"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Memaparkan catatan dengan label DUN Tenang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DUN Tenang. Papar semua catatan

Ugut Pengundi Umpama Taktik Ala Samseng

LABIS, 28 JAN: PAS-Pakatan Rakyat menyifatkan Umno-Barisan Nasional (BN) yang mengugut pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang agar mengundi parti itu pada 30 Januari ini seumpama taktik ala samseng,dakwa Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Ini merupakan kempen ala gangster (samseng) dengan mengugut rakyat.

"Muhyiddin tidak patut peras ugut rakyat kerana ini tanggungjawab kerajaan pusat membangungkan daerah ini," ujar Mahfuz.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan media semalam berkata pengundi di DUN Tenang akan menanggung akibat sekiranya tersilap memilih PAS dalam pilihanraya kecil itu nanti.

Mahfuz berkata, walaupun PAS menang pada 30 Januari nanti, kerajaan pusat masih bertanggungjawab terhadap pembangunan daerah itu.

Jelasnya lagi, institusi kerajaan tidak akan diambil alih Pakatan Rakyat sekiranya menang pilihanraya kecil, justeru peranan kerajaan pusat tidak akan disentuh dalam sektor pentadbiran.

Mahfuz turut mengambil pendekatan PRK DUN Hulu Selangor pada 2010 yang bertukar tangan kepada BN, namun Pakatan Rakyat Selangor tetap menjalankan tugas sebagai kerajaan.
-tvsnews-

Cikgu Mala menjawab isu MC suaminya (Video)

AnakSgDerhaka
Dalam minit yang ke 2:50 Videoclip diakhir entry ini anda akan mendengar satu soalan perangkap yang bunyi soalannya begitu bodoh sekali..

Soalannya "Kenapa mengambil MC pada hari Khamis dan Jumaat? sedangkan pada hari Sabtu dan Ahad tidak?" begitu lebih kurang bunyinya..

Nasib baik wartawan tu bertanya kepada Cikgu Mala..

Kalau dia tanya kat aku ini jawabnya “Awat hang bodo sangat!!! Hari Sabtu dan Ahad dah memang cuti.. nak ambik MC buat apa lagi??”

Dan ini pula adalah jawapan Cikgu Mala mengenai Isu MC yang dibangkitkan oleh blog-blog Pro-UMNO dan juga Media tunggangan UMNO...

Beliau mengatakan beliau tidak merasa tertekan dengan isu MC yang ditimbulkan oleh Media Tunggangan UMNO kerana beliau yakin dengan integriti yang dikeluarkan oleh pihak Hospital dan beliau percaya bahawa apapun tohmahan atau fitnah itu sekiranya terbukti sebagai fitnah, penganiayaan itu akan berbalik kepada sipembawa fitnah itu..

“Saya yakin dengan keberkatan hari jumaat yang juga dikenali sebagai penghulu segala hari yang penuh keberkatan, Insyaalah.. Allah akan melindungi kami semua sekeluarga dari fitnah dan hasad dengki manusia..”

Tambahnya lagi.. “Saya percaya Allah akan memberikan kekuatan kepada kami sekeluarga dan Pakatan Rakyat dalam menangani apa saja permasaalahan kerana saya yakin kiranya kita berada di pihak yang benar, Allah akan melindungi kita.. Insyaallah.. saya percaya.

PANAS BERAPI - Skrip kempen UMNO bocor lagi ?

Angkat lagi tinggi kain tu, Ustaz Choa mesti sukaaa..! Cara angkat kain yg diajar oleh ustaz UMNO..mari tengok..dosa mata ditanggung sepenuhnya oleh Imam UMNO. Wakaka..!
Cara meredah banjir macam ni UMNO tak suka tengok bro !

Hujan yang turun dengan lebat di Pekan Labis benar-benar membantutkan kempen BN secara keseluruhannya dimana petugas-petugas parti yang terdiri daripada soldadu2 MCA dan UMNO kini hanya sekadar memenuhkan kedai mamak disekitar pekan Labis. 


Rokok dan teh tarik bergelas-gelas gelimpangan diatas meja. No problem, jentera parti yang minum-minum dan makan-makan di kedai mamak sepenuhnya disponsor oleh parti KIMMA. Sudah kaw-tim. Kepada penyokong BN sila ke kedai mamak KIMMA di Labis sekarang, cukup hnaaya memakai baju biru (macam samseng yg ganggu ceramah LGE malam tadi) dan berlambang 1Malaysia, makan minum anda FREE sepenuhnya.Hidup PuKIMMAk !

Dari bual yang dicuri dengar kini pihak Bilik Gerakan Induk BN telah meminta semua pekerja2 parti agar berada dalam siap siaga untuk mengempur Kg. Paya Merah 1 Km dari pekan Labis. Ini kerana BN dan jenteranya sedang menunggu kg. itu dilanda banjir kilat. Sudah menjadi rutin jika berlaku hujan lebat yg berterusan, kampung itu akan tenggelam. 

Segala bekalan asas dan hamper2 sedang dikumpulkan. Barangan itu akan hanya diagihkan segera apabila banjir mula melanda. Bantuan itu untuk mangsa banjir sahaja. Jangan agihkan sekarang, kerana bantuan itu hanya berkuat kuasa apabila kampung itu tenggelam. Itu arahan yg dikeluarkan. Beberapa pemberita Utusan Meloya dan Berita Hairan juga sudah berkampung di sana sejak jam 3 petang tadi lagi. 

Inilah peluang terbaik bagi menunjukkan bahawa BN dan UMNO bagus untuk rakyat. Tidak sokong BN bermakna anda berdosa besar disisi Allah swt. Imam UMNO akan memberi syafaat kepada semua yang mengundi UMNO. Itu janji Imam UMNO di Labis. 

Foto menunjukkan beberapa gedebe sedang menunggu banjir kilat. Foto diambil ketika hujan reda seketika pada jam 3.30 petang tadi disekitar DUN Tenang.


Tok Ai dimaklumkan juga sudah siap sedia. Tok Ai juga sudah beberapa kali menyudahkan aksi lakonan untuk beliau jatuh parit ketika membantu mangsa banjir dikampung itu. Itukan scene penting didalam drama ini. Secara tidak langsung tajuk berita boleh diolah dengan baik, " Tok Ai jatuh parit ketika membantu mangsa banjir, " baru nampak calon berjiwa rakyat biarpun hanya sekadar lakonan. UMNO kan kuat berlakon. Hello bro..semua aksi ini perlu ikut skrip. Ini saja cara terbaik untuk mengagalkan imej Cikgu Mala yg makin terserlah di DUN Tenang.

Lagi satu nak bagi tahu itu kan kampung dia. Hoi..hangpa boleh gelak kuat-kuat tak ? 53 tahun UMNO memerintah, kampung bekas Adun dan calon BN pun longkang dia tak boleh nak baiki apa jadah bro ? UMNO BN buat apa sebelum ni ? Kah..kah..kah ! Amaran ! PAS dan petugas tidak dibenarkan masuk ke kampung itu. Malah perayu undi dari kem Muslimat dihalau keluar dari kampung itu oleh gedebe-gedebe sejal 3 hari lalu.

Apapun semua mata dan pemberita sedang menunggu adegan banjir kilat di kg Paya Merah. Adegan bantuan dan urusan memindahkan orang kampung akan turut juga dipaparkan oleh pihak tv kelak. Semua itu hanya berlaku jika banjir berlaku. Skrip telah siap disediakan oleh Bilik Gerakan Induk UMNO kepada semua yg terlibat.

