"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Memaparkan catatan dengan label Krisis Mesir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Krisis Mesir. Papar semua catatan

Mesir: tajamkan kuku dan besarkan penjara

tokpepijat 
Akhirnya Presiden Mesir Hosni Mubarak "mengendur"sedikit keegoannya. Selepas berucap dengan takbur dan kesombongan persis Firaun untuk kekal jawatan, hari ini mengumumkan untuk bersara September ini.

Mengapa pilih September tidak serta merta?

Itulah taktik dan "wirid" diktaktor di seluruh dunia. Kononnya untuk keselamatan, teratur dan demi rakyat. Mubarak bersumpah untuk mati di bumi Mesir. Boleh dipercayai? Sedangkan anaknya yang bakal diangkat menjadi Presiden Mesir telah memikul 100 beg melarikan diri ke Britain.

Mubarak dengan dikelilingi oleh Penasihat Zionis (macam UMNO dikelilingi APCO) sedang merancang sesuatu untuk terus berkuasa.

Langkah pertamanya, menyuruh seluruh penyokongnya untuk bertempur dengan rakyat. Senjata pisau, batu bahkan penyokongnya akan mendapat senjatapi untuk melakukan provokasi terhadap rakyat.

Apabila berlaku pertempuran hasil provokasi (macam aksi SB kita setiap demo di KL), maka tentera akan digunakan untuk campurtangan dan seterusnya meneruskan penguasaan Mubarak keatas Mesir.

Kejayaan rakyat untuk jatuhkan Regim Mubarak bergantung sejauhmana mereka bertahan untuk berdemostrasi. Juga sejauhmana langkah proaktif dilakukan oleh pimpinan Ikhwan Muslimin.

Sebarang langkah berundur, bermakna memberi peluang Mubarak mengasah lebih tajam kukunya dan memperluaskan lagi saiz penjara buat penentangnya!

Bayangkan sehingga September, bagaimana ketajaman kuku Mubarak dapat diasah dan berapa kilometerkah penjara dapat disiapkan untuk dihuni oleh penentangnya?


-tranungkite-

Mesir: Bimbang pengaruh gerakan Ikhwanul Muslimin : Hosni Mubarak enggan undur


Hosni Mubarak
KAHERAH, 4 Feb: Bimbang dengan pengaruh gerakan Ikhwanul Muslimin,Hosni Mubarak enggan berundur dari tampuk kuasa sebagai Presiden Mesir.

Sehubungan itu beliau memberi amaran bahawa parti Ikhwanul Muslimin akan mengisi vakum kuasa jika beliau meletakkan jawatan sekarang.

Dalam satu temubual dengan stesen ABC News, beliau berkata sudah “bosan” kekal sebagai presiden Mesir dan memang mahu bersara dengan segera tetapi keadaan tidak mengizinkannya untuk berbuat demikian sekarang.

Diktator berusia 82 tahun melahirkan kebimbangan bahawa negara dengan 80 juta penduduk itu akan huru-hara jika mengambil tindakan meletakkan jawatan sekarang.

Memasuki hari ke -11 reformasi rakyat paling berpengaruh di benua Afrika itu telah menyebabkan lebih 100 orang terbunuh.

Hosni berada di tampuk pemerintahan sejak tiga dekad lalu dengan didakwa melakukan penindasan politik khususnya ke atas Ikhwanul Muslimin.

Beribu-ribu penunjuk perasaan terus berada di ibu negara Mesir dengan puak pro-Hosni pula melakukan serangan ke atas mereka.

Tentera yang cuba untuk memisahkan kedua-dua kumpulan itu kelihatan gagal berbuat demikian.

Memetik laporan ABC, Hosni dikatakan beliau juga ada memberitahu Presiden Barack Obama bahawa Amerika Syarikat tidak faham budaya Mesir dan tidak berminat untuk menjadikan anaknya Gamal sebagai presiden mengantikannya.

Naib Presiden baru yang dilantik Hosni, Omar Suleiman mengajak Ikhwanul Muslimin mengadakan dialog dengan kerajaan.

Barisan pembangkang sudah pun menolak sebarang bentuk rundingan dengan Hosni.
-selangorkini-

Mesir: Ingin penjelasan bawa keluar pelajar dari Mesir

Sebahagian pelajar Malaysia kumpulan pertama seramai 356 yang dibawa dari Mesir dengan pesawat MAS dan AirAsia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah hari ini. — Foto Bernama
Sebahagian pelajar Malaysia kumpulan pertama seramai 356 yang dibawa dari Mesir dengan pesawat MAS dan AirAsia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah hari ini. — Foto Bernama
Mangchik Mangchuk
Anak saya sekarang berada di Tanta U, Mesir dalam bidang Perubatan tahun satu. Saya amat menyanjung tinggi usaha kerajaan membawa keluar pelajar dan rakyat kita ke Jeddah, dan saya lebih kurang faham tujuan pendekatan itu diambil oleh kerana jumlah yang agak ramai mencecah ke 14,000 orang. Saya ada mendengar taklimat melalui TV3 yg disampaikan oleh PAT yg memaklumkan operasi 'evakuasi' ini adalah terbahagi kepada 2 iaitu, membawa keluar secepat mungkin ke Jeddah dan fasa kedua dair Jeddah ke KL. Tetapi melalui website 'Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita', kami dimaklumkan maklumat seperti berikut yang bersumberkan kepada PMRAM:

Ops Piramid (3.27pm Mesir)

TERKINI: Maklumat daripada Bilik Gerakan Kedutaan

1. Kos perjalanan Kaherah - Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan

2. Sara hidup sepanjang di Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan.

3. Kos untuk pulang ke Malaysia dengan kapal TLDM yang ditanggung oleh pihak kerajaan. Kapasiti muatan seramai 500-600 orang sahaja.

‎4. Perjalanan Jeddah - KL dengan tanggungan sendiri

5. Perjalanan Jeddah - Cairo juga dengan tanggungan sendiri

Maklumat diperolehi daripada Encik Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris Sekretariat Evakuasi, melalui panggilan telefon pada jam 12.48 pm waktu Mesir.

