"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zakir Naik cetus fenomena

MOHD. RADZI MOHD. ZIN
Kedatangan pendakwah antarabangsa terkenal, Dr. Zakir Naik, 50, sememangnya mencetuskan fenomena. Seingat penulis, belum pernah siri ceramah agama dibanjiri oleh puluhan ribu manusia yang terdiri daripada bukan sahaja orang Islam tetapi ramai dalam kalangan bukan Islam

Demikian hebat dan luar biasanya doktor perubatan yang dilahirkan di Mumbai ini. Ia sekali gus menguatkan lagi kebenaran firman Allah SWT yang mengangkat darjat orang yang berilmu. (rujuk ayat 11 surah al-Mujadalah)

Terbaharu, ceramah beliau di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, esok dijangka dihadiri oleh 30,000 orang. Demikianlah aturan Allah SWT. Di sebalik bantahan oleh Hindraf dan segelintir penganut Hindu yang membawa kepada pembatalan forum bertajuk Similarities Between Hinduism and Islam di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem) Ahad ini, nama Dr. Zakir makin popular. Alhamdulillah, pembatalan itu ditarik semula selepas diganti tajuk baru The Solution To The Problems of Humanity.

Memang resmi manusia, semakin dilarang atau dihalang melakukan sesuatu, makin kuat keinginan untuk mendapatkan bahan larangan tersebut. Ternyata, liputan luas media massa tempatan yang memaparkannya dalam muka depan akhbar masing-masing tentang pembatalan itu sebenarnya mempunyai rahmat. Semakin ramai terutama yang bukan Islam mahu mengenali dan mendengar syarahan insan yang pakar dalam per­bandingan agama ini.

Antara ungkapan ‘hikmah’ beliau yang mengesankan adalah semasa menjawab pertanyaan seorang penganut kristian seperti yang disiar menerusi YouTube: “Untuk mengetahui tentang Islam jangan lihat pada umatnya tetapi kajilah al-Quran dan hadis-hadis sahih”.

Sebab itu, jangan terpedaya dengan gerakan-gerakan keganasan dan militan yang bertopengkan Islam. Kumpulan seperti militan IS sebenarnya bukan mengikut ajaran Islam. Islam adalah agama yang sejahtera. Ia melarang segala bentuk penganiayaan, kezaliman dan maksiat.

Malangnya, kejahatan yang dilakukan oleh sebahagian penganutnya telah mencalar dan mencemar kesucian agama Islam. Namun, jawapannya mudah. Itulah beza muslim (orang Islam) dan mukmin (orang beriman).

Keresahan Hindraf terhadap Dr. Zakir mungkin kerana pendakwah ini bukan sahaja memiliki pakej ilmuwan yang lengkap (petah berhujah dengan dalil al-Quran, hadis, Taurat, Injil dan juga kitab-kitab agama lain termasuk Hindu), beliau juga berupaya memberi jawapan yang tepat dan memuaskan hati. Natijahnya, ramai yang beliau Islamkan usai sesi soal jawab.

Demikianlah Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Ini bukan ajaib kerana hanya Islam agama yang benar sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya agama yang benar dan diredai Allah ialah agama Islam. (ali-Imran: 19)

Kita sebenarnya harmoni dengan masyarakat India dalam banyak hal apabila boleh berkongsi makanan yang sama se­perti capati, tosai, maruku dan putu mayam. Malangnya, dalam agama, toleransi itu nampaknya tidak wujud.

Seperkara lagi, dalam kita mengalu-alukan kedatangan be­liau ke Malaysia dan menghadiri sesi ceramah beliau, jangan kita alpa keutamaan menuntut ilmu fardu ain terutama bab fikah dan tauhid. Biasanya ilmu-ilmu ini diajar di masjid dan surau oleh para ustaz dan ustazah.

Jangan kita melenting apabila ceramah Dr. Zakir dibatal atau dihalang sedangkan selama ini kita tidak pernah memijak tangga masjid dan surau mengikuti siri kuliah yang diadakan. Kita memerlukan lebih ramai insan sehebat Dr. Zakir untuk menyebar luaskan dakwah khasnya kepada orang bukan Islam.

Semoga kita istiqamah beribadat dan dimatikan dalam khusnul khatimah. Sebabnya, barang siapa yang mencari agama selain Islam, maka ia termasuk orang yang rugi di akhirat kelak. (rujuk ayat 85 surah ali-Imran)

Dua Anggota Polis Bebas Suspek Kes Rogol Disiasat

PETALING JAYA: Polis telah membuka kertas siasatan berkaitan dua anggota pasukan keselamatan itu yang didakwa membebaskan suspek kes rogol kanak-kanak empat tahun di Kampung Kubu Gajah, Sungai Pelong, Sungai Buloh, Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata setakat ini tindakan tatatertib iaitu tahan kerja serta merta telah dikenakan ke atas dua anggota terbabit sementara siasatan dilakukan.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan telah menjalankan tugas dengan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sepatutnya.

"Kita akui kesilapan ini tidak sepatutnya berlaku, bila seseorang menyerahkan penjenayah kepada pihak polis, perlu mengambil tindakan sewajarnya mengikut garis panduan ditetapkan, terutama melibatkan kes rogol seperti ini.

"Jika keputusan siasatan itu nanti membuktikan mereka bersalah sehingga menyebabkan suspek bebas, kita tidak akan teragak-agak tuduh dua anggota terbabit di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau di Hutan Pendidikan Bukit Gasing, di sini, Sabtu.

Abdul Rahim berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan iaitu melepaskan orang tahanan, yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengenai suspek kes rogol itu, beliau berkata pihak polis sedang giat mengesan lelaki itu yang dipercayai warga asing.

Dalam kejadian pada Khamis lalu, kanak-kanak malang itu dikatakan dirogol suspek pada pukul 1 pagi sebelum ditangkap orang ramai.

Dua anggota polis yang menaiki kereta peronda kemudian tiba di lokasi tersebut menahan suspek berkenaan dan membawanya ke Balai Polis Sungai Pelong.

