"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Memaparkan catatan dengan label Liwat 2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Liwat 2. Papar semua catatan

Laporan awal: Hanya cubaan ‘liwat’ Saiful, tiada penetrasi




KUALA LUMPUR, 16 Feb: Laporan awal menunjukkan Mohd Saiful Bukhari Azlan ada memaklumkan doktor-doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah “cuba” untuk meliwatnya dan tiada penetrasi.
Dr Khairul Hakim, salah seorang doktor  HKL yang memeriksa Saiful mengakui bahawa laporan proforma menyebut Saiful ada memberitahu doktor-doktor pada 28 Jun 2008 tentang adanya cubaan untuk meliwatnya dan seks oral tetapi bukan penetrasi yang sebenar.
Khairul bagaimanapun menegaskan, Saiful tidak memberitahu perkara itu ketika menemuinya kemudian dan mempertahankan bahawa saksi utama dan pengadu itu ada memaklum yang dia telah diliwat.
“Berdasarkan laporan proforma, ia adalah cubaan meliwat dan seks oral.
“Tetapi dia (Saiful) tidak mengatakan ia cubaan (dia diliwat),” kata Khairul.
Jawapan itu membawa kepada soalan peguam utama Anwar, Karpal Singh yang bertanya Dr Khairul mengenai merit laporan itu.

-malaysianinsider-

Liwat 2: Doktor dakwa Saiful 'melawan' ketika diliwat

Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan pemeriksaan balas terhadap ketua unit kemalangan dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Khairul Nizam Hassan.


Dr Khairul Nizam merupakan individu yang bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan ke atas pengadu – Mohd Saiful Bukhari Azlan.
azlan
Dalam keterangannya pada Isnin lalu, Dr Khairul Nizam memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mengambil sampel daripada mulut Saiful kerana pemuda itu mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral.

Seorang lagi doktor HKL, Dr Siew Shueu Feng turut disoal balas Isnin lalu atas beberapa keterangan yang tidak konsisten – dalam kenyataan dan laporan perubatannya.

Mahkamah juga dijangka akan mendengar keterangan daripada seorang lagi saksi – ahli kimia Dr Seah Lay Hong – yang telah menjalankan ujian DNA ke atas bahan bukti kes berkenaan.

Perbicaraan hari ini menarikperhatian beberapa wakil luar negara, termasuk dari Kanada dan Ireland.

Turut hadir di perbicaraan hari ini ialah pakar forensik Anwar Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

LAPORAN LANGSUNG

10.03am: Sessi menyoal balas Dr Khairul Nizam berakhir. Saksi seterusnya adalah ahli kimia Dr Seah Lay Hong.

Mahkamah berehat seketika.

10.02am: Borang pro-forma itu ditandakan sebagai eksibit pembelaan D28.


9.46am: Menjawap soalan DPP Nordin, Dr Khairul Nizam berkata beliau mengetuai pemeriksaan perubatan dan dia bersama pasukannya mewawancara Saiful.

"Saiful beritahu kami dia dipaksa lakukan seks oral. Aduan utamanya ialah dia diliwat oleh seorang tokoh yang terkenal.”

"Saiful tidak berkata sama ada 'cubaan' seks oral ataupun 'cubaan' lieat,” kata doktor itu ketika ditanya.

NONE
9.43am: Juga hadir di galeri awam adalah ahli majlis tertinggi PKR, Latheefa Koya, bersama pemimpin Hindraf dan bekas tahanan ISA R Kenghadaran.

9.42am: Pihak pembelaan mengakhiri soal balas mereka ke atas Dr Khairul Nizam. Giliran DPP Datuk Nordin Hassan memulakan soal balasnya pula.

Dr Khairul Nizam berkata borang pro-forma disediakan oleh jabatan forensik dan soalan dalam dokumen itui diisi oleh Dr Siew.


9.37am: Sankara ambil alih tugas soal balas dari Karpal. Beliau menunjukkan kepada Dr Khairul Nizam beberapa contoh botol yang mempunyai tanda-tanda yang ia telah diusik.

9.25am:Pertengkaran berlaku antara pihak pembelaan dan pendakwaan berhubung kaedah mengisi borang pro-forma adalah berlainan dengan apa yang Saiful beritahu kepada doktor.

Peguam Cara Negara II, Yusof membantah cara soalan diajukan.

Karpal berkata jika kes itu cubaan meliwat, tembusan atau tusukan tidak seharusnya berlaku.


9.22am: Dr Khairul Nizam mempertahankan bahawa Saiful tidak menyatakan sama ada percubaan meliwat atau percubaan mengadakan seks oral tetapi borang pro-forma menyatakan sebaliknya.

9.19am: Karpal berhujah dalam borang pro-forma yang menyatakan “percubaan meliwat” dan “percubaan seks oral”.

Dr Khairul Nizam bersetuju.

9.17am: Anwar mencelah dari kerusinya: "Ada banyak version".