Mangchik Mangchuk

Bapa kepada seorang anak yang sedang menuntut di Tanta U Mesir
-harakahdaily-

Ribuan sertai himpunan kebangkitan rakyat Mesir

Rusly Yasmin   
KUALA LUMPUR, 4 Feb: Lebih 5000 rakyat hari ini berhimpun di hadapan Masjid As-Syakirin KLCC bagi menyertai perarakan ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyatakan bantahan terhadap campurtangan negara itu terhadap Mesir.

Himpunan tersebut yang telah memulakan perarakan mereka diketuai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor.

Biarpun pihak polis menghalang laluan menuju ke bangunan kedutaan tersebut, peserta himpunan bagaimanapun berjaya melepasinya.


Turut serta dalam perarakan tersebut, pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat lain termasuk, Salahudin Ayub, Mohamad Sabu, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Suhaizan Kaiat dan shamsul Iskandar Mat Akin.


Ucapan pembakar semangat sebentar tadi turut disampaikan Mohamad Sabu yang mengecam Presiden Mesir Hosni Mubarak.

Himpunan yang menggabungkan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini dinamakan Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir.

Mereka akan membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.

Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC.

Sekurang-kurangnya 50 NGO turut sama dalam himpunan tersebut.

Bilangan peserta kini makin bertambah apabila mereka yang menunggu di tepi jalan kini menyertai perarakan.

Mesir : KERAJAAN TAKNAK TANGGUNG...?

azhrddn
Menurut maklumat terkini pelajar Mesir, kerajaan Malaysia tidak akan menanggong kos kepulangan pelajar  ke  Malaysia. Ini bermakna kos ditanggung oleh pelajar.

Maklumat adalah seperti berikut:

1. Kos perjalanan Kaherah - Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan

2. Sara hidup sepanjang di Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan.

3. Kos untuk pulang ke Malaysia dengan kapal TLDM yang ditanggung oleh pihak kerajaan. Kapasiti muatan seramai 500-600 orang sahaja.

4. Perjalanan Jeddah - KL dengan tanggungan sendiri

5. Perjalanan Jeddah - Cairo juga dengan tanggungan sendiri

Maklumat diperolehi oleh pelajar tersebut daripada Encik Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris Sekretariat Evakuasi, melalui panggilan telefon pada jam 12.48pm waktu Mesir….
………………………………………………..
Jika benarlah tindakan ini, ia sangat menyedihkan. Saya percaya kekayaan Malaysia lebih dari mencukupi. Setiap masa mereka berkempen, di sana projek berbilion, di sini projek berjuta, Felda kononnya masih punya dana besar tidak bengkrap, petronas syarikat gergasi negara yang dibangga, Permata Big Mama sekelip mata berbelas juta dibelanja, Pilihanraya kecil tak usah cakap banyak…berjuta ditabur belanja….program umno program vip tak habis-habis sakan berbelanja, duit zakat dicanang-canang usaha kejayaannya, habuan pemain bola negara tak terkira dibelanja.

Tapi nyawa anak-anak yang menuntut di sana bagai tidak berharga. Ah !! tunggulah.. sabarlah..sedang rancanglah…tiba-tiba pulang Malaysia sila guna duit sendiri.Ketakutan anak-anak hanya disejukkan sementara dengan bekalan makanan yang diangkut dari sana. Sedangkan itu bukan keutamaannya. Seorang pelajar mesir meluahkannya :

“ sekejap, kami gembira kami akan keluar dari kancah ni. tapi, kejap sangat. datang balik rumours kata kawasan kami takkan keluar. u pun tak cuti. hakikat, kitorang sekarang ni cuak gila bila tahu ada kemungkinan kami tak keluar ke mana.

ada pihak yang cuba telefon embassy. sejujurnya, kami tak dikompemkan lagi kami akan keluar dari sini.

ada pihak2 yang yang dah gelabah semacam, termasuklah aku.

bukan apa, ini bukan perang agama, utk aku masuk campur. ini hal kerajaan. aku takda hak pun nak bersuara.

kerajaan, kalaulah kos nak selamatkan kami ni tinggi sangat, akan merugikan ekonomi negara, duit2 petronas tak mampu cover, nak majukan sangat negara, maka, buatlah kutipan derma. walaupun kemungkinan separuh tu masuk kat poket sesiapa, sekurang2nya adalah jugak duit. kalau taknak jugak, claimlah duit kami nanti, macam ALONG buat!!!

sekarang ni takda apa. tapi sampai bila? kami tak perlukan golongan2 doktor yang bawak ubat, supply2 makanan tu semua. sini ada doktor dan makanan dah. keluarkan kami segera dan terancang.

kami tak cukup berharga,kan? “
Rujuk: Facebook.com


Wahai Kerajaan yag telah memerintah lebih 50 tahun. Sudah habiskah kekayaan negara, sudah tololkah kecekapan kita.

Pada Allah sahaja kita berserah

Selamatkan kerajaan adil…musnahkan kerajaan zalim….

Semoga Allah merahmati semua.
-tranungkite-

Mesir: Enam maut dalam rusuhan di Kaherah

KAHERAH: Enam orang maut dan hampir 1,000 lagi cedera dalam rusuhan di antara kumpulan penentang dan penyokong Presiden Mesir, Hosni Mubarak di Tahrir Square, Kaherah semalam.
 
Hari berdarah itu berlaku pada perhimpunan penyokong penentang Hosni yang memasuki hari kesepuluh semalam bagi menuntut peletakan jawatannya.

Sejumlah besar penunjuk perasaan mahu Hosni yang telah memerintah selama 30 tahun meletakkan jawatan kerana kegagalannya mentadbir dengan cekap sehingga mengakibatkan kadar pengangguran tinggi dan ekonomi tidak berkembang selain masalah korupsi dan kebebasan bersuara.

Bunyi mesingan kedengaran lebih sejam di Tahrir Suqare manakala kebakaran berlaku di beberapa buah bangunan dekat kawasan tersebut.

"Apa yang berlaku akan menjadikan kami lebih berazam untuk menyingkirkan Presiden," kata sebuah pergerakan penunjuk perasaan itu yang dikenali sebagai Kefaya.