Orang kampung juga akan dipaksa baca skrip. Upah akan diberikan. Begitu juga blogger  UMNO sudah diangkut  ke sana. Smeua lensa akan menumpukan betapa murninya Tok Ai dan jentera UMNO seperti Puteri dan Wanita menyelak kain sehingga ke peha untuk diambil gambarnya ketika mengagihkan barang keperluan banjir kepada semua penduduk. Jangan bimbang, Ustaz Chua kata, peha wanita UMNO dan Puterinya tidak dianggap aurat. Tunjuk saja. Kalau ada ustaz PAS kata, itu berdosa, tak mengapa, nanti Ustaz Chua dan Jauhi Chawla boleh kawtim dengan Tuhan Allah. 

Tapi sayang, sampai jam 5 petang belum nampak nak banjir. Kesian UMNO dan petugasnya. Niat dah tak betul, tu pasal Allah swt. tak izin banjir kilat berlaku. Kerana ikut skrip yg diterima di meja kami, isu banjir kilat akan digunakan untuk menyerang PAS. Akan keluar tajuk, Cikgu Normala tidak peka kesusahan mangsa banjir di Pekan Labis dan macam-macam lagi.

Jika berlaku banjir pun, nak boleh apa..kalau petugas dan jentera PAS dihalang disetiap tempat oleh gedebe-gedebe untuk berziarah, malah banyak aduan mengatakan muslimat PAS yg pergi untuk tujuan ziarah dihamun dan dihalau macam anjing kurap oleh gedebe-gedebe UMNO. Itulah budaya UMNO disetiap kali kempen Pilihanraya. Macam PuKIMMAk !

(*) Berita lewat petang dari Pekan Labis. Aku masih tunggu gambar dari jurukamera kami yg sama2 pakai baju kaler biru 1Malaysia dari sana. Mesti gempak. Skrip drama UMNO tunggu banjir sudah bocor ! Wakakaka..!
-albanjari online-

Sejarah Yang Bakal Tercipta

Hafiz Zainuddin
【PRK Tenang】BN takut dengan "dosa-dosa" mereka sendiri. Sebab itu mereka cuba mengalih perhatian rakyat terutamanya di Tenang. BN perlu ingat, tahun 2011 bukan lagi tahun politik "api-air dan jalanraya kampung". Masyarakat kampung dan FELDA bukan buta informasi. Akses kepada internet boleh didapati di mana-mana manakala tabloid politik seperti Harakah dan Suara Keadilan ibarat pisang panas selepas hujan. Rakyat semakin muak dan tidak lagi tertarik dengan cerita "punggung Saiful" mahupun cerita "penderhakaan".

Hari yang cerah untuk bekerja.  Sosok Normala Sudirman atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala kelihatan bersalaman dan beramah mesra menyantuni para pengundi diiringi beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat.  Ibu kepada tiga orang anak ini mengambil langkah berani dengan melepaskan jawatan guru yang telah disandangnya sejak 12 tahun lalu, dan menjadi calon PAS untuk pilihanraya kecil DUN Tenang.  Tempoh hari kempen yang pendek tidak membantutkan hasrat pendidik ini untuk bertemu seramai mungkin pengundi di kawasan DUN Tenang sejak hari penamaan calon 22 Januari baru-baru ini.

Dilema Mohd Azhar Ibrahim dan Bebal UMNO Labis
 
Pilihan raya kecil ini laluan berduri untuk BN.  Calon BN DUN Tenang ini pernah kalah dengan teruk dalam pemilihan UMNO Bahagian Labis.  Penulis melihat Mohd Azhar Ibrahim menghadapi dua dilema terbesar.  Pertama adalah sokongan generasi kedua dan ketiga FELDA yang dilihat berpihak kepada Pakatan Rakyat.  Dilema kedua adalah protes senyap UMNO Labis sendiri.  Bayangkan bagaimana seseorang yang tiada jawatan dalam UMNO Labis menjadi calon!  Perkara ini amat janggal dan menjadi "pantang tok nenek" dalam tradisi pemilihan calon dalam UMNO.
Ya.  Calon BN yang mendapat gelaran Tok Ai ini sudah langgar pantang.  Rata-rata AJK dan ahli akar umbi UMNO Labis terperanjat dengan keputusan mencalonkan Mohd Azhar Ibrahim (gambar kanan) dan mempersoalkan mengapa Muhyidin Yassin kelihatan obses dengan calon "luar" ini sehingga ada laporan dalaman UMNO mengatakan terdapat markas UMNO yang ditutup kerana protes.

BN desperado: kering idea-meracau?!
 
Okay...ia adalah pilihanraya kecil, jadi isunya juga kecil-kecil?  Tidak sama sekali.  "Lelaki tua" yang terbukti terpalit dengan skandal seks iaitu Chua Soi Lek salah perhitungan apabila memainkan isu "salam" Cikgu Mala manakala Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe kelihatan meracau seolah-olah jika PAS menang di Tenang, Malaysia akan jadi sebuah "negara Islam yang ekstrim".  Amat memalukan sekali apabila adab bersalam dalam Islam ini gagal difahami walaupun sudah lebih 50 tahun negara mencapi kemerdekaan.

Isu "negara Islam" adalah isu lapuk tetapi tetap disebut oleh Muhyiddin Yassin manakala MB Johor Abdul Ghani Osman kelihatan sangat "concern" dengan hukum "potong tangan orang yang mencuri".  Selain itu, Mahathir Mohamad juga menyentuh isu wanita jadi calon PAS padahal Mahathir sudah lupa bahawa Khadijah Sidek pernah menjadi Ahli Parlimen wanita pertama dari PAS yang memenangi kerusi Dungun pada tahun 1959.  Rata-rata pemerhati politik bebas melihat isu-isu yang ditimbulkan BN ini tidak lain mencerminkan ketandusan isu dan tidak lebih dari sebuah tindakan desperado.

Rasuah: Seribu macam janji dan pulut panggang panas
 
Sangat melucukan apabila Tuan Guru Nik Aziz menyerahkan wang zakat kepada tiga orang asal semasa pilihanraya kecil di Galas dituduh rasuah dan "perlu bertaubat" akan tetapi apabila Najib mengumumkan peruntukan RM 1.6 billion kepada penduduk FELDA seluruh negara di Labis, ia dianggap apa pula?  Kuih bahulu atau Pulut Panggang panas?

Keadaan yang sama berlaku di FELDA Sungai Buaya di PRK Hulu Selangor apabila 100 bekas peneroka dan waris mereka dijanjikan pendahuluan wang sebanyak RM50,000 bagi pampasan tanah kerajaan persekutuan malangnya mereka cuma menerima RM1000 sebagai pendahuluan dan selebihnya tidak diketahui bila akan diperoleh.  Rakyat sudah bijak menilai. Setiap kali adanya pilihanraya kecil; pelbagai janji ditabur oleh BN dan muncul apa yang kita sebut sebagai projek-projek "mee segera".  Penulis ingin mengingatkan para pengundi di Tenang agar berhati-hati dengan taktik "predator struktural" yang sedang memasang jerangkap ini.

Kemudahan berinformasi dan politik api-air-jalanraya
 
Jentera kempen BN termasuk dari media massa sering memperlekehkan usaha dan kempen yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.  Malah, jentera kerajaan digunakan hampir sepenuhnya untuk mana-mana kempen pilihanraya kecil.  Ia adalah suatu yang biasa bagi BN dalam menghadapi kemaraan rakyat walaupun sebenarnya adalah satu "penyalahgunaan".
 