Bagaimanapun, dua anggota polis berkenaan dikatakan telah membuat keputusan sendiri dengan membebaskan suspek disebabkan ibu mangsa enggan membuat laporan polis kerana mereka adalah warga asing dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Abdul Samah berkata, satu laporan polis kemudian dibuat oleh seorang doktor hospital kerajaan pada hari sama setelah memeriksa kanak-kanak itu yang dibawa ibunya untuk menerima rawatan selepas mangsa mengadu mengalami kesakitan pada kemaluan.

Mira Filzah perjelas isu foto beraksi lucah (Gambar)

Kuala Lumpur – Heboh seketika laman sosial ketika ini apabila sekeping gambar Mira Filzah bersama objek seperti replika kemaluan lelaki telah tersebar. Tidak mudah melatah, pelakon ini menjelaskan fitnah tersebut di laman Instagram.

“Assalamualaikum. Rasanya, rata rata pun dah tahu gambar (iaitu gambar sebenar) yang telah di-edit tersebar. Dan tak perlulah Mira tunjuk atau upload disini gambar yang telah di-edit”

“Cukuplah Mira tampil di sini, nak bagitahu, nak tunjuk, ini adalah gambar yang sebenar,” katanya melalui laman sosial media tersebut. Tambah Mira, dia menyerahkan kepada Tuhan perkara tersebut selain menjelaskan tidak mengetahui siapakah disebalik dalang perbuatan itu.
-kualalumpurpost-

Inilah rahsia Ustaz Ahmad Awang kekal sihat di usia lapan dekad

Walaupun sudah melewati umur 80 tahun, Penasihat Umum Amanah Ustaz Ahmad Awang masih sihat dan kekal bertenaga.

Antara rahsia tokoh ulama ini mengekalkan kesihatan adalah mengamalkan perubatan homeopati dan mengawal pemakanan.

"Dari segi rawatan perubatan sejak dari umur 30-an saya mengamalkan rawatan homeopati. Sejak zaman Dr Burhanuddin al-Helmi dialah yang menggalakkan saya mengamalkan homeopati dan dialah bapa perubatan homeopati negara.

"Dr Burhanuddin mula buka sekolah perubatan homeopati di Melaka. Dari Melaka homeopati berkembang ke seluruh Malaysia. Kebetulan waktu beliau dalam uzur pada tahun 1960-an selepas balik dari Australia, saya ziarahi dia.

"Dia kata ketua doktor di Hospital Besar Perak kata tubuh dia sudah tak boleh dirawat. Dia buka semula buku-buku, kebetulan saya baru keluar dari hospital dan saya ceritakan masalah dan doktor tak boleh kesan apa puncanya.

"Dia bagi nasihat, keupayaan kaji darah di Malaysia ketinggalan 40 tahun dari dunia Barat. Selepas pergi mendapatkan rawatan di Australia baru doktor dapat kesan dalam darah Dr Burhanuddin ada racun.

"Kemudian dia tunjuk gambar Royal Homeopathy Clinic di London. Dia bagi saya ubat. Sejak itu saya terus buat rawatan homeopati," ujar Ustaz Ahmad.

Beliau turut mengamalkan pesanan Rasulullah s.a.w. iaitu makan jangan sampai kenyang.

"Jadi saya makan beransur-ansur daripada dulu sepinggan kadang-kadang bertambah, lepas itu kurangkan. Akhirnya makan separuh daripada yang biasa makan dan akhirnya makan sekali sahaja nasi sehari," ujarnya.

Beliau turut mengurangkan pengambilan nasi dan mengelak makanan berminyak dan mengandungi kolesterol.

"Kesihatan kena jaga, setiap enam bulan sekali kena buat pemeriksaan penuh. Sekurang-kurangnya buat senaman, berjalan kaki. Seminggu sekali sekurang-kurangnya," pesan beliau
-malaysiadateline-

Mahathir Dimalukan Hingga Terkedu Di Atas Pentas

Tranungkite
SHAH ALAM: Seorang lelaki yang merupakan peserta forum anjuran Pakatan Harapan berang semasa mengajukan soalan kepada bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad.

Menyalahkan Tun Mahathir tentang polisi kerajaan yang diguna pakai Umno pada zaman pemerintahan negarawan itu, lelaki itu turut menyindir polisi itu masih lagi digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada hari ini.

Tidak menepati jawapan daripada soalan itu bagaimanapun, Tun Mahathir mengakui dirinya merupakan manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Malah, sudah menjangka bakal dihentam oleh penyokong dalam kalangan parti pembangkang.

“Saya adalah manusia biasa tak sunyi dari kesilapan.

“Saya tahu saya datang sini mesti kena hentam. Ada banyak benda saya nak cakap saya tak kata, kerana takut ada yang tak seronok,”katanya di forum bertajuk Najib Bersubahat atau Tidak Bersalah, di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, untuk mendapatkan sokongan ramai perlu mengecilkan matlamat perjuangan supaya dapat diterima semua pihak.

“Nak dapatkan sokongan ramai kita kena perkecilkan matlamat atau perjuangan kita pada yang boleh diterima oleh semua dengan itu kita akan berjaya. Kalau nak ini nak itu kita akan gagal,”katanya.

Terdahulu, Tun Mahathir berkempen bagi deklarasi rakyat dan forum kali ini merupakan yang ketiga dihadirinya selepas turun dalam perhimpunan menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dua minggu lalu.