9.12am: Karpal berkata beberapa aspek penting dalam borang pro-forma seperti pemeriksaan rektal tidak diisi.

Begitu juga dengan pemeriksaan dubur, latar sejarah perubatanSaiful dan peristiwa berhubung kejadian itu tidak diisi oleh doktor yang bertugas.

Orang yang bertanggungjawab itu ialah Dr Siew Sheue Feng, kata Dr Khairul Nizam.


9.04am: Dr Khairul Nizam berkata Saiful pada wawancara itu berkata dia melawat ketika kejadian liwat itu.

"Saiful, menurut borang pro-forma tersebut berkata tertuduh cuba untuk memancut,” menurut doktor HKL itu.


8.57am: Dr Khairul Nizam berkata beliau tidak membaca laporan polis yang dibuat oleh Saiful.

Dia tidak ingat siapa yang memaklumkan kepadanya bahawa tertuduh dipaksa melakukan seks oral.

"Ia mungkin daripada wawancara dengan mangsa, tetapi saya tidak ingat sama ada DSP Jude adalah orang yang memberitahu kami,” katanya.

Dr Khairul bersetuju seks oral adalah berlainan dengan seks di dubur, yang menjadi aduan asal yang dikemukakan oleh Saiful.

8.48am: Peguam Karpal Singh meneruskan pemeriksaan balas ke atas Dr Khairul Nizam Hassan yang sebelum ini mengetuai jabatan kemalangan dan kecemasan HKL.

Dr Khairul memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menyaksikan sebanyak kira-kira 20 kes liwat sepanjang perkhidmatannya.

Ketika disoal, saksi itu berkata kehadiran polis di pusat krisis sehenti hospital itu adalah perkara normal.

Katanya lagi, DSP Jude Pereira juga hadir ketika pemeriksaan peruhatan untuk membantu pemantauan ke atas pengendalian bahan bukti.

8.43am: Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

-malaysiakini-

Liwat II: Saiful dakwa dipaksa lakukan seks oral - Saksi

Seorang ahli patologi forensik Hospital Kuala Lumpur hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengadu dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral.

Dr Siew Sheue Feng berkata, pengadu berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa telah dipaksa berbuat demikian oleh seorang "tokoh terkemuka," lapor Bernama.

Siew berkata, Saiful telah memberitahu perkara itu kepadanya ketika beliau membuat pemeriksaan ke atas pemuda itu.

Doktor berkenaan berkata, beliau seterusnya telah mengambil spesimen daripada tekak dan lidah Saiful, menurut laporan itu lagi.
Siew berkata demikian ketika disoal balas oleh peguambela S N Nair dalam perbicaraan kes liwat yang bersambung semula hari ini.

Doktor berkenaan juga berkata, beliau telah mencatat butiran mengenai dakwaan tersebut.

Tambahnya, Mohd Saiful turut mendakwa tidak dapat duduk selama dua hari akibat perbuatan seks tanpa rela.
-malaysiakini-

Liwat II bersambung, doktor HKL di kandang saksi

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguam Karpal Singh dijangka terus ahli patologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Siew Sheue Feng berhubung borang perubatan pro-forma.

Borang pro-forma itu adalah soalan lazim yang digunakan semasa pemeriksaan penderaan seksual dan dalam kes ini, ia membabitkan pengadu kes tersebut, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga adalah bekas pembantu ketua pembangkang itu.

Pada sesi mahkamah yang lalu, Siew hanya mengemukakan borang pro-forma yang kosong untuk rujukan pihak pembelaan.

Doktor itu juga enggan merujuk kepada nota-nota perubatannya ketika disoal balas oleh pihak pembelaan tetapi kemudiannya sering-kali melihatnya semula ketika mahkamah berhenti untuk rehat.

Akibatnya, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah terpaksa mengarahkanya supaya menyerahkan nota itu kepada pihak pembelaan.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden juga kembali beraksi di mahkamah selepas mengalami keretakan tulang di kakinya.

Perbicaraan hari ini menarik perhatian perwakilan asing di negara ini termasuk daripada Finland.
-malaysiakini-

Kes Liwat: Karpal Mohon Hakim Berundur Dan Saksi Dikena Tindakan


KUALA LUMPUR, 23 NOV: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan permohonan melucutkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Zabidin Mohd Diah daripada perbicaraan kerana terus bersikap berat sebelah dan menghalang peguambela mendapatkan nota-nota pemeriksaan doktor ke atas pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Selain itu, peguam Karpal Singh akan memohon supaya pakar perubatan Dr Siew Sheue Feng dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana cuba menyembunyikan dokumen yang penting untuk pembelaan Anwar.

Zabidin akan mendengar kedua-dua permohonan itu esok pagi.

Anwar melahirkan rasa kesal terhadap keputusan-keputusan Zabidin yang dilihat berat sebelah sepanjang perbicaraan dan memihak kepada pendakwaraya, walaupun ia jelas bercanggah dengan prosedur undang-undang.

