengurangan saiz perkhidmatan awam dan pemotongan perbelanjaan kurang perlu lainnya. Sementara itu dalam tempoh beberapa jam selepas Idris membuat kenyataan itu hampir 97 peratus rakyat yang memberi komen kritikal kepada kerajaan. Santiago turut menyebut kerugian yang ditanggung syarikat milik kerajaan, Sime Darby.
Apa yang berlaku itu meletakkan pentadbiran sekarang muram. Tidak cukup dengan itu hujung minggu kumpulan pemikir yang dibentuk Perkasa menyelar Model Ekonomi Baru yang diketengahkan oleh pentadbiran yang sekarang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Berbalik kepada kenyataan Idris tadi Najib berkata, ia sekadar jangkaan; Kabinet belum buat keputusan apa-apa. Pada saya komen Najib kepada kenyataan menteri di atas kapasiti Ketua Pemandu itu – badan yang memantau prestasi dan pengurusan kerajaan – sebenarnya tidak perlu atau mengelirukan.
Mengapa saya berkata begitu? Idris adalah anggota Kabinet dan setiap anggota Kabinet terikat dan perlu bertanggung jawab dengan segala sikap dan kenyataan yang diambil baik oleh Perdana Menteri atau menteri-menteri lain. Prinsip tanggung jawab bersama atau collective responsibility ini adalah konvensyen di United Kingdom yang dimasukkan dalam perlembagaan, khususnya Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.
Di bawah prinsip itu Kabinet mesti sekata dalam hal yang pokok dan kritikal seumpama pemotongan subsidi yang disebut Idris tadi. Sebab itu saya setuju cadangan Charles Santiago.
Sudahlah ia gagal mengurus ekonomi ia enggan pula mengakui apa yang berlaku. Sekiranya Najib tidak setuju apa yang dikatakan Idris, beliau boleh memecat bekas CEO Syarikat Penerbangan Malaysia itu dari Kabinet atau sekiranya menteri berkenaan tetap tegas mempertahankan apa yang dikatakannya maka perlulah Idris meletakkan jawatan dan meninggalkan Kabinet. Jika Najib dan Idris tidak berbuat apa-apa rakyat tentunya keliru: mana atau siapa yang betul, Najib atau Idris?
Apakah sesi taklimat yang diberi Idris itu di luar pengetahuan Najib? Ini tidak penting. Sama ada tahu atau tidak apa yang penting ialah Kabinet perlu ada sikap. Baik yang dikatakan oleh Najib yang bermaksud Kabinet tidak kisah negara akan bankrap atau sebaliknya atau mengambil pendirian sebagaimana yang disebut oleh Idris. Menteri tidak boleh membuat kenyataan yang sedemikian penting tanpa pengetahuan atau komitmen rakan-rakan Kabinet yang lain.
Mungkin ada yang berkata Idris masih baru dan bukan ahli politik pula. Saya tidak fikir begitu. Ini kerana sebelum ini pun ada kalangan ahli politik yang veteran melakukan hal yang sama. Kita tentu masih ingat sikap dan kedegilan Tan Sri Bernard Dompok dalam isu negara Islam beberapa tahun lalu. Begitu juga dengan perbezaan pendapat antara Tun Dr Lim Kheng Yaik dengan Tan Sri Annuar Musa dalam Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1997.
Apa yang disebut Charles Santiago itu penting kerana Kabinet mesti mempunyai dan menunjukkan sikap yang jelas. Ia tidak boleh berdolak-dalik.