Video Imam Besar Khatolik Ini mengakui "Islam Agama yang Benar"

Tranungkite
Dmitri Smirnov yang merupakan seorang Imam Besar Katolik Ortodoks menyampaikan satu khutbah gereja yang begitu menggemparkan di depan beberapa ratus jemaatnya. Dalam khutbahnya itu, dia menyampaikan hari esok Rusia bakal jadi punya pemeluk Islam. Tersebut khutbah yang di sampaikan oleh Dmitri Smirnov :

Kalian saksikan, saat umat Islam merayakan hari besar keagamaannya, tak satu juga orang yang berani melalui mereka, lantaran di semua dunia di masjid-masjid serta berjalan-jalan kota di padati jutaan ribu umat Islam yang tengah bersujud pada Tuhannya.
Saksikanlah, barisan jutaan umat manusia yang melaksanakan ibadah dengan begitu teratur serta ikuti shaf mereka semasing, serta hal semacam itu tak perlu di ajarkan. Mereka berbaris dengan teratur tanpa ada mesti di perintah. Lantas di mana kalian dapat lihat pemeluk Kristen semua dunia, dapat melaksanakan ibadah berbarengan?

Serta hal semacam itu tak ada dalam Kristen, kalian akan tidak pernah memandangnya. Lihatlah mereka, orang Muslim sering menolong dengan suka-rela tanpa ada mengharapkan imbalan, namun pemeluk Kristen jadi demikian sebaliknya. Kalian tanyakan pada wanita tua itu (sembari menunjuk wanita yang lumpuh yang ada di gerejanya). Menurut wanita tua itu, seseorang pengemudi Muslim kerap sediakan layanan transportasinya untuk mengantarnya ke gereja di Moskow.

Serta tiap-tiap wanita tua itu menginginkan memberikannya gaji, namun pengemudi Muslim senantiasa menampiknya dengan argumen kalau Islam melarang mengambil gaji pada wanita lanjut usia, jompo, dhuafa serta anak-anak yatim di beberapa panti serta yayasan. Dengarkanlah persaksiannya, walau sebenarnya wanita tua itu bukanlah ibu atau kerabatnya, namun pengemudi Muslim menyampaikan dalam Islam harus menghormati orang yang lebih tua, terlebih orangtua yang lemah serta tidak berdaya itu.

Keikhlasan pribadi pengemudi Muslim itu tak ada diketemukan dalam pemeluk Kristen yang mengajarkan kasih, namun pengemudi Kristen dapat tanpa ada belas kasih memohon gaji atas layanan transportasinya pada wanita tua itu.

Dia menyampaikan layak memperoleh gaji karena
itu yaitu profesinya sebagai layanan transportasinya. Seseorang Muslim malah lebih dekat dengan Sang Mesiah, namun orang Kristen cuma menginginkan duit. Apakah kalian tak rasakan? Bagaimana dalam prosesi penebusan dosa, siapapun mesti membayar pada pendetamu, tak tahu itu miskin atau manula, harus memaharkannya sebagai ritual pengampunan dosa. Saksikan juga, seseorang Muslim tak tertarik untuk mngambil gaji pada beberapa orang lanjut usia.

Mereka demikian ikhlas dengan suka-rela membawakan beberapa barang dan belanjaan wanita tua itu. Hingga sang wanita tua itu akan berdoa ke gereja, sang pengemudi Muslim setia antar jemput wanita tua itu. Berikut
mengapa saya menyampaikan hari esok Rusia bakal jadi punya sebagian besar pemeluk Islam serta negeri ini bakal mnjadi punya Islam.

Kalian saksikan pribadi yang berbudi mulia serta santun, dapat bikin dunia tercengang, nyatanya akhlak Muslim lebih mulia dari pada jemaat Kristen. Kalian mendengar kalau Islam dituduhkan sebagai agama teroris, namun itu cuma gosip belaka yang sebenarnya umat Islam lebih memprioritaskan tata krama dan kesopanan.

Walaupun mereka di fitnah sebagai teroris, namun populasi jumlah mualaf di Eropa serta Rusia semakin ramai berdatangan ke tempat beribadah orang Muslim untuk memeluk Islam, lantaran beberapa mualaf tahu benar kalau Islam tak sekejam yang dunia tuduhkan. Saat ini serta selama-lamanya, hari esok Rusia bakal jadi punya umat Islam.

Di hari esok yaitu kembalinya kejayaan Islam. Saksikan populasi Muslim di Rusia, sudah sejumlah 23 juta serta pemeluk Kristen mngalami penurunan jadi 18 juta, lantas bekas yang lain tetap masih komunis. Ini satu kenyataan kalau Islam saat ini jadi agama paling besar di Rusia. Di utara sisa pecahan negara Uni Soviet sebagian besar Muslim yakni Republik Chechnya, Tarjikistan, Kajakhstan, Uzbeckistan serta Dagestan.

Lantas umat Islam sudah menjamah di kota-kota besar Rusia termasuk juga Moskow. Imam Besar mengakhiri khutbahnya serta turun ke mimbarnya dengan mata yang berair, dimana beberapa jemaatnya masihlah trpaku serta haru, tak menganggap seseorang Imam Besar Katolik dapat mengagungkan orang Muslim. Beberapa jemaat juga ada yang menangis lihat bagaimana caranya ajaran Islam yang nyatanya mengajarkan norma berbudi mulia serta tak layak sekalipun di cap sebagai "teroris". Subhanallah...

Walau hal semacam itu di sampaikan oleh seorang yang bukanlah muslim, tetapi hal semacam ini menunjukkan kalau didalam Islam di ajarkan mengenai akhlak mulia, sama-sama mengasihi, serta toleransi. Hal ini dapat menunjukkan kalau yang disebutkan beberapa orang yang berasumsi muslim yaitu "teroris" itu sekalipun tak benar. Mudah-mudahan umat Islam semakin lebih berkembang di semua Negara di belahan dunia ini. - ifablogaddres

Tersebut pernyataan Dimitriv dalam video Youtube-nya yang menyebar dengan cara viral. Dimitriv Smirnov yang bicara dihadapan beberapa ratus jemaatnya, seperti diambil The World Buletin News-Rusia, menyampaikan kalau hari esok Rusia bakal jadi punya umat Islam.

"Kalian lihat...ketika Umat Islam merayakan hari besar keagamaannya, tak satu juga orang yang berani melalui mereka lantaran di semua dunia di masjid-masjid serta berjalan-jalan kota dipadati jutaan umat Islam yang tengah bersujud pada Tuhannya.