Dalam kejadian semalam, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah para penunjuk perasaan yang sedang bertempur.

Menurut seorang doktor, Mohammed Ismail, empat daripada enam orang yang terbunuh itu terkena tembakan di kepala.

Menurut seorang lagi kakitangan perubatan, Dr. Amr Bahaa, sejumlah besar penunjuk perasaan datang ke klinik sementara di Abdulmenem Riad Square dekat dengan Tharir Square untuk mendapatkan rawatan kerana kecederaan.

Beliau berkata, kebanyakan penunjuk perasaan yang cedera terkena tembakan.

Lelaki-lelaki bersenjata itu muncul selepas para penyokong Presiden Mesir menyerbu Kaherah kelmarin sekali gus mencetuskan pertempuran dengan kumpulan penentang Presiden.

Kedua-dua belah pihak menggunakan batu dan bom petrol semasa melakukan serangan yang bermula pada malam kelmarin sehingga awal pagi semalam.

Seorang budak berusia 11 tahun yang cedera, dalam pertempuran tersebut, Mohammed Ghozlan diminta jangan menangis oleh bapanya, Khaled.

"Jangan menangis, jangan menangis, kamu adalah hero," kata Khaled kepada anaknya itu.

Para penunjuk perasaan telah membuat sekatan di jalan raya menuju ke Tahrir Square dengan menggunakan besi dan sampah.

Menurut seorang koresponden agensi berita AFP, seorang daripada setiap 10 orang mengalami kecederaan pada penglihatan.

Sejumlah sukarelawan mengedarkan makanan dan pakaian kepada sejumlah penunjuk perasaan.

Sepanjang pertempuran itu, anggota-anggota tentera tidak menggunakan kekerasan untuk menyuraikan kedua-dua kumpulan tersebut.

Tunjuk perasaan bagi menuntut peletakan jawatan Hosni itu dibuat selepas rakyat di negara itu mendapat ilham daripada kebangkitan penduduk di Tunisia yang berhimpun bagi mendesak Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan pada bulan lalu. 
-Agensi-

PM Mesir minta maaf


BEBERAPA buah kereta kebal diletakkan di depan kumpulan anti-Presiden Hosni Mubarak di Tahrir Square, Kaherah semalam.
KAHERAH: Perdana Menteri Mesir, Ahmed Shafiq meminta maaf ekoran serangan yang dilakukan oleh para penyokong Presiden Mesir, Hosni Mubarak ke atas kumpulan penentang Hosni di Tahrir Square semalam.

Para penunjuk perasaan anti-Hosni mendakwa sekumpulan samseng dan anggota polis berpakaian awam diupah oleh pemerintah Mesir untuk bertempur dengan kumpulan penentang Presiden Mesir.

Dalam pertempuran itu, kayu, batu dan bom petrol digunakan untuk mematahkan kemaraan kumpulan penunjuk perasaan penentang Hosni.

Menyentuh insiden itu, Ahmed Shafiq berkata, serangan itu merupakan satu kesilapan besar dan beliau berjanji akan melakukan siasatan bagi membolehkan setiap orang mengetahui siapa yang menjadi dalangnya.

Dalam pertempuran yang bermula malam kelmarin dan awal pagi semalam, sejumlah besar penyokong dan penentang Hosni bergaduh dalam peristiwa yang dianggap paling berdarah dalam sejarah tunjuk perasaan di Tahrir Square.

Tunjuk perasaan itu bermula sepuluh hari lalu oleh penyokong antipemerintahan yang mendesak Hosni meletakkan jawatan selepas memerintah selama 30 tahun.
-Agensi/kosmo-

Mesir: Penerbangan pesawat Kaherah-KLIA ditukar, hanya ke Jeddah

KUALA LUMPUR, 3 Feb: Penerbangan membawa keluar pelajar dan rakyat Malaysia dari Kaherah terus ke Kuala Lumpur berikutan pergolakan di Mesir terpaksa dipinda kepada hanya penerbangan ke Jeddah, Arab Saudi, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shahlan Ismail.

Beliau berkata pesawat pertama membawa rakyat Malaysia dari Kaherah yang pada mulanya dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5 pagi Jumaat itu, sebaliknya akan mendarat di Jeddah.

Shahlan memberitahu Bernama bahawa perubahan program pemindahan itu bertujuan membolehkan lebih ramai warga Malaysia dibawa keluar dalam tempoh lebih segera.

Pesawat-pesawat sedia ada perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya agar membuat lebih banyak penerbangan ulang-alik Kaherah-Jeddah.

“Semua pesawat yang ada daripada Penerbangan Malaysia (MAS), AirAsia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) akan beroperasi tanpa henti berulang-alik antara Jeddah dan Kaherah.

“Kita mahu seramai mungkin rakyat kita berjaya dibawa keluar dari Mesir kerana keadaan semakin terdesak,” katanya.

Shahlan sebelum ini dilaporkan berkata penerbangan pertama membawa 309 orang termasuk pelajar serta mereka yang uzur dan wanita mengandung akan berlepas dari Kaherah, pada 1 tengah hari ini waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia pada Khamis) dan dijadualkan tiba di KLIA pada pukul 5 pagi Jumaat.

Shahlan juga memaklumkan terdapat dua penerbangan yang membawa rakyat Malaysia ke Jeddah hari ini dari Kaherah manakala esok 12 penerbangan melibatkan enam pesawat.

Menurut beliau, selain pesawat, kapal milik Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) KD Bunga Mas 5 juga akan menyertai operasi pada Sabtu membawa keluar baki warga Malaysia ke Jeddah.
-Bernama-

Rakyat Mesir melanggar 24 protokol zionis

keretaburuk
Israel tak akan duduk senang. Kerajaan yang adil memerintah sesebuah negara adalah diharamkan dimata Israel. Jika Mesir berubah pemerintah dah diperintah oleh kerajaan yang adil saksama semestinya kerajaan Mesir baru itu tidak akan sokong lagi kepada Israel. Gaza akan bernafas semula. Pintu sempadan Mesir Gaza dibuka. Segala keperluan asas akan disalurkan kepada Gaza dengan mudah.