BN takut dengan "dosa-dosa" mereka sendiri.  Sebab itu mereka cuba mengalih perhatian rakyat terutamanya di Tenang.  BN perlu ingat, tahun 2011 bukan lagi tahun politik "api-air dan jalanraya kampung".  Masyarakat kampung dan FELDA bukan buta informasi.  Akses kepada internet boleh didapati di mana-mana manakala tabloid politik seperti Harakah dan Suara Keadilan ibarat pisang panas selepas hujan.  Rakyat semakin muak dan tidak lagi tertarik dengan cerita "punggung Saiful" mahupun cerita "penderhakaan".  Rakyat tahu.  Sepanjang sejarah negara, UMNO telah melakukan banyak penderhakaan ke atas institusi beraja.  Hal ini akan saya kupaskan pada masa akan datang.

Menyahut seruan demokrasi
 
Democracy cannot succeed unless those who express their choice are prepared to choose wisely.  The real safeguard of democracy, therefore, is education. Franklin D. Roosevelt

Amat menyedihkan sekali apabila pendemokrasian Malaysia tidak sampai ke tahap yang sewajarnya.  Rakyat tidak diajar untuk memahami konsep demokrasi yang tercatat dalam perlembagaan negara.  Kita diasuh untuk "takut" dan menjauhkan diri.  Kebangkitan rakyat samada melalui jalanraya mahupun pilihanraya dilihat sebagai "musuh" oleh BN.  Ini adalah pemahaman yang sesat dan bertentangan dengan semangat demokrasi itu sendiri.
 
"Lu sapa...!??" Apabila Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran berkempen dan memberi tekanan kepada semua Guru Besar dan Pengetua dalam DUN Tenang termasuk guru-guru kaunseling daerah Segamat agar berkempen dan mengundi Barisan Nasional jelas menunjukkan sikap tidak matang beliau dan memalukan.  Ini adalah negara demokrasi.  Ia mengenai kebebasan, pilihan dan keyakinan!

Percayalah, kejutan besar akan berlaku!
 
Kempen pilihanraya akan terus rancak sehingga hari pengundian nanti.  Pesta demokrasi ini akan terus diwarnai dengan pelbagai warna dan corak.  BN dan Pakatan Rakyat akan terus bersilat.  FELDA yang sebelum ini sinonim dengan "fixed deposit" BN bakal menjadi sejarah.  Rakyat mula sedar betapa kehidupan semakin terbeban dengan krisis ekonomi dan penyalahgunaan kuasa.  Rakyat inginkan kebenaran dan ketelusan.
 
Janji-janji BN cuma sekadar retorik dan "coklat hacks".  BN benar-benar di persimpangan.  Mereka ketandusan isu, menjengkelkan dan kesilapan terbesar adalah silap memilih calon.  Harapan akhir Barisan Nasional untuk menang mungkin disandarkan pada rasuah?  Rakyat di DUN Tenang dinasihatkan untuk bijak memilih.  Percayalah, keputusan Pilihanraya kecil DUN Tenang akan memberi kejutan besar buat kita semua.
 
*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.

PRK Tenang: Sejarah yang bakal tercipta

Isu Bersalam: Terima Kasih Datuk Seri Dr Chua Soi Lek

Suhaizan Kaiat
Isu bersalam antara lelaki dan wanita dalam ajaran agama Islam menjadi isu dalam pilihanraya kecil Dun Tenang. Isu ini telah dibangkitkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Isu ini adalah terlalu kecil dibandingkan dengan isu rasuah, salahguna kuasa dan pembaziran duit rakyat. Justru isu ini tidak menarik perhatian ramai sebelum ini. Kesannya adalah sangat sukar untuk menjelaskan isu ini kepada masyarakat bukan Islam kerana keterbasan ruang dan masa. Dalam ajaran Islam lelaki tidak boleh bersentuhan dengan wanita yang bukan muhrim walaupun bersalam kecuali menggunakan alas seperti kain.

Bukan muhrim adalah mereka yang bukan saudara mara terdekat. Mereka yang boleh berkahwin di anggap bukan muhrim. Contoh muhrim adalah anak perempuan dengan bapa, abang dengan kakak, atuk dengan cucu perempuan dan lain-lain lagi. Mereka boleh bersentuhan secara yang munasabah. Sementara bukan mukrim adalah mereka yang tidak ada hubungan keluarga terdekat. Contohnya Cikgu Mala dengan Tok Ai di Tenang, Cikgu Mala dengan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Dato’ Sri Mohd Najib dengan Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil atau Tan Sri Mahyuddin Yassin dengan Datin Sri Romah Mansur.

Islam membatasi perhubungan ini adalah bertujuan untuk menghormati mereka dan untuk mengelakkan fitnah. Tidak benar pandangan yang mengatakan bahawa Islam melarang bersalam kerana tangan orang bukan Islam kotor. Walaupun tidak dibenarkan bersentuhan antara lelaki dan wanita bukan muhrim tetapi mereka tidak dilarang mengadakan perbincangan dan dialog secara berkumpulan. Bagi perhubungan antara sesama wanita tiada larangan bersentuhan langsung. Bagi masyarakat bukan Islam yang memahami ajaran Islam sebenar, perkara ini tiada masalah. Tetapi bagi mereka yang belum lagi berkesempatan memahaminya menyebabkan kami rasa bersalah. Takut mereka berkecil hati. Bayangkan bagaimana perasaan seseorang rakan bukan Islam jika mereka menghulurkan tangan ditengah khayak ramai tiba-tiba kami menolak pelawaan mereka. Itulah delima yang kami hadapi selama ini.

Dalam pilihanraya kecil Tenang Presiden MCA telah membangkitkan isu kecil ini menjadi besar. Jawapan balas daripada PAS dan PR telah menyebabkan masyarakat bukan islam dapat memahaminya dengan baik. Kesannya adalah masyarakat bukan Islam semakin memahami ajaran agama Islam sebenar. Ini terbukti apabila Cikgu Mala dalam kempennya tidak menghadapi masalah dengan masyarakat lelaki bukan Islam semasa beliau berkempen di pasar Labis. Jika Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak membangkitkan isu ini saya yakin ramai masyarakat bukan islam tidak berpeluang memahami isu ini terutamanya di Labis. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana membangkitkan isu ini.

Walaubagaimana pun terdapat satu persoalan yang perlu dijawab oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Mengapakah beliau membangkitkan isu ini? Apakah kerana keuntungan politik atau kerana ketidak fahamannya terhadap ajaran Islam. Jika kerana keuntungan politik maka Datuk Seri Dr Chua Soi Lek adalah seorang pemimpin yang sanggup merendahkan agama Islam untuk kepentingan politik. Pemimpin seumpama ini boleh membawa malapetaka kepada kepada negara. Pemimpin seumpama ini wajib di tolak oleh semua masyarakat dalam negara. Sebaliknya jika Datuk Seri Dr Chua Soi Lek melakukannya kerana ketidakfahamannya maka perlu di persalahkan kepada Dato Abdul Ghani Othman dan Tan Sri Mahyuddin Yassin. Mereka sudah lama berkawan di Johor tetapi tidak menyampaikan larangan-larangan dalam ajaran agama Islam ini. Mungkin mereka sukar memberi kefahaman kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana mereka berdua juga bersalam dengan bukan muhrim. Saya perhatikan YB Lim Kit Siang dan YB Boo Cheng How sudah memahami isu ini dengan baik, mungkin sejak DAP bersama dalam PR. 

Jika Datuk Seri Dr Chua Soi Lek masih kurang memahami isu ini, Pemuda PAS Pusat sanggup memberi khidmat nasihat kepada beliau berkenaan ajaran agama Islam sebenar. Ini bagi membantu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menjadi pemimpin yang hebat, boleh diterima oleh semua kelompok masyarakat dalam negara ini.