"Peguam telah memberi maklum bahawa kita akan mengemukakan permohonan supaya hakim menarik diri kerana berpuluh-puluh kes kita asyik diketepikan semua undang-undang dan hanya memihak kepada pendakwa. Beberapa kenyataan dia (Zabidin) nampak jelas tidak berlaku adil. Jadi ini akan dilakukan esok," jelas Anwar.

Pada hari ini Zabidin sekali lagi melarang peguambela daripada mendapatkan dokumen pemeriksaan awal daripada pakar-pakar yang memberi keterangan.

Dokumen itu mempunyai banyak maklumat yang tidak terkandung dalam laporan perubatan yang dikemukakan oleh pendakwaraya kepada mahkamah.

Anwar berkata ada cubaan jelas melindungi maklumat nota perubatan pengadu Saiful Bukhari Adzlan, khususnya apabila pakar Patologis Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siew Sheue Feng memberi keterangan hari ini.

Walaupun gagal memberi jawapan tepat kepada soalan-soalan Karpal, Dr Siew enggan untuk merujuk kepada nota-nota yang diambil oleh beliau ketika memeriksa Saiful untuk memberi keterangan.

Ini kerana jika beliau berbuat demikian, peguambela boleh memohon untuk mendapatkan nota-nota. 

Bagaimanapun semasa waktu rehat, Dr Siew mengaku ada merujuk kepada nota-notanya. Anehnya sebaik sahaja perbicaraan bersambung, beliau enggan berbuat demikian.

"Kenapa ...takut mengenai kepada nota-nota ini," tanya Karpal. Namun pakar perubatan itu tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian.

Karpal kemudian berkata Dr Siew harus dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana merujuk kepada nota-nota itu waktu rehat walaupun beliau sebelum itu memberitahu mahkamah tidak akan berbuat demikian.

Beliau akan memohon supaya Hakim Zabidin mengenakan tindakan itu kerana jelas ada cubaan untuk menyembunyikan maklumat daripada peguambela.

Karpal juga menegur Zabidin kerana terus menafikan hak peguambela untuk mendapatkan nota-nota pemeriksaan awal doktor yang cukup relevan kepada perbicaraan.

Peguam veteran itu berkata Zabidin hanya membuang masa mengambil keterangan doktor jika tidak mahu melihat sendiri nota-nota yang diambil oleh doktor dalam memberikan keterangan mereka di mahkamah.

Perbicaraan tegang seketika apabila Anwar, peguam Karpal Singh dan Sankara Nair bertikam lidah dengan pendakwaraya Yusuf Zainal Abiden. Anwar menuduh Zainal sebagai bertindak keterlaluan dalam usaha untuk menghalang dokumen-dokumen tertentu daripada dikemukakan kepada mahkamah.

Menyifatkan prosiding kes sebagai sabotaj, Anwar berkata tingkah laku Dr Siew hari ini jelas membuktikan cubaan nyata untuk menyembunyikan nota-nota awal pemeriksaan terhadap Saiful.

"Jadi pada pendapat saya ialah memang ada cubaan tidak mendedahkan maklumat yang benar. Kalau dia buat nota masa pemeriksaan Saiful, mengapa dia takut beri keterangan. Ini isu asas dalam undang-undang. Anda buat keterangan, anda buat cacatan. Dua bulan kemudian anda buat laporan. Sebahagian itu diserahkan, tapi catatan bermati-matian dihalang oleh pendakwa daripada dikemukakan," tegas beliau lagi.
-tvsnews-

kes Liwat: Karpal Dakwa Saksi Ke-3 Hina Mahkamah


KUALA LUMPUR, 23 NOV: Peguam, Karpal Singh memohon mahkamah supaya kesemua material yang digunakan saksi ke-3 pakar patologi HKL, Dr. Siew Sheue Feng diserahkan kepada peguambela ketika beliau mengimbas semula data klinikal pada waktu rehat berdasarkan Seksyen 159.

Menurut Karpal, Dr Siew boleh disabitkan kesalahan menghina mahkamah dan menganggu prosiding mendapat pengadilan.

Namun Peguam Cara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin menyangkal kerana menurut beliau tiada peruntukan undang-undang menyekat saksi  daripada mengimbas semula ingatan berhubung kes.

Yusof seterusnya menegaskan saksi tidak melakukan sebarang kesalahan Seksyen 159 jika melakukan imbasan memori di luar waktu mahkamah.

Karpal berhujah, menegaskan saksi melanggar peraturan Seksyen 159 kerana melakukan perkara sedimikian ketika prosiding dan bukan sebelum.

Hakim memutuskan mahkamah bersambung esok jam 11.30 pagi kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu hadir ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya bersabit kes saman malunya terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Saksi Diprogram Sebagai Robot-Karpal
Suasana bilik perbicaraan kes fitnah ke-2 Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tegang apabila Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin bertikam lidah dengan Anwar dan beberapa individu lain.