Jawapan Zakir Naik buat saya nekad masuk Islam'


Woo Nina Grace, 19, yang diislamkan Dr Zakir Naik tengah malam semalam, mengakui telah lama ingin memeluk Islam.

Namun, katanya, jawapan pendakwah itu membuatkannya lebih yakin bahawa Islam sebuah agama yang suci, lapormyMetro.

"Saya semakin tertarik dengan agama Islam dan kebetulan Dr Zakir berkunjung ke negeri ini yang mana membuatkan saya mahu hadir ke syarahannya kerana mahu bertanyakan beberapa soalan.

"Akhirnya, jawapan yang diberikan Dr Zakir membuatkan saya nekad untuk memeluk Islam dan tidak kisah dengan pandangan orang lain,” beliau dipetik sebagai berkata.

Woo semalam bertanya adakah beliau dikira tidak menghormati Islam apabila membaca al-Fatihah, Tiga Qul dan ayat Kursi.

Zakir kemudian bertanya sama ada beliau percaya pada satu tuhan dan kerasulan Nabi Muhammad, yang dijawabnya “ya”.

Beliau kemudian mengucap dua kalimah syahadah dengan dibimbing Zakir, di hadapan kira-kira 40,000 orang hadirin dalam ceramah itu.

Nama baru, mahu pakai tudung

Sementara itu, Woo berkata, kehidupan hariannya sebelum ini yang banyak bergaul dengan rakan Islam menjadi faktor agama Islam dekat dengannya.

"Saya bersyukur kerana Allah berikan hidayah kepada saya pada 12.05 tengah malam Jumaat yang menjadi penghulu segala hari," katanya ketika dihubungi myMetro, di Chukai, hari ini.

Penuntut semester tiga Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pelantar Minyak Kolej RANACO, di Chukai, Kemaman berkata, dia berasa seperti dilahirkan semula.

Sementara itu, Woo juga dilapor berminat menggunakan nama baru Nur Nina Farisha dan mahu menjadi Muslimah yang baik, termasuk memakai tudung.

Remaja itu, yang ibunya berasal dari Filipina dan bapanya dari Johor, dilapor mengakui mula mengkaji Islam ketika berusia 13 tahun.

Berdasarkan gambar dirakam media, Nina kelihatan dipakaikan tudung berwarna hijau oleh isteri menteri besar Terengganu, Toh Puan Halina Zakaria.

Gambar itu dikatakan dirakam selepas selesai sesi ceramah Zakir di sebuah bilik rehat di tempat acara itu

Penyanyi rock terkenal ditahan kerana pukul teman wanita (Gambar)

Penyanyi rock terkenal ditahan kerana pukul teman wanita
Penyanyi rock terkenal ditahan kerana pukul teman wanita
Kuala Lumpur: Seorang penyanyi rock terkenal dilaporkan ditahan polis seketika selepas bertindak memukul teman wanitanya, pada bulan lalu.

Perkara itu didedahkan oleh wanita berkenaan, Shazia Mohd Rozaini, 23, yang juga merupakan ahli kumpulan ZiaBella.

Menurut Shazia atau lebih mesra dengan panggilan Zia, tindakan lelaki itu memukulnya memaksa dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Subang Jaya.

“Benar, dia memukul saya dengan teruk. Saya sudah tidak boleh menerima keadaan ini, menyebabkan saya membuat laporan polis.

“Dia juga ditahan seketika. Bagaimanapun, dia dilepaskan dengan syarat dirinya tidak boleh lagi dekat dengan saya ataupun keluarga.

“Dia juga takkan ada sebarang kaitan lagi dengan saya. Jika tidak, kes ini akan di bawa ke mahkamah,” katanya kepada BH Online.

Tambah Zia lagi, kejadian dipukul ini bukanlah kali pertama yang berlaku terhadap dirinya namun dia enggan bercerita lanjut kerana kes ini masih dalam siasatan polis.

Pada yang sama, Zia yang popular menerusi lagu Unfollow Hatiku bersama kumpulan Ziabella, mengakui tidak menyangka hubungan cinta yang terjalin lebih sembilan tahun itu musnah namun dia percaya semua yang berlaku ada hikmahnya.

Sementara itu, penyanyi rock berkenaan dikatakan enggan memberi sebarang komen berhubung kes tersebut.
-kualalumpurpost-

Ramasamy harus dikeluarkan dari negara ini – Mufti Perak

FMT Reporters
harussani-ramasamyPETALING JAYA: Kebiadapan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Prof P Ramasamy menghina penceramah Dr Zakir Naik dengan gelaran ‘syaitan’ seharusnya dihukum dikeluarkan dari negara ini.
Demikian kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menyifatkan kenyataan pemimpin DAP itu tidak menghormati Perlembagaan negara yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi.

“Bagi saya, tindakan Ramasamy itu sangat biadab. Sebagai seorang ahli politik dan pemimpin, Ramasamy sepatutnya memahami Perlembagaan.

“Kalau dia tak faham Perlembagaan, maka dia patut dikeluarkan dari negara ini,” katanya lapor Sinar Harian.

Malah, Harussani juga menyatakan permohonan maaf daripada Ramasamy sebelum ini tidak mencukupi kerana beliau memohon maaf atas penggunaan perkatan ‘syaitan’ sahaja.

“Tindakan Ramasamy itu bukan menghina Zakir saja, tetapi turut menghina Islam secara keseluruhannya. Malah, permohonan maaf itu seolah-olah bukan dari hatinya.

“Di India sendiri, Zakir tiada halangan mengadakan ceramah. Jadi kenapa ada individu seperti Ramasamy yang mahu melarang kedatangan Zakir ke sini?,” soalnya.

Pada 12 April lalu, Ramasamy memohon maaf kerana menggelar Dr Zakir sebagai ‘syaitan’.