Bongkar Penyelewengan Calon BN DUN Tenang Siri 2

Milo Suam  
Terdahulu dalam:Gempar! Calon BN DUN Tenang bakal ditelanjangkan, CiLiK© telah meneruskan siasatan pada hari ini. Berdasarkan maklumat dari beberapa orang responden yang CiLiK© temui semasa penamaan calon (22 Januari 2011), tanah yang telah dilelong kepada pembeli tanpa pengetahuan tuan tanah terletak di satu kawasan di Mukim Jabi Segamat.

Bagi membuktikan kesahihan maklumat ini, CiLiK© telah ke Mukim Jabi Segamat dan mencari sendiri di manakah letaknya lokasi tanah berkenaan dengan bantuan seorang kakitangan Pejabat Tanah.

Melalui alamat yang diberikan, CiLiK© telah pergi ke lot tanah berkenaan. Menyusur dari satu kebun ke kebun yang lain. Keadaan kebun-kebun yang tidak berpagar menyebabkan CiLiK© keliru yang mana satu lot tanah berkenaan. Alhamdulillah, setelah dirujuk dengan beberapa orang penduduk setempat, akhirnya CiLiK© berjaya menjumpai lot tanah yang menjadi pertikaian antara tuan tanah, pembeli dan juga Datuk Ai (Calon BN).

Berikut disertakan bukti bergambar perjalanan yang telah CiLiK© lalui hari ini :












Sebelum tanah ini dilelong (tanpa pengetahuan tuan tanah), ia hanya dipenuhi dengan pokok buah-buahan, jati dan sebagainya. Kemudian, tuan tanah telah mencagarkan tanah untuk membuat pinjaman bank. (Bank : CIMB). Akibat gagal membuat pembayaran balik pinjaman,proses lelongan telah dimulakan.

Lantaran itu, tuan tanah telah bersusah payah bergolok gadai mencari dana sebanyak mungkin untuk melunaskan pinjaman tersebut demi menyelamatkan tanah beliau dari dilelong kepada pihak lain. Hasilnya, beliau telah membayar RM10,000 kepada CIMB Bank bagi mengelakkan tanah beliau dilelong. Namun, proses lelongan diteruskan juga.

Resit pembayaran RM 10,000 kepada pihak CIMB Bank telah dibawa pada hari lelongan. Tuan tanah terus berjumpa dengan ADO yang bertugas pada waktu itu. Siapakah ADO itu? Datuk Ai la siapa lagi! Bukan setakat itu sahaja, demi menyelamatkan tanahnya dari dilelong, beliau telah membawa juga RM 12,000 tunai. Namun rayuan beliau kepada Datuk Ai dipersetankan sebegitu sahaja.

Jika difikirkan, Datuk Ai selaku ADO Segamat perlu menggunakan budi bicaranya untuk memberi peluang kepada tuan tanah bagi menyelamatkan tanah beliau. Namun semua itu tidak berlaku.

Adakah ini satu konspirasi?

Adakah ADO Segamat ketika itu (Datuk Ai) mastermind dalam lelongan tanah berkenaan?

Jika ya, mengapa tarikh siasatan lelongan tidak dimaklumkan kepada tuan tanah?
Dan lebih dahsyat lagi, mahkamah telah membuat keputusan bahawa Pentadbir Tanah telah pada 11 Ogos 2003 membuat keputusan dan menetapkan tarikh lelong dan harga rezab TANPA KEHADIRAN mana-mana pihak.

a)Tiada wakil dari pihak pemohon hadir
b)Tiada wakil dari pihak responden hadir
c)Pentadbir Tanah juga tidak dapat menjelaskan tarikh itu tarikh itu tarikh apa

Manakala perintah lelong ditarikhkan pada 18-9-2003 yang mana kesemua pihak tidak mengetahui tarikh 18-9-2003 tersebut tarikh apa.
Satu persoalan yang belum terjawab, siapakah pembida tanah yang dimaksudkan?

Nantikan pendedahan yang seterusnya.

CiLiK© "Mungkin ramai yang bertanya dari mana cilik mendapat maklumat tentang semua ini. Ingatlah tuan-tuan, perkara yang baik akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Kebenaran PASTI akan mengatasi KEBATILAN! Allahuakhbar!"/Milosuam

PAS bangga DAP, PKR jawab isu bersalam

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 24 Jan: Umno yang memperdagangkan Islam dan memperkudakan mereka yang arif dalam agama untuk menghalalkan apa sahaja tindakan pemimpinnya.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyatakan demikian sebagai mengulas ucapan Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menuduh PAS memperdagangkan agama kerana telah melanggar fatwa dengan mencalonkan wanita menjadi calon di pilihan raya kecil Tenang.

“Nampaknya fikiran menteri yang jaga urusan agama sama seperti Tun Dr Mahathir yang membangkitkan isu yang sama.

“PAS tidak hairanlah dengan Tun yang sudah berada di hujung senja, jika dibandingkan dengan Datuk Jamil Khir yang masih muda dan arif berkenaan agama,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, mungkin Jamil buat-buat lupa, kerana PAS pernah melantik Khatijah Sidik di Parlimen Dungun pada tahun 1959.

“Sila buka balik sejarah, baru boleh beri komen dan keluar hukum,” ujarnya.

Katanya, kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan diikuti pula oleh Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang memainkan isu Cikgu Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki adalah lambang orang agama dalam Umno gagal menerapkan Islam dalam BN.

PAS, ujarnya boleh memaafkan dua pemimpin daripada parti komponen BN yang tidak memahami situasi itu.

“Persoalannya apa yang tokoh-tokoh agama buat sepanjang 53 tahun berkawan dengan MCA dan Gerakan untuk menerangkan masalah hukum asas. Mungkin mulut orang agama dalam Umno sudah penuh dengan sagon,” katanya.

Justeru, tegasnya PAS merasa bangga isu bersalam itu dijawab oleh rakan-rakan DAP dan PKR yang bukan Islam.

Bertemu Ular dan UMNO… Tolonglah bunuh UMNO dahulu…

Ustaz Saiful Bahri
Mana dia Tok Mufti, ustaz, ulama muda, tok-tok Imam dan golongan agamawan yang menyokong Umno dan ketuanan melayu. Kemana mereka semua ini menikus. Takkan mereka tak sedar, ucapan pemimpin mereka apabila berhadapan dengan pengundi cina. Betapa ucapan mereka mengugut kalangan non muslim dengan Negara Islam. Cakap mereka lebih munafik dari para munafik dan lebih kafir dari golongan kafir.

Yang mengherankan kita pula apabila mereka bercakap dihadapan orang Islam dan para agamawan, dihadapan guru-guru sekolah agama atau para imam dan bilal masjid.. lebih Islam pada Islam pulak. Bercakap untuk memperjuangkan agama mengalahkan pejuang Palestine dan para sahabat nabi. Terlopong dan ternganga para imam… betapa tulus ikhlasnya para pemimpim UMNO ni nak menegakkan Islam.

Di Tenang ini zahirlah wajah sebenar UMNO-BN. Inilah sikap talam dua muka. Lidah bercabang pimpinan UMNO-BN. Sebab itu kalau bertemu ular dengan pemimpin UMNO diharap bunuhlah UMNO dahulu. Sebab betapa berbelitnya pimpinan UMNO demi pangkat dan kuasa mereka meskipun terpaksa mereka jual apa sahaja.

UMNO sendiri terpaksa menurut kehendak MCA apabila calon daripada pimpinan UMNO Labis ditolak oleh MCA kerana menjadi ahli PERKASA. Sebab itulah dicalonkan Azahar Ibrahim sebagai calon UMNO yang tidak popular dan bukan dari pimpinan UMNO Labis. Kita tengoklah pulak macamana dengan novel Interlock yang kontreversi itu. MIC sudah mendesak agar digugurkan novel tersebut. Kita tengoklah nanti, UMNO ada batu ke tidak???