Ia berikutan keengganan pihak mahkamah menyerahkan nota klinikal yang menjadi asas kepada perbicaraan itu.

Usaha peguam utama, Karpal Singh yang mengasak saksi, Dr Siew Sheue Feng supaya merujuk kepada nota perubatan asal juga menemui jalan buntu. 

"Saksi-saksi ini sudah diprogram sebagai robot,” bidas Karpal.

Justeru ia membawa kepada rasa tidak senang Ketua Umum PKR itu apabila haknya berulang kali dinafikan untuk mendapatkan nota perubatan asal yang dibuat oleh doktor-doktor Hospital Kuala Lumpur.

"Ini sudah melampau kerana awak semua (pendakwa) cuba menyaring semua bukti,” kata Anwar.

Yusof pula menjawab: "Kau tidak tahu mengenai undang-undang."

Ia kemudian mencetuskan pertikaman lidah pula antara Yusof dengan beberapa individu di galeri awam.

Empat hingga lima orang polis yang bertugas kemudiaan dikerah untuk mengawal keadaan.

Anwar kemudian dilihat keluar dan masuk semula beberapa minit kemudian.

Karpal kemudian berkata pihak pembelaan akan mengemukakan permohonan bagi melucutkan kelayakan hakim membicarakan kes itu kerana Zabidin didakwa gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

"Kita akan failkan permohonan pagi esok.”

Sebelum itu, Karpal bertanya kepada Dr Siew berhubung apa yang diisi dalam borang perubatan.

Nama pesakit - saksi menjawab, "Mohd Saiful Bin Bukhari."

No IC - Dr Siew berkata dia tidak ingat.

Tarikh lahir - sekali lagi doktor itu berkata dia tidak ingat.

Pekerjaan - “pembantu peribadi”

Status - "bujang"

Dr Siew juga berkata dia tidak ingat nombor laporan polis berkenaan.

Karpal kemudian meminta Dr Siew merujuk kepada laporan perubatan. “ Bukankah awak ingin menyegarkan semula ingatan awak berdasarkan nota itu?”

Saksi berkata dia hanya merujuk kepada maklumat dalam laporan perubatan terakhir dan bukan nota perubatan yang asal.

"Saya ada laporan yang lengkap,” katanya.

Pagi tadi, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sekali lagi menolak permohonan pihak peguambela bagi mendapatkan nota perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sorok Bukti Mahkamah Tegang

Sebelum ini, pada sesi pagi peguambela Karpal Singh bertegas agar mahkamah mematuhi Seksyen 45, Mahkamah Supreme membenarkan saksi mengemukakan data menyokong keterangan bagi membantu mahkamah mendapatkan gambaran dari sudut sains dalam kes fitnah ke-2 Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Karpal berkata tidak adil bagi pihak peguambela sekiranya data disertakan tidak menyokong kenyataan lisan justeru menyangkal keadilan sistem perundangan.

"Fungsi pakar (saksi) adalah mengemukakan kepada mahkamah setiap maklumat bagi menyokong keterangan dalam terma sains agar mahkamah tidak tersilap arah," tegas Karpal.

Tambah beliau lagi, sebarang kenyataan dalam mahkamah tidak relevan sekiranya tiada data sokongan.

Bagaimanapun Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin mencelah mengatakan saksi layak menjawab secara lisan selain tiada desakan untuk saksi mengemukakan data.

Justeru Yusof berkata, tugas pakar patologi HKL, Dr Siew Sheue Feng hanya untuk mengambil sampel dan mengenalpasti kecederaan namun bukan mengenalpasti data.

Hakim Zabidin Mohd Diah sedang mempertimbangkan keputusan dalam kamar.

Pagi tadi, Dr. Siew tampil saksi pertama sesi pagi hari ini menyerahkan contoh borang semakan kecederaan Hospital Kuala Lumpur.

Namun apa yang dituntut semalam oleh peguambela adalah borang semakan terhadap pengadu, Saiful Bukhari Azlan.

Apabila ditanya sekiranya beliau boleh membawanya ke mahkamah, Dr Siew mengangguk.
-tvsnews-

Tegang di mahkamah, polis dikerah kawal keadaan

Ketegangan tercetus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin bertikam lidah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa individu di galeri awam.

Semuanya gara-gara peguam utama pembela, Karpal Singh yang gagal dalam usahanya cuba mengasak saksi hari ini, Dr Siew Sheue Feng supaya merujuk kepada nota perubatan asal.

"Saksi-saksi ini sudah diprogram sebagai robot,” bidas Karpal.

Anwar juga dilihat hilang sabarnya hari ini kerana telah berulang-kali dinafikan hak mendapatkan nota perubataan asal yang dibuat oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur.

"Ini sudah melampau kerana awak semua (pendakwa) cuba menyaring semua bukti,” kata Anwar.