Ramasamy mengakui telah menggelar Dr Zakir sebagai ‘syaitan’ dalam menerusi catatan di Facebooknya, pada 10 April lalu, kerana penceramah itu didakwa memberi ceramah menghina agama lain.

Memihak Kepada Turki Hukumnya Wajib!:Persatuan Ulama Dunia

Turki telah berada di barisan terdepan dalam menyokong perjuangan kaum Muslimin dewasa ini. Negara ini memberi perhatian besar terhadap Revolusi di Suriah dan jihad di Palestina. Sikap yang demikian membuat Turki mendapat banyak “musuh”.

Berbagai pihak menekan Turki baik dari sektor ekonomi, lobi politik, dan lainnya. Oleh karena itu, wajib bagi setiap muslim, pemimpin dan juga rakyatnya, berpihak kepada Turki dalam membela kebenaran tersebut.

Demikian fatwa yang dikeluarkan oleh Persatuan Ulama Muslim Dunia (International Union of Muslim Scholars) pada 1 Desember 2015 di Doha, Qatar.

“Banyak pihak yang hendak menjegal kebangkitan Turki. Mereka menekan Turki dari sektor ekonomi dan menarik narik Turki ke dalam konflik yang sia-sia. Itu semua hanya karena Turki berpihak kepada kemanusiaan, membantu rakyat Suriah dan mengurusi Pengungsi Suriah,” tulis Persatuan Ulama melaui laman resmi iumsonline

Dalam pernyataan itu, Persatuan Ulama Dunia yang diketuai Sheikh Yusuf Al-Qaradawi menyampaikan empat hal sebagai berikut:

Pertama, mewakili Kaum Muslimin, Persatuan Ulama Duniua memberikan apresiasi setinggi-tinggi nya bagi Turki yang telah menyokong perjuangan Umat Islam di berbagai negara. Diantaranya adalah tindakan adil Turki dalam menyikapi Revolusi Suriah.

Turki menggelontorkan bantuan yang sangat banyak untuk warga Suriah di saat mereka dibantai oleh Presiden mereka sendiri. Ratusan ribu telah dibunuh, puluhan ribu dipenjara, dan jutaaan orang terpaksa mengungsi.

Kedua, Persatuan Ulama Dunia mengajak segenap Organisasi Kerjasama Islam (OKI), dan seluruh negara yang merdeka untuk memihak kepada Turki atas sikapnya yang gagah berani. Mempertahankan prinsip dan kedaulatan.

Ketiga, Persatuan Ulama Dunia menyeru bangsa Arab dan seluruh kaum Muslimin menyokong Turki dengan segala bentuk bantuan.

Keempat, membantu ekonomi Turki hukumnya wajib dan mendesak. Karena berkaitan dengan Akhlak Islam, berujung pada ukhuwah imaniyah (persaudaraan yang berdasar pada keimanan). Hal itu juga merupakan sikap Wala’ (Loyalitas) terhadap sesama muslim. Sebagaimana hal itu diterangkan di banyak ayat al Qur’an dan Hadis Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassallam.

Firman Allah dalam al Qur’an Surat Al Maidah ayat 2:

وتعاونوا على البر والتقوى
“Dan saling tolong menolong lah kalian dalam kebajikan dan ketaqwaan”

ولا تعاونوا على الإثم والعدوان
“Dan jangan kalian tolong menolong dalam keburukan dan permusuhan”

Rosulullah Shallallhu ‘Alaihi Wassallam bersabda;

الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يُسْلِمُهُ
“Muslim ialah saudara bagi muslim lainnya. Tidak boleh berbuat dzalim pada nya, ataupun mencampakannya.” [HR. Muslim].

Artinya, dilarang mencampakan muslim lain dengan tidak menolong baik secara ekonomi, politik, dan lainnya.

Umat Islam adalah seperti Sabda Nabi;

عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْرٍ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص: اَلْمُسْلِمُوْنَ كَرَجُلٍ وَاحِدٍ اِنِ اشْتَكَى عَيْنُهُ اشْتَكَى كُلُّهُ، وَ اِنِ اشْتَكَى رَأْسُهُ اشْتَكَى كُلُّهُ

Dari Nu’man ia berkata : Rasulullah Shallallu ‘alaihi Wassallam bersabda, “Orang-orang muslim itu ibarat satu orang, jika matanya sakit, maka seluruh badannya ikut merasakan sakit. Dan bila kepalanya sakit, maka seluruh tubuhnya ikut merasa sakit pula”. [HR. Muslim]

Semoga Allah mencurahkan ilham Nya kepada presiden yang beriman, Erdogan dan Perdana Menteri Ihsanoglu, berupa; keteguhan dan kebijaksanaan dalam menolong kebenaran. Sehingga dapat bekerja demi kebaikan Islam, kaum Muslimin, dan umat manusia secara keseluruhan pungkasnya.

Sebagai penutup, Persatuan Ulama Dunia mendokan kebaikan bagi Turki dan seluruh negeri kaum Muslimin. Agar Allah halangi dari makar orang-orang yang dzalim.

حفظ الله تركيا وجميع بلاد الإسلام والمسلمين من الشرور والفتن، وقطع دابر القوم الظالمين

***

Fatwa tersebut dikeluarkan di Doha, Qatar pada 19 Safar,1437 Hijriyah/ 1 Desember 2015. Bertandan tangan Ketua Umum, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi dan Sekjen, Syeikh Dr. Ali al Quradaghi.

___
Sumber: iumsonline.org
Terjemahan: Hidayatullah

Prof.Ramasamy Terlibat Dalam Kumpulan Militan Tamil Eelam (LTTE): Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Seorang Pengganas?

Terlibat Dalam Kumpulan Militan LTTE : Prof.Ramasamy Digesa Letak Jawatan Timbalan Ketua Menteri
Tranungkite
Dari kiri; Ahli-ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) ; Prof. Dominic, Prof. Ramasamy, dan Bekas Peguam Negara Sri Lanka Mr.Siva Pasupathy. (Perpustakaan Foto TamilNet)

Professor P.Ramasamy digesa meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang kerana terlibat dalam Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).