Ketika berkata Chua Soi Lek sepertimana yang telah dilaporkan oleh Malaysiakini..
“ Normala tidak akan datang ke kuil ini, dia tidak akan berjabat tangan dengan orang ramai. Saya telah menerima aduan tentang perkara ini, Dia seperti isteri Anwar Ibrahim.. Dia memakai sarung tangan jika hendak berjabat tangan, jika anda semua boleh menerima nilai-nilai Islam sebegini, teruskan dan undilah PAS. Jika anda boleh menerima cara hidup yang mengikut ajaran Islam itu, mudah saja.. undilah PAS”

Inilah dikatakan kelemahan pimpinan UMNO. Bukan sahaja terpaksa mengikut desakan MCA bahkan gagal mengawal rakan kongsi dalam BN supaya tidak menghina ajaran Islam bahkan menakutkan rakyat dengan Islam. Betapa sekian lama UMNO gagal member penjelasan yang sebenarnya tentang Islam.

Ini adalah kerana pimpinan UMNO itu sendiri jahil tentang Islam. Bahkan jenis keras kepala yang tak ingin mendengar nasihat atau tunjuk ajar ulama. Ini yang menyebabkan mereka menyokong pula penghinaan oleh Chua Soi Lek. Dengan tidak berasa bersalah walau sikit pun ketika mengulas kenyataan Chua Soi Lek, TPM Tan Sri Muhyidin Yasin berkata: “ PAS masih menympan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya. Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan (membentuk Negara Islam) mereka, ianya masih ada… jadi baik juga MCA mengingatkan kepada masyarakat cina”.

MB JOHOR, Ghani Othman: “Apa akan jadi bila PAS mendapat kuasa? Pas kini sudah sampai ke kawasan-kawasan FELDA. Mereka kata mahu menubuhkan Negara Islam. Mereka kata mahukan undang-undang yang akan memotong tangan kamu jika mencuri”.

Inilah sikap sebenar UMNO. Mereka bak sesumpah. Boleh menukar wajah bersesuaian dengan tempat persembunyian mereka. Apa peduli halal dan haram. Yang penting mereka meraih undi untuk menenangan di dun Tenang. Dalam masa yang sama mereka melempar batu menyembunyi tangan. Media bersama mereka akhirnya Pas akan dikambing-hitamkan. UMNO dibedak putih melepak. Tetapi sampai bila agenda penipuan dan kebatilan ini??? Mereka cuba mengalih isu sebenar yang menimpa rakyat. Mereka menyerang menggunakan isu sensitif umat Islam. Jangan terjebak ke perangkap provokasi UMNO-BN. Apapun yang pasti akan tiba lahirnya kebenaran dan kebatilan UMNO akan tumpas dan tenggelam.
http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

P'raya Tenang: Isu 'jabat tangan' makan diri?

Kow Gah Chie

Pemimpin dan jentera pilihan raya kecil MCA di Tenang meningkatkan serangan terhadap PAS berhubung isu negara Islam dan keengganan calonnya, Normala Sudirman (bawah) bersalam dengan orang lelaki. Persoalannya ialah sama ada strategi itu akan berjaya mengalih sokongan 5,766 pengundi Cina kepada BN.

Tinjauan Malaysiakini di kalangan pengundi Cina di kawasan pilihan
raya Tenang menunjukkan bahawa dua isu tersebut memberi kesan minimum terhadap mereka.

Sebaliknya, apa yang lebih penting pada mereka ialah prestasi kedua-dua calon berkenaan.

Mereka yang ditemui Malaysiakini menegaskan bahawa undi untuk PAS tidak bermakna menyokong parti Islam itu, mahupun menyokong
agendanya mengenai negara Islam.

Mereka juga berkata, mereka telah diabaikan oleh bekas ADUN dari Umno, Datuk Sulaiman Taha.

Tinjauan itu dijalankan semalam di bandar Labis Tengah dan Tenang Station - yang merupakan dua daripada lima kawasan majoriti pengundi Cina di Tenang - mendapati hampir semua yang ditemui berpendapat MCA tidak seharusnya memainkan isu berjabat tangan itu kerana ia melibatkan agama calon.

Ditanyakan mengenai rancangan PAS untuk mengisyatiharkan Malaysia sebagai negara Islam, sesetengah daripada mereka mengakui merasa takut ketika isu itu pertama kali dibangkitkan dalam pilihan raya umum 1999 tetapi selepas bertahun berlalu, kini perasaan itu tidak seperti dahulu lagi.

mahathir responses to suaram report 02Sebahagiannya menceritakan mengenai pengumuman mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pada 21 September 2001 mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam, yang menurut mereka, tidak membawa banyak perubahan terhadap negara ini.

Yang lainnya pula berpendapat jika dan bila benar-benar diisytiharkan sebagai 'negara Islam', mereka tidak ada masalah selagi ia tidak menjejaskan sistem pendidikan Cina, hak untuk makan, alkohol dan berjudi, dan selagi kerajaan terus melayan masyarakat Cina dengan baik.

Isu negara Islam yang dimainkan oleh MCA mungkin boleh menarik sokongan pengundi yang berumur tetapi generasi muda pula mempunyai pandangan yang berbeza.

Tinjauan itu juga memberi gambaran mengenai sikap sebahagian pengundi di situ.

NONE"Pengundi di Tenang selama ini menyokong MCA di peringkat parlimen (kerusi Labis), tetapi menyokong pembangkang di peringkat DUN (Bekok dan Tenang), bagi mewujudkan semak dan imbang," kata salah seorang pengundi yang ditemui.

Pengundi Cina merupakan 38.6 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di Tenang. Dalam pilihanraya umum lalu, PAS memperolehi sokongan lebih daripada separuh pengundi di tiga kawasan majoriti Cina, iaitu bandar Labis Timur, bandar Labis Tengah dan Labis.
-tranungkite-

Isu salam: PERKASA sokong mufti, pendekatan Nik Aziz

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan pendekatan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu keengganan calon PAS bersalam dengan lelaki di Tenang.

NONEKetua Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah (kanan) berkata, isu melibatkan Normala Sudirman yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berpunca akibat kegagalan memahami Islam.

"Macam pendekatan Tuan Guru Nik Aziz, (apabila) mereka ini tidak faham (Islam), jadi kita mesti fahamkanlah mereka," katanya.

"(Contohnya) macam isu melibatkan DAP juga, (berlaku) kerana mereka tidak faham."

Dalam pengalaman Pakatan Rakyat, Nik Aziz antara pemimpin PAS yang kerap berbeza pandangan dengan pemimpin lain daripada DAP dalam isu agama, khususnya negara Islam.

Beliau juga sering dilapor menyimpulkan apa yang berlaku akibat pemimpin berkenaan tidak memahami Islam dan perlu dimaklumkan tentang ajaran agama yang sebenar.

Di Tenang, kenyataan Chua kelmarin mengundang reaksi keras pelbagai NGO dan tokoh Islam, antaranya Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), Harussani dan PAS sendiri.

Senada dengan peguam Muslim
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Arman Azha berkata menjadi tanggungjawab parti-parti komponen lain dalam BN menjelaskan "apa yang salah, apa yang tidak" kepada Chua secara matang.

tenang by election day 1 230111 chua soi lek campaigning 3"Kalau kita marah pun, mereka semakin jauh. Kalau perkara itu salah, Rasulullah suruh panggil dan nasihati cara yang betul daripada kita bertindak tidak tentu arah," katanya.