Syabas, salute kepada rakyat Mesir.  Mereka berani menentang kerajaan dan juga dalam masa yang sama melanggar protokol zionis. 24 protokol zionis masih belum dilanggar oleh rakyat Malaysia. Makcik2 felda susah nak faham, bagi mereka makan rumput lagi baik Ini buka projek bodoh langgar Hadi.

Protokol zionis yang ke...

2. Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kaum yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negaranya sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa dikalangan yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi.

3. Yahudi akan menjadikan negara bukan Yahudi, sebagai gelanggang pertelagahan manusia yang boleh membawa huru hara, seterusnya menyebabkan kemerosotan ekonomi. Yahudi akan berlagak sebagai penyelamat dengan mempelawa masuk ke'pasukan kita' iaitu Sosialis, komunis dan lain-lain yang dapat memberi ruang kepada Yahudi untuk menguasai bangsa bukan Yahudi. Dalam alam fikiranYahudi, wajib ditanam perasaan bahawa semua haiwan itu (bukan bangsa Yahudi) akan tidur nyenyak apabila kenyang dengan darah. Ketika itulah senang bagi Yahudi memperhambakan mereka.

9. Yahudi akan mendirikan kerajaan diktator dengan membuat dan melaksanakan undang-undang yang tegas, iaitu undang-undang yang akan membunuh tanpa pengampunan. Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan Yahudi dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil.

10. Yahudi akan membawa masuk racun 'Liberalisma' ke dalam negara-negara yang bukan Yahudi supaya menggugat kestabilan politik. Pilihanraya diatur supaya boleh memberi kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat bertugas sebagai agen yahudi dalam melaksanakan rancangan rancangan Yahudi.

13. Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat dari bukan bangsa Yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan lain di kalangan bangsa bukan Yahudi kerana semua ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalih perhatian orang bukan Yahudi daripada memikirkan persoalan politik, maka agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga, pesta-pesta, pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.

17. Yahudi meletakkan kehakiman dalam bidang yang sempit dan terhad. Guaman akan melahirkan orang-orang kejam, tidak berperikemanusiaan dan mempunyai tabiat buruk untuk mencapai kemenangan bagi orang yang dibelanya, walaupun terpaksamenghancurkan semangat keadilan dan mengorbankan kebajikan masyarakat.

19. Bangsa Yahudi akan membicarakan orang orang yang melakukan kesalahan politik sama seperti orang yang mencuri, membunuh dan kesalahan-kesalahan yang lain. Orang ramai akan memandang kesalahan politik itu sebagai satu kesalahan yanghina dan timbul rasa benci kepada mereka yang melakukannya.

23. Orang Yahudi wajib melatih seluruh umat manusia dalam meningkatkan rasa segan dan malu agar mereka terbiasa dengan sifat patuh dan setia kepada arahan Yahudi.

24. Kerajaan tidak boleh diserahkan kepada mereka yang tidak tahu selok belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sikap keras, kejam dan boleh memerintah dengan tegas akan menerima teraju kerajaan daripada pemimpin-pemimpin kita (Yahudi).

Hari-hari rakyat susah 2.0
24 protokol zionis

Kronologi Terkini Krisis di Mesir

(masa yang dinyatakan adalah mengikut waktu Mesir, Malaysia awal 6 jam)

Kebangkitan rakyat Mesir memuncak semalam apabila dilaporkan lebih 8 orang terbunuh manakala lebih 1000 orang cedera. Ikuti laporan langsung yang dipetik melalui sesawang al jazeera.

10.22 am – Laporan dari doktor di Tahrir Square mengatakan lapan lagi telah terbunuh lewat malam tadi.

10.30 am – Al Jazeera menyiarkan video rakaman dari Tahrir Square.

10.15 am – Penunjuk perasaan di Tahrir Square di Kaherah dilihat memukul penentang pihak lawan sebagai pertembungan berterusan yang berlaku antara pro dan anti Mubarak pada hari kedua mereka.

10.13 am – Robert Fisk mengatakan jalan sepanjang di Kaherah dilimpahi darah dan ketakutan

10.11 am – 62 hak organisasi manusia Mesir memberi amaran terhadap keganasan dalaman berhubung desakan terhadap Presiden Mubarak untuk tinggal di pejabat. Organisasi mengatakan dalam sebuah pernyataan bahawa mereka mengesyaki keseriusan dari apa yang diumumkan Mubarak kerana ia bertepatan denganserangan di Tahrir Square.

9.44 am – Tiada rundingan yang akan dilakukan dengan ahli rejim Mubarak selagi Mubarak tidak berundur

9.43 am – Jurucakap Persatuan Kebangsaan Mesir (Egyptian National Association for Change), yang dipimpin ElBaradei, Hamdy Kadil berkata kepada Al Jazeera bahawa Mubarak secara peribadi akan bertanggungjawab sekiranya ‘pembunuhan’ lain berlaku di Tahrir Square.

9.36 am – Penunjuk perasaan anti-kerajaan mengatakan usaha mereka untuk menggulingkan Presiden Mubarak semakin kukuh sehingga mencetuskan kekerasan yang mengakibatkan lima nyawa terkorban. Ratusan penduduk telah berkemah di Tahrir Square walaupun rusuhan sedang berlaku.

9.33 am – Gerakan Mesir menyeru tentera melindungi penunjuk perasaan yang tidak bersalah.

9.06 am – Penentang Mubarak telah mengubah nyanyian mereka dengan berkata mereka mahukan presiden itu mati digantung atau cuba digantung.

9.04 am – Pro-Mubarak merancang untuk kembali ke Tahrir Square dengan jumlah pengikut yang lebih besar (laporan dari salah seorang penerbit Al Jazeera di Kaherah)

8.55 am – Menteri Kesihatan Mesir, Ahmed SamihFarid mengesahkan lima orang terbunuh dalam serangan keganasan di Tahrir Square, Kaherah. Beliau mengatakan sebahagian besar mangsa korban adalah disebabkan terkena balingan batu dan objek keras seperti batang logam dan kayu. Keseluruhan mangsa yang dihantar ke hospital adalah seramai 836 orang, di mana 86 daripadanya masih dirawat dan lima daripadanya dilaporkan terkorban.