Yusof menjawab: "Kau tidak tahu mengenai undang-undang."

Ia kemudian mencetuskan pertikaman lidah pula antara Yusof dengan beberapa individu di galeri awam. 

Anggota polis yang berjumlah empat hingga lima orang, termasuk seorang yang berpangkat ASP kemudiannya dikerah bagi mengawal keadaan.


Anwar keluar dari mahkamah masuk beberapa kemudian sambil memberi petunjuk kepasda polis bahawa beliau akan bertenang.

Karpal kemudian berkata pihak pembelaan akan mengemukakan permohonan bagi melucutkan kelayakan hakim membicarakan kes itu kerana Zabidin didakwa gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

"Kita akan failkan permohonan pagi esok.”
Tak ingat

Sebelum itu, Karpal bertanya kepada Dr Siew berhubung apa yang diisi dalam borang perubatan.

Nama pesakit - saksi menjawab, "Mohd Saiful Bin Bukhari."

No IC - Dr Siew berkata dia tidak ingat.

Tarikh lahir - sekali lagi doktor itu berkata dia tidak ingat.

Pekerjaan - “pembantu peribadi”

Status - "bujang"

Dr Siew juga berkata dia tidak ingat nombor laporan polis berkenaan.

Karpal kemudian meminta Dr Siew merujuk kepada laporan perubatan. “ Bukankah awak ingin menyegarkan semula ingatan awak berdasarkan nota itu?”

Saksi berkata dia hanya merujuk kepada maklumat dalam laporan perubatan terakhir dan bukan nota perubatan yang asal.

"Saya ada laporan yang lengkap,” katanya.
Pagi tadi, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sekali lagi menolak permohonan pihak peguambela bagi mendapatkan nota perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, mahkamah tidak boleh memaksa dokumen itu dikemukakan.
Keputusan mahkamah agung

Sebelum itu berlaku pertikaman lidah antara peguam utama pihak pembelaan Karpal Singh yang berhujah bahawa hakim gagal memahami Seksyen 45, Akta Keterangan 1950 yang mensyaratkan seseorang pakar perlu mengemukakan semua dokumen bagi menyokong semua hujah yang dikemukakan di mahkamah.
"Ini keputusan Mahkamah Agung.”

Hakim Mohamad Zabidin berkata: "Bagaiaman jika dia (saksi) tidak mahu melihatnya (dokumen)?”
Karpal berkata ini tidak adil dan ini menyukarkan tugas pihak pembelaan dalam melaksanakan tugas mereka.

“Apa yang mungkin Yang Arif catatkan adalah tidak berguna kecuali ia disokong oleh data dan ia tidak berguna dengan tulisan di atas kertas itu.”
anwar karpal 200910 01"Kenapa mesti Yang Arif duduk dan terdedah kepada tidak tentu arah?” soal Karpal.

Katanya, tindakan itu bagi membantu mahkamah mendapatkan gambaran dari sudut sains.

Justeru, menurut Karpal, adalah tidak adil kepada pihak peguambela jika data yang disertakan tidak menyokong kenyataan lisan dan bercanggah dengan sistem perundangan.

"Fungsi pakar (saksi) adalah mengemukakan kepada mahkamah setiap maklumat bagi menyokong keterangan dalam terma sains agar mahkamah tidak tersilap arah," kata Karpal.

Bagaimanapun Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin mencelah mengatakan saksi layak menjawab secara lisan selain tiada desakan untuk saksi mengemukakan data.

Katanya tugas pakar patologi HKL, Dr Siew hanya untuk mengambil sampel dan mengenalpasti kecederaan dan bukan mengenalpasti data.
-malaysiakini-

Kes Liwat: Air mani boleh kekal 72 jam dalam rektum - Pakar

Saksi kedua pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, air mani boleh berada di dalam dubur seseorang selama tiga hari.

Dr Razali Ismail, saksi kedua pendakwaan berkata demikian ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin petang ini.

Pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur itu ditanya berhubung pemeriksaan yang dilakukannya ke atas dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Anwar.
NONEDr Razali berkata, berdasarkan bacaannya, air mani boleh berada di dalam rongga itu selama 72 jam.
Disoal lanjut, Dr Razali (foto, kanan) berkata beliau tidak tahu siapakah yang melakukan perbuatan itu (meliwat) tetapi beliau hanya mengetahui bahawa individu tersebut adalah seorang tokoh ternama.

Terdahulu ketika ditanya oleh peguam Anwar, Sankara Nair, Dr Razali berkata beliau membuat pemeriksaan ke atas dubur Mohd Saiful pada jam 10 malam, 28 Jun 2008 – 56 jam selepas saksi utama itu didakwa diliwat.

Ketika disoal oleh seorang lagi peguam Anwar, Karpal Singh, pakar bedah itu mempertahankan bahawa rektum Mohd Saiful kosong dan tidak mengandungi najis walaupun saksi utama itu mendakwa tidak membuang air besar selama tiga hari.