Bagaimanapun, Arman Azha tetap beranggapan bahawa tindakan Chua itu salah dan menghina Islam.

Justeru, menurutnya, ahli politik veteran itu patut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

"Bukan hanya minta maaf, tetapi dia juga kena memahami konteks Islam yang sebenar," katanya, senada dengan tuntutan PPMM semalam.

Ditanya sama ada pihaknya akan menganjurkan demonstrasi - tindakan yang dilihat sinonim dengan NGO Melayu itu kebelakangan ini - Arman Azha menjawab:

"Bukan semuanya kita berdemo."
-malysiakini-

Rahsia Calon Umno Akan Terbongkar ?

Angkasanuri
Pilihanraya Kecil Dun Tenang semakin tidak menenangkan Umno/BN yang bercakap besar sebelum ini untuk meraih majoriti lebih 5000 undi untuk menewaskan calon Pakatan Rakyat dari Pas.

PRK Tenang bakal mengulangi episod PRK Permatang Pasir tidak lama dulu apabila calon Umno/BN, Rohaizat Othman malu besar apabila isu tentang rahsianya terbongkar.

Menurut Pengarah Induk Pilihanraya Pas di Dun Tenang YB Salehudin Ayub, Pas dalam masa terdekat akan mendedahkan rahsia calon Umno Mohd Azahar Ibrahim.Mengulas lanjut ia tidak menyentuh isu peribadi seperti yang dilakukan oleh jentera kempen Umno/BN sekarang tetapi berkaitan kepimpinan calon Umno/BN.

Sudah pasti calon dan kepimpinan Umno/BN kini kepanasan menunggu detik-detik rahsia berkenaan dibongkar. Seorang pemimpin bukan sahaja perlu bersih tetapi mesti dilihat bersih. Kita tunggu sahaja masa dan ketikanya. Tenang kini makin mengusarkan Umno/BN.

Didakwa fitnah Cikgu Mala, PAS mahu saman anak Soi Lek

Syed Mu’az Syed Putra
Normala Sudirman dengan gaya sendiri menjawab soalan pemberita pada sidang media sempena kempen hari ketiga hari ini. — Foto oleh Choo Choy May
LABIS, 24 Jan: PAS Johor mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong kerana didawka telah memfitnah calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman ketika kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Laporan akhbar harian China Press hari ini memetik Chua, anak Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, sebagai berkata Normala ada bertanya kepada seorang peniaga Cina “kenapa jual minuman arak” ketika berkempen.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad, pihaknya akan menyaman Chua kerana telah membuat tuduhan yang tidak berasas.

Selain itu, Dzulkefly memberi tempoh 24 jam kepada Chua untuk membuktikan tuduhan tersebut.

“Tuduhan itu adalah satu pembohongan, dalam masa 24 jam kita minta Tee Yong untuk buktikan nombor kedai, tempat dan masa kejadian itu berlaku.

“Kalau gagal kita akan hantar surat peguam dan memfailkan saman fitnah di mahkamah.

“Calon kita tidak lakukan perkara itu, jadi kita minta Chua Tee Yong buktikan kepada kita,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menggesa Chua supaya meminta maaf kepada Normala kerana telah membuat tuduhan palsu.

“Chua Tee Yong kata Normala pergi ke sebuah kedai kopi dan jumpa dengan bos kedai itu kenapa jual arak?

“Ini adalah satu tuduhan palsu yang dibuat oleh Chua Tee Yong, saya dah maklumkan kepada PAS dan Normala sendiri menafikan perkara itu,” katanya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu percaya tuduhan yang dibuat Chua itu adalah kerana mahu menakut-nakutkan pengundi-pengundi bukan Melayu di kawasan Tenang.

“Ini adalah untuk takutkan pengundi Cina, ia adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab, dia (Chua) perlu minta maaf kepada Normala,” katanya.

Sebelum ini MCA telah menimbulkan kontroversi mengenai cara bersalam Normala yang enggan bersalam dengan lelaki.

Kontroversi itu terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua dan ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu.

Selain itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula berkata tuduhan itu dibuat kerana mahu menimbulkan keresahan di kalangan pengundi bukan Melayu khususnya orang Cina.

“Cikgu Mala (Normala) telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa itu adalah tuduhan berniat jahat.

“(Ia) satu perancangan yang jahat untuk menimbulkan keresahan dan ketakutan orang Cina,” katanya.

Gelanggang kempen kerusi DUN Tenang dibuka secara rasmi kelmarin dengan menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

BN menurunkan Mohd Azahar Ibrahim iaitu bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu.

Hari pengundian adalah Ahad ini.

Najib tidak ziarah jenazah SU Umno Tenang - Utusan

Harakahdaily
LABIS, 24 Jan: Lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia mengaku bahawa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak menziarahi jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia ketika lawatan beliau ke situ kerana tidak mengetahuinya.

Pengerusi Biro Khairat Kematian Masjid An-Nur, Hamzah Manaf, 77, dan beberapa pemimpin setempat berkata, tindakan Najib tidak melawat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Kolam Air Felda Tenang, Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd. Din, 61, bukannya suatu isu kerana Perdana Menteri memang langsung tidak mengetahui mengenai kematian Allahyarham kerana tidak dimaklumkan mengenainya, lapor Utusan hari ini.

Abdul Latif meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

Rombongan beliau juga lalu di hadapan masjid yang menempatkan jenazah Allahyarham sejak jam 10 pagi ketika beliau menuju ke Felda Chempelak pada sebelah paginya.

Di samping tidak diziarahi, imam masjid juga terpaksa ke majlis PM menyebabkan tidak ada siapa yang mengurus dan mengimamkan solat jenazahnya.

Hasilnya, Ustaz Che' Zuha, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pahang mengimamkan jenazah pada jam 2 petang iaitu selepas solat Zohor kerana kedua-dua imam tidak kedapatan di masjid ketika itu.

Namun hari ini, Utusan berkata, mereka sengaja meminta keluarga simati untuk mengimamkannya.

Padahal, kedua-dua imam tiada di masjid hatta untuk mengimamkan solat fardhu Zuhur kerana imam diarahkan oleh Umno cawangan supaya menghadiri majlis sambutan kedatangan Najib.

Calon PAS, Cikgu Normala Sudirman (ketika belum sah sebagai calon lagi) bersama para petugas PAS dan anggota Unit Amal yang berada di situ segera menziarahi jenazah dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Mereka juga bersama ahli qaryah menguruskan jenazah dari awal sehingga ke proses gali kubur dan pengkebumian.

SIAPA FITNAH SIAPA

"Siapa fitnah siapa ni? Kita (Cikgu Mala, petugas PAS dan Unit Amal) hadir menziarahi dan menguruskan jenazah dengan ikhlas dan secara sukarela tanpa disuruh oleh sesiapa. Mereka memanipulasi berita dan menuduh kita yang bukan-bukan.
"Mari tanyalah saya kalau nak tahu. Siapa yang memfitnah siapa sebenarnya?" kata Md. Razi Jamaludin (gambar), 39 tahun, salah seorang anggota Unit Amal yang bertugas hari itu. Turut serta adalah rakan beliau, Wasilah Gothol, 48 tahun.

"Saya terlibat sepenuhnya menguruskan jenazah dari awal sehingga pengkebumian. Allahyarham sememangnya orang kuat Umno di sini. Saya difahamkan beliau telah bekerja keras malam sebelum pemergian beliau ke rahmatullah untuk urusan sambutan kedatangan Najib.