8.42 am – Televisyen kerajaan Mesir mengatakan lima orang terbunuh dan lebih 800 yang tercedera semalam di Tahrir Square.

8.35 am – Aktivis anti-kerajaan, Alaa Abdel Fattah memberitahu Al-Jazeera beliau tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini, tetapi jika rakyat bersedia mati untuk itu, beliau yakin mereka tidak dapat dikalahkan.

8.08 am – Demonstrasi anti-kerajaan dan penyokong Presiden Mubarak terus melemparkan batu antara satu sama lain sebaik matahari terbit di Kaherah.

8.02 am – Menurut majalah Foreign Policy, apa yang dilaporkan Al Jazeera adalah bertentangan dengan propaganda autokrat Arab.

7.46 am – Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat mengulangi peringatannya kepada warganegara AS di Mesir

7.37 am – Ratusan penunjuk perasaan anti-kerajaan membuat perjalanan ke Tahrir Square untuk hari ke-10 demonstrasi menentang Presiden Mubarak.

7.29 am – Tentera Mesir menahan beberapa penunjuk perasaan di Abdel Munim Riyad di Kaherah. Tiada maklumat jelas tentang asal-usul penentang yang ditahan.

7.24 am – Aktivis hak asasi manusia, Ramy Raoof memberi video terkini tentang suasana di Kaherah menerusi rakaman telefon bimbit yang disiarkan melalui laman web Bambuster.com.

7.15 am – Amerika Syarikat meminta warganya untuk segera meninggalkan Mesir

6.42 am – Tebusan di Tahrir Square berterusan, lima dilaporkan terbunuh.

6.05 am – Gambar secara langsung penentang membaling bom Molotov berdekatan Tahrir Square disiarkan di Al Jazeera

6.03 am – Seorang penunjuk perasaan cedera ditembak di kepala, namun disahkan masih hidup oleh doktor yang bertugas sebelum dirawat di hospital. Doktor mengesahkan tembakan tersebut datang dari penentang pro-Mubar dan bukannya tentera. Salah seorang penentang mengatakan enam orang telah terkorban hari ini, namun doktor pula mengesahkan empat yang terkorban.
-tvsnews-

Mesir: Hosni Mubarak Guna Kuda dan Unta

mohdnoorawang
President Mesir Hosni Mubarak kerajaan boneka Amerika dan Yahudi mengunakan unta dan kuda untuk membuat provokasi terhadap kumpukan anti Hosni Mubarat yang berada di Medan Tharir atau Tharir square.

Kumpulan yang pro- Mubarak menyerang dengan kuda, unta dan melontar bom api dan menembak kumpulan yang anti Mubarak. Tindakan Mubarak mengumpul kumpulan pro Mubarak satu pelan tindakan yang jahat untuk melemahkan kumpulan anti Mubarak.

Jelas provokasi Mubarak berniat jahat dan tujuan untuk bertindak dengan lebih kejam apabila berlaki pertepuran diantara kumpulan pro ubarak yang diupah dan kumpulan anti Mubarak.

Mengikut "Ammesty Internasional" yang berada di Mesir kumpulan pro Mubarak terdiri dari kakitangan kerajaan Mubarak dan kakitangan pekerja kilang petrokimia. Dalam kumpulan berkuda dan unta yang menyerang kumpulan anti Mubarak  terdiri kakitangan perisik dan anggota keselamtan yang berpakian preman.

Dalam pertempuran dua kumpulan tiga terbunuh dan ratusan cedera yang didalangi oleh kumpulan upahan berkuda dan unta oleh regim zalim Mubarak.

(rengkasan berita diambil dari cnn, tv nil, Arab tv, dan abc newc)
-tranungkite-

Mesir: Berita Fasiq Media Tentang Situasi Mesir

abu_zaim
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menggesa kepada pihak media di Malaysia supaya memastikan kebenaran berita yang diperolehi tentang keadaan pelajar Malaysia di sini.

KAHERAH, 2 Feb - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menggesa kepada pihak media di Malaysia supaya memastikan kebenaran berita yang diperolehi tentang keadaan pelajar Malaysia di sini.

Hal ini berikutan beberapa media tempatan menyiarkan berita situasi pelajar Malaysia di Mesir yang jelas bersalahan dengan apa yang berlaku di sini.

Selain itu, sumber berita yang diterima perlu dikaji dengan teliti agar tidak menimbulkan pelbagai spekulasi pelbagai pihak.

Pihak PMRAM yang merupakan persatuan induk bagi pelajar Malaysia di Mesir, sentiasa menerima perkembangan pelajar-pelajar tanah air yang berada di serata Perlembahan Nil.

Semoga perkara ini diambil perhatian sewajarnya oleh pihak yang berkenaan. Sumber: pmram.org - Media Perlu Saring Berita

setakat ni berita rogol, bunuh dll adalah palsu
-tranungkite-

Mesir: Tujuh pelajar Malaysia ditahan

ALOR SETAR: Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Iskandariah, Mesir semalam, Nur Akma Zainol Shahrom, 20, mendakwa seramai tujuh pelajar Malaysia ditahan tentera Mesir di daerah Iskandariah kerana melanggar arahan perintah berkurung yang dikatakan semakin singkat setiap hari.

Nur Akma berkata sedemikian ketika dihubungi ibunya, Maizatul Aziah Jamaluddin, 45, dan Sinar Harian di sini kira-kira jam 4 petang semalam (jam 10 pagi waktu Mesir) di rumahnya di Taman Mangga, Alor Mengkudu di sini semalam.


Menurutnya, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh seorang pelajar senior universiti sama sewaktu mengarahkan mereka untuk segera mengemas barang dan berpindah ke wilayah berdekatan iaitu Rakoda.


“Beberapa pelajar senior turut memaklumkan keadaan keselamatan di Iskandariah kini tidak lagi selamat berikutan kehadiran puak penunjuk perasaan yang dikatakan sudah memasuki daerah itu dan kami mengambil langkah segera untuk angkat kaki,” katanya.