Mahkamah pada petang ini turut mendengar pemeriksaan balas ke atas pakar patologi HKL Dr Siew Sheue Feng, saksi ketiga pendakwaan sebelum perbicaraan ditangguhkan pada kira-kira jam 4 petang ini.

Anwar dihalang dapatkan laporan perubatan
Sementara itu, dalam perbicaraan sesi pagi tadi, satu keputusan dibuat oleh hakim untuk tidak memberikan nota klinikal oleh tiga doktor yang memeriksa Mohd Saiful kepada pembelaan.

NONEMohamad Zabidin (kiri) berkata beliau memutuskan demikian memandangkan pembelaan gagal memenuhi keperluan perundangan untuk mendapatkan nota berkenaan.

Permohonan yang dikemukakan pembelaan itu hanya berdasarkan gerak hati untuk menonjolkan kontradiksi dalam keterangan Mohd Saiful, katanya.

Mohamad Zabidin juga memutuskan bahawa laporan perubatan daripada doktor HKL itu diterima sebagai bahan bukti walaupun menerima bantahan daripada Karpal Singh.

Karpal berkata beliau akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan berkenaan.
-malaysiakini-

Kes Liwat: Lagi Keterangan 'Luar Biasa' Dari Dr Razali


KUALA LUMPUR, 22 NOV: Pakar perubatan Dr Mohd Razali menegaskan bahawa dubur pengadu Saiful Bukhari Azlan “kosong’ walaupun Saiful mengadu tidak membuang air besar selama 48 jam.

Razali mendakwa bahawa walaupun seseorang tidak membuang air besar begitu lama, maka dubur beliau tidak boleh dalam keadaan kosong,
 
Peguam Anwar Sankara Nair  menyifatkan keterangan Dr Razali sebagai “luar biasa.”

Dr Razali berkata beliau menjalankan pemeriksaan ke atas Saiful pada 28 June 2008 atau 56 jam selepas pengadu mendakwa di liwat.

Pada pemeriksaan itu, Dr Razali mendakwa walaupun dubur pengadu tidak mengandungi najis, namun beliau menjumpai sampel air mani  tertuduh.
 
Dr Razali bagaimanapun tidak yakin samada sampel itu diletakkan dalam balang  kalis udara kerana tugas itu dijalankan oleh doktor lain.

Pada sebelah pagi, Hakim Zabidin Mohd Diah menolak permohonan peguambela Anwar  mendapatkan laporan awal pemeriksaan doktor terhadap Saiful ini.

Alasan yang diberikan hakim ialah laporan itu hanya boleh diperolehi jika dikemukakan oleh pendakwaraya atau jika Dr Razali merujuk kepadanya semasa memberi keterangan.

Laporan itu penting kepada peguambela kerana ia mengandungi pelbagai maklumat mengenai pemeriksaan ke atas Saiful yang tidak dimasukan dalam laporan perubatan yang dikemukakan kepada mahkamah.

Ketika memberi keterangan bulan lalu,  Dr Razali enggan merujuk kepada laporan pemeriksaan awal itu walaupun gagal memberikan jawapan memuaskan kepada soalan yang diajukan oleh peguam Karpal Singh.

Mohamad Zabidin juga memutuskan bahawa laporan perubatan HKL yang muktamad  diterima sebagai bahan bukti walaupun sebahagian daripada laporan itu tidak dikemukakan.

-tvsnews-

Mahkamah halang Anwar dapatkan laporan perubatan

Perbicaraan kes sodomi melibatkan Datuk Seri Anwar bersambung hari ini selepas ditangguhkan selama sebulan dengan satu keputusan oleh hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah untuk tidak memberikan nota klinikal oleh tiga doktor yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada pembelaan.

Mohamad Zabidin berkata beliau memutuskan demikian memandangkan pembelaan gagal memenuhi keperluan perundangan untuk mendapatkan nota berkenaan.

Permohonan yang dikemukakan pembelaan itu hanya berdasarkan gerak hati untuk menonjolkan percanggahan dalam keterangan Mohd Saiful, saksi utama dalam kes berkenaan, katanya.

Mohamad Zabidin juga memutuskan bahawa laporan perubatan daripada doktor HKL itu diterima sebagai bahan bukti walaupun menerima bantahan daripada peguam Karpal Singh.

Karpal berkata beliau akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan berkenaan dan memohon penangguhan kerana perlu mengemukakan satu usul di Dewan Rakyat hari ini.

Permohonan berkenaan dibenarkan Mohamad Zabidin yang menangguhkan perbicaraan sehingga jam 12.30 petang.
-malaysiakini-

Liwat II: Rektum Saiful 'kosong', kata pakar bedah


KUALA LUMPUR 29 OKT:Pakar bedah Am Dr Razali Ibrahim yang memeriksa Mohd Saiful Bukhary Azlan untuk mengenal pasti kesan-kesan diliwat memberitahu mahkamah, beliau mendapati rektum pengadu itu “kosong.”