Desakan itu dibuat oleh laman dbsjeyaraj.com yang menjelaskan LTTE adalah kumpulan militan yang berjuang untuk kemerdekaan bahagian utara dan timur Sri Lanka.

“LTTE adalah satu-satunya kumpulan militan yang membunuh dua pemimpin dunia: Presiden Sri Lanka Ranasinghe Premadasa pada tahun 1993 dan bekas Perdana Menteri India Rajiv Gandhi pada tahun 1991.

“LTTE mencipta tali pinggang bunuh diri dan merupakan pelopor pengeksploitasi wanita dalam serangan berani mati. Ia mempunyai rangkaian dengan organisasi keganasan lain terkenal termasuk Al-Qaeda dan telah menghantar senjata, pakar pertempuran dan pakar-pakar bahan letupan kes Selatan Filipina untuk melatih dan ahli Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), yang dikaitkan dengan serangan di Lahad Datu.

“Hasil daripada taktik keganasan itu, LTTE kini ditetapkan sebagai organisasi pengganas oleh 32 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, UK, India dan semua 27 negara-negara Kesatuan Eropah,”lapornya.

Kelab Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mendedahkan beberapa bukti pautan media sosial yang membuktikan Ramasamy adalah penyokong dan aktivis LTTE.

“Serangan LTTE paling sadis adalah di Masjid Meera Jumma, Kattankudy, ketika jemaah sedang solat Isyak. Membunuh 103 jemaah dan mencederakan 70 yang lain. Serangan dilakukan menggunakan senapang automatik dan bom tangan,”lapornya. - AIDCNews

Jepun bina kereta api halimunan (Gambar)

KERETA api yang boleh menyerap perubahan persekitaran ini bakal dilancarkan di Tokyo menjelang tahun 2018.
TOKYO: Sebuah kereta api halimunan ciptaan arkitek terkenal Jepun dijangka bakal dilancarkan di sini menjelang 2018.

Kenderaan yang dicipta oleh Kazuyo Sejima, itu menggunakan bahan semi-reflektif dan separa lut sinar bagi menyerap pemandangan sama ada ketika melakukan perjalanan di bandar atau luar bandar, menurut laporan Newsweek.

“Tren tersebut akan membuat perjalanan di pelbagai pemandangan berbeza termasuk pergunungan Chichibu di tengah Tokyo dan saya fikir adalah lebih baik jika tren itu dapat wujud bersama dengan pelbagai pemandangan,” kata Sejima.

Sejima telah beri amanah untuk mencipta kereta api itu sempena ulang tahun syarikat Seibu Group yang ke-100.

Syarikat terbabit turut memiliki syarikat Seibu Railways yang mengendalikan perkhidmatan kereta api di sekitar Tokyo dan wilayah Saitama.

Antara rekaan terkenal oleh Sejima dan Nishizawa yang pernah menerima anugerah Pritzker Architecture Prize pada 2010 ialah Muzium Baharu Seni Kontemporari di New York, Serpentine Pavilion di London dan Pusat Pembelajaran Rolex di Lausanne, Switzerland
-kosmo-

Ceramah Zakir Naik: Inilah sebenarnya yang ditakuti Hindraf dan puak yang sewaktu dengannya (video)


Remaja Kristian di Islamkan Dr Zakir Naik di Padang Astaka Kemaman 
Seorang remaja Kristian berumur 19 tahun, Nina Grace berbangsa Philippines telah memeluk islam di Program Grand Finale Dr Zakir Naik Terengganu Tour di Padang Astaka Kemaman.

Beliau merupakan pelajar daripada Kolej Ranaco, offshore engineering Ranaco. Sebelum ini beliau telah menghafal Al-Fatihah,3 kul dan Qursi sejak berumur 13 tahun.
361c2dd1-46e8-4e2e-85da-281e11214418
edefc071-cbf3-467e-b7cc-6ade003736c3
4d2f23da-889a-4bc9-94d6-dd349c225849
Dr Zakir Naik berjaya mengislamkan seorang gadis Kristian berusia 19 tahun, Nina Grace dari Filipina yang mengikuti syarahannya di Padang Astaka, Kemaman, Terengganu. di sini, sebentar tadi.

Nina dengan rela hati bersetuju mengucap dua kalimah syahadah selepas berpuashati mendengar penjelasan Dr Zakir mengenai konsep ketuhanan dan kenabian Muhammad.

Gadis itu mengucap syahadah di hadapan lebih 30,000 hadirin dan kelihatan sedikit sebak.

Guru wanita menari tunjuk coli depan pelajar

Pelajar sebuah sekolah di Itali merakam aksi seorang guru wanita menari di hadapan kelas sambil mempamerkan dadanya.

Tarian seksi yang dilakukan guru wanita itu dikongsi ribuan kali di media sosial seperti Whatsapp.

Video itu dipercayai dirakam di Gramsci Keynes Institute, Tuscany City di Prato Itali dan menimbulkan kemarahan ibu bapa.

Dalam rakaman singkat itu, guru wanita berambut perang itu menarik pakaiannya ke atas dan menunjukkan coli berwarna putih yang dipakainya.

Dia kemudian menari dengan meliukkan badannya sementara pelajar merakam aksinya berbuat demikian.

Guru wanita itu kelihatan sedar aksinya dirakam, namun hanya membiarkan dan bahkan tersenyum memandang kamera.

Media tempatan melaporkan guru itu mengajar subjek teknologi maklumat namun tidak mendedahkan identititnya.

Video tersebut pertama kali disiar oleh satu kumpulan di Facebook.

Kumpulan itu dilapor menyatakan aksi guru wanita itu lebih sesuai dilakukan di kelab malam berbanding di dalam kelas.

Pengetua sekolah Maria Grazia Tempesti dilapor berkata beliau sangat terkejut ketika menonton video itu.