Nur Akma turut dimaklumkan semua pelajar Malaysia bakal bergerak secara berkumpulan untuk berpindah bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir.


Mengenai bekalan makanan yang semakin meruncing, Nur Akma mendedahkan kebanyakan pelajar Malaysia yang berada di Iskandariah semakin kekurangan bekalan makanan dan terpaksa bergantung kepada biskut kering untuk mengisi perut.


“Pada masa sama, saya turut mengalami masalah mendapatkan dokumen perjalanan berikutan dipegang oleh Pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar Malaysia di Universiti Iskandariah.


“Bagaimanapun, kebimbangan saya lenyap setelah dimaklumkan dokumen perjalanan tidak diperlukan untuk keluar dari Mesir pada waktu kecemasan dan saya berharap tidak berlaku masalah di kemudian hari,” katanya.


Nur Akma turut dimaklumkan pelajar Malaysia yang menetap di daerah Iskandariah akan dipindahkan ke Jeddah, Arab Saudi dalam masa terdekat.


“Bagaimanapun, tempoh sebenar kami akan dibawa pulang masih tidak diketahui memandangkan kami tidak menerima sebarang maklumat lanjut daripada pihak kedutaan sendiri,” katanya.


Sementara itu, Maizatul Aizah difahamkan oleh anak­nya terdapat dua pelajar Malaysia yang lebih senior yang menuntut di universiti sama dilaporkan hilang setelah mengambil keputusan untuk pergi ke Kaherah bersendirian beberapa hari lalu.


Menurutnya, beberapa rakan pelajar senior terbabit gagal menghubungi mereka sejak dilaporkan hilang sehingga menimbulkan kebimbangan sesuatu yang buruk berlaku berikutan jarak perjalanan dari Iskandariah ke Kaherah mengambil masa empat setengah jam.


“Berikutan peristiwa itu, saya menasihati anak saya tidak membuat keputusan sendiri untuk keluar dari daerah Iskandariah di samping memintanya sentiasa bergerak dalam keadaan berkumpulan.


“Saya menangis mendengar pengumuman kerajaan semalam bahawa kapal laut yang dihantar membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir hanya akan sampai pada 5 Februari. Saya harap usaha menyelamat itu dipercepatkan,” katanya.
-sinarharian-

Mesir: Bunyi tembakan di sekitar Medah Tahrir

KAHERAH: Bunyi berbalas tembakan kedengaran di sekitar Medan Tahrir di sini kira-kira jam 5 pagi tadi (10 pagi waktu Malaysia), dipercayai berpunca daripada pertempuran antara kumpulan penyokong Presiden Husni Mubarak dengan penentangnya.
Bunyi itu dapat didengari dari Hotel Grand Hyatt yang menjadi tempat penginapan rombongan pemberita dari kumpulan Media Prima Berhad (MPB) yang terletak kira-kira dua kilometer dari medan terbabit.

Selain tembakan, kereta kebal dan ambulans juga kelihatan melalui Jambatan Kasr Nil berhampiran Medan Tahrir.
Rombongan pemberita MPB terpaksa 'berkampung' di Hotel Grand Hyatt selepas dinasihatkan supaya tidak keluar daripada hotel selepas waktu perintah berkurung yang bermula daripada jam 5 petang hingga 8 pagi setiap hari.

Suasana ini jauh berbeza dengan keadaan dalam perjalanan kami dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ke Hotel Grand Hyatt, semalam yang mana demonstrasi kedua-dua kumpulan itu agak terkawal.

Bagaimanapun, sudah nampak bibit-bibit kekecohan apabila kumpulan penyokong Husni memberhentikan kenderaan di Lebuh Raya Bertingkat 6 Oktober untuk menunjukkan tanda sokongan mereka kepada presiden.

Pemandu pelancong, Syaaban Abdullah, menasihatkan kami untuk tidak mengambil gambar kumpulan penyokong Husni kerana mereka menganggap ia menjadi publisiti yang buruk oleh pemberita asing.
Kenderaan kami terpaksa melalui jalan yang lebih jauh kerana perjalanan ke hotel itu terpaksa melalui Medan Tahrir yang tidak mungkin untuk dilalui.

Ini kerana kesesakan luar biasa berlaku di Lebuh Raya Bertingkat 6 Oktober apabila orang ramai mahu pulang sebelum waktu perintah berkurung, manakala sebahagian lagi mahu menyertai demonstrasi di Medan Tahrir.

Keadaan itu turut memaksa Syaaban memberhentikan van kira-kira lima kilometer dari Hotel Grand Hyatt dan meminta tips tambahan meskipun pada awalnya beliau hanya mengenakan bayaran AS$200.

Hotel Grand Hyatt turut mengenakan langkah keselamatan yang ketat termasuk menutup logo hotel di pintu masuknya dengan beg plastik hitam.

"Kami tidak mahu menarik perhatian daripada orang yang tidak sepatutnya khususnya pencuri ketika tempoh perintah berkurung dilaksanakan kerana polis dan tentera tidak lagi berkawal sepenuhnya," kata pegawai keselamatan yang tidak mahu mendedahkan namanya.

Antara langkah keselamatan yang dilaksanakan adalah menutup pintu kaca dengan papan dan meletakkan meja banquet di pintu hadapan, manakala beg pula terpaksa melepasi pemeriksaan ketat.

Proses pendaftaran bilik turut mengambil masa sehingga tiga jam kerana kekurangan kakitangan hotel berikutan mereka tidak dibenarkan bekerja sepanjang tempoh perintah berkurung itu.
-bharian-

Mesir: Pelajar cerita pengalaman cemas di Mesir

"Kami tidur dalam ketakutan dengan bertemankan pisau dan penyembur lada di sisi" kata dua sahabat baik yang merupakan penuntut tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Mansoura, Mesir.
Nazeera Mohd Nasir dan Nurul Shafiqah Mohd Tajudin, masing-masing 21 tahun ditemui Bernama selepas selamat tiba bersama tiga lagi pelajar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 10 malam tadi dengan menaiki penerbangan EK0342 Emirates dari Kaherah.