“Rektum kelihatan kosong, jadi saya mencatatkan sebagai kosong,” kata pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ini ketika disoal balas oleh peguam pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair.

Razali juga memberitahu, pemeriksaan dubur dijalankan pada 28 Jun 2008 bukan pemeriksaan klinikal yang pertama dikendalikan ke atas Saiful.

Disoal bertubi-tubi oleh Sankara, beliau yang kini berkhidmat dengan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) mengaku, bukan mudah untuk menjalankan pemeriksaan “proctoscopy” ke atas Saiful meskipun dengan menggunakan bahan pelincir.

Penggunaan sebarang instrumen secara tiba-tiba di dubur boleh menyebabkan kecederaan ke atas bahagian-bahagian yang sensitif, kata Razali.

Pada akhir Jun 2008, Saiful mengunjungi Hospital Pusrawi, pusat perubatan swasta, untuk pemeriksaan ekoran sakit di bahagian dubur sebelum dirujuk kepada HKL.

Laporan perubatan dari Pusrawi, yang bocor tahun lalu, mendedahkan bahawa Saiful tidak buang air besar selepas dia diliwat.

Semalam, Razali tegas dengan pendiriannya untuk tidak merujuk nota klinikal bagi menyegarkan ingatannya.

Walaupun diasak berulang kali oleh Karpal, Razali mendesak bahawa beliau tidak merujuk nota yang diambil semasa pemeriksaan perubatan ke atas Saiful selama tiga jam pada malam 28 Jun 2008.

Mahkamah Tinggi kemudian menolak permohonan lisan Karpal, yang mewakili Anwar, untuk mendapatkan nota mengenai sejarah dan pemeriksaan perubatan ke atas Saiful.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya berkata pasukan pembelaan tidak berhak mendapatkan nota-nota tersebut kerana ia tidak dirujuk oleh Razali dalam pemeriksaan utama oleh pihak pembelaan.

Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
-TheMalaysianInsider

Liwat II ditangguh ke 2 petang, Karpal akan hadir

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membicarkan kes liwat yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini ditangguhkan sehingga jam dua petang ini.

Sebelum perbicaraan bermula kedua-dua pihak - pembelaan dan pendakwaan berbincang di kamar hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.
NONEKetika perbicaraan , seorang lagi peguam yang mewakili ketua pembangkang itu - Sankara Nair memaklumkan kepada mahkamah bahawa ujian denggi ke atas peguam utama Karpal Singh menunjukkan keputusan negatif. 

Katanya, meskipun Karpal masih lemah dan dilanda cirit-birit pula, beliau akan datang ke mahkamah pada jam dua petang ini.

Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata beliau tidak ada bantahan berhubung penangguhan itu tetapi berharap ia diteruskan pada waktu yang dijanjikan itu.

Hakim Zabidin kemudian menangguhkan perbicaraan sehingga jam 2 petang ini.
azlanSankara memberi jaminan jika Karpal tidak hadir, peguam lain akan menjalankan soal-balas ke atas saksi.

Selain Sankara, peguam lain yang berada di mahkamah hari ini adalah Param Cumaraswamy.

Anwar hari ini ditemani anaknya Nurul Nuha.

Pada perbicaraan dua hari lalu, peguam bela, Karpal Singh menyoal-balas pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim yang membuat pendedahan bahawa wujud sebuah laporan pemeriksaan awal terhadap pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan tetapi laporan itu tidak dibentangkan di mahkamah.

Anwar, 63, sedang dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful, bekas pembantu peribadinya yang berusia 25 tahun, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di Kuala Lumpur di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

-malaysiakini-

Karpal tak sihat: Perbicaraan Liwat 2 ditangguh

Perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, ditangguhkan sehingga esok kerana peguam bela utama Karpal Singh tidak sihat.

Ram Karpal memberitahu mahkamah, ayahnya itu disyaki mengidap deman denggi.

"Ujian darah dibuat pada hari Jumaat dan keputusannya dijangka diperolehi hari ini," katanya,

Peguam cara II Mohd Yusof Zainal Abiden pula berkata pihak pendakwaan tiada bantahan untuk penangguhan itu.

"Kami maklum beliau tidak sihat sejak semalam," katanya.

Sekiranya Karpal tidak dapat datang esok, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah memerintahkan pasukan pembelaan supaya melantik peguam lain menggantikannya untuk menyoal balas.
Sementara itu, di luar mahkamah, peguam Sankara Nair memberitahu pemberitahu walau apa pun yang terjadi, hakim telah memutuskan perbicaraan dan sesi menyoal balas akan bersambung esok.

Katanya, pembelaan masih belum menerima salinan dokumen laporan perubatan awal oleh tiga doktor terhadap Mohd Saiful Bukhari.