Beliau menambah pihak sekolah telah mengambil tindakan dispilin dan memanggil guru wanita berkenaan untuk siasatan.

Bagaimanapun pihak sekolah mengakui masih belum menerima bantahan mengenai tindakan tidak senonoh guru wanita terbabit.

Kenali 2 individu perdaya 1MDB salur AS$3.5b ke Aabar

 1MDB dilihat makin bercelaru selepas International Petroleum Investment Co (IPIC) dan Aabar Investment PJS menafikan kaitan mereka dengan firma Aabar yang menerima pembayaran dari 1MDB.
Aabar BVI (British Virgin Islands), telah menerima sekitar RM13.6 bilion atau AS$3.5 bilion daripada 1MDB.

1MDB berkata, pihaknya memindahkan dana itu kepada Aabar BVI selepas dimaklumkan oleh Pengarah Urusan IPIC, Khadem al Qubaisi dan Pengerusi Aabar, Mohamed Al Husseiny bahawa firma BVI adalah anak syarikat IPIC.

Jadi, siapa dua individu ini yang didakwa telah menipu 1MDB?

Khadem Al-Qubaisi

Khadem adalah ahli perniagaan terkenal Emiriah, yang menurut laman web peribadi yang sudah tidak berfungsi, mula bekerja di IPIC sebagai pengurus pelaburan pada tahun 2000 sebelum dilantik menjadi pengarah urusan (MD) tujuh tahun kemudian.

Seorang jutawan, Khadem dikatakan mempunyai kecenderungan terhadap hartanah Amerika Syarikat yang mahal.

New York Post berkata, ia termasuk rumah anjung paling mahal di Manhattan bernilai RM198 juta atau AS$50.9 juta, yang mana beliau tidak berjaya menjualnya.

Sarawak Report, sementara itu, mendakwa di bawah beliau, asas modal IPIC telah menyusut daripada RM272 bilion atau AS$70 bilion kepada kurang daripada RM58 bilion atau AS$15 bilion.

Kerjayanya di IPIC berakhir apabila beliau secara mengejut meninggalkan lembaga pengarah firma itu dan ditukarkan sebagai MD ekoran rombakan yang ditetapkan oleh Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Khalifa Zayed pada bulan April 2015.

Khadem kemudiannya meletakkan jawatan sebagai pengerusi hartanah Aabar dan anak syarikat IPIC yang lain seperti Cepsa dan Nova Chemicals.

Mohamed al-Husseiny

Dikatakan orang kanan Khadem, Mohamed lebih berprofil rendah, menarik perhatian yang kurang berbanding bossnya.

Beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Aabar Investment PJS pada 2010, dan memegang jawatan itu sehingga Ogos tahun lalu apabila meletakkan jawatan untuk mengetuai firma ekuiti swasta, Trustbridge.

Beliau juga adalah pengarah Falcon Private Bank, dan merupakan ahli lembaga dari 2009 kepada 2013, dan dilantik semula pada April tahun lepas.

Menurut The Wall Street Journal, Falcon, anak syarikat IPIC, sedang disiasat selepas para penyiasat mengesan pemindahan hampir RM2.7 bilion atau AS$700 juta pada tahun 2013 daripada akaun Falcon Private Bank di Singapura kepada akaun yang didakwa milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Beliau juga dilaporkan adalah pelabur utama dalam Red Granite, firma Hollywood yang dimiliki oleh anak tiri Najib, Riza Aziz.

Sekurang-kurangnya RM23.6 bilion dari 1MDB

Kedua-dua, Khadem dan Mohamed didakwa menubuhkan Aabar BVI pada bulan Mac 2012, dua bulan sebelum firma itu menerima RM2.2 bilion atau AS$576.94 juta daripada 1MDB sebagai deposit sekuriti.

Sebagai jumlah, firma itu dikatakan menerima sekurang-kurangnya RM23.6 bilion atau AS$3.5 billion.

The Wall Street Journalmendakwa lebih RM600 juta atau AS$155 million daripada dana-dana ini membiayai filem Hollywood terbitan Red Granite,The Wolf of Wall Street.

Aabar BVI telah dibubarkan pada bulan Jun tahun lalu, atas desakan ke atas Najib dan 1MDB yang semakin membahang.

Sejak itu, UAE membekukan akaun kedua-dua individu berkenaan, dan mengeluarkan larangan keluar negara di tengah-tengah dakwaan siasatan atas urusniaga perniagaan mereka.

Menurut Sarawak Report, Mohamed telah ditahan oleh pihak berkuasa Abu Dhabi pada bulan Mac, dan akan dihantar ke Amerika Syarikat untuk membantu penyiasatan AS ke atas 1MDB
-malaysiakini-

Wanita bogel menari atas bumbung kenderaan (Gambar)



China: Seorang wanita telah berbogel dan melompat di atas kenderaan di jalan raya sambil menari-nari dalam kejadian yang menarik perhatian ramai di China.

Ketika itu jalan raya sesak dan kenderaan tidak dapat bergerak, jadi ia memudahkan wanita itu melompat dari satu bumbung kereta ke atas bumbung kereta lain.

Namun salah seorang pemandu kereta di mana wanita itu melompat telah hilang sabar kerana keretanya diperlakukan demikian rupa, telah menarik kaki wanita itu.

Dia dengan kasar memegang buku lali wanita itu lalu menghumbankannya ke atas jalan, menyebabkan wanita berkenaan menangis kerana kesakitan.

Wanita itu terbaring di jalan raya hinggalah anggota polis tiba dan menutup badannya sementara menunggu ketibaan ambulans
-kualalumpurpost-

Siapa sebenarnya Noordin Ahmad pemilik baharu FC Bari 1908 jadi misteri

FMT Reporters
PETALING JAYA: Siapa sebenarnya ahli perniagaan, Datuk Dr Noordin Ahmad yang dilaporkan bakal menjadi pemilik baharu FC Bari 1908 menjadi satu kisah misteri.