"Namun, apa yang berlaku ialah, kematian beliau tidak dihiraukan langsung oleh UMNO hatta Ketua UMNO sendiri. Yang meninggal itu S/U nya sendiri, bukan orang lain!"

"Tidak patut bagi seorang pemimpin tidak menghiraukan org bawahannya apatah lagi ini melibatkan kematian," katanya lagi.

Bagi beliau, kerja ziarah orang mati, bertahlil untuk ahli qariah, gotong royong, memang sudah menjadi kerja rutin orang PAS.

"Jika bukan pilihanraya kecil pun, memang itulah kerja kita. Mengapa sebelum ini Umno tidak timbulkan sebarang isu? Bahkan jika ada majlis-majlis seperti itu, orang Umno juga yang jemput kita sebelum daripada ini untuk tolong uruskan dan menggerakkan. Jadi dalam hal ini, siapa mempolitikkan siapa sebenarnya?" tanya beliau kesal.

Salahudin nafi PAS tafsir semula ayat al-Quran

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 24 Jan: Pengarah pilihan raya PAS untuk PRK Tenang, Salahudin Ayub menafikan beliau pernah berkata, PAS mentafsirkan semula ayat-ayat al-Quran untuk membolehkan wanita bertanding dalam pilihan raya.

Sehubungan itu, beliau menggesa akhbar Berita Harian menarik balik laporan mengenainya sebagaimana yang disiarkan oleh akhbar berkenaan di muka depannya hari ini.

"Saya tidak pernah kata mentafsirkan semula... apa yang saya kata adalah, PAS mengkaji semula pendekatannya berdasar waqi (suasana) semasa berdasarkan siasah syariah," kata Salehudin kepada Harakahdaily.

Berita Harian menyiarkan di muka depannya hari ini berita bertajuk "Pilih calon wanita: PAS tafsir semula ayat al-Quran".

Menurut Salahudin, PAS sememangnya sejak dari dahulu lagi meletakkan calon wanita dalam pilihan raya sebagaimana yang dilakukan di Parlimen Dungun apabila PAS meletakkan Khadijah Sidik bertanding di situ pada tahun 1960an dahulu.

Namun, PAS mengubahkan pendekatannya selepas itu dengan berhenti dari meletakkan calon wanita berdasarkan suasana semasa selepas itu yang tidak mengizinkan calon wanita diletakkan sebagai calon.

"Antaranya budaya samseng dalam pilihan raya dengan lahirnya Pemuda tahan Lasak Umno dan sebagainya.

"Namun selepas suasana sudah berubah, kita membenarkan wanita bertanding dalam pilihan raya semula. Tidak berbangkit soal PAS mentadfsirkan semula ayat al Quran," kata Salahudin.

PAS nafi calonnya tanya 'kenapa jual arak'

PAS menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina - China Press - yang memetik ahli parlimen Labis Chua Tee Yong sebagai berkata calon PAS Normala Sudirman bertanya kepada seorang peniaga Cina "kenapa jual minuman arak".

"Cikgu Mala telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa itu adalah tuduhan berniat jahat," kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"(Ia) satu perancangan yang jahat untuk menimbulkan keresahan dan ketakutan orang Cina," katanya dalam satu sidang media di bilik operasi PAS di Tenang hari ini.

NONESehubungan itu, Salahudin yang juga bekas ketua pemuda PAS Pusat mencabar Chua menyatakan di mana, bila dan tempat, calon PAS Normala (kiri) bercakap sedemikian.

"Itu tidak benar sama sekali,"tegas Salahudin.

Mengulas mengenai kejadian provokasi seperti membakar bendera, pengedaran risalah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dan kumpulan bermotor membuat bising di tengah malam, Salahudin berkata semua perkara tersebut bukan daripada PAS.

Sementara itu, ketua penerangan PAS Johor Mazlan Aliman berkata beliau menghantar surat tawaran berdebat dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berhubung isu berkaitan dengan Felda.

Surat tersebut akan diserahkan oleh naib presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) Shamsul Bakri pagi esok, yang akan mewakili beliau.

Bagaimanapun masa dan tempat akan dimaklumkan kemudian kepada pihak media.
-malaysiakini-

PAS sudah menang!

ning
Assalamualaikum,,..Selawat dan salam ke atas Junjungan,,..

Satu ketika dulu, PAS didakwa jual prinsip negara Islam kerana berkawan dengan DAP yang anti Islam. PAS didakwa hanya mahukan kuasa semata mata dan sanggup berbuat apa saja untuk tujuan itu. Gambar TGHH dan LKS berpelukan diedarkan ke seluruh negara sebagai usaha membuktikan PAS sudah menyimpang dari matlamat perjuangannya. DAP pula dituduh anti negara Islam di mana pemimpinnya terutama Karpal Singh menjadi mangsa serangan kerana "over my dead body"nya.

Tidak cukup tanah Karpal dihentam di mana jua ada platform dan kita dapat melihat Karpal turut dihentam di TKO ini. PAS didakwa tidur sebantal tetapi mimpi yang berlainan dengan DAP. Tetapi kini apa sudah jadi dengan pihak yang menuduh PAS? Diam membisu ta'kala MCA dan Gerakan mula mencemuh PAS sekaligus menghina Islam kerana pematuhan kepada suruhan agama dan  mengugut masyarakat cina mengenai bahaya negara Islam yang extrim yang mahu didirikan oleh PAS? di mana UMNO yang gah mengatakan merekalah juara membela agama? Di mana JAKIM dan di mana IKIM? Siapa sebenarnya mahukan kuasa sehingga sanggup menjual agama? UMNO atau PAS? Rakyat yang cerdik dan celik sudah dapat melihat bagaimana PAS secara istiqamah meneruskan suruhan agama dan sudah dapat membaca  bagaimana UMNO sanggup menjual agama untuk mendapatkan kuasa yang sementara di dunia yang fana ini. UMNO menerusi pemimpin tertingginya bersetuju dengan MCA dan Gerakan yang kononnya mengingatkan orang orang cina walaupun secara jelas sudah menghina agama. DAP termasuk Karpal yang pernah berkata "over my dead body" tidak pernah mempersoalkan kenapa seorang muslimah perlu bersarung tangan untuk bersalam dengan pengundi yang bukan muhrim seperti pemimpin pelakun "blue film" MCA dan pemimpin bengong Gerakan. Sikap tidak menghormati agama ini disiarkan ke seluruh negara oleh media penjilat yang langsung tidak mahu mengambil kira bahaya rusuhan dan sentiment perkauman yang boleh dicetuskan olehnya.

Rakyat yang cerdik dan celik juga seharusnya sudah mula menyedari bahawa usaha PAS selama ini untuk memberi kefahaman Islam kepada rakan rakan bukan Islam sudah berhasil sedangkan  UMNO yang ada JAKIM dan IKIM hanya mampu bersetuju dengan MCA dan Gerakan dalam perkara perkara yang mencabar pematuhan seorang hamba kepada perintah Khalidnya.

Tidak syak lagi PAS sudah menang dan insyaalah kemenangan ini bakal digandakan sekiranya ahli ahli jemaah PAS terus istiqamah dalam perjuangan kerana ini adalah janji pertolongan ALLAH yang pasti datang sebelum dunia ini kiamat.

Chua Soi Lek: Tanya Din Kenapa Isterinya Pakai Tudung,Kenapa Isteri Jib Tidak?

Mohd Sayuti Omar
SOAL kenapa 'Shopia Loren' (Islam) tidak bersalam dengan lelaki bukan muhram rasanya sudah difahami sedalam-dalamnya oleh pengundi beragama Islam di Tenang, Johor. Sepatutnya perkara itu tidak menjadi masalah. Adalah menghairankan kenapa pemimpin Islam dalam UBN tidak menjelaskan perkara itu kepada Chua Soi Lek atau Ng Yen Yen atau mana-mana pemimpin kafir yang jahil murakab mengenai Islam.