Menurut Sankara, dengan salinan yang tidak bertandatangan di tangan mereka, laporan itu menjadi tidak relevan kepada pasukan pembelaan.

"Kami masih perlu mendapatkan salinan laporan itu dan kami akan bincangkan tindakan selanjutnya," katanya.

-malaysiakini-

Kes Anwar: Saksi dedah kewujudan satu lagi laporan perubatan

KUALA LUMPUR: Seorang saksi dalam perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan tentang kewujudan laporan perubatan pertama berkaitan sejarah dan pemeriksaan pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Laporan awal yang tidak ditampilkan di mahkamah sebagai bukti itu disediakan sebelum laporan perubatan penuh bertarikh 13 Julai dibuat, dan ia kini diserahkan kepada mahkamah.

Pakar Bedah Umum Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Mohd Razali Ibrahim dalam keterangannya hari ini berkata, laporan awal yang disimpan di HKL itu disediakan oleh beliau dan dua pakar lagi, iaitu pakar rawatan kecemasan Dr Khairul Nizam Hassan dan pakar patologi forensik Dr Siew Sheue Feng, selepas mereka memeriksa Mohd Saiful selama tiga jam pada malam 28 Jun 2008.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak dapat ingat tarikh laporan itu yang ditandatangani oleh ketiga-tiga mereka.

Dr Mohd Razali bagaimanapun berkata tarikh laporan yang bertaip itu adalah antara 28 Jun 2008 dan 13 Julai 2008.
Kewujudan laporan awal itu didedahkan oleh Dr Mohd Razali dalam sesi soal balas oleh peguam Anwar, Karpal Singh.

"Kami (Dr Mohd Razali, Dr Khairul Nizam dan Dr Siew) memeriksa pesakit (Mohd Saiful) pada 28 Jun 2008, pada jam 9 malam dan menamatkan pemeriksaan itu tiga jam kemudian, pada jam 12 tengah malam," katanya.
Anwar, 63, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ketua Pembangkang itu sedang dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful, bekas pembantu peribadinya yang berusia 25 tahun, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini di antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Karpal: Pada 28 Jun 2008 pemeriksaan dijalankan. Antara 28 Jun 2008 dan 13 Julai, terdapat satu lagi laporan dalam tempoh masa itu?

Dr Mohd Razali: Laporan pemeriksaan dan sejarah pesakit.

Karpal: Jadi laporan sejarah itu lebih terperinci dalam laporan ini?

Dr Mohd Razali: Saya tidak ingat.

Ditanya Karpal sekiranya Dr Mohd Razali boleh tampilkan laporan itu kepada mahkamah kerana ia amat penting kepada pihak pembelaan, pakar bedah itu menjawab laporan itu boleh didapati di HKL, tapi dia tidak tahu di mana laporan itu sekarang.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah kemudiannya menghentikan seketika prosiding bagi membolehkan kedua-dua pihak berbincang mengenai laporan awal itu.

Selepas prosiding bersambung, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, memaklumkan kepada mahkamah bahawa Dr Siew mempunyai salinan laporan itu yang tidak ditandatangan.

Karpal menjawab bahawa salinan yang tidak bertandatangan tidak membawa sebarang kesan, dan beliau mahukan supaya salinan yang bertandatangan sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr Mohd Razali, ditampilkan.

Perbicaraan kemudiannya disambung esok bagi membolehkan doktor dan pegawai penyiasat mencari laporan awal itu di HKL, untuk dibawa ke mahkamah esok.

Terdahulu, ketika menjawab satu soalan Karpal, Dr Mohd Razali berkata, sepanjang tiga jam pemeriksaan, ia turut dihadiri oleh pegawai penyiasat Superintendan Jude Pereira.

Ditanya tujuan kehadiran pegawai polis semasa pemeriksaan, Dr Mohd Razali menjelaskan bahawa anggota polis berada di situ kerana kes itu dianggap sebagai kes undang-undang yang berkaitan perubatan.

Dr Mohd Razali juga memberitahu mahkamah bahawa pemeriksaan itu dijalankan pada 28 Jun 2008 dan laporan klinikal pada pemeriksaan itu disediakan pada 13 Julai 2008.

Karpal: Adakah laporan ini diminta oleh sesiapa? Oleh mana-mana pihak?

Dr Razali: Saya tidak diberitahu. Oleh pihak lebih tinggi.

Karpal: Awak andaikan ia dibuat oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi?

Dr Mohd Razali: Ya.

Karpal: Kenapa?

Dr Mohd Razali: Kerana biasanya pihak berkuasa lebih tinggi yang perlukan laporan itu.

Karpal: Pihak berkuasa lebih tinggi, maksud awak polis?

Dr Mohd Razali: Saya tidak tahu. Mungkin.

Karpal: Biasanya dalam kes ini, oleh polis?

Dr Mohd Razali: Ya, seharusnya polis.
 -Bernama-