Tokoh-tokoh korporat tempatan mengakui mereka tidak mengenali ahli perniagaan itu yang dilaporkan membeli 50 peratus pegangan saham dalam kelab Itali itu.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Kedutaan Malaysia di Itali juga tidak mempunyai maklumat siapa sebenarnya Noordin yang telah mendapat liputan meluas media di negara berkenaan.


Lelaki bogel pura-pura dilanggar untuk mendapatkan wang (Gambar)


China – Demi mendapatkan wang dengan cara mudah, seorang lelaki dari China ini sanggup membogelkan dirinya dan buat-buat seperti dilanggar sebuah kereta Mercedes Benz dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.

Lelaki dari daerah Zhejiang itu dipercayai membaringkan dirinya dalam keadaan bertelanjang bulat di hadapan kenderaan mewah itu untuk memeras ugut si pemandu.

Pada mulanya, semua pihak menyangkakan lelaki tersebut mempunyai penyakit mental namun selepas polis membuat siasatan, ternyata si pelaku mempunyai rekod jenayah yang sama sebelum ini.

Malah, dia juga dikhabarkan baharu sahaja selesai menjalani tempoh penjara selama tujuh hari atas kesalahan yang sama.

Modus operandi lelaki ini juga sama, dia pura-pura seperti dirinya dilanggar kenderaan dan kemudiannya akan meminta wang daripada pemandu yang telah melanggar.

Tidak diketahui apa hukuman yang bakal dijalani lelaki ini untuk insiden kali kedua ini
-kualalumpurpost-

USD3.5 Bilion (RM13 Bilion) Najib Dan 1MDB Bayar Kepada Syarikat Milik Jebon

Faiz Zainudin
mahfuz,ipicPETALING JAYA: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoal kemana hilangnya wang sebanyak USD3.5 bilion (RM13 bilion) yang sepatutnya dibayar 1MDB kepada International Petroliam Investment Company (IPIC),
Menurut Mahfuz, 1MDB mengesahkan telah membayar sejumlah USD3.5 bilion kepada IPIC, namun perkara itu tangkas dinafikan IPIC yang mengatakan pihaknya tidak pernah menerima wang sejumlah itu daripada 1MDB mahupun Aabar British Virgin Islands (Aabar BVI).

Malah, tambah Mahfuz, Aabar BVI tidak tersenarai dalam kumpulan syarikat IPIC berdasarkan kepada Penyata Kewangan IPIC bagi tahun 2013 dan 2014.

Susulan penafian IPIC itu, pemimpin PAS itu mempersoal ke mana wang itu disalurkan.

“Sedangkan wang tersebut sepatutnya dibayar kepada IPIC atau Aabar Investment PJS (Abu Dhabi), dan IPIC serta Aabar Investment PJS mengesah dalam pengakuan bertulis kepada London Stock Exchange bahawa syarikat Aabar BVI bukan entiti di bawah mana-mana kumpulan (anak syarikat) syarikat milik mereka.

“Persoalan yang lebih besar ialah kepada siapa wang berjumlah kurang lebih USD3.5 bilion itu dibayar dan akaun mana wang tersebut di depositkan?
“Jika ke akaun Aabar BVI, siapakah pemiliknya? Adakah pemiliknya ‘JEBON’?,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mahfuz berkata, dengan penafian yang dibuat IPIC, 1MDB kelihatan seolah telah menipu Jabatan Audit Negara (JAN).

“Pengakuan IPIC dan Aabar Investmen PJS sendiri telah mengesahkan Aabar BVI bukan milik mereka.

“Persoalannya, adakah sijil daripada Offshore Incorporation yang diberikan 1MDB kepada JAN itu palsu, atau adakah 1MDB telah memalsukan sijil tersebut?
“Daripada mana sebenarnya 1MDB mendapat sijil tersebut? Pada hemat saya, jelas 1MDB telah menipu Jabatan Audit Negara,” katanya.
-fmt-

PANAS!! Anak Speaker Johor buat pendedahan terbaru


PETALING JAYA: Selepas mencetuskan kontroversi kononnya wujud gerakan menggulingkan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ahli UMNO, Shukur Mohamad tampil membuat pendedahan terbaru.

Kali ini, Shukur yang merupakan anak Speaker Johor, Tan Sri Mohamad Abdul Aziz mendakwa, pemimpin UMNO Bahagian Pagoh ditawarkan RM500 setiap seorang bagi menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menolak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bercakap kepada FMT, Shukur bagaimanapun enggan mendedahkan senarai penuh pemimpin yang terlibat sebaliknya, menunggu waktu yang sesuai untuk membuat pengumuman.

“Saya keluarkan (senarai nama) setelah saya susunkan nama-nama mereka yang menerima RM500 setiap seorang semasa mengadakan sidang media menyatakan hilang keyakinan kepada Tan Sri Muhyiddin yang dibuat di Pagoh,” katanya.

Sebelum ini, sekumpulan pemimpin UMNO, Bahagian Pagoh tampil menyatakan pendirian mereka untuk terus menyokong kepimpinan Najib sebagai presiden parti dan pengerusi BN, sekaligus menolak dakwaan kononnya bahagian itu sebulat suara menyokong Muhyiddin.

Gerakan yang dikenali sebagai Kumpulan Bertindak UMNO Pagoh (KBUP) itu dibentuk khusus bagi memastikan parti bahagian tersebut sentiasa bersama dengan kepimpinan pusat.

Mengulas penafian yang dibuat Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi kononnya mereka tidak terlibat dengan gerakan menjatuhkan Mohamed Khaled, Shukur berkata, mereka boleh berbuat demikian, namun kebenaran mengenai gerakan tersebut akan terungkai nanti.

“Penafian boleh terus mereka (siapa pun mereka) buat demi kelangsungan politik mereka, saya tidak mahu komen akan apa sahaja penafian yang dibuat oleh semua timbalan menteri terbabit, apa yang saya ingin tekankan adalah, cerita saya masih belum habis,” tegasnya.