Nazeera berkata mereka dibelenggu perasaan cemas dan takut ekoran kawasan rumah sewa mereka di Mansoura agak tegang terutamanya ketika malam dengan bunyi tembakan dan cermin rumah dipecahkan.
"Pada hari pertama, ketika itu kami sedang tidur dan tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman dari masjid berdekatan yang meminta semua penduduk agar menutup lampu dan mengunci semua pintu kerana banduan terlepas di penjara yang berdekatan dengan rumah sewa kami.
"Kami berkongsi katil setiap malam dan asyik berjaga kerana terdengar bunyi pecah rumah, pengumuman dari masjid jika ada rumah yang dipecah, kereta kebal lalu lalang selain bunyi tembakan hingga menyebabkan kami terpaksa tidur dengan pisau dan penyembur lada demi keselamatan," katanya.

Beliau berkata bimbang dengan keadaan tersebut, mereka nekad menyewa sebuah kenderaan tiga hari lalu untuk membawa mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah namun terkandas di lapangan terbang tersebut setelah gagal menaiki kapal terbang meskipun telah membeli tiket.

"Keadaan di dalam terminal sangat tegang.. semua orang berebut-rebut untuk menaiki kapal terbang. Meskipun kita sudah beli tiket dahulu tetapi itu tidak menjamin kita boleh dapat naik penerbangan tersebut," katanya sambil menambah mereka menggunakan kad kredit untuk membeli tiket penerbangan lain.

Nurul Shafiqah pula berkata terdapat kira-kira 200 pelajar Malaysia yang terkandas di lapangan terbang itu sejak meletusnya tunjuk perasaan pada 29 Januari lalu dan keadaan menjadi lebih meruncing apabila mereka kehabisan wang selain bekalan makanan semakin berkurangan.

"Kami semua duduk dan tidur di atas lantai dengan beralaskan kotak. Malah ramai yang menangis ketakutan dan ada yang telah berada di lapangan terbang tersebut sejak empat hari lalu.

"Kami hanya makan sedikit roti dan air mineral dan terpaksa mencatu makanan kerana bekalan makanan semakin berkurangan selain tidak dapat membuat pengeluaran wang malah roti dan air dijual dengan harga yang sangat mahal," katanya.

Sementara itu, Nor Akhbariah Md Najas, 20, pelajar tahun pertama jurusan perubatan di Universiti Tanta, Mesir berkata keadaan di Tanta tidak seteruk Mansoura tetapi mereka tetap mematuhi perintah berkurung pada setiap malam.

"Banduan berada di mana-mana dan setiap hari ada sahaja rumah yang dipecah masuk serta barang dilarikan malah kereta kebal dan tentera juga ada di semua kawasan. Keadaan seperti itu sangat menakutkan," katanya yang turut terkandas di lapangan terbang itu selama dua hari.

Ibu kepada Nor Akhbariah, Jamaliah Mohd Salleh, 57, pula berkata ketika pertama kali mendengar insiden Mesir di televisyen, beliau berasa susah hati dan bimbang keselamatan anak kelimanya itu sebelum bertindak memasukkan wang ke dalam akaun Medic Mesir.

"Medic Mesir sangat bertanggungjawab, mereka membelikan tiket untuk Nor Akhbariah pulang ke tanah air. Kita cuma berharap pihak kedutaan juga dapat menghulurkan bantuan dengan lebih pantas kepada pelajar-pelajar yang masih terkandas di sana," katanya.
-Bernama-

Mesir: Empat Terbunuh, Sekitar 1000 Cedera Di Mesir

KAHERAH 3 FEB: Pertempuran di Dataran Tahrir semalam menyaksikan empat terbunuh manakala hampir 1000 orang penunjuk perasaan cedera.

Insiden ini berlaku apabila beribu-ribu penyokong dan anti-Presiden Hosni Mubarak bertempur di dataran utama ibu negara Mesir di sini yang berlarutan beberapa jam.
Memetik laporan BBC, puak yang menyokong Hosni dilihat memasuki Dataran Tahrir menggunakan kuda dan unta dalam keadaan teracanga manakala kumpulan yang menentang diktator itu dilihat membaling bom petrol dari bangunan berhampiran.

Seorang peguam Ahmed Abdullah,47, dari kumpulan anti-Hosni menuduh rejim presiden itu menggunakan kumpulan samseng dan anggota polis berpakaian preman bertempur dengan penunjuk perasaan yang mengadakan demonstrasi buat hari kesembilan semalam, meminta Hosni meletakkan jawatan dengan segera.
“Mengapa mereka mahu kami bergaduh sesama sendiri, dengan satu dunia menyaksikan apa yang berlaku di sini?” katanya.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Mesir Ahmed Farid berkata sekurang-kurangnya 600 orang cedera dalam keganasan semalam.

Salah seorang yang terbunuh merupakan askar yang terjatuh dari jambatan, kata menteri itu.

Manakala agensi berita Reuters melaporkan seorang pakar perubatan Dr. Mona Mina memberitahu bahawa lebih 1,500 orang cedera.

Dalam pada itu, Dr. Hatem Aly dari Hospital Gamaet Ein al-Shams di sini memberitahu bahawa kebanyakan yang cedera merupakan kumpulan anti-Hosni.

Tentera yang mengambil sikap tunggu dan lihat sejak demonstrasi seminggu lalu, yang diadakan secara aman, terus menyiarkan mesej menerusi televisyen semalam meminta orang ramai meninggalkan kawasan demonstrasi atas alasan “kumpulan ganas” mahu membakar dataran itu.

Mengikuti laporan secara langsung al jazeera kedengaran bunyi tembakan dilepaskan dan paparan imej kebakaran disekitar Dataran Tahrir.

Penunjuk perasaan terus menggesa agar Hosni meletakkan jawatan meskipun mandat penggal kelima beliau berakhir September ini.