Kafir ertinya makhluk yang enggan beriman kepada Allah s.w.t. Dalam konteks Islam mereka yang enggan beriman kepada-Nya tidak akan memasuki syurga sehinggalah ia mengakui akan keagungan Allah.

Normala Sudirman calon Pas di Tenang adalah orang Islam yang mengambil berat kepada perintah agamanya. Jadi sebagai orang Islam dia wajib patut kepada peraturan dan hukum hakamnya. Mereka yang tidak mematuhi kepada hukum hakamnya bermakna ia tidak memathui hukum yang diturunkan Allah. Munafik. Sebenarnya juga menjaga aruat diri lebih penting dari menjadi calon dalam pilihan raya.

Jadi kalau Normala tidak bersalam dengan lelaki bukan disengajakan tetapi ia adalah perintaha Allah dan larangan agamanya. Sepatutnya hakikat ini difahami dan tidak mudah untuk mengecerkan kejadian itu sebagai isu dan modal politik murahan.

Johor adalah negeri yang kuat agamanya! Ewah.... Semua rakyat di negeri itu diwajibkan bersekolah di sekolah agama pada peringkat pre sekolah lagi. Ini kehebatan negeri Johor. Saya tidak tahu kalau agama Islam di Johor berbeza dengan agama Islam di tempat lain termasuk di Arab Saudi, Iran, Iraq dan Kelantan.

Rasanya ia sama, sebab Quran dan Hadith yang sama digunapakai sebagai panduan. Tetapi bila Muhyiddin Yassin tidak menegur Chua Soi Lek yang tidak faham ('jahil zindik') mengenai hukum hakam Islam adalah satu kesilapan dan sesuatu yang tidak patut berlaku. Tindakan Muhyiddin itu boleh dianggap sebagai membiarkan agamanya diratah oleh kafir. Kafir ertinya mereka yang tidak beriman kepada Allah.

Sebelum ini Umno menuduh Pas memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Menjadikan agama sebagai topeng dan sebagainya. Nampaknya kali ini tuduhan itu terbalik kepada Umno. Ke mana perginya Ustaz Seri Ganding untuk memberi petunjuk dan menunjukkan kebenaran kepada Soi Lek. Apa yang Jamil Khir lakukan bila Soi Lek mempersoalkan hal itu? Apa sudah dihalal dengan duit ke?

Orang Cina Johor termasuk Chua Soi Lek tidak sepatunta mempersoalkan kenapa Normala tidak bersalam dengan jantan bukan muhram. Tetapi dia sepatutnya mempersoalkan kenapa Puan Sri Noraini isteri Muhyiddin memakai tudung. Beliau kena tanya Noraini atau Muhyiddin sendiri. Ada perbezaan di antara isteri Timbalan Perdana Menteri, Noraini dengan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Rosmah tidak pakai tudung. Noraini pakai tudung. Ini yang perlu Soi Lek tanya dulu baru dia boleh persoalkan kenapa Normala tidak bersalam. Belajarlah mengenali Islam dari hal Rosmah dan Noraini ini. Belajarlah menghormati agam Islam seperti mana orang Islam menghormati agama anda.

Untuk pengetahun Soi Lek atau Yen Yen itu bukan kebetulan. Bukan bermakna kepala isteri Muhyiddin botak dan dia mahu lindungi dengan bertudung dan kepala Rosmah tidak botak maka dia tidak perlu pakai tudung dan boleh lowos begitu saja. Pemakaian tudung itu juga bukan fesyen tetapi tuntutan agama yang diyakninya. Soi Lek dan Yen Yen kena tahu ini. Malanglah kalau hidup bersama orang Islam berabad-abad tetapi masih jadil mengenai adat Melayu dan adat agama.

Dalam agama Islam berzina, bermukah adala berdosa. Ia berbeza dengan agama Soi Lek yang boleh berzina dengan sesiapa saja. Hak asasi yang Soi Lek sebagai manusia tidak boleh disamankan dengan hak seorang muslim. Misalnya Soi Lek boleh melakukan seks di mana-mana dia suka dan rakam dengan video. Tetapi perbuatan begitu tidak boleh bagi orang Islam.

Begitu juga Soi Lek boleh minum arak, makan babi, masak atau mentah, tetapi orang Islam tidak boleh, haram.

Soi Lek atau mana-mana bukan Islam kena faham keadaan ini. Jangan kerana menerima slogan 1 Malaysia maka kita hendak samakan apa yang kita boleh lakukan atau apa yang kita makan kita juga beranggapan orang lain boleh berbuat begitu. Jangan.. kerana kita boleh makan babi kerana tidak loya, maka kita hendak ajak orang tidak boleh makan babi makan sama.

Kejahilan Soi Lek mengenai soal bersalam dengan bukan mahram ini sepatut diajar oleh orang Umno yang Islam. Jangan biarkan Soi Lek mempertikaikan apa yang Allah telah tetapkan. Dan jangan pula kerana isu itu boleh dijadikan modal untuk menang pilihan raya maka dibenarkan. Jangan pula kerana Pas menggunakan agama untuk menang, maka Umno yang mempertikaikan membenarkan juga kerana untuk menang. Mufti yang selalu bercakap itu juga patut buat fatwa khas untuk Soi Lek.

Saya cukup bimbang kerana inginkan kuasa dan mengekalkan kedudukan kita akan membiarkan apa saja tektik dan strategi dilakukan hatta ia bertentangan dan diharamkan Islam. Jangan! Jagalah kesucian agama Islam. Jangan sesekali membiarkan agama kita diperkotak katikkan oleh rakan bukan segama dengan kita. Benar boleh berkawan tetapi kalau kawan jelas mengkhianti kita maka ia perlu diperangi.

Bersalam: Soi Lek, Lian Hoe wajar mohon maaf

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 24 Jan: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengecam pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) negeri Perak yang mempertikaikan calon PAS, Normala Sudirman pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang berhubung isu bersalam.

Sehubungan itu, naib ketuanya, Salman Saleh mendesak Pengerusi MCA negeri yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Ahli Parlimen Kawasan Gerik yang juga Ketua Wanita Parti Gerakan, Datuk Seri Tian Lian Hoe yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memohon maaf mengenai isu tersebut.

“DPPN Pk menegaskan dan menyokong pandangan Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak yang menyifatkan kenyataan isu bersalam tersebut adalah menghina Islam,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, Soi Lek juga pernah mengeluarkan kenyataan semasa Hari Raya Haji di Kelantan baru-baru ini yang sunyi berikutan kebanyakan kedai-kedai perniagaan ditutup tidak mengambil iktibar kenyataan-kenyataan yang boleh menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.

Manakala Lian Hoe terus mempertikai isu bersalam yang jelas tiada kefahaman terhadap agama Islam yang gagal dijelaskan dengan baik di dalam BN itu sendiri walaupun negara sudah mencapai lebih 50 tahun merdeka.

Sehubungan itu, beliau mendesak Umno negeri yang diketuai oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menasihatkan Soi Lek dan Lian Hoe berhubung kenyataan mengenai bersalam itu.

Katanya, kedua-dua pemimpin itu perlu memohon maaf seperti mana saranan Harussani agar lebih menghormati Islam sebagai agama rasmi negara ini.

“Jika Zambry gagal menasihatkan mereka, jelas bahawa Umno memang membiarkan orang bukan Islam tidak faham terhadap kebaikan Islam yang sebenarnya,” katanya.