Selasa lalu beliau berjanji tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan September ini.
-tvsnews-

Mesir: Jangan diskriminasi bawa keluar pelajar

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 3 Feb: Dewan Pemuda PAS Pusat berharap usaha membawa pelajar Malaysia keluar dari Mesir bukan hanya kepada pelajar berdaftar dengan kementerian sahaja, malah semua rakyat Malaysia di sana.


Harapan tersebut dizahirkan Ketuanya, Nasrudin Hassan disamping mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang berusaha membantu membawa keluar rakyat Malaysia dari negara teluk yang sedang bergolak itu.


"Namun Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan ia adalah pertolongan yang menyeluruh tanpa diskriminasi kepada pelajar persendirian dan juga pelajar yang tidak berdaftar dengan kementerian justeru mereka juga adalah rakyat Malaysia.

Kerajaan semalam melancarkan Operasi Piramid bagi membawa keluar lebih 11,000 rakyat, terutama pelajar dari negara bergolak Mesir ke Jeddah, Arab Saudi dengan menghantar pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) serta pesawat dan kapal syarikat swasta ke negara itu.

Operasi diketuai Panglima TUDM, Tan Sri Rodzali Daud, membabitkan tiga pesawat C130 Hercules TUDM, sebuah pesawat Boeing 747 MAS dan Airbus A320, A330 dan A340 milik AirAsia, kapal KD Bunga Mas 5 TLDM yang berada di Teluk Aden, berhampiran perairan Somalia serta kapal dagang Malaysia International Shipping Cooperation Berhad (MISC), dijangka membawa keluar rakyat Malaysia dalam tempoh empat hingga lima hari, mulai jam 6 pagi ini waktu Mesir (kira-kira jam 12 tengah malam tadi waktu Malaysia).

Dalam perkembangan berkaitan, Gabungan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menamakan diri mereka sebagai  Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir akan membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat, Jumaat ini.

Desakan itu akan dibuat dalam himpunan besar-besaran bagi menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat 4 Februari ini.

Sehubungan itu, orang ramai turut dijemput hadir menyertai himpinan tersebut.

Mesir: ATM pindahkan rakyat Malaysia ke Jeddah


SEKUMPULAN krew penerbanganTUDM yang terlibat dalam misi bantuan untuk pelajar-pelajar Malaysia di Mesir bersiap sedia sebelum menaiki pesawat C-130 di Pangkalan Tentera Udara Subang semalam.
KUALA LUMPUR: Tiga pesawat tentera Malaysia yang berlepas ke Mesir petang semalam dijangka mengambil masa lima hari untuk operasi pemindahan rakyat Malaysia dari negara itu ke Jeddah, Arab Saudi.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, operasi tersebut akan bermula secepat mungkin sebaik sahaja pesawat tersebut tiba di Kaherah.

"Pesawat C-130 akan beroperasi selama 24 jam berturut-turut tanpa henti bagi memindahkan kira-kira 14,000 rakyat Malaysia yang berada di sana," katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan di sini semalam.

Azizan berkata, beliau telah bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan mengenai operasi memindahkan rakyat Malaysia itu.

Beliau kemudian melawat Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang untuk melihat anggota-anggota tentera memuatkan barang makanan dan keperluan lain ke dalam pesawat tersebut.
-kosmo-

Mesir: Banduan menyamar polis

Suasana di Kaherah ekoran pertempuran antara puak pro-Presiden Hosni Mubarak dan antikepimpinannya ketika demonstrasi mendesaknya berundur segera masuk hari kesembilan.

PUTRAJAYA: Tindakan banduan yang terlepas dan menyamar sebagai polis amat menakutkan kebanyakan pelajar Malaysia di Mesir yang tinggal di bandar Mansoura.

Banduan mula memecah masuk dan merampas senjata di balai polis sebelum membakarnya menyebabkan pengaruh polis di kawasan itu mula lumpuh dan diambil alih askar.

Keadaan itu menyebabkan pelajar tidak berani keluar dan diarahkan berkurung bagi mengelak sebarang kemungkinan buruk.

Menceritakan keadaan itu, pelajar perubatan dari Universiti Mansoura, Zulfazli Zainal, 21, berkata mereka menghadapi kesukaran untuk keluar dari rumah kerana keadaan memang tidak stabil.

Lebih teruk, katanya, banyak kedai ditutup selain bimbang dengan kehadiran banduan terlepas, menyamar sebagai polis yang berkeliaran di merata tempat.

“Keadaan memang bahaya sebab kita tidak tahu sama ada mereka yang berpakaian seragam polis itu betul-betul pihak polis atau banduan yang menyamar.

“Ini amat menyukarkan kami untuk bergerak, tetapi saya nekad keluar dari rumah seorang diri menuju ke Lapangan Terbang Borg el Arab dengan menaiki kereta sewa memandangkan saya sudah menempah tiket pulang.

“Sepanjang perjalanan, saya nampak banyak askar dan kereta kebal, masa itu baru saya tahu sebenarnya keadaan teruk, menyebabkan saya tidak sabar untuk pulang ke Malaysia,” katanya.

Zulfazli berkata, dia menaiki pesawat ke Dubai sebelum berlepas ke Malaysia menaiki Penerbangan Malaysia dan tiba di tanah air Ahad lalu.

“Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana selamat sampai, saya rasa lega sangat,” katanya.

Seorang lagi pelajar perubatan dari universiti yang sama, Nik Mohd Afif Hazman, 20 dari Kajang, Selangor berkata, dia amat risaukan kawan-kawannya yang masih berada di Monsoura kerana bekalan makanan semakin berkurangan.

“Ramai lagi kawan-kawan yang masih berada di sana, sekarang mereka hanya bergantung kepada tuan rumah untuk membekalkan makanan kepada mereka. “Mereka tidak boleh mengeluarkan wang kerana semua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bandar itu rosak,” katanya.

Katanya, kebanyakan kawan-kawannya yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah adalah mereka yang membeli tiket penerbangan Egypt Air.

“Mereka mula membeli tiket Egypt Air selepas mendapat tahu keadaan rusuhan semakin teruk, tetapi malangnya syarikat penerbangan itu membatalkan penerbangan,” katanya.
-hmetro-

Kedutaan Malaysia mula laksana pelan pindah pelajar di